“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.
Saya memahaminya.
Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.
Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.
DUNIA ASING
Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.
“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan.
Muslimah itu mendiamkan diri seketika.
“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.
Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.
Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.
Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.
Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.
Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?
TIDAK MUDAH
Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.
Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.
Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.
LELAKI VS PEREMPUAN
Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.
Berbeza sekali dengan yang perempuan.
Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.
Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.
“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.
“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.
PAKAIAN ITU SEKUNDER
Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.
Maka faktor pakaian memang ada peranannya.
Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.
Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.
Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!
Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.
Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.
Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.
AKHLAQ PENENTU
Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.
Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.
Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.
Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?
Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?
“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor













ahsanta akhi wa jameel…
sometimes, i felt a little uneasy of being cheerful as im afraid that i will forget Him when im too happy. i tried again n again to set up an equivalent mood, not too happy when i feel happy and not too sad when im sad, but its really hard to do that.
so, what do u suggest?
Assalamualaikum…
untuk menjadi ceria dan bergembira tidak salah…ceria itu hiburan hati…pada pendapat saya tiada istilah kita melupakan Allah bila kita gembira andai setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak… bukankah akhlak muslim itu adalah hukum syarak? dan jadilah ceria pada tempatnya, mengikut situasi dan condition sekeliling kita dan jangan sampai melampaui batas dan berlaku pelanggaran hukum-hukum Allah sebagai contoh bergembira ditempat2 maksiat atau meraikan sesuatu kejayaan yang kita perolehi bersama2 teman2 tanpa mempedulikan batas2 pergaulan atr lelaki dan wanita….nilai setiap perbuatan yang ingin kita lakukan dengan mencari hukum-hukum perbuatan tesebut….insyaAllah kita akan selamat dari menjadi terlalu gembira atau terlalu sedih…sekadar perkongsian pendapat dari kapasiti seseorang yang sedang dalam proses belajar…
“Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.”
saya teringat hadis Nabi:
“sangat menakjubkan keadaan seorang muslim, bila dia mendapat kebaikan, lalu dia bersyukur, maka itu baik baginya. bila dia ditimpa kesusahan. lalu dia bersabar maka itu juga baik baginya”
maka, bila bergembira, tambahkan lagi kegembiraan itu dengan kesyukuran yang melimpah2 kepada Allah.
bila bersedih, tingkatkan lagi kesabaran sehingga yang setingi2nya. hatta kalau pon menangis, tangisan itu untukNya.
sungguh menjadi muslim itu adalah perkara yang paling neutral untuk seorang manusia. kalau sahaja kita mahu memahami dengan sebaik2nya.
Terketawa akak, ada ke tudung ikan pari? Dakwah ceria betullah ustaz ni. Patut la peserta2 program terkenang2kan ustaz, dan insyaAllah mengamalkan ilmu2nya. Ameen
salam…
syukran jazilan ustaz atas perkongsian ilmu ini..
rasa dah dapat nafas baru…
tok sey sedih2… la tahzan…Allah sentiasa bersama kita… alhamdulillah, bahagia dan gembiranya… “,)
“Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.” Pesanan yang sangat mudahalih untuk dibawa ke mana-mana. Tidak memerlukan modal yang banyak tetapi pulangnya sangat banyak. Semuga Islam kita mengajar untuk senyum walaupun terkorban dalam panahan kehancuran.
Power ayat Pak Din.. Tepat & Hebat!
power2..cemerlang lah
Bismillah…
ana merupakan salah seorang yang mengalami proses transisi (ker transaksi? Rasanya btoii yang ini ^^)….
Mula2 pakai tudung skolah.. pastu, tudung segitiga.. pastu segi tiga labuh.. Dan akhirnya tudung labuhh.. Alhamdulillah..
Yang peliknya, ana tak pernah terfikir.. apa penerimaan org bila ana berubah atau menampilkan imej baru. Tak pernah fikir langsung.. (mungkin ana jenis yang slumber, tak peduli sangat apa org kata). Apa yg ana fikir ialah, layakkah aku melakukan transaksi ini?
Selepas berubah…
Memang ramai yang terkejut tapi ana buat2 selumber macam tak der apa yg berlaku… Berkawan macam biasa, bergurau macam biasa, mengusik macam biasa, (dengan muslimah) cuma dengan muslimin, letak lah gap sikit…
Alhamdulillah….
Sahabat2 bukan sahaja dapat menerima, ibu yang pada mulanya agak kurang senang, lebih rapat dgn ana.. Kenapa?
