Terdiam seketika.
Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.
Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.
Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]
Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.
Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.
Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:
- Yusuf tidak bersalah
- Pemenjaraannya tanpa had masa.
Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.
Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.
Masakan tidak?
Ditahan tanpa bicara.
Ditahan tanpa had masa.
Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.
Tanpa harapan tiada kekuatan.
Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial [sumber: Harakahdaily]
Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya. [BERITA PENUH DI HARAKAHDAILY]
Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam! [Laporan di sini]





Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?
Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.
Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)
Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.
Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor














HAPUS
HAPUS
HAPUS ISA!!
MANSUH
MANSUH
MANSUH ISA!!
AL-Fatihah kepada Al-Marhumah Aina
Teruskan gerak kerja kita!
Cara paling berkesan untuk menghapuskan ISA ialah dengan menghapuskan kuasa yang menyokong dan mendokong ISA.
Mari tumbangkan pendokong ISA dan Guantanamo Bay
Manusia merancang,Allah jua merancang.Namun Dia lah sebaik-baik perancang.Bolak-balikkanlah perancangan mereka,Ya Allah.
Tumbangkanlah segera rejim ISA.InsyaAllah.
InshaAllah setuju dengan pandangan ustaz
Mari kita sama-sama tumbangkan pendokong yang amat zalim ini
Moga Allah beri kekuatan
Ameen..
amin amin ..ya Rabbal alamin.terang dan nyata kezaliman di negara kita.
salam takziah pada keluarga Shahrial…
Kita sedap dan enak untuk melupakan, mengabaikan dan bahkan lebih teruk menyokong undang-undang ISA kerana orang terlibat bukan dari dikalangan ahli keluarga kita,bukan dari kawan-kawan rapat kita.Tetapi sekurang-kurangnya fikirkan perasaan mangsa…Sungguh tebal sikap “Tidakpedulisma” masyarakat kini…Jika orang zalim itu insyAllah berdosa,cuma terfikir macamana orang yang menyokong orang untuk membuat zalim…
mungkin sama berdosa,hanya Allah yang maha mengetahui. ye, disebabkan bukan berlaku kepada ahli keluarga kita, rasanya sikap tidak peduli makin menjadi.
+ UMNO hboh kata anwar sbuk ngan US
+ walhal,org2 ni la yg mendukung cita2 israel an US……
+ BAngkitlah wahai Umat islam!!!!!!!!!!!!!!!
+ Bangkitlah wahai Umat islam!!!!!!!!!!!!!!!
+ Bangkitlah wahai Umat Melayu!!!!!!
+ Bangkitlah Wahai rakyat MALAYSIA!!!!!!!!!!
Takziah pada keluarga Shahrial,
Memang sedih apabila membaca Harakahdaily pagi tadi…geram dengan ISA. Teringat pada buku ‘Dua Wajah’ nukilan bekas tahanan ISA Dr Syed Husin Ali.
memang tidak berhati perut! Satu ayat yang diberitahu oleh isteri saya kepada saya. Perkara ini terjadi bila pemimpin-pemimpin kita sudah tidak berakidah.
Memberi kuasa kepada yang tidak berhak. Lalu apa orang kita akan ulas? Tak apa lah, tak kacau perut kita. Biarkan.. biarkan…
Seperti ulasan saya di dalam Kisah Yusuf alayhi al-Salaam. Yusuf menyifatkan kaum dan pemerintah yang bertanggungjawab menahannya di dalam penjara sebagai golongan yang tidak mengimani Akhirat.
Saya yakin, kalau seseorang itu fikir sikit tentang mati, dosa pahala dan Akhirat, mustahil tergamak hatinya berlaku zalim.
