Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.
Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.
Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan.
Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.
Kata Peter F. Drucker, “sesuatu yang tidak boleh diukur, sulit sekali untuk mengurusnya”.
Justeru bagaimanakah yang dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada pakaiannya, solatnya, ilmunya, bakatnya, usrahnya, atau apa? Amat payah, pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu ialah pada sesuatu yang amat abstrak.
Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan-tuntutan agama pun, masih mahu satu-satunya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat agar berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.
“Seorang pembaca bertanya, apakah setelah membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA, dan memulakan perkahwinan dengan baik, maka baiklah perkahwinan itu?”, tanya Encik Rushi, pegawai pemasaran Galeri Ilmu tatkala kami berbual selepas sesi tandatangan saya di Pesta Buku Selangor 2008 tempoh hari.
“Agaknya apa komen ustaz?”, tanya beliau kepada saya.
Senyap seketika.
IA HANYA PERMULAAN
“Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya suatu permulaan”, saya bersuara.
“Setelah rumahtangga dibina di atas dasar agama pun, tiada jaminan jugakah ustaz?”, tanyanya lagi.
Saya ingin menjawab TIDAK. Bahawa dengan memilih calon pasangan hidup yang beragama itu adalah jaminan kepada ketenangan dan kebahagiaan. Kerana memilih itu sendiri sudah dalam seribu kepayahan.
Tetapi realiti tidak mengizinkannya.
Entah mengapa, semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, isu-isu berkaitan dengan rumahtangga muncul seperti subjek utama penulisan dan fikiran saya pula. Selain yang selaras dengan isi buku, banyak juga yang kontras menjelma. Perelokkan rumahtangga dengan agama, mesej awal saya. Kini saya dibentangkan dengan bab kedua, iaitu permulaan yang bersandarkan agama, belum cukup untuk menjamin bahagia!
Banyak benar perkara yang berlaku, dan menyaksikan perkara-perkara yang banyak itu, sungguh mendebarkan. Dan lantaran itu coretan ini saya nukilkan dengan mata yang basah tatkala mengenangkan kenalan dan taulan yang rumahtangganya dilambung ombak, biar pun zaman pernikahan dan awal rumahtangga mereka, kami bersama meliku dakwah!
SEPI
Ada kalanya, dalam kesibukan masing-masing kita dengan mudah menyebut, “no news is a good news“. Kalau kemalangan, atau sakit, atau mati, adalah berita yang kedengaran. Tapi kalau tiada sebarang khabar berita, tentu sahaja semuanya seperti biasa. Hakikatnya tidak… bahkan saya jadi paranoid pula apabila ada kenalan yang tiba-tiba senyap. Menyepikan diri. Lama tidak kedengaran sebarang berita, tiba-tiba apa yang sampai ke telinga tidak enak pula.
Masalah rumahtangga…
Sakit membisingkan persekitaran. Kemalangan mencetuskan kegemparan. Kematian pasti mengucar kacirkan keadaan. Tetapi jika ada teman yang berdepan dengan konflik rumahtangga, ia musibah yang mengundang diam. Menghasilkan sepi… dan kehilangan teman seperti ini sungguh misteri.
Berwaspadalah dengan teman yang sepi, menghilangkan diri, di dalam sunyi.
Suatu ketika, saya telah nukilkan kerisauan saya terhadap fenomena konflik rumahtangga di kalangan aktivis agama. Ia menjadi taboo yang sulit untuk diperkatakan secara terbuka. Sulit kerana sukar dunia mahu menerima hakikat bahawa perkahwinan yang dibina jauh dari dosa, bermula dengan segala keelokan di jalan dakwah, boleh goyah dan sebahagiannya runtuh tidak bertangguh.
Di manakah silapnya?
SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH
Silap pertama, adalah pada ketidak imbangan tunduk dan patuhnya aktivis dakwah kepada definisi dirinya sebagai Muslim. Patuhnya kepada Allah ditafsirkan sebagai kepatuhan diri kepada Syariatullah, tetapi tanpa sedar aspek Sunnatullah diabaikan. Jika pasangan yang ber’cintan cintun’ memulakan perkahwinannya dengan memencilkan tuntutan Syariatullah, pasangan aktivis dakwah pula memulakan perkahwinan mereka dengan mengabaikan tuntutan Sunnatullah.
Mungkin kerana dakwah itu memerlukan kepada karisma, mujahadah, keseriusan dan tumpuan, maka cuaca rumahtangga da’ie hanya mementingkan kualiti Syariatullah. Tentu sahaja aspek ini penting kerana setiap dosa mengundang resah. Lebih banyak Syariatullah dilanggar, lebih banyaklah asbab keresahan dalam kehidupan.
Tetapi golongan ini lupa kepada Sunnatullah. Bahawa dirinya yang da’ie, ustaz, ilmuan dan pejuang itu, tetap seorang lelaki.
Manakala sang isteri, biar sehebat mana pun dia di dalam penilaian beragama dan berjuang untuk agama, dia masih seorang perempuan dan akan terus menjadi seorang perempuan.
Maka sebuah rumahtangga Bait Muslim itu, tetap merupakan perkahwinan di antara seorang lelaki yang lelaki, serta perempuan yang perempuan. Antara lelaki dan perempuan, cara komunikasi, cara berfikir, cara bersikap…nyata amat berbeza. Maka Sunnatullah jualah yang menjadi ketetapan Allah untuk keelokan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tatkala rumahtangga ramai anak muda hari ini dibina dengan membelakangkan Syariatullah, soal dosa dan pahala, pada masa yang sama ramai jugalah insan yang sedar Islam, membina komuniti dengan membelakangkan Sunnatullah. Dua-duanya silap dan cacat di sisi Dia. Dua-duanya bisa dilambung gelombang ribut bencana dalam sebuah rumahtangga. Ketundukannya tidak menghasilkan kesejahteraan seperti yang didefinasikan oleh Islam, lantaran ketundukannya itu hanya pada separuh Islam.
Jika perkahwinan cara yang biasa-biasa itu datang dengan CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB, kisah rumahtangga Islamik ini pula berdepan dengan TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA!
BUKAN JAMINAN
Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah soal salah faham kita dalam melihat maksud sabda Nabi SAW, “pilihlah wanita yang memiliki agama, nescaya kamu beruntung” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]
Setelah memilih wanita yang beragama, atau lelaki yang beragama juga, apakah bermakna rumahtangga kita sudah beroleh plan ‘takaful’ perlindungan dari musibah, pergaduhan dan penceraian? Tidak perlu diselak lembaran nas, kerana jawapannya ada pada rumahtangga kita dan rakan di sekeliling kita. Sesungguhnya permulaan yang baik, hanyalah suatu permulaan yang baik. Ia tidak mampu mengawal agar seluruh perjalanan rumahtangga itu kekal baik, melainkan usaha menjaga, memantau, dan membangunkan rumahtangga yang baik… kekal berterusan.
Inilah yang sering gagal diberikan perhatian.
“Saya telah menghadiahkan anak saya sebaik-baik hadiah buat mereka, iaitu dengan saya mengahwini seorang perempuan sebaik ‘dia’”, seorang pemuda bermadah pujangga.
Baik semasa berkahwin, bukan jaminan untuk terus baik di sepanjang perkahwinan.
KEADAAN HATI
Bagaimana mungkin kita boleh terlepas pandang, bahawa sang suami mahu pun isteri, ditentukan buruk baiknya oleh kuasa HATI. Dan tidakkah hati itu berbolak balik, berbelah bagi sifatnya? Maka fitrah manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubah hati.
Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu.
Oleh kerana HATI itu juga berkait dengan intepretasi emosi, maka ia menambahkan lagi kebarangkalian tibanya badai dan taufan. Keadaan ini memerlukan seorang suami dan seorang isteri untuk saling bermuhasabah, membuat peniaian diri dari semasa ke semasa. Kebaikan yang dibebankan untuk menjadi jaminan kebahagian sebuah rumahtangga, kebaikan itu boleh pudar ditelan masa dan rasa.
