Antara Optimis Dan Pesimis

Kuliah Maghrib Surau al-Naim 27 Okt 08 (Surah Yusuf Ayat 83 – 87): Antara Optimis dan Pesimis boleh dimuat turun di SINI
“Senyum!”, saya memfokuskan kamera.
“Hahaha!”, kami semua ketawa.
Saiful Islam semakin kehilangan gigi susunya. Satu demi satu gigi tercabut. Ada yang dicabut di klinik gigi, ada yang main cabut sendiri. Maka jadilah senyumannya demikian.
Demikian yang bagaimana?
Antara optimis dan pesimis… nampak apa?
Gigi yang tiada, atau gigi yang masih ada, atau gigi yang bakal ada?
CARA MEMANDANG
Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog yang negatif. Ia terbit dari kalimah Latin (pessimus) bermaksud worse. Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk.
Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah.
Tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat.
Tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri.
IDEALISMA DAKWAH
Di alam dakwah, golongan yang taasub mutlak tidak mendatangkan banyak faedah jangka panjang. Mereka mungkin tenaga penting untuk melaksanakan suatu agenda, tetapi mereka berbangga dengan keletihan dan pengorbanan, tanpa muhasabah ke atas kualiti dan hasil. Mereka cepat menganggap bahawa mereka telah memberikan yang terbaik, biar pun kerugian dan kemalangan yang sama datang berulang kali.
“Kamu cakap sahaja. Siapa yang turun susun meja gantung sepanduk?”, katanya.
Ada segolongan lagi yang tepu dengan idea, begitu kritis sentiasa menganalisa persekitaran. Mereka kaya dengan kritikan.
Keupayaan minda untuk kritis dalam memberikan tindak balas, adalah suatu kurniaan yang besar. Ia amat berguna untuk menyuluh sudut yang tersembunyi bagi penambah baikan. Asas penting untuk kelangsungan tumbesaran gerakan dakwah menyusur zaman.
Tetapi kritikan yang datang dari minda optimis, berbeza dengan kritikan bernada pesimis.
MEMBINA VS MERUNTUH
Kritikan optimis adalah kritikan yang disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Bahasanya adalah bahasa berkeyakinan bahawa ada jalan dan ada peluang untuk penambah baikan itu berlaku. Malah optimis yang sempurna ialah pada menjadikan diri sebahagian daripada agenda itu. Bahasa kita menyebutnya sebagai kritikan membina.
Akan tetapi, kritikan pesimis adalah kritikan yang sangat sinikal, berbau sindiran dan tidak menampakkan kecenderungan pengkritik itu kepada penyelesaian. Padanya masalah-masalah yang dikenal pasti itu terlalu mendominasi keadaan hingga beliau tidak percaya ia mampu diselesaikan.
Ia mungkin kesan pembacaan, kesan pendedahan, kesan penglibatan… justeru ilmu dan pengalaman yang ‘panas’ itu, menimbulkan penyakit ghurur yang membinasa. Awalnya terlihat benda baru, kemudiannya memandang usang benda lama.
Buku-buku yang kurang dibaca massa, berguna dalam mencari kesegaran formula, tetapi bertukar menjadi beban, apabila pesimis dalam pemikiran.
Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Ia bukan kritikan yang membina, tetapi ubat yang menjadi racun. Pesimisme adalah kosmetik untuk mengindahkan pemikiran tinggi yang sebenarnya hina kerana menganut putus asa!
![]()
“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]
PUTUS ASA
Manusia pesimis inilah manusia yang paling rosak kerana kritikannya terputus dari rahmat Allah. Beliau membesarkan sisi gelap dan buruk, hingga lupa kepada kekuasaan Allah SWT yang Maha Luas itu.
“Ahh… inilah golongan Islamis, cakap sahaja. Mereka pun tidak tahu apa yang mereka cakapkan”
“Kekalahan pun gagal diuruskan. Kemenangan pun tidak bijak ditadbir. Tiada kelayakan!”
“Umat sudah rosak. Tak perlulah nak kursus ke atau ceramah ke, balik-balik jadi macam itu juga!”
Ayat-ayat pesimis adalah ayat putus asa. Dan putus asa adalah seburuk-buruk akhlaq kita di hadapan Dia.

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.