Hanya kemusnahan Aqidah sahaja menjadikan kezaliman sesuatu yang boleh ditidak endahkan!
memang xada hati perut!!!! xingat Tuhan….
astaghfirullah…apa nak jadi dengan ummat manusia sekarang. kita sibuk dengan kononnya islam hadhari tapi bab ISA seolah-olah tak nampak,tiada maknanya keislaman yang hanya pada kulit,tapi isinya hancur berkecai,cuma di balut keindahan fatamorgana saja….islam apa yang ingin di tegakkan kalau hal kehidupan ummah di liuk lantakkan.islam itu dah tertegaklah.tegakkan islam dalam diri mu dulu wahai ummah sebelum engkau bisa tegakkan dalam negara mu..mana perginya perasaan bertuhan??? mana??? bertaubatlah kepada yang terlibat sebelum pintu taubat tertutup.saya doakan kalian insaf…ingat lah ALLAH..bertaubatlah…
ISA adalah suatu hasil/akibat daripada sikap kita sendiri.
Maka untuk penyelesaian, kembalilah pada aturan Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.
Bagaimana Rasulullah menyelesaikan masalah kezaliman pemerintahan Abu Jahal di Mekah?
Bagaimana Rasulullah menyelesaikan masalah ketidakpedulisme masyarakat Quraisy di Mekah?
96:1 Bacalah dengan nama Pengatur Yang Menciptakan
Saya juga terasa amat sedih membaca harakahdaily pagi ini. Alangkah zalimnya undang2 yg menahan tanpa bicara seseorang…
Jum tiap2 bulan kita transfer gaji kat akaun tersebut at least RM10.00, kalau 100 org yg buat? Termasuk juga untuk rumah anak2 yatim, pondok2 tahfiz dll (maklumat boleh diperolehi dari Harakah). Sumbangan yg kecil amat besar maknanya.
Tak sapa tahu hanya diri sendiri & Allah.
(dah amalkan, alhamdulillah. Bila cadangkan kan kawan2, mereka pun berkata, terima kasih, selama ni tak terfikir pun)
Saya amat menyetujuinya.
Harakah melaporkan bahawa jenazah al-marhumah terpaksa diletakkan di rumah sebelah kerana rumah keluarga Shahrial yang sangat uzur…
Terima kasih Ustaz kerana menyiarkan berita ini. Semoga keluarga mangsa tahanan ISA semua dilindungi oleh Allah s.wt.
Ya Allah, mengapalah gelap dan hitam betul hati orang2 yg mendokong dan menyokong ISA nih?!!
salam..
tak dapat dibayangkan perkara macam ni terjadi..
al fatihah buat aina mardiah shahrial..
sesungguhnya hanya Allah S.W.T. yang maha mengetahui..
sesak dada memikirkan diri berada di bwh pemerintahan org2 yg zalim. ya Allah..berikan hidayah kpd mereka dan jika mereka menolaknya, hancurkanlah musuh2 islam ini! puas menunngu seorg pemimpin yang adil, beriman, berakidah, dan bukan islam hanya pada nama! bilakah akan tibanya hari kemenangan islam yg dijanjikan? semoga tiba sekejap lagi.
salam dear ustaz,
Airmata terlalu hiba tak tertahan tatkala mengetahui pemergian adik Aina . Takziah buat keluarga Shahrial . Doa kami iringi agar kezaliman ini akan berakhir , InsyaAllah . Neraka adalah balasan bagi orang-orang yang zalim dan yang menyokong kezaliman . Allahuakbar !!
Bergenang air mata ana baca kisah ni, pengalaman merasai pemergian adik yg masih kecil ketika belajar di mesir, membuatkan ana sedikit sebanyak dpt memahami sedikit perasaan en. Shahrial. Cuma bezanya, ana di mesir br beberapa bulan masa tu, dan ana di sini berjuang di medan akademik, tapi en shahrial dipenjara dan dizalimi, lbh teruk setelah 7 tahun, langsung tak diberikan peluang utk bersama anak yg tercinta yg sedang nazak. Hanya Allah yg tahu betapa peritnya kesedihan dan penderitaan yg ditanggung oleh jiwa beliau. Alangkah bodoh dan zalimnya pihak2 yg mendokong ISA ini. Ya Allah Kau kurniakanlah kesabarah dan ketabahan kpd keluarga en. shahrial dan Kau tunjukkanlah kekuasaanMu terhadap golongan2 yg zalim itu. Tiada kata2 yg mampu menggambarkan pedihnya perasaan seorang ayah yg x dapat bersama anak yg sedang nazak ke penghujung hayatnya. Wahai pendokong2 kezaliman, nantikanlah balasan kamu di Akhirat kelak!!!
