
Sebahagian pelajar yang pernah menghadiri program saya
“Ustaz, macam mana nak buat kalau kawan-kawan non Muslim itu nanti tanya kita soalan, kita tak boleh jawab? Ustaz ada tips?”, tanya seorang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya.
“Kamu risau tak dapat memberikan jawapan kepadanya, atau kamu risaukan diri kamu yang tidak mengetahui jawapan tentang agama kamu sendiri?’, saya menjawab dengan pertanyaan.
“Err… dua-dua kot”, katanya.
“Mana yang harus diselesaikan dulu?”, saya menyambung pertanyaan.
“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”, jawabnya berfalsafah.
“Aha… macam pernah dengar aje ayat tu!”, saya ketawa.
“Baca kat blog ustaz la!”, balas pelajar itu.
Benar, kerunsingan yang diulang-ulang pelajar sepertinya setiap kali saya menyampaikan ceramah di dalam program pra-pelepasan tidak banyak berubah. Setelah 15 tahun bergelumang dengan dunia siswazah, khususnya mereka yang akan ke luar negara, saya dapati persoalan-persoalan di benak mereka tidak banyak berbeza. Masih berputar pada isu yang sama.
Salah satunya adalah kebimbangan diri terhadap kawan-kawan non Muslim yang bakal menjadi rakan sekuliah mereka nanti. Bimbangkan soalan, bimbangkan pertanyaan.
Ironinya, mereka datang dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia, tetapi hanya khuatirkan persoalan dari rakan non Muslim, apabila meninggalkan Malaysia. Apakah tiada soal jawab yang sama di negara kita?
POSITIF ATAU NEGATIF
Kebimbangan seperti ini boleh jadi negatif dan boleh juga jadi positif.
Negatifnya, jika pelajar ini bimbang tidak dapat menjawab, hanya kerana dirinya sudah terbiasa mampu menjawab semua soalan. Justeru sudah biasa juga dianugerahkan A bersusun-susun semenjak UPSR hingga A-Levels. Kesemua soalan yang sudah dijawab itu, adalah soalan untuk memuaskan kehendak peperiksaan. Tetapi timbul kebimbangan, kerana kini soalannya bukan untuk peperiksaan lagi.
Soalan yang mencabar kepercayaan diri sendiri.
Positifnya pula ialah, kebimbangan itu boleh menjadi pendorong yang betul untuk para pelajar ini menambah kefahaman mereka tentang Islam yang mereka anuti selama ini.
“Kalian tidak boleh pergi ke luar negara dengan membawa Islam warisan. Kalian mesti berIslam dengan Islam pilihan”, saya tidak jemu mengulang ayat ini kepada mereka.
Islam pilihan adalah Islam kefahaman hasil pertanyaan dan jawapan. Anggapkan sahaja soalan-soalan yang bakal ditanya oleh rakan-rakan non Muslim itu nanti sebagai pertanyaan untuk menilai Islam diri kita sendiri. Realitinya, kita selalu tidak tahu apa yang kita tidak tahu!
JAWAB DENGAN SIKAP
“Habis, kalau ada yang asak kita dengan soalan kenapa Islam ini agama yang mempromosikan keganasan, nak jawab macam mana ustaz?”, masih belum hilang resah pelajar ini.
“If you want to deliver a message, be the message!”, jawab saya kepadanya.
“Macam mana tu?”, tanyanya lagi.
Menjawab dengan amalan dan sikap, lebih berkesan dari perdebatan dan cakap.
Islam menjadikan Muslim ganas, itu tuduhan yang dilemparkan. Anda sebagai seorang Muslim, yang berpegang dengan Islam, buktikan sahaja dengan diri sendiri yang Muslim dan beragama Islam, adakah anda ganas?
Syarat kaedah ini adalah, pelajar itu mestilah seorang Muslim yang komited dengan Islam. Komitmen dirinya sebagai Muslim kepada Islam, solatnya, pergaulannya, pemakanannya, pakaiannya, pemikirannya, akademiknya, berserta dengan bahasa dan akhlaq dirinya, kesemua itu adalah penjelasan praktikal tentang Islam dan Muslim. Lalu pergaulan seorang Muslim yang komited dengan Islam, bersama rakan-rakan non Muslim, apakah ada apa-apa petanda keganasan pada dirinya?
Jawab sahaja dengan perbuatan.
