Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA
Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
salam.
mmg betul jangan lawan dan layan. tapi ramai yg sibuk cari pasangan masa belajar,
takut tak bertemu jodoh bila dah bekerja. all the good ones had been taken
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on May 23rd, 2008 9:57 am:
Salam
Cantik, tepat dan terang (laser) kesimpulan Ummu Hakim, dan rugi kehidupan sekiranya tidak memikirkan ke arah itu. Saya melihatnya sebagai alternatif kepada sekiranya kita tidak membuat keputusan maka orang lain akan membuat keputusan untuk kita. Maka akhirnya Islam Melayu mahupun Islam Arab akan menyalahkan takdir. Dah jodoh dia.
Kesannya amat besar dalam kehidupan. Kemahiran kehidupan perlu diasah dari peringkat bawah. Isunya bukan jangan layan, tetapi bagaimana melayan, di mana had melayan dan untuk apa layanan. Kalau kita merasakan dengan pelayanan itu menjejaskan tujuan asal masuk ke IPT, maka fikirkan tentang tujuan keluar dari IPT pula, menyediakan diri untuk kehidupan seterusnya. Dengan tidak melayan mungkin mengurangkan CGPA IPT tetapi mengurangkan kemahiran kerana tidak menguji diri dalam meningkatkan CGPA Kemahiran hidup.
Kehidupan penuh dengan laluan dan ujian serupa dengan keadaan yang dibincang. Saleman datang rumah, bukan soalnya tidak boleh dilayan, tetapi kelemahan diri hanyut dilayan itu yang perlu difikirkan. Sudah pasti yang datang itu akan mencairkan hati, tetapi itu istu utamanya. Ikut hati (perasaan) atau ikut akal. Kalau tak dilatih, di IPTA, ketika silibus lain diajar, silibus mengajar akal dan hati ini diketepikan pula.
Kita kekadang memandang remah ujian seperti ini. Bukan silibus yang perlu dimasukkan di dalam pelajaran, katanya. Tetapi di situlah kepekaan kita, kebijaksanaan dan latihan praktikal bermula, bagi yang berakal sudah pasti. Bagi yang melihatnya dengna indera lain sememangnya tidak relevant perbincangan ini. Melayan bukan dengan nafsu atau perasaan, tetapi dengan akal.
Maka saya sangat setuju “Layan jangan, lawan jangan” kalau hati dan perasaan dijadikan modal, tetapi ingtlah hidup ini perlu bermodalkan akal untuk meraih keuntungan kejayaan. Layan dan lawanlah dengan akal. Semuga berhikmah pun terlatih kemudiannya, dengan akal dan tidak hati dan perasaan.
Respond to this comment [with empathy]
Kak Mas reply on May 27th, 2008 4:31 pm:
Anak gadis dah nak masuk tahun akhir U, satu hari dia buka mulut (dia ni pendiam & wajah Allah kurniakan agak serious, susah senyum-menurun pa nya la tu) berkata kat kita: “Kawan2 kebanyakan dah ada pak we, klu kita tak de masa belajar, depa kata susah nak cari jodoh, ia ke?”
Sbg mak, terkejut juga & ada sikit sedih, lantas bertanya: “Risau ke tak de pak we?”.
“Tak de le, selama ni pun kita tak terfikir, tapi member selalu sangat cakap topik tu, kita saja nak minta pendapat”.
Fikir punya fikir, setakat ni jawapan yg diterima dari maknya: “Tak pe klu tak de masa ni, jgn perkara tu menyebabkan CGPA rendah, atau kita tension, atau seolah2 dunia ni sempit, sibukkan masa dgn buat kerja2 faedah, mohon pada Allah agar temukan jodoh yg sesuai utkmu. Mak pun sama2 berdoa”.
Apa lagi yg si ibu leh buat? Tinjau2 juga (secara gurau2)kat kawan2 sama belajar, setakat ni masing2 kata: “Dia org sekarang ni cari sendiri, tak mau kita carikan”.
Fikir punya fikir, dulu kita pun sendiri cari…Alhamdulillah..syukur..atas pemberianNya..He, he…
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on May 29th, 2008 6:55 pm:
Ingatkan mereka (yang berdarah manis dan bercinta) jangan cerita benda manis-manis aja (macam dalam TV tu), banyakan cerita pahit agar kiranya tiba masih pahit (tanggungjawab) masih ada ruang untuk meluahkan yang manis. Kalau betul guna CGPA pun naik, tapi kalau silap, bertambah pahitlah membayar hutang PTPTN!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Haramkan saja sebarang hubungan atas nama kekasih pada zaman sekarang..Tunang pun tak boleh lama-lama. Kejadian zina sangat berleluasa. Tanyalah kaunselor di Sek,kolej,uni kalau tak caye.Mudah sangat budak sekarang skrg terjebak di kancah zina. Tiada undang2 yang cegah samada di sek, kampus atau kat luar..Ya Rabb Sallim.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Maafkan saya sebab pendekatan enforcement ni saya tak berapa percaya sangat, biar pun saya tidak menolaknya.
Siapa yang tak tahu benda-benda haram ni? Semua tahu belaka. Tapi TAHU tu macam tak berguna dan berfungsi pulak. Sebab itu, kita nak kena cari, kat mana skru longgar dalam fikiran yang menyebabkan benda-benda ni terjadi.
Kesemua artikal saya ialah untuk memeriksa skru-skru ni.
Bab enforcement, carrot and stick, saya serahkan kepada pemegang cemeti di gelanggang masing-masing untuk mempertimbangkannya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Cabaran cinta terkadang menjadi menekan untuk mahasiswa/i. Saya rasa sebab persekitaran yang menjadikannya sedemikian. orang kata tak ‘cool’ kalau tak bercouple.
Budak sekolah pun hatta sekolah rendah pun pandai nak bermain cinta.
Kemahiran mengurus emosi perlu diajar kepada anak-anak kita supaya pandai membawa diri dan emosi bila dikelilingi oleh faktor-faktor negatif.
untuk mahasiswa, tidak ada yang lebih berkesan untuk melupakan cinta selain dari menyibukkan diri seperti kata ustaz dan sentiasalah ingat ibu-bapa di kampung.
Buat ‘dek’ je bila ada orang lain bercouple …. sentiasalah ingat, bila tiba masanya cinta akan datang tanpa perlu banyak bersusah payah jika kita ikhlas.
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik…jadi apa yang perlu dirisaukan sangat. Berusahalah untuk menjadi yang baik kerana fitrah alam memang begitu.
Allahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
Musafir_86 reply on May 21st, 2008 9:08 pm:
Assalamu’alaikum,
@Saudari Ummi Zulfa,
-Ana tengok website yang saudari link tu (2uzulfa.blogpsot.com) website KRISTIANISASI! Website saudari rasanya 2uzulfa.blogspot.com kan? Hati-hati, ‘typo’ pun boleh bawa bahaya besar; jangan kita pula ‘menolong’ orang lain menyebar dakyah kristian.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
Ummizulfa reply on May 22nd, 2008 9:53 am:
waalaikumussalam,
tak pasti pulak saya macam mana boleh pergi ke website tu….
nauzubullillah menjadi penyebar kesesatan..
I will delete my link then.
Jazakallah
Respond to this comment [with empathy]
Anwar reply on May 29th, 2008 12:40 am:
hanya silap pada ‘…blogspot.com’ shj. yang ummi letak adalah ‘…blogpsot.com’. sepatutnya blog ummi zulfa adalah ‘…blogspot.com’ . harap berhati2 di lain masa…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 12:42 am:
Dalam dunia yang serba terbuka ini, isu ini tidak perlu menjadi isu. Tersalah klik, tutup aja… harus bijak memilih
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya kira persoalan dalam artikel sebelum ini valid juga untuk isu ini. Jernihkan tujuan bercinta sebelum mencari cinta.
Letak jauh2 semua model hubungan yang dicipta barat, kadang2 mak ayah kita sendiri legalizekan, kadang2 adik beradik bagi green light dan juga yang dicipta oleh media TV dan filem. Juga oleh nasyid2 ‘berbisa’.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kebanyakkan remaja sudah tahu hukum tentang ‘couple’ dan mendekati zina itu. Cuma ramainya sekadar TAHU tetapi tetap mengikut hawa nafsu sendiri juga.
Dan ustaz, di universiti tempat saya belajar, yang sibuk dengan persatuan dan aktiviti dakwah pun ramai yang terlibat dalam isu ‘couple’ atau dalam ayat ustaz Maszle, ‘Cinta anta-anti’.
