Menikmati Demokrasi Dalam Politik Tumpul Lagi Bersimpul

On 15/10/2008, in Siasah, by Abu Saif | 3,200 views | Print Print | Email Email |

Dalam suasana politik yang tumpul dan bersimpul-simpul, saya teraba-raba mencari bahan fikir yang boleh merawat minda.

Politik kita penuh dengan sentimen. Malah terasa bagai ada unsur-unsur bantut pula. Masakan tidak, membaca wacana politik era Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmi lebih mengenyangkan berbanding diskusi politik semasa yang bagai makanan segera.

Politik SIAPA terlalu mendominasi segalanya, mengatasi politik APA dan politik BAGAIMANA.

Justeru tidak banyak yang dapat diungkap kecuali berpegang dengan kalimah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam:

“… barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

 

Diam bukan diam memeram pekasam. Tetapi diam mencari asah akal dan jati diri.

Terima kasih setingginya buat Ustadz Anis Matta atas sebuah buku ringan di tangan, berat di fikiran, bertajuk “MENIKMATI DEMOKRASI: STRATEGI DAKWAH MERAIH KEMENANGAN” terbitan Insan Media Publishing House, Jakarta 2007.

Buku ini mengisi kegelapan yang menyelubungi hasrat saya untuk melihat kita berpolitik dengan politik idea (politik fikrah buat yang alergik dengan ‘idea’). Ia menghimpunkan banyak wacana yang bersifat definisi… agar terawat kebodohan golongan yang memerangi demokrasi secara membuta tuli, serta mengubat kegelojohan golongan yang mengimani demokrasi hingga lupa kepada nilai dan prinsip integriti.

Saya sedang menikmatinya…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Lagi Terpeinci Lagi Rendah Kualiti “Macam mana ustaz boleh baca kitab Arab macam itu? Baris...
  2. Menikmati Peluang di UIAM Cepat sungguh masa berlalu. Terasa baru benar saya melangkahkan kaki...
  3. Kemuncup Dalam Perjuangan Politik semasa sungguh mengguris rasa. Geloranya mendesak saya untuk lebih...
  4. Saifulislam.Com di Dalam Bahasa Inggeris Alhamdulillah, dengan bantuan dua orang kenalan, sejumlah artikel yang pernah...
  5. Politik Tukang Karut! “Apa ni, macam tidak prihatin sahaja dengan perkembangan semasa?”, rungut...

 

16 Responses to “Menikmati Demokrasi Dalam Politik Tumpul Lagi Bersimpul”

  1. ibnu Omar says:

    salam ustaz…lama juga kawan saya suruh masuk…hari nih baru saya masuk n bukak web blog ustaz…(start hari nih maka bertimbun la share akhirat kawan saya tu ;) )…

  2. wargadunia says:

    politik sekarang seperti peluang pekerjaan dan periuk nasi. kalau tak jaga, nak makan apa? periuk nasi ni kalau dijaga dengan rapi boleh dibawak sampai ke anak cucu cicik…

  3. dhuat79 says:

    Pada bahagian tajuk, cikgu lihat ada kesilapan ejaan ‘demokrasi’.

    Cikgu Dhuat :)

  4. Muslimin Agung says:

    Salam Wasilah…

    Bila agaknya masyarakat kita akan menerima elemen politik nilai? Sedangkan warga kampus sendiri yg tdiri drpd golongan intelek agak bungkam untuk menyepakati elemen politik nilai ini. Apa-apapun kepada para bakal ‘YB Muda’ di IPTA, selamat menempuhi JIHAD PRK 2008. Yakinlah ALlah sentiasa bersama-sama kita dalam mendaulatkan amal Islami di kampus. Hidup Pro-mahasiswa!

