“No, I can’t tell you now. Come again after 2pm“, kata pegawai di bahagian konsulat Kedutaan Jepun sebentar tadi.
Saya keletihan. Bagai mahu terduduk.
Setelah satu demi satu surat diserahkan, berserta tambahan masuk beberapa ribu ringgit ke dalam akaun seperti yang diarahkan, akhirnya semua dokumen selesai saya kemukakan. Penerbangan ke Tokyo Narita dijadualkan malam ini, namun hanya tinggal beberapa jam sebelum penerbangan, saya masih belum memperolehi visa.
Terkenang kembali bagaimana berkali-kali saya membatalkan perjalanan ke Mesir semasa belajar di Jordan, disebabkan oleh kerenah visa. Begitu juga dengan birokrasi imigresen dan kastam di lapangan-lapangan terbang seluruh dunia pasca September 11, 2001… semuanya amat meletihkan.
Perjalanan ke luar negara selepas kempen menentang keganasan amat memeritkan. Banyak sekali birokrasi dan peraturan pelik, termasuklah pemaksaan imigresen ke atas seorang ibu yang berpuasa meminum susu dari botol susu anaknya, semasa saya beratur di Lapangan Terbang Birmingham, setahun dua yang lalu. Andai perjalanan itu bernama percutian sekali pun, ‘kehidupan’ di antara dua sempadan bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang.
Justeru saya bermuhasabah, apakah yang saya cari dari kesulitan seperti ini? Dari satu negara ke satu negara, saya bergerak bertemu dengan anak-anak muda yang saya pandang sebagai harapan dan masa depan… apa yang saya cari?
Sukar sekali untuk saya menjawab soalan seperti ini, kerana saya tidak pernah mengukur atau peduli untuk mengukurnya. Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik… dan mendoakan yang terbaik. Itu sahaja…
Mungkin bagi sesetengah orang lain, mereka menanti-nanti peluang untuk ke luar negara. Malah saya sendiri harus sentiasa berusaha meyakinkan Ummu Saif, bahawa perjalanan saya bukan suatu percutian. Keindahan padang rumput Ireland, atau indahnya kota Perth, mahu pun nostalgiknya Gunung Merapi di Yogyakarta, semua itu bukan suatu percutian tanpa isteri dan anak-anak di sisi.
Saya pergi dengan misi.
Pemergian tanpa misi, saya batalkan biar pun ia sebuah umrah.
Hitungan pemergian saya bukan pada wajib atau tidak wajibnya setiap satu perjalanan yang dibuat, tetapi pelaburan saya untuk mengubah masyarakat dengan mensasarkan perubahan itu kepada anak muda.
Maka setiap kali saya ke luar negara, biar seindah mana pun ia, pemergian itu bukanlah pilihan yang membelakangkan kasih sayang saya kepada isteri dan anak-anak. Seumpama Rasulullah SAW memberikan bahagian harta rampasan perang yang lebih untuk muhajirin, namun yang bertuah tetap Ansar kerana Baginda SAW tetap pulang bersama mereka!
Saya dikatakan milik ramai, tetapi hakikatnya saya tetap suami dan ayah kepada isteri dan anak-anak tercinta. Istimewa di hati yang tiada perbandingannya.
Justeru, biar pun ramai yang tertunggu-tunggu mencari peluang ke luar negara, tetapi tidak saya. Setiap perjalanan dilakukan tetap dengan penuh mujahadah.
Keseronokan bagi saya hanya ada pada peluang menyampaikan kebaikan kepada peserta, Itu sahaja. Tidak pada perjalanan dan peluang berada di luar negara. Semenjak bertahun-tahun, saya bisa sahaja tidur di dalam pesawat sebelum pesawat meninggalkan bangunan terminal lagi!
RINDU
Mujahadah meninggalkan keluarga tetap terasa bebannya. Susah payah Ummu Saif menjaga anak-anak tanpa saya, rindu anak-anak saya pula tidak terkata.
Pernah sewaktu saya pulang dari Kuching tempoh hari, saya tiba di rumah lewat malam. Semua orang telah tidur. Oleh kerana esoknya saya perlu memberikan sebuah ceramah, maka dalam keletihan saya gagahkan diri berjaga malam untuk menyiapkan bahan.
Tiba-tiba Naurah terjaga dari tidur. Dia sungguh terkejut melihat saya hingga buntu untuk memberikan reaksi. Selepas kebingungan beberapa saat, dia menangis.
Menangis dan kemudian memeluk saya… tanpa bicara. Rindu seorang anak yang ditinggalkan oleh seorang bapa yang pergi ‘mendidik anak-anak orang lain’.
Itu hanya secebis dari coretan di balik tabir semua program yang saya kendalikan.
ANAK ORANG VS ANAK SENDIRI
Soal berbaloi atau tidak, bukan mudah untuk menjawabnya. Ia jadi lebih perit, apabila di dalam sebuah program baru-baru ini, beberapa orang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya telah dengan tanpa segan silu membaca surat khabar semasa saya berceramah!
Terkenangkan isteri dan anak-anak yang menangis melepaskan saya pergi, tersirap darah dibuatnya. Saya lebih rela berceramah kepada 10 orang peserta daripada melihat 100 peserta yang datang ke program yang tiada siapa memaksanya, kemudian menjatuhkan semangat penceramah dengan kelakuan sebegitu.
