Ulasan Tabiat 5: Berusaha Untuk Memahami, Sebelum Difahami

May 7th, 2008 by Abu Saif 12:31 am | 9,176 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

KENYATAAN:

Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF

“Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini”, keluh seorang bapa kepada seorang pesakit.

“Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!”, balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan.

“Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!”, pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam.

Si ustaz kehairanan.

“Di mana salahnya nasihat aku tadi?”, fikir ustaz tersebut. Sangkanya realiti hidup ini macam kertas jawapan peperiksaan. Menjawab mengikut skema. Asalkan betul dengan al-Quran, betul dengan al-Sunnah, tepat seperti huraian ulama’, maka berhak mendapat markah penuh.

Salahnya bukan pada nasihat.

Tapi nasihat tak bertempat. Tak betul masa, tak betul suasana, tak betul konteks.

Puncanya mudah. Tidak bijak mendengar lantar terlalu mudah untuk berkelakuan memahami.

Anda tidak kepingin untuk pergi lagi ke kedai yang penjualnya terlalu tahu dengan selera anda hingga tidak peduli dengan kehendak anda yang sebenarnya. Anda juga serik untuk ke klinik yang doktornya terlalu cepat membuat diagnosis sebelum sempat anda menceritakan sakit yang anda hadapi. Anda juga bosan dengan ibu bapa, guru-guru termasuklah pendakwah yang seakan-akan tahu dan faham belaka masalah anda, dengan alasan mereka makan garam lebih awal.

Anda berhak untuk rasa begitu kerana mereka lupa bahawa Allah SWT menciptakan manusia ini dengan satu mulut dua telinga. Maka kurangkan cakap, banyakkan mendengar!

Seek first to understand, then to be understood!

39-18.jpg
Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Al-Zumar 39 : 18]

Manusia yang berakal sempurna dan beroleh petunjuk dari Allah itu, adalah manusia yang memilih qaul yang terbaik. Mana mungkin seseorang menemui pandangan terbaik, jika dirinya tidak terbuka untuk mendengar kepelbagaian pandangan terlebih dahulu? Maka, kemahiran dan keupayaan mendengar dengan baik, adalah asas untuk manusia mencari, memberi dan menerima yang terbaik dalam hidup ini.

0104.JPG

CEPAT MELOMPAT

“Oh, Ustaz A ke ceramah malam ni? Jom kita dengar, mesti hebat dan betul punyalah ceramah dia!”, kata seorang pengunjung kuliah Maghrib.

“Oh, ustaz anu ke ceramah malam ni? Tak payah le dengar. Mesti mengarut punya!”, katanya pada hari yang berbeza. Ustaz itu pun dibahasakannya sebagai ‘anu’ sahaja.

Jika kita konsisten berkelakuan begini, membuat keputusan sebelum sesi hearing mengambil tempat, maka akan banyaklah kebaikan yang terlepas dan banyak juga keburukan yang terbit dari kelakuan begitu.

Masakan tidak, jika tabiat seperti ini dibawa ke rumah, bagaimanakah sang suami boleh memahami masalah isteri? Bagaimana pula isteri boleh menangkap kehendak suami? Bolehkah ibu bapa membantu anak keluar dari belenggu masalahnya jika mereka terlalu cepat melompat kepada kesimpulan sebelum mendengar dan memahami?

Ia jadi penyakit.

Mungkin di situ hikmahnya Allah menggesa kita supaya berdoa. Bukan Allah tidak tahu apa yang kita mahu dan perlu sebelum kita meminta. Tetapi disuruhnya kita meluahkan dahulu, agar kita sendiri faham apa yang kita hajatkan, sebelum Allah memakbulkan permintaan. Allah mahu kita berdoa supaya kita melihat betapa Allah Maha Mendengar, sebelum menunaikan hajat kita. Sebelum bertindak.

Mendengar itu sendiri sudah merupakan syifaa’, rawatan buat yang memperdengarkan masalahnya.

Maka hamba-hamba-Nya juga harus begitu. Sebelum bertindak, luaskan ruang untuk orang meluahkan keinginan dan perasaan serta mulakan semua itu dengan kesediaan kita untuk mendengar.

PENDENGARAN SONGSANG

Jangan dibiasakan diri dengan cara-cara mendengar yang songsang. Mendengar, mendengar juga. Tetapi tidak membantu malah memburukkan keadaan.

Setelah sepanjang hayat kita belajar membaca, menulis dan bercakap, pernahkah anda luangkan masa untuk belajar mendengar? Kita belajar kaedah membaca pantas, menulis dengan baik dan bercakap dengan fasih, tetapi amat jarang sekali kita memperbaiki cara kita mendengar. Akibatnya, kita jarang mendengar kerana setiap kali berlaku percakapan kita akan sibuk menyiapkan diri untuk memberikan respond, sibuk untuk menilai dan menapis percakapan itu mengikut paradigma diri kita sendiri.

Sikap ini banyak menjejaskan kehidupan kita.

Pekerjaan di pejabat.

Rumahtangga antara suami, isteri dan anak-anak.

Pergaulan sesama rakan.

Malah dakwah dan penyebaran Islam.

Berikut adalah contoh-contoh pendengaran songsang yang wajar sama-sama kita elakkan:

dog-christmas.jpg

1. MACAM DENGAR TETAPI TIDAK DENGAR

“Aku pun dah habis ikhtiar. Tak tahu nak buat macam mana. Apa pandangan engkau?”, tanya Ali.

“….”, Ahmad termenung. Matanya menembus dinding.

“Hoi, ko dengar tak apa yang aku cerita tadi?”, Ali kepanasan.

“Err… !”, itu sahaja jawapan Ahmad.

Kita sering terbabas semasa meminjamkan pendengaran kepada seseorang yang mahu berkongsi masalah. Tetapi terlalu kerap melakukan perkara sedemikian akan menyebabkan kita kehilangan reputasi dan kepercayaan rakan.

Blurred memanjang!

2. BUAT-BUAT DENGAR

Ini adalah kebiasaan yang lebih popular. Kita tidak begitu mempedulikan apa yang sedang diperdengarkan kepada kita. Sebaliknya cuba menyembunyikan ‘kehilangan’ kita dari perbualan itu dengan memberikan komen-komen tanpa makna berbunyi hmm…, ooo…, I see…, gitu

Semua itu adalah cara yang mudah untuk memberitahu kepada rakan yang sedang bercakap itu betapa tidak bernilainya percakapan beliau, tidak signifikan dan tidak berharganya segala yang disuarakan itu.

3. DENGAR APA YANG MAHU DIDENGAR SAHAJA

Disebabkan oleh obsesi kita dengan beberapa isu yang mendominasi fikiran, kita menjadi sangat selektif dalam meminjamkan pendengaran. Tumpuan kita hanya kepada apa yang kita minat, malah mungkin menyebabkan perbincangan tersasar dari maksud asalnya.

“Aku sebenarnya susah hati. Ada ura-ura yang isteri aku akan dipindahkan ke Sabah hujung tahun ini”, kata Ali kepada Ahmad, rakan karibnya.

“Sabah? Oh, aku memang suka betul dengan Sabah. Especially bab udang. Murah betul di sana tu. Setiap kali aku ke Sabah, mesti aku bawa balik sekotak udang dari Sabah”, jawab Ahmad sambil tangannya sibuk memicit jerawat batu yang degil di atas dagunya.

