
Sesi bersama remaja, banyak suka dan duka
“Saya takut nak balik, ustaz!”, kata Azmin kepada saya.
“Kenapa pula?”, diri ini kehairanan.
“Ayah saya bagi kami makan duit haram. Saya takut mati, takut dosa, takut neraka”, sambungnya lagi. Suaranya terketar-ketar.
Selama hidup ini, ayah Azmin membesarkan mereka sekeluarga dengan duit judi. Kaki judi yang lebih banyak kalah dari menang, dan mengotorkan keluarga dengan harta najis itu. Selepas selesai berkursus, ada sinar cahaya keinsafan pada hati anak muda di hadapan saya ini, tetapi saya telah menghukumnya dengan tekanan yang berat. Untuk pulang ke rumah berbekalkan secebis keinsafan, ia adalah suatu beban.
Justeru saya pula yang terasa bersalah.
Kejadian seperti itu sangat banyak berlaku. Apabila kita berprogram bersama anak muda, mereka yang responsif ini selalu juga memberikan petanda yang positif di hujung program. Tetapi kesedaran yang berhasil di dalam pertemuan itu (dengan izin-Nya), telah meletakkan diri mereka dalam kesulitan. Mereka insaf, tatkala ayah dan ibu hidup dalam dosa dan maksiat.
Bagaimana mereka harus pulang ke rumah? Berdepan dengan ibu bapa seperti itu?
KONFLIK
“Ustaz tidak ada jawapan yang mudah untuk masalah kamu. Ustaz faham dengan apa yang kamu hadapi. Cuma, apa yang ustaz minta hanya satu. Kamu belajarlah bersungguh-sungguh. Cemerlangkan STPM kamu dan mudah-mudahan dengan keputusan peperiksaan yang baik, kamu boleh segera mendapat peluang untuk mencari rezeki sendiri. Rezeki yang halal”, saya berkongsi pandangan.
“Habis, esok lusa ini macam mana?”, tanya Azmin kepada saya. Air matanya sudah basah.
Saya memeluk beliau dan menepuk belakangnya.
“Kuatkan semangat!”, saya melepaskan beliau dan kami berpisah.
Sulit sekali keadaan seperti ini.
‘BUANG ANAK’
Semasa saya mengajar di Belfast, saya sudah mengesan tentang masalah sebegini. Ramai anak murid saya yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke Sunday School, supaya ibu bapa ‘bebas dari anak-anak’, boleh berdating suami isteri, dan sekolah jadi pusat jagaan harian.
Ia bukanlah sangkaan buruk saya. Ibu bapa yang saya kategorikan seperti ini, sering mendesak untuk saya menerima anak-anak mereka termasuk yang baru berusia 4 tahun untuk masuk ke sekolah. Justeru, semua anak mereka berhimpun di sekolah. Sedangkan kami tiada keupayaan untuk mengajar kanak-kanak sekecil 4 tahun.
Selain dari itu, mereka juga tidak pernah mengambil tahu tentang apa yang anak mereka pelajari di sekolah. Anak-anak kecil tidak pandai menipu. Cakapnya jujur selalu.
“Kamu sembahyang tak di rumah?”, saya bertanya.
“Tak!”, jawab anak murid saya. Umurnya sudah mencecah 10 tahun.
“Parents tak marah kamu tak sembahyang?”, saya menyoal lagi.
“Mereka pun tak sembahyang”, jawabnya berterus terang.
“Kalau kamu semua selesa dengan kehidupan tak sembahyang, kenapa parents kamu hantar kamu ke sekolah ini?”, saya kepanasan. Cuba menyabarkan jiwa pengetua muda ini.
“Entah. Saya pun tak tahu”, katanya.
Kami sama-sama terdiam.
MUDAH-MUDAHAN ANAK BAIK
Ada satu lagi kelompok ibu bapa yang ‘ikhlas’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Biar pun agak ganjil melihat mereka datang ke perkarangan masjid dengan baju yang seksi, berseluar pendek dan bapa memakai gelang emas… saya akur bahawa ada secebis keinginan di hati mereka untuk anak-anak menerima didikan agama.
Saya menerimanya dengan hati terbuka.
Tetapi anak-anak mereka ini menghadapi kesulitan yang sama dengan anak muda seperti Azmin. Apabila kita suntik nilai agama kepada anak-anak, ia mengheret mereka ini kepada suatu konflik tatkala apa yang dipelajari menyalahi praktis ibu bapa sendiri.
Ibu bapa menjadi contoh berlawanan dengan ajaran di sekolah.
AJAR DENGAN SIKAP, BUKAN CAKAP
Di satu sudut, usaha mengajar anak-anak dengan bercakap adalah sangat susah. Anak-anak sering gagal mengikut cakap, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru sikap. Cara paling mudah untuk mengajar sesuatu kepada anak-anak ialah dengan mendedahkan mereka kepada praktikalnya, khususnya oleh ibu bapa sendiri.
“Abi, nak pakai tudung!”, pinta Naurah, anak perempuan saya pada suatu hari.
Saya belum lagi bercakap mengenai tudung kepadanya. Usianya baru 4 tahun. Tetapi dek pengaruh Ummu Saif, Naurah tertarik dengan tudung. Dia mula mendefinisikan kecantikan itu adalah dengan bertudung. Maka tanpa disuruh, Naurah meminta tudung.
Biar pun remeh bagi sesetengah orang, saya amat menghargai ‘kebetulan-kebetulan’ seperti ini. Alangkah mudahnya mengajar anak perempuan bertudung, jika ibunya sendiri komited bertudung. Sulitnya mahu disyarah tentang tudung kepada seorang anak perempuan, andai tiada model untuk ditiru di rumah sendiri.
Tetapi ibu bapa sering terlupa, bahawa tiada guru yang mampu mengatasi pengaruh ibu bapa dalam upayanya membentuk anak-anak. Dan ibu bapa sering terlupa, betapa deritanya anak mengamalkan Islam ketika ibu bapanya sendiri selesa dengan jahiliah diri.
“Macam mana saya nak tegur emak dan ayah saya? Mereka bertambah-tambah benci dengan perubahan saya, ustaz”, soalan lazim yang anak muda tanyakan kepada saya.
“Tegurlah dengan sikap, jangan dengan cakap. Nanti dikatakan biadab. Konsisten dengan apa yang awak buat sekarang dan jangan lupa berdoa dan bersolat hajat kepada Allah”, pesan saya yang sangat biasa-biasa kepadanya. Tidak mampu memikirkan sesuatu yang luar biasa.