Tentu sekali jika pelajar ini tidak mengamalkan Islam, kelakuan bagai terdesak sekali mahu menjadi Barat hingga keparat, dirinya tidak dapat membuktikan apa-apa tentang Islam dan Muslim. Bahkan dirinya menjadi fitnah kepada agama Islam.
Kembali, orang yang tiada sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu itu.
Perbualan kami menjadi semakin rancak. Memang pelajar Malaysia ini ada satu trend, mereka amat segan dan malu bertanya di dalam sesi pertanyaan. Tetapi banyak pula soalannya selepas majlis selesai!
PELUANG MENAMBAH ILMU
Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara memang mudah menjadi peluang untuk seseorang itu menambah nilai pada keIslaman dirinya. Setelah selama ini hidup bagai ayam bertelur di padi, hidup dalam suasana di rantau orang menjadikan kita lebih menghargai Islam itu sendiri.
Namun kesedaran untuk menambah ilmu ketika berada di luar negara mesti dipandu. Kepelbagaian aliran dan kemudahan akses kepada segalanya, sama ada bertindak menjadikan seorang perantau itu cerdas beragama, atau mungkin sahaja keliru hilang arah tuju.
Inilah yang banyak saya tekankan di dalam modul Fiqh of Travellers yang saya kendalikan. Biar pun pelajar lebih eager untuk tahu tentang praktis fiqh di bahagian kedua, sesungguhnya apa yang dibincangkan di dalam modul 1, itulah asas yang mesti dibekalkan untuk keperluan jangka panjang.
TAHU HUJUNG PANGKAL ILMU
Kefahaman tentang agama perlu distrukturkan kembali. Saya menggunakan pendekatan konsep INPUT-PROSES-OUTPUT untuk menampakkan kembali kepada peserta ‘rupa’ agama mereka. Hal ini sangat penting kerana penambahan ilmu tentang Islam secara tidak tersusun akan menjadikan pelajar-pelajar ini haru biru.
Bayangkan, tatkala kemudahan akses maklumat menjadikan mereka boleh campur tangan di dalam perbahasan tentang Syiah atau tidak Syiahnya ilmuan seperti Ibnu Ishaq dan Imam al-Thabari, pelajar ini terlupa melengkapkan diri mereka dengan kefahaman apakah kitab yang dianggap sebagai masdar (premier source) dan marja’ (secunder source). Tatkala mencabar kesahihan saintifik al-Quran tentang isu bilangan hari yang banyak disebut di dalam al-Quran, pelajar ini tidak pernah pun belajar tentang prinsip-prinsip Tafsir, maksud-maksud kepada bilangan di dalam al-Quran dan yang seumpama dengannya.
Memahami tentang input-proses-output dalam beragama, akan membantu pelajar ini melihat apakah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan INPUT, apakah ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan PROSES dan dengan itu, mereka akan faham dari mana suatu hukum, tafsiran ayat dan prinsip Islam itu muncul.
MEMBETULKAN SOALAN
“Macam mana kalau ada yang ajak berdebat tentang Jesus?”, tanya pelajar itu lagi.
“Betulkan soalannya”, saya menjawab.
Dalam soal jawab, jangan kita terlalu cepat mahu memikirkan tentang jawapan. Ada sahaja kemungkinan seseorang itu bertanya dengan soalan yang salah, justeru sulit sekali untuk jawapan yang betul diberikan. Contoh pembetulan soalan, ada saya sentuh di dalam artikel I Love Both Jesus and Muhammad.
Tatkala penyoal mahu meminta pendapat bagaimana kita mahu menolak kehebatan Jesus hasil perbandingan yang dilakukannya antara Jesus dan Muhammad, soalan harus diperbetulkan kembali kepada, “mengapa mahu dibandingkan? Apa yang kamu cari dan apa yang kamu mahu?”
INSIDEN BERSAMA WARTAWAN
Ia mengingatkan saya kepada dua peristiwa yang berlaku semasa saya bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Kedua-dua insiden ini membabitkan soal jawab wartawan kepada saya, selaku Imam kepada komuniti Muslim di Ireland Utara.
Di dalam insiden pertama, saya didatangi oleh wartawan BBC Northern Ireland yang sedang membuat liputan demonstrasi pro Palestin yang dianjurkan bersama oleh Ireland Palestine Solidarity Campaign dan Belfast Islamic Centre.
“Apa pandangan Imam tentang suicide bombing di Palestin?”, tanya beliau kepada saya.