Ditelan kehidupan yang sibuk…
Ditelan rasa jemu…
Rumahtangga dipertahankan, tetapi tanpa keghairahan dan kehangatan perasaan…
BERMUHASABAH
Mudah cerita, anggap sahaja semua orang kita ini fitrahnya tidak boleh membuka mulut bercakap tentang rumahtangga apabila berdepan dengan pasangan masing-masing. Kita bangsa yang bukan adatnya biasa menyebut I love you! Kita bangsa yang bijak memendam rasa. Segalanya dipendam dan diperam hingga menjadi dendam.
Susah benar untuk berkomunikasi, meluahkan isi hati dan kepala, membincangkan masalah dan meneroka penyelesaian. Itulah kita.
Tetapi jika kita sama-sama sedar bahawa pasangan masing-masing susah untuk berbincang, maka jadikanlah perbincangan itu sebagai suatu peningkatan yang mahu dicapai sejajar dengan rumahtangga yang menuju usia matang. Berjuanglah memperbaiki diri agar akhirnya terhasil upaya berbincang, kerana itulah SATU-SATUnya pelampung keselamatan di bahtera taufan kehidupan berumahtangga.
Usahakan perbincangan. Jadikan ia suatu cita-cita. Cairkan kebekuan dan kebisuan suami, didiklah isteri agar amuk dan rajuknya boleh diheret ke sebuah perbincangan.
MARAH VS BENCI
“Soalnya bagaimana, ustaz?”, tanya seorang teman.
“Pisahkan antara MARAH dan BENCI”, itu yang terdaya saya katakan.
Ya, jangan disembunyikan kemarahan. Suami berhak untuk marah kepada isteri. Isteri juga jangan simpan dan pendam marahnya terhadap suami. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi berdendam. Tetapi dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi kebencian. Janganlah dibenci isteri yang sedang mengamuk, atau suami yang sedang membatu.
“Bagaimana mahu dibezakan di antara MARAH dan BENCI?”, soal sahabat saya ini lagi.
Syukur juga sesekali mendapat regu berbual tentang hal-hal sebegini.
“Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!”, saya menyambung bicara.
Sungguh tipis beza di antara MARAH dan BENCI. Namun untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal diri. Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku? Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.
TANDA PUTUS ASA
Hilang harapan yang menjadikan pertengkaran itu suatu kebencian dan bukan lagi kemarahan, ada tanda-tandanya.
“Emm, tak apalah. Dah awak cakap macam tu, saya terima sahajalah!”, kata si isteri semasa membalas cakap suami.
“Kalau tak kerana anak-anak, tak tahulah apa yang saya akan buat. Sebab kesiankan mereka sahajalah saya bertahan seperti ini”, balas si suami.
Kedua-dua ayat ini adalah ayat putus asa. Ayat yang sudah tidak terkandung di dalamnya sebarang harapan. Persamaan di antara kedua-dua ayat ini ialah suami dan isteri memberhentikan proses berbincang sebelum sampai kepada penyelesaian. Membiarkan krisis antara mereka terbantut dan menjadi sampah yang disapu ke bawah karpet!
Sesungguhnya tatkala seorang suami dan isteri tiba kepada perbalahan yang kritikal seperti ini, ingatlah suatu perkara…tanyalah dengan jujur dan ikhlas ke dalam diri masing-masing APAKAH TIADA LAGI CINTA? Kenangkan kembali saat-saat cincin disarung ke jari, tatkala bibir suami mengucup dahi isteri… apakah semua itu sudah tiada makna? Saat melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”, rasakan kembali perasaan hati tatkala menyebut nama wanita yang melengkapkan ayat itu…
Moga pertengkaran hanya sebuah kemarahan, dan bukan kebencian.
BERASA CUKUP
Tatkala seorang suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yang terbaik, jangan sekali-kali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yang terpikul di bahu sendiri, malah untuk berdepan dengan dugaan kufr al-’asheer, yang diisyaratkan oleh Nabi SAW di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29:
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri untuk menafikannya. Ia disebut sebagai kufr al-’asheer!
Bukanlah soal jantina mana yang ramai di Neraka itu yang harus dipersoalkan. Tetapi apa yang lebih digusarkan adalah sebab yang menghantar kita ke Neraka itu sendiri. Baginda SAW mengungkapkannya sebagai ulasan terhadap kecenderungan ramai wanita yang mengkufuri suaminya.
Mengkufuri suami?
Ya, iaitulah penafian yang dibuat oleh seorang isteri terhadap usaha sang suami.Usaha yang diistilahkan sebagai Ihsan… iaitu usaha terbaik seorang suami. Pelbagai usaha, dilakukan oleh seorang suami untuk memperbaiki kelemahan dirinya sebagai suami dan ayah. Tetapi dek kerana satu perkara yang tidak kena, Rasulullah SAW menyebut bahawa mudah sangat untuk seorang perempuan berkata kepada suaminya, “aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
Teladannya, wahai suami, sentiasalah berlaku Ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan dirinya tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke neraka. Sebaliknya tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur. Bagaimana mungkin seorang suami boleh bersabar dengan isteri yang melupakan kebaikannya?
Sifirnya mudah, buatnya payah… renungilah firman Allah:
“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)
Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. Ingatkanlah kembali diri dan isteri, bahawa kita ini hamba-Nya.
KELEBIHAN SEBUAH PERMULAAN
“Habis, kalau kahwin dengan orang beragama pun banyak ragamnya, apa faedah berkahwin kerana nilai agama?”, perbualan kami menjadi semakin rancak.
Soalan ini penting. Jika tidak dijawab dengan baik, akan hilang kesediaan orang untuk bersusah payah memilih pasangan hidup atas faktor agama.
Namun bagi saya, sebuah rumahtangga yang bermula dengan baik, tetap ada kelebihannya. Tatkala segala badai dan pancaroba melanda, andai rumahtangga yang dahulunya dibina atas semangat dakwah, kini tersasar akibat kecuaian dan tekanan persekitaran dan masa, rumah tangga ini mudah mencari jalan pulang. Setelah mereka pernah sama-sama bahagia di awal jalan yang bersih dan indah dalam kehidupan beragama, pasti sejauh mana sekali pun rumahtangga itu tersasar, ia tetap jelas mencari JALAN PULANG.
Malah, ia menjadi sinar harapan. Bahawa suami dan isteri pernah soleh dan pernah solehah. Potensi itu ada, rujukannya masih segar di minda dan jiwa. Mudah-mudahan luput keraguan dari suami terhadap isteri, dari isteri terhadap suami… bahawa kedua-duanya berpotensi untuk KEMBALI. Pulang ke asal yang baik itu.
Permulaan yang baik itulah juga rujukan Syariatullah dan Sunnatullah. Sebagaimana rumahtangga di hari-hari pertama terhias dengan segala nikmat solat berjemaah bersama, mengaji al-Quran bersama, makan bersama dan pergi ke majlis ilmu bersama, kembalikanlah rumahtangga yang goyah itu kepada apa yang kita sendiri pernah rasai.
Begitu juga kerana nilai kasih sayang, seorang suami dan seorang isteri bisa membuka auratnya untuk ditatap pasangan yang baru dihalalkan, hidupkanlah kembali nilai kasih sayang yang sama untuk masing-masing membuka kelemahan dan keaiban diri, mengiktiraf kekurangan di depan pasangan yang sudah lama dinikahi…
Demi sebuah keredhaan Allah.
RUMAHTANGGA MEDAN BERJUANG
Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA.
Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











SubhanaLlah, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu. Ampunilah dosaku. Tunjukanlah kami hidayahmu. Kekalkan kami bersama di bawah payung RahmatMu. Tetapkanlah hati kami dengan kasih sayang mawaddah kurniaan dariMu. Golongkanlah kami di kalangan hamba2Mu yang bersyukur. Amiinn.
Ameen ya Rabb!
Salam..Ustaz, ummu saif
Sesungguhnya alhamdulillah dan terima kasih atas article yang kena pada saat saya memerlukannya.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati perjalanan dakwah dan bakti ustaz dan ummu saif.
Hmm, rasanya entri ini bahagian pertama kot. Segala keromantikan era post turun pelamin tu masih boleh dikekalkan, InsyaAllah. Tetapi bila sampai era lampin tu badai yang hebat juga bagi isteri seorang daie.
Sebagai isteri yang mukminah lagi harakiyah segala aktiviti suami tidak akan dihalang, tetapi isteri yang berhenti dari menerima pengisian tarbiyah yang selama ini memberi kekuatan serta tidak lagi mendapat sokongan dari sahabat2 seusrah amat mencabar keimanan.