CARA ALLAH
Tiba-tiba telefon saya berdering.
Azmin menelefon dari jauh.
“Assalamualaikum Azmin, apa khabar awak?”, saya menjawab telefon. Sesuatu yang amat jarang saya lakukan.
“Waalaikum al-salaam ustaz….”, jawabnya. Suara Azmin terketar-ketar bercampur tangisan.
“Eh, kenapa ni Min?”, saya terkejut.
“Ustaz, ayah dah tak ada. Ayah meninggal pagi ini sakit jantung!”, kata Azmin kepada saya.
“Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un… sabar ya akhi. Sabar. Tenangkan diri”, saya memujuk.
“Ayah tak sempat bertaubat, ustaz!”, tangisan Azmin semakin kuat.
“Allah…!”, saya terdiam. Terasa sebak yang amat sangat.
“Saya sedih. Tapi saya gembira. Duit haram tak masuk rumah lagi!”, kata Azmin.
Saya tersentak!
“Peritnya cara Allah menyelamatkan kamu!”, itu sahaja ungkapan saya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












salam ustaz
benar sekali… anak2 tak pernah gagal meniru sikap berbanding mendengar cakap. hebatnya cara Allah mendidik manusia. kdg2 terfikir, anak2 lebih byk berperanan mendidik ibu bapa berbanding sebaliknya. they act as our mirror. we see our weaknesses from their behaviour and we tend to change ourselves to become a better person
comel banget naurah bertudung!
“kalau ustaz, tak selamatkan saya … saya akan keluar dari Islam …”
saya cuma mampu terdiam untuk ketika itu …
Andai KAU ada di sini, ya Al Mustafa …
salam,terima kasih ustaz
@zulai, Ustadz,semasa d bangku sekolah saya memang memakai tudung tetapi setelah berkahwin saya lepaskan tudung dari gaya pemakaian saya.Ini bermula apabila timbul rasa malu dan benci apabila saya melihat ramai muda mudi yang memakai tudung tetapi tanpa rasa malu ber’dating’ depan khalayak ramai d lebih malahan tanpa rasa janggal dgn pandangan umum mereka berpeluk-pelukan sedangkan tudung masih lekat di kepala.Apabila melihat fenomena seperti ini saya merasakan jika saya pun memakai tudung saya merasakan tiada beza saya dan mereka.
seri, memng dunia skrg cmni..islam hny pada nama… xkn kita nk ikut manusia ramai yg Islam tp x beramal… kita Islam bkn hny pada nama tp dgn hati, perckpn dan perbuatan…. klu itu x sempurna,x sempuirnalh iman kita… so, ttg mrk yg pakai tudng tp bpeluk2 jg dgn laki, berdating…itu dosa mereka dgn Allah… kita doa mrk bertaubat dan berubah.. jgn krn hal spt itu..kita plak berpaling dr suruhan Allah.. ape2 pun kita tetap hambaNYa dan wajib taat pdNYA!
Ustaz, cabaran mendidik anak masa kini amat sukar. Tambahan lagi dengan serangan pelbagai ideologi dan gaya hidup moden yang keterlaluan adakala menggugat bagaimana kita mahu mengimplentasikan Islam dalam kehidupan berkeluarga.
Bagi saya yang penting sekali ialah sikap, adakala saya berfikir sikaplah paling efektif dalam membentuk keperibadian keluarga daripada hanya sekadar manis menanam tebu di bibir sahaja.
salam ustaz…
alhamdulillah saya adalah salah seorang hamba yag telah diplih untuk menerima cahaya dan hidayah Allah..saya hanya mula konsisten menggunakan tudung semasa tingkatan 5..
sebelum itu elok saya perkenalkan sedikit latar belakang saya..
saya berasal dari sarawak..walaupun tinggal diperkampungan Islam tetapi Islam itu hanya pada nama dan masjid untuk orang-orangtua…
itu perumpamaan yang boleh saya berikan tentang kediaman saya..
walaupun saya bersekolah di sekolah agama tetapi agamanya hanya di sekolah sahaja…
bermula dari pertengahan tahun semasa tingkatan 5 saya mula tetap memakai tudung tidak kira di luar atau di dalam rumah..
di sekolah memang saya memakai tudung kerana itu adalah kewajiapan saya sebagai pelajar..
bila saya mula selesa bertudung walaupun pada mulanya keluarga saya agak hairan dengan saya tapi saya teruskan..buat pengetahuan keluarga saya (wanita) hanya bertudung bila perlu..tudung hanya hiasan bila ada kenduri, hari raya atau hendak berjalan jauh…
jika sekadar ke rumah jiran atau ke kedai seperti tiada atau hampir tiada yang bertudung…
ada mmg ada tp peratusanya kurang dari 10%..
saya mula menyertai usrah semasa berada di matrikulasi..
alhamdulillah saya diberi kekuatan utk terus istiqamah menutup aurat…
sekarang di universiti saya masih berada dalam golongan yang inginkan islam di daulahkan…
syukur tak terhingga saya masih dalam golongan yang diberikan sinar cahaya islam..semoga nur itu tidak diterbalikkan..nauzubillah..
permasalahan saya ialah dengan keluarga saya…
hanya bapa say seorang sahaja yang solat..
yang lain sy boleh katakan tidak pernah termasuk ibu saya..
abang2, kakak2 dan adik saya…
sedih apabila melihat keadaan mereka..saya hanya sekali sekala balik ke kampung..
dan keadaan di rumah amat menyedihkan saya..
bagaimana saya hendk membuka mulut supaya bapa saya mengajak kami sekeluarga solat berjemaah,,sedangkan bapa syaa ialah seorang guru agama…
dia selalu keluar rumahuntuk mengajar di surau2 dna masjid tapi kami di rumah…
pernah suatu ketika di matrikulasi saya mengirimkan surat kepada bapa saya mengenai perkara ini tetapi tiada tindakan…
mungkin disebabkan suasana persekitaran kami yang agak pelik dan asing dengan Islam..
walaubagaimanapun hari raya puasa dan korban serta bulan ramadan dismbut meriah…
tapi rukus islam yg kedua gagal dijadikan sebagai rutin harian…
-insan yang perlukan sokongan-
Salam.
Sedih membaca kisah saudari. Perbanyakkanlah doa agar pintu hati ibu & adik beradik yang lain terbuka untuk beribadat & solat kepada Allah Azza Wa Jalla. InsyaAllah.