Saya tahu soalan ini adalah perangkap maut. Salah saya menjawabnya, saya akan berdepan dengan masalah yang BESAR.
“Saya rasa anda salah orang”, saya menjawab.
“Mengapa Imam berkata begitu?”, soal wartawan itu pula.
“Masakan tidak, awak dan saya sama-sama tinggal di Belfast. Kita makan dan minum dengan cukup, hidup selesa, semua ada. Tiba-tiba awak mahu saya bercakap tentang apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat. Siapa saya untuk menjawabnya?
Sepatutnya awak tanya hal ini kepada orang Palestin sendiri. Jika mereka bertindak ‘mengebom diri sendiri’, tanyalah mereka yang menderita itu apa yang menyebabkan segelintir mereka begitu nekad. Saya tiada maruah untuk menjawab soalan anda”, saya menyudahkan jawapan.
Wartawan itu terdiam sekejap.
Perbualan kami terhenti.
Dan hasil temuramah tidak tersiar pun di mana-mana media milik BBC.

Bersama wartawan British Satelite News untuk dokumentari CNN
Di dalam satu insiden yang lain, saya didatangi oleh wartawan dari sebuah agensi berita tempatan Ireland Utara. Beliau mendesak untuk menemuramah saya, dan saya tahu tindakan mengelak akan hanya mengundang padah. Ia akan dilaporkan dengan bahasa yang penuh spekulasi. Maka mahu tidak mahu saya terpaksa menerima kunjungan wartawan itu ke masjid.
“Adakah Imam menyokong Syariah?”, tanyanya kepada saya.
Saya Muslim, saya berkelulusan Bachelor of Arts in Syariah, masakan mungkin saya menolak Syariah. Tetapi jika saya kata saya sokong Syariah, mahu sahaja wartawan itu mendakwa dalam laporannya bahawa saya menyokong tindakan memotong tangan pencuri, membaling batu kepada penzina dan hal-hal seperti ini.
“Apa yang awak faham tentang Syariah?”, saya membalikkan soalan beliau kepada dirinya sendiri.
“Syariah itu adalah menghukum penzina dengan rotan dan rejam batu, serta peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya”, jawab wartawan itu.
Tepat sekali jangkaan saya! Bahawa itulah yang difahaminya sebagai Syariah, dan saya diminta menjawab adakah saya menyokong definisi Syariah beliau itu atau tidak.
“Pada saya itu bukan definisi yang betul tentang Syariah. Syariah bagi saya ialah peraturan yang diturunkan oleh Allah sebagai jaminan keselamatan ke atas agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Apakah masalahnya menyokong peraturan sebaik ini?”, saya membalas pertanyaannya itu.
Wartawan itu terus memberhentikan sesi temuramah dan tiada laporan yang disiarkan.
Entahlah benar atau tidak jawapan saya dalam kedua-dua insiden ini, tetapi begitulah yang terjadi. Dan ini jugalah pengalaman yang saya kongsikan bersama para pelajar agar mereka tidak bersikap reaktif, tidak ‘menari’ mengikut rentak soalan sebaliknya memilih response yang sesuai.
Mungkin teknik Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaludin ketika melayan soalan wartawan di dalam video ini menjelaskan maksud saya.
“Then, you have got no right to ask!“, adalah jawapan terbaik untuk wartawan yang bermain soalan.
Syabas Dato’ seri!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam ustaz,
Baik diam dari berkata jika ia akan mengundang banyak spekulasi yang tidak diingini. Tentunya Dato Seri ada reason berbuat demikian kepada wartawan yang kita tahu akan melaporkan apa yang ‘mereka’ hendak bukan yang sebenarnya
Saya tak dapat dengar video di atas. apa perlu saya lakukan.. mainly bukan sbb sound sistem, mahupun telinga saya. maybe something yang perlu saya install untuk dapat menonton video diatas dengan lebih baik. ada sesiapa sudi membantu?
syukran..
pemimpin dari 5 buah negeri itu lebih matang dan ‘advanced’ dalam sistem demokrasi. tahniah!
Saya dah tgk dari PC.. kemas & mantap teknik tu.. sama teknik macam ustaz time di ireland tu.. Menjawab soalan yang tricky & penuh muslihat..
