“Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?”
“Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?”
Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda.
Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa dalam perjalanan ke Fakulti Pengajian Islam.
Soalan itu pergi dibawa angin. Secara tidak sedar dalam soalan itu, terkandung sesuatu yang rumit dan sulit pada fikiran dan kefahaman manusia antara hukum Syara’ dan hukum alam.
RITUAL TEKSTUAL
Semasa berusrah, kita terus menerus membahaskan tentang erti Islam dan Muslim… bahawa ia adalah suatu daerah yang bermula dengan ketundukan atau istislam, hingga kepada keamanan dan kesejahteraan atau salam. Dalam erti kata yang mudah, Islam dan menjadi Muslim itu memberikan maksud ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT yang menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan bagi kehidupan dunia hingga ke Akhirat.
Hanya dengan tunduk dan mentaati Tuhan… manusia beroleh keamanan.
Lalu kita bahaskan lagi, bahawa ketundukan itu bukan hanya ketundukan manusia. Bahkan seluruh alam ini hakikatnya tunduk dan patuh kepada Penciptanya.

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur” [Al-Nahl 16: 49]
Justeru, terserlah kefahaman kita bahawa hakikatnya seluruh alam ini adalah Muslim… kerana ia tunduk kepada peraturan Penciptanya. Api patuh kepada Tuhan lalu kekal dengan sifatnya yang membakar sebagaimana yang ditentukan. Batu yang dicampak ke atas akan pasti turun ke bawah kerana mematuhi Tuhan yang menentukan hukum graviti sedemikian rupa.
Lalu kita sanggah manusia dengan soalan dari Allah yang memang tertuju untuk menyanggah manusia:

Patutkah mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya mereka dikembalikan? [Aal ‘Imraan 3: 83]
Tatkala seluruh alam bergerak mematuhi hukum Allah ke atas alam, mengapa manusia menyanggahi hukum Allah ke atas manusia? Mengapa manusia durhaka kepada Allah? Enggan patuh kepada syariat-Nya?
Bahawa manusia yang tidak tunduk kepada ketentuan Allah terhadap mereka adalah manusia durhaka. Merekalah ‘makhluk asing’ di alam ini. Mereka kufur di tengah-tengah ketaatan sekalian alam kepada Tuan mereka.
Tetapi…
Andai alam ini dilihat tunduk kepada Allah kerana mematuhi hukum alam, tidakkah manusia juga merupakan sebahagian daripada alam itu sendiri? Bahawa interaksinya dengan alam, dan interaksinya sesama manusia, turut berlegar pada apa yang dinamakan sebagai hukum alam?
Justeru jika manusia Muslim mahu benar-benar menjadi Muslim, cukupkah sekadar dirinya mematuhi hukum wahyu tetapi kemudiannya membelakangkan hukum alam? Sesungguhnya keIslaman seorang Muslim sama sekali tidak akan sempurna, sehingga beliau menyerah diri secara total kepada segala yang diatur dan ditentukan Allah ke atas dirinya.
Di sinilah rasionalnya saya mengulang penegasan, tentang keperluan memahami dan menghayati konsep Syariatullah dan Sunnatullah. Bahawa untuk seorang Muslim itu sempurna keIslamannya, dia bukan hanya dituntut kepada mematuhi Syariat Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Wahyu, tetapi harus juga mematuhi Sunnah Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Alam. Mematuhi hukum alam (law of nature). Hukum Sunnatullah.
Sekularisma bukan hanya pada mengingkari ‘agama’. Menolak sains itu juga adalah sekular. Sama ada menolak Syariatullah atau pun mendurhakai Sunnatullah. Saintis yang menolak agama, sama sahaja jenayahnya dengan agamawan yang menolak sains!
ISLAM SENTIASA KEDUA-DUANYA
Segala yang termaktub di dalam ajaran Islam, tidak pernah memisahkan di antara hukum Syariatullah dan Sunnatullah.
Makanan bukan sahaja mesti HALALAN malah TAYYIBAN. Halal itu tuntutan Syariatullah, Tayyib itu pula karakter Sunnatullah (Sains). Sembelihan bukan sahaja dilakukan dengan nama Allah, bahkan juga pisau yang diguna mesti tajam. Basmalah itu Syariatullah, pisau tajam pula adalah Sunnatullah.
Langsung kepada usaha Nabi SAW juga, di dalam peperangan dan keamanan, di dalam pentadbiran juga kekeluargaan… pesanan nabawi meliputi aspek-aspek Sunnatullah dan Syariatullah tanpa double standard. Baginda SAW tidak pernah meremehkan Sunnatullah, biar pun ia diterma sebagai asbab.
Hanya sesekali asbab musabbab keluar dari lingkungan Sunnatullah… demi membuktikan kebesaran Allah sebagai Pengatur di sebalik Sunnatullah itu… agar manusia akur pula kepada Syariatullah. Ia disebut sebagai mukjizat… sesuatu yang khariqun lil ‘aadah (menyalahi adat kebiasaan).
PERATURAN JALAN RAYA
Justeru, kepatuhan kita kepada peraturan jalan raya, adalah kepatuhan kita kepada hukum alam yang juga merupakan hukum Allah. Keselamatan di jalan raya bukan hanya pada memulakan perjalanan dengan Basmalah dan doa, bahkan juga pada mematuhi had laju, memandu mengikut peraturan dan mengharamkan diri dari mudarat, mahu pun menjadi pencetus mudarat.
