Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

September 7th, 2008 by Abu Saif 10:54 pm | 5,258 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.  

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Lembik!

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam  Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

P/S: BACA JUGA ARTIKEL UMMUSAIF.COM BERKAITAN HAL INI: TANGAN SAYA BERDOSA DI HARI RAMADAN

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Pindang Daging Untuk Berbuka Emm, lega saya hari ini. Akhirnya dapat meluangkan masa bersama...
  2. Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan? “Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk...
  3. Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?” tanya...
  4. Cilbir Turki Untuk Bersahur Cilbir versi telur yang tidak direbus Semasa di luar negara,...
  5. Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan source ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan...

Advertisement

83 comments

  1. muhammad afnan says:

    Geram pula saya baca artikel ini. Lembik !! Badwi dekat padang pasir pun boleh puasa? Takkan kita tak boleh?

  2. belasungkawa says:

    Hmmm…berpuasa itu pada saya adalah satu perjuangan.

    Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.

    Mungkin….mereka tidak dipupuk untuk berkorban, dalam hati mereka tiada keinginan untuk berjuang. Parah juga ni….

  3. ibnurashidi says:

    Lembik!memang sesuai dengan mereka. Ada yang lebih pelik. Lelaki sasa dan gagah juga. Kuat bekerja. Namun turut berbuka puasa ditengahari. Alasannya mudah. “Saya penat bekerja pak”…

    • Akhi, bukankah bagi mereka yang bekerja keras dan berat ada rukhsah untuk mereka berbuka puasa? Allahua’lam, pelajaran agama di SIS dulu masih lekat di ingatan..taktaula pula andai fatwa ‘baru’ telah keluar…atau ana yang tersilap, mohon dibetulkan.

      Isu yang ustaz bawa ini lebih kepada mereka yang hidup senang tetapi menjadikan alasan susah dan payah untuk tidak berpuasa. Pada pandangan ana di tengah malam inilah..huhu

      • ummusaif says:

        Salam.
        Mmg antara perkara yg dibenarkan berbuka puasa adalah melakukan kerja2 yg berat seperti buruh kasar dan seumpamanya.

        Tapi, ini bukan bermaksud blh siap2 pasang niat untuk tidak berpuasa sebelum mencubanya. Malah, ada yg dah siap2 tak posa dari awalnya. Belum cuba lagi sama ada payah/susah berpuasa dalam keadaan tersebut.

        Kalau dari awal dah surrender, of course sampai ke sudah pun susah untuk berjaya bcoz takde niat dan azam yg jitu.

      • ibnurashidi says:

        Komen ana ada dua situasi berbeza namun wujud persamaan. Pertama “lembik memang sesuai bagi mereka” itu menyokong penulisan ustaz diatas.
        Sebagai tambahan diselitkan contoh kedua. Iaitu lelaki gagah dan sasa kuat ( mampu ) bekerja. Tidak kiralah sebagai keranike, konduktur bas ke, drebarke, Doktorke apeke. Tapi beralasan penat keja terus tidak berpuasa. Kerja bukan alasan untuk “ponteng” puasa. Itu maksud ana. Agaknya kalau disuruh berjihad ditengahari bulan puasa seperti zaman Rasulallah SAW macammana ya?

        • Kalau disuruh berjihad di tengah hari bulan puasa, berbukalah! Bacalah sirah, Rasulullah pernah minum di khalayak sewaktu berperang dan menyuruh para sahabat berbuka kerana mernghadapi perang yang getir. Allahua’lam.

      • ibnurashidi says:

        Boleh akhi bagi rujukan kitab sirah mana?muka surat?ana pun teringin nak tahu.

        • Abu Saif says:

          of course, Allah SWT tidak memberatkan manusia dengan sesuatu yang di luar upayanya. kalau sekiranya seseorang bermusafir, sakit dll, maka peruntukan berupa rukhsah memang tersedia. malah jika berpuasa memudaratkan survival diri, jadi maksiat pula jika mahu degil berpuasa.

          semua kitab yang membahaskan bab buka puasa ada dalil-dalil tentang hal ini.

          cuma dalam artikel ini, kita berdepan dengan golongan yang menganggap sebagai cicak sebagai buaya, cacing sebagai ular!

      • Muhammad says:

        komen husaini ibrahim, pada sy, adalah tidak perlu dikomen, ditambah tolak; tak bole pasang niat awal2, takde azam yg jitu, atau surrender atau sebagainya.

        kerana rukhsah kerana kerja kuat penyataan yg self-evident.

        contoh, esok sy bermusafir, sy tidak penat, sy tidak lapar, tp oleh sbb Allah dah bagi rukhsah pada org yg bermusafir utk berbuka, maka takde masalah kalo sy berbuka. (diqada baliklah tentunya)

        sama jugak kalau asnaf zakat, seorang muallaf, die tidak miskin, malah boleh jadi sgt kaya, tapi dgn sbb die muallaf die termasuk dalam asnaf, dan layak terima zakat walaupun kaya.

        Jadi begitulah, tp sy setuju yg isunya adalah bende lain, isu ini ialah org yg taknak berpuasa sbb malas. Alahai masyarakat kite….

  4. anuarsaleh says:

    masyaAllah…kenapa perkara ini patut berlaku…kenapa tidak dibuka sejarah badar…betullah nafsu memang sukar untuk dikawal jika tidak dididik dengan keimanan yang jitu….

    • apiz says:

      YA ALLAH! apalah nak jadi zaman sekarang ni.. byk2 lah bertaubat.. ALLAH dah bg kemudahan kepada org pompuan dah.. itu pun nak ambil kesempatan lg.. batalkan niat x nak puasa tuu.. melainkan sebab2 yang yang boleh diterima oleh islam untuk tidak berpuasa..

  5. k.long syikin says:

    salam,

    kalaulah mereka mengetahui ada kanak2 tadika seawal 5 dan 6 tahun gagahkan diri dan berjaya akhirnya berpuasa penuh, alangkah…

    teringat lagi terserempak dngn lelaki melayu yang tanpa segan silu mmebeli mc donalds waktu tengahari..cuba berbaik sangka, barangkali beli untuk waktu berbuka nanti, tetapi..sangka buruk ttp tak dpt lari..

    • saifuddin says:

      IMHO, tidak boleh disamakan cabaran berpuasa bagi kanak-kanak 6 tahun dengan kanak-kanak 26 tahun. Kanak-kanak 6 tahun puasa mereka sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi kanak-kanak 26 tahun puasa mereka lebih dari itu, lebih-lebih lagi jika berada di negara yang mudah dan murah jalan-jalan menuju perzinaan. Maka cabarannya tentulah berbeza.

