Blog Kepada Buku

Sesi tandatangan buku Aku Terima Nikahnya di Ibaraki, Jepun… Ogos 2008
“Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. Cb korang baca btl2 dlm bk al-awasim minal qawasim yg ibn al-arabi tulih 2. kire sume benda ader dah disebut kat c2…”
Minggu lalu, saya telah mengemukan keratan petikan di atas sebagai suatu contoh pembaziran yang berlaku ke atas banyak blog. Pembaziran terjadi kerana bahasa yang tidak dijaga, menyebabkan isi kandungan yang berkualiti hilang kelayakan untuk dikembangkan menjadi sebuah buku.
Mengapa buku?
Saya pernah berdoa kepada Allah SWT supaya membantu saya untuk tidak mati tanpa meninggalkan sebarang buku! Buku adalah ‘tinggalan’ paling penting untuk memastikan kita tidak mati selepas mati. Bahan bekalan untuk membantu manusia hidup, biar pun setelah kita mati. Justeru hiduplah kita jika demikian halnya, biar pun selepas tubuh hancur dimamah bumi.
Setiap yang menulis di blog, harus menanam cita-cita ini. Asas utamanya ialah terus mengasah isi, namun disampaikan dengan bahasa yang baik. Sebuah tulisan yang dijaga bahasanya, akan kekal segar di sepanjang zaman. Tulisan yang ditulis sesuka hati, akan menjadi bahan ketawa penulisnya sendiri, sebelum pembacanya suatu hari nanti.

“Gambar kenangan semasa saya melawat pejabat baru Galeri Ilmu Sdn Bhd di Kota Damansara baru-baru ini. Bergambar bersama Encik Wan Azmin Wan Dolah dan Ustaz Zakaria Sungib yang menjadi tenaga penting di sebalik majalah ANIS dan buku AKU TERIMA NIKAHNYA”
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Ustaz Zakaria Sungib dan pasukan Galeri Ilmu yang telah membantu saya menghasilkan buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Berikut adalah perkongsian dari perspektif beliau tentang cerita di balik tabir penghasilan buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Saya petik ia untuk siaran di saifulislam.com, agar menjadi manfaat buat kita semua:

Kira-kira dua tahun lalu saya diperkenalkan oleh sahabat dan guru penulisan saya, Pahrol Mohd Juoi, kepada laman blog saifulislam.com. Saya mula mengikuti blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil itu dan tertarik dengan gaya penulisan serta nilai isi (content value) tulisan-tulisan beliau.
Saya kemudian mencadangkan kepada editor Anis supaya menawarkan Ustaz Hasrizal menjadi kolumnis. Kolum beliau, Bekal Jalanan, bermula di dalam majalah Anis pada Mac 2007. Pada penghujung tahun lalu sewaktu Galeri Ilmu hendak membuat kemunculan sulung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijadualkan pada April 2008, saya dan beberapa orang rakan diamanahkan membina judul-judul buku yang akan diterbitkan. Waktu itu saya masih di bahagian majalah. Jabatan Buku pun belum ditubuhkan.
Saya segera teringat kepada blog Ustaz Hasrizal.
Saya cuba merisik Ustaz Hasrizal tentang kemungkinan artikel-artikelnya di dalam blog itu dibukukan. Waktu itu, awal Oktober 2007, saya belum mengenali beliau. Jadi, saya hanya merisik melalui emel. Saya beritahu beliau bahawa sudah tiba masanya tulisan-tulisan beliau di dalam blog itu dibukukan kerana sudah ratusan jumlahnya.
“Pengunjung-pengunjung saifulislam.com yang lewat berkunjung seperti saya, tidak sempat baca semua tulisan terdahulu,” beritahu saya.
Ustaz Hasrizal memberikan jawapan positif. Rupanya beliau juga ada hasrat membukukan tulisan-tulisannya. Katanya, pernah ada penerbit yang berminat membukukan tulisan-tulisan beliau tapi selepas itu tidak ada langkah susulan. Jadi, ia tenggelam begitu saja hinggalah saya mempelawa beliau menerbitkan bukunya bersama Galeri Ilmu.