GELAS SEPARUH

Justeru ketika kamu melihat gelas sedemikian ini, apakah yang kamu lihat?
Sebuah gelas yang separuh isi, atau separuh kosong?
Wahai anak muda yang berjiwa besar, besarkanlah jua keyakinan dan harapanmu untuk mencita-citakan sebuah perubahan?
Jangan kritik tanpa harapan, ia hanya sebuah keputus asaan…
“
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!” [Al-Baqarah 2: 214]
Harapan mesti terus hidup kerana ia bersandarkan kepada rahmat Allah yang Maha Hidup. Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui akan perihal hamba-Nya.

Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” [Yusuf 12: 87]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
SAIFULISLAM.COM mencadangkan pembaca mengambil manfaat daripada buku “SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG” karangan Parlindungan Marpaung, Diterbitkan oleh PTS Millenia, maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI.
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









































about 1 year ago
saya pernah baca satu buku dari Stedman Graham bertajuk You Can Make It Happen… mmg sgt menarik tentang kupasan optimis dan pesimis ni. satu ayat yg dia pernah cakap dlm buku tu;
“a success people is someone who never give excuses to a problem. someone who see problems positively. and when given a task, they wont say ‘no’, instead they’ll say ‘let’s do it’ or at least ‘let’s find a way to make it happen’”
honestly buku tu byk ubah pendirian saya especially nak masuk semester baru ni, alhamdulillah. Allah buka pintu hati saya untuk baca buku tu. dan fikiran optimis tu sbnrnya berperanan penting membina peribadi yg lebih bagus sbnrnya~ terima kasih ustaz, kerana memperkuatkan lagi pengisian buku tu dgn hujah dari pandangan islam. alhamdulillah~ syukran jazilan~
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bagaikan tertusuk duri sembilu. Dalam kekalutan hidup banyak kalanya kita seolah-olah meratapi perubahan zaman, dari sisi prasarana dan teknologi yang disalahgunakan oleh manusia.
Optimis dan pesimis, kedua-duanya ada sisi positif dan negatifnya. Akak memang akui, buku2 self-help ni perlu dibaca dari semasa ke semasa sebagai charger atau istilah 7 habits nya “Sharpen the saw”.
Teruskan memberi definisi sebenar Mukmin Profesional (syariatik dan saintifik). Terima kasih ustaz (dinyatakan tanpa jemu)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih atas komen di cuti-cuti umum ini. Insya Allah saya akan menyambungnya dalam Kuliah Maghrib malam ini di Surau al-Naim Wangsa Maju
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
menarik isu yang ustaz kupaskan ni.saya memandang hal ini dalam konteks saya sekarang,mahasiswa dan persatuan.contohnya seperti saya yang berada diluar, dilihat mereka lebih senang mengkritik dan menjatuhkan dari memberikan pandangan dan membina semula kekurangan yang mereka lihat..konsep “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing itu sudah hilang”. kadang2 risau melihat anak muda diperingkat seperti ini berfikiran demikian, dengan melihat situasi negara kita sekarang.takut negara akan terus menghasilkan insan sedemikian..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum..
artikel yang menarik..
sedikit sebanyak menaikkan semangat saya yg baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester ini..
keputusan kurang memberangsangkan..