      • k.long syikin says:

        salam,

        kalau dah tahu begitu keadaannya, individu tu kena lebih kuat menahan diri.mujahadah..masa nilah nak uji takat mana kita CINTAKAN ALLAH tu..

        saya kira, semua maklum, kalau pasangan yg sedang bercinta tu sanggup buat apa saja utk pastikan hub. cinta mereka mekar berpanjangan, paling takut kalau hati kekasih tersinggung atau marah, bimbang nanti kena tinggal pula. itu yang ada kes sanggup berzina, konon bukti cinta..sanggup lari tinggalkan rumah utk ikut kekasih, konon bukti cinta..dan macam2 lagi perkara mengarut yg kita pernah dengar…sbb apa? sbb nak mmbuktikan cinta kita pada pasangan kitalah..biar dia fikir kita adalah yang terbaik, dan akan setia ngan kita selamanya..

        oh, saya rasa malaysia pun skrg ni antara negara yg murah dan mudah ngan jalan2 perzinaan, restoran2 cina dan india yg buka tu pun menggamit2 , apatah lagi ada restoran mamak 24 jam yg buka waktu siang!! pokok pangkal hati sendiri. saya pinjam kata2 nabil “..fikirlah sendiri”

        jadi, begitu juga antara kita dngn Allah, apa BUKTI CINTA kita pada DIA? ni mengaku kita beragama islam ni. tp apa bukti kita seorang islam? puasa ni rukun islam ni..Dahlah ramadhan tu setahun sekali, sebulan aje pulak tu kena buat drp 12 bulan. pemurahnya Allah tu..

        kalau kita boleh fikir betapa ALlah dah bagi nikmatNya yang tak terhingga..mcm rezeki kita boleh belajar kat luar negara, org lain tak dpt peluang tu..rezeki penglihatan, rezeki makanan, anggota badan sempurna dll..kita akan rasa malu tak nak buat segala perintah Allah. kita akan rasa susah hati sbb takut nanti kalau tak mo buat perintah Allah, takut nanti kat akhirat, muka kita ni pun Allah tak sudi pandang..

        kalau mcm tu, saya pun boleh beri alasan tak mo berpuasa sbb saya ada gastrik! suri rumah lagi tak de pembantu, dngn kalutnya saya nak siapkan draf bab 1 tesis ph.d..ni hari2 duk pening kepala mengadap buku2, nak muntah rasanya..siap berkoyok ni.

        percayalah, cabaran berpuasa ada di mana2..bukan di luar negara, bahkan di dalam negara..mcm saya kata tadi..masa nilah nak bukti cinta kita pada DIA.

        saya ni ada gastrik..asal tengahari aje perut mula rasa pedih..tp saya bercakap dlm hati “ya Allah, mudahkanlah aku berpuasa..kuatkanlah aku”..alhamdulillah, dpt puasa penuh. mohonlah dngn Dia..ingatlah, berdoa ngan Allah tu tak perlukan tikar sejadah semata2..u tgh buat kerja pun boleh berdoa dlm hati..pendek kata, kita online ngan Allah anytime, anywhere..tinggal kita nak rebut peluang itu atau tidak..

        kalau rasa kita lemah sangat, mintalah kekuatan drp Allah..

        tp, kalau sesapa tak mo puasa, terserah..Allah TAK RUGI satu sen pun..tp kita yang rugi sbb kita menzalimi diri kita sendiri..kenapa? sbb tak ikut perintah Allah, so sendiri jawablah kat akhirat nanti, fikir2lah azab Allah tu..kena sentiasa muhasabah diri sendiri. ni peringatan buat diri saya.

        maaf andai komen saya ni pulak agak beremosi.

    • tun says:

      Janganlah bersangka buruk kepada orang dewasa yang beli mcD tengah2 hari. Saya sendiri pun pernah belikan untuk anak2 yg kecil pd waktu mcm tu

      • k.long syikin says:

        salam,

        saya pun pernah beli juga maasa tghari :) ..tp lelaki yg saya jumpa tu, lelaki muda dan bersamanya dua rakan lelaki lain, dan kuantiti yg dia belinya itu untuk 3 orang :) ..itu sbbnya saya tk dpt menahan diri drp terfikir yg lain..

  6. Leokid says:

    Saya lebih suka berpuasa ketika menempuh peperiksaan. Masih teringat lagi dulu masa SPM pun, saya berpuasa. Bagi saya, bila berpuasa dapat lebih concentrate di minda. =)

    Sbb tu bulan Ramadhan ni biasanya saya jadikan sebagai bulan untuk “jump-start” engine istiqamah dalam belajar!

    (ps: tips hanya sesuai untuk mereka yang tiada komplikasi berlapar ketika study. kalau study terganggu sebab lapar, maka jgn le ikut tips ni. T_T )

    Macam yang saya tulis di post terbaru saya, saya lebih suka menganggap Ramadhan ini bukan sebagai the month of restraining, but a month of training. Ramadhan adalah peluang dari Allah untuk melatih diri kita. Menguatkan iman. Menguatkan jasmani. Menguatkan diri menahan dari nafsu.

    Bayangkan jika di bulan Ramadhan (yang mana syaitan diikat) pun gejala2 seperti yang ustaz sebutkan berlaku serta tidak dapat ditahan oleh individu terbabit, maka apa agaknya nasib mereka di bulan2 lain yang “lebih bebas”? Dapatkan mereka menahan diri mereka dari menuruti nafsu dan perbuatan mungkar?

    http://leokid.wordpress.com/2008/09/06/4-paragraphs/

  7. emann says:

    Assalamu’alaikum…

    Lemah iman akibat praktis yg kurg…

    Dari kecil tak dilatih puasa penuh, dan motivasi yg diberikan menggunakan cara yang salah. Sebagai contoh normal, ibu bapa janjikan ganjaran duit bile puasa penuh. Jadi anak akan mencuba sedaya upaya berpuasa…DI HADAPAN ORANG TUA.

    Puasa yg diajarkan hanyalah puasa makan dan minum, puasa mata, telinga, tangan dan lain-lain tak ditekankan. Jadi ada tempat lain melempiaskan nafsu sampai akhirnya bila faham maksud puasa yg sebenar nafsu dah terlambat(atau dlm konteks ini lembik dan cepat lelah) dilatih.

    Puasa adalah pelatihan menahan segala jenis nafsu. Nafsu makan minum, nafsu marah, nafsu syahwat dan seterusnya. Ustaz pernah katakan waktu Miftahul Qalbi, ia adalah pelatihan untuk membentuk seorg mu’min sejati, bukan sekadar nk menyusahkan dan menguruskan badan. Bila kita kuat melawan nafsu waktu fizikal lemah dan keadaan mental sangat teruji, insyaAllah spirit dan determination kita akan lebih kuat.

    Masalah lain juga pasal puasa sekarang ni, orang suke berlumba-luma ikut tarawih, khatam Qur’an berapa kali, buat majlis buka puasa sini sana, tp niat tu jadi mcm budaya. “Kalo tak buat tak sopan la…” “Tak rase Ramadan la kalo x tarawih” dan sebagainya. Betulkan niat, perbaiki amal. Solat tarawih sekalikan dengan solat fardhunya di awal waktu, bacaan Qur’an sekalikan dengan tafsirnya, majlis buka puasa sederhana tak perlulah masuk TV dan utamakanlah utk fakir miskin.

    Wallahu’alam.

  8. Hamba Fakir says:

    Salam sahabat..
    Saya rasa waktu berpuasa lah masa yg paling seronok utk belajar dan exam kerana minda kita tidak tertumpu pada makanan..tapi sebenarnya puasa itu memerlukan latihan..jika kita selalu amalkan puasa sunat dan banyakkan latihan berpuasa ini susah tentu kita akan merasa seronoknya berpuasa di bulan Ramadhan..dan puasa lah sebaik2 masa utk kita berdiet..sebab puasalah diet yg paling baik utk kita.sekadar coretan.wallahualam

    • SangPelangi says:

      Betul, betul, betul… (style Ipin)
      Sebenarnya senang je penyelesaiannya, kan. Training. Kalau tak ada training, mana mungkin boleh mahir. Puasa sunat tu boleh dikira training.

  9. shiha says:

    Salam..

    Kenapa sampai begitu sekali? Saya harap cerita di bawah ini dapat membuka (walaupun sebelah) mata bagi sesiapa yang nak bukak matanya.