Saya ada juga menulis tentang ini di entri http://studiomuslim.com/dakwah/dakwah-dan-cinta/
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamu’alaikum.. ana setuju dengan cadangan untuk menyibukkan diri dengan aktiviti ‘memberi’ itu.. pemuda dan pemudi zaman sekarang banyak membuang masa, lebih baik diluangkan masa untuk menambah ilmu serta berda’wah.
jangan layan, jangan lawan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya setuju sangat ngan ustaz. memang bila sibukkan diri, kita jadi tak terfkir soal cinta ni. jadi, aktifkan dirimu!:)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam.
Cinta bangku sekolah – jangan dilayan dan jangan dilawan. Betul! setuju. Masuk tahun 1 kat uni. senior dah tanya “tak nak cari boyfriend ke?” Well, I put the idea on hold because I don’t want to find a boyfriend but I want to find a husband and therefore I need to accomplish what I have just started because my future husband should be doing the same. Alhamdulillah bertemu jugak dengan buah hati three years after graduation. Ironically, he was my classmate when I did my degree but we never had any feelings towards each other back then. Well it is jodoh. tsk… tsk… tsk..!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..ustaz kalau dah terlanjur bercinta macam mana lak ustaz?cth situasi…sebelum kita kenal dakwah,kita kenal cinta dulu…apa cara yang terbaik nak buat?
Respond to this comment [with empathy]
concern reply on May 21st, 2008 4:33 pm:
ustaz..ni..yang ni. byk orang masalah part ni. kenal cinta dulu sebelum dakwah…
Respond to this comment [with empathy]
SH reply on May 21st, 2008 6:01 pm:
orang dalam berdakwah pun banyak bercinta jugak!!!
Respond to this comment [with empathy]
egypt_medik reply on May 22nd, 2008 3:32 am:
bagi saya la, bagus la sebab mira_safiah dah kenal dakwah..
so, berdasarkan ilmu yang nti belajar, mesti nti tau batasan2 yang Islam dah gariskan dalam hubungan lelaki dan perempuan, kan?
pada saya, kalau nti dah faham tentang konsep tu, nti jelaskan la kat ’si dia’ tu, stand nti sekarang based on ilmu yang ada pada nti tu..
cinta tu mesti menuju ke arah perkahwinan, kan?
di sinilah, letaknya keyakinan kita kepada Allah. andaikata dia memang diciptakan untuk nti, insya Allah, tak kemana dia tu..
dan andaikata Allah nak gantikan dia dengan orang lain, yang lebih baik dari dia… tu semua terpulang kepada Allah..
tawakkan dan berserah lah kepada Nya..
beriman kepada Qadha’ dan Qadar…
Respond to this comment [with empathy]
ahlaiah reply on July 13th, 2008 11:40 am:
Aslmlkm wrm…
Tahniah mira_safiah sbb dpt merasa kehadiran dakwah tu.
Bukan semua org dpt merasainya walaupun ada didepan mata….Bersyukurlah!
Saya sendiri pun lpas join usrah nk dekat 1thn lebih baru ade kekuatan nk berubah..
Kalau pasal bercinta tu xyah nk ckplah,saya dan si dia dh 3thn bercinta…
Tapi Alhamdulillah…dengan rahmat Allah, saya masih diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan. Saya dan si dia berpisah,semata2 untuk mencari redha-Nya. Memang susah…sbb syurga Allah itu sgt mahal harganya. Mmg menangis setiap hari, buat ape pun semuanya teringatkn dia. Xpe…biarlah menangis seteruk mane pun, seandainya itu dapat menahan dirimu dari mengulangi kesilapan lalu. Mula2 mmg rase terpaksa..tp kita mmg kene pakse diri untuk buat semua tu kerana Allah. Kemudian, dr paksaan itulah akan bertukar menjadi kebiasaan dan keikhlasan. Sepanjang tempoh perubahan tu mmg sgt lemah…bila2 mase je boleh jadik cm dulu balik. Tapi ingatlah…kita xtahu hidayah@peringatan yg Allah beri kn pada kita masa tu akan hadir lagi ke x. Alangkah ruginya kalau kita sia-siakn hidayah Yg Allah berikan mse tu, dan Allah hanya tunjukkan jalan kearah kesesatan je lpas ni. Kita xkan tergerak hati untuk bersama kebaikan dah…Na’uzubillah.
Bertawwakallah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Fuyoo MalimDemam. Brutal sangat tu. Pada saya yang manusia biasa ini, amat susah untuk tidak jatuh cinta. Satu kajian menunjukkan lelaki boleh jatuh cinta sebanyak 300 kali dalam sehari. Kekasih tu susah nak dibendung, boleh saja di alam maya mahupun nyata.
Rasanya kembali kepada sistem pendidikan kita pada hari ini. Norma-norma yang diterapkan kepada bakal-bakal pewaris dan pemimpin negara apa yang ingin di tujukan.
Sekadar berkongsi, seorang rakan saya memberitahu. (Terserah nak terima atau tidak). 80% kelahiran di Hospital Sg. Buluh, adalah diluar nikah. Wallahualam!
Respond to this comment [with empathy]
Kak Ija reply on May 21st, 2008 1:14 pm:
Biar benar? Anak buluh betung kot.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam
benar, saya setuju dgn pandangan ustaz
sibukkan diri dengan aktiviti
dengan masa yang disibukkan, tidak berfikir tentang hendak bercinta tanpa ikatan sah
tak perlu berfikiran sejauh seperti “org lain dah ada, aku bagaimana?”
insya Allah, ya akan tiba bila sampai masanya
terus si lelaki ajak untuk bernikah tanda bersungguh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya lebih gemar dengan kaedah pengurusan kepentingan (piority management). Susun piority aktiviti berdasarkan aturan yang hak dan disiplin dan berperancangan dalam pelaksanaannya. Pastinya piority ke arah jalan yang hak mengatasi aktiviti-aktiviti batil/lagho.
Bukan apa, takut nanti bila dah melupakan cinta, sampai tahap lupa bagaimana nak suburkan cinta bila tiba waktu bercinta sebagaimana kes melawan cinta yang penulis ulas.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pengalaman saya semasa belajar dulu, tak sempat nak bercinta pun. keluarga susah. Banyak kena kerja part-time. Struggle to survive. jadi tengok anak orang dari jauh-jauh je la. Kepada yang tengah belajar, fully sponsored, tiap2 bulan dapat duit belanja tu hargailah apa yang diperolehi. Ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti anda-anda sekalian.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz,
Ya, melupakan dengan menyibukkan diri.. Tapi menyibukkan diri bukankah salah satu cara untuk melawan.. Hanya pendapat saya ustaz:) Apapun saya setuju dan gembira mengatakan itulah cara terbaik sebab saya sedang dan dah lakukan.. Belum cukup lagi sibuknya, masih lagi bertarung..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 21st, 2008 4:01 pm:
jangan sibukkan diri untuk mengelakkan diri dari bercinta. tetapi sibukkan diri kerana tujuan dan keperluan hidup yang pelbagai itu, Insya Allah natijahnya ialah, tak sempat nak merewang bab cinta. Itu sahaja.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam. Macam mana yer, sebab saya mengalami situasi yang berbeza pula? Tak taulah puncanya sebab ‘melawan atau tak layan’ cinta ke, atau ada sebab lain. Dari sekolah agama sampai habis belajar kat U, memang saya cuba elakkan untuk bercinta sebab takut bermain dengan perasaan dan nak tumpukan pada pengajian. Disibukkan dengan kerja dakwah pun ada (mungkin tak cukup sibuk kot?). Tapi, sampai la ni, tak kahwin lagi. Umur pun dah agak lanjut juga bagi orang yang tak kahwin lagi. Sampai pernah terfikir, ‘patut aku bercinta ke masa kampus dulu?’ Tapi saya berpegang pada pendapat biarlah bercinta selepas berkahwin. Cuma bila lihatkan keadaan saya sekarang ni, entahlah..(maaflah, pendapat saya bertentangan arus dengan pendapat ramai).
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 21st, 2008 4:04 pm:
hmm… satu masalah yang complicated… tetapi yang pasti, jika masa sibuk dulu niatnya betul, maka tidaklah pula kesibukan itu jadi alasan mengapa tidak (belum) bertemu jodoh.