Salam…ana pernah terbaca satu article yang mengupas tentang seni berbahas.Penulis mengambil point-point dari kitab Ulama Islam.Salah satu seni berbahas adalah apabila dikemukan soalan,dijawap juga dengan persoalan..
p/s:Syumulnya Islam sampai seni berbahas pun ada kitabnya.. (Mungkin reporter tu dah tobat untuk menanyakan soalan yang provokasi)..
salam..
bley x kalo ana nak tau kat mana bley ana dapatkan kitab tu~
Afwan akhi/ukhti,ana just baca article pasal kitab ini je.Sepintas lalu,nama kitab pun ana dah xingat.dah lama sangat bacanya.Mungkin sahabat2 lain boleh bantu…
assalamualaikum..
ustaz, memang betul ungkapan ustaz yang berbunyi….” kita perlu mempunyai untuk menjadi orang yang memberi”…. baru lah blh kita katakan….memberi lebih baik daripada menerima….
kerana apa yang kita beri itu INSYAALLAH akan memberi manfaat kepada orang yang menerima…
wassalam.
kita semua perlu pandai bermain logika. contoh terdekat sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim yang sangat ingin dieksploitasi oleh misionaris.
Barangkali kita perlu bertanya kepada mereka, “adakah anda akan bersetuju perkara 1 Rukun Negara di ubah kepada Percaya Kepada Allah?”
Apa yang utz katakan dalam posting kali ini memang akan dihadapi oleh adik2 yang akan keluar negara TERUTAMA SEKALI adik-adik muslimat yang bertudung (adik2 lelaki ada juga, tapi kes yang kerap berlaku pada muslimat la). Bear in mind yang satu hari nanti antuma semua akan didatangi oleh non muslims yang akan bertanya soalan2 ‘cepu emas’ ini.
Pengalaman wife ana di sini, tgh dok kalut2 buat eksperimen dalam lab, tiba2 datang 2 orang colleagues dia (kristian, ‘alim’ juga kerana hari2 ada bible dalam beg) menanyakan soalan2 seperti kenapa pakai tudung, adakah yg pakai tudung tu muslimat yang dah kawin, tak panas ke, kenapa ada muslimat yg tak pakai or pakai ikut musim (time summer buka, time winter macam sekarang pula sangat alim kelihatannya) or macam sesetengah mak datin, pakai tudung nampak jambul, or letak di bahu, hanya bila ada alim baca doa or nak masuk surau baru letak di kepala. Kalau tak bersedia, kelam kabut juga, kena pulak tgh rushing nak tukar samples. Tambahan pula apa yang diperhatikan oleh non-muslims di sini ke atas komuniti muslim adalah apa yang disoalkan kepada wife ana. Heh, ada isteri sheikh/maulana/alims di sini yang pakai tudung nampak jambul, so ada yg anggap isteri ana ni mcm extremist. macam mana tu?
Kepada adik2 yang nak keluar negara, mcm utz kata, be prepared especially yang akan ke tempat yang tak ramai muslim. Ada rakan isteri ana (di negara lain) hampir2 nak buka tudung kerana tekanan di lab, ramai yang memandang serong terhadap tudung and menganggap mereka yg pakai tudung ni individu yang backward or tak boleh kerja dengan baik.
But, if we can show and deliver to them that we can also be equal or better than them in our work without sacrificing our deen, that’s the best answer for them. Or else, we just adding another negative perspective about Islam in their minds.
biarawati mereka juga memakai tudung. patut tanya mereka dahulu, sebelum tanya kita yang muslimah ini.
I once came across this type of soalan cepu mas n the muslim lady answered (paraphrased)…”do u think I like being restricted by my hijab? I don’t like this as much as the next person but I have made Islam my choice and when Islam decreed that I have to cover myself as a true Muslim woman, I do not question it. This is my choice”! Wallahua’lam…
justice is inequality! keadilan itu adalah ketidaksamarataan.
Ustaz topik sebegini amat sesuai dengan pemerhatian saya tentang situasi di UK sekarang ni.
Saya tak nafikan cabaran mempertahankan Islam itu amatlah hebat dan sekiranya tiada panduan boleh runtuh juga dibuatkan. Ada juga sahabat saya yang sanggup menaggalkan tudung dan melanggar syariat Islam seperti minum arak,judi dan zina. Tetapi ada juga yang mempertahankannya sehingga pernah satu ketika disindir oleh mat salleh menghalau mereka keluar dari town dan pernah disimbah air gara-gara kemenangan Turki ketika suku akhir Euro yang mampu menewaskan Croatia dan sebelumnya Rep Czech. Semuanya gara-gara tudung. Kesian kawan perempuan saya itu.