    Ada seorang ibu ni, disebabkan kekurangan ilmu agama, dia tertanya – tanya samada dia mampu berpuasa sedangkan anaknya masih kuat menyusu badan. Tambahan pula, anaknya yang baru berusia 3 bulan itu, tidak minum susu formula, tidak minum air masak dan tidak makan makanan lain, anaknya bergantung sepenuhnya kepada susu dari ibunya.

    Ibu ni tahu yang wanita menyusu dibenarkan untuk tidak berpuasa. Tapi dia kurang jelas samada puasanya itu nanti perlu diganti sahajakah ataupun perlu dibayar fidyah sahajakah? Ataupun kedua – duanya sekali? Kalau perlu diganti, dia memikirkan, bilakah dia mampu menggantikan puasa selama 30 hari itu, memandangkan berkemungkinan besar anaknya akan terus menyusu sehingga sekurang – kurangnya berumur 2 tahun (maknanya sampai tiba pula puasa tahun hadapan). Dan ada kebarangkalian juga yang selepas itu ibu ini mungkin akan mengandung pula anak yang seterusnya. Dia benar – benar dalam dilema.

    Setelah difikirkan semasak – masaknya, dia membuat keputusan untuk meneruskan puasanya pada kali itu. Ya Allah! Cabarannya, hanya Allah yang tahu… Pagi biasanya okay lagi. Bila sampai tengahari, anaknya yang menyusu selang 2 jam itu mula merengek kecil. Mungkin dapat merasakan ibu yang semakin kehausan itu. Bila menjelang petang, anak masih menyusu selang 2 jam, manakala si ibu nak berjalan pun dah lemah longlai. Namun digagahkan jua demi memikirkan tanggungjawabnya sebagai Muslimah yang wajib berpuasa. Dia juga tak sanggup membiarkan anaknya minum selain dari susunya kerana berdasarkan pembacaannya, pada usia 3 bulan, bayinya yang masih lemah itu perlu disusukan sepenuhnya dengan susu ibu. Sepanjang masa, mulut tak henti – henti menyebut kalimah Allah Allah Allah. Teringatlah olehnya akan penderitaan Bilal bin Rabah yang diseksa. Teringat juga akan kisah keluarga Yassir yang didera ditengah panas. Terlalu hebat dugaan mereka jika nak dibandingkan dengan dirinya yang baru sedikit menerima ujian. Itulah ubat utk memujuk diri.

    Pejam celik pejam celik, cukup juga sebulan ibu ini berpuasa di samping menyusukan anak kesayangannya. Demikianlah kisahnya.

    Sebenarnya, ramai ibu yang menyusu ni, bila tiba bulan puasa, soalan yang ditanya bukanlah samada perlu diganti atau tidak puasa itu. Sebaliknya, mereka tanya, apakah cara2 dan petua2 untuk membanyakkan jumlah susu badan di bulan puasa ini. Untuk saya, yang paling efektif adalah dengan membanyakkan makan buah kurma ketika iftar, bersahur dan malam di antara kedua waktu itu. Sekali makan, sampai 5,6 biji. Alhamdulillah, amat mujarab buat saya.

    Wallahua’lam. Wasalam.

    • insyirah says:

      Salam,

      Saya pun amalkan yg sama, makan kurma 3-4 biji masa berbuka dan juga masa bersahur. minum air banyak2 malam and mase sahur..and make sure sahur. Alhamdulillah, dua anak, saya tak tinggal puasa kerana menyusukan.

      Tapi last friday, saya tertido lepas isya’ without minum air kosong lepas berbuka (selalu delay lepas makan). bangun2 dah pukul 6am. saya terus check buku pasal berbuka utk ibu menyusu. melalui fahaman saya, saya perlu ganti dan bayar fidyah sebab ikutkan saya mampu utk berpuasa. tapi saya risaukan susu kering sbb susu memang dah kurang. in addition, weekends selalunya anak mmg lagi kerap menyusu berbanding keje, express susu macam biasa.walaupun tak sahur, ALhamdulillah susu ok cume letih sikitlah.

      Jadi saye tak puasa Sabtu yg lalu kerana takut anak saya mengamuk susu kurang.

      harap dapat beri pandangan & komen.
      thanks

    • Abu Saif says:

      Terima kasih atas tips yang amat berguna.

      Boleh jadi entry terbaru di http://nazatulshiha.blogspot.com/ :)

      • shiha says:

        InsyaAllah!

        Sebenarnya dah ada rumah baru kat wordpress. Tapi tak bukak secara official lagi. Erm.. banyaknya commitment.. (adakah itu satu alasan?). Ya Allah, berilah aku kekuatan.. amiin.

        • Pak Din says:

          Ayie, kekuatan dah diberi sejak dari kecil lagi … sehinggakan terus bergerak solo (complement ni!). Memang kita merasakan kita perlukan kebih kekuatan … tetapi sebenarnya memaksimakan yang ada, jauh lebih baik dari mengharapkan pemberian baru. Alasan bukan masaalah individu, ia seakan seperti masaalah ummah, … mungkin kerana carafikir kita (saya dan kita!), sebagai ummah menjadikan diri individu kita terbelenggu kepada perangkap kaca (glass ceiling or wall).

          Selamat mengnikmati kurma!

    • semail says:

      hmm..this also happen to me actually. first time berpuasa as a breasfeeding mom. risau mcm2. mmg bila puasa, susu x byk sgt. baby pula asyik nangis. wonder juga cukup ke x. then terfikir, that’s why Allah bg rukhsoh pd ibu yg menyusu.tp stkat skrg alhamdulillah.masih mampu berpuasa.minum air byk2 n makan kurma, then doa byk2. insha allah dipermudahkan.:)

      • Abu Saif says:

        Ummu saif pun banyak puasa separuh hari semasa mengandung ketiga-tiga anak kami…

        • insyirah says:

          itulah, sepatutnye saye puasa je dulu pastu if anak mengamuk tak dapat susu baru makan. tp sebab nak travel siang tu konon pikir kat mane nak makan tu yg makan kat rumah pagi2 tu..

          alasan..alasan..kena kuatkan daya juang ni..supaya tak jadi lembik

  10. wakil upin n ipin says:

    buat malu kat ‘upin’ dan ‘ipin’ jeee…hehe

  11. labah2 says:

    Sedikit terasa di situ nampaknya.

    Baru saya tau langkah saya dalam memperjuangkan islam amat jauh lagi. Usahkan membebaskan Palestin atau memimpin sebuah squad batalion dalam peperangan, sedangkan setakat program orientasi dengan kumpulan non-muslim pun iman saya untuk menentukan “patut puasa atau tidak” dah teragak-agak…

    Lembik.. Dan sedikit malu.

    Bukan lembik, tapi itulah latihan membina shakhsiah diri tatkala di perantauan. Hehe, malu pulak kalau kata lembik..

    Marilah kita jadikan pengalaman di perantauan ini sebagai medan kehidupan yang sebenar dalam membentuk syakhsiah diri ini, dan
    jangan lupa doakan saudara2 kita di perantauan yang sedang berjuang melawan nafsu di kala suasana memang menyulitkan..

    Amin~

    • Abu Saif says:

      Ana seikhlas hati mengharapkan kepada labah2 agar entry ini digarap sepositif mungkin. Jadikan perkongsian pembaca melalui komen-komen mereka sebagai bahan refleksi.

