“Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik.
“Huaa!!!”, bertaburan si anak melarikan diri kerana takutkan hantu.
Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu dan bapa mengawal anak, takutkan mereka dengan hantu.
Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu, berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat, tidak pernah jumpa.
Jika hantu yang tidak pernah diketemui itu, boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak, soal TUHAN.
Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?
GHAIB
Sama ada hantu atau Tuhan, kedua-duanya adalah persoalan ghaib. Mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya.

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)” [Al-Baqarah 2: 55]
Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah SWT. Mereka hanya boleh mempercayai apa yang dapat dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan Tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam [Al-Maidah 5: 17]
Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama al-Masih bin Maryam. Telah kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa al-Masih itu Allah, atau anak Allah.
Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan mengimani perkara ghaib, sebagaimana sekalian Majusi, iaitu istilah Syara’ yang merujuk kepada sekalian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.
FITRAH
Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi S.A.W. tentang hakikat ini di dalam sepotong hadith yang sering dibaca:

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)
Ibu bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan sama ada secara Yahudi, Nasrani, Majusi, atau kekal di atas fitrah yang asal dan luhur.
Di sinilah timbulnya perbahasan popular semasa, iaitu bagaimana kita mahu memperkenalkan Allah kepada anak-anak? Seminar demi seminar diadakan, dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan Aqidah kepada Allah sebagai asas utama pendidikan, termasuklah kepada anak-anak.
Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka memperkenalkan Tuhan?
TAUHID UNTUK SI ANAK
Apakah mahu disulitkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Sifat 20 kepada si anak kecil? Apakah mahu dipeningkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT kepada si anak?
Apabila Nabi SAW telah memperingatkan bahawa anak-anak itu lahir di atas fitrah, maka fahamlah kita bahawa sebenarnya keupayaan mengimani Allah SWT oleh anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada fitrah itu. Anak-anak sudah secara fitrahnya bersedia dan mampu mengimani Allah sebagai Tuhan. Itu fitrah mereka.
Maka ibu bapa tidak perlu memeningkan kepala mencari formula mahu menyedarkan si anak kecil tentang apa atau siapa itu Tuhan, kerana anak-anak dengan fitrah mereka, sudah pun mengimaninya tanpa kita sedar. Lantas tugas ibu bapa ialah memupuk dan memperkembangkannya, tetapi harus didahului dengan suatu peringatan, JANGAN DIROSAKKAN FITRAH ITU.
Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh si ibu dan si bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani TUHAN, digantikan dengan HANTU.
TIDAK TAHU SYAK DAN WAHAM
Anak-anak bukan makhluk yang ada upaya syak dan waham. Itu penyakit orang dewasa. Anak-anak itu berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Itu sahaja. Apa sahaja yang ditanam oleh ibu bapa, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jika mahu anak percayakan Tuhan dan terus mengimani-Nya, maka pupuklah kepercayaan itu dengan menyuburkan fitrah mereka kepada mempercayai Allah sebagai Tuhan, bukannya si anu si anu sebagai hantu.

“Kalau kita buat baik, Allah sayang. Allah suka anak yang buat baik kepada ibu bapa”, saya memberitahu Saiful Islam dan Naurah.
“Abi, cikgu cakap, orang yang ingat Allah itu power. Syaitan tak dapat kalahkan dia”, balas Saiful Islam.
Syukur, anak saya bersekolah di PASTI. Pengisiannya menyuburkan fitrah anak-anak.
Setiap kali saya bercakap tentang Allah dan tentang syaitan kepada anak-anak, mereka menerima dan kemudian bercerita kembali dengan penuh yakin.
Sama juga jika saya bercakap tentang hantu kepada mereka. Yakin juga.
Maka, binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Mereka adalah makhluk yang yakin, maka peliharalah keyakinan anak-anak agar terdorong kepada yang Haq, hinggalah mereka mencecah dewasa. Ketika anak meningkat dewasa dan terdedah kepada pelbagai cabaran, maka haruslah kepercayaan itu diperkemaskan dengan reasoning dan soal jawab yang sesuai dengan tahap ketika itu.
Sesungguhnya, sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut HANTU berbanding TUHAN kepada anak-anak kecil mereka, adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada Yahudi, Nasrani juga Majusi.
