
“Trainer seperti kita ini bekerja keras untuk memperbaiki dan menasihati masyarakat, siapa pula yang mahu memperbaiki dan menasihati kita? Jika orang mahu mengambil kita sebagai mentor, siapa pula mentor kita?”, kata Dato’ Fadzilah Kamsah, penasihat tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Dari hujung dewan terbuka malam itu, saya tekun meneliti satu persatu butiran kata beliau sebagai seorang yang kaya pengalaman.

Banyak yang Dato’ Fadzilah Kamsah perkatakan sebagai kata-kata aluannya di dalam majlis Iftar dan ramah mesra TAMRIN. Beliau berjaya memanfaatkan 5 minit ucapan dengan penyampaian yang komprehensif, sama seperti di televisyen, bak kata akhi Amin Idris yang mempengerusikan majlis malam itu.
Saya berasa sangat gembira dan bertuah kerana berpeluang dan berkesempatan untuk menyertai perhimpunan bermakna Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN), iaitu sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjadi badan penyelaras kepada trainer dan motivator Muslim di Malaysia. Sedikit lewat mendapat tahu mengenai TAMRIN, saya secara peribadi amat mengalu-alukan penubuhan badan seperti ini.

TAMRIN yang kini dipimpin oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad selaku Presiden, bertindak membangunkan sebuah badan yang menjadi one stop centre bagi urusan pemantauan, pentauliahan, sumbangsaran dan penyelarasan kualiti serta integriti motivator-motivator Muslim di Malaysia. Namun, apa yang lebih menjadi impian dan harapan saya dengan penubuhan TAMRIN ini ialah peranannya sebagai lembaga penasihat yang berotoriti untuk memandu, mendidik dan menegur motivator Muslim yang amat terdedah kepada salah laku serta salah pembawaan.
Apatah lagi, rujukan pendekatan dan isi banyak diambil daripada literature di luar kerangka Islam dan Muslim, serta memerlukan kepada proses adaptasi yang betul berteraskan disiplin Syariah dan Sains. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti kreatif dalam kerja kumpulan dan Team Building yang bisa sahaja menyanggahi syara’ tetapi dilaksanakan dengan label-label yang baik, malah Islamik. Mudah cerita, TAMRIN diharapkan dapat berperanan mengawal kecenderungan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang boleh sahaja menjadi pilihan motivator dan syarikat motivasi yang kebanyakannya adalah self learner, atau self immitator sahaja.
Justeru program Iftar dan ramah mesra TAMRIN di Hotel de Palma Ampang, malam itu, sangat bermakna buat saya dan rakan-rakan kerana kita semua sudah mengorak langkah ke arahnya.

Bersama Dr. Tengku Asmadi, Ustaz Zulkarnain dan Ustaz Izham Hasni
Tentu sahaja, hati saya berbunga-bunga dapat bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat seperti Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Prof. Datuk Hamdan Adnan, Dr Uthman el Muhammady, Dr Tengku Asmadi Mohamed, Dato’ Maamor Osman (Presiden PPIM), Prof Emeritus Abdullah Hassan (UPSI), Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan PTS), Ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM.fm), Tuan Kamal Afandi (Penganalisis Jenayah), Ustaz Ahmad Syukri Yusof (Fitrah Power), termasuk juga sifu saya dari Fitrah Perkasa iaitu Tuan Haji Ahmad Salim Omar dan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang sudah agak lama tidak saya ketemu.
Tidak dilupakan, teman lama saya iaitu Ustaz Ahmad Zulkarnain Abdullah (Celestial Management International).

Bersama Amin Idris
Akan tetapi, perasaan saya berubah dari berbunga-bunga kepada berbuah-buah apabila berpeluang bertemu dengan tenaga-tenaga muda yang energetik, bergiat cergas dan prolifik dalam program motivasi dan penulisan, seperti akhi Fadzli Yusuf, Amin Idris dan ramai-ramai lagi. Kecergasan mereka menjadi kecemburuan saya yang sesekali terasa ‘tua sebelum masa’.
Saya hadir bersama dengan dua rakan kerja yang sudah sekian lama menjadi teman fikiran, inspirasi dan pembangunan idea juga kerja, iaitu Ustaz Izham Hasni Mad Isa juga Ustaz Mohamad Ridzuan Khalin.
Mungkin kekurangan kami yang paling ketara adalah kerana kami bertiga hadir belum lagi mewakili mana-mana syarikat biar pun usaha menubuhkannya terus berjalan namun agak perlahan.
Sebuah syarikat perlu saya usahakan atas beberapa faktor:
Pertamanya, jumlah program yang saya tolak adalah jauh berganda berbanding dengan jumlah program yang saya terima. Semua ini menjadi kerugian kerana setiap satu program yang ditawarkan adalah peluang dakwah yang tidak wajar disesiakan. Apatah lagi kebanyakan tawaran itu adalah berbentuk program latihan di luar masjid dan surau, yang bisa menemukan saya dengan sidang yang amat jarang ditemui di majlis pengajian biasa.
Atas tiket latihan, saya bisa melawan persepsi-persepsi serta seribu satu sebab yang menjadikan orang seperti ini teragak-agak, takut, malas atau tidak berminat mendekati agama.
Keduanya, saya mendefinisikan kejayaan itu sebagai keupayaan untuk berkongsi pencapaian dengan orang lain, atau dalam erti kata yang lain, mengajak orang lain untuk sama-sama berjaya. Justeru, pendirian ini sentiasa mendesak saya untuk menyediakan pelapis. Usaha untuk membentuk pelapis ini memerlukan kepada agenda yang tersusun lagi berstruktur, lebih-lebih lagi saya serius dalam mendukung idea ‘perbezaan di antara ceramah dan training‘.
TRAINING VS CERAMAH