“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]
Lantas, jika kita meyakini bahawa Islam menjamin keselamatan, manakah yang lebih berTAQWA, di antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban?
Jawapan saya mungkin tidak popular.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
















salam…hehe tergelak baca ‘jawapan saya mungkin tidak popular’
penghuraian yang jelas tentang simbiosis agama dan persekitaran, yang kadang2 otak insan biasa sukar nak terjemah….
syukran…
Mmmmm………penah satu masa, ber ‘YM’ dengan seorang ustaz. Saya tanya, boleh tak seorang peniaga berniaga di satu tempat sedangkan tempat tersebut mempunyai peraturan wajib mempunyai lesen perniagaan. (Cth: Gerai pisang goreng, kuihmuih air minuman dll di tepi jalan @ simpang).
Sekadar bertanya, apakah hukum berniaga tanpa lesen? Memanglah berniaga itu halal. Tapi berniaga tanpa lesen macam mana?
Sekali ustaz tu macam marah pulak “Nta ni sekolah mana dulu??”
Mmmmmmmmm………………………….. (Terasa rendah lagi ilmu di dalam dada)……..
Nice article..
Kadang-kadang saya sendiri seolah-olah memisahkan sesetengah perkara dari Islam dan menilai sesuatu perkara menurut perspektif Islam. Kita mungkin hebat dari segi fikrah tetapi kadang-kadang jahil untuk sesetengah perkara. Menjadi muslim yang ideal bukan sahaja melalui kefahaman or perilaku, tetapi meliputi cara fikir terhadap semua perkara dalam kehidupan.
Artikel ini menyebabkan saya terfikir dan menilai kembali kefahaman saya terhadap Islam sebagai cara hidup. Kalau dahulunya, ustaz menyebut mengenai sikap aktivis dakwah antara akademik dan gerak kerja. Kali ini ustaz menyentuh tentang perlakuan. Keduanya kembali kepada satu perkataan yang sesuai iaitu ‘sikap’ ataupun ‘mentaliti’ seseorang.
Apapun, saya mengharapkan penambahbaikkan watak Muslim dalam diri saya dan seluruh umat Islam.. Syukran ustaz..
Salam,
Jawapan yang tidak popular pada hari ini sahaja ,
tetapi seminggu lagi atau sebulan lagi atau setahun lagi atau 10 tahun akan berubah menjadi jawapan yang popular.:-D
Kadang -kadang, kita memerlukan masa untuk ‘menghadam’ maklumat yang diterima. kadang- kadang, kita akan faham maksud sebenarnya, kadang -kadang, kita mungkin tidak akan faham/buat-buat tak faham.
Saya suka penulisan saudara.
kadang kadang saya terima, kadang kadang saya tak terima,
kadang kadang saya faham, kadang kadang saya tak faham.
kadang kadang saya suka, kadang kadang saya tak suka
Tetapi semua orang berhak mempunyai pandangan masing-masing.
salam…keseluruhan article alhamdulillah ana boleh ‘hadam’.. Ayat last tu ustz bagi bola tanggung…ana takut ada je org ‘smash’ bola tu…hehe.
salam… ust..
saya setuju ngan tulisan ustaz pasal undang-undang jalan raya nie…
#sbb saya dulu.. pengerusi kelab keselamatan jalan raya kat sekolah dulu… heheh..
maaf,ustaz.. kalo bukan undang2 jalan raya camne??
cth: ISA… jelas tidak mengikuti ketertiban yang Islam anjurkan…
rasa nak ‘hempok’ je sesiapa yg bertanya “hukum mana yg mengatakan tidak memakai helmet itu berdosa” ehhe..gurau je. walauapa pun, saya masih memikirkan kalau-kalau ada anak muda yg memang bertanyakan hal seperti diatas & apakah jawapan yg paling tepat, ringkas & padat yg perlu diberikan..
~salam~
dalam hukum dunia ini kadang kala terlalu banyak pandangan. orang akan mengambil hukum-hukum ini berdasarkan kefahaman dan kesesuaian diri masing-masing. seolah-olah diri sendiri lebih mengetahui tentang hal-halnya. apabila dilihat pada hari Jumaat, kebanyakan jemaah tidak memakai topi keledar apabila ke masjid.seolah-olah diberi pengecualian. cukup sekadar berkopiah atau bersongkok.
macam mana pulak dengan situasi ini………..
“barang rampasan kastam boleh digunakan, walaupun ia bercanggah dengan undang2 kerajaan. Alh undan2 dunia, bukan undang2 Allah,tiada masalah nak guna barang rAMPASAN kastam tu macam telefon, ……..
mohon penjelasan ustaz
Assalamu’alaikum
Kepada saudara/i hamba,
Kaedah fiqh boleh dijadikan panduan:
La tho’atan fi makhluqin bi ma’siatin khaliq
” Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Pencipta”
Contohnya, kalau ada undang-undang yang menyuruh kita sesuatu yg bertentangan dgn hadith:
“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]
kita sebagai muslim yang waras tentu tahu peranan kita. Bukan sahaja tidak perlu mentaatinya, malah wajib kita membetulkannya supaya setiap insan dapat hidup dengan aman dan menikmati keadilan Islam.
