KENYATAAN:
Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF
“Saya nak supaya rumah yang dibina ini ada tiga bilik. Dapurnya biar di depan ya”, kata Jamal.
“Encik Jamal dah siapkan pelan rumah tersebut?”, tanya Lim, wakil syarikat pembinaan yang bakal membina rumah impian Jamal.
“Eh, awak dah bina begitu banyak rumah, masih perlukan pelan lagikah?”, Jamal kehairanan.
Encik Lim menggaru kepala. Lebih hairan.
Tidak mungkin sebuah rumah dapat dibina, tanpa terlebih dahulu siap pelannya. Lakarannya harus JELAS, ukurannya mesti TEPAT. Jelas dan tepat, mesti ada pada sebuah pelan membina rumah. Bukan sahaja pada rumah yang hendak dibina, malah anak-anak kita yang bermain jigsaw puzzle pun tahu betapa pentingnya untuk mereka melihat terlebih dahulu, apakah gambar yang bakal kelihatan melalui cantuman kepingan jigsaw puzzle tersebut. Gambar KLCCkah, atau Jambatan Pulau Pinang, atau tiga anak kucing di dalam bakul?
Ada gambaran, baru langkah dimulakan. Inilah yang dimaksudkan dengan Begin with the End in Mind. Memulakan langkah dengan gambaran akhir di dalam fikiran.
Tabiat kedua yang diajarkan oleh Steven Covey ini sangat bermanfaat untuk kehidupan duniawi kita. Buat sesuatu, biar jelas dan tepat. Sebelum terlibat di dalam satu hubungan, bayangkan kesudahan yang diharapkan. Jika mahu melaksanakan satu projek, apakah gambaran akhir kepada kesudahan projek itu. Maka tabiat melakukan sesuatu berteraskan visi dan misi yang jelas lagi tepat, menjadikan kehidupan seseorang itu terancang.
Terarah.
Hidup tanpa arah, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Hal ini adalah tabiat kedua yang mesti ada untuk seseorang itu cemerlang dan berkesan dalam hidupnya. Buat sesuatu, biar jelas matlamatnya.
CITA-CITA
“Kamu bercita-cita nak jadi apa bila dewasa nanti?”, saya bertanya kepada salah seorang peserta kursus motivasi. Baru tingkatan empat.
“Saya nak jadi doktor”, jawabnya penuh yakin. “Bagus. Kenapa nak jadi doktor?”, saya cuba menguji adik yang seorang ini.
“Saya suka menolong orang. Gembira melihat orang gembira”, katanya. “Apa yang kamu mesti lakukan untuk memastikan kamu boleh menjadi doktor?”, saya bertanya lagi.
“Oh, kena straight A”™s dalam subjek teras Sains. Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan”¦”, jawabnya. “Lagi?”, saya terus bertanya.
“Ko-kurikulum kena cemerlang. Kepimpinan mesti bagus”, sambung pelajar pintar tersebut.
“Itu sahaja? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?”, saya menyambung soalan.
“Itu sahaja rasanya. Kenapa ustaz?”, pelajar tersebut mula rasa kurang selesa.
“Tadi kamu kata kamu suka menolong orang lain. Semua persediaan yang kamu sebutkan tadi, adalah untuk kamu menolong orang lain. Tetapi kamu tidak boleh menolong orang lain sebelum kamu menolong diri kamu sendiri!”, saya berkongsi pandangan.
“Maksud ustaz?”, pelajar tersebut semakin bingung. “Bagaimana dengan kemahiran memasak? Mengemas rumah? Melipat kain? Melayan kanak-kanak?”, saya melontar idea.
“Apa kena mengenanya semua itu dengan menjadi seorang doktor?”, tanya pelajar tersebut.
“Satu hari nanti, kamu tentu akan berkeluarga. Berkahwin dan beranak pinak. Kalau kamu hanya cekap menolong orang lain sebagai seorang doktor, tetapi gagal menolong diri sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, akhirnya kehidupan kamu akan tunggang langgang. Orang lain Baiti Jannati. Kamu nanti Baiti Naari! Naudhubillah”, saya membuat kesimpulan.
“Betul ke ustaz?”, tanya pelajar tersebut.
“Ya, semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar, soalan yang ditanya oleh penemuduga, semuanya tentang rumahtangga. Bila rancang nak ada anak ketiga, suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya”, saya tersenyum.
