Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

August 11th, 2009 by Abu Saif 1:00 pm | 17,105 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

hateenemy.jpg

Kelas Sabtu lalu amat berharga. Tidak sia-sia saya berkejar dari Tanjung Malim ke UIA di Gombak dan balik semula ke Tanjung Malim untuk menyambung kerja.

Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard pada April 1961. Ia dibukukan di bawah tajuk, Western Views of Islam in the Middle Ages (ISBN 0-674-95055-0).

Di dalam ucapannya, Southern telah membahagikan era perkembangan persepsi Barat terhadap Islam kepada tiga era iaitu apa yang dinamakan sebagai The Age of Ignorance, The Century of Reason and Hope dan The Moment of Vision.

Di era kejahilan Eropah terhadap agama kita, mereka sangat jahil dan bebal dalam menanggapi Islam. Mereka tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mereka memahami Islam. Contoh terdekat yang boleh mereka gunakan adalah dengan membandingkan Islam dengan tradisi Yahudi. Agama Yahudi mempunyai pelbagai prinsip yang dilihat sama dengan Islam, seperti menegaskan keesaan Tuhan dan menolak Trinity.

Akan tetapi, masalah Eropah ketika itu bukanlah masalah maklumat. Ia lebih kepada masalah sikap dan pemikiran. Mereka sudah lama berjiran dan berhubung dengan umat Islam, tetapi persepsi mereka yang menjadi tembok penghalang.

Selama ini, Eropah memperlekehkan Yahudi yang miskin, melarat, dan dibenci, sebagaimana yang digambarkan oleh William Shakespear di dalam karyanya The Merchant of Venice. Sedangkan di era sekitar kurun ke 10M, Islam begitu gah dan hebat, tidak seperti imej Yahudi. Kelekehan Yahudi membolehkan Eropah untuk mengabaikan sahaja apa-apa idea mereka, tetapi kredibiliti Islam membuatkan Eropah gelisah kerana tidak boleh memejamkan mata terhadap Islam. Maka cubaan untuk memahami Islam dari imej Yahudi, agak membingungkan. Eropah keliru.

“Seperti seorang banduan yang berada di dalam penjara, kemudian mendengar khabar-khabar angin tentang peristiwa yang berlaku di luar, lantas banduan itu cuba melakar peristiwa yang didengarinya itu, dengan bantuan idea yang telah sedia ada di dalam fikirannya!”, begitulah analogi R.W. Southern untuk membayangkan keadaan penulis Barat tentang Islam sebelum tahun 1100.

Mereka langsung tidak tahu tentang Islam sebagai sebuah agama. Pada mereka, Islam dan Muslim hanyalah sekumpulan musuh yang mengancam dunia Kristian dari segenap sudut. Pada mereka, tidak perlu dibezakan di antara Tauhid Islam dengan penyembahan berhala primitif kaum Northmen, Slavs dan Magyars. Semuanya diangkut sebakul, semuanya adalah musuh agama Kristian.

“Mereka begitu bukan kerana kurang maklumat atau tidak berpeluang mengenal Islam secara dekat” kata Prof Al-Ahsan.

“Sikap, memandang remeh dan menjahilkan diri terhadap musuh!”, saya menambah.

“Dan dengan kejahilan mereka terhadap musuh, mereka tidak berupaya untuk mengalahkan musuh!”, kata Adam.

Benar, inilah kesimpulan kami kepada bahagian pertama kuliah R.W. Southern tersebut.

“Apa yang kita boleh belajar dari hal ini?”, tanya Prof Abdullah al-Ahsan.

Kami semua tersenyum.

Saya memberanikan diri untuk menjawab.

THE AGE OF MUSLIM IGNORANCE

Pada saya, apa yang telah membelenggu Eropah di era itu, hal yang sama jugalah sedang membelenggu pemikiran umat Islam hari ini. Saya bimbang dengan pemikiran simplistik umat Islam di Malaysia hari ini. Jika Tok Wan di kampung, tentulah saya tidak bimbang. Tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah tokoh-tokoh masyarakat, ahli politik dan Ulama sendiri.

Di era penghormatan orang ramai terhadap Ulama semakin terhakis, ramai Ulama yang dengan sendiri menambah sebab untuk mereka tidak dihormati.

Suatu ketika, kita beranggapan bahawa semua yang menentang Islam adalah Orientalis. Semua Orientalis adalah musuh Islam. Walaupun mungkin kita bahagikan Orientalis kepada Orientalis klasik, moden, dan pasca moden, namun kita beranggapan bahawa semua kelompok ini bekerja untuk menjayakan agenda penjajahan dan merancang untuk membinasakan Islam. Lantas kita gagal bersikap adil, dan seterusnya terhijab dari mengambil manfaat menerusi kajian Orientalis yang bermaksud baik seperti Arnold Toynbee.

Kita juga marah dengan Orientalis kerana menyalah tafsirkan Islam, bagaimana pula dengan jenayah kita menyalah tafsirkan Eropah? Apakah kita sudah menghasilkan terjemahan Islam terhadap Western Civilization? Orientalis gigih bekerja, dan kita hanya gigih menangkis, semata-mata.

Saya terkejut apabila mendapati ada di kalangan rakan saya yang belajar di Eropah tetapi menumpukan pembacaan tentang Orientalis kepada hasil karya orang Islam terhadap subjek tersebut. Tentunya pembacaan sedemikian rupa akan diwarnai oleh bahasa sacarstic, prejudis dan sinis yang merugikan. Sedangkan saya dan rakan-rakan di Malaysia, kami bertungkus lumus membaca tentang Orientalis berasaskan karya Orientalis sendiri, agar kami tidak bias, dan boleh membuat kesimpulan yang adil tentang mereka.

Kami menempuh kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan tentang Orientalis, dan jika ada terjual di Kinokuniya atau Borders, harganya menyeksa diri. Sedangkan mereka yang berada di Eropah tidak mengambil peluang daripada keberadaan mereka di sana, untuk mendalami isu ini dari sumbernya yang asli.

PUKUL RATA

Saya masih ingat di akhir 80an dan awal 90an, kita juga pernah menggunakan pukat tunda untuk melabel musuh Islam. Pada kita, asalkan ada sahaja versi Islam yang ‘anti tradisional’ dan sedikit berbau ‘liberal’, kita tuduh ia sebagai agenda IIIT (masyhur disebut sebagai Tripple I-T) dan Islam ala Amerika. Versi Islam yang direstui Amerika!

Hari ini, kritikan terhadap tradisi Islam semakin tajam, dan kita sekali lagi menggunakan pendekatan yang sempit, melabelkan semua anti Islam sebagai Islam Liberal. Kita tidak halusi pengertian Islam, dan kita tidak teliti dalam pengungkapan Liberal. Walhal, suara-suara ‘Islam Liberal’ yang ada hari ini, Islamnya pun tidak seberapa, Liberalnya pun menimbulkan persoalan.

“Sudah 3 tahun saya berusaha memujuk UIA agar subjek Introduction to the Western Civilization, diangkat menjadi subjek wajib universiti. Paling kurang, ia menjadi subjek wajib pelajar IRK”, kata Prof Abdullah al-Ahsan.

Saya akui, selepas mendalami Sejarah Eropah Moden, berkenalan dengan karya-karya George Sarton, Adam Smith, John Stuart Mill dan ulasan-ulasan Prof al-Ahsan terhadap buku silibus kami, Western Civilization: A Brief History oleh Marvin Perry, dan sebuah lagi buku dengan tajuk yang sama oleh Jackson J. Spielvogel, persepsi saya banyak berubah.

Saya teruja kerana melihat betapa asal usul idea seperti Liberalisma, Nasionalisma, malah Sosialisma, terbit dari kerangka pemikiran berteraskan agama! Eropah yang dibelenggu pelbagai krisis hablun minaLlah dan hablun minannaas, cuba menterjemahkan apa yang mereka faham tentang agama, melalui idea-idea liberal, konservatif, nasionalis dan sosialis.

Fahaman liberal mahu memulihkan identiti setiap insan sebagai individu, memberikan hak kepada mereka untuk berhubung dengan Tuhan tanpa melalui pihak ketiga, serta mahu mendefinisikan hak serta peranan mereka sebagai individu. Konservatif pula mahu memfokuskan hakikat insan sebagai manusia yang tabiatnya adalah berjemaah, bersosial dan berkelompok. Kedua-duanya mahu memperjuangkan aspek yang ada justifikasinya.

LIBERALISMA TAJDID DAN ‘ISLAM LIBERAL’

Liberalisma muncul di Eropah dalam kerangka agama. Idea tersebut terus berkembang dan mengalami perkembangan dari semasa ke semasa.

