
“Abi baliklah rumah. Naurah nak cabut stokin Abi”, kata anak perempuan saya melalui telefon.
Terasa sebak di hati.
“Abi kat Jepun dah jumpa Ultraman tak?”, tanya Yop, mengambil giliran bercakap dengan saya.
“Mik, mik, mik!!!”, kata Imad pula. Entah apa yang ingin dicakap, ‘mik’ itu ialah ayatnya tatkala membahasakan saya, Abinya.
Berebut-rebut anak saya mahu mengambil giliran bercakap. Biar pun baru dua hari saya berada di Jepun untuk mengisi program Summer Camp 2008 baru-baru ini, anak-anak sudah begitu rindukan saya.
“Budak-budak ini cium baju Abi”, kata Ummu Saif, tatkala kami berbual setelah anak-anak selesai dan puas bercakap.
Mata saya sedikit berkaca. Kasihan mengenangkan anak-anak yang pada usia kecil mereka, sering ditinggalkan. Tetapi hakikatnya bukan soal anak sahaja, perasaan saya lebih kacau dengan keadaan isteri. Suaranya tidak bermaya, sugul pada kata-kata, namun saya cuba untuk terus berbual tenang untuk tidak menambah gelora emosi kami berdua.
Setiap kali saya out station, rutin menelefon rumah sentiasa dijaga. Lega juga kepada adanya diskaun 122 oleh Celcom ketika saya roaming. Tetapi dalam diskaun itu pun, semasa pulang dari Yogyakarta dan Singapura Mei lalu, bil telefon saya mencecah RM700!!!
TAMAT WAKTU REHAT

Terima kasih kepada AJK kerana menyediakan bilik yang amat merehatkan buat saya.
“Assalamualaikum, ustaz. Peserta sudah bersedia”, Jimi mengetuk pintu, bimbangkan saya tertidur barangkali. Setengah jam berehat di bilik saya yang berhawa dingin, tatkala Jepun terbakar oleh cuaca yang begitu panas, memang sangat mudah melelapkan mata ini.
“Waalaikum al-Salaam. Ok, ustaz datang”, saya menyahut.
Perasaan sedikit berkecamuk. Malah fikiran juga terganggu.
Perbualan telefon tadi tidak selesai dengan keceriaan. Ada ‘gangguan’ di hujung talian.
UPAYA MEMILIH DAN KAWAL DIRI
Tarik 2sm ke kanan, 2sm ke kiri dan… senyum!
Sebagai motivator, saya harus punya kekuatan untuk memilih dan mengawal diri.
Tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kerana peraturan umumnya, faaqid al-syai’ laa yu’teeh. Seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan boleh memberi sesuatu itu. Tidak mungkin saya bisa memotivasikan peserta jika saya sendiri sedang merudum emosi. Saya harus ceria, segar dan bersemangat, sebelum mampu memindahkan keceriaan, kesegaran dan semangat itu kepada peserta.
Orang lain senyum kerana gembira. Saya harus kuat upaya untuk senyum demi menggembirakan orang lain. Biar pun di balik senyuman itu, ada lara jiwa yang sedang melanda.
Mungkin kerana itu, tidak ramai motivator itu datang dari kaum perempuan. Keupayaan mengawal emosi, sentiasa ‘turun’ dengan daya motivasi yang tinggi, jarang sekali bisa diusahakan oleh insan bernama wanita.
Asalnya slot menuju zohor ini patut diisi dengan LDK. Tetapi saya memohon tanpa segan silu daripada AJK untuk meneruskan slot pengisian biar pun tadi telah 2 jam bercakap. Tujuannya mudah. Slot selepas zohor bukanlah slot yang bijak untuk diisi dengan ceramah, sebagaimana jadual asal. Adalah lebih baik untuk sesi kedua sebelum zohor ini disambung dengan slot ceramah yang seterusnya, dan LDK dilaksanakan selepas zohor, sesi ala-ala Perang Tabuk itu!
TERGANGGU

“Aqidah itu bukan sekadar hafalan. Ia adalah kuasa kepercayaan yang mencorak perbuatan…!”, tiba-tiba saya terdiam.
Lazimnya tidak begitu. Namun panggilan telefon tadi tiba-tiba melintas fikiran dan saya tergamam. Entahlah peserta sedar atau tidak. Saya kehilangan point seketika. Terputus idea.
Hmm…
Astaghfirullah… mulut terkumat kamit memohon keampunan dari Allah. Saya menarik nafas panjang dan dalam-dalam, lalu ceramah diteruskan.
INSAN BIASA
Di hadapan peserta, saya seorang yang ceria, sentiasa bersemangat dan sukar sekali untuk terkesan dengan mood atau keletihan. Setiap soalan dilayan, setiap pertanyaan dianugerahkan jawapan.
Namun hakikatnya saya insan biasa. Yang ada kehidupan seperti manusia lain. Yang terkesan dengan emosi dan perasaan. Yang di sebalik diri ini ada isteri dan anak-anak, serta kehidupan yang saya adalah sebahagian daripadanya. Berkocak air di kali, berkerut muka di bayang wajah. Itulah saya dan kehidupan di sebalik semangat dan kesungguhan berbicara.
“Saya ini seorang motivator. Bertugas juga sebagai kaunselor. Maka salah satu rukunnya adalah pada upaya mempositifkan keadaan. Mempositifkan setiap episod kehidupan”, saya sering menyebut hal ini di awal ceramah.
Biar pun nadanya berbunyi gurau, saya tidak pernah lepas menyebutnya kerana ia adalah peringatan kepada diri untuk mengukuhkan mindset, seandainya ada perkara-perkara yang mencabar, berlaku tatkala sedang berceramah dan mengendalikan program.

“Bagaimana ustaz buat benda tu?”, tanya salah seorang peserta Summer Camp, tatkala kami berehat menjamah tembikai.
“Keinginan yang membara, dan credit hour!”, saya membalas secara kasual.
“Macam mana tu?”, tanyanya lagi.
“Dakwah inside-out. Kuasa percaya. Mencari makna hidup. Berdakwah untuk memberi. Dan memberi lebih membahagiakan berbanding menerima. Credit hour pula… ana dah berceramah semenjak 20 tahun yang lalu, almost on daily basis!”, saya meringkaskan jawapan. Sepotong tembikai belum sempat dikunyah.
PERKEMBANGAN
“Dua puluh tahun?”, soalnya sedikit terkejut.
“Ya. Semenjak tingkatan 1. Semasa di sekolah, ana sentiasa bersedia memberikan tazkirah. Sentiasa ada satu tajuk di dalam kepala. Kalau slot tazkirah Asar atau Isyak di sekolah kosong, ana akan bangun dan memberi pengisian. Selesai sahaja satu tajuk, terus siapkan tajuk lain dan disimpan di ingatan, untuk bersedia pada bila-bila masa sahaja ia diperlukan. Rutinnya begitu”, saya berkongsi cerita.
“Dan sudah belasan tahun juga mengikut program seperti Summer Camp ini. Bermula sebagai peserta, kemudian AJK, kemudian MC, dan akhirnya penceramah. Kepuasan tertinggi, ialah apabila sampai kepada peringkat menyampaikan. Memberi dan bukan menerima. So kalau tak tahan lenguh duduk dan mengantuk mendengar ceramah, cepat-cepatlah menjadi penceramah untuk memberi!”, saya mencuit peserta.
Mereka ketawa. Tembikai dan epal sudah habis ‘dibaham’.
Saya tersenyum. Senyum yang menggembirakan.
Gundah jiwa, hanya Dia yang tahu, kerana aku insan biasa.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam ustaz, sebak sy bace entri kali ni..semoga usaha n pngorbanan ust dberkati Allah dgn limpahan kekuatan dr-Nya..insya-Allah kluarga ustaz sntiasa dlm peliharaan Allah
A man come to Ahmad ibn hambal(may Allah be well pleased with him) and said, “admonish me.”
he answered him:
“If Allah the Exalted has taken upon himself the provision of all sustenance, why do you fret?
if indeed compensation for all things belong to Allah, why be stingy?
If indeed there is a paradise, why rest now?
if indeed there is a fore, why disobey?
if the questioning of munkar & nakir is true, what good is human company?
if the world is bound for extinction, what peace of mind is there in it?
If indeed there is a Reckoning, what good are possessions? and
If all things are decreed to pass & measured out, what good is fear?”
May Allah bestowed upon us His grace & strength along this pathway..amin
@khalif, thanx learn something new
assalammualaikum wbt
di sebalik kesungguhan ustaz, terselit keunggulan jiwa yang utuh pada tanggungjawab…
insyaAllah ustaz, semoga Allah swt sentiasa memelihara ustaz, kak muna and anak2
Usahkan nak bagi ceramah, tengah pulun buat research proposal pun hati meruntun2 bila si comel nak bermain…bil telefon RM700, banyak tuh!!!
Bila mengenangkan bil, memang macam serik untuk telefon. Tapi bila mengenangkan anak-anak dan isteri…
Kalau ana tahu..ana ‘haramkan’ Ustaz untuk call dari phone Ustaz.
Boleh guna kad telefon internasional kami yang menguntungkan. Maybe next time Insya-Allah
banyak betul pengorbanan ustaz dan keluarga sudah curahkan….. ana berdoa semoga Allah memakbulkan doa ustaz dan para muslimin yg lain untuk melihat hasil titik peluh orang seperti ustaz dan pejuang2 lain dapat bercambah dan tumbuh mekar dalam mendaulahkan islam di bumi ini..ameen
Mari kita ubah cara melihat situasi ini.
Kalau saya cakap yang saya faham perasaan ustaz,maka itu perkara yang tidak betul,kerana hanya bahu memikul yang tahu beratnya beban itu.
Tetapi,sekurang-kurangnya ustaz mempunyai isteri dan anak-anak yang merindui diri ustaz.Setiap kedukaan dan kepedihan ketika berpisah,diganti bahagia ketika bertemu dan bersatu kembali.
Sedangkan ada orang yang tidak pula dirindui,malah dibenci oleh keluarga,rumah yang sepatutnya menjadi syurga dunia rupanya seperti neraka.
p/s:sekali sekala kita bertukar peranan,dari ustaz yang me `motivate` kan kami,kepada kami yang me`motivate` kan ustaz pula.hehe.sinergi
rasaksa gorgon…Setiap kedukaan dan kepedihan ketika berpisah,diganti bahagia ketika bertemu dan bersatu kembali, betul2
kadang2 terfikir napolah Allah cipta perasaan rindu,perasaan yg datang dan pergi bila2 masa,sayapon dah besar2 ni kadang2 bila bapa tak da kat rumah saya rasa sedih gak…
tapi bila fikir2 balik kita sayang seseorang tu kerana Allah,tenang hati…
Chayoo ustaz =)
tapi kalau bole jgn laa selalu sgt tinggalkan anak2. takut dh besar memberontak pulak die. sedih pulak mendengar cerite ustaz ni
Salam ustaz dan keluarga.
Sebuah keluarga yang telah memanfaatkan dan mengorbankan masa untuk Islam dan dakwah, hanya satu yang terlintas di fikiran ana. Alangkah, alangkah rugi dan sayang nya andai masa dan curahan tenaga, buah fikiran, tulisan dan pencerahan yang ustaz kerah, perah dan lakukan untuk Ummah ini, tidak kami ‘utilize’kan dengan sepenuhnya untuk sama-sama membangun ummah. Demi melihat pengorbanan yang ustaz, kak Muna dan anak-anak telah berikan dengan sedar atau tanpa sedar, alangkah andai tidak kami bergerak dan memacu tenaga bersama! Paling tidak pada circle influence masing-masing.
Untuk ustaz sekeluarga, semoga di beri tabah dan Rahmah Allah taala selalu. Hanya itu yang kami mampu.
A brief sharing of an adivice from Sheikh Taqi Uthmani, a prominent scholar (Author of a very popular and well known book among Economist entitled “Islamic Finance” and many others books):-
Sayyidi wa sanadi Hadhrat Mawlana Mohammad Taqi Usmani (may Allah preserve him) said,
“Develop this habit of talking to Allah.
My shaykh Arif-billah Hadhrat Dr Abdul-Hayy ‘Arifi (may Allah have mercy on him) told this to us repeatedly.Sit in solitude and ontemplate that I am infront of Allah. Tell Him everything that is on your mind and bothering you. Your past mistakes, the present difficulties and future apprehensions . Tell Him in detail and ask for guidance and help. InshaAllah, in addition, to relieving your anxiety it will lead to the creation of a bond between you and your Lord, Allah (ta’luq ma Allah).”
Allahua’lam.
Ameen, Ameen, Ameen, Ya Rabbal Alamin…untuk semua doa yang ditujukan kepada Ustaz dan keluarga.
Terima kasih kepada yang empati dan simpati kepada pengorbanan Ustaz dan keluarga.
Ok, alumni 7 Habits dan/atau Maza Ya’ni boleh tolong ulas kenyataan di bawah:
“Kepuasan tertinggi,ialah apabila sampai kepada peringkat menyampaikan.”
Agak2 bilakah tibanya tika dan saat itu?
Mudah2an ALLAH SWT terus memberi kekuatan utk mhadapi khidupn yg cukup2 mcabar ini..amin…
teringat wajah tenang ustaz tatkala dilontarkan pelbagai pertanyaan dari kalangan peserta..paling tak bole lupa ayat ustaz…” haji google mencari…..” dan ustaz menjawab soalan biasanya dalam tempoh kurang satu minit selepas ditanya.. =)
“haji google mencari?”
Teringat jugak bila ustaz nak jawab soalan tu, ustaz akan fikir dulu ±5 saat, macam ‘search engine’ kat internet pula.
Hmm, erti hidup pada memberi,
I’4JJ1 akan ana fahami satu masa nanti bila ana berdiri di hadapan..
benar2 menyentuh hati. bukan senang. bukan boleh buat senang-senang dan bukan senang-senang nak buat. nikmat yang tiada pada insan lain.
usaha untuk memberi agar memahami tugas penerima berat, pemberi lagi berat.
“Sebagai motivator, saya harus punya kekuatan untuk memilih dan mengawal diri.
Tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kerana peraturan umumnya, faaqid al-syai’ laa yu’teeh. Seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan boleh memberi sesuatu itu. Tidak mungkin saya bisa memotivasikan peserta jika saya sendiri sedang merudum emosi. Saya harus ceria, segar dan bersemangat,”
Ustaz. saya sejak kecil bercita-cita untuk menjadi seorang motivator.
Alhamdulillah, saya sering menjadi pendamping sahabat yang bermasalah.
Selain itu, saya juga ada melibatkan diri dalam program motivasi anak-anak yatim sebagai fasilitator.(InsyaAllah sedang mengasah skill untuk mencapai cita2 ni)
Saya manusia biasa.
Aku insan biasa.
Ustaz benar.
Kawan-kawan melihat saya sebagai seorang yang very happy, without any problems, dan semuanya nampak ‘baik’,'sempurna’…kerana mereka melihat saya begitu membuatkan mereka yakin untuk merujuk saya jika terdapat sebarang masalah.If one time they see me behave differently(negative), mereka akan tegur dan pelik.
Kadang2 saya seperti memberontak.
Saya bertanya pada diri.
Betulkah apa yang saya buat?
Adakah seorang motivator tidak boleh bersedih?
Adakah motivator perlu sentiasa positif?
Kawan2 mudah bercerita masalah kepada saya. tetapi me myself like to keep it inside, and solve alone.The best is I can(because i am a motivator)
LOL
Salam…. Thnx byk ye ustaz coz dtg intec bg cramah on usrah…..