Itu belum dikira beberapa program sebelum ini, apabila pihak sekolah membiarkan saya sendirian berceramah sambil mengawal 400 orang pelajar di dewan besar! Sambil saya berceramah, pelajar membaling kertas ke kepala kawan-kawan, membuat ‘lawak bodoh’ dan menyampuk percakapan saya… uff, terlintasnya wajah isteri dan anak-anak sungguh memanaskan hati saya tatkala berdepan dengan situasi sebegitu.
Memikirkan soal keluarga, kerja, pengajian, tanggungjawab yang pelbagai, saya mengharapkan kepada semua pihak yang sudah mengadakan perbincangan dengan saya agar dapat mempertimbangkan semula. Sejauh manakah perlunya kita semua kepada segalanya ini? Saya ingin mendapatkan maklum balas rakan di seluruh dunia tentang hal ini.
Ia bukanlah suatu keluhan, tetapi sekadar mencari yang terbaik untuk masa depan dakwah. Biar sekerap mana sekali pun saya tinggalkan keluarga, setiap perpisahan tetap suatu mujahadah buat isteri dan anak-anak. Serba kepayahan.
Sebagai alternatif, mungkin boleh dirancangkan beberapa program di Malaysia pada musim cuti. Saya yakin idea di luar kotak ini mungkin boleh dipraktikkan. Ia lebih menjimatkan, lebih menggalakkan pelajar memanfaatkan cuti mereka di Malaysia, dan saya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan yang lebih sederhana. Mungkin kekerapan saya ke luar negara dapat dikurangkan.
Masih terasa bahang menguruskan visa ke Jepun.

CCMB 2004 Breacon Bacon, Wales
SABOTAJ KUMPULAN DAKWAH SEMPIT
Mujahadah ini nyata lebih menyakitkan apabila beberapa kali program kendalian saya sama ada di dalam negara atau di luar negara cuba disabotaj oleh beberapa kumpulan ‘Islam’. Mereka dengan sengaja mengadakan program mengejut pada tarikh berlangsungnya program saya demi melarikan peserta.
Walhal saya tidak pernah mempunyai sebarang agenda untuk mengumpul pengikut! Mengapa harus takut?
Sesiapa sahaja bebas datang ke program saya tanpa mengira fikrah dan kefahaman politik mereka. Saya sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang mahukan kebaikan. Datanglah ke program saya, kemudian pulanglah ke ‘kem masing-masing’. Saya tiada pengikut!
Tetapi entah mengapa pemikiran jumud sesetengah golongan yang menisbahkan diri mereka kepada dakwah sangat takut untuk membuka ruang wacana yang sememangnya sudah sedia terbuka di era globalisasi ini. Takut dengan bayang-bayang sendiri barangkali!
Saya berusaha sedaya upaya untuk berlapang dada hingga program saya tiada saya endahkan soal dressing code. Tiada sebarang ‘pre-judgement‘ dan tiada apa-apa yang bias. Sesiapa sahaja bisa hadir. Sama ada yang mencari Islam, atau skeptik dengan Islam atau tidak berpuas hati dengan Islam, jemputlah datang asalkan niatnya adalah pada memenangkan kebenaran.
Bahan perkongsian saya luas seluas Islam.
Hanya yang sempit jiwa dan fikiran sahaja, hidup dalam ketakutan. Program saya bertujuan membantu manusia mencari dan menghargai kebenaran, bukan mengelompokkan manusia dengan menyempitkan kebenaran!
Sabotaj mereka sungguh menjelekkan saya.
SUMMER CAMP IPIJ 2008

Saya terharu dengan persiapan yang begitu bersungguh-sungguh ditunjukkan oleh mahasiswa/i di Jepun untuk program kali ini. Mereka telah ‘melamar’ saya seawal Ogos 2007 dan persiapan telah diatur begitu rapi.
Tetapi kesilapan saya ialah, saya tidak menjangkakan bahawa urusan visa ke sebuah negara maju seperti Jepun menjadi begitu rumit. Lantas seminggu terakhir ini, amat memeritkan. Setelah segala susah dan payah dalam seminggu ini, akhirnya sebentar tadi barulah saya menerima visa ke Jepun dan lantas bergegas-gegas menyelesaikan urusan tiket penerbangan.
Tinggal beberapa jam lagi untuk saya memulakan satu lagi safar fi sabilillah. Moga Ummu Saif dan anak-anak berada di dalam perlindungan Allah SWT… Tuhan yang telah menyatukan kita dalam rumahtangga ini, justeru sesekali dipinjamkan kita sebagai khalifah untuk menyuluh umat-Nya.
Pergiku bukan suatu pemergian
Ia adalah sebuah perjuangan
Perjuangan untuk mendidik anak bangsa kita
Perjuangan untuk menyubur matang kasih dan cinta kita
Guru bernama Ilmu untuk mereka
Guru bernama rindu untuk kasih sayang kita
Kenanglah daku dalam doamuKerana Dia…
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah.
