
“Program sudah nak habis. Seronok tak program kali ini?” saya bertanya kepada salah seorang peserta.
“Seronok. Ustaz datanglah selalu ke sini” katanya.
“Sedih apabila ibu bapa terpaksa meninggalkan kalian di rumah anak yatim ini… begitulah juga adakalanya anak-anak ustaz rasa apabila mereka ditinggalkan di rumah kalau ustaz selalu datang ke sini” saya memusing idea.
Mereka tersenyum.
“Nanti ustaz kirim salam dekat anak-anak ustaz ye. Seronok tengok gambar” kata peserta yang ramah tamah itu tadi. Mereka beriya-iya meminta saya menunjukkan gambar keluarga saya yang ada di dalam laptop.
“Insya Allah… Hah, tak lama lagi Ramadhan. Apa macam?” saya menyambung perbualan.
“Seronok dan tak seronok” balas salah seorang mereka.
“Macam mana tu?” saya tertarik untuk mengorek lagi.
“Seronok sebab bulan puasa nanti ada banyak majlis. Jemputan di hotel, di pejabat cantik-cantik” ujarnya.
SERONOK ANAK YATIM

Ramadhan memang bulan yang sibuk bagi banyak rumah anak yatim. Jadual Ramadhan mereka adakalanya penuh seawal bulan Rejab. Pelbagai syarikat korporat dan hartawan tampil menghulurkan bantuan mereka di bulan Ramadhan dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.
Bukan sahaja badan korporat, malah artis-artis pun turun sama.
Ada kalanya saya kasihan melihat anak-anak yatim itu yang mengeluh kerana mereka tidak sempat membaca al-Quran kerana diangkut ke sana sini memenuhi undangan.
“Kami menderita kekenyangan ustaz!” kata salah seorang anak yatim yang menyertai program motivasi saya itu. Kata-katanya disambut gelak ketawa kami semua.
SEDIH ANAK YATIM
Kalau kita pandai mengorek, macam-macam cerita yang boleh kita perolehi dari anak-anak yatim ini. Mereka orang yang ‘menyimpan’ kerana selalunya kekurangan rasa kepercayaan kepada orang luar, tetapi jika kepercayaan itu boleh dihasilkan, berhamburan pula cerita berselang air mata.

Tentu sahaja dalam keseronokan melayan undangan di sepanjang Ramadhan, terselit rasa sedih yang tiada ubatnya. Mampukah si anak yatim ini makan sedap-sedap tatkala sesetengahnya terkenangkan ibu atau ayah di kampung yang entah nasinya berlauk atau pun tidak, atau mungkin sahaja berbukanya tanpa nasi. Pasti sahaja kesedihan itu tampil kerana Ramadhan adalah bulan kita makan bersama, dan anak-anak yatim kehilangan segala yang itu.
“Itukah yang kamu maksudkan dengan tak seronoknya di bulan Ramadhan?” saya bertanya.
“Bukan itu ustaz. Yang itu saya faham. Saya tak boleh nak buat apa sebab itu ujian Allah ke atas saya sebagai anak yatim” katanya, petah menyusun kata.
Terdiam saya seketika.
“Yang tidak seronoknya ialah, kami ‘beribu bapa’ sebulan, dan terbiar yatim 11 bulan!” simpul anak muda di depan saya ini.
Allah…
ISLAM DAN TUJUAN
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengajar kita untuk peka dengan sense of purpose. Ia agama yang mengajar kita hidup bertujuan, justeru perbuatan-perbuatan seharian juga harus dengan kepekaan yang sama. Mengabaikan tujuan, bererti kita menghilangkan makna pada perbuatan, maka bertaburanlah hikmah dan faedah menjadi tidak tentu arah atas perbuatan yang kita lakukan.
Bulan Ramadhan adalah bulan perlatihan.
Segala ibadah bukan sekadar mengisi musim ibadah, tetapi untuk mencetus momentum yang perlu bagi bulan-bulan yang seterusnya. Ramadhan itulah kursus motivasi, ia jugalah kursus kemahiran, ia jugalah kursus peningkatan agar cergas iman dan tubuh badan. Justeru apa sahaja perlakuan kita di bulan Ramadhan, bukan sekadar mengejar pahala yang dijanjikan, tetapi ia memberhentikan kebiasaan yang buruk lalu digantikan dengan perlatihan untuk mencetuskan kebiasaan yang baik.