Ustaz Hasrizal telah meminta pandangan para pengunjung saifulislam.com mengenai idea pembukuan blog tersebut. Ramai yang memberi komen yang baik. Atas saranan Ustaz Hasrizal, saya meneliti kesemua komen itu sepintas lalu. Antara komen-komen itu adalah tentang perlunya pengasingan buku mengikut genre, pemilihan entri berdasarkan artikel-artikel terpilih, menentukan pembaca sasaran, mengenal pasti konsep buku, konsep cover dan… tidak terkecuali, memastikan ia ditangani oleh ‘reputable publisher’. Saya fikir, semua pandangan itu wajar dipertimbangkan.
Bulan Syawal 1428, saya mula mengumpul artikel-artikel Ustaz Hasrizal dalam beberapa kategori.
Saya bermula dengan menyenaraikan kira-kira 200 tajul artikel dari blog beliau. Saya memikirkan hendak mengelompokkan artikel-artikel itu kepada bahagian-bahagian. Bermakna, dalam sebuah buku ada beberapa bahagian dan setiap bahagian mengandungi sejumlah artikel. Saya dapat pecahkan kepada sembilan bahagian. Ada bahagian Diari Kembara, ada bahagian Kekeluargaan dan sebagainya.
Setelah memikirkan soal halatuju buku-buku Galeri Ilmu yang bakal diterbitkan, saya fikir, elok jikalau saya memfokuskan pada dua buku dulu iaitu buku berbentuk kekeluargaan dan buku travelog/diari kembara. Melihat pada bilangan artikel yang ada untuk kedua-dua kategori itu, masing-masing sudah mencukupi untuk dijadikan sebuah buku. Oleh itu, kami boleh terbitkan sebuah buku untuk setiap kategori tersebut.
Ustaz Hasrizal bersetuju dengan idea itu. Beliau memberi cadangan awal kemungkinan moto blog beliau, Erti Hidup Pada Memberi, dapat dijadikan judul buku atau tagline buku beliau. Saya tertarik dengan cadangan itu tetapi saya sedar keputusan akhir masih tertakluk kepada perbincangan dengan rakan-rakan di Galeri Ilmu. Judul buku adalah antara perkara paling akhir perlu diputuskan.
Setelah membuat beberapa pertimbangan dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan, akhirnya satu keputusan dibuat untuk memberi tumpuan kepada sebuah buku saja. Buku berkenaan adalah buku berbentuk kekeluargaan dan pendidikan anak-anak. Halatuju ini selari dengan halatuju majalah ANIS dan boleh disasarkan kepada khalayak pembaca yang sama.
Pada awalnya saya menyarankan kepada Ustaz Hasrizal agar beliau sendiri memilih dan membuat kompilasi artikel-artikelnya. Saya fikir, cara itu akan lebih mudah. Tetapi tidak semudah itu rupanya. Beliau perlu dibantu dalam aspek-aspek teknikal ini. Lagipun, beliau tidak mempunyai simpanan khusus artikel-artikel yang telah beliau ‘posting’ ke blog. Ada tetapi tercerai-cerai dan banyak juga yang hilang. Lalu, saya pun memberitahu beliau bahawa saya sendiri yang akan memilih dan menyusun artikel-artikel beliau mengikut urutan yang saya fikir sesuai. Beliau ternyata gembira dan benar-benar berasa terbantu dengan cadangan itu.
Saya mencuri-curi masa di celah kesibukan kerja penerbitan majalah untuk menyalin-turun (secara ‘copy & paste’) artikel-artikel dalam kategori kekeluargaan dari blog saifulislam.com. Mula-mula saya salin hampir kesemuanya. Selepas itu, saya saring satu persatu dengan mengambil artikel-artikel yang sesuai dibukukan saja. Akhirnya yang tinggal adalah kira-kira 40 artikel.
Proses seterusnya adalah menyusun artikel-artikel itu mengikut urutan. Proses ini paling renyah kerana saya perlu melakukan ‘fast reading’ setiap artikel untuk menyusunnya mengikut urutan yang sesuai. Mana satu hendak dijadikan bab pertama, bab kedua dan seterusnya. Saya menyusunnya berpandukan judul-judul artikel yang saya telah baca secara sepintas lalu isi-isinya.
