Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli

Saya tidak boleh menulis!!!
Baru seperenggan, saya kebingungan. Terhenti seketika. Sambung balik, sangkut semula. Fikiran bersimpang siur, tangan gagal menterjemahkannya.
Aduh… ini suatu penyiksaan.
Banyak yang terbuku di hati, tetapi semuanya beku, sulit dituliskan.
Penceraian, pergaduhan, skandal dan entah apa lagi… hingga saya terasa panas tempias murka Allah pada Surah al-Tahrim ayat 6 itu [66: 6]. Bagai menyala-nyala api kemarahan Allah SWT dek rumahtangga dibiarkan dalam murka-Nya.
Murka kerana bermain-main dengan penceraian.
Murka kerana bermain-main dengan poligami.
Murka kerana bermain-main dengan perkahwinan.
“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka”
Begitulah kritikalnya institusi rumahtangga masyarakat kita. Sekurang-kurangnya di kalangan segelintir pembaca saifulislam.com. Oleh kerana mereka datang ke sini, menghubungi saya dan meminta pandangan saya berkenaan hal ini, maka saya jadi semakin terdesak untuk banyak menyentuh soal rumahtangga dalam penulisan. Reaksi kepada tuntutan dan keperluan.
Cabarannya, saya tidak dibenarkan mengulas kisah mereka biar pun selama ini saya menyampaikan cerita secara anonimus. Sedangkan menjaga identiti mereka adalah sesuatu yang terlalu asas buat saya sebagai penulis apatah lagi seorang MUSLIM yang pernah bertugas sebagai kaunselor.
Segelintir mengenali saya menerusi blog, mengambil manfaat dari blog tetapi kemudiannya menghalang saya dari terus menjadikan blog ini bermanfaat.
Apa-apa pun, berikut adalah rumusan saya kepada lambakan kes yang menghantui diri saya.
POLIGAMI
Banyak sekali yang berkaitan dengannya.
Antaranya ialah kegusaran muslimah-muslimah yang bakal berkahwin, disebabkan oleh ‘ugutan’ tunangnya bahawa si lelaki keberatan untuk berkahwin sehinggalah tunangnya dapat meyakinkan beliau bahawa dia menerima, mengimani malah bersedia untuk dipoligamikan, walaupun kata si lelaki, dia tidaklah pula berhasrat untuk berpoligami!
Ini adalah satu kebodohan dalam beragama, perkataan yang lunak sedikit daripada kalimah GHULUW (melampau)!
Entah mengapa, poligami sering menjadi subjek yang membodohkan kaum lelaki dalam berfikir tentang agama. Apa sebenarnya yang mereka faham tentang poligami ini saya pun tidak pasti.
“Beritahu kepada calon suami, bahawa kamu tidak bersedia untuk menjadi isterinya sehinggalah kamu dapat diyakinkan olehnya bahawa dia itu adalah calon syuhada’ fi sabilillah. Kalau dipanggil, sanggup mati dalam jihad“, itu sahaja pesan saya kepada perempuan-perempuan ini.
“Ehe, tak adalah sampai macam itu ustaz. Tunang saya tidaklah bersungguh-sungguh memaksudkannya sampai begitu!”, salah satu balasan yang saya terima berbunyi begini.
Pulak!!
“Habis, apa tujuan saudari menulis kepada saya?”, saya kepanasan.
Jangan bersusah payah meminta pertolongan jika diri belum bersedia untuk ditolong. Kalau meluahkan masalah sebesar soal perkahwinan, sekadar untuk bersembang dengan saya, tetapi tidak serius dalam mencari penyelesaian, ia sungguh membuang masa dan menghina institusi perkahwinan.
Mengadu pasangannya bermasalah, tetapi berat mahu menerima analisa telus tentang masalah pasangannya. Mungkin bukan pasangannya yang bermasalah, tetapi dirinya sendiri. Banyak kes perempuan yang ditindas dalam perkahwinan, berpunca dari diri mereka sendiri yang menyediakan diri untuk ditindas dan dimanipulasi!
SALAH ALASAN
Ada beberapa lagi kes berkaitan dengan poligami yang diajukan kepada saya.
Termasuk juga dengan kes lelaki berpoligami dengan alasan yang salah.
Kebanyakan lelaki (bukan semua) yang berpoligami, adalah terdiri dari dua kumpulan lelaki yang ekstrim:
Lelaki pertama adalah mereka yang sangat berkemampuan khususnya dari aspek kewangan.
Manakala lelaki kedua adalah mereka yang duduk lebih rendah dari isteri. Lebih rendah, khususnya suami yang bergaji kecil berbanding isteri, atau suami yang beristerikan wanita yang lebih tua, atau yang berkelakuan lebih tua dari suami.
Bagi lelaki yang berpoligami dengan aspek kewangan yang kukuh, saya tidak mahu mengulasnya. Tetapi bagi golongan lelaki yang tidak berkemampuan tetapi berpoligami, ini yang sering diadukan. Dengan gaji kecil dan beristeri satu pun sesak nafas di hujung bulan, mengapa mereka menggandakan tanggungan dengan berpoligami?
Sebahagian daripada apa yang saya rumuskan ialah; antara punca penting mengapa mereka yang seperti ini berpoligami ialah kerana mereka mencari sense of superiority yang tidak diperolehi dalam rumahtangga yang pertama. Sebagai lelaki, harga dirinya banyak bergantung kepada ruang untuknya mendominasi rumahtangga itu dan ia sinonim dengan watak seorang suami (lelaki).
Tetapi jika dia dibiarkan duduk lebih rendah, bergaji kecil dan bergantung kepada isteri, biar pun dimanjakan oleh isteri dengan kereta dan lain-lain ‘kurniaan’ dek keupayaan yang ada pada isteri, akhirnya suami itu akan kehilangan ‘kelelakian’nya.
Ia akan menjadi inner struggle di dalam dirinya.. bermula dengan low self esteem bertahun-tahun, lalu dia bangkit dengan memilih untuk berpoligami walaupun TIDAK MAMPU, kerana dia mencari sense of superiority itu tadi. Ia boleh terhasil dengan mengahwini beberapa kategori perempuan, misalnya dengan yang jauh lebih muda. Seniority juga adalah salah satu sumber superiority.
“Habis apa yang patut dibuat?”, saya disoal.
“Entah!”, saya berusaha untuk jujur memberikan jawapan.
Dan isu poligami ini terus menerus menjadi kes popular yang menyesakkan dada saya. Dan Ummu Saif barangkali.
PENYELEWENGAN SEKS
Sinonim dengan perkahwinan, persoalan seks juga timbul dengan begitu kritikal. Banyak sekali kes yang membabitkan seks.
Yang berilmu agama terbabit dengan seks.
Yang berpakaian agama terbabit dengan seks.
Yang berjuang untuk agama terbabit dengan seks.
Kesemua ini adalah seks yang membabitkan benteng-benteng akhir harapan semua. Setelah seks menjadi begitu biasa dalam kehidupan ramai, didikan agama diharapkan sebagai benteng akhirnya. Namun benteng akhir itu juga rebah sama.
