
“Apakah alat komunikasi tercanggih semasa?”, antara soalan yang pernah saya lontarkan kepada peserta program.
“Telefon 3G”, jawab seorang.
“Blackberry”, jawab seorang yang lain.
“HATI!”, itu jawapannya.
Kenapa hati? Apa hubungkaitnya hati dengan telefon, internet, email atau faks. Maaf telegram sudah pupus!
Jawapannya mudah, jika hati enggan berhubung maka dengan telefon 3G dan Blackberry itu pun, butang MERAH juga yang ditekan menolak panggilan. Andai hati mahu berhubung, bertukar bas loncat 3 kali pun sanggup dilakukan untuk membolehkan dua insan bertemu dan berhubung.
Itulah kuasa hati.
Apa alatnya, itu semua soal yang sekunder.
KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL
Mungkin inilah penjelasan termudah mengapa komunikasi diletakkan sebagai disiplin sains sosial, sebelum ia dikembangkan di bawah teknologi maklumat. Mengkaji komunikasi, adalah mengkaji peranan individu di dalam sebuah masyarakat, bagaimana mereka berinteraksi dan hubung kaitnya semua itu dengan tingkah laku manusia sebagai subjek utama sains sosial.
Apabila subjek utama itu adalah manusia, maka segalanya kembali kepada soal AKAL, HATI dan NAFSU.
Justeru kenyataan bahawa sebahagian besar masalah manusia berpunca daripada masalah komunikasi, maka ia adalah manifestasi kepada kerenah akal, hati dan nafsu manusia.
KOMUNIKASI RUMAHTANGGA
“Ustaz, saya ingin bertanya… apakah yang patut dibuat, antara isteri tinggal di rumah menjaga anak-anak supaya suami boleh bertarawih di masjid, atau patutkah suami dan isteri pergi bersama-sama ke masjid dan bawa anak-anak yang nantinya akan buat bising”, tanya seorang muslimah dalam kuliah zohor yang saya kendalikan.
“Cadangan saya ialah… KOMUNIKASI”, saya menjawab.
“Kenapa komunikasi?”, timbul persoalan.
“Demi membezakan di antara presenting problem dengan real problem, saya melihat soalan ini bukan berlegar pada masalah HUKUM FEKAH. Ia adalah masalah komunikasi. Seeloknya bawalah berbincang dengan baik. Suami dan isteri harus duduk berbincang dan ketahui hasrat hati masing-masing”, saya memanjangkan penjelasan.
“Saya boleh berikan asas hukum, bahawa tarawih itu asalnya lebih utama dikerjakan pada satu pertiga terakhir malam dan tidak semestinya selepas solat Isyak. Tarawih boleh dikerjakan secara individu dan tidak semestinya berjemaah. Namun solat tarawih berjemaah di masjid selepas Isyak ada hikmah-hikmah serta manfaat yang signifikan untuk dikejar. Itu asas-asas hukum. Tetapi kuncinya ialah KOMUNIKASI”, saya menyudahkan jawapan.
Ya, ramai sekali yang membentangkan masalah mereka kepada kita tetapi jika dianalisa, isu utamanya bukanlah hukum yang tidak jelas, tetapi tiadanya perbincangan telus antara suami dan isteri. Suami boleh membuka mulut untuk berkongsi masalah dengan rakan karibnya, isteri pun sama. Atau mereka berhubung dengan pihak ketiga tetapi terlalu berat untuk mengusahakan perbincangan di antara mereka berdua.
Apa puncanya?
Bukan telefon, email, internet hatta masalah bahasa Mars dan Venus. Tetapi soal akal, hati dan nafsu… faktor-faktor psikologi manusia yang menjadi penghalangnya.
Bawalah berbincang…
KOMUNIKASI POLITIK SILAM
Selagi mana isunya adalah di antara manusia, maka skala besar dan skala kecil tetap berlegar pada faktor-faktor kemanusiaan. Termasuk komunikasi.