Berkaitan dengan jawapan MB Perak itu saya amat kagum dengan cara beliau menggunakan psikologi dalam menjawab provokasi wartawan. saya kira pengalaman beliau yang luas sebagai orang yang pernah terlibat dalam aktiviti keislaman di UK dan bertugas sebagai jurutera dan kemudian menyertai politik menjadi bekalan yang kuat untuk menghadapi segala sepak terajang politik yang adakala menyakitkan untuk kita melihatnya.
Tambahan, walaupun dalam keadaan Islam ditekan kita dapat lihat bagaimana UK sendiri menyedari akan kepentingan Islamic Law dalam sistem perundangan mereka melalui ucapan Lord Phillips, Lord Chief Justice England dan Wales. Saya lihat secara peribadi ini sekaligus membantu kita memahami Islam itu sendiri. Betul kata ustaz bila duduk di luar negara ini kita boleh pilih antara dua samada semakin kuat atau lemah kita mendalami Islam.
lihat ucapan Lord Phillips berkaitan Syariah Law di UK di url bawah
http://www.judiciary.gov.uk/docs/speeches/lcj_equality_before_the_law_030708.pdf
Pengalaman akak adalah soalan poligami. Is it a man-made law?
“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”
Sedih bila saya hayati kata2 ni. Kadang2 rasa takde apa utk diberi kerana diri sendiri bukanlah seorang yg berilmu atau byk membaca. Pengalaman pun hanya seberapa. Pengalaman dan ilmu kebanyakannya banyak dikutip dari ‘roommate’ aje.
Silap hari bulan maybe kita blh tafsir kata2 di atas sebagai kalau kita berilmu sahaja baru kita blh menyampaikan. Bagaimana pula mereka yg tak berapa suka membaca/berceramah tapi suka mendengar ilmu org lain? Takkan tidak layak utk menyampaikan atau berdailog ttg agama?
Saya yakin semuanya sama dlm menambahkan ilmu di dada.
But, at the end practice makes perfect. Kalau kita tak praktis cakap atau berdailog, kita ttp akan susah utk menyampaikan.
So, sebagai saranan utk diri sendiri dan semua (esp mereka yg selalu berdiskusi ttg interfaith ni), jgn segan atau takut utk berdailog. Lama2 insyaAllah skill dan ilmu itu akan penuh di dada.
Remember, everybody starts with ZERO.
Kena belajar Sokratik tu Ustaz!
Budak2 Law kalau tak tau apa itu Sokratik memang bermasalah la kot..
Saya pun selalu juga ada keinginan untuk cepat jump to the conclusion atau mudahnya quick fix..sampai kita terlupa atau tak pernah belajar bahawa ada cara lain menjawab. Saya rasa ia mungkin berpunca dari orientasi pemikiran ya ustaz. Ramai di kalangan kita (tidak terkecuali saya juga) ada kecenderungan untuk memastikan “aku yang betul” terutama bila berdepan dengan ‘lawan’. Pemikiran macam ni akan mendorong kepada banyak perkara lain yang menyebabkan ‘kita tidak memiliki sesuatu’.
Sekadar pandangan.
betul ust,
muslim should confront non-muslim not defend
betul ke ayat?
salam ustaz, suka dengan teknik us membetulkan soalan..
sekarang ramai manusia yang lebih tumpukan mahir dalam ilmu aqidah dan ilmu fiqh, seolah2 terlupa yang Islam juga wajibkan mempelajari ilmu tasauf atau ilmu akhlak..
walhal, Nabi SAW sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak…
pelaksanaan, penghayatan?
tepuk dada, tanya selera…
selera ke syurga, fikirkan apa yang perlu dibuat.
selera ke neraka, biarkan sahaja nafsu kuasai akal…
semoga Allah berikan kita taufik dan hidayah-Nya ..
Kematangan berfikir dalam teori da`wah belum sampai ke tahap seperti husam musa etc. fadil tidak perlu provokasi murah.
memang silap hishamudin bw budak2 tu. Pihak PAS pun terkejut kemunculan underground dan langsung tidak menyokong.
Assalamu’alaikum
Dalam menjawab berbagai karenah dan persoalan manusia, methodology yg asas adalah berHIKMAH.
Ada soalan yg memerlukan jawapan dan penjelasan.
Ada soalan yg memerlukan sepatah jawapan.
Ada soalan yg tidak memerlukan sebarang jawapan.