Apa rasanya jika kita mendapat maklum balas yang sebegini? Tentu panas hati dibuatnya.

Ini merupakan gejala yang semakin biasa dan berleluasa di dalam internet hari ini. Lihat sahaja diskusi yang dibuat dalam format forum. Bandingkan tajuk asal pada posting pertama, dengan posting terakhir.

“Masjid di Atas Tanah Waqaf Ditutup Oleh Pihak Berkuasa Kerana Politik”, bunyi tajuk yang diberikan oleh penghantar artikel berkenaan.

Diskusi sepatutnya memfokuskan kepada tindakan pihak berkuasa yang menutup masjid atas motif politik, tetapi perbincangan tersasar apabila ramai yang mendengar secara selektif, menarik tumpuan kepada isu hukum membina masjid di atas tanah waqaf!

Anda juga boleh melihat secara konsisten corak diskusi sebegini di dalam blog saifulislam.com, namun saya terpaksa berperanan memadamkan diskusi-diskusi yang dirasakan menyimpang dari tujuan asal sesuatu tajuk diketengahkan.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

“Pakcik itu hanya penoreh getah. Tetapi dengan sikap yang baik, beliau lebih berguna dari seorang kardiologist dalam insiden berkenaan, walaupun dia hanya ada payung mayat yang orang kampung sedekah selepas talqin”, saya pernah mengulas begini tentang iklan Petronas di dalam ceramah berkenaan sikap.

“Ustaz, bukan talqin tu bid’ah ke?”, sampuk seorang peserta.

Saya rasa terpancit kebosanan apabila disampuk sedemikian rupa. Semenjak itu saya lebih selektif dalam memilih perkataan kerana masyarakat kita amat mudah tersampuk dengan perkataan-perkataan yang berada di dalam obsesi masing-masing semata.

4. HANYA MENDENGAR PERKATAAN

Dunia ini bukan kertas. Bukan juga skrin komputer. Lantas apa yang dibaca hasil tulisan, mungkin berlainan maksud disebabkan oleh faktor-faktor di luar dunia kata-kata. Pendengar yang baik bukan hanya cuba memahami perkataan, tetapi harus juga memberikan perhatian kepada apa yang tidak diperkatakan.

“Tolong belikan aku seluar dalam dua tiga helai!”, sms sahabat saya kepada rakan kami yang pulang bercuti ke Malaysia.

Terkasima rakan di Malaysia menerima sms sebegini. Sms yang kering dari sebarang ekspresi wajah, intonasi suara dan gaya tubuh. Apakah rakannya meminta beliau membeli seluar dalam, sebanyak dua tiga helai, atau membelikannya seluar biasa, dalam dua tiga helai?

Masalah komunikasi boleh berlaku hanya kerana perkara sebegini. Jika di dalam tulisan, kita dibantu oleh tanda koma, tanda seruan, tanda soal dan titik, maka semasa mendengar kita juga harus peka kepada tanda-tanda sedemikian yang dizahirkan bukan melalui perkataan, tetapi sebaliknya melalui gaya tubuh, memek muka, intonasi suara dan sebagainya.

Dalam percakapan, perkataan hanya mewakili 7% makna, 40% diwakili oleh nada dan perasaan, manakala 53% disampaikan melalui bahasa tubuh. Maka pendengar yang baik ialah seseorang yang mendengar apa yang tidak diperdengarkan!

5. MENDENGAR SUARA SENDIRI SEMATA

Mendengar seperti ini, lazim berlaku kepada seseorang yang sangat obses dengan dirinya sendiri. Kita sentiasa menilai orang lain dari pandangan diri kita sendiri, dan jarang sekali ‘memakai kasut orang lain’ untuk melihat masalah dari sudut yang di luar lingkungan persepsi sendiri.

“Susah sangat ke nak faham benda macam tu?”, kita cepat melenting kerana menyangkakan orang lain juga ada daya memahami seperti kita.

“Oh, aku faham sangat dengan perasaan engkau!”, kita bersuara dengan hasrat membantu.

Hakikatnya kita tidak faham dengan perasaan dia. Kita hanya faham dengan perasaan kita dan kita sangka orang lain mempunyai perasaan yang sama dengan kita.

Lantas orang yang seperti ini, akan mudah menghukum, terlalu cepat mahu memberi nasihat dan gemar menceroboh sempadan.

Menghukum

Lihat sahaja perbualan berikut dan perhatikan betapa sibuknya si pendengar menghukum kawannya. Hukuman-hukuman yang bersarang di kepala pendengar itu dicatatkan dengan Italic untuk memudahkan pembacaan.

ALI: Seronok betul ana pergi dengar ceramah Ustaz Abu semalam.

AHMAD: Oh, baguslah begitu (Ustaz Abu lagi! Apa benda yang dia nak cari dari kuliah ustaz macam Ustaz Abu tu?).

ALI: Tak sangka pula bagusnya ceramah Ustaz Abu tu.

AHMAD: Iye? Masya Allah (Itulah penyakit engkau, Ali. Semua ustaz engkau kata best).

ALI: Ana ingat nak ajak Ustaz Abu ceramah di surau pejabat ana lepas ni.

AHMAD: Ana ingat anta cuma pilih penceramah yang aliran kita sahaja (Engkau ni dah gila ke? Baiklah engkau ajak Ustaz Aman tu. Ceramahnya tidaklah menarik tetapi alirannya jelas).

ALI: Memang macam tu. Tapi ana rasa Ustaz Abu juga harus diberi peluang di tempat kita. Biar ada kelainan.

AHMAD: Tak apalah kalau begitu. Jemputlah dia (Aku yakin esok engkau mesti berubah fikiran punya).

Lihatlah betapa sibuknya Ahmad menghukum dan menilai Ali hingga terlepas banyak peluang baginya untuk memberikan pandangan yang lebih menjurus kepada kebaikan.

1604.JPG

Saya Penyelesaian Awak

Sama jugalah dengan mendengar ala-ala self centered yang dilakukan dalam bentuk keghairahan memberikan nasihat dengan diri sendiri sebagai objek contoh. Lazimnya nasihat sebegini akan berbunyi kalau sayalah, zaman saya dulu dan yang seumpama dengannya.

ALUMNI sekolah sering mengundang senior untuk memberikan ceramah kepada pelajar dengan bahasa nasihat seperti ini.

“Zaman kami dulu, sekolah ini serba kekurangan. Tetapi kami boleh berjaya. Apa masalahnya dengan kalian semua sekarang ini?”, tanya seorang profesor, bekas pelajar sebuah sekolah terkenal di zaman 70′an dahulu.

“Zaman prof dulu cabarannya Pop Yeh Yeh. Zaman kami cabarannya Black Metal! Mana sama daaa!”, bangkit seorang pelajar Tingkatan 4 yang kepanasan.

Ambik!

Menjadi mangsa perbandingan, adalah sesuatu yang menyakitkan. Anak diminta menginsafi pengalaman ibu bapa, generasi muda dipaksa menghayai perjuangan generasi sebelum merdeka, ia sesuatu yang tidak mengundang penyelesaian. Manusia memang berkongsi prinsip dan nilai kehidupan yang sama, tetapi konteks sentiasa berbeza.

Cabaran di zaman susah adalah kesusahan hidup pada keperluan fisiologi. Tak cukup makan, tak cukup minum, tak cukup pakai, berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah… itulah cabaran di zaman itu.