Wallahul Musta’aan
Respond to this comment [with empathy]
Permata_delima reply on May 21st, 2008 5:40 pm:
Harap betullah niat saya masa sibuk dulu dan tak jadikannya alasan kenapa tak bertemu jodoh lagi. Cuma terfikir pasal ‘melawan dan tak layan’ cinta sebelum ni aje. Insha-Allah, harapnya saya masih dan dapat terus bersangka baik padaNya dengan keadaan saya ni. Mungkin Abu Saif boleh tolong doakan pada saya, agar bertemu jodoh yang soleh?
Terima kasih atas respon yang diberikan. Jarang-jarang sekali dapat respon ‘direct’ dari Abu Saif ni…Jzkk. Salam…
Respond to this comment [with empathy]
Tahun Akhir UM reply on May 24th, 2008 8:45 am:
Ini kisah saya.
Dibesarkan dengan adat Melayu, saya selalu berpegang pada “kalau suka risik, kemudian tunang, lepas tu kahwin.” Kalau nak kenal lebih-lebih, masa bertunanglah buat begitu. Dan, setiap perempuan wajib dihormati kerana ibu saya juga perempuan. Pendek kata, saya masih berpegang dengan amalan orang tua-tua.
Saya tak pernah bercinta sejak kecil sampai tamat pengajian di UM awal bulan ini.
Sebahagian hati saya, saya isikan untuk cinta kepada tanah air, bahasa, sastera selain keluarga dan kampung halaman. Dan insya Allah, selepas ini sebahagian hati saya akan diisi dengan cinta kepada perempuan.Hahaha.
Walaupun orang sibuk bercinta (termasuk bakal ustaz/ustazah), saya masih tak berganjak. Saya tidak cemburu dengan orang yang bercinta kerana ayah saya telah tanamkan dalam diri saya bahawa ber’couple’ merupakan satu perbuatan yang hina dan memalukan serta memualkan. Adalah menjadi satu keaiban kalau be’couple’.Hujung minggu/bulan biasanya berbengkel dan berkursus serta membaca.
Saya tak pernah menyibukkan diri semata-mata untuk mengelakkan cinta. Apa yang saya perjuangkan ialah mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek Matematik dan Sains. Selain itu, perjuangan menyedarkan kepentingan bahasa dan sastera Melayu di samping turut menyertai usaha memperbanyak buku dalam bahasa Melayu. Kesemua ini saya lakukan kerana cinta kepada bangsa saya sendiri. Kalau hidup hanya mahu berbakti kepada diri sendiri dan keluarga, tahap kita sama seperti kebanyakan orang ramai. Kita perlu ingkatkan kualiti sebagai seorang mahasiswa.
Respond to this comment [with empathy]
Ummu Aniq reply on May 22nd, 2008 10:37 am:
Salam.
Soal jodoh itu adalah ketentuan Allah SWT… Saya masa belajar dulu lawan tidak, layan pun tidak walaupun ramai yang “kenen-kenen” namun jodoh datang sendiri. Jangan disesal tidak bercinta semasa di kampus dulu sebab saya lihat ada di kalangan kawan-kawan dulu, semasa bercinta bagai nak rak tapi kahwin dengan orang lain jugak! Buang masa dan buang perasaan aje!
Sabarlah… Fikirkan hikmah disebaliknya. Allah tahu mana yang terbaik buat kita. Allah knows the best!
Respond to this comment [with empathy]
ahlaiah reply on July 13th, 2008 2:41 pm:
Salam.
Kepada permata_delima, jangnlah berasa hampa dengan tindakan anda yang lalu. Janji Allah itu pasti…Dia tidak akan hampakan hamba-Nya yang bertakwa.Yang penting jangnlah berputus asa berdoa ditemukan jodoh….
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12 -
Lagi satu…ingatlah,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216-
So,this is the best for you at the moment…dont worry too much
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Menyibukkan diri dengan kerja yang berfaedah dpt membantu megelakkan diri membuang masa melayan cinta. Kerana org muda itu rosak apabila masa lapangnya tiada berisi
Buat kerja2 yg berfaedah, dpt pahala n berbakti kpd org. X pun boleh cari ilmu…sibukkan diri belajar. Cinta x perlu dfikirkan sgt. Klu dah jodoh ketentuan Allah, x kan kemana.
“Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil”
Mari menyibukkan diri dengan cinta kepada Allah. InsyaAllah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya setuju bile diri tak sibuk ade kemungkinan kita melayan cinta. selama saya bersekolah saya tak berkawan dgn lelaki (sbb dok asrama yg sume perempuan). ade kawan melalui kursus semata2 utk exchange exam papers etc.
lepas SPM dok rumah tak buat ape, mase tulah berkawan2 dgn lelaki dan akibatnye bercinta sebelum masuk uni lagi. tp tak kawin pun sbb awal sgt bercintenye..
yg suami sekarang bercinta mase tgh practical..practical bukan buat keje sgt, tu yg boleh layan cinta.. hehe tp kire okaylah dah sampai masa yg dibolehkan kawin oleh mak ayah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Masa saya di kampus dulu, yang saya tengok mahasiswa/i yang kuat bercinta/bercouple ialah pelajar dalam gerakan dakwah, termasuk pelajar dalam jurusan Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin. Saya bukan maksudkan mereka ini berpegangan tangan/berkhalwat/berzina. Saya maksudkan mereka masing-masing mempunyai ‘ustazah’ atau ‘ustaz’ masing-masing. Menambahkan lagi, siap ada ‘biro baitulmuslim a.k.a. pencari dan penemu jodoh’ lagi.
Menguatkan lagi keinginan bercouple ini ialah suasana bilik/rumah sewa mereka sering dipasang nasyid ‘jiwang’ (terutama Inteam/UNIC dsb.) dan antara agenda utama perbincangan kafeteria pelajar-pelajar dakwah ini ialah bertukar maklumat berkenaan ‘dia itu ‘ustazah’ dia ialah …..’ atau ”ustaz’ dia ialah …..’
Mereka ini tidak berdating macam orang lain. Maksud saya, tidaklah pulak mereka keluar tengok wayang ke, makan berdua-duaan di kafeteria ke. Tetapi satu yang sering mereka lakukan, ialah ‘bercakap di sebalik kain tabir surau’. Namun itu tidak bermaksud mereka tidak romantik. Kalau baca pesanan sms sesama ‘ustaz-ustazah’ ini, apa bezanya dengan yang lain. Kadang-kadang di sebalik ‘ayat-ayat cinta’ sms mereka diselitkan secara tak langsung perkataan-perkataan lucah/keinginan seks dsb.
Yang saya peliknya, saya lihat pelajar-pelajar dari jurusan Kejuruteraan/Sains Komputer atau berorientasi sains dan teknikalyang seolah-olah tiada masa untuk bercouple atau bercinta. Maklumlah, keluar ke kuliah/makmal pun pakai selekeh aje.
Patutlah kawan-kawan lulusan Pengajian Islam atau gerakan dakwah ini majoritinya kahwin awal (average umur berkahwin sekitar 24 hingga 27 tahun, namun ada juga yang kahwin semasa belajar walaupun duit tiada) sedangkan lulusan lain masih sibuk berkerjaya (average umur berkahwin hanya sekitar 27 hingga 31 tahun).
Apa komen ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
umi nuha reply on May 23rd, 2008 9:44 pm:
ade pro dan kontra cara cinta ustaz-ustazah ni(cinta anta-anti-ust maszlee)…pd pendpt saya, at least, itu lbh baik dari couple terang-terangan yang bukan sahaja bawa pada hampiri zina malah fitnah juga (tapi juga ada kontranya yang panjang utk diulas disini)…isi sms itu adalah hal antara pemberi sms dan Allah. Sekurang-kurangnya mereka faham kenapa mesti kahwin awal..
Satu lg, saya dari jurusan kejuruteraan dan saya kahwin awal (22 thn),dan bukan saya sahaja, ramai lagi kawan sebaya dari jurusan yang sama kahwin awal…dan ada diantara mereka adalah produk baitulmuslim..saya anggap ini adalah pandangan peribadi SH, dan ia tidak umum.
jangan layan dan jangan lawan…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
testing usb keyboard kat sini la ustaz..hehe
ustaz, kalau melupakannya menyebabkan kita jadi kekok bergaul dgn perempuan? (maksud saya kita jadi tak reti laras bahasa yang nak dipakai, orientasi pemikiran mereka dll?)..
jujurnya, ni kira pengalaman ngeri satu waktu dulu la..takdela bercinta bagai nak rak..tp bila concern ditafsir sbg mencintai seseorang melebihi cinta Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w., pening juga kita dibuatnya..dah jadi sejarah pun!hurm..