Sebab tudung itu adalah hijab.. Kita bukan sahaja menghijab diri malah menghijab hati.. InsyaAllah
Maka, dgn hati yang bersih, terpancar melalui akhlak dan tutur kata yang manis, dgn imej bersih dan baik, siapakah yang akan menjauhkan diri? ^^
Perbaiki diri bukan sekadar melalui appearance semata2, malah memperbaiki akhlak. Dgn akhlak yg semakin cantik, siapa yang tak suka? Siapa pula yg tak senang?
Dah lah sopan, akhlak baik, jaga pertuturan, dalam masa yang sama masih lagi ceria, suka bergura, sentiasa senyum, kuat mengusik… Kita masih lagi mengamalkan sifat asal yang baik dan menambah baik sifat diri kita.. Siapa yang tak suka?
Sahabat2 makin dekat, makin sayang, makin suka, malah makin hormat.. Tambahan pula muslimah yang bertudung litup ini lebih kuat hadapi cabaran, lebih cekal memikul tanggungjawab, malah lebih terbuka dan saling menghubung ukhwah dengan sahabat seakidah…
Tentunya anda lebih disayangi, dikasihi malah dihormati…
Sebab berkawan dan menerima semua org seadanya, seakidah walaupn dia free-hair dan sebagainya. Sesetengahnya mengeji mereka2 yang sesat tp bagi kita yang dah betulkan niat, yang dah hijabkan hati dr sifat2 mazmumah, tentu sekali melihat mereka dgn penuh belas malah melihat mereka sebagai peluang berdakwah.. ^^
Bagi muslimat yang memahami syariat, bukan kah kita akan berpegang…
‘Jika nampak seorang yg berbuat maksiat di hadapan kamu, jgn dibenci dirinya tetapi bencilah perbuatannya. Kerna kita tidak tahu, mungkin dia sempat bertaubat sebelum dicabut nyawa. dan kita sendiri tidak pasti adakah kita akan mencapai kesudahan yang baik’
Dengan berpegang kepada kata2 tersebut, InsyaAllah.. Kita akan nampak setiap orang di sekeliling kita sebagai aset dan peluang utk buat pahala…
Bukankah dgn sifat ini, kita akan lebih terbuka menghulur dan meraikan silaturrahim? dan tidak ada manusia yg akan menolak silaturrahim yang dihulur oleh org yang cantik akhlaknya… dan menyenangkan hati … ^^
sy setuju!=)
Transisi..
betul la kak ija…saya pun terbayang mcm mana la tudung ikan pari tu..heheh tp ikan pari tu kan lebar saiznya..ikan bawal ni runcing skitt…hmm ok la tu dari bawal ke pari jgn dr bawal ke ikan bilis dah la..
apapun faktor pemakaian ni punya kesan yg kuat terhadap pemakai dan org sekeliling..bukan saja muslimah..ttp lelaki mcm saya pun kekadang tu dilema jugak..apa yg menariknya, kekadang tu sikap kita lebih mudah menjadi baik kalau pakaian tu menonjolkan ciri yg baik (pengalaman sendiri ni hehheeh)
Terima kasih ustaz…satu tarbiah yg baik bg dai’e yg kehausan santapan rohani…alhamdulillah…
salam ustaz…gambar tu ustaz tgh makan apa tue? mcm sedap je hehehe
meriah nampak…hehehe
SENYUM SOKMO!!!
ana tolong jawab.
Ustaz tengoh make timun cino jepong. demo nok ghaso ?
Salam,
Apa khabar ustaz? Tersenyum ana disini bila membaca setiap tulisan ustaz berkenaan pengalaman di Jepun. Rasa syukur tidak terhingga, satu harapan telah tercapai. Biarpun ana tidak berada disana, bangga, suka dan puas masih terasa. Walaupun begitu sedikit kerugian terasa kerna tidak terpilih untuk bersama dengan ustaz untuk berprogram.
Semoga tunjuk arah ustaz disana memberi sinar baru kepada anak muda Malaysia di Jepun. Terima kasih kerana memilih blog saya untuk tersenarai MyJapan blogger walaupun sudah berada di Malaysia.
Diharap kita dapat ketemu lagi di Malaysia, menjalin hubungan untuk program di sini.
Salam ukhuwah buat semua.
salam
terima kasih ustaz dengan article..
sdikit sebanyak buat saya lebih bersemangat..
ye..ceria-ceriakan diri anda… =)
“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Assalamu’alaikum..
ana suka sgt hadith ni..menjadi satu motivasi utk kita terus menunjukkan muka ceria walau di hati ini hanya Allah yg Maha Tahu betapa keadaannya… insyaAllah semoga ma’ruf kecil ini Allah nilai sebagai amal soleh… kita bukanlah kaya dgn harta utk disedekahkan, maka berilah senyuman yg ikhlas sbg sedekah buat saudara2 kita.. insyaAllah..