Cabaran di zaman senang pula bukan lagi kesusahan hidup tetapi pada fikiran dan perasaan. Fikiran dicabar oleh idea-idea yang tidak pernah mengganggu keagamaan generasi dulu, malah mencabang-cabangkan pandangan kehidupan. Perasaan pula terpaksa bertarung dengan kekurangan perhatian ibu bapa, desakan kehidupan yang sangat materialistik hingga menggersangkan jiwa generasi hari ini… itu cabaran semasa.

Tiada zaman susah dan tiada zaman senang.

Setiap zaman ada kesusahan yang berbeza, di samping kesenangan yang bersama.

Jangan banding-bandingkan, kerana apa yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kita, mungkin tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah orang lain.

Menceroboh

Apabila kita terlalu mendesak seseorang untuk meluahkan masalahnya dalam keadaan dirinya belum bersedia, kita sudah menjadi penceroboh. Mungkin keadaan seperti ini sering dilakukan oleh ibu bapa semasa mendesak anak-anak untuk bersuara. Niatnya murni untuk cuba memahami masalah anak-anak. Tetapi mendesaknya untuk bercerita tanpa kesediaan, adalah pencerobohan yang tidak dialu-alukan.

“Ani, apa khabar?”, tanya si emak kepada anak yang baru pulang dari sekolah.

“Ok!”, jawab Ani bersahaja.

“Peperiksaan tadi senang ke susah?”, tanya si emak lagi.

“Boleh laaa”, Ani membalas lesu.

“Kawan-kawan Ani rasa boleh jawab tak?”, emak masih tidak berputus asa.

“Entah!”, Ani semakin sejuk dan beku.

“Kenapa dengan Ani? Ada masalah ke?”, si ibu mula kehairanan.

“Ala… Ani masuk bilik dululah ye!”, anak perempuannya terus berlari masuk ke bilik dan menghempas pintu.

Bila mana soalan kita tidak membawa perbincangan lebih jauh, ia mungkin sudah beralih menjadi sebuah pencerobohan. Tiada sesiapa yang suka dirinya dicerobohi. Mungkin belum masanya lagi untuk beliau berkongsi. Maka cukuplah sekadar kita memberitahu tentang kesediaan diri untuk mendengar apabila diperlukan, itu sudah cukup baik, dan berikan ruang kepada mereka yang memerlukannya.

1607.JPG

PENDENGARAN SAHIH

Marilah kita bersama-sama memperbaiki cara kita mendengar. Ia adalah kunci komunikasi yang efektif, pembaik hablun minannaas yang dituntut oleh agama.

Mendengar yang betul itu adalah mendengar yang membantu kita mengenalpasti ketepatan dan kebenaran. Demikian itu, mendengar dengan telinga semata adalah tidak memadai.

1. Dengar Dengan Mata, Hati dan Telinga

Telinga yang menangkap perkataan yang mewakili 7% maksud pengucapan, sedangkan makna-makna berbaki itu banyak terkandung pada intonasi, gaya badan dan ekspresi muka.

Cuba semak semula tiga ayat berikut dengan mengubah intonasi pada perkataan yang ditebalkan dan bergaris:

  1. SAYA rasa awak ada masalah sikap.
  2. Saya rasa AWAK ada masalah sikap
  3. Saya rasa awak ada masalah SIKAP.

Oleh itu, belajarlah untuk mendengar dengan mata, hati dan telinga!

2. Memakai Kasut Orang Lain

“Apakah punca kepada kejadian di masjid tadi? Mari kita senaraikan”, saya mengendalikan bengkel di dalam sebuah seminar.

Salah seorang peserta di dalam kumpulan saya adalah seorang aktivis Sisters in Islam.

“Pemikiran yang konservatif!”, jawabnya tegas.

Seperti yang saya jangkakan. Kejadian pegawai masjid menghalau rombongan kami petang tadi sememangnya masih panas membakar perasaan kebanyakan kami. Aktivis SIS ini juga tidak terkecuali.

“Izinkan saya memberi pandangan”, saya mencelah.

“Silakan”, beliau dan ahli kumpulan yang lain menyatakan persetujuan.

“Jika kita guna istilah konservatif, istilah tersebut mempunyai konotasi yang pelbagai dan falsafah yang mengundang perdebatan. Kita mungkin tidak punya cukup masa untuk menjelaskannya dan kehilangan peluang untuk menghuraikan fakta-fakta yang lain. Saya rasa, apa yang saudari maksudkan tadi ialah pemikiran sempit, narrow-mindedness. Boleh tak kita gunakan sahaja istilah yang lebih casual iaitu narrow-mindedness?”, saya memberikan cadangan.

Well, not a bad idea at all. Of course, narrow-mindedness“, jawabnya. Rakan-rakan yang lain juga bersetuju.

Mungkin ramai di luar sana yang alergik dengan SIS. Tetapi saya berfikir, jika tiada rasa sayang kepada Islam, mengapa perlu beliau hadir ke seminar ini dan bersusah payah memeningkan kepala dengan masalah dunia (ummah)? Beliau boleh memilih untuk duduk sahaja di rumah pada hujung minggu, berehat di spa atau menonton televisyen, seperti kebanyakan orang di luar sana!

Tetapi beliau hadir ke sini. Saya tidak dapat membohongi diri bahawa saya percaya mesti di hatinya ada perkongsian cinta yang sama kepada Islam seperti saya. Tetapi, disebabkan kami datang dari kawasan kelahiran dan perumahan yang berbeza, cara hidup yang berbeza, sekolah dan persekolahan yang berbeza, lingkungan kawan-kawan yang berbeza, maka cara kami menyatakan sayang kami kepada Islam jadi berbeza malah mungkin bertentangan.

Tetapi sikap seek first to understand, then to be understood berupaya mengumpulkan saya dan seorang aktivis Sisters in Islam di dalam sebuah LDK dan kami mencapai banyak kata sepakat.

Oleh kerana SIS sering dikaitkan dengan idea Liberal, maka mungkin kerana itu secara spontan beliau mengatakan bahawa kelakuan buruk pegawai masjid petang tersebut adalah manifestasi pemikiran Konservatif iaitu lawan kepada Liberal. Tetapi dengan meletakkan diri di tempat beliau, saya mendapat idea untuk mencadangkan sesuatu yang lebih ‘damai’ dan mencapai maksud dengan menawarkan perkataan narrow-mindedness.

Cuba melihat sesuatu dari sudut orang lain, banyak merawat prasangka yang kadang-kadang sudah teranut hingga ke taraf yakin!

3. BERLATIH CERMIN-MENCERMIN

Berfikirlah seperti cermin.

Lihat wajah anda di hadapan cermin.

mirror.gif

Cermin tidak menghukum, tidak menilai, tidak mengkritik, tidak memberi nasihat. Sebaliknya cermin hanya memberikan refleks.

“Seorang mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya” – (Abu Dawood 41: 4900)

Iman yang menjadikan kita bersaudara, diterjemahkan dalam bahasa komunikasi sebagai tindakan cermin. Rasulullah SAW mahu kita melihat saudara kita sebagaimana kita melihat cermin. Seperti melihat diri sendiri. Ini merupakan langkah yang sangat kritikal dalam membentuk upaya mengamalkan tabiat seek first to understand, then to be understood.

Lihat sahaja perbualan Amin dengan ayahnya ketika Amin mahu ke Tamrin.