![]()
“ERTI HIDUP PADA MEMBERI”
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor














Ya Allah, permudahkanlah. Semoga setiap individu yang pernah mengikuti program ustaz dapat mengoptimumkan pengisian yang diperolehi. Akak yang dengar melalui mp3 pun amat menghargainya.
Terima kasih atas pengorbanan Ummusaif dan anak2.
Iman saya ada pasang surutnya. Tak tahu sejauh mana keikhlasan perjuangan saya yang org lain nampak sebagai pengorbanan. Semoga Allah menetap dan meningkatkan iman kita.
Pergilah sayangku utk terus memberi…
Rasa macam nak keluar air mata jer..
sebak & sayu menjadi satu..
Biarpun sekadar mengenali abu, terasa seolah dkt juga dgn ummu..
Moga Ganjaran syurga & keredhaan Allah buat kalian sekeluarga..
Amin..
Syabas buat ummu saif…. ummu srikandi sjati, alangkah indahnya dunia jika ketabahan saidatina khadijah dapat sama2 kita warisi….
terharu jg lepas baca tulisan ustaz..inilah hasil dari perhubungan yg diberkati sebelum dan selepas perkahwinan agaknya..kn..sama2 memahami…
salam..
Tahniah kepada ummu. betul apa yang diperkatakan, iman itu ada pasang surut. ana doakan ditetapkan iman dan smoge keluarga ummu and abu saif sentiasa bahagia
Amin..
sebak juga.. rindu anak pada seorang ayah..
disabotaj oleh beberapa kumpulan ‘Islam’. Mereka dengan sengaja mengadakan program mengejut pada tarikh berlangsungnya program saya demi melarikan peserta…….
owh ada jugak yg macam ni? dakwah tuk semua mengapa mesti berkumpulan? hurmm
Semoga hari ini ada ‘kemudahan’ selepas ‘kesusahan’,ameen =)
Lalu saya memaksa diri untuk bertanya, apakah berbaloi semua ini?
Sukar sekali untuk saya menjawab soalan seperti ini, kerana saya tidak pernah mengukur atau peduli untuk mengukurnya. Maka saya tidak tahu apakah program-program yang saya kendalikan di UK, Ireland, Australia, Indonesia dan mungkin kali ini, Jepun… apakah semua ini berbaloi?
ustaz Has, saya dari jakarta… Berbaloi ke semua ini????. pertama sekali saya doakan agar segala urusan ustaz dipermudahkan Allah. Terus terang saya sangat berterima kasih dan kagum dgn usaha ustaz utk menyampaikan dakwah, alangkah bahagianya ustaz kerana menjadi manusia yg memberi byk manfaat kepada ramai org. Moga segala ilmu yg dikongsi akan terus mengalir dan dimanfaatkan.
InsyaAllah, berbaloi atau tidak segala usaha yg ustaz lakukan tergantung kepada peserta itu sendiri, dan sy yakin; ramai yg dapat manfaat daripada apa yg ustaz sampaikan…
Sabotaj Jamaah Centrik??????
amatlah malang bagi kita jika hal ini berlaku, bagi saya masalah utama di sini adalah SIKAP!, bukan fikrah ataupun fahaman.. Jika semua kita dapat berlapang dada dan saling menghormati pendapat masing2, saya yakin hal ini tidak akan timbul. Moga Allah satukan hati2 kita dalam menyampaikan risalah dakwahnya. Amin…
barakallahu lak… jazakallahu khaira…
Tidak ada yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan ustaz kecuali Allah. Ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang melayari blog ustaz ni.
salam…
Allah SWT memilih ustaz.Insya Allah semu di permudahkan…
A’kum ustaz,
semoga segala daya usaha uztaz selama ini diberkati Allah. tanpa sbrg maksud utk menegatifkan sgla usaha ustaz slma ini, saya seakan ingin btanya, knp perlu ustaz terima segala twrn dr luar negeri sdgkan dlm masa yg sama hati ustaz meronta tidak mahu? …seolah2 ustaz tiada kepuasan d situ. apakah ustaz pergi krn tpksa pergi?
skdr bkongsi, bapa saya juga smcm ustaz, seorang pceramah dulu hingga kini, meneroka seluruh pelusuk M’sia mahupun dunia, sy dpt merasakan keperitan/ ketabahan ummusaif melayari bahtera r’tangga yg stiasa tanpa org tsayang di sisi. namun kami sbg anak i’Allah tidak akan meminta lebih dari si ayah krn kami tahu ayah kami milik ramai.
saya hanya ingin mberi pandangan, apabila ustaz menyatakan rasa tidakpuas hati ustaz thadap pelajar, bg saya bukan salah pelajar, mereka hanyalah anak2 yg belum matang fikirannya, dan masih perlukan bimbingan – sebab itu mereka dihadapkan dgn prog ustaz supaya mereka mjadi lebih baik. bukan juga saya ingin katakan prog ustaz tidak bagus, tetapi inilah asam garam seorang pceramah yg memerlukan tahap kesabaran yg tinggi. mungkin perlu kreatifkan lagi prog ustaz agar pelajar2 ini tahu menghargai prog tsebut. masakan saya mahu menidakkan keberkesanan prog2 ustaz krn saya sdiri WAJIB 2x sehari mhadap blog ustaz utk mengutip ilmu yg kena dgn jiwa saya.