Respond to this comment [with empathy]
Azree Hanifiah reply on May 21st, 2008 9:06 pm:
Tidak bercinta tidak bererti tidak langsung bergaul dengan perempuan. Cuma pergaulan tersebut perlulah dikawal selari dengan apa yang telah digariskan oleh agama.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
terjumpa ayat yang rasanya berkaitan..
“the opposite of love is not hate..it’s indifference..”
benci pun akan ada kaitan dengan hati…hilangkan ingatan dalam hatilah cara yang terbaik untuk mengelakkan hati ada cinta…insyaallah..
wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum,
Sekadar pandangan,
Semua komen di artikel tentang ‘cinta’ ini telah kaitkannya dengan ‘nafsu’. Ustaz hurai penyebabnya (cinta), dan saya cuba komen tentang kesannya (nafsu).
Formula yang ustaz utarakan mungkin sesuai pada mereka yang belum ber’cinta’, pada mereka yang berlatar belakang pendidikan agama dan taat terhadap adab dan adat bermasyarakat. Tetapi bagaimana pula pada 60% ke 70% dari remaja yang berpendidikan biasa yang mana imannya naik turun macam ombak di laut. Panduan hidup lebih kepada apa yang nampak dimata.
Pelayan-pelayan nafsu ini ada yang ‘TAHU agamanya’ tinggi. Mereka menyesal selepas setiap episod ‘ aku kalah pada godaan’ tapi bila ribut nafsu datang kembali, walaupun mereka sedar tapi mereka gagal bertindak-balas; akhirnya LEMAS (perasaan yang tak dapat nak dihuraikan bila keinginan nafsu mesti dipenuhi walau dimana dan apa cara sekalipun) .
Bila dah LEMAS lahirlah segala macam masalah sosial yang kita dengar dan tengok dalam berita. Kalau kaki motor yang lemas mereka ‘Merempet’, kalau kaki lepak yang lemas mereka membohsia-bohjan dan merosak harta benda awam, kalau kaki zina dia buang bayi, kalau bapak budak dia sumbang mahram, bagi kaki porno (bahan lucah) lemas dia boleh jadi hampir semua diatas, dan senarai berterusan.
Sesungguhnya cinta selepas berkahwin itulah lebih selamat. wallahualam
Respond to this comment [with empathy]
concern reply on May 22nd, 2008 12:24 am:
haah. sy nak kawin cepat2,ni tgh doa byk2.
nak jaga diri ni…moga dipermudahkan…amin…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Are we dealing with it (cinta) by trying not to deal with it?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam. sekadar berkongsi pandangan:
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2008/04/hitam-putih-dan-kelabu.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/12/cinta-daie-daieyyah-cerita-versi.html
seadanya. wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
dalam hidup ni, kita bergaul dengan orang lelaki dan perempuan.
memang Islam dah meletakkan batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.. cuma sebab ketidakjelasan dalam ilmu tersebut menyebabkan sesetangah mengambil tindakan yang berbeza.
ada golongan manusia yang bercakap macam askar, tidak memandang muka atau tidak bermuka manis langsung semasa berbicara, bermuka masam atau serius apabila bertembung, dan memusingkan kepala 30 darjah apabila berselisih dan tidak menyapa apabila bertemu di jalanan(walhal kawan sekampung atau kawan sekuliah) apa berselisih antara lelaki dan perempuan…
bahkan si ikhwah tidak mahu menjadi ‘musyrif’ dan si akhawat tidak mahu meminta bantuan ‘muysrif’ atas alasan nak menjaga hati.. takut jatuh cinta dan ini akan mengganggu hubungan dengan Allah dan pelajaran..
apa komen ustaz?
adakah mereka terlalu syadid atau bertindak tepat sesuai dengan ajaran Islam??
atau
adakah perbuatan2 begitu dikatakan tidak melayan cinta, dan boleh mengelakkan kita dari bercinta??
apa pandangan ustaz untuk golongan macam ni? alasan yang diberikan, nak jaga hati…
sekian, wassalam.
u/p: musyrif ialah LELAKI yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan orang dibawah jagaannya.. sistem ni memang diamalkan di Mesir(di kalangan orang melayu).. di jordan pun, ada gak kan, ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
neo rantissi reply on May 24th, 2008 10:02 pm:
mcm x percaya ada org yg guna reason tu utk xnak guna sistem musyrif~ pendapat saya yg humble, tu syadid x bertempat…org nk tlg memudahkan urusan dan menjaga keselamatan, so paham2 ajer la. yg pasal jalan bertembung pusing 180 darjah, teringat kata seorang sahabat, “Ek eleh, bila nmpak geng2 dak laki melayu, laju jer lari amik jalan lain, selisih dgn laki arab xper plak. Bukan aku nk tegur pun, tp jalan ni besar, xyah la susah2kan diri amik jln lain”, mungkin ada betulnya kata kawan saya ni, segan/syadid x bertempat.
Respond to this comment [with empathy]
ahmad reply on May 25th, 2008 12:03 am:
alaaa bai..bende mcm ni pon nak bawak ke sini ke?
masalah mushrif kat mesir ni.byk sgt pendapat.
so kiter berlapang dada dengan pendapat masing2 sama ada nak gune mushrif atau tak.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya anakdan cucu-cucu tak naklah orang-orang yang tak faham konsep belajar sepanjang hayat.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya tergerak nak memberi komen di sini, sebab saya rasa cara yang ustaz sarankan itu, so far berkesan. saya dah cuba selama 3 tahun. kadang kadang tersekat jugak. terima kasih ustaz atas perkongsian ini. =)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…syukran.aah gtu la yang ana buat..tapi masalahnya perasaan bersalah tu sering menghantui…apa pun keyakinan terhadap perjuangan dan keyakinan Allah akan kurniakan yang terbaik jika menolong agamaNya…betul kata ustaz kita kena sibukkan diri kita dengan kerja2 islam.cara yang terbaik untuk melupakan sesuatu…benda selalu terjadi kepada madu’ baru yang lama pun ada juga…hampir 3 tahun juga,sama ngan saudara danial…tak dinafikan kadang2 tu rasa macam putus asa..cara yang ana buat,sibukkan dr hadiri prgram2 dakwah.moga orang2 yang mengalami masalah ini terus istiqamah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
cinta ni mmag complicated..moga kita tak tarjatuh dalam jurang cinta murahan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya setuju dengan ustaz. sebagai seorang pelajar, apa yang ustaz utarakan sangat bersesuaian dengan persekitaran pelajar yang sangat memerlukan konsentrasi dan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran dan aktiviti persatuan atau kemasyarakatan yang disertai. Akan tetapi, di sini pada saya terdapat sedikit cabaran bagi seorang pelajar seperti saya untuk tidak melayan perasaan dan keinginan untuk melayan cinta. Memandangkan cinta itu sendiri agak signifikan dengan pelajar yang masih lagi di awal usia dewasa atau menuju kedewasaan.
Saya juga bersetuju dengan komen #20 oleh saudara/ri SH di atas. Bukanlah mereka yang berlatarbelakangkan pengajian Islam ini tidak tahu akan hukum bercinta pra nikah ini. Tetapi, ia seakan-akan satu fenomena baru dunia dakwah Islam dalam membenarkan pejuangnya bercinta sebelum berkahwin. Entahlah, saya sendiri pun belum benar-benar tegar untuk bersikap indifference dalam hal cinta sebelum sampai waktunya ini. Doakan saya agar terus istiqamah mempertahankan hasrat saya untuk bercinta selepas kahwin. Insya Allah… kerana, pada saya, cinta sebelum kahwin adalah sia-sia, palsu dan menyakitkan. Dan memang itulah hakikat sebenarnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
syukran ustaz atas nasihat..