[...] dalam golongan yang tiada masalah dengan penghapusan ai-es-ae). Kemudian, tadi aku membaca post di saifulislam.com dan membawa aku melihat isu ini dengan perspektif yang lebih [...]
menitis air mata sy membaca artikel ini. Semoga Tuhan tunjukkan kebenaran. Amin
inilah hasilnya bila sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya.. maka tunggulah saat kebinasaannya… Tuhan dah bg detail tentang hukum jenayah di dalam al-quran.. tapi manusia ni degil, nak ikut kepala sendiri.. inilah hasilnya.. zalim, xada hati perut… HAPUSKAN ISA!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum,
Ana pergi menziarah pagi tadi. Emak arwah adalah seusrah dengan ana. Memang ketabahan keluarga ini memang mengagumkan. Sesungguhnya ISA telah meragut kebahagiaan keluarga ini. Difahamkan ayah arwah dapat bersama sekejap di perkuburan. Lepas jenazah dimasukkan ke liang lahat terus dibawa semula oleh pihak berkuasa.Begitulah zalimnya ISA disaat-saat kesedihan pun masih diperlakukan kan sebegitu. Mari kita bersama berdoa semoga keluarga ini diberi kekuatan. Amin
salam, tak sangka,air mata saya boleh menitis semasa membaca artikel ni..
ini meningkatkan semangat saya untuk terus mencari ilmu, dengan ilmu, lebih mudah bergerak untuk tumbangkan pendokong ISA…
kalau semua doktor kat malaysia boikot pendokong2 ISA, tak nak rawat mereka, padan muka! biar semua mati dan pupus dari bumi ini!!
HAPUSKAN ISA!!!
salam..maaf, ana kurang setuju dengan statement ni:
“kalau semua doktor kat malaysia boikot pendokong2 ISA, tak nak rawat mereka, padan muka! biar semua mati dan pupus dari bumi ini!”
THE OATH OF A MUSLIM PHYSICIAN
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Praise be to Allah, the Sustainer of His Creation, the All-Knowing
Glory be to him, the Eternal, the All-Pervading
O Allah, Thou art the only Healer,
I serve none but Thee, and , as the instrument of
Thy Will, I commit myself to Thee
I render this Oath in Thy Holy Name and I undertake:
To be the instrument of Thy Will and Mercy, and in all humbleness, to exercise justice, love and compassion for all Thy Creation; To extend my hand of service to one and all, to the rich and to the poor, to friend and foe alike, regardless of race, religion or colour; To hold human life as precious and sacred, and to protect and honour it at all times and under all circumstances in accordance with Thy Law; To do my utmost to alleviate pain and misery, and to comfort and counsel human beings in sickness and in anxiety; To respect the confidence and guard the secrets of all my patients; To maintain the dignity of health care, and to honour the teachers, students and members of my profession; To strive in the pursuit of knowledge in Thy name for the benefit of mankind, and to uphold human honour and dignity; To acquire the courage to admit my mistakes, mend my ways and to forgive the wrongs of others; To be ever-conscious of my duty to Allah and His Messenger (S.A.W.) and to follow the precepts of Islam in private and in public.
O Allah grant me the strength, patience and dedication to adhere to this Oath at all times.
