Keyakinan Diri dan Sindrom Menarik Diri

Kami mahu warga PERMAI’08 tinggi keyakinan diri! – Abu Saif dan Fadly ‘Lilik’ Riza
“Saya tidak berpuas hati kerana semasa menghadiri seminar-seminar kemanusiaan, aktivis masyarakat dan yang seumpama dengannya, pesertanya begitu yakin sekali berbahas. Pengucapan minda mereka jelas, bernas dan tidak pernah mensesiakan peluang bersoal jawab dengan panelis. Tetapi mengapa apabila saya hadir ke majlis yang Islamik, pesertanya tidak begitu?”, saya melontarkan cabaran kepada peserta PERMAI’08 semasa berbahas tentang aspek KEYAKINAN DIRI.
Wajah peserta sedikit terganggu.
“Kalian ada al-Quran dan al-Sunnah sebagai sandaran hujah. Tetapi tanpa keyakinan diri, kalian tiada kekuatan untuk berdiri. Hingga nantinya kelihatan al-Quran dan al-Sunnah itu yang lemah. Walhal pembela-pembelanya yang berkrisis diri. Tiada keyakinan diri”, saya menyambung lagi.
Cakap teragak-agak.
Muslimatnya segan-segan.
Musliminnya malu-malu.
Walhal cukup belaka hidung, telinga dan biji mata mereka. Entah apa yang disegankan!

PENEGASAN
“Apa bedanya mahasiswa Malaysia itu, ya akhi?”, tanya Ustaz Fadly sebelum sesi beliau bermula.
“Mahasiswa Malaysia itu umumnya kurang keyakinan diri!”, tanpa teragak-agak saya memberikan pandangan.
Nyata sekali, Ustaz Fadly banyak menekankan aspek keyakinan diri ini di dalam sesi beliau. Saya sendiri tidak pasti apakah memang beliau merancang dari awal isi kandungan modulnya, atau terkesan dengan kenyataan saya.
Kelihatannya, peserta semacam mengalami kejutan.

Tiup mas, tiup!
Peserta PERMAI’08 terutamanya muslimat ‘mencipta sejarah’ apabila kali pertama dalam hidup mereka meniup belon hingga meletup, dan mematahkan pensel dengan karate menggunakan satu jari! Kelihatannya mudah, tetapi ia langkah besar untuk mencabar satu cabang dari keyakinan diri.
Tidak ingatkah kita kepada pesan Abu Tayyib al-Mutanabbi:
Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai idea, maka jadilah seorang yang berpendirian. Kerana sesungguhnya satu-satu idea itu (biar sebaik mana pun ia) akan menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bagi…!
Berbelah bagi, tidak pasti dalam fikiran, pengucapan dan perbuatan, memusnahkan apa sahaja pendirian yang mahu dipertahankan. Betapa tragisnya al-Quran dan al-Sunnah tersisa di tangan pejuangnya yang tiada keyakinan diri. Itulah yang menjadi kesedihan saya.

INDONESIA ITU PELUANG
Lantas di bumi Indonesia yang terkenal dengan kebebasan mengungkapkan fikiran dan pandangan, saya mahu anak-anak Malaysia yang menuntut di sana mengambil peluang untuk ke depan.
Ungkapkan…
Nyatakan…
Kongsikan…
Biar salah tidak mengapa. Asalkan sudi dibetulkan, dan belajar dari kesalahan itu.
Biar terbukti bodoh, lalu kemudiannya belajar menjadi pandai. Itu lebih baik dari selesa hidup dalam kebodohan yang disembunyikan!
Terima kasih kepada peserta PERMAI’08 kerana bingkas bangun dan segera membuktikan bahawa perubahan itu tidak sesukar yang disangkakan.

SUMBER KEYAKINAN
Dari manakah keyakinan itu bisa dicari?
Pertamanya, kita harus yakin bahawa Allah tidak menciptakan manusia itu ada yang pandai dan ada yang bodoh. Sebaliknya, Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza kepandaian. Kejayaan pertama seorang manusia yang Aqil lagi Baliqh ialah pada kejayaannya mengenal potensi diri.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya [Al-Tin 95: 4]
Cerminkan diri dengan mengambil teladan dari orang lain yang berjaya, tetapi yang realiti itu tetap si insan yang berdiri di depan cermin. Jangan sibuk hendak menjadi orang lain, sebaliknya berusahalah untuk menjadi diri sendiri. Cari keistimewaan diri… dan bertandinglah dengan diri sendiri.
“Macam mana caranya?”, itu persoalan yang berbaki.
“Kuncinya ialah, lakukan setiap sesuatu dalam hidup ini secara bersungguh-sungguh. Nescaya kita akan cepat mengenal batas upaya dan juga potensi diri. Berenang biar sampai ke tepian. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!”
Sekali lagi, budaya cincai dan buat kerja acuh tidak acuh itu menjadi musuh kepada perkembangan diri.
SINDROM MENARIK DIRI

“Ustaz, saya rasa dulu saya lebih berkeyakinan diri. Berani ke depan, selalu bersuara. Tetapi semenjak saya bertudung, saya rasa saya mengalami masalah yang ustaz sebutkan. Kurang keyakinan diri. Banyak mendiamkan diri. Tidak lagi seperti dulu!”, keluh seorang peserta kepada saya.