Surah Ibrahim Ayat 41-42 – Doa Nabi Ibrahim, cuba amalkan.
“Tegurlah dengan sikap, jangan dengan cakap. Nanti dikatakan biadab. Konsisten dengan apa yang awak buat sekarang dan jangan lupa berdoa dan bersolat hajat kepada Allah”, pesan saya yang sangat biasa-biasa kepadanya.
salam.. mungkin nasihat ini kedengaran biasa, tapi perkara ni pernah berlaku pada saya. yang pasti, hasilnya takkan nampak dalam sehari dua, ia memakan masa bertahun lamanya. iA..lama kelamaan bila melihat kita, ibu dan ayah akan jatuh sayang dengan islam. cuma, kita sendiri yg kena tabah dan berharap padaNya selalu.
pada puterinurzahra,
sy punya saudara di sarawak. sy kira masalah di sana perlu usaha yg sangat kuat dr kita yg sedar. solat, aurat dll nyata tak diambil berat, belum lg soal akidah. tapi orangnya baik-baik. sy yakin awak akan berjaya suatu hari nanti biiznillah. iA.
salam..
situasi sy juga lebih kurang same dgn puterinurzahra.tp dlm kes sy, hanya mak dan sy shj yg bersolat dirumah.ayah sy, kdg2 solat, kdg2 tidak.sedih mmg sedih sbb mak ayah telah bergelar haji dan hajah.manakala abg2 dan akak2 sy tidak bersolat.mereka sedar bhw solat tu wajib dan boleh berbincang tentang hal agama.tp mereka tak solat.stiap kali memikirkan tentang abg2 dan kakak2 sy, sy pasti akan menitiskan air mata sebab memikirkan bgmn sy hendak menjawab di akhirat nti.dengan org lain sy berdakwah tetapi dgn keluarga sendiri..ermm, sukarnya utk mendapatkan kekuatan..
seperti puterinurzahra, sy mendapat taufiq dan hidayah di matrikulasi.sy amat2 bersyukur sehinggakan tidak mahu keluar dari c2.skrang sy menuntut di sebuah universiti dan insyaALLAH akan istiqamah. pernah juga kdg2 sy terpikir utk tidak pulang ke rumah sbb kecewa dan sedih dgn abg2 dan akak2 yg tidak solat.sy seolah2 ingin melarikan diri dari mslh tersebut.ttp bile sy berfikir semula dan berbincang dgn kwn2, sy sedar sy tak boleh bertindak sedemikian.sebaliknye, sy mesti tunjukkan cth yg baik kpd mereka dan perbanyakkan doa sy.mudah2an sy berupaya utk membimbing dan mengubah mereka..insyaALLAH…
assalamualaikum..
Rupa-rupanya banyak juga yg ada masalah mcmni…Bagaimana pulak kalau hanya sorg saja yg solat dlm rumah?Mak ayah family lain semua x solat…Sgt perlukan kekuatan bila bercuti..
Dlm masa yg sama ayah juga beli 4D, toto sports…
Luaran, family ni nmpk biasa..Gaji tinggi 3-4 ribu..lps sminggu, tiba2 x cukup duit sgt..Kdg2, pinjam duit anak utk beli no ekor..
Anak ni mmg sgt sygkan parents dia sbb kasih sayang yg diberi mmg sgt banyah..mmg ditatang mcm minyak penuh, cuma kurang(atau tiada) nilai Islam yg diterap..
Berbalik psl pinjam duit, Alhamdulillah…Anak ni smnjk skolah menengah dpt biasiswa..Mmg tarbiah dari asrama, sahabat dan biah yang baik mengubah anakk ini..smpai la skrg dkt oversea..anak ni takde rasa anak ni dpt sampai ke sini krn pandai/hebat tp rasanya ana sampai ke sini sbb Allah nak tolong ana.tringat lagi, dari dulu(even sampai skrg) anak ni x penah nak study jauh2..masa dpt offer skolah asrama dulu pun kalau boleh nak dok rumah saja…
Bila dah besar sikit, baru anak ni nmpk hikmah knp perjalanan hidup dia mmg tak pernah ada dlm impian dia sblum ni..rupanya Allah nak slmtkan anak ni..
Alhamdulillah skrg boleh dikatakan hidup dgn duit rakyat. DAn rezeki Allah nak bagi, kalau sy balikpun, sy boleh berbelanja utk mak ayah family kt rumah mcm org dh kerja.Berbalik psl beri pinjam duit utk ayah tu, salahkah anak bagi pinjam utk ayh?OK2, saya mmg tau berjudi itu HARAM.Tapi, bila ayah yg mintak(ayah x penahla mintak dgn cara keras, mmg slalu baik)…Adakah anak ini berdosa krn bersubahat dlm perkara maksiat??
Setakat ni, hanya mampu tunjuk contoh yg baik di dpn mereka.Dan dh juga nasihat mereka..Tp, stkt ni x byk perubahan..Hanya doa yg dpt dipanjatkan…Harap warga Saifulislam dpt mendoakan yg terbaik buat ibubapa, family dan diri ana jg..
….pabila fikrah diri berbeza dgn keluarga…moga Allah membuka pintu hidayahNYA kpd ibubapa, family hamba…dan juga saudara2 seislam yg lain…
p/s:maaf berterabur tulisan..seserabut pemikiran hamba…maaf ya ustaz..sbnrnya byk lagi masalah parents saya esp ayah..tp, tak pernah terluah dkt sapa2 sbb takut mengaibkan parents sendiri..adakah diam saya ini tanda subahat dgn kemaksiatan??
ada benarnya kata saudara ibu-bapa kadang kala menjadikan sekolah sebagai pusat pemulihan akhlak anak-anak.
keadaan ini berlaku di sekolah-sekolah agama. ibu-bapa mengharapkan agar anak mereka menjadi baik dan terdidik dengan amalan-amalan keagamaan tetapi dalam masa yang sama tiada contoh teladan daripada pihak mereka. keadaan ini sedikit sebanyak ‘membebankan’ para guru dan ustaz di sekolah. walau bagaimanapun sebagai seorang guru saya menerima seadanya.