HARRY PORTER
Di negara Barat, era semenjak tahun 2000 memperlihatkan bagaimana kemunculan filem-filem fantasi sama ada ala-ala Harry Potter, mahu pun filem seram berkenaan hantu dan syaitan semakin popular dan menjadi-jadi. Tentu sahaja di kaca mata kita, ia suatu perkembangan yang tidak sesuai dengan nilai kita sebagai Muslim. Tetapi pengamatan yang lebih teliti, akan memperlihatakan bahawa kemunculan filem fantasi seperti ini, sebenarnya adalah kesan daripada krisis dualisma yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

Kehidupan yang sangat materialistik, telah begitu lama menjadikan jiwa masyarakat Barat ditimpa kemarau. Mereka hilang daya melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, lantas seiringan dengan itu, mereka gagal mengimani apa yang berada di luar capaian deria manusia. Mereka hilang upaya memahami Tuhan, kehidupan selepas kematian dan segala-gala yang ghaib sifatnya.
Tatkala Intellectual Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) sudah tidak lagi mampu berdiri sebagai sumber kekuatan dan kecemerlangan mereka, masyarakat Barat sedang bertatih untuk mencari panduan di dalam Spiritual Quotient (SQ) mereka.
Kemunculan banyaknya filem hantu dan syaitan di Barat adalah eksplorasi mereka terhadap dunia Spiritual.
Jika Barat terbelenggu dengan hantu kerana mencari Tuhan, mahukah kita sekapal dengan mereka dalam mengelirukan anak di antara HANTU dan TUHAN?
“Eee… abi takut Tuhan!”
Kan lebih sedap dan fitrah bunyinya!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Entri yang menjawab banyak persoalan yang bermain di fikiran sejak lama dahulu. Tentang mengajar anak kecil tentang Tuhan.
Selain turut berkongsi rasa yang sama terhadap perbuatan suka dimomokkan anak-anak kecil dengan hantu. Masa kecik dulu, saya sendiri sering ditakut-takutkan dengan ‘momok’ (masa kecik apa saya faham momok tu nama hantu)
Mengenai lambakkan produk filem berbentuk hantu syaitan. Lihat sahaja Malaysia, sini pun sudah mula berkembang. Tidak pasti samada mengikut trend barat atau sedang menyuap keinginan penduduk Malaysia yang sukakan mistik dan hantu.
Assalamu’alaikum . . . terima kasih di atas tulisan ini dan juga secara tak langsung mempromosi PASTI.Saya adalah produk PASTI dan pernah berhidmat utk PASTI,dan saya mengiakan apa yg dinyatakan oleh Ust.
Tulisan ini amat bagus utk panduan ibu-bapa terutamanya bagi pasangan muda seperti saya dalam membentuk peribadi anak² dari kecil…
Syukran buat Ust…
salam Ustaz,
ana tak taulah budaya takutkan hantu ni semarak di dalam budaya masy. melayu shj atau masy. bangsa lain pun ada.
bila anak2 kita pupuk sejak kecil takutkan Allah, mudah sikit urusan kita nak deal ngan perangai mereka. kalau kita biasa cakap,”kalau menipu Allah tahu..”, “Allah nampak wlpun ummi tak nampak”, “Allah marah cakap tipu,”" Jangan takut hantu, Allah tu lagi kuat”..lama kelamaan2 anak tu akan sedar bahawa segala urusan kehidupan harian mereka akan diperhatikan oleh Allah Taala. sedikit sebanyak kita didik jiwa merekah memiliki sifat ehsan
yg mnjadi sedikit payah dlm tarbiah anak2 ni supaya lebih takutkan Allah bila org lain yg lebih momok2kan anak kita dngn hantu2 ni.kita duk sibuk cakap takutkan Allah, tp bila jumpa org lain mcm sedara mara ke,time depa x bagi buat itu ini, cth mcm masuk bilik x de orang, apa lagi”ha..keluar, dlm bilik tu ada hantu” jd, anak2 sedikit sebanyak masih lagi lebih takutkan hantu..
wallahu ‘alam
Assalamualaikum,
Anak akak mula takut hantu setelah masuk sekolah. Akak selalu bertanya kenapa la yakin sangat dengan hantu tu. Akak terangkan hantu tu syaitan, dia tak menjelmakan dirinya sesuka hati, kalau malas belajar dan suka tengok TV sudah kira sahabat syaitan le…itu taktik dia cari “geng” masuk neraka.