Proses menyusun ini melibatkan beberapa kali rombakan untuk mendapatkan susunan yang paling sesuai. Saya cuba menimbulkan kesan kepada pembaca bahawa dari bab ke bab, buku ini mempunyai kesinambungan. Biar pembaca dapat merasakan kesinambungan itu walaupun sebenarnya tulisan-tulisan itu ditulis tanpa mengikut urutan.
Di tempat-tempat tertentu dalam artikel ada digunakan perkataan ‘semalam’, ‘awal bulan ini’, ‘esok’ dan sebagainya. Ada juga ayat yang menyatakan bahawa sesebuah artikel itu adalah maklum balas kepada tulisan sebelumnya di blog. Ayat yang mengandungi perkataan atau konotasi seperti ini harus diubah suai atau ditiadakan supaya sesuai dengan format buku. Kita tidak mahu pembaca merasakan dia membaca kompilasi tulisan-tulisan dari blog, bukannya membaca buku. Saya juga ada memotong perkataan dan ayat di satu dua tempat atas pertimbangan tertentu.
Kini sebahagian besar artikel telah saya susun mengikut urutan. Hanya ada beberapa artikel lagi yang perlu disusun tetapi saya rasa kedudukannya mengikut urutan adalah terkemudian daripada artikel-artikel yang telah sedia disusun. Tugas berikutnya sudah nampak agak mudah. Lalu saya menyerahkan manuskrip itu kepada rakan editor, Puan Suraiya, untuk menyambutnya. Beliau melengkapkan dan memperkemaskan lagi susunan artikel-artikel di dalamnya.
“Boleh ustaz luangkan masa untuk datang ke Galeri Ilmu?” tanya saya kepada Ustaz Hasrizal apabila manuskrip buku yang sudah lengkap itu telah dikeluarkan dalam bentuk cetakan lazer.
Minggu berikutnya Ustaz Hasrizal datang. Itulah pertama kali beliau datang ke Galeri Ilmu iaitu di bangunan pejabat lama di Taman Tun Dr. Ismail, sebelum kami berpindah ke Kota Damansara. Itulah juga pertama kali saya bertemu dan berjabat tangan dengan beliau. Turut hadir dalam pertemuan itu adalah En. Roslan Kassim yang menerajui penerbitan majalah dan buku ketika itu (sebelum Jabatan Buku ditubuhkan).
Ustaz Hasrizal pulang membawa manuskrip buku sulungnya. Beliau menyemak semula tulisan-tulisan beliau itu dan mengeluarkan beberapa artikel yang kurang relevan. Beliau juga menulis mukadimah untuk buku yang mengandungi 36 bab itu.
Beberapa hari sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April 2008, Ustaz Hasrizal telah mewar-warkan kemunculan bukunya di saifulislam.com. Ramai pengunjung blog beliau yang ternanti-nanti. Mereka tidak sabar-sabar untuk memiliki buku itu.
Akhirnya, buku Aku Terima Nikahnya – judul yang tidak pernah terlintas di fikiran saya dan rakan editor hinggalah di saat akhir buku hendak dicetak – menemui pembaca pada minggu kedua pesta buku berlangsung. Judul itu memang cadangan daripada saya, tetapi saya dan beberapa rakan editor juga mencadangkan beberapa judul lain. Akhirnya, judul itu yang dipilih, dengan saya tambahkan ‘blurb’. Pengarah Rekabentuk Hj. Badrulhisham sendiri menghasilkan rekabentuk kulitnya yang nampak santai dan lembut.
Ustaz Hasrizal telah saya maklumkan tentang judul muktamad itu.
“Walaupun ‘Erti Hidup Pada Memberi’ tidak dijadikan judul buku, ‘blurb’ pada kulit buku sudah membawa pengertian itu,” beritahu saya.
Beliau menerimanya dengan lapang dada. Memang mudah berurusan dengan beliau.