Salam ‘alaik…
Syukran Ustaz, mmg ramai orang duk bincang fasal nie, tapi sekadar main-main dan jarang yang serius, walaupun duk baca macam nak hancur dah buku fikah keutamaan yang ada hadith “la darar wala dirar” tu. Ana pernah dgr ceramah Dr Fadzilah Kamsah, dalam siri motivasi dia pun sebut, kalau kita ni, undang-undang jalanraya pun tak mampu nak ikut, takut-takut undang-undang Allah pun kita buat ambik mudah jugak.
Kadang-kadang kita tak sedar jugak, mungkin bagi kita sekadar melanggar lampu isyarat tu, “alah biasa la, bukan berdosa pun”. Tapi bayangkan kalau kita yang bawak kheta tue pakai lebai atau songkok, dan yang nampak kita langgar lampu isyarat tu plak non-muslim yang baru nak berminat dengan Islam melalui memerhati akhlak orang Islam nie, bayangkan apa dia akan cakap bila dia nampak yang melanggar lampu isyarat tu pakai lebai, serban atau songkok? Dibuatnya pulak kerana tu, dia terus tak berminat ngn Islam, macam mana kedudukan kita disisi Allah?
Na’udzubillah, takut kita, tambah plak hari ni bertambah-tambah plak traffic light kat jalanraya, bertambah tinggi la godaan nak melanggarnya tu:)
Wallahua’lam, tahniah ustaz!!
Agaknya sebab inilah Richard Dawkins begitu anti terhadap Tuhan dan agama. Ramainya mereka yang tak berakhlak dan suka melanggar undang-undang adalah dari kalangan orang yang ada agama. Menggunakan alasan agama untuk meloloskan diri dari undang-undang dunia.
Dari sebesar-besar genocide (semua orang kafir halal darahnya) sehinggalah sekecil-kecil cetak rompak (hak cipta ilmu agama milik Allah), kesemuanya dengan alasan agama.
salam..
sekadar memberi komen, bhw manusia kini masih lg sering memisah-misahkan antara agama dan aktiviti seharian…..walhal ianya sememangnya sgt indah jika aktiviti seharian itu mengikut apa yg dilandaskan islam dan akhirnya menjadi ibadah..however, it is true sometimes it is easier said than done!
(sbnrnya terkilan bila tadi depan mata saya ada org mengumpat sambil kata “YA ALLAH!..”)
maaf ustaz, andai terkeluar tjk (^_^)
Apabila ilmu datang menjawab kejahilan, di situlah datangnya betapa relevan sesuatu undang-undang diperkenalkan. Tetapi ada pula menjadikan ‘agama’ sebab pintu keluar daripada mematuhi sesuatu yang disusun bagi menjaga keselamatan jiwa manusia. Entri ini menjawab persoalan ini dan jawapan yang perlu disebar luaskan.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
assalamualaikum ustaz…
apabila membaca article ustaz…ana tertarik dengan pengulasan yang diberi hingga memberi kesimpulan yang mantap..cuma ana ingin mencetuskan persoalan..bagaimana pula dengan kehidupan seorang mahasiswa yang inginkan kebebasan bersuara?berdepan dengan hep dan pentadbiran?buat piket dan demo untuk tuntut hak yang dicabul samada dalam kampus atau hal globalisasi?mereka tidak boleh lari untuk melanggar peraturan auku yang menyekat..ana ingin tahu, adakah AUKU ataupun perundangan negara yang juga ada yang menjadi benteng ampuh hingga tidak ramai berani ke depan..tapi kalau dilihat secara rasional, ramai yang menganggap AUKU ibarat hukum alam..ana pernah dengar sendiri daripada pihak atasan mengatakan “undang-undang ini digubal untuk mengawal tindak tanduk mahasiswa/i yang ‘agresif’..”
tidak tahulah setakat mana ‘kesohehan’ statement ini.. ana sendiri pun wujud dilema tersebut kadang-kadang kami takut bersemuka walaupun objektifnya sangat kuat ingin tegakkan hak kita sebagai mahasiswa seadanya.bagaimana ya ustaz?
Saya baru kena saman hari Ahad baru-baru ini sebab tak pakai topi keledar. Masa tu dalam perjalanan dari rumah di Batu 8 (atau nama popularnya, kubur) ke UIAM. Biasanya memang orang kampung di sini tidak memakai helmet dan tidak pernah-pernah ada polis lalu kawasan tu. Hurm… Dah nasib badan.. Hehe. Kawasan kampung pun kena pakai helmet lepas ni.
pakailah topi keledar.
Di UIA saya lihat tak ada pelajar mahupun staf yang duduk di dalam memakai helmet apabila ke pejabat atau kelas.
Memang tak kena saman, saya pun ingat nak buat macam tu, sekali waktu beli motosikal, mak saya pesan. Pakai helmet walau dalam UIA. Jangan nak ikut budak-budak UIA lain yang tak pakai helmet.
Nak tak nak pakai jua, kawan-kawan dok pelik, hang duduk luar ke Masri sampai pakai helmet. Saya jawab dalam, mereka dok pelik, saya dok sengih je.
