Ke Syurga Bukan Dengan Jantina

On 01/03/2010, in BUKU: MURABBI CINTA, by Abu Saif | 14,003 views | Print Print | Email Email |

003.jpg

“Kamu mahu bercinta dengan seorang Muslim?” ibu Jane menyoal anaknya.

Jane hanya mendiamkan diri.

“Kamu tahu kamu itu lebih mungkin menjadi ahli Neraka. Itu nilai perempuan di dalam agama Syamil (Islam)!” tambah si ibu lagi.

Jane tertekan.

Beliau mengatur pertemuan dengan saya untuk bertanyakan hal ini.

“Benarkah ada hadith yang menyebut bahawa perempuan lebih ramai di Neraka?” tanya Jane. Jujur mahu tahu.

Permintaan Jane itu saya bawakan kepada menelusi sebuah hadith di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29:

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “œmereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur.

“Hadith ini sering disalah anggap. Ia dijadikan hujah oleh golongan yang skeptik dengan Islam, bahawa Islam merendahkan taraf wanita,” saya memulakan penjelasan.

“Tetapi Muslim pun ramai yang percaya begitu!” kata Jane.

“Benar. Muslim yang terlupa bahawa asas agamanya adalah ilmu dan kefahaman. Mereka  menjadi tukang angguk kepada Islamophobia!” saya berpandangan.

Sama seperti mereka mengambil firman Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah at-Taubah ayat 36 sebagai dalil bahawa Islam menyuruh umatnya membunuh semua non-Muslim di dalam semua keadaan. Walhal ayat itu adalah kaedah khusus di dalam medan peperangan. Tetapi sifat buruk di dalam hati, sengaja menjadikan nas tersebut sebagai punca fitnah dan salah faham bahawa sikap Islam terhadap non-Muslim adalah berperang habis-habisan!

“Hadith berkenaan bercakap tentang kecenderungan sikap kaum wanita. Sabdaan itu menyuluh tabiat wanita yang mudah terjerumus kepada perbuatan mengingkari kebaikan dan Ihsan suaminya, hanya disebabkan oleh satu kekurangan. Perbuatan ini dikaitkan dengan kufur kerana di dalam hadith yang lain, perintah agar wanita menghormati suami digambarkan beriringan dengan perintah sujud kepada Allah,” saya menyambung perbualan.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Kalaulah aku dibenarkan memerintah seseorang sujud kepada seorang yang lain, nescaya akan kuperintahkan perempuan sujud kepada suaminya“ [riwayat at-Tirmidhi dan lain-lain]

Dalam erti kata yang lain, hak suami ke atas isteri dipadankan dengan hak Allah. Kerana itulah, mengingkari hak suami, diistilahkan sebagai kufur. Namun, kufur ini bukanlah kufur yang membatalkan iman. Bahkan ia termasuk di dalam kufur “kecil” yang bersifat menafikan nikmat.

Perkaitan hadith ini dengan wanita adalah kaedah al-Quran dan as-Sunnah yang mewatakkan perilaku sesuatu perbuatan dengan pelakunya yang lazim. Misalnya di dalam surah an-Maidah ayat 39, Allah Subhanahu wa Ta’aala menyebut tentang hukum hudud ke atas pesalah kes curi dengan firman-Nya:

“Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) cegahan dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”

Manakala di dalam kes zina, Allah Subhanahu wa Ta’aala menyebut di dalam surah an-Noor ayat 2:

“Penzina perempuan dan lelaki hendaklah disebat setiap seorang mereka itu dengan 100 sebatan”

Mendahulukan penjenayah wanita atau lelaki di dalam kes salah laku mereka disebut di dalam kedua-dua ayat tadi mengikut kelaziman yang biasanya ditemui dalam masyarakat. Amat kerap kecurian itu didalangi oleh penjenayah lelaki dan amat sering zina itu bermula dari seorang perempuan. Namun yang difokuskan di dalam ayat itu adalah kedua-duanya beroleh hukuman yang sama.

Maka hadith Rasulullah SAW tentang wanita itu tadi, menyebut bahawa wanita akan masuk ke neraka seandainya mereka mencela suami dan mengingkari kebaikan suami kepadanya, bukannya kerana wanita itu wanita. Maka di manakah letaknya aspek penindasan di dalam kenyataan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu? Sedangkan apa yang kelihatan adalah ketulusan Islam di dalam mendidik pengikutnya agar telus membuat muhasabah terhadap salah laku diri. Buruk tingkah laku, buruklah akibatnya. Elok tingkah laku, baiklah kesudahannya. Maka soal iman dan amal itu yang disuluh, bukannya jantina.

Allah Subhanahu wa Ta’aala telah pun bertegas di dalam al-Quran:

“Sesungguhnya orang lelaki dan perempuan yang Islam, orang lelaki dan perempuan yang beriman, orang lelaki dan perempuan yang taat, orang lelaki dan perempuan yang benar, orang lelaki dan perempuan yang sabar, orang lelaki dan perempuan yang merendahkan dirinya (kepada Allah), orang lelaki dan perempuan yang bersedekah, orang lelaki dan perempuan yang berpuasa, orang lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan dirinya serta orang lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang agung” [Al-Ahzab 33: 36]

Ayat ini turun sebagai wahyu dan menjadi prinsip Islam di zaman wanita menjadi sampah di Eropah. Islam memuliakan wanita dengan jaminan Allah dan undang-undangNya. Ia telah terpahat lebih seribu tahun sebelum wanita di England berjaya beroleh hak berjual beli dan memiliki harta sendiri bahkan lebih seribu tahun sebelum wanita di India terselamat dari dibakar bersama suaminya yang mati.

