
Teman datang dan pergi, namun aku terus di sini…
Barangkali itulah ungkapan yang paling sesuai, tentang apa yang berlegar di fikiran saya sehari dua ini.
Berfikir tentang teman-teman yang saya kenali di alam maya, di blog saifulislam.com ini, atau jauh lebih awal dari itu semenjak di era mIRC dulu-dulu.
KEJUTAN TEKNOLOGI
Masih saya ingat, di tahun-tahun akhir saya di bangku pengajian, Jordan seperti dunia yang lain dilanda angin teknologi internet. Beberapa buah kafe siber dibuka di sana sini, hanya berbekalkan server yang berhubung secara dial up.
“Tooot… tot tot tot… iii.. uuu…. eee… tettt tettt….”, itulah bunyi modem dialup yang cuba menyambungkan seluruh komputer di kafe siber itu dengan internet.
Ketika itu, angin internet sungguh luar biasa. Mungkin ramai yang tidak percaya, jika saya katakan bahawa pelajar Malaysia di Jordanlah yang bertanggungjawab membawa masuk teknologi internet ke negara tersebut malah mungkin hampir kesemua 20 kafe siber pertama di Jordan dipasang oleh tangan anak-anak Malaysia di sana.
Jasa ini dikenang malah mendapat pengiktirafan pemerintah Jordan ketika itu, Raja Hussein bin Talal.
Tidak terkecuali diri saya.
Selain mendapak akses yang luar biasa kepada pelbagai maklumat dan bahan rujukan, horizon persahabatan saya dengan teman-teman yang dikenali di alam maya mengalami suatu reformasi yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.
Sebahagian mendapat manfaat, tidak kurang juga yang melingkup kehidupannya kerana ketagihan internet, khususnya mIRC.
TEKNOLOGI MIRC
Ketika itu, medium perhubungan terhebat yang menjadi pilihan saya, bersama jutaan pengguna internet yang lain ialah mIRC ciptaan Khaled Mardam-Bey. Siapa yang tidak kenal beliau ketika itu? mIRC telah dimuat turun sebanyak 16 juta kali di download.com sahaja.
Ketika itu, antara channel terkenal untuk komuniti Melayu ialah #SURAU, #KAMPUNG, #MASJID dan lain-lain. Namun bagi saya dan rakan-rakan, kami berkumpul di sebuah channel iaitu #WILDAN.
Di channel ini, kami sering bertanya khabar dan tidak ketinggalan banyak kuliah online yang kami adakan secara teks. Saya diberikan amanah untuk menyampaikan kuliah mingguan Sejarah Islam.
Mungkin kemuncak kerjasama kami di #WILDAN ialah apabila pada tahun 1999, sahabat-sahabat #WILDAN di Malaysia telah berjaya mengatur perhimpunan pertama kami yang diadakan di Kuala Lumpur. Pasti saya tidak lupa, tarikh program tersebut diubah suai supaya saya sendiri sempat menghadirinya semasa pulang ke Malaysia dari London.
Di antara kenalan #WILDAN yang bertemu buat pertama kalinya hari itu
Dari KLIA, saya membonceng motor dengan Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang kini sudah pun menjadi Adun Pasir Tumbuh. Kami berdua menuju ke lokasi program dan buat pertama kalinya, kami semua bertemu secara bersemuka. Ada yang belajar di Mesir, Jordan, UK, USA bersama ramai juga teman UNITEN, MMU dan lain-lain. Selain daripada makan-makan, kami juga mengadakan forum. Entah apa tajuknya, kurang pula ingatan saya mengenainya.
Sahabat-sahabat yang dikenali secara online di mIRC, sebahagiannya masih kekal berhubung hingga ke hari ini namun ramai juga yang saya sudah tidak mendengar khabar mengenai mereka. Tidak lupa, ada juga yang telah kembali ke rahmatullah, dan kesedihan atas kehilangan seperti ini dikongsi bersama oleh semua.
Banyak sungguh kenangan saya di #WILDAN. Malah ada yang akhirnya bertemu jodoh, Alhamdulillah.
Saya dan Ummu Saif tiada kena mengena dengan mIRC, tetapi terkena tempias yang sama apabila kek hantaran pertunangan saya dibuat dalam bentuk komputer oleh pihak keluarga Ummu Saif!

Kek yang mencetus gosip
Sesuatu yang dikenang selamanya…
ERA SAIFULISLAM.COM
Medium interaktif di mIRC saya tinggalkan pada sekitar tahun 2000.
Pada ketika itu, saya juga semakin aktif menambah hasil penulisan di halaman web saya. Medium interaktif ketika itu lebih kepada menurunkan tandatangan di buku tamu (guestbook). Setiap kali ada pembacaan di buat di mana-mana halaman web, maka pengunjung yang bermurah hati, menulis sepatah dua kata di buku tamu yang disediakan, dan ia amat dihargai oleh pemilik setiap halaman web.
Namun apabila halaman web saya mula menggunakan domain SAIFULISLAM.COM dan seterusnya menggunakan platform WordPress, blog saya menjadi hidup dan penuh interaktif. Di setiap artikel, pengunjung boleh memberikan komen, bertanya soalan, dan berkongsi idea.
Di suatu ketika, saifulislam.com sudah menerima hampir 10 ribu komen, tetapi kesemuanya hilang begitu sahaja apabila server saya mengalami kemalangan yang amat merugikan. Kehilangan besar yang saya ratapi. Kini, saifulislam.com telah merekodkan lebih 16 ribu komen yang kesemuanya saya baca satu persatu selama bertahun-tahun.
KOMEN
Dulu-dulu, ada banyak nama yang menjadi pemberi komen setia. Biar pun sebahagian besarnya saya tidak pernah bersemuka, namun disebabkan oleh perkongsian yang berterusan, mereka terasa dekat di hati saya. Dek kerana sering bertukar-tukar pandangan dan banyak keserasian fikiran, hilangnya nama-nama itu menjadi suatu kehilangan yang terkesan kepada diri saya.
Sedikit demi sedikit, satu demi satu nama telah hilang. Biar pun jumlah pengunjung semakin bertambah dengan purata unique visitor seramai tiga ke empat ribu sehari, pemberi komen yang konsisten sudah banyak bertukar ganti. Jika dianalisa, mungkin sudah ada sekurang-kurangan 4 generasi pemberi komen di saifulislam.com.
SEBAB
Saya tidak nafikan, ada sebahagian daripada pemberi komen yang berhenti daripada memberikan komen disebabkan oleh ‘pertempuran kecil’ yang pernah berlaku di antara saya dengan mereka. Seandainya anda termasuk di dalam kumpulan ini, dan kini menjadi masih di sini tetapi sebagai pembaca senyap atau telah menukar nickname, maka saya mengambil peluang untuk meminta maaf atas kekurangan saya selama mengendalikan blog ini.
Namun kekhuatiran saya ialah pada begitu ramainya teman yang setia memberikan komen, hilang secara tanpa sedar dan tidak lagi berkunjung ke sini.
Khuatir itu datang, kerana memikirkan kekurangan dan kesilapan saya.
Mungkin artikel sudah tidak lagi sebagus dulu.
Mungkin juga sudah bosan dengan tulisan saya.
Atau mungkin semenjak beranak pinak, sudah tidak cukup tangan untuk berkongsi pandangan.
Namun ketahuilah wahai sekalian teman yang pernah bersama, saya sentiasa di sini…
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








Alahai…terasalah pulak. Akak seriously kena buat time management nih. Hidup penuh dengan ketidak sempatan semenjak Syawal menjelma…
Akak pun merindui Kak Hajar dan beberapa nama yang dah terlupa…generasi2 yang bukan lagi pelajar universiti.