Mereka yakin kewujudan Allah tetapi solat kena intai2 juga. Kelajuannya boleh mengatasi had laju di lebuhraya, hmm, kategori tak cukup yakin le juga tu. Terima kasih untuk entri yang sangat baik. Susah juga nak mewujudkan ehsan ni hatta kepada diri sendiri.
Saya pun takut hantu..hehehe..pelik lah..
jwpn mengapa kanak2 takut hantu kerana digambar dan difilemkan hantu-hantu dalm rupa yang menakutkan dan jahat pula tu.
berbeza dengan tuhan yag tidak boleh kita filemkan dalam bentuk fizikal macam hantu.
hanya boleh buat filem berkenaan balasan tuhan yang luar biasa aja.
that’s why ..bila sebut hantu, mereka tergambar pontianak, langsuir dll.. bila sebut tuhan , mereka nak gambarkan apa?..
then problem timbul..namun masih boleh diatasi jika bijak memikirkan caranya.
Salam..
Hmm.. bersependapat dengan Kak Long Syikin. Yang menjadi masalah, bila ada orang lain yang terlebih rajin menakutkan anak2 dengan hantu. Kali pertama Ahmad tengok CD seram adalah di nurserynya! “Mama, tadi kakak (di nursery) pasang CD hantuuu…” iskh.. sabar aje la.
Kepada saudara/i sahabat (#6), saya rasa, itulah yang ustaz maksudkan dengan pandangan materialistik. Kena nampak depan mata baru percaya, dan kalau tak nampak, maka tak mampu nak yakin dalam hati
. Setakat ni, anak saya Ahmad cuma tanya di mana Allah. Dia tak pernah tanya macam mana rupa Allah. Untuk soalan pertama, saya jawab, Allah ada di mana – mana dan Allah sayangkan kita.
Oh ya, itu satu lagi, saya mohon pendapat antara ‘takutkan Allah’ dan ‘sayangkan Allah’, yang mana patut diberatkan? Bagi saya, dua – dua tu perlu, tapi utk menjana minda positif, rasanya patut diterapkan ‘sayangkan Allah’ lebih dari ‘takutkan Allah’.. Ada pandangan?
Dulu, waktu kecik – kecik, ada terfikir; siapalah yang cipta perkataan ‘tuhan’ dan ‘hantu’? Ironisnya, huruf yang sama tapi disusun berlainan. Seolah – olah menunjukkan 2 entiti yang sama ghaib, tapi terlalu berbeza peranannnya; good vs evil. Kebetulan, atau disengajakan?
Wallahuaklam & wasalam.
@shiha, Its mind over matters, Roh over Jasad, Reality over Fantasy … what we think is what we belief.
Saya ingatkan anak-anak hantu ada di dalam kepala, terutama Hantu Melayu, yang banyak dimomokkan oleh pengaruh Hantu Drakula.
Ya, jin memang wujud, dan syaitan adalah sifat atau perangai semua jenis jin atau manusia. “dari kalangan jin dan manusia”
Jin berada di dimensi lain, dalam bentuk tenaga (ciptaan Tuhan) yang tidak dapat dilihat mata kasar atau mikroskop, walaupun ada alat pengesan elektronik yang boleh mengesan sebahagian kehadirannya.
Dengan adanya jin Islam, maka ianya bermula dari penciptaan yang baik, kemudian bertukar menjadi tidak, kerana engkar perintah Penciptanya.
Tebalnya pengaruh zuriat menjadikan saya takutkan hantu (momok) ketika kecil dan kemudian diwarisi oleh anak saya … Alhamdullilah mengenalNya menghilangkan ketakutan itu.
Saya pasti anak-anak saya juga akan dapat membezakan antara Tuhan, hantu dan momok, bila mereka mengenal hakikat ketuhanan.
Index 5
Satu pandangan yang memang patut diketengahkan. Selama ini termasuk kita waktu kecik-kecik dulu memang dimomokkan seperti ni. Semoga usaha yang mulia ini membantu membetulkan balik mindset anak-anak kita sekarang ini. Lebih lagi terlalu banyak pengaruh media yang mempengaruhi anak-anak masakini.
minggu lepas, anak sulung akak yg juga bersekolah di PASTI tanye – mak, kenapa kita tak nampak Allah? . Syaitan pun kita tak nampak kann..”