Saya amat menghargai perkongsian peserta tersebut kerana ia menyingkap satu lagi sudut yang boleh sama-sama saya dan kita semua fikirkan.
Pada pandangan saya, ketika proses ‘hijrah’ itu berlaku, secara tanpa sedar seorang muslimah itu hidup dalam mindset bahawa dia sedang berubah dan jadi berbeza dengan sebelumnya. Dirinya bukan sahaja berbeza dengan dirinya yang terdahulu, malah sedikit demi sedikit merasakan dirinya berbeza dari rakan-rakan yang mengelilingi… dan terus hidup dalam lingkungan perbezaan.
Perasaan yang sebegitu, secara sedar atau tidak membina tembok.
Tembok itu bukan tembok pemisah, tetapi tembok untuk menyembunyikan diri.
Kita mula menyembunyikan diri di balik tembok (tudung?) itu.
Saya istilahkan keadaan ini sebagai SINDROM MENARIK DIRI.

Bergembiralah kerana kalian adalah ‘anggur, oren, pisang dan tembikai’ yang terbaik atas perbedaan
LANGKAH PERUBAHAN
“Apa yang patut saya buat, ustaz?”, tanyanya jujur.
Saya bukanlah Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk setiap soalan. Namun, apa yang boleh saya kongsikan, saya kongsikan demi kebaikan.

“Jika ukhti sudah mengenal pasti bahawa tudung itu hanya perubahan ke arah mendekati Allah, maka dekatkan diri kepada Allah tetapi teruskan juga mendekati manusia dan jangan menarik diri. Kekalkan malu tetapi hapuskan segan!”, saya menyimpulkan perkongsian.
Anak Malaysia di bumi Indonesia harus tinggi keyakinan diri.
Kami di kampung halaman memerlukan insan biasa yang luar biasa. Jangan pulang sebagai orang yang biasa-biasa aja!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

MY WAY – Frank Sinatra
And now, the end is near,
And so I face the final curtain.
My friends, I’ll say it clear;
I’ll state my case of which I’m certain.
I’ve lived a life that’s full -
I’ve travelled each and every highway.
And more, much more than this,
I did it my way.
Regrets? I’ve had a few,
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course -
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, I’m sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall
And did it my way.
I’ve loved, I’ve laughed and cried,
I’ve had my fill – my share of losing.
But now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that,
And may I say, not in a shy way -
Oh no. Oh no, not me.
I did it my way.
For what is a man? What has he got?
If not himself – Then he has naught.
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows
And did it my way.
Yes, it was my way.
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
PERMAI’08 Melabuhkan Tirai
about 1 year ago - 29 comments
Dua trainer PERMAI’08, Ustaz Abu Saif dan Ustaz Fadly Riza
Lagu tema PERMAI’08
“Kalian semua beruntung kerana berpeluang belajar di sebuah negara seperti Indonesia. Negara yang punya banyak peluang, banyak kekuatan, banyak harapan dan banyak juga masalahnya! Peluang untuk kalian matang dan belajar tentang kehidupan!”, pesan Ustaz Fadly Riza kepada peserta PERMAI 2008.
Saya ketika itu [...]








































about 1 year ago
salam…
“Kekalkan malu tetapi hapuskan segan”
boleh ust jelaskan dgn lebih lanjut?
malu dan segan tu lain ke?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 12:16 am:
malu itu, batas-batas iman yang menjaga diri dari larangan Allah. segan itu, batas-batas diri yang tidak sekadar mengawal diri dari terjebak ke larangan Allah, tetapi hingga tidak ke depan menunaikan perintah Allah…
perempuan yang ada malu akan menutup aurat, berbudi bahasa dan sopan tetapi berani ke depan, bertutur kata, memberikan pandangan dan berperanan. perempuan yang penyegan, mungkin menutup aurat atau tidak, tetapi yang pastinya, dia itu tidak berani menonjolkan diri
lelakinya pun sama.
beza di antara HAYAA’ dan KHAJAL
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz…
Saya setuju dengan phrase ustaz tu.. ‘kekalkan malu tetapi hapuskan segan.’.. tp tu la, ramai yang tak tau nak tentukan waktu biler perlu malu dan biler mana perlu buang perasaan segan tu.. huhu
wallahualam…
Respond to this comment [with empathy]
sab reply on May 29th, 2008 4:24 am:
salam wbt~ bagi saya, in certain situation, bukan tak tahu bila perlu buang perasaan segan tu…tahu…cuma masih segan utk hendak buang perasaan segan tu…
Respond to this comment [with empathy]
kahfi8 reply on May 29th, 2008 2:13 pm:
salam..
macamane tu.. dalam segan ada segan.. kena berani untuk buang perasaan segan tu.. sama la dengan ana pun..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum
saya berpegang kepada konsep, kalau saya nak, saya akan dapat..
nak seribu daya, x nak seribu dalih..
insya Allah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kerana persoalan segan dan malu itulah saya mula menjejakkan langkah ke Saifulislam.Com
kerana saya banyak melakukan latihan dan program bercorak rekreasi luar, dan saya dalam dilema melihat nilai Islam yang tidak wujud dalam persekitaran latihan sebelum ini akhirnya sampai ke isu Malu dan Segan di laman ustaz, terima kasih ya!