      Tertangguh membalas email anda kerana menerima beberapa email yang sama. Maknanya bukan masalah kecil, tetapi masalah yang memerlukan percantuman jigsaw puzzle yang rumit

  12. alqasam says:

    Salam ustaz…

    Menggeletar ana membaca dialog-dialog mereka. Hampir sahaja menangis. Tidak sangka masih kedapatan mereka yang tidak mahu puasa di zaman ini tambahan dengan alasac picisan begitu. Hatta, ahlul fasiq juga mampu berpuasa zahir walau masih ada lompangnya dari puasa hati dan lain-lain ( Baca: Seperti huraian Imam Al-Ghazali ). Even in my wilderest dream never did I though such a Muslim still exist. Maksudnya yang berpelajaran tinggi dan berilmu namun masih manja dengan kemalasan mempedulikan taqwa! Walau di luar sana, sekian ramai ahlul fasiq yang tidak solat namun masih tetap berpuasa sayangnya mengapa kita pula?

    Terima kasih ustaz sekali lagi atas entri ini. Memang kerja kita masih banyak dan langkah kita perlu panjang.

    Ustaz dah sebut pasal hadith di atas cuma ana nak kongsi salah satu entri dari Abu Muhd.

    “Sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhanwalaupun hanya sehari, tanpa uzur, maka atasnyalah penyesalan yang tidak berkesudahan. Sehari Ramadhan yang dipersia-siakan, tidak akan dapat ditebus walaupun dengan berpuasa sepanjang masa, sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan, antaranya oleh Imam Abu Dawud, yang bermaksud :-

    ?? ???? ???? ?? ????? ?? ??? ????
    ????? ???? ?? ? ?? ??? ?? ???? ??? ????? ??? ? ?? ????

    “Sesiapa yang tidak berpuasa sehari dari bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (rukhshah) yang diizinkan Allah atau kerana penyakit, maka ianya tidak dapat diqadha’ dengan puasa sepanjang masa, meskipun dilaksanakan.”

    Jumhur fuqaha mengatakan bahawa seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan, maka dia berkewajipan mengqadha’ menurut bilangan hari yang ditinggalkannya. Namun, ini tidak bermakna bahawa pahala yang luput dengan dia meninggalkan kewajibannya tersebut dapat diraihnya semula, tidak sekali-kali, walaupun dia berpuasa sunnat sepanjang hayatnya. sebagaimana pernyataan Junjungan s.a.w. tadi. Sungguh ganjaran amalan sunnat sekali-kali tidak akan mengatasi amalan fardhu. Juga menarik untuk disebut bahawa Imam an-Nakha’ie berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan berpuasa sehari di bulan Ramadhan, maka dia berkewajiban untuk mengqadha’nya dengan 3,000 hari…..Allahu … Allah. Nasib baik fuqaha lain tidak sependapat dengannya.”

    *Moga Allah beri kekuatan bagi sahabat-sahabat kita yang punya halangan untuk berpuasa semoga Allah memberi kekuatan pada anda semua untuk tetap berpuasa.

    Puasa itu fardhu dan biarlah hanya mati sahaja yang menyebabkan kita tidak melakukannya.

    Allahua’lam.

    • Abu Sarah says:

      Rileks bro, memangla ralat tapi fikir fikir, di malaysia tak puasa tu bukanlah issue utama kerana orang melayu sangat kuat berpuasa tapi ramai tak solat.
      Saya kerja kilang, saya dapati ramai makcik2 tak sembahyang tapi bab puasa punya la rajin.
      Pegi la check sedara mara atau kawan2 yang tak semayang tu, tapi dia puasa. Hairan x?
      Bagi saya jangan cepat melatah dan sedih kalau orang tu tak puasa. Maybe dia ada sebab yang di benarkan syara’.

      • alqasam says:

        Erm, betul juga. Maaf kalau kedengaran ter’lebih’ ralat. Tidak marah namun hanya terkejut sedikit alasan seperti peperiksaan dijadikan sebab tidak mahu berpuasa. Ironis bagi saya.

        Sedih pada mereka yang tidak ada alasan syarie bukan sebaliknya. Syara’ ada menyediakan guideline dan syarat-syarat dalam urusan ibadah.

        Terima kasih Abu Sarah. Yang benar. :)

        Apapun memahami pelbagai latar masyarakat sekarang, dan sentiasa dan tidak akan pernah meninggalkan mereka. Saudara kita. Doa sentiasa.

  13. alqasam says:

    Tambahan: Ana mubalagha di atas. Dan juga uzur syarie yang menyebabkan kita tidak berpuasa.

  14. siti khadijah says:

    Assalamualaikum…saya tak sangka,generasi muda sekarang mmg lembik…saya terkejut,alasan untuk tidak berpuasa sgt tidak logik dan tidak relevan(bg diri saya,org lain,saya tidak tahu)…

    cuma saya ingin berkongsi ustaz..mungkin cerita kecil,tp boleh jd pedoman…sebelum ramadhan tiba,bulan syaaban..saya masih tidak menggantikan puasa yg tertinggall ramadhan lepas..jadi,walaupun hari bekerja saya gagahkan jugak ganti puasa(sbb nak abiskan sblum ramadhan tiba)..dah cukup cantik hari yg saya pilih,sbb kdg2 saya kene masuk estet kelapa sawit,utk ambil sampel daun bt research saya(yg tidak faham,bt2 faham,inti pati yg utama bende lain)…entah mcmane,hari itu,saya diarahkan oleh pegawai atasan saya utk menemankan foreign researcher masuk estet..aduhai…dahla mentari semakin meninggi,panas terik,masok estet yg kekeringan….saya merungut…dahla puasa,suruh masok estet..tp saya akur dgn arahan pegawai tersebut…tp alhamdulillah…selalunya,melihat semua org meneguk minuman(walopun mineral water shj) akan bt saya kehausan pd hari2 biasa..tp kali ini tidak..yg pelik,saya tidak kepenatan langsung seperti hari2 biasa saya masuk estet..keluar dr estet,mereka semua pergi makan jam 3ptg..saya ckp saya puasa n saya menunggu dalam pajero shj..

    dalam rombongan researcher tersebut,ade seorg bekas dekan saya di universiti dulu…saya hanya mengenal nama kerana ketika saya menjejak kaki di universiti,prof tersebut sudah bersara…prof menyapa saya,kenape tak turun makan?saya hanya senyum n ckp “puasa prof”…prof tersenyum…sekembali dr makan,prof terus ke pajero,n menyatakan berbanyak terima kasih kerana menemankan rombongan tersebut..saya terkejut…pertama kali saya dihargai oleh prof. sebegini….selalunya,kami pelajar yg menyatakan sedemikian…lgpun,apalah sgt dgn kehadiran saya ketika itu..hanya meramaikan rombongan…eheh..tp,berkat pahala berpuasa,mcm2 yg saya dapat..secara tersirat dan tersurat…

    sejak hari itu,prof tersebut sering menyapa saya jika dtg di tempat keje saya…dah mcm close friend…saya terfikir,keberkatan puasa,bukan pd pahala shj,pd lapar dan dahaga…tp byk hikmahnya..puasa,memertabatkan maruah manusia juga..mengeratkan silaturrahim(dlm kes saya ini)…mencabar kekuatan hati…menduga keteguhan diri..kalau cabaran puasa tak dapat kita tempuhi,inikan pulak cabaran hidup yg lebih mencabar dan berliku2 ni nak kite hadapi?fikir2kanlah….

    • SangPelangi says:

      Dalam banyak-banyak komentar, rasanya terma ini buat saya tertarik sikit. Pada katakunci: “Puasa bisa memartabatkan maruah manusia.” Pengakhiran kisah yang baik. Berkat mujahadah yang tak kenal erti kalah.

      Puasa memang membuatkan kita lebih dihormati. Mengapa bila ada orang ajak bergaduh, kita katakan tidak dengan alasan “Aku sedang berpuasa”? Bila fikir balik, mesti orang yang ajak bergaduh itu pun rasa malu dan bersalah nanti sebab tak dapat kawal emosi.

