// Email a friend

'Setelah Pulang Dari Perantauan'

* Required Field






Separate multiple entries with a comma. Maximum 5 entries.



Separate multiple entries with a comma. Maximum 5 entries.

Loading ... Loading ...

Related posts:

  1. Hadiah Terbaik Dari Isteriku “Abang, Na nak tanya sikit ya. Abang jangan marah pula”,...
  2. Ujian Kehidupan di Perantauan Galway, pemandangan dari udara “Sakit sangat dah ni. Bengkak pun...
  3. Rencah Bawang dan Garam Perantauan “Kenapa mereka tidak ke kelas? Hairan juga,” saya menggaru-garu kepala...
  4. Buat Kalian Yang Baru Pulang Kehidupan di UK dan Ireland dengan Malaysia itu banyak bezanya...
  5. Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah? Sesi bersama remaja, banyak suka dan duka “Saya takut nak...

 

79 Responses to “Setelah Pulang Dari Perantauan”

  1. rohul says:

    setuju. Kita juga manusia. Sehebat mana fikrah kita, semajmuk mana pun jemaah kita, harus kembali kepada basis yg membentuk seorang dai’e. Selalu teringat pesanan ustaz nushi mahfodz, tafahum tuh adalah salah satu dari rukun usrah.

    lama jugak tak berusrah ni. Merindui syaikh tarbiyyah ana, Ust. Nushi di m’sia

  2. Pak Din says:

    “Suami main kayu tiga, isteri main kayu tiga”

    Main kayu tiga ni selalunya … menduakan pasangan. Saya melihat main kayu tiga paling asas ialah menduakan Tuhan. Tuhan peribadi dan Tuhan hakiki.

    Terlanjur ternampak ““Jangan banyak cakap bro, nantu lu kena baru tahu” … u tersilap, i yang kena.

  3. syifa' says:

    berhubung masalah komunikasi ni mmg susah juga utk diperkatakan…

    apa yg pernah saya lihat berlaku depan mata saya sendiri, sebelah pihak mahukan cara komunikasi utk menyelesaikan masalah, tp sebelah pihak lg tak pernah beri kerjasama…maka tiada apa yg dapat diselesaikan…perbincangan 2 pihak keluarga sudah, bersama kaunselor sudah, tp tiada perubahan…

    masalah itu akan terus menerus menerjah kehidupan tanpa penyelesaian malahan akan bertambah hari demi hari…maka timbunan itu akan terus menggunung…entah bila akan berakhir…saya sendiri tiada jawapan hingga ke hari ini…

    saya yang melihatnya terasa berat apatah lg yg empunya diri…

    mungkin ada yg pernah berhadapan situasi sama…apa agaknya formula yang diguna???mungkin boleh kongsi bersama…

  4. fakhri says:

    1.Ada sesuatu yang mereka sembunyikan. untuk menyuarakannya mungkin terlalu sulit atau malu.

    2.Ada sesuatu yang mereka tidak dapat dari pasangan hingga perasaan cinta semakin turun peratusnya.

    percayalah.
    susah nak explain.

    • normah says:

      @fakhri,
      salam,satu isu yang menarik dibincangkan bersama, bukan kerana isu ini biasa sangat, tetapi kebiasaan itu yang menjadikannya luar biasa. saya setuju dengan pendapat ustaz komunikasi merupakan perkara terpenting dalam mewujudkan keluarga bahagia, bagi diri saya alhamdulillah kami sentiasa bersikap terbuka dalam membincangkan setiap kepincangan, sama ada suami yang menjadi ketua, dia tahu bahawa saya pengkritik terbaik buatnya, kerana tidak ada orang yang lebih kenal suami berbanding isteri, dan isteri juga sepatutnya begitu,satu lagi bagi suami walaupun setiap isteri perlu terima hakikat bahawa suami boleh kahwin lebih daripada satu tapi janganlah jadikan ia sebagai satu matlamat hidup, coz apabila kepercayaan isteri terjejas, ia akan terjejas selama-lamanya

  5. Max Kaybee says:

    Salam ustaz..berat jugak persoalan ini lebih2 lagi bagi yang belum mengenal erti rumah tangga seperti saya…mungkin pengalaman orang2 dulu boleh menjadi pedoman bagi kita yang mungkin baru ataupun bakal meengecap erti sebuah perkahwinan..Kalaulah lafaz ‘Aku Terima nikahnya….’ berjaya diertikan sepenuhnya dalam melayari bahtera kehidupan…Wallahualam ;-)

    • Abu Saif says:

      Wsalam. Belajarlah akhi… dan terus belajar.

      Hindarkan diri dari melangkah ke alam perkahwinan tanpa belajar dan tanpa kesediaan untuk diajar.

      Cabarannya banyak sekali

  6. akh due says:

    “Saya pernah menyebut beberapa kali semasa tinggal di Ireland dulu, “kenapalah rak-rak buku student kita sekarang ni penuh dengan buku-buku Suami Mithali, Isteri Mithali? Corak budaya membaca kita sudah berubahkah?”

    Sayalah yang mengeluh begitu suatu ketika dulu.

    Melihat buku-buku bergambar bunga dan berlambang cinta, amat merimaskan. Biar pun mungkin isi kandungan buku itu memang tidak bagus, tetapi pesimis saya bukan kepada isinya, sebaliknya kepada tema. Terasa bagai hilang fokus apabila agenda pendidikan pemikiran siasah disampuk isu rumahtangga.”

    rasa quote ayat ni selalu kena..kena perli,huhu…

  7. Campden Grove says:

    Ustaz, tahniah – artikel jujur dan mempunyai ‘insight’ yang amat dalam.
    Harap ustaz pulih sepenuhnya ;-)
    InsyaAllah.

  8. maya77 says:

    entahlah….. ana selalu memikirkan perkara ini. Seorang demi seorang dikhabarkan punya masalah ini.

    Banyak masalah diluar sana memerlukan kita sebagai penyelesainya…. tapi rumahtangga sendiri punya masalah.

    Pandang dan lihatlah anak-anak yang bakal menjadi mangsa. KOMUNIKASI adalah perkara yang sangat penting. Wahai SUAMI ! Bercakaplah dan bersuaralah. Duhai ISTERI! Dengarlah selepas bersuara. Jika KEPANASAN …. berhenti. Gunakan cara lain…SMS, e-mail, surat…… berdoa(selalu)

    Terimalah pasangan seadanya kerana kita juga punya kelemahan. Lihatlah perkara BAIK yang ada padanya dan tiada pada orang lain.

    Ya Rabb! PELIHARALAH kesejahteraan rumahtangga kami & sahabat-sahabat kami. Amiiin!

    • Abu Saif says:

      komen yang kelihatannya sangat menggarap semua mesej yang cuba saya sampaikan.

      Ameen saya atas doa yang dilafaz…

      • maya77 says:

        lelaki biasanya amat susah berterus-terang atau meluahkan perasaan. Buangkanlah ego itu kerana pasangan adalah PAKAIAN yang menutup kelemahan dan kekurangan kita.Jadikan pasangan sebagai sahabat baik yang juga merangkap tugas seperti cermin.

        Cerminlah yang paling jujur menunjukkan kekurangan kita yang perlu dibaiki.

        Buat suamiku, terima kasih atas kelembutanmu dalam memberi tunjuk ajar. Abang & anak-anak adalah anugerah Allah yang amat berharga sebagai pelengkap hidup ini.

        Selamat berpuasa & berhari raya. ( Kali ni pagi raya kat kg umi pulak ye!!!! Gurau je……….. umi suke je raye kat kg abang sebab mertuaku rajin, menantunya ??????? )

  9. ummu says:

    Kalau dah ustaz sendiri perlukan kaunseling, apa lagi kami yang kat luar ni… Lebih-lebih lagilah kan..!!! :-D

  10. Abu Ammar says:

    Ana rasa dekat Malaysia ni, especially KL, kehidupan memang mendesak, dari segi ekonomi maupun physical.

