Meneladani Krisis Salaf vs. Khalaf di Era Othmaniyyah

KETERBUKAAN OTHMANIYYAH
Sebagaimana yang kita semua sedia tahu, Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, masyarakat Othmaniyyah menganggap mereka sebagai terbuka dan fleksibel. Ia memberikan ruang kebebasan yang banyak di bidang siasah dan penguatkuasaan polisi dari semasa ke semasa. Di atas sifat ini, Halil Inalcik berpendapat bahawa Othmaniyyah adalah sebuah masyarakat Islam yang paling bersikap terbuka terhadap pengaruh budaya luar[i].
Keterbukaan Othmaniyyah itu telah mengundang kepada kemasukan unsur yang positif dan negatif. Kemunculan gerakan Kizilbas (“kepala merah”) yang membawa propaganda dan pengaruh Syiah telah menjadi senjata Kerajaan Safavid untuk mengkucar-kacirkan Othmaniyyah. Apabila ancaman ‘rakan sekiblat’ dari golongan Syiah ini muncul, ia telah menimbulkan suatu kesedaran betapa para Sultan perlu benar-benar menguasai ilmu pengetahuan demi untuk berhadapan dengan serangan pemikiran seperti yang dilakukan oleh golongan Kizilbas itu tadi. Sultan Suleyman I telah menuntut ilmu dengan Imam Ebussud (1490 – 1574) untuk tujuan tersebut.
KEMUNCULAN AJARAN SESAT
Perbicaraan yang membabitkan Molla Kabiz (m. 1527) menarik perhatian kita berkaitan dengan isu ini. Ketika mana berlakunya pemberontakan Kizilbas Kalender Celebi di Anatolia pada tahun 1527, Molla Kabiz telah mempertahankan pendapat bahawa Jesus adalah lebih hebat berbanding dengan Rasulullah Muhammad s.a.w. Semasa beliau dibicarakan buat kali pertama di Imperial Council, para kadiasker tidak dapat mendatangkan hujah Syara’ yang cukup untuk membolehkan Molla Kabiz dihukum. Sultan yang tidak berpuas hati dengan hal ini telah menitahkan agar dilangsungkan perbicaraan kedua terhadap Molla Kabiz dan kali ini ia membabitkan perdebatan bersama Sheikh al-Islam Kemal Pasazade yang juga merupakan kadi Istanbul. Sheikh al-Islam telah berjaya mendatangkan hujah yang menyebabkan Molla Kabiz terdiam, namun beliau tetap dengan pandangannya. Akhirnya Molla Kabiz dihukum bunuh selepas perbicaaraan itu.
Ekoran daripada peristiwa itu, pada tahun 1537, semua gabenor telah menerima pekeliling daripada kerajaan Othmaniyyah bahawa sesiapa yang meragui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah dianggap sebagai kafir dan boleh dihukum bunuh. Para gabenor juga menerima arahan agar setiap kampung didirikan sebuah masjid dan setiap mukallaf diwajibkan hadir ke Solat Jumaat. Ini merupakan langkah yang diharapkan dapat menjadi mekanisma yang boleh mengesan golongan yang menolak Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
Kemunculan cabaran yang berbentuk serangan pemikiran di dalam sebuah masyarakat sebesar Othmaniyyah, mendorong kepada munculnya kebiasaan melaksanakan agama secara penguatkuasaan undang-undang (law enforcement) dan hal ini mengundang kepada benih-benih fanatisma di dalam soal beragama[ii].
ANTARA KERAS DAN BERSEDERHANA
Lazimnya, golongan yang keras pendekatannya adalah terdiri daripada sarjana yang masyhur dari kalangan mereka yang mengajar di masjid-masjid besar yang utama. Manakala Ulama’ yang mengambil pendekatan yang lebih bersederhana adalah terdiri daripada mereka yang mengajar di Sekolah Tinggi atau berkhidmat sebagai kakitangan di institusi agama. Di antara mereka itu, adalah Taskopruluzade Ahmed (1495 ““ 1561)[iii].
Taskopruluzade telah mengkritik secara keras terhadap tindakan Ulama’ yang keras kerana pada anggapannya telah mengeksploitasi kejahilan orang ramai dan menjuruskan mereka kepada kesesatan. Katanya, “Allah menghalang kita daripada mendekati mereka yang menonjolkan fanatisma di dalam agama!” Pada tanggapan Taskopruluzade, setiap orang adalah bebas untuk memilih mazhab pegangannya. Dakwaan bahawa mazhab seseorang adalah betul secara muktamad, manakala mazhab-mazhab yang lain sebagai palsu, serta melemparkan tuduhan kufur kepada mana-mana Muslim sebagai bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Gerakan yang memilih pendekatan yang berbau fanatisma ini menjadi semakin berleluasa sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai dan ia telah menarik perhatian pemerintah untuk mengambil sikap berjaga-jaga.
MEHMET BIRGILI EFENDI
Salah seorang daripada sarjana yang bertindak keras di dalam pengajarannya adalah Mehmed of Birgi (1522 – 1573). Aktivitinya paling menonjol di sekitar tahun 1558 hingga 1565. Beliau telah mengkritik amalan-amalan kebiasaan Othmaniyyah seperti berjabat tangan dan tunduk kerana memberi hormat, budaya mencium tangan, memakai jubah-jubah yang besar dan apatah lagi perbuatan mengadakan upacara-upacara keagamaan di kawasan perkuburan sebagai Bid”‘ah dan mesti dibanteras habis-habisan. Malah serangan Mehmed of Birgi juga menyentuh beberapa polisi rasmi kerajaan Othmaniyyah seperti menggajikan mereka yang bertugas di institusi agama, menganggap pewasiatan wang serta harta alih sebagai wakaf, sebagai polisi yang batil. Pada masa yang sama, tulisan-tulisannya yang menghentam perbuatan membaca mentera dan menari-nari di dalam majlis zikir telah mengundang huru-hara di dalam masyarakat ketika itu.