      Walaupun tahap kekuatan diri kita masing-masing berlainan, ada yang lemah, ada yang kuat, tapi apa yang penting, CUBA. Cuba, try, test..

      Eh, walau kerja berat, tak rasa puas ke, kalau kita berjaya puasa penuh? Kalau tak larat puasa penuh (sebab dah cuba), rasa malu sangat ke?

      p/s: Sebenarnya gerun juga nak komen untuk entri ustaz kali ni. Hangat..

  15. insyaAllah, kalau ada kemahuan disitu ada jalan. jangan menghukum diri. yang berlalu itu biarkan berlalu. guna peluang yang masih ada untuk mengubah diri. jangan merendahkan keupayaan diri sendiri. kita sebenarnya mampu berubah kepada lebih baik. yakin pada diri, positifkan minda dan jadikan diri anda yang terhebat..

    setiap manusia ada peluang demi peluang. yakinlah atas bantuan dan pertolongan Allah. jalan kembali telah tersedia ada dan luas. kita kena positifkan diri dalam perubahan. moga Allah bersama kalian.. insyaAllah kamu semua mampu buat yang terbaik..

    jangan lupa Allah sentiasa bersama kamu..

  16. maaf ustaz, tumpang lalu untuk beri nasihat..

  17. rulza says:

    takleh le la takmau puasa….budak kecik pun dah pandai puasa sekarang..kalau dah besar tak puasa malulah..malu lagi kat allah..

    saya sebelum bulan puasa haritu, risau sangat tak mampu nak puasa sebab sejak terimester 1 dan 2 ni saya cepat lapar yang amat…kalaupun saya amik makan berat masa breakfast saya tetap akan mudah lapar dan lembik…selalunya pukul 10 pagi dah start sampai lutut mengigil2 dan tangan terketar2 macam dan sehari tak makan…

    di tambah pula dengan kata2 dan pengalaman kawan2 yang tak dapat berpuasa semasa mengandung

    jadi saya cari article2 dan tips2 berkaitan puasa dan wanita mengandung…

    saya tak ingat lamannya , tapi hati saya netul2 bersemangat dan berazam untuk berusaha berpuasa…

    article dari indon, tulisannya lebih kurang begini….

    ” sememangnya wanita mengandung dan menyusu akan mengalami beberapa masalah ketika waktu hamil dan menyusu. Tapi bukan sebab utama untuk menghalang diri dari berpuasa.. Apapun bergantung kepada keikhlasan kita untuk berpuasa. insyaallah kalau kita ikhlas, PASTi allah akan membantu agar dapat beribadah kepadanya. Allah takkan mengsia-siakan usaha orng yang berusaha dengan ikhlas untuknya.. Lagipula rasa lapar tu ada kaitan dengan minda. begitu juga rasa sakit… kalau kita ashik memikir lapar dan masalah pasti masalah yang kita dapat…tapi kalau kita rasa seronok dan cuba tidak memikirkan masalah insyaallah kita akan berasa kuat juga…”

    memang pun akan rasa lapar dan dahaga..adatlah bagi yang berpuasa..tapi kalau kita sibukkan diri dengan amalan ibadah dan kerja2 yang berfaedah kita akan rasa sekejap saja kita tahan lapar dan dahaga tu…

    saya rasa begitu juga bagi mahasiswa dan sebagainya…dah bertahun dan ramai yang amik peksa masa puasa ..ok ja..tak gagal pun..tak mati pun….

    org yang takda kudrat untuk puasa lagi kesian…setakat amik peksa dan minggu orientasi tu palah sangat….insyaallah boleh kalau kita betul2 nak buat…kalau asyik dok bagi alasan memanglah susah nak buat…sapa pun macam tukan..?

    alhamdulillah, semlam saya memang sangat lapar dan tak larat..kaki sakit dan pedih sebab jalan banyak dan berdiri, sampai nak pergi BAZAR ramadhan walaupun saya dan suami anti bazar ramadhan maklumlah semua mahal tak patut2..tak bersih lak tu…

    tapi sebab nak tahan lapar dan jimat saya masak gak pelan2..last2 saya tak rasa lapar dan penat pun….alhamdulillah sangat2 saya boleh puasa dan tinggal lagi…harap2 mengandung ni saya dapat berpuasa sampai habis…bukan senang nak puasa penuh…
    kalau dapat seronoknya..dapat buat ibdah walau tak banyak macam org len sepanjang2 bulan ramadhan ni…

  18. zacharias says:

    Kalau kita tengok negatif, memang nampak negatif sahajalah. Sekurang-kurangnya mereka ini menghantar email kepada ustaz, kerana mereka ada konflik dalam diri. sampai satu tahap, kita cuma mengharapkan orang buat keputusan untuk kita, mungkin sebab buntu.

    Sekurang-kurangnya, mereka mencari sumber yang baik (ustaz), dan bila ustaz kata “tidak” atau “jangan”, maka mereka ini mungkin akan ikut kata tersebut (harap-harapnya).

    Kita patut lebih risau kepada mereka yang tiada apa-apa sebab langsung, dan tidak berpuasa langsung.

    Satu lagi, jangan pandang rendah mujahadah orang. Mujahadah kerja berat, peperiksaan, masturbasi etc. Hanya kerana kita boleh lepas dengan mudah, tak bermaksud ia mudah untuk orang lain.

    Kadang-kadang, saya terkilan dengan komen-komen pembaca saifulislam yang menunjukkan ‘holier than thou attitude’.

    Alhamdulillah, ada orang boleh tahan lapar 2 3 hari tak makan, kerana dia percaya salah satu kualiti pejuang adalah mampu menahan lapar, dan ini perlu dilatih. Tapi tak bermaksud dia mesti merendahkan orang yang tak mampu tahan lapar.

    Akhir sekali, sama-sama kita doakan saudara/saudari, semoga mereka dapat sama-sama berpuasa dan berbuka bersama kita.

  19. Abu Saif says:

    Salam…

    ‘Holier than thou attitude’ mesti dihindarkan.

    Namun, main point artikel ini bukanlah orang yang berpuasa kemudian tidak tahan lalu berbuka. Isunya di sini ialah sebelum Ramadhan lagi sudah bertekad untuk tidak berpuasa. Negatifnya ialah pada point yang ini.

    Jika tak larat, maka berbukalah.

    Jika puasa dan tak berdaya nak exam (especially practical, atau exam masters yang sampai tiga empat jam), maka berbukalah.

    Tetapi MENJADI KEDOSAAN untuk awal-awal lagi bertekad untuk tidak berpuasa.

    “Belum cuba belum tahu!”

    • alqasam says:

      Tepat saudara zacharias. Holier then thou satu anjakan perasaan nafsu ( Baca: Menurut Imam Athaillah As-Sakandari banyak sungguh penyakit hati yang bertitik dari merasa betul sentiasa yang bertitik dari sifat ananiyah @ Ujub.) Terkadang dalam menyatakan perkara baik juga kita tidak terhindar darinya. Kita berlindung daripadanya. Begitu juga dalam persangkaan kepada tulisan dan bicara insan lain. Kita berlindung juga dari sebarang zhon yang tidak sepatutnya.

      Ana Soim waAstahgfirullah.

      Kita sentiasa kasihan dan bersedia membantu dan mendoakan saudara-saudara ini. Ia tidak pernah lekang.