bagi saya pula, program utk pljr d luar negara elok sangat di lakukan di sana. biar mereka mhabiskan cuti mereka di sana. bukan sahaja utk mengelakkan pbaziran tiket pulang ke tanah air, tp mampu melebar luaskan lagi langkah mereka ke pelusuk dunia ini. kalau asyik balik kg, maka kampunglah jadinya. minda lebih tbuka jika kita belajar meneroka bumi org, lebih2 lagi di usia muda yg masih lagi punya kekuatan fizikal dan mental. masa saya belajar, ayah saya tak bagi saya balik kampung, malah dia sanggup bagi duit utk saya luaskan pengetahuan di negara orang, malah ke Mu’tah pun saya pernah tiba walaupun saya bukan bljr d tanah arab – saya ada saudara di sana.
masalah politik sempit ada di mana2, tabahlah ustaz krn saya kira saya dpt memahaminya apabila saya juga ‘pernah’ melaluinya.
salam sayang buat ummusaif, anda sbgmana ibu saya, mbesarkan anak2 tanpa org tsayang di sisi. semoga ketabahan anda mjadi pdorong utk anak2 bjaya. InsyaAllah!
Sebenarnya, saya pun bertanyakan soalan yg sama..
Seorang ustaz hanya insan biasa. Tidak manusia jika dirinya 100% tabah tanpa sebarang kelemahan. Bila ustaz dapat jemputan, biasanya ustaz sukar utk menolak kerana tanggung jawabnya. Maka dia akan kata ‘yes’ walaupun kadang2 hatinya berat..berat meninggalkan famili tersayang.
Dunia kan utk kerja & ujian. Klu rasa tertekan, bayangkan pula isteri2 tentera, navy, pelajar2, pekerja2 syarikat minyak dll yg ditinggalkan berbulan2 kerana tugasan suami masing2, malah ada pula suami2 yg kena tinggal kerana isteri melanjutkan pelajaran, bertugas di luar negara sbg nurse, pembantu rumah dll. Allah no 1, insyaAllah segala urusan dipermudahkan.
Moga semuanya berjalan dengan lancar. Moga erti hidup pada memberi benar-benar dirasai oleh mereka yang menerima dan juga insan yang memberi.
Moga Kak Muna, saif,naurah dan imad sentiasa berada dalam perlindungan Allah sepanjang musafirnya Abu Saif dalam memberi di Jepun.
“attoyyibuna littoyyibaat..”
sememangnya ada hikmah Allah menetapkan janjinya, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, kerana hanya ‘toyyibaat’ memahami suaminya yg ‘toyyibun’..Allah tidak pernah sekali2 menzalimi hambaNYA dalam apa jua ketetapan yg dibuat..sudah pasti sukar ‘hobisaat’ untuk memahami suaminya, seorang ‘toyyibun’..
Ummu dan Abu Saif adalah insan terpillih yg telah Allah taqdirkan untuk digandingkan bersama bagi memastikan cahaya da’wah terus menyinar ka seluruh bumiNYA. Allah tahu kalian berdua mampu mengharungi segala mehnah dlm perjuangan..”intansurullaha yansurkum wayusabbit aqdamakum..”
‘Permulaan yg baik” dapat menjamin kesudahan yg baik dgn kebijaksanaan menggandingkan syari’tullah dan sunnatullah.
Baitul Muslim seperti inilah yang kita mahu.
Hanya Allah yg dpt memberi sebaik2 ganjaran.
Syukran jazilan. abu dan ummusaif.
Semoga semangat perjuangan kamu berdua dapat kami jejaki.amin
tersayu hati membaca ayat terakhir ummusaif.semoga dipermudahkan segala urusan.
Perjuangan tidak semudah yg disangkakan.
Mmg saya redha. Tetapi setiap kali jemputan diterima, terus terang saya katakan saya kena bermujahadah utk perbaharui niat saya.
Musafir dalam negara tak sama dengan luar negara. Risau dgn jarak perjalanan dan cara perhubungan kadang2 menghantui. Kadang2 tempat yg pergi takde line. Berhari2 tak dengar berita. Saya tak kisah sgt ustaz travel, tp saya selalu risau bila far distance bcoz kalau ada emergency kt msia, maybe susah ustaz nk balik segera. Biasa jugak anak2 kami jatuh sakit bila abinya takde (macam tau-tau aje).
Anak yg ditinggalkan tidak sama dgn isteri yg ditinggalkan bersama anak2. Anak2 tidak akan dapat merasakan apa yg siibu merasakan sepenuhnya dan vice versa. Berbeza tinggalkan anak2 di usia preschool vs teenagers. Pergantungan dan persepsi mereka kepada parents berbeza kerana level pemahaman.
Ada anak2 yg tak rapat dgn bapa dan tak buat bising bila bapa mereka pergi walaupun hati kecil berkata berbanding dgn anak2 yg nak dengar suara bapanya setiap hari.