    Ana pun biasa duduk di Eropah/UK, apa yang ana dapati, kehidupan di sana, pukul 5 ptg, mesti sharp keluar ofis, 20 min sampai rumah, kalau summer tu, ada banyak masa siang lagi untuk release stress kerja dan bermain dengan anak-anak. Di Malaysia, keluar kerja pukul 5 pun, belum tentu sampai rumah dalam masa sejam, bila dah jammed, sampai badan pun letih, nak layan anak pun malas, lepas tu maghrib keluar ke surau, bila balik lepas isya’ adalah sejam untuk layan family.

    Bila weekend, kita buat kerja rumah yang backlog dari Isnin-Jumaat, selalunya Sabtu tu memang dok rumah saja….

    Tapi alhamdullillah, setakat ni boleh tahan lagi la…

    Satu benda yang ana rasa ana buat betul, i.e. NEVER BRING WORKS HOME. Apa apa masaalah kerja, tinggal di pejabat saja, jangan bawa balik. dan bila bercuti, selalunya ana bercuti lama, dalam 2 minggu straight, just to wind down

  11. j-QAF says:

    Salam..
    Saya setuju dgn cadangan ustaz tentang komunikasi.
    Masalahnya ialah untuk amalkan(melaksanakannya), tidak semua orang ada kekuatan untuk duduk berbincang 4mata.
    Bagi saya perbincangan juga ada banyak bahayanya JIKA tiada kerjasama dari kedua2 pihak. Lebih parah kalau ada pihak yang tidak telus dan jujur menyatakan masalah sebenar. Mungkin sebab malu atau ego.
    Dari pengalaman saya, semua ini berbalik pada soal hati.
    Kalau hati dah tak sudi…susah nak cakap…

  12. khamoro says:

    Salam…berat…seberat bahu yang memikul…berkahwin sama fikrah pun menghadapi masalah yang kritikal apatah lagi yang berkahwin langsung tidak mempunyai fikrah yang sama…mungkin Allah menguji hambaNya berbeza-beza…atau mungkin saya juga perlukan pakar psikologi…

  13. zul says:

    pandangan yang menarik untuk difikirkan,

    memang sukar untuk meneruskan kecemerlangan berbanding mencipta kecemerlangan.

    saya melihat keperluan untuk fokus kepada kesatuan dalam perkahwinan adalah cabaran yang perlu ada. saya rasakan antara puncanya kita lebih fokus kepada nak kahwim berbanding selepas berkahwin…

    selepas ana selesai akad nikah seorang sahabat sms yang bertulis “welcome to the real world” ….. perjuangan perlu diteruskan

  14. Ummu Adeebah says:

    Salam,
    Kahwin sama fikrah tu sebetulnya camana ya?Islamic background dan education status ke? Saya cuma sama fikrah dari segi profession kerjaya, dekat2lah jika Dr dengan Dr gigi, kan? Suami punya pengalaman Islamik yang lebih tersusun semasa dia menuntut di Ireland dulu.Tapi saya akui, segalanya mesti ada asas berkomunikasi yang baik.Lagi lama lagi faham perangai pasangan.Yang saya faham antara saya dan suami, bila sikap atau impresi muka berubah, cukup utk memulakan soalan /bicara ‘kenapa’?Saya tetap menjadikan pasangan tempat utk dirujuk.Kalau tak sehaluan pendapat, tak mengapa, jika tak melanggar perintah Allah dan Rasul, saya tetap teruskan utk kekal dgn pendapat itu.Bab boyfriend lama, kekasih lama, itulah kerosakan yang dah berlaku dalam masyarakat kita.Sepatutnya itu bukan budaya,bagi saya, saya selalu berdoa supaya tidak diketemukan dgn mereka yang pernah saya anggap merupakan maksiat dalam hidup lampau saya, dan kini saya hanya ingin bergaul dengan mereka yang cenderung kepada Allah dan rasul.

    • perantau says:

      mungkin fikrah yg dimaksudkan ialah ruang linkup jemaah=”segolongan manusia yg mengajak manusi kepada kebaikan”..

      lebih kurang camtu la.
      wallahua’lam

  15. umaralfateh says:

    “Dan saya perlukan kaunseling!”

    ayat ni menggetarkan jiwa saya…makin terasa jauh dengan kehidupan rumahtangga.terasa tidak cukup persiapan yang ada.

    la haula wa la quwwata illa billah.

  16. syahid_lillah says:

    salam…

    suatu entry yg sgt menarik wahai ustaz..

    hubungan manusia,suami isteri (lelaki &perempuan yg asalnya berlainan planet ini) sgtlah unik dan anugerah besar daripada Allah sebagai ujian dalam bentuk kebahagiaan dan juga dalam bentuk kekecewaan..

    nak berhadapan menggunakan approach mana, tepuk dada tanya iman…tapi, tepuk dada yg xberisi xkan bertemu penyelesaian yang baik juga…

    usaha untuk mendalami kelemahan sendiri and pasangan sendiri, usaha untuk BERKOMUNIKASI dgn baik dan hati yg ikhlas, seterusnya, sandarkan pada ALLAH, ALLAH Maha Mengetahui ape yang terbaik..

    -hati2 manusia ini, Allah s.w.t punya berhak yg mutlak..selagi nyawa masih dikandung badan, tugas kita sebagai hamba- BERUSAHA UNTUK BERJUANG SEHABIS MUNGKIN”

    WALLAHUA’LAM

  17. KNizam says:

    wow! gya penulisan ustaz ni mmg terkesan sekali lah
    memang style dalam magazine. sungguh teratur
    terhibur saya membacanya…thanks

    selamat berpuasa
    selamat hari raya ustaz!

  18. ummininasma says:

    Assalamu’alaikum Ustaz,

    Masa bujang dulu, idea tentang perkahwinan ni memang idealistik. Pernah juga terlibat dengan jemaah masa zaman belajar dulu dan memang dah terbiasa dengan dgn terma kahwin sefikrah yang ustaz bincang dalam artikel kali ni – terkena la juga tempiasnya. Akan tetapi, bak kata perpatah melayu “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Bila dah bekerja dan berkahwin – idea-idea zaman siswi ditelan oleh realiti kehidupan.

    Secara peribadi saya setuju komunikasi dan keterbukaan suami-isteri dalam berkomunikasi sangat penting. Suami-isteri masih individu berbeza tapi perlulah mengusahakan titik pertemuan supaya perkahwinan akan cenderung menjadi partnership bukannya dictatorship.

    Ingin saya berkongsi beberapa petikan ayat motivasi perkahwinan dari sebuah manual mini yang saya beli sebelum saya berkahwin:

    1. “People in happy marriages don’t have fewer conflicts than others, but they’ve learned how to cope with them more effectively”

    2. “In marriage, being the right person is as important as finding the right person.”

    3. “A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”

    4. “You don’t marry one person; you marry three – the person you think they are, the person they are, and the person they are going to be as the results of being married to you.”

    5. “After couples have been married for a while, spouses often get the notion that the hunt is over. They stop trying to make themselves attractive and stimulating.”

    and lastly

    6. “Marriage does not fail; people fail. All that marriage does is show people up.”

    (quotations taken from Love & Marriage. Y. Mansoor Marican, MCMXCVIII. Orina Consultancy)

    Wassalam.

  19. Dr.N says:

    Salam…pandangan saya berkaitan permasalahan yang timbul. Kenapa semasa di luar negara dan dalam kumpulan yang sama (sefikrah) tiada masalah..

    Kerana mereka mungkin tidak pernah terdedah kepada ‘gangguan ‘ sekitaran, selalu berada dalam ‘protected groups?’ Bila pulang ke Malaysia baru terpana dengan pelbagai masalah sebenar, kehidupan sebenar…keluarga? saudara? ipar duai? kawan lama? teman intim lama? ofis mate? neighbours?