Kisah di atas berlaku beberapa kali semasa saya mengendalikan kursus motivasi untuk pelajar sekolah. Mereka mesti dibantu untuk melihat kehidupan seorang doktor secara menyeluruh. Jangan hanya lihat pada kod putih dan stethescopenya sahaja.
Hari ini mudah benar anak dara pergi ke universiti dan seterusnya menjadi seorang doktor, jurutera dan lain-lain, dalam keadaan satu apa pun skill rumahtangga tidak diketahuinya. Semuanya diuruskan oleh bibik dan supir. Yang lelaki usah kiralah…
Para pelajar yang kaya A hari ini, mesti dibantu untuk melihat keseluruhan hidupnya di masa hadapan. Jangan hanya bijak akademik tetapi tidak bersedia menempuh realiti hidup. Untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan, bukan hanya akademik yang jadi bekalan. Sikap, kemahiran hidup dan kematangan dalam membuat keputusan harian, adalah sesuatu yang sering hilang prioriti. Oleh itu, gambaran akhir terhadap sesuatu itu mesti diambil kira.
BEGIN WITH THE END IN MIND DALAM BERPERSATUAN
“Tahun ini kita nak buat Tamrin, lima ke atau enam kali?”, tanya si A.
“Saya rasa kita kena buat lima sahaja sebab kebanyakan kita akan menghadapi peperiksaan tahun akhir”, jawab si B.
“Tapi saya rasa, kalau kita buat lima, nanti tak habis pula silibus Tamrin itu. Kita bukannya ada peluang untuk berjumpa lagi selepas peperiksaan”, balas si A.
“Lima pun boleh, sebab kita boleh compress silibus agar muat dengan lima kali Tamrin itu”, hujah si B.
“Tapi kita biasa buat enam…”, keluh si A.
Lima, enam, lima enam, matlamat yang ingin dicapai dari Tamrin itu sendiri belum diputuskan lagi.
Inilah kesilapan yang sering berlaku kepada kita semasa merancang program. Kita ada bajet, kita sibukkan diri dengan hal logistik dan teknikal, tetapi kita lupa kepada perkara yang paling penting. Apa yang mahu dicapai dari program? Atau sekadar mahu ada program?
Kalau analisa kita memperlihatkan ahli organisasi agak renggang dan lemah ukhuwwah, maka program yang melibatkan kerja berpasukan, di samping sesi-sesi yang menyentuh emosi mesti diutamakan. Kurangkan ceramah.
Kalau semuanya bagus, tetapi tahun ini sasaran kita adalah melahirkan ahli yang mempunyai fikrah yang jelas terhadap 5 isu utama masa kini, maka kita tumpukan kepada sesi diskusi ilmiah dan kurangkanlah aktiviti berkayak, bermain bola tampar dan jaring, dan sebagainya.
Maka dalam gerak kerja berpersatuan, Begin with the End in Mind menuntut kita agar memikirkan matlamat sebelum merancang program. Bukannya merancang untuk mengadakan program, kemudian baru difikirkan matlamatnya.
Tak ada matlamat, tak payah buang masa berprogram. Dermakan sahaja bajet anda ke Palestin!
END OF THE END
Tetapi, soal Begin with the End in Mind bukan hanya soal dunia. Akhir yang paling akhir, jangan dilupa. Bagaimana soal hujung hidup di alam dunia? Bagaimana dengan hidup di sana selepas mati di sini? Maka hal ini juga membabitkan soal iman.
Sama ada kita rancang atau tidak, sedar atau alpa, peduli atau membodohkan diri, kita tetap menuju akhir yang sama. Kita akan mati. Selepas mati, perjalanan kita akan terus berlangsung hingga ke detik muhasabah di hadapan Allah. Jika kita bayangkan akhir perjalanan itu adalah di Syurga, maka siapakah bakal kita temui di Syurga?
Pasti yang pertamanya adalah Penghulu Syurga iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Siapa di sisi Baginda? Tentu sahaja nama sehebat Abu Bakar, Umar, Khadijah, Aishah dan sebagainya. Ya, kita sudah diberi gambaran bahawa Syurga itu tempat orang hebat. Bukan hebat harta atau ilmu. Tetapi hebat jiwa, hebat kehidupan, hebat perjuangan. Hidup mereka semasa di dunia adalah hidup memberi, barulah layak di Syurga hidup menerima.