Baru2 ni anak saya yg sulung dpt new habit, call saya berkali2 di tempat kerja. Bila balik dia tanya, “Yop telefon umi byk kali, kenapa umi tak telefon Yop balik? Ada sekali kawan saya cerita, anaknya marah dia bcoz kenapa semua gambar maknya travel dunia takde gambar dia? Padahal masa tu maknya tak kahwin lagipun dgn bapanya.
Mmg hati ustaz sentiasa rindukan famili bila berjauhan, tapi famili sebak bila tgk gambar2 abi, we were not in that picture. We were not part of the picture. Sedih.. we wish to be part of his happiness during that moment.
Perjuangan tidak semudah yg dikatakan. Risau, rindu, penat jaga anak2 dll. Alhamdulillah dlm sebulan ni saya dh ada org gaji, so very much different. Dan juga, of course saya tumpang gembira apabila melihat ‘hasil kerja’ suami saya berubah bentuk menjadi insan2 berguna.. alhamdulillah!
Pasal cadangan buat program kt msia tu, saya rasa majoriti student akan balik cuti waktu summer/winter (tgk lokaliti). So, blh je buat kt msia macam jugak program predeparture b4 fly tu, ianya di buat di msia. Kalau buat kt oversea pun, belum tentu 100% student yg ada datang, bcoz tentu ada yg balik msia pada masa tu. Yg pastinya kos sewa, makan dan travel di msia lagi murah, skop pun ramai, betul tak? Hendak seribu daya.. Dan tak perlu pun pisahkan penceramah dr familinya. Bayangkan, dalam setahun lbh 5-6 kali ustaz travel ke luar negara..lbh dpd engineer petronas tuh!
Saya tulis ni bukan utk ubah apa2, cuma nk sedapkan hati sendiri, berkongsi realiti (bukan hanya ideal) dan tengok is there a possibilities program seumpama ini blh di buat di msia?
Saya hanya insan biasa. Saya amat hargai sokongan semua buat iman saya yg sentiasa ada pasang surutnya. Dan insyaAllah, saya akan tambahkan lagi ketabahan saya. Kadang2 bukan saya yg bersuara, ada ketika anak2 yg menangis di pintu sehingga abusaif terharu.
Alhamdulillah, dalam keluarga saya, kami suami isteri selalu give and take. Masing2 tidak pernah paksa pasangan utk berubah demi karier dan tanggung jawab masing2. Saya tidak pernah memendamkan rasa hingga makan dalam. Meluahkan perasaan bagi perkongsian hati dan rasa adalah kunci komunikasi hati kami. Suami juga tidak pernah berkata, “Ahh, itupun nak mengeluh, ni kan kerja dakwah, kenalah terima!”. Kelembutan kata2nya sudah menginsafkan dan mengingatkan saya supaya mensyukuri nikmat Allah. Itulah sebaik2 tarbiyyah iaitu akhlak. Tarbiyyah yg berterusan dengan penuh kasih sayang adalah lebih mujarab dan efektif berbanding dengan penerimaan kerana terpaksa ataupun “dah terbiasa lantas nk buat camana?” Mungkin ramai para isteri pejuang bermula dgn stage macam saya sekarang ni..??
Oklah asyik mengomel aje. Realiti, bukan fantasi..
Ok, nk balik rumah dulu..nk tolong abusaif pack beg.
True from the bottom your heart…sesungguhnya inilah agenda kita sepanjang hayat…terutamanya bagi seorang wanita, isteri dan ibu di luar sana…inilah perjuangan kita…inilah medan peperangan kita…kalah atau menang…bergantung kepada kekuatan hati kita…semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan serta kesabaran yang tinggi buat kita semua…Amin…
apa lagi yg nak dikatakan..???
perit jadi pendakwah mcm ustaz ni kan…
tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan ustaz.. tidak semua orang terpilih untuk melakukan kerja ini.. amin
Mungkinkah…tidak semua orang MEMILIH untuk melakukan kerja ini?
Saya pun baru nk cakap, MEMILIH vs TERPILIH..
UmmuSaif… Saya rasa dua2 pun boleh jadi… Saya harap saya bisa sentiasa memilih dengan kekuatan yang Allah kurniakan untuk insan2 terpilih…
salam..
terdetik utk memberi sdkt coretan..
sy teringat kisah rasulullah slps baginda menerima wahyu kedua, baginda menyatakan pd khadijah : “ssghnya waktu lena kita sudah berakhir wahai khadijah..”. dan teringat kisah bilal yg amat merindui mekah (kg halamannya}semasa mula2 hijrah ke madinah hingga menyampaikan syair ttg kerinduannya itu..bgt jg rsllh sblm berangkat utk kemadinah, baginda melihat kota mekah dan bersabda”ssghnya jika tidak krn aku diusir,pasti aku xakan meniggalkn tmpt ini..”betapa rasa perit yg dialami oleh rasulullah trcinta n para shbt yg lain dlm membwa amanah ISLAM ini..ttp baginda terus melangkah khdpn tanpa rasa ragu krn baginda amat memikirkan ttg umatnya yg ingin diselamatkan..baginda terus melangkah biarpun seperit mana dugaan yg dhadapi..mg Allah terus menetapkn azam dan tekad kita dlm bramal dan terus mendapatkn penyuntik iman drpd kisah2 rsllh yg sgt menyentuh hati..
mg Allah mengumpulkn keluarga ummu n abi saif ,[n semua pejuang islam dmuka bumi ini ] dsyurga kelak, dan dsana nant sbg tempat rehat yg dnanti2kn kalian..amien..
insA, Rasulullah pasti akan berbangga dgn umat baginda yg meneruskn perjuangannya..amien..
bgt jg rsllh sblm berangkat utk kemadinah, baginda melihat kota mekah dan bersabda “ssghnya jika tidak krn aku diusir,pasti aku xakan meniggalkn tmpt ini..”