He3, ini kenangan 10 tahun yang lalu, sekarang ni tak sempat nak fikir pun…isu anak2 yang lain akan memenuhi ruang fikiran.
Subhanallah..
This is a very good advise for me..and I believe to all other Muslims..
After 8 years of marriage and 3 children given by Allah, our marriage life is still full of tribulation.
Eventhough both of us were married for the reason of ‘dakwah & Islam’, yes, the trial & tribulations is great..
I earn a higher income and have higher academic qualifications than my husband, and that is also a great test for our marriage..
Some of the example of spoken statements that Ustaz gave above identical with some of my statements, but i never uttered that out of frustration or as a sign of giving up..Allah knows best..
Maybe women tend to be dramatical to earn sympathy.. i guess
I praise Allah for giving me such a great husband..
I know he’s hurt with all that I’d said, but he endured all of it with great patience and keeps reminding me on our real purpose of marriage..
and the sunnatullah part, yeah we need to keep on working on it..
No one marriage/family is identical to others, so forget about comparing.. it will just make us less appreciate what we have..
but we can pick up bits of advice and example from others and apply it into our marriage..
Salam…
Ana tidak mengambil pengajaran dari article ini dari segi muhasabah diri tetapi ana ambil dari segi peringatan.Zaman belia adalah penuh idealisma dan ramai dengan senang membuat sifir mudah “Dapat orang beragama,conferm sejahtera hingga ke akhir”…
Tetapi hidup ini bukan semudah sifir itu.Dengan mengambil berat semua aspek yang perlu dititikberatkan insyAllah bahtera berlayar megah.
Menjadi ingatan untuk diri dan sahabat-sahabat yang belum berlayar agar aspek-aspek yang memungkin sebuah bahtera itu berlayar megah dipersiap dan diutamakan…
pahitnya bila “tanggungjawab tanpa cinta” dan “Sunnahtullah tidak selaras dgn Syariatullah”…spt aiman..ana pun ambil sebagai peringatan..
manusia mudah lupa..INSAN=LUPA..muhasabah diri kan membantu mengingati dalam usaha2 merubah diri.dari yang baik kepada yang lebih baik..ya baqi antal baqi
Salam
Sy amat2 bersetuju dgn ustaz bhw “Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…”
So, sy nak kongsi sedikit ilmu yg sy tau dlm kita membina diri kita sbg muslim yg cintakan ALLAH dan RASUL SAW melebihi segala2nya…bila dipraktiskan perkara ini maka yg payah menjadi mudah, krn akan wujud dalam hati kita kesedaran dan cinta,.. insyaALLAH…
2 adab yg ditunjukkan olh RASUL SAW ketika mengadu kpd ALLAH dlm doanya: “ilaika ashkuu dho’fa quwwatii (mafhumnya: kpd-MU aku mengadu di atas kelemahan diriku)” ..ini berlaku ketika RASUL SAW di halau dr bumi thaif..
1- RASUL SAW hny mengadu kpd ALLAH SWT, tidak selain-NYA.
2- Walaupun RASUL SAW dihalau, diperlakukan dgn perlakuan yg amat buruk oleh penduduk thaif hatta mengalir darah yg suci itu ke bumi, namun BAGINDA SAW tidak mengadu perihal buruk mrk kpd ALLAH. Apa yg diadukan RASUL SAW??? ttg kelemahan dirinya, ttg lemah strategik dakwahnya…ini menunjukkan bhw RASUL SAW mengajar kita agar pandang diri kita, koreksi diri sendiri, jgn mencari kesalahan org lain.. dlm peristiwa ni yg salah dan jahat jelas adalah penduduk thaif kan…so macam tulah…
Sy minta maaf ustaz klw apa yg sy kongsikan ini tak bertepatan dgn artikel. Tp ini yg sy nampak, utk bahagia bukan sekadar dlm rumahtangga bahkan dlm hidup kita dunia akhirat..klw salah minta maaf ye…:-)
Mengadulah kepada Allah, seperti Rasulullah SAW mengadu kepada-Nya. Tetapi jangan hanya mengadu kepada Allah tanpa membuka mulut menyelesaikannya sesama manusia. Antara suami dan isteri…
Baca Sahih al-Bukhari dan Muslim, nescaya akan ketemu…bahawa Rasulullah SAW tidaklah hanya bercakap dengan Allah dan mendiamkan diri di hadapan isteri. Dengan Allah baginda mengadu, dengan manusia baginda turut berbincang
mula-mula baca tajuk artikel ustaz rasa takut pulak nak kawin Sabtu ni..tapi lepas baca sampai habis alhamdulillah rasa banyak boleh diambil teladan..terima kasih ustaz
Selamat pengantin baru dari kami sekeluarga! Semoga dikumpulkan Allah kalian berdua di dalam kebaikan
salam ustaz. Alhamdullilah..baik utk dijadikan panduan dlm hidup berumahtangga. terima kasih kerana sharing..:)
Salam.
Meski saya belum berkahwin, saya tidak sukar untuk bersetuju dengan pandangan ustaz. Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama insyaAllah adalah sebahagian dari definisi sempurna itu.
Moga agama tidak menjadikan manusia ego seolah tahu segalanya. Kerana agama adalah rasa rendah diri terhadap Tuhan, dan rasa ‘bangga’ kerana diizinkan mentaati-Nya
Salam…selepas saya membaca artikel ini (untuk kali yang 3 sebenarnya) saya termenung seketika disini, memandang monitor sepi…melihat balik alam rumahtangga yang saya lalui selama 5 tahun ini…ya Allah sesungguhnya banyak yang telah dilalui…hari demi hari…pertengkaran demi pertengkaran…ramadhan demi ramadhan…syawal demi syawal…kad ucapan demi kad ucapan…bunga demi bunga…jurang yang amat jauh itu…semakin hari semakin dekat…namun kesabaran yang harus dilalui bukan sedikit nilainya…semakin dicuba semakin sukar…namun saya tidak akan mengalah di sini sekali saya mara tidak akan sesekali saya berundur…Ya Allah hambaMu yang amat kerdil ini memohon dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan seribu satu dugaan, semoga kami tergolong di dalam golongan hamba-hambaMu yang tahu bersyukur, golongan para syuhadah dan isteri-isteri yang yang solehah yang engkau berkati…semoga bulan Syaaban yang Engkau muliakan ini membawa kebaikkan bagi semua umatMu…hanya dengan doalah membuatkan diriku ini tenang…doa itu umpama senjata dan pelindung bagiku……
peringatan berguna buat insan..hingga ana sendiri kelu utk berkata sbrg kalam.. resah juga memikirkan gerbang perkahwinan.. perlu ada koreksi diri saban waktu saban hari..
moga badai yang melanda sekalipun, ada jalan pulang..
syukran ustaz..
saya setuju dengan pandangan kak ija. suami sibuk berjuang di luar, lupa nak bagi pengisian pada isteri yang dah lama tertinggal dengan gerak kerja haraki di luar. walaupun isteri pernah mendpt tarbiah yg sama di alam belajar, jgn disangka semangat dan kefahaman tu tak akan luntur sampai bila2. kena juga sharpen the saw para isteri ni. takut lama2 isteri akan membenci perjuangan suami
Suami jangan lupakan point penting ini.
Isteri juga jangan hanya bergantung kepada suami. Kena proaktif.
Sangat setuju ustaz.
Ana sokong point penting ustaz 2. Dlm prjuagan islam si isteri perlu memahami keadaan suami. Kalau x goyah mgkn akn brlaku.. Btl x ustaz?
isteri kena faham perjuangan suami. begitu juga suami kena faham dan appreciate pengorbanan isteri. kena give and take dan jangan paksa rela.
Sebagai isteri, saya redha apabila suami pergi berdakwah atau berprogram. Adakalanya saya sertai sama. Most of the time saya tak ikut bcoz terpaksa jaga anak2 di rumah walaupun hati kecil nk ikut serta.
So, tugas para suamilah yg sampaikan bahan ceramah pada isteri yg tinggal kt rumah.
Tapi yg sedihnya, ada suami yg kata isteri kt belakang isterinya tu tak aktif dakwah padahal isteri tinggal kt rumah bcoz terpaksa.