Sesungguhnya isu penindasan kaum wanita bukan isu umat Islam. Ia adalah isu masyarakat Timur dan Barat yang zaman berzaman meletakkan wanita di gelanggang yang zalim. Di zaman purba mereka melihat wanita dengan jijik dan keji manakala di zaman moden hari ini, mereka menjadikan wanita hanya sebagai bahan iklan melakukan produk. Dulu mereka memandang keji kepada wanita, hari ini mereka menghina taraf wanita. Itulah status wanita pada masyarakat yang jauh dari hidayah Allah. Sewajarnya mereka terpaksa bermati-matian untuk beroleh satu bahagian sosial.

Namun Islam adalah agama emansipasi wanita dari status sedemikian rupa. Jika ada penindasan terpencil seperti budaya kahwin paksa ke atas wanita di sesetengah negara umat Islam, atau khitan wanita yang kejam seperti di Sudan, ia adalah perilaku yang berpunca dari adat yang menyalahi Islam. Bukan prinsip Islam yang mengajar wanita dilayan begitu.

“Demi Allah, dengan rahmat dan pilihanNya, lelaki dan perempuan akan masuk ke syurga berdasarkan iman dan amal mereka, bukannya dengan jantina. Bukan juga dengan hanya bersenang lenang dengan status Islam mereka!” saya menyudahkan perbualan.

“Sukarnya dibezakan antara Islam sebenar dengan Islam yang bercampur aduk dengan adat pengikutnya” simpul Jane.

“Kita ada rujukan. Itu kemuktamadannya” saya tersenyum.

Mahu Jane pulang dengan keyakinan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah! “Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin...
  2. Modal Insan Bukan Dengan Wang Dan Mesin “Tak ada pelajar baru?”, saya tercengang. Sedih dan buat-buat terkejut....
  3. Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina Saiful Islam dan Beyza, semasa di Istanbul “Sebelum Abi dengan...
  4. Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi “Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk...
  5. Jangan Sekadar Syurga Dunia “Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda....

 

60 Responses to “Ke Syurga Bukan Dengan Jantina”

  1. nina says:

    assalamu’alaikum wr wb
    biarkan wanita menjadi dirinya sendiri. janganlah banyak menuntut kepadanya karena wanita adalah makhluk seperti laki-laki yang sering melakukan kesalahan. wanita diciptakan dengan karakter dan emosi yang lemah, sehingga tidak proporsional bila mereka masuk neraka karena kelemahan yang dianugrahkan Pencipta nya.
    dan perlu dikaji ulang lagi hadis tentang bidadari melaknat istri yang menyakiti suaminya. karena bisa jadi ini hadis lemah bahkan palsu.
    karena, apakah sudah pasti setiap suami beriman akan masuk surga dan Alloh sudah menyediakan baginya bidadari? bagaimana jika sebelum meninggal suami menjadi kafir? apakah bidadari yang diciptakan tadi dimusnahkan???

    hadis-hadis dhaif dan maudhu memang banyak beredar di masyarakat dan dianggap sahih. Hendaknya iman tidak meninggalkan intelektualitas :)

    wassalamu’alaikum wr wb

  2. hanekaseyo says:

    “wanita solehah lebih mudah masuk syurga berbanding lelaki soleh..” :)
    -berbahagia sungguh wanita.

  3. Wea says:

    Taat&setia pada suami yang peribadinya macam mana?…

    Islam bukan mengajar ilmu yang kolot dan menindas…..

    • Abu Saif says:

      @Wea,

      Taat kepada suami yang peribadinya macam Rasulullah SAW. Bukan macam yang lain.

      Apa yang kolot dan menindasnya dalam hal ini?

      Tanggungjawab suami pun berbillion juga yang perlu ditunaikan.

      • Wea says:

        @Abu Saif,

        bukan2 ustaz…
        maksud saya begini..saya tanya apakah ciri2 suami y harus ditaati itu…saya yakin islam bukan mengajar ilmu yang kolot dan menindas. ia relevan setiap masa dan ketika….itu maksud saya…

  4. Leokid says:

    Pernah juga diajukan kepada saya, soalan ini oleh seorang yang skeptik. Katanya Islam itu seksis, kenapa pula wanita yang lebih banyak masuk ke neraka. Yang peliknya, yang bertanya itu Muslim juga. Mungkin terkesan setelah terdengar/terbaca hadis mi’raj Nabi yang menceritakan banyaknya azab kepada wanita di akhirat kelak atas pelbagai kemungkaran yang dilakukan.

    Jawapan saya kepadanya, mudah sahaja. Saya katakan padanya, padahal dalam Islam lah, wanita paling mudah untuk masuk syurga. Disebutkan dalam sebuah hadis, bahawa wanita yang menjaga solat dan puasanya dan taat kepada suaminya, akan diberikan peluang untuk masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga!