  5. politik periuk nasi says:

    politik adalah periuk nasi? tak hairanlah, ramai manusia korup zaman sekarang…

  6. ibnu Omar says:

    salam di hening pagi ustaz…maafkan saya kalau terasa kejijikan membaca petikan karya dato’ chamil yang hangat diperkatakan sekarang nih…melihat pada artikel ustaz yang mencari dan sedang membaca bahan untuk minda…tak tergamak saya untuk membaca cerpen itu sepenuhnya…cukup la diperbincangkan di parlimen…cuma pada saya setinggi mana ilmunya manusia itu…sehebat mana seseorang itu dalam bidangnya…tapi tatkala amarah dan nafsu serta benci menyelubungi diri…keterhasilan yang sampah akan terhidang…mungkin saya ini bukanlah orang yang layak untuk menilai karya seorang yang hebat seperti beliau…cuma saya terasa sedih kerana apa yang terhasil itu entahlah…terasa malu pulak walaupun bukan karya saya…wallahu’alam
    p/s:manakan tidak malu …dalam mana si ayah mengajar anaknya jalan lurus…si ayah sendiri jalan bak ketam…bukan atas cacatnya..tapi lagaknya.

  7. mata2 Islam says:

    bak kata Dr.asri..

    itulah politik namanya..

  8. abunurrain says:

    salam persaudaraaan..

    bagi saya..kat malaysia ni belum sampai ke tahap POLITIK MATANG..hal dek kerana acuan politik yang tak berpaksi kepada ISLAM..politik hanya untuk menjaga periuk nasi…utk masuk kantung sendiri…jaga punya jaga takut terlepas ke tangan orang lain..contoh terkini lagi sensasi..apabila..pak perdana kita nak turun…arah kiblat orang dibawahnya bertukar arah…ampu org lain plak…yg dirasakan boleh bagi keuntungan…mudah fahamnya politik ampu sana ampu sini…cara ni tak boleh pergi jauh…sekerat jalan lingkup lahh…

    kalau paksi Islam menjadi timbangan …sapa naik pun Islam tetap dijulang..bukan ikut sapa yang bawa..tp apa yg dibawa..

    sekian, waallhu’alam bissowaaab

  9. WasilatudDa'wah says:

    Salam kemuliaan ISLAM.

    Sekadar ingin membuka ruang minda sesama Mahasiswa/i. Saya ingin bertanya secara umum, kalau kita selidiki & renungi balik apa yang sebenarnya ingin dibawa oleh pro-Mahasiswa/i untuk sesi PRK kali ni? Kita ketepikan sejenak isu waqi’ yg berlainan, manifesto yang berbeza. maklumlah, sekarang kita berdepan dengan situasi yang bermacam warna, bermacam ragam, di samping tuntutan2 semasa yang ingin melihat perubahan berlaku dalam kampus. Ada yg mirip kita, tapi tidak bersama. Ada yang nampaknya berbeza pegangan, tapi bersatu pada matlamatnya.

    Maksud saya, apa jawapan yang terlintas di fikiran yang berpadu ilmu, jika di ajukan soalan, ‘Apa saya akan dapat kalau sokong Saudara/i?’
    Soalan ini mungkin diajukan pada individu yang bertanding tersebut. Mungkin ada di kalangan ustaz atau ikhwan/akhowat dapat respon?

    Jazakumullahu khairan

    • ibnu omar says:

      pada saya…perjuangan politik kampus itu tak banyak beza dari apa yang berlaku di luar di dunia nyata…cuma target dan golongan yang di amanahkan sahaja berbeza…segala hak mahasiswa,perihal kampus…soal maksiat yang berlaku dan berleluasa, penguat kuasaan atas tindakan yang berlaku…hubung kait dan kerjasama dengan pelbagai agama n kaum…apa yang akan dapat? setiap usaha baik itu akan mendapat balasan dari Allah…lainla kalau menginginkan pulangan duniawi…

    • sufi mustika says:

      Apa yang nak diharap pada ahli mpp ni? (malah mpp yang sebelum-sebelum ini pun gagal walaupun kelihatan ramai yang menganut fahman politik kepartian Islam sekaligus memiliki kefahaman yang mendalam pasal Islam, mungkin)

      Saya perhatikan (di universiti saya la, UUM sebagai contoh) ramai sahabat kita yang berada dalam posisi sebagai ahli Kelab Rakan Masjid, Kolokium Pusat Islam (KPI), Perkim, usrah dan sebagainya (ni contoh di UUM). Namun, apa yang saya dapati, masih banyak program2 dakwah masih gagal menepati piawaian mereka sebagai mahasiswa dakwah (sebab banyak program dibuat dalam hutan ataupun sekadar bertemu dengan kelompok usrah dari IPT yang lain).