Aha… ada pun Kak Ija…
Betul… banyak nama dah tiada di sini… sedih juga tetapi somehow, no news is a good news barangkali
Assalamualaikum,
terharu kerana ada orang yang ingat kak Hajar (ummu Saifulah). Kak Hajar masih setia mengunjungi tap sekarang sibuk kerana tak sihat. di diagnos ada empty sella syndrome with damaged pituitary gland. jadi badan tak boleh produce hormone lagi. sekarang buat treatment di HUKM. Maaf ya Umm Saif, tapi mgmt kat private wing HUKM is the worst. Dulu ke HUKM atas saranan dr. Roslan dan Raymond who are my husband’s friends (ANSARA). Sekarang nak pindah hospital tapi belum lagi kerana kak hajar sukakan dr Norlinah dan Jemaima. tapi sekarang dr Jemaima pula tak ada. jadi kak hajar decide untuk ke Prince Court Medical center pulalah.
Sori banyak pulak celoteh. terima kasih kerana masih mengingati kak hajar.
Wsalam wbt.
Astaghfirullah… nampaknya salah tanggapan saya bahawa “no news is a good news”. Kami semua tumpang sedih dengan apa yang berlaku kepada Ummu Saifullah (Kak Hajar).
Sakit Ummu Saifullah tu begitu serius saya rasa. Moga disembuhkan Allah dengan kesembuhan yang tiada sisa bakinya. Sama-samalah kita semua doakan kesihatan Ummu Saifullah.
Saya pun doakan Kak Hajar cepat sembuh, lagi seorang yang akak terkenang adalah LJ tapi rasanya dah tak J sebab dah balik Malaysia
Saya betul-betul tabik spring kerana Ustaz betul-betul menggunakan medium teknologi yang ada. Istiqamahnya ustaz pada SIO, sejak artikel sajak ustaz “Kerana Aku Seperti Air” tahun 2000.
Dulu saya celik IT awal, tapi belum celik Islam lagi… sekarang baru nak mula, rasa macam dah rugi lebih dari separuh hidup, sejak saya mengenal teknologi.
Dulu saya merasakan “isk kenapa nak tulis dalam blog, apalah orang nak baca, kenapa orang nak baca”. Sekarang bila fikir semula, blog-blog yang dikarang baik dengan penulisan matang dan berguna boleh menjadi rujukan ilmu mahupun rujukan dalam hidup seharian. Penulisan santai pun boleh membuka minda. Nak lawan balik, pelbagai jenis blog yang memberi imej negatif kepada cara hidup Islam, dan penyebaran ilmu-ilmu yang disalah tafsir dan disalah guna.
Saya yakin, internet telah menjadi rujukan utama hampir semua pelajar sekarang, dan apa sahaja yang dapat dengan klik-klik tu la yang akan mereka ambil tanpa usul periksa lanjut. ( Saya pernah kena sindrom macam tu masa muda dulu…). Sekarang bila dah faham, merata buku saya semak sebelum mengeluarkan sesuatu dalam blog.
Teringat, senior saya pernah beritahu, “Antara sebab ana ke Nagoya, sebab tengok fotopages sahabat dekat sini je. Dari situ ana boleh tahu bagaimana Muslim life kat Nagoya dan alhamdulillah… memang bersyukur sangat”.
Ramai yang sudah menjejaki langkah Ustaz…
Teruskan menulis Ya Ustaz…
Terima kasih Inda…
Artikel pertama online ialah “PENAWANAN CONSTANTINOPLE 1453″ kira-kira 2 tahun sebelum sajak Air tu. Tapi entah di mana… tak sempat nak upload.
Salah satu lagi pattern di SIO ialah, kumpulan pelajar. Lepas ana balik dari UK EIRE, maka ramai student uk eire yang bagi komen. Sebulan dua lepas tu hilang. Bila balik dari Australia pun sama juga. Indonesia pun tak jauh beza. Jepun… hmm…. Inda, Sang Pelangi, Ibnu Alwi juga kadang-kadang peace bengkok Deris…. masih menjenguk ke sini. Ada juga sorang dua lagi.. Tapi berapa lama, wallahu A’lam.
Anyway, kalian datang dan pergi. Diriku terus di sini, mudah-mudahan kekal beristiqamah
Ustaz, ana fikir ramai student Jepun sentiasa datang menjenguk blog ustaz, tetapi sekadar pembaca senyap je lah. (macam ana). Begitu juga mungkin pelajar-pelajar di negara yang ustaz pernah pergi buat program…
Semoga Allah memberikan kekuatan istiqamah pada ustaz.?
ana setuju sangat dengan ainohikari. memang rata2 student kat jepun ni bila di tanya tentang saifulislam.com ni, mereka akui menjadi pembaca setia. Apatah lagi di tempat lain. Cuma seperti yang ainohikari sebutkan tadi mereka tak memberi komen sahaja.
Ana membaca saifulislam.com seperti ana membaca akhbar biasa. Menunggu2 buah fikirann dari ustaz.
Moga ustaz istiqamah ya?
Ingatkan nak reply di sini. Tapi terlalu panjang pula.
Terpaksa jadikan sebagai entri baru. Boleh dibaca di sini:
http://www.sangpelangi.com/pemberi-komentar-sahabat.html
Maaf dipohon.
ana setuju dengan ust.slps program maka,”berjujuk”la komen dari peserta dan akan hilang selepas 2 ,3 bulan..tapi ana yakin tersangat ramai menjadi silent readers termasuk penuntut IPTA dan IPTS di seluruh malaysia tercinta ini yang menjadikan blog ini sebagai rujukan.
Assalamualaikum, Ustaz. Saya sendiri sudah lama tak mencatat diruang ini. Dulu aktif juga, saya mengenali SAIFULISLAM.COM awal tahun 2006.Kini hanya menjadi pembaca setia BLOG ini. Mungkin, kekangan masa menyebabkan saya tidak sempat sangat hendak mencatat. Sebab itu saya tabik spring dengan Ustaz yang konsisten dalam penulisan.Mungkin suatu hari nanti Ustaz kongsikan tips untuk menulis dan bagaimana nak menulis dengan gaya yang memikat.Walaupun sekarang ini saya tidak mencatat apa-apa dan memberi pandangan, tulisan Ustaz banyak mendidik saya untuk menghadapi rencah kehidupan ini.Terima kasih Ustaz.
Apabila baca artikel ini, tergerak pun nak mencatat sedikit. Teringat tulisan Ustaz sebelum ini setiap komen pembaca, adalah sebahagian daripada artikel Ustaz.Saya tahu Ustaz amat menghargai setiap komen dan respon setiap pembaca.
Semoga Ukhuwah kita yang berputik di SIO ini akan membawa 1000 makna dan pengertian buat yang ingin MEMBERI dan MENERIMA.
Salam Ukhuwah, semoga selemat ini saya akan terus mencatat dan memberi pandangan di SIO.
Terharu juga dengan ungkapan ini.”kalian datang dan pergi. Diriku terus di sini, mudah-mudahan kekal beristiqamah”
ameen… terima kasih ya akhi
Adakah ana tertinggal bot?
bot ditinggalkan selepas jembatan facebook dibentang…
ermm ana baru je masuk facebook
Gurau je akhi…
Salam ustaz, ana pun dah lama tak memberi komen di blog ini (walaupun ana tak rasa ustaz rindukan komen-komen ana
).
Secara peribadi, ana tak rasa sebab jemu yang menyebabkan orang yang dulunya memberi komen, kini tidak. Ana masih merasa terkesan dengan tulisan-tulisan ustaz, tapi lebih memilih untuk mencerna dalam-dalam, daripada meninggalkan secebis komen. Lagipun ana baca tulisan-tulisan ustaz melalui RSS. Jarang sekali masuk blog secara terus, kalau nak tulis komen baru masuk. Itupun tak jadi sebab lambat loading. Mungkin disebabkan oleh iklan Nuffnang kat atas tu.
Ana cadangkan ustaz letak iklan tu dekat sidebar sahaja, barulah kandungan blog load dahulu sebelum iklan. Kadang-kadang nak menunggu iklan loading… lama, tambahan dengan connection internet yang tidak menentu di bumi bertuah ni.
Tulisan saudara Hasbullah ini ana rasa baik untuk dijadikan panduan.
http://sebolku.blogspot.com/2008/10/melajukan-blog-menggunakan-kaedah-malas.html
Apapun, ana sekadar mencadangkan.
Eh lupa nak cakap, macam kenal sahaja lelaki berdiri dua dari kanan dalam gambar di atas.