BEST entry ustaz ni…mabruk2!
saya setuju dengan ustaz. islam ni mudah..so jangan beratkan ia dengan benda2 yang tak sepatutnya..tapi mudah pun jangan ambil jalan mudah dengan suruhan pencipta kita..
p/s em..agaknya jenama akan datang kot tudung pari2 tu..yang mengikut syariat la..=)
teringat kawan2 masa blajar dari engineering, sains komputer, sains, undang-undang dan fakulti lain yang selesa mengenakan tudung labuh di kampus
Tahniah !
Senyuman itu penawar duka…
mmg pun…so ibtisam daiman…hidup akan lebih ceria walau di mana berada…insyaallah ketenangan hati akan bersama…
“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.
Perbincangan kasual bersama ustaz pada program Summercamp memberi satu kesimpulan yang mudah sahaja tetapi menjadi antara core element… Dakwah perlu CERIA!
Perkara itu sendiri kami dapat simpulkan dari cara penyampaian kuliah ustaz. Malah dalam sesi perbincangan kasual, kadang-kadang saya pun jadi confuse, “ustaz masih ceria berbual dalam waktu dan keadaan ini… tapi rasanya dah sehari suntuk ustaz memberi kuliah”. Kami yakin ustaz letih, tetapi tidak terpancar di wajah ustaz. Yang masih kami nampak ialah keCERIAan.
Biarlah dengan bertudung litup/berserban sekalipun, bergelar ustaz/ustazah sekalipun… CERIA itu juga menjadi antara human factor yang penting dalam dakwah.
Kalau dulu, ramai berfikir… untuk masuk ke certain kumpulan perlu dresscode yang berbeza.. dan dresscode yang berbeza lagi untuk kumpulan lain, membuatkan saya terfikir, bukankah kita menipu diri sendiri dengan tindakan sebegitu. Dan tidak mungkin akan berakhir, kerana manusia ini pelbagai. Dan akan kembali semua kepada persoalan utama, apa yang yang membuatkan orang tertarik dan ingin bermesra dengan kita? Kulit atau Isi?
Dan persoalan ini akan terjawab dengan pembawakan “isi” yang baik dan ceria seperti yang ustaz telah tulis dalam artikel ustaz di atas.
Dan betul kata ustaz, akhawat lebih terasa perubahan-perubahan sebegini berbanding ikhwah. Dan berdasarkan pengalaman, transition itu sebenarnya memberi lebih banyak advantage, dengan syarat tidak mengabaikan faktor CERIA itu sendiri. Ramah mesra, manis senyuman, ceria, pandai bergurau, akhlak baik membuatkan orang sekeliling senang berdampingan dengan kita. Tambahan faktor penampilan yang sopan pula membuatkan timbul perasaan hormat di kalangan orang sekeliling kita terhadap kita.
Quote dari ustaz,
Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.
PS : Cuba mencari pendekatan CERIA yang terbaik, untuk bermesra dengan adik-adik yang takut ke program agama. Tiada lagi kerut-kerut di dahi, mengundang migrain sahaja..hihi
metod pendekatan dakwah ada ja perkara-perkara mcm tue…laalla apa yg ingin disampaikan membuahkan hasil…hayya bil jihad…innallaha ma’ana…
Salam..
Saya pernah seperti ini dahulu ustaz. Alhamdulillah, apabila sudah mengenal orang yang lebih ‘menanggung’ masalah umat tetapi masih ceria dan friendly, saya mula sedar kembali.
“Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?”
….tergelak biler baca ustaz pny statement..
-double benefit biler ceria:
1. biler ceria = sentiasa senyum = senang2 dapat pahala sedekah
2. biler senyum = happiness hormon (endorphin etc2) dikeluarkan kedlm
sistem bdn = bdn jadi sihat.
Terima kasih ustaz…seronok baca artikel kali ni
Assalamualaikum ustaz.
Alhamdulillah, tersentak hati saya selepas membaca entry ustaz..saya pernah mngalami perasaan seperti itu..lebih2 lagi selepas baru je sebulan saya berada di sydney nie. Jauh berbeza keadannya dengan sewaktu saya di kyuem dulu dimana biah solehah sangat terasa di sana berbanding di sydney. Terasa seperti kosong sahaja.. Tapi selepas membaca entry ustaz ini, baru saya sedar bahawa saya perlu mewujudkan suasana itu seandainya ianya tiada lantaran tanggungjawab yang ada pada saya. Saya harap saya akan kuat dan dapat menemui sinar harapan di bumi sydney nie..=)
Untuk pengetahuan ustaz, saya merupakan antara 3 orang pelajar KYUEM yang mengikuti kursus Fly High semasa di INTEC pada pertengahan bulan 6 yang lalu..nurman merupakan senior saya dan dia belajar di Melbourne..=)
Salam.