Pernah satu waktu dulu saat kami berprogram di sekitar Lembah Klang, selepas soalan pertama dari peserta Indonesia, bangkit pula peserta Malaysia. Spontan komen awal panelis ialah ‘beza ketara bentuk soalan yang diajukan oleh kedua-dua penyoal’ dan saya hanya mampu mengangguk tanda setuju meskipun ’soalan selekeh’ itu dari teman sewarganegara saya.
Itulah realiti pahit dari ‘budaya takut’ yang muncul diam dalam sistem memaksa dan budaya puas hati..teringat pula pensyarah saya pernah berceloteh penatnya dia di luar negara kerana anak-anak orang putih katanya sentiasa bertanya ‘why?’ untuk apa saja yang diceritakannya..
Hurm..
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on May 29th, 2008 11:26 am:
Salam Akhi,
Budaya takut ini semacam bukan sahaja diwarisi turun temurun (nature) malah masih secara tidak sedar disemai (nuture) ke dalam minda Nusantara!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam.. entry yg sgt meaningful to me ustaz..
(masih geram terhadap muslimin yg pointed out my name)
jenuh jugak saye nak tiup belon tu dlm keadaan shortness of breath, x tahan asap di Kraton
sindrom menarik diri di kalangan muslimat kadang2 mcm dh sampai tahap kronik [ade yg sampai menangis kalau harus ke depan].. personally ana pun ade symptom2 sebegitu, terutamanya bile wujudn kaum adam di sekeliling, apetah lagi kalau memang jadi centre of attention, rase mcm nak gali tanah menyorok je.. [hyperbola? tapi itu utk certain cases la, mcm meniup belon
].. tapi bagi ana kalau sekadar mengutarakan pendapat, insyaAllah ana takde masalah segan, plus, ana & shbt2 ana di sini kene handle ta’lim utk muslimat, n drp pengalaman ana yg sg sedikit ni, muslimat akan lebih extrovert bile progrm diadakan khusus muslimat, berbanding dgn progrm yg bercampur dgn muslimin.. undeniably, tidak wajar utk muslimat terus menerus segan, sebaliknye gejala ‘inferiority complex’ ni perlu diperbaiki dr semase ke semase.. cumenye, kene jgk ade sokongan dr org2 sekeliling, dan bykkan membaca isu2 baru, tambahkan ilmu supaya lidah tak kelu bila diminta pendpt, do encourage us to speak up ya!
syukran..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam alaik..erm..sayer yakin dan memang sangat yakin..sayer ade hadapi masalah nih…subhanallah..puas saya cube hilangkan..tapi memang susah..bile ader program ngan muslimin..kalo tibe2 name kene panggil..memang rase mcm nak buat-buat pengsan…ya allah…sayer pernah sampai menangis dalam program..sayer nak bangun bercakap..tapi ader sesuatu dalam diri nih yang menghalang..malu..macam mane ye?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..ustaz,ana pun ada masalah sebegini,terima kasih kerana artikel ni lain dari artikel keyakinan diri yg lain.
bila nak bagi pendapat,ana byk pikir yg negatif,dan
amik jln mudah,iaitu mendiamkan diri.
jazakallah khair ustaz!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ya ukht
NORM. kene ‘dissect’ betul2 masalah tu… kalau ana, ana motivate myself not to say negative words.. walaupun akan terkeluar jgk at times, tapi itulah mujahadah namenye.. no pain no gain, rite sis? like it or not, BERUSAHA! is always the key of success… tanamkan cita2 utk tidk segan secare tdk menentu di dpn muslimin, be proactive, think of and begin with ‘the end in mind’, if we don’t start with at least some small steps, how can we reach further, which is the end, our very aim, kan kan?
Respond to this comment [with empathy]
iman_muhay reply on May 29th, 2008 11:06 am:
to sis a.s.a–ana maksudkan,bukan ana bagi pendapat negatif,tapi bila nak bagi pendapat ,pikir macam2 yg negatif ,contohnya takut org gelakkan kita,tkt org over estimate kita pun ada!
btw,jazakallah untuk nasihat diats,
ok,BERUSAHA!!mcm ukty kenal ana plak..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ustaz..camne lak dengan sindrom tarik diri dari jawatan yang diberikan kepadanya.takut tidak mampu untuk memikul amanah, bimbang tidak dapat fokus kepada pelajaran dan pelbagai alasan lain.Adakah ini dikira kurang keyakinan diri ataupun langkah berjaga2?ku terfikir..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 30th, 2008 10:17 am:
mungkin bukan kurang keyakinan diri dan tidak juga mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi sekadar malas dan tidak mahu menyusahkan diri dengan tugasan dan tanggungjawab.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Syabas Ustaz, Satu kejayaan di peringkat luar negara. Semuga tabah menhadapai dugaan. Sesungguhnya masaalah kurang keyakinan ini sangat bersarang di minda Nusantara, khasnya dan dan negara bukan Barat amnya. Seakan ada corelation dengan kefahaman kepada ilmu sains, bukan agama, kerana di Barat pun ilmu sains yang memisahkan mereka. Jadi serupa masaalah biasalah, tidak perhatin kepada Sunnah Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
..banyakkan membaca, luaskan ilmu dan pengetahuan, cabar minda untuk sentiasa bergerak dan berfikir, kemudian bangkitlah kita untuk mengutarakan pandangan!..