Doakan saya ustaz
= Sebenarnya saya baru setahun berada di alam kerjaya slepas menamatkan pengajian diploma IT di kuis.. AlhamduLillah skrg saya bekerja sambil belajar di OUM dalam bidang Network Computing.. Utk pngetahuan ustaz, saya berumur 24 tahun.. Saya juga aktif dalam grakan dakwah di kampus.. wlupun skrg cabaran utk terus aktif gerakan dakwah diluar semakin memeningkan dan ia membuatkan saya bertambah berpeluh memikirkannya, InsyaAllah saya akan terus bertarung dan berjuang
= Artikel2 ustaz kenapa anda berdakwah siri 1,2, dan 3 dll artikel banyak mmbantu menguatkan saya, AlhamduLillah.. Sya pernah merancang utk berkahwin pd usia ini, tetapi ayah meminta saya menangguhkannya memandangkan saya anak sulung lelaki tunggal dari 4 org adik beradik.. mknanya, saya ada 3 adik prempuan.. Saya akur, kerna redha ibuayah penting dalam menerbitkan redha Allah.. Dgn komitmen yg smkin btambah skrg, saya scara jujurnya tidak lagi meletakkan sasaran bilakah saya akan menamatkan zmn bujang.. Saya yakin masanya akn tiba, moga Allah permudahkan:)= Doakan saya… Wallahua’alam
Respond to this comment [with empathy]
nur aaminah azhar reply on May 27th, 2008 5:22 pm:
to adham hambali..
mulia sungguh tindakan anda mangutamakn adik2 prempuan anda.wish i could be just like u.give ways to my brothers yg bwh2 sye ni kahwin dulu sooner insyaallah…tu niat saye dari kecil lagi.jnji adik2 bahgia.dan parents juge tak terabai..:D…all the best in ur life adham hambali…:D
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…ana tertarik dgn artikel nie…bgs gak…tp x dinafikan mmg perasaan cinta tu wujud dan sukar di kawal termasuk lah ana sndri…lbh2 lg dlm usia remaja nie,ujian nya mmg hebat…ckit2 tgk tv cite psl cinta,p klas ckit bdk dh cite psl awek2 diorang,blm p cafe lg mmg pnh dgn couple…so,terserah la mcm mne nk kawal…semoga kte dijauhkan dr cinta yg blh membawa kpd zina…igt Allah sentiasa melihat ape yg kte wat…klau dh bersedia,gne cre halal k…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kalau kat tempat saya ni… saya rasa nak elak dari pergi program2 dakwah…
sebab program2 ni dianjurkan oleh ustaz2…
kalau pergi maknanya akan bertembung dengan golongan ustaz2 ni…
kerana sini kampus uni cawangan khas lelaki…
dan perempuan yang ada hanyalah pelajar perubatan… yang tak sampai 50 orang pun…
macam mana nak elak…!! aaaaaaaaaa……………
dah cuba sibukkan diri dengan study medic yang susah ni..
tapi, still kadang2 akan terpikir… habis tu macam mana?? isk3
[kadang2 rasa, 6 tahun medic = tak sempat nak jumpa jodoh]
dengan suasana tempat belajar yang pelajar kurang…ramai ustaz2 je!!
alhamdulillah la diri masih terkawal kerana segan dengan kehadiran ustaz2 yang ramai…
tapi, macam mana nak elak dar terfikir tentang jodoh sebab tengah study lagi…
siapa boleh tolong~~
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 22nd, 2008 8:51 pm:
saya nak tolong selesaikan masalah bintuQAMAR tu tak pandai, tapi saya dah tolong betulkan ejaan. moga lebih sedap membacanya ya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pelajar dgn masalah cinta semasa belajar, dan Pekerja dgn masalah bercinta semasa bekerja.
Respond to this comment [with empathy]
hamba Allah reply on May 22nd, 2008 11:34 pm:
kahwin je lah…
Respond to this comment [with empathy]
ahlaiah reply on July 13th, 2008 2:46 pm:
kalau xmampu kahwin lagi…InsyaAllah, puasa juga salah satu cara terbaik
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz..
berkongsi cadangan ustaz klu boleh.. sbb lately saya buat terbukti berkesan, selain menyibukkan diri dgn tujuan hidup..
caranya adalah : banyakkan bercakap/berbincang berkenaan poligami.. insyaAllah, tak ramai yg kacau.. bila xde org kacau, lebih mudah menghadapi situasi ini… heheh..
p/s:bukan ada org kacau pun, tetapi baik buat dulu sblum ada org kacau..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alamak, nurman berbicara poligami. insya Allah, study dulu, dah dpt PhD baru blh kawin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
mula, congrate kt ustaz utk cramah tu
best..sy pn ade..:-D
ustaz, mcm mn tgh2 berdakwah dn menyibukkn diri,
tnpa di duga, cinta tu dtg..
mmg ambil tindakan buat2 tak tahu
tp…susahnye nk mengelak..
kebtulan ‘dia’ mhntar khabar mluahkn perkara yg sama
dan kami masing2 ambil keputusan utk biarkn dlu
dan dua2 buat xtahu..
sbelah pihak dia sy tak tahu,
tp sbelah pihak sy, sy rasa susah
tmbh2 berada d bwh 1 organisasi..
apa2 cadangan? mcm mn nk buat?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
benar kata ustaz, akan datang fitrah cinta pada lelaki yang benar-benar mahu mengahwini diri. Masa tu bercintalah..buatlah persiapan, merisik, pertunangan, berkenalan dalam masa 6 bulan, keluar pun biarlah ada peneman untuk berbincang mahupun jika membeli barang(sekiranya perlu)..usah merasakan sukar menjalinkan hubungan tetapi berhati-hati dan sentiasa mengawal diri. Bernikah dalam tempoh yang ditetapkan…amin sentiasa berusaha memperbaiki diri, insyaAllah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bila dah bekerja masuk tahun keempat, umur pula semakin meningkat dan masih bujang lagi single pula, mula la ada yang bercakap, “tulah.. dulu masa zaman belajar di universiti, jual mahal sangat. Masa belajar dululah waktu untuk mencari…,” eh, ke situ pula.
“Masa studi dulu, masuk persatuan, tidak jumpa siapa-siapa?” tanya orang lain pula. Hoh.. saya berjumpa ramai orang. Tetapi rasanya semua maklum akan kegarangan saya. Bukan kerana mengelak cinta seperti yang disebutkan ustaz, tetapi kalau tidak garang, kerja-kerja tidak menjadi.
Kini, zaman bekerja pun perlu menyibukkan diri. Bukan kerana mengelakkan cinta, tetapi mengelakkan ditanya orang soalan favourite, “bila lagi mahu berumahtangga?” lalu orang akan menghukum, “Kamu tidak berusaha untuk mencari,”. Tetapi apabila dipinta untuk membantu, pandai pula berdiam diri.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
erm.. maknanya, bercinta sebelum kahwin ni tak boleh ke? atau boleh bercinta sebelum kahwin tapi di sana ada batas-batas syariat yang mesti dijaga? kadang-kadang kita bukan nak sangat bercinta sebelum kahwin, cuma bila kita jumpa seseorang yang berkenan, kita terus taqdim dia sebab takut nanti kalau tak di taqdim awal-awal takut jatuh ke tangan orang lain. memang jodoh di tangan Tuhan, tapi kita kena usahakan. salah ke kalau kita berbuat demikian, dan dalam masa yang sama kita menjaga agar tidak melampau batas-batas yang di haruskan?
Respond to this comment [with empathy]
depankomputer reply on May 24th, 2008 7:48 pm:
ustad,mntk tolong jawab soalan yg atas ni leh?yang pasal taqdim awal tuh..ramai dah yang bagi pernyataan sebegini rupa..mekasih=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
cinta itu seperti jeruk, perlu diperam supaya ia tahan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
cinta? kesibukan?
setakat ni, saya memang sentiasa menyibukkan diri dengan mende2 luar silibus belajar, ada masa jadi koopian kat banting dulu (masa orang tengah belajar, tido, ‘berdating’ dan sebagainya) saya g susun kotak2 minuman dalam fridge koop dan jaga kaunter.
kire memang berkesan la kesibukan ini daripada terjebak dalam perkara2 yg bukan pada masanya ini…
pasal jodoh ini, payah jugak nak kata…
yang pentingnya selalu berdoa semoga Allah temukan kita dengan orang yang complimentary dan yang dapat membawa kepada kehidupan yang diredhai di dunia dan akhirat… Amiiinnn,,,
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
hemm…memang sukar nak lawan cinta ni..
saya terjatuh hati pada kawan sekumpulan saya…
memang seksa dibuatnya, hari-hari jumpa…
tetapi, disebabkan saya nak elak perasaan itu, saya tak pernah cakap dengan dia cuma bila dia menegur tu saya cakaplah juga elok2, takde la mcm askar bertitah,
cuma saya tak cari peluang untuk memulakan percakapan dengan dia bagi menjaga hati ni..
masa tahun 1 mmg sukar, tapi bila dah naik tahun, saya dah makin ok, dah dapat kawal dan buat tak tahu je…
betulkah apa yang saya buat ni?? dengan jauhkan diri macam tu??