Rasulullah SAW x diusir, saudara/i. Baginda dijemput ke Madinah oleh penduduk Yathrib. Sekiranya baginda diusir, tentu sekali Allah telah mengazab penduduk Mekah sebagaimana umat2 terdahulu.
oopss..off topic pula. maaf ye abu saif, ummu saif. ‘ala kulli hal, moga sentiasa disertakan kemudahan bagi setiap kesusahan..:)
Salam.
Semoga mendapat keredhaan dan rahmat dariNya dan semoga dipermudahkan segala urusan. Posting ini membawa saya turut sama berfikir pengorbanan isteri,wpun sudah tentu kerjaya saya dan ustaz, juga kerjaya isteri saya dan ummu saif tidak sama. Secara amnya, Blog ustaz me’rehat’kan saya di kala pening seharian. Terima kasih.
oh, sungguh saya terharu membaca komen UH…
nk menangis pun ada mengenang rasulullah dan para sahabat..
mereka bersusah payah, pulak tu masa tu xde teknologi..
Insya Allah ada keberkatan buat ummu saif dan abu saif…
Ganjaran besar untuk org yg bersabar…
Allahu akbar. Dahsyat sungguh pengorbanan pendakwah spt Ust Hasrizal nih. Itulah agama…agama adalah perjuangan. dan perjuangan menuntut pengorbanan. tp tak ramai org yg sanggup berkorban. baru tinggalkan rumah sehari semalam dah rasa sgt berat…termasuklah diri saya. mudah2an Allah memberkati perjuangan org2 yg ikhlas spt abu saif ni
sesungguhnya p’jalanan seorang daie itu sgt pnjg n melelahkan…ketika i2 org lalai akn hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kesusahan n b’tya..”smpai bile kau akan melelahkan diri?” Jwb daie dgn pasti..”Sebenarnya aku mengharapkn pengistirehatan(syurga)”- Al-Fawaid, Ibn Qayyim..
Allahu yubarik fiih ya ustaz..
Moga hati2 yg membca entry us kali ini akan lebih bersemangat untk menghangatkan lagi jln dakwah ini..
Ayyuhai syabab…taujah ilal amam!!!(^_^)
sayang saya terpaksa balik ek malaysia…kalau x…insya allah akan ke summer camp IPIJ…rindu pada suasana nya….
saya juga..amat merindui summer camp itu..dan kali ini, terasa rugi sbb ust hasrizal sendiri yg ke sana…
Salam….
Inilah antara pro dan konta yang harus dilalui oleh pendakwah.. Saya hargai pengorbanan ust.. hasil daripada pengalaman peribadi saya bersama ust.. yang saya rasa pengalaman itu tak mampu saya berikan pada org lain.. 2 hari bersama Ust di Kuching baru2 ini lebih memahamkan saya ERTI HIDUP PADA MEMBERI…
Oh pejuang di mana pun ada ketenangan
Di mana pun ada kebahgiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaanNya
Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga
Anak dan isteri kepada Allah
Teringat lagu Perantau dendangan The Zikr-sabor ye ust
La ni di Ipoh pun tengah hangat muktamar. Apa lagi bila Raja Nazrin perkenan TGNA dan TGHAHA berkutbah di Ipoh. Beruntung orang Perak no!
salam ustaz..
moga Allah permudahkan urusan ustaz. ada orang pernah berkata pada ana, ‘sayang isteri tingal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangan kan’.. tapi saya tidak ada pengalaman itu.. selama mana boleh berbakti pada masyarakat, selama itulah kita curahkan bakti… Demi Allah, kita rela berkorban.. InsyaAllah, ada balasan yang baik untuk kueluarga ustaz di akhirat nanti..
Erm, masih ada lagi golongan ‘uncivillized pendakwah’. maaf agak kasar sedikit, tapi dengan waktu sekarang, andaikata mereka masih lagi tidak berubah, lama-kelamaan golongan mereka akan ketinggalan, hanyut dengan alam fantasi binaan pemikiran mereka..
teruskan usaha ustaz. ana yakin generasi sekarang memerlukan petunjuk dan bimbingan mereka yang berpengalaman. jikalau tidak kami juga akan hanyut, hanyut dengan kejahilan diri..
‘sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangan kan’
ada ketikanya tak sesuai. Byk menangan anak (tak bertempat), blh jadikan anak biul atau rebellious. Begitu juga banyak tinggalkan isteri.. Isteri sekarang lain macam. Silap hari bulan cari tempat mengadu di satu opis. Worst, lari dgn mat indon atau mat bangla atau mat itam. Begitu juga suami yg banyak tinggalkan isteri, silap hari bulan cari ‘satu lagi’.