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah Ramadan.
Sebesar-besar kebaikan adalah memberi makan kepada mereka yang berpuasa.
Apakah ia sekadar soal pahala?
Saya tetap melihatnya sebagai perlatihan.
Maka bulan Ramadhan adalah bulan melatih kita untuk peka kepada orang susah, anak yatim, ibu tunggal, saudara baru dan sekalian yang mendamba bantuan. Justeru apakah ertinya jika badan-badan korporat menjadikan Ramadan sebagai bulan menunaikan corporate social responsibility (CSR) mereka, hingga anak yatim menderita kekenyangan, tetapi kemudiannya anak yatim ini tidak diendahkan pada bulan-bulan yang seterusnya?
Jika kita mahu bercakap tentang pahala, maka saya berasakan bahawa jika keadaan ini terus dibiarkan, ada kemungkinan membantu anak yatim di bulan Syaaban, Safar atau Rabi’ul Awwal, lebih berpahala berbanding dengan derma dermawan di bulan Ramadhan. Mengadakan jamuan berbuka puasa untuk anak yatim sudah berubah dari kebajikan dan ibadat kepada adat. Adat yang buta tujuan!
Semua orang buat, kita kena buat. Tetapi pada waktu anak-anak yatim itu benar-benar memerlukan bantuan, mereka sepi ditinggalkan.
Agama ialah perlatihan HIDUP DENGAN TUJUAN. Dengan mengabaikan soal BERTUJUAN DALAM PERBUATAN, agama bertukar menjadi permainan dan perlakuan yang bersifat sendaan ke atas kemanusiaan.
Yatim 11 bulan, malang sekali nasib kalian…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Tersentuh saya membaca artikel ini ….
aduh….ringannya airmata ni menitis.
kenapakah kita sanggup berbuat demikian pada anak-anak yatim. kenapakah kita sanggup memilukan hati mereka di 11bulan selepas ramadhan….kenapakah kita sungguh tidak bertanggungjawab.
93:9 “Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.”
kita harus mengubah ‘adat’ ini.
semalam kebetulan berbuka bersama 2 anak yatim(dari desa pengasih) dan bersama sorang siak disebuah masjid,sayang disaat akhir ramadhan ini baru berpeluang berjumpa dgn mereka ni…apabila ditanya kenapa depa dtg kemasjid ni..jwb depa saja nak cari kemeriahan hari raya,teringat kat kg..mak&ayah(dan kebetulan siak ni baik ngan bebudak)
Saya kehilangan allahyarham ayah tercinta pada Jumaat, 1 ramadhan 1422. Bukan senang nak jadi anak yatim. Rasa sebuagh kehilangan yang amat perit. Masa tu fikiran masih budak, anak manja, dan menyesali betapa banyaknya cita-cita yang diimpikan bersama ayah…Dalam usia 18 tahun saya masih dahagakan kasih sayang nya. Perit lagi adik-adik saya 5 orng yang masih kecil masa tu…tengok orng lain salam dan mendakap ayahnya saya akan terus menangis walaupun saya di khalayak…waktu tu betul2 rindu..betul2 sedih dan risau kalau2 ayah susah DISANA.
Tapi ustaz dalam kemurahan kita memberi makan dan pakai pada mereka ada juga yang tidak faham kenapa kita perlu mengembirakan anak-anak yatim…
dari dulu lagi, yang membuatkan saya sedih ramai kawan-kawan dan org tua merungut..
” buat apa nak bagi2 sedekah kat anak yatim ni, diorang dah dapat banyak dah. tak payah lah nak bagi2 kat diorang, kadang2 diorang tu lagi senang dari budak yang ada mak dan ayah”
baru-baru ni juga bila saya dan suami sedekah sepasang pakaian untuk seorang anak yang tiada ibu dari kecil, ayah nya gila, dan tiada siapa mahu menjaganya ada juga saudaranya berkata
” tak payah nak beli kat dia, perangai tak elok, tak senonoh..buat apa nak tolong” padahal yang bercakap itu ibu saudaranya…
Kalaupun seorang anak yatim telah dapat pelbagai hadiah, baju, duit dan sebagainya tak setimpal dengan kesedihan yang dia rasa. Tak sama macam anak-anak yang masih punya mak ayah…..