Aduhh.. berpeluh jugak nak jawab soalan jujur & suci anak2 kecik ni.
@attinn,
ckp pasal ada/tak ada, nampak/tak nampak. teringat dulu masa skola suka sakat adik, tanya dia ada telinga x. kalau dia ckp ada, tny balik mana, sbb dia xnampak mana dia tau ada telinga ke x. lepas tu dia pening2 fikir ada telinga ke x
Salam.
Tertarik dengan apa yang ustaz sebutkan, “Anak-anak bukan makhluk yang ada upaya syak dan waham. Itu penyakit orang dewasa. Anak-anak itu berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Itu sahaja.”
Sedang kalau dari kecil pun selalu ditakut-takutkan dengan kisah hantu, hingga ke besar pun mungkin boleh terbawa-bawa takutkan hantu.
Saya bersetuju dengan kak shiha bila mengatakan antara ‘sayangkan Allah’ dan ‘takutkan Allah’ kedua-duanya perlu diseiringkan dan bagi saya kedua-duanya pun perlu dititikberatkan. Jika buat suatu yang baik, di situ ada Allah yang akan memberi pahala dan ganjaran. Dan jika buat sesuatu yang tak baik, di situ juga ada Allah yang akan memberikan balasan.
Saya tak pasti apa yang berlaku di barat, cuma apa yang boleh saya lihat daripada filem-filem mereka, fahaman yang cuba diberikan adalah, Tuhan adalah mewakili entiti yang baik, dan penyayang sedangkan entiti yang jahat dan segala keburukan yang berlaku adalah dibawa oleh syaitan. Pertembungan seringkali berlaku antara syaitan dan tuhan dalam mempengaruhi hidup manusia…
Wallahu a’lam
Emmm tentang bagaimana mengenali Allah ketika kecil, seingat-ingat saya saat-saat awal saya mengenali dan mengesani kewujudan Allah apabila saya melihat mak dan ayah saya sembahyang…
Assalamualaikum.
Saya bersyukur dalam keadaan diri saya yang tidak berlatarbelakang pendidikan agama..Allah pelihara diri saya untuk tidak takut kepada benda-benda hantu ni sejak kecil lagi.(Walaupun begitu saya tak layak untuk menyatakan saya benar-benar takutkan Allah dalam erti kata yang mendalam..berikutan banyaknya yang belum sempurna dalam diri saya ni).
Bila dah jadi ibu pengalaman menadah ilmu waktu bujang dulu saya applykan dalam pendidikan anak. Bila mereka tanya Allah tu camne, saya terangkan Allah itu tak dapat dilihat tapi Dia ada. Allah yang paling paling power..bukan hantu, ultraman, rasaksa etc. Allah ada satu je tapi Dia tahu apa kita buat, maklong, pak cek, menteri, raja, pencuri..semua Allah tahu. Dan saya ajar anak-anak berakhlak baik kerana Allah pasti sayang. Saya larang mereka bersifat sombong walaupun pada kawan-kawan yang tak semenggah perangainya. Selalu saya ingatkan doalah kawan-kawan tu jadi baik supaya dunia dipenuhi dengan orang yang berkasih sayang.
Mungkin bila nak mengenalkan huruf2 pada anak-anak kita boleh kata A untuk Allah.. lalu diterangkan bagaimana Allah itu. B untuk benar (sifat benar), tak boleh tipu..Allah sentiasa tahu walaupun kata-kata dalam hati kamu.
Sekadar sedikit pengalaman untuk dikongsikan dan saya selalu minta Allah beri kebijaksanaan untuk mendidik anak-anak secara kreatif semoga mereka menjadi pencinta Allah yang mengembalikan keagongan Islam di muka bumi ini, insyaAllah.
Idea yang menyegarkan ustaz..sepatutya dah lama dipupuk supaya takutkan Allah bukannya hantu, teringat pula masa kecil2 gara-gara ditakutkan hantu adakala kita jadi lebih penakut dan tidak yakin diri!
sayangkan Allah akan nikmat dan rahmat yang dikurniakanNya~
takutkan Allah akan azab dan seksaan balasan mengingkari perintahNya~
=)
Eh, macam sama pulak apa yang kita fikir. Tak tahu pulak kalau ustaz ada baca ‘pergelutan’ saya tentang isu Yahudi ni.
