KISAH INI BERLAKU PADA TAHUN 1995. PANDANGAN POLITIK BERKAITAN ADALAH MERUJUK KEPADA SENARIO 1995, BUKAN 2008

Mencari hikmah di Bumi Syam bertuah. Saya, Ahmad Basri, Wan Najmuddin, Hamizul dan Syamsul Ammar pada musim sejuk pertama kami di Jordan (Sweileh 1994)
“Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid.
Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya.
“Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seorang ini.
Khair mengangguk.
“Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, tanya Dr. Mustafa lagi.
“Saya dari Kelantan”, jawab Khair.
“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami.
Semua orang terpinga-pinga. Apakah yang Dr. Mustafa Abu Zaid maksudkan dengan “ohh patutlah” tersebut?
“Baik, ini saya ada satu lagi hasil kerja. Sila bangun siapa yang menulisnya!”, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan arahan. Kali ini lain sedikit nada suaranya.
Sahabat kami, Hakim (bukan nama sebenar), terus bangun. Kelihatan agak resah di wajahnya.
“Kamu pelajar tahun empat?”, tanya Dr. Mustafa.
“Ya!”, jawab Hakim perlahan.
“Ini hasil kerja pelajar tahun empat? Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, soal Dr. Mustafa. Keras!
“Saya dari Johor”, jawab Hakim.
“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami, sekali lagi.
Habis semua orang terpinga-pinga. Tambah kebingungan.
AKSES FIKRAH
Saya tersenyum, sekadar menggelengkan kepala. Saya faham benar akan Dr. Mustafa Abu Zaid. Beliau mengajar kami subjek Dakwah Islamiyyah, subjek yang sangat berkesan dalam proses mengakses fikrah pelajar-pelajar Syariah tentang tanggungjawab dakwah dan perjuangan.
Jangan pula ada yang beranggapan, hanya dengan menjadi pelajar Syariah, sudah tentu ada fikrah tentang tugas dakwah warisan Anbiya’ itu. Belum tentu. Dr. Mustafa Abu Zaid sangat arif tentang hal ini dan beliau tidak mensesiakan setiap ruang dan peluang untuk ‘membasuh’ fikrah anak muridnya.
Mungkin sebab itu ramai pelajar Malaysia tidak suka dengannya. Tetapi beliaulah pensyarah yang paling saya minati. Sukar untuk saya ungkapkan, tetapi soalannya sentiasa menarik perhatian saya, dan jawapan saya pula selalu sesuai dengan kehendaknya. Hasilnya, Alhamdulillah, markah peperiksaan bagus. Hubungan juga bagus. Lebih dari sekadar pensyarah dan pelajar, tetapi pendidik dan mutarabbi dari kalangan kami.
KAJIAN GERAKAN
Kali itu, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan assignment kepada kami. Beliau mahu kami mengkaji dan menulis tentang gerakan atau parti yang wujud di negara masing-masing. Satu contoh gerakan yang mendukung idea Islam, idea Nasionalisma, idea Sosialisma dan satu idea lain yang wujud.
Saya gembira sekali dengan tugasan sebegini. Hampir seminggu saya menyelongkar perpustakaan universiti dan kedai-kedai buku di Amman untuk mencari bahan. Terkasima juga bertemu dengan tulisan-tulisan pemimpin PAS dan ABIM yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, termasuk juga buku-buku yang disunting oleh Sheikh Azzam al-Tamimi.
Tentu sahaja di ketika itu (1995), belum ada apa yang dinamakan sebagai internet, dalam dunia pengajian kami.
Bagi pelajar yang biasa dengan usrah, tentu sahaja assignment sebegini tidak sukar. Tahu hujung pangkalnya. Tetapi bagi yang tidak pernah peduli dengan Tarbiyah, dengan dakwah, bertemu kesulitan yang besar untuk menyelesaikannya.