Dalam perkahwinan, it takes to tango. Jgn salahkan satu pihak aje bila perkahwinan goyah.
iman perlu sentiasa diperbaharui..”syari’atullah dan sunnatullah harus berjalan selari” …satu ayat fikrah saifulislam.com yg menepati jiwa kita sebagai da’ie yg juga insan biasa.apabila keseimbangan ini dicapai, barulah insyaALLAH kita akan tenteram..terima kasih ustaz.
Salam.
Artikel yang membawa ingatan saya kpd perbualan bersama abu saif seusai kami makan tengah hari di serdang minggu lepas. Mengenai realiti alam perkahwinan.
Bagaimana cabaran & badai yang melanda insan yang mengakui Dialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. “Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik dengan dengan Ahli Keluarganya & Akulah yang paling baik dengan ahli keluargaku.”.
Bagaimana konflik antara isteri2 nabi perihal makan madu sehingga Nabi mendapat teguran dari Allah mengenai keadilan & mengharamkan yang halal. Kes berat tu.
Juga bagaimana kisah konflik “Hadith Ul-Ifk”. Kisah fitnah terhadap Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah. Ternyata sebuah rumahtangga yang paling ideal pun tidak dapat lari dari ujian & badai. sememangnya itulah realiti alam perkahwinan.
Namun, pemilihan wanita/pasangan yang beragama/memiliki asas agama yang baik akan memudahkan proses “pulang kembali” ke jalan yang lurus akan menjadi mudah. Fikrah islamiyyah yang pernah terasuh ke minda suami/isteri akan membantu proses pemulihan pasca konflik & insya Allah ia akan menjadikan hubungan antara pasangan semakin intim & bertambah sayang kerana ujian itu membuktikan kesucian & keikhlasan cinta & kasih sayang yang telah terjalin.
Saya sering berpesan kepada teman2 yang bakal menempuhi alam perkahwinan, selamat datang ke alam penuh cabaran. Beberapa tahun yang awal ini akan dihiasi dengan pelbagai konflik & dugaan.
Masakan tidak, selama sekitar 20-25tahun sebelum itu alam perkahwinan itu, dua insan dengan latar belakang yang berbeza, jantina berbeza, dari ‘planet’ yang berbeza “Men From Mars & Women From Venus” kata John Gray, tiba-tiba bersatu & tinggal bersama, sudah pasti akan menghasilkan perbezaan yang banyak. Usaha untuk mendapatkan titik tengah / ‘equilibrium point’ (persilangan/kesefahaman) akan menuntut masa yang tidak sedikit & kadang kala tiada berkesudahan.
Kita akan terus berubah setiap hari dari hari pertama akad nikah dilafazkan sehingga hari pertama anak dilahirkan & menjelang hari pertama pernikahan anak kita sehingga lahir cucu pertama. Perubahan akan mengambil tempat pada setiap fasa. Justeru, proses memahami pasangan kita juga akan perlu seiring.
Namun, apa yang penting ialah NIAT perkahwinan serta MATALAMAT YANG JELAS akan memudahkan kembara di alam ini. Sekiranya ianya dapat diatur & dirancang dengan baik, cabaran mendatang bakal dihadapi bersama dengan tabah & berhikmah.
Alam perkahwinan menjanjikan kemanisan & kepahitan. Kitalah yang harus memilih. Bagi saya & sering saya titipkan pesanan ini buat isteri yang amat saya cintai, yang setiap pagi & malam akan saya ucapakan I LOVE YOU SAYANG.. “Berfikirlah secara positif, Pilih Untuk Berjaya & Bahagia..” Kita pasti BAHAGIA & BERJAYA I-Allah.
P/S: sekadar catatan diri, perbetulkan mana silap, tambahlah yang mana kurang. Ikhlas dariku..
Terima kasih untuk satu perkongsian yang sangat memaknakan kami dengan erti hidup ini….
Semoga kita semua dikurniakan kesabaran menghadapai badai-badai kehidupan..Allah sahaja tempat kita bergantung harap..
Bersangka baik pada ALLAh dan sentiasa mengharapkan pertolonganNYA…
Jazakallah untuk satu lagi perkongsian yang sungguh bermakna.mungkin juga satu permulaan yang kita nmpak baik tapi hakikatnya tidaklah benar2 baik di sisi Allah…dalam menjaga syariat sebelum dan selepas “permulaan yg baik” itu mgkin ada lagi yang “bocor” yg sebenarnya mungkin mengundang amarah Allah.natijahnya, rumah tangga goyah di pertengahan jalan..there is no harm in that if we realize about it and be prepared to repent to HIM and be prepared to correct our mistake.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, setelah puas menanti, dapat juga saya membaca nukilan ustaz ini.. Terasa segar kembali minda yang hampir berkarat dimamah ujian.. Rupa-rupanya jiwa ini telah lama kosong.. Buku-buku agama dibaca juga, namun tak sama dengan nasihat yang ikhlas dari seorang yang dikenali.. Insya Allah akan saya teguhkan kembali keimanan diri, dan berusaha tanpa putus asa.. Mungkin saya telah putus asa pada awal perjuangan, maklumlah tengah dalam pantang.. Insya ALlah, saya pohonkan doa dari pembaca dan ustaz sekeluarga, agar saya diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini, dan agar keluarga kami dilindungi Allah.. Saya akan kembali berjuang demi kasih sayang yang tak pernah kunjung padam.. Saya hargai nukilan ustaz ini, semoga ALlah memberkati usaha ustaz dan seisi keluarga. Wassalam..
Salam..
Semoga Puan ‘syukur’ berbahagia di dunia & di akhirat. Semoga Puan tabah menghadapi hari – hari yang mendatang. Semoga keluarga Puan bersatu menghadapi segala ujianNya. Tiadalah kejayaan yang lebih manis, melainkan apabila kita mampu bangkit dari kegagalan yang berlaku sebelum itu. Ianya adalah lebih bermakna.
Waktu berpantang adalah situasi yang amat mencabar minda, emosi, spiritual dan fizikal. Paling tak best sebab tak dapat solat dan bertahajjud di tengah malam. Sedangkan solat itulah di antara perisai iman yang paling solid dan paling ‘syaitanproof’ yang kita ada. Orang mungkin menganggap ini perkara yang remeh, tapi bagi mereka yang pernah merasa, pasti tahu akan peritnya jiwa tika ujian yang melanda itu dengan mudah meroboh pintu kaca insan yang tidak dapat bertahajjud. Semoga Puan sentiasa dilindungiNya. Ameen.
Wasalam.
salam ustaz….
artikel2 ustaz sgt menarik n up to date, cume kdag2 bce jd risau plak nk kwin….huhu
mcm kompleks jer……
keep up the good work….
Wsalam wbt.
Artikel ini memang ditulis untuk mencampakkan kerisauan ke jiwa orang yang nak berkahwin, terutamanya student yang sedang mabuk bercouple dan lelaki yang semberono nak berpoligami. Dua target audience
Ya Allah, ampunilah dosa2ku. Dan dosa2 suamiku. Segala kelemahan suamiku, ada pada kelebihan yang Kau pakaikan kepada ku. Begitu juga kelemahanku, suamiku itu adalah pakaian terbaik buatku. Sungguh Engkau sebaik-baik perancang.
Ya Allah, aku sudah berusaha memilih yang terbaik. Namun aku juga sedar, manusia itu insan. Perlu dipesan, perlu diingat. Kami lalai ya Allah. Kami lupa ya Allah. Ampunkan kealpaan dan kelalaian kami. Kami sama2 berdosa ya Allah. Maka ampunkanlah kami.
Ya Allah, melihat kepada kekurangan itu lebih mendekatkan kami kepadaMu. Sesungguhnya kami hanya bergantung kepadaMu. Betapa tingginya harapanku untuk melihat suami mendidikku, namun Engkaulah sebaik-baik Pendidik. KitabMu mengingatkanku, Engkau tidak akan merubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri yang mahu mengubahnya.
Ya Allah, aku telah berusaha memulakan yang terbaik. Namun aku sedar, jalan yang lurus itu penuh onak ranjau berduri. Untuk aku terus istiqamah, kitabmu perlu ku belek dan ku tenung. Golongkan aku dan suamiku ke dalam golongan yang berfikir, yang merenung kejadianMu, yang mensyukuri nikmatMu, yang tetap di atas jalanMu.