Salam,
Rasanya artikel ni similar dgn satu artikel ustaz sebelum ni (saya tak berapa ingat tajuknya). Tp antara komen saya masa tu ialah di mana saya menceritakan ramai ibu bapa ‘orang agama’ yg tidak mengajar anak mereka amalan islam yg sepatutnya seperti solat jemaah bersama ahli keluarga, menasihatkan anak2 bertudung, menasihatkan anak2 menjauhi budaya negatif dan sebagainya. Salah satu faktor yg menyebabkan hal ini berlaku ialah kesibukan ibu bapa dgn aktiviti/program di luar rumah spt ceramah dan sbgnya. Kesibukan ini menyebabkan kurangnya interaksi sesama ahli keluarga lalu menyebabkan kekoknya berbincang hal2 agama. Ibu bapa petah berkata2 di luar sana, namun dgn keluarga dan anak2 sendiri diam seribu bahasa. Lagi teruk, ada yg menafikan kelakuan buruk anak mereka dan memberikan galakan yg serong.
Situasi ini mungkin lagi teruk daripada mereka yg tidak ada kesedaran agama langsung (jahil) or vice versa.
Walau bagaimanapun, tidak kira apapun kesalahan dan kekurangan mereka, kita sepatutnya tidak lupa bahawa merekalah yg membawa kita ke alam dunia ini. Sebagaimana tanggung jawab mereka memberikan agama kepada kita, samalah juga tanggung jawab kita sebagai anak iaitu membawa dan mengembalikan semula ingatan ttg kewajipan dan amanah mereka.
Selagi hayat di kandung badan, cubalah sepenuh tenaga utk menyedarkan mereka sama ada sebagai seorang anak atau ibu bapa.
Kurang berguna hanya menjadi anak soleh selepas pemergian ibu bapa sekiranya kita boleh melaksanakan tugas itu semasa ibu bapa masa hidup lagi lantas mereka sendiri sempat bertaubat.
salam, artikel ini mendorong saya untuk terus mengubah sikap,
risau gak kalau dah berkeluarga, jika akhlak dan pengamalan amalan Islam dalam diri ni masih teruk..
doakan saya dapat istiqamah…
dakwah dengan sikap tu paling berkesan, doakan saya dan kawan2..
“Ada satu lagi kelompok ibu bapa yang ‘ikhlas’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Biar pun agak ganjil melihat mereka datang ke perkarangan masjid dengan baju yang seksi, berseluar pendek dan bapa memakai gelang emas… saya akur bahawa ada secebis keinginan di hati mereka untuk anak-anak menerima didikan agama.
Saya menerimanya dengan hati terbuka.”
Hati terbuka yang terluka Ustaz, tidak memberikan kesan kepada mereka, tetapikan bila terluka Pengubal Qodo’ Qadar, Dia tak kira. Suruh penulis amalan catit di blognya dan Qadar ketentuanNya mengatakan ‘ikhlas’ itu tak bermakna. Memang saya delima tentang mengambil hati atau mengambil tahu? Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan ‘on the right side of the road’.
Kerana itu kalimah IKHLAS saya kurung di antara ‘ dan ‘.
Kalau disanggah mak bapak begini, nanti ditariknya ana keluar meninggalkan sekolah. Kesian anak-anak.
Artikel ustaz kali mengingatkan saya pada suatu kisah yg diceritakan oleh rakan ibu saya yg menjadi guru tadika Islam, bagaimana seorang anak kecil yg baru berumur 5/6 tahun, suatu hari ketika ibunya dtg ambil dari tadika, dia bertanya pada ibunya,” Mak, kenapa mak tak pakai tudung? Cikgu ckp kan, org x pakai tudung nanti masuk neraka.” Tergamam Si Ibu mendengar kata anak2, merah padam mukanya sbb kata2 itu dilafazkan dgn kuat oleh seorang anak yg suci dan penuh dgn semangat ingin tahu. Moga-moga Allah memberikan hidayah kpd ibu-bapa begini krn seperti kata ustaz, ibu bapa lah pencorak, dan guru terbaik buat anak2. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi sbb dapat parents yg mengamalkan Islam dgn baik dalam keluarga. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan rahmatNya.
salam ustaz,
macam mana nak hantar kenalan atau saudara remaja ke program ustaz? Sangat memerlukan bimbingan.
Terima kasih
sdey ngat cerita azmin….
moge2 azmin lebih tabah hadapi hidup nye yg mndatang..amin
Assalamualaikum wbt
Jazakallah ustaz, terjawab sudah mungkin segala soalan ana. selagi hayat dikandung badan, tidak akan ana berputus asa dengan rahmat Tuhan,insyaAllah. ‘Tegurlah dengan sikap,bukan dengan cakap.’
Mendapat tahu ramai yang seperti ana memberi kekuatan bahawa ana tidak keseorangan menghadapai masalah sebegini, moga Allah memberi antum kekuatan dan hikmah dalam berdakwah pada keluarga yang tersayang. Allah tidak melihat hasil namun melihat kepada usaha, Allah juga Maha Merubah kerana DIA lah yang menguasai hati-hati manusia sepertimana DIA mengubah hati ana begitu jua lah DIA boleh membuka dan memberikan hidayah dan taufiqNYA pada ibu dan ayah serta keluarga tercinta. Ana akui betapa hati ini begitu rapuh dan mudah berasa lemah namun bangkitlah wahai jiwa kerana Allah tidak akan menguji hamba-hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
maaf ustaz emo sket, ana rasa itulah kelemahan ana, mudah bersedih, patutnya la tahzan. moga Allah memberi kekuatan.
sesungguhnya hidupku,matiku dan solatku hanyalah untukMU.
hanya keredhaan MU aku harapkan…
‘Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan’ (Ibrahim:41)
wallahu’alam.
wassalam
Ustaz, boleh saya minta pandangan ustaz tak? Kalau ibu bapa buat dosa dan anak tak tahan, itu biasa kita dengar. Tapi lain pula dengan kisah ini.
Saya ada seorang kawan, yang sering menceritakan masalahnya dengan orang tua. Saya tak tahu bagaimana nasihat yang terbaik untuknya, melainkan menyarankan kepadanya supaya banyakkan berdoa dan mintak pertolongan hanya dari Yang Maha Esa.
Secara ringkasnya, ibu dan bapanya mendapat didikan agama yang lebih tinggi daripada orang kebiasaan. Maklumlah datuknya sorang penjual kitab, sorang lagi ustaz di sekolah pondok.
Dengan ilmu yang ada, mereka seringkali tidak bersetuju dengan program2 TV, berita yang tidak tutup aurat, dan sebagainya. Mereka sering menghalang anak2 daripada tengok TV. Sekali imbas nampak bagus sangat dapat ibu bapa sebegitu.