namun..kegagalan adalah peristiwa, bukannya orang..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan”
ini kena batang hidung, bagus juga entri gini, basuh otak dan hati saya, selama ni asyik bermonolog negatif, sikit sangat fikir untuk bertindak optimis.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Antara Optimis dan Pesimis
Orang yg efektif melihat peluang dlm setiap masalah. Org yg pesimis melihat masalah dlm setiap peluang
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..Bak kata Aidh Al Qarni dalam La Tahzan “Buatlah air yang sedap dari limau nipis yang masam”
Erm artikel yang mengingatkan.Thanx ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…
Tahniah kepada ustaz untuk tulisan yang pada saya sangat tepat pada masanya… Saat tahun masihi akan berakhir, dengan laporan tahunan 2008 dan perancangan 2009 yang perlu disiapkan… Semua kekurangan yang terlepas pandang tertampil dan kepala giat memeras untuk mencari penyelesaian jangka panjang dan pendek… Bukan mudah untuk berfikiran opitimis saat seribu masalah menyerang tiba2 dan penyelesaian perlu dicari segera… Itu baru bab kerja, bab akidah, amal dan akhlak belum ada KPI formal…
Tapi mungkin inilah masa yang terbaik untuk kembali bermuhasabah, ujian yang diberi hanyalah untuk kita kembali mendekatkan diri kepada Pencipta… Dengan pengharapan dan penyerahan diri (dan usaha) sepenuhnya kepada Allah, diharap akan terus dikurniakan fikiran yang tenang dan optimis…
Wassalam wbt
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum
Terima Kasih ustaz kerana berkongsi artikel yang menarik selalu. Saya selalu melawat dan membaca disini untuk mendapat tahu perkembangan semasa dan juga ilmu agama
http://www.amirul-hakimi.blogspot.com – CIna ISlam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
memandang satu siss buruk lebih dr sisi yg baik…
serupa mcm artikel sebelum….apabila kita mendengar keburukan org kita jangan judgemental….klu org jahat tu datang ke masjid kita jangan judgemental dengan memandang keburukan nya kerana kita tidak tahu sisi kebaikan nya….maka sisi kebaikan nya yg sanggup datang ke masjid itu lah perlu kita rebut dan pergunakannya bukan secara sinikal mentertawakan keburukan nya
sikap yg perlu ada dalam pendakwah bersikap neutral dalam semua perkara…lebih2 lagi dalam berdakwah kepada orang islam sendiri…
maaf ustaz kalau terkeluar tajuk
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam,, ustaz,,
jazakallahukhairon,,
artikel seperti ini mampu menyedarkan akal para pesimis untuk berfikir dari sudut positif,,
umat islam di Malaysia khususnya perlu sedari, lihat dan gunakan ruang dan peluang yang wujud dalam diri dan persekitaran untuk menjana pembangunan umat Islam,, bukan hanya membiarkannya sahaja sehingga menjadi semakin parah,, barakallahu feek,,
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih utk ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ya ustaz..
syukran atas pengisian yang bagi pandangan saya cukup mantap dan kena pada masanya. di kala saya sedang menghadapi masalah..truskan memberi ustaz agar mencetuskan mahu dalam diri ini apabila sudah mengetahui..syukran ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Sekadar tambahan,
orang optimis sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ai ghompang gigi kamu ye yob.
Anyway akhi, ana punya masalah terhadap motivasi untuk menjadi terbaik segala-galanya.
Anta tau bagaimana ana selalu kurang bersetuju dengan elitism. Bagaimana pembawaan sekolah ana yang selalu mahukan the best kadangkala menghantui para graduannya. Kadangkala ana skeptikal kepada mereka yang ingin menjadi jutawan, kaya raya dan berkedudukan sebagainya. Ana memandang sinis mereka yang bercita-cita untuk berkereta mercedes, dan alasannya jika tidak org bukan Islam memandang rendah.
Adakah ana pesimis? Ana tidak menolak untuk menjadi kaya dan berkedudukan. Cuma bila itu dijadikan tujuan ana terasa ralat. Mohon pandangan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mari kita bina Islamic world view!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kritikan… antara optimis dan pesimis. Biasanya menzahirkan akhlak pengkritik.
“Di alam dakwah, golongan yang taasub mutlak tidak mendatangkan banyak faedah jangka panjang. Mereka mungkin tenaga penting untuk melaksanakan suatu agenda, tetapi mereka berbangga dengan keletihan dan pengorbanan, tanpa muhasabah ke atas kualiti dan hasil. Mereka cepat menganggap bahawa mereka telah memberikan yang terbaik, biar pun kerugian dan kemalangan yang sama datang berulang kali.”