    Kalau dikelilingi member sefikrah/seusrah (samada sendiri berusaha mencari, atau member yang ajak join usrah semula) mungkin tidak banyak berubah…tapi kalau suasana baru, member baru bukan jenis yang mementingkan agama mungkin sedikit demi sedikit akan berubah menjadi macam yang lain saja….

    Itu belum masuk masalah kewangan, masalah tempat kerja etc etc…

    Apa apa pun, pada pandangan saya sesaorang tu perlu ada ‘kekuatan dalaman’ .

    • di bumi Kangaroo says:

      salam wbt

      ana sangat setuju dengan komen ini. ana sekarang pun di oversea dan ana nampak trend nye begitu – ahli2 usrah lebih banyak bersama each other dan tidak ‘terjun’ ke medan realiti bersama teman2 Malaysia lain yang lebih sosial dsb

      benar, setuju jika diberitahu kita perlukan bi’ah yang soleh untuk mendidik diri kita. tapi hakikatnya, di Malaysia jauh sekali suasananya dari yang di’provide’ oleh biah berusrah di oversea ni. ini mungkin ana refer kepada satu kelompok kumpulan usrah sahaja, tetapi di tempat ana merekalah yang dominan dari segi gerak kerja dsb.

      ALhamdulillah, perubahan ke arah yang lebih baik itu sangat ketara pada diri individu. tapi jika perubahan itu disebabkan suasana semata, maka bila pulang ke Malaysia, di situlah masalahnya. sama juga seperti berumahtangga, pasangan masing2 sama fikrah dan masalah tak timbul ana kira di oversea kerana contact mereka adelah bersama pasangan2 lain yang juga sama fikrah.. tapi bila pulang ke Malaysia, lain suasanya, dan di situlah cabarannnya..

  20. Nora says:

    Saya adalah salah seorang dari mereka yang belajar luar negara dan bertemu jodoh di sana yang sefikrah. Setelah habis belajar, pulang ke Malaysia. Memandangkan kedua2nya orang Utara, jadi kami bermastautin di sana. Sepanjang 7 tahun melayari alam rumahtangga dan diberi rezeki 3 cahayamata, alhamdulillah rumahtangga aman bahagia.
    Tetapi sekarang sudah 1 tahun berpindah ke KL. Memang terasa perubahan dalam rumahtangga. Mungkin boleh dipersalahkan kepada stress especially bebanan economy. Masa bersama agak kurang. Dulu dalam sebulan ada masa untuk keluar dating sama2. Tapi sekarang atas faktor ekonomi dan anak2 tak ada siapa jaga (kami tak pakai maid. Sebelum ni, ada mak dan MIL boleh tolong babysit), masa bersama amat berkurangan. Tambah pula anak2 semakin bertambah dan membesar. Tanggungjawab pun bertambah. Kadang2 terasa masa bersama anak2 lebih byk dari suami.
    Tapi satu perkara yang rumahtangga masih boleh bertahan adalah komunikasi. Kami sentiasa mengingati antara satu sama lain akan matlamat sebuah rumahtangga. Sama fikrah, sama sistem pentarbiyahan…. ya. Ia amat membantu.
    Tapi macam mana pun, utk long term rasanya kena pindah balik ke Utara. Rindu akan kehijauan sawah padi dan kos kehidupan yang masih rendah.

  21. anok klate says:

    Saya lelaki bujang.

    Saya setuju dengan pendapat Abu Ammar.

    Saya dari aliran sastera. Pembacaan karya sastera (di dalamnya ada pesan agama, kemanusiaan dan budaya) yang baik menemukan saya kepada saranan mengenai cara-cara berkomunikasi dengan orang lain, termasuk isteri. Pengarang atau penyair memberikan semacam satu kaedah (kaedah itu hadir melalui penggunaan gaya bahasa, imej, perbandingan dan sebagainya) yang mesti diamalkan dalam hidup, iaitu kita mesti jujur dalam segala tindakan. Sesudah itu, kita tidak perlu risau kepada segala sejarah hidup kita (termasuk tentang kekasih lama).

    Tetapi, kebijaksanaan dalam bertindak yang dicadangkan lewat karya sastera tidak akan datang dalam satu hari, tetapi mengambil masa bertahun-tahun. Sebab itu, tidak ramai yang meminati sastera.

    Berapa ramai dalam kalangan kita sentiasa jujur dalam tindakan? Penyair menempelak golongan yang berpura-pura dalam kehidupan seharian.

    Dalam sastera juga ditekankan bahawa kita perlu menghargai segala kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, walau sezarah cuma. Dan ketika belajar kritikan sastera, saya disuguhkan bahawa kita perlu menerima kelemahan orang lain dan menghargai kebaikannya. Tapi apa yang lebih penting, ketika memulakan kritikan kita harus bersifat adil kepada sesiapa sahaja di samping menerima hakikat bahawa manusia penuh dengan dengan ketidaksempurnaannya.

    Saya setuju dengan Ustaz, jangan menyalahkan orang lain atau persekitaran sebelum melihat diri sendiri. Inilah dinamakan kejujuran dalam tindakan, bukannya melakukan projeksi, lebih-lebih lagi kepada pasangan.

    Saya bersyukur kerana tidak bercinta sehingga sekarang. Barangkali inilah kesan didikan ayah saya yang mendoktrinkan bahawa tidak ada percintaan selain perkahwinan. Sebab itulah, saya tidak pernah cemburu dengan pasangan yang belum berkahwin yang keluar bersama, berbalas-balas SMS atau berbual-bual di telefon sehingga larut malam.

    Dan, saya percaya bahawa kita akan mendapat balasan atas kejahatan yang kita lakukan.

    Saya mencadangkan supaya kita membaca dan memahami buku ‘Falsafah Hidup’ yang dikarang oleh HAMKA.

    Hidup ini amat menyeronokkan, kalau kena dengan caranya.

    • nur iman says:

      enta beruntung dikurniakan parents yg telah mendoktrinkan enta sebegitu. Tetapi, tidak semua antara kami berpeluang hidup di bawah parent yg faham dan memprktikkan tarbiyyah Islamiyyah. InsyaAllah dgn kefahaman yg telah dimiliki kini, memberi sinar buat zuriat2ku kelak.insyAllah.

  22. diZZYana says:

    Salam wahai ustaz,

    saya pembaca ustaz yang setia, tapi jarang memberi comment.. tapi saya terpanggil untuk memberi coment untuk entri ini, sebab saya dapat rasakan, ada beban yang membelenggu hati ustaz, maafkan saya kalau saya tersalah.

    saya baru 4 bulan berumah tangga, fasa menyesuaikan diri ni memang mencabar. saya cuba menambah ilmu sebanyak mungkin dengan tips yang ustaz berikan. kompilasi artikel yang ustaz muatkan dalam buku aku terima nikahnya menjadi salah satu panduan buat saya. walaupun, hidup ini bukan semudah tulisan yang disusun, tetapi sekurang-kurangnya dengan buku itu, kita telah mengajar diri “begins with the end in mind” mana mungkin kita inginkan kehancuran dalam mengakhiri rumah tangga…..

    ada kalanya, kita dapat rasakan terlalu letih untuk memberi. but, sometimes, we need to put the weight on our shoulder down for a moment before we continue to the end of the journey. it will release a little bit…

    semoga Allah berikan kita hati yang kuat, tetap, dan cekal dalam menghadapi susunan taqdirnya.. sebaik-baik motivasi dan pergantungan ialah kepadaNya..

  23. mad sa says:

    Salam,
    Pada pandangan saya, biarlah rumah tangga itu bertahan sehingga anak sudah besar. Anak yang hatinya dekat dengan Allah SWT sebenarnya banyak membantu mengatasi masalah yang berlaku. Mungkin tidak dinafikan masalah (jika boleh ditakrif sebegitu) seperti suami isteri bekerjaya (letih, tidak cukup masa dll), kewangan dan persekitaran banyak mempengaruhi perselisihan yang berlaku dalam rumah tangga. Tetapi, dengan adanya anak yang mempunyai hati yang jernih dek didikan yang penuh kasih sayang dan betul aqidahnya serta pemikiran yang matang di samping terhindar daripada pergaulan yang merosakkan pembentukan akhlak, insya Allah – anak itu mampu menjadi penyejuk rumah tangga. Tenang je ada dia. Tapi dengan syarat, ibu bapa mempunyai fikiran yang terbuka; termasuk mampu menerima pandangan anak-anak. Dan yang penting lagi, sabar dan sabar yang berterusan; si suami sabar melayan luahan (repekan?) si isteri, manakala si isteri sabar dengan ketidakcukupan si suami.