Saya terfikir, ayat2 Al-Quran berkaitan Yahudi dan Nasrani ini mesti dihalusi. Saya benar2 tidak tahu tetapi percaya Asbabun Nuzul berkaitan ayat2 tersebut akan memperincikan sifat yang ada pada ‘bangsa Yahudi dan Nasrani’ tersebut lantas akan memberi panduan kepada kita siapa ‘Yahudi dan Nasrani’ yang selamanya tidak akan redha kepada Islam.
Wallahu’alam.
Salam…
Antara Tuhan dan Hantu? Memang berat untuk terangkan kepada anak-anak tentang perkara tersebut kerana kedua-duanya perkara ghaib, benda tak nampak tapi ada. Ibu bapa perlu kreatif untuk menerangkan kepada anak-anak especially yang suka sangat bertanya itu dan ini.
Setuju dengan Shiha, antara ‘takutkan Allah’ dan ‘sayangkan Allah’ perlu seiring… Contohnya : Bila nak anak-anak solat dengan betul bukan macam ayam patuk makanan, ingatkan mereka bahawa kita perlu sayangkan Allah barulah Allah sayangkan kita dan bila anak-anak agak nakal, ingatkan mereka agar takutkan Allah kerana Allah marah dan tak sayang orang yang nakal…
Wallahu a’lam.
hmm..alhamdulillah..entry ustaz ni sama seperti apa yg saya fikirkan sekian lama..saya belum b’kahwin n punya anak, tapi saya ada anak saudara yg baya2 anak ustaz..saya x suka sebut2 kpd mereka tntg ‘kewujudan’ hantu utk takutkan mereka..sbb saya xnak mereka lebih takutkan hantu drpd tuhan sendiri..memandangkan kedua2nya x dpt dilihat..jadi,saya sentiasa b’hati2 dlm bergurau dgn insan2 kecil yg istimewa ni
Teringat sewaktu kecil dulu, Umi selalu cerita:
“syaitan itu musuh Allah..Allah tak suka..Allah benci.Sapa buat jahat,dia ikut syaitan.”
“Kita kena rajin buat baik ni. Allah suka,Allah akan bagi pahala.”
Walaupun, baru berumur 5 tahun waktu, tapi umi dan abah sudah mula kisahkan perihal Iman ini pada anak-anak mereka. Jazakumullahu khir Umin dan Abah.
p/s:Usah diharap pada PASTI sahaja,bentuk suasana di rumah anda.
@kalam,
betul,pndidikan primary perlu dberi ngn baik oleh ibu bapa di rmh brkaitan hal ni.
sy pun bkn produk PASTI atau dr Islamic school,tapi alhmdlh mak ayah xpernah nk takut2kan pd hantu,jd xde la nk rasa takut pd hantu2 ni
salam.. takut hantu.. kelakar gak bunyinya..
saya kecik2 pun takut hantu..
takut nak pergi masjid sorang-sorang..
rasa macam bodoh plak.. hehe
bila dah besar ni, alhamdulillah..
ustaz2 ada ajar,Allah tu berada di mana-mana..
antara Allah dan hantu, mana yang lebih kuat, tentulah Allah, kan?
so, lepas tu dah tak takutkan hantu lagi dah…
tapi, kadang-kadang perasaan tu datang gak..:
apa yang saya tahu, adanya Allah tiada tempat baginya…Allah saja yang tahu
tapi sekarang ni, saya ada masalah baru..
harap dapat selesaikan…
saya langsung tak takut kat Allah,
entahlah nak kata macam mana..
solat subuh lambat pun tak rasa apa..
buat maksiat pun, tak ada plak rasa Allah nampak..
tengok movie yang entah apa2 pun, tak rasa bersalah..
walhal ingat dulu pengalaman masa takutkan hantu,
memang rasa meremang la bulu roma ni..
tapi, bila buat dosa tak ada pula rasa meremang bulu roma ni..