Akan tetapi apabila diselami, saya nampak ibu bapanya itu seorang perfectionist. Mahukan yang sempurna daripada anak2nya, lebih2 lagi yang lelaki (iaitu kawan saya tersebut). Panjang kalau nak diceritakan di sini, memandangkan saya telah berkawan dengannya semenjak kecil lagi.
Biar saya bagi point2 penting sahaja, tentang didikan (ajaran) ibu bapanya terhadap anak lelakinya:
1) Kalau nak kawin, belajar dulu biar sekurang2nya dapat PhD
2) Kamu dah kawin jugak, pandai2lah cari duit nak hidup
3) Kamu dapat kerja bank, berenti! Sebab bank amalkan riba
4) Kamu kerja maxis, berenti! Sebab bos tak smayang
5) Kamu kerja dengan ayah, jaga kedai makan, ayah bagi gaji (kawan tu tak minat, terpaksa turut)
6) Taat pada perintah orang tua, selagi tak bertentangan dengan hukum Allah (terpaksalah kawan tu jaga kedai)
7) Nak manage kedai pun tak pandai, macam mana nak bayar kete kamu, nak tanggung anak kamu? (kawan tu dah ada anak bini pun masih kena marah lagi)
8 ) Kamu tak pandai jaga kedai, ayah tak bagi gaji
9) Kamu kalau tak suka itu ini, bawak bincang, jangan senyap
10) Kamu jangan menjawab, anak derhaka!
11) Kamu mintak maaf dengan ibu sekarang! Pergi solat taubat, mintak ampun dengan Allah, tu pun kalau Allah ampunkan!
Kesian saya tengok dia, saya lah tempat dia meluah segalanya. Abangnya yang sudah berkahwin dan duduk jauh dari ibu bapanya pun tertekan. Demikian yang saya dengar sedari dulu:
1) Kamu dapat 4A UPSR, carilah sekolah menengah yang bagus (bayangkan tingkatan 1, kawan tu gi jalan kaki cari sekolah, bawak beg penuh buku, tak tahu mana nak tuju, tak tahu apa2)
2) Kamu tak dapat no 1 hingga 3 exam dalam kelas, ayah rotan ikut nombor (padahal anak dia belajar tak pernah dia ambil tahu)
3) Nak duduk asrama? Tak boleh!
4) Nak buat lesen motor? Tak boleh!
5) Nak masuk pengakap? Tak payah! (tapi kawan tu masuk jugak, sebab wajib)
6) Nak beli baju pengakap? Baca ikrar pengakap dulu. Ikrar pun tak hafal, dah tu macam mana nak beli baju. (Kawan tu pegi hafal semua benda, tapi satu habuk pun tak tanya. Last2 tak beli2 sampai habis sekolah)
7) Nak main bola? Belajar dulu!
8 ) Dah belajar? Pegi main bola, tapi kena balik awal, sampai rumah sebelum pukul 6.30ptg!
9) Lewat 5 minit! Duduk kat luar sampai pagi besok! (yang si ayah duduk baca suratkhabar sampai kul 8 malam pun tak solat2 lagi)
10) Naper tak solat lagi (dirotannya kawan tu, katanya Islam suruh rotan anak yang malas solat selepas umur 10 tahun)
11) Kamu ni kenapa kurus sangat? Hisap dadah ker? (kawan tu punyalah tak cukup makan masa belajar)
12) Kamu nak kawen? Tak boleh, belum stable, kalau ayah tahu betapa sukarnya perkahwinan, sampai sekarang pun ayah takkan kawin. (padahal 2 dah bini dia)
13) Kamu kawen jugak, ibu dan ayah terpaksa turuti. Kamu bayar balik segala apa yang terlibat.
14) Bayar cash laa 3 ribu. Ajar sket diri tu jangan berhutang! (hutang dia dengan kad kredit mencapai 100ribu takpe)
Banyak lagi, tak sanggup dah saya nak tulis ni, ustaz…
Saudara mara dan nenek kawan saya tu teramat2 simpati dengan nasib 2 beradik tersebut. 7 lagi adik beradik mereka selamat, sebab 6 drpdnya perempuan, manakala yang sorang lagi tu seorang hafiz-tak-jadi dan mendapat 10A dalam SPM – kira anak harapan laa…
Saudara mara mereka sering memberi nasihat yang baik dan dituntut oleh agama. Kebanyakannya menekankan betapa ibu bapa wajib ditaati, doa yang berterusan, dan sebagainya.
Tapi ibu bapa mereka pula yang menghalang menziarahi saudara mara, kerana bimbang saudara mara akan ajar anak mereka ajaran yang salah…
Saya kasihan sangat dengan kawan saya tu, ustaz. Sebagai menunjukkan empati saya terhadapnya, saya cuba menyelami hidupnya, dan saya cuba minta pandangan ustaz, yang saya kira amat memahami tentang situasi seorang anak…
Sekian, ucapan terima kasih kepada ustaz atas keprihatinan ustaz terhadap masalah kawan saya itu.
Wallahu a’lam.
sedihnya baca artikel ustaz dan imamkhalid….speechless
Terima kasih, saya juga sedih, dan amat mengharapkan nasihat daripada ustaz, sekiranya tidak keberatan…
Salam,
Maaf, Ustaz ada program di Kuching selama 3 hari la ni, so dia tak sempat lagi nk reply tu.
Cumanya, saya rasa mmg sukar mana2 pihak yg jauh termasuk abu saif sendiri utk memberi nasihat atau membantu. Saya rasa sahabat akhi tu dah cukup dewasa utk tahu mana yg betul, baik atau salah. Mana yg salah tetap salah walaupun mereka ibu bapa kita. Kita blh ‘tidak mengikut’ kata2 mereka selagi kita tidak melanggar syara’.
Dalam hal ini, anak2 yg telah sedar dgn kesalahan ibu mereka kenalah sendiri mengambil tindakan. Org luar hanya blh memberi pandangan, dorongan, sokongan dan bantuan dlm segala bentuk termasuk kewangan.
Jikalau pindah rumah merupakan jalan terbaik, mungkin itulah yg harus/wajar dilakukan. Seperti contoh kes2 pasangan suami isteri yg bergaduh kerana tinggal dgn mertua. Ada yg ambil keputusan pindah kerana itu lbh baik utk mereka bg mengekalkan rumah tangga, maka itu harus bagi mereka.
Namun dgn segala usaha, at the end of the story, mereka masih lagi sepasang ibu bapa yg wajib dihormati dan didoakan kesejahteraan mereka walaupun duduk berjauhan.
Sekadar pandangan..