Ustaz, maaf off topic (boleh delete nanti). Malaysia Think Tank London dah tukar nama kepada Malaysia Think Tank dengan mengekalkan London sebagai Ibu Pejabat. Dah didaftarkan juga di Malaysia, insyaAllah.
Salam Ustaz,
Yang paling menyedihkan, kebanyakan yg saya lihat(berlaku disekitar saya) walaupun tak banyak, tapi adalah 3 4 orang iaitu mengalami proses ‘transisi’ ke ‘transformasi’..(heh)..kawan2 yang dulunya bersekolah agama. Dari bertudung labuh->bertudung 3 segi->bertudung pari2 dan bawal->berambut kaler2-almaklumlah pelajar diluar negara…aduh…apakah ini..inikah hijrah songsang ustaz? Hati saya yg jadi tak keruan. Kalau ditegur bukan dia tak tahu pon, bekas pelajar sekolah agama. Tapi bukan tak ditegur, dah tegur dan insyaAllah, sebagai seorang sahabat saya dah cuba lakukan yg terbaik.
Rasa terkilan. Semoga ada hikmah disetiap kejadian.
Wallahualam
mintk maaf..sbb sy pn rasa terpanggil utk reply msj ini…saranan sy jgn jauhi sahabat2 kita sendiri walau apa cara sekalipun…semampu boleh kekalkn persahabatan…yakinlah allah bersma kita…sm2lah kita perbanyakkan doa agar erti Islam dpt dihayati dgn sebaiknya…
assalammualaikum…
owh cam tu,patutpun ada ibubapa yang rasa kehilangan anaknya bila anaknya mula untuk berubah….bersederhana dalam perbuatan…
thanks ustaz…..awesome!!!
Salam,
Your post came at the right time for me. Thank you.
salam utk ust dan semua…
artikel ini cuba menyegarkan kembali konsep ‘memanusiakan dakwah’.
benar, pakaian membawa tafsiran awal, malah turut menjadi pintu untuk mad’u mendekati pendakwah juga sebaliknya iaitu pendakwah mendekati mad’u. setelah masuk ke dalam pintu itu, isi di dalamnya pula yang akan dinilai. jika hati pendakwah tidak bersih, senyum pendakwah kering dan gurauan pendakwah tidak sering, lari semula mad’u barangkali. maka, jalinkan kemanisan dakwah bersama kemanisan senyuman dan kemanisan pergaulan.
salam ukhuwwah
Syukran atas ilmu buat adik2 IPIJ…n ummah.
Muga Allah sentiasa berkati segala usha n amal…
ws
Salam semua.
Nak ceriakan diri perlukan byk kesabaran juga, esspecially bila jumpa mad’u yg kurang susilanya. Dai’e perlu bijaksana membawa mad’u berfikir ke arah kebaikan dan pembaikan. Dan tanpa ‘menceriakan diri’ adalah sukar malah mungkin mustahil utk seorang mad’u itu mendekati, mendengar dan menerima dakwah seorang dai’e. Oleh itu para dai’e…’demi islam, ceriakanlah dirimu!’
sometimes, i felt a little uneasy of being cheerful as im afraid that i will forget Him when im too happy. i tried again n again to set up an equivalent mood, not too happy when i feel happy and not too sad when im sad, but its really hard to do that. so, what do u suggest?
* sorry i didn’t realise there’s another box to post comments and really hope to hear thoughts from you.
Sounds complicated. Why so?
It is difficult when u want to draw a line between grey areas.
So, try make it simple.
Islam allows u to be happy and sad. These feelings are natural (human nature ie hukum alam), they are not to be forced or hidden. They are times to be happy and they are times to be sad. If u r happy/sad at wrong time (inappropriately), then u could be psychologically abnormal.
Since u r having troubles in NATURALLY being cheerful/sad, I suggest u redefine what do u mean by u forget God when u r cheerful/sad?
I am not sure whether u think to laugh/cry is not permissible in Islam. If u do, then i think u need to flashback our prophet’s life.
When we r happy, we supposed to remember Allah for His Gifts. Even Rasulullah SAW laughs. He plays games (with S. Aisyah) and jokes (with old lady). In contrast, Rasulullah also feeling low during sad times. He was so low after S. Khadijah died. He also cried after Fatimah died. But this doesn’t mean that Rasulullah forgets Allah during his sad times. In fact, he feels Allah is much nearer to him during these times.