Ada pun kawe…
Terima kasih kerana bertandang ke sini semula. Nak kata rindu tak juga, tapi terkenang-kenang sampai termimpi.
Tu le sedihnya nuffnang… iklan kat atas tu le yang tampung harga server ana sebab yang tu je orang klik. Tapi nak buat macam mana, dah dia menyelowkan loading, maka ana buang aje le dan cari cara lain pulak… plugin nuffnang pun ana dah buang dan just paste kat samsarin di sidebar tu.
Anyway, thanks for the Hasbullah’s stuff.. really a good one
Dalam tutorial saya itu tidak sebut iklan mesti muatkan kemudian.
oleh kerana banyak yang telah dimalasmuatkan, satu iklan di sebelah kiri, tidak berapa memberi kesan sangat pada masa pemuatan laman.
Blog saya sendiri ada iklan besar disebelah kiri, betul-betul berdekatan dengan tajuk utama.
salam ustaz. sabar. da fitrah manusia memang camtu. memang ramai yang menjadi pembaca senyap seperti saya yang subscribe guna reader saja.
tapi entri kali ni menarik sebab telah berjaya mengimbas kembali kenangan silam zaman mula2 mengenali internet lebih sepuluh tahun dahulu. agaknya bagaimana pula dengan 10 tahun akan datang ya?
10 akan datang, orang browse internet kat TV je… tak pun kat skrin spek mata…. wow…
jazakallah.
fastaqimkamaumirta.semoga jadi contoh yang baik buat semua pembaca.beristiqomahlah dengan segala kebaikan yang diajarkan kepadamu.setiap kesilapan,Allah maha pengampun dan maha penyayang.selangkah kita merapatiNya,semakin dekat Dia menghampiri kita.
ustaz dah makin banyak terima undangan media.alhamdulillah.
teringat ana pada sebuah hadis yang mana matannya lebih kurang berbunyi;orang yang paling disayangi oleh Allah,adalah orang yang paling banyak manfaatnya pada manusia.semoga dengan membaca SIO,sebagai salah satu medan untuk mendidik hati-hati dan jiwa-jiwa pembaca agar lebih bersikap memberi.
“What you give,you get back.”
Namun,kita sebagai hambaNya,Dialah yang tak kunjung-kunjung mengurniakan nikmat pada kita semua.Hanya manusia,dan diriku yang sering alpa.
Syukran jaziilan.
“Teman datang dan pergi,namun setiap teman itu punyai keunikan persahabatannya yang tersendiri.Moga segala pahit manis itu,jadi hujah di sana nanti.”
Ana telah mengikuti SIO secara senyap selama 2 tahun dan apa yang dicari dan dibaca bukan sahaja article ustaz tetapi juga komen pengunjung SIO. Ana sememangnya merasakan pengunjung dan pen”gomen” gred A ni SIO sedikit demi sedikit menghilang..
Hilang seri SIO
Ana hanya berani untuk berkomentar sementelah berjumpa dan berukhuwah dengan ustaz di PERMAI..insyAllah SIO tetap menjadi sarapan pagi walaupun tidak meninggalkan komen..
masih di sini.
inshaAllah, akan kekal di sini.
tapi andai ana diam menyepi.
nickname leokid tidak menjelma lagi.
mungkin kerana musibah menimpa diri
atau mungkin takdir mengubah kemudi
satu kupinta
moga dikekalkan diri ana dalam doa
moga tetap tsabat di atas jalanNya
moga sentiasa dalam redhaNya
di babul-jannah, moga kita bersua.
=)
MasyaAllah, indah sungguh penulisannnya…
ringkas n padat…. i’allah…
di akui jika telahannya tergolong dalam kategori “pertempuran kecil”…!
usah gusar… teruskan upaya!
slm ustz.. selama ni hanya membaca dan meninjau sahaja di saifulislam.com ni.. bila baca artikel ni, terasa rajin pula nk memberikan sedikit komen:)
teman pastinya akan datang dan pergi.. apatah lagi kehidupan kita yg sentiasa beralih ke beberapa alam di dalam dunia ni.. alam kanak-kanak, alam sekolah rendah ke menengah, menara gading, alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan seterusnya…
sudah pastinya teman akan datang dan sudah pastinya juga, yang telah pergi meninggalkan kita dengan kenangan yang pasti tersemat di ingatan kita… dari Allah kita dari Allah jua kita kembali..
p/s: tak sangka kek pun boleh buat replika komputer juga ye ustaz. kreatif-kreatif..:)
sedeynye baca article ni………..hurmm
Salam…saya baru jumpa SIO baru2 ni aje,rupanya ust dah lama aktif,tengok dari wajah ust teringat pulak dulu presiden shukur.com tapi lupa pulak namanya yang sebenar, orang yang sama ke..?
umur dan gaya pembawaan ust memang terserlah sebagai gaya orang muda,justeru persekitaran dan kumpulan sasaran juga meluas di kalangan pelajar.
sekalipun ust dah banyak terdedah kepada masyarakat namun lahir juga keluhan sebagaimana yang ust sifatkan ‘datang dan pergi’ itu.Saya rasa di sini ‘kelemahan’ yang perlu ust beri perhatian.
Menulis dan berwacana satu cerita,bengkel dan forum pun satu cerita,namun komuniti dan perkaderan yang selalu ‘keep in touch’ sebagai sebuah keluarga kecil juga amat perlu malah merupakan sunnah yang tidak boleh diabaikan,di mana Abu Bakar,di mana Omar,di mana Usman dan Ali..?
Setiap kita harus menghidupkan sunnah itu sepanjang zaman..tanpanya kehidupan pasti tidak akan sempurna.
saya cuma mampu mengingatkan tetapi belum mampu untuk merintis sunnah itu,saya rasa ust mampu memandangkan jaringan yang sudah melakar luas ke merata tempat di sana sini.(Maafkan saya kira ust sudah dan sedang melaksanakan misi itu).
Comel la plak kek bentuk PC tu. kreatif sungguh sape yang bua tuh.. leh buat trademark tuh
Assalamualaikum ustaz, tidak ada yang mampu diucapkan kecuali ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’ dan barakallahu fiik atas segala usaha yang ustaz curahkan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang tidak terhingga. Maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kami sebagai pembaca SIO jika kami ada melakukannya dalam keadaan sedar mahupun lalai. Kami insya-Allah akan terus menjadi pendamping setia ustaz dengan membaca dan memerhati walau tidak mengeluarkan sebarang komen tentangnya. Mungkin antara kami ada yang semakin sibuk apabila berlalu dari masa ke masa.
Wassalam.
Assalamualaikum…ustaz
kali pertama hinggap di web ustaz…gedung ilmu…subhanallah…syukron ya ustaz…izinkan dipinjam gedung ini untuk menambah ilmu ana yang serba-serbi kurang…
Salam…
Saya mula merujuk dan berkunjung ke SIO ini untuk mengetahui mengenai Kerajaan Othmaniah, gerakan tajdid, dan semua yang berkaitan dengan Turki…. sekali sekala tulislah Ustaz pasal turki…
Salam..
Sungguhlah istiqomah tu tak mudah! Saya memohon ampun dan maaf jika dah tak menduduki carta #1 sebagai pengomen terbanyak [button 'the most' tu pun dah takde]. Tapi bukan bermakna isi di SIO ni tak dihadam seperti dulu. Masih tetap sama, sekurang – kurangnya utk saya
Cerita pasal mIRC ni, masih wujud lagi ke ye? Pernah satu waktu dahulu, ketika saya menunggu keputusan SPM, saya bekerja di CC abang saya sebagai penjaga cashier. Selama 2,3 bulan waktu tu, sambil menjaga cashier, kerja saya adalah mengadap PC dan waktu tu, semua orang melayari mIRC. Sekitar tahun 1993/4 kalau tak salah. Antara term yg saya ingat, k-lined, dc (disconnected), err dah tak ingat. Waktu tu juga belajar pakai ctrl C, ctrl V, /me dan banyak lagilah shortformnya. #kampung tu antara yang glamer la. Tapi saya biasa di #kongkang. Hmm nampak sangat zaman gelap saya dulu.