    Kadang2 saya sendiri hairan, kenapa kita suka menyebar-nyebarkan “ketakutan” kepada masyarakat, hatta sesama muslim. Ya, kita cuba mencegah kemungkaran dengan mengingatkan mengenai azab dan murka Allah. Tapi dalam masa yang sama, tanpa kefahaman basic yang kukuh azab dan murka Allah itu disalahertikan sebagai kekejaman dan kezaliman Allah pula! Nauzubillah.

    Justeru itulah, sekiranya kita berhadapan dengan audiens yang kefahamannya terhadap Islam adalah minimal – contohnya mad’u yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam, non-muslim yang baru nak mengenali Islam dan sebagainya, sewajarnya lah kita memperlihatkan keindahan Islam itu dengan menceritakan perkara-perkara yang baik dan indah. Bukan menggula-gulakan, tetapi adil (kena pada tempatnya), iaitu sesuai dengan kefahaman audiens.

    Banyak sebenarnya benda2 yang best dalam Islam ini. “Barangsiapa memberikan petunjuk kepada kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu”. “Mendamaikan dua orang itu sedekah, menolong mengangkat barang orang itu sedekah, membersihkan jalan dari halangan itu sedekah”. “Sungguh menghairankan keadaan mukmin itu, dalam setiap keadaan baginya kebaikan. Jika ia diberi kelapangan hidup, maka ia bersyukur dan itu satu kebaikan. Jika ia ditimpa bencana maka ia bersabar, dan itu pun satu kebaikan” Serta pelbagai lagi hadis yang menunjukkan keistimewaan, mudahnya dan best-nya menjadi orang Muslim ini.

    Kalau status hadis fadhail amal itu pula yang menjadi perdebatannya, nah rujuklah Riyadhus Salihin atau kitab2 lain yang diyakini sahih. Tetap masih banyak hadis-hadis fadhilat amal yang sahih untuk kita amalkan tanpa rasa was-was!

    Kesal juga, banyak “ustaz-ustaz” sekarang asyik nak “menakut-nakutkan” je kejenye. Tak kurang juga yang mencari hadis semata-mata nak memenangi perdebatan. Tak kurang juga yang memfokus kepada perkara2 khilafiyyah tak habis2. Ya, saya seperti mengeluh, namun dari sudut pandangan seorang marhaen biasa, itulah yang saya nampak hakikatnya.

    Seorang non-muslim pernah melahirkan hasrat dan minatnya mengenai Islam kepada saya. Soalan pertama dia – “Khatan tu sakit ke?”. Soalan kedua dia – “Dia belum berkhatan, jadi dalam masjid dia kena sembahyang di belakang dengan kanak-kanak?”. Soalan ketiga dia – “Macam mana dia nak jadi ketua solat untuk anak isteri dia, sebab dia belum berkhatan?”

    Takkan benda2 camni yang kita nak non-muslim nampak mengenai Islam. Kembalikan keindahan Islam. Sesungguhnya Islam itu indah.

    Wallahua’lam. Sekadar luahan perasaan dan pendapat, secara peribadi.

    • pak din 31 says:

      @Leokid, Syabas Sdr Leokid … satu pandangan yang berani dan sangat relevan untuk dipetik. Saya pasti ramai yang tersinggung dan tak kurang juga yang panas punggung.

      Keluhan yang Sdr luahkan tidak nampak bersifat ‘seperti’ dan rasanya kita (saya, Sdr dan Ustaz juga) senada dalam irama penulisan yang dicoretkan. We have common denominator or factor.

      Banyak penulisan Ustaz di peringkat muda, bersifat anti-establishment. Jangan tersilap terjemah sebagai negatif pula, tetapi tidak juga ianya boleh terus dijadikan modus operandi.

      Saya setuju dengan ‘asyik nak “menakut-nakutkan” je kejenye’, kerana ianya jauh lebih mudah membaca hadis utnuk menyokong, daripada menterjemah nilai atau yang tersirat darinya.

      Tidaklah juga kita bertujuan memperlekeh isu seperti berkhatan dan sebagainya, tetapi apabila ianya dijadikan agenda besar, hanya kerana kekurangan usaha untuk menganalisa mana yang lebih utama dan man yang pertama.

      Tidak dapat tidak, terpaksa mengambil contoh konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, yang kalau dikait di sini menjadi yang furuk diutamakan, yang usul didahulukan.

      • Leokid says:

        @pak din 31,

        erk…tak sedap hati dengan “ramai yang tersinggung dan tak kurang juga yang panas punggung”.

        Justeru kepada yang terasa sedemikian, sepuluh jari saya susunkan memohon maaf. Namun point saya disitu jelas. Banyak salah faham dalam kalangan non-Muslim (dan sesetengah Muslim) terhadap Islam timbul akibat disogokkan dan diberi impresi bahawa Islam itu susah, Islam itu mengongkong, dsb.

        • nabil says:

          @Leokid, sebaik-baiknya juga kita selalu mengingat tentang hadis nabi “gembirakanlah dan jangan menakutkan, permudahkan dan jangan menyusahkan”

          garis panduan Nabi dah bagi dah, masalah terjadi bila kita terlupa nak ikut..allahul musta’an

  5. pak din 31 says:

    Kesian, kesian, baca yang ini http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm&arc=hive bagi menjawab persoalan yang dikemukakan sebagai tajuk oleh Ustaz. Keganasan tak berjantina!