Maybe, u r afraid whether u will exceed the limit for example laughs histerically or severely depressed when u r sad. Since u r always aware of this in conscience, then insyaAllah i dont think u will be having any trouble to be simple and natural. If u remember Him before hand then InsyaAllah u will remember Him afterwards.
Last but not least, relax and let go. Occupy yourself with activities: riadhah, sport, dakwah etc so that u wont be too occupied with this issue. Sometimes, when we r too occupied with certain things, we tend to over do it.
Ok, that’s few suggestions from me. Maybe beneficial, maybe not. The answer is within yourself. Wallahu ‘lam.
Assalamualaikum w.b.h
Majority la, sepanjang hidup yang masih belum lama ni, masih mentah, kebanyakan org, takut sekali untuk mix dengan orang yang bertudung besar2 ni, rasa tak layak…Malah sebagian dari org yang bertudung n berbaju dengan trademark Islamic malah memberi citra yang buruk pada diri mereka sendiri…Seorang teman dari sebuah local U pernah menceritakan, org2 yang bertudung tak labuh (tudung2 dengan jenis ikan-ikan tadi
), kalau memberi pendapat dalam satu usrah atau discussion yang banyak muslimat bertudung besar ada, mereka seolah-olah dipinggirkan…Mungkn sebahagian je yang bersikap begitu, tapi itu memberi kesan, seolah-olah yang bertudung ikan2 tadi tak layak kalo nak berkawan dgn yang tudung besar2 tu…Kesian mereka…Mereka yang sepatutnya kita bimbing rasa takut, makin lama makin jauh mereka kalo takde sape2 yang mengajak mereka..Whatever pun, buat yang bertudung besar, berimej islamic, tetap izzah ye, walaupun kadang2 kita sendiri di perantauan…Xpresikan Dirimu Dengan Islam (hehe, boleh jadi slogan baru ni)..:)
Syukran kathiran for this article. Suka sekali membacanya, sambil senyum sorang-sorang
Salam..
Ceria itu insyaAllah datang apabila hati menjadi tenang. Dan mahal sungguh harga sebuah ketenangan itu. Tidak pula seperti yang disangkakan, ketenangan itu bukannya datang apabila tiada sebarang masalah yang melanda, bukan juga ketika kita mendapat apa (material terutamanya) yang sering kita impikan. Berdasarkan pengalaman yang seciput ini, ketenangan itu datang bila kita benar2 menyerahkan seluruh jiwa raga kita yang Maha Esa, walaupun tatkala di tengah – tengah hiruk – pikuk histerianya keadaan sekeliling pada waktu itu, yang berpotensi besar untuk menarik kita tenggelam bersamanya.
Bak kata mereka, di tengah pusaran puting beliung (tornado) itu, terdapat ruang yang sangat tenang – lebih appreciate bila tengok cerita Twister lakonan Jodie Foster bila dia terperangkap di ruang tengah (the eye of the) tornado itu.
Bukan murah harga ketenangan itu yg akhirnya memberi kita keceriaan yang semulajadi dan tak dibuat – buat.
Wallahua’lam
Ya setuju dgn shiha. Terlalu mahal harga setiap ketenangan itu.
Kadang2 memerlukan sepenuh pengorbanan dan rasa rendah diri seorang hamba utk mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
Hmm, akak nak try la tips tu, jap lagi anak2 balik maka bermulalah tornado…dan akan ku cari the eye of the tornado. Jgn akak yg jadi torpedo sudah.
Lari topik ke ni?
tak per ‘tersasar’ sedikit dari track asal!
saya selalu berpisah dari keluarga (dari mula kahwin hinggalah sekarang). tapi sekarang baru saya rasa ‘puas’, melihat gelagat anak2 yang sudah membesar disepanjang saya ‘sekejap ada sekejap tak ada’ dirumah. mungkin itulah (agaknya) sebahagian dari ketengangan yang cuba diutarakan..
assalamualaikum…
saya pn masih dlm keadaan transisi mode, byk benda yg saya perlu perbaiki lg. terima kasih ustaz dgn entry ni. saya mendpt semula kesedaran, menjd dai’e ni perlu ceria2 selalu…..betapa saya xpatut lupa utk senyum selalu, terutama pd sahabat yg faham dan byk bersabar dgn saya.
Terima kasih di atas artikel ini..Teringt zaman ngaji dulu2..Bila bertudung labuh disangkanya budak Fakulti Pengajian Islam..Kekadang tu dipanggil ustazah..Sedangkan kita masih mencari dan akan terus mencari ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah. Mentaliti yang harus diubah oleh masyarakat.