Tapi persahabatan yang terhasil menyebabkan 2 kali juga kami berkumpul dan berjumpa. Sejak masuk uni, access utk internet agak sukar dan mIRC juga diblocked di uni. Kalau nak, kena pegi CC luar. Jadi berkuburlah sejarah mIRC buat saya. Tapi bila tengok icon mIRC kat atas tu, membuatkan saya tersenyum sendirian.
Wasalam.
sebenarnya ustaz, sy dah follow ustaz since 2003/2004 lagi. saya pembaca setia saifulislam.com. dan saya salah seorang yang amat kecewa apabila saifulislam.com terhenti seketika beberapa tahun lalu kerana masalah server, saya kecewa kerana saya rasakan saifulislam.com akan menjadi sejarah walhal ia adalah web motivasi diri kepada saya. namun syukur ia ‘hidup’ kembali. walupun saya sudah lama bersama saifulislam.com tetapi saya lebih suka membaca daripada memberi komen (silent reader) kerana saya rasakan saya masih kurang ilmu untuk memberi komen. dan ustaz kita pernah bersua muka di KL beberapa bulan yang lalu apabila ustaz memberikan kuliah pada satu tamrin anjuran jamaah saya. Saya amat gembira ketika itu kerana dapat berjumpa secara bersemuka dengan ustaz, secara live (pertama kali dalam hidup saya seteleh 4 tahun mengikuti saifulislam.com). Kita juga sempat berbincang beberapa perkara sesudah solat Asar di masjid sebelum ustaz berangkat pulang. jika ustaz kata ustaz masih di sini, saya juga kata, saya masih di sini, sentiasa istiqamah membaca tulisan ustaz di blog ini (sudah lbh 4 tahun bersama) walaupun kini saya jauh di rantau orang- di bumi Australia. Jazakallah untuk ustaz dari saya di tanah kanggaro.
salam ustaz..
semoga Ustaz sihat sentiasa. Ana pun sudah lama menjejaki ustaz sekian lama. Dulu ana pun sangat aktif berchatting di MIRC, dan di MIRC la ana mula-mula kenal ustaz dan wildan. Tapi MIRC tak sehebat dulu, mungkin kerana telah banyak chatting yang lebih berfaedah dan lebih menarik dari MIRC. Walauapapun, semoga ustaz terus istiqamah di jalan dakwah ini. InsyaAllah…:)
Assalamu’alaikum
Ana masih d isini… selagi mampu melayari alam maya. InsyaAllah kita tetap bertemu.
assalamualaikum ustaz,
i’m still here. tiada hari yang berlalu tanpa SIO,insyallah
Frankly, ana sebenarnya ber’uzlah’. Ana byk terima pandangan, terutama isteri yang menyifatkan seperti ana ni ‘embrace’ SIO. Kalau ikut statistik dulu ana masih top 10 commenter.
Secara kebetulan workload kerja ana bertambah, dan ana mengambil kesempatan untuk ber’uzlah’ bukan dari SIO je, blog ana sendiri malah harakah dan lain online stuff.Blog mudin001 pun tak sempat baca.
Byk buah fikiran anta pada ana betul belaka. Jadi ana nak mencari jawapan sama ada ana ni pak turut anta, atau buah fikiran anta tu semua mmg betul dan genuine.
Lagi satu, ana sudah mula berkenalan dgn ramai pembaca setia SIO secara live. “ooo ini ke ro ya alip dhod”. Yang paling tak best, depa ni silent reader/multiple nickname/anonymous.So i need to buck up. Preparing myself for better me.
ada comment ada tak lepas akhi. panjang pulak tu.
ana pernah join #wildan era 90an dulu. tapi tak pernah kenal anta pun? apa nickname anta ye. mungkin wildan server lain. ana dulu di Dalnet #wildan yang dikendali oleh pelajar mesir.
Ramai yang memberi (di alam realiti n maya) tetapi menjadi lilin seperti artikel anta yang lepas. Ana doakan moga ramai pembaca SI diberi taufiq dan hidaya mengubah menjadi pelita. ana pesan pada diri ana dan pembaca yang bekerja sebagai pemberi.
“Jangan kamu bersuara apa yang anda tidak lakukan”
-mafhum ayat dari Quran.
bukan menuduh, tetapi melihat sendiri betapa ramainya orang berkecimpung dalam bidang ini (da`wah,motivator dll) yang bercakap tidak serupa bikin, khususnya berkaitan dengan akhlak diri dan urusan agama.
Termasuklah ana yang mencemar imej kerjaya ini suatu tika dahulu. Tiada siapa yang tahu kecuali rakan taulan terdekat.
Kini ana lebih berhati-hati, menyampai sekadar apa sedang atau telah diamalkan. atau berdiam diri sahaja lebih perlu dari berlagak pemberi yang tidak beramal.
Bercakap hal agama bergunung, solat sendiri pun mencuri.
Berda`wah tentang hak, tetapi demandnya menuntut hak hampir seperti penyanyi.
ayuh berubah!
Barakatillah.
Antara nickname yang pernah ana pakai semasa di dalam #wildan dahulu ialah Abang Guru, Hamidi Fatihi dan sesekali bila bosan jadi melayu, ana guna nickname pervaneyim
Ya, kesederhanaan dan konsisten itulah nilai yang mesti dipertahankan… salam ukhuwwah
Salam,
Sebenarnya artikel Ustaz yang telah saya tatap ingin sekali untuk menyertai untuk memberi komen. Tapi adakalanya tak dapat memberi pandangan kerana pelbagai sebab, sama ada dari segi masa atau pun takut point yang tersalah sasar dari tajuk artikel
Apa pun semasa membaca komen dari pembaca lain dapat lagi mencambahkan pamahaman dalam setiap tajuk. Kadang-kadang dengan melihat ‘nick’ pembaca yang memberi komen saya akan terjatuh cinta dengan pandangan mereka. Antaranya tak silap saya ‘Kak Ija’. Kalau tak silap pemahaman beliau seorang pensyarah.
Sepanjang saya mengenali blog SIO semenjak 2005, kemudian dapat mengenali tuan punya blog, saya amat berterima kasih atas Ustaz kerana syarahan melalui blog juga secara ‘Live’ dapat mencambahkan lagi daya fikir, sikap , emosi dan pelbagai lagi yang dapat saya amalkan dalam kehidupan.
Semoga SIO terus maju. Insya Allah.
salam ustaz, pertemuan saya di alam maya bersama ustaz, seingat saya pada awal 2003
Terjumpa nama ustaz beserta resume. Panjang lebar resume ustaz.
Saya setia bersama ustaz sehinggalah kewujudan saifulislam.com.
Namun saya akui, kini saya hanya lah pembaca senyap namun tetap setia.
Doa saya , ustaz sentiasa ceria memberi. Ameen
terus setia membaca teladan kisah-kisah yang dipaparkan di sini…
“Walaupun rupamu tidak kukenal, namun lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku….”
Gurau je ustaz…
Mengenali Ustaz sejak dari zaman SIS lagi..sekadar mendengar cerita-ceriti daripada ustaz-ustaz di Sekolah..”bekas pelajar Izzuddin..pernah lama di Ireland..badan besar-besar..” huhu
Mula mengenali wajah Ustaz di majalah I, sewaktu itu hanya tergerak untuk membaca artikel di majalah saja, tak tergerak untuk ke dunia maya melayari sesawang Ustaz ini.
Akhirnya saya mula configure bahawa Ustazlah insan yang disebut-sebut dengan kriteria di atas apabila satu dua entri Ustaz menyebut tentang Sekolah Izzuddin Shah.
Syukur alhamdulillah, saya dihidayahkan untuk datang ke kuliah Maghrib Ustaz di Wangsa Maju dan datang ke ceramah Ustaz di Al-Nidaa’. Dan sejak itu, saya berazam untuk tak mahu miss sebarang pertemuan berharga dengan Ustaz biarpun saya taklah Ustaz kenali sangat.
Selagi saya masih di Gombak ini, Insya Allah kedua-dua tempat ‘berharga’ itu takkan saya lepaskan peluang untuk datang mendengar bicara Ustaz seandainya Allah mengizinkan.