    Sekadar pandangan (+sedikit analisis)
    WA.

  24. Fitrah says:

    Salam,

    Tepat dan benar sekali article ustaz kali ini. saya juga mempunyai teman rapat dan senior yang menghadapi masalah ini. Teman saya dan suami merupakan Amir dan Amirah semasa belajar dulu, tapi perkahwinan mereka tidak lama tak sempat setahun pun, berpisah atas alasan yang tidak logik rasanya disuarakan oleh mereka yang ber ‘fikrah’ ini.

    Ada juga yang dapat mengharungi alam perkahwinan dengan baik semasa di luar negara bertahun-tahun, even sang suami dan isteri berpisah beribu batu jauhnya dan berjam-jam dari tempat masing-masing, bila balik malaysia, bahtera karam ditengah lautan..

    Ada juga yang menambah cawangan bila anak-anak dah agak besar, dan bila diselami perasaan isteri yang selama ini bersama-sama menjalankan aktiviti dakwah di luar dan dalam negara, sedih, pilu dan kecewanya tidak terkira. Tapi suami tersenyum gembira disamping yang lebih muda. Sebenarnya ustaz, dalam kita menjalankan kerja-kerja dakwah pun ada yang ‘terkahwin’ dengan anak-anak usrah sendiri atau pelajar sendiri..wallahualam…Hanya Allah yang maha mengetahui Hikmah disebaliknya..

    and ustaz, (Dan saya perlukan kaunseling!) ke kaunseling itu amat baik sekali…

  25. mama_auni says:

    salam ustaz
    saya pembaca entry ustaz yang setia,tapi jarang memberi idea atau coment.mungkin ni kali ke2. tp rasa terpanggil juga nak memberi.
    saya dah berkahwin tp bukan ngan yang sefikrah ngan saya. dulu masa blajar sy mendapat kecaman yang kuat juga dari kakak2 senior tentnang kawin xsefikrah. tp alhamdulillah, suami byk membantu malah memberi dorongan, insyaallah. masa saya blaja dulu isu kawen sefikrah ni memang panas….shngga skarang still lagi panas.sebelum kawen saya byk melihat, mendengar dr kawan2 dan juga senior2 ttg masalah2 rumah tangga sefikrah ni. sebenarnya, bg saya, samada kawin sefikrah atau tidak bukan lah jaminannya, sebab hati manusia Allah yang pegang, bukan suami atau isteri. Allah bila2 masa boleh membolak balikkan ht manusia, kita jgn terlampau yakin dengan fikrah yang kita ada. maksud sy kat sini bila kita kawen dengan org sefikrah kita, kita xkan hadapi masalah2 rumahtngga, malah cubaan ujian Allah lagi hebat.
    cuma kita kena ingat blk, perkahwinan adalah satu perkongsian hidup.klu 100 kesalahan yang yang ingin kita cari, bukan 100 yang akan jumpa malahan seribu. so, daripada mencari kesalahn, kesilapan, mengapa tidak memperbaiki keadaan.daripada kita mempertikaiakan kesilapan pasangan kita mengapa tidak kita melihat keistimewaan dia….:).mitak maaf klu ada yang tidak bersetuju ngan pandangan saya…

    • ummunaily says:

      salam.
      sewaktu kami bekerja di oversea, mmg hubungan lebih rapat sebab fokus, tak de distraction. tak de nak kena balik kg, x de nak kena pergi kenduri, x de nak kena attend dinner sana dinner sini, tak ada activity sendiri2, selalunya mana2 pegi mesti bersama. tak de fikir nak beli rumah, byr hutang etc.

      pendek kata kita hidup di oversea mcm holiday memanjang. hidupnya mengisi hari ini dan tidak byk fikir masa depan. kita anggap tempatnya sementara. seperti hidup dlm jangka waktu yg terbatas.

  26. Dr.N says:

    TIPS perkahwinan

    Perkahwinan ibarat lautan adakalanya ombak badai tinggi menggunung..

    Bila ini berlaku …saya ingatkan diri that ‘he is not only my hubby but also my best loving friend who has spent precious years with me, ups and down, pokai time, loaded time, tak ada anak, anak kecik, anak sekolah, now sekolah menengah…

    Bila terlalu banyak berkata-kata pulak..saya akan tampal reminder dalam almari..just for me to remember that ‘its better for me not to say anything instead of hurting my hubby’s feeling’

    Bila hubby lupa important date..I make the effort to remind him earlier..biar apa org nak kata as long as I m happy dan tak merajuk hati bila important date tiba..hubby dah sediakan at least a card for me..

    I hug and give a peck on his cheek infront of the kids whenever he goes out or come home. They do the same too to their ayah..Before going to sleep the kids will kiss us good night and salam..Kids learn from parents either how to start a quarrel or to be loving..

    Financially – make sure establish dari awal perkahwinan about who pay what, akaun bersama atau masing masing utk perbelanjaan rumah tangga

    jangan kedekut pada parents dan ibu ayah mertua..kalau pasangan lupa remind mereka..They ll appreciate our concern. sayang kita bukan saja our parents but also our mertua.

    A lot more..

    But dont forget all in all, we need to pray that Allah berkati rumah tangga kita

  27. nazim says:

    salam ustaz,

    doakan masjid yg bakal dibina kelak bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat..
    (semoga dipanjangkan umur)
    ameen..

    -n-

  28. orangmuda says:

    ble baca posting ni and komen sahabat2 laen dah mula naik bulu roma..takutnye nak kawen..nak kawen itu susah,lepas kawen laaagi susah..doa je la senjata kita..point dari prob boyfriend n girlfriend lama muncul kembali selepas kawen adalah janganlah bercouple…walaupun rasa tajuk kali ini serius mnggunakan otak untuk berfikir,ape2pon,C.E.R.I.A.kan hidup anda..peace~

  29. Mazlina says:

    Takutnya nak melangkah ke dlm fasa tersebut :(

    walau bagaimanapun apa yg saya nampak selain komunikasi dgn pasangan, komunikasilah dgn Allah..Dia yg menciptakan tiap sesuatu, Dia jugak yg meletakkan kita pada tempat dan keadaan kita berada skg…

  30. fiqdan says:

    kita manusia semua bawak big bag of theories. we gain theories dari masalah2 orang lain, dari sejarah.. dari Quran & Sunnah.

    terlalu banyak theories sampaikan bila diduga belum tentu kita leh overcome our obstacles.

    apa yg ramai belum mahir lagi adalah Control

    mcm mana nak control diri. knowing what is right and what is wrong.

    wallahu’alam

  31. Azlin says:

    Salam Ustaz,
    Saya sgt2 berterima-kasih dgn keikhlasan tulisan Ustaz. It really touches & inspires me especially the last bit when you wrote :D “Dan saya perlukan kaunseling!” The fact is seberpengalaman mana dan sehebat mana pun kita sebagai hamba yg lemah kita perlu peringatan, kaunseling, etc. Terima kasih, Ustaz. I acknowledge your humbleness, authenticity and truthfulness. Saya percaya ketelusan Ustaz di dalam rumahtangga, tulisan dan kehidupan seharian has made a big difference in your life and others. Jarang2 saya jumpa ketelusan seperti ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala.

  32. ridwanto says:

    salam semua,
    Saya mahu menjadi suami yang baik.
    Ketika saya makan berseorangan di sebuah kedai, menitik air mata saya apabila melihat seorang isteri di pukul suami nya. Kelihatan keluarga sang isteri datang dari jauh di kedah sana menjenguk anak mereka yang di landa kesedihan…..