kalaupun anak yatim itu itu jahat perangainya kenapa kita nak menyisihkannya lagi sedangkan jelas dia jadi jahat kerana dia tak punya sesiapa untuk mengajarnya..patutnya kita beri perhatian agar dia tahu apa yang betul dan salah…
betul kata ustaz patutnya kenalah fikir bulan ramadhan ni bulan nak buat ibadat. kena ajar dan ajak untuk banyakkan ibadat..patutnya sumbangan patut di banyakkan pada bulan2 yang lain bukan takat ramadhan dan hari raya saja…..
tp ustaz..ada gak pihak2 tertentu yg menjemput anak yatim berbuka puasa atas sebab tertentu.terbaru seorg rakan mengadu..rumah anak yatim yg dia berkerja telah dijemput untuk berbuka pose bersama seorg MB..tetapi terpakse dicancell atas sbb “kuota” dh mencukupi.mungkin anak2 yatim nie masih belum layak mengundi sbb tu kuota telah dipenuhi kot…
dekatnya nabi dan anak-anak yatim sehingga nabi akan berdamping dengan orang yang menjaga mereka kelak bagai jari-jemari yang rapat..
[...] Walaupun kadang-kala sebenarnya ia lebih mengundang nestapa. [...]
Sedikit kisah benar yang dialami saya sendiri ketika bergelar anak yatim. Begitulah kiranya. Ramadhan ini diingati dan kemudian anak-anak yatim dilupakan. Dan tunggulah ramadhan akan datang, mereka akan diingati kembali.
http://www.ilmuone.com/?p=176
Terima kasih atas perkongsian.
@Hisham, alangkah! kadang-kadang ku berasa anak-anak yatim itu lebih bahagia dari anak-anak yang “bagaikan anak yatim”…
Saya bersetuju pada pandangan al-Fadhil Ustaz meraikan anak-anak yatim pada bulan Ramadhan sudah jadi semacam adat, tidak kesemua tetapi kebanyakannya. Menonton rancangan “Bersamamu” di TV3 banyak menginsafkan kita betapa ramai orang di luar sana yang sangat-sangat memerlukan bantuan.
Allah,peritnya kenyataan.
Xpernah terlintas dihati saye apa yg dirasa anak-anak yatim sebelum ni..syukran kerana membukakan mata dan hati saya..:)
Inilah antara luahan yang sering saya,abah,mak adan adik-adik dengar bila menziarahi anak-anak yatim tersebut.Samaada anak-anak yatim mahupun pihak pentadbiran anak-anak yatim menghadapi masalah yang sama,iaitu mereka biasanya menerima bantuan pada bulan ramadhan dan perlu dibiarkan sepi pada bulan-bulan yang lain.ini seolah-olah menunjukkan amalan memberi dan beramal jariah hanya terhad pada sesuatu musim dan bulan sahaja.moga persepsi masyrakat tentang amalan membantu dan berjariah yang hanya terbatas di bulan ramadhan dapat diubah.
untuk membayangkan syarikat-syarikat korporat ini menderma hanya di bulan ramadhan kerana menyangka derma hanya baik di bulan ramadhan, saya rasa ia terlalu ‘rendah akal’ dan insult pemikiran mereka.
apa yang boleh dibayangkan ialah, mereka menderma untuk peningkatan imej korporat dalam konteks CSR yang saya sebutkan di atas. tapi kalau sebut macam ni, insult niat mereka pula.
terserah kepada mereka sama ada mahu diinsult pemikiran atau isi hati yang kedua-duanya tidak dapat dilihat tapi dapat dikesan
salam ustaz,artikel yg baik, maaf, saya nak mencelah sikit, kalau dikatakan syarikat atau individu tertentu nak angkat imej, kalau derma bulan lain pun blh gak kan? apa kena mengena dengan bulan ramdahan?buat derma lepas tu, panggil la ramai2 orang tengok, buat siaran langsung dalam tv, letak dalam surat kabar..
mula2 memang nak angkat imej kot… lepas tu,diberi penerangan, insya Allah ikhlas.. amal secara berperingkat
kalau sebab nak ajak buka pose, deal la baik2 ngan rumah anak2 yatim tu, boleh buat bukak pose sunat…
@izzahtulwidad, Dari sudut yang lain, saya berpendapat pihak yang menguruskan rumah-rumah anak yatim juga harus lebih pro-aktif.
Setiap syarikat, terutamanya yang tersenarai di bursa saham memang sepatutnya ada peruntukan untuk CSR pada setiap tahun.