INTERNET
Mungkin ini penangan internet dan bahana langit terbuka! Di samping jati diri yang semakin terhakis dari iman, internet menjadikan manusia liar dengan libido mereka. Oleh kerana terlalu banyak kes ganjil membabitkan seks pincang sebegini, pesanan Nabi SAW agar mencari pasangan hidup yang beragama itu, semakin sulit untuk ditakrifkan.
Manusia berwajah dua, selaput nifaq yang menyulitkan usaha mengenal intan di celah kaca.
Hajat asal mahu mencari yang beragama. Tetapi golongan yang belajar agama atau berpakaian cara orang faham agama juga termasuk dalam senarai pencetus masalah. Perosak rumahtangga orang, enteng dengan seks dan macam-macam lagi. Petah pula berhujah dengan alasan-alasan agamanya untuk menjustifikasikan salah laku masing-masing.
“Tidakkah berdosa awak menghalang suami awak berkahwin lain”, ujar seorang ‘muslimah’ kepada isteri kekasihnya…. sebuah petikan dari siri masalah yang dirujuk kepada saya.
Wah, mempertahankan suami yang juga bapa kepada anak-anaknya jadi dosa. Berdamping dengan suami orang mahu dicampak ke mana?
Saya sesak dada.
Justeru saya mencadangkan dalam urusan mencari pasangan hidup, berterus terang sahajalah dengan soalan yang direct to the point. Biar pun perempuan itu berjubah dan bertudung labuh sekali pun, tanya sahaja, “apa pengalaman dan pandangan awak tentang seks?” Jika lelaki itu aktivis dakwah sekali pun, tanya sahaja soalan yang sama.
Sebagaimana Ummu Saif berbelah bagi mahu bertanya kepada pesakit berketayap lagi berjanggut yang datang ke hospital dengan penyakit berkaitan hati (liver), “pakcik pernah minum arak?”
Terpaksa bertanya, kerana dunia ini banyak sisi gelapnya. Kasih Allah menyembunyikan sejarahnya, tetapi simptomnya terbit pada fizikal dan kelakuan.
MUNGKIR JANJI
Semua kes yang datang kepada saya, disertai dengan pesanan agar saya tidak mengulasnya di blog. Saya akur. Namun ia membekukan saya. Membingungkan.
“Arghh, Ustaz Hasrizal mungkir janji! Kan saya dah pesan jangan cerita kisah saya di blog!”, mungkin ada pembaca yang mukanya merah padam marahkan saya.
“Ehh, saya bukan cerita kes awak. Saya cerita kes orang lain”, itu jawapan saya.
“Habis, kenapa sama dengan cerita saya?”, tanyanya lagi dengan nada marah.
“Itulah yang meresahkan saya. Sama, sama dan sama!”, saya mengurut dada.
TIDAK PUTUS ASA
“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]
Menyebut kerosakan ini dengan rasa unggul diri adalah kecelaan.
Menyebut kerosakan ini dengan rasa putus asa juga adalah kecelaan.
Menyebut kerosakan ini dengan memandang hina kepada orang ramai adalah kecelaan.
Maka saya mengambil hadith di atas sebagai peringatan, bahawa himpunan kes-kes ini diketengahkan untuk menyedarkan diri saya dan kita semua, bahawa suatu usaha yang serius mesti dilakukan untuk menyelamatkan institusi keluarga kita.
Kita biasa bertemu dengan kuliah Tafsir, Hadith, Sirah, Siasah, Muamalat dan cabang-cabang agama. Namun amat sukar untuk mencari majlis-majlis ilmu yang mendidik hadirin menyelamatkan diri, untuk menyelamatkan keluarga dari murka Allah. Keibubapaan, hubungan suami isteri, rumahtangga Muslim, masih menjadi ilmu sampingan dan kurang beroleh perhatian.
Belajarlah untuk menjadi suami, belajarlah untuk menjadi isteri, belajarlah untuk menjadi bapa, belajarlah untuk menjadi ibu, kerana semua itu teras Tarbiyah, seni membentuk manusia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
siiru ala barakatillah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz hasrizal,
Pengisian sebegini menyedarkan kita betapa, sisi seorang suami dan isteri sentiasa memerlukan tarbiyah. Semoga keluarga bahagia akan sentiasa terbina..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
satu lagi peringatan yg baik utk sy…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin ustaz perlu bercuti…..cadangan saya mungkin kelihatan ‘menongkah arus’ mood entri ni, tapi kadang-kadang saya rasa (berdasarkan pemerhatian ringkas entri terdahulu) ustaz membawa tekanan yg agak berat. Harap jangan salah faham, saya mengagumi ustaz, dan melihat ustaz sebagai individu yg mempunyai kualiti utk bergerak sebagai pejuang Islam tapi ustaz juga seorang manusia, yg memerlukan rehat. (tapi jgn lama sangat sebab tak seronok kalau tak dapat baca artikel ustaz ,,hehe)
Respond to this comment [with empathy]
princesshikari reply on October 17th, 2008 11:33 am:
betul.. ustaz memerlukan cuti.. ustaz mcm stress je.. huhu.. mungkin dgn cuti ustaz dpt berfikir dgn lebih tenang, lapang, dan dpt lebih byk idea2 baru, insyaAllah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalammualaikum wbt..
Secara teori, perkahwinan mampu selesaikan sebahagian besar masalah tapi nampaknya realiti perkahwinan sekarang tidak menyelesaikan masalah lain..
Erm..
Respond to this comment [with empathy]
ridwanto reply on October 17th, 2008 11:30 am:
setuju sangat dengan pandangan hiten mitsurugi…
Respond to this comment [with empathy]
shiha reply on October 17th, 2008 11:45 am:
Waalaikumussalam..
Sejujurnya, realiti amat sukar sekali utk exactly sama seperti teori. Banyak variables lain yang perlu diambil kira di alam realiti. Tengok sajalah eksperimen fizik waktu tingkatan 5 dulu. Berapa kerat sangat yang dapat result yg betul2 perfect? Sedangkan dah ikut sebiji – sebiji metod/tatacara eksperimen yang diberikan.
Tambahan pula realiti perkahwinan sekarang yang semakin bertambah variablesnya, tak seperti dulu. Seperti yang telah diulas oleh Ustaz sendiri. Dulu2 takde internet, takde sms, takde Astro.
Saya nampak satu lagi faktor dlm isu rumahtangga ini, dan specifically utk sesiapa yg meminta bantuan dari Ustaz. Bolehkah kalau saya kata, kematangan juga memainkan faktor yg penting? Membaca kepada respons yg diberikan kpd ustaz, ada sesetengahnya seolah – olah tidak matang dalam menilai jawapan atau tindakan ustaz (ie, marah kerana menyangka masalahnya diceritakan di blog). Implikasinya agak besar. Adakah itu juga bermakna, ada yg kurang matang dalam mengharungi bahtera perkahwinan? Saya sendiri tercari2 jawapannya.
Matang tidak selalunya boleh dikaitkan dengan umur. Ada yg baru 18 tahun, tapi dek kerana kesusahan hidup, dia menjadi lebih matang dari usianya. Ada yg dah berumur 35 tahun, tapi kerana tak biasa susah, dia menjadi lebih manja dari budak kecik. Maafkan saya jika saya tersilap tafsir, tapi itulah yg difikirkan. Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, kerana yg sesungguhnya yours truly ini juga amat memerlukan postmortem pada diri sendiri. Sekadar thinking out loud dan berharap agar ianya dpt dibincangkan bersama.