      Saya katakan, kita punya foyer library, namun mengapa tiada satu inisiatif daripada anda dan sahabat anda untuk melakukan program dakwah disana? program masih di masjid dan kolej kediaman.

      Aduhai saudara-saudariku, Islam dah teruk difitnah, dilabel sebagai agama keganasan dan umat dunia disebarkan dengan wabak islamophobia, namun, mengapa kita semua yang sering mengatakan Islam sebagai way of life masih gagal untuk menjernihkan kekeruhan ini? (malah masih memekik terlolong sambil berdemonstrasi yang tiada manfaat langsung malah membuang duit, masa dan tenaga).

      Mengapa rakan-rakan kita tidak sahaja mengadakan sesi seminar penerangan ‘Islam Bukan Agama Keganasan’(sebagai contoh) di foyer library atau mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan mahasiswa yang lain.

      Saya terkilan lantas bersedih ekoran program dakwah masih kelihatan sehala dan beku (malah tajuk dan objektif program pun masih tidak matang, saya tak faham apa sebab akhil hay dijemput sampai 2 kali sedangkan ceramahnya isi yang berulang malah baik tengok dalam youtube je). Tidak saya nampak pun inisiatif daripada pihak yang giat perjuang Islam ini dan sahabat untuk mengubah paradigma bukan Islam, supaya walaupun mereka tidak mahu memeluk Islam namun hati mereka lunak dengan Islam.

      Apakah program-program ini melanggar AUKU? Pastilah tidak (dan kalau langgar nampaknya perlu diadakan sesi penerangan aqidah islamiyah kepada pihak yang membantah). mengapa masih nak bising masalah AUKU, apakah tela tamat AUKU dakwah kita akan berjaya. AUKU tu sebanarnya kita difokuskan dengan politik semata. biarkanlah dulu politik-politik ni. fokuskan dakwah dahulu.

      Kita perlu mengubah erti kebangkitan mahasiswa (lebih khusus kepada para perjuang Islam) daripada istilah yang sering difahami iaitu bangkit dengan berdemonstrasi(mungkin) atau mahu kelihatan berani dipenjarakan. jadikanlah kebangkitan mahasiswa itu daripada sudut apabila banyak pula mahasiswa dapat kita tarbiyah terima Islam (bukan masuk parti politik Islam), banyak mahasiswa menutup aurat dan gejala sosial dalam kampus dapat kita kurangkan. bangkitkanlah mahasiswa dengan ilmu dan semangat (ilmu yang bersifat kefahaman mengikut zaman dan waktu, bukan ilmu seperti yang dituntut di kampus)

      Barangkali itulah kesilapan dan kekeliruan kita akibat membaca buku bersifat sehala sahaja (bukan salah buku itu tapi kita gagal memahami dan mengikut zaman). Dalam usrah buku yang digunakan adalah karya2 tokoh2 ikhwanul muslimin IM (dalam usrah saya la namun saya hampir pasti usrah yang lain pun begitu juga).

      Kenapa tak digali juga pemikiran Malek ben Nabi (pemikir dari Algeria), Naquib al-Attas, Ali Shariati, Sayyid Hussien Nasr (jangan difokus kepada ke’syiah’an mereka) atau banyak lagi. Mereka ini berkarya dan tak perlu masuk penjara untuk menegakkan pemikiran Islam malah tulisan mereka dikaji oleh dunia barat dan timur malah lagi diakui ketokohan mereka dalam pemikiran pembangunan tamadun manusia.

      marilah kita menjana kematangan mahasiswa Islam dengan berprogram mengikut aliran zaman dan semasa. bangkitkan mahasiswa dengan itu yang menyentuh umat Islam seluruh dunia.

      saya minta maaf jikaterkasar bahasa namun saya pun turut tak mampu untuk bertindak apa-apa kerana tiada jawatan yang dipegang (bukan nak lobi supaya bagi jawatan) namun saya hanya mampu menerngkan perihal Islam dan menjernihkan kekeliruan mengenai Islam kepada sahabat kita yang bukan Islam namun hanya dalam skala yang kecil.