Saya bukanlah pengkomen tetap seperti Kak Ija, Sang Pelangi, Leokid dan sebagainya tetapi saya akan terus menjadi pengunjung tetap blog Ustaz, Insya Allah selagi internet terus bersambung.
Usah diucap selamat tinggal
Ucapkan hingga bertemu lagi
Jika tidak di alam virtual
Mudah-mudahan di alam realiti
Husaini Ibrahim
Kejuruteraan UIAM
Terima kasih akhi Husaini atas istiqamah anta menghadiri program-program kuliah ana. Sejujurnya, setiap kali ana hadir di Surau al-Naim Wangsa Maju dan Al-Nidaa’, ana mesti menjenguk-jenguk mencari anta dan teman-teman anta yang join sekali.
Kerana adanya sekumpulan sahabat yang sentiasa mengekori ana berceramah, ia menambah motivasi diri untuk lebih bersedia dan memberikan yang terbaik.
hahaha. pertempuran kecil tetap tak kan berakhir.org sekarang punya pandangan sendiri bukan mcm budak sekolah pondok zaman dahulu yg main angguk sahaja.
seperkara yang anta masih belum belajar belajar lagi…
jgn delete comment2 gitu. Simpan buat tatapan umum.
Hari tu anta ada pi jumpa kaunselor yg terangkan pasal bagaimana kanak2 cuba ambil perhatian.
Kalau time dia buat nakal kita beri perhatian maka dia akan nakal tiap kali nakkan perhatian.
I think this no different at all.
Salam,
Fadil,
Orang zaman sekarang fikirannya terbuka dan luas bukan?
Jadi mengapa harus sempitkan sangka pada orang dahulu, dan budak pondok.
Bekas budak pondok.
Salam ust
Pertama kali mengenali ‘ustaz’ waktu saya di matrikulasi, sekitar 2006. Ustazah kami rajin memberi artikel-artikel ust sebagai sisipan & dibuat perbincangan usrah dengannya. Antara artikel-artikel yg saya ingat, tentang perkahwinan ust (bagaimana mengenali dr muna & so on), antara adat dan agama (cerita persandingan ust yg diharap oleh orang kampung, kalau tak silap), tentang hari malaysia di luar negara (tak silap ust komen pasal malaysia ini hanya ada zapin, tarian sahaja kah untuk dipersembahkan).
Masih di matrik, senior-senior saya yang turun memberi usrah juga memberikan artikel ustaz, tentang Kenapa Anda Berda’wah. Ha, ini paling lekat kat hati saya.
Jujur ust, tulisan-tulisan ust 2006-2007 dahulu lebih ‘melekat’ dari tulisan muttakhir ini. Mungkin saya seorang saja yang rasa. Artikel tentang 7 Habit, Cinta Tanpa Syarat, dan kisah-kisah tentang Salman, zaman ustaz sekolah menengah, membuatkan saya rasa tiap-tiap hari nak buka blog ustaz.
Ada sesetengah artikel ust yang saya terpaksa baca berulang-ulang kali untuk memahami, apa sebenarnya yang ingin ust bawakan. Hehe, maaf kalau tersinggung ye ust..
Oh ya, tak lupa, sebenarnya ustaz banyak mendorong (membina) penulis-penulis baru. Ramai terkesan dari tulisan ustaz hingga timbul satu rasa untuk menulis (bloging) walau pun pada awalnya tak tahu nak tulis apa. Antaranya, saya
Fi kulli hal, benarlah seperti kata yang lain. Teman memang akan datang dan pergi. Saya pun baru cuba-cuba untuk kembali menjejak rakan maya di KampungChat.com, KgBurn (dah tak ada rasanya), tapi suasana sudah jauh berbeza. Topik-topik chatting pun semakin memualkan (atau saya yang semakin tua??)
Ins. Allah ustaz, selagi diberi ilham olehNya, teruskan usaha ustaz ini. Ramai yang menyokong secara senyap
Wsalam wbt kelawar hijau… moga tenang dalam kehijauan iman
Terima kasih atas kebersamaan ini. Jika tulisan diari kembara yang menyentuh hati, maka nampaknya ana kena memulakan pengembaraan baru lah kan…
salam..
pembaca senyap.. sayalah antara yg berjuta tu..SIO telahpun menjadi sarapan pgi tetap setiap hari dan saya hanya close SIO bila saya shutdown PC bila nak punch out. Terlalu byk yang telah saya ambil,gali selongkar malah saya hadamkan dlm diri saya segala khazanah berharga dr SIO ni. mohon ustaz halalkan semuanya ya sbb andainya ia sesuatu yg perlu dibayar saya takkan mmpu menyelesaikannya kerana wang ringgit bukan nilaiannya..
saya juga antara yg mabuk dgn angin internet mirc dizaman yg ust sebutkan tu dan juga merupakan antara pengunjung chanel surau masjid wildan dll..tapi kunjungan lebih byk mencari ilmu berbanding ust yg berkuliah di sana.. malah bertemu jodoh juga dr dunia siber
..cuma hubby sy tak suka chat.sekadar email..
sebagai pengunjung setia saya lbh byk memerhati dan mengikuti gelagat seme tetamu ustaz yg pelbagai..saya suka..byk yg komited dan tak kurang juga yg kemetot..hehe jgn marah..utk menyertai agak kurang kesempatan,kurang juga ilmu pengetahuan, pandangan yg kurang mantap hanya menyemakkan lagi SIO ni..takut nanti tambah serabut kepala org lain pulak..sbb diri sendiri sdg cuba mencetus mahu utk menuju MAMPU..
Apapun syabas dan tahniah buat ustaz..saya sendri jg ada niat utk mengembangkan sayap dakwah secara maya begini cuma entah bila cetusan MAHU itu akan meletus kepada MAMPU..moga dimudahkanNya..doakan lah..
wsalam..
terima kasih, terima kasih, terima kasih…
belated tahniah juga atas jodoh yang dikurniakan
Assalmualaikum….
Salam ukhuwwah buat ust…sahabat dan teman seperjuangan…
Pengunjung tetap jua..`ibrah dan hikmah dr artikel kdg diguna dalam ceramah n tazkirah…
Sudah jumpa…kan…tp entah le kot2 ust dah lupa….
Rasanya baik begini…
Takut menjadi bahan tumpuan(mcm Ust)…cukup seadanya…
Dulu ana jd naqib di alam cyber…sekitar 2000. Syukur.com…berjaya melahirkan pemuda n pmudi..muslim n muslimah….
Tp…ramai tak kenal siapa akhi…yg lebih rimas kalau ada yg nak tau nama n mau tau dimana n siapa…!!!
Benar kata sahabat…ada yg datang n pergi….
Ana sendiri pun sekadar jd pengunjung je mana2 web n blog ilmiyyah…
Kesuntukan masa dgn lec…kuliah, ceramah dll sbg hambatn.
Apapun…tahniah buat sahabat yg terus istiqamah…
ws
akhie
Waalaikum al-Salam Ustaz Akhie…. terima kasih kerana memanjangkan kebaikan. Salam ukhuwwah juga dari ana. Menjadi tumpuan memang memenatkan.
Tapi apakan daya, ia adalah kesan perbuatan. Lebih banyak perbuatan dibuat, lebih banyak kesan sebegitu datang. Kitalah yang perlu teliti mengawal diri… terima kasih atas peringatan yang diberi
Assalamualaikum ustaz,
Sebenarnya memang sentiasa setia di blog ini, dan mengikuti perkembangan isu2 yang dikupas. Tetapi masih tetap pada tahap pembaca senyap. Bukannya tidak mahu mengulas@komen@kritikan membina dan lain-lain. Cumanya kekadang tertanya2 adakah ustaz perlukan hanya komen dan analisa yang kukuh atau sekadar coretan hati pun tetap dialu2kan??.
Isi-isi pengisian, saya rasa memang semakin baik. Pendekatan memberi sesuatu apa yang diperlukan mengikut isu2 yang timbul, seperti mana kata ustaz dakwah terkini perlu tepat dan jelas, saya rasakan amat baik. Cuma reaksi pembaca mungkin berbeza mengikut rasa keterikatan diri pada isu2 yang dibangkitkan.