Respond to this comment [with empathy]
ryna zynnirah reply on May 23rd, 2008 11:01 pm:
macam sama jer
penyelesaian masalah hati ni
berkesan jugak rasanya bg akak ler
hehe…
Respond to this comment [with empathy]
nurul reply on May 25th, 2008 8:09 am:
hmmm…ana pun cuba cara yg sama..tp kdg2 ok, kdg2 tak..sbb sometimes nmpk cam double standard pd dia..ngan muslimin lain blh biasa je..tapi bila dgn muslimin yg sorang nih je mcm nk menjauhkan diri..
moga KAU permuudahkanlah..urusan hambaMU ini yg berusaha utk menjaga hati..insyaAllah..
Respond to this comment [with empathy]
ryna zynnirah reply on May 25th, 2008 2:23 pm:
tu ler akak pun setuju dgn adik
sumtimes it work BUT truely speaking most of the time it failed
until i felt i dun want to work wif muslimin anymore
what can I do
memang perasaan tu fitrah
juz kita sendiri kena manage betul2
Tapi dik, akak byk belajar dan berubah sbb perasaaan tu
To be a better person for HIm
Kita sama2 doa yer
moga kita diberi kekuatan melawan hasutan syaitan yg membisikkan keasyikan Cinta
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on May 25th, 2008 4:57 pm:
Betul la tu. buat biasa aje. jgn kurang dan jgn over. ie jgn ekstrim. tak rugi buat macam biasa. bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar, kalau dah jodoh, tak ke mana. Lbh baik fokus pada yg lbh penting iaitu study kita.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah, artikel yang bermanfaat,
syukran ustaz,
memang sekarang banyaknya couple berleluasa cuma yang penting macammana kita kawal hati kita dan diri kita
letakkan cinta Allah yang teratas, insya Allah Allah akan berikan cinta orang yang mencintaiNYA
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…
cinta tu memang pelik sangat
hadirnya x dipinta
perginya x berpesan
ikut suker hati dia jer
nak datang dan pergi
yg sakit x tertanggung
hearty kita ler
Cdgn ustad untk sibukkan diri tu wajar sangat
bila masa kita terisi
at least kurang or takder ler
nak terfikir ker berangan ker
so, InsyaAllah sama 2 kita doa
yg si dia pun sama2 mujahadah untuk memBUSYkan diri dalam mencari hakikat cinta
jazakillah ustad
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
boleh x ana timbulkn 1 prsoalan??
persoalan nye:::
adakah cinta itu utk bkahwin???
adakah cinta itu utk bzina???
atau
adakah cinta itu merupakan larangan ALLAH???
sdgkn tidak sempurna iman seseorg yg tidak mencintai sedara nye.
pendapat ana: cinta d salah ertikn sbgai satu perasaan yg brpasangan.
Respond to this comment [with empathy]
Redha reply on May 24th, 2008 6:05 pm:
bg ana cinta tu fitrah dan suci…terpulang kpd kita utk mencorakkanya…klau nafsu yg menguasai cinta akn menyebabkan cinta berkalung noda..tp jika sandaran cinta kpd Allah yg Maha Esa maka kita akn tng dirimbun kasihNya…cinta kpd manusia juga adlh cinta kpd Allah cnthnya Keredhaan Allah tereletak pd Keredhaan Allah…jgn kita slh tafsir cinta kpd manusia adlh sbgi alat semata-mata kpd menuju cinta Allah..bkn kh cinta kpd Allah itu meliputi segalanya…wallahua’alam..
Respond to this comment [with empathy]
Redha reply on May 24th, 2008 6:55 pm:
bg ana cinta tu fitrah dan suci…terpulang kpd kita utk mencorakkannya…klau nafsu yg menguasai cinta akn menyebabkan cinta berkalung noda..tp jika sandaran cinta kpd Allah yg Maha Esa maka kita akn tng dirimbun kasihNya…cinta kpd manusia juga adlh cinta kpd Allah cnthnya Keredhaan Allah tereletak pd Keredhaan Ayah Ibu…jgn kita slh tafsir cinta kpd manusia adlh sbgi alat semata-mata kpd menuju cinta Allah..bkn kh cinta kpd Allah itu meliputi segalanya…wallahua’alam..
p/s:maaf slh taip yg kt ats…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…pandangan yang ana kira sangat tepat ust..
Cinta ada satu kuasa yang amat luar biasa…ditarik makin tertarik, dilempar makin mendekat…
pernah ana jumpa seorang sahabiah yang amat menjaga muamalat & ttg cinta…akhirnya tanpa segan silu bercakap tentang rasa cintanya pada seorang ajnabi pujaan…moga rasa cinta dapat dilupakan seketika…ya, sekurang2nya sehingga diri benar2 bersedia untuknya..wallahua`lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
MasyaAllah… isu yang mendapat sambutan
Saya setuju dengan ustaz.Layan jangan,lawan pun jangan.Tapi KAWAL dan DIDIK.. kerana rasa cinta itu sebenarnya hadir kerana kita punya nafsu dan rasa itu juga adalah fitrah. Diantara nafsu dan fitrah, jangan sampai jadi fitnah !
Makanya,tanamkan yaqin dgn Allah,bila dah bersedia untuk berumahtangga, barulah sibukkan diri dan berusaha kearah itu.. mencari pasangan hidup…etc dgn cara yang syar’ie.
Kalau tak nak kawin lagi, baik tak payah serabutkan diri,nanti kita akan menyusahkan dan menyesakkan jiwa sendiri dengan masalah yang kita sendiri cipta…
fikir fikirkan teman…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
isk, isk popularnya topik ni ye.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hehe..biasela tu ummu saif..bab cintan cintun ni mmg menarik perhatian zaman berzaman….=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam
Cintakan wanita atau lelaki? wanita atau lelaki akan mati satu hari nanti…
Cintakan Harta dan Kemewahan? Harta dan Kemewahan akan berkurangan dan rosak hari demi hari bila digunakan…
Cintakan kemasyuran? Bila dah tua siapa lah nak kisah pasal diri kita meskipun kita terkenal ketika zaman muda-mudi dulu.Dah tak kacak atau cantik nak dimudahkan cerita…
Cintakan Allah? Kekal selama-lamanya sebab Dia tidak akan mati dan Dia tidak akan pupus .Bahagia dunia dan akhirat.=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.”
Inilah kaedah yang terbaik. Melalui pengalaman sendiri juga. Kalau tidak silap, seruan ini ada disebut dalam Tarbiyatul Awlad.
Pakdi
Cheras.
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on May 29th, 2008 6:15 pm:
Salam Pak Di
Kenapa perlu dilupakan cinta, pidahkan sahaja dari mahluk kepada cinta terhadap Allah, selesai! kan?
Respond to this comment [with empathy]
pakdi reply on May 29th, 2008 6:34 pm:
er … ayat tu ayat akhi empunya blog ni.
“melupakan” yg beliau maksudkan tu adalah untuk sementara waktu tika belum mampu untuk berkahwin lagi.
ye lah, tgh belajar, bukan semua ada duit.
ye lah, baru dapat kerja, bukan terus ada duit
kan akhi kan kan?
Respond to this comment [with empathy]
Romli reply on July 13th, 2008 12:49 am:
Cakap senang la, cube kalau dah terkena nanti, rase la… Jangan mudah je bercakap… Cinta tu datang sendiri, bukan kite nak pun, nak buat macam mane… Cakap “pindahkan saja dari makhluk kepada cinta terhadap Allah…”, bagi la cara2 atau penyelesaiannya… Cara pendapat awak tu, macam senang je…. Kene yang betul2 kaw punya nanti, menguji iman, baru tau…
Newcastle, UK
Respond to this comment [with empathy]
Rudi reply on May 29th, 2008 6:44 pm:
askm..
kalau ikut ape yg sy faham dr abu saif, cinta kpd Allah n cinta kpd makhluk adalah dua cinta yg berbeza walaupn dtg dari naluri yg satu. ahaks… ye ye je saye nie
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih Pakdi.
Ya, ketika saya atau sesiapa sahaja cuba mencari panduan untuk membantu adik-adik remaja yang sedang berdepan cabaran, janganlah pula kita beriya-iya mahu membuktikan bahawa kita tidak mampu ditolong.