Ada soalan yg hanya mampu dijawab melalui perbuatan.
Ada soalan yg wajib dijawab dengan persoalan.
Ini kerana ada berbagai fitrah soalan:
Ada soalan yg ditanya kerana kejahilan
Ada soalan yg ditanya hendak kepastian
Ada soalan yg ditanya sebagai perangkap
Ada soalan yg ditanya untuk mengelirukan
Ada soalan yg ditanya kerana tak tahu apa soalan yg hendak ditanya…. ( tanya juga …sebab cari makan beb…bos suruh)
Awas, jika kita tidak berHIKMAH, jawapan yg salah bakal mengundang FITNAH.
salam ust. saya kagum dengan kebolehan ust fikir apa yg wartawan tu fikir. kalau saya dah gelabah dah. saya rasa ilmu saja x cukup, perlu ada skil fhm soalan btl2. if berkesempatan mungkin ustaz boleh kongsi kaedah2 tersebut. itu juga mungkin sebab paling utama ust excel dalam belajar; faham kehendak soalan.
Dalam artikel ini,
1) Artikel ini mengemukan penyelesaian kepada mereka yang takutkan persoalan2 cepu emas dengan menanyakan kembali kepada diri sendiri persoalan itu. Dan jawapannya ada pada diri sendiri.
2) Kadangkala persoalan tidak perlu dijawab panjang, jika diri sendiri adalah sampel kepada jawapan persoalan itu.
3) Cara MB Perak menjawap soalan nakal wartawan adalah sebagai contoh mutakhir.
4) Artikel ini berkisar tentang cabaran pelajar yang akan berkelana. Artikel ini memberi ransangan kepada pelajar untuk sedia memikirkan apa yang negatif dan positif berkenaan cabaran yang bakal mereka hadapi.
Ustaz, persoalan saya mungkin berkaitan..tapi saya luaskan konteksnya.
Cthnya dalam isu politik. Ada persoalan yang tidak perlu dijawab, atau mungkin ditangguhkan jawapannya pada satu waktu lain yang lebih baik. Tapi dalam konteks politik, ia akan dilihat lemah atau cuba mengelak. Dan politik sifatnya perlu berdepan dengan isu setiap masa..
Bagaimana ya?
Cukupkah dengan sangka baik? Wajarkah prejudis?
Amin,
Suka saya menyampaikan penerangan Husam Musa dalam satu ucapan menerangkan isu pembalakan di Kelantan sebelum pilihanraya dulu. Kerajaan Kelantan diserang teruk mengenai isu itu.Beliau mengambil aspirasi dari Al-Quran tentang Maryam AS, ketika dihina mengenai kelahiran Nabi Isa AS. Antara perintah Allah adalah supaya Maryam berdiam diri. Bila sampai ketikanya, bayi kecilnya berkata-kata kepada umatnya hingga terdiam mereka.
TG Nik Aziz pula memberikan analogi, orang yang sedang muntah biarkan dia muntah sampai habis. Kalau belum habis kita bagi ubat, dgn ubat-ubat tu dia muntahkan balik.
Dalam kes pembalakan itu, akhirnya diketahui bahawa pembalakan itu dibuat diatas tanah yang dikelolakan oleh orang yang membuka isu itu. Malunyer.
Terima kasih atas perkongsian tersebut..ya, sudah tentu kebenaran itu akan muncul lewat atau cepat. Dan kita selalu percaya bahawa rahmat Allah s.w.t. mendahului kemurkaannya.
‘kita perlu mempunyai untuk memjadi pemberi’
hm, ada satu latin maxim yg dipelajari oleh law students “Nemodat quod non habet”, dpanggil nemodat principle – which means ‘you cannot give what you do not have. principle ni biasanya apply dlm transfer of ownership. eg bli rumah, kete etc.
mksdnya kalau kita nk transfer sesuatu property kpd org lain, by way of sale ke, by gift ke etc, kita mesti ada ownership of the property itself and mere possession is not enough.
maaf lari topic =) share ilmu sikit.