Ya Allah kurniakan kami kekuatan, kesabaran, ketenangan hati dan kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Ameen Ya Rabbal Alamin!!!
Tiada apa yg pasti dalam dunia ni. Tiada apa yg sempurna dlm dunia ni. Kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kamu bermula tapi lebih penting di mana kamu akan berakhir..
Salam.
Syukur Alhamdulillah..Allah gerakkan hati untuk membaca artikel ini berserta komen2nya. Begitu berat rasanya saban hari menanti siapakah dia yang dijanjikan untuk menemani diri ini.
Takut untuk menghadapi hari esok yang tidak pasti apa yang akan berlaku. Mungkinkah diuji dengan kesusahan dan pengorbanan dalam kenikmatan seperti Saidatina Khadijah? atau diuji dengan kesusahan dan kezaliman seperti Asiah?
Ya Allah, tenangkanlah hatiku. Engkau Maha Mengetahui akan siapa yang terbaik buatku. Pertemukanlah kami dalam ketenangan..
Semoga Allah membuka hati2 pasangan muslim untuk bercinta dan bertanggungjawab. Ameen..
sukar untuk difahami bagi org yg tidak berada diposisi spt kami yg mengalami proses retak menanti belah. Teramat byk persoalan dan asbabnya kenapa pasangan akhirnya rebah dipertengahan jalan.
amat sukar untuk dijelaskan..
amat sukar untuk menjelaskan..
amat sukar untuk menceritakan.
apa yang kita impikan pada pasangan tidak realitikan. sudah diberi petunjuk,harapan, sokongan. tapi pasanganku masih tidak cuba usahakan. bila berkongsi konflik peribadi ini dgn org lain, mereka kata bertolak ansurlah..
ibarat spt ketagihan seseorang dalam sesuatu hobi, atau makanan..ia takkan ubah tabiat itu biar org mengutuk. kerana itu tabiatnya yg tidak menyusahkan dirinya atau sesiapa.
begitulah dalam hal perhubungan. setengah org suka isterinya gemuk, ada yg suka isterinya garang, ada juga yg suka isterinya membelai..
rushdi yakin anda sebahagiannya faham apa yg rushdi cuba sampaikan.
pakar kaunseling sendiri belum tentu mampu.
pakar kaunseling tidak bertugas untuk menyelesaikan masalah orang lain. pakar kaunseling hanya bertugas menyusun fikiran orang yang bermasalah agar dapat diselesaikan satu persatu.
jika kita percaya yang kita tidak boleh dibantu, maka selamat tinggallah diri dari penyelesaian…
salam ustaz, terima kasih atas nasihat ini..
saya semakin memahami konsep sunnatullah dan syriatullah..
kelihatan lebih jelas apabila ustaz membandingkan kedua2nya serentak…
apa yg saya dapat relatekan pada saya,( sebgai insan yg tak kawin2 lagi ni), ialah dalam penjagaan hubungan dengan kawan2…
marah dan benci, saya baru tersedar perbezaannya…
bezanya hanya pada harapan.
tidak mudah berputus asa..
apa2 pun, syukran jaziila..
Salam…
Berdasarkan pemerhatian sy byk masalah dlm dunia ni terjadi kerana masalah komunikasi. Tidak berterus-terang, tiada perbincangan, suka buat sangkaan dan tidak merendahkan ego. Bukanlah sy hendak menidakkan ego 100%, tp dgn merendahkan ego kte jd berani utk berkata benar, jujur mengakui kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri. Jadi, perbincangan jd lebih mudah dan telus. Sy ad terbaca dlm satu buku (maaf, sy terbaca kt bookfair br2 ni, so xpsti tajuk n pengarangnya), ‘if we want to gain others trust, let we be transparent.’
Dan teramatlah penting utk sentiasa muhasabah diri…
Sekadar berkongsi pendapat krn diri ini belum melangkah ke alam rumah tangga.
wahh.. alhamdulillah. artikel yg bgus utk para ibu bapa. saye sudah begitu kecewa mendgr crite2 kawan2 mahupun remaja2 lain di dada2 akhbar ataupun majalah mengenai masalah rumah tangge ibu bapa mereka. yg menerime kesannyer?? tentunye anak… jadi x hairanlah jika gejala sosial semakin menjadi2… pegangan agama krg kukuh.. masyarakat? suke menghukum… seharusnyer mendekati mereka dan cube memahami perasaan mereka….
igtlah bhwa doa anak2 yg soleh merupakn antr 3 amalan yg xkn putus pahalenyer selepas mati…..
Subhanallah…syukran diatas ‘bicara hati’ ustaz buat kami pengunjung saifulislam..
salam untuk semua
alhamdulillah…..satu entry yang cukup banyak memberi peluang kepada semua pembaca untuk berfikir dan cuba untuk memahami….
Alam perkahwinan tidak semudah yang disangka oleh pasangan yang bercinta….dan tidak selalunya indah melainkan kedua2 pasangan sentiasa kembali kepada ALLAH dalam apa jua keadaan…..bila kembali kepada yg HAQ……nikmat kesenangan tiada tandingnya, …..dan andai kata diuji dgn kepayahan,derita dan segala macam ujian dan cabaran…..ianya juga boleh jadi indah andai diiringi dengan kesabaran yg tinggi, kasih sayang yang tidak berbelah bagi,doa,usaha,tawakkal kepada allah…..dan segalanya dipulangkan kepada yg MENGUJI kita….. menitis air mata ini bila dikenang ….setinggi2 kesyukuran kepadanya .
tanpa kami sedari….alhamdulillah bahtera yang dilalui hampir 7 tahun…..kupanjatkan segala doa agar kami diberi kekuatan untuk mengharungi sebrg cabaran dgn cara yg terbaik…..sehingga kasih sayang kami suami isteri dan anak2 tercinta semakin mekar dijambangan kasih ilahi …..
andai ombak kuat melanda bahtera……jangan disangka tiada harapan,….ingatlah semakin kita diuji,….itu tandanya kasih Allah kepada kita,dan DIA tidak akan membebankan hambanya melainkan dengan kesanggupannya….seperti firman ALLah dalam surah al-baqarah ayat 286 ( betulkan jika tersilap)…..
berdoalah semakin banyak kita diuji, semakin dekat kita kepadaNya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah denagn cara yang terbaik…..
adakalanya,kita terlalu mengharap sesuatu yg ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yg ada pada pasangan didepan mata kita…..sehingga kita cuba membandingkan dengan yang lain,……melainkan dgn niat untuk dijadikan contoh tauladan yang baik….
bersabarlah para isteri dgn suami yg kebanyakannya akan diam membatu …….dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yg adakalanya tak henti2……
Ingatlah, bila sahaja …..lafaz ” Aku terima nikahnya……” di lafazkan, kitalah pasangan yang terbaik untuk satu sama lain,…..berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain…..dengan segala kelebihan dan kebaikan yang masing2 ada…….dan bukannya untuk meruntuhkan masjid yg dibina atau memisahkan ikatan yang terjalin….. pendek kata menuding jari kepada pasangan sahaja.
kadang2 apabila syaitan dah masuk dalam diri…..macam2lah tindak tanduk kata yang tak releven,…..sehingga kita tidak sedar apa yang terlafaz,terbuat atau terlintas dihati….
bagi para isteri,…..ingatlah bergegar arasy allah sekiranya kamu minta apa yang hanya dimiliki para suami..( minta berpisah)…..
kehidupan selepas itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan,….selagi ada jalan berusahalah yang terbaik.
alhamdulillah,saya sts diingatkan……sabar,sabar,sabar dan sabar, banyak munajat pada allah,doa,solat taubat,solat hajat…..
ambik wudhu’……baca quran…..insya’allah itu akan menyimbah api kemarahan kita hasutan syaitan durjana…..mintalah keampunan dari ALLAH…..semoga segala ujian kita tempuhi dgn baik dan mampu menghapuskan dosa2 kita dan bukan menambah dosa2 yg sedia ada….
well, i’ve to go actually…..but would like to bring all of us to recall on cerita nabi ayyub dalam (surah Al-anam ayat 85)…..(tlg betulkan if salah….) wheneva we encounter any obstacles and fikir…..”oh this’s the end of d marriage”……
Nabi ayyub sangat sabar. Kesenangan menyeronokkan. syaitan mintak permission unt rosakkan nabi ayyub….and Allah give d permission except jgn rosakkan lidah and hati.