Itulah kesimpulan saya semasa mengharungi catatan-catatan sirah berkaitan dengan pertembungan yang berlaku di antara Ali dan Muawiyah Radhiyallahu ‘anhuma usai pembunuhan Uthman bin Affan radhiyallahu ‘anhu.
Muawiyah tidak mengingkari kelayakan Ali menjadi khalifah. Pertikaiannya hanya pada soal keutamaan di antara menguatkuasakan perlantikan Ali sebagai Amir al-Mu’minin dengan usaha mengesan, menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, ahli keluarga Muawiyah. Manakala Ali pula mempertimbangkan keengganan Muawiyah sebagai sesuatu yang tidak kena kerana perlantikannya adalah sah atas persetujuan ahli Madinah. Justeru Muawiyah tiada sebab untuk mempersoalkan perlantikan beliau.
Masalahnya…
Bagaimanakah Ali di Madinah dan Muawiyah di Dimasyq itu boleh berkomunikasi bagi mengetahui point of view masing-masing? Pada masa itu tiada faks, tiada sms, tiada telefon atau telegram.
Terhimpunnya pelbagai riwayat di dalam kitab seperti Tarikh al-Thabari yang terpampang di depan mata kita hari ini, tidaklah semudah itu untuk ditelaah di hari-hari kejadian itu berlaku.
Bukan kerana permusuhan kesumat di dalam hati para sahabat, tetapi masalah komunikasi. Sesungguhnya dengan hati yang mencintai kebenaran dan persaudaraan Islam, jarak ribuan kilometer antara Madinah dan Dimasyq itu cuba diatasi secara beransur-ansur dengan beberapa siri perutusan termasuklah Majlis Tahkim di Daumah al-Jandal yang berusaha mencari titik temu.
Malah tatkala dua gerombolan tentera sudah bertemu dan bertembung di medan Siffin sekali pun, hati yang terpelihara di tubuh manusia sahabat yang dididik Nabi SAW itu mampu ‘menekan butang PAUSE’ untuk menyekat mudarat dari terus bertambah buruk.
Itulah kuasa hati yang mengatasi kelemahan teknologi komunikasi.
KOMUNIKASI POLITIK SEMASA

Di suatu peringkat, kita mendesak gerakan Islam seperti PAS untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat. Era ini adalah era maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat, pihak itulah yang menguasai rakyat.
Umumnya bloggers yang pro kepada PAS dan Pakatan Rakyat telah memainkan peranan yang sangat signifikan di ambang PRU12. Kesannya semua tahu. BN akur dengan kuasa bloggers hinggalah tersumbatnya RPK ke kandang ISA.
Tetapi bagi kepimpinan PAS sendiri, upaya mereka menggunakan teknologi maklumat dalam komunikasi sesama ahli, pendukung juga penyokong, ia masih perlahan. Jika laju sekali pun, ia belum cukup laju.
Resah sekali rakyat apabila BERNAMA memainkan isu Hudud di Kedah, gelisah sekali untuk ahli PAS mengetahui keputusan mesyuarat Majlis Syura dalam isu Muzakarah / Muqabalah… di mana mahu dicari maklumat tersahih lagi terkini tentang parti mereka sendiri? Dalam lingkungan budaya sirr wa hazr, bagaimana maklumat yang perlu diketahui sepatutnya diberitahu?
Tahap keberkesanan kepimpinan PAS berkomunikasi dengan massa ketika timbulnya pelbagai isu yang sulit lagi rumit, amat menggusarkan. Tambahan pula dengan blog-blog pemimpin utama yang sudah wujud, beralamat, boleh diakses tetapi tiada maklumat terkini.
Malang sekali apabila ahli PAS terpaksa bergantung kepada Malaysiakini.Com untuk mengetahui keputusan kepimpinan mereka sendiri.