Waalaikum al-Salaam Abu Husna Sakura…
Terima kasih kembali.
Setiap komen yang diberi, selain tentang isi, ia juga satu petanda yang kita saling ingat mengingati. Syukran…. salam sayang untuk Husna
Terima Kasih kembali ustaz,
Benar kata ustaz, komen yang diberi memang teruja dan terharu. Salam hormat daripada saya buat ustaz sekeluarga dengan lafaz assalamualaikum
salam,
saya mengenali SIO melalui majalah Anis & start baca online last year. ade juge bagi komen, tapi most of the time segan nak bagi komen. saya rasa rendah diri sikit sebab expectation ustaz yang agak tinggi dari orang2 yg beri komen. memang bagus ustaz galakkan orang berfikir, tapi kadang-kadang ilmu tu tak setinggi ilmu ustaz, bahan bacaan tak sama.level of thinking pun tak matang macam ustaz, kadang-kadang emotional, kadang2 tak pernah tau pun perkara2 yang ustaz sampaikan tu.tu yang komen tak seberapa.
tapi saya tetap setia membaca di sini sebagai salah satu santapan minda & rohani, buat motivasi & panduan diri, insyaAllah. Alhamdulillah kawan2 kat ofis pun ade dah yg ikut sama baca SIO. article ustaz pun saya byk kongsi dengan suami, family & kawan2.
Apa2pun tahniah & terima kasih buat ustaz yang tak jemu memberi & sering istiqamah. Moga Allah berikan yang terbaik untuk ustaz & keluarga
Terima kasih ANIS… Terima kasih insyirah
Salam Uztaz,
Way to go Abusaif!! Ana tengok dari komen-komen yang diberikan, sebenarnya pembaca SIO ni memang ramai, cuma ramai yang tak memberikan komen terhadap artikel yang Abusaif keluarkan.
Antara sebabnya:
1. Ada idea, tapi tak tau nak luahkan macamana.
2. Buka SIO kat tempat kerja (rasanya majoriti). Jadinya artikel SIO ni jadi sarapan pagi rohani sebelum mereka memulakan kerja. Nak muntahkan balik idea tersebut mungkin lambat atau sebab tugasan lain dah mula beratur minta disiapkan.
3. Ada sesetengah tu nak bagi komen, tapi tup-tup dah ada orang lain bagi komen yang sama (biasanya regular commentors la). So terpadamlah hasratnya untuk me’ngomen’ serta kuranglah bilangan yang memberikan pendapat.
4. Artikel uztaz dah cukup menjelaskan segalanya. Jadinya – NO COMMENT!
Kiranya, pembaca (baca – pengikut) SIO ni ramai dan satu kumpulan. Tapi kumpulan yang memberi komen ni satu kumpulan lain pula.
Wallahualambissawab…
Wsalam WBT.
Terima kasih Perantau di Cape Town. … terima kasih kerana masih di sini.
Untuk sampai kepada NO COMMENT, tiga point lain dibahaskan dulu… tu yang ana nak sangat tu..
Bila nak balik Benua Asia?
InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, hujung tahun depan. Itupun bergantung kepada zaujah ana, habis PhD dia, baliklah kami.
Hehehe, rasanya ana sekarang hampir sama macam keadaan uztaz masa di Ireland dulu – partimers. Working and househusband.
assalamualaikum ust,sy juga mempunyai pengalaman seperti ust juga..tidak dapat dinafikan gelombang perhubungan melalui internet ni semakin banyak sekarang ni..dulu saya juga penggemar Mirc ketika lepas SPM kemudian sekitar tahun 2002 sy mula menjadi pengunjung setia Raudhah.com sebelum sy mengenali blog ust..saya dulu juga bukanlah penggemar blog tetapi semenjak mengenali SIO sy mula faham dan sentiasa menantikan artikel2 yg bernas dari ust..saya juga diantara yg silent,hanya akan memberi komen tatkala saya benar2 bersedia..Usahlah ust bimbangkan tentang pengunjung disini,mereka sume akan tetap membaca tulisan2 ust..harapan saya,moga ust akan lebih tekun dan bersemangat dlm menyampaikan ilmu kepada kami..Wallahua’lam
wsalam wbt mohd faizal.
terima kasih… kerana bersemangat memberi komen semangat untuk saya
aslmkum ustaz…..
ana mula baca artikel2 ustaz selepas datang ke indonesia. kerana diperkenalkan oleh seorang teman. “ko baca tak artikel2 saifulislam.com? ustaz hasrizal tu sekolah ko dulu” . bila dah baca,ana tertarik.
tapi ana hanya ke SIO ni sekali sekala kerana masalah internet di indonesia yang kurang memuaskan. ana lebih prefer membaca artikel2 yang di’copy’ dan di’save’ dalam thumbdrive. sangat dekat ke hati. teringin juga rasanya menulis seperti ustaz untuk perkongsian bersama oranglain.
dan akhirnya bila internet dah ok,ana sendiri mula menulis. yang sedihnya,sepanjang tempoh membaca tu,ana tak pernah komen di SIO pon,kerana merasakan siapalah diri ini untuk memberi komen. tapi setelah berjumpa ustaz di jogja,terasa dekat sangat dengan ustaz dan teringin pula ‘meninggalkan’ komen. kalau taksilap ana pernah terbaca ustaz tulis tentang betapa seorang penulis sangat2 menghargai komen2.
mungkin tidak kena dengan topik entry kali ini (kerana ana belum+bukan pengunjung/’teman’ setia ustaz), tapi ana ingin berterima kasih di atas tulisan2 ustaz. semoga teman yang datang akan terus kekal dan teman yang pergi akan kembali memaniskan nostalgia dan perjuangan ini.=)
p/s : ana suka baca artikel ustaz tentang kekeluargaan. sangat-sangat dan paling dekat di hati. lembut, sayu, tetapi berisi.=)
tak apa drrazi… biar pun tak komen, tapi pertemuan di yogyakarta masih segar di ingatan… teruskan pengajian, kumpul duit jangan sampai tak makan ye
Assalamualaikum,
Secara jujurnya akak dapat memahami perasaan penulis blog yang memerlukan feedback dari pembaca. Silent readers ni wujud atas sebab2 individu/peribadi. Mereka amat menghargai ilmu yang diperolehi tetapi bimbamg untuk memberi komen.
Respond/komen sebenarnya pemberi semangat untuk memperbaiki cara penyampaian. Tetapi tahap pengalaman akan mempengaruhi fikiran. Bagi akak mengajar pelajar2 sepenuh masa yang tidak pernah bekerja, menghabiskan sukatan adalah perkara yang mudah, malah pelajar2 ternanti2 saat2 kelas terakhir.
Lain pula pengalamannya mengajar Pengajian Luar Kampus, soalan2 yang diberikan boleh membuat pensyarah “carried away” entah ke mana2. Semoga mereka benar2 mahu faham bukan berniat sukatan pelajaran akan dikurangkan ketika bertanya.
Tetapi pengajian di SIO, medan ujiannya adalah kehidupan itu sendiri, jadi komen pembaca sepatutnya menambah contoh2 peristiwa untuk meningkatkan kefahaman pembaca. Komen2 seperti “artikel yang sangat baik, penuh makna dsb” boleh juga ditulis, tetapi SIO tidak akan memaparkan sesuatu yang merugikan usia pembaca.
SIO memang proaktif sehinggakan sesetengah pembaca tersentak apabila ustaz bercerita perjumpaan dengan psikatris (mcm salah ejaan je rasanya), sebenarnya pembaca terutama melayu yang jarang berjumpa dengan pakar2 yang seumpama dengannya sehingga mereka merasa janggal untuk mengetahui ustaz dan ummu saif berbuat demikian.
Kepada semua pemberi komen, terima kasih atas perkongsian,
Kepada ustaz, terima kasih atas teguran.
Terima kasih (tanpa rasa jemu) kepada Kak Ija atas komen ini
Banyak sungguh komen yang ditulis. Alhamdulillah… Alhamdulillah… dan Alhamdulillah. Saya menghargai setiap satu komen yang diberi, malah teruja kerana ramai pembaca senyap tampil memberikan komen pertama di sini.