    • pak din 31 says:

      @pak din 31,
      “Katanya Islam itu seksis, kenapa pula wanita yang lebih banyak masuk ke neraka”

      Ingat kepada isu 1:9 yang pernah Ustaz sentuh berkaitan Lelaki dari Zuhal dan Wanita dari Marikh!

      Seksisnya pelu dipositifkan, kerana ada fungsi yang memang direka untuk manusia bergantung kepada jantina

      Keibuan perlu pada wanita dan keibuan memerlukan lebih perasaan dan fikiran.

      Kebapaan pula tidak pula terlepas dari tugasan, seperti kata Ustaz, ada beberapa billion.

      Maka tidak perlu kita adakan perkataan sinergi, kalau pada asalnya tiada perbezaan yang membawa kita kepada memikirkan bahawa ianya seksis

  6. wave says:

    sesungguhnya beza umat manusia di sisi Khaliqnya adalah tahap taqwanya…… tidak timbul isu gender…..wallahualam =)

  7. suu says:

    salam ustaz,

    sy br kehilangan suami di usia yg muda, adakah kami akan bersama lg diakhirat?

  8. shahirah says:

    Salam, seronok bila dgr org pompuan muslimah solehah senang msk Syurga,di antaranye isteri yg taat pd suami. Tp adakalanye jiwa terhiris jgk bila si suami bersikap sombong n angkuh dgn si isteri (yg berusaha jd isteri yg terbaik utknya). Selalu jer terdetik dihati, “Allah suh isteri tak sombong dgn suami,tp suami blh lak sombong n sakitkan hati isteri…bagaimana ni….?
    Apa ulasan sdra?

    • Abu Saif says:

      @shahirah,

      Allah suruh isteri tak sombong dengan suami, BETUL.

      Tapi suami boleh pulak sombong dan sakitkan hati isteri, TAK BETUL.

      Tiada siapa mengharuskannya. Tiada siapa menghalalkannya. Tetapi penyelewengan tafsiran agama yang kadangkala dipengaruhi male chauvinism yang menyebabkannya.

      Boleh ke naluri anda dan saya menerima, bahawa Allah wajibkan isteri taat suami tetapi haruskan suami menindas isteri?

      “Sesungguhnya Aku haramkan kezaliman ke atas Diri-Ku dan juga antara hamba-hamba-Ku”

  9. Khairi says:

    Salam,

    Kalau isteri perlu taat pada suami. Si suami itu perlu taat pada ibunya walau di mana pun dia. Si ibu pula taat pada suaminya, bapa pada lelaki tadi. Comel dah jalinan tuh.

  10. nina says:

    no matter what female is always the victim. this is male dominated world.

  11. AMi says:

    bidadari diciptakan untuk lelaki?

    bagaimana dengan perempuan di dunia ni? Xde bidadara ke untuk diorang?

    • AMi says:

      plus:
      ramai orang yang tak mampu jawab soalan saya.

      • faith says:

        @AMi, jadi saja wanita solehah, nanti jadi chief bidadari untuk lelaki soleh.

        • AMi says:

          @faith,

          kamu tak jawab soalan saya.

          Is that all? I can’t get my own dream guy made to accompany, love only for me, just like the lucky guys, who can get into Paradise the Hereafter? U are a moslem who is lack of ur own religion’s knowledge.

          • Nasri says:

            @AMi, Sister,

            Dalam syurga nanti, manusia akan hilang segala perasaan yang buruk seperti cemburu, buruk sangka dan segalanya. Ternyata penghuni syurga tidak akan rasa cemburu dengan mana-mana orang kerana rasa ini telah dibuang dari kita yang lemah ini

            Awak mintalah apa awak nak dengan Allah nanti. InsyaAllah Dia akan penuhi permintaan awak. Tapi, saya rasa, yang paling awak nak ialah untuk berjumpa dengan Robb awak. Jadilah orang yang beriman, nescaya awak boleh berjumpa denganNya setiap hari dan bukannya setiap minggu.

            Allah knows best.

          • Nasri says:

            @Nasri, Maafkan saya kerana menyampuk sebentar. Disangka belum diberi pendapat. Saya menarik balik pendapat saya yang kurang ilmu ini. Allah knows Best.

          • faith says:

            @AMi, Dear Ms Ami,
            I admit that it was my bad to drop a response without finishing reading all of the comments given. Indeed, I am lack of the knowledge of my own religion and I’m still learning and looking for it. By the way, I am impressed that you would spare your time reading the articles in saifulislam.com. I’m telling you, this is one of the right places for people like us (those who are still learning, looking for answers and seeking for humble opinions). So, I wish you all the best throughout the journey looking for the right path =)

          • joegrimjow says:

            @faith,

            tengok, betapa ramai yang ambil perhatian dengan soalan yang cik ami berikan, walaupun tak tinggi ilmu (macam saya) masing masing mahu beri jawapan. inilah cantiknya agama islam, ukhwah yang terjalin. soal neraka syurga, kita doa supaya dijauhkan neraka dan didekatkan syurga

            pss : saya dah jawab soalan tu kat atas

            ustza, saya pinjam link ek, article berguna macam ini wajr dikongsi bersama

    • hafiz says:

      @AMi,
      cik AMi, klu lelaki dpt bidadari dlm syurga…pompuan dpt apa? sesungguhnya pompuan dpt suaminya yg soleh yg tercinta yg dikahwininya di dunia yg kekal sehingga akhir hayat…
      kalau suaminya dpt bidadari…isterinya yg solehah menjadi ketua bidadari…lupa hadis mana tapi mmg soheh

  12. pokjat says:

    salam saudari ami.mengikut pemahaman saya,isteri yang layak memasuki syurga akan mengiringi si suami ke syurga,tetapi 500 tahun lebih awal.ini kerana bagi mempersiapkan diri untuk menyambut suami sebagai ahli syurga.dan untuk pengetahuan saudari,Allah akan menjadikan isteri tadi berkali ganda lebih cantik daripada bidadari biasa.nah,inilah nikmat daripada Allah untuk hamba Nya yang berhak

  13. aznur says:

    isteri taat pada suami ,suami taat pada ibu .. si ibu pula begitu pentingkan diri sampai lupa yg si anak dah ada tanggungjawab pada keluarga … sampaikan balik kg lambat sikit pun dah kata anak tu derhaka sebab lebihkan isteri walhal isteri anak tu terkangkang kiap siap2kan barang nak balik kg tambah dengan nak uruskan baby lagi ?tak pernah pk pun keadaan isteri anak dia yang takde waktu nak rehat.ahad sampai khamis wat keje rumah kat umah sendiri , jumaat dan sabtu wat keje2 umah kat umah mak mertua plak.bayangkan sepanjang kawin tiap2 minggu balik kg suami .. balik umah sendiri setahun tu boleh dikira dengan jari ..camne tu ?

  14. AMi says:

    Adakah itu daripada hadis sahih?

    Jadi, isteri tetap terikat dengan suami yg ade biadadari jika layak masuk syurga? X bisa memperoleh/kenhendaki lelaki idaman sendiri?

    Macam mana dengan perempuan bujang? Tiada lelaki yg diciptakan di syuga untuk mereka?

    What a lame!

  15. Leokid says:

    Hehe. Cik Ami, jangan gopoh2. Persoalan cik Ami tu, bukannya persoalan yang baru. Telah banyak ditimbulkan, serta even sudah ada ulama’ yang mengupasnya.

    Sebagai contoh, ulasan kat sini: http://tanyasyariah.wordpress.com/2007/10/05/bidadara-bagi-wanita-penghuni-surga/

    Kat syurga nanti, inshaAllah cik nak apa, semua boleh diadakan. Rujuk AlQuran surah Fusshilat ayat 31-32, dan surah Az-Zukhruf ayat 71.

    Cumanya, kita kena berusahalah untuk masuk ke syurga terlebih dahulu. Contoh macam dah berangan-angan nak beli perabot itu ini, tapi rumahnya belum confirm lagi dimiliki.

    As for bagi saya secara peribadi, Allah nak bagi apa pun terpulanglah. Yang pastinya, Allah itu Maha Adil, dan keadilanNya akan kita kecapi/rasai di akhirat kelak, inshaAllah. =)

    Wallahua’lam.

    • AMi says:

      terima kasih. Saya sudah rujuk ayat2 Al-Quran tersebut dan laman web yg saudara Leokid nyatakan di atas. Jika tiada satu pun orang Islam yang mampu jawab soalan saya di atas, sepanjang hayat saya masih ada, saya tidak akan masuk Islam.

      Saya ada telihat satu hadis di laman web http://www.islamicinformation.net/2008/05/heaven-and-jannat-in-islam.html,

      “Never mind what God has told you; what He has not told you is even greater.” (saheeh muslim)

      • Leokid says:

        @AMi,

        Ah, maafkan saya cik Ami, saya sangkakan cik Ami sememangnya seorang Muslim! =)

        Saya yakin cik Ami pun tahu, keputusan cik Ami untuk masuk Islam atau tidak runs deeper rather just to get that question answered. Kami orang Islam boleh berusaha memberi sebanyak mana jawapan atau tidak memberi jawapan langsung, tapi semuanya terletak pada cik Ami lah whether those answers satisfy you or not, or does the question really matters in the first place.

        Apapun, saya dan saudara2 muslim yang lain hanyalah menyampaikan. Semoga Allah mempermudahkan dan melorongkan hidayahNya kepada anda. =)

        • pak din 31 says:

          @Leokid, My dear Amy … I would recommend you to be a revert , rather than convert.

          Many converts got frustrated, after a while, due to several reasons, mostly due to the inaccurate interprations of the verses.

          I am sure your life, hold to some values, which are common when your become revert.

          Islamic values are all the best available values, to fuel life, so examine values rather than the behaviour of people claimed holding them.

          I can see you invest best effort to find the truth, and mind you advices are plentiful and free, where as correct answers are rare.

          So keep on searching and bring over those Islamics value when you decide to revert. They require only a slight adjustment.

        • AMi says:

          Yes, I agree with both of you.

          I believe God is exist and logically, I can accept only one God. Neither 3 in 1 God (Trinity concept) nor polytheism (such as Budhism (some people say atheism?) and Hinduism) .

          saya memang mengkaji Islam dari pelbagai sudut sejak beberapa tahun lalu. Saya tertarik dengan topik ini (dan juga topik2 sebelumnya). Jadi, ini peluang saya tanya salah satu soalan yang belum terjawab.