KE PEJABAT
Kami keluar kelas bagai cacing kepanasan. Ada yang marah, ada yang ketawa, ramai yang tersenyum dan terus diam. Saya bergegas mengejar Dr. Mustafa Abu Zaid ke pejabatnya kerana beliau berpesan begitu. Turut bersama semasa itu ialah Ahmad yang juga peminat Dr. Mustafa Abu Zaid.
Di pejabat beliau, beliau meminta kami menjelaskan dengan lebih terpeinci tentang suasana politik di Malaysia. Beliau khuatir dengan Anwar Ibrahim yang dilihatnya mengkhianati perjuangan Islam.
“Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.
Saya melihat di atas meja beliau ada buku BACAAN, yang menjadi rujukan golongan Anti Hadith di Malaysia. Manalah ‘Tok Sheikh’ ini dapat naskhah itu, kami berdua kehairanan.

PEPERIKSAAN LISAN
Semasa kami sedang berbual, tiba-tiba pintu bilik Dr. Mustafa diketuk. Seorang pelajar Malaysia muncul dan memberi salam.
“Urusan apa?”, tanya beliau.
“Ujian Satu subjek Aqidah 1″, jawabnya. Saya dan Ahmad beralih ke tepi.
“Kamu sudah selesai baca buku Ubudiyyah karangan Ibnu Taimiyah itu?”, soal Dr. Mustafa Abu Zaid.
“Sudah, Alhamdulillah”, balas beliau.

“Baik, silakan duduk. Soalan pertama saya, kamu parti mana?”, tanyanya. Pelajar itu, dan kami berdua sama-sama tercengang.
“Err… err…!”, beliau serba salah mahu menjawabnya.
“PAS atau UMNO?”, soalnya terus.
“Bukan, bukan! Bukan PAS, bukan UMNO!”, jawab beliau. Cemas!
“Habis? ABIM?”, Dr. Mustafa Abu Zaid menyoal lagi untuk memudahkan jawapan.
“Ya…”, jawab pelajar tersebut.
“Baik. Soalan kedua saya, hasil bacaan buku Ubudiyyah itu, terangkan kepada saya bagaimana ABIM faham Islam?”, soalan Dr. Mustafa Abu Zaid makin ‘telanjang’. Tembus dan telus.
“Err… err…”, gugup sekali pelajar tersebut mahu menjawab soalan itu. Tentu sahaja tiada dalam jangkaannya akan disoal sedemikian rupa. Saya dan Ahmad juga resah mendengarnya.
“Saya mudahkan soalan saya ya. Macam Islam PAS atau macam Islam UMNO?”, Dr. Mustafa menembak soalan lagi.
“Tidak, tidak! Bukan macam PAS, bukan macam UMNO. Kami tengah-tengah!”, jawab beliau.
“APAAA!!!”, Dr. Mustafa sangat terkejut. Merah padam mukanya.
Kami kesejukan. Silap benar jawapan sebegitu wahai saudaraku…
“Tengah-tengah!!! Tiada tengah-tengah dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau kamu pilih Jahiliah. Mereka yang baina baina (tengah-tengah) hanya kaum yang bersekongkol dengan Nifaq. Adakah kamu maksudkan ABIM begitu?”, soalnya lagi.
“Tidak, tidak… bukan begitu!”, jawab pelajar itu. Wajahnya sungguh panik.
Saya dan Ahmad meminta izin untuk keluar. Kasihan melihat pelajar tersebut yang tersepit dan terjerat.
“Jangan! Duduk sini”, tegas Dr. Mustafa Abu Zaid menahan kami.
Saya dan Ahmad duduk semula.
“Habis, bagaimana sebenarnya Islam yang kamu fahami dan perjuangkan. Terangkan kepada saya”, ujar Dr. Mustafa.
“Saya tidak tahu!”, balas pelajar itu perlahan. Sayu bunyinya.