Tiba-tiba, segala keresahan itu tamat tatkala ramai pemimpin yang meluahkan pandangan mereka atas kapasiti yang pelbagai di blog masing-masing. Ia menamatkan keresahan tetapi mencetuskan kemalangan fikrah dan kesatuan.
Menyalahkan faktor Anwar Ibrahim dan agenda 16 September 2008 sebagai punca masalah yang sedang PAS hadapi hanyalah manifestasi sikap reaktif dan menonjolkan kelemahan sebuah gerakan yang terganggu oleh faktor individu. Justeru muhasabah dalaman itulah yang harus diberi perhatian.
Itulah bencana komunikasi.
Bukan soal teknologi mana yang diguna pakai. Tetapi soal hati yang perlu diluruskan kembali.
Benar sekali ungkapan Hasan al-Banna lama dulu:
![]()
“Kaum Muslimin itu mahukan kepada kebaikan, akan tetapi kelemahan adalah pada KEPIMPINAN”
MUNAJAT

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor







betul jugak,kadang2 kita blog pemimpin tertentu macam kurang
di update sikit,
anyway http://www.harakahdaily.net pun dah ok
Kurang setuju. Harakah Daily banyak typo error, broken links, dsb. Tapi macam mana pun, baik ada typo error daripada tak update langsung.
P/s: Setuju dengan Abu Saif, blog yang terlampau banyak tapi tak update ni mengundang banyak bencana kepada komunikasi.
P/s/s: Kalau semua update pun, lintang pukang tak tau maklumat mana yang betul dan yang fitnah. Baik sikit kuantiti, tapi tepat dan berkualiti!
hurm.tq,tapi skng susah ler nak cari web yang 100% tak de typo error ,brokrn link dsb..even laman web yang hebat2 n besar pun ada masalh tu..
Tapi HarakahDaily especially masa update terkini on Permatang Pauh by-election baru2 ni, banyak sangat typo error. Sampai rasa macam, aduhhh sakitnya mata. Sampai ada perkataan yang sukar di’adjust’ oleh minda.
Apa pun, harap boleh diperbaiki lepas ni. Bukan aper, visitor bukan sikit, ramai. Buatlah spelling checking as a new policy ker, hire new editors ker…
Sronok baca artikel ini. Kuasa hati.
Zaman sekarang ni komunikasi sudah sangat canggih. Kalau dahulu antara Madinah dan Dimasyq itu perlu berhari-hari (minggu?) untuk disampaikan perutusan, zaman kini antara Malaysia dan Russia dipisahkan oleh beberapa detik sahaja.
Benarlah dikatakan orang, zaman sekarang ni, barangsiapa yang menguasai maklumat, maka dia akan menguasai dunia. Dengan komunikasi tanpa batasan yang wujud sekarang ni, faktor yang tinggal adalah faktor manusia itu sendiri, hati.
Ustaz, doa last yg munajat tu dari mana ek? Pernah dgr sebelum ni tapi x ingat pula kat mana dengarnya tu.
al-mathurat…doa rabitah
Assalaumalaikum..
Alhamdulillah selesai baca nukilan ustaz hasrizal utk hari ini..
Kalau tak silap ana, Doa munajat yg ustaz kepilkan pada nukilan diatas
adalah doa rabitah.dalam kitab ma’thurat pn ada..haza sohih ya ustaz?
-n-
sohih
Salam,
Tulisan ni hasil dari komen TG Nik Aziz terhadap Mustafa Ali ka?
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/09/14/adakah-kebebasan-bersuara-telah-disekat-di-dalam-pas/
labib cukup dengan isyarat
Terima kasih ustaz,
penjelasan mudah2an dapat membantu gerakan islam khususnya PAS.
Mungkin pembantu si Ulamak-pemimpin boleh membantu mempercepatakan proses maklumat berinteraksi dan mengalir kepada ahli-ahli PAS.