Tak upaya eden nak buek apo2 aih…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ukhwah…
Saya ada 1 artikel yg saya dh lupa mana saya dapat dan ada kaitannya tentang topik yg dibincangkan ini. Sila klik nama saya untuk link ke blog saya. Tajuknya Naluri Biasa Remaja – CINTA
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
cinta abadi adalah cinta kepada ALLAH S.W.T.
Cintailah manusia kerana ALLAH S.W.T.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ustaz,saya just nak minta pendapat ustaz..ustaz,saya baru shj join satu jemaah di kampus setahun yg lalu..saya minta pendapat ustaz,bagaimana kalau saya mendapat lamaran dr lelaki bukan IKHWAH dan tidak sefikrah dgn saya??perlukah sy menerimanya??lelaki ini boleh digolongkan sbgai lelaki yang biasa..tak join mana2 jemaah..juga bukan dalam golongan ‘ustaz’ tapi insyaAllah mengamalkan suruhan Islam yang basic (eg: slat,puasa dll tp dia tak join dunia dakwah)…
sebenarnya ustaz, bila saya tengok akhawat2 senior, saya jd takut nak tunggu ikhwah sebab kebanyakan ikhwah sendiri tidak memilih akhawat sebagai teman hidup..saya sedikit keliru.saya masih dlm proses istikharah..
saya harap ustaz atau sahabat yang lain dapat memberi pndapat..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz,
‘melupakan’ cinta buat seketika dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat tu memang patut…. cuma, jangan sampai dah terbiasa ‘melupakan’ cinta, bila dah kawin pun ‘terlupa’ untuk bercinta, malah tak tahu bagaimana nak bercinta dan menghargai fitrah yang Allah kurniakan tu…. memang kronik.. kesian kat isteri atau suami yang memang nak bercinta selepas berkahwin…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz…
tajuk yg sgt memuaskan..
tp kan ustaz mcm mane kalau kte dulu pernah ‘bercinta’ sblm kenal dakwah? rs satu penyesalan la
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…..ape yang sy baca semua telah memberi kesedaran pada saye….
saya akui saya baru putus cinta…coz semata2 nak menjaga syara’…..nak berkhawin sm2 xmampu….jadi putus itu yg terbaik
doa la kat agar hati ana sentiasa bahagia…..carilah cintaNYA itu cinta hakiki….pengalamn bercinta before kawin ni serabut..mmg mula2 nak kawal tp hakikatnya xboleh……cinta selepas kawin lebih bahagia…reda mak ayah..terutamanya redha ALLAH….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam.sekadar berkongsi..dulu masa belajar, saya mmng agak keras hati utk bercinta…lps grad sy pun tak tau knp boleh tewas dgn seorang ‘ustaz’ dr bumi kinanah, mungkin melihat dia yang tidak berputus asa selama beberapa tahun cuba utk mendekati saya, maka saya terima..dgn harapan nk nikah cept sblm tu mmng nak menjaga..tapi nyata ia tidak semudah yang disangka..saya akui mmng serabut bercinta tanpa mmapu mengawal keadaan..kdg2 hati kecil ni terasa sgt apa yg dbuat ni salah..tp tak mampu nak zahirkan takut ‘ustaz’ tu berkecil hati, maklumlah dia ngaji agama..saya ni blajar ttg komputer..saya diamkan..tapi ALlah maha hebat..saya selalu doa..kalo dia bukan jodoh saya, saya nak ALlah bwa dia jauh dari saya..ditakdirkan dia memutskan hbungn kami kerana katanya ibunya ingin dia mnikah dengan bekas kekasihnya dahulu..lagipun bekas kekasihnya pemegang ijazah dan orangnya agak moden nak dibandingkan dgn saya ni sekadar pemegang diploma pulak tu saya ni bepurdah itu alsan2 knp ibu dia tak boleh terima..saya ingt lagi keputusan ini datang tatkala saya memang sedang menanggung pelbagai dugaan yang teruk sehingga saya jatuh sakit..saya benci dan kecewa dengan diri sdri…selepas itu saya bangun semula…sewaktu saya bangun semula saya serahkan hati ni secara seluruhnya kepada ALlah..saya serahkan urusan saya kepada ALlah..dikala itu seorang sahabat merisikan saya utk sahabt dia..ALhamduLillah saya istikharah dgn tenang…dan saya terima risikan itu dgn syarat saya tidk mahu bercinta tanpa hala tuju..kalu btul mahu peristerikan saya dtg kerumah bawa ibu ayah..2 bulan selepas mengenalinya(dlm tempoh itu mmng tidak ada komunikasi yg lancr, jrg call..jarng sms..hnya sewaktu perlu) kelurganya telah dtng kerumah..kira lepas dah proses risik tu…kami sedang berusaha utk mengikat tali pertunangan seterusnya menikah..tp keluarga disana terlalu berprotokol..pertunangan kami tertangguh…dalam pada itu kami menderita …kerana dalam tempoh ikatan pertunangan ini ditangguhkan kami menjadi tewas dengan perasaan..kami jd seperti pasangan biasa diluar sana..betul kami tak keluar berdating..tp kami kerap bersms dan bertelefon..dan nyata sekali lagi kami resah..kami nak jauhi semua ini…kami berusaha seringkali kmi tewas…kalo diperingkat ini pon kami tak mampu kawal diri kami sering persoalkan bagaimana utk menjadi isteri dan suami yg hebat utk melahirkan zuriat yang hebat?utk putuskan hbungn ini juga seolah tak mampu..kami malu dengan ALlah, kami mengharapkan simpati dari keluarga utk mudahkan urusan kami..kami mohon pada ALlah utk beri kami kekuatan dan bantu kami.. sesungguhnya cinta itu fitrah..tapi ia sgt mnyakitkan andai ia tidak dibawa utk melalui perjalanan yg sah..kpd ibubapa jgn memberatkan proses pernikhan anak2 yg sudah bersedia utk menikah…bakal suami saya anak lelaki tunggal dan sulung…kami bersedia utk memikul t/jwb kami sedar dan sudah pun ada perancgn utk memnuhi semua t/jwb dgn baik…kami hanya memrlukan tiket pernikahan ini utk membuktikan…moga ALlah akan campakkan sedikit keyakin pd ibu bapa kami terhadap kami… kepada yg belum bertemu jodoh yakinlah..tak ada calon lebih baik dari ada dan terdedah kepada pelbagai bahaya..ALlah tahu yg terbaik utk kita…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..hanya sedikit pesanan buat semua pembaca.bagi ana,kaum hawa jarang memulakan sesuatu hubungan ‘terlarang’ ini terutamanya kaum hawa yang bergelar murobbiyah..tetapi dengan hanya berbekalkan akal yang 1 dan nafsu yang 9, kaum hawa sering kali tewas apabila diuji dengan ‘cinta’ yang datang dari kaum adam kerana perasaan ingin dicintai dan mencintai itu adalah fitrah..hanya yang benar-benar kuat sahaja yang mampu melawan..
Buat kaum adam, kami kaum hawa menghrapkan bimbingan antum sekalian. Datanglah pada kami dengan cara yang HALAL. Jangan biarkan kami dibuai mimpi-mimpi yang tiada kesudahannya.
Buat kaum hawa, kuatkan lah hati kalian. Sungguh, kaum hawa adalah penghuni neraka yang teramai, tetapi antunna juga adalah golongan teramai di syurga abadi. Jaga hati dan amal. salam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ujian perasaan ni satu ujian yg besar bg kaum hawa yang lemah…mg ALlah bantu permudahkan segalanya..berdoalah nescaya DIA akan kabulkan
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on June 19th, 2008 9:05 pm:
Bukan semua kaum hawa lemah perasaan dan bukan kaum hawa sahaja. Kaum adam pun sama..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum w.b.t,
saya nie sesunggguhnya bukanlah insan yang arif sangat tentang agama, tapi pengetahuan sikit2 tu adalah, saya nie seorang pelajar IPT dan baru blajar kapel nie mase semester pertama di IPT, mase sekolah tak minat pun, tapi bile dah ramai yang menyuntik idea bahawa kapel nie seronok, dan mampu menjadi pemujuk, saya pun mencuba, masuk nie dah tiga jejake yang saya takrifkan sebagai kapel dan bberapa jejaka yang lain sekadar teman..