Di kalangan masyarakat Islam, golongan Tajdid mahu memulihkan kedudukan individu agar tidak terkongkong oleh taqlid yang bersandarkan kepada institusi agama. Tajdid mahu setiap individu berhak untuk memahami dalil dan sandaran hukum agar dapat beragama tanpa bergantung kepada pihak ketiga. Di sini, prinsip Liberalisma terguna pakai. Malah gerakan Tajdid hari ini, sering pula diseru kepada mencontohi gerakan Liberalisasi Martin Luther yang membawa reformasi agama terhadap institusi Katholik, sebagaimana yang sering dicontohkan oleh Muslim Professional Forum (MPF).

Di satu sudut yang lain, golongan yang sering dilabelkan sebagai ‘Islam Liberal’ oleh seterunya, turut menentang ‘tradisi agama’. Mereka membangkitkan soal kod moral kerana mahu peranan individu lebih terserlah di dalam otoriti beragama. Di atas titik ini, prinsip Liberalisma turut diguna pakai, walaupun dengan versi Liberalisma yang telah berbeza.

Kedua-dua golongan ini mensasarkan kritikan kepada arah yang sama iaitu golongan konservatif agama.

Sedangkan kedua-dua kumpulan ini mempunyai motif yang berbeza. Golongan Tajdid mahu mengukuhkan pegangan individu terhadap agama, sedangkan golongan ‘Islam Liberal’ pula mahu melonggarkan ikatan agama.

Namun, jika golongan Tajdid tidak berhati-hati, mereka akan pergi senada dengan golongan ‘Islam Liberal’.

Kedua-duanya lantang mengkritik konservatif agama, yang ada di dalam institusi kerajaan, juga parti pembangkang Islam. Golongan Tajdid dan ‘Islam Liberal’ bertemu di pentas LIBERALISMA. Pertemuan itu mudah berlaku kerana idea Liberalisma terbit dari usul agama. Liberalisma Tajdid terbit dari Usul Islam, dan Liberalisma aliran ‘Islam Liberal’ pula terbit dari Usul Christendom. Jika konservatif yang ditentang adalah konservatif golongan agama, maka Tajdid dan ‘Islam Liberal’ boleh bangkit senada.

Mungkin inilah yang perlu diperhalusi oleh SS Mufti Perlis ketika menerima siri compliment dari pelbagai pihak atas kelantangannya mengkritik golongan konservatif agama. Institusi agama dikritik, segelintir dari parti pembangkang Islam turut terheret sama, apabila yang bertembung sebenarnya adalah pemikiran Liberalisma dengan Konservatisma.

isu-semasa-dr-maza-003.gif

Sedangkan pada amatan saya, Tajdid yang Liberal mempunyai lebih banyak persamaan dengan kumpulan Islam yang Konservatif, berbanding dengan ‘Islam Liberal’ yang menuju ke arah yang berbeza. Jika mindset parti pembangkang Islam yang sering menjadi sasaran kritikan SS Mufti Perlis itu boleh diperbaiki, kerjasama antara Tajdid dengan perkumpulan Islam ini adalah lebih tulen bagi agenda membela Islam.

Semoga hal ini tidak menjadi musibah kepada Ummah!

PENJENAYAH DI SEBALIK DARWINISMA

Saya sering melihat Teori Evolusi sebagai suatu bencana, khususnya apabila ia diterjemahkan dalam bentuk ‘hak bangsa hebat seperti Barat untuk menjajah bangsa yang lebih lemah’. Saya memperolehi banyak sumber untuk mengutuk Charles Darwin (1809-1882) yang telah mengemukakan teori ‘syaitan’ ini. Karangan-karangan yang terbit dalam kerangka ‘bahasa konspirasi’ seperti tulisan Harun Yahya, menambah lagi kebencian saya terhadap Darwinisma.

Tetapi selepas membaca sendiri susur galur perkembangan Darwinisma dari sumber Eropah, saya dapat melihat dengan jelas, benih tumbuhnya idea ini. Bermula dari kajian datuk kepada Charles Darwin iaitu Erasmus Darwin yang telah menulis pada tahun 1794, Zoonomia (The Law of Organic Life), membawa kepada kajian Charles Darwin di dalam Origin of Species (1859) dan Descent of Man (1871), saya dapat melihat bahawa penjenayah terbesarnya adalah golongan yang datang kemudian. Bukannya Erasmus dan Charles itu sendiri. Golongan Social Darwinists adalah golongan yang bertanggungjawab memindahkan teori saintifik Charles Darwin kepada aspek sosial dan ekonomi, yang menjadi teras kepada Kolonialisma.

Berlaku adil kepada kawan dan lawan, adalah prinsip tinggi di dalam Islam.

Jika kita boleh akur bahawa idea-idea yang muncul dari Barat itu banyak yang diaspirasikan oleh agama, maka tidaklah sukar untuk kita melihat faedah idea ini kepada pemulihan Islam. Bukan memulihkan Islam dengan sentuhan Barat, tetapi meminjam prinsip agama Islam yang secara tidak langsung diperhaluskan dalam bentuk polisi oleh tamadun Barat. Asalkan kita adil terhadap kawan dan lawan, boleh menghargai perkembangan sejarah terhadap satu-satu idea.

Tidaklah nanti, kita sentiasa paranoid terhadap apa sahaja yang bernama Barat!

Paranoid inilah yang merugikan umat Islam di Barat hari ini.

PARANOID TERHADAP SEMUA YANG BARAT

Sehingga kini saya masih lagi menjadi ahli kepada The Islamic Schools League of America. Jika dinilai dari sudut pendidikan sahaja pun, umat Islam di Amerika Syarikat sudah jauh lebih maju meninggalkan pencapaian umat Islam di United Kingdom, Ireland dan Perancis. Malah dari segi politik, Keith Ellison sudah berjaya menempatkan dirinya sebagai anggota Muslim pertama di Dewan Kongress Amerika Syarikat.

Tetapi ramai umat Islam yang masih paranoid. Ada yang melabelkan Keith Ellison sebagai Zionis Muslim, semata-mata beliau menerima undi daripada sejumlah orang Yahudi di tempat beliau bertanding!

Umat Islam di United Kingdom masih melatah-latah apabila Shaykh Haitham Jawwad Al-Haddad menyarankan agar umat Islam yang menghuni United Kingdom mengundi parti yang diputuskan oleh Muslim Council of Britain. Mereka menafsirkan partisipasi umat Islam di dalam policy making di negara di mana mereka tinggal, sebagai penyertaan kepada sistem Kuffar. Maka hadith-hadith tentang imitasi satu kaum ke atas satu kaum, konsep tiada dua hati dalam satu badan, isu al-Wala’ dan al-Baraa’ diguna pakai. Lantas umat Islam Eropah memilih isolasi (pemencilan) berbanding integrasi yang lebih harmoni dengan maksud dakwah.

Hal yang sama, saya ratapi apabila melihat kepada perkembangan semasa di Malaysia. Kita meremeh temehkan Eropah dan mengaggapnya sebagai bakul sampah falsafah Yunan dan Greek yang tidak perlu dibuka tudung, agar busuknya tidak melata.

Apabila Ulama tidak mahu menghalusi asas-asas pemikiran Barat, mereka gagal berinteraksi dengan cabaran semasa secara betul. Apabila golongan yang digelar sebagai Islam Liberal bersuara mengkritik beberapa idea tentang Islam, Ulama kita menjawabnya dengan bahasa sempit yang memalukan Ulama sendiri.

TELETUBBIES

Saya ingin berkongsi kisah tentang perbualan saya bersama beberapa orang rakan tentang rancangan kanak-kanak terkemuka di Britain iaitu Teletubbies. Salah satu watak yang ada di dalam rancangan tersebut, dianggap mewakili watak gay, iaitu Tinky Winky. Seorang ‘budak lelaki’ yang berwarna ungu dan bersimbol tiga segi di kepala (warna dan simbol yang sering dikaitkan dengan homoseksualiti) serta membawa beg tangan.

tinky_winky.jpg

Lantas rakan-rakan saya mengecam rancangan televisyen tersebut.

“Ini konspirasi Barat mahu merosakkan Islam”, kata salah seorang dari kami.

“BBC sengaja mahu menyuntik budaya songsang ini kepada pemikiran kita”, kata seorang yang lain.

Saya termenung.

Benarkah bagai yang didakwa? Apakah semua benda yang tidak bersesuaian dengan kita, datang dari sebuah konspirasi?