  33. iWan says:

    1. Punca segalanya adalah hati. Perlu untuk ‘mencuci’ hati setiap hari. Tetapi bukan sekadar itu, tukarlah ‘detergen’ itu setiap hari. Pastikan ‘detergen’ utk esok lebih baik dari ‘detergen’ yg dipakai hari ini. Menggunakan ‘detergen’ yang sama bukanlah tidak boleh, cuma index of improvement yg boleh membanggakan mungkin kurang terserlah, dan memberikan peluang untuk syaitan dan nafsu untuk menyerlah…

    2. Salah satu daripada penyelesaian mudah kebuntuan akal, kesenduan hati dan hajat kepada kaunseling ialah MuNAJAt di Tengah malam.. Harga air mata patut diturunkan apabila meminta daripada-Nya…. Rahmat Allah tidak akan terpisah dengan hamba yg selalu mengadu pada-Nya,,,, Hanya manusia yang suka memisahkan diri dari rahmat Allah…
    Kita kerdil….

    3. Iman & Taqwa yang guide akal & emosi. Kalau diperkukuh iman, insyAllah kukuh akal & emosi. Akal pula perlu mengimbangi emosi. Emosi yang tidak terkawal adalah punca kepada keruntuhan hubungan persahabatan, pernikahan, ummah… jua punca kepada berputus asa dalam mencari redha Allah…. Sedangkan mardhatillah adalah hajat terbesar kita…

    Saya sekadar memberi prinsip yang simple untuk semua Dai’e,,,berdakwah bukan setakat kepada keluarga dan ummah,,, TAPI DAKWAH JUGA HATI YANG KOTOR TU, Yg jadi punca segalanya..

    PEringatan untukku dan untukmu yang sering lupa……..

  34. abu @ ibn ahmad says:

    sesama sahabat pun penting sefikrah nanti kita baru tau yg dia tu jemaah islam celup je………

  35. Must says:

    Saya hanya mampu bermadah~

    Pasangan kita ibarat sebuah buku. Buku yang tidak diketahui jumlah halaman muka suratnya. Sebuah buku yang kandungan dan isinya akan berubah tanpa disedari selari dengan masa yang berlalu.

    Pada awalnya pembaca buku itu cuba mengkhatamkan buku tersebut untuk kali pertama lalu menganggap dirinya sudah mengetahui seluruh kandungan buku tersebut. Namun setelah beberapa masa, isi buku tersebut telah berubah tetapi pembaca sudah tidak membaca lagi buku itu. Masih menganggap isi buku itu masih sama seperti dulu.

    Walaubagaimanapun, sekiranya pembaca membaca kembali buku tersebut, maka berlakulah KOMUNIKASI tanpa suara.

    ps:- konsep yang sama boleh di aplikasikan kepada Quran. ketika kecil dulu, gaya pemahaman terhadap (maksud kandungan) quran lain. Bila remaja gaya pemahaman berubah sedikit. Bila dewasa masih berubah. Mungkin bila tua juga akan berubah. TETAPI isi kandungan Quran masih sama sejak ia diturunkan~….
    Maka siapakah yang berubah sebenarnya…?

  36. ncj says:

    Agaknya masa kat overseas hidup di alam khayalan. Bila dah balik ke Malaysia, baru nak hidup di alam realiti. Suasana hidup di negara sendiri sebenarnya lebih mencabar. Banyak hati nak kena jaga. Nak jaga hati kawan. Nak jaga hati famili. Tup-tup terus terlupa nak jaga hati ister. Sebab terlalu leka. Hutang keliling pinggang sebab banyak keinginan mahu dipenuhi. Bila tak mampu nak bayar hutang, suami isteri mula masam muka. Anak-anak terbiar tak terbela. Rasanya kalau kita belajar hidup secara sederhana, rumahtangga akan makmur sejahtera. Artikel-artikel Ustaz sebelum ini ada banyak memaparkan tips-tips untuk maintain hubungan suami isteri. Kalau dipraktikkan secara ikhlas rasanya slogan rumahku syurgaku akan terlaksana.

    • ummusaif says:

      Kehidupan di oversea bukan alam khayalan. Ia juga realiti. Realiti hidup di perantauan (tengok lokaliti)..
      Cuma mungkin kurang mencabar daripada Malysia, itu aje. Masakan tidak.
      Di sana manusia yg kita kenal boleh dikira. Di sana takde ibu bapa, ipar duai, kawan, ofis mates nak ‘kacau’ masa bersama keluarga.
      Politik di sana tidak mempengaruhi emosi kita.
      Cuaca nyaman. Mungkin sekadar cuaca yg gloomy kadang2 menjejaskan mood.
      Traffic jam takde atau kurang dari M’sia. Kalau jam sekali pun biasanya kt sana kebanyakan guna public transport. Kalau guna private car pun takde le drive lbh 30 min utk sampai ke tempat kerja setiap hari.

      In other words, busy and stress change us. Dan situasi ini dibiar dan terbiar hingga ke tahap akut dan susah utk diubati. Masa tu, itu yang sampai pergi jumpa kaunselor pun tak jalan.
      Pokoknya, lewat utk cari cara berkomunikasi dengan telus, terus dan efektif.
      Kadang2 ada yg sedar, tapi malu dan malas nak menyarankan perubahan pada pasangan. Malu spouse kata kita ni buang tebiat. At the end, tak ke mana walaupun masing2 mengharapkan perubahan tapi tunggu sapa buat dulu.
      Again, saya tekankan di sini, KOMUNIKASI TERUS, TELUS DAN EFEKTIF.

      • Siti says:

        Betullah ummusaif..saya setuju. Saya berkahwin dalam negara, setelah 5 tahun berkahwin, kami berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian. Kini, hampir setahun di luar negara, saya dapat merasakan perbezaan antara kehidupan di Malaysia berbanding oversea. Memang kehidupan di Malaysia sangat stress. Di luar negara, para suami yang dahulunya pegang senduk pun tak tahu, kini boleh menjadi ‘chef’ untuk sebarang jamuan yang diadakan di sini. Di luar negara, masa bersama family pun lebih banyak, walaupun kita busy sebagai ‘student’, tetapi kita lebih tenang dengan cara hidup di luar negara. Tidak dapat dinafikan, tuntutan di Malaysia terlampau banyak, kenduri-kendara family nak kena hadir semua, kalau tak hadir, nanti ada yang makan hati pula, kawan2 lagi..and a lot more. Saya cuma berharap apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami dapat ‘cope’ semula dengan environment kat Malaysia.

  37. maverich says:

    ulasan ustaz sebelum ini mengenai isu ini sangat baik dan really make sense…iaitu mengenai hubungkait antara syariatullah dan sunnatullah.

    perkahwinan yg bahagia tidak perlukan syariatullah , tetapi ianya memerlukan sunnatullah.

    syariatullah amat diperlukan utk jamin keselamatan suami isteri di akhirat kelak. tapi utk jamin keselamatan rumahtangga di dunia ini utk bertahan , maka sunnatullah itu amat diperlukan.

    ini lah sebabnya ramai pasangan dari kalangan buka islam hidup sebagai pasangan yg bahagia dan ramai penulis2 buku mengenai hubungan suami isteri dan lelaki/perempuan adalah pasangan suami isteri yang hidup bahagia.

    tapi , golongan yg dpt pendidikan agama lebih bergantung kepada Allah tanpa buat usaha yg sepatutnya. maksud ayat “jika kamu tolong (agama) Allah , maka Allah akan tolong kamu…..” dijadikan harapan.

    mmg Allah tidak pernah memungkiri janji….. Allah akan tolong jua akhirnya , tetapi kita perlu bersabar sehingga dtgnya pertolongan Allah jika amalkan ayat tu dgn cara yg salah. Iaitu walaupun application salah , tapi kepercayaan seseorg hamba kpd Allah tidak akan jadi rugi , tapi hasilnya mungkin berbeza.