Terima kasih di atas pandangan itu. Saya ada satu persoalan tentang apakah keputusan yang harus dilakukannya untuk satu kes berikut:
Untuk memudahkan penceritaan, saya letakkan nama abangnya sebagai watak bergelar Faris (bukan nama sebenar).
Faris telah tinggal berjauhan semenjak berkahwin 2 tahun lalu. Selama 2 tahun itu, dia sering cuba untuk memenangi hati ibu bapanya, dengan pelbagai cara termasuk bagi duit, bagi hadiah, dan sebagainya, selain doa yang berterusan.
2 bulan lalu, salah seorang daripada adik perempuan Faris mendaftar di sebuah sekolah tahfiz berbayar. Yuran pendaftaran (ribu2) dan kos bulanan (ratus2) agak mahal bagi ibu dan bapanya yang tiada pendapatan tetap.
Hendak dijadikan cerita, pertanyaan Faris tentang khabar adik perempuannya menimbulkan kemarahan ibunya yang teramat sangat.
Ia berlaku apabila Faris memberi cadangan mengapa tidak dimasukkan ke sekolah tahfiz yang lebih murah memandangkan keadaan ekonomi keluarga yang kurang stabil.
Dalam keadaan begitu Faris dengan segera meminta ampun kerana tersilap kata. Dihubungi juga ayahnya untuk memohon maaf.
Namun sehingga kini, ibu bapanya tidak lagi berhubung dengannya. Bila ditelefon, tidak diangkat. Bila anaknya yang kecil angkat, disuruhnya kata tiada.
Persoalannya kini, seorang adik perempuannya yang lain pulang dari Mesir, cuti pengajian selama sebulan. Adiknya itu ’round’ satu Malaysia menziarahi adik beradiknya, untuk mengubat rindu.
Apabila tiba giliran ke rumah Faris, ibunya melarang. Kesemua antara mereka adik beradik terkejut dan masing2 cuba menghubungi ibunya bertanya sebab musabab.
Ibunya tidak mengizinkan kerana dikatakan yang Faris mempunyai hati yang kotor dan busuk. Tak rasa bersalah pada ibu, sebab tak balik rumah ibu untuk minta maaf. (punya lah jauh dari utara timur ke selatan barat dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan tidak ada salah melainkan tanya khabar adik perempuannya)
Bapanya pula menakut2kan si adik ini dengan ugutan anak derhaka kalau pergi.
Semua adik beradik mereka menangis, kesedihan yang amat. Saya juga tak terkata apa-apa.
Faris terfikir untuk balik mengadap ibu bapanya, dalam masa 2 3 hari lagi.
Persoalannya kepada saya, patutkah dia pulang? Apakah yang hendak dilakukannya apabila sampai ke rumah ibu bapanya? Nak berdiri tegak ker, nak peluk cium kaki ibu bapanya ker, nak bersalaman mintak maaf ker, atau bagaimana?
Sukar untuk saya bagi pendapat. Kalau balik, apakah akan menjernihkan suasana? Kalau tak balik, pun tak sudah juga…
Yang pastinya, cuma Allah sahaja yg tahu apa yg akan berlaku.. betul tak?
Cumanya kita kena bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan dan plan siap2 tindakan kita. Nk harapkan pihak lagi satu berubah, hanya Allah sahaja yg tahu.
Tetapkan iman kita dan tunjukkan akhlak yg terbaik. Terpulang nk buat apa, tp jgn sesekali meninggikan suara, mencemuh atau buat muka. Pendek kata, kena byk bersabar.
Balik ke tak balik sama aje. Yg penting jgn sesekali putuskan hubungan secara mutlak. Cara perhubungan itu byk, bukan setakat kena tunjukkan muka. Kalau tak dapat jumpa parents, jumpa adik beradik utk bertanya khabar pun blh. Tgk setakat mana penerimaan parents.
Selebihnya, berusaha, bersabar dan tawakkal. Org jauh hanya mampu memberi nasihat dan doa..itu sahaja. Tindakan dan keputusan di tangan kita sendiri. Wallahu a’lam.
Terima kasih, ummusaif. Insya-Allah sebelum dia berangkat pulang (kalau jadi) saya akan tunjukkan artikel ni untuk rujukan baginya. Ramai insan2 mulia di dalam perbincangan ini memberi kata2 semangat dan pedoman kepadanya untuk terus mengharungi kehidupannya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam… minta maaf, saya berminat untuk memberi sedikit pendapat… dalam kes ini saya rasa ‘tegurlah dengan sikap’ sgt relevan utk di amalkan… saya sentiasa mengagumi akhlak Rasulullah kekasih Allah yang tidak pernah memarahi org yg bersikap kasar dgnnya… segala teguran dilakukan dengan penuh hikmah… sabar adalah satu elemen penting utk dipertahankan dlm perkara sebegini jika niat adalah utk mencari keredhaan Allah dengan mempertahankan hubungan silaturrahim…
Terima kasih, Aisyah…
Perkataan “tegurlah dengan sikap” telah saya adaptasi untuk kes ini, setelah saya membaca topik yang ustaz tuliskan di atas.
Namun dalam kes kawan saya ini, sikap baik, sabar, berbudi bahasa dirinya terhadap orang tuanya sering disalah ertikan. Selama berbelas tahun saya perhatikan, kawan saya ni memang seorang yang sangat simple, tidak cerewet, sentiasa mementingkan orang tuanya di atas segala aspek kehidupannya. Apa sahaja yang ingin dilakukan, orang tuanya yang menjadi perkara utama untuk ditimbangi. Berbanding dengan adik beradiknya yang lain, dia yang paling mudah berkira, termasuk dari segi kewangan.
Setelah sekian lama saya bersama menyelami kehidupannya, saya nampak akan perubahan hidupnya. Dari seorang yang selalu berkecil hati terhadap orang tuanya, pendiam, dan pasif, dia menjadi semakin kuat, tidak mudah putus asa, tidak suka memandang perkara remeh, tidak mudah ambil hati dengan orang tuanya, dan sebagainya yang saya kira amat positif untuk dirinya. Saya dan saudara maranya menjadi tempat pergantungan motivasi bagi dirinya. Neneknya (his only grands) juga sentiasa memberi semangat kepadanya.
Selain itu, dia (bersama saya) sering mendapatkan nasihat orang2 berilmu, semata2 untuk melepaskan dirinya daripada kebimbangan menjadi anak yang durhaka yang sering diungkapkan oleh orang tuanya.