Tak beranilah kalau dah mak yang suruh, kalau mak tak suruh tu mungkin kita pun tak berkeras nak pakai.
Bak kata orang, kata-kata ibu kita ni masin, mungkin maksudnya doa mereka maqbul.
” Lantas, jika kita meyakini bahawa Islam menjamin keselamatan, manakah yang lebih berTAQWA, di antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban? ”
Jawapan saya bergantung pada waqi’. Kot kita rela tinggalkan member yang nak sama-sama pergi solat jumaat semata-semata dia tiada helmet, sedangkan masjid tu dalam khairat yang sama. Contoh lain plak, kot, dari serdang nak pi KL naik motor pakai serban, beperit-perit mata nanti masuk habuk.
afuan, contoh yang tidak popular.
Akhbar hari ni menerbitkan kes saman pelajar pondok pasir tumbuh, kerana naik motor pakai serban. Setahu saya tak penah dengar pulak si brother singh kena saman… adakah ini adil??
teringat saya pada kes pelajar sekolah yang berserban dulu sehingga mendapat kumpasan ‘menarik’ oleh SS Dr Maza dan Ust Khairuddin.
Afuan..
artikel yang ana tulis ni sungguh-sungguh ditulis tanpa merujuk kepada isu pelajar pasir tumboh tu. tak sangka pula. nak tak nak jadi berkait juga.
soalan ana juga juga tertuju kepada singh, bahawa manakah yang lebih hampir dengan kehendak Tuhan? pakai serban atau pakai helmet?
mudah-mudahan dengan pemikiran yang tenang, kita tidak akan senada dengan singh
Syukran ustaz.. sengaja ana cetuskan ‘contra’ supaya kita juga tidak double standard dlm membela sunnahtullah (hukum jalan raya). Mana tahu selepas ini akan bangkit seorang ulama’ menyatakan “Kenyataan anggota polis dalam isu serban terhadap pelajar pondok berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan anggota polis berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah. Pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika anggota polis sifatkannya ‘angkuh’, ia mungkin benar. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan ‘al-sunnah al-jibiliyyah’. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya…….sambil disertakan dalil2 quran dan hadis, bla-bla…..
afuan ustaz… sebenarnya ana khuatir isu serban ini akan ‘memanaskan’ mediamasa/cetak akibat pertembungan dua ‘manhaj’ yg berbeza….
hmm… siapa yang akan dapat faedah??
Aslm wbt,
sekiranya ada Mufti yang menyatakan bahawa memakai topi keledar itu lebih menepati ajaran Islam berbanding memakai serban, memang saya bersetuju, benar-benar bersetuju.
Fahamilah sunnah Nabi sebenar-benarnya. Apakah memakai topi keledar untuk menjaga keselamatan ketika menunggang motosikal itu bukan sunnah Nabi, bukan ajaran Islam?
Boleh sahaja pakai serban itu di atas topi keledar sebagaimana Rasulullah saw pakai serban di atas topi besi ketika berperang, kenapa mahu dipilih pakai kopiah jua? Kalau mahu mengikut ajaran Islam yang menyuruh menjaga keselamatan sambil mengamalkan sunnah Jibliyyah dengan memakai serban, pakailah serban itu di atas topi keledar. Tidak ada undang2 melarang setahu saya, asalkan jangan sampai menghalang pandangan ketika menunggang motosikal sudahlah.
Siapa yang akan dapat faedah? Umat Islam, mereka akan faham bagaimana nak amal Islam sebenarnya supaya mereka faham bahawa memakai topi keledar ketika menunggang motosikal itu adalah satu lambang ketaatan kepada Allah yang menyuruh kita menjaga keselamatan diri dan orang lain.
Di sini saya pastekan apa yang saya tuliskan di blog saya.
p/s: ustaz tak rancang pun artikel ustaz keluar waktu isu serban ni muncul dalam surat khabar, ini namanya takdir.
—-
Assalamualaikum WBT.
Saya terbaca hari ini di dalam berita harian bagaimana seorang pelajar pondok di saman kerana tidak memakai topi keledar. Hujah pelajar pondok ini ada peruntukan yang membenarkan memakai serban dan tidak perlu pakai topi keledar. Hujah si polis pula ia untuk lebai sedangkan pelajar pondok tadi bukan lebai.
Saya tak mahu masuk campur isu undang-undang. Saya mahu menulis tentang isu berkeras nak pakai serban, tak nak pakai topi keledar ketika tunggang motosikal.