So dimatikan segala tanaman,tunggangan,etc….masih sujud dgn allah.
dimatikan anak2….masih sujud dgn allah
Diberi sakit tubuh badan,sehingga berbau busuk,berulat……isteri dan kawan kawan menjauhkan diri….isteri minta cerai……masih terus sujud dgn Allah…..sehingga ulat jatuh keluar dari badan, nabi ayyub masukkan semula ulat kedalam bdn sbb takut ulat mati tak makan.
sehingga 12 tahun merana ,tetapi tetap takut,tunduk,redha pada ALLAH dengan penderitaaan yg dialami kerana merasakan ia cuma sedikit sahaja berbanding dengan nikmat allah yang terlalu banyak dan tiada tandingnya.
begitulah tahap kesabaran nabi ayyub untuk jadi pedoman…..
So,….tanya diri kita balik,….dugaan yang bagaimana kita harungi sehingga hilang secebis kasih sayang kita antara pasangan….kembali pada Allah dan muhasabah diri.
Pokok pangkalnya……BERSABAR itu nikmat yg tiada tandingnya…..kerana selepas bersabar dan mengharungi dugaan hidup suami isteri dengan cara yang paling baik……ada nikmat lebih besar lagi yang menanti kita insya’allah.
wallhu’alam.
dan…. tak lupa juga,segala kesyukuran ku panjatkan pada ILAHI di kurniakan seorang suami yang sangat bersabar dengan segala kekurangan diri dan juga anak2 yang sentiasa menjadi ubat dan penawar dikala duka.
semoga kita sts terdidik menjadi insan soleh dan solehah.ameen.
sekiranya….ada yg tak betul,tolong betulkan…syukran jazilan
teringat ibu sy pernah cakap… sejahat-jahat dan senakal-nakal budak sekolah agama, mereka akhirnya mudah kembali ke pangkal jalan…sy rasa sebab mereka pernah tau dan faham.
sama la dgn situasi suami-isteri… seteruk mana konflik dihadapi, mereka akhirnya akan ingat balik kenapa rumahtangga itu dibina. janji kene permulaan yg baik… kalau sebaliknya susah la sikit.
Sayangnya, tidak semua mereka itu kembali kepada yg baik. Bahkan terus hanyut dan lemah utk membuat perubahan.
Ada yang ‘jahat’ tapi berubah dan kembali insaf. Tahu tapi tak mahu lagi teruk daripada tak tahu tapi mahu. Mereka yg tahu agama kadang2 menggunakan agama utk niat kotor mereka. Yang ni merbahaya lagi merosakkan..
Maka kita takleh stereotype atau generalisekan semuanya…
Sekali baca, artikel ini mungkin hanya sesuai bagi mereka yg belum berkahwin, sedang berumah tangga dan esp yg sedang bergelora hidupnya.
Mungkin bagi mereka yg telah memilih jalan sendiri atau berpisah serta putus asa, ianya tidak relevan dan praktikal lagi. Ada yg berpisah kerana diminta, ada yg berpisah kerana terpaksa, ada yang ‘berpisah’ (walaupun sebumbung) kerana putus asa atau malas dan tak sempat nak fikir.
Namun, saya rasa artikel ini masih lagi relevan utk kita koreksi diri. Maybe, saya bukan org yg terbaik utk berkata2 kerana dgn ilmu dan pengalaman yg sedikit mungkin saya hanya budak hingusan.
Saya cuma nak tambah sedikit daripada apa yg dinukilkan oleh ustaz (walaupun most of the content adalah hasil perbincangan kami bersama, tp seperti biasa ustazlah ‘Guru’nya).
Bagi yg sudah berpisah, masih tidak terlambat utk buat koreksi diri sama ada utk persediaan masa hadapan atau utk mengubah persepsi tentang diri contohnya jika selama ini kita hidup dgn dendam dan benci, mungkin dgn melihat dgn persepsi yg lain, pemahaman dan azam akan menjadi lebih positif.
Koreksi diri.
Adalah penting setiap pasangan buat koreksi diri dari masa ke semasa. Tidak bermakna, selepas 10 tahun perkahwinan aktiviti ini tidak relevan lagi bahkan makin bertambah usia perkahwinan itu, lagi penting dan kritikalnya proses muhasabah ini.
Bagaimana antara statistik yg merisaukan saya ialah kes penceraian yg meningkat di kalangan mereka yg berumur 40 tahun ke atas. Lazimnya pada usia ini, anak2 telah dewasa dan berdikari. Bapa pula sibuk dgn aktiviti luar dan kawan2 sepejabat. Manakala ibu banyak menghabiskan masa dgn anak2. Tidak kurang juga yg memilih utk menjaga cucu padahal pada waktu inilah hubungan suami isteri paling kritikal.
Proses perbincangan tidak memilih usia perkahwinan. Ianya harus dimulakan dari awal, agar tidaklah pula kekok di kemudian hari. But, seperti pepatah Inggeris, ‘Better late than never’.
Proses perbincangan harus dilakukan bersama supaya ada input, tindak balas dan jawapan bagi setiap persoalan pasangan. Suasana yg bersuaian dan rileks amat penting. Tidak perlu tunggu bercuti baru nk buat refleksi. Sewaktu driving (my favourite time, supaya tak ngantuk masa drive), sebelum tidur dan waktu santai yg lain malah mana2 waktu yg bersesuaian pun ok. Bahasa yg lembut dan tidak meninggi diri sepatutnya digunakan kepada pasangan. Jika perbincangan telah dimulakan dgn pergaduhan, cuba utk membawanya ke arah yg lbh positif dgn membezakan antara Marah vs Benci. Suami harus pandai memujuk rajuk dan amuk isteri manakala isteri harus pandai memujuk diam suami. Diam tidak akan membawa apa2, ia cuma hanya ‘Sweep the dust under the carpet’.
Putus asa
Seperti yg ustaz sebut di atas, jangan sesekali kita putus asa. Jangan mengalah sebelum kalah. Selagi kita tak berusaha to the max, jgn berhenti. jgn tutup segala ruang utk berubah dan mengubah.
Setelah berusaha, at the end Allah lah tempat kita mengadu dan pasrah. Pendek kata, Allah lah tempat tempat kita sandarkan segala urusan agar kita terus kuat dan tabah. Doa senjata mukmin/ah. We will be amazed bagaimana hubungan kita dengan Allah dapat mengatasi segalanya!
Kenapa perlu mengembalikan Cinta
Tidak kira apa status atau keadaan kita, tetapi saya yg kurang pengalaman ini merasakan setiap manusia itu entitled & deserved utk hidup dlm tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang utk cinta, maka sirami dan bajailah ia. Cinta pada lafaz ‘Aku terima nikahnya..’, sesungguhnya mampu dan masih ada utk dihadiahkan bersama.. Bak kata abu saif, Tanggung jawab Tanpa Cinta hanya memenuhi tuntutan syariatullah tetapi tidak sunnatullah.
salam,
point 1: hehe..ana mula2 kawin dulu, kalau duk selisih faham ngan suami, suka bukak balik surat2, kad2 yg pernah diberikannya…sampai mengalir air mata mmbaca bait2 ayat dan kata2 dlm surat dan kad2 tersebut..terasa hati tu kuat semula. apa kata org, refresh rasa cinta ecewah..:)
point 2: wlwpun sehebat mana kelayakan agama seseorang, hatta tahap prof. emiritus or prof. diraja, tp kalau ada masalah sikap,contoh, ego, baran, tak boleh tolak ansur, perasan bagus dll sifat negatif.. susah nak bahagia rumah tangga…itu sebab tak hairan kalau mrk yg bergelar ustaz dan ustazah pun boleh bercerai, na’udzubillah..