Maka ketika di dunia, semasa merancang untuk mengasihi seseorang, merancang untuk membenci dan memusuhi seseorang, apakah sudah dimasukkan gambaran Syurga dan Neraka dalam perancangan itu? Ketika malah berjuang, ketika banyak masa terbuang, ketika pelbagai alasan diberi dan ketika pelbagai dosa membelenggu diri, sudah dikirakah kesan itu semua pada akhir perjalanan ini?
Sudahkah dianalisa, apakah perbuatan kita itu nanti bakal diproses menjadi pahala lantas membuka peluang untuk ke Syurga, atau dosa yang menjurus ke lembah neraka? Nak buat apa sahaja, fikir dulu kesan akibatnya. Jangan sekali sekali. Jadikan ia tabiat yang sebati pada jiwa.
Renunglah pada kesudahan semua. Kesudahan seorang alim, kesudahan seorang jahil, kesudahan yang miskin, kesudahan yang kaya, semuanya berkesudahan dengan kesudahan yang sama.
Mati,
Syurga,
Neraka.
Mulakanlah langkah di kehidupan ini, dengan merenung hujung sebuah perjalanan. Begin with the End in Mind!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





assalamualaikum
tq ustaz for d article..mcm mana agaknya kehidupan seorang chemical engineer..tak kurang sebuknya dgn doktor agknya, got to be ready. saya takkn lupa singgah site ni tiap2 hr. teruskan memberi..tq
Syukran ustaz.
salam ust. ana rasa klu pakai font Arial lbh menarik.yg ni pn dh leh bc sbnrnye. (xde niat nk susahkn ust).wsalam.
wsalam. pc di pejabat menyulitkan ana nak ubah suai font tu. malam nanti ana akan betulkan Insya Allah
Assalamualaikum,
Cepatnya ustaz tukar font. Akak memang tertunggu-tunggu habit ke 2 dan seterusnya, kalau kena pakai kanta pembesar pun sanggup.
Setiap ilmu yang kita pelajari juga perlu dikaitkan dengan akhirat (END-akhirnya). Matematik contohnya, kita sentiasa mencari ketepatan, ingatlah Allah pasti lebih tepat di hari hisab(zaman akak matematik ni dipanggil ilmu hisab).
Tahniah ustaz, you always able to see the big picture.
Salam..
Alhamdulillah, tercampak kat Jordan ni, sume blaja.. =P
assalamualaikum wbt..
tq ustaz tuk article yg btul2 mengingatkan kta sume pd pengakhiran hidup..actually dh byk kali sy mendengar ttg ‘begin with the end in mind’ dlm lecture dan tute..tp inilah pertama kali hal ini dibincangkan berkaitan agama..mungkin krn faktor lecturer yg bukan beragama islam, lantas mereka lebih byk mengaitkan hal2 sebegini dgn kehidupan harian mrk yg kebiasaannya tidak mempunyai agama..
article ini benar2 membuka minda sy utk mengaplikasikan apa jua yg dipelajari wpon drpd tutor / lecturer yg bukan beragama islam dlm kehidupan seharian sbg seorg muslim..insyaAllah..jzkk
jazakallah ustaz atas artikel..semoga semua dapat menfaatnya
Assalamualaikum
Abang Has tetap seperti dulu, saya masih dapat merasakan kekuatan mesej dan ketepatan ungkapan dalam setiap perkataan dalam semua artiket di sini. Syukur saya masih dapat mendengar tazkirah abang Has walaupun telah sekian lama tidak mendengar tazkirah asar di musolla Izzuddin lebih 10 tahun dulu. Terima Kasih ustaz Hasrizal
wsm
Khaironi
thanks ustaz
salam ustaz…
apabila ustaz berbicara mengenai program yg matlsmatnya kurang jelas, ana terpikir dgn pogram yg selalu ana rancang di sebuah ipt, dalam program semuanya baik2 belaka, ttp bila dah tamat program entah hilang ke mana. adakah ini kesan dprd matlamat yg kurang jelas?
wak nin aka khaironi.. er sudah settle semua?