Pada fikiran saya, pemikiran Liberal kuat mendominasi masyarakat di England. Golongan gay, sama juga seperti golongan berkulit hitam, golongan OKU malah kumpulan minoriti Islam, sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membentuk masyarakat Britain berdasarkan kepada terjemahan Liberalisma semasa.

Maka rancangan ini, jika benar Tinky Winky itu dimaksudkan dengan watak gay, adalah rancangan yang bertujuan mendidik kanak-kanak pra sekolah Britain terhadap polisi negara mereka sendiri. Sebagaimana mereka perlu menghormati penganut mazhab Katholik, mereka juga mesti hormat kepada umat Islam, kaum wanita, golongan hispanic, malah golongan gay.

Ia bukan konspirasi. Unsur itu masuk secara telus dan sedar.

Jika kita rasakan NILAI itu tidak sesuai dengan pegangan kita, maka tinggalkan sahaja rancangan tersebut. Untuk melabel penerbit Teletubbies sebagai ahli konspirasi dan berniat jahat, ia hanya menunjukkan kejahilan kita dan sempitnya fikiran yang mengongkong.

Untuk itu, saya sering meminjamkan nasihat dan cadangan kepada rakan-rakan yang aktif beramal di dalam gerakan Islam, agar berusaha untuk belajar tentang Eropah. Belajar tentang Eropah dari sumber Eropah. Kita tidak perlu berada di Eropah untuk belajar tentang Eropah, sebagaimana masyarakat kita tidak perlu berada di Eropah untuk telah menjadi Eropah.

Mahu tidak mahu, acuan pemikiran dan nilai Eropah itulah yang sedang menguasai umat Islam, juga bukan Islam di negara kita.

Semakin kita menjahilkan diri terhadap musuh, semakin terserlahlah kebodohan kita ketika mendepani mereka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
16 Januari 2007

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Memanjakan Diri… Sesekali! Mei dan Jun sepatutnya menjadi bulan saya merehatkan diri selepas...
  2. Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber:...
  3. Keyakinan Diri dan Sindrom Menarik Diri Kami mahu warga PERMAI’08 tinggi keyakinan diri! – Abu Saif...
  4. Musuh Allah Berijazah Syariah KISAH INI BERLAKU PADA TAHUN 1995. PANDANGAN POLITIK BERKAITAN ADALAH...
  5. Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji...

Advertisement

21 comments

  1. Bahagian 1

    Tahniah Ustaz Has!! Bagi saya ini satu garapan yang cukup baik, yang kalau di bawa kepada khalayak, bisa mencetuskan kontroversi dan juga polemik. Intipati utama, adalah supaya kita melihat Barat dengan kaca mata yang lebih positif. Tidak menolak semuanya ata pun membakulsampahkan semua yang datang dari Barat dalam satu tong yang busuk. Idea-idea liberal (dalam pengertiannya yang umum, bukan spesifik, bukan dari segi istilah) atau pun tajdid (yang lain sikit, bahkan lebih luas dari yang cuba dibawa oleh Dr MAZA) jelas terpancar dalam tulisan ustaz ni, but don”™t worry it is still within the limit (at least from my point of view). Kalau pun nak beri komen ringkas, saya nak bahagikan pada dua heading.

    Yang pertama, sebagai meraikan “˜kegelisahan”™ ustaz tentang komen-komen mutakhir Dr MAZA dan juga reaksi pimpinan2 kita, maka saya nak singgung sikit tentang isu semasa ni. Kedua, saya juga nak sentuh sikit tentang idea utama ustaz dalam artikel ni yang berkaitan dengan pandangan kita terhadap Barat dan juga perkaitan gerakan liberalisme di Barat dengan idea gerakan tajdid yang dibawa kelompok reformis dikalangan ummat Islam dulu dan sekarang. Cumanya lepas baca artikel hebat dari ustaz ni, saya rasa ustaz tak perlu sangat rasa risau atau gelisah, atau pun rasa tersepit di antara Dr MAZA dan pimpinan kita kerana artikel ni menyentuh perkara yang lebih mendasar daripada sensasi isu Dr MAZA ni. Bahkan ianya tak sangat menyinggung mana mana pihak.

    So, dalam bahagian pertama ni, saya Cuma nak menumpukan tentang isu Dr MAZA dngan harapan moga-moga dapat menghilangkan kegelisahan Ustaz Has. Untuk memahami kenapa boleh terjadi seolah-olah satu pertembungan keras antara Dr MAZA dan PAS, saya rasa saya kena bagi kronologinya berdasarkan pada pemerhatian peribadi saya. Pertembungan terbuka (terbuka maknanya ianya terdedah kepada khalayak melalui akhbar, majalah, web dan pentas-pentas ceramah/kuliah) antara Dr MAZA and the gang dengan PAS (atau mungking juga bukan dengan Pas sepenuhnya, tetapi beberapa orang pimpinan PAS dalam pemuda) bagi saya bermula lebih awal pada awal tahun 2006 dengan isu ummah centric-jemaah centric yang dibuka gelanggangnya oleh Maszlee melalui satu tulisannya yang disiarkan majalah I. Huraian Maszlee ni kita dapati kemudiannya dalam satu VCD yang diedarkan secara meluas yang mana semua kita tahu ucapannya cukup controversial dengan nada memperlekeh dan menyindir jemaah islam terutamanya PAS. Dr MAZA dalam hal ini menyebelah Maszlee habis-habisan samada dalam tulisan atau pun ucapannya. Di pihak pimpinan PAS pula yang tampil ke depan secara terbuka menjawab idea kabur Maszlee ni ada dua orang sahaja yang Nampak ketara, i.e Ust Idris Ahmad melalui tulisan dalam kolumnya dalam Harakah dan juga Ust Nasruddin Tantawi dalam tulisan di blognya. Di kalangan pendokong PAS pula yang merespon isu ini antaranya ialah Ustaz Hasrizal sendiri. Tokoh2 PAS yang lain tidak terlibat dalam isu ini, termasuklah Ustaz Dato Harun Taib yang menjadi sasaran Maszleee dalam kuliah Ummah Centriknya. Ketiga-tiga tulisan ini mendapat perhatian dan liputan meluas, selain dari siri-siri kuliah dan penerangan di kampus-kampus yang dbuat secara tertutup. Maszlee tampil akhirnya dalam satu tulisannya yang cukup lunak dan bersangka baik dengan ketiga-tiga ustaz Pas di atas. Dia hanya ingin berjumpa dengan ustaz2 ni di dalam syurga kelak dan dia tidak mengemukakan sebarang hujah balas mempertahankan pendapatnya. Perbahasan awam isu ini mati begitu sahaja akhirnya. Tiada siapa sepanjang pengetahuan saya, baik di pihak mana pun yang membangkitkannya lagi secara terbuka (kalau ada dalam sesi tertutup atau usrah, itu saya tak tau). Yang jelas hasil dari polemik ni, dah nampak pertembungan antara Dr MAZA dan PAS.

    Isu kedua ialah apabila Dr MAZA sendiri di tengah2 perhatian pencinta Islam di Malaysia terhadap krisis di Palestin dan Lubnan yang membawa kepada perang Israel-Hizbullah, secara tiba-tiba di dalam tulisannya dua bulan berturut-turut di dalam majalah I (kalau tak silap jun-julai 2006) apabila semasa mengingatkan para pembaca supaya jangan terpengaruh dengan sokongan terhadap hizbullah kerana akhirnya apa yang diperjuangkan hizbullah bukanlah islam, tetapi tidak lebih dari doktrin syiah itu sendiri, dengan beraninya Dr MAZA mendakwa terdapat sebuah badan politik Islam di Malaysia yang telah jadi sarang syiah. Antara asas tuduhan tersebut ialah apabila dia mendakwa seorang pimpinan tertinggi badan politik islam tersebut telah berucap memuji Syiah sebagai lebih baik dari ahluss sunnah sebab dalam ajaran syiah, jihad di jadikan sebagai rukun islam. Tuduhan tersebut disambut oleh geng-geng Dr MAZA terutamanya di dalam web al-ahkam.net. Yang jelas, apabila berlaku cabar mencabar di dalam web tersebut, pihak yang menuduh pas sebagai syiah gagal mengemukakan sebarang bukti konkrit. Yang ada hanyalah sangkaan terhadap Naib Presiden PAS, Muhamad Sabu yang dikatakan tokoh syiah dalam PAS. Apabila sahaja tuduhan ini keluar, pimpinan utama PAS tidak mengeluarkan sebarang respon, termasuklah Mat Sabu sendiri. Barangkali disebabkan ianya hanyalah tuduhan liar yang tidak ada apap-apa yang perlu dijawab. Yang jadi tukang jawab PAS, ialah ahli2 pas yang menyertai forum dalam web ahkam. Sebagaimana yang disebut tadi, satu bukti pun takde, namun Dr MAZA dan pengikutnya mengulang2 tuduhan ini sampai sekarang. Gambaran yang dibawa oleh Dr MAZA dan lain-lain pihak yang menyokongnya ialah seolah-olah PAS sekarang sdang dikuasai oleh Syiah !