Anak murid Mehmed of Birgi iaitu Kadizade Ahmed (m. 1635) dan sekumpulan pendakwah yang menjadi pengikut kepada Mehmed of Birgi, dikenali sebagai fakis, meneruskan kontroversi tersebut. Seruan mereka dari mimbar-mimbar Istanbul telah mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat dan menyebabkan masyarakat berpecah kepada dua. Golongan fakis ini menegaskan bahawa sebarang amalan yang tidak wujud di zaman Nabi s.a.w. adalah Bid’ah dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap kafir. Mereka menyatakan juga bahawa rokok tembakau dan kopi adalah haram, seiringan dengan sebarang muzik dan tari menari. Malah tuntutan golongan fakis membawa hingga kepada menuntut agar subjek seperti matematik dan ilmu sains dimansuhkan daripada Madrasah.
Seruan golongan ini berlarutan serta berkembang dan ia sampai ke suatu tahap di mana Sultan Murad IV (1623 – 1640) telah cuba untuk meraih pengaruh lantas menggubal serta menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan rokok tembakau dan alkohol serta tidak bertolak ansur terhadap mereka yang engkar.
Dakwaan golongan fakis juga mempertikaikan kehidupan mewah para pemerintah serta menyeru kepada penentangan terhadap sebarang ketidakadilan yang berlaku. Pada tahun 1656, mereka menghentam kesemua tekke (pusat kegiatan golongan Sufi) dan cuba untuk melancarkan revolusi agama secara besar-besaran.
SALAFI DIMANIPULASI
Malang sekali, apabila pengaruh golongan fakis menjadi begitu kuat, khususnya di kalangan rakyat bawahan, terdapat sebahagian pegawai tinggi pemerintah dan ahli politik cuba memanipulasi pengaruh itu dengan menyatakan sokongan mereka kepada golongan fakis. Golongan ini yang secara dasarnya cuba mengembalikan masyarakat kepada Sunnah, telah dijadikan sebagai alat konspirasi oleh golongan ahli politik itu tadi.
Akhirnya Koprulu Mehmed (m. 1661) yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengambil tindakan mengusir keluar golongan fakis ini daripada Istanbul demi untuk mengelakkan tercetusnya perang saudara.
PENGAJARAN
Inilah sebahagian daripada sedutan peristiwa yang pernah berlaku di zaman Othmaniyyah. Isu utama yang menjadi pencetus huru hara di masa itu adalah soal BID”‘AH dan fokusnya masih sama dengan apa yang berlaku hari ini.
Di dalam hal ini Katip Celebi[iv] (1609 – 1657) telah membuat ringkasan terhadap pandangan para Ulama berhubung dengan hal ini. Beliau menyatakan bahawa adat istiadat dan Bid’ah yang telah menjadi kebiasaan sebahagian besar masyarakat, tidak boleh dan tidak sepatutnya dihapuskan secara kekerasan. Bid’ah mungkin tidak sejajar dengan kehendak Syara’. Akan tetapi, manusia, sebagai hamba Allah adalah makhluk yang lemah dan tidak sempurna. Allah s.w.t. ‘menangani’ kelemahan manusia itu dengan sifatnya yang Maha Pengampun, lantas Islam lebih mengutamakan toleransi berbanding paksaan dan kekerasan. Tindakan menggunakan kekerasan ini hanya akan mencetuskan penentangan dan akhirnya mengakibatkan kegusaran serta perpecahan di kalangan masyarakat.
Katip Celebi juga mengusulkan bahawa penyelesaian terhadap fanatisma di dalam agama, boleh diperolehi dengan mengkaji beberapa sains keintelektualan sebagaimana yang diamalkan di era pemerintahan Fatih Sultan Mehmed. Padanya Mehmed of Birgi tidak memahami fungsi adat di dalam masyarakat kerana beliau tidak mempelajari Sejarah dan Falsafah. Katip Celebi juga percaya bahawa perdebatan sememangnya bermanfaat, namun ia terhad kepada sarjana (Ulama’) sahaja, dan tidak seharusnya membabitkan orang ramai.
Usaha yang dilakukan oleh Mehmed of Birgi dan pengikutnya adalah reaksi yang wajar apabila masyarakat semakin terbelenggu dengan amalan-amalan yang menyalahi ajaran Islam. Namun, usaha itu menjadi gagal kerana dua sebab yang berulang-ulang di sepanjang sejarah Islam iaitu:
-
Fanatisma terhadap pandangan sendiri
-
Menggunakan pendekatan keras dan paksaan di dalam dakwah
Inilah yang sepatutnya menjadi pelajaran kepada Ummah. Manipulasi golongan politik terhadap seruan ‘pulang kepada Sunnah”‘ ini juga mesti diberi perhatian kerana pendukung Sunnah sudah pun pernah menjadi ‘alat konspirasi’ sesama ahli Politik yang sentiasa memikirkan kepentingan politik mereka sahaja.
Ketika golongan fakis sibuk dengan isu Bid’ah, pada masa itulah Othmaniyyah jatuh merudum kerana ancaman sebenar pada masa itu adalah:
-
Serangan kuasa bersekutu dari Barat
-
Serangan Syiah dari Timur
-
Rakyat Othmaniyyah sendiri berpecah belah pada masa tersebut.
KONSPIRASI SAFAVID
Pada tahun 1599, Shah Abbas dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.
1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.
Jika pisang berbuah berkali-kali, ia rezeki yang baik. Namun, sekiranya umat Islam disengat pada lubang yang sama untuk kali yang ke seterusnya, ia suatu petanda yang malang bagi kita.