Allahua’lam. Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
gud artikel…ust, surah at tahrim ayat 6 kan…bukan 66…mesti silap type…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz..
macam 2 la.. semakin canggih dunia semakin banyak masalahnya,
semakin tinggi bangunan, semakin banyak bencananya..
semakin tinggi pendidikannya, semakin rendah akhlaknya..
pada asasnya, semua memerlukan iman di dada, dan aplikasi iman dalam kehidupan seharian..
mungkin kita kurang berdoa,
mungkin kita kurang bertawakkal,
mungkin kita kurang berzikir..
banyak hal2 kecil yang kita abaikan dalam kehidupan yang impaknya cukup besar..
dunia semakin tua, akhirat semakin hampir,
kurangkan tidur, perbanyakkan zikir..
p/s: lepas baca artikel ni rasa takut pulak nak kahwin dan cari pasangan..semoga kita dipermudahkan dalam segala hal..
Respond to this comment [with empathy]
Mazlina reply on October 17th, 2008 1:09 pm:
I second u on your thought annyssa
Respond to this comment [with empathy]
seri reply on October 22nd, 2008 12:39 pm:
saya setuju sangat-sangat..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz…
saya ader pernah terbaca satu hadis tu…
tapi tak ingat sgt…
sbb dah lama baca…
ada satu cerita tu,
seorang sahabat berjumpa Rasulullah SAW bertanya untuk mendapat kesenangan kerana sahabat itu sangat susah…
Rasulullah SAW menyuruhnya berkahwin..
selepas beberapa lama, sahabat itu dtg berjumpa Rasulullah lagi..
dia menyatakan hal yang sama…
Rasulullah menyuruhnya berkahwin lagi…
begitulah seterusnya sehingga isterinya yang ke-4 baru hidup sahabat itu senang…
kerana berkahwin itu, Allah membuka pintu2 rezeki….
dalam konteks itu…
masihkah alasan berpoligami ini diguna pakai zaman sekarang…
sebab saya terdengar dari mulut seseorang alasan untuknya berpoligami…
minta perjelasan….
wasalam….
Respond to this comment [with empathy]
pandan reply on October 17th, 2008 1:57 pm:
Salam,
Sy nak kongsi sket pasal rezeki bertambah lps kahwin 2. Pengalaman sy sepanjng 2 thn suami berkahwin secara rahsia, beliau tlh 5 kali bertukar tempat keje (majikan yg sama). Dan yg paling malang sekali projek ternakan yg diusahakan dgn susah payah mencari tanah, financier dan ternakan sehingga sy dipanggil polis pencen sibuk ty mana nak pergi, TELAH TERBENGKALAI!
Mungkinkah kerana ketidakikhlasan dan kejujurannya memberitahu hal sebenar pernikahannya dgn gadis yg tidak sy restui kpd sy dan anak2 menyebabkan hal ini terjadi?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sememangnya berurusan dengan MANUSIA memenatkan dan kadang-kadang merumitkan.Bukan berpunca dari masalah itu sendiri tetapi rumitnya kerana SIKAP.
Ana dapat lihat ustaz semakin hari semakin tertekan,sekali lagi bukan kerana subjeknya kewangan sebagai contoh tetapi tertekan kerana MANUSIA.
Ada certain hal perlu kita sentuh dan banyak yang perlu ustaz katakan…
“Lu pikirla sendiri”…
Masalah tidak besar,tetapi diperbesarkan. Masalah tidak rumit,tetapi dirumitkan.Masalah tidak panjang,tetapi diperpanjangkan..
“Hijrah” mungkin choice yang ustaz boleh dipertimbangkan kembali…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz.
tak salah membincangkan masalah yang diajukan. mungkin si penyoal berasa tak ’secure’ kerana halnya diceritakan.
tapi ini realiti kehidupan. kalau dikira aib, ustaz sendiri tak cerita secara detail masalah cuma, masalah yang ‘biasa’ berlaku.
Masalah mudah macam tu memang patut dibincangkan, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Pepatah Melayu, “da terhantuk baru nak terngadah”. masalah sekarang, walau dah diberi tahu, amaran akan keburukan @ kemudharatan sesuat, masih ada yang ‘tak perasan’ @ ‘tak apa’ dengan apa yang sedang berlaku, kemelut yang melanda dirinya.
Bila ‘azab’ datang, baru nak taubat dll.
Lebih dahsyat lagi, ada yang tak pernah serik.
kritikal masyarakat kita sekarang..
“moga Allah tetapkan iman kami dan beramal serta taat pada Mu”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalammualaikum ustaz,
Sungguh berguna nasihat ustaz. InsyaAllah akan menjadi salah satu panduan mencari keredhaan Allah. Berehat ustaz jangan lupa datang ke Penang
(Ingat saya x? X staff BIT).
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 22nd, 2008 12:58 pm:
Wsalam wbt.
Akhi Refnaldy… tentu sahaja saya kenal. Mukmin Profesional dari BIT. Anta di Penang pulak sekarang ye?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah..
baru tahu, ini rupanya yang meresahkan…
saya tidak tahu nak selesaikan bagaimana, cuma, moga2 perdampingan dengan Allah diperhebatkan,disamping usaha2 lain….
moga dipermudahkan urusan ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Susahnya nak cari calon yan baik sekarang.
Bagai mencari gagak putih…
Luar baik, dalam jahat.
Luar jahat, dalam baik…
Alangkah indahnya kalau dpt btemu dengan yang baik keduanya..
Ana yang ckp ni pun bukannya baik sangat pun…
Sedarlah wahai insan….
Kalau beterusan mcmni… runtuhla institusi kekeluargaan…
–*ish, aku mngeluh ke?*–
Respond to this comment [with empathy]
sicko reply on October 20th, 2008 3:54 am:
ye ke susah nak cari?
atau tak tahu kat mana nak cari?
pasal banyak juga dengar kes-kes sister yg baik2, tapi payah nak jumpa calon suami yg baik….
so, kalu ada gak laki yg kata susah mak jumpa calon isteri yg baik….
terpikir….
adakah kita selalu mencari ditempat yang salah??
bak kata sapa dah tak ingat,
memang la tak jumpa-jumpa calon yg baik, kalau kita asik dok cari kat KLCC ataupun internet chat room….