“…la tahof wala tahzan,innallaha ma’ana…”..
“Biar salah tidak mengapa. Asalkan sudi dibetulkan, dan belajar dari kesalahan itu.”..
setuju!.saya bertekad untuk buat perubahan..berdasarkan salah satu keperluan da’wah adalah TEGAS dan LANTANG menegakkan kebenaran.
“Wahai Nabi!Berjihadlah(melawan)org2 kafir dan org2 munafik dan bersikap KERASlah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka jahannam.Dan itulah seburuk2 tempat kembali.”(at taubah:73)
Syukran jazilan, ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
memang betul kata ustaz..
saya memang seorang yang pemalu dan selalu segan. akibatnya saya sering dibuli dan ditindas dan dipandang rendah..
orang lain/bos kurang yakin pada kemampuan saya, sedangkan saya yakin yang saya boleh melakukan tugasan tu dengan lebih baik dari orang lain.. masalahnya, saya segan nak ‘berebut’ dan akhirnya sering mengundur diri dan memberi peluang kepada orang lain…’redha’ je apa2 pun…takut dikatakan gila kuasa atau kaki bodek…
tu salah satu kesan negetif yang saya pernah alami…
saya setuju dengan ustaz ..”kekalkan malu, hapuskan segan!”
Respond to this comment [with empathy]
kahfi8 reply on May 29th, 2008 2:16 pm:
salam..
macam ana jugak.. tapi ana dari perspektif student..
dan dalam persatuan atau kelab..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 2:19 pm:
apabila masalah telah berjaya diungkap dan diterangkan dengan begitu jelas sekali, maka saya yakin penyelesaiannya juga pasti jelas di minda. bertindaklah!
Respond to this comment [with empathy]
batman reply on June 10th, 2008 9:18 am:
insyallah..
cayuk!! =D
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kita sememangnya ada Al-Quran dan sunnah, tapi saya percaya kenapa kita tidak yakin dengan diri walhal sudah dilengkapi dengan lengkap oleh wahyu Allah dan sunnah adalah kerana kebanyakan kita tidak tahu atau tidak jelas bagaimana caranya untuk mengfungsikan dan melaksanakan wahyu Allah tersebut dengan cara yang hak.
Maka jadilah kebanyakan kita penghafaz/ahli wahyu Allah tapi bukan pelaksana/pengfungsi wahyu Allah. Hanya mampu menjadikan wahyu sebagai dalil hujah tetapi tidak secara praktikal dalam kehidupan.
Perumpamaannya seperti kita ada komputer yang berteknologi canggih, kita boleh berbicara tentang kecanggihan teknologinya tetapi hakikatnya tidak tahu cara menggunakan teknologi komputer itu yang sepatutnya.
Bagaimana kita nak yakin dengan diri untuk membawa wahyu Allah jika kita sendiri tidak jelas cara fungsi wahyu Allah.
Bagaimana kita nak yakin memandu kereta BMW yang moden jika kita tidak tahu cara guna teknologi moden kereta BMW itu.
TAHU ilmu tapi TAK TAHU cara nak menghayati/praktiskan.
Dan saya setuju dengan penulis bahawa masalah tarik diri adalak impak dari masalah keyakinan diri.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sy sgt suka dgn lirik my way.br ingat nk letak kt blog.hehe.
bg sy sindrom ‘inferiority complex’ ni mmg dh melarat sgt di kalangan malaysian students especially malays.ramai yg takut utk make mistakes atau pun takut diri or idea direject jadi mereka memilih utk tidak bersikap ekspresif dan hanya bersembunyi di bwh tempurung.sedangkan kita semua tahu yg tokoh2 hebat dunia berasal dr org2 yg pernah gagal dan pernah menerima rejection.kesannya,banyak professional yg lahir dr kalangan kita mungkin kompeten dr sisi ilmu tp lemah jati diri atau kurang versatile.Kita gagal bersaing dengan market dunia yg kini penuh dengan konflik minda dan golongan manusia yg ‘berani’ atau ‘konfiden’ tp pada jalan yg salah.Jadi org yg salah ni akan lebih diikut kerana lebih meyakinkan org ramai berbanding org yg ‘lebih benar’ tp tidak berani menyatakan kebenaran.
dahsyat sungguh efeknya,spt satu hadits nabi yg berbunyi – pd akhir zaman, org jahil akn diangkat mjadi pemimpin dn mereka akn mengeluarkan fatwa yg sesat lg menyesatkan.
Inilah akibatnya kalau umat Islam masih bersikeras utk menjadi ‘backseaters’ atau masih berleha-leha dlm kancah konflik identiti diri ini.Ke manakah pergi golongan pewaris nabi yg berani seperti Umar Al Khattab dan Salehuddin Al Ayubi?