ARTIKEL PENUH >>> ulamaothmaniyyah.doc
——————————————————————————–
[i] Halil Inalcik, The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 ““ 1600, (London, Peoenix, 1997), muka surat 181
[ii] ibid, muka surat 182
[iii] Taskupruluzade Ahmed (1495 ““ 1561) adalah ahli ensiklopedia Othmaniyyah dan guru sekolah. Beliau paling dikenali kerana tulisannya Shaka-ik al-Nu’maniya, iaitu sebuah biografi di dalam Bahasa Arab yang mengumpulkan 522 sarjana Othmaniyyah dan Mawduat al-Ulum iaitu sebuah ensiklopedia Sains.
[iv] Katip Celebi (1609 – 1657) juga dikenali sebagai Haci Halife, atau nama sebenarnya Mustafa Ibn ‘abd Allah merupakan seorang ahli Sejarah Othmaniyyah yang terkenal, pakar Geografi dan juga seorang ahli bibliografi. Antara karangannya yang paling utama adalah Kashf al-zunun’an asami al-kutub wa al-funun (The Removal of Doubt from the Names of Books and the Sciences) yang mengumpulkan maklumat tentang 15,000 buku di dalam Bahasa Arab, Turki dan Parsi yang terbit di zamannya.
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
ironi betul. cam sama je skrip ceritanya di malaysia. cari-cari sendiri la ye.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
memang menarik,ia membawa kepada kita supaya lebih bermauizatun lilhasanah dalam menangani masalh-masalah yang melibatkan pertembungan antara adat dan syarak…Membuka pemikiran.Kredit utk Ustaz…=)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
oops lupa bagi input supaya boleh dibincangkan. Ideal Solution tak semestinya Practical Solution. Ideal solution seperti “laksanakan sistem khalifah untuk kebaikan umat” bukanlah practical solution dalam keadaan sekarang ini. Kita perlukan practical solution untuk kearah ideal solution.
Nabi pernah menggugurkan statement “Muhammad adalah Nabi utusan Allah” dalam perjanjian Hudaibiah pertama. Kerana memikirkan permintaan masyarakat madinah ketika itu. dan perjanjian diterima.
Pada perjanjian kedua, ia dimasukkan kerana masyarakat madinah telah boleh menerima.
Bertindak mengikut waqie.
Mohon koreksi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kejadian yang sama juga pernah berlaku di Andalus.
Kesemua pengulangan peristiwa ini membawa kepada jatuhnya umat Islam. Hmm, apakah ada yang mahu meneladaninya…
Seksa belajar sejarah ni…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
cuma teruja dgn keberanian mehmed brigi menegur polisi pemerintah.
Mungkinkah jika dia tidak mencampuri polisi2 pemerintah, mungkin dia dan murid2nya tidak akan ditentang leh kerajaan Uthmaniyyah sendiri.
Mungkin benda yg sama boeh dilihat di Malaysia. Aliran yg sama spt Mehmed Brigi nampaknya buat masa skrg amat disayangi kerajaan, tokoh utamanya di Malaysia (walaupun ramai lagi tokoh senior tetapi tidak popular) seringa kali muncul di dada akhbar perdana.
Akan tetapi, sampai bilakah ia akan berterusan atau akan muncul satu titik nanti kerajaab Barisan Nasional merasa tergugat dengan ‘Mehmed Brigi’ Malaysia, dan mula mengambil tindakan2 yang pernah dilakukan kpd ustaz-ustaz dan pendakwah-pendakwah lain sebelum ini yang tiada kaitan pun dgn aliran ‘Mehmed Brigi’. Mereka dulu popular dipentas forum perdana, akan ttp apabila sedikit menyentuh polisi kerajaan, maka ramailah pendakwah tersebut ghaib dr media massa.
Tidak mustahil ia akan berlaku di Malaysia sebgmana berlaku di Turki. Jd, apa persediaan kita, mahu menumpukan isu-isu bid’ah kecil-kecilan dan menumpukan kpd masalah sekularisme, hedonisme dan lain-lain. Mungkin boleh, tapi ditakuti bila hedonisme dan sekularisme berjaya dikekang, kita menghadapai masalah pula utk mennetang bid’ah kecil-kecilan lantaran sekian lama kita mendiamkan diri kpdnya dan tidak berbuat apa-apa.
Dan saat bilakah kerajaan akan mula rasa terancam. Mungkin 2-3 tahun lagi, siapa tahu bukan!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 3rd, 2009 7:21 pm:
@masri,
tertarik untuk membaca kembali komen Lobai Tampin ini setelah dua tahun masa berlalu…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Masri, perkara futuristik biarlah Allah yang tentukan. Mungkin perkara2 kecil-kecilan itu akan terhapus setelah perkara2 yang besar dilaksanakan. Waallahu a’lam. Kita cuma boleh menoleh kebelakang mengambil pengajaran, merancang yang terbaik untuk masa depan dan berdoa(tawakkal).
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ohh ya Abu Saif, perkara yang sama di Andalus tu adakah perkara yang sama dinyatakan dalam video “When the moors ruled in Europe”?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
‘BID’AH’……….. Betul2 berbisa…… pro dan contra………
syukran Ustaz….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
krisis salaf vs khalaf ???
ustaz boleh tak beri sedikit perjelasan pd ana, kenapa ‘khalaf’ perlu di ’salaf’ kan?? ape pentingnya??