Pengunjung gerai Galeri Ilmu di pesta buku membeli buku Aku Terima Nikahnya seperti membeli goreng pisang panas. Memang buku itu masih ‘panas’. Siap saja dicetak, ia terus dibawa ke gerai pesta buku. Saya lihat ramai yang membeli empat lima naskhah sekaligus. Dua ribu naskhah habis dijual dalam tempoh seminggu lebih. (Hingga saat saya menulis ini, buku itu telah diulang cetak sebanyak empat kali.) Ini di luar jangkaan kami dan di luar jangkaan Ustaz Hasrizal sendiri.
Alhamdulillah, jalinan komunikasi serta koordinasi yang baik antara editor dan penulis mampu memberi hasil yang baik dan mudah-mudahan diredhai.

Nantikan kemunculan buku kedua saya!
Kerja-kerja ubah suai dan kemas kini buku kedua saya sedang dalam proses akhir. Semoga dipermudahkan Allah, agar hidup ini terus bermakna dengan ERTI HIDUP PADA MEMBERI, ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Tak sabar rasanya untuk menantikan kemunculan buku kedua ustaz, kali ni mungkin membawa pembaca ke lain2 pelusuk dunia melalui genre diari kembara. Mabrook..!!!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 30th, 2008 2:37 am:
Terima kasih. Pandai Ummu Hamzah menekanya… doakan Diari Kembara saya berjaya diterbitkan, ameen.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Oooo, macam tu ye nak hasilkan sebuah buku… Letih juga jadi editor. Rasanya macam dah boleh hafal satu buku.
Masa awal-awal penglibatan ustaz dalam penulisan blog, memang ustaz dah sematkan dalam hati ustaz untuk menghasilkan sebuah buku?
Sememangnya, satu pelaburan saham akhirat yang berterusan~
Jika diikutkan, blog terawal saya dahulu menggunakan bahasa yang kelam kabut. Terkesan dengan gaya penulisan ustaz dan impak penulisan tu pada para pembaca lain… terus buka blog baru, dan ganti susun semula ayat-ayat. Walaupun tidaklah sehebat blog-blog lain, tapi paling kurang…sudah terbiasa dengan penulisan bahasa yang betul.
Style UmmuSaif pun sama seperti style penulisan Ustaz
PS: Belum jumpa rentak dan gaya penulisan sesuai, kalau susun jadi buku..memang orang baca macam naik rollercoster, kejap laju..kejap perlahan..kejap pusing sana..kejap pusing sini… artikel pun boleh kira dengan jari je…
Respond to this comment [with empathy]
cucutokjanggut125z reply on October 30th, 2008 12:46 pm:
tiba2 ana teringat post kak inda tentang ” ikat ilmu dengan tulisan”..
kalau dulu, ada tersemat rasa cemburu juga bila melihat sesetengah orang yang menulis dalam blog dengan lenggok bahasa sendiri dan santai.. ibarat membaca diari harian mereka. Tidak di nafikan, memang amat menghiburkan.
tapi bila di ambil kira dari sudut nilai, ana kira penulisan sebegitu mungkin tidak kekal manfaatnya. Sekadar mencatatkan sesuatu dalam blog, kemudian menjadi santapan pembaca lain di alam maya.
Walaupun ana kira agak payah untuk menulis dengan gaya bahasa yang betul dan mengelakkan penggunaan singkatan perkataan semasa menulis, tapi menjadi satu kepuasan bila satu2 tulisan yang berkualiti itu dapat dihasilkan. Kepuasan semakin bertambah jika bisa menghasilkan tulisan yang bermanfaat untuk orang lain.. bukan setakat omong2 kosong yang sekadar menjadi tawa senda pembaca..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sememangnya tulisan-tulisan ustaz banyak memberi kesan pada cara penulisan ana. Dulu memang suka sangat tulis dengan bahasa yang tunggang langgang macam dalam chatting. Sekarang, bila baca balik, rasa nak edit tapi jenuh sebab nak kena ‘check’ satu persatu..
Proses membuat blog baru rasa macam melecehkan.. Tapi memang dah buat akaun kat wordpress, multiply dan hadithuna.