Dunia desperately memerlukan khalifah yg berani,wahai ruhul-ruhul jadid,cepatlah kita bangun kembali!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 3:26 pm:
akhirnya ada juga yang berjaya mengaitkan lirik sentuhan Paul Anka itu dengan soal Keyakinan Diri…
saya mengetahui lagu My Way ini semenjak sekolah rendah… lirik di dalam Bahasa Inggerisnya sungguh hebat!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
InsyaAllah saya menyahut cabaran ustaz!!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 10:56 pm:
Kejor Yop Kejor!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam
Betapa Mahasiswa Indonesia mempunyai daya dan keyakinan yang tinggi dalam menyuarakan pandangan mereka. Bagaikan sudah diajar sejak kecil bagaiamana berpidato dan berhujah di depan tanpa ada rasa segan. Itu semunay saya sendiri dapat melihat ketika berada di indonesia membuat penyelidikan tentang sosiobudaya mereka.
Tapi mahasiswa Malaysia tidak alah, cumanya harus ada pemangkin dan mekanisma untuk membawa energi ini diserap ke dalam diri-diri mereka. Pendedahan2 luas kepada idea-idea yang bercabang serta perbanyakkan aktiviti yang boleh membawa mereka kehadapan adalah antara perkara yang harus diketengahkan.
Sekadar lontaran dari apa yang dilihat dan diteliti.
Saya akan ke Singapura ahad ini dalam misi penyelidikan juga. Doakan saya ya Ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustz dan para pembaca SI…
Indonesia sebuah negara yang pelbagai ragam dan unik…yang baik mahupun buruk…cuma kita perlu mempergunakan kepelbagaian itu kearah yang lebih baik..disini bumi wali songo dan juga bumi JIL.
Sudah banyak article ustz tulis ttg perubahan sikap dan nilai..Kalau tidak mahu berubah jugak tidak tahu la nak kata apa lagi(buat ana)..Malu itu pakaian kita,orang yang beriman..tapi segan tidak tahu pulak ana pakaian siapa..hehe.Apa-apa pun doakan agar golongan oren macam ana dapat memaksimumkan perbezaan dari golongan2 buah-buahan yang lain dlm sama-sama mencari kesempurnaan(Habit 6- Sinergi)
Ustz udah bisa ngomong jowo?…biso bonar
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 10:51 pm:
OREN tak suka dengar ceramah!
Respond to this comment [with empathy]
Ibnu Aiman reply on May 29th, 2008 11:15 pm:
Ana jenis limau manderin kot or mgkin limau kacuk dgn anggur(ligur)..hehe.suka dgr ceramah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum….
disebabkan dah pernah jmpe dan berborak ngn ustaz, baru ana rasa selesa sket nk meletakkan komen kat sini. xkenal maka xcinta, apetah lagi xkenal tiba2 nk bg komen,kang org kate ape plak…hehe…(org indonesia dh ubah sket,”xkenala maka xaruf”…maksudnya if xkenal tu taarufla. hehe.)
tentang malu dan sindrom penarikan diri…
bagaimana dgn pndgn seorg peserta permai aritu, ttg kekurangan ilmu dan pengetahuan am? mmg org yg bertanya x mengharapkan org yg mnjawab tu berkongsi ilmu tp bak kata ust ismail kamus,kang bercakap kang terserlah plak ketidakcerdasan cara berfikir…haha…(mcm alasan utk xnk bercakap je kan?) nk 1000 daya,xnk 100 dalih.
seorg yg mempunyai ilmu bile die bg pendapat akan membuka fikiran orglain…bile die mengutarakan sesuatu isu akan mengajak orglain turut sama berfikir.
tentu kite xmahu kesan dari pendapat kite akan memburukkan lagi keadaan…akan menambahkan lagi kemungkaran (xdela sampai thp camtu kot) atau akan menjadi ‘perintis’ kepada sesuatu yg xbaik…
yela,nnt ’saham’nye kekal…..
hehe….bkn nk berdebat ye ustaz? saje je,if bg komen2 yg ‘menyokong’ atau yg biasa2 nnt ustz jemu.=p pembaca SI jgn mrh ye? nnt kecoh plak ckp ana xsetuju ngn ustz…hehe,slmt bermuzakarah.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on May 29th, 2008 10:45 pm:
pening baca… haha
Respond to this comment [with empathy]
ar-RAZIbandung reply on May 30th, 2008 5:25 pm:
ana pon pening sebenanya. sori ye sheikh,sekali skala…..hehe
Respond to this comment [with empathy]
ar-RAZIbandung reply on May 30th, 2008 5:31 pm:
actually ana nk sebut ttg point yg peserta permai tu utarakan…pasal kurg ilmu n pengetahuan am…tapi dsbbkn xnk nampak mcm berlawanan ngn point ustz,ana cover sket ayat tu…skali baca ana pon pening. hehe….
ape yg ana nk ckp,ttg org yg kurg ilmu n pengetahuan am ni,bile die bercakap atau bg pendapat,takut pendapat die yg salah tu memberi impak yg negatif pd org yg mndengar…
ni dr segi ilmiah la…yela,kalo org ckp psl agama,kite pon nk ckp psl agama,tapi salah,kan bahaya tu….
kalo dr segi perkongsian idea xde masalah kot….
tu je….hadoi,susah jgak nk “express idea” ni ye? makin berbelit. sori…..