Ya Allah, berilah hidayah kepada hamba2mu yang masih mendokong dan menyokong ISA..Tnjukkakanla mereka jalan kebenaran..Jadikanlah mereka pejuang2 agama Mu.. Tapi, jika kebinasaaan itu lebih baik bagi mereka, binasakanlah mereka supaya mereka tidak terus menzalimi hamba2mu yang lemah…Amin ya Allah.
Suatu kesalahan yang sangat besar sama ada dari segi etika profesionalisma perubatan, mahu pun dari segi Islam.
Tidak harus menjadi medical practitioner jika berpegang dengan pendirian sebegini…
Maaf terlewat memberikan respond kepada komen ‘sepenting’ ini
Salam semua…
Memang kejam dan tidak dapat diterima akal dan hati perlakuan pelaksana ISA ini… Hanya Allah yang tahu hikmahnya kepada mangsa dan kita semua yang dicengkam pelaksana ISA itu… Paling menyedihkan mengapa ada pihak yang menyokong bermati-matian… Sedih dan sadis memikirkan pihak yang sukar menerima hidayah ini…
Mungkin rangkap akhir lagu Harris Shaffix – Keimanan, ini sering dialunkan oleh tahanan2 Kamunting dan Guantanamo Bay ketika menerima seksaan.
Bilakah ajal kan menjelang
Jemput rindu syahid-syahid
Yang penuh kenikmatan
Cinta hanya untuk Mu
Tetapkan muslimku selalu
ya Allah…pedihnya hati mengenangkn nasib saudara2 kita diluar sana yg mengalami nasib spt keluarga aina mardhiah…tatkala kita merasa sedih dgn ujian yg bertubi2 dtg kpd kita, kita perlu sedar, masih ramai insan2 diluar sana yg mengalami ujian yg lebih pedih yg hanya mereka sahaja tahu bagaimana rasanya di uji sebegitu rupa.. spt keluarga aina mardhiah..
janji Allah pasti benar..syurga buat hamba2Nya yg sabar n sebaliknya buat hamba2Nya yg zalim!!
kita mmg kene ‘bekerja’ lebih kuat lg!!!!
Mari sahabat sekelian bersama kami di Gerakan Mansuhkan ISA memperjuangkan nasib mereka yang dizalimi sehingga mereka semua dibebaskan sehingga matlamat kita ISA dihapuskan.
Peristiwa yang berlaku lebih membuka mata rakyat Malaysia akan kekejaman dan kezaliman ISA. SB terus menerus membohongi keluarga yang malang walaupun dalam keadaan yang begitu genting. Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA terpaksa ‘bertekak’ dengan SB untuk memastikan Shahrial dibawa pulang dengan segera…dan seterusnya bersama keluarga lebih lama…
Terima Kasih pada semua yang prihatin…dan kepada Ustaz diatas posting yang bermakna ini.
Manusia sombong bila mereka berasa lebih. Termasuk bila lebih kuasa. Lupa bahawa kuasa itu Allah beri pinjam. Kita mohon Allah kurangkan kuasa mereka dan berikan kepada mereka yang beriman.Bertindak zalim kerana ingat kuasa mereka kekal. Paling tidak mereka harus sedar tidak ada kuasa yang kekal di muka bumi, semua akan dijemput ajal. Ketika itu mana dia kuasa yang mereka agungkan dulu?
“Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya”
Perenggan ini cukup memberi kesan pada hati kecil ini..
Jzk ustaz atas ulasan yang diberikan.
Lawan tetap lawan.. Allahuakbar!!
salam ustaz . sedih sy baca citer antara kamunting dan guantanamo bay .. mmg takader bezanya …
al-fatihah utk al-marhumah Aina
saya rasa… saya tahu kenapa mereka masih mendokong/yokong ISA…
……..”I tak boleh pakai ‘badge’ ni sebab ‘I luv ISA’?. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.
Sebelum itu saya dan YB Dr LoLo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah “saya tak boleh ambil badge ni ? lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?”…………..
petikan drp
petikan drp HARAKAH..