*sori keluar topik*
Respond to this comment [with empathy]
dasarhati reply on October 20th, 2008 12:29 pm:
salam,
pada pemikiran saya yang banyak kekurangan ni…kita terlalu mencari kesempurnaan dan kebaikan dalam diri orang lain. sampai kita terlupa yang kita pun ada kekurangan dan pernah melakukan kesilapan. jadi bila kita mencari calon, kita pentingkan yang cantik di mata kita – cantik dari segi segala-galanya. masalahnya bila kita nampak sedikit yang tak cantik pada seseorang…terus la kita batalkan hasrat. ada ke manusia di dunia ni yang semuanya cantik? kalau ada pun, bila dia buang angin misalnya, yang keluar bau busuk juga…
kalau kita terima kenyataan yang kita pun ada kurang dan ada buat silap – tak usah dikira dulu level mana pun kesilapan dan kekurangan kita kalau nak dibanding dengan orang lain, ukuran tu dalam kekuasaan dan hak Allah – maka lebih senang kita membuka hati dan mata untuk dapat pasangan yang sesuai dengan kita. Selagi sama-sama sentiasa berusaha memperbaiki yang kurang pada diri sendiri, sepatutnya mencari pasangan hidup tak perlu jadi sesuatu yang komplikated dan ditakuti…
Di internet chat room dan KLCC pun ada permata di celahan kaca…kalau ikut luahan rasa Abu Saif, bila benteng terakhir agama pun roboh dek salahlaku seks, maka di masjid dan majlis ilmu juga ada kaca di celahan permata…semua orang ada melakukan kesalahan. Yang kita cari, orang yang berusaha bangkit dari kesalahannya dan tak mahu lagi mengulanginya. Kita perlu ada kekuatan dan kriteria dalaman untuk menilai…usah disalahkan persekitaran…lebih baik kita betulkan pandangan dan pemikiran kita…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
begini ustaz.
bila sebut poligami banyak orang fikir bahawa lelaki kahwin lebih daripada sorang. yang tu betul tapi bila mintak pandangan masing-masing. lain la maksudnya.
tanya perempuan kata suami tu nak menggatal, kenapa kahwin dengan anak dara kenapa tak cari je janda yang ramai anak dan susah pulak hidup mereka.
tanya yang lelaki katanya kami nak ikut sunnah nabi (walaupun kadang-kadang sunnah solat jemaah langsung tak diberatkan walhal nabi nak bakar je rumah lelaki yang mari solat jemaah). ikut sunnah tu betul tapi cara yang nak dibuat tu betul ke?
pada saya perkahwinan ni antara cara bagaimana melatih lelaki untuk jadi pemimpin (apa saja jenis pemimpin).isteri sebagai pembantu dan anak-anak yang taat soleh dan patuh perintah Allah Rasul ibubapa merupakan kejayaan sesebuah keluarga itu terutama kejayaan daripada kebijakan sang bapa berperanan sebagai pemimpin.patutnya ibubapa fikirkan perihal ini terlebih dahulu iaitu bagaimana mahu mendidik anak yang soleh?
pada suami yang nak berpoligami, perlu tanya diri sendiri aku ni mampu ke nak pimpin keluarga yang lebih besar. bukan patut dia fikir kemampuan dari sudut harta (zahir)dan kasih sayang(batin) sahaja. seperti ayat at-Tahrim yang ustaz petik tadi, tapi suami patut fikir,mampu ke aku nak didik anak-anak dan “isteri-ISTERI” aku daripada diazab oleh api neraka. berat tanggungan, dosa sendiri lagi, gagal didik anak isteri lagi.
kita tak perlu nak persoal dengan siapa suami nak kahwin. anak dara atau janda tapi ingatkan suami tu awak tak takut ke dengan tanggungan semua ni, tambah dengan azab api neraka lagi. kalau dia ikhlas biarkan la sekalipun dengan anak dara tapi malangnya banyak suami hari ni bukan sahaja gagal nak tarbiyah anak isteri, diri sendiri pun tak lepas. solat pun masih tunggang langgang.
kejayaan suami berpoligami tu pulak bukan setakat nak diukur dengan mewah anak-anak dan “isteri-ISTERI”. tapi adakah isteri yang bermadu itu dapat ditarbiyah oleh suami untuk sabar redha dan dapat menerima isteri suaminya yang lain. kita patut hormat suami begini yang mampu mentadbir rumah tangga sebegini harmoni.
barangkali rasulullah berpoligami bukan untuk menunjukkan bahawa lelaki boleh kahwin lebih atau apa tapi yang rasulullah nak tunjukkan bahwa pemimpin yang berjaya adalah mereka yang berjaya mentadbir kerajaan rumah tangga terlebih dahulu dengan penuh kebijaksanaan sekaligus dapat meraih suasana yang harmoni. malu la bagi kita yang nak jadi pemimpin tapi anak isteri pun masih tak mampu nak ditarbiyah (solat jemaah pun kadang-kadang diadakan dirumah) apatah lagi nak tambah bilangan isteri.
setakat ini dulu. nanti saya tambah lagi insyAllah.
ya Salam
Respond to this comment [with empathy]
pandan reply on October 18th, 2008 2:03 pm:
Salam,
Sy sgt setuju dgn komentar ustaz ttg salah alasan utk berpoligami bg yg tak berkemampuan dr segi kewangan. Tp biarpun salah alasan krn mencari self superiority, inner struggle dan sense of superiority si suami dgn merahsiakan perkahwinan dr pengetahuan isteri & anak2 serta umum boleh menimbulkan fitnah yg bukan sedikit?
Bukankah dgn tidak berterus terang kpd isteri membuktikan secara terang2an ketidakikhlasan kasih sayng suami terhadap isteri selama ini?
Bukankah dgn menipu membuktikan rendah dan lemahnya iman suami? Jika begini keadaannya bagaimana mungkin suami dpt mengendalikan 2 isteri, sedangkan seorg isteri pun tidak mampu dikendalikannya. Apatah lg dgn anak2 yg bermacam ragam dr umur remaja hingga ke 3 tahun?
Apa yg boleh diharapkan oleh isteri pertama jika suami sebenarnya pun mengharapkan isteri kedua utk membimbingnya?
Apa erti perkahwinan jika isteri shj yg berusaha untuk mencari rahmah dan mawaddah sdgkan suami langsung tidak menyumbang ke arah itu
Bg sy suami sedemikian hanya pentingkan diri sendiri langsung tak ambil kira perasaan anak2 yg mash terkapai2 mengapa ayahnya tak pulang ke rumah bila malam hari.
Dan dgn demikiannya keadaan poligami spt ini maka isteri pertama akan bertambah2lah lagi bebanan utk menanggung keperluan kewangan keluarga & anak2, membelai emosi anak2 yg sering ditinggalkan, membelai emosi sendiri yg sering turun dan naik…
Respond to this comment [with empathy]
seri reply on October 22nd, 2008 12:50 pm:
saya setuju juga dgn ustaz. Saya nampak masalah rumah tangga menjadi-jadi di Mlaysia ni sebab suami semakin kurang nilai kepimpinan. Suami yang CULAS dalam soal ibadah takkan mampu menjadi ketua yang dihormati kerana jauh dari pertolongan Allah. Kepada suami-suami yang membaca blog ustaz ni,saya seru agar anda bermujahadah untuk solat subuh berjemaah di Masjid atau surau-surau. Muslimin yang mampu bagun bersolat subuh berjemaah mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang hebat ..Malangnya di Malaysia, bilangannya sangat membimbangkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
dulu terkejut budak pompuan beli kondom pakai baju sekolah,sekarang dah tak terkejut lagi.libido?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih atas komen-komen yang baik. Malah teruja sebab banyak komen dari geng-geng suami. Saya ke Kuantan hingga Ahad. Mudah-mudahan dalam cuti hujung minggu ini lebih banyak lagi komen membina yang boleh dikumpulkan di sini. Salam ukhuwwah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
moga entry ni bermanfaat buat mereka yang berumahtangga dan yang akan berumahtangga..
jazakallah ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sesak dada saya juga bila asyik membaca kisah masalah rumahtangga… tapi inilah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang. Pada pendapat saya kebanyakan (bukan semua) yang datang mengadu kepada ustaz hanya memerlukan ‘a shoulder to cry on’ sebab itulah bila diberikan saranan jalan penyelesaian, bagai acuh tak acuh saja dia terima, dan ada sesetengahnya hanya untuk menjustifikasikan salah laku masing2.