    Apa yang menarik, dalam jangka masa ini, di pihak Dr MAZA, mereka mula memperkenalkan satu gagasan (atau pun lebih tepat satu kumpulan baru sebenarnya) iaitulah apa yang dipanggil sebagai gerakan tajdid. Saya perhati yang jadi mastermind yang membidani gerakan tajdid ini ialah kelompok-kelompok individu di dalam web ahkam seperti Tuan Hassan Tuan Lah, Zainuddin Yusro (Zain YS) Hafiz Firdaus Abdullah dan beberapa orang lagi. Dr MAZA tak nampak sangat sebagai mastermind atau pun perancang. Tetapi dia ditonjolkan sebagai symbol dan tokoh ideologue utama kepada gerakan tajdid ini. Maszlee pula turut terlibat tapi dia ni nampak licik dengan tidak sangat menonjolkan dirinya. Program terbuka mereka yang pertama dibuat sekitar Jun, iaitu sebaik usai sahaja muktamar PAS di kedah apabila mereka mengnjurkan program tunas tajdid di Bandar tasik selatan dengan menggunakan platform an-nidaa. Sebagaimana method biasa mana-mana gerakan atau kumpulan yang ingin mecari tapak, mereka melaksanakan program ini dengan membukanya khas kepada students universiti. Saya melihat, bahawa agenda ini adalah back up plan terehadap idea ummah centric yang cuba dibangkitkan sebelum itu. Disebabkan ummah centric telah mengundang reaksi keras dari pas terutamanya, maka gerakan tajdid adalah satu strategi baru.

    Isu ketiga yang terus mencetuskan konflik seterusnya diantara Dr MAZA dengan PAS ialah berkenaan isu serban membabitkan kes tiga murid sekolah yang dbuang sekolah di negeri sembilan kerana memakai serban ke sekolah. Polemik baru ini timbul apabila Dr MAZA di dalam web ahkam dengan secara spontan memuji keputusan hakim mahkamah persekutuan yang mengisytiharkan pembuanagn pelajar tersebut sebagai sah disebabkan serban bukanlah sebahagian dari precepts of Islam (rukun-rukun utama ajaran Islam) sebagaimana yang disyaratkan di dalam Perlara 11 Perlembagaan. Dr MAZA memuji keputusan hakim ini sebagai selaras dengan ruh Islam disebabkan bagi beliau serban bukanlah sunnah nabi, tetapi ianya hanyalah sekadar pakaian tradisi orang arab yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan orang PAS disebabkan semua pihak tahu bahawa yang terkehadapan membela pelajar tersebut termasuklah menjadi peguam kepada pelajar tersebut ialah dari kalangan pimpinan pemuda PAS. Bahkan pemuda Pas telah membuat repot polis terhadap kenyataan hakim yang dianggap mempersenda Islam. Termasuk yang mengkritik hakim ialah tokoh undang-undang, Prof Dr Aziz Bari. Web Ahkam sekali lagi menjadi gelanggan debat kedua pihak sehingga threadnya terpaksa di padam. Namun rasanya Dr MAZA tidaklah pula mengeluarkan sebarang tulisan berkaitan dengannya. Sebagai respon dari pihak PAS, Ust Nasruddin Tantawi dan sahabatanya Ust Adnan Fadzil, Ketua Pemuda PAS Perlis mengeluarkan sebuah buku kecil yang dimuatkan dengan hujah ilmiah bagi mempertahankan pemakaina serban sebagai sunnah. Tapi tokoh-tokoh PAS yang lain tidak pula bersuara.

    Isu khalwat yang heboh sekarang, adalah isu keempat sebenarnya yang membabitkan Dr MAZA vs. PAS. Sebagai menjawab hujah Dr Asri, setakat ini hanya terdapat dua orang sahaja tokoh PAS yang merespon iatulah Ust Idris Ahmad melalui kenyataa ringkasnya kepada harakahdaily yang bernada keras dengan mengaitkan Dr MAZA dengan UMNO. Yang kedua, ialah Ust Nasruddin Tantawi yang menjawab secara ilmiah melalui tulisannya. Terdapat juga tokoh-tokoh lain yang diketahui condong kepada PAS yang turut menulis menyanggah pandangan MAZA tentang masalah mengintip khalwat ini, namun dengan nada yang halus dan lembut seperti Ust Zaharudian Abd Rahman dan Ust Khairuddin Aman Razali. Kelompok establishment turut tak setuju dgn Asri seperti JAKIM dan Pengarah Jabatan Agama Perak. Lain-lain tokoh PAS tidak bersuara lansung membelasah Asri. Tapi jangan lupa, ada juga yang menyokong iaitulah YB Ust Hassan Mahmood, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

    Inilah kesemua rentetan isu yang menyaksikan perbalahan di antara Dr MAZA dengan PAS. Kalau kita perhati dengan cermat, ada persamaan ketara yang berlaku di dalam setiap polemik keempat-empat isu ini iaitulah :

    1) Secara kebetulan, yang mencetuskan atau memulakan semua isu diatas ialah di pihak Dr MAZA sendiri.
    2) Pimpinan utama dan kanan di dalam PAS tidak langsung memberikan sebarang komen yang boleh dianggap sebagai menghentam Dr Asri dimana jika ianya berlaku, ianya dianggap mewakli suara PAS keseluruhannya.
    3) Kalau pun ada di kalangan pimpinan PAS, ianya dibuat oleh pimpinan Pemuda (itutpun oleh hanya dua orang sahaja daripada hampir 30 orang exco Pemuda Pusat). Respon itu adalah atas nama individu dan bukan pemuda dan dibuat sebagai merespon apa yang dtimbulkan oleh Dr Asri, bukannya dimulakan sebagai sengaja untuk menghentam Dr Asri.

    Sebagai merujuk kepada mukaddimah artikel Ust Hasrizal, saya fikir Ustaz berhak untuk kecewa dengan SS Dr MAZA, tapi saya tak nampak ruang kenapa Ustaz hendak rasa kecewa dengan pimpinan PAS. Pertamanya, PAS secara keseluruhan dan secara kolektif tidak bermusuh dengan Dr MAZA walau pun macam-macam yang dia dah tuduh dan kata kepada PAS seperti tuduhan Syiah dan lain-lain kata-kata yang menyakitkan hati sebagaimana yang boleh kita baca dalam interview Dr MAZA dengan Minggunha Malaysia 7hb Januari dan juga Berita Minggu 14hb Januari selain dari wawancara Isu Semasa RTM1 pada 14hb Januari 2007. Tida ada kenyataan ras mipun dari mana-mana pimpinan tertinggi PAS yang mengisytiharkan Dr MAZA sebagai musuh. Inilah melambangkan kematangan pimpinan PAS yang tidak mahu terjebak dan terperangkap dengan dengan perkara yang boleh memesongkan perhatian kita terhadap isu-isu lain yang lebih besar. Pimpinan kita seolah-olah tidak memberikan perhatian sangat terhadap provokasi Asri. Mungkin kerana begitu banyak agenda lain yang ditumpukan oleh pimpinan seperti masalah banjir, boikot pilihanraya Batu Talam, menuntut plihanraya adil, berjuang membantah kenaikan isu tol dan tariff air, membantu mangsa kezaliman ISA, rasuah dan penyelewengan pimpinan UMNO, gejala hedonisme dan hiburan melampau dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat terbanyak. Kebetulannya agenda tajdid ala Dr MAZA langsung tak menyentuh isu-isu ini, melainkan hanya sibuk menghentam kelompok tradisional agama dan juga PAS. Namun begitu perlu ada juga di kalangan pimpinan yang tampil menjelaskan kekeliruan dan menjawab tuduhan yang ditimbulkan DR MAZA. Tanggungjawab inilah yang dikul oleh Ust Idria Ahmad dan Ust Nasruddin Tantawi. Kadang-kadang saya terfikir betapa naif dan lembutnya PAS. Sudah dituduh macam-macam termasuk yang membabitkan aqidah seperti tuiduhan syiah ini, tapi masih tidak bereaksi. Kalau nak fikir dari segi logic, saya rasa amat adil kapau pimpinan-pimpinan PAS secara kolektif membelasah Dr MAZA disebabakan macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada PAS. Tapi perkara ini tidak berlaku.