berdasarkan pengalaman saya, pada asalnya sewaktu sekadar teman nie, mereka alhamdulillah, mampu membantu, memberi apa yang perlu dan membantu sekadar termampu. bila dah mule dinaik taraf, saya tak tahu di mana silapnya, apa yang dipinta oleh jejaka2 ini lebih, hingga akhirnya pada suatu tahap meminta untuk berzina cume dibezakan hanyalah dengan cara meminta, (tdak secara direct).. alhamdulillah, setakat ini, jejaka yang mendampingi saya sekarang tidak menjangkau hingga ke tahap itu walaupun terkadang terfikir dirinya untuk kesitu, cepat2 disingkirkan akalnya yang nakal itu,
apa yang sya dapat simpulkan di sini, para gadis yang terlibat perlu pandai mengelak kan diri dari terjerumus ke lembah zina, pada saya tidak slah bercinta (kapel) sekiranya pandai menjaga diri, yakni keluar di kawasan yang mampu mengelakkan perbuatan yang tidak elok, yakni mmpu mencetuskan perbuatan zina,
wallahualam, harap ustaz dapat komen ulasan saya nie
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
memohon pendapat..
sy sedng bercinta (masih belajar)..n baru2 ni sy terbca yg mengatakan bercouple itu haram..n sy juga terjumpa yg bercouple itu harus slagi menjaga syarat2nya..sy agak keliru,adkah jika kte menjaga syarat2 tu,couple itu dibenarkan?adakah sy perlu memutuskan hubungan ni?atau dibiarkan shj?macam mana pula kalo ’si dia’ megatakan yg couple ni membantu die dlm study..pening sy..
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum.
sekadar nak tanya. sy nie sorg dr .br habis HO. alhamdulillah masa belajar sy tak de pikir pasal cinta. sy sibuk belajar sbb pikir pasal tanggungjawap ngan keluarga n diri sendiri. dan mungkin allah maha berkuasa dia lindungi sy dr jalan2 cinta tu. sy lyn lelaki mcm biasa tapi biasanya sy elakkan. dan mungkin sy nie pendiam dan daya penariknya kurang skit, tak de org nk dtg dkt. tp masa tu mmg tak penah pikir pasal cinta dan kawin nie ngan serius. sy cukup hepi ngan kwn2 yg sy ada. sy rasa cinta pd lelaki tu tak perlu dlm hidup sy masa tu.
sekarang umur dah meningkat. rasa nya sy tak nak hidup sendiri. ada org carikan jodoh. org yg carikan tu boleh dipercayailah. mulanya sy ragu. tanya ngan kwn2 akhirnya sy bukakan hati utk berkenalan dengan seorg yg bernama lelaki dengan serius lah. mungkin boleh buat teman menjalani hidup. sy tak penah jumpa dia dekat luar. mak ayh dh setuju. tp masa kawin nya tak tahu lg. sy rasa lepas sy kenal org tu. sy jd lalai semacam je. br tahu susah nya bercinta nie. sy mcm kurang ingat ALLAH walaupun dulu dah kurang sekarang lg kurang. sy cuba supaya tak jdi gitu dengan membanyakkan baca buku agama ngan gie majlis2 ilmu. tp ttp rasa lain mcm lah. yg sy rasa plg bersalah banyak sms dengan org tu, sy rsa apa yg sy buat tu slh. tp buat jgk. dr rasa b’slh jd rasa biasa sbb dah terbiasa. perkara yg dibincangkan dlm sms sy tu pun kadang2 sy rasa mcm tak boleh sebenarnya nie. tp dah nak kenal kena tanya kan. akhirnya sy sendiri pun rasa berserabut apa yg boleh apa yg tak boleh masa proses kenal tu. mcm mana pulak nak tahu org tu baik ke tak kalu kita tak kenal org tu dulu. sampai sy pernah terpikir mungkin cinta sebelum kawin tu ok jgk sbb dah tahu hati budi sblm kita kawin ngan dia.
jd sesiapa yg tahulah. macam mana nak cr jodoh yg betul bila kita dah sampai masa untk kawin nie. kalau dah jumpa apa batas2 sebelum jd suami isteri. apa yg boleh apa yg tak boleh. macam mana nak elak apa yg dikatakan zina hati seblm org tu sah jd suami atau isteri kita.
diharap ustaz atau sahabat2 yg lebih ahli dapat memberi sedikit panduan kepada sy yg bercelaru nie.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hehe..bak kata ustaz dalam aku terima nikahnya..lebih kurang cmni la..kahwin bukan sekadar pelamin,tapi kene pk jugak pasal lampin..sebenranya terpulang pada diri and situasi masing2,jgn smpi matlamat menghalalkan cara,sudah tahu tpi gunakan fitrah sebagai alasan membenarkan yang dilarang..walaupun cinta ustaz ustazah/anta anti,tapi filter lah semula cara tu..jgn nanti takde bezanya dengan orang len..wallahualam=)
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratun waridwanuh
sekadar berkongsi pendapat
ada salah @ silap, saya mitak maaf dulu2 la ek
1stly,
cinta Allah dengan cinta makhluk ni lain la beb
cinta makhluk (lelaki@perempuan), makhluk akan mati
xyah cinta mak bapak la beb klu camtuh
ke camner?
lagipun iman manusia ni naik turun
bukan cam malaikat(mendatar) atau Rasul(menaik)
klu semua orang maintain cinta Allah(cinta sebetulnya la)
xde orang buat maksiat la beb
betul x?
2ndly,
kepada sapa2 yang pernah bercinta @ sedang, kuatkan semangat anda
cubalah jauhi apa yang Haram dan usaha untuk mencapai apa yang Halal
bercintan bagai nak rak apa guna beb?
habis duit dan masa untuk maksiat juga
xyah la nak kata untuk merapatkan ukhuwwah
hampeh je semua tuh
rugi beb rugi
kahwin ni bapak best giler
xcaya tanya orang yang dah kahwin
kan3?
saya ni cakap poyo mantap pun
sebenarnya couple juga
tapi Insyaallah saya dah bulatkan hati untuk tinggalkan dia
dan saya ingin berkahwin dengan dia selepas habis tahun 3
(saya student medic, tahun 1 di mesir)
kepada sesape yang belum berkahwin tapi dah bercinta bagaikan dah kahwin, fikir2kan balik la beb
klu kerana Allah pun xle nak tinggal, korang fikir la
apa yang korang ada untuk nikmati pas kahwin klu skang dah buat itu ini, dah berkorban macam2?
klu skang belagak manis, semuanya baik, bagus di mata si dia
tengok la pas kahwin nanti, xle nak cover dah, buruk baik semua nampak..
(xkan xpernah fikir kot..? he3x)
berdoa selalu dengan Allah
mitak dia kuatkan hati untuk tinggalkan benda2 maksiat ni
dan jangan mintak tu je
mintak la sekali supaya Allah bagi apa yang terbaik dpd Dia untuk kita
klu kahwin awal tu kondisi terbaik untuk kita(bergantung kepada masing2 la), mintak Dia permudahkan
salam ukhuwwah kepada semua
xlupa salute kepada ustaz hasrizal
cayalah ustaz!!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratun waridwanuh
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
tetiba rasa ingin bercinta,
semoga Dia juga begitu,
kita bercinta nak…..
tapi kahwin la dulu
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
bt0l tu..x yah la nk pkir psal cinta time ngah usia awl remaja..seme tu x pnting n buang masa..kalu da tlanj0r bcnta tu..cptla bnti..d0a jew la..kalu ad jodoh..x kemane..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
kalau buka lagu kat radio jee…90% lagu cintan ….tak habis habis sehinggakan skarang nie amalan ibadah pun nak dikaitkan dengan perkara cinta….tahulah cinta tu unversal termasuklah cinta kpada Yang Esa..tetapi kalau dah drama kat tv yang kaitan cinta dengan yang esa tu hanyalah mungkin 15% sahaja daripada keseluruhan cerita patut ka…mcam tajuk cthnye: tahajud cinta, tasbih cinta,munajad cinta….saya nak minta pendapat ustaz….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
ayat-ayat yang ana dapat susun
cinta tak perlu dicari,
ia akan datang bila kita mencintai diri sendiri..
cintai diri sendiri dengan mengutamakan apa yang utama.. untuk diri, yang memikul status hambaNya.
masih kejar cita-cita (belajar), teruslah mengejar..
masih kurang berilmu, terus menambah ilmu..
masih kurang soleh/solehah, teruskan menambah soleh/solehah..
insya Allah, ketenangan hati, Allah akan turunkan dan “hadiah”kan buat kita..
Respond to this comment [with empathy]