(menyesal plak sebab kecik2 dulu, suasana mempengaruhi saya takut kan hantu.. kenapa tak didik dengan takutkan Allah??)
subhanAllah, alhamdulillah, menerangkan sekali artikelnya… walaupun belum berpunya cahaya mata, bisa diapplikasi pada anak-anak buah… risau pula dengan peel ibunya yang menakutkan anak bukan dengan hantu, tetapi cicak.. Allah… kelakar pula rasanya… huhu~
ajarkan anak cintakan Allah, ajarkan anak cintakan nabi, ajarkan anak cintakan Rasul, fahamkan anak tentang fitrah.. baharu peel tak serupa syaitan…. huhu~
lagi satu fitrah kanak2 adalah mereka mmg suka bertanya… dan saya masih ingat saya byk bertanya kpd mak saya terutamanya sewaktu kami berada di luar rumah… bagi saya , ibubapa kena bijak menggunakan peluang ini supaya memperkenalkan Allah kepada mereka..
kalau kita tgk iklan skrg ni sbg contoh , kita dpt lihat ianya berkaitan soal jawap antara kanak2 dan ibubapa mereka…
ada sebuah iklan mengenai dokumentari dalam astro… budak perempuan tu cerita pasal keistimewaan beberapa haiwan…. masa ini adalah masa terbaik utk kita introduce Allah sebagai pencipta haiwan itu kepada kanak2…
sebenarnya Allah memudahkan jalan utk kita supaya memperkenalkanNYA kepada anak kita..cuma kita je lalai utk gunakan peluang itu…
dan bila kanak2 tu besar , mereka akan kurang bertanya (mungkin budaya di negara kita yg buatkan kita malu bertanya ) .
pelajar2 malu tanya kat cikgu/pensyarah bila tak faham
masa ada kuliah kat surau/masjid , org2 yg hadir tidak akan bertanya kpd pensyarah dan pensyarah pun tak ambil inisiatif utk galakkan org supaya bertanya .
ini budaya yg tidak sihat… sbb byk benda yg kita belum faham…
utk hapuskan budaya ini , ibubapa kena didik anak2 supaya byk bertanya dan kena sabar dalam menjawap soalan mereka…
jgn tengking atau marah mereka supaya jgn byk bertanya… mungkin ini yg buatkan org malaysia jgn org yg segan bertanya kot.
para sahabat byk bertanya kpd Rasulullah s.a.w
para sofhist di greek pun byk amalkan kaedah bertanya .
bertanya akan buat kita berfikir iaitu suatu perkara yg tidak dilakukan oleh byk org skrg
@Umar_Al_Khattab, rasanya antara faktor budaya brtanya ni lenyap ialah sbb guru yg mngajar selalu marah balik bila brtanya.pengalaman saya di ipta,ada lecturer yg apabila ditanya akan mnjawab dgn jwpn2 mcm ‘awak tak dengar ke sy mngajar td!’(mgkin student ni tgh mnylin nota n trlepas isi yg diberi), dan ‘what kind of question is this,dont ask smtg irrational!(pernah brlaku pd kwn sy yg brtanya ttg ssuatu yg brkaitan traditinal medicine practice dalam budaya melayu pd seorg lcturer bangsa asing,si lcturer ni bukan sj ckp soaln 2 tak logik,malah mnghina si stdnt ni,mgkin dia tak pernah mndengar praktis perubatn smcm itu,tapi sy rasa kalau tak tahu nk jwb,ckp je xtahu.dan byk lagi ragamnya.
tapi sy mngakui yg student yg dh dewasa sepatutnya mengenepikn pengalamn buruk smcm di atas dan terus aktif bertanya.Tapi yg malangnya,bila hal ini brlaku pada kanak2…mereka yg belum matang berfikir akan shut up terus jika jumpa cikgu2 yg smcm ni…
lagi satu , kena ajar anak2 utk hormati azan..kat tpt saya , sewaktu time rehat dan time tu azan asar dilaungkan , kanak2 sekolah agama akan main kejar-kejar dan buat bising dlm surau … benda ni tunjukkan kegagalan ibubapa atau ustaz/ustazah dlm didik mereka.
adakah mereka akan bertindak sedemikian time lagu negaraku dinyanyikan disekolah ?? tak tau lah budak2 skrg…tapi masa time saya dulu, kitorg berdiri tegak dan diam mengalahkan tiang lampu.
baru je cakap bende yang almost sama dekat anak saya.die tanye kenape elok dengar & baca zikir (CD dalam kereta)..