P/s – Ana tak dapat lagi ‘autograf’ ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
SALAM USTAZ. ANA JUGA BERAZAM UNTUK MENGHASILKAN BUKU SUATU HARI NANTI. DOAKAN ANA YE.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ade buku baru akan keluar yer…x sabar nak ikuti tulisan seterusnya dari ustaz..alfun mubarak ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
wahhh…. semoga dengan membaca buku kedua ustaz, membawa kami terbang ke serata dunia tanpa kuarkan duit banyak2…. hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah,, buku Aku Terima Nikahnya mendapat sambutan hangat,, hal ini menunjukkan masyarakat Islam kita bijak memilih bahan bacaan yang bermanfaat,. ia juga menunjukkan betapa penghasilan karya-karya sedemikian wajar dipertingkatkan,, mudah-mudahan karya sebegini akan menjadi pilihan utama masyarakat kita berbanding karya yang berbentuk hiburan smata-mata,, teruskan berkarya ustaz,, barakallahu fi,,,
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bloggers yang terkenal apabila menghasilkan buku, bukunya pasti laku keras, kata Puan Ainon, PTS, buktinya adalah jualan tertinggi bagi Dr Tg Asmadi dan Prof Kamil.
Terima kasih kepada ANIS dan Galeri Ilmu yang membuka laluan kepada pembaca. Tak sangka komen2 pembaca hari tu dimanfaatkan begitu sekali. Patutlah ustaz berharap benar kepada komen2.
So, you really mean it when you said the comments are as good as the articles? Forgive me for being quite sceptical, I thought you just want to have second opinion.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
meletup!pergi sahaja di kedai pusataka mukmin,berderet susunan buku warna biru muda,aku terima nikahnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Tahniah Ustaz atas penghasilan buku “Aku Terima Nikah Nya”. Ia sangat bermanfaat bagi insan seperti saya yang bakal menempuh alam perkahwinan. Banyak yang saya pelajari dari buku itu dan saya jadikan sebagai panduan… Alhamdulilah.
Teruskan usaha-usaha Ustaz… Semoga sukses!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya dah beli buku tu kat popular book store di Alor Setar.Seminggu kemudian nak beli lagi buku tu untuk dihadiahkan pada adik yang akan melangsungkan perkahwinan Disember ni.Tapi dah habiss…frust betul.Alhamdulillah, banyak pengajaran yang saya dapat selepas membacanya,especially camana nak kawal emosi dalam menangani kerenah anak-anak seharian.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
tunggu diari kembara. kena ambil ibrah di kalangan penulis blog terutama orang muda-muda sekarang
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz…
saya adalah antara pembeli ‘tegar’ buku ustaz. Ia saya jadikan buah tangan tatkala melawat teman-teman dan juga saudara mara, samada yg belum kawin atau yg dah kawin. Rasanya ia adalah buah tangan terbaik yg penah saya bagi pd org. Perkongsian yg diharap dapat dimanfaatkan oleh ramai org. Selalunya kueh dan buah-buahan je. Setakat ni dah 7 buah buku saya beli dan menunggu penghantaran untuk 5 buah buku lagi.
Tak sabar nak tunggu buku terbaru ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
Zakaria reply on October 30th, 2008 1:21 pm:
Buku sebagai buah tangan… satu idea yang baik, hanya untuk buku-buku yang baik tentunya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam. Cita2 dah lama, tapi belum sempat belajar mcm mana nak buat buku. Kat mana nak rujuk ya?
Respond to this comment [with empathy]
Husaini Ibrahim reply on October 30th, 2008 7:01 pm:
http://hafizfirdaus.com/ebook/Penulisan_Efektif/
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz..ustaz tak berhajat nak jual kat mesir ke??rasa ramai yang nak.sebab waqi’nya ada di sana..ke dah ada agen kat sana??Blog ust ni kira top gakla di kalangan azhariyyun dan azhariyyat..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz. Memang blog satu gelanggang yang baik untuk melatih kemahiran menulis dan ustaz telah menunjukkan contoh gaya penulisan yang betul dan akan kekal ‘evergreen’ insya-Allah. Bloggers harus belajar membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.