Okeylah sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin menerangkan bahawa saya bersetuju bahawa memakai serban ada Sunnah yang bukan syariat/Ghairu Tasyriiyyah/ Sunnah Jibliah. Di sini saya nak pastekan kembali apa yang Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani sebut pasal serban.
http://www.alalbany.net/misc/misc028.php
?? ???? ??? ???? ???? ??? ???????? ?? ???? ?? ???? ?? ???? -??? ???? ???? ????- ??????? ????? ????? ?????? ???? -??? ???? ???? ????- ??? ???? ?? ???????? ??????? ?? ???? ???? ?????? ? ???? ???? ??? ?? ???? ????? ????? ?????? ?? ?? ??????? ??? ????? ???? ??????? ????? ?????? ?? ?? ??????? ?????? ?? ??????? ??????? . . . ??? ??? ????? ????? ???? ??? ????? ??? ??? ??????? ??? ????? ?? ” ???????? ” ???? ?? ??????? ????? ?? ?????? ?? ???? ??? ??????? ? ????? ?? ????? ????? ?????? ???? ?????? ???? ??? ????? ??? ?? ???????? ??????? ?????? ????? : ” ?????? ?????? ” ???? ???? ????? ? ????? ???? ?? ??? ??????? ?? ??????? ?????? ????? ?????? ? ????? ??? ??????? ?????? ??? ??????? ??????? ???????? ???? ?? ?????? ???? ?????? ?????? ?????? ??? ?????? ?? ???? ???? ? ??????? ?? ?????? ????? ?????? ????? ??? ????? ????? ??????? ! ??? ?? ??? ????? ????? ?????? ??? ?? ????
“Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.”
(Terjemahan oleh ustaz at-Takiri,
http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Ite
Jadi sekarang sayang ingin memetik satu hadith lain pula, ia tiada kaitan dengan isu serban, akan tetapi ia ada kaitan dengan isu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
?? ??? ??? ???? “. [???? ????????..????? ??????/??????? ???????/???? ??? ??? ????]
Yang bermaksud: “Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membuat mudharat. (Sunan Ibn Majah. Al-Albani mensahihkannya).
Hadith ini jelas menyatakan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan diri dan orang lain.
Ada satu kaedah feqh yang turut berbunyi seperti hadith di atas. Dalil lain daripada al-Quran ialah:
????? ??????????? ??????????? ????? ?????? ????? ?????? ????????? [??????:29]
Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29)
Seorang ulama’ Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ???? ??????? ??????? /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah.
Beliau menerangkan:
?? ?? ??? ???? ?? ???? ???????? ??? ??? ??? ?? ????? ??? ??? ??? ?????? ??? ???? ??? ?????.
Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.
Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.
Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.
Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan “Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?”. Tu lah orang suruh mengaji malas.
Dan ini juga bukan masalah orang malas mengaji, ini masalah sikap, hatta mereka yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, cerdik pandai Usul Feqh akan membutakan mata ke atas dalil dan kaedah feqh yang diguna pakai di dalam isu ini.
Jadi persoalannya, bertembung sunnah pakai serban dengan sunnah menjaga keselamatan diri. Apakah tidak memakai serban itu berdosa? Dan apakah hukum mendedahkan diri kepada bahaya itu tidak berdosa? Sendiri mahu jawab.
Jangan pula pandai mainkan ilmu aqidah dengan beralasan ajal maut di mana-mana. Macam tu jangan makan nasi, sebab Allah yang ada kuasa jadikan kita lapar atau kenyang, jangan kerja sebab rezeki di tangan Allah.
Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak. Janganlah jadikan alasan orang Singh boleh pakai serban untuk kita ikut mereka. Lantak pilah sama orang kafir tu, “Bagimu agamamu, bagiku agamaku.”
Isu undang-undang benarkan atau tidak, itu saya tak mahu masuk campur. Isunya jangan jadikan serban, ikut sunnah sebagai alasan tidak mahu memakai topi keledar. Janganlah nak melacurkan agama, serban, sunnah Nabi untuk melakukan hal yang bertentangan dengan sunnah itu sendiri.
Wallahua’lam.
http://the-authenthic.blogspot.com/2008/06/mana-lagi-sunnah-pakai-helmet-atau.html
Assalamualaikum WBT.
Saya bersetuju benar jika ada agamawan yang akan menyentuh hal ini dan menyatakan bahawa memakai topi keledar itulah yang lebih menepati ajaran Islam.
Jangan disempitkan sunnah nabi, apakah menjaga keselamatan ketika menunggang motosikal dengan memakai topi keledar itu bukan ajaran Islam.
Saya ada menulis sedikit isu ini diblog saya-
————-
Assalamualaikum WBT.
Saya terbaca hari ini di dalam berita harian bagaimana seorang pelajar pondok di saman kerana tidak memakai topi keledar. Hujah pelajar pondok ini ada peruntukan yang membenarkan memakai serban dan tidak perlu pakai topi keledar. Hujah si polis pula ia untuk lebai sedangkan pelajar pondok tadi bukan lebai.
Saya tak mahu masuk campur isu undang-undang. Saya mahu menulis tentang isu berkeras nak pakai serban, tak nak pakai topi keledar ketika tunggang motosikal.
Okeylah sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin menerangkan bahawa saya bersetuju bahawa memakai serban ada Sunnah yang bukan syariat/Ghairu Tasyriiyyah/ Sunnah Jibliah. Di sini saya nak pastekan kembali apa yang Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani sebut pasal serban.
http://www.alalbany.net/misc/misc028.php
“Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.”
(Terjemahan oleh ustaz at-Takiri,
http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Ite
Jadi sekarang sayang ingin memetik satu hadith lain pula, ia tiada kaitan dengan isu serban, akan tetapi ia ada kaitan dengan isu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Yang bermaksud: “Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membuat mudharat. (Sunan Ibn Majah. Al-Albani mensahihkannya).