Saya pun akui kekadang terpaksa merujuk malaysiakini untuk rujukan utama Parti sendiri.
mungkin masalahnya bukan masalah teknikal dalam penyiaran maklumat, tetapi masalah kecepatan membuat pendirian
p/s: comel gambar antum bertiga dalam KOSMO
komunikasi memainkan peranan penting
patutla harakah senang2 dpt 2 kali seminggu..
sapa nak keluar baris keluar la..
hujah lawan hujah,,
Tiada siapa yang hendak keluar baris . Berbeza pandangan tu biasalah . Takkan lah kata2 seseorang itu ibarat syarak yang tak boleh disangkal. Ana sendiri takut PAS lama kelamaan dilanda politik kepartian . Sesiapa yang cuba bersalah pandangan maka dikira melawan ..
Malah lebih takut kalau perjuangan PAS itu sudah menjadi perjuangan bagi individu tertentu .
Macam dengor lagu le, kalau lagu tu tak dihasilkan oleh tangan yang dicetuskan oleh cahaya hati, mmg tak ade komunikasi berbekas akan berlaku.
salam…
hati…komunikasi…PAS <– kombinasi yg pelik?
emm… berat dan kabur barangkali artikel ini. sangat sedikit komen yang diterima dan kebanyakannya tidak menambah apa-apa.
Artikel ini amat jelas cuma bila perlu memikirkan jalan penyelesaiannya tu yang payah. Benar, tiada maklumat terkini, media perdana ternyata tidak boleh dipercayai lantas memaksa diri membaca malaysiakini.
Untuk membuat kenyataan2/keputusan2 besar perlukan perbincangan/majlis syura terlebih dulu dan hanya qiyadah yang buat kenyataan, biar nampak kesatuan, di mana wahdatul fikh ni?
Harakahdaily pun menyiarkan kenyataan2 berbeza dari individu berbeza untuk isu yang sama. Maka dipermainkan dengan mudahnya kenyataan2 tersebut.
Memang beratlah artikel ni, akak masih teringat keresahan semasa MB Perak belum dilantik…
saya pon rasa begitula ustaz,mungkin agak berat…
kerana suasana dan keadaan di kepimpinan sudah membingungkan ahli2 parti tu sendiri. maybe sebab politic environment yang belum cukup islamic ataupon pembaca takut nak komen sebab takut tersalah/tersasul/terlanjur kata…
anyway,saya suka kupasan tentang hati dan komunikasi tu. jzkk…=)
Salam Ustaz..
Jelas dan mudah utk difahami kpd yg mahu memahami…InsyaALLAH…~adakah kemuncup ini jg yg perlu dicabut???~
salam.
pada saya biar dulu kemuncup itu..
teruskan perjalanan.
sampai rumah nanti boleh cabut.
Salam,
Pada pendapat saya hati telah memainkan peranannya (sebahagiannya) cuma proses yang perlu ditambah baik. Siapa yang layak membuat kenyataan dan dimana boleh dapat maklumat serta bila boleh dapat. Sebagai sebuah organisasi yang besar, maklumat perlu sampai ke peringkat bawah dengan teratur dan cepat. Jangan tipu….ha ha ha…..
wassalam
akal, hati, roh dan nafsu adalah titik tumpuan tarbiyah yang perlu diambil perhatian..
kurang perhatian terhadap salah satu, maka kucar kacirlah individu tersebut dalam menilai dan respon terhadap pelbagai perkara disekeliling..
akal perlu diperkuatkan dengan fikrah islam. Roh perlu dihiasi dengan qiamulail, pembacaan dan penghayatan al Quran dan juga zikrullah. Hati perlu disematkan dengan niat ikhlas dan sidat-sifat yang terpuji serta dijauhkan dari sifat keji dan buruk manakala nafsu pula sentiasa perlu dikawal dan bermujahadah..