Bangga dengan pengorbanan yang sedikit, sedangkan pengorbanan adalah suatu kemestian bagi para da’i. Sedangkan yang semestinya adalah evaluasi terhadap gerak kerja untuk perbaikan pada masa hadapan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Keputusasaan tidak pantas untuk orang beriman, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa optimis dengan rahmat ALLAH, meyakini setiap ketentuan adalah yang terbaik. Kegagalan dalam tindakan dan kekurangtepatan dalam mengambil solusi mungkin berat dihadapi, tapi adalah mekanisme terbaik untuk belajar. Andai setiap tindakan yang diambil sentiasa tepat, maka tiada pengayaan pengalaman yang diperoleh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
setuju…supe mcm isu perkauman la…sume oang keje nak pkir pesimis je..asyik2 nak ckp kite melayu ni lagi superior la..kaum2 kat mesia xleh bersatu la..smpikan nak bukak uitm kt non muslim pun kite pkir pesimis..kate derang nk rampas hak istimewa melayu plak..hai dunia2..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah…semoga memberi manfaat kepada semua terutama yang sudah jemu berusaha membuat kebaikan.
ana ada seorang teman yang dilihat sering pesimis terhadap kualiti dan potensi oranglain. sekali orang tu menolak,selamanya dia akan menganggap orang tu menolak. malah lebih teruk,menganggap orang tu sbagai musuh dakwah! padahal orang tu punya potensi untuk kebaikan perkembangan islam (jika dia benar2 faham). aduuuhhh,sedih…..
seorang lagi, berada di tengah2 (maksudnya tidak terlalu pesimis terhadap oranglain kerana dia cuba untuk seimbangkan optimis dan pesimisnya terhadap orang itu), tapi malangnya, gayanya seolah2 mengharapkan sesuatu yang negative dari orang tersebut. selagi boleh dia akan pressure orang itu untuk memuaskan (persangkaan) hatinya. kalau orang tu dah bg jawapan baru dia lega. if orang tu bg jwpn positif,dia seronok. dan if negative, die ‘labelkan’ orang tu sebagai ’seseorang’. bila berkata mengenai orang tu, “ooh,die tu memang macamtu…die tu ni sket….”
hmm,byk sgt bahasa terlindung ke ustaz? xpe kan? hehe…ana cuba nk bawak contoh je, tak nak ada yang terasa. yg penting dapat diambil iktibar…=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sudah terlalu banyak subjek optimis dan pesimis ini diperkatakan hingga ramai yang cepat mahu berkongsikan quotation masing-masing yang sedap untuk menyokong idea ini. Tetapi saya menulis artikel ini khusus untuk melegakan hati saya yang luka dengan gelagat sesetengah anak muda yang sangat kaya dengan idea, tetapi sentiasa sinis dalam bahasa mereka ketika mengungkapkan idea tersebut. Membaca dan mendengar kupasan ilmiah, tetapi sentiasa memandang buruk serta menghitung satu demi satu kelemahan gerakan Islam, amat menyedihkan.
Biar pun akal saya menyokong idea yang dibawa, tetapi hati (tempat jatuh pandangan Allah) menolak malah sesekali membencinya.
Moga jiwa seluas minda!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 28th, 2008 2:50 pm:
Adakah saya juga pesimis dengan golongan ini?
Harapnya tidak, sebab itu saya tulis artikel ini kerana optimis dengan peluang kecacatan ini diperbaiki
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Back to ERTI HIDUP PADA MEMBERI and GENIUS IS ABOUT MAKING COMPLICATED THINGS BECOME SIMPLE (sorry tak verbatim terjemahannya). Ulangan point ustaz yang dulu, kalau jemaah atau suasana tak conducive ianya peluang untuk kita berdakwah, kalau suasana dah ok, peluang untuk improve. (Maaf, bahasa rojak). Kalau nak tunggu perfect akhirnya akak tak tulis komen langsung.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Jom dengar kupasan entri ini melalui Kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz di Wangsa Maju semalam.
Klik di SINI
Respond to this comment [with empathy]
Husaini Ibrahim reply on October 28th, 2008 9:12 pm:
Eh, tak perasan pulak Ustaz dah letak link audio kat bawah gambar tu. Takpelah, dah tak boleh delete komen ana ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
YESTERDAY IS A HISTORY
TOMORROW IS A MYSTERY
TODAY IS A GIFT
THAT IS WHY IT IS CALLED PRESENT!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sori, silap tulis name la, hehehe
YESTERDAY IS A HISTORY
TOMORROW IS A MYSTERY
TODAY IS A GIFT
THAT IS WHY IT IS CALLED PRESENT!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salamun’alaik. syukran ustaz. entry ni banyak menyedarkan saya untuk melihat sesuatu perkara yang berlaku secara bright side. everything happens for a good reason.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah, ni adalah kata2 motivasi untuk saya disini. Kena pada masanya. positif2!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hm cane nak berfikiran positif ye ustaz? sbb saya slalu diperlekeh dengan member2 tntang apa yg sy lakukan.kdg2 rs hilang keyakinan..wpun sy ni succesful guy gak la dari segi akademik n peribadi tp mbr2 ttp perlekeh??so apa pendapat ustaz??