Hadith ini jelas menyatakan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan diri dan orang lain.
Ada satu kaedah feqh yang turut berbunyi seperti hadith di atas. Dalil lain daripada al-Quran ialah:
Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29)
Seorang ulama’ Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ???? ??????? ??????? /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah.
Beliau menerangkan:
?? ?? ??? ???? ?? ???? ???????? ??? ??? ??? ?? ????? ??? ??? ??? ?????? ??? ???? ??? ?????.
Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.
Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.
Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.
Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan “Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?”. Tu lah orang suruh mengaji malas.
Dan ini juga bukan masalah orang malas mengaji, ini masalah sikap, hatta mereka yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, cerdik pandai Usul Feqh akan membutakan mata ke atas dalil dan kaedah feqh yang diguna pakai di dalam isu ini.
Jadi persoalannya, bertembung sunnah pakai serban dengan sunnah menjaga keselamatan diri. Apakah tidak memakai serban itu berdosa? Dan apakah hukum mendedahkan diri kepada bahaya itu tidak berdosa? Sendiri mahu jawab.
Jangan pula pandai mainkan ilmu aqidah dengan beralasan ajal maut di mana-mana. Macam tu jangan makan nasi, sebab Allah yang ada kuasa jadikan kita lapar atau kenyang, jangan kerja sebab rezeki di tangan Allah.
Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak. Janganlah jadikan alasan orang Singh boleh pakai serban untuk kita ikut mereka. Lantak pilah sama orang kafir tu, “Bagimu agamamu, bagiku agamaku.”
Isu undang-undang benarkan atau tidak, itu saya tak mahu masuk campur. Isunya jangan jadikan serban, ikut sunnah sebagai alasan tidak mahu memakai topi keledar. Janganlah nak melacurkan agama, serban, sunnah Nabi untuk melakukan hal yang bertentangan dengan sunnah itu sendiri.
Wallahua’lam.
http://the-authenthic.blogspot.com/2008/06/mana-lagi-sunnah-pakai-helmet-atau.html
Salam Ust.
Kebetulan saya adalah pengajar OSH (keselamatan) dan berminat dengan topik ini.
Artikel hampir sama bertajuk “Mematuhi peraturan jalan raya sebahagian ibadat” telah ditulis oleh Mohd Shukri Hanapi, dalam Berita Harian, 8-Oktober-2007. Rujuk di link ini untuk berita lanjut; http://oshthejourney.blogspot.com/2008/06/mematuhi-peraturan-jalan-raya.html.
Bagaimana pula pandangan Ust. kepada Muslim yang bergiat dalam perlumbaan seperti F1 dan MotoGp? Bolehkah di-sama-andai-kan dengan sukan berkuda di zaman Rasullah jika tidak dilibatkan dengan unsur-unsur judi.
Wassalam
Lukman
Salam Ustaz,
Satu pandangan yang amat baik. Saya bersetuju. Isunya bukan saja serban tetapi “roh dan jiwa” di sebalik serban itu. Sila baca komentar saya di http://nizammatsaari.wordpress.com tentang sikap pemandu di jalanraya. Ya, sepatutnya pemandu Islam mencerminkan keislaman itu ketika di jalanraya.
31:18 “And swell not thy cheek (for pride) at men, nor walk in insolence through the earth; for Allah loveth not any arrogant boaster.
17:37 Nor walk on the earth with insolence: for thou canst not rend the earth asunder, nor reach the mountains in height.
kalau melihat statistik kemalangan maut .. setakat yang dilihat dalam akhbar dan media yang pakai topi dan tak pakai topi yang maut . Biasanya yang pakai serban nie naik pun slow2 dan berhati2 dan untuk perjalanan dekat aja . Kalau travel dari kelantan ke KL tentulah pakai topi .
Kita kenalah tengok realiti . Masa ngaji pondok dulu memang serban tak lekang dari kepala . Nak pi kuliah ke nak ke masjid ke memang beserban . Tapi takde la nak kata lebih dekat dengan Allah dan lebih bertakwa . Cuma kan dan realiti suasana di situ lagipun undang2 dah benarkan . Semasa perbahasan undang2 pun mesti dah difikirkan baik dan buruknya . Setakat nie tak nampak la lagi mat rempit pakai serban masa race …
kawe setuju dengan demo sheikh. kawe pernah try, klu pakai serban/kupiah naik motor, paling tahan pun 100km/j. lebih dari tu tcampak serban/kupiah tu. Tidakah ini satu pcegahan bagi mereka yang naik motor 130km/j ?
So bagi kawe, bserban ni adalah satu ‘peroses’ utk mghasilkan akhlak ‘bjurus’(output).
Hmm, tapi sayang, stakat ni belum ada dalam kamus dewan bahasa yg mendefinisikan ‘manusia bserban’, w/pun dlm realiti/metaliti (kamus masyarakat) ada definisi pd ‘manusia bserban’ ni..
adui apalah aku mngarut ni.. afuan ustaz.
Jika berserban itu bergerak selari dengan cara menunggang motorsikal yang baik, maka penyelamat kepadanya adalah cara dia menunggang motorsikal tu dan bukannya serban.
