Kudambakan al-Furqan Itu

On 05/07/2008, in BUKU: Bercinta Sampai ke Syurga, by Abu Saif | 4,840 views | Print Print | Email Email |

Tidak mudah untuk mengungkapkan pendirian ketika kelabu melata, menafikan cerah putih dan gelap hitam.

Segalanya umpama angin ‘AL-FITNAH’.

Kekeliruan terhadap permainan nama Tuhan ketika selama ini tiada siapa sudi merujuk kepada Tuhan, mahu bersumpah dengan al-Quran ketika selama ini tiada siapa peduli terhadap hukum dan peraturan al-Quran. Segalanya menambah sesak di dada dan menguji iman semua.

“Abi, liwat itu apa?”, tanya si anak yang sangat jujur.

Nafasku terhenti seketika. Terbeban dengan cerdas anak membaca persekitaran. Bahawa kecerdasan itu menangkap fasad yang tidak layak mencemar fitrahnya.

“Maafkanku wahai anakku, tatkala usiamu meniti tahun-tahun impian dan harapan, kau kuhantar ke sebuah kehidupan yang sungguh menakutkan”, si ayah ini hanya mampu memeluk anak, seakan mahu menidurkannya bagai pemuda al-Kahfi.

Fikiran ini melayang terkenangkan pesan Nabi SAW:

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” (Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih)

Selamatkan zuriatmu.

Dan sebelum zuriatmu, selamatkanlah dirimu, wahai penyaksi kedatangan tahun-tahun yang berdusta lagi menipu.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Al-Tahrim 66: 6]

Kita tidak mampu memberi apa yang kita tiada.

Sebelum memperjuangkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di hari-hari penuh dusta dan penipuan ini, segalanya harus bermula dengan perjuangan kita sebagai ibu bapa memilih keselamatan dan kesejahteraan, biar sesukar mana pun ia.

Renungilah pula ayat penyelamat yang dijanjikan Allah:


Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang Maha Besar. [Al-Anfaal 8: 29]

Betapa berhajatnya kita semua kepada al-Furqan, upaya membeda antara yang benar dengan yang dusta. Dan kurniaan itu datang dari Allah, tatkala manusia menyarung diri dengan pakaian Taqwa.

Kuingatkan diriku dan kalian semua, bertaqwalah kepada Allah… di saat-saat yang sukar ini. Berhati-hatilah dalam mengatur langkah, seumpama Umar meniti jalan berduri dengan seribu hati-hati, lantaran kaburnya kebenaran di akhir zaman yang penuh ‘AL-FITNAH’ ini.

Kudambakan al-Furqan itu dari-Mu ya Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

 

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Training of Trainers Surau al-Furqan Puncak Alam F2 Manusia adalah kausa prima dalam hidup ini. Manakala masjid pula...
  2. Kemaafan Yang Kudambakan “Allahu Akbar… Allahu Akbar…”, khatib sedang berkhutbah. Suaranya begitu bertenaga....

 

17 Responses to “Kudambakan al-Furqan Itu”

  1. SoFF-OnE says:

    Amin Ya Allah!

  2. Kak Ija says:

    Anak sulung akak dilahirkan pada 2hb September 1998, saudara mara dan sahabat handai yang berziarah pada pukul 5.30 petang terpaku mendengar berita di kaca TV di wad akak.

    Kini, setelah hampir 10 tahun berlalu akak melahirkan anak ke empat, Ya Allah, akan kedengarankah skrip yang sama? Selamatkanlah kami dan keturunan kami serta hamba-hambaMu yang soleh dan solehah dari FITNAH ini. Ameen, Ya Rabbal Alamin.

  3. 'Ammar says:

    Betapa dasyatnya suasana pada hari ini, yang penuh dengan ranjau dan duri. Maka ketaqwaan kepada Allah sahaja yang dapat yang dapat menyelamatkan kita dengan izin Allah. Sesuatu yang sangat dirisaukan sangat adalah pembangunan generasi yang mendatang, tentang apa yang mereka selalu didedahkan terhadap waqi’ semasa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan kumpulan-kumpulan da’wah harus bergerak dengan lebih pantas lagi.