  10. alqasam says:

    Ustaz,

    Terima kasih for recommended us this book. A will but it inshAllah.
    Cuma nak tanya, adalah Ustaz Anis ini, pensyarah Uia bahagian Usuluddin yang aktif dalam Istac,kajian dan perbincangan tentang liberal tu?

  11. alqasam says:

    My apology. Typo: I will buy it Inshallah.

  12. mahasiswa says:

    buku ni di published di jakartakan… InsyaAllah saya akan dapatkan….
    Buat teman2 mahasiswa di Malaysia Selamat menunaikan tggjwb anda dalam PRK…. Buktikan yg kita sudah matang dan tak layak diperlakukan seperti budak sekolah lagi!!!!!!!

  13. sufi mustika says:

    begini ustaz.
    saya selalu memikirkan apa sebenarnya maksud politik Islam itu.
    merebut kerusi politik untuk menegakkan Islam, menjadikan Islam asas perjuangan atau menggunakan Islam untuk mendapatkan kekuasaan.

    rupanya politik Islam itu adalah bila Islam dijadikan matlamat, bejuang pulak dengan cara Islam maka nikmat Islam pula yang akan diperoleh. apakah nikmat Islam itu pula? mestilah bukan sama dengan nikmat selesa dikerusi empuk, makanannya enak-enak belaka, atau ada khidmat istimewa untuk mereka. tapi nikmat Islam itu, biar sedikit harta namun bersyukur, biar panas suasana namun terasa harmoni didada.

    namun bila dilihat zaman ini. adakah kita rasa semua itu. kita menyanjung demokrasi namun akhlak kita lebih melampau daripada negara pencipta demokrasi. memaki-maki, mengkafir-kafir, menuduh-nuduh, menfitnah-fitnah tapi mengaku diri seorang pejuang Islam.

    aduhai, betapa Islam itu sedang dicipta fitnah oleh penganutnya (baca:pejuangnya) sendiri. Islam agama kedamaian tapi kita mencipta haru-biru, Islam agama persaudaraan, tetapi jangankan sesama ahli politik Islam (walaupun semua mengaku menegakkan Islam), sesama ahli agama pun tak pernah bersatu (saya selalu terbayang andai majlis mufti, persatuan ulama dan ngo-ngo Islam bersatu menjadi pressure group, alangkah hebatnya). maka, apa lagi yang rakyat dan orang awam boleh harapkan lagi. orang politik bercakap mari kita bersatu, tapi sesama mereka pun berbalah, orang agama bagi kuliah, ceramah (lagi hebat la sebab guna dalil agama) ajak masyarakat bersatu tapi bab mubahalah pun berperang, maka kita yang golongan awam ni (ustaz tak la, ustaz ceghodik (cerdik)) nak harapkan apa lagi?

    barangkali dah berbuih jugak mulut kita cakap kembali kepada Al-Quran dan sunnah (dua golongan tadi jugak la yang cakap benda ni) supaya masyarakat kita bersatu bina negara dan maruah diri. tapi masih tak nampak sebarang perkembangan. bilangan golongan agama bertambah memang tak nafi (macam-macam fahaman pun diangkut sekali) tapi pelik juga bilangan jenayah pun tak pernah turun, bohsia bohjan tak habis, tambah lagi dengan rempit, black metal, tak tambah lagi krisis penceraian makin bertambah walaupun kursus nikah kahwin makin mudah didapati sekarang. tertanya jugak diri, (maaf la) apa yang golongan agama ni buat sekarang untuk baiki masyarakat?

    pilihan raya yang lalu parti Islam banyak jugak menang kerusi (tiga negeri pun dapat diketuai) tapi pelik juga bila negara makin rosak. mana slogan (bercakap dengan penuh semangat) ‘ISLAM ADALAH CARA HIDUP/AD-DIN/WAY OF LIFE (saya yakin malah imani hal ini tapi saya lebih yakin kita gagal nak capai sebab cara tu tak betul nak repair masyarakat).