The key point yang dah byk kali ustaz ulang dan sebut dalam article adalah komunikasi antara pasangan, saya rasa punca kebanyakan masalah adalah komunikasi yang tak telus, tidak jujur terhadap pasangan. Setiap rumahtangga pasti ada dugaannya, tetapi dengan akal kita dan pergantungan terhadap Allah, insyaAllah setiap individu mampu mengatasinya, asalkan ada kemahuan, pasti Allah tunjukkan jalan. Bukannya mencari jalan singkat yang boleh menambahburukkan lagi masalah yang sedia ada.
Akhir kata, saya juga berharap yang ustaz dapat berehat seketika untuk kurangkan stress, disebabkan oleh sikap manusia keliling yang makin jauh dai nilai2 Islam, pada syariatullah dan sunnatullah. Semoga ustaz sekeluarga sentiasa dalam redha Allah SWT.
Respond to this comment [with empathy]
seri reply on October 22nd, 2008 12:54 pm:
saya setuju dgn ummu hamzah..komunikasi adalah jambatan kepada penyelesaian masalah..tapi macamana klu suami kita suka mengelak untuk berbincang dan menyelesaikan masalah,sebaliknya lebih suka mengelak dan memberi alasan “malaslah nak pikir”..?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dalam 3 hari Ustaz ke Kuantan ini, mudah-mudahan ‘terjauh’ sekejap daripada SIO ini, seperti kata pengkomen di atas, belasungkawa, ustaz perlukan rehat.
Mudah-mudahan safar ke Kuantan membuka ruang yang baik untuk Ustaz berehat dan mencari momentum.
Siiru ‘alaa barakatillah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
memang berat entry ust kali ni,sy pn turut merasainya…bermacam2 kisah,pengalaman dan juga sikap yang kita temui di alam yg sementara ini..dari bab yg masih bujang mencari pasangan sehinggalah yg dh berumahtangga,masing2 ade saja yg x kenenya..kisah2 rumahtangga ni plak secara positifnya memberi kesedaran tp bagi yg bujang2 ni pulak disalahtafsir pula..mentaliti menjadi takut utk berumahtangga dek mendengar kisah2 masalah yg berumahtangga..sy selalu mendengar masalah2 yg masih dlm perhubungan,dek mencari yg terlalu sempurna di mata,tatkala terdapat satu kelemahan pd pasangan,hubungan itu terus diputuskan,entahlah dimana agaknya nilai kasih sayang sesama manusia itu??saya pn kadangkala bingung melihat perkara2 seperti ini,mungkin benar juga,faktor kematangan dan komunikasi yg masih rendah dgn pasangan adalah diantara punca permasalahan ini..apepun,setiap permasalahan itu pasti ade jalan penyelesaian dan hikmah atas ape yg berlaku..muhasabah diri dan insafi diri..wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam… kesiannye tengok gambar Ustaz pegang kepala…. hmmm..
saya pernah sekali menghantar e-mail kepada ustaz nak kongsi masalah.. E-mail balasan drpd ustz sy simpan dalam folder khas untuk memudahkan rujukan. Alhamdulillah.. terima kasih Ustaz Abu Saif..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz,
Ini part yg paling memanaskan saya. Bikin panas ja :
“Ehe, tak adalah sampai macam itu ustaz. Tunang saya tidaklah bersungguh-sungguh memaksudkannya sampai begitu!”, salah satu balasan yang saya terima berbunyi begini.
Pulak!!
“Habis, apa tujuan saudari menulis kepada saya?”, saya kepanasan.
Sabar sebahagian daripada Sabariah.
Saya pun mengurut dada.
Respond to this comment [with empathy]
kerepot reply on October 17th, 2008 7:09 pm:
kalau tak kerana hadis last yg ust letak kat bwh artikel tu, maybe macam-macam perkataan mencarut yg keluar dr mulut saya. tapi setelah ditapis, sy rasa, org skrg makin bodoh. lelaki bodoh yg berpoligami memangsakan perempuan bodoh yg tak reti-reti nak menyelamatkan diri.
adeh… sakit jiwa sy memikirkannya. tak pn mcm yg ust pernak cakap dulu…. dari mak sampai ke anak… tak cukup kasih sayang…. hati-hati jadi ‘Ustaz Cinta’ ust. sy takut satu hari ni ada orang sihirkan ust sebab masyarakat dah giler tahap ni. nauzubillah
Respond to this comment [with empathy]
Ummusaif reply on October 18th, 2008 5:38 pm:
“lelaki bodoh yg berpoligami memangsakan perempuan bodoh yg tak reti-reti nak menyelamatkan diri”
Tepat kenyataan ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum wbt,ustaz.
Jazakallah atas perkongsian.Segala yang baik itu datang dari Allah,dan segala yang buruk itu datang dari?kelemahan insan yang bernama manusia itu sendiri.Namun,hakikatnya segala-galanya adalah ujian yang di datangkan oleh Allah kepada sekelian hambaNya.Sejauh mana kita mentafsirnya dan sejauh mana kita menerima segala yang tersurat dan tersirat hasil daripada segala ujian tersebut,itulah yang bakal menjadi tuntutan di hari akhirat nanti.Bertemu janji Allah itu benar,namun sejauh manakah kita membenarkannya,lalu diterjemahkan ke dalam kehidupan kita,itulah yang menjadi dasarnya.
Golongan-golongan syaitan sentiasa menggunakan segala upaya dan tenaga untuk menjatuhkan kita ke ceruk kebinasaan.Walhal mereka sendiri(syaitan) amat takut akan murka dari Allah.Jesteru,marilah kita kembali bermuhasabah selalu.Sejauh manakah,agama mewarnai kehidupan kita..Andai hari ini,kita bisa untuk berpoligami,maka sudah pasti akan bertambahlah lagi bebanan dan taklifan yang akan terpikul di bahu kita,sebagai seorang suami,bapa dan menantu.
Amat gerun sekali,bila mana di hari kiamat nanti,usahkan saudara mara atau sahabat handai,hatta ibu dan anak sendiripun akan bimbang memikirkan hal dan urusan masing-masing di hari perhintungan kelak.semoga menjadi pesanan buat diri yang menulis komen terlebih dahulu.semoga kita bersedia untuk meluangkan sedikir ruang waktu bersendirian bersamaNya,di seketika malam.sekali kita ingat akan Allah,nescaya Allah berkali-kali ingat akan kita.kita,diri yang selalu berbuat dosa,namun rahmat dan kasih sayang Allahlah yang selalu kita harapkan.
Sesungguhnya keredhoan Allah itu lagi manis dari syurgaNya.
Waallahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dari apa yg saya baca dari buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, perempuan ni bila dalam keadaan tertekan, mereka akan meluahkan (membebel) tanpa henti kepada suami sebagai cara menghilangkan tekanan. Mereka bercerita bukan utk meminta solution, tetapi sekadar bercerita utk menghilangkan tekanan. Tapi dalam kes ni, ustaz lah yg mjadi mangsa nampaknya..mereka ceritakan pada ustaz utk redakan tekanan, bukan utk meminta solution.
Respond to this comment [with empathy]
Aisya reply on October 17th, 2008 9:41 pm:
teringat kisah Saidina Abu Bakar dan isterinya yang disaksikan sahabat. Diam sahaja Abu Bakar dengan leteran isterinya..
Respond to this comment [with empathy]
fadil reply on October 18th, 2008 12:19 am:
setuju dgn jerung sakti.biarlah pompuan2 ni luahkan pd ust hasrizal dari buaya2 diluar sana.sabar ye ust hasrizal.biarkanlah mereka luahkan pd ust.ade benarnya kata2 jerung sakti.pompuan melayu byk rosak skrang ni.pompuan melayu beli rokok dan kondom adalah pemandangan biasa ana.berlapang dada lah ust hasrizal.
Respond to this comment [with empathy]
Ummusaif reply on October 18th, 2008 4:39 pm:
Sometimes, depa lupa tempat yg sepatutnya depa luah dan diskas ialah suami mereka sendiri. Apa perasaan seorang suami apabila mereka tahu isteri mereka luahkan semua problem pada lelaki lain dan bukannya suami sendiri??
Ingat seorang ustaz pun seorang lelaki biasa. Ada naluri dan nafsu. Silap hari bulan, jauh dari mulut buaya..masuk pulak dalam mulut harimau.
Tak semua ustaz ok.
By the way, kenapa tak cari sahabat wanita yg rapat dengan kita atau pun ustazah? Biasanya org yg rapat dgn kita lbh mudah membantu. Ustaz yg di dalam email cuma dapat beri pandangan.
Most of the time si penanya soalan dah ada pun jawapan mereka sendiri utk masalah mereka. Mereka cuma perlu seseorang dari luar utk breakdownkan jawapan mereka itu agar lbh mudah utk dilihat dan dilaksanakan. Dan orang paling rapat lah lbh sesuai utk tugas ini kerana mereka lbh kenal hati budi individu tersebut. Cuma anda fikir, biasa tak org tanya masalah pada kita, then kita dapati biasanya org tu cuma nak luahkan perasaan aje dan dia dah ada pun solusinya.
So, apa tugas ustaz? Sekadar pendengar luahan hati?
Tak, dinafikan mmg ada yg betul2 perlukan bantuan kepakaran seorang ustaz seperti masalah berkaitan hukum hakam dan mahkamah syariah. But, again most of the time daripada kes2 yg ditanyakan kepada kami hanya berbentuk LUAHAN PERASAAN..
Respond to this comment [with empathy]
Nik Aman reply on October 23rd, 2008 4:31 am:
Salam…
Terpanggil juga nak bagi komen, apa ya fungsi kaunselor perkahwinan yg ada di Jabatan Agama Islam Daerah… Adakah perlu kita anjurkan kaunselor ini gunakan pendekatan lebih mesra dan dekat kepada masyarakat. Atau mereka hanya tunggu retak menanti belah bila pasangan dah tahap kritikal nak bercerai baru boleh mendapatkan khidmat mereka? Apparently mereka salah channel…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz..
sy setuju dgn ape yg ustaz ceritakn ini..sy sndri msh bljr,nmun spt bese,stiap org ade impian n matlamat yg ingin dcapai..sy ingin btemu jodoh dgn org yg kuat agamanya,nmun,pengalaman saudara n org yg dikenali menunjukkan sbliknye..pengalaman mereka mbuatkn sy takut..
kenapa Rasulullah berkata ’sebaik2 di kalangan kamu adalah yg paling baik terhadap isteri dan ahli keluarga’ bukannya org yg solat jemaah di masjid.. sy mengambil point ni sbb kisah saudara sy (suami baran,naik tgn,tengking si isteri x kre tmpt,nmun si suami solat subuh jemaah di surau bdekatan rmh)..klu solat tu x mampu menegah ssorg drpd melakukan perkara yg dilarang,ape lg yg tinggal?
semoga Allah menyelamatkan kita smua,dr bala kehancuran institusi kekeluargaan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sedikit ubat utk kepeningan..
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
-Al-Kahfi-
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
baik utk kita fikirkan bersama-sama..semoga kita dapat ingat-mengingati…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
apa kat abu saif cuti berehat sekejap. kira SIO pun cuti la sebentar. handphone off.
he. possible ke?
saya doakan ustaz terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus memberi.
sahabat-sahabat semua, ustaz pun manusia biasa macam kita, kadang penat, kadang tertekan.. boleh kot kita beri ruang barang sedikit untuk beliau ber’nafas’.
kemudian, tak perlu la terlalu jauh sehingga mem’fobia’kan diri dengan perkahwinan dan alam rumah tangga. peringatan abu saif ini seharusnay menjadi motivasi untuk kita membina sikap proaktif dalam membuat persiapan menghadapinya.
allahu a’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam
ustaz pun adalah hamba Allah yang tidak terlepas drpd ujian. ramai org diuji dgn perkahwinan . Alhamdulillah rumah tangga ustaz kukuh , jadi Allah uji ustaz dgn benda lain pula . iaitu manusia2 di sekeliling ustaz.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan JIWA serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
mungkin ustaz sedang diuji JIWA .
Sabar dan Ikhlas itu adalah Islam – ayat drpd ayat2 cinta
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on October 19th, 2008 12:13 am:
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..
Tidak ada bahtera yang tidak diuji. Cumanya bagaimana kita mengemudinya.
Bahagia rumah tangga itu bukan kerana kurang konfliknya tetapi bagaimana menanganinya.
Point dalam artikel ini ialah (bukan sahaja ustaz kena relaks) kita kena akui institusi kekeluargaan kita memang dah rosak dan setiap semua kita kena ubah sikap kita.
Jangan sekadar jadi debu-debu yang berterbangan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ukhuwwah….
Sunnah dal perjuangan …
Akhi…
Sebagai sahabat…ana ingatkan diri ana dan semua ustaz2…dan pejuang Islam. Kdg diuji dgn perniagaan….harta benda….anak pinak…dan kadang dgn isteri serta JIWA…
Muga kita makin HEBAT iman dan makin TABAH melalui ranjau perjuangan.
Teruskan berkarya demi Islam dan Ummah
Namun…ingat kdg kita jua lupa..lalai dan penat…sebagai manusia.
Seeru ala barakatiLLah
AKHIE
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam,
Sayangilah segala yang disekeliling anda, baik manusia ataupun makhluk lain. Nescaya anda akan disayangi. Berilah sebelum menerima. SunnaTullah, what u give, u get back.Ni antara kesimpulan saya dapat dari kursus keibubapaan gemilang sabtu lepas di akademi ar-rasyidin lepas.
Hidup ini terlalu singkat untuk buat perkara2 yang menyebabkan tak senang dan tak tenang. wallahu’alam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum WBT.
Saya cuma nak menulis sikit tentang mereka yang mahu cerita mereka tidak ustaz ulas di dalam web ini.