Yg pasti, kenalah tau kenapa kita tinggalkan rumah. Juga pastikan yang di rumah cukup dan terisi (jiwa dan raga), insyaAllah semuanya diberkati Allah.
erm, syukran kerana berkongsi.. saya takde pengalaman rumah tangga, semuanya dengar cakap2 orang.. nak kata lebih nanti semua retorik, huhu.
InsyaAllah, rumahtangga orang berjuang pada jalan Allah penuh dengan rahmat dan keberkatan dari Allah Taala.
Moga Allah beri ketabahan kepada keluarga ustaz dan ummusaif..
No sweat..
termenung memikirkan, apakah jika saya berada di posisi abu saif, saya mampu menanggung beban ini . moga Allah mudahkan ustaz sekeluarga ..
Maaf hafiz, ustaz tidak pernah menganggap semua ini sebagai “menanggung beban”.
Kita ni mcm ada telepathy aje. Saya pun nk jawab mcm tu, tapi kensel niat saya bcoz maleh dh hari ni dok reply komen org aje, sampai kena tegur tadi. Kalau ada abusaif ni, selalunya dia yg dok reply semua komen.
Betul tu hafiz, bukan beban..tapi tanggung jawab. Baik kerja2 dakwah mahupun keluarga. Perkahwinan dan keluarga melengkapkan seorang lelaki.
sabar ummu saif kerana hasilnya indah, inshaAllah.
sabar juga untuk ‘latihan-latihan’ dari Allah ini, ‘persediaan untuk memikul amanah yang lebih berat suatu masa nanti.
Salam
“Sukar sekali untuk saya menjawab soalan seperti ini, kerana saya tidak pernah mengukur atau peduli untuk mengukurnya. Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik… dan mendoakan yang terbaik. Itu sahaja…”
Itulah langkah yang terbaik untuk diambil pada sesetengah situasi. Semuga berjaya dan saya doakan mendapat hasil terbaik.
Terima kasih.
salam…
terharu saya baca post nie.
“berat mata memandang berat lagi bahu memikul”
cuma saya selit dengan doa supaya Allah membalas jasa2 ustz n ummusaif dengan ganjaran yang setimpal, insyaAllah. smg ank2 juga bakal menjadi pejuang sejati menegakkan kalimah Allah.
Ya Allah, moga ustaz, ummu saif dan anak-anak sentiasa berbahagia, berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa…. Sabar…sabar.
Selamat Pulang ust..
BARAKALLAHUFIK YA AKHI.
Saya rasa pengurusan perlu di tentukan semula. Rancangkan baik baik.
-Kalendar untuk 2 tahun kena tengok.
-Kena tetapkan berapa banyak kursus nak di handle setiap tahun.
-Berapa diluar negara dan dalam negara.
-Berapa sasaran umur. Dewasa, Remaja dan kanak-kanak.
-Setelah mengenal semua itu buat perancangan rapi dan jangan sampai masa diluar melebihi masa bersama keluarga.
-Pada saya mendidik keluarga sendiri lebih penting dari mendidik keluarga orang lain.
-No offence just pandangan.
-Good Luck
Salam..
Sayang sekali, begitu ramai lelaki, tidak kira pendakwah ataupun tidak, yang tidak pandai menggunakan peluang di depan mata. Blog ustaz ini menjadi saksi akan cintanya Ustaz kepada mad’unya. Dan juga cintanya Ustaz kepada Kak Muna dan anak – anak. Cukup dengan luahan hati yang seringkali dicari – cari oleh sang isteri, maka sekurang – kurangnya terubatlah sedikit apa yang meruntun jiwa. Bukankah hanya itu yang dipinta? Bukanlah hadiah yang hebat – hebat dari negara yang dikunjungi (tapi kalau ada alhamdulillah) dan bukan juga membawa pulang wang beribu – ribu. Harapan sebegitu hanyalah layak untuk isteri berjiwa materialistik.
Namun begitu, ada pula mad’u yang tidak menghargai. Kerana mereka tidak nampak dan tidak merasai sendiri keperitan yang terikat bersama setiap pemergian itu. Mahal sungguh pengorbanan itu. Mahal juga sumbangan yang dihulurkan. Di dalam seribu kepayahan itu, harapnya janganlah pula ada yang mengambil kesempatan di atas kesudian keluarga ini memberi kerana rasa tanggungjawab itu. Kalau diri sendiri tak merasa, memang tak mudah nak menghargainya.
Wallahua’lam.
Saya amat bertuah dan bersyukur kerana mengenali dua insan ini – K ija dan Dr. Shiha. Semoga persahabatan alam maya kita ini berkekalan (harap dapat berjumpa di alam sebenar juga).
InsyaAllah!
Biiznillah, definitely an opportunity not to be missed. Kena beli buku ATN nih nak mintak heroin sign autograf
InsyaAllah!
p/s: akhirnya, ada gak org nk autograf saya..
Saya pon teringin jumpa heroin… Watak heroin tak mungkin kurang penting berbanding hero…
InsyaAllah Aisya_83!
Aku juga lelaki, aku juga menitiskan air mata seusai membaca entry kali ini. Semoga perjuangan ustaz di berkati Allah. Insya Allah, kitorang pun tgh plan nak invite ust hasrizal dtg melbourne.