Adakah pertembungan Salaf dan Khalaf dlm bab Bid’ah?? adakah tiada titik persamaan utk dtautkan ???
maaf ustaz ana sdikit tak faham…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
kalau tak jelas apa maksud salaf dan khalaf, kenapa berlaku perbezaan pandangan, maka benda ni kena cari kat sumber lain. saya tak berkesempatan nak menerangkannya dari ‘A’. Tapi cukuplah dari artikel ini, diambil pengajaran, bahawa perbezaan pandangan dalam hukum, dan pendekatan dakwah, janganlah dilakukan dalam bentuk yang mencederakan ummah.
jangan nak cegah suatu perkara yang tidak baik, hingga memberanakkan 100 benda tidak baik yang lebih besar
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya setuju dengan Masri.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum..
subhanaullah saya pun teruja dgn artikel ustz ni..benar2 la saya dpt menjiwai ape yg ustz nukilkan..cuma saya tak mampu luah melalui tulisan!
andaikata ade di antara pelawat di web ustz adalah dae’i yakni yg istiqomah dgn kerja dakwah (tabligh) yg membaca artikel ustz ni pasti mereka merasa perkara yg sama seperti ape yg saya rasa..
bida’ah mmg tak boleh di tentang dgn kekerasan kerana mmg dah jd kebiasaan masyarakat..
saya ambil contoh satu kisah bila mana sorang guru sedang mendidik anak2 muridnya di dlm kelas..
guru tersebut mengambil kapur(di sebelah tgn kanan) dan pemadam(di sebelah tgn kiri) kemudian berkata pd muridnya”kalau cikgu angkat kapur maka kamu semua berserulah “kapur”,kalau cikgu angkat pemadam maka serulah “pemadam”..kemudian guru tersebut bergilir gilir mengangkat kapur dan pemadam sambil di seru oleh anak muridnya dgn cermat..
kemudian guru tersebut mengalihkan kapur pd tgn kiri dan pemadam pd tgn kanan seraya guru itu berkata “hendaklah kamu berseru kapur yg pd tgn cikgu ini adalah pemadam dan pemadam adalah kapur”..pada mula nya anak murid nya agak kekok,tetapi lama kelamaan mereka sudah boleh mengikut..
begitu la islam,bila mana kerja dakwah terhenti manusia mula mencari amalan2 yg di rasakan baik pd pandangan mereka walaupun menyalahi sunnah nabi..kita tidak bole terus menerus menyalahkan si pelaku kerana mungkin ada diantara keturunan dato nenek moyangnya tidak sempat menyampai ilmu agama mengikut acuan nabi dan mungkin bermacam kelemahan lain yg ada..itulah sifat sangka baik yg perlu ada dlm diri kita..sangka baik tu la sifat sahabat..sahabat pula mencontohi nabi..kejayaan manusia adalah dlm mentaati perintah allah dgn cara nabi muhammad s.a.w..
bila dah ikut cara nabi insyallah allah akan terima kita sebagai ahli sunnah waljamaah..
wallahuallam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz saya minta halal coz saya dah print kertas kerja ustaz mengenai SUMBANGAN ULAMA AHL SUNNAH WAL JAMAAH ………..tu..
membe2 saya kdg2 suka bertanya hal2 agama pd saya,mungkin sbb mereka tgk saya berjanggut panjang semcm kot..hehehe..bkn semua soalan yg mereka tanyakan saya bole jawab lebih2 lagi melibatkan ilmu hukum hakam (masail) dlm agama ni..sbb saya bkn ahli dlm ilmu fiqh..setakat tau skit tuh bole la..tapi bg saya material ustaz ni skit sebanyak bole di jadikan bahan dakwah kerana sejarahnya tak la terlalu jauh sgt dgn kita..jazakaullah..semoga allah memberi lebih dari apa yg kamu beri..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
silakan raihan. terima kasih kerana memanjangkan jariah ustaz. kalau kertas kerja tu terhad penyebarannya, pasti ustaz tak letak si website ni
maka secara default, semua bahan di sini, gunakanlah, sebarkanlah dan tak perlu minta izin saya. semuanya ada bahagian, jika tidak di dunia, mudah2an membantu di akhirat nanti… ameen.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salaam..juz nk share ilmu dpt dr seorg sahabat, (klu silap statement mintak diperbtulkan) as we know zina,mencuri tu kan mungkar besar sbb termasuk dlm hukum hudud kan, tp klu kite rujuk dlm muqaddimah Tafsir Fil Zilal, Syed Qutb ckp zina,mencuri tu dh jd mungkar kecik jer sbb ade lg mungkar yg lbh besar which is Manusia Tak Kenal ALLAH! Juz nak buka pkran, para pembaca sekalian, berdakwah mengajak manusia utk KENAL ALLAH tu ibarat keje ‘bapa’, mencegah org wat zina,jgn mencuri tu ibarat keje ‘anak’… keje bapa amatlah ssh,perlukan Usaha,Sabar dan ambil masa, tp yakinlah bile kite dah bawa Manusia Kenal ALLAH (ma’rifatullah) ,insyaALLAH keje2 ‘anak’ tu jd mudah bahkan xperlu lg utk ckp sbb bile manusia kenal ALLAH btul2, mrk takut nk wat perkara mungkar. Wallahu’alam… sekadar brkongsi pandangan~ Fi amanillah…sir’u ala barakatillah… !
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam.
saya setuju dgn rayaalifdhod, apa yg pastinya isu yg ditimbulkan oleh
mehmed brigi malaysia tu, ttp knp harus secara keras, harus sesuai dgn keadaan stmpat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
cacrus277, nk bawa manusia kenal Allah pun mestilah melalui jln bgmana Rasulullah saw ajar kita utk mengenal Allah. berbagai2 jln dikatakan utk mengenal Allah, tp apakah yg dikenal itu benar-benar Allah atau bukan.