” Berubah kerana Allah bukan kerana seseorang….”. Moto yang harus dipegang untuk bakal graduan yang mahu beristiqamah dengan apa yang anda perolehi di kampus…
**** CERIAKAN DIRIMU KERANA ISLAM****
I Luv Islam^^
be strong, all muslimah!
insyaallah…doa2kanlh…
ameen. May Allah gives HIS protection & blessing.
slm ustaz..
ana tertarik dengan artikel ustaz ni..
sebab inilah keadaan yang berlaku pd ana di Bumi Kenyalang ini..
murid majoriti Iban..yg muslim hanya 5 org…sebab itulah ana dipilih untuk mengajar di sini..persekitaran memang berbeza…xde pn dengar bunyi azan..sebab kawasan bukit dan dekat dengan rumah panjang yg majority nya Kristian…kwn2 setugas2 pun ramai yg Iban..yg Muslim boleh dikira..dan dari segi praktis Islam..hanya Allah yang tau..inilah nature dan cabaran ana di sini..doakan ana dan para pendidik Islam di sini kuat…alhmdlh skrg ni ana dh semakin seronok…walaupun berlainan agama..tapi akhlak dan imej Islam tetap perlu di bawa…sebab itulah kita kena ceria..betul tak ustaz?
Ceria-ceria kanlah duhai insan yang ingin bergelar da’ie.Ayuh maniskan wajah,pandanglah ke depan selalu.Jadikanlah setiap kepahitan dan kesedihan hidup sebagai aspirasi buat bekalan untuk mendidik diri dan sahabat-sahabat di sekeliling.Andai diriku dan dirimu tidak mampu untuk bergelar ketua,atau tidak mampu untuk memikul amanah memimpin teman-temanmu,cukup sekadar kalian dan diriku beringat,bahawa kalian dan diriku adalah ketua buat diri sendiri.Didiklah dirimu dengan didikan yang fitrah kerna kelak kita akan dipersoalkan kembali.Hitunglah dosa pahala selalu.Usah terus leka dengan kenikmatan dan keseronokan.
Jika tiada akhirat,benar sekali,dunia ini tidak akan bermakna.Benar pesanmu.
salam..
tak sangke yg rupe2nye isu ni adalah isu yg global, byk muslimah yg mengalaminya, ingatkan diri sendiri sahaja =)
setuju dgn pandangan shiha di atas. normal bila kita bertransisi kite dipinggirkan atau kite sendiri yg merase ‘asing’ wlupun hakikatnya tak diasingkan pun. suddenly u feel that ur different, atau ‘i dont fit in any longer’.
smoge kite tetap thabat di jalanNya. tetapkan hati yg there’s no turning back. kadang2 rase sedih tu juge adalah salah satu pintu2 masuk bisikan2 syaithan supaye kite putus asa / lemah di jalanNya.
when you’re sad or lonely, think about how much God wants to be your friend. mesti ada solusi dan hikmahnya. di saat jalan di bumi ditutup, jalan ke langit terbuka luas, kan? =)
n penting juge utk mencari teman utk kita berkongsi suka duka di jalanNya (teman sefikrah). Contohnya walaupun Allah uji Rasulullah dgn pelbagai ujian berat, tapi at the same time Allah kurniakan dia isteri dan sahabat2 yang sanggup berkongsi suka duka bersama (ex seperti Siti Khadijah dan Saidina Abu Bakar. utk kite pula, dlm zmn yg serba canggih ini, macam2 cara boleh kite gune utk berhubung dgn akhawat2 di seluruh antero dunia ni.. (ex : ym, phone calls =) )..
smoge kita tetap optimistik dan cekal melawan musuh utama diri, iaitu emosi2 negatif dr diri kita sendiri!
hmm..rase lebih bersemangat tuk senyum..xtaula nak kata mcm mana muka sy ni memg muka yg xmesra alam..bila teringat nak senyum br senyum..klu lupa memg xsenyum..saya ni ada masalah nak memulakan sesuatu..tp klu da stat saya la org paling riuh..org slalu kata saya ni sombong..di awal perkenalan..membuatkan saya rasa untuk proses dakwah,saya agak susah coz i duno how to started..bla sy cuba senyum pon org kata sy ni macam nak xnak je senyum…ayyoo..inilah mehnah yg sy alami skrg ni..kadang2 sy pk balik muka sy mcm ni sebagai protective tuk diri sy..coz bila org da kenal saya..diorg akan amik kesempatan di atas sifat saya yang sebenar…
Dont worry, u r not alone.