Paklang setuju dengan Ust. kehidupan semakin memerlukan kemahiran kendiri. Ia tidak ada dalam apa jua syllabus pendidikan. Kemahiran ini diperlukan ketika mana kita ingin mengurus rumahtangga dengan acuan dan tangan kita sendiri. Esp. isteri dalam pantang. Cuma bagi Paklang bab lipat kain tu ada kureeng sikit…
Assalamualaikum.
Baiti Jannati dan Baiti Naari itu apa maknanya?
saya setuju dengan ustaz.bdk2 skang A je banyak, tapi kalau tanye bab2 berkaitan dengan idup,susah sket nk jawab. contohnya,saya pernah bekerja dekat pejabat pesuruhjaya sumpah.ada la sorg adik nie dtg mintak nk translate sijil spm dia ke bahasa inggeris.saya tgk english dia,A1,saya tanye dia balik,kenapa cik tak terjemah sendiri je,bukan susah pun.english cik kan A1.lepas tu dia ckp kat saya dia tak confident.
mujur ade contoh dlm rekod mcm mane nk terjemah dokumen spm ke bahasa inggeris dlm simpanan.kalau tak,tak reti jgk saya.english saya pun tak seberapa.
tapi itu la yg saya pelik.mcm mane dlm exam dia leh confident,tapi luar exam,bende senang pun dia tak leh buat. bdk2 skang, A banyak tapi bila disuruh buat bende praktikal tak reti.
bagi saya la,biar la tak berapa pandai sgt pun,tapi at least reti bawak diri.tau beza baik buruk.mcm komen saya sebelum nie psl bdk2 kat oversea promote malaysia ngan tarian dan nyanyian tu,bdk belajar pandai.agama letak ketepi. mcm mane le dirog nie leh pandai.ape agaknya tuhan cuba nk tunjuk kat diorg.makin byk tuhan kasi,makin byk plak maksiat yg dibuat.
hehe bab – bab ‘house skill’ ni, ie memasak, mengemas, jaga anak etc ni, kepentingannye cuma nampak bila dah berkahwin. Tapi saya harap sangat kalau para suami dapat membantu – esp kalau si isteri pun turut penat bekerja. Saya kurang faham kenapa bila both suami isteri yang kepenatan balik bekerja, yg kerja rumah lepas tu 100% diserahkan pada isteri? Sedangkan keduanya sama penat – tambahan pula semua maklum lelaki lebih banyak physical strength berbanding dgn perempuan. Secara logiknya, para suami lebih mampu untuk membantu di rumah kerana kekuatan tenaga yg lebih berbanding isteri. Wanita bukanlah superwoman – tapi ramai yg terpaksa.. Saya tak nafikan, ibu lebih mudah utk tugas menjaga dan mendidik anak kerana sifat keibuan itu sendiri, tapi boleh saja bapa membantu untuk membasuh pinggan, melipat kain dsbnya. Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya. Yang pastinya, insyaAllah saya mahu anak2 saya tak kira lelaki dan perempuan, mesti tahu membantu di rumah, even ada maid sekalipun. Tiada istilah anak lelaki tak perlu tau house chores.
tq ya ustaz…jkk
Waris Jagat,: Baiti Jannati- RumahKu SyurgaKu, Baiti Naari- RumahKu NerakaKu
syukran atas ingatan bersama…
m…salam taaruf… boleh ana tny sediket..
isteri nta gynaecologyst ker ustaz??
nice article..tepikir saya lepas sy baca artikel nier.
Saya adalah seorang peniaga, engineer by training. Umur 28. beristeri seorang doktor, MO bahagian pembedahan di teluk intan. Tinggal bersama isteri. Mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Isu isteri membuat MASTERS ini telah dibincangkan bersama dan salah satu fakta yang dibincangkan ialah masa bersama suami. sekiranya masa bersama suami adalah kurang (hingga menghampiri 0), maka risiko suami berkahwin lagi adalah tinggi (hingga menghampiri infiniti). Ini bukan disebabkan isu suami miang atau gatal, tetapi isu keperluan lelaki. Iaitu keperluan seks. Perempuan lebih lama boleh bertahan hidup tanpa seks berbanding lelaki. Paling lama lelaki boleh hidup tanpa memikirkan seks ialah selama 4 hari saya rasa. Selepas 4 hari tanpa seks lelaki akan cepat ghairah apabila melihat perempuan walaupun perempuan tu kelihatan biasa sahaja. Jadi bayangkan lelaki yang telah berkahwin tetapi terpaksa hidup tanpa seks (atau seks yang sedikit) selama masa isteri berjauhan. Saya sangsi ia akan menjadi mudah.