Kerana mengakui kewujudan tuhan itu ialah fitrah, dan berbagai2 jalan manusia pilih utk menyembah Tuhan, tapi mana satukah jalan yang Tuhan suruh sebenarnya. Tuhan menciptakan makhluk, maka Dia juga menyediakan Modul utk kita menyembahNya. Memilih jalan-jalan ain utk menyembahNya tidak akan membuatkan diri kita berjaya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf kalo saya menyibuk..saya paham maksud cactus277,cuma tak sesuai perkara tu di bincang dlm ruang yg kecik ni..perlu ade face 2 face baru ikut tertib dakwah..
kalo kita tgk cerita ALIEN makhluk yg ngeri muka dia tu,air liur dia pulak ade asid..manusia tu dia tak target yg anak2 ni tp diorg target ibu dia coz ibu dia yg byk lahirkan telur2 tuh..bila ibu dia dah mati so keje manusia ni jadi lebih mudah la nak hapus kan anak2 alien ni..
mcm tu la dgn manusia,Nabi usahakan iman sahabat2 selama 13 tahun kat mekah utk kenal allah jer..bayangkan betapa buruknya akhlaq sebahagian manusia pd masa tuh..bunuh bayi perempuan hidup2,zina merata rata,minum arak dlm tengkorak,tenung nasib,sembah berhala dan mcm2 lagi la..
tetapi bila kebesaran allah dah duduk dlm hati sahabat2,langsung takde asbab dunia yg bole mengugat..kita hari ni panas skit dah complain,gaji lmbt dah mengeluh,org perli skit dah nak marah tapi sahabat2 tak mcm tuh..walau di jemur dgn batu di atas bdn,bila anak,suami dan isteri di baring menghadap mentari,bila keperluan makanan di sekat mereka tetap mengatakan “AHAD..AHAD..”
makna nya bila iman sebati dlm sanubari benda2 nafsu yg bersifat jahat ni mudah ajer di jauhi insyallah..
wallahuallam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum, congratulations on every articles that ustaz has produced so far. Everyone must agree with me, if I said that every single articles has inspired people to THINK, not merely to FOLLOW. I have one rather unrelated question regarding this topic. I am intrigued by the whole salaf and khalaf argument. I may not know about this topic deeply, but through my superficial discussions with friends, I think I have got the basic idea. So, if it is possible, I would like to learn more about the Salafi manhaj and what not. I am not really interested in getting into this whole issue of which one is better, rather, I would just like to learn a bit more about this manhaj. I have my reasons to learn about it and to say that ’salaf’ is the only right manhaj is never my agenda. So, would it be possible for ustaz to advice me on what should I do to learn about salafi? Any good books that can be suggested, any talk that I should listen to or any good scholars that I should ask?
Hopefully this is not too much to ask.. Jazakallahukhair. Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
mabruk ustaz…sangat menarik dan bermanfaat…kita wajib menelusuri sejarah..agar pisang tidak berbuah dua kali…semoga kita semua dipelihara..jazakallah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya kira ini adalah satu article yg bai,terima kasih ustaz.
Hmm betul lah umat Islam menghadapi pelbagai masalah.Untuk menanganinya pula terdapat pelbagai pandangan.Tapi saya rasa kita perlu try n error la.Kita lakukan kerja dan tengok hasilnya…jika tidak berkesan buat lah pembaikan.Jangan mudah menyalahkan antara satu sama lain …. Kalau berlaku pertelingkahan antara dua pihak di kalangan muslimin,maka tekan soal bagaimana cara nak mengatasi masalah bukan asyik nak menyalahkan satu sama lain(Ini bukan dalam bab politik semasa)
Saya ada terbaca satu article yg menyatakan salah satu sebab Othmaniyyah jatuh adalah kerana teras tenteranya menolak pemodenan.Mereka asyik nak pertahankan cara lama saja,sedangkan keadaan sudah berubah,orang barat pun sudah pandai buat senjata2 moden.Iman dan keberanian perlukan digandingkan dengan senjata berkesan juga…?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam…Patutlah, sejarah kata orang berulang.Paten yang telah berlaku dahulu boleh dilihat kini.Jika dapat “baca” paten sejarah tu,alangkah beruntungnya..Saya bukan ahli fikir untuk menganalisa the whole big picture,nanti interpretasi yang longgar backgroundnya membawa padah.I need to build true worldview,perception,value system,so… silalah teruskan memberi,supaya timbul sedar untuk mahu dari dalam diri ini,moga nanti proaktif dalam tindakan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya stuju…knapa kita mesti bertelingkah pada perkara2 yang hanya membawa kepada kehancuran dan perpecahan sedangkan di sana musuh utama ISLAM menindas kita….satu pengajaran yang perlu kita amik dari sejarah di atas…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu’alaikum.
Tahniah ustaz. Satu artikel yang saya rasakan bagus untuk kita fikir-fikirkan bersama. Banyak yang tersirat. Setuju juga dengan ro ya alip dhod.
FIKIR, SEJARAH, dan WAQI’. 3 perkataan yang saya rasa boleh diambil untuk dibuat kesimpulan awal (buat diri sendiri).
WaAllahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Jazakallah Raihan, mmg sy maksudkan sbgaimana anda fikir kan. Kisah Rasulullah mengukuhkan Iman selama 13thn itu, dlm masa yg sama keadaan sekeliling masih lg jahiliyah. Tp,usaha Rasulullah yg lame itu tidak sia2 krn akhirnya terbina sebuah negara Islam Madinah. Walaubagaimanapun, btulla pendapat Masri, utk KENAL ALLAH ada byk cara dan jalan2nya… tidak kesah la secara khalaf atau salaf, smg kita akan lbh mengenali Ma’rifatullah,dan sntiasa dlm keberkatanNYA..ameen!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kalau tak silap saya, Kadizade juga menganjurkan supaya mereka yang beliau hukumkan kafir perlu dibunuh (para kaki botol, perokok). Sesudahnya Kadizade, pengikut2nya bertindak lebih ekstrim hingga orang yg melawat kubur juga dibunuh. Ish2…. Janganlah Malaysia sampai tahap ni.