Saya pun rasa macam tu jugak, dari dulu sampai sekarang. Dari di sekolah menengah lagi, orang ingat saya ni sombong bcoz saya jarang senyum. Entah le maybe masa tu saya stress masa memegang jawatan agama di sekolah, ye lah kan rasa isolated lantas tidak ceria. Tapi kalau dgn pelajar lelaki, saya memang purposely tak senyum dgn depa, for protective reason gak dan mereka pun kata saya ni sombong. Tapi saya buat bo layan je dgn depa tu kecuali classmates lelaki yang rapat saje. Di universiti (Ireland) pun sama, saya pegang jawatan agama jugak so agaknya naturally muka saya nampak macam masam. Saya pun tak pasti, tapi yang pastinya saya tahu saya suka berceloteh, suka mengusik kawan-kawan, housemates dan adik2. Setiap kali jumpa kenalan baru, memang saya slow sikit untuk buka bicara tapi bila dah kenal, saya mudah sembang atau diskas tentang apa saje.
Banyak yg kata takut nk tegur saya buat pertama kali. Saya pun tak berapa pasti sebab apa walaupun selalunya dah jenuh saya leretkan senyuman. Kadang2 terfikir gak, adakah saya perlu ubah rupa fizikal saya seperti wearing braces dll agar orang lebih senang menegur saya tanpa fikir saya nampak masam atau garang. Yang pastinya tidak. Saya tidak akan paksa mereka utk mengenali siapa diri saya yang sebenar dan saya yakin ramai yang akan kenal isi hati saya yang sebenar (eventually). Pendek kata, i will give all the time they need to really know me. Yang pasti wajah dan hati saya sentiasa berusaha utk senyum, ceria dan membahagiakan setiap insan yang saya kenali dan jumpa. Dengan niat ikhlas dan rasa hamba maka insyaAllah kita akan berjaya. Dan ramai yang akan lebih appreciate kita kalau semuanya dilakukan secara natural dan bukannya dibuat-buat.
Jangan resah, teruskan memberi!
saya stuju dgn ummusaif..sy pun kdg2 cam tu gak, org anggp sy sombong bile first time tgk muka sy. wlpun sy rasa yg sy ni dah senyum, org still aggp camtu..tfikir gak kdg2, kne p pakai pape ke kat muka ni tuk nmpk tak sombong..huhuhu…no need to put anything on my face, just let it look naturally, bia la org nk kata pape pun, yg pasti Allah Maha mengetahui apa yg ada dlm hati sy…..bgs gak muka sombong ni, skurang2nyer leh elak dri kaum adam yang jenis mgatal(maaaf wahai kaum adam, tak semua, just segelintir jer)
[...] Posted in Uncategorized at 8:55 am by scholesyfynn credits to Saifulislam.com [...]
Saya kenal Islam di negara kafir. 2-3 tahun lepas, sejak tu bnyk rahsia tersingkap. Mula meneroka.
Stuju sgt psl penampilan dan ‘kemurungan’ daie-daie. Ustaz, mmg berkerut x sudah kalau pikir umat Islam di malaysia ni…sedih, takut, bengang, marah, nyampah.
Tp kalau pikir balik, sy pun dulu begitu juga, bahkan lebih teruk dan sisa2nya masih banyak. syukur la dan terpilih untuk dicelikkan mata.
salam…
syukan ust atas artikel yg sgt bermakna tu…
sy xpernah menyangka sy sebegitu rupa..mgkn sbb slalu kita pk kita ni dh ok tnpa pk org len cne nk approach kita…
ana br sedar kesilapan ana selama ni…
syukran jazilan ya ustaz…
salam…
syukran ustaz atas artikel yg mampu membuat org bkn shj tersenyum malah tergelak juga…
ana xpenah terfikir yg kemuraman ana itu sudah menjejaskan sedikit peranan sbg pendakwah…mgkn sbb terikut dgn perasaan…
syukran sbb menegur ape yg xpenah ana sgka ia menjejaskan org di sekeliling kita…xsedar yg bkn semua org leh masuk dgn semua org…
tgk pakaian pn dh nmpk len apatah lg nk bergaul…
Salam..
Alhamdulillah.. baru sempat nak tanya soalan2 ni. Dari hari tu lagi nak post tapi asyik tak nyempat =)
Abusaif wrote:
“Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.”
akses => assess?
Abusaif wrote:
“…Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencelin, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!”
“Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin…”
pemencelin => pemencilan?