point 3: sokong sangat2 rumahtangga adalah medan perjuangan..kalau kita hayati..apapun yg datang, kita hadapinya dengan berani di samping memohon kekuatan drp Ilahi dan memohon petunjukNya supaya memberikan jalan keluar..insyaAllah, mudah Dia tunjukkan jalannya
point 4: pada pasangan yang dah brkahwin tu, tak kiralah baru or lama bertahun2..pernah tak kita berdoa, walau sekali minta pasangan kita sentiasa menyintai kita, minta supaya kasih sayang dia tak pernah surut pada kita, paling penting, pernah tak kita minta dan berdoa ALlah sentiasa mengampuni dosa2 pasangan kita? kerana pada saya, doa mmemohon keampunan pasangan tu penting sbg tanda sayang kita pada dia sampai ke akhirat..
point 5: untuk bahagia rumahtangga, kena berusaha untuk bahagia..bukan sehari dua, tpi sentiasa..sehingga akhir hayat kita dan pasangan kita. kalau isteri dpt suami yg tak bijak kendalikan rumahtangga, isteri kena beri tunjuk ajar, tp bukan cara queen control. begitu juga ngan pihak suami..
point 6: sebelum berkahwin, syaitan akan cuba sedaya upaya utk menggoda pasangan itu melakukan dosa..tetapi stelah berkahwin, syaitan juga akan berperanan untuk meruntuhkan rumahtangga..belajarlah tidak menurut kata hati yg sedang marah..krn ia membawa padah, terutama pada pihak suami, tu sebab ada kes suami yg mulut ‘ringan’ aje sesedap rasa lafaz cerai secara kinayah atau sarih semata2 lepaskan amarah di hati ketika berselisih faham. tu yg jadi kes terlafaz talak 3. sabit talak di mahkamah, dah jadi gila talak. sudahnya sanggup berzina semula dngn bekas pasangan suami/isteri. na’udzubillah. akhirnya, ambil jalan cina buta. itulah kesan amarah, daripada satu dosa ke satu dosa dibuat. na’udzubillah.
hmm..setakat ini yg terfikir nak bagi pandangan..kalau teringat yg baru, saya datang tambah lagi
Orang latar belakang agama juga manusia biasa. jika takdir jodoh hanya sebentar apakan daya? jangan kita salahkan semua kenapa tidak utuh dalam perhubungan. Tiada lagi cinta untuk apa lagi memaksa? yang mengalami sahaja memahami. i`m agree with rushdi:)
anda yg hidup berbahagia sebagai pasangan berdoalah utk diri masing2 agar kekal hingga ke syurga. tapi yg kecundang, mencari cinta baru tidak ada salahnya.
ujian antara kita tidak sekali2 sama. tak akan tahu jika tak pernah merasa.
Baru belajar temui “cinta manusia”. semoga cinta ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Nya.
Terima Kasih ustaz, artikal ni memang betul2 buat saya berfikir dan terus berfikir. There are lots of responsibilities awaiting once i get married (mahu menyedarkan diri ini selalu)… Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang benar lagi lurus.Ameen
sulit..complicated..kita memudahkan segala, meski banyak perkara terbatas dan banyak perkara semakin lupa apabila mengenali dan mahu mengenali…sulitnya di alam percintaan. Maha Agung Tuhan tahu perasaan ini…….:|
Salam,
dengan pengalaman saya,
1. 20 tahun berkahwin atas dasar fikrah, berada dalam harakah,
2. 9 tahun terakhir diuji.. suami yang pernah dipanggil ustaz oleh anak muridnya..
tiba2 futhur.. dengan dahsyat sekali
3. 3 tahun naik turun mahkamah
4. baru 2 tahun menjadi isteri kedua orang biasa.. yang praktikal islamnya
(dia tak berilmu tinggi macam yang first, tapi dia melaksanakan.. solatnya, solat malamnya,
puasa hanya Ramadhan, tapi lembut hati, tak pernah tinggi suara terhadap
istri2 dan anak2..menjahit bajunya, memasak adakalanya, walau gajinya melebihi 20k
mendahulukan orang yang lebih berhak.. tua kanak2, ibu bapa etc .. saya syukur..
peribadinya umpama buku LA TAHZAN…)
yang dapat saya rumuskan.. keywordnya
1. bersyukur, dan pasrah dan tawadhuk, jodoh-pertemuan-rezeki-maut telah ditulis semasa dalam rahim ibu
2. rahmat ALLAH luas..
3. redha KERANA hidup tanpa gelombang bukan kehidupan
4. bahagia ada dicelah derita, BEGITU JUA SEBALIKNYA
kerana DIA menjadikan sesuatu berpasangan..atau berlawanan..
ustaz… maaf andainya apa yang kutulis tidak begitu
selari…
salam,…
ada pepatah arab mangatakan (Raqaaiq – muhammad Ahmad Ar- rasyid- )
?????? ??? ???????? ?? ???? ????????
” Lemah semangat selepas bermujahadah , hasil daripada permulaan yang buruk”
….
juga dalam hadith
????? ?? ???????
??? ?????? ???????
harap ust dpt terangkan serba sedikit ttg pepatah arab n hadith diatas..
Allah Yahfadzak wayahdiyaka khair….!!!!!
salamZZz
salam,
ada pepatah arab yang sering digunakan oleh Duaat …
” Lemah Semangat selepas/putus asa selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk ” (Ar-raqaaiq – Muhammad Ahmad Ar-rasyid)..
harap ust boleh terangkan serba sedikit ….
Allah Yahfadzak!!!!Hayyakumullah!!!!
salamZZz
Bismillah…
Assalamu’alaikum…
Terima kasih dgn segala peringatan dan nasihat yg padat dlm artikel ni. Sangat membantu insan yang masih mencari…
Semoga semuanya dipermudahkan dan harapan insan yang serba dhaif dan lemah ini agar diberi petunjuk dikurniakn seorang insan yg terbaik utk agama, diri, keluarga dan untuk perjalanan dakwah Islam….
Semoga diri terus istiqamah di Jalan yang diredhaiNYA…
wassalam(“,)
salam…
abu saif, tahniah atas artikel yg hebat…
cm, mgkin kalau blh abu saif jelaskan apa yg dikatakan syariatullah&sunnatullah dgn lbh specific… sbb mgkin tak smua pembaca dpt faham…jzkllh
sejak awal perkahwinan kami, kami jadikan solat berjemaah sebagai amalan tetap suami isteri. Kira-kira suami saya ingin bersolat di masjid, beliau akan membawa saya saya dan anak2 sama-sama. kami harap amalan ini akan berterusan sehingga ke hujung usia, amin dan inshaAllah.
solat membuka hijab kita tanpa sempadan dengan Allah. Kita berkomunikasi dengan-Nya sekurang-kurangnya 5 waktu. Solat berjemaah suami-isteri juga byk menyelesai pergaduhan kecil yang berlaku. Juga apabila berlaku pertentangan biasanya melibatkan perasaan. Apa tidaknya bila tersentuh hati di waktu asar, terlerai dengan memohon maaf di waktu maghrib. Begitulah seterusnya.
suami isteri perlu memahami sifat masing-masing. bagi kami yg mula bertaaruf selepas berkahwin, mmg perlu byk sabar krn ia memakan masa. Letak Allah di hadapan kita sentiasa, sesungguhnya Dia melihat kita setiap masa dan tahu setiap lintasan perasaan dan fikiran kita. Maka kita akur bahawa kita bertanggungjawab sepenuhnya setiap yang berkaitan dgn diri kta ini.
Rasulullah s.a.w bersabda: wanita ‘syaqa’iqul’ lelaki. Sabdanya lagi: Sebaik-baik kalian ialah yg paling baik dengan isteri. Dan sabda baginda lagi: sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.
salam ust n ummusaif..
syukran atas perkongsian n peringatan…
semoga Allah trus melimpahkan rahmat kasih sygNya ke atas semua makhlukNya utk terus berkasih syg..bahagiakanlah kami semua ya Rabb~
Selarikan aspek syariatullah & sunnatullah dlm hdupmu..
Syariatullah mengundang tenang hidupmu..
Sunnatullah membawa bahagia kehidupan insani..
Ertikan hidup pada memberi..
Tambahkan syukur dan sabar ke dlm jiwa..