Oh ya, terima kasih kerana membawa trafik ke blog ana.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Barakallahulaka ya Aba Saif. Alfu mabruk & Arju annaka daaiman ala mardhatillah.. Seeru ‘ala barakatillah. Allahu yubarik fi hi.. Allahu yaftaftah ‘alaika abwabalkhair wa abwabaljannah. Asif ya ustaz.. ma indi kalam akhar.. illa ad-du’a min terengganu..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz…
bila agaknya buku ke 2 ustaz akan dipasarkan?
nak kumpul duit dari sekarang…
huhuhuhuhu…
al maklum laa…
student lagi….
macam buku ATN dulu pun saya agak kecewa sikit..
saya dapat beli yang cetakkan ke 2…
kali ini berusaha untuk dapatkan cetakan pertama beserta sign ustaz…
hehehe…
buku ATN pun saya beli 5 sbg hadiah untuk kawan2 yang hendak berumah tangga….
wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Semua hasil dan buah tangan daripada Ust sangat bernilai harganya. Saya berdoa agar lahir lebih ramai cendekiawan kita yang mampu mendokong prinsip amal Islami dalam berkarya. Nilaian yang diberikan akan menjadi saham berharga di akhirat kelak. Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT. Ameen
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Lawa baju ustaz dalam gambar kat atas tu… Colour matching ngan kerusi dan kulit buku!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
lepas baca pendapat ustz,saya terfikir,kalau saya kumpul paper2 research saya jadi satu buku .insyaAllah nt buku sy jadi rujukan utk org islam kan..good idea..tq ustaz..sbb bg idea kat saya utk camne nak berbakti kepada org islam..skrg saya kena arrange semua research paper yg saya dah bt n akan buat utk achieve satu objective..focus on bidang research saya skrg ni..boleh saya mem’busy’kan diri saya daripada fikir perkara2 yg menyedihkan..hmm saya kena rancang dulu ni,umur muda lagi ni.
Respond to this comment [with empathy]
yaQuut reply on October 31st, 2008 9:49 am:
Salam.
Saudara boleh emelkan propsal saudara ke ptsislamika@pts.com.my
Kunjungi laman web : http://pts.com.my
juga blog : http://ptsislamika.blogspot.com
Kami sedia membantu. Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah.. mudah-mudahan cepat la buku kedua ustaz diterbitkan. tak sabar rasanya.. masih teringat bacaan pada buku pertama, tak sabar-sabar nak baca bab demi bab.. Syukran ustaz, artikel-artikel dalam blog ni sangat-sangat memberi semangat dan mencetus pemikiran untuk terus menyumbang untuk islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Segala puji bagi Allah… tahniah ustaz. dari satu cabang ke cabang yang lain, terus menjejaki hati-hati yang bertebaran melata di bumi.. kena simpan azam jugak ni… (“,)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ust.
setinggi2 tahniah buat ustaz dan keluarga yang menjadi inspirasi. saya dan suami telah membeli 7 buah buku ‘Aku Terima Nikahnya’ untuk dihadiahkan pada teman-teman istimewa kami. saya termenangis kegembiraan mengetahui buku ini telah diulang cetak 4 kali dalam tempoh yang sangat singkat.
mudah2an Allah merahmati perjuangan ustaz dan keluarga
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
syukran….
sememangnya ana buat blog bukan sekadar untuk menghilangkan bosan ataupun mencatat diari, memang niat untuk dikongsi. jadi harap-harap dapatlah juga ana kumpul artikel2 yang bermanfaat untuk dikongsi bersama oranglain macam yang ustaz dah berjaya buat.=)
tapi nnt zaman akan datang orang pakai buku lagi ke ek? hehe…takpe, asalkan sumber perkongsian ilmu itu tetap wujud,insyaAllah kita akan terus sama2 berkongsi. betul tak akhi? hehe…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz..terkesan sy stiap kali membaca hasil penulisan ustaz..banyak yang perlu saya perbaiki dalam bidang penulisan ni..agar setiap individu yang membaca blog sy kelak mendapat manfaatnya..syukran ya ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
pelaburan akhirat ni ustaz..
subhanallah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum ust,x sabar rasanye menantikan buku ke-2 ust..kene cepat2 karang seminggu je dh abis..hehe..sy doakan pembukuan tu berjalan dgn lancar..
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Assalamualaikum,ustaz.
Ana tertinggal baca artikel ini.
Ameen.
Semoga buku kedua bakal menyusul.
Dan ana mudah mendapatkannya di kuala terengganu.
Respond to this comment [with empathy]