Kini, dia kebingungan dan keresahan. Kerinduan mendalam terhadap adik perempuannya yang akan kembali ke Mesir 29hb Julai ini menimbulkan sebak di dadanya.
Perasaannya membuak2 untuk bertemu adiknya yang kini berada di rumah orang tuanya. Tapi bagaimana?
Salam, saya rasa cara yang terbaik ialah memohon petunjuk daripada Allah, setelah kita berusaha, kembali kepada Allah (tawakkal) adalah jalan yang terbaik… Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik dugaan yang diterima… Janganlah kita berputus asa dalam usaha kita dan juga dalam mengharapkan petunjuk Allah… Sokongan rakan2 juga tidak dinafikan dapat membantu…
aslkum ustaz…
Dah lame sy nak luahkan konflik tentang diri sy nih tapi takut mengaibkan ibu bapa sy… mudah2an ruangan ini mampu meringankan beban di hati sy…
Ibu bapa sy jahil tentang agama… ibu sy jarang sekali solat.. dan bapa sy langsung tidak solat… kalau hukum hakam agama memang byk yang mereka tak tahu… berpuasa dan mengaji jauh skali… cuma satu yg sy kagumi.. mereka tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa… bapa sy sgt bertanggungjawab dlm menyara dan mendidik anak2…
Sy adik beradik termasuklah abg2(anak tiri kepada bapa sy) dibesarkan dengan cukup sempurna… diberikan kasih syg yg sama rata.. makan pakai yg cukup… pendidikan yg tinggi(kedua2 abg memiliki ijazah dan sy bakal grad sebagai seorang jurutera..insyaallah)… didikan agama juga tak pernah kurang… sy adik beradik dihantar ke sekolah biasa sebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang… malah sy turut dihantar ke kelas mengaji.. barzanji…
fardu ain.. dan sentiasa mendorong sy mengikuti majlis2 agama… sy kerap juga masuk pertandingan tahfiz dan tadarus al-quran semasa di sekolah…
walaupun sy memiliki segalanya… tapi sy rase kosong.. sy tak bahagia mengenangkan kejahilan ibu bapa sy… usia semakin meningkat.. tapi tak ade langsung rasa keinsafan dalam diri mereka.. sy nekad utk membina keluarga yg mempraktikkan ajaran islam apabila sy berkahwin kelak.. sy tak mahu anak2 sy mengalami nasib yg sama seperti sy.. justeru itu sy terlalu cerewet memilih pasangan.. hanya lelaki yg beragama… utk memimbing sy dan anak2…
Hasrat hati hampir tercapai apabila sy berkenalan dengan seorang lelaki lulusan Al-Azhar… Dia byk membantu sy menjadi insan yg lebih baik… dia menjadikan sy byk mengingati tuhan… dan membimbing sy dlm hal2 berkaitan agama…Dia ade menyuarakan hasratnya utk memperisterikan sy… tetapi sy seringkali merasakan diri ini tidak layak untuknya kerana perbezaan latar belakang… Sy takut kehidupan rumahtangga sy tidak aman apabila dia tahu tentang sikap ibu bapa sy… Dan ibu bapa sy jelas tidak suka sy bersuamikan seorang ustaz…
Bagaimana harus sy hadapi semua ini ustaz?? adakah insan seperti sy
tidak layak untuk lelaki yg baik kerana keturunan sy yg jahil?? Atau haruskah sy lupakan saja hasrat sy utk berkahwin dengan lelaki yg tinggi ilmu agamanya hanya kerana ibu bapa sy tidak merestuinya?? Bagaimana pula agaknya penerimaan bakal suami sy terhadap ibu bapa sy apabila sy berkahwin nnti?? Sesungguhnya sy malu atas sikap ibu bapa sy… sy benar2 buntu….
Yang benar,
~wanita akhir zaman yg bercita2 menjadi solehah~
Salam,
Sebenarnya, dah banyak email yg ustaz terima yg agak serupa dan mengandungi pokok masalah yg sama. kadang2 ustaz atau saya reply but most of the time kami hanya mampu berdoa dan tak reply pun. Masalah org mmg macam2 rupa dan bentuk termasuklah masalah diri sendiri.
Masalah kita adalah apa yg kita nampak ie is what we perceived. Kalau kita nampak ia satu masalah yg sukar utk diatasi, maka sukarlah ia. Jika kita nampak penyelesaiannya tetapi cuma mengambil masa yg lama dgn seribu 1 kesabaran, maka insyaAllah mudahlah ia (dgn doa dan solat).
Seperti yg saya tulis di atas (rujuk kisah sahabat ImamKhalid), parents tetap parents yg wajib dihormati dan didoakan kesejahteraan mereka. Tugas kita sebagai anak ialah mengajak mereka dgn kebenaran dgn cara yg paling hikmah. Cara terbaik ialah dgn akhlak yg baik. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka ttp bersalah walaupun mereka parents kita. Maka, tindakan harus diambil bergantung kepada keseriusan masalah itu.
Tentang masalah jodoh. Walaupun org kata bila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dgn lelaki/wanita itu tetapi juga dgn familinya. Namun, pasangan suami isteri itulah yg bertanggung jawab mengemudikan bahtera rumah tangga mereka sehingga sampai ke destinasinya. Tidak sepatutnya ada sebarang campur tangan keluarga. Mereka blh membimbing tetapi bukan mempengaruhi sebarang keputusan.
Maka, tidak kisahlah siapa pilihan kita asalkan kedua2nya saling mencintai sesama dan menghormati serta menerima pasangan masing2 dgn seadanya. Berterus terang dan ketelusan adalah kunci kebahagiaan. Buangkan sebarang prasangka seperti menganggap pasangan kita tu tidak dapat menerima kenyataan ttg famili kita. Itu semua prasangka yg dibisikkan oleh syaitan utk menggagalkan sebuah pembinaan masjid. saya yakin, sebagai seorang lelaki yg beriman, kenalan lelaki saudari faham tanggung jawab beliau di dalam menyampaikan dakwah kepada famili sendiri.
Lagi satu, bila dah di dalam perhubungan, jgn letakkan expectation yg tinggi terhadap pasangan kita. Terima dia dgn seadanya. Kita perlu buktikan kepada kedua parents agar mereka pun yakin bahawa kita sendiri YAKIN dgn pasangan kita bahawa beliau dapat memberi kebahagiaan kpd kita. Biasanya parents akan tidak restu bukan sebab utk mereka tetapi utk diri kita juga.