Apa kata jika ustaz beri syarat, setiap kisah yang saya tahu, saya berhak menceritakannya di dalam web ini dengan syarat saya tidak mendedahkan empunya kisah tersebut.
Inilah jalannya untuk mereka yang mengambil manfaat daripada web ini, tetapi menjadi batu penghalang untuk ustaz memberi manfaat dan orang lain mendapat manfaat.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum w.b.t.
Poligami mungkin sudah terlalu biasa didengar, tetapi perasaan dan luluhnya hati anak-anak mangsa bapa yang BERPOLIGAMI dan TIDAK ADIL bagaimana pula? Tidak dinafikan yang paling tertekan tentulah isteri pertama, tapi cuba fikirkan perasaan anak-anak pula? Yang selama ini sangat menghormati dan menyanjung bapa mereka, tiba-tiba rasa hormat itu hancur kerana bapa mereka mengahwini seorang yang baru bergelar janda kaya 3 bulan selepas dia habis edah?
Situasi in yang akan terus menghancurkan masyarakat, kerana akan ada sikap:
“Ahhh…ayah aku pun boleh buat, kenapa tidak aku?”
” Kalau ayah aku dulu boleh dating dengan janda tu masa mak pegi outstation, apa salahnya aku pergi tengok wayang dengan girlfriend,bukan buat apa pun!”
Perkara ini akan terus terusan menjadi racun kepada kita semua, kerana generasi seterusnya akan mencontohi apa yang dilakukan bapa mereka. Memang pening, kerana bak kata ustaz orang yang beragama pun boleh kalah dengan seks. Na’uzubillah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salamwrt.
dapatlah kiranya ust berkongsi sedikit bahan ceramah di Kuantan, saya dan suami mmg interested sgt2..tp tak dapt dtg sbb berkursus..hadoi..ruginyer tak dapat attend majlis2 ilmu sebegini…
Respond to this comment [with empathy]
rozaimiabusamah reply on October 20th, 2008 11:08 am:
salam ibumuda,
For me, the main gist of ustaz’s kuliah subuh at Masjid Saidina Omar, Perkampungan Cenderewasih, Kuantan, was
“Syariatullah (hukum syariat) and Sunnatullah (hukum alam) go hand in hand..”
Harap ustaz boleh betulkan kalau ada lagi isi yang lebih penting. Tapi itulah yang paling saya ingat..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya maksudkan kursus ibubapa bestari anjuran akademi ar-rasyidin..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ya Allah,
Jauhilah aku daripada sifat yg merosakkan diri sendiri dan orang lain..dan Jauhkanlah aku daripada orang-orang yang rosak akhlaknya..
Ameen..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamua’laikum wbt. Alhamdulillah setelah membaca tulisan ustaz, ana semakin faham mengapa dikatakan perkahwinan ini melengkapi separuh agama. Di medan perkahwinan diri kita teruji sama ada kita mempunyai kualiti bergelar ahli syurga. Sabar, amanah, etc mahmudah teruji.. Allah humma hasibna hisaban yasira…amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…
Sabar ya ustaz… dunia ini pelbagai karenah dan kisah…
Mungkin mereka yang mahu berpoligami dan bercerai terlupa yang ada insan lain yang akan merasa tempias dari perbuatan mereka.
Mereka lupa di sebalik kisah itu ada anak-anak yang sengsara dan tertanya-tanya kenapa dan kenapa…
Nanti ustaz tanyakan pada mereka juga wajarkah mereka mencari ‘kononnya’ kebahagiaan dengan berpoligami dan bercerai dengan menidakkan dan mengenepikan kebahagiaan anak-anak mereka?
Dan masalah institusi keluarga yang bermasalah ini tidak akan selesai… jika generasi penerus ini menjadi generasi bermasalah kelak…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum.. sekadar perkongsian, cuba sahabat2 sekalian jengah link ni: http://www.islam.gov.my/informasi/ , ianya memaparkan jumlah kes penceraian yang makin meningkat dari tahun 1995 – 2007, adakah trend ini terus menjadi ikutan?.. wuallahu’alam..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 22nd, 2008 12:56 pm:
Wsalam wbt.
Terima kasih ismi ilham. Statistik itu sangat penting. Saya khuatir dengan Selangor, Kelantan dan Kedah dalam bab penceraian!
Respond to this comment [with empathy]
Nik Aman reply on October 23rd, 2008 4:21 am:
Salam…
Hairan ya… Kenapa Kelantan, Kedah dan Selangor tinggi kadar perceraian. Hm 1 negeri maju, 2 negeri di bawah PAS..(tidak bermotif politik, sebab nak kata negeri kurang kemajuan ekonomi pun tak boleh).
Sebagai seseorang yang berasal dari Kelantan dan adalah mangsa kepada perceraian saya sendiri tertanya-tanya.
Mungkin teori inferiority dan superiority yang ustaz ceritakan applicable, mungkinkah juga kerana kesibukan dengan urusan kerja maka rumahtangga bertukar menjadi jemu?
Adakah juga kerana faktor kewangan yang menghimpit menukarkan wajah kebahagiaan rumahtangga?
Penyelesaian sewajarnya harus dicari… supaya keadaan ini tidak berterusan dar tahun ke tahun. Namun apakah ia?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…erm…susahnya nak pilih intan di antara kaca2 ni……bila baca artikel ni…tiba2 melintas kelibat muslimah yang berpakaian menepati ciri2 seorang muslimat…terlintas kat fikiran…kaca ke permta org mcm…jahat pulak pemikiran saya ni…melintas mat motor..ke dia ni intan di celahan kaca…wow..otak saya ni berputar dan berfikir….bimbangnya dunia sekarang ni ye ustaz..