kate saye, kalau suke bace zikir, nanti Allah sayang. pastu nanti syaitan pun tak kacau and suruh buat jahat..sebab Allah jaga kita..kalau Allah jaga, kite jadi jahat tak? tak,sebab hanna power, jawab die.hehe die pulak yg power.
saya memang tak nak takut2kan anak2 dengan hantu/gelap. tapi masalahnye die kenal hantu kat taska..
insyaAllah dengan panduan ustaz ni saye cubelah counter balik supaya anak saya lebih kenal/takut Allah dari hantu =)
Maaf nak tumpang tanya Ustaz. Bdr. tasik permaisuri di mana Pastinya ek. Saya di bandar tasik selatan, cuba merisik-risik tadika pasti di sini, tp tak jumpa. kalau ada sahabat2 yang tau senarai tadika pasti di sini, boleh tolong war-warkan. tq.
sewaktu mula-mula sampai Melbourne, ana terus call rumah. tiba2 adik ana tanya, eh dekat Melbourne ade hantu tak? Ana jawab, “Mane ade. Orang kat sini balik dari library pukul 2,3 pagi rilex je. Tak de hantu”. So adik ana buat conclusion, kat Malaysia je ade hantu, Melbourne tak de. Ana jawab balik, jgn percaya hantu. Kat Malaysia banyak PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM sebab org selalu buat maksiat.
“Hai jama’ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah) 33:55
Renung ayat ni. Hinggakan jin/hantu pun kena minta kekuatan dari Allah. Buat apa nak percaya jin/hantu? Mereka(jin) dan kita(manusia) tiada kekutan langsung. Semuanya bergantung dgn Allah
“Ingat Tuhan, selamat iman”. Hasbunallah wani’mal wakil
Assalamualaikum ust,
Dalam kesibukan dunia teknolgi mmg ramai yg sgt takutkan hantu melebihi takut nereka pada Allah..Em..skrg ni kami stident U berada dlm musim peperiksaan..Jadi byk sgt la perkara yg timbul akibat takut kpd syaitan melebihi takut pada Allah..blh dikatakan tiap2 hari ad yg ‘kena’..klu yg btul tak pe la, tp yg saya sgt sedih..stghnya mrk menganggap ‘benda tersebut masuk dlm badan mrk walhal hanya perasaan takut yg terlebih menyebbkn mrk bertemnpik tak tentu hala..beginilah keadaannya apabila kurang keyakinan n perasaan takut kepada Allah..Jadi agaknya ust, lpas ni kami kn buat byk seminar untk meningkatkn tahap keyakinan n takut pd Allah kot..k..wassalam
Assalamualaikum….
Artikel ini ialah tentang pendidikan anak-anak berkaitan Tuhan dan hantu, kerana itu ia duduk di bawah kategori keluarga.
Nampaknya ramai pula “kanak-kanak tua” berkongsi cerita hantu mereka
Terima kasih ustaz untuk artikel ini.
Walaupun baru umur 20 tahun, sudah terasa betapa beratnya bebanan menjadi ibu bapa.
Persoalan TUHAN dan HANTU sahaja sudah merangkumi sebahagian darinya.
Kalau orang-orang Barat boleh hasilkan Harry Potter dan filem-filem hantu, Malaysia juga telah berjaya. Tetapi, bukan itu yang kita mahukan.
Kita mahukan sesuatu yang dapat mendidik masyarakat, mencetus tahu dan mahu dalam diri kita, dalam kembara mencari TUHAN.
Bukan hantu yang perlu dimomok-momokkan, tetapi TUHAN yang perlu diagung-agungkan.
Salam..
Bagus jugak rasanya kalau bercerita mengenai ‘pengalaman’ masing – masing dengan kisah hantu nih. Esp waktu kecik – kecik dulu. Bukan apa, cuma nak tunjukkan betapa kesan takutkan hantu tu, terbawak – bawak hingga ke remaja, dan sesetengahnya hingga ke besar. Jaga – jaga, jangan sampai tanpa sedar menjadi syirik sebab takutkan hantu/syaitan sehingga melebihi takutkan Allah! Besar implikasinya tu.
Ada kenalan yang pernah cerita kat saya, waktu dia sekolah menengah dulu, punyalah takutkan hantu ni, sampai sanggup berjaga sepanjang malam dan takut nak tido. Bukan sehari dua dia buat macam tu, malah bertahun – tahun! Terkejut besar saya dengar cerita dia.