Terima kasih untuk ilmu ni. Bila sebut ownership of the property ni, saya teringat tiang2 yang membina faham liberalisme klasik..Ops, maaf ya jika ada yang melatah dengar terma liberalisme ni
bukan nak usik, tapi mengajak kita kepada sapere aude..berani untuk tahu..supaya kita tahu apa nak beri, apa yang patut simpan dulu dan beri kemudian..
saya rasa macam ada orang yang terlalu obses dengan ustaz di sini.
mm.takpela obses pd ust hasrizal.byk juga komen ana dah didelete dilaman ini.sgt demokrasi betul.teruskan.
bergurau senda ada batasnya. bercakap kasar boleh diperbaiki. komen salah, betul diperbetulkan, tetapi apabila akhlaq ditolak tidak dijaga, hilang tolak ansur, tiada peluang kedua.
ana amat kecewa dengan kelakuan fadil di shoutbox tempoh hari. berhai-hai, nak berkenalan dengan mak-mak kat situ apa ke jadahnya?
demokrasi, demokrasi juga, tapi berkelakuanlah cara orang beragama campur berakal otak.
kaburator dung tu tak berakhlaq di pentas, kerana jahil dan buruk cara hidupnya. ni yang melanggan al-ahkam.net dan dengar kuliah di surau harun din pun nak buat tak senonoh juga ke?
last reminder, tak perlu tulis apa-apa lagi di sini hingga fadil betulkan apa yang patut dibetulkan. kalau nak terus melawak tak kira masa, pergi join raja lawak di astro.
Teringat dialog bersama brother Lim Jui Soon tentang bagaimana beliau boleh masuk Islam? tersentak juga nak jawap bila jawapan adalah soalan yang ditanya.. nasib baik beliau tak jawap “Then, you have got no right to ask!“
nak tanya tentang perbezaan air mani dan mazi.
Assalamualaikum. ni 2nd time saya masuk web ni.1st time ialah semalam bile kwn skype(non muslim di malaysia) tanya pasal Valentine’s day.knpe x sambut.lps 2 banyak soalan dia tanya pasal couple,tudung.soalan ni alhamdullilah boleh jawab tp lepas 2 soalan dia makin berat.pasal penggunaan loud speaker di masjid,knpe slalu terrorist dikaitkn dgn islam dan suicide bombing di iraq.nasib baik sambil balas soalan die terjumpa web ni.isu suicide bombing 2 saya try jawapan ustaz.n mcm kes ustaz die pn terus log out.so,saya bersyukur sgt dpt jumpa web ni.terima kasih ustaz!
Assalamualaikum.ni 2nd time saya masuk web ni.1st time ialah semalam bile kwn skype(non muslim di malaysia) tanya pasal Valentine’s day.knpe x sambut.lps 2 banyak soalan dia tanya pasal couple,tudung.soalan ni alhamdullilah boleh jawab tp lepas 2 soalan dia makin berat.pasal penggunaan loud speaker di masjid,knpe slalu terrorist dikaitkn dgn islam dan suicide bombing di iraq.nasib baik sambil balas soalan die terjumpa web ni.isu suicide bombing 2 saya try jawapan ustaz.n mcm kes ustaz die pn terus log out.so,saya bersyukur sgt dpt jumpa web ni.terima kasih ustaz!
Alhamdulillah. This is a very good article on Communication Skills 101 indeed! Thank you ustaz for sharing!
saya adalah hamba allah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. saya mengalami sedikit keraguan tentang pemergian saya ke tanah suci, ini adalah kerana jantina saya jatuh kepada kategori ragu. mohon pendapat para yang arif akan pemergian saya ini.
Saya rasa soalan begini atau sebarang hukum-hakam, boleh diajukan di web:
http://www.ustazamin.com/
Ustaz Amin selalu muncul dalam program tv “Tanyalah Ustaz”. InsyaAllah, beliau boleh memberikan jawapan.
Semoga mendapat haji Mabrur, ameen.
personally, attending bro. shah kirit’s talk on comparative religion is of a great help..
see the way he tackles questions by non-muslims and it’s easy to realise that a question that sounds simple may not have a straightforward answer and a complex question may just need a simple answer..
what’s important is how critically one is able to analyse a question..hence critical thinking skill is highly essential, which is unfortunately absent in many muslims nowadays..
let’s all start training ourselves and our children to become better thinkers and see beyond the obvious..let us become the transforming generation, inshaAllah
yes i totally agree! as parents it is our job to prepare our gen y’ers and gen z’ers kids for the world out there. They are global villagers open to boundary-less interaction.
i wasn’t privileged enough to attend said talk. but ustaz’s approach in tackling all these cepu mas questions is also undoubtedly among the best in our efforts towards da’awah islamiyah…keep up the good work!
Salam….