    Tidak boleh tidak, kita harus bekerja untuk da’wah… Tidak boleh tidak…
    Ayuh semua ke arah pengislahan dan perubahan!

  4. amin !

    hmm…ustaz itu baru zaman anak ustaz….zaman anak sy nanti sy tak tahu la macam mana saya nak pertahankan anak saya nanti…risau tak berdaya utk memantau anak2 nanti….

    perkara sebegini sudah dibuat main2 dan sy berdoa agar bala dan kemurkaan allah tidak akan dikenakan terhadap malaysia…

    tanda2 sudah ada….sebelum ni tiada gempa bumi tp sejak 2-3 thn ni ada gempa bumi(w/pun kecik masih berbahaya)..tsunami sudah menjengah bumi malaysia

    lepas ni apa pulak?

    ya Allah beri lah peluang utk malaysia ini mempunyai pemimpin yg lebih baik…jgn lah kau berikan bala dlm keadaan kami masih mencuba utk menegakkan keadilan & kebenaran di bumi mu ini…amin

  5. Pak Din says:

    Kali pertama bolehlah kata difitnah … tapi berulang ni susah sikit la …

    • Abu Saif says:

      FITNAH yang dimaksudkan di dalam artikel ini adalah FITNAH yang dirujuk kepada AL-FITNAH AL-KUBRA dari segi maknanya iaitu MUSIBAH BESAR YANG MENIMPA UMAT.

      Justeru ia tidak membawa apa-apa konotasi yang berpihak kepada mana-mana pihak atau apa-apa tuduhan yang dilontar-lontarkan. FITNAH ini adalah LOSE-LOSE terhadap umat

      • Politik Malaysia semakin celaru, keliru, haru-biru, cacamarba dan meresahkan. Orang kampung saya kata: “Semakin ramai yang berbaris panjang membeli tiket percuma masuk Neraka!”

        Di dalam risalah Usrah dan Dakwah oleh Al-Imam Hassan Al-Banna, beliau ada menyebut: “Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit.” Betapa benarnya kata-kata ini dan marilah kita doakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan perjuangan kita semua di Sekolah Kehidupan ini… Amiin Ya Rabb!

        Rhoma Irama menyebut dalam lagunya: “Antara Qur’an dan Koran”…

        Kalau bicara tentang dunia, aduhai pandai sekali,
        Tapi kalau bicara agama, mereka jadi alergi…

        Membaca Koran jadi kebutuhan,
        Sedang Al-Qur’an cuma perhiasan…

        Bahasa Inggeris sangat digalakkan,
        Bahasa Arab katanya kampungan…

        Buat apa berjaya di dunia,
        Kalau di Akhirat celaka!

        Wallahu a’lam bissawab.

  6. Pak Din says:

    Setuju benar dengan ulasan lanjut Ustaz tu …

    Terlalu banyak bentuk fitnah yang berlaku di dalam Islam, sehinggakan arus perdana Muslim mendefinasikan semula Islam berasaskan sesuatu yang lebih cabang (Furu’) dari yang lebih asas (Usul).

    Kalaulah perkara usul yang menjadi keutamaan Muslim sudah tentu, situasi menang-menang akan bersama Ummah. Malangnya lebih ramai yang suka berdendang dengan irama bukan-RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan.

    Isu bukan hanya merujuk kembali kepada Al Quran, kerana semuanya fasih dengan apa yang tersurat, tetapi yang tersirat memerlukan pemahaman apa yang tidak tertulis secara berhuruf.

  7. zaki says:

    semoga al-furqan akan muncul di saat-saat genting ini.
    amin ya rabbal `alamin…

  8. NKS says:

    ana pun merasakan sebak dan kerisauan yang sama ustaz.

  9. husna1399 says:

    Salaam.