maka…sebab tulah Islam dah cara yang paling beradab…cara yang paling halus…mcm mana nak pilih intan yang tersembunyi pleh kaca2 tu…kononnya nak cari intan..depa p masuk Medan mIRC…berkenalan le gan awek2 atau muslim dan muslimah…kemudian SHUKUR Online..kononnya berusrah…pahtu tersangkut…ramai yang kahwin menerusi online2 ni…ada statistik ke…manalah tau kan…tak kirele online based on agama pun…penyamar2 ramai….menagku bujang dan teruna pun bulih walaupn ada isteri atau suami…mengaku Profesor bidang agama bulih…Pakar bom bulih..pakar bidang bom dan agama sekali pun bulih…mana org tau pun…tak bulih percayalah online2 ni jugak…memang ada intan antara kaca2 kat situ….tapi nak cari tu berpilau bjik mata tu kang…bimbang tersalah pilih dan terjatuh cinta pulak…tak kiralah penyamar atau sesiapa pun..dah terjatuh cinta terus dan tak hirau apap2 pun dah…pakar bom atom pun bom atomlah..janji cinta dah mendalam…nak jadi naqib atau naqibah usrah tapi terjatuh cinta dgn ank2 naqib pulak…tak kiralah melalui usrah online atau tidak..tak kiralah dan ada isteri pun…ada suami pun bulih jatuh cinta jugak pad org lain…sebb dunia skrg ni dah tak betul kut…gerunnya ustaz bila fikir benda2 mcm ni…allah..rasa kiamat dah benar2 hampir kut..tanpa sedar dajjal dah tiba2 muncul..tunggu turunnya imam mahdi dan nabi isa sedangkan kita diawang awangn lagi…
wallahuaklam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamua’laikum wbt semua…
Sekadar memberi pendapat…
Saya melihat masalah kekeluargaan ini berkait rapat dengan masalah jiwa… Jiwa yang tandus dan gersang ekoran lemahnya hubungan dengan al-Khalid… Ada orang kesepian kerana keseorangan, ada orang kesepian dalam kemeriahan… Tidak perlu pergi jauh, saya sendiri pun pernah diserang kemurungan… Kemurungan yang tidak tahu puncanya… Kita akan berasa sangat memerlukan sokongan (esp perempuan)… Kita tahu tiada yang lebih memahami, yang Maha Mendengar melainkan Allah, tetapi jiwa bukan mudah dipujuk tanpa usaha yang keras… Perlukan mujahadah yang sebenar dalam mencari kebahagiaan abadi…
Oleh itu, saya menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan rakan-rakan (esp perempuan), marilah kita mendekati Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani… Usahlah kita mendekati sumber-sumber yang boleh mengheret kita ke lembah lagho… Marilah kita manfaatkan akal dengan rasional, dan jangan biarkan kita digelar terlalu emosional sehingga kerasionalan dipertikai pula… Marilah bersabar dalam mengubat jiwa kerana, kesabaran kerana Allah pasti ada manis di hujungnya…
Saya kurang memahami lelaki, tetapi saya rasa dengan mengisi jiwa dengan kasih sayang kepada Allah pasti menjauhkan kita dengan perkara-perkara lagho juga (disamping gerun kepada hukuman Allah yang tidak tertanggung)…
Sekian, terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
maaf….. lambat bagi komen.
Bagi saya contoh pemimpin rumahtangga dan masyarakat yang terbaik di Malaysia ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Moga Allah limpahkan rahmat padanya, dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik.
Amiiin…..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
SALAM…APA KATA SEMUA PEJUANG DAN PENDAKWAH ISLAM…BERUSAHA MENGUBAH TITLE NEGARA MALAYSIA DARIPADA NEGARA SEKULAR NI KEPADA ‘NEGARA ISLAM’…SELEPAS TU BARULAH FIKIR NAK MENEGAKKAN SUNNAH RASULULLAH…CONTOHNYA POLIGAMI TU KAN…
kalu tak silap sayalah yang bukan pakar bidang agama ni..apatah lagi sejarah Islam..rasanya bila tertegaknya negara Islam Madinah barulah Rasullah melaksanakan perkara yang dikatakan SUNNAH rasulullah ‘poligami’ yang popular kat Malaysia sekarang ni…
maaf ye semua…MASING2 ADA VISION MASING2…SEKADAR KRITIKAN DARI SEORANG YANG CUBA MELAKSANAKAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM NI…DALAM PROSES NAK MENGENALI ISLAM SECARA MENDALAM…INSYALLAH..ALANGKAH BERTUAHNYA ANDAI NEGARA KITA SAYANGI INI ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM MACAM MADINAH DULU2 TU…
SELAMATKANLAH TANAHAIRKU….
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 23rd, 2008 11:53 am:
wsalam.
Tak perlu dikonflikkan antara benda-benda yang ada dalam Islam ni. Nak tegak negara Islam pun, penegakkan datang dari KELUARGA. Tak selesai keluarga, terganggu agenda negara Islam.
Statistik penceraian tertinggi di Malaysia ialah SELANGOR diikuti oleh KELANTAN dan KEDAH.
Apa cerita?
Respond to this comment [with empathy]
shiha reply on October 23rd, 2008 1:25 pm:
Salam..
With all due respect, ceritanya…
Melihat sesuatu statistik pada nilai kasarnya (crude/raw/exact value) adalah tidak tepat. Kalau exact value, memanglah nampak Selangor, Kelantan dan Kedah mempunyai jumlah tertinggi. Tapi sepatutnya, ia perlu dinisbahkan dgn nilai lain seperti jumlah populasi atau jumlah perkahwinan di negeri tersebut utk mendapat nilai yg lebih tepat.
Data lain yg ada pada website tersebut adalah jumlah perkahwinan. Walaupun ini bukanlah nisbah yang terbaik, tapi sekurang – kurangnya ia memberi gambaran yg lebih tepat. Oleh itu,
% penceraian berbanding dgn perkahwinan bagi sesebuah negeri:
= (jumlah cerai / jumlah kahwin) x 100%
Selangor: (3,722/14,817) x 100% = 25.0%
Dengan cara pengiraan yang sama,
Kelantan: 13.0%
Kedah: 10.5%
Perlis: 9.9%
Manakala,
Kuala Lumpur: 32.2%
Melaka: 21.3%
P. Pinang: 20.6%
Terengganu: 17.2%
Jadi, berdasarkan pengiraan peratus, Peratusan penceraian tertinggi di Malaysia ialah KUALA LUMPUR, diikuti oleh SELANGOR dan MELAKA.
Manakala antara yang terendah adalah PERLIS, KEDAH dan KELANTAN.
Boleh juga buat cara ini untuk bandingkan dari tahun ke tahun. Memanglah, kalau tengok exact value, nampaknya macam ada peningkatan jumlah penceraian. Tapi ia juga disebabkan oleh jumlah populasi yang semakin meningkat. Bila diperatuskan, biasanya nilai tu tak lari jauh sangat. Allahua’lam. Segala salah dan silap harap betulkan.
Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
BETUL TU USTAZ…KENA BETULKAN KELUARGA DULU BARU NAK TEGAKKAN NEGARA ISLAM…RAMAINYA ORANG SELANGOR , KELANTAN DAN KEDAH BERCERAI YE…SEBB APA TU SEBENARNYA…KELANTAN TULA…DAH 18 TAHUN BAWAH PAS…TAPI RAMAI KELUARGA BERCERAI…ADALAH AGENDA KEKELUARAGAN YANG PERLU DIPERBETULKANLAH KAT SANA TUKAN…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
aish kite ni… betulkanla diri sndri dulu…
1400thn++ yg lepas lagi Allah dah warning :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!” [61:2]
kalo cakap2 ni tp tak apply pd diri pun tak gune jugok..
“Amat besar KEBENCIANNYA di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [61:3]
uish, seram tgk ayat ni.. takut diri sndri pun tak buat apa yg ditulis ni..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alam perkahwinan memang byk sgt dugaannya. kadang2 isu kecil je pun bole merebak jadi barah dlm rumahtangga. sebab tu rasanya muhasabah adalah jalan terbaik. komunikasi yg positif juga antara suami-isteri byk membantu menyelesaikan masalah.
cakap memang mudah. tapi dlm byk perkara kita memang kena selalu berlapang dada, berfikir secara bijak dan rasional di samping terus menerus munajat dan berdoa pada ALlah SWT. bukankah Dia yg memegang jiwa setiap makhluknya.
semoga perkahwinan ku bahagia hingga akhir hayat… semoga rumahtangga ini dan keluarga ku selalu dirahmati dan diredhai-Nya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
bykan berdoa pd ALlah……
Respond to this comment [with empathy]