    Keduannya, respon yang diberi sebagai menjawab setiap isu adalah hujah yang ilmiah, bukannya maki hamun dan cercaan. Kalau pun yang agak tersasar sikit, ialah respon Ust Idris berkenaan dengan isu khalwat apabila dia bercakap kepada wartawan harakahdaily. Tapi jawapan lain terutamanya oleh Ustaz Nasruddin adalah bersifat ilmiah yang perlu djawab dengan hujah ilmiah juga. Bukannya dengan tuduhan syiah dan sebagainya. Sebab itu saya tak nampak ruang kenapa Ust Has perlu kecewa dengan pimpinan PAS sebab takde pimpinan PAS pun yang memberi respon melampau. Kalaupun Ust Idris, itu hanya sekali sahaja dia memberikan reaksi kasar, itupun selepas berkali-kali Dr MAZA mengeluarkan kenyataan yang menghiris hati PAS. Bagi saya ini adalah reaksi yang natural oleh mana-mana pihak pun yang diserang dengan hebat dan dituduh dengan macam-macam tuduhan yang berat yang tidak pernah dibuktikan.

    Kalau pun ustaz rasa kecewa dengan lain-lain respon yang diutarakan oleh medium-medium yang dikuasai PAS seperti laman-laman web, ana rasa ianya tidak perlu sangat diambil kira kerana ianya tidak mewakili isi hati dan suara PAS sebenarnya. Kalau ada yang memaki hamun dan berhujah dengan cara yang cukup bodoh, ianya boleh jadi dibuat oleh sesiapa sahaja termasuklah mungkin dibuat oleh musush pas dengan tujuan untuk memburukkan pas. Rata-rata komentar di laman-laman web dibuat dengan nama samaran yang tidak ada pertanggungjawaban dan tidak adil juga untuk dipertanggungjawabkan kepada PAS. Sebab itu saya harap kita semua jangan bersikap apologetic. Yang diperbesarkan oleh kem Asri hanyalah satu tulisan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Pak Tam yang menggelarkan asri sebagai barua umno dimana artikelnya disiarkan harakahdaily. Yang inilah yang diulang-ulang oleh Dr MAZA and the gang untuk menuduh PAS membelasah dirinya. Dalam hal ini, ana memang tak setuju dengan harakahdaily kerana menyiarkan artikel tersebut dengan tajuk dan perkataan jelek begitu yang tidak sesuai dengan akhlak islam. Tapi saya nak tegaskan sekali lagi meskipun artikel ini disiarkan harakahdaily, ianya tidak boleh dianggap sebagai mewakili suara keseluruhan PAS.

    Saya berbincang panjang dengan Ust Nasruddin Tantawi tentang isu ini. Kami berdua sepakat, bahawa apa yang diutarakan atau dipolemikkan bukanlah bertujuan untuk memusuhi Dr MAZA. Bahkan kita rasa rugi kalau kita bermusuh dengan individu yang seperti ini yang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam jika kena caranya. Cumanya mungkin selama ini prasangka begitu menebal. Apatah lagi kita sendiri tahu bahawa yang berada di belakang Asri yang menjadi tok dalang mempengaruhi Asri supaya membelasah PAS tak lain tak bukan sekelompok individu disekeliling Asri yang kebetulannya ada dendam lama dengan PAS. Kalau kita tengok yang jadi mastermind Asri spt Tuan Hasaan Tuan Lah dan Maszlee sendiri adalah bekas pengikut IRC/JIM yang pernah bersengketa dengan PAS satu ketika dulu. Badan yang sekarang ini banyak menampung dan menjadi main organizer kepada program2 Asri dan gerakan tajdid ialah Muslim Professional Forum (MPF) yang dianggotai oleh bekas-bekas aktivis IRC. Jarum dendam IRClah yang sebenarnya sedang mencucuk Asri sekarang tanpa dia sedari, selain dari hasutan pengikut Wahabi totok aliran Madkhali dan Rasul Dahri. Kesimpulan saya, gerakan tajdid adalah satu bentuk camouflage IRC or in other words, IRC sekarang menjelma pula dalam bentuk gerakan tajdid. Jarum satu lagi adalah UMNO melalui Kerajaan Negeri Perlis. Maknanya semua episode ini adalah berpunca dari masalah politik samada sesama jemaah Islam (PAS v. IRC) atau pun parti politik (PAS v. Umno).

    Berbalik kepada perbincangan saya dengan Ust Nasruddin, kami berdua menyimpulkan bahawa tidak ada untungnya jika PAS sendiri mengambil sikap bermusuh dengan Dr MAZA. Ustaz Nasruddin membayangkan satu pendekatan lembut dan berhemah diperlukan untuk berhadapan dengan dengan Dr Asri, dengan syarat dia sendiri tidak melampaui batas. Maknanya, kalau dah sampai satu peringkat nanti Dr MAZA ni menulis atau naik atas pentas ceramah menghentam PAS sebagai bughah dsb, atau pun dia mengejak ummat Islam supaya jangan sokong PAS, maka kita tak akan lembut lagi dengan dia. Begitu juga di peringkat kampus, kita dah sepakat dalam JPM bahawa pengaruh gerakan tajdidi ini perlu diawasi oleh sebab ada insiden-insiden yang mereka ini memburukkan jemaah kita dan juga cuba merekrut dan mengahsut ahli kita. Cumanya kita perlu bijaksana.

    Inilah respon saya sekadarnya sebagai meraikan kegelisahan Ustaz Has berkenaan isu Dr MAZA. Bahagian kedua selepas ini, saya nak memberikan reaksi lain pula berkaitan dengan polemic dunia Barat dan Islam dengan melihat kepada susur galur pertentangan pemikiran sepankang sejarah. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi.

  2. nameless says:

    salam..

    menarik sungguh cerita ni..macam pencerita tahu semue perkara dan seolah2 dah boleh bedah hati org tgk isinya buruk atau baik..

    iskh3..ust hasrizal kupas ckit je…sahabat saifulislam melebih plak sampai masuklah semue name2 org lain..

    takut2 jadi fitnah..bahaye tu..

  3. saifulislam says:

    tak apa. saya kenal siapa penulisnya dan beliau menulis dengan asas. terpulang kepada kita semua untuk menilainya mengikut kapasiti kita pula

  4. nameless says:

    namun saya x tidak bersetuju dgn bentuk penulisan yg seolah-olah mencurahkan ‘minyak’..menjaja pergeseran yg ada..menggunakan istilah ‘dendam’…pada saya agak keterlaluan…

    hmm…tapi mungkin saya salah…

  5. IPU says:

    IRC memang menyusup masuk dalam semua gerakan seperti IKD (fathi aris), GMI (mansuhkan ISA), Institusi Usrah di kalangan plajar MMU, dan lain2 lagi …

    Lihat pengakuan terbukan fathi aris di sini http://usrah2007.blogspot.com/

  6. YeopMayuru says:

    Sokong nameless.

    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” [alHujurat:12]

  7. falah says:

    SALAM….ustaz kerja kat Tanjong Malim? kat mane?
    saja tanya…cz saya kat sini jg..

  8. Sharudin says:

    Salam kefahaman

    1. Terlalu banyak yang perlu saya proses dari penulisan Ustaz, saya kira terpaksalah saya ambil secara rawak artikel yang hendak difahami tersebut. Saya cuba menanfaatkan ketahap maksimum apa yang Ustaz telah kaji dan kemudian tuangkan kesimpulannya di dalam penulisan. Tidak dinafikan saya memang tidak salah memilih blog Ustaz untuk berinteraksi. Keterbukaan, ketajaman dan kepekaan pemikiran Ustaz, dalam menghubungkait isu-isu global menjadi lokal, isu agama lain menjadi landasan kepada Islam, isu musuh menjadi isu utama untuk difikirkan dan pelbagai lagi melambangkan jangkauan mindah Ustaz sangat luas dan tiada batasannya.

    2. Bukan ramai yang mahu mendengar sejarah Europe dari orang Europe, sepertimana kononnya mendengar penjelasan dari musuh menjadikan kita sebahagian dari mereka. Tetapi ini semua memang telah diduga, bagi mereka yang suka menyempitkan pemikiran, menutup telinga dan mata dari cacian musuh (yang bukan cacian pun kadang-kadang disapurata sebagai sama). Penyempit fikiran ini terhibur dan tenang dengan pujian dari teman, dan merasakan hidup ini bagaikan dibentuk hanya untuk mereka, oleh Tuhan, tanpa mahu mengetahui warna-warna pelangi sebenar yang ada.