Abang kawan akrab akak juga pernah ditahan di ISA, semasa penahanan tersebut, anak sulungnya yang menuntut di IPTA mengalami tekanan perasaan sehingga perlu berjumpa pakar jiwa dan menangguhkan pengajian. Isteri beliau tidak bekerja, anak2 semuanya masih bersekolah. Beliau merupakan satu2nya anak lelaki dan mempunyai ibu yang uzur yang sentiasa perlu dibawa ke hospital setiap bulan.
Sesungguhnya setiap tahanan ISA pasti mempunyai tanggungjawab yang besar yang perlu mereka laksanakan. Mereka bukanlah terdiri dari kalangan orang2 yang memikirkan kerja, makan, minum, kahwin dan rehat. Kalau 5 perkara ini yang menjadi rukun hidup mereka, nescaya mereka tidak meringkok di ISA. Allahu Akbar.
Allah bersama pejuang kebenaran di jalanNya. Kezaliman nampak hebat sebab ia didokong dengan rapi dan sistem yang hebat. Kebenaran tidak terserlah kerana pendokongnya masih mencari formula terbaik mempakejkan kebenaran kepada masyarakat
pernah terdengar ucapan seorang pemimpin negara kita…dia kata ,”jika ISA dimansuhkan,mana kita nak campak pengganas2 dalam Malaysia ni..??”
Saya mmg 100% x setuju dgn sistem ISA ni..tp cuma nak tanya,apakah cadangan yang terbaik untuk menggantikannya atau perlu dimansuhkan saja tanpa ada apa2 perancangan lain…begitu ke?
Ustaz sebagai orang yang terlibat dalam undang-undang saya sebenarnya menentang secara total perlaksanaan ISA. Satu ‘insult’ yang ketara pada masyarakat Malaysia. Saya percaya setiap apa jua kesalahan perlu dibuktikan bukan boleh main tuduh tanpa sebarang bukti. Mengingkari ‘natural justice’ dan hukum alam saya kira. Aduhai ustaz betapa peningnya saya melihat Malaysia yang walaupun jauh di mata tapi dekat di hati.Sebak membaca tulisan ustaz kali ni.
Assalamu’alaikum
Di kala rakyat sedang membina kekuatan untuk merobohkan benteng pemerintah zalim, terdapat gerombolan di UK dan Ireland yang berdaurah ke sana-sini, cuba meyakinkan pelajar bahawa sekarang ini sama dengan zaman Makkiah. Tidak perlu kepada kekuatan siasah dan pembinaan Negara berteraskan Islam. Mereka hanya memFOKUSkan usaha kepada kerja tarbiyah dan ilmu, itupun hanya terhad kepada mereka yang baik sahaja. Malah mereka menghukum PAS sebagai tidak mengikuti Maratib Amal Hassan Al-Banna. Top-down approach yg tidak betul. Sepatutnya Bottom-up. Dan berbagai-bagai teori dan model ganjil diajarkan kepada para pelajar yang memang kurang pengetahuan agama di sini. Tuduhan ini menyebarkan kekeliruan terhadap perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di tanahair. Pelajar menganggap perkembangan di tanahair hanya kerenah berpolitik, dan mereka berbangga cara mereka yang dianggap selamat.
Alangkah malangnya rakyat Malaysia menaja berjuta2 ringgit untuk menghasilakn cendiakawan kaku seperti ini….
Adakah ini juga satu usaha tak lansung membantu memperkuatkan pemerintah zalim, dengan menyebarkan ideologi Tak Pedulisma? Ustaz yg menyebarkan ideologi ini memang menolak penglibatan gerakan Islam dalam demokrasi….tapi mengaitkan mereka dengan Ikhwanul Muslimin.
ya allah tumbangkanlah orang2 zalim dr muka bumi ni….
[...] dan sebak bercampur baur pagi ini membaca tulisan Ustaz Hasrizal tentang apa yang berlaku kepada keluarga seorang tahanan ISA, Shahrizal. Kematian anakanda beliau [...]