Saya menghargai dan sentiasa tahu tentang wujudnya pembaca-pembaca senyap, khususnya yang melanggani RSS. Terima kasih kepada kalian semua.
Saya menulis artikel ini lebih kepada menyerupai perasaan Nabi Ibrahim alayhi al-Salam tatkala meminta Allah SWT menunjukkan kuasa-Nya menghidupkan burung yang mati. Allah SWT menegur Ibrahim, “apakah engkau tidak yakin?”… Ibrahim alayhi al-Salam menjawab, “supaya tenang hatiku (dalam imanku kepada-Mu)”.
Saya tahu ramai yang membaca… tetapi reaksi pemberi komen adalah salah satu tanda sokongan terbesar. Sesekali, saya menulis komen di blog adik-adik dan mereka begitu teruja menerima komen saya. Ketahuilah, begitu jugalah perasaan saya semasa menerima komen kalian.
Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel mana entah… bahawa proses membentuk diri, ilmu hanya 20%, kefahaman sendiri pula 20%, cerita masing-masing 20%… maknanya janganlah dinilai bahawa kotak komen ini hanya untuk ilmu. Apa sahaja… asalkan dalam lingkungan akhlak Islam. Saya rasa, kita tidak perlukan ilmu yang tinggi untuk tahu apa akhlak yang baik, apa akhlak yang buruk.. Itu sahaja.
Sesungguhnya…. terima kasih atas semua komen. Kalau tak komen pun takpe… tapi kalau komen… ia adalah ganjaran Allah ke atas saya untuk bahagian dunia, sebelum ganjaran Akhirat yang saya fakir kepadanya.
Terima kasih semua…
“Sesekali, saya menulis komen di blog adik-adik dan mereka begitu teruja menerima komen saya. Ketahuilah, begitu jugalah perasaan saya semasa menerima komen kalian.”
Tepat luahan ini ustaz…pernah sahabat-sahabat tengok komen ustaz di blog…apa yang mereka kata
“Waa hebat blog nta sampai Abu Saif pun komen”, walaupun ana rasa di blog biasa-biasa aja,tetapi atas dasar jiwa seorang blogger,hanya jauhari kenal manikan,hanya blogger paham perasaan blogger. Ana cukup menghargai walaupun dengan komen ” Salam”…
Ya, tepat sekali..ana juga mengalami perasaan dan situasi yang sama ketika baru memblog di wordpress.com dulu. Tak sangka menerima kunjungan Abu Saif dan Kak Ija, di ruangan komen menjadi bukti.
Benarlah, kita cukup terasa berharga walaupun dengan komen.
Wassalam.
Salam..rata-rata saya dan rakan-rakan juga pengunjung setia Saifulislam…Zaharuddin.net..DrMAZA.com.. Cuma tidak memberi komen sahaja..
Salam Uztaz,
Satu yang ana nampak dalam artikel-artikel yang uztaz nukilkan ialah ia dihasilkan dalam keadaan yang pada pandangan orang luar adalah ‘sejujur-jujurnya’. Maknanya apa yang dinukilkan adalah sesuatu yang memang realiti, memang boleh nampak pada mata hakiki dan bukan sesuatu yang dibuat-buat umpama novel. Bukan bermaksud blog-blog orang lain tidak memaparkan kehidupan sebenar mereka, namun disebalik realiti sebenar kehidupan yang dinukilkan dalam SIO (sama ada pengalaman diri Abusaif dan keluarga sendiri) atau sekadar pemerhatian uztaz dalam kehidupan seharian, elemen-elemen Islam ‘diperkenalkan’ kepada pembaca (betul ke apa yang ana tulis ni. macam sebab no 1 dalam komen awal je).
Ramai penulis blog menulis kisah mereka dan ekspresi pemikiran mereka sahaja, full stop. Kalau ada yang selitkan elemen agama, agak formal persembahannya – umpama membaca kertas kerja. Setakat ini, blog SIO dan uztaz zaharudin berjaya keluar dari acuan ni. Stail begini sangat sesuai untuk semua golongan, dari haraki kepada yang goyang kaki.
Kalau As-syahid Imam Hassan Al-Banna membuat kejutan dalam kelompok pendakwah dengan berdakwah dalam disko – dan berjaya, maka tak hairan kalau dengan blog (tak kira sama ada SIO atau zaharuddin.net atau Dr MAZA or sesiapapun) kita boleh hasilkan satu gelombang baru dalam arena dakwah.
Apapun, stick to your guns and be frank. Mula-mula tu terkejut juga bila uztaz ada bagi komen yang agak keras, but hey, uztaz pun manusia.
Salam ustaz..Sedih punada bila baca entry ni.Saya sering berkunjung ke web ini.Tapi banyak sebagai pegunjung senyap.Dah lama bertandang,3 tahun lebih dah.Itu pun bila timbul isu Jemaah Centric vs Ummah Centric.Actually,xbrapa puas hati time tu.Tapi alhamdulillah,x kenal maka xcinta la katakan.Hehe..Insyaalah saya akan terus istiqamah dengan SIO.Dan lebih banyak komunikasi denganartikel ustaz
salam. dulu kalau baca SIO, mesti akan baca komen sekali. rindu juga pada mereka ni…
artikel ni macam butang pause, jzkk ustaz.
Assalamualaikum. Saya bukan pemberi comment yg kerap di website ni. Tapi sejak akhir2 ni berminat membaca comment2 yang dihantar. Bak kata ust, comment ni juga adalah sebagian atau pelengkap kepada artikel ust. Dan saya juga nampak kepentingan comment2 yang dihantar. Terima kasih ust dan juga kepada kalian yang memberi komen.
Lawakanye kek ust bentuk computer! Dekstop lagi. Haha kenangan terindah.
salam,
… it may be just nothing … but may be there was a reason …
… probably we are different … eventhough sharing common names …
… possibly … it was a different struggle …
… could be that we define things differently even though we shared the same belief …
… probably we tought that we our selves determine our priorities, our niche, our comfortable ways of giving … but it may just be, it is not ours to choose as the need of many overcome the desire …
… it may just be the time, different airport, different walk way or may be different path …
… it may be not important at all … but in the small little corner in this heart .. i still pray that it is …
but it may just be … that friends – come and goes … but again maybe … there was a reason …
May Allah bless you my Brother …
May we cross the same path again some day – and may that day naungan arasy Allah memayungi kita …
salam
Abu Imad
emmm…. memang sunyi rasanya kalau kita tak dapat sebarang feedback daripada pembaca. Ucapan terima kasih pun adalah sesuatu yang amat berharga kepada si penulis kerana ia adalah tanda ia dihargai…
pernah juga merasai kesunyian macam ni semasa melayari web al-ahkam.net tapi apa boleh buat… hanya Allah Yang Maha Mengetahui
apa yang sentiasa saya kagum setiap kali mengujungi saifulislam.com ialah pemerolehan ibrah. dengan gaya bahasa yang mudah digest..biar apa pun isu berat atau ringan, segalanya digested. ia bukan hanya pengetahuan semata-mata malah mencetus kepada tindakan. amat susah untuk mencari satu laman yang secara konsisten dibuka pengujung malah konsisten memberi komen..terasa rindu bila tidak mengakses laman ni..semoga segalanya atas landasan akidah biarpun secara majoriti tidak bertemu, asif ya ustaz..
kagum dengan ustaz dan ummu saif, lalu tercetuslah blog saya yang dhaif itu
salam. saya pembaca tetap blog ustaz, tapi tak pernah meninggalkan komen. ini yang pertama. bukan tak mahu komen. terlalu banyak komen lain sampai tak terkomen.
apa2 pun selamat berdakwah dengan medium IT
hmm…
baru mengenali SIO hanya beberapa bulan saja. sebelum ni hanya mengenali tulisan ust. melalui artikel yang dimuatkan dalam majalah i.
tatkala terdetik nak buka blog ni, terus jatuh cinta. isu-isu yang diutarakan dan pandangan peribadi ust. yang disampaikan banyak memberi manfaat dan membuka minda. sebab walaupun satu isu yang sama, tapi sudut pandang seorang yang ditarbiyah dengan alquran dan assunnah sangat berbeza dengan sudut pandang orang lain.
cuma kadang-kadang tergerak nak tinggalkan komen, banyak masa jugak dihabiskan untuk cerna artikel-artikel ust. yang lepas.
insya ALLAH mudah-mudahan istiqamah pada yang memberi dan yang menerima
1. Pengerusi Forum pun dah lupa rasanya tajuk forum tu.Yang ingat duk usik salah seorang panelis forum tu sebagai bakal MB Kelantan, sekarang dah jadi ADUN tiga penggal dah…
2. Panelis sorang lagi – Fayyum apa khabar beliau sekarang?
3. 4 Zulqaedah depan genap 4 Tahun nuun kembali ke rahmatullah.
semenjak komen sy kuar tjk..trus da xkomen da…hahaha…xbrani plak..rasa xlayak plak..lg2 la pernah dgr ust kata suka komen yg menjana idea..lagi la rasa xlayak..huhu..anyway..still lg baca artikel kat cni..tp yg best2 jela..