“Ayah, Min nak minta izin keluar rumah sehari ya. Esok Min balik, Insya Allah”, kata Amin kepada ayahnya.

“Min nak ke mana?”, tanya si ayah. Tegas bunyinya.

“Err.. Min nak ke Gombak”, jawab si anak. Sedikit gugup.

“Tak boleh. Kamu jangan ke mana-mana. Duduk di rumah”, perintah si ayah.

“Tapi ayah…”, Amin cuba memujuk.

“Tak ada tapi-tapi. Masuk!”, ayah memberi kata pemutus.

Jika perbualan Amin dengan ayahnya terhenti di situ, Amin mungkin akan masuk ke bilik dan tidur dengan persepsi yang pelbagai terhadap ayahnya sendiri. Beliau berasa sedih dengan ‘kedegilan’ ayahnya terhadap pendirian politik mereka. Amin akan menghantar sms kepada rakan-rakan yang sudah pun sampai ke lokasi Tamrin di Gombak, bahawa beliau sedang berdepan dengan ujian seperti kisah ghulam dalam Ashab al-Ukhdud. Persepsi-persepsi Amin terus meliar dan meracau.

Bagaimana kalau perbualan di atas diulang semula dengan Amin cuba melihat ayahnya seperti dia melihat cermin.

“Tak boleh. Kamu jangan ke mana-mana. Duduk di rumah”, perintah si ayah.

“Amin minta maaf sebab susahkan hati ayah”, Amin berlembut.

“Tahu pun kamu ayah susah hati. Keputusan peperiksaan kamu tak berapa elok, kamu nak keluar rumah pula masa-masa macam sekarang ni”, ayahnya menyambung.

“Ayah risaukan keputusan peperiksaan saya…”, Amin sedikit terkejut.

“Ya. Kamu tahu kan, ayah bukannya ada duit nak sponsor kamu belajar. Kalau biasiswa kamu ditahan sebab keputusan peperiksaan merosot, apa yang akan terjadi nanti?”, ayah bersuara kesah.

“Oh begitu. Maafkan Amin ayah”, Amin bersuara perlahan.

“Kalau kamu dah selesai semua ulangkaji pelajaran kamu ayah tak kisah kamu nak keluar sesekali bersama kawan-kawan”, ayahnya memberitahu.

“Alhamdulillah ayah, Amin dah selesai ulangkaji. Ini pun Amin memang ada bawa buku untuk ulangkaji dengan kawan-kawan Amin”, si anak memberi penjelasan.

“Okay, kalau macam tu tak apa. Amin nak ayah hantarkan ke LRT ke?”, tawar si ayah.

Dapatkah anda perhatikan, dengan berusaha mengamalkan kaedah cermin-bercermin, Amin dapat membongkar sebab sebenar yang menghalang ayahnya daripada membenarkan beliau keluar. Ia langsung tiada kena mengena dengan pendirian politik, perjuangan, atau apa sahaja yang dilakarkan di dalam kertas-kertas kerja Tamrin. Ia hanya kerisauan biasa seorang ayah terhadap pelajaran anaknya.

PENAFIAN

Oleh kerana subjek yang saya perkatakan ini adalah berkaitan tabiat, ialah kelakuan manusia, maka saya tidak mempunyai sebarang upaya untuk memberi jaminan bahawa kaedah ini bakal menatijahkan apa yang kita harapkan secara yang begitu ideal lagi tekstual. Namun yakinlah, dengan memperbaiki cara kita mendengar, kita akan beransur-ansur membuang persepsi, prasangka, dhan… yang sebahagiannya adalah dosa dan perosak komunikasi, rumahtangga, pekerjaan, dakwah dan keseluruhan hablun minannaas sesama insan.

Setelah kita berusaha untuk merangka panduan bagi mengamalkan tabiat seek first to understand, maka bagaimanakah pula kaedah untuk melengkapkan bahagian kedua iaitu then to be understood? Nantikannya di dalam siri kedua artikel ini, Insya Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Ulasan Tabiat 6: Sinergi Untuk 1+1=3 Malah Lebih KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  2. Ulasan Tabiat 4: Berfikir Menang-menang Untuk Survival Dakwah KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  3. Ulasan Tabiat 3: Utamakan Apa Yang Utama KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  4. Ulasan Tabiat 2: Bermula Langkah Dengan Akhir di Minda KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  5. Ulasan Tabiat 1: Pro Aktif Mulakan Dengan yang di Depan Cermin KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...

Advertisement

47 comments

  1. sharkpmc says:

    Assalamualaikum…banyak yang boleh direnungkan tentang idea-idea dalam artikel ini..

    Selamat berfikir..

    • mumtazah says:

      Assalamualaikum. Hari ini baru saya perasan, Allah memberi dua telinga satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Hmmm. Tak perasan sebelum ini. Syukran ustaz. Teruskan menulis.

      • saifuddin says:

        Dua kaki satu mulut supaya lebih banyak berjalan dari makan.

        Dua tangan satu mulut supaya lebih banyak menolong dari mengkritik.

        Dua mata satu mulut supaya …. (tambah sendiri)

  2. Abu Saif says:

    Waalaikum al-salaam wbt

    Terima kasih kerana sudi memikirkannya. Penghargaan tertinggi

  3. Leokid says:

    Manusia itu diberi 2 telinga dan satu mulut agar dia mendengar 2 kali dan menjawab 1 kali.

    Kebetulan baru sudah mendengar siri kelima ceramah 7 habit ustaz kat AnNidaa tu. Tak pasal2 tergelak sekali lagi bila terbaca lawak pasal seluar dalam 2,3 helai tu!

    Kembali kepada topik, mendengar itu susah. Ini disebabkan kedudukan dan persepsi kita berbanding orang yang bercakap tersebut.

    Saya bagi contoh:

    1. Seorang yang berpelajaran tinggi, mungkin seorang doktor @ ustaz. Mahukah dia mendengar pendapat medical/hukum daripada seorang yang lebih junior/low level daripadanya?

    2. Seorang yang berumur. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang muda?

    3. Seorang yang alim. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang jahil?

    Hakikatnya, pendapat seorang yang lebih junior tidak semestinya salah. Pendapat seorang yang muda tak semestinya tidak relevan. Begitu juga pendapat seorang yang jahil, tidak semestinya boleh ditolak bulat2.

    Dalam tidak sedar, keegoan kita menjadi satu bentuk macam penghalang/tabir untuk kita “seek first to understand”. Tambah pula dengan sikap kebanyakan kita yang suka melabel/judge/justify something/someone awal2.

    Sejujurnya, ana rasa itulah kebanyakan masalah para da’ie kita sekarang ni. Kebanyakannya tenggelam dalam keegoan masing2 dengan bersikap keras kepala – “aku saja yang betul”, serta sikap skeptic terhadap mad’u dgn berpendapat mad’u adalah “low level”, “tak sampai tarafnya lagi” dan sebagainya.

    Being both mad’u and da’ie, i’ve experienced both. T_T

    So in order to seek first to understand, then to be understood, ana menyeru kepada semua termasuk diri ana sendiri, kikislah sikap keras kepala kita. Kurangkanlah sikap ego kita, serta jauhilah dari sikap “judging” hanya atas kerana kita telah lama berada di bidang ini atau apa jua sebab sekalipun. Hakikatnya di sisi Allah manusia sama sahaja, yang bezanya hanyalah ketaqwaan, itu pun hanya Dia yang tahu.