Cumanya, sesetengah syarikat2 ini kurang pro-aktif. Kalau tahun ini mereka menderma untuk rumah anak yatim yang sekian-sekian, tahun hadapan dan pada tahun2 yang berikutnya juga rumah anak yatim yang sama yang mereka tuju.
artikel yang membuka minda…
sedikit respon..tentang pengurusan rumah anak yatim ni…ada pihak yg wujudkan rumah anak yatim tapi kurang memberi penekanan kepada aspek kerohanian jadi jiwa depa kurang terisi dengan ruh agama.lantas rasa kosong dan lohong.ada yang ambil berat dengan pengisian kerohanian so terubat juga jiwa ni. tak rasa kesepian sangat.tapi ada yg agak menyedihkan ada yg buat rumah anak yatim ini utk tujuan mencari keuntungan,anak yatim sebagai alatnya…macam yang selalu dok tunggu depan bank,restoran,dan lain lain tempat yang strategik..sambil jual kalendar dan minyak angin…,pantang nampak kita..terus datang merayu, saya tak salahkan anak anak yatim tu..tapi ada orang yang ambil kesempatan atas mereka..pada hal pada usia dan masa tersebut meraka sepatutnya kat kelas belajar..atau hafaz Al Quran kalau dari Tahfiz…yang peliknya jawapan yang diberikan sama sahaja…macam dah bagi skema jawapan.. kita bukan nak bekira sangat untuk bagi sumbangan..tapi agak ragu juga, macam ada sendiket terancang..ada sekali saya minta hafal satu surah ayat lazim..tak dapat nak hafal….perkara ni perlu ditangani oleh pihak berwajib…kesian sangat kat anak anak yatim ni…saya tak pasti yatim betul ke atau “diyatimkan” wallahu’alam.
Sebagai tambahan ..petang ni kami dari KMS (Kolej MARA Seremban) jemput anak yatim dari Yayasan Sofa Rembau negeri Sembilan untuk berbuka Puasa dan Majlis Khatam Al Quran.Yayasan ini dibawah kendalian Ustaz Fuad Kamaruddin.
Assalamulaiakum
Di kesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya dan memohon maaf dari lubuk hati ke atas apa-apa penulisan saya dalam Blog ini yang menyebabkan salah tafsir atau tidak menyenangkan pada Ustaz.
Sekadar berkongsi ilmu mengenai anak yatim, Allah ada berfirman , “mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah 220.
Oleh itu, dalam bab sedekah ini, Allah juga ada berfirman (yang tidak dimaksudkan untuk bulan Ramadhan sahaja), ” Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. An-Nisa: 114)
Ini adalah kerana firmanNya lagi, “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah :271)
Mengikut kesaksian mata kepala sendiri, yang paling menyedihkan bukan sahaja terabai 11 bulan, tetapi masalah penjaga yang tidak amanah dalam mengendalikan rumah anak yatim. Di Batu Kikir, beras-beras anak yatim diambil dan digunakan untuk kedai makan si penjaga (cuma sekadar nak berprasangka baik – diharapkan hasil jualan nasi lemak itu disampaikan kepada anak yatim – bak firman Allah – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. …. Al-Anaam : 152)
Di Ipoh pula memang buat business melalui sumbangan-sumbangan orang ramai. Yang peliknya selalu gaduh tak ada duit nak bayar sewa rumah anak yatim sedangkan sumbangan datang beribu-ribu. Pernah disedekahkan pakaian yang elok-elok dan cantik, tetapi tak pernah nampak pula anak-anak yatim pakai baju-baju yang cantik itu.
Harap-harap mereka ingat firman ALlah yang bererti, ” Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. An-Nisa, 10.
Harap-harap dengan kelapangan masa yang Allah berikan untuk Ustaz, tengok-tengok la sikit penjaga-penjaga rumah anak yatim. Sebab ada yang mati hati kerana tergamak ambil kesempatan.
Saya kurang cenderung untuk bagi makan, duit atau beras. Jika kelapangan, saya akan belikan berus gigi, ubat gigi, sikat, bedak, sabun, dan apa-apa peralatan harian yang sememangnya berguna sepanjang tahun dan kena kerap pula disumbangkan.