Salam ustaz..
Ana pun tidak ingat bila ana mula membaca SIO, tapi rasanya sejak bertahun-tahun lepas sejak ustaz mula menulis namun agak kurang konsisten dalam mengikuti hingga sejak dua-tiga tahun ini 2006-2008 baru-baru ini Alhamdulillah ana mengikuti blog ustaz. Tulisan-tulisan ustaz ana promote pada ibu ayah ana dan ayah ana siap suruh print untuk diberi pada jiran-jiran.:)
Selepas kahwin, suami ana tanya blog apa yang ana biasa pergi, dan bagi dia ada dua sahaja blog yang dia konsisten pergi katanya. Satu blog saifulislam dan satu blog seorang ustaz pengajian tradisional. Hinggakan ada entri ustaz yang diambil dalam hp dan disimpan untuk pembacaan dan rujukan. Suami masih menjadi silent reader dan tidak pernah menulis komen, namun tetap setia dengan SIO.
Hingga sekarang suami masih menjadi silent reader namun tulisan Ustaz menjadi santapan harian dan wajib andai melayari internet. Ana ingat akan kena buat backward balik pembacaan semula sebagai refreasing mind atas semua idea-idea dan pencerahan yang Ustaz dah anjakkan.
Terima kasih ustaz. Walau ramai yang senyap atau berhenti memberi komen tetapi silent is gold dan banyak manfaat yang kami dapat dari SIO ini khususnya. Tertalu. Terima kasih untuk itu Ustaz.
salam ustaz..
dah lama rasa xkomen kat SIO..
saya mula2 ikut SIO sejak di indonesia,pertama kali diperkenalkan oleh rakan2 di sini..mcm drrazi save dlm thumbdrive…sampai sekarang ada lg satu file utk artikel2 ustaz dlm laptop yg dirasakan menarik utk share dgn kawan2…
dulu xberani jugak nak komen sbb siapalah diri ini…tp setelah jumpa dan ikut program ustaz di jogja rasa ustaz lebih santai…
sungguh terkesan di memori dgn teguran yg sungguh santai tp sgt bermakna…
ummu saif juga walaupun sibuk,tetap melayan pertanyaan saya…
“…both of u really impressive me…”
thanks=)
=)send my warmest regard to ummu saif=)
p/S:kapan mau ke sini?
Assalamualaikum
Apa khabar ustaz, rasanya dah setahun dah singgah dan memberi komen disini, apapun saya kagum dengan kesungguhan dan istiqamah ustaz dalam MEMBERI, moga terus diberikan kekuatan.
Hasil dari tarbiyyah online ustaz pola pemikiran saya berubah dan hingga akhirnya hari ini saya mula menulis beberapa artikel. Terima kasih atas didikan yang berharga itu.
Cuma saya perasan, tulisan ustaz semenjak dua menjak ini agak kurang “kick”,terutamanya selepas kuliah bersama Dr. Abdullah Ahsan seperti ada yg kurang, ibarat macam kalau masak tom yam tak bubuh serai atau daun limau purut. Mungkin sekali sekala dalam perjalanan yang jauh, sauh perlu dilabuh buat mencari bekal baru.
apapun, saya ucapkan selamat maju jaya pada Ustaz, moga terus cekal untuk terus MEMBERI…
Salam dari utara….
setahun TAK singgah bukan DAH singgah…
saya mula kenal saifulislam.com melalui mawifc sekitar 2 thn lepas.Alhamdulillah hingga skrg saya masih setia membukanya tiapkali melayari internet. Paling saya gemar baca kisah/pengalaman ustaz di luar negara spt di turki & ireland, begitu juga kupasan ustaz ttg zaman gelap eropah,dinasti Islam di eropah yg terakhir andalusia, semuanya maklumat yg amat berguna bg saya yg tdk sekolah tinggi spt para chatters di sini
Buat ustaz teruskan menulis krn masih ramai yg menantikan buahtangan terbaru dr ustaz esp. silent reader spt saya..
wassalam
Another pembaca senyap…
Salam.
1. Mustahil ana termasuk dlm kategori yang dirindui dan dinantikan! Sahih?
2. Bila Si Penulis Cerpen Kontroversi Utusan bertanya tentang wajah sebenar enta, jawapannya tetap satu.
3. Tetapi apabila membaca kesemua artikel enta, maybe ada yang membisik, wajah yang satu ini, pelbagai air muka rupanya. Mmmmm air muka yang banyak ini mungkinkah mempengaruhi minat dan istiqamah dalam berkomentar?
4. “Ishhh ustaz ni rupanya mat jiwang la”, “Ish ust ni politik jugak”, “laaa ust ni kritik idola kita lah”. Kejutan2 itu menyebabkan mereka terhenti? Ya la… mereka hanya mahu ust seperti mereka dalam semua perkara mungkin?
Antara sahabat yg saya harap dan doakan agar kekal bersama suami susah dan senang, setuju dan bercanggah…
salam..saya dikenali sebagai seorang yang buta IT,jahil teknologi.setiap kali masuk cc,saya tak tahu apa perlu dibuat,apa yang nak dibuka.sehinggalah pada suatu hari,saya diperkenalkan oleh kawan-kawan blog saifulislam.com ini.pertama kali membaca artikel-artikel ustaz,saya rasakan betapa ruginya saya kerana agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain.setiap kali masuk cc,hanya blog ustaz yang saya buka.membaca dan terus membaca.jika cc di tempat saya sudah sampai waktunya untuk dikunci pintunya oleh mushrifah(jam 11 malam.saya tinggal di sakan jami’ah),maka saya akan download sebanyak mungkin artikel ustaz dan sambung membacanya di bilik.kadang-kadang membaca hingga azan subuh dilaungkan.dan kadang-kadang saya kongsikan bersama rakan arab di bilik saya.terima kasih,thanks a lot,tesekkur ederim,syukran kathir laka ya akh fillah..jazakallaahulkhair..
Satu ketika dahulu saya ada terlihat artikel Ustaz tentang unique visitor yang pelik, naik mendadak. Saya cari tak jumpa, lagi. Dahulu juga kita pernah bercerita tentang ‘bot-bot’ dan saya bertanyakan samada bot saya ada menggangu bolg Ustaz. Maaf sekiranya pernah! tetapi saya pasti bot-bot itu tidak menyebabkan kerosakan atau berniat jahat.
Saya melancarkan bot baru, hari ini, yang tidak akan melawat semua blog yang ada dirujuk oleh blog saya. Sekiranya ada aktiviti luarbiasa, ring the bell!
Teringat kenangan saya bersama SIO bermula pada tahun 2005. Saya mengenali blog ini melalui majalah i. Sehingga hari ini, blog ini menjadi blog wajib yang akan saya layari sekurang-kurangnya lima kali seminggu.
Hati rasa tersentuh apabila membaca tulisan ustaz “saya sentiasa di sini”. Luar biasa sungguh kesetiaan itu, pasti sumber motivasi itu adalah dari sebesar-besar kuasa.. Saya yakin ia datang dari Dia..