Andaikata hanya menumpukan salah satu titik tarbiyah ini, maka macam-macam akan berlaku. Sekiranya tidak dapat melakukan semua ini, maka janganlah meninggalkan semuanya.. Tarbiyah itu penting..
betapa signifikannya hadis nabi s.a.w mengenai dalam diri manusia ada seketul daging, jika ianya baik ,maka baiklah seluruh diri manusia itu…..
komunikasi yang baik hanya dpt dicapai jika 2 jiwa yang berkomunikasi itu bersatu hati mereka…. hati dikira telah bersatu jika tiada percanggahan pendapat.
dalam kes PAS ini , wujudnya pendapat2 yang berbeza kerana setiap masalah dan situasi itu dilihat menerusi dalil2 yang berbeza. maka end resultnya adalah berbeza.
kadang2 ianya menjadi rahmat…kadang2 menjadi musibah.
tapi kalau kita tidak melihat siapa yang bercakap , tetapi melihat apa yang dicakapkan , maka kita akan berada di atas jalan yang benar.
tapi dalam mana2 parti pun , barisan bawah akan ada sifat taksub kepada pimpinan tertinggi dan sesiapa shj yang keluaran kenyataan yg bercanggah akan dikira ‘sesat’ atau agen parti lain.
jadi penyebaran maklumat dan ilmu wajib diberi keutamaan supaya pihak lain tidak ambil peluang utk melaga2kan antara ahli
Resah dan gelisah memikirkan pergolakan dalam PAS. Selagi tidak ada penyatuan jiwa dalam kepimpinan PAS maka parti ini tidak mampu untuk terus bertahan secara optimum. Agak-agak Ustaz patut ke mereka-mereka yang terlibat ‘dipaksa’ menghadiri kursus Komunikasi?
huhu, saya rasa tak perlu ‘paksa’ untuk kursus komunikasi. sebenarnya yang penting adalah kesatuan fikrah dan kesatuan amal. setiap orang yang berjuang utk Islam pasti mengetahui apa utk dilakukan dan apa perlu dibuat kerana Islam telah memberi garis panduan melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah saw melalui sirahnya.
barulah hati-hati ini lebih tertaut antara satu sama lain dengan keikhlasan dan kebaikan. cuma dalam PAS kita tidak tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang terpengaruh dengan kuasa. tapi biasanya boleh dilihat melalui tindak tanduk seseorang itu..
berat dan kabur?? mungkin sebab ketiadaan orang yang banyak pengalaman untuk memberi nilai tambah. supaya pembaca lebih memahami termasuklah saya.
pendapat saya, ia berbalik kepada apa yang ustaz tekankan, soal aqal, hati dan nafsu. apa yang berlaku adalah berpunca dari 3 ini, tapi dalam merungkai persoalan ini, ianya sangat complicated. malah ianya lebih dari itu..
kita perlu meyakini sahabat2 seperjuangan kita. kita mestilah juga meletakkan kepercayaan kita kepada mereka. walau apa jua desas desus, orang yang beriman takkan mudah untuk mempercayai. ia akan siasat dahulu sebelum membuat keputusan atau pendirian.
betulkan saya jika saya tersalah..
Saya bersetuju kalau komunikasi dijadikan silibus wajib dalam tarbiyah ahli PAS dan konsep sirr wa hazar diupdate kepada version terkini
salam ustaz..
alhamdulillah..subhanallah..artikel yg sgt membuka minda..ustaz, ana nk tanya sedikit tntg keluarga muawiyah..adakah Yazid yg membunuh cucu Rasulullah pd peristiwa Karbala itu anak Muawiyah? adakah dia Islam atau musuh Islam?
ana minta maaf ustaz,kerana sy kurang mmbaca dn mencari jwpn itu dalam bentuk pnulisan..ana pelajar kejururawatan UIAM..semoga Allah permudahkn urusan kita..:)
wsalam wbt.
semua yang disebutkan tentang Muawiyah, Yazid dan keluarganya di dalam soalan anta, adalah kesalahan fakta yang bertebaran di dalam silibus kita. Mohon pembacaan seterusnya di http://www.darulkautsar.com/article_cat.php?CategoryID=6
salam ustaz…
Alhamdulillah..baru selesai membaca darulkausar.com tentang persoalan ana…ana sgt bersyukur kerana kekeliruan yg brumbi drpd zaman persekolahan terjawab pada mlm ini.Maha Suci Allah..