    oleh sebab itu, kena pandai balance.

    lepas kahwin , kena bina asas yg kuat dan pupuk cinta sesama suami isteri sebelum kita aktif dalam usrah dan jemaah.

    jangan nak bebankan diri dgn overloads jika diri tidak mampu menanggungnya.

    kalau org lain sindir , “lepas kahwin je terus tinggalkan usrah dan perjuangan , syok sgt kat isteri ” , buat pekak telinga jer..

    jawapan abdul mutalib kepada abrahah patut dipikirkan sedalam2 nya.

    abdul mutalib dtg meminta unta2 yg dirampas abrahah dan mengenai kaabah , dia katakan bahawa kaabah adalah milik Allah , Dia akan uruskannya.

    isteri dan keluarga = unta
    meninggikan Islam = kaabah

    kalau analogi terbabas , tlg betulkan ustaz

  38. ummi fatiha says:

    kupasan ustaz memberikan sedkit tempias kepada kami, golongan yang pernah belajar, tinggal di UK/Ireland dan seterusnya kembali ke tanah air, tak dapat tidak saya dan suami bersetuju, rasanya di sini kita terlalu banyak habiskan masa di jalanan/luar rumah kerana waktu kerja yang melampau, kesesakan yang tiada penghujung, bila berjumpa terlalu letih untuk berbincang keadaan seharian, itupun kurang dari 3 jam kerana selebihnya untuk tidur dan istirehat, harapannya hanya melalui solat jemaah, komunikasi waktu makan bersama dan sedikit tatkala menonton berita, mungkin perlu sekali sekala keluar dari kepompong sekarang, rancang untuk rihlah bersama keluarga biarpun hanya di taman tasik sambil naik ‘paddle boat ride’, kadang-kadang masa yang terluang 20-30 minit cukup untuk kita kembali pada dasar rumahtangga yang sebenar, namun paling penting, pohonlah pada Allah supaya tetap disatukan atas jalan yang benar sehingga ke penghujung.

    amin

    p/s: nasihat untuk diri sendiri, yang terlalu sibuk

    • ummusaif says:

      Ini keluhan semua pasangan suami isteri yg bekerja.
      Antara usaha kami yg banyak membantu ialah kami ambik maid.
      Sejak ambik maid, saya lbh byk masa quality bersama anak2 dan suami, esp dengan suami. Saya selalu ikut dia pergi ceramah dan keluar bersama. Balik rumah pun tak stress, semua kerja rumah dah siap. Balik, rehat dan spend masa berbual2 dengan anak dan suami.
      One thing we love to do together is berbual dan berdiskusi hatta sepanjang dalam perjalanan balik kampung. Our fav discussion is how to improve our love and parenting skills.
      Bila hubungan suami isteri terjejas dan penat, ia automatik akan affect hubungan dengan anak2. Saya pernah berdiskusi dengan child psychiatrist, walaupun sekadar ‘cold war’ di antara ibu bapa, anak2 dapat merasakannya. Maka berhati2..

      • dasarhati says:

        Sekadar berkongsi cara yang diamalkan oleh beberapa orang kawan yang dah berumahtangga (saya masih bujang). Mereka gunakan kesesakan jalan raya sebagai masa berkualiti untuk berkomunikasi tentang banyak benda. Syarat untuk cara ni berkesan – guna 1 kereta pergi balik kerja.

        Saya rasa logik juga cara ni, sebab bila terperangkap dalam kesesakan, saya nampak telalu ramai pasangan dalam kereta yang bermuram durja, seorang pandang depan seorang pandang tepi…sedangkan yang tersayang is right besides you, waiting for your smile and love even at the most tiresome time of your day.

      • Siti says:

        Salam, saya setuju dengan ummusaif. Kesibukan kita mengurus aktiviti seharian sebagai perempuan berkerjaya, nak kemas rumah lagi, masak lagi, layan anak lagi, membeli barang keperluan lagi, segala2nya wanita zaman sekarang yang menguruskan A to Z. Maka, adakalanya terabailah perhatian dan layanan kepada suami. Ini menyebabkan hubungan suami isteri hambar. Dengan cara mengambil maid adalah satu alternatif bagi meringakan beban isteri di rumah. Isteri dapat menumpukan lebih perhatian kepada anak2 dan suami tanpa perlu memikirkan soal mengemas rumah dan lain2 urusan kecil rumahtangga. Saya amat menyarankan agar masyarakat kita mengubah minda kerana saya tahu masih ada sebahagian dari org jamaah sendiri menganggap ‘enteng’ soal pengambilan maid ini. Ada yang beranggapan, isteri bertanggungjawab penuh untuk menguruskan rumahtangga. Bagi saya mengambil maid bukan bererti meng’sub’ kan segala2nya kepada maid. Cuma, kerja2 sampingan seperti mengemas rumah, membasuh dan menggosok baju yang bertimbun dll yang memang kalau isteri yang buat, takkan pernah habis..

        Para2 suami di luar sana juga hendaklah cuba merajinkan diri membantu isteri menguruskan rumahtangga. Kadangkala, urusan rumahtangga yang dilakukan bersama lebih membawa kebahgiaan bukan sahaja kepada isteri tetapi juga kepada suami..

      • ummi fatiha says:

        jazakallah ummi saif, semoga kehidupan yang mendatang akan lebih diberkati

      • ummi fatiha says:

        ummi saif, saya bersetuju dengan mengambil maid sebagai pembantu, tetapi 80% cerita yang didengar dari kawan2 sepejabat, jiran tetangga dan saudara-mara buat saya jadi takut nak mencuba nasib. mungkin ummi saif ada kenalan yang boleh berikan pembantu yang dapat dipercayai?

  39. mujahidinreformasi says:

    Salam Ustaz,

    Bila ustaz cuba mengaitkan suasana politik dan ekonomi dengan keberantakan rumahtangga, pastinya menambahkan lagi kerisauan ramai daei terutama pemuda untuk mengecapi manis perkahwinan di awal usia muda.

    Jika dikaji semula,dengan masalah sosial yang tidak henti-henti,dicengkam pula fenomena ekonomi tidak menentu,diragut lagi dengan permainan iklim politik oleh sang politikus negara, boleh dikatakan daei kini ibarat diluah mati emak,ditelan mati bapak.

    Nah, jika tarbiyah bertahun lamanya tidak lagi mampu memandu daei ke arah keharmonian rumahtangga, apa lagi kaedah terbaik yang bisa membawa manusia kepada kehidupan beragama yang dicanangkan selama ini?Jika dua hati yang disulam dengan tarbiyah tidak mampu lagi diharap mengharungi badai kehidupan baitul muslim, di mana silapnya tarbiyah itu?

    Fikiranku memikirkan kepada tindakan bersepadu daripada sang penguasa.Nampaknya sang penguasa bermaharajalela menentukan sistem kehidupan kita terutama di Malaysia sehingga mahu tidak mahu kita terus dibuai retorik kehidupan.Namun, tidak adil untuk selama-lamanya menyalahkan faktor luaran kerana apa yang lebih penting soal sikap dan aspek dalaman itu perlu diperkemaskan.

    Kunci segala kebahagiaan rumahtangga-Belajar dan terus belajar untuk faham.

    Wassalam

  40. Kak Ija says:

    Mungkin kita boleh cuba ESQ program kot, yang terbaru berkenaan MISSION STATEMENT, beberapa pasangan suami isteri menyatakan testimoni, seolah2 baru bercinta dsbnya.sila check di you tube,

    Nak nasihat terma-terma tarbawi, yang terlibat adalah hati hati yang telah ditarbiyyah.