          • joegrimjow says:

            @AMi,

            ni ek soklan ami?

            Macam mana dengan perempuan bujang? Tiada lelaki yg diciptakan di syuga untuk mereka?

            kalau tu soalannya, mestilah ada! pernah dengar jawapan dari ustaz, kat syurga nanti, nak apa, mintak je, mesti kita akan dapat.

            bagi link yang leokid bagi tu pun dah banyak menjawab.

            cik ami, kawin tu besttt, kawin je la untuk kekal bersama dengan suami di sana nanti ;-)

  16. pak din 31 says:

    Tertarik saya bahagian peribadi dari jawapan Leokid, yang bijaksana, kerana ia selari dengan falsafah pemikiran saya.

    Ibarat dua insan sedang bercinta, kelautan api diredah bersama, iaitu membawa makna tak penting apa yang mereka berdua lakukan, yang peting nikmat bersama.

    Dunia adalah tempat berusaha mengenal dan mencari keredoaanNya, dan segala Kadar telah ditentukan melalui SunnahNya.

    Akhirat pula adalah tempat kita diberikan ganjaran, keputusan dan balasan, atas segala usaha yang kita lakukan.

    Apa dan bagaiman, yang akan menjadikan kita mencapai klimak kenikmatan di Alhirat, bukan lah isu utama yang perlu dibincangkan, kerana SunnahNya memungkinkan apa sahaja yang dipinta.

    Yang penting ialah kebersamaan kita dengan Pencipta, sebagaimana ibarat dua insan bercinta tadi, dan perlu dingat TIADA kenikmatan di Dunia setanding yang di Sana.

  17. [...] 2. pak din 31 reply on March 6th, 2010 5:53 pm: [...]

  18. Abu Saif says:

    Don’t worry about those who can’t answer your question, but do worry of you who do not have answer for your own question!

    Once, a man asked Abu Bakr r.a. what if the Jannah does not exist. What did you miss through out your worldly enjoyment? Abu Bakr said, “I would still enjoy doing good deeds even if there is no Jannah!”

    The man stood silently and then asked permission to leave. But then Abu Bakr stopped him and said, “I also have a question for you. What if the Hellfire does really exist? What have you done to your worldly life (responsibility)?

  19. joegrimjow says:

    menarik!

    dulu pernah baca yang perempuan ramai di neraka tapi tak tahu isu ni sampai boleh dimanipulasi oleh sesetengah orang untuk merendahkan islam.

    sekarang ni kalau dah ada soalan macam ni, boleh menjawab dengan yakin!

  20. nur_nj says:

    bersyukur dengan nikmat Islam yg dikecapi dan masih berusaha utk memperbaiki diri…
    Segalanya Lilla hi Ta’ala…

  21. z.m says:

    i am still not convinced. men gets away with alot of things and more often than not, they seemed to not have the same obligation that women are expected of their husbands. how is this fair?

    • asaltanah says:

      @z.m,
      SAlam..
      i’d say, stop comparing between he and she. as an individual, we already hv lots of burden to be fulfilled. Do our job, play our role as destined,my dear.

      Kenapa nak berbalah lagi tentang wanita dan lelaki?Semuanya dah diciptakan adil menurut pertimbangan ALLAH!

      Kalau ikut neraca manusia yang macam-macam ragam, sampai bila pun tak jumpa ‘keadilan’ yg manusia nak sebab semua tu ikut hawa nafsu!
      Kita asyik sibuk bercakap tentang adil, tapi kita sendiri SUDAH ADILKAH DENGAN ALLAH? Dah buat apa yg Allah suruh?

      And ALLAH KNOWS BEST!

      Jom sama2, take some time to reflect on ourselves.

      p/s:maaf kalau terkasar bahasa, terguris perasaan.Sekadar menulis utk peringatan diri saya sendiri juga

      • z.m says:

        @asaltanah,

        yes, please write with emphaty. kalau niat nak berdakwah begini, you think could you convinced anyone?

        just because u are convicted doesnt mean i have to be convicted as well. just look out there, malay muslim men are abusing the rights and responsibilities that they should be holding, but what are we doing here? chastising women again and again as if the problem come from us.

        when are you going to start stressing on men that they have responsibilities to fulfill? i am sick and tired of people telling me women need to do this and that when in actual fact men are the ones who need to change their attitude.

        when are we going to start doing that? are we going to leave it to fate that men can do what they want as if they wont be judged, oh but no women must do this and that else for sure they go to hell.

        stop being god. we malay muslims need to change. start by gender equality.

        do u even understand what my concerns are? seriously, if u dont, please dont reply. i need an intelligent answer, something constructive, not another male-centric view coming from men who thinks the world of himself.

        • asaltanah says:

          @z.m,
          responding with empathy=)
          Just to let you know that I am not a man=)
          Yes, I could not agree more with what’s happening around us now. In fact, I’ve personally experience some bad-time in my family because of one man’s action. Perhaps, maybe I’m the one who should get emotionally about this issue.

          BUT when I come to think about it again, it iss everyone’s responsibilities to uphold the value in men and women as guided in the Quran and sunnah.