Hmm… cara ustaz melihat konflik kuasa ini seolah-oleh kaedah analisis post-modernis Foucault dan Habermas.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz, sejarah memang menyeksakan, bila kita tahu kebenarannya… asbab sesuatu peristiwa & akibatnya…
1. Dulu zaman Jahiliyyah manusia bunuh anak perempuan kunun tidak membawa ‘nasib’ baik. anak di ajak ke padang pasir kemudian di masukkan dlm lubang & ditimbus hidup2. Zaman sekrg pulak bukan anak perempuan malah bayi lelaki juga dibunuh hidup2. Dibawa ke dlm tandas, disumbat dlm lubang jamban & diflus. Setengahnya dicampak dalam tong sampah. Bukankah ini bermakna kita telah kembali semula ke zaman Jahiliyyah. Malah lebih kejam lagi. Sejarah berulang….
2. Dalam al-Quran, dulu ada larangan ke atas bani Isreil supaya tak berpesta pada hari Sabtu. Mereka diminta beribadah. Mereka kemudian melanggar & disumpah jadi Kera. Hari ini cuba tengok apa ada pada hari Sabtu (malam Ahad). Macam2 ada; konsert, pesta, jamuan amal’, lumba haram, club/party. Sejarah juga berulang…
Membahas ILMU tanpa kesedaran siasah (kuasa politik), kita tak akan pergi jauh ke mana dalam ertikata sebenar, ummah. Semoga akan ada satu golongan perintis (macam the young turk) yang mampu mengubah landskap siasah tanahiair ini, suatu hari nanti…Isyallah. [Keseimbangan, titik persamaan & fokus].
Terima kasih atas kuliah sejarah Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam, abu saif, mohon penjelasan ttg young turks. Bukankah golongan ini yang membawa kehancuran pada ottoman? Antara golongan ini adalah Kemal Attiturk? Saya bukan menuduh, cuma mahu penjelasan atau pembetulan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Maaf!! Rujukan sy pada golongan young turks bermaksud golongan belia muslim kita yg bergerak semacam taktik mereka mengislah turki. Dalam konteks kita, Dur Islami (dalam kehidupan) ler matlamat perjuangan. Bergantung pada Ustaz seorang tak termampu melakukannya. Kita perlu gembeling pemikiran & tenaga muda & rekrut mereka. Hasilnya bukan skrg tetapi beberapa generasi akan datang. Kalau tak ada usaha langsung, doa sahaja belum tentu dapat membantu….. Usia kita pon tidak panjang mana sedang belia muda kita menunggu utk di pemimpin. Pohon maaf sebarang kekeliruan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ya ustaz,
ana benar-benar tertarik dengan jawapan enta kepada aye(respon ke 10) iaitu dengan tulisan “jangan nak cegah suatu perkara yang tidak baik, hingga memberanakkan 100 benda tidak baik yang lebih besar”.
tinggi falsafahnya di pandangan mata hati ana
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ustaz,
terima kasih ustaz krn respon ustaz no 14,
May Allah bless u and ur family..
May Allah bless we all…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf sekadar mengutarakan pendapat, salah minta diperbetul…
menangani isu bidaah ibarat membawa seseorang yang terbelok sedikit dari jalan yang sepatutnya dilalui, masalahnya masyarakat majoritinya langsung tidak mengenali, menjumpai jalan tersebut…jadi perkara yang perlu dilakukan adalah untuk membawa masyarakat ke jalan tersebut…dalam masa yang sama bawalah dia melalui jalan yang betul agar dia tidak terbelok…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
syukran ana jawapan ana…
“jangan nak cegah suatu perkara yang tidak baik, hingga memberanakkan 100 benda tidak baik yang lebih besar”.
ana dapat faham…. cume sdikit keliru siapa ‘A’ (pencegah) dan siape ‘B’ (perlaku)….. sbb bila diselidik kedua2 fahaman ini mmiliki sikap A & B…….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
hai salaf dan khalaf. yg mempertikai tentang dua-dua ni patutnya disapukan kena muhasabah diri.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
http://www.barbaros.biz
OTTOMAN NAVY
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam, us dlm mood exam, tiba2 ternampak artikel nie yg us link kat FB. bila baca semua macam ad kaitan dgn paper yang exam. sebentar tadi baru abis exam kajian ahli sunnah wal jamaa, esok pasal kajian ajaran sesat. tambah plak situasi negara yang seolah-olah ada kaitan dengan artikel ini. artikel nie memberi maklumat tambahan kepada saya dalam pencerahan ilmu..
syukran us
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
This is the main points that I think has lead the chaos. There are some issues in Islam that shouldn’t be discussed openly, not because people don’t have right to do so, but simply because one should have a solid and proper background to understand the issues and discussing it. The problem is, ordinary people (including makcik pakcik kat kampung, university students and me) who do not have academic background in Islamic disciplines were told about things that there were used to do; as wrong without understanding the background of the rituals and let them really understand on why it is wrong.
Perhaps I should relate it with what happen in the Cape Muslims community in Cape Town, South Africa. There are many tariqats here, and some of this tariqats use (from my observation, which might be wrong) some kind of melodies when performing their zikr (kadang2 dengar lebih kurang mcam nyanyian kat gereja).
At beginning I was puzzled about this. But then when I looked at their history, I realized that this is one of the factors that make Islam still survive and spreading in Cape Town and South Africa.