  41. faizah says:

    salam ustaz
    soalan saya mungkin tak ada kaitan dengan cerita diatas
    ustaz…
    antara ketaatan kepada seorang ayah n keinginan untuk memenuhi cita-cita kita sendiri…yang mana kita perlu dahulukan

  42. tabah says:

    hmm bawak bertenang je la
    kalo x puas hati cakap je..dah kawin xkan nak berahsia2 kot

    kalo ada masalah setelkan je cpt2

    xde tensen2

  43. fariha shahida says:

    asalamualaikum warahmatullah..

    tntg yg main kayu 3 tu kan..klu xsilap de bc dlm bku ustaz “aku terima nikahnya”.. klu laki tu baik..b4 ni xde wat bende2 xsenonoh then it will b ok.. dilihat disni.. keupayaan dr sndr utk “adapt” diri dgn keadaan smasa.. or possibility yg mereke sbnrnyer kecewe sbb not reach their expectation.. bler x seperti ape yg bermain d fikiran..diri sndr akan rs kecewe dan timbullh masalah2 mcm ni..

    yg sy xfaham..seorg yg memperjuangkan agama ALLAH.. yg kononnyer kate faham tntg Islam.knp leh act like this?? klu btol faham sunnatullah dan syariatullah.. why this thing still can be occurs.. dan myb kite kene lebih memahami pasangan kite..

    dmana silapnyer??

    ape kurangnya??

    pasti jawapan ade bermain di kotak fikiran..

    cume..bile gagal melisankan buah fikiran agar dpt d fahami oleh pasangan..maka konflik jiwa akan timbul..bende kecik jd besar.

    sekadar pandangan saya..

    wallahualam…=)

  44. amelin says:

    assalamualaikum….

    sekadar memberi pendapat (dpd orang yang x jauh belajar dan tiada peluang merantau).

    Mungkin bila kita pulang ke lubuk, kita jadi ‘terlalu selesa’ atau ‘ambil mudah’. Masa di tpt orang, kita berusaha untuk bersatu dlm komuniti kecil yang serupa identiti….mungkin atas alasan menjaga akidah, menjaga keselamatan dd. tapi bila dah pulang ke tpt tumpah darah, kita jadi lupa kerana “ala, dah balik malaysia dah senang. makan minum pun senang cari, tak risau halah haram, tempat sembahyang opun banyak, sedara mara dekat…” so maybe benda2 yang dulu jadi perhatian kita tu dilupakan. we let our guard down because we feel safe to be in someplace common to our knowledge. sedangkan benda2 yang kita jaga di tempat orang la yang mungkin sebenarnya menyatukan kita dengan pasangan.

    komunikasi tak semestinya bertentangan mata….body language, gestures of appreciation pun kira komunikasi gak. KL tu kota yang superficial…..arusnya deras, jadi kdg2 ikan besar pun terikut2 arusnya.

    :-) sekadar berpendapat ye, maaf jika terkasar bahasa.

  45. acabeire says:

    salam. dah lama ana bagitau kawan2 sefikrah. terlalu simplistik kawin sesama jemaah utk kekal dalam jemaah. alasan, nanti takut suami akhawat tidak sefikrah, tak bagi dia berjuang.
    yang ana tgk muslimat yang aktif pun ada keluarga support.

    itulah, malaysia yang rumit!

  46. nur iman says:

    banyaknya input yg dapat dr ustaz sendiri dan para pemberi komen..syukran jazilan semua..

    saya masih belum berkahwin. sebelum ni saya hidup dgn mindset untuk mengakhiri zaman bujang di usia muda, walau bukanlah muda sgt, dlm 23, thats mean 1 year more..konon rasa diri dah bersedia. Tp,bila baca entry2 ustaz.cepat2 sy tarik brake!..
    minda saya menjadi lebih realistik terhadap perkahwinan…perlunya kepada ilmu dan persediaan yg sgt mantap. ‘rasa’ diri dah bersedia semata2 tidak cukup di zaman serba mencabar..kerana perkahwinan adalah sebuah perjanjian yg perlu dipertahankan ke akhir hayat.

    banyak rupanya yg perlu difikir dan dipertimbangkan..lebih2 lg bila berada di dlm jemaah, sefikrah tidak sefikrah umpama satu assignment tambahan yg perlu difikirkan.

  47. cahaya malamku says:

    Wah..ustz pon nak kaunsling ke…sowila…saya ni naik kapal terbang pon tak pernah..inikan nak duk luar negara…kawin pon taK lagi..xpe ustz..selamat menempuh mehnah n tribulasi di alam rumh tangga ye…AZA!AZA!FIGHTING!

  48. nurulyaqin says:

    Ustz dan ummusaif orang muda2, banyak pandangan diberikan berdasarkan ilmu dan teori (mungkin?). Cuba lihat orang2 tua kita dulu yang tak pernah menerima tarbiyah (harakah or orthers), tak fikir pasal fikrah, tak dengar ceramah, tak baca buku, tapi ikatan perkahwinan mereka sangat solid..yang saya kira masih sangat relevant untuk kita teroka keunikannya walau pun konteks dan masa telah berbeza, tapi falsafahnya masih sesuai sepanjang zaman…tanya lah mereka, terokalah hubungan tersebut..pasti kita akan dapat banyak atau sedikit petuanya. Kalau yang mendapat tarbiyah tetapi berakhir dengan cerita yang tidak menyeronokan, bermakna tarbiyah itu masih terdapat kelompongan. Tidak dinafikan ada antara yang mendapat tarbiyah tersebut perlu mendalami lagi ilmu keislaman dan meningkatkan amalanya. Join jemaah bukan bererti kita sudah boleh selesa dgn islam kita secara praktikalnya. So banyak lagi yg perlu ditingkat secara individual dan keluarga. Cabaran rumahtangga tidak akan berpenghujung, walau berbagai resolusi diberikan. Pokoknya sabar pada degree yang sangat tinggi dengan kerenah pasangan, tolerensi, faham memahami, komunikasi (salah satu yg ustz sgt cdgkan), dan segala sifat mahmudah adalah pelengkap kepada tarbiyah yg diterima.

  49. jun says:

    Salam..

    Perkahwinan memang tak mudah.Medan ujian dan medan untuk mengenali diri dan Tuhan.Mengenali juga erti Qada dan Qadar.

    Bagi yang sefikrah, alhamdulillah. Tapi bermakna , Allah bagi peluang untuk dua dua berdakwah pada orang lain. Mungkin ujiannya hebat di luar, dan bila sefikrah, saling menyokong dan mengingatkan, teman pendamai hati yang letih, sayu dan sedih. Ni saya kata untuk pasangan yang macam Ustaz ni lah..

    Bagi yang tak sefikrah atau sama tak serupa, Allah bagi peluang untuk mendakwahkan orang yang dekat agar dengan dekatnya itu, kita lebih memahami selok belok dalam berdakwah. Ujiannya adalah pasangannya lah.Sukar itu mengajar tentang erti kasih sayang sebenar..mengasihi dan mencintai kerana Allah, dan mengharap pertolongan sebenar dari Allah Al Khaliq. Kita tiada upaya untuk mengubah tanpa izin dan pertolongan Allah terutama bab akhlak, solat, pergaulan dan habit… Sama seperti menyampaikan kepada orang lain.
    Patutlah AlQuran, the human manual book itu banyak bab:-)

    Anyway, untuk pasangan yang sabar itu sangat tipis, seperti saya.. selalulah amalkan
    1) Solat hajat- Ni saya tak terfikir memang akan kena selalu buat dulu sebelum kahwin:-)
    2) Tasbih Ya Allah, Ya Latif, Ya Rahman, Ya Rahim – tiuplah kat ubun , telinga dan air minuman
    3) Sentiasa mulakan sessi bicara dengan kalimah Auzubillah hi minasyaitan nirrajim – sebenarnya mula mula nak berbincang, tapi last last naik suara, drama airmata dan pujuk memujuk pun berlaku.Bagus untuk elak gaduh berpanjangan, atau simpan dalam hati.

    Strunggle untuk mengekalkan perkahwinan yang Allah redha masih lagi menjadi medan pertarungan saya sendiri sebelum bersedia keluar kepada masyarakat.