    3. Kadang-kadang difikirkan mendalam, tak apa juga tak mahu mendengar sejarah orang kafir, malangnya kata-kata Muslim yang lain dari mazhabnya pun mereka tidak mahu mendengarnya. Itu yang saya pernah kategorikan mereka yang anti-pluralisma juga sebenarnya anti-mazhab. Lebih teruk dari itu, mereka ini tidak juga mahu mendengar ayat-ayat Al Quran yang datangnya dari orang yang mereka tidak suka bacaannya (tafsirannya). Pada mereka hanya satu yang ingin didengarnya, pandangan mereka sendiri. Pandangan orang lain semuanya ditolak ke tepi dan tiada harga buat mereka.

    4. Sebenarnya, betul juga kalau pendirian tersebut dibuat setelah mereka memastikan keperluan hidup mereka di atas dunia ini, sudah serba mencukupi. Kalau segala-gala dari yang kecil kepada yang besar, yang asas kepada yang cabang semuanya cukup lengkap di dalam sistem mereka, bolehlah juga diterima cara demikian. Hakikatnya segalanya bergantung pada orang yang kategorikan sebagai musuh. Yang tadi pandangannya tidak mahu didengar. Tidakkah mereka merasa malu?

    5. Sekiranya kita mendengar cacian musuh lantas kita terus menjadi marah, itu adalah tanda kepekaan yang tersalah guna. Kepekaan kita sepatutnya pada pemikiran dan bukan emosi. Kalau kita merasa rendah diri dan tak bersemangat selepas mendengar cacian (bukan semua cacian pun, selalunya) musuh, itu bermakna kita tidak berhikmah pada diri sendiri. Yang tidak tahu tapi sombong tak mahu mendengar, adalah jauh lebih teruk dari yang memberitahu dengan sombong.

    6. Sejarah orang Barat adalah sejarah orang-orang yang faham Sunahtullah. Ya memang mereka ada yang tidak nampak Tuhan dihujungnya, tetapi kepercayaan mereka kuat kepada alam semulajadi (nature). Itu adalah segala-galanya. Mereka percaya yang segala kekuasaan ada pada nature atau Tuhan yang mereka sangka, bukan pada Allah. Sebenarnya ramai juga Muslin yang membaca Al Quran dan Hadis, tetapi masih termasuk di dalam kategori tidak mengenal Allah. Buktinya sekiranya semua Muslim bertuhankan Allah yang Esa, sudah pasti mereka tidak tergamak membunuh sesama sendiri. Malah peperangan saudara Muslim lebih teruk dari perang saudara orang yang mereka anggap Kafir.

    7. Penilitian kepada Sunahtullah akan membawa kepada kesimpulan bahawa alam ini dijadikan dalam dua pasangan asas iaitu kebaikan dan kejahatan. Malah kita perlu mendalami sehingga dapat memahami bahawa Allah hanya perlu menciptakan kebaikan, kejahatan itu datanganya dari penciptaan kebaikan yang hilang dan tidak dapat dikekalkan oleh mahluk, maka timbullah kejahatan. Segala kemungkinan dan sumber asas kekuatan yang membentuk kebaikan dan kejahatan adalah tidak bersumberkan yang lain, melainkan Allah. Tiada yang terlepas dari keizinannya.

    8. Sejarah orang Barat yang sebahagian besar mulanya berasaskan kepercayaan dan ketuhanan, akhirnya semakin berkurangan pengaruhnya di zaman pencerahan. Keterbukaan pemikiran orang-orang Barat memberi laluan kepada perkembangan pemahaman yang lebih mendalam tentang Sunahtullah (ilmu sains). Ilmu sains tidak dapat dicampur-adukkan dengan kepercayaan yang tidak berasas (tidak boleh diulangi ujikajinya). Ilmu sains memerlukan laluan dan pendekatan tersendiri dan selepas hasilnya diperolehi, barulah boleh diserasikan dengan kepercayaan, bagi menampung pekara-pekara yang masih tidak dapat dijawab walaupun telah difikirkan. Pekara-pekara meta sains.

    9. Pengunaan hasil sains dari penelitian nature tetapi bertentangan dengan nilai kehidupan yang diterima pakai (contoh penggunaan survival of the fittest dalam peperangan), saya lihat digunakan oleh Barat untuk mencabar mereka yang tidak faham dan tidak mahu memahai nature (Sunahtullah). Mereka mahu melihat sejauh mana ketahanan jasmani dan rohani melalui kepercayaan semata-mata. Sebenarnya Allah sendiri tidak menilai kepercayaan semata-mata yang tidak disulami dengan keilmuan mengenali (maarifat) terhadapNya.

    10. Saya mungkin mengulangi asas-asas perbahasan yang sama dalam menghurai permasaalahan berbeza. Saya sebenarnya mahu diri ini betul-betul faham dan dapat difahami dalam merakam apa yang tersirat di fikiran. Setiap kali pengulangan dibuat saya cuba mengubah perkataan dari sudut berbeza. Semuga dengan percubaan ini, satu daripada perakaman dari sudut yang berbeza, akan menghasilkan titik tolak untuk kita sama-sama berfikir, semasa berkembara mencari Tuhan. Bukan tak jelas apa yang dicari, hanya belum berjumpa. Yang ada dirasai ialah kesan carakerjaNya.

    Terima kasih

  9. syarief says:

    menarik gak baca artikel2 lama ni..

  10. Kak Ija says:

    Artikel ni evergreen betul. Mula2 baca suatu ketika dulu terasa beratnya tetapi apabila telah banyak artikel2 lain menyusul yang memperjelaskan contohnya di Malaysia telah banyak membantu proses penghadaman

  11. Ahmad says:

    Akhi sahabat Saifulislam,

    Dr MAZA hanya luahkan pandangan-pandangannya berdasarkan akidah dan manhaj yang sahih Rasulullah dan para sahabat. Boleh jadi selari dengan UMNO dan bertentangan dengan PAS secara tidak sengaja. Namun, dia hanya luahkan kebenaran berdasarkan kedudukannya sebagai alim dari manhaj sahih (salaf) tersebut.
    Saya lihat ‘kanser’ utama yang menimpa kebanyakan para Islamis ialah taksub kepada jemaah masing-masing; kanser ‘hizbiah’ ini jika dibenarkan berleluasa boleh mencemarkan niat ikhlas para Islamis, dan akhirnya mereka berjuang semata-mata hendak tegakkan jemaah masing-masing dan kedua baru untuk ummah.
    Sebelum kita menjadi ‘ummah-centric’ atau ‘jamaah-centric’ elok kita bertanya dulu sama ada kita sendiri sudah menjadi ‘tawhid-centric’ atau belum; ini amat penting kerana Tawhid misi utama semua Anbiya, misi paling utama mereka sebelum lagi Khilafah Islamiah. Ia satu-satunya misi bagi kebanyakan anbiya, yang tidak ditugaskan Allah untuk menegakkan Kerajaan Islam. Bukan semua nabi disuruh menegakkan Daulah Islamiah!
    Penegakan Daulah Islamiah hanya bertujuan memudahkan penegakan Tauhid di seluruh muka bumi. Ia hanya alat, dan bukan matlamat kita.
    Lagi sekali penegakan Tauhid ini juga mesti dibuat selaras dengan pembersihan nas-nas Islam (hadis-hadis) daripada penyelewengan golongan-golongan sesat seperti Syiah. Imam Al-Albani memanggil proses ini ‘Tasfiyyah’ dan menganggapnya satu kemestian sebelum ibadat-ibadat lain termasuk jihad dan menegakkan Negara Islam itu sendiri!
    Mereka yang kafirkan para sahabat juga berjihad dan berpolitik, dan sekarang berjaya mendirikan Republik Islam mereka sendiri di Iran. Mereka ada Negara Islam sendiri tetapi mengkafirkan Abu Bakar dan Umar!
    Jadi setelah kita menjadi ‘Tawhid-centric’, elok kemudian kita kaji semula amalan-amalan agama kita sama ada benar-benar Sunnatik atau bercampur-baur dengan bidaah dan khurafat.
    Setelah kukuh itu, kita mesti kaji juga manhaj para Sahabat dalam menegakkan Islam. Adakah mereka sibuk sebarkan kelemahan-kelemahan para pemimpin di mimbar atau sibuk mengembangkan Din hingga tiada lagi fitnah? Kelemahan para pemimpin boleh dibincangkan tapi jangan dijadikan obsesi seolah-olah itu aktiviti utama Islamis dalam menegakkan Tauhid.
    Dr MAZA jika dikaji secara mendalam seorang yang alim, dan saya sedih orang tolak dia bulat-bulat tanpa kaji manhaj sebenar para sahabat itu sendiri.
    Manhaj kita sudah bercampur-baur antara Salaf dengan Khawarij dan Syiah serta pendekatan Islam fasis dan modenis.
    Saya sedang meneliti perkembangan Syiah dalam PAS dan ia sedang berkembang, orang-orang seperti Tehrani dan Sabu sudah cukup sebagai bukti. Ini satu perkembangan yang amat merisaukan!
    Dajjal nanti akan muncul di kalangan Syiah, dan dengan berkembangnya Syiah dalam PAS, satu perkara yang perlu kita fikirkan.
    Oleh itu larilah kepada akidah dan manhaj para salaf sebelum menegakkan aspek-aspek lain dalam Islam. Ini yang dilakukan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah dan ini yang patut saya rasa kita para Islamis, Sunni dan bukan Sunni buat!
    Sila lawat http://www.abu-hurairah-al-malizi.blogspot.com, halaman web saya.
    Allahualam.