Isteri saya mengambil keputusan untuk tidak berjauhan bersama saya. Dan saya sangat menghormati keputusannya.
Jadi masalah sekarang adakah seorang isteri sanggup dan redha suami berkahwin lagi sekiranya dia mengambil keputusan untuk berjauhan dengan suami. Apakah pendirian isteri ustaz?
Entahlah Encik Faizul. Seteruk-teruk keadaan kami, Alhamdulillah kehidupan berlangsung seperti biasa. So, tak tahu nak respond macam mana sebab kami tidak sampai begitu atau tidak terikat dengan piawaian begitu. Piawaian Umar Al-Khattab jauh dari piawaian Encik Faizul.
Fitnah akhir zaman kot
Salam blueprint
1. Rupanya di sini yang paling sesuai cerita pasal blueprint. Sebagai seorang jurutera blueprint itu memang penting sebelum menjalankan projek. Tetapi sebenarnya, walau apa namanya, fungsinya tetap sama. “Ada gambaran, baru langkah dimulakan. Inilah yang dimaksudkan dengan Begin with the End in Mind.”
2. Setiap pekerjaan perlu dimulakan dengan niat. Setiap apa yang kita laksanakan untuk kehidupan perlu ada tujuan. Mungkin kita perlu bahagikan kepada beberapa tahap, mengikut tahap kehidupan kita yang ada 7 di dunia ini. Paling kurang 3 tahap, jangka pendek, sederhana dan panjang.
3. Keutamaan berilmu menjadi tujuan paling penting dalam hidup kita. Jangka pendek, menimba ilmu (yang selalunya bermula di sekolah rendah) adalah untuk berjaya dalam ujian, kerana ujian itu adalah untuk menguji kefaham kita pada apa yang dipelajari. Jangan belajar untuk ujian tetapi belajarlah untuk kefahaman.
4. Jangka sederhana, menimba ilmu untuk mendapatkan pekerjaan. Jangan sempitkan minda tentang pekerjaan pula, tertumpu hanya untuk makan gaji sahaja. Islam menggalakkan perniagaan, oleh itu perkerjaan di minda adalah untuk berniaga. Maka sekiranya tujuan jangka sederhananya untuk menjadikan berniaga sebagai kerjaya, silibus sekolah perlu diperluas sendiri. Kalau ambil silibus sekolah sahaja, yang belajar sains dan agama tiada belajar perniagaan.
5. Bila sudah melatih diri dengan tujuan jangka pendek dan sederhana, jangka panjangnya datang lebih mudah, iaitu untuk mencari dan mengenal Tuhan. Hidup di dunia yang merupakan salah satu dari 7 alam yang bakal dilalui, jika difahami, akan membuatkan kita mengenal siapa kita sebenarnya dan bagimana perlu diperhalusi semua tujuan-tujuan di atas.
6. Berniaga itu luas ruang linkupnya, kerana Allah sendiri mengesyurkan kita berniaga denganNya. Segala modal telah Dia berikan, terpulang pada kita membuat perancangan rapi, agar rate of return dapat dimaksimakan. Tidak lain yang perlu untuk menjayakan perniagaan adalah lapuran kewangan, bermula dengan penulisan rapi buku simpan kira-kira. Ramai yang tersalah ambil konsep simpan kira-kira ni, disamakan dengan berkira. Buka minda jangan berkira tetapi simpanlah kira-kira.
salam alaik, just an idea, abu saif, these artikels should also be included in your ‘parenting’ book, as a guide for parents. thank you for highlighting these articles.
assalamualaikum ustaz..
saya baru melangkah ke alam baru dan memilih biology sebagai aliran saya..saya mengambil bidang ini kerana ingin menjadi seorang doktor..tetapi.saya tidak mengetahui apakah langkah yang perlu saya ambil untuk menjadi doktor apabila tamat sekolah menengah nanti..saya ingin meminta pandangan ustaz tentang masalah ini…terima kasih..
Izinkan saya share link artikel ini dgn kawan-kawan ya,Ustaz.Terima kasih.
salam ustaz,
mohon izin untuk quote artikel ini.
terima kasih.
wassalam