Forgive me if I’m wrong. Allah knows the best.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
rupa-rupanya zaman dulu kala pun maths dan sains dah dianggap bida’ah dan ilmu sihir.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam.
is (are) there any books (in malaysia) that explain about differences in Mazhab?
would like to read one.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
?????? ??? ?? ???? ?????
??? ???? ?????? ??????
????? ??? ?? ???????? ??????? ??????? ??? ???? ???? ???? ??? ?????? ???? ? ?????
Antara Salaf Dengan Khalaf
Penulis cukup gembira setelah membaca laman web Saiful Islam yang membicarakan antara salaf dengan khalaf. Rencana yang disiarkan ternyata banyak memberikan pengajaran yang baik.
Antara pengajaran yang baik yang penulis dapat petik ialah agar jangan sampai kita bertindak melulu, kasar bahkan lebih-lebih lagi berlaku kejam apabila kita hendak membetulkan sesuatu kesalahan. Kerana mungkin apabila kita bertindak melulu, kasar dan kejam, mungkin kita bukan sahaja membetulkan kesalahan, tetapi tindakan kita itu mungkin pula akan menimbulkan 100 kesalahan yang lain.
Penulis juga percaya bahawa rencana tersebut bukanlah menghalang mana-mana pendakwah daripada berdakwah. Namun setiap dakwah yang disampaikan hendaklah dengan jalan yang terbaik. Agar maksud dakwah kita sampai dan umat Islam tidak tersalah faham dan tidak menyeleweng dan tidak tersesat. Setiap hukum syarak yang hendak dijalankan hendaklah jangan sampai mendatangkan kezaliman dalam sudut yang lain pula.
Teguran dengan sifat latif
Saya amat setuju teguran yang Ustaz Saiful berikan pada Dr. Asri, iaitu agar Ustaz Asri dapat memberikan teguran dengan lembut kepada PAS.
Pada pendapat saya, setiap teguran yang diberikan bukan sahaja memerlukan nilai hikmah yang tinggi, bahkan hendaklah juga dengan rasa sayang dan rendah hati. Kerana setiap muslim itu bersaudara, adik beradik seagama, sedarah sedaging seagama. Perasaan kasih sayang antara muslim hendaklah diterapkan di dalam dasar hati pendakwah terlebih dulu sebelum disemai kedalam setiap muslim.
Bukankah Allah swt telah menyatakan dalam al-Qur’an agar kita bersikap rendah hati dan lembut pada setiap umat Islam. Dan keras pula kepada orang kafir yang memerangi kita.
Surah al-Maidah ayat 54:
( ?????? ????? ????? ?? ???? ???? ?? ???? ???? ???? ???? ???? ????? ??????? ???? ??? ???????? ???? ??? ???????? ??????? ?? ???? ???? ??? ?????? ???? ???? ??? ??? ???? ????? ?? ???? ????? ???? ????
54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
Saranan Surah Al-Nisa’ ayat 59
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Sabda Nabi:
Telahku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.
Kita telah menerajui dunia di zaman gilang gemilang Islam, iaitu di zaman Khulafa Ar-Rashidin, Zaman Bani Abbasiah dan Zaman Bani Othmaniah. Namun kita juga telah melalui zaman kemalapan dan kejatuhan.
Sejarah telah berlaku mengikut Taqdir dan Qadha Allah swt. Dan sejarah-sejarah itu berkemungkinan besar akan berlaku lagi mengikut pelan induk yang disediakan oleh Allah swt di Lauhul Mahfuz.
Islam dan Kafir akan sentiasa bermusuhan. Manusia dan jin memang tidak boleh bersatu. Bahkan ada nikmat disebalik permusuhan di antara Manusia dan Iblis. Iaitu agar manusia kembali kepada Allah swt dan memohon perlindungan daripada Allah swt pada setiap masa.
Begitu juga dengan perselisihan umat Islam. Perselisihan ini akan tetap berlaku selagi umat Islam wujud di muka bumi ini dan selagi seluruh umat Islam tidak kembali kepada kitab Allah swt dan Sunnah RasulNya.
Hari Kiamat tetap akan berlaku mengikut janji Allah swt. Dan Allah swt tidak akan memungkiri janjiNya. Bahkan Kiamat akan berlaku dikala umat Islam telah tiada lagi di Dunia ini.
Kata Nabi Muhammad saw. Kiamat itu amat dekat seperti jarak antara dua jari sahaja dengan zaman Nabi Muhammad di utus.
Oleh itu mengapakah manusia yang bergelar muslim mahu mempertahankan bumi mereka yang akan diambil juga dari tangan mereka ini.
Bukankah lebih baik kalau kita tekun beribadah sahaja untuk meningkatkan pahala. Kerana sebanyak manapun kita berusaha Dunia tetap menjadi syurga bagi Orang Kafir dan penjara bagi umat Islam.
Namun bukan itu yang dikehendaki oleh Allah swt sebenarnya. Sebenarnya dunia bukan sahaja ujian, bahkan dunia dijadikan Allah swt sebagai kunci akhirat. Semakin tinggi manfaat kita untuk insan lain maka semakin tinggi dan hebatlah juga kunci yang akan kita pegang.
Jika kita gagal, maka kunci tiada pada tangan kita.
Sabda Nabi Muhammad saw, sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.
Jadi untuk mendapatkan kunci terhebat itu. Kita hendaklah sedaya upaya membantu manusia.
Namun apakah dia perkara utama yang perlu dibantu? Jawapannya ialah untuk membantu mereka mempelajari ugama untuk mengenal Allah swt, menyembah Allah swt, mentauhidkan Allah swt, membantu untuk melaksanakan segala perintah swt. dan kemudian barulah membantu dalam urusan-urusan duniawi.