    please ustaz fikirkan sesuatu (saya tak payah kot sebab saya orang awam, mana ada ustaz, tok guru nak dengar pandangan saya). kalau kita kata Islam mesti diperbaiki dari sudut ekonomi, bersama pejuang Islam yang lain sediakan bentuk ekonomi yang dilaungkan itu, bila kata Islam kuat melalui politik, sama-sama hasilkan bentuk politik yang agung itu.

    politik tak salah, Islam pun tak salah. yang salah kita dididik oleh pejuang Islam supaya bersama tegakkan Islam tapi malangnya kita tidak dididik supaya senantiasa berakhlak ketika berpolitik, berekonomi, berpendidikan (pasal tu yang keluar kes guru SIVIK (diulangi SIVIK) ditendang pelajar) dengan cara Islam.

    kita nak Islam tapi tak mula dengan cara yabg betul. kita kukuh dengan fikrah Islam tapi jiwa kita lupa nak didik cara Islam. kita kuat menyeru masyarakat bersatu tapi kita lupa nak tekankan peri pentingnya solat berjemaah, kita sibuk bincang nak tegak negara Islam tapi dalam keluarga kita lupa nak didik anak isteri ikut cara Islam. kita lupa nak mula tegakkan Islam dari dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, kampung kita, daerah kita dan seterusnya.

    hayatilah fiqh Al-Sirah. Rasulullah tak mula dengan keyakinan bahawa bila dapat negara maka mudahlah Islam naik tapi Rasulullah bangunkan modal insan (modal untuk dunia dan akhirat) iaitu para sahabat kerana Rasulullah tahu terbangun modal-modal ini maka negara itu datang kepada mereka dengan selamat. bangunan yang selamat dan kukuh adalah bermula daripada tapak dan tiang yang kukuh negara yang selamat bermula daripada pembinaan masyarakat yang bersatu (yang Islam menjadikan persaudaraan Islam melebihi daripada batasan politik dan bangsa) dan menegakkan tiang yang kukuh melalui banyaknya solat jemaah dihadiri oleh ramai jemaah.

    menggerak Islam melalui kaedah yang ditunjuk oleh Rasulullah adalah lebih mudah, selamat dan diberkati oleh Allah daripada berpolitik melalui kaedah demokrasi. berdemokrasilah namun jangan sampai kita tertipu tanpa sedar dengan agenda jahat musuh-musuh Allah (kalau musuh-musuh kita tak pe lagi sebab mungkin bermusuh atas kepentingan peribadi). akhir kata saidina umar pernah berkata. aku tak risaukan kamu semua tiada kefahaman yang mendalam tentang Din ini tapi aku risaukan kamu punya pengetahuan yang mendalam mengenai Din ini tapi kamu terlupa belajar lantas mengawasi tipu helah licik daripada musuh yang bercita-cita untuk menghapuskan Din ini.

    ya salam.

  14. ildafluz says:

    saya pernah melihat beberapa buku ust anis matta di toko-toko di jakarta ni. namun sejak akhir-akhir ini, bila ust anis matta menimbulkan kontroversial dalam jamaah disini dengan slogan ‘bebas, peduli dan terbuka’, saya belum berani menerapkan fikrah beliau.

    mungkin saya dapat menjadi peneliti dengan mula membaca buku yang ustaz sarankan, “MENIKMATI DEMOKRASI: STRATEGI DAKWAH MERAIH KEMENANGAN” terbitan Insan Media Publishing House..tapi saya belum terserempak dengan buku ini di mana-mana, agaknya perlu membuka mata hati dulu sebelum mencari.

    ada benarnya pada pernyataan, ‘hikmah itu suatu yang hilang dari kaum muslimin’. jika dari sesama muslim sendiri kita tidak dapat mengambil hikmah, bagaimana kita bisa belajar dari tamadun lain yang terkadang berjaya meneroka hikmah sesuatu itu lebih baik dari umat islam. teringat pengalaman talaqqi buku 7 habits di permai 2008 :-) .

Leave a Reply