    Wallahua’lam.

    ps: rasanya mcm dah ade point ni dlm artikel ustaz. saje je nk komen pjg2, lama x komen pjg2 kat SI nih. =p

    • asrar says:

      ana setuju dgn komen anta..ana juga pernah merasainya..alhamdulillah..setakat ni, tulisan ustaz same dgn apa yg ada dlm pemikiran ana..ana selalu terasa disalah erti..cthnye, ana maksudkan mcm ni(dari sudut yg positif), tapi org faham mcm tu(dari sudut yg negatif)..lame ana pk, dimana silapnya..tapi hari ini baru bertemu dgn jawapan yg sebenarnya..

  4. amar says:

    banyak perlu upgrade diri sebagai anak,suami, bapa. tersasar dalam minda sedar.

  5. nur musafir says:

    salam`’alaik ustaz…
    terpanggil saya untuk beri komen ttg topik ni.
    saya seorg pelajar medic dan kat uni yang saya belajar ni, wajib ambil satu subjek khas yang mengajar macam mana nak deal dgn patient(rasanya kebanyakan uni pun ada subjek ni)

    teringat kata-kata seorang tutor..
    “It’s not appropriate for you to respond to patient by saying-’oh, i understand you OR i can understand how you feel”

    Sebabnya, macammana kita sbg doktor dpt tahu dan faham keadaan pesakit yg sebenar(especially ,kalau baru saja kenalpatient tu)..Tutor kata,respons yang mungkin lebih baik would be
    “oh,it must be hard/difficult for you” ataupun cuma DIAM dan beri saja masa untuk patient bercakap.At the same time, med student/doktor kena tunjuk ekspresi yang menandakan kita concern dgn patient tu.

    Benar, empathy itu penting. Tapi, janganlah mudah menyebut:”saya faham apa awak rasa” tanpa benar benar mengenali mereka..

    Yes,Alhamdulillah all of us have ears..But, do we just LISTEN or HEAR to problems?

    Two words-sounds similar but it’s not the same..

    Now, do we LISTEN or HEAR?

    Anyway, artikel yang dapat membuka minda kita semua.Terima kasih ustaz!

    • Abu Saif says:

      Please maintain the consciousness about this matter all along the coming years… saya keletihan melayan masalah attitude di hospital pada tahun 2008 ni. Kalau antum yang masih study boleh maintain apa yang dipelajari, kembangkan, dan tidak serik and give disebabkan oleh segala bakteria dan wabak sikap yang bakal melanda… Insya Allah, better future … ameen

    • b yusuf says:

      we must be from the same Uni (and obviously doing the same course). :) saya juga sangat ingat kata2 tersebut although it was some years back.

      listening is a skill. a skill that comes with practice.

      jazakallahu khair ustaz for pointing these things out.

      • nur musafir says:

        same uni?in OZ?hm,maybe..

        anyway, listening skills mmg amat penting..Harapnya semua skills yg diajar tidak diambil sbg teori shj..harus dipraktikkan..
        dan responding skills juga, harus di brush up..

        sebabnya, tugas kita bukan hanya mendengar, tapi juga bertindak dgn betul melalui apa yg didengar dan difahami..

        DENGAR, FAHAM DAN BERTINDAK DGN BETUL MENGIKUT KESESUAIAN INDIVIDU(setiap org perlukan approach yg berbeza mengikut keadaan mereka)

        Wallahua’lam

  6. Hurun_ain says:

    Assalamu’alaikum..

    ana tertarik utk berkongsi pengalaman ana sndiri terhadap artikel ust yg pjg ni..tp insya-Allah byk manfaatnya..

    Pertama skali, ana mmg sering menjadi tumpuan rakan2 utk meluah perasaan dan mslh..ana pn xtau apa faktornya..tp kesilapan yg ana sering buat adalah jarang mahu mendgr sehingga abis dan sgt cpt membuat kesimpulan..

    ana sering menggunakan perkataan, ‘ye, ana phm situasi enti’..tp hakikatnya ana x menyelami lgsg perasaan shbt ana yg bermasalah tu..

    kesannya, bila ana pula mahu meluah perasaan atau mslh, ana rasa respons yg mereka berikan bukan lah spt yg ana harapkan..

    refleks blk apa yg ana dh beri pd mereka..itu jua la yg ana dapat..jd, pengajaran utk diri sndiri, 1st seek to understand then to be understood..

    wallahua’lam..

    -warga dublin-

  7. Abu Bazli says:

    Hmmm Dale Carnegie in the making…

  8. zu says:

    salam ustaz, rasanya ade typing error..

    “(Salam) seorang peserta di dalam kumpulan saya adalah seorang aktivis Sisters in Islam.”

    “kita akan beransur-ansur membuang persepsi, prasangka, (dhan…) yang sebahagiannya adalah dosa dan perosak komunikasi, rumahtangga, pekerjaan, dakwah dan keseluruhan hablun minannaas semasa insan.”

    by the way, artikel ni best.. berkepuk isinya

    • Abu Saif says:

      wsalam wbt. terima kasih zu. (SALAM) saya dah betulkan kepada (SALAH). Tetapi (DHAN) tu memang (DHAN) iaitu prasangka di dalam bahasa arab. yang kita sebut husnuzzan, su’ulzan tu… :)

      Terima kasih atas kemurahan hati menunjukkan pembetulan. Jika ada tunjukkan lagi ye. Tidak mudah menaip sambil melayan ‘gospel’ nyanyian anak-anak

      • Assalamualaikum ustaz. Saya rasa ada satu lagi typing error dalam perenggan ni..
        “Menjadi mangsa perbandingan, adalah sesuatu yang menyakitkan. Anak diminta menginsafi pengalaman ibu bapa, generasi muda dipaksa (menghayai) perjuangan generasi sebelum merdeka, ia sesuatu yang tidak mengundang penyelesaian. Manusia memang berkongsi prinsip dan nilai kehidupan yang sama, tetapi konteks sentiasa berbeza.”

        Setelah membaca artikel ni, banyak kelemahan saya yang diperjelaskan oleh ustaz. Selama ni saya tak tahu respon saya kurang menyenangkan orang lain. Mungkin ustaz boleh keluarkan buku motivasi “Menjadi Pendengar yang Baik”
        Jazakallah khairan kathira..

  9. ummizahhra says:

    salam…pada ustaz dan semua pembaca.

    artikel ni betul2 terkesan,agak mudah nak menghadamkannya dengan gaya bahasa ustaz yang straight forward.
    tapi syarat utama untuk membaca artikel ini tetap “seek fisrt to understand then to be understood”,kalau tak bersedia..baik tak payah baca..nanti jadi pendengar ustaz yg mempersoalkan ttg talkin tu.alahai….

    artikel ni mengingatkan sy tentang subjek effective comunication yg diambil ms undergrad,listen / mencerap bukan sekadar mendengar..tapi menggunakan hampir semua pancaindera untuk membuat penilaian..dan kemudian diikuti dengan luahan / pendapat hasil dari cerapan.

    terima kasih untuk artikel yg tersangat bermanfaat ini..nak ulang baca berkali2 lagi..

  10. ciklee says:

    Ada yang terkena batang hidung sendiri, terutamanya masa berinteraksi dekat rumah. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada saya dan semua. Jazakallah ustaz.

  11. aye says:

    Subhanallah…. Artikel yang saya kira sangat bermanfaat buat saya. Izinkan saya print dan tampal didinding ye ustaz. :-)
    mudah-mudahan sikap buruk saya yang cepat melantah, cepat berhukum, cepat mencelah dan suka mebangkang ni akan cepat runtuh..
    Hmmm, tak terlalu susah untuk mendegar apa yang didengar, tapi terlalu susah untuk mendegar apa yang tidak ‘didengarkan’ :-(

  12. nigatsu says:

    Sekadar berkongsi ..

    Saya masih bujang tetapi sering menjadi tempat luahan masalah rumahtangga .. terutama keluarga terdekat … secara logiknyer mmg saya tak ada pengalaman alam berumahtangga sehingga nak memberi pandangan pun saya tak berani … tetapi aper yg saya paham … org yg sedang bermasalah, selalunya hanya ingin meluahkan perasaan sedihnya.. supaya tak membusuk dalam diri.

    Secara normalnya, di akhir sesi luahan cerita, saya akan katakan. Saya bukan org yg tepat untuk memberi nasihat,tetapi jika perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati.. insyaallah saya ada .

    Apapun.. saya masih bukan pendengar yg baik.. kerana tidak mampu memberi respond yg baik.

  13. ryna zynnirah says:

    entry yg membuka minda

    byk yg dapat kita belajar

    sesungguhnya hidup ini adalah complement

    to be an excellent motivator , we should be the good listener first
    to be an excellent teacher , we should be the good student first
    to be the person to be admired , we should be the good person first
    to be an excellent friend, we should be friendly first

    ….. dalam pencarian yg menuntut pengorbanan..

  14. HafizAdam says:

    [Ini merupakan gejala yang semakin biasa dan berleluasa di dalam internet hari ini. Lihat sahaja diskusi yang dibuat dalam format forum. Bandingkan tajuk asal pada posting pertama, dengan posting terakhir.

    “Masjid di Atas Tanah Waqaf Ditutup Oleh Pihak Berkuasa Kerana Politik”, bunyi tajuk yang diberikan oleh penghantar artikel berkenaan.

    Diskusi sepatutnya memfokuskan kepada tindakan pihak berkuasa yang menutup masjid atas motif politik, tetapi perbincangan tersasar apabila ramai yang mendengar secara selektif, menarik tumpuan kepada isu hukum membina masjid di atas tanah waqaf!]

    Tertarik dengan kenyataan ini. Last2, menjadi tugas forum moderator utk membantu mengalih kepada topik. Lebih teruk lagi, ade yg respon tanpa membaca keseluruhan post, menyebabkan isu panas yg telah reda, kembali panas. Haih~

    Seek first to understand, then to be understood. Mungkin benar pandangan saya dulu, nak paham manusia, tengok dari perspektif third-person-view.

    Macam drama, kekadang konflik terjadi dan kita akan kata,”haih..pesal buat camtuh, kalu tak dah lama hero ngan heroin bersama..”. Kemudian kita pulak yang tensen. Haha.

    Sebabnya, kita melihat situasi kedua-dua pihak. Mungkin.

    Eh, macam lari tajuk je. Haha saya memang mengalami masalah pendengaran, atau lebih teruk – pembacaan. Takleh nak respon ngan betul.

    Anyway, post yang menarik sebagai panduan buat sahabat2, agar nasihat yang diberi, selaras dengan apa yang diperdengarkan.

  15. Ainaana says:

    Assalamualaikum..

    Artikel yang berkesan sekali. Melalui pengamatan saya, banyak yang mendengar secara berkesan adalah kebanyakan yang temperamentnya INFJ. Yang mana secara semulajadinya mereka-mereka ini adalah berpewatakan ‘counselor’.

  16. egypt_medik says:

    salam ustaz dan sume pembaca..
    alhamdulillah banyak manfaat yang saya dapat dari artikel ni selepas lama menunggu artikel tentang 7 habits ni… syukran jaziila ustaz..

    pada saya, masalah untuk meningkatkan kualiti mendengar ni berkait dengan masalah hati… artikel ustaz tentang ‘tanggungjawab tanpa cinta’ tu boleh dikaitkan dengan masalah ni.. kalau kita dah sayang kat kawan kita tu, kita mesti akan mendengar dengan bersungguh2 apa yang cuba diluahkan oleh kawan kita dan berusaha untuk membantunya. sebab kita dah sayang dan cinta kat dia…kan?

    “sesunguhnya setiap mu’min tu berSAUDARA”(al-hujurat:10),

    tapi sejauh manakah penghayatan kita kepada ayat quran tu?

    “jika seseorang tu meNYAYANGi sahabatnya, maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia meNYAYANGInya” (riwayat abu Daud)

    tapi, oleh sebab tiada perasaan SAYANG kat sahabat, kita buat acuh tak acuh je kepada masalahnya… tapi, INGAT, jangan sampai menjadi PENCEROBOH plak, ye??

    dan saya suka gak teknik cermin tu.. subhanallah! hebatnya kalam rasulullah SAW, cakap sikit, tapi maksudnya mendalam!!
    sedih betul la, sebab sebelum ni, saya ni MALAS nak berfikir tentang maksud sebenar hadis tu… tak sangka plak dia punya maksud sedalam itu…

    apa2 pun, syukran ustaz.. hebatnya Allah bagi kat ustaz kelebihan berfikir dan mengarang… semoga saya dan ramai lagi orang akan jadi macam ustaz.. ameen.

    p/s:ustaz,nak tanya skit, kalau kita buat blog, boleh melatih kita berfikir dan mengarang erk?? hehe

    • Abu Saif says:

      Kembalikanlah semua pujian kepada Allah… jangan seksa saya dengan pujian…

      Menulis, sama ada di blog atau di mana-mana memang sangat membantu kita berfikir dan mengarang… elok dicuba bagi yang belum

  17. kaklong syikin says:

    salam,

    bukan mudah jadi pendengar yang baik dan fokus..ana sendiri masih belajar terutama jadi pendengar yg baik pd suami dan anak2.Bila jadi pendengar yg baik, memudahkan kita selami apa yg dihajati dan seterusnya memberikan cdgn2 atau fikiran yg sesuai dngn situasi tersebut.

  18. abadi says:

    Sekadar nak berkongsi…

    Dalam kelas kemahiran berkomunikasi yang saya hadiri (wajib bagi Penang Medical College), antara poin yg paling saya ingat adalah:

    Listen to what’s not being said

    Pendek tapi cukup dalam maknanya.

    Masalahnya, masih ramai yang tidak mahu mendengar dan memahami (dengan betul), bukan?

  19. shiha says:

    Salam…

    Alhamdulillah. Sempat jugak nak baca artikel ni. Semalam dah speed reading sambil dok pok – pok baby Imran. Hari ni baru boleh fokus sambil berfikir.

    Panjang jugak mukaddimahnye, sebelum nak sampai ke 5th Habit itu sendiri. Tapi indeed, kena hadam skill mendengar tu dulu sebab that is a major part of seek first to understand.

    Bagi adik – adik yang buat medic, sepanjang pengetahuan saya yang tak seberapa nih, majority medical school ada masukkan communication skill / dealing with patient nih. Bagusla kalau dari sekarang dah berazam nak praktikkan segala skill tu. Esp bab “Hidden Agenda”, whereby patients datang mengadu demam, tapi dia sebenarnya takut kena HIV! (sbg contohla). Bab – bab cam gini, diagnosing skill tu dah satu hal, tapi nak fahamkan body language dan kemahuan sebenar pesakit tu, tu yg tak mudah tu.

    But having said that, walaupun communication skill ni dah memang diajar di med school, cuba kita lihat outputnya di mana – mana klinik atau hospital. Tak semua doktor mampu grasp the skill. Bukan kerana tak ‘hafal’ subjek ni dulu, tapi kerana praktikal boleh jadi sangat berbeza dengan teori. Ianya banyak bergantung kepada realiti apabila directly berdepan dgn pesakit. Banyak faktor lain yang mempengaruhi. Dan, sepanjang pemerhatian saya, lagi banyak yang kita fahami dan hayati mengenai listening skill ni, lagi kuat cabaran dan dugaan yang diberikan untuk membuktikan bahawa kita benar – benar memahami skill itu. Bukan dengan pesakit saja, as mentioned by Ustaz, malah dalam seluruh konteks kehidupan. Suami isteri, anak – anak dan sebagainya.

    Beberapa hari lepas, anak saya Ahmad cakap kat saya, “Mama, Ahmad rasa, Mama dah tak sayang kat Ahmad lagi..” Bagi sesiapa yang lain yang mendengar, rasa cam nak luruh jantung pun boleh. Tapi, saya dah kenal anak saya ni selama 6 tahun lebih, dia ni agak ekspresif orangnya. Kalau tak puas hati, dia cakap direct aje, takde simpan – simpan. Sebenarnya saya nak tergelak dia cakap cam tu, sebab saya dah tau kenapa. Tapi takdela gelak depan dia & of course kena discuss heart to heart. “Kenapa Ahmad cakap macam tu?” “Sebab Ahmad nak cakap dengan Mama, tapi Mama asyik tengok komputer saja” Mata dia dah berkaca – kaca.(kebetulan saya tengah baca SIO hehe). Rupanya dia nak tunjuk kat saya ‘kejayaan’ dia menulis jawi sampai habis dari alif sampai ya. Saya layan aje le.. raikan kejayaan dia tu, tepuk – tepuk, peluk – peluk. Tak sampai 5 minit, dia dah happy kembali.

    Dengan budak – budak, agak senang sebab fikiran diorang tulus. Tapi bila nak kena deal dengan orang tua, aduih, susah sungguh. Sebab pemikiran orang tua nih dah berlapis – lapis sampai tak tau apa benda sebenarnya agenda di dalam kepala. Wallahuaklam & wasalam.

    • Pak Din says:

      Ha ha ha caught you there … Baca SI sampai lupa tepuk suami? Ingat suami awak orang tua yang masih dewasa.

      • shiha says:

        Salam..
        Adeih caught red handed, even though not exactly that. Nih la penangan orang yang terlebih dulu makan garam. Can read between the lines! Mendengar apa yang tak didengari. Membaca apa yang tak ditulis :)
        Tak pa Pak Din, kita la ni seri satu sama :P

  20. caizen says:

    eh dalam part cermin tu kenape ending die ayah die bagi pergi?
    realitinya lebih kurang 60% si ayah tetap tak bagi pergi.

    • HafizAdam says:

      ustat cuba bagi happy ending supaya tak tragak2 nak mncuba..

      maybe..

    • Abu Saif says:

      realitinya, 60% anak tidak pernah melihat ayat dengan teknik cermin dan 60% ayah tidak pernah melihat anak dengan teknik cermin

    • shiha says:

      Salam..

      Itulah kuasa seek first to understand, then to be understood . Kalau caizen & HafizAdam tak percaya, cuba baca artikel ni pelan – pelan dan hayati betul2. Kalau boleh, baca jugak the original source dari Stephen Covey. Then amalkan. InsyaAllah, hasilnya “ayah dia bagi pergi”. Tapi dengan syarat, dua – dua pihak memang berniat baik dan masing – masing cuba memahami keadaan dan perasaan pihak yang satu lagi. Saya masih bertatih tapi saya yakin dengan konsep ini. Wallahua’lam dan wasalam.

  21. Samad says:

    Setelah ramai memberi komen dari sudut positif habit ini, saya cuba melihat dari sudut sebaliknya agar penilaian lebih rasional.
    Saya melihat habit ke- 5 ini lebih merupakan quick fix approach. bukan bermakna ia tidak penting, tetapi ada penyakit yang lebih mendasar yang perlu dilihat sebelum seseorang itu berupaya melaksanakan habit 5 ini. Antaranya
    1. Tidak mendengar suara sendiri
    Atau biasa disebut ‘suara hati’ atau ‘suara roh’. Bila nak buat jahat, kita tak sedap hati. Itu suara hati. Seringkali kita(atau saya) tak mendengarnya atau kalau dengar pun buat-buat tak dengar. Akibat mengabaikan suara hati ini, kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahu. Lihatlah berapa ramai org yang mencari ketenteraman hati dengan muzik2, melancong dsbnya, padahal ketenteraman itu terletak dalam dirinya sendiri dan barangkali puncanya kerana hubungannya yg teruk dengan Tuhan. Tapi kerana mengabaikan suara hati, dia tak sedar itu semua.
    Cth lain, nak kahwin 2 kerana bermasalah dengan isteri pertama, walhal kalau dia dengar betul2 suara hatinya mungkin masalah tu ada dalam diri dia.
    Cth lain, mahu tukar bidang pengajian dari bidang kejuruteraan kepada bidang pengajian Islam kerana menganggap bidang itu lebih mendekatkan dirinya ke syurga. Walhal jika diperhati betul2 dalam hati, mungkin puncanya kerana dia sudah JEMU, TAK MINAT, atau rasa KURANG GLAMER dengan bidang kejuruteraan. Sepatutnya sikap itu yang patut diubah, bukan bidang pengajian!!
    Saya rasa org yang mampu mendengar suara hati akan jadi lebih sensitif dan peka dengan perksekitaran. InsyaAllah dengan mudah dia boleh terap habit – 5 ni dalam diri.
    2. Bersangka buruk
    Saya rasa, kalau Amin bersangka baik dengan ayahnya, tentu dia takkan mengaitkan peristiwa yang dialaminya dengan kisah ghulam. Saya rasa org yang baru masuk jamaah (gerakan Islam) amat mudah kena penyakit bersangka buruk seperti yang berlaku kepada Amin tadi. Dia cepat menyangka hanya dirinya yang betul yang lain salah. Dia rasa bahawa dialah pejuang agama yang lain pejuang taghut termasuklah ayahnya!
    3. Ego
    Ini pun penyakit org yang baru masuk jemaah. Dia dan golongannya sahaja yang betul, yg lain semua salah. Bila persepi ini ada, maka mindanya akan menapis kebaikan org (kerana tidak bertepatan dengan persepsi) dan amat terbuka luas utk melihat keburukan atau kesalahan org lain (kerana memenuhi persepsi). Ini yang membawa kpd perangai yang ustaz katakan ’ MENDENGAR APA YG MAHU DIDENGAR SHJ’ . Akibatnya persepsi itu menjadi satu keyakinan yang tinggi.
    Sebab tu tak heran sesetengah org PAS tak boleh terima 100% SIS, dan yg tak sefikrah dengannya. Sebab tu juga sstngh org memandang sinis perjuangan RPK semata-mata kerana beliau tidak sefikrah dan isterinya tak pakai tudung! Justeru bnyk penulisannya yang membuka mata dan bermanfaat telah ditapis atau kita mendengar apa yang mahu didengar sahaja.

    Ini antara sikap yang saya rasa lebih mendasar sifatnya dari habit-5 ni. Kalau kita mampu mendengar suara sendiri, bersangka baik dan merendah diri, insyaAllah habit – 5 ni sangat mudah utk diterapkan. Kalau tidak ia akan jadi sukar. Kalau menjadi pun, akan cepat lelah dan kembali ke habit asal
    Namun, saya tak nafikan dengan mempraktikkan habit-5 ni juga akan mampu memperbaiki sikap ego dan sangka buruk kita.

    maaf terbanyak pula ’makan’ bandwith ustaz. tak pandai nak bagi ulasan yang ringkas dan padat
    Moga bermanfaat.

  22. Abu Saif says:

    Terima kasih Samad. Good effort…

    Tapi akhirnya, macam bagi komen sokong jugak kat tengah2 tu sebenarnya :P

    First of all, Habit 5 tidak boleh dipisahkan dari Habit 1, 2 dan 3. Tiga habit pertama itu adalah foundationnya. Sebelum kita nak seek first to understand, atau think win-win, atau synergize, kita kena tetapkan dulu apa prinsip hidup, apa nilai dalam hidup, kenal diri termasuk suara hati yang Samad perkatakan itu dan lain-lain, dalam habit 1, 2, dan 3.

    Bersangka buruk dan ego… dua benda nilah sebenarnya yang dirawat oleh HABIT 5 ni… So, Habit 5 bukan bersangka buruk atau ego, sebaliknya Habit 5 ialah rawatan ke atas sangka buruk dan ego.

    Kalau nak cari juga sisi negatif habit 5 ni, saya boleh cadangkan perbincangan bahawa perbuatan terlalu mengambil kira pandangan orang lain sebelum kita nak bertindak or buat keputusan ialah, kita akan jadi sangat susah nak bertindak hingga menjadi tidak efektif. Asyik nak fikir perasaan orang je. Atau mungkin juga kita boleh “menggadai prinsip” semata-mata kerana nak senangkan hati orang lain….

    Yang ni boleh Samad gunakan untuk dijadikan kritikan terhadap Habit 5.

    Saya mungkin ada satu dua jawapan yang boleh digunakan untuk balance balik, tapi bagus juga kalau Samad or pembaca yang lain komen dulu…

    Shukran ya baa….

  23. Amin Ahmad says:

    Contoh cermin tu dalam kaedah kaunseling dipanggil empty chair kan ustaz? Saya rasa ada persamaan yang ketara…

    Saya fikir dalam konteks perbezaan manusia yang memungkinkan wujudnya teori habit ke-5 ini ialah kerana adanya kecenderungan uniformity, bukan unity seperti yang dihajatkan.

    Saya juga teringat dialog email saya yang terkandas di tengah jalan dengan seorang anak Malaysia yang murtad dan terkenal di internet ni dengan kenyataan2 terbuka memilih untuk menjadi atheis.

    Saya menzahirkan rasa sedih saya atas pilihan dia..tapi dijawabnya bagaimana pula jika dia yang rasa sedih dengan pilihan saya..itu mungkin cebisan pengalaman lalu..semoga Allah s.w.t. mencampakkan taufiq dan hidayah untuk umat ini mencapai nikmat di kehidupan yang abadi.

  24. shiha says:

    Salam..

    Menarik perbincangan Samad tu. Kurang setuju bila Samad katakan Habit 5 ni adalah quick fix. Bagi saya, ia adalah guideline untuk membuang sikap ego, tidak mendengar kata hati & bersangka buruk tu. Ataupun, kalau pukul rata, apa yg Samad cuba sampaikan tu, itulah juga Habit 5 yang diterangkan. Ini hanyalah pendapat saya, and it is opened for debate, silalah kita berbincang dengan niat untuk menambahkan ilmu :)

    Pada pendapat saya juga, bersangka baik adalah satu sifat yang mulia. Tapi, ia tak sama dengan kemampuan untuk meletakkan diri di kasut orang itu. Sebab, ada kemungkinan orang itu memang bersikap buruk/membuat keputusan yang tak betul/bertindak salah dan yang sekapal dengannya. Tapi, kemampuan kita untuk memahami kenapa dia bersikap/bertindak begitulah yang dapat membantu kita untuk mencapai kata sepakat.

    Contohnya, seorang yang mahu menjadi penyanyi. Kalau kita berbaik sangka, maka kita berfikir mungkin orang itu berniat untuk menjadi penyanyi kerana dapat menyampaikan syiar Islam secara itu. Tapi, kalau kita meletakkan diri kita ditempat orang itu, di mana kita tahu bahawa dari kecil lagi dia telah dididik oleh orang tuanya untuk menjadi penyanyi, maka itulah yang menyebabkan dia nak menyanyi. Bolehkah kita bayangkan diri kita ditempatnya, berdasarkan cara dia dibesarkan dan dididik?

    Bila terlalu menyelami perasaan dan keadaan orang ini, boleh menyebabkan keputusan kita menjadi bias. Kalau ikutkan astrologi (bukan bab menilik hari, tapi bagaimana perwatakan orang itu bergantung kepada bintangnya), ini merupakan kelemahan orang berbintang Libra. Niatnya itu supaya adil kedua belah pihak. Akibatnya susah untuk membuat keputusan. Jadi indecisive. Wallahua’lam.

  25. Rozy says:

    Assalamu’alaikum Ustaz,

    Sebuah entri yang mencerahkan :) . dan saya menangkap makna bahwa berbaik sangka dan berfikiran positif dalam setiap kesempatan adalah sebuah keselamatan dan kelapangan jalan, insya Allah.

    Alhamdulillah dan terima kasih ustaz. Semoga apa yang telah dikongsikan ini bermanfaat bagi saya, juga bagi siapapun yg telah membacanya.

    Salam ziarah dan silaturrahim dari saya di Batam~Indonesia.

    Wassalam,

    Rozy

  26. Kak Ija says:

    “Menjadi mangsa perbandingan, adalah sesuatu yang menyakitkan. Anak diminta menginsafi pengalaman ibu bapa, generasi muda dipaksa menghayai perjuangan generasi sebelum merdeka, ia sesuatu yang tidak mengundang penyelesaian. Manusia memang berkongsi prinsip dan nilai kehidupan yang sama, tetapi konteks sentiasa berbeza.”

    Semoga kemerdekaan yang ke 51 ini kita mengguna pakai kaedah yang berkesan. Fokuskan kepada pengisian yang berasaskan agama agar nilai2 murni bukan sekadar etika tetapi menjadi akhlak. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab tidak “cakap tak serupa bikin”. Bimbangkan gejala sosial tetapi menggalakkan konsert2 tak semenggah.

  27. cahaya pencinta says:

    salam alaikum..
    artikel yang membuka minda.
    semoga mereka2 yang berada di atas mempunyai sikap keterbukaan untuk menerima kritikan..
    dan semoga mereka yang ingin menegur melupakan status di sisi masyarakat dan berani mengakkan yang benar..insyaAllah..

  28. adahunn... says:

    saya suka mengkritik dan dikritik……..baru sempurna hidup.

Leave a Reply