  20. skyzoe says:

    Assalamualaikum..
    dalam menyedari betapa perkara2 sedemikikan berlaku di kalangan sahabat2 saya walaupun sudah puas pelbaga cara diusahakan agar mereka berpuasa namun setelah membaca artikel ustaz ini menggigil lutut ini kerana makin sedar bahawa sebahagian dari saudara2 sendiri semakin pantas menuju kemurkaan Tuhan..
    Selamatkan kami Ya RABB dari maksiat yg membawa kemurkaan mu..

  21. syamsul says:

    alamak,biasanya ustaz lebih berkasih sayang bila ada soalan atau pertanyaan..tapi kali ni agak tegas,mugkin benar juga terlalu lembik,tp mungkin mereka perlukan peringatan2 atau nasihat dr ustaz kot….
    :)

  22. syamsul says:

    bila di baca kali ke2 menampakkan permulaan yg agak tegas dan diakhiri dgn seruan yg berhikmah…

    Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

  23. unknown says:

    ustaz…kalau orang 2 puasa, tp tidak solat camne plak ustazz?

  24. syamsul says:

    to unknown

    boleh juga lawati utk puasa tp tak solat:

    http://demipena.com/2008/09/mengapa-menambah-keingkaran.html

  25. mar says:

    salam…

    terkejut gak ada mcm ni…harap2 Allah memberikn hidayah kpd sahabat2 kita…mgkn mereka masih mencari..
    hrp dgn bimbingan n nasihat ustaz…..mereka dpt berubah…

    insyaallah…

    salam ramadhan n ukhuwah…

  26. syamsul says:

    mcm terlalu menghukum plak yg memberi respons terhadap artikel ini..

  27. Nafisah says:

    Salam, kesian, sedih, dengar cerita kat atas…Nauzubillah, ape kerana anak-anak zaman sekarang “over pampered?” Ada patient, yang admitted to A&E, dengan diagnosis ileus obstructive, dengan mual, muntah, sakit, masih berkeras nak berpuasa, padahal dia boleh bukak..Ni time kawan saya oncall. Semangat tu ada..Jangan lembik! Wallahua’lam..

  28. Ummu Saif says:

    Anak kami yg sulung (6 tahun) baru diajar berpuasa pada tahun ini. Pastinya dugaannya sangat tinggi untuk kali pertama. Godaannya juga besar disebabkan adiknya dua orang itu sentiasa makan coklat atau makanan kegemaran di hadapannya.

    Pada mulanya, macam-macam dalih dilakukan untuk tidak berpuasa. Kemuncak kerisauan kami ialah tatkala beliau marah pada kami dan menghilangkan diri semasa keluar berjalan (5 ramadhan) kerana tidak dibenarkan minum vitagen di kedai. Kami hampir berhasrat untuk ‘membiarkan’ beliau pada ramadhan ini.

    Ramadhan ke 5, beliau berjaya memujuk bibik menyuapnya nasi kerana sangat lapar semasa kami solat di bilik tidur.

    Alhamdulillah, sekarang sudah 3 hari Saif berpuasa. Dia tak pula kelihatan lembik di sebelah petang. Masih boleh bergurau senda dgn adik2 dan pergi ke bazaar ramadhan. Dan dia sangat gembira sewaktu berbuka. Beliau juga dengan mudah bangun sahur.

    Memang takkan sama budah 6 tahun dengan budak Universiti. Cabarannya juga tak sama.
    Tapi kena ingat keupayaannya juga tak sama.

    Makin besar, sepatutnya semakin kuat keupayaannya dan bukannya terbalik.

  29. amalina says:

    salam…
    orentasi pun takat mana je penat nya….
    macam mana kalau dorang tu tinggal/blajar di negara orang..lagi di negara yang rata2 nya bukan islam….
    nak kena tunjuk kita berpuasa pun kuat…
    xder halangan nak join interclass match ke…

    for me la…saya lagi suka xam dlm ramadhan..
    tenang…n tak terkejar2 nak makan….
    boleh sambung blajar lps subuh….
    etc…..
    (kalo xpuasa..sambung blajar jugak..tapi rasanya..godaan bantal tilam lagi kuat kot…hahaha)

  30. massyuhada says:

    saya terkedu baca article ni..saya tak sangka ‘mahasiswa n mahasiswi’ yang tak berpuasa..kalau bdk bdk tak berpelajaran agak bleh terima rasanya..saya selaku mahasiswi ni sedih dgr crita ni..rugi je blajar lama2 smpai nak buat degree or diploma ni xpuasa…malulah sikit kat mana2 org yang tak berpedidikan tinggi tapi akhlak lagi baik dari student u..doakan agar yang terlibat insaf dan muhasabah diri balik….puasa bukan lh suruhan yang sje je, tapi ini rukun iman….huhu…

  31. Abu Saif says:

    saya lebih berminat kalau kita sama-sama berfikir dan berkongsi idea tentang punca masalah ini, bagaimana ia boleh diselesaikan daripada sekadar mentertawa dan memperlekeh orang-orang yang sedang bermasalah ini.

    • labah2 says:

      Betul, saya setuju..

      Marilah kita sama2 berfikir apakah punca dan penyelesaian masalah ini, lebih2 kepada yang mempunyai kaitan disamping mencuba membaiki diri… Dan yang lebih penting kepada mereka ini, cuba lakukan dahulu sebelum beranggapan sesuatu yang pesimistik.

      Orang yang memberi respon2 ini, mungkin mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka berada di dalam keadaan mereka yang bermasalah. Keadaan dan biah(suasana persekitaran) sangat memainkan peranan. Mereka tidak berada di tempat mereka, maka diharapkan hendaklah memberi sedikit pemahaman disamping nasihat selain luahan diri sendiri..

      Manusia berbeza2, dan itulah sifat manusia.

      Selamat berpuasa penuh semua.. ^_^

      • alqasam says:

        Salam..

        Rasanya in my humble opinion yang pernah mengajar di International Islamic private School yang mostly kebanyakan student-student menghadapi masalah yang berlegar di ruang yang sama dengan entri ini mungkin berpunca:-

        First case:

        Mereka yang mempunyai intelektual tinggi dan suasana yang membina namun masih mencari ruang untuk tidak berpuasa dengan sebab-sebab tertentu mungkin berpunca dari psikologi yang masih belum kuat, aspek pembinaan dalaman yang masih dalam proses dan kefahaman dan kehendak mengamalkan tuntutan agama yang masih belum strong.
        In short = masih belum merasai kelazatan beribadah.

        Punca: Media massa yang masih kurang membina penghayatan, Hormon yang teransang dengan pembacaan dan menonton, masih belum dapat meresapi or grasp the beautiful of fasting.

        Suggested solution:

        Selalunya untuk mad’u seperti ini, yang modern, urban dan intelek biasanya ana tidak gemparkan dengan hukum namun lebih suka soothing their spirituality, dan mengenalkan mereka akan hakikat keTuhanan. Kebiasaanya bila kita cerita akan Allah, keperluan kita mengenali, menyintai dan takut kepadanya, = Megapa kita perlu beribadah dalam element yang paling halus. In a general range umum biasanya mereka akan tersentuh, dan ada anjakan untuk berubah.

        Rasanya in three years back, I have heard AbuSaif cerita experience Ustaz yang sama masa attended on of his talk in one seminar.

        Second case:

        Mereka yang masih mencari. I always strongly believe that manusia berjalan dalam proses. Maknya, mereka yang mencari jangan kita sekat perjalanan mereka namun kita galakkan mereka. Permulaan yang baik bukan jaminan. Ini yang kita belajar dari kisah Salaf. Setiap orang ada potensi untuk menjadi hamba yang Allah cinta.