          And everything starts with ourselves.

          Kalau asyik nak cari salah orang lain..hm..ntahla..Instead of salahkan orang, yes u r right, jom kita sama2 tunjuk akhlak yg baik kat diorg atau sama2 nasihat.

          It takes two to tango=)

          just a humble opinion from Venus;)

    • Leokid says:

      @z.m,

      In Islam, we are taught that every responsibilities will be accounted, every deeds will be accounted, and every injustice will be accounted for at the day of judgement.

      There are a lot of “unfair” things in this world. Those unfairness will be corrected in the afterlife.

      “men gets away with alot of things”, but the same men will be judged in the afterlife. he can’t get away from the ultimate judgement.

      “they seemed to not have the same obligation that women are expected” – both, men and women have each of our own obligations. And those obligations will be accounted for, whether it has been fulfilled or not.

      In Islam, men are accounted for the well-being of his family (wife and children). As a husband/father, men are accounted also for the misconduct and wrongdoing of his household. Why haven’t he corrected them, in spite of having the authority and responsibility to do that? Have he upheld the obligations toward Allah, in his family? These are the things, the responsibilities that SHOULD be carried out by the husband/father, and they WILL be accounted for.

      Whether the husband/father fulfills his duty and responsibilities or not, it’s the problem of the man, not the problem of the religion. That’s why in Islam, we are taught to carefully select our husband/wife. Some will say that Islam’s method of marriage is orthodox and irrelevant these days, but it actually the best way of training and electing the leader of the family. A good leader will carry out his responsibilities, and such issue as “suami tak jalankan tanggungjawab” will not happen, inshaAllah.

      As for me, I would prefer not to question whether this or that person has fulfilled his/her responsibilities or not, instead I would rather question “Have I fulfilled my responsibilities or not?”

      Allah knows best. Pardon my language incompetence.

      • z.m says:

        @Leokid,

        thank you for reply with empathy. i appreciate your politeness and i hope we will never forget the importance of being polite.

        being rude to others, even for a good cause, do not lead to a good ending.

        i hope we can educate both men and women about their responsibilities, that is, by providing hadith and quranic views such as above given about the roles of women. do u ever wonder why ppl always about women being prone to go to hell as opposed to men as if they are shielded from hell eventho they commit grotesque monstrosities. that is because as if these hadiths and quranic views back them up. so why lay the guilt trip on women alone? let’s educate both genders. let’s hear hadith and quranic views on men as leaders and his responsibilities and the repurcussions of not doing his part.

        it is good that u are informed and thus not misled. but that’s not the case with the lot of many people out there.

        u know, it is shame that people do not stand up to the man who abused the 3 year old girl in kkb a few weeks ago. what would the prophet or quran say about that?

        we need to correct our attitudes so that we can stand up for whats right, and this thing goes deeper than just marital relationship, because if all muslims understand what islam should be, we wont be what we are today.

        • Nasri says:

          @z.m,

          Salam. An interesting topic in discussion. I would like to add in some of my thoughts.

          As Leokid has said, men needs to be aware of his reponsibilities towards his families. Some men do not know that if their spouses or their daughters reveal their aurah in public, they would also receive their share of the sin. They are the ones at fault if they don’t educate their children well.

          The problem is that usually women are the ones that have the conscience to attend religious class rather than men. Men are supposed to be leaders. When the leader of the family lacks the religious knowledge, problem will creep in the family unit and social problems will occur. This is a hard issue to solve when the men don’t care about their knowledge and thinks that only love matters when they want to start a family.

          Men also are recommended to pray in congregration for every fardhu prayers while women are not. Here is one aspect women are given rukhsah in but most men don’t know about this responsibility. Now you see how ignorant most men are. AstaghfiruLlah.

          z.m., you said that they have quranic verse and hadiths to back them up. However, I beg to differ, these men don’t even have religious knowledge from the start. They don’t even care about “Qala RasuluLlah SAW (RasuluLlah SAW says)”. These ignorant people needs to be dealt with using education and proper enforcement.

          However, I believe you have seen to many injustices on women such as syariah court cases where women are asked to come again at a another day because the husband is absent. Another example is when some religious people always talk about women needs to cover up while shutting up about the men. Here is an issue of males being chauvanists, not the religion itself. Islam respects women rights. Islam gives the right to the women to ask for divorce, protect themselves from religious violence. It is just that some men that are in charge of the religious authorities are doing their job just for the money and power, not for the religion itself.

          Islam is easy and upholdsjustice. Do look at the 5 caliphs (Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali and Umar Abdul Aziz) for an excellent example of how Islam is. They fear Allah for His punishment if they are Zalimun.

          I agree with what Leokid said, try to be the best and not just to expect the best from others. WAllahualam.

          Do try to read some of Dr Asri’s writing which covers paradigm change for the Muslim individual.

          • z.m says:

            @Nasri,

            and these needs to be highlighted so that men know what a heavy burden they are carrying and that they must take it seriously.

            because by assuming ppl know when in actual fact they dont is misleading and do not benefit the muslim family unit. so instead of focusing on women, we must also focus on men and their responsibilities.

            i believe men are made to be protectors of women, not the master, which is what most of us wrongly believed.