“Kamu bilang kamu sudah habis membaca kitab Ubudiyyah. Tetapi kamu tidak dapat jelaskan Islam apa yang kamu perjuangkan. Wallahi, kamu belum faham apa yang Ibnu Taimiyyah cuba sampaikan dari buku itu. Pergi balik dan baca semula. Setelah faham, baru datang jumpa saya dalam tempoh satu minggu”, Dr. Mustafa Abu Zaid meredakan kemarahannya.
Biar pun beliau seorang yang tegas, tetapi ketegasannya ialah pada menegaskan fikrah dan kefahaman. Dalam bab peperiksaan dan pemarkahan, beliau seorang yang bertolak ansur dan memberi peluang kepada pelajarnya.
KELAS BERIKUTNYA
Dua hari selepas itu, kami masuk semula ke kelas Dakwah Islamiyyah.
Jam sudah sedikit lewat. Kami hampir-hampir sahaja mahu meninggalkan kelas kerana Dr. Mustafa Abu Zaid amat jarang tiba lewat ke kelas. Beliau muncul tetapi wajahnya kemerahan.
“Saya kecewa!”, katanya memulakan kelas kami.
Dewan Teater 5 itu sepi. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.
“Saya telah dipanggil oleh Dewan Senat kerana ada di kalangan kamu yang mengadu dan menuduh saya menyebarkan propaganda di dalam kelas!”, sambungnya lagi.
“Kamu tahu apa itu propaganda? Iaitu kenyataan tanpa dalil dan pembuktian. Apakah ada mana-mana keterangan saya yang tidak merujuk kepada dalil? Cakap!”, tegas guru kami yang seorang ini.
Saya sendiri sejuk-sejuk tangan dan leher dibuatnya. Gerun.
“Salman! Mana satu Salman? (bukan nama sebenar)”, beliau memanggil nama pelajar yang membuat pengaduan tersebut.
Seorang rakan kami dari Indonesia bangun.
“Oh, kamu! Apa alasan pengaduan kamu?”, tanya beliau.
BERANI MENJAWAB
Salman menegaskan bahawa beliau tidak suka dengan idea assignment tentang gerakan dan parti yang diberikan tempoh hari. Katanya, subjek Dakwah Islamiyyah sepatutnya mengajar tentang cara-cara berdakwah, bukannya bercakap tentang politik kepartian.
Dr. Mustafa Zaid, merah padam mukanya.
“Kamu sudah baca silibus subjek ini?”, soalnya lagi.
“Sudah doktor!”, balas Salman.
“Faham isi kandungan dan matlamatnya?”, tanya beliau.
“Faham”, jawab Salman.
“Wallahi, kamu tidak faham satu apa pun dari silibus tersebut!!!”, marah Dr. Mustafa Abu Zaid.
Kelas menjadi sepi. Tegang, bukan tenang.
AYAH, BUKAN PENSYARAH
Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!
“Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini sebagai pensyarah. Aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku!”, Dr. Mustafa Abu Zaid bersyarah.
Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.
Saya juga gagal menahan sebak. Puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr. Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.
“Kelas tamat untuk hari ini. Kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud Surah al-Dzaariyaat ayat 56!”, beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.
Ubudiyyah kepada Allah… itulah butir hikmah yang Sheikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.
Hanya jauhari yang kenal manikam!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Semoga Allah memelihara guru kami Sheikh Mustafa Abu Zaid, walau di mana beliau berada. Kurniakan syahid kepada dia, kerana itulah cita-citanya
yup…anatara golongang yg paling bahaya ialah org jahat yg berilmu..
ALLAHUAKBAR…….sayu rasanya membaca kisah ni……..itu zaman abu saif…….zaman sekarang mahasiswa malaysia di mu’tah umpama berada di awang-awangan….sukar untuk digambarkan….jelak untuk diceritakan……moga-moga kepulangan mereka di Malaysia mampu menjadi pendokong agama ALLAH….insyaALLAH………….
Uday, terima kasih kerana setia membalas entry2 Diari Kembara Syam. Dr Mustafa Abu Zaid ada lagi di Kuliah Syariah Mu’tah?