Respond to this comment [with empathy]
shiha reply on May 30th, 2008 10:21 pm:
Salam…
Untuk memudahkan meng’express idea’ memerlukan latihan yang berterusan.
Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
muhaimin reply on June 12th, 2008 11:19 pm:
salam.
orang yang FAHAM agama walaupun sedikit ilmunya pada awalnya, akan secara otomatis berusaha tambahkan ilmunya,bersemangat mencari kebenaran,barulah dia akan pede(percaya diri) untuk berbicara tentang agama.
orang yang TIDAK FAHAM AGAMA (eg.orientalis) walaupun byk sekali ilmunya,pasti yg dibicarakan hanyalah dari pemikiran akalnya sahaja,tidak dari mata hatinya.kasihan mereka.
orang yang FAHAM agama ,banyak pula ilmunya,alangkah besar nilainya di sisi ALLAH,lidahnya hanya berbicara kebaikan dan perjuangan ISLAM,hatinya sentiasa memikirkan kecilnya diri di hadapan ALLAH,sedikitnya ilmu berbanding ilmu Rabb,jiwanya sentiasa untuk da’wah fisabilillah.
orang yang TIDAK FAHAM AGAMA,sedikit pula ilmunya..kasihanilah mereka,karena masih tertutup mata hati mereka .maka ,yg MEMAHAMI AGAMALAH yang wajib menarik mereka ke dalam lingkaran ibadah dan tugas khalifah.wassalam
Respond to this comment [with empathy]
ar-RAZIbandung reply on June 13th, 2008 1:59 pm:
assalamualaikum….
macam marah je gayanye? jgn la camtu. tu sbb malas nak bg pendapat ni,kang jadi gaduh. susah meng’express idea dari tulisan ni. ana lagi prefer bercakap. muhaimin, ana setuju dengan anta. ye, orang yang faham agama akan cuba tambah ilmu agama dan cuba memahamkan oranglain kerana kesian kat oranglain yang ‘belum’ faham lagi. kan? yang tak faham agama ni sbb masih ‘belum’ dapat ilmu tu,kalau dah dapat ilmu tu mst diorang faham jugak,kan? point ana cuma,kadang2 orang taknak bagi pendapat sebab takut salah sebab ilmu takcukup. if ilmu dia cukup mst die ‘pede’ untuk berkata-kata. mustahil orang yang dah faham agama akan simpan ilmu dia tu sorang-sorang? btul tak? salah silap harap dimaafkan. hamba budak baru belajar.=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum
saya rasa sistem pendidikan di Malaysia ini yang telah menyebabkan kita menjadi org2 yg kurang keyakinan diri. Semasa saya di sekolah rendah , cikgu2 biasanya akan suruh volunteer utk baca kuat2 di dalam kelas….dan lama2 kelamaan hanya akan ada seorg 2 shj yg selalu angkat tgn utk membaca. yang lainnya akan diam shj. cikgu sepatutnya memilih secara rawak dan memanggil pelajar tersebut utk ke depan utk baca kuat-kuat…. apa yg kita semai semasa kecil , akan sukar utk kita hilangkan even lepas kita dah besar.
saya pernah melihat video ust Zakir naik dari India di dalam youtube….semasa beliau membuka sessi soal jawap , berduyun2 orang akan beratur untuk menanya soalan… muslimah2 yang rata2nya memakai purdah akan turut berbaris utk bertanyakan soalan…. soalan2 yang mereka tanya itu pun sudah cukup utk menunjukkan tahap kedalaman ilmu mereka.. sehingga ramai akan pulang hampa kerana masa tidak cukup utk tiba giliran mereka.
tapi bila diadakan forum-forum di masjid2 di sini , mmg susah nak jumpa orang yang akan bertanyakan soalan kpd panelis…. kalau ada pun soalan yang mmg langsung tidak mencabar barisan panelis. daripada apa yg saya lihat , org sini lebih gemar tanya soalan kontroversi yang kurang menambahkan ilmu kita…
baru-baru ini dalam semasa saya hadiri sebuah forum, hanya 1 sahaja soalan yg dibenarkan utk ditanya (amat menyedihkan) , dan soalan yang di tanya adalah mengenai “pub islam” . dan seorang lagi lari ke depan dan meminta izin utk bertanya …orang tu tanya apa pendapat ustaz mengenai komen mufti perlis mengenai , “kita tidak boleh ikut islam hadhari , kita kena ikut islam nabi ”
apa2 sahaja yg kontroversi , mmg org kita suka …kalau yang ilmiah dan dpt menambahkan ilmu yang berguna , mereka akan kurang minat…. sbb inilah ustaz2 yang pandai melawak dan menghentam kerajaan lebih laris drpd ustaz2 yang menghurai ayat2 quran dan juga menerangkan hadis rasulullah s.a.w . mungkin itu yg buatkan orang tak terlena kot.