        Therefore, in most cases, untuk anak murid yang masih kurang ilmu, suasana yang tidak membina i.e ibubapa yang tidak kisah dan menggalakkan, hidup bebas dan penuh keseronokan, clubbing etc.

        Suggested solution:-

        Long term approach with a creative approach of course. I.e halaqah yang tidak terlalu halaqah sort of.

        Sekadar cadangan kepada maklum balas ustaz yang mencadangkan kita mencari solusi. Maybe my example cases berbeza sedikit dengan situasi still those person mentioned in this entry will be within one of the two cases in general with a specific reason.

        Perbezaannya adalah berazam untuk tidak mahu ATAU mahu tetapi tidak mampu untuk melawan kehendak. Kedua-duanya akan memberi kesan perbezaan dalam hukum syariat malah. Seperti mafhum hadith mereka yang berniat membuat dosa tidak akan mendapat dosa andai tidak melakukannya BERBEZA dengan berniat, berazam dan melakukanya.

        Begitu juga seperti ahli sufi berpendapat berbeza mereka yang berbuat dosa namun rasa berdosa membuat dosa itu lebih baik dari mereka yang berbuat dosa namun tidak rasa bersalah membuat dosa malah berbangga dengannya. This is the details sort of.

        Just two cents of my humble suggestion. (Afwan a bit long and shouldn’t be that way since it is not my blog).

        Allahua’lam

        • alqasam says:

          As a result of my suggestion, if any of human being in this world no matter:-

          1)who we are, 2) what situation we are in 3) what obstacles we are facing,-which covered any problem raised in any of cases- we are still obliged from Allah with the obligation of fasting and that will only will be fully accomplished when our spiritually, emotionally and physically know, want and most importantly FEEL the “KELAZATAN BERIBADAH”. And it need a process still it shouldn’t be a reason for us for not to do until we feel it but ONCE we feel it, then no matter what obstacle we are facing there will be no excuses for us anymore. That is when we reached the highest level of ‘ UBUDIYYAH’. This is no exception for those who want to try, struggle and wouldn’t give up with him or herself and most importantly wouldn’t give up with Rahmatillah.

          Allahua’lam.

  32. Ibnu Dzar says:

    Pelik…kenapa di negara majoriti umat Islam kita boleh lembik sedangkan kurang dugaan dan banyak bantuan/motivasi untuk berpuasa berbanding di kawasan minoriti Islam?

    Sy yg menetap di sebuah bandar yang hanya ada 500 umat Islam drpada 250,000 penduduk tp saya lihat umat Islam sangat rajin berpuasa malah bersedia menerangkan kelebihan berpuasa kepada teman yang bukan beragama Islam. Tiada badan agama di sini nak tangkap orang tak puasa tetapi umat Islam tetap berpuasa degn taatnya..

    Malah students islam di satunya2 universiti di sini pun rajin berpuasa sedangkan seharian penuh dengan class/lab dan aktiviti..mmg keletihan tetapi alah tinggal biasa…knp kesibukan dijadikan alasan?

    Apa alasan orang di Malaysia tidak berpuasa?
    sedangkn kami yg terlalu sedikit di sini ttp taat dan rajin berpuasa..

  33. cahaya malamku says:

    terkejutnyer dgr kes tak nak puasa ni berlaku di kalangan orang2 yang agak berilmu ni..yang rasanya lagi banyak ilmu agama sebenarnya..cuma taknak amalkan…belum lagi tengok masyarakat sebenar…my environment is surround by orang2 yang malas nak pose….walaupon da tua bangka…tapi malas nak pose…bukan xtau bende tu wajib…for me, kene cek balik solat orang tu la..kalau solat pon tak jaga…susahla..tak nampakla ketaatanya nak laksanakan ibadah puasa tu…masyarakat sekarang sangat parah..sebagai contoh,kalu kat pasar malam tu, berapa % je yang tunaikan ibadah solat n pose…

  34. Zulhimi says:

    Salam. Cara senang nak atasi masalah ini:

    1. Centralize server internet negara dan letak firewall specifically for porn. Cadangan ini dulu pernah diutarakan oleh pihak TMNet tetapi mendapat bantahan daripada pelbagai pihak atas alasan net transparency dan macam-macam lagi. Kalau website yang ada propaganda pembangkang nak pulak diorang sekat, porno tak nak.
    2. Sepatutnya Majlis Agama Islam mengambil tindakan mahkamah ke atas stesen TV yang menyiarkan rancangan-rancangan yang menunjukkan tubuh badan manusia melampau-lampau macam American Idol. Boleh guna hujah “visually offensive and intimidating”. Pernah buat kat negara Barat macam UK dan Ireland dan pihak pendakwa menang lawsuit tu.
    3. Guna akta media cetak untuk sekat publisher surat khabar dan media yang suka sangat publish cerita-cerita seks.
    4. Wajibkan latihan ketenteraan sepenuhnya untuk setiap remaja macam Israel dan Singapore + Tarbiyyah Islam dalam modul latihan. InsyaAllah remaja-remaja yang “lembik” boleh kuat semangat sikit.
    5. Laksanakan hukum hudud.

    Nasihat saya kepada pemuda-pemudi di luar sana yang sukar untuk mengawal nafsu; bersabarlah. Saya dulu pun macam anda juga tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit benda ni boleh dikawal. Method saya senang je; Disiplin. Saya tatau cara lain. Disiplin adalah satu-satunya cara yang saya tahu untuk kawal nafsu. Saya set timetable untuk daily routine, limit time dan kuantiti makanan, cut down internet and banyakkan main bola time weekend. Saya jugak prolong waktu study ngan group. Semua benda saya reschedule balik. Yang seterusnya saya berserah diri kepada Allah melalui ibadah (ikut suke laa camne. Ibadah ada banyak jenis. Saya prefer sembahyang dan baca Al-Quran). Jangan harap perubahan dalam masa singkat. For me, it took more than 3 years and still on-going. Kepada mereka-mereka yang still gak tak leh kawal, maka berpuasa di luar bulan Ramadhan menjadi wajib bagi kamu demi menjaga kemaluan dan kesucian diri.

    Remember, the key is discipline.

    Harap bermanfaat.

  35. j-QAF says:

    Salam..saya tak rasa terkejut cuma resah dgn permasalahan ni. Perkara lebih teruk berlaku dipersekitaran saya. Bukan saja pelajar malah bapa2 pelajar juga. Bukan saja tak puasa malah ditambah dosa ‘combo’ lagi. Saya cuba nak cari penyelesaiannya dgn membantu tapi biasanya berakhir dgn ke’buntu’an. Bagaimana ingin membantu jika ‘mereka’ sendiri tiada keinginan untuk berusaha malah seperti xmahu langsung memikirkan ttg hal puasa dan agama? Saya merasakan ‘mereka’ mengalami masalah keturunan,didikan dan suasana, sebelum sampai soal jati diri. Bagaimana penyelesaiannya, pada saya ‘mereka’ memerlukan kasih sayang, malah simpati dan didikan dari ‘kita’ semua yang sedar ttg hal ini. Terlalu banyak faktor yang memerlukan ‘kita’ terus berfikir dan berjuang. Salam sayang buat semua pemikir dan pejuang:)

  36. shafiyyah says:

    astaghfirullah…tak sangka ada golongan camni,seriously,tak pernah terpk ade org yg awl2 lg berazam utk tak berpuasa.dahla pemuda pemudi kita yg diharapkan utk menjadi penyambung perjuangan risalah nabi…sedih2…

    sume alasan yg dibagi mmg tak bole diterima akal yg waras.ana sendiri suka puasa waktu exam.ms SPM dulu exam dlm bulan Ramadhan,alhamdulillah tak terganggu langsung malah sgt membantu menajamkan minda.siap ada sekali tu cirit birit sebab keracunan mknn,tp tetap bertahan meneruskan exam dan puasa at the same time.

    even skang ni pun suka puasa time ada kelas.sbb bila puasa,akn bgn awl utk sahur,then bole terus study lepas subuh.

    ada sahabat sy yg puasa waktu summer di UK.subuh masuk 3++am dan maghrib masuk 9++pm.bayangkan,puasa selama 18jam.tp mampu je bertahan…

    its all about ur ketahanan iman.kalo nasfu sendiri tak boleh nak lawan,jgn harap akn mampu lawan godaan syaitan!!!