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 29th, 2008 11:41 am:
optimis atau pesimis itu adalah persepsi diri terhadap diri sendiri dan orang lain. ia tiada kena mengena dengan persepsi serta cakap-cakap orang tentang diri kita dan diri yang lain.
kita sendirilah yang harus membuat pilihan untuk optimis atau pesimis. jika masih berubah langkah kerana cakap orang, bererti kita belum menyempurnakan pemikiran optimis di dalam diri.
Respond to this comment [with empathy]
tabah reply on October 29th, 2008 11:48 am:
tp ustz..ada org kata..kita x boleh menilai diri sendir..hanya org lain yg boleh menilai diri kita..so maybe sy diperlekeh ats sbb penilaian org lain thdp sy..wpun sy bt kerja dgn bgs..tp still diperlekeh..sbb ada org x puas ht ngan sy..so camne ustz??just be optimis n think yg sy ni mmg bgs although mbr2 perlekeh sy??
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 29th, 2008 12:21 pm:
jika kita tidak boleh menilai diri sendiri, di mana relevannya perintah Islam agar kita muhasabah diri. menilai diri sendiri adalah kewajipan. menghargai kelebihan diri bukan ego, ujub atau takabbur, seandainya kelebihan itu dibalikkan kepada Allah. yang jadi ujub ialah apabila kelebihan diri tak dikaitkan dengan Allah. Jadi ego dan takabbur apabila kebaikan diri jadi asas untuk merendahkan orang lain pula.
ada satu kisah, berpuluh-puluh ekor cicak berlumba panjang pokok yang licin. semua binatang yang menonton menjerit-jerit bagi galakan. tapi banyak cicak yang jatuh hingga tinggal beberapa ekor sahaja yang terus mencuba. binatang ramai pun terus menjerit tapi mula menyindir, “tak payah la nak buat benda yang mustahil tu”, “mengaku kalah sahajalah”…. dan macam-macam lagi.
akhirnya tinggal seekor sahaja cicak yang terus berusaha perlahan-lahan dan binatang ramai semua ketawakan dia yang bodoh sombong sebab terus jugak nak panjat pokok tu. tapi akhirnya dia berjaya!!! bersorak habis binatang lain dan mereka mula memuji kehebatan cicak yang sekor ni.
bila ditemuramah akan rahsia kejayaannya, mereka semua terkejut bahawa rupa-rupanya cicak yang menang itu PEKAK.
ada masanya kita kena belajar memekakkan diri untuk berjaya. Get my point?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
yup..ive got the point..so sy mmg ada keyakinan diri.just keyakinan diri tu digugat oleh perlekehan org kps sy..so just ignore them ..sbb sy tau target sy mmg boleh dicapai..ok tq ustaz for your advice
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam WUFI
Syukran ust ats artikel yg sesuia dgn waktunya. Apatah lg sekarang sy sudah pun menjadi manatn pimpinan pelajar. Sy perlu bljr agar tidak tlalu mencampuri dan mgkritik pimpinan yang baru. Mereka harus diberi peluang mencorakkan kepimpinan mreka sekarang. Apa2pun saya akan bersifat optimis terhadap sebarang perubahan yg bakal mereka lakukan. Slmt bertugas adik2ku…MPPUMS Sesi 2008/2009
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya sering mengajak rakan-rakan merenung kata-kata di bawah yang juga pernah saya muatkan dalam manifesto ketika bertanding di kampus dulu”
“Kesukaran dihadapkan kepada kita bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita sebaliknya untuk memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kita untuk berhadapan dengannya”.
Alhamdulillah Tuhan mentadkdirkan pengalaman yang banyak dari kemenangan saya. Semoga saya belajar daripadanya dan memperbaiki kelemahan yang berlaku.
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
minta izin link post ini ke blog kami. tq.
Respond to this comment [with empathy]