pendidikan kita tidak berkesan dalam menghasilkan pelajar yang berketrampilan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum..ni fist time saya bagi komen,saya setuju dengan pendapat yang menyatakan faktor sistem pendidikan..tp x semua sekolah di Malaysia tak baik..saya sendiri pernah mengalaminya.. disekolah agama waktu form1-3,saya x pernah nk tanya apa2 dengan cikgu atau nak mengutarakan pendapat..macam jadi satu kepelikan kalau saya berbuat demikian di sekolah tersebut..tapi bila saya ke MRSM,memang menjadi budaya disitu untuk bertanya dan share pendapat.Everybody must talk,terutamanya dalam sesi homeroom.Waktu rehat,bilik guru penuh dengan student untuk tanya soalan,kadang2 xsempat.Bila ada seseorang yang willing to answer the questions,bersemangat la siket nak tanya,bila ditanya tapi dijawab endah xendah,buat pe tanya,xcapai matlamat dan membazir air liur je…..Pasal student indonesia,saya salute diaorang,memang berani…kerajaan indon sendiri pun takut pada kuasa student indon..apa2 masalah isu semasa,kalau student yang perjuangkan,memang panas dan gempak..kita disini x boleh nak buat pe2..terikat dengan AUKU,nanti kena gantung univeriti xpasai2..mak ayah selalu pesan,xyah la terlibat dengan apa2 aktiviti yang dikatakan menentang kerajaan,nanti xsempat habis blaja,kena gantung..tunggu lepas habis blaja..tapi,bler dah hbs blaja,sebab x dilatih..kita terus menjadi pak turut yang menutarakan pendapat dalam hati je…jadi xpandai nak bagi pendapat,nak komen…sekadar pendapat
p/s:sorry ustaz,dah lama x bagi pendapat,jadi ayat pun rasa pelik2 je
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz. Bagi ana ini di antara sindrom yang agak membimbangkan iaitu tidak yakin diri dan berupaya menyampaikan hujah yang mantap. Ana pernah berdialog bersama mahasiswa Indonesia di UM dulu. Ternyata mereka nampak yakin dan berani walaupun kadangkala tiada point yang jelas.
Apapaun diharap dengan sentuhan ustaz buat warga siswa di indonesia, mereka lebih yakin selepas ini dan dapat berubah ke ara yang lebih baik. Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam perjuangan…
“Apa bedanya mahasiswa Malaysia itu, ya akhi?”, tanya Ustaz Fadly sebelum sesi beliau bermula.
“Mahasiswa Malaysia itu umumnya kurang keyakinan diri!”, tanpa teragak-agak saya memberikan pandangan.
teringat lagi saat belajar di unhas, apabila tiba sesi soal jawab dalam bilik kuliah. lecturer beri peluang majoriti student indonesia angkat tangan…student malaysia boleh kra dengan jari…
p/s: orang indonesia tak suka kita gelar mereka indon, harap maklum!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam, Ustaz Hasrizal!
Thank you for the wonderful insight on how YOU do your best to become the best father, best husband, and most of all, the best Muslim. Really enjoyed Aku Terima Nikahnya. InsyaAllah apa yang baik dapat saya aplikasikan dalam hidup saya sendiri.
I know you read a lot.. but have you read this book entitled ‘Enthusiasm Makes The Difference’ by Norman Vincent Peale? I do not think he is a Muslim, wallahualam. But the content of it! #1:God. And the beautiful part of it is that he makes it in a general perspective, not too inclined towards Christianity.
If you have the extra time to leisure, it would be nice to hear a Muslim’s point of view or maybe more simply, your own ‘enthusiasm-got-me-here’ experience.
itulah Ustaz, siapa suruh tulis buku best-best. hehe.
Salam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
erm.. saya di antara golongan yang ustaz sebut di atas tu. tidak berkeyakinan diri. sy pun tak pasti sampai bila saya harus berada dalam zon selesa ini. selesa untuk tidak berdepan dengan khalayak ramai. ustaz, tolong bagi nasihat
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih ustaz.
Pelajar Malaysia sememangnya pemalu. Tetapi, apabila menyampuk, kitalah yang melulu.
Selalu juga mahu bertanya, tapi budaya kita sendiri yang menghalang pertanyaan, seperti yang ustaz nyatakan dalam artikel yang lepas. Mungkin ini juga sebab kita kurang keyakinan diri untuk bertanya atau memberikan komen.
Tiada pertanyaan. Adakah bererti kita faham kesemuanya, ataupun kita gagal menganalisis apa yang diperkatakan?
Satu lagi yang pelik. Apabila bertanya soalan yang bodoh, sekadar mahu menarik perhatian atau mengundang ketawa, tak ramai pula yang malu.
Jom, “Kekalkan malu, hapuskan segan.”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
minta ustaz ulas panjang lagi tentantg sindrom ini…
saya yang bukan berasal dari latar belakang agama,membaca Quran pun tunggang langgang, tiba-tiba diperantauan ,baru mengenali apa itu Deen…terjun dlm dakwah tapi kurang keyakinan terhadap kemampuan diri, rendah diri amat sangat menjadi batu penghalang paling besar saya dalam dakwah …tambahan pula bile berjumpa dgn kawan-kawan yang percakapannye diselang seli bahasa arab….cukup menekankan saya yang buta segala segalanya…..
akibat terase terlalu rendah ini, pernah seringkali berputus asa untuk teruskan dlm dakwah, bimbang akibat kejahilan saya melambatkan kerja kerja dakwah……
saya cuba mencari kelebihan dalam beribu kekurangan…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Siapa pun yang kita persalahkan, sistem pendidikan, penanya tidak berwibawa, penceramah tidak memberi peluang untuk bertanya dan sebagainya…
Akhirnya diri kita yang menanggung akibatnya, malah jika kita merupakan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, kita adalah duta kecil (semangat selepas menghadiri kursus BTN masih membara nih), natijahnya orang akan generalize keupayaan pelajar Malaysia.