Kemudian apakah dia asas dan dasar terpenting untuk mempelajari ugama itu.? Jawapannya tiada lain ialah kitab Allah swt iaitu al-Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad saw.
Kedua-dua asas ini perlu dipelajari sebelum ilmu-ilmu yang lain atau kalau tidak mampu, hendaklah dipelajari bersama-sama pelajaran yang lain. Kalau seseorang itu dapat mempelajari perkara ini, mengapa pelajaran yang amat penting ini tidak dapat dipelajari bersama?
Mengapa pelajaran al-Qur’an dan Hadis amat penting berbanding dengan Ilmu lain. Walaupun seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain? Kerana al-Qur’an dan Hadis mencukupi segala-galanya. Kemudian mempelajari al-Qur’an dan Hadis juga mendatangkan keberkatan. Dengan keberkatan itu setiap muslim yang mempelajari keseluruhannya tidak akan sesat jika ia bersungguh-sungguh dan ikhlas kepada Allah swt.
Firman Allah swt:
Jika mereka bersungguh-sungguh pada kami, maka kami akan memberikan petunjuk pada mereka pada jalan-jalan kami.
Manakala pelajaran-pelajaran lain pula tidak begitu penting, kerana apabila berselisih pendapat, maka kita perlu merujuk kepada al-Qur’an dan hadis.
Selain itu, dengan memiliki al-Qur’an dan hadis, dan mengamalkan seluruh ajaran-ajarannya, maka bagaimanakah seseorang itu akan dapat disesatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.
Oleh itu setiap muslim perlu memiliki ilmu al-Qur’an dan hadis. Selain itu untuk memahami al-Qur’an dan Hadis dengan lebih baik, maka setiap Muslim perlu mempelajari bahasa arab dengan baik.
Berdakwah tanpa putus asa dan mengambil kesempatan dakwah ketika bala turun
Sebelum mengakiri rencana pendek ini, marilah kita sama-sama merenungi dan mengamalkan dua firman Allah swt dalam surah Ar-Ra’du ayat 31 dan surah As-Sajadah ayat 21 di bawah.
Ar-Ra’du
31. Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
Surah As-Sajadah
21. Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).
Keajaiban ayat 31 surah ar-Ra’du menyatakan agar Umat Islam jangan putus asa untuk berdakwah. Setelah itu Allah menyatakan bahawa orang kafir akan selalu kena bala.
Titik pertemuan di antara jangan putus asa berdakwah dan orang kafir yang selalu kena bala ialah pada ayat 21 surah As-Sajadah iaitu agar apabila terkena bala, orang kafir itu akan kembali kepada Allah swt. Maka orang Islam yang bertugas untuk berdakwah hendaklah bersegera mengambil kesempatan dari bala yang ada itu untuk menolong menyelesaikan masalah dan seterusnya berdakwah pada mereka.
Dengan kesempatan tersebut, inysa Allah swt Dakwah mudah disampaikan dan diterima dengan baik.
Dari kedua-dua ayat di atas dapat kita simpulkan bahawa bala ialah satu nikmat Allah swt yang besar. Bala menyebabkan seseorang itu merasa rendah hati. Bala juga menimbulkan kesedaran dan bala memudahkan dakwah untuk disampaikan.
Kedua-dua ayat di atas juga menunjukkan kepada kita agar setiap kali datang bala, maka lekas-lekaslah menolong orang yang kena bala itu dan berikanlah mereka nasihat. Kerana pada masa itu setiap pendakwah dari berbagai ugama bahkan mazhab akan berusaha memberikan pertolongan mereka disamping menyebarkan dakwah masih-masing. Jangan sampai kita keduluan oleh orang lain.
Oleh itu, apabila kita terdengar bala diturunkan oleh Allah swt kesuatu tempat, atau pada seseorang, seperti Gempa di Padang, Taupan di Filifina dan sebagainya, maka bergegaslah kita ketempat mereka untuk memberikan bantuan di samping memberikan dakwah yang berpatutan. Sekurang-kurangnya menyarankan agar bersabar dalam menghadapi bala. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar dan pahala sabar tidak ternilai tingginya.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sejarah..
Sejarah adalah sumber yang menjangkaui yang nyata dan abstrak.. Ianya petunjuk masa lalu, bagi membawa haluan masa depan.
ianya adalah kumpulan masa lalu dan ilmu yang menjelaskan mengenai keadaan yang sedang berlaku.
benar, sejarah bukan saja memberitahu, menyedar dan mengajar kita semua… malahan ianya sedang bergerak bersama-sama kita.. ia sedang melengkapkan suatu kitaran dan putaran.
rugilah bagi siapa yang tidak mengambil pelajaran..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Satu ibrah yg mengesankan buat umat islam bagi yang mahu mengambil pengajaran. Kita sedar semua manusia lemah dan tidak sempurna. Kita menharapkan kesedaran dalam diri setiap individu muslim.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
server saifulislam.com ni untuk ape ye..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam Ustaz,
Bagus juga jika ustaz dapat tulis buku berbahasa Melayu mengenai sejarah Uthmaniyyah. Mungkin ustaz boleh ulas dari perspektif yang tertentu spt political analysis, gerakan-gerakan Islam, peperangan, cerita-cerita motivasi, dsb. Tentu banyak boleh dikupas dan banyak pula peminatnya.
Regards,
Sword, is my first name.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ustaz,
Saya memang mengikuti tulisan ustaz dan ia memang amat berguna untuk saya dalam menambah ilmu Islami dan moga2 dapat beramal dengannya.
Saya ingin meminta jasa baik Ustaz untuk menulis pula artikel Salaf vs Khalaf di Andalus pula dan bagaimana ia membawa kepada kejatuhan Islam disana.
Respond to this comment [with empathy]