Wallahu alam.
tgh ‘agak’ sedih sbb beraye kat perantauan.. (..lagi thn ni), Alhamdulillah tlh diingatkan bahawa ternyata ada lagi yang lebih layak utk merasa sedih berbanding saya…semoga Allah tabahkan hati-hati kita~
Ya.. hati gersang 11 bulan, dibajai sebulan.. Inilah natijah amalan ‘saudagar’.. Agaknya
Ya Allah yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas jalan deen-mu
Salaam ustaz, artikel yang membuka minda, mencetus inspirasi…
“Ada kalanya saya kasihan melihat anak-anak yatim itu yang mengeluh kerana mereka tidak sempat membaca al-Quran kerana diangkut ke sana sini memenuhi undangan.”
Mungkin badan-badan korporat atau organisasi yang berhasrat menyumbang kepada anak yatim ini kena come up with program yang lebih menjurus kepada “pengisian roh”, macam before buka puasa tu boleh diadakan program tadarus al-Quran bersama-sama atau tazkirah pendek, daripada anak-anak ini dihiburkan dengan nyanyian lagu.
Apa pun, saya setuju dengan ustaz, bulan Ramadhan ini lah bulan motivasi, bulan mendidik dan menyemai kebiasaan2 yang baik, supaya seterusnya kita jadi insan yang lebih baik, insyaAllah.
Kepada ustaz, ummusaif dan keluarga, Eid Mubarak, maaf zahir dan batin.
@nur_aurum,
Salam,
Ya setuju benar kalau program tersebut lebih dari sekadar untuk berbuka puasa dan derma duit raya.
Untuk orang yang tidak yatim pun, tidak sesuai rasanya kalau pergi berbuka kat hotel/restoran, lepas tu makan kenyang-kenyang, solat tarawih entah sempat buat ke tidak.
Personally kurang minat memenuhi undangan berbuka kat hotel.
semoga saya dan sahabat2 tergolong dalam kalangan mereka yang sedikit…
mereka yang bersyukur masih ibu dan ayah…
ibu ayah juga kadang2 terasa seolah2 ber”anak” seminggu, tak ber”anak” berminggu..
“Ya Allah, di mana jua pun mereka berada, kasihanilah ibu bapa kami, terangi kediaman mereka dengan cahaya Mu, andai mereka tersilap, datangilah kedua ibu kami dengan kelembutan-Mu”
memang semangkin nyata yang “Ramadhan Mubaraq” ini, telah di komersialkan! kenalah Utz ‘bergabung’ idea dengan RPK utk lebih berani/lantang ‘bersuara’ yang natijahnya untuk kearah pembetulan?
esok ‘join’ RPK di BLOG
salam..tiada apa perlu disanggah kerana apa yang dituturkan Abu Saif memang benar.Al-Quran menjelaskan dalam banyak ayat tentang perihal anak yatim.Kadang2 menjadi bacaan lumrah dlam solat seperti dalam Al-Ma’aun,Ad-Dhuha dan banyak lagi…Manusia sering membaca,juga menghafal.Ada yang memahami,tetapi berapa ramai yang tulus mengimplementasi..
memang sadis anak2 yatim beraya tanpa mak ayah..may be diorg bantu waktu bulan ramadhan coz xnak bg anak2 ni sedih kot sambut ramadhan tanpa mak n ayah…sekadar perkongsian cerita,pada suatu hari anak buah saya ni(anak yatim)..termenung di hadapan tv sambil menitiskan air mata…then,ayah sy pon tny kenapa…die kate…”kite sedih,kite xde ayah”…btul tu,zahir nyer memang diorg gembira…tp jauh dlm hati diorg..kita xtau…
artikel ini topiknya ialah bagaimana mahu mencegah daripada kesedihan anak-anak yatim ini dimanipulasi oleh komersilisme ramadhan
owh…kuar tajuk ek…xpe r…sy ni memg suka tulis mende yg kuar tajuk..hehe..saje je nak kongsi citer…
salam ustaz. sebahagian artikel ustaz ini ada diulas dalam satu blog lain. mungkin ustaz boleh tambah atau ulas semula.
maaf jika ustaz sudahpun tahu. =)
wsalam wbt.
terima kasih atas makluman. saya sudah memberikan komen berkaitan hal ini di halaman al-fadhil ustadz zaharuddin. berikut adalah petikannya:
ustaz,
Ustaz zaharudin sudah berikan balasan kepada huraian ust..
menarik jugak perbincangan aman begini..tiada maki hamun
ini petikannya
_______________________________________________
UZAR : Alhamdulillah, tiada masalah, saya sudah agak soalan itu akan ada yang terkeluar konteks penulis.. dan ternyata benar, namun syukran atas penerangan ust Abu Saif.