So, saya cadangkan saudari Ainul menulis sebuah surat kepada parents utk meluahkan isi hati ainul. Surat merupakan method yg mudah dan efektif di mana parents akan mengambil masa utk mendigest isi hati ainul. Selitkan ayat2 Quran dan hadith ttg ciri lelaki yg sepatutnya dijadikan suami.
jika mereka masih tidak bersetuju, cuba tanya reason sebenar kenapa mereka menolak pilihan ainul. Ie seek first to understand then to be understood. mana tau, ada perkara yg blh dirunding dan diterangkan setelah mendengar penjelasan mereka.
Akhir kata, perbanyakkan solat sunat dan doa. Sememangnya byk ujian ke arah jinjang pelamin itu. wallahu a’lam.
hampir gugur air mata saya ainul mardiah.tak sangka ada yang berkongsi cerita serupa
Salam ustaz…..
Saya berasal dr Sarawak….
Saya sudah pun berkahwin….tetapi saya kadang2 kecewa dengan sikap suami saya!!!!!!
Beliau kurang prihatin perkara solat…..terutama solat subuh sering sahaja di tinggalkan…..solat lain memang ada di laksanakan tetapi suka untuk melambat2kan waktu solat….
Kadang2 saya geram juga ustaz……dan kami sering berkelahi akan hal ini…..suami marah2 kalau saya kejutkan beliau untuk bangun solat subuh…..dalam masa yang sama…saya tak tergamak tengok suami macam tu je….tido dan tak solat…
Pernah terlintas dalam hati saya….untuk berpisah sahaja dengan suami….kerana saya tidak sanggup berkongsi hidup dengan lelaki yang kurang prihatin bab2 agama…
Selain itu, ibu mertua saya juga tidak solat….saya kadang2 tanya juga dengan mertua saya….sama ada dia sudah solat atau tidak…. tapi ibu mertua cuma diam…..yang saya geram….semua cerita di tv ibu mertua saya tak ketinggalan…semua artis beliau kenal….tak padan dengan usia…
Saya rasa kekok lah ustaz di kalangan keluarga suami…mereka tidak berapa ambil berat soal solat…
Lagi satu ustaz…..saya sering nasihatkan suami agar beliau ke masjid untuk solat….tp tidak di endahkan…
Saya risau lah ustaz…kalau anak saya lahir nanti..dan membesar…beliau tidak melihat contoh yang baik dari bapanya….
tolong beri saya nasihat ustaz….semoga Allah beri hidayah pada keluarga suami saya…
semoga saya kuat untuk berhadapan dengan suasana begini…
saya selalu berdoa kepada Allah supaya memberikan saya ilmu yang manafaat supaya dapat sy salurkan kepada anak2. Bila dah jadi parents ni barulah tahu betapa ‘susah’nya nak jadi ‘contoh’ dan ‘ikutan’ yang baik buat anak2. Barulah saya sedar : anak2 itu ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkan mereka. Barulah saya sedar Sabda Rasulullah : Tiap2 anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih) maka kedua-dua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi’
Takutnya saya terhadap ‘job scope’ sy sebagai seorang ibu. Semoga article2 Ustaz dapat membantu saya menjalani perjalanan hidup yang sementara ini.. Terima kasih Ustaz.
saya benar-benar perlukan nasihat
saya berharap cerita saya kan diberikan balsan dan nasihat dari ustaz sekalian..
ramai yang saya baca mengalami masalah yang sama..
keluarga saya terdiri dari ibu bapa sya dan abg saya..
saya dan abang maseh belajar..malah saya maseh belaja di sekolah menengah
saya tidak pernag tinggalkan solat sejak darjah 4..alhamdullillah
cuma,masa kecik2 tu,selalu tinggalkan subuh..hehee
parents dan abg saya memang tidak solat..
tapi,sejak tahun tahun lepas..abg saya yang menduduki spm,akhirnya mulai solat..alhamdulillah..
tapi,ibu dan bapa saya maseh tidak berubah..
mereka kadang2 solat..kadang2 tidak..
mereka selalunya balik petang..dan sentiasa mengadu penat..
saya tidak sanggup untuk menegur mereka agar solat ketika mereka penat..
takut dimarahi juga
namun,ada masanya ketika mereka tengah bersenang-senang juga,mereka tidak solat…saya mula sakit hati dan kadang2 menangis kerana tidak mampu berbuat apa2..
pernah sekali saya menasihati ayah saya yang memang keras kepala..tapi saya di marahi..
saya sedar,mereka ibu bapa saya dan seerti post post diatas yg mengatakan’tegur dengan sikap’
tapi,mereka maseh tidak berubah…
saya faham mereka penat..ibu saya mula menerima nasihat saya setelah saya hantarkan sms padanya..namun,kadang2 dia tinggalkan jua..ayah saya pula..langsung tidak berubah..walaupun adakalanya dia hanya solat margrib aja…
yang membuat kan saya lebih sakit hati,ayah saya juga main 4D..
sudah 2 kali sya menasehatkannya melalui sms kerana takut keluarga saya makan duit haram..tapi diendahkan..
walaupun dia kata sudah berhenti,tapi sya jumpa kertas 4d itu didlam walletnya..
apa yang harus saya lakukan ustaz?haruskah saya terusan menasihati parents saya?memang mereka ibu bapa yang baik..cukup makan minum dan sebagainya..namun,dalam hal solat..mereka langsung tidak menunaikannya..
dan juga ustaz,saya ingin bertanya…
pernah kami belajar di sekolah,ustazah mengatakan jika kita makan duit haram,akan menjejaskan akal fikiran dan ilmu juga tidak berkat..
akhir2 ini,markah peperiksaan saya menurun..saya mula menyalahkan ayah saya yang mungkin kerana duit haram hasil 4D itu..
tapi sya pastinya tidak akan meluahkannya..kerana biadap dan kurang ajar..
namun,sya bimbang ustaz..apa haru saya lakukan?
bagaimana harus sya terangkan pada ayah saya..supaya solat dan berhenti main 4D…
saya sentiasa berdoa supaya Allah membuka hati kedua ibu bapa saya..
tapi,sya maseh bimbang..
aslmkum…
saya ingin mencari maklumat mengenai pusat pemulihan akhlak di sekitar butterworth untuk pemaja perempuan berumur 15 tahun.
t.kasih
aslmkum…….
saya ingin mencari maklumat mengenai pusat pemulhan akhlak di sekitar butterworth atau berhampiran untuk remaja perempuan berumur 15 tahun.
10/02/2010
t.kasih