Terima kasih. Wasalam.
hurm..core issue ni..
ana pun ade mslh yg same..
susah sgt nk senyum…kadang2 tak sedar ekspressi wajah sendiri..
shbt selalu tegur ana jarang sgt senyummm…
ana sedar ‘senyum itu sedekah’..
tapi knp ye?
mase kecik2 dulu suke senyum tapi ade org tegur, jgn selalu sgt senyum especially ngan laki..
lepas teguran bertubi2,ana kurangkan senyuman..
terbawak2 sampai skang…
dilema..
ade sape2 yg bleh bagi penawar utk kelemahan ni?
senyumlah mengikut kesesuaian tempatnya…kalo dh dilema mcm 2…tk senyum pun sush senyum pun susah…mst ada mengeluh mcm tue kan…hehe…yakinlah senyuman itu penawar diri bukanlh suatu tarikan…teruskanlah senyuman anda xpecialy ms nk tegur org ker…hehe…tgk keadaan la…
best artikel nih!~
huuu…sesuai dgn saya yg ber’transisi’ dari penah jd org yg suka sgt berfesyen n berjeans,semua tdg yg latest mesti ada.huuu…
try xpakai alhamdulillah dpt istiqamah dari awal tahun..
bab tudung pulak try nk pakai tdg yg bidang 60′ tp sbb sebelum pakai tdg bawal cam rs lain ja especially bila blk umah..
tp alhamdulillah suasana di tempat sy belajar xde masalah…cuma sesekali ada teman yg bertanya kenapa berubah??sy hanye tersenyum..’Perubahan satu Pengorbanan’…
alhamdulillah sy bertemu dgn teman2 yg mmg mendorong kearah kebaikan..bg sy teman2 yg baik amat penting supaya kita sentiasa rs ada sokongan..
kdg2 ada jugak yg bertanya dgn nada yg xberapa sedap didgr..”awk berubah kerana si dia ke?”…
ntahlaa,sy hanye diam je bila di ajukan soalan sebegitu..dlm hati sy kata “kerana DIA”..
hati kena kuat bg sy walopon kdg2 nk terbabas jugak n supaya x tersisih sy masih kekalkan sikap yg peramah n masih berkawan dgn semua..
tq kpd ustaz artikel kt atas…
“kapan mau bawa ummu saif buat spa di sini?”..hee~
Alhamdulillah..thanx ALLAH for giving me this path~try to istqamah=)
salam..terdiam skjp bila bc artikel ni..alhamdulillah Allah alihkn hati sy utk buka blog ustaz. Memang ini yang sy tgh alami skrg.jauh dari biah solehah dan juga sahabat2 sefikrah. Tercampak ke sini seorang diri. Dulu tak prnh pulak rasa sedih hati sebab dah berada dlm klgn biah solehah dan tk prnh terpk untk same2 menyeru org lain jgk. Skrg bila dah berada jauh di perantauan ni, alhamdulillah dah sedar yg tugas utk menyampaikn tu perlu. sy yg perlu berusaha mewujudkn biah itu wlwpun hakikatnya mmg perit. rasa ter isolate dan tkleh nk msk sgt ngan kwn2..tp rasanya tu masalah sy sndiri..insyaAllah akn diubah lepas ni..
salam…
betul la uztaz, ada juga sy tny ustaz tmpt sy blajo nih, dan ceramah2 lain sy dengar diorang pun kata imej islamic tu pun kena bawak jg. betul tu bab pakaian ni lelaki mmg tak obvious sgt nak ubah, kalo pempuan, agak terkejut jg bg yg baru2 ditarbiyah tutama biah dirumah dan kwn2 dulu sgt mempengaruhi.
sy pun dulu camtu gak ustaz, tp alhamdulillah ALLAH memperkenalkan kpd sy kwn2 yg baik…hati ni tersentuh tgk diorang berpakaian yg sepatutnya. sejuk perut ibu yg mengandungkan:)
[...] Demi Islam, Ceriakanlah DIrimu! [...]
Salam Ustaz dan sahabat pembaca,
Terima kasih atas entri yang sgt baik ini (ada ke entri ustaz y tak baik?). Teringat masa mula memakai tudung,kebetulannya bermula di negeri Kelantan.Jadi bila balik kg kerap ditegur “ditarbiah oleh Nik Aziz ke?” Kebetulan masa tu tuan guru baru je menjadi MB Kelantan.
Nak tergelak pun ada tapi dalam hati, walau apa pun aku lebih tenang dan damai begini……..
Semoga semua sahabat mempunyai kekuatan utk berdakwah seperti Ustaz Hasrizal….Santai tapi bernas dan jitu.
nashat yg mantop u yg bergelar daie…apatah lg sbgai murabbi….