Tak dinafikan, kecik2 dulu, risau jugak kalau nak kena lalu sebelah Makam Diraja Langgar (rumah arwah Tok dekat area tu) sorang – sorang. Tapi apa yg saya buat waktu tu, adalah mengadap perasaan takut tu head on. Ye la, sampai bila nak dok takut – takut macam tu. Saya buat reasoning dengan diri sendiri. “Kalau aku takut hantu/syaitan, maka maknanya aku kurang yakin dengan kekuasaan Allah taala. Kalau aku benar – benar yakin dengan Allah, tiada benda/makhluk di dunia ni yang perlu aku takutkan, kerana aku boleh mengadu direct kepada Allah”. Lebih kurang macam tu la saya berhujah dengan diri sendiri. Dan saya test diri saya dengan menghadapi perasaan takut tu sambil ingat kembali hujah saya tadi. Proses ni makan masa jugak utk betul – betul menghilangkan perasaan takut tu. Tapi alhamdulillah lepas tu saya dapat lawan perasaan tu. Ini cerita di sekolah menengah.
Sebab tu, saya sangat against orang – orang tua yang menakutkan budak – budak dgn hantu. Not good for your health. Nanti stress level meningkat. Cepat dapat gastric ulcer. Wallahua’lam.
Wasalam.
Salam…
Peringatan yang bagus…Terima kasih ustaz. Perlu juga di bezakan antara takut HANTU dangan takut TUHAN bagi anak-anak yang dah terbiasa takut HANTU. Teringat nasyid zaman taski/pasti dulu-dulu.
” …
Kami cinta Allah, Kami cinta Nabi
Kami sayang Ayah, kami sayang Ummi
Kami takut Allah, Kami ikut Nabi
Kami Taat Ayah, Kami Taat Ummi”
apa komen ustaz…
assalamualaikum..
i’m new here…it was so funny shiha…relating gastric ulcer with ghost..hehe..a brand new way of educating others..
sy pn slalu b’monolog sndiri.kdg2 rasa takut kt hantu tu ade gak.lagi2 bila tengok ade kes2 histeria dpan mata.sy tau hantu yg dimksudkan adalah syaitan.dan kadang2 perasaan tu mngatasi prasaan takut pada Tuhan..
ntahla…stiap kali takut, sy kena ubah persepsi..pujuk diri..zikir byk2..kiranya, it’s a latent action..stiap kali takut kena pujuk diri..lebih kurang mcm tndakan antibodi…hehee
betul gak ckap ust hasrizal..mgkin sbb dr kecik diajar takut hantu..smpai besar xleh nk kikis prasaan tu..huhuu
mintak izin nk share sikit2 ape yg ada kt blog ni di blog saye bole ke.. maksudnye saye nk quote sket2 then letak link blog ni…
Salam utz sy ni nak bertanya sikit la Dlm artikel utz ade menyebutkan ttg cerita2 fantasi @ seram yg dibuat oleh dunia barat/jepun. Adakalah salah bagi kite sbg umat islam kalu kite nak buat cerita2 fantasi @ seram versi Malaysia? Ade yg menyatakan bahawa kite blh buat cerita begitu tapi mesti la x melanggar syariat islam? Apa pendapat utz ttg hal ni?
salam. ust. saya jugak telah berkongsi pandangan yang hampir serupa berkaitan topik ini,di http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/12/hantu-masyarakat-melayu-dan-pendidikan.html
Sy melihat ustaz sy (bilal kampus) mengajar anaknya mengaji quran, namun bukan sekadar membaca naskah quran itu semata…..ustaz tersebut mengajar anaknya tentang neraka, tentang azab tuhan kepada mereka yang ingkar berdasarkan tefsiran di dlama quran….
sy terlihat tangisan si anak bkn kerana di marahi kerna mengaji tidak betul namun kerana “fitrah” yg dibentuk agar takutkan tuhan…..
sama-samalah kita mengajar anak2 kita memahami quran….
wallahualam……
[...] http://saifulislam.com/?p=1822…; [...]
bagus guge cerite awak ni
[...] Inilah tulisannya: Antara Tuhan Dan Hantu. [...]