Apapun, inilah cabaran menulis pengisian dari blog dan ceramah, kita rasa kita sudah jelaskan yang paling jelas namun masih ada orang yang memahami dalam bentuk yang berbeza. Ana juga tidak terlepas darinya.
Setelah ana rujuk semula artikel Ust Abu Saif, barulah faham konteks sebenar. Namun adalah lebih baik jika masukkan penjelasan lanjut yang Ust Abu Saif beri ini di artikel yang terbabit, sekadar menutup jalan untuk ada yang tersalah faham lagi.
Sekadar mencadangkan.
Ana akan maklumkan kepada penyoal untuk menyoal terus kepada penulis selepas ini. Penyoal tidak menyebut langsung sumber. Dia hanya bertanya petikan itu sahaja.
Perkataan ‘PERLATIHAN’, maaf kerana ana tidak berapa cukup vocabulary Bahasa Malaysia untuk fahami maksudnya. Rasanya agak jarang menjumpai penggunaannya, oleh sebab itu ana fahami kata akarnya, iaitu LATIHAN dan mengulas sebagaimana yang telah diulas. Ana harap semua pembaca saifulislam dapat memahaminya. Cuba buka kamsu dewan DBP dan buat carian perkataan itu : http://sbmb.dbp.gov.my/KNB/CarianKata/nb_carian_kata.aspx
Ana sudah mencari perkataan “PERLATIHAN’ dalam kamus dewan online, namun tiada. Wallahu’alam. Jika Istilah khas pun hanya ditulis “indenture of apprenticeship”. Jika demikianlah, cadangan ana mungkin lebih baik jika digunakan perkataan yang lebih mudah dan jelas. Just my two cents.
Berkenaan pahala dan tujuan ibadah; Ana bersetuju kita beribadah patut dengan bertujuan lebih luas hingga mampu membentuk akhlak dan nilai taqwa dll,
Namun beramal untuk pahala juga adalah tergolong dalam akhlak yang dikehendaki Islam, cuma mungkin level sedikit rendah, wallahu’alam.
Ini kerana keinginan kepada pahala tidak terpisah dari membentu jiwa pelakunya kepada ingatan kepada Allah, mengulangi keyakinan terhadap akhirat dan akhirnya mampu mencapai tujuan ibadah hingga membentuk akhlak jua..Justreu, ia adalah akhlak juga, cuma mungkin ia tidak sebaik mereka yang lebih faham. Itu sahaja.
Kullu am wa antum toyyibun..
Eid Mubarak..dari kami di perantauan..moga sukses
Wales, UK
artis2 mmg b***sat sket… mereka ni ‘alim ramadhan, kufur syawal’…
ble ramadhan menjelang je, mulalah cakap ‘ saya nak kurangkan sket berlakon , sya nak kurangkan sket buat penggambaran, terima tawaran menyanyi …bla,bla,bla…nak tambah amalan la pulak…bla,bla,bla’…yang jadi mangsanya ank yatim…ank yatim menjadi mangsa untuk diorang kumpul pahala sgera supaya konon-kononnya dapat cuci semula dosa-dosa diorang buat perkara mungkar selama 11 bulan..mmg hampeh…
bak kata ustaz, artis dan badan2 korporat ni buat amalan sebb adat.. ye la, orang banyak duit kan biasanya derma kat anak yatim, so diorang pun tiru r…nak dapat pahala segera katakan.. apa diorang ingat
‘diorang boleh beli perhatian anak-anak yatim tu dengan hadiah makanan dan wang ke?!!!’
dah, sori termengamuk pulak kat blog ustaz.
Assalamualaikum,
Lama tak ziarah ustaz di blog ini. Membaca entri tentang anak yatim, kebetulannya saya juga sedang mengusahakan sesuatu untuk mereka. Saya hanya bantu sikit. Mereka perlu bantuan yang lebih banyak dari pembaca semua.
Ustaz orang Perak kan? hihii… ni rumah anak yatim miskin di Perak. Lihat corat-coret untuk mereka di
http://drhasanah.com/2009/ramadan-best-kerana-ada-zakat-fitrah/
Boleh derma melalui secured online payment untuk mereka.