Memaknakan lagi hayatmu…. insyaAllah~!
salam ust n ummusaif…
teruskan perjuangan…
kerana yg kita beri itulah yg menjadi hak dan bahagian kita di sana nanti, insyaAllah..
selamat hari merdeka…tp bukan disini,
krn kemerdekaan yg sebenar ialah apabila berjaya memperoleh syurga Allah swt.
saya ada analogi untuk dikongsikan bersama..sekadar memohon pendapat dari ustaz dan sahabat/sahabiah sekelian…analogi ini ada kaitannya dengan topik kisah rumahtangga… begini kisahnya,
cerita 1: ada dua adik beradik kembar yang berjanji untuk hidup semati. Selepas peperiksaan SPM, si abang telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang, manakala si adik (perempuan), tidak mendapat keputusan cemerlang. Si abang mendapat tawaran IPTA manakala si adik tidak dapat apa-apa tawaran. Si abang teringin sangat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA tersebut tapi dihalang oleh si adik kerana kerana mereka pernah berjanji untuk hidup bersama-sama sebelum ini. Ibu bapa dan masyarakat kampung juga menasihatkan si abang supaya melupakan hasrat si abang untuk melanjutkan pelajarannya, kerana bimbang si adik akan tension kerana melihat si abang akan bergembira dengan kawan-kawan barunya di IPT nanti. Untuk mengambil jalan tengah si abang sanggup menunggu si adik untuk mengambil SPM sekali lagi. Dalam hal ini sebenarnya siapa yang lebih tension, abang atau adik? Harap berikan komen..
salam..
cerita 2: Nak dipendekkan cerita, si adik masih gagal untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk melanjutkan pelajarannya ke IPT walaupun telah mencuba beberapa kali. Si abang terus menunggu dan menunggu kerana teringatkan janji untuk senang dan susah bersama si adik. Tidak lama kemudiannya si adik mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil disebuah institut kemahiran, kerana tawaran tersebut telah ditolak oleh pelajar lain. si adik sangat gembira kerana itulah tawaran yang paling layak untuk dirinya. Si adik terus mengajak si abang untuk belajar bersama-samanya…si abang akur, walaupun dihatinya masih terbayang peluang untuk belajar di IPT. Ibu bapa dan masyarakat kampung semua memuji si abang kerana sanggup berkorban untuk si adik..dalam hal si abang telah berkorban atau terkorban? Saya harap dari kedua-dua cerita ini mendapat respon dari sesiapa kerana ianya ada kaitannya dengan diri saya…saya akan kongsikan cerita yang sebenarnya selepas mendapat respon dari sesiapa yang sudi…TQ
w’salam wbt..
complicated juga analogi yg diberi..ini hanya pendapat saya saja..Dalam hati saudara, apa katanya?Terkorban atau berkorban? Kerana hanya org yg mengalaminya saja yg dpt btul2 tau prasaan sendiri..Mengikut niat ..Dan juga tgk kpd situasi hidup ketika itu..
Anyway, kalau ikut fikiran ana(pd pandangan ana sbg org luar yg tak tau btul2 apa yg berlaku), situasi tu lbih byk kpd terkorban. Jika si abg meneruskan pelajaran awal2 dulu, (sambil tdk lupa kpd adiknya), sbnrnya si abg boleh lg byk membantu dgn ilmu yg bakal dipelajarinya. Mcm mana pun, si abg mestilah explain btul2 dkt si adik..Nasihat dan ingatan kpdnya tidak harus dilupakan..
sekadar secebis pendapat
wallahu’alam..
Iyelah permulaan yang baik bukan seterusnya akan baik…kita perlu tempuhi pelbagai dugaan..
Sebagai seorang isteri…kesabaran itu penting…saya pernah merasa kecewa…dan akhirnya bila difikirkan maksud sebenar perkahwinan..barulah saya sedar semuanya…sebenarnya kita yang perlu fikirkan sejauh mana permulaan yang baik itu..jika kita mahukan hanya sekejap..maka sekejap jugalah iya…
Seperti juga pembentukan perkahwinan..jika kita hendakkan ia sekejap..maka sekejaplah iya…
Kini usia perkahwinan saya baru mencecah dua tahun..banyak lagi dugaan yang saya kena tempuhi..bagi saya kesabaran dalam menghadapinya..dan sentiasa berdoa meminta supaya rumahtangga kita bahagia dan berpanjangan adalah penting…
Sebagai isteri..doakanlah supaya suaminya dapat menerima dia seadanya..kita manusia yang akan ada kelemahan..walaupun ada usaha yang kita buat untuk mengatasi kelemahan itu..tapi kekadang tidak berjaya…hanyalah doa aje yang boleh menunjukkan usaha kita itu…
Itulah pegangan saya dalam perkahwinan..sentiasa bersabar, usaha dan berdoa untuk family dan suami..dan doa -doa itu tidak pernah putus-putus meminta pada illahi….
what an enlightment.jzkk ustadz n ummusaif.
selama ni mmg sy yakin dan percaya sangat permulaan yang baik kesudahannya most usually, iA baik…just because i believe if we follow syariat Allah dan pesan nabi, kita akan dibalas dengan kesenangan dunia akhirat (the usual buat baik dibalas baik point)..without really having sunnatullah-ish point to back that up…menyebabkan, sy cuak sgt3 dan rasa cam nak give up bila berlaku little hiccups dalam memelihara perhubungan..(nasib baik ustadz pesan jalan utk org y TERsilap ialah taubat…bukan memutuskan perhubungan dalam ‘aku terima nikahnya’
)
now its clear- a successful and blessed beginning, is what makes it easier for us to find a way out (should we get ourselves lost), to come back to what we once hold on to..senang nak muhasabah.great.
dan pasal sunnatullah dan syariatullah, mungkin sy nak kongsi satu ayat…
2:143 And thus have We willed you to be a community of the middle way, [118] so that [with your lives] you might bear witness to the truth before all mankind, and that the Apostle might bear witness to it before you. [119] And it is only to the end that We might make a clear distinction between those who follow the Apostle and those who turn about on their heels that We have appointed [for this community] the direction of prayer which thou [O Prophet] hast formerly observed: for this was indeed a hard test for all but those whom God has guided aright. [120] But God will surely not lose sight of your faith-for, behold, God is most compassionate towards man, a dispenser of grace.
like this ayah (286 of albaqarah divided by 2 = 143, masyaAllah!!)
–>where it IDEALLY talks about us being community of the middle way…umat y adil…yang sentiasa usaha menyeimbangkan sunnatullah dan syariatullah….insyaAllah…
although…this article scares me at first. didnt know marriage could be so much hardwork. but what’s success without hardwork anyway..:-P
assalamualaikum…
Ramai yg menyangkakan perkahwinan ”sefikrah” menjadi jaminan kepada kebahagian yg berterusan…sampaikan adakalanya keberadaan diri dalam jemaah dianggap sebagai satu medan untk mencari jodoh..
Terima kasih atas perkongsian ustaz…Sesungguhnya…pekahwinan itu memang satu perjuangan…
ana mengumpamakan Orang yang punya monitor..mencari keypad untk menaip…ttp adakalanya dengan adanya keypad..skrin masih kosong…kerana tidak tahu apa yg hendak ditulis…
wallahualam…
Salam,
Saya ada baca, “ingatlah bergegar arasy allah sekiranya kamu minta apa yang hanya dimiliki para suami..( minta berpisah)…..”, boleh ustaz berikan boleh beri dalil/hadisnya?
Terima kasih.
salam ustaz…ana ingin tahu,bezanya seseorang tu menikah kerana menyempurnakan deen,mendapat mawaddah wa rahmah dengan menikah sebab tuntutan fitrah(or nafsu)?
assalammualaikum..
jazakallah buat ustaz kerana kongsikan ilmu nie,walaupun sy belom berkahwin namun ianya sgt penting sbg salah satu ilmu untuk bersiap sedia dgn alam perkahwinan.
apapun susah gak ustaz kalo org tak kahwin jd tempat rujukan org dah kahwin kerana di anggap kita sbg ustazah?camne tu ustaz?
ustaz boleh wat articles tentang tawar hati pada pasangan/suami? ia ada kaitan dgn isu marah dan benci yg dibincankan…sbgi isteri yg terlalu kecewa..apakah putus asa spt yg dibincangkan itu fenomena biase sbb sy sendiri maklum perasaan yg terlalu dipendam telah menjrus kpd putus asa dan seterusnya tawar hati..