  12. Abu Saif says:

    Terima kasih atas komen saudara. Keikhlasan saudara jelas terpancar pada bait-bait yang diungkapkan, dan semoga Allah mengganjarinya.

    Saya bersama SS Dr. MAZA membina manhaj jauh sebelum beliau bergelar doktor dan mufti. Pandangan saya sangat terkesan oleh apa yang saya tahu beliau tahu.

    Tidakkah kita pernah cuba membayangkan apa yang telah dan sedang dibuat oleh PAS terhadap isu syiah? Tidakkah ada kemungkinan di sana ada pelbagai usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menangani hal ini? Saya lontarkan soalan ini kepada yang melihat PAS dari luar, tetapi bagi Dr Maza yang pernah melihat dari dalam, tentunya beliau lebih faham.

    Figure seperti Muhammad Sabu mempunyai kekuatan yang cukup untuk beliau bergerak sendiri dan membina pengaruh sendiri. Tidakkah kita pernah terfikir bahawa Muhammad Sabu yang ada sekarang adalah Muhammad Sabu yang berada di dalam lingkungan nasihat dan ‘kawalan’ pimpinan tertinggi PAS, berbanding membuangnya keluar dan beliau bergerak sendiri? Muhammad Sabu bukan tokoh sehari dua ini. Dia sudah menjadi hardcore PAS sejak sekian lama. Bandingkan pengaruhnya pada tahun 90an (tahun Dr Maza masih di dalam PAS) dengan beliau sekarang? Apakah tidak ada perubahan? Jika ada, dari manakah datangnya perubahan itu?

    Tetapi seolah-olah Dr Maza masih merujuk kepada Muhammad Sabu tahun 1995, PAS tahun 1996. Mengapa? Apa implikasinya semua ini? Saya lontarkan semua ini supaya kita fikir.

    PAS bukanlah terdiri daripada wajah-wajah yang memusuhi dr maza dan yang dimusuhi dr maza semasa beliau di dalam PAS. PAS adalah sebuah badan yang mempunyai keahlian mencecah hampir 1 juta orang! Ia bukan suatu yang untuk dibanggakan, tetapi terbayangkah anda betapa sulitnya untuk PAS menyeragamkan ahlinya dengan satu manhaj, satu fikrah, satu suara, satu baju, satu serban?

    Sebahagian ahli PAS masuk ke dalam PAS melalui pintu Tarbiyah, iaitu mereka yang mengikuti usrah dan sebagainya. Mereka ini boleh dibentuk pemikirannya bahkan memang golongan inilah yang mencorakkan perjuangan PAS. Tetapi jangan lupa, sebagai sebuah parti politik, sebahagian ahli PAS adalah mereka yang masuk ke dalam PAS melalui pintu politik. Mereka masuk kerana kesedaran politik. Mereka mungkin pemandu lori, peniaga, buruh kasar, mungkin juga seorang pensyarah dan profesor… tetapi mereka disatukan oleh suatu kesedaran tentang jeleknya kezaliman dan penindasan mereka yang menindas di negara kita.

    Apakah mereka ini solat lima waktu? Apakah mereka ini khatam Quran setahun sekali? Apakah mereka ini membaca al-Mathurat? Apakah mereka ini semuanya jelas tentang garis pembeda di antara manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, Khawarij dan Murjiah dan Muktazilah? Usahkan saya, Presiden PAS pun sulit mahu menjawabnya. Inilah realitinya, kesan membuka keahlian kepada semua, kerana PAS percaya, penyertaan orang ramai tanpa batas ke dalam PAS atas kesepakatan mereka kepada prinsip yang PAS perjuangkan, adalah satu langkah penting ke arah memperbaiki kehidupan mereka, dan kehidupan Malaysia sebagai sebuah negara.

    PAS tidak seperti ABIM atau JIM atau ‘Geng Sunnah’ yang menarik ‘satu jenis’ keahlian. Orang-orang JIM, ABIM, dan pengikut Dr Maza mempunyai wavelength yang dekat, dan lebih mudah dididik. Ia suatu kelebihan, tetapi ia mungkin tidak mencerminkan realiti sebenar masyarakat. It’s an alternate reality!

    Ketika Dr Maza mengkritik PAS, dan kritikannya menjadi ikutan kepada ‘geng Sunnah’ pula untuk turut sama mengkritik PAS, Dr Maza tahu akan semua realiti di dalam PAS ini.

    Maka seruan saya ialah supaya beliau jangan tersilap dengan membayangkan kritikannya kepada PAS adalah kritikannya kepada satu dua tiga atau empat orang pimpinan PAS yang tidak senang dengannya dan dia tidak senang dengan mereka. Tetapi apabila Dr. Maza mengkritik PAS, dia mengkritik 800,000 manusia yang pelbagai kepala, pelbagai taraf pendidikan dan pelbagai ragam.

    Jangan campak mancis ke lubuk minyak.

    Teguran yang baik adalah amat berguna untuk PAS. Tak ada sekelumit pun di fikiran saya untuk menafikan kelemahan-kelemahan PAS. Bahkan saya bukan di posisi untuk mempertahankan PAS kerana siapalah saya ini? Tetapi teguran menyindir dan seolah-olah tidak faham kepada apa yang ada di dalam PAS menjadikan usaha membawa manhaj tajdid ke dalam PAS hampir mustahil!

    Dr Maza yang menyulitkan PAS untuk menerima perjuangannya. Jika Dr Maza yakin manhaj yang dibawanya adalah sesuatu yang baik, tidakkah dia terfikir yang 800 ribu ahli PAS juga patut menerima manhaj yang beliau bawa? Tetapi…

    Kita semua tahu, selama ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan lain-lain pemimpin utama PAS, mereka juga berpegang dengan manhaj yang sama dengan Dr Maza. Tuan Guru Nik Aziz sedikit demi sedikit cuba memperkenalkan kitab Fiqh Sunnah kepada ahli PAS dan orang Kelantan, untuk menyuntik sedikit idea pemurnian mazhab ke masyarakat. Tetapi kehadiran Dr Maza dengan pandangan-pandangannya yang sering sinis kepada PAS memusnahkan segala-galanya. Akhirnya peminat dia tepu Salaf, dan PAS kelihatan sebagai kem khalaf! Apakah manfaat dari semua ini? Jika Dr. Maza lihat orang PAS semakin benci dengan geng Sunnah, jangan salahkan sesiapa, muhasabah balik apa yang beliau sebagai ikon salafi buat kepada PAS. Betapa banyak usaha tuan-tuan guru sebelum ini yang musnah akibat penyemaian benih perbalahan yang ditabur.

    Dan semua ini berlaku dalam keadaan Dr Maza bukannnya jahil terhadap apa itu PAS.

    Jika bantahan saya ini dinamakan ‘marah;, maka saya marah kepada Dr. Maza bukan sebab saya PAS, tetapi sebab saya bermanhaj salaf seperti Dr Maza. Dan pendekatannya menyulitkan penerimaan manhaj Salaf ini di dalam PAS. So, ia bukan isu jemaah centric atau taasub parti atau apa-apa yang seumpama dengannya.

    Faisal Tehrani, saya tidak rasa beliau mewakili apa-apa yang bernama PAS. Beliau menulis di blognya sendiri bahawa beliau non partisan, maka treat him as himself, without any association with PAS.

    Saya tidak pernah menulis se’terang’ ini.

    Moga ada kebaikan, ameen.

  13. Kak Ija says:

    Jzkk utk penerangan yg sungguh terang, tak tau pula dia pernah bersama PAS

  14. Ahmad says:

    Salam Saifulislam,

    Barakallah fik.

    Moga Allah menambahkan ilmu Saudara!