    Paling saya takut, yang sewaktu dengannya
    - “Jangan banyak cakap bro, nantu lu kena baru tahu!”, suara pesimis itu ‘mengugut’.
    Erk.. doa tu. adoi lah..Nauzubillahhi minzalik, oleh itu asas dakwah kena berhikmah..
    Saya juga belajar ini dari hubby, selalu sangat kasar bahasa, saya selalu balas.. Tak pe, Allah itu Maha adil.. memang tak lama, kalau saya buat silap kena sedas, tak lama dia pulak buat,memang akan kena pulang balik kata kata dia. Alhamdulillah lama lama.. Dia berubah.. slowly but insyaallah dia berubah.

    Bagi yang takut nak kahwin, relaxlah.. kahwin tu kan jalan nak ke syurga..Dunia dan akhirat.

    Panjang kan? Alamak sorry ustaz, tajuk best, so menyampuk lebih.. selamat berpuasa dan menyambut Aidil fitri..Maaf di mohon, di lapangkan rezeki dan diberjati hidup muslimin dan muslimat semua. Amin

  50. salsabilasyam says:

    ?????? ????? ????? ???? ???????

    “Nikah itu sunnah ku” …kata Rasul SAW…
    ia indah, penuh rahmat dan mawaddah yg Allah anugerahkan di dalamnya..sudah tentu ia sarat mengandungi makna kesejahteraan yg mendalam bg sesiapa yg merealisasikannya hatta RAsul SAW menasabkan nikah itu antara sunnah2 BAginda SAW…

    TAPI….

    knp gersang? knp kecundang?…knp ku sangka panas, rupanya hujan di tengah hari?(betul ke pepatah ni digunakan di sini? hehe) sy sekadar berkongsi pendapat bkn pengalaman:-)

    mayb ruh sunnah dah tiada kerna kita sendiri pelakunya yg tak menghidupkan ruh sunnah itu dan tidak pula cuba menghidupkannya dan tidak pula teringin utk mengetahuinya…sy pernah bg komen bagaimana Rasul SAW menunjukkan adab yg begitu murni dlm peristiwa thaif…lihat kpd diri sendiri terlebih dahulu..

    kita perlu menerobos diri kita sampai ke jiwa, menghisab amalan yg kurang bahkan cacat dlm mengabdikan diri kpd Allah, balik melihat diri kita sendiri terlebih dahulu di sini bukan sy maksudkan hatta tiada komunikasi dua hala, tiada perbincangan dlm keluarga antara 2 insan yg berkongsi rasa, bukan bukan…tp kembali koreksi diri terlebih dahulu, barulah kpd steps seterusnya…komunikasi terlebih dahulu dgn diri kita, kemudian baru dgn org lain di sekeliling kita..Islam menganjurkan perbincangan yg telus, terus terang antara pasangan…itu sy akur dan terima…ia amat2 penting dan perlu

    lihat di mana silapnya kita hatta isteri demikian, di mana salahnya kita hatta suami sudah tidak soleh lg..koreksi lah diri kita di hadapan Yg Maha Melihat, Maha Penyayang…ujianNYa penuh rahmat kerna kasih sygNya kpd hamba2NYa tiada tandingannya kan…husnu zon dgn NYa selalu, minta petunjuk agar diberikan jalan keluar…HUA RABBUN GHAFUURUN RAHIIM:-)

    kita soalkan lagi…antaranya lah: apakah kita sudah memperkenalkan dlm family kita peribadi RAsul SAW, ahli baitnya serta para sahabat2nya? sy lupa hadis Rasul SAW, tp mafhumnya: ajarlah anak2 kamu 3 perkara: mencintai aku, mencintai keluargaku dan membaca al quran.. apakah kita jg sudah melaksanakan sunnah2 yg terdapat dlm sebuah pernikahan? tepuk dada tny iman…sunnatuLLAH dan syariatuLLAh..

    bina semula niat nikah itu, kerna Allah, kerna ia sunnah Rasul SAW..bkn kerna ia fitrah semata2…atau kerna kwn2 dah kawin aku pun kena kawin…bukan2…cubatrytest melihat bagaimana indahnya niat seorg ibu kpd Maryam As, ketika mengandung beliau telah bernazar utk mewaqafkan anaknya utk berkhidmat pd agama Allah, beliau mengharapkan lelaki tp rezekinya mendapat anak perempuan, namun demikian hasil dr niatnya yg murni itu, cucunya adalah seorg Nabi iaitu Isa As…blh rujuk surah al Imran..ayat yg ke brp sy lupa..sorry

    tp niat tak mencukupi jg, perlu kpd amalan..sbb itu seringkali Allah datangkan serangkai “beriman dan beramal soleh” …kedua2nya perlu seiring bg sesiapa yg inginkan kebahagiaan yg berpanjangan di dunia dan berkekalan di akhirat sana…

    hari ni ramai yg akalnya bijak, up to date tp ruhnya tak, bahkan outdated, hari ini ramai yg kaya harta tp sedikit saja yg kaya jiwa, hari ni ramai yg berjaya dlm kehidupan dunia tp amat sedikit yg berjaya dgn kehidupan utk akhirat, hari ni ramai yg menangis kerna kecewa dan gagal dlm maraih cinta manusia tp amat sedikit yg menangis kerna takut gagal dlm meraih Pencipta cinta..dan byk lg yg “ramai dan sdkt”…

    so, marilah sama2 kita perbaiki AMALAN kita, ZIKR kpd ALLAH selalu dan dgn sebanyak2nya..SALAWAT kpd Rasul SAW dan ISTIGHFAR …klw ada kuliah2 agama luangkan masa utk hadir bersama family, kerna rahmat Allah ada di dalam majlis yg mengingatiNya..bila Allah redha dgn kita, maka segala mcm masalah dpt dihadapinya dgn tenang dan akan temui jalan keluar yg aman..dan ujian Allah itu juga tanda Allah kasihkan kita…indahnya hidup ini jika kita terpilih oleh NYA utk mengenaliNYA..mg2 kita terpilih amin..

    sy minta maaf atas jumlah ayat yg ternyata songsangnya, klw apa yg sy nyatakan di sini salah, itu kekurangan sy dan harap perbetulkan..klw tak sampai maksudnya pd sahabat2, mayb sy kurang atau tidak ikhlas langsung..mohon keampunanMU ya ALLAH…wslm

  51. adin says:

    cam ner ek nak ckp…insyaallah bila lebih jauh kita pergi dalam melayari bahtera rumahtangga, akan kita temui lagi jawapan2 yang belum pernah kita terfikirkan disuatu hari nanti…

  52. nurizzati says:

    “Jangan banyak cakap bro, nantu lu kena baru tahu!”, suara pesimis itu ‘mengugut’

    hmmmm..penah terima ayat ni daripada seseorang yang saya tegur
    Dalam hati memang rase terkena
    tapi sedapkan hati…sampai bila kita nk jadikan diri kita perfect baru nak tegur org..sampai mati pun takut nak tegur kesalahan orang..
    Apa guna jadi khalifah kalau begitu

    “kubur masing2 punya,
    or
    jangan jaga tepi kain org lain lah
    (ayat yg selalu kita dengar apabila menegur)

    walaupun kita tak sebaik mana
    tapi jd tanggungjawab kita tegur menegur utk mengingatkan manusia yang sifatnya selalu lupa

    kalo kita terkena sekalipun..org yg pernah kita ingatkan, akan ingatkan kita balik pabila kita lupa..

  53. ana says:

    jap, lari tajuk sikit. sy kdg2 terfikir.. dalam islam, apakah status isteri jk suaminya berzina dgn org lain??(atau sbalikny) masih suamiisteri ke? apekah cr yg patut dibuat oleh seorg isteri? hmmm…. :-?

  54. [...] menyambut baik komen di atas, iaitu salah satu komen yang saya terima di dalam artikel “Setelah Pulang Dari Perantauan“. Di dalamnya terkandung beberapa isi penting yang memerlukan saya untuk menulis sebuah artikel [...]

  55. [...] Setelah Pulang Dari Perantauan [...]

Leave a Reply