Nampaknya ramai yang menyedari dan mengetahui jalan penyelesaiannya. Bacalah buku-buku self-help untuk menambah keyakinan diri, dari segi ilmunya pula mulakan dengan mengamalkan pemikiran berkualiti tinggi barulah bahan bacaan yang dipilih mempunyai nilai tambah.
Artikel ini seolah-olah mukadimah artikel SHARPEN THE SAW.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…
Teringat pula satu artikel yang pernah dibaca sedikit waktu dahulu. Artikel tulisan barat itu menyatakan kekaguman mereka terhadap bangsa Cina, yang nampaknya makin menguasai pelbagai bidang di dunia. Bidang pendidikan tidak terkecuali, di mana, para mahasiswa Cina yang belajar di US rata – ratanya adalah rajin dan bijak. Top ten banyak dimonopoli oleh mereka. Di dalam kekaguman itu, penulis tersebut cuba mencari mengapa bangsa Cina boleh terkehadapan sebegitu.
Antara salah satu sebab yang dinyatakan, adalah bagaimana anak – anak bangsa Cina ini dididik oleh ibu dan seterusnya guru – guru mereka. Berlainan dengan cara dididikan barat, sejak bayi lagi anak – anak Cina lebih banyak diajar dengan kata kerja (makan, duduk, lari) berbanding dengan kata nama (oren, buku, sikat). Seterusnya di sekolah, mereka diajar mengenai memahami konsep sesuatu perkara, berbanding dengan hanya terus menghafal membuta tuli.
Jadi, mothers out there (termasuklah saya), di samping mengajar anak – anak kecil dengan kata nama, jangan lupa ajarkan kata kerja. Saya dah cuba, agak lebih sukar kerana kata kerja adalah konsep. Contohnya ‘lari’ – bagaimana nak digambarkan pada flash card? Sedangkan gambar pada flash card tu statik. Kenalah buat aksinya sekali atau gunakan medium yang bergerak seperti video atau youtube. Perasan tak, kebanyakan flash card yang ada di pasaran, lebih banyak menunjukkan kata nama, berbanding dengan kata kerja?
Kesimpulan kedua yang saya dapat dari artikel itu adalah, orang barat ni, mereka acknowledge akan kebaikan sesuatu perkara itu (dalam konteks ini, bangsa Cina yang boleh berjaya) dan dalam pada masa yang sama, cepat saja mereka cuba mengkaji perkara itu untuk mendapat pengajaran daripadanya.
Termalu pulak saya. Kita ni dah berdamping dengan kaum Cina sejak berpuluh tahun yang lalu, namun kita lebih banyak mencari salah mereka. Sedikit benar yang mahu mempelajari kelebihan mereka, contohnya dari segi pelajaran. Sekarang baru nampak sikit – sikit parents Melayu yang sanggup menghantar anak – anak ke sekolah Cina, supaya dapat belajar akan kerajinan orang Cina.
Samalah juga dengan orang Indonesia. Kita nampak kelebihan mereka. Maka ambil peluang itu untuk belajar dari mereka. Kenapa mereka begitu berkeyakinan? Bukan sekadar menyatakan sangkaan (mereka lebih berani, mereka rajin membaca etc), sebaliknya, lakukan kajian berbentuk ilmiah, untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan benar.
Hmm… kebanyakan nilai di dalam hidup ini, tak dapat lari dari kenyataan bahawa, ianya bermula dari rumah. Tangan yang menghayun buai itu, sesungguhnya amatlah berkuasa.
Wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam alaik~
alhamdulillah, ana mungkin sangat minimal sindrom menarik diri ni sbb mmg dah terdidik dlm keluarga sejak kecil. cuma kadang2 masalah ana sebaliknya. Menjadi outspoken membuatkan ana slalu risau kalau dari sana terbangkit ria’ & bangga dgn diri. Na’uzubillah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya pun jadi mcm kisah di atas. bila berubah menutup aurat dengan betul, terus terkena sindrom ni. asalnya dulu saya outspoken, suka join public speaking. tapi lepas berubah, perangai pun jadi ‘mandom’ semacam je. dah jadi cikgu ni baru ok sikit
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bila kita menegakkan sesuatu dari jatidiri yang agar luarbiasa, dilihat sebagi ego, sebaliknya apabila tidak menegakkannya dilihat sebagai tak punya keyakinan diri! Sesungguhnya mengajar itu, bagi saya yang mengajar kelas anak-anak sendiri, banyak mengajar diri sendiri. Jadi tak kisahlah sangat kalau murid masuk kanan keluar kiri.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
selalunya keyakinan diri datang apabila kita yakin boleh meakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
Salam ustaz,
Terima kasih banyak2 atas article yang very inspiring!
Sebuah video yang dirumuskan dari message artikel ustaz ini:
http://www.youtube.com/watch?v=tsmW5zNONC0
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
lagu my way tu favourite Allahyarham Ayah saya……
Respond to this comment [with empathy]