Saya rasa pengurusan perlu di tentukan semula. Rancangkan baik baik.
-Kalendar untuk 2 tahun kena tengok.
-Kena tetapkan berapa banyak kursus nak di handle setiap tahun.
-Berapa diluar negara dan dalam negara.
-Berapa sasaran umur. Dewasa, Remaja dan kanak-kanak.
-Setelah mengenal semua itu buat perancangan rapi dan jangan sampai masa diluar melebihi masa bersama keluarga.
-Pada saya mendidik keluarga sendiri lebih penting dari mendidik keluarga orang lain.
-No offence just pandangan.
-Good Luck
Tahun ni passport ustaz banyak kali dicop rasanya. Australia, Dubai, Indonesia, Jepun…Sarawak pun kira sekalilah sebab niki belon. Ada negara yg tertinggal ke? Bak kata org kg akak, jet setter betul ustaz tahun ni. Kalau ummusaif perlu fikir setakat kerja dan keluarga je ok lagi tapi kalau campur belajar tu yang peritnya.
bila seorang wanita berbicara, ia terkadang mencairkan jiwa..apatah lagi seorang isteri yang cuba meraih keperihatinan belai si suami..namun, perlu meninggalkan urusan ummat untuk melayan mereka menerus? mungkin iman bisa berbicara yang terbaik buat ummat..
permasalahan ini sudah berlaku ketika zaman Rasulullah dan sahabat..lihat saja pengorbanan si mujahid abu bakar r.a yang meninggalkan Allah dan Rasul utk keluarganya sahaja tanpa harta sedikit pun..lihat saja pengorbanan si mujahid talhah bin ubaidillah yang melepaskan anaknya ketika sakit atas urusan jihad..dan lihatlah banyaknya sahabat yang membenarkan kecintaan yang Tertinggi pada Allah dari segalanya..
kerna itu wahai saudara dan saudari, sirah sendiri sememangnya membenarkan seorang rijal utk keluar menguruskan jihad..kerana itu sirah jarang menampakkan perjuangan seorang wanita..pernahkan tertanya siapakah isteri abu bakar r.a? siapakah nama isteri umar r.a ? dan berbagai lagi..urusan seorang wanita adalah sebagai supporter kepada dakwah si zauj..ia tidak harus melunturkan semangat sang mujahid, bahkan mengobarkannya dan menenangkannya..
ia memang sesuai dengan ciptaannya utk menghiburkan si suami dan menjaga anak-anaknya dengan baik..ia fitrah dan perlukan sedikit ketabahan..bersabarlah dan terus mengenal ia membawa satu keceriaan apabila melihat si suami berjuang utk Allah, yang menjadi kecintaan yang paling tinggi darinya..
mungkin sekadar renungan buat para isteri si mujahid agar terus mengencarkan semangat juang si mujahid dan merasa indahnya pengorbanan para suami pada yang Amat di Cintai, Allah s.wt..jadilah seperti ummul haram yang redha dengan jihad serta syahidnya suami dan anaknya untuk Allah..jadilah juga seperti aisyah yang mengobarkan semangat sang suami yang mulia untuk terus memikul dakwah..
dan untuk yang memiliki kelembutan dan pencari kasih sayang, lihatlah air mata umat dari melihat peritnya hati dan air mata sendiri..kerana fitrahnya ia sangat memeritkan, namun itulah ketenangan yang paling indah..
wallahualam
Salam buat Ummu Saif,
Sebak membaca luahan hati Ummu Saif,tapi saya pasti kehadiran Ustaz ke bumi sakura ini tak sia-sia.Pengisian ustaz banyak membuka minda,untuk saya berfikir bagaimana menjadi muslim yang lebih baik.Muslim berjiwa pemberi.Saya pasti bukan saja saya,tapi hampir semua peserta yang hadir merasakan yang sama.Saban hari saya membaca tulisan Ustaz di sini,tapi berjumpa di alam realiti lebih terasa mesejnya.Maafkan kami kerana mencuri ustaz dari Ummu dan anak-anak.Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan dan pengorbanan kalian.
Salam buat ustaz dan keluarga..
semoga Allah merahmati perjuangan dan pengorbanan kalian dlm menegakkan kebenaran.
inilah cinta berlandaskan cinta kpd Allah, sama2 memahami dan mengerti..semoga kalian sekeluarga akan sentiasa dlm limpahan kasih dan berkat-Nya
Amin~~
Salam semua…
Perjuangan dan jalan dakwah Ustaz dengan didokong keluarga tercinta tidak mungkin saya anggap terkurang manfaatnya… Sungguhpun berdepan dengan kerenah peserta yang pelbagai… Paling tidak blog SaifulIslam mampu menjadi sumber inspirasi insan2 seperti saya untuk turut sama menyumbang ke arah keperkasaan Islam dalam diri sendiri, keluarga, jiran, sahabat dan masyarakat dunia seterusnya. Semoga kita semua tidak hanya mengagumi dan sekadar menyatakan sokongan. Marilah kita sama2 pasakkan impian dan berjalan seiringan dengan AbuSaif dan UmmuSaif…
[...] Sebelum melangkah pergi… [...]