Rindunya ana dengan Mu’tah, boleh demam kalau memikirkannya
jom! kita pi sama2 winter ni ustaz. Hehe.
(dalam dilema memikirkan nak gi jalan2 atau nk balik malaysia)
syukran jazilan……..entri kembara abu saif terutamanya jordan memang sentiasa saya nantikan….buat pembakar semangat jiwa dan hati agar sentiasa menyala dan tidak menjadi abu…..
dr mustafa abu zaid masih mengajar di kuliah syariah….masih tegar dan segar menabur bakti buat pelajar-pelajarnya……
penangan Mu’tah memang kuat ye abu saif……saya pun rasanya nak duduk sini je terus…hehe……jatuh cinta pada gurun gersang jordan…..
salam..ya, ‘doktor’ bagai alim ulama’..sayu rase bile teringat doktor jamiah, biar masih esok boleh ke jamiah..kerana hidup bukan panjang,rezki Allah yang tentukan..takut kehilangan mereka,kerana antara tanda kiamat, Allah tarik ilmu dr bumi..hanya mampu berdoa agar Allah beri kebahgian hakiki untuk pejuang islam seperti mereka..disisi Allah dan Rasulnya..amin
aminnnnn!
MasyaAllah! I wish I had a lecturer/father like that! Amin to that du’a. May he attain syahid insyaAllah. May he continue to inspire and develop many generations of students that will be the pride of Islam and a true servant of Allah.
Subhanallah…hati ana berdetik selepas solat Asar tadi…”sudah lama ustaz tidak menulis article berkenaan diari kembara”…Untuk meminta segan dan ana faham ustaz tidak berkenaan sikap yang sedemikian.
Usai solat maghrib,article ini muncul.Munculnya bila dibaca cukup tersentuh…Satu article cukup berkesan dalam menjelaskan fikrah didalam masa “grey area” melebar…tidak memihak.Di tengah-tengah…
Semoga Allah kurniakan Syahid pada Dr Mustafa Abu Zaid…
“Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggan isteri dan anak-anakku!” Subhanallah……
Assalamualaikum, ustaz…
Subhanallah…untung ustaz dapat pensyarah begitu…
Ustaz, nama-nama negeri digunakan tanpa kebenaran dan mungkin melanggar hakcipta terpelihara
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu”
Jazakallah ustaz..
tahniah ya ustaz. topik yang ustaz canangkan kali ini amat bermakna sekali kerana inilah salah satu masalah yang perlu kita hadapi di Malaysia umumnya. Syukran ya ustaz.
Gerun membaca entri ni.
Teringin sekali rasa sebegitu!
assalamualaikum. saya berharap saya juga mendapat guru yg sedemikian rupa. mengajar dgn ikhlas bukan kerana mahu mencari duit tetapi supaya anak muridnya menyembah dan mencintai allah.
assalamualaikum. sorry soalan saya takde kene mengena dgn artikel kt ats. sebenanye ade perkara yg saya musykil. setiap kali saya tengok video psl mangsa perang kt iraq,afghanistan dll, saya mesti nangis. tapi yg saya pelik, kenape negare islam lain tak nak tlg temasuklah malaysia. bukan ke kite sesame islam sbg islam harus menolong satu sama lain. tolong terangkan fenomena ini…
Rasa tersentuh plk dihati, Ana pernah ambil madah dengan Sheikh Mustafa Abu Zaid, setakat ana ambil madah dgn doktor2 kat cni, doktor mustafa lah ana nmpak lain, dia bt kita mcm anak, ana pernak ditnya, kamu wilayah mana di malaysia, lps itu pati apa, yang seronoknya, dia blh main2 dgn kita dalam kls, main kepala, tepuk bahu duduk atas meje kita,,,doktor lain tak ada macam itu..
uztad…sy x faham…
zulaikha…ust x faham…
ape yang tak fahamnye…hehe
tak per ustaz..zulaikha… saya faham. hehehehe
sudah lama dan rindