Plugin WordPress Yang Mengagumkan

On 08/05/2008, in Teknologi, by Abu Saif | 3,020 views | Print Print | Email Email |

Usaha untuk memastikan software yang kita gunakan sentiasa dikemaskini adalah suatu rutin biasa bagi pengguna komputer. Apatah lagi software yang kritikal seperti antivirus. Ia perlu up-to-date sentiasa.

Sama jugalah kesnya dengan operation system komputer masing-masing. Masih adakah yang menggunakan Windows 95?

Mengemaskini sistem itu perlu agar kita bergerak dengan apa yang lebih baik dari semalam biar pun yang semalam itu adalah yang terbaik pada harinya.

Begitulah halnya juga dengan sistem kehidupan kita… masih adakah yang bersolat di umur 40 tahun berbekalkan ilmu solat yang dipelajarinya ketika berusia 16 tahun dulu? Orang ini bukan sahaja tidak cemerlang dalam solatnya, malah masih kebudak-budakan dalam mengurus hubungannya dengan Allah.

Sebab itu datang pesanan yang baik di dalam Islam:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke persemadian” [tidak disahihkan sebagai Hadith Nabawi]

KEMASKINI WORDPRESS

Selain memberikan perhatian kepada isi kandungan artikel dan mood perbincangan di saifulislam.com, saya juga memandang serius kepada hal-hal di belakang tabir. Design blog ini cuba diubahsuai dari semasa ke semasa, kemudahan pembaca disediakan dengan pelbagai plugin untuk email, cetak, carian arkib dan sebagainya… semua itu adalah sebahagian daripada budaya Itqan iaitu buat kerja betul, betul-betul.

Tetapi apa yang paling penting, ialah rumah kepada saifulislam.com ini sendiri iaitu WordPress.

Usaha untuk mengemaskinikan wordpress sebagai sistem yang menggerakkan saifulislam.com tidaklah semudah proses update antivirus atau windows di komputer kita. Ia seumpama melakukan renovasi rumah dalam keadaan kita duduk di rumah tersebut. Jika salah paku yang diusik atau tiang yang ditarik, mahu sahaja runtuh bumbung menghempap lantai. Saya sudah beberapa kali sejuk tangan kerana insiden-insiden sedemikian.

Namun wordpress tetap perlu dipastikan up-to-date untuk memastikan ciri-ciri keselamatannya lebih baik dari semalam, dan plugin lain juga berfungsi dengan baik.

Semalam, saya dikejutkan dengan penemuan sebuah plugin yang AMAT menarik. Zirona Open Source Consulting telah memperkenalkan The Instant Upgrade Plugin untuk proses memasang wordpress terkini ke blog anda dengan hanya beberapa klik.

Setelah membaca review pembaca yang telah menggunakannya, dan memahami punca-punca mengapa sesetengah pembaca menghadapi beberapa masalah teknikal semasa mencubanya, saya mempunyai keyakinan sehingga 80% untuk menggunakan plugin ini. Proses backup [pentingnya antara hidup dan mati] dilakukan, plugin tersebut saya unzip dan kemudian muat naik ke folder plugin wordpress di server saya dan kemudian dipastikan semua folder di dalam plugin ini rewritable, saya memulakan proses kemaskini wordpress.

Sungguh tidak disangka-sangka, ianya semudah ABC! Alhamdulillah.

Kini saifulislam.com menggunakan wordpress terkini versi 2.5.1 dan bukan sahaja itu, malah seluruh plugin diperiksa secara otomatik dan update dilakukan dengan begitu efisyen.

Saya amat menyukai plugin ini dan mencadangkannya kepada sahabat-sahabat yang menggunakan wordpress untuk memanfaatkannya. Jika anda berpuas hati, bagus juga jika disumbangkan sedikit ‘saguhati’ kepada pembina plugin ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kita kepadanya.

Ia bukan sahaja selamat, malah telah mempercepatkan proses berbanding secara manual sebanyak 30 kali ganda, dengan selamat!

Ingat, buat kerja betul, betul-betul!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Minta Yang Mahu, Dapat Yang Perlu “Macam mana nak sampai ni?” hati saya terdetik. Jam sudah...
  2. Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman “Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya....
  3. Apa Yang Hilang (Seketika)? Tidak pula saya menyangka bahawa conjunctivitis yang menyerang saya selama...

 

34 Responses to “Plugin WordPress Yang Mengagumkan”

  1. Salam,

    Ana tumpang berbangga ‘anak murid’ dah sangat advance kehadapan. Syabas. Ana boleh bayangkan kegigilan yang dihadapi bila buat tiba2 ‘runtuh’ rumah. Hehehe. Selamat maju jaya.

  2. soffis sban says:

    Assalamualaikom

    Betul tu..buat kerja kena tekun..jangan main main..masa main pun jangan main main..

    Ikut saranan Nabi junjungan..Buat Kerja penuh ketekunan dan kesungguhan

  3. setiap hosting memang sentiasa mengupdate produk mereka untuk memastikan pelanggan mereka tidak lari. Memang masalah dalam nak mengupdatekan blog, bila update, ada sahaja yang lari, silap2 kena pula cari bahagaian HTML nya. Saya pernah pakai wordpress, tapi sekejap sahaja. Tak rasa nak maintain. Bagus ustaz, teruskan share ilmu2 yang gini juga, supaya kita tak tertinggal.

  4. bukhariramli says:

    Banyak betul plugin yang Ustaz pakai.

  5. ummu hakim says:

    Allah….ust ni..bg ceramah, menulis, masak, jg anak, jd surirumah, suma blh. ni jd pakar IT pulak.
    Subhanallah. ada ke caranya nak cntct mak ust? nak tanya la mcm mana beliau didik anak2nya

  6. ummu hakim says:

    ops..lupa pula. sorry for this comment doesn’t fit the contents of the entry

  7. aye says:

    Wah satu ilmu baru, saya nak ‘try cuba testing’ ye :-D tahniah ye ustaz.

  8. saifuddin says:

    ustaz boleh claim duit kopi dari wordpress ni.

  9. Saya baru upgrade wordpress ke 2.5 dua minggu lepas. Tiba-tiba minggu lepas wordpress suruh update ke 2.5.1. Aiyoo.. Menggigil lagilah tangan saya nak buat backup. :D

    Tapi saya tunggu 2.5.5++ baru update baru. Takut-takut juga nak upgrade.

    P/s: Ustaz, Proses backup untuk blog ustaz ni memang perlu dibuat sekerap mungkin. Proses yang menentukan ‘antara hidup dan mati’. Boleh termenung kalau tiba-tiba buat hal dan kita tiada backup.

  10. Pak Din says:

    Akan dicuba Ustaz, nampak interesting! Terima kasih sahajalah yang boleh beri. Sdr Saifuddin, macamana nak claim duit kopi .. terutama dari WordPress?

  11. us. hasrizal, untuk My Schedule ustaz pakai plug in aper?bleh kongsi mana dapat plug-in2 u webpress ustaz?

    Sudi kongsi?

  12. Erm. Ustaz, plugin apa yang digunakan ustaz supaya ayat bawah ini kekal?

    “© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2007)

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan….”

    • Abu Saif says:

      Haha… kalau ustaz terus bagitahu nama plugin tu, nanti anta akan dapat plugin yang itu sahaja. Ustaz akan cerita macam mana ustaz jumpa plugin tu supaya kalian boleh praktikkan.

      1. Ustaz bosan apabila orang asyik tanya, nak minta izin copy artikel ini dan itu untuk bagi kawan, tunang, mad’u et al… so ustaz terfikir nak tulis satu statement di hujung semua artikel yang dimasukkan secara otomatik dengan harapan pembaca tidak akan membosankan hidup ustaz bertanyakan soalan yang sama setiap hari.

      2. So I know that the answer is PLUGIN.

      3. Soalnya, plugin tu apa namanya? Nak tahu namanya, kena tahu apa plugin tu buat!

      4. Adakah nota di akhir komen tu ialah footnote? rasanya bukan. adakah ia warning? bukan jugak rasanya. so apa bendanya?

      5. Ia mungkin DISCLAIMER. Mungkin juga…. SIGNATURE… ye dak? so ustaz bukak http://wordpress.org/extend/ dan cuba search guna keyword DISCLAIMER dan SIGNATURE… keluarlah beberapa jenis plugin… baca keterangan mengenai setiap plugin tu, tengok rate, tengok panduan install senang ke banyak songel… dan shortlist. Ada dua tiga plugin yang dirasakan sesuai… so ustaz download and try.. yang kurang bagus, uninstall dan buang. yang bagus, kekal pakai sampai hari ni…

      6. So, apa nama plugin yang Azree tanya tu? Jawapannya, selamat memancing ikan :)

      • Kak Ija says:

        Terasa macam membaca skrip Blue’s Clues pulak. Apalagi pembaca sekelian, apa yang kita perlukan? Apa lagi jika bukan buku nota. Selepas itu kita duduk di Thinking Chair…

        • Abu Saif says:

          Petunjuk… petunjuk!

          Adeh…. :D

        • Pak Din says:

          Changgih sungguh Ustaz.com yang ini.
          Yang hantar e-mail tu … semua ke selective?

        • shiha says:

          Hehe dok tergelak cerita Blue’s Clues Kak Ija & Ustaz :P Petunjuk! Petunjuk! Hanya mak bapak yang sama2 tgk cerita tv utk toddlers aje yg paham kehkehkhe :D . Melihatkan paragraf ustaz on how to look for the plugin tu, mmg lagi mudah bagi ikan dari nak ajar cara nak pancing ikan…

  13. Syukran ustaz. Nanti saya cuba satu-satu. ;)

  14. Leokid says:

    guna wordpress free…xleh letak plugin.. T_T

    tunggu la kalu blog saya dah smpai 1000 hits sehari baru fikir nk dapatkn hosting sendiri. hehe. lagi…10 tahun kot? =p

    ps: suka dengan style baru comment ni, yg users boleh edit balik within 15 minutes submission comment tu. hehe. juga ngan style yg users boleh reply to specific comment. =)

  15. shiha says:

    Salam…

    Kepada sesiapa yang mengetahui, camana nak letak pic/avatar kat reply tu? [Cam Ustaz, ada pic dia kat each of his reply]. TQVM.

  16. Abu Saif says:

    Dr Shiha boleh baca kaedahnya (mudah je) kat http://www.prismantiq.com/?page_id=102

    Selamat mencuba

    • shiha says:

      Salam..

      Testing testing 123. Hehe as usual, gambar Husna menjadi mangsa :) Terima kasih Ustaz, kerana ajar saya memancing :P

      • Pak Din says:

        Canggih-changgihlah manusia sekarang ni! Yang pakai tudong dulu pun macam anak … jer
        Saya tak nafikan bahawa Ustaz kita ni memang sangat-sang minat komputer kerana dari pengalam muda dulu … memang mengambil masa nak mencari dan mencuba sesuatu.

      • shiha says:

        yelah yelah. testing gambar sendiri pulak. eh, tak jadikpun?

        • Pak Din says:

          Macam berubah setiap kali tengok? Memang di design begitu! Dah panadai mancing bagi ikan sikit kat cifu.

        • shiha says:

          Dah tau dah kenapa tadi gambar tu tak bertukar. Sebab terlupa nak clearkan cache yg lama. Sifu mana yang nak ikan? Ustaz ke, Pak Din? Iskh tapi sekarang ekonomi tak berapa nak mengizinkan. Daripada 200% jadi 100%, senak jugak. Tapi insyaAllah ikan berbentuk doa tak pernah putus dipohon.

  17. Hasanah says:

    Tak pernah dengar lagi plugin ni.

    Tapi, saya guna WordPress Automatic Upgrade (wpmau) untuk semua blog yang saya mantain. Memang mudah kerana auto backup akan dibuat dan installation dibuat direct dari laman wordpress. Dicadangkan oleh ramai techie.

    Anyway, good luck.

  18. anwar yassin says:

    salam ustaz. ana pun memakai blog yang berplatform wordpress. memang mudah diuruskan seperti yang dikatakan ustaz.

    ana punya masih lg versi 2.1 hehe.hehe. jauh terkebelakang. khuatir nak upgrade.

    tapi bile ustaz perkenalkan plugin ni, boleh la ana upgrade blog ana.

    syukran ustaz di atas perkongsian ilmu tentang plugin ini. wassalam.

  19. [...] upgrade your WordPress automatically, with a single click. I found this plugin when visiting to SaifulIslam blog. InstantUpgrade is the wordpress plugin that help us to upgrade wordpress version with just [...]

  20. Amin007 says:

    tak sangka ustaz jenis yang rajin mengodek ya huhuhu.
    tapi biasanya saya suka buat backup dalam pc sama dalam website

    pasang saja xampplite, pc kita dah jadi website

  21. krozbonek says:

    wah wordpress 3 sekarang sudah bisa auto update kok

Leave a Reply