    Ingin dikongsikan akan apa yang saya dengar drpd. Ustaz Fahmi Zamzam. Menurutnya pada ketika Sultan Muhammad al-Fateh ingin menawan Constantinople, tentera2 kurang bersugi. Maka, Baginda mengerahkan mereka bersugi. Tentera salib meneropong mereka dan melihat orang2 Islam nih, kayu pun mereka makan setelah melihat tentera2 Islam memasukkan kayu sugi ke dalam mulut. Ini telah menimbulkan gerun di dalam hati mereka kepada tentera2 Islam :)

  10. Leokid says:

    Zaman sekarang pun sudah banyak fitnah yang bermaharajalela.. 20 tahun lagi bagaimana pula?

    Kadang2 terfikir, dan takut juga mengenangkan masa depan yang pasti akan datang. Adakah lebih baik keadaannya? Selama hidup 18 tahun pun saya boleh soroti perbezaan hidup “zaman dulu” – sewaktu saya kecil2 dahulu dan “zaman sekarang”.

    Semakin banyak yang tidak boleh dibezakan. Teknologi meningkat, fitnah semakin banyak dan cepat pula merebaknya. Item2 yang tak boleh dibezakan, semuanya masuk “grey area”. Semakin ramai menjadi Ruwaibidhah bila nak memandai2 bercakap mengenai item2 grey area ini. Sudahnya semakin merebak pula fitnah itu.

    Ish takut memikirkan. “Grey area” semakin membesar. Dimanakah Furqan itu? Apakah ia masih tiada di zaman saya pula nanti?

    ps: lama x datang ke SIO, sudah selamat smpai ke tanah air tercinta. jarang online skrg, rumah terlalu isolated smpai internet pun xde. =)

  11. ahmh says:

    furqan dah lama wujud dan begitu dekat dengan kita, cuma kita yang tak gunakan dan fungsikan di zaman kita sekarang lantaran sikap tak acuh dan takpedulisme yang begitu menebal di tanam dalam jiwa masyarakat.
    Semoga para pendakwah akan sampaikan kepada sasaran dakwah tentang bagaimana nak guna dan fungsikannya.

  12. qurratul ain says:

    ‘Kudambakan al-Furqan itu’…

    Kudambakan solat malam dan hati yang sentiasa berzikir tatkala manusia ‘mendambakan dunia + isinya’…

    dunia dah semakin ‘menakutkan…’ al-wahnu jadi tradisi.

    maksiat jadi ‘kebiasaan’, menggenggam prinsip Islam jadi ‘kepelikan..’

    dunia umpama wanita tua yang bongkok + ditambah make-up+brg kemas+pakai seksi. hu3…buruknya!!! itupun orang ‘kejar’, nooo? pelik2…!!!!

    sudah2 le ‘fitnah dunia’.. fitnah orang..

    hidup bukan lame untuk disia2kan dengan benda xelok…

  13. umiaiman says:

    kiamat sudah dekat..
    uhuu..

  14. Alhamdulillah nasihat dan pandangan ini banyak menyedarkan golongan muda terutamanya yang belum berumahtangga.

    Apabila umur makin lanjut dan pertanggungjawaban makin banyak, semua ini akan terasa…

    Saya hanya merasa ini dalam pandangan saya iaitu pabila melihat dan mendengar adik-adik muda dari saya yang selalu bicara dunianya dan seks..

    dan syukur saya merasakan ini dan disedar pula oleh akhi ustaz..

    Apapun sekarang sudah bermulanya pembelajaran di institusi pengajian tinggi… dan mereka tadi sebenarnya di muka mereka ada pencar cahaya mahukan kebenaran, cumanya perlu ada sedikit pengorbanan dari para pemanggil dan pencinta kebenaran untuk membetulkan keadaan ini. dan ini hanya di sektor pendidikan IPT… saya dan ramai lagi sama-sama sedang berusaha dan hanya meliputi kelompok kecil… usaha sedaya upaya…

    wallahualam…moga Allah akan mengganjar dan membantu menghindar dari Al Fitnah Al Kubra…

    banyakkan ‘kerja’ kita semua… Ustaz Hasrizal dah membuat bahagiannya… kini kita pembaca perlu membuat bahagian kita di medan kerja sendiri dengan jayanya…

Leave a Reply