Lebih baik jika menunggang motorsikal secara baik serta dalam masa yang sama memakai helmet.
terus kepada point …
jadi dikira berdosa sekarang nie kalau pakai serban naik motor ..
tapi kalau masih dikira dalam perbahasan tak perlulah nak perlekehkan mereka yang berserban menaiki motor . Setakat nie tak de lagi kenyataan dari orang serban bahawa naik motor pakai serban lebih bertakwa dan bersunnah melainkan ada golongan yang merasakan mereka sahaja yang sunnah asyik menafikan dan menidakkan apa yang dilakukan . Dalam kes beserban nie sama juga orang sawah waktu ke bendang . Mereka tak berhelmet dan menyusahkan kalau nak berhelmet ke sawah dan jarak perjalanan hanya dalam kampung .
sekali lagi .. adakah berDOSA beserban menunggang motorsikal ?
selama saya menulis, apakah saya mempersoalkan isu berDOSA berPAHALA dalam hal ini?
dan adakah soalan saya itu bahasanya bahasa memperlekeh?
kita mencari, manakah yang lebih bermanfaat untuk umat. itu yang dijadikan bahan renungan. tapi kalau nak ber’gege’ jugak bab pakai serban naik motor, silakanlah… ini bukan pertandingan. kalau apa-apa hal pun, bukan kepala saya.
Saya tengah mencari-cari, kat dunia ni, negara manakah lagi yang ‘mewajibkan behelmet’ semasa menunggang motorsikal…
siapa yang ada maklumat sila senaraikan??
Rasanya tidak adil sama sekali kalau kita menyamakan tindakan mereka (bmotor dgn bserban) seperti segaja membunuh diri/ mcampakan diri klurah kbinasaan… tak patut sheikh
Kalau difahamkan baik-baik artikel ustaz ni atau dalam konteks perbincangan skrg, yang dikatakan mencampakkan diri ke lembah kebinasaan tu hanya untuk mereka yg pakai serban dan bawak motor laju je atau bawa cara tak selamat. Sama la jugak yg pakai helmet tapi bawak laju, mencampak ke lembah kebinasaan jugak.
Pendek cerita, pakai helmet ke tak, tapi kalau tak membahayakan diri, ok la…
Itu kalau kita anggap kemalangan hanya berpunca dari kesalahan sendiri. Bagaimana kalau kita memandu elok tapi dilanggar orang lain? Penunggang motorsikal berserban mungkin menunggang dengan sopan, tetapi kemalangan berlaku apabila beliau dirempuh.
Saya doktor di wad kecemasan…
dah berapa banyak mereka yang beserban dimasukkan ke icu kerana kemalangan .. ?
sekadar bertanya .. : )
Orientasi orang Islam, mencegah lebih utama dari mengubat. Kalau sudah sampai terkumpul statistiknya, maknanya sudah terantuk baru terngadah.
Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa berserban itu pun kelmarin membuat statement menganjurkan supaya mengutamakan helmet berbanding serban.
tuan Guru memang pakai serban tapi TG tak naik motor . Berbeza dengan yang pakai tetapi naik motor . Undang2 juga membenarkan memakai serban menunggang motorsikal . Jadi adakah dikira melanggar undang2 sedangkan undang2 membenarkan . Ana masa mengaji pondok dulu memang menunggang moto pakai serban . Tapi bukan sentiasa beserban .Kalau ke pekan dan sebagainya memakai Topi K .
Apa salahnya kalau kena pada tempatnya . Macam mana kalau menunggang moto dalam kawasan padang bola tak berhelmet ? dalam kawasan rumah tak berhelmet ? dalam kawasan taman tak berhelmet ? nak dikir dosa juga ke …
Macam mana pula kalau dalam situasi pengguna jalan raya lain yang buat hal? Kita yang pakai serban ni dah elok dah bawa slow-slow, sekali ada drebar lori buat hal, tergeser sikit kita punya motosikal pastu kita tercampak ke divider jalan dengan keadaan kepala jatuh dulu, then squish!! Kepala pecah. Tak ke kebinasaan tu? Memang bukan kita yg buat hal, tapi kan undang-undang dah elok digubal untuk jaga keselamatan kita bukan saja dari bahaya diri sendiri, tapi orang lain juga.
Sama juga situasi pakai tali pinggang keledar. Malang itu tidak berbau. Walaupun kita dah pandu secara berhemah, tak semestinya takkan eksiden.
Di australia,bukan saja penunggang motosikal,malah penunggang basikal pun kena saman,jika tak pakai helmet di jalan raya.ada satu kes, penunggang basikal mabuk menunggang basikal di jalan tengah malam, kena saman, bukan sahaja kerana mabuk tetapi juga kerana tak pakai helmet. Kesimpulannya, sikap kita akan turut menentukan keselamatan pengguna jalan raya yg lain
sunnatullah dan syariatullah..
perlu selari..
erm..jzkk ustaz.
assalamualaikum.
orang nak bercakap nak bercakap juga
saya hendak menyebok juga.
berserban ataupun tidak boleh sahaja mengikut keaadaan.
tetapi kalau dah kene saman beratus2 pening gak.
berserban mahu ke masjid pun kene saman beratus2 ape ke…
sekadar luahan…
Ada juga yang selalu sebut, pakai serban ni berkat sebab bila eksiden nanti kepala tak pecah kerana dilindungi Allah. Sejauh mana kebenaran, saya pun belum mencuba kerana saya menunggang memakai topi keledar. Kalau ada pernah mengalami mungkin dapat ceritakan.
Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com
berkat datang dengan mematuhi peraturan Allah, bukan dengan melanggarinya. Peraturan Syariatullah dan Sunnatullah
(^^,)..Betul-betul..hehe.pandu cermat, jiwa selamat
Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com
kalau camtu ana nk pakai helmet then ikat dgn serban la..
hihi..
sekadar gurauan.
Salam.. sori menyampuk…
Orang tanya dosa ke tak dosa… xde pulak ustaz menyatakan itu dosa ini dapat pahala..
ustaz hanya menyampaikan buah fikiran beliau…
terpulang pada kita, maca mana nak hadam.. semua ada sistem penhadaman masing2..
Semua orang boleh fikir… bila nak nak pakai dan bila tidak…
rasenya tak perlulah timbul soal kalo pakai helmet kat padang bola ke..kawasan rumah ke… tau tamanke.. macam mana hukumnya…
kita boleh fikirkan sendiri.. mana kita rasakan ada bahaya/risiko kepada kita.. maka seharusnya kita elakkan… bukan setakat serban je.. malah meliputi segala aspek kehidupan, tak kira naik motor, makan-minum, nikah-kahwin dan segala-galanya.
maaf, hanya menyampaikan pandangan…
aku tak berniat nak menyinggung sesiapa.. maafkan AKU!
PEACE!
jazakallah ustaz sebab penulisan artikel ni. perkara pertama yang saya buat bila membaca tajuk artikel ini ialah tersenyum…
sebab pernah suatu ketika dalam usrah saya, kami bincang tentang kesan kalau ulama’ fatwakan wajib orang Islam mematuhi peraturan jalan raya….
dan kami satu usrah memang sokong, jika difatwakan memandu secara berbahaya itu haram…
kesannya pun dijangka hebat… almaklumlah, orang Melayu ni, halal haram sensitif sikit…
Assalamu’alaikum…..
terima kasih atas penjelasan yang simple tetapi mendalam tentang Sunnatullah dan Syariatullah… skarang baru saya nampak…
pernah juga orang bertanya kepada saya tentang hal ini, saya hanya menjawab dengan nada separa bergurau “bukan ke Quran mewajibkan kita tunduk kepada pemerintah yang adil?” tapi pasti akan disangkal “kalau macam tuh aku pegi Singapore aku tak payah ikut undang2 kat sana lah?”.. usually saya akan stop kat sini sbb taknak memulakan perdebatan…
atas jawapan ustaz, skarang saya dah tahu akan jawapan yang lagi tepat dan jitu tentang soalan2 begini. Thanks!!!
salahke kalau naik motor pakai serban,kenapa singh dibenarkan naik motror pakai serban dan tak disaman,kalau dah wahhabi,cakapjelah ,mereka mmg anti kpd serban,kalau polis saman singh krna pakai serban,tak salah kalau polis saman org islam pakai serban masa menunggang motor,itu saya sokong,tapi kenapa agama lain dibenarkan pakai serban? dan hadis pakai serban ada dlm kitab imam al hafiz at thabroni,ingat adakah helmet tu yg menyelamatkan kita dr mati kemalangan,dlm kitab bahrul mazi pun kata sunat pakai serbanj,tgk kaum tua dulu tak pun balah pasal pakai serban,tp kaum muda pd hari ni yg menggelar diri mereka sebagai salafy beria ia kata serban bukan dr hadis yg sohih,SALAHKE org nak menegakkan sunnah nabi,patutnya ustaz2lah yg patut selalu bersama sunnah nabi,tp tidak ustaz pd hari ni lebih mementingkan pakai coat,tie,songkaok,kadang tak berkopiah sebiji mcm org kafir,kalau singh disaman pakai serban menunggang motosikal,saya sokong,tapi tidak pula,bila org islam nak pakai serban,malah yg pelik org tahu ugama pun bagi jawapan mcm org sekular,sebiji seperti astora dan sister in islam laknatullah.kenapa tak kata org tak tutup aurat menunggang motosikal tu kena saman,tu lagi bahaya,apasal tak kata org yg pakai seluar pendek tu salah,nah itu mmg dah lari dr syariatullah dan sunatullah,sedangkan waktu saya pakai songkok pergi sekolah disaman pula dgn polis trafik krn pakai songkok,dan ia menambah pakai serban tak apa,nah tu polis trafik yg kata gitu,dan pegawai jpj masa ambil lesen pun kata pakai serban tak disaman,nah bukan itu sunatullah,jawablah,jgn cakap tapi tak faham apa dia cakap
dan utk pengetahuan ustaz saif ni,jgn igt ulama pondok ni bodoh2,krna peraturan ni depa yg tetapkan,tlglah,ulama pondoklah lahir para wali2 allah,ulama universiti kolej sekular tu igt hebat sgt kah,
saya walaupun pelajar um tapi saya mmg benci dan bangkang atrtikel abu saif ini!!!!tlglah kalau kamu tu nak berhelmet pakailah,kami nak berserban kami punya pasallah,mmg betul kata tok guru nik abdul aziz yg mengatakan serban dan helmet serupa saja.