  37. sefullafendi says:

    salam..
    pd pendapat sy puncanya adalah kurangnya kualiti solat yang kita dirikan 5 kali sehari 2..

    “solat dapt mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

    penyelesaiannya juga adalah solat..maksud sy solat yang khusyuk..baik solatnya maka akan baik lah segala perbuatannya yg lain..insy4JJI..

    jd..sama2lah kita berusaha untuk khusyuk..selamat berbuka.

    • Kak Ija says:

      REVIEW KULIAH USTAZ–>INPUT->Iman, PROSES->Solat, OUTPUT->Mencegah perbuatan keji dan mungkar.

  38. REVIEW JUGA TAZKIRAH USTAZ->INPUT->Iman, PROSES->Puasa, OUTPUT->Taqwa dan juga Sabar. Kalau PROSES sukar nak berjalan, semak dekat INPUT ke OUTPUT?

    Puasa itu proses, terhasilkah taqwa kita?>>http://husainibrahim.wordpress.com/2008/09/07/puasa-itu-proses-terhasilkah-taqwa-kita/

  39. Hamba Fakir says:

    Salam sahabat..sekadar mencelah..ketagihan sex/masturbation adalah ibarat seperti ketagihan dadah..sedangkan org yg merokok pun susah hendak berhenti..semua org dilahirkan dan dibesarkan dengan pelbagai versi..bagi kita yg mendapat hidayah ALlah..jgn kita cepat melatah dan menyalahkan dan menghukum mereka yg kurang mendapat hidayah..Tugas kita yg mendapat hidayah Allah ini amat besar sekali..Allah memberi kita hidayah ini bukan utk menyalahkan mereka yg tidak/kurang mendapat hidayah..kita bukan hakim utk menghukum..tugas kita ialah utk memberi sokongan moral dan membantu mereka yg kurang mendapat hidayah..banyak manusia yg suka utk menghukum kerana kita merasakan diri kita lebih hebat atau lebih baik dari org lain..
    wahai sahabatku..pintu taubat Allah amat terbuka luas…marilah kita sama2 bertaubat di bulan ramdhan yg mulia ini..kita semua banyak membuat dosa..dosa zina mata..dosa mengumpat..dosa mengeji..dosa riak dan takbur diri/dosa ujub..
    Kepada sahabat2 yg merasa ketagihan sex/masturbat…memang susah utk meninggalkan perbuatan ini..sebab ketagihan ini seperti ketagihan dadah..oleh itu pada Allah lah kita berdoa dan memohon agar perbuatan ini dapat dihindarkan dari diri kita..banyakkanlah kita membaca buku agama…saya syorkan cuba baca buku bertajuk `insan teladan` karangan mufti ahmad bemat…kita insan berdosa..hanya Rasullullah yg maksum…Wallahualam

    • Abu Saif says:

      Meminta bantuan untuk penyelesaian berbeza dengan meminta bantuan untuk justifikasi atas perbuatan.

      Setiap satu kes, sentiasa dibantu tanpa anasir judgmental .

      Tetapi apabila setiap satu kes, datang bertali arus satu demi satu, ia perlu dicantum untuk membaca ‘big picture’ terhadap apa yang berlaku.

      Moga tiada salah anggapan

  40. Hamba Fakir says:

    Salam..insyaAllah di dlm bulan yg penuh barakah ini..marilah kita sama2 latihkan diri kita dgn mengamalkan solat berjemaah 5 waktu di masjid..bila ada kekuatan utk kita bersolat jemaah..insyaAllah..Allah akan turunkan nur hidayah dalam hati2 kita..dan Allah akan tanamkan dlm hati kita sifat kerinduan utk membuat amalan2 mulia yg lain..dan dgn itu..dgn sendirinya kita akan berasa malu utk berbuat dosa dgn ALlah terutama dosa yg tersembunyi..

  41. maverich says:

    salam

    mengenai jalan penyelesaian kpd ke’lembik’an mereka utk bercadang tidak berpuasa .

    puncanya adalah mindset an habit mereka. segala kebaikan dan keburukan yg kita lakukan adalah berpunca drpd mindset dan habit kita.

    dan segala larangan dan suruhan dari Allah adalah untuk kita membentuk mindset dan habit orang2 yg akan berjaya dunia dan akhirat.

    jadi , kita kena tackle 2 isu ni pada setiap org yg tidak berhasrat utk puasa itu.

    mindset yg menyangka puasa itu hanya tahan lapar , dahaga dan syahwat mesti diubah. sejak dari kecil kita semua diajar mengenai itu. matlamat kita adalah menahan diri drpd perkara2 itu. tapi kita tidak diajar mengenai matlamat sebenar iaitu mencapai taqwa. dan tidak dijelaskan kelebihan memperoleh taqwa itu. Jadi ini perlu diajar kpd anak2 supaya mereka akan menanti ramadhan dgn penuh pengharapan utk mencapai taqwa jika terbukti mereka tidak peroleh taqwa dari puasa2 sebelumnya.

    habit2 buruk yg terbentuk dlm diri kita tanpa kita sedari juga akan dapat diubah jika kita cekal berpuasa selama sebulan dgn menahan diri drpd melakukan habit2 tersebut. apa jua habit buruk yg dihentikan selama sebulan dgn penuh conscious dan diganti dgn habit2 yg berlawanan dgn habit2 buruk tersebut akan membuatkan kita mampu hentikan habit2 buruk unconsciously selepas tempoh 30 hari itu.

    perkara ini kita perlu jelaskan kpd mereka. jadi mereka tahu bahawa ramadhan sebenarnya adalah medan utk mereka perbaiki diri mereka utk menjadi insan yg mempunyai jatidiri yg mantap.

    tetapi yg terbaik adalah menjalankan ibadah tanpa harapkan apa2 kelebihan kpd diri kita . namun bagi mereka yg iman kurang mantap , ini akan dijadikan sumber motivasi utk mereka ikut syariat Allah.

    mereka menyangka ibadah2 ni hanya akan dibayar oleh Allah dgn pahala di akhirat shj. kalau mereka tahu akan sunnatullah disebaliknya ke atas diri mereka. maka mereka akan berpuasa jugak.

    jadi , saya rasa tak salah mereka nak ikut syariatullah demi utk mengejar sunnatullah. InsyaAllah lambat laun mereka akan ubah utk lakukan sesuatu ibadah ikhlas kerana cintakan Allah.

  42. dian says:

    Salam ustaz,

    maaf saya telah guna artikel ini dan link kan dalam wall facebook saya untuk saya share bersama rakan-rakan. ada rakan saya yang telah bercadang untuk tidak berpuasa kerana hendak ke luar negara. harap ustaz halalkan.

    terima kasih.

  43. Nazri09 says:

    Salam ustaz.

    Nak tanya,benarkah nabi dan sahabat tidak berpuasa ketika perang Badar?.

Leave a Reply