Teruskan perjuangan tuan…
Teruskan ustaz mendidik kami…
hari tu masa ke bar, ada mat saleh ajak minum, saya tolak, dia tawar coke. takut coke pun guna cawan yg isi carlsberg, saya cakap saya prefer ‘hot choc’ dieorang gelakkan saya sebab minum hot choc waktu tengahari
saya senyum saya jawab
i want take a nap after this, hot choc will make me sleepy. kalau tahu skill ni awal2, boleh di buat berdepan dengan dieorang.
jumpa ir nizar hari tu memang sangat sangat berkaliber, harap ramai lagi pembangkang, kerajaan ada aura kepimpinan macam dia
Alhamdulillah. Allah gerakkan hati nak buka website ni hari ni. Dapat jugak ilmu psl nak menjawab soalan2 maut dari rakan2 non-muslim dkt bumi sakura ni.
Memang xpernah terlintas nak mendalami ilmu agama sebelum datang cni.
Kalau ada org non-muslim tanya dan xreti nk jawab, “belit sudah…”….Astagfirullahala’zim….
Orang tanya, “kenapa islam kt asia barat amalkan suicide bombing?”, saya jawab “islam sana xbetol, diorang amalkan islam yang salah…orang islam kat Malaysia xmacam tu…”
Siapalah saya nak jawabkan untuk orang2 asia barat sana…
Moga Allah terima taubat saya…
Salam..
ustaz,
saya rasa umat kita sekarang kurang didedahkan dengan pembelajaran ilmu mantik..
sayang.. khazanah ilmu yang begitu bernilai telah diabaikan oleh sebahagian besar umat islam.. malah telah dilupakan..
mungkin itulah sebabnya umat kita jadi umat yang malas berfikir… sekadar menjadi ‘penerima’..
Allah bagi akal dan pandaindera… untuk kita abstrakkan apa yang kita rasa dan terjemahkan sebagai hujah membela dan meninggikan Islam..
Kalau dilihat dalam Quran, banyak mantik digunakan… malah lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim berhujah dengan kaumnya spt yg dinyatakan Allah dalam Quran:
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Baqarah: 258..
Lihat saja pada Al Imam Hujattul Islam Al-Ghazali, Ibnu Rusyd, Fakhruddin al-Razi, Ibnu Sina,Ibnu Khaldun, Al Farabi (sekadar menyatakan beberapa nama).. dan keilmuan mereka… dan bagaimana mantik memaikan perananya…
Moga-moga mantik dapat digilap kembali… diguna kembali sebagai senjata yang telah lama tersimpan ini..
Kalau zaman moden ini mungkin boleh lihat bagaimana Sheikh Ahmed Deedat dan Dr Zakir Naik… perhatikan bagaimana mereka menggunakan mantik sebagai hujah dan jawapan..
Bukan semua soalan memerlukan jawapan… adakalanya soalan adalah jawapan kepada persoalan..
Salam.’Kefahaman tentang agama perlu distrukturkan kembali’. saya suka ayat ni, disetiap peringkat kita sentiasa kena muhasabah dan susun balik apa yang kita pelajari, supaya nanti kita lebih adil terhadap ilmu tersebut.
“Perbualan kami menjadi semakin rancak. Memang pelajar Malaysia ini ada satu trend, mereka amat segan dan malu bertanya di dalam sesi pertanyaan. Tetapi banyak pula soalannya selepas majlis selesai!”
selalunya dalam majlis nampak sangat macam orang yang bertanya tu popular sangat. nanti semua orang pandang kat dia hehehe. kalau ditanya selepas majlis hanya sekelompok kecil sahaja yang tahu. tak pasti sama ada tabiat ini boleh diubah.
dalam kehidupan akan banyak ditanya soalan yang pelik-pelik. ada kalanya diam lagi baik dari jawap walaupun ada jawapan yang baik.
namun saya akan tetap tanyakan soalan walaupun ketika dalam majlis atau dalam mesyuarat. nak simpan soalan selepas tamat amat sukar bagi saya.
Saya pernah ditanya satu soalan yang simple saya rasa, tapi seriously tak tau nak jawab.Even none of us know the explanation.
Seorang trainer mat salleh pernah tanya, kenapa masjid berlambang bulan sabit dan bintang?
Harap dapat respons,tq.
salah satu jawapan
http://cahaya-iman.web.id/2009/02/25/sejarah-lambang-bulan-bintang-dalam-islam/
jawapan lain : no komen atau
kejap tanya ustaz