Baru-baru ini saya bersumbangsaran dengan pasukan WISE dalam proses mereka membentuk modul latihan. Jelas sekali, proses untuk menghasilkan modul latihan bukanlah kerja seorang. Ia adalah hasil pembacaan, analisa, kreativiti, cetus minda dan kesungguhan sebuah pasukan. Semua ini telah saya perincikan di dalam entri lalu bertajuk PROFESIONALISME DAKWAH, KESAN TABIAT KE-5.
Saya juga berusaha untuk mendapatkan lesen modul-modul program latihan yang amat dekat dengan idea-idea saya seperti 7 Habits dan Men Are From Mars and Women Are From Venus, yang mana program-program ini mensyaratkan bahawa penganugerahan lesen hanya diberikan kepada individu yang mempunyai syarikat.
Ini adalah sebahagian daripada sebab yang mendesak saya kepada idea bahawa sudah tiba masanya untuk sebuah syarikat dibentuk.
TAMRIN mencetuskan satu lagi momentum untuk saya ke arah itu.
Izinkan saya meminjam slogan kami semasa di Fitrah Perkasa lama dulu, TINGKAT INTEGRITI, ASAH KOMPETENSI, CELIK MATA HATI!
Selamat maju jaya buat TAMRIN, sebuah kata kerja dan bukan kata nama!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
KREDIT FOTO
www.fadzliyusuf.com
www.aminidris.com
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam…
benar kat ustaz…
kte perlukan pembimbing..
andai ingin membimbing…sebab tue kita harus berada dalam kelompok yg mmpunyai tarbiyah utk membentuk org2 yg kurang tarbiyahnya…
ana support. yg pasti pelapis betul2 berkualiti bekerja untuk memberi spt enta mahukan iaitu integriti. byk syarikat yg dipandang sinis kerana mengutamakan keuntungan. sedihnya byk gunakan tiket akhirat utk mengumpan.
ada seorang datuk motivator, dia mampu menghafal nama peserta 100 orang keatas . enta good memory?ajarla kaedahnya.:)
Salam Ustaz. Saya juga terasa teruja sekali dapat bersua dengan Ustaz setelah dua tahun (rasanya) tidak bertemu mata. Sekadar bertemu monitor je dalam tempoh sebelum ini.
Secara jujur, saya banyak mencontohi Ustaz dalam beberapa hal, walaupun saya tidaklah banyak tahu tentang ustaz, tetapi yang sedikit itu masih tetapi memberi kesan. Moga segala ganjaran kebaikan juga ditempiaskan utk timbangan kita di akhirat kelak.
Salam puasa. Semoga sihat dan ceria selalu.
http://www.FadzliYusof.com
Alhamdulillah, seronoknya akak dengar ustaz mahu mewujudkan pelapis, lagipun nanti ustaz nak sambung PhD pula. Hati akak pun berbuah2 apabila mengetahui ustaz berhasrat mendapatkan lesen 7 Habit dan Men are from Women from Venus. Those good input should have islamic elements. InsyaAllah ustaz akan berjaya kerana ustaz dah tersohor di seantero dunia.
Syabas ustaz, THINK BIG, ACT SMALL.
sudah tentu percantuman ‘yang tua’ & yang muda’ memang banyak mambantu melonjak paaradigma dlm semua hal gerak kerja… syabas!
tarbiyah untuk pentarbiyah. Allhamdulillah.
Menarik bertemu dengan ramai rakan di perjumpaan tersebut. Ustaz Hasrizal yang saya tak pernah temu, dapat bersua dalam majlis yang meriah. Salam perkenalan.
Ada gambar ustaz di blog saya. Boleh ke
http://www.mentorpenulis.com/majlis-berbuka-tamrin-yang-menggeramkan.html
[...] Blog Ust. Hasrizal 2. Blog Fauzul Naim 3. Blog Badrul Sani 4. Blog Abd. Razak Published in: Program 0 [...]
Assalamualaikum wm. wbt,
Alhamdulillah dapat bertemu dengan teman-teman seperjuangan termasuk ustaz yang mempunyai minat dan keupayaan dalam bidang latihan, motivasi hanyalah satu jalan dari jalan-jalan dakwah.
Slm ust..wah sy amat menunggu syarikat dr ust..moga sumbangan dakwah akan lebih effektif dan efisien dgn adanya syarikat tu. Tambah plak modul yg ust plan nk bwk tu sungguh menarik esp men are from mars tu memandangkan mmg mslah hubungan rumahtangga byk kt mesia. Semoga sukses ya ust.
(nk tnye, ade usaha tak kt mesia nk translate buku men are from mars tu? sy da bace. menarik sgt2.teringin nk berkongsi dgn saudara2 di kampung. tp syg bahasa inggeris diorg kurang bgus.rugi rugi rugi..)
search fitrah perkasa..jumpa laman ni..mudah2an saya pun berjaya macam ust sebagai trainer