    Saya tidak tahu Dr MAZA dulu PAS, tetapi masih berpandangan dia seorang alim, dan secara peribadi menganggap dia lebih luas dari segi ilmu dan pemikiran daripada kedua-dua Syaikhain PAS, serta para ulama lain. Pengetahuan agama kita masih cetek, mungkin sebab itu tidak dapat menghayati dengan baik pandangan-pandangannya.

    Kealiman tidak diukur dari segi umur, Ibnu Taimiah pada usia belasan tahun lagi lebih alim daripada para ulama sezamannya.

    Dr MAZA mungkin sudah bosan dengan ulama-ulama PAS yang jumud dalam berdakwah, yang hanya pentingkan hudud dan mengetepikan soal-soal lain yang lebih afdal buat masa ini.

    Namun saya fikir para Ulama PAS mungkin sudah tidak seperti dulu lagi.

    Kalau saudara ada pengalaman berdakwah dengan bukan Islam secara praktikal atau dengan yang Islam tetapi jauh daripada Islam, saudara akan lebih memahami buah pemikiran Dr MAZA.

    Namun dia bukan maksum, dan saya sendiri akan tegur dia bila berhubung dengan dia nanti.

    Saya akan tulis artikel tentang Fokus utama yang sepatutnya buat Gerakan Islam iaitu menjadi Tawhid-centric lebih dulu daripada menjadi Ummah-centric atau Jamaah-centric. Insyaallah akan terbitkan di http://www.abu-hurairah-al-malizi.blogspot.com

    I feel the need to raise mistakes made even by Imam Al-Banna and Syed Qutb and their divergence from way of the salaf. They are forgiven Insyaallah for making ijtihad, and perhaps the truth did not reach them. However their mistakes need to be clarified for us to learn.

    Saya pernah terlibat juga dengan IRC dan PAS, tetapi lebih banyak dengan Muslim Association of Britain, saf Al-Ikhwan di sana, selama hampir 10 tahun di UK. Dan rapat juga dengan anak-anak murid Syeikh Rabi dan Syeikh Muqbil, para ulama ‘Traditionalist salafis’ yang tsiqah.

    Sila lawat http://www.the-muslim-brotherhood.blogspot.com

    ‘Teguran’ ikhlas saya untuk Al-Ikhwan amnya, Arab dan bukan Arab supaya menjadi lebih Sunnatik dan komprehensif, serta maju dari segi-segi bisnes, sains dan teknologi. Teguran daripada yang pernah berada dalam Al-Ikhwan.

    Faisal Tehrani orang kuat PAS semasa dia di KISAS dulu, dan saya ‘junior’ dia. Bagus dia isytiharkan dirinya ‘non-partisan’, tetapi pada masa yang sama PAS perlu ‘monitor’ pendapat-pendapat dia supaya tidak ambil kesempatan menyebarkan fikrah Syiah di dalam Harakah Daily umpamanya.

    Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Aziz agak lembut dengan Syiah, itu kelemahan yang perlu diperbaiki. Kalau Ibnu Taimiah masih hidup, saya yakin dia akan perangi Iran dulu sebelum Amerika dan Israel, sebagaimana Salahuddin menghancurkan Fatimiah dulu sebelum Salibiah.

    Sila tunggu buku saya:
    http://www.freewebs.com/menantiimamke-12online

    Harap kita dapat bersemuka suatu hari nanti.

    Perlu dibuat sesuatu tentang para pengikut PAS yang 800 000 itu, apabila dibiarkan saya khuatir akan jadi musibah kepada bukan Islam atau mereka yang jahil tentang Islam.

    Saya harap dapat satukan PAS dengan Gerakan Sunnah suatu hari nanti.

    May Allah accept your good deeds and make you a scholar fighting on His way, and be a proof to People of Innovations!

    Uhibbuk fillah Akhi Saifulislam!

    Al-Malizi

  15. Abu Saif says:

    Kritikan saya tidak pula sampai nak menafikan keilmuan Dr. Maza. Beliau memang memiliki kelebihan dari segi ilmu bahkan limpahan ilmunya itulah yang sedikit sebanyak membentuk saya selama kami berdamping di Jordan. Namun, saya tidaklah berhasrat untuk membuat perbandingan apakah beliau lebih berilmu dari Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi kerana membanding-bandingkan ilmuan bukanlah suatu kelaziman bagi saya.

    Malah saya ada definisi lain tentang keilmuan dan kesarjanaan. Saya tidak mengukur ilmu pada luasnya reference atau cekapnya kita mengendalikan aspek teknikal ilmu seperti jarh wa ta’dil. Saya lihat Allah SWT sering menggabungkan nama-Nya ALIM dengan HAKIM. Berilmu lagi Bijaksana.

    Jika manusia mahu meneladani kombinasi ini, ia bermaksud berilmu sahaja tidak cukup. Kita juga harus bijaksana. Dan dengan senioriti ilmuan lain selain Dr. Maza, kita tidak boleh mengenepikan kebijaksanaan dan hemah mereka yang lebih berpengalaman. Orang muda mungkin banyak ilmu, tapi kurang bijaksana. Moga Allah terus mendidik orang muda seperti kita agar dengan ilmu yang ada, kita membangunkan diri menjadi bijaksana, ameen.

    Saya rasa tidak sulit untuk saya memahami peta pemikiran dr maza. Jika soal dakwah non Muslim, saya sendiri duduk di negara non Muslim dan menerima kunjungan non muslim setiap hari ke pejabat saya selama bertahun-tahun. Ketika itu buah fikiran dr maza menjadi sebahagian daripada bahan wacana saya. Tetapi itu bukan justifikasinya.

    Jika Dr. MAZA fedap dengan perjuangan PAS yang jumud dan beku, saya adalah orang yang lebih lebih lagi fedapnya. Tetapi saya melihat kejumudan dan kebekuan itu sebagai tanggungjawab saya untuk melakukan sesuatu memperbaikinya. Sebab itu saya menyabarkan diri, dan memfokuskan kepada ruang-ruang pembaikan yang boleh dilakukan.

    Tetapi ia tidak sepatutnya menjadikan Dr Maza memusuhi PAS. Apakah ada pembaikan yang boleh diusahakan dengan memusuhi PAS? Malah seperti yang telah saya sebutkan di atas tadi, perbuatan Dr Maza itulah yang menyebabkan usaha pembaikan jadi sulit. Seumpama menarik kucing. Lagi kuat dan kasar kita menarik, lagi kuat cengkamnya ke tikar.

    Sebab itu pepatah Melayu suruh bertertib, “Biar macam tarik rambut dari tepung. Rambut tak putus tepung tak tumpah”. Malangnya orang muda gopoh. Semua nak cepat!

    Saya tak nafikan public appearance memperlihatkan PAS agak berlembut dengan Syiah. Tetapi geng sunnah jangan mengkritik seolah-olah PAS tidak buat apa-apa. Sepatutnya geng sunnah yang rapat dengan pemerintah itulah yang boleh memujuk kerajaan menggunakan kuasanya untuk menghapuskan Syiah. Tapi bolehkah JAKIM sewenang-wenangnya buat begitu? Belum tentu, dan tak semudah itu.

    Maka biarlah pimpinan PAS buat kerja mereka. Apa yang kita tidak nampak belum tentu tidak ada.

    Lihat balik recently apakah Faisal Tehrani masih bernada seperti sebelumnya di harakahdaily? Di zaman moden ini, kita kena peka dengan perkembangan terkini. Faisal Tehrani buat perangai dalam harakah 8 bulan dulu, maka itu cerita 8 bulan dulu. 8 bulan selepas itu keadaan mungkin berbeza, tetapi perlukah orang PAS justify urusan rumahtangga dia kepada geng salafi apa yang mereka buat dan apa yang mereka tidak buat?

    Jika 8 bulan sudah pun lain ceritanya . Maka cerita Faisal Tehrani masa dengan BADAR di KISAS lagilah tak valid. Malah semasa dia di KISAS, dia masih Faizal Musa dan belum jadi Faisal Tehrani. Dr. Maza pun amat lain semasa di KIK dari Dr. Maza sekarang.

    Sekali air bah, sekali pantai berubah.

    Moga Allah mengubah kita kepada yang lebih baik dari semalam.

    Natahaab Fillah… biar pun saya mengkritik beliau dan berdiskusi dengan akh Ahmad sebegini, semuanya kerana kasih dan ukhuwwah kita kerana Allah. Semoga satu hari nanti Dr. Maza akan faham bahawa pengkritiknya ini lebih sayangkan dia dari pemuji dan penyokongnya yang ada di keliling pinggang.

    Aduh… makin terang saya menulis makin pedih mata ini dan mata orang lain membacanya…

    Uhibbuka fillah…. yaquluhannasu adatan wa aqooluhaa ibadah…