  22. pak din 31 says:

    @AMi, @AMi
    href=”#comment-71810″>@AMi
    “I would believe blindly and follow stupidly! ”

    This is not WYSIWYG

  23. Umar says:

    Salam…

    Entry us hasrizal yang satu ni, ,menarik perhatian ramai…lihat komen yg ada saya rasa ada ramai yang sebenarnya mampu menjadi da’i serba boleh…
    Kepada us hasrizal…saya cadang adakan satu latihan merekrut da’i…supaya lebih ramai masyarakat majmuk Malaysia ini masuk Islam dan yg dah muslim akhirnya be a true muslim..

    Memang Allah know best, and as a muslim, you must know more about Islam as soon as possible..

    Harap tidak terkasar dan menguris yg memahaminya..

    Muhammad follower..

  24. Ihsan says:

    Salam Ust & rakan sekalian,

    Islam dibina di atas kefahaman ilmu yang benar.

    Allah telah mentakdirkan kita lahir sebagai lelaki atau perempuan.

    Bukan kerja kita untuk meletakkan lelaki di suatu tempat dan perempuan di satu tempat, sehingga berbalah menggunakan fikiran sendiri.

    Bukankah yang kita inginkan ialah keredhaan Allah? Maka berusahalah kita memahami rahsia kejadiaan kita dengan ilmu Allah agar kita berjaya dalam perjalanan ini.

  25. Abu Saif says:

    Akhirat itu dimensinya sangat berbeza dengan kehidupan di dunia. Seolah-olah di Akhirat nanti kita membawa keinginan, pemikiran, kemahuan dan nafsu yang sama. Justeru apa yang menimbulkan perbalahan di dunia, mahu diheret juga ke Akhirat. Lupa pula bahawa Allah itu Tuhan dan kita adalah hamba.

    Hamba yang banyak kerenah dan sangat berkira.

    Sebab itu asas agama ialah mengajak manusia menjadi hamba. Bukan hamba lelaki atau hamba perempuan, tetapi hamba Allah, hamba TUHAN

  26. pak din 31 says:

    Sekiranya kita merasakan bahawa jasad itulah kita, maka teruslah berbalah tentang jantina mana yang mudah ke Syurga.

    Sesungguhnya, kita adalah roh, yang diberikan jasad sementara di Dunia, untuk menjalani ujian kehidupan bagi menentukan kedudukan di Akhirat.

    Roh itu sangat kenal dengan Rabbnya, sebelum ia diberikan kenderaan serbaguna yang berkuasa tinggi bernama nafsu.

    Roh tetap kenal Tuhannya, tetapi malangnya apabila dipengaruhi nafsu di Dunia, roh terhalang dari memberikan cahaya petunjuknya.

    Ibarat pemandu di kenderaan off road yang tidak dapat melihat sekeliling, apabila tanah penuh menyeliputi cermin, kita dia seronok memandu ke sini sana.

    Melainkan dia mempunyai wiper yang berkesan membersihkan cermin bagi melihat arah pacuannya dan malangnya pembersih roh tidak semudah membersih cermin kereta.

  27. salam……..saya wanita muslim…kaum muslimin sekalian….jwb la kekusutan & persoalan cik Ami dengan 9 akal anda….kerna,ada nilai muslim dalam diri cik A mi tu…to my dear Amy….i feel just like u,but i always believe deep in my heart, Islam itu adil….saya percaya janji Allah…Allah xpernah tidur..tp,saya suka nak perdengarkan sabda Rasulullah s.a.w….’Fatimah adalah sebahagian dari diriku,siapa y membuatnya marah bererti membuatku marah’dan nescaya Allah marah jika engkau(Fatimah)marah,dan redha atas keredhaanmu’…….Amy,lihatlah mcm mana Allah dan rasul memanjakan wanita itu,Fatimah itu,penghulu wanita d syurga nanti…..i’Allah penghulu kita berdua…..redha saja dengan ketentuan Allah….D sebalik setiap ketentuan Allah itu,pasti ada hikmahnya….cuba cik Ami bayangkan macam ini….huhu…kalw kita benar melepasi syurga nnti,kita akan menjadi chief kpd bidadari2 y mengelilingi suami kita…..kenapa nak cemburu?xpuas hati?kita suruh la mereka buat kerja2 y remeh temeh….sedangkan kita bergembira & berkasih sayang la dengan suami kita…..lg pun,amy nak ke ade bidadara y menunggu Amy,sedangkan kita ada suami y kita sayangi ….kalw kita ade bidadara,nnti,lg la bidadari2 tu….dekat pada suami kita!!!dan saya x sangguppppp!!!lg saya x sanggup….Amy faham x?lain la kalaw Amy belum berkahwin!!!pasti Allah temukan jodoh d syurga nnti…..how sweet…jd,ape y perlu Amy n saya lakukan….sedaya upaya la..menjadi muslimah sejati,d akhir zaman ni….baru la..ada chance masuk syurga,dan merasa semua tu…..Amy….saya sayangkan nilai iman y ada dalam diri Amy…try ur best..kami muslim percaya,hidup d dunia sekali sahaja…once bila u mati….u dah xboleh kumpul pahala dr amal baik u sendiri lagi…grab this chances….i love u Amy…ikhlas kerana Allah…wallahu alam bisowab.

Leave a Reply