Terima kasih
Topik yang best ini jadi cukup berkesan bila ustaz menulisnya. Tahniah.
Sy pernah tinggal bersama anak2 yatim dan menjaga mereka selama hmpir 2bln..mmg byk perkara yg selama ni sy tak tahu tentang mereka..Tapi tinggal bersama mereka telah byk memberi sy kesedaran dan mencetus minda sy utk lebih berfikir.
adik saya tinggal di asrama anak yattim bukan hanya menderita kekenyangan bahkan banyak berlaku pembaziran lantaran masyarakat yang mmenjadikan bersedekah hanya adat
[...] http://saifulislam.com/?p=3100 [...]
Salam.rencana ini membuka minda bahawa kita kadang2 tersalah tafsir berbuat baik hanya pada bulan ramadhan sahaja.Sedangkan ini bulan melatih diri.Tidak perlu banyak satu sifat setahun dah ok.Tapi istiqamah.Kita sama2lah berharap sesiapa yang bergelar hartawan atau yang mampu dan membaca artikel ini ,supaya istiqamah meraikan/membantu anak yatim walaupun sudah habis ramadhan.
…Apapun apa saja usaha untuk kebaikan umat Islam kita sokong …dan artikel ini banyak membantu untuk kita lebih memahami…
Entahla ustaz..mungkin dibulan lain pekerja korporat ni kesibukan dgn aktiviti harian..bila dibulan ramadhan ni..lagi2 lpas 15 ramadhan (dekat nak raya)…malas la sikit nak kerja jadi Ada kesempatan mereka untuk berbuat bakti pada anak2 yatim ni..Penjaga Anak2 yatim pun harus menyusun jadual mereka sebaik mungkin…CSR mungkin hanya menjalankan tugas..bila CEO/GM yg mengarahkannya..
“Untuk reputasi syarikat kita, kita MESTI buat majlis…..” …dahh…kenalah juga..
@Daing,
Takkan nak kena tunggu suruh..dah..CSR juga yg kena…
Dan masing-masing berebut-rebut untuk masuk newspaper/tv..Publisiti….
Manusia bertopengkan apa entah la???
Salam.
Saya mohon bantuan Ustaz untuk menjelaskan istilah anak yatim yang sebenarnya. Apakah kriteria mereka? Adakah mereka yang berumur 18tahun sahaja? Ada beza had umur bagi lelaki dan wanita?
Terima kasih kerana membatu saya yang jahil ini… bimbang juga jika termakan harta anak yatim secara tak sedar.
salam.
saya dahulu adalah anak yatim yg dibesarkan dirumah anak yatim.ya.memang benar,kami dimanjakan setiap ramadhan.kami akan dijemput kesana sini,rumah kaya yang dermawan,majlis artis,hotel bermacam hotel.hampir semua hotel di kl pernah kami rasa.bukit tunku,bangsar,ttdi,bukit antarabangsa,country height,segala rumah kaya dermawan kami dijemput.
kami banyak terhutang budi dengan insan2 ini tapi SEBENARNYA BUKAN INI YG KAMI MAHU.. jika diimbas semula,dasar kanak kanak,memang kami gemar diraikan begini.tapi hakikatnya untuk kesan masa panjang,kurang faedah utk diri kami.jika bernasib baik di rumah/hotel yg menjemput kami ada majlis terwaih sekali maka dapatlah kami sama berterawih dan tak terlepas peluang.tapi yg sedihnya,kadangkala hanya majlis buka puasa dan kemudian ada hiburan2lain.pernah sekali dulu kami dijemput oleh pihak X .selepas berbuka,kami semua segera bergerak untuk maghrib..tapi malangnya ada yg hanya duduk berbual sehingga kami pulang dari maghrib pun masih duduk ditempat sama dan berbual bual.mujurlah saya masih ada kekuatan berkat ajaran di rumah anak yatim tapi bagaimana dgn yg lain yang masih tercari cari contoh dan panduan.memalukan.
kami tak mahu ramadhan yg begini.
kalaulah dulu saya lebih berani bersuara
pasti artis itu ku tegur secara direct.
[...] Walaupun kadang-kala sebenarnya ia lebih mengundang nestapa. [...]
salam alaik ustaz..nk mnta izin ambil artikel ni untuk di poskan dalam blog saya dan untuk diedarkan kepada fasi-fasi dalam program ank yatim akan datang. jazakallahu khairan..