Ana agk kecewa dgn sistem pendidikn kita di Malaysia ni.ustaz ada suggestiion untuk pembaikan sistem ini lebih2 lagi mengenai sejarah awal Islam yg mnjadi akar ilmu tentang islam pd remaja muslim..kadang hukum islam didalam silibus pun diperlekehkan shj..thun 2003-
pernah ketika kami sedang belajar mengenai hukum Allah-hudud-saya bertanya “ustazah, knp kita xjalankn hudud di malaysia (soalan dr seorg budak yg masih xtahu menahu pasal semua tu)” ustazah menjawab “perkara ini wajib dilaksanakan sebenarnya, tp pemerintah negara kita yg xmahukan ini..saya xnk ulas lebih lanajut..” ana yg terlalu ingin tahu ini bertanya lg..”habis tu ustazah, boleh ke kita taat dan patuh pada kerajaan kite??”
soalan ana ditinggal sepi…
ustaz,jkkk..moga Allah rahmati setiap lgkh perjalanan ustaz..seperkara lg ustaz..ana ini bintun..maaf kerana ustaz terkeliru dgn nick name saya…syahid lillah itu impian saya. doakan saya ye ustaz:)
Adakah artikel ini berkenaan pergolakan antara Tuan Guru Nik Aziz dan Mustafa Ali?
Kalau perbezaan pendapat dilihat sebagai perbalahan, tidak hairan Perang Siffin akan mengulang sejarahnya.
Tahukah anda: Perkara Komunikasi yang canggih, internet dan pengangkutan moden ada perkhabarannya dalam Quran, cuma tak mahu saya memberitahunya di mana kerana sering berhadapan dengan pemikiran jumud dan takut. Sebabnya banyak yang tak faham beza tafsir dan takwil.
Apa-apa pun, sebagai orang lama dalam PAS suatu ketika dahulu, saya cuma berharap PAS terus memperjuangkan kebenaran dan bukan memperjuangkan kemenangan. Yang pastinya, setakat mana dunia politk hari ini, kemenangan itu belum itu membawa kebenaran, dan kebenaran itu belum tentu menang. Kat padang mahsyar baru tau siapa yang menang bersama kebenaran. Wallahu a’lam
kebenaran dan kemenangan tidaklah terlalu subjektif hingga terpaksa menunggu Akhirat untuk mengetahuinya.
ada al-fath, ada an-nasr, ada al-ghulbah… semua ini adalah istilah-istilah al-Quran untuk kemenangan berasaskan kebenaran di dunia ini.
namun saya bersetuju bahawa pas harus mengutamakan kebenaran berbanding kemenangan. dengan mengutamakan kebenaran, kita sudah sedia menang biar pun tumpas dalam pertandingan
di dalam perjuangan, tiada orang lama tiada orang baru… semua ada peranan dan penyakit masing-masing
sangatlah saya bersetuju dengan Ustaz… cuma saya mungkin termasuk golongan “al muntazirin” (Surah Sajadah : 30)
Silap ( Al Muntazirin ke atau Al Muntazarin?) tapi bukan golongan yang ditunggu – itu golongan kufar – golongan yang menunggu – tapi tak elok sangat … yang eloknya golongan yang berjuang … cuma say atidak kelapangan..
salam
menarik..saya berharap agar perbedaan ini membawa rahmat..untuk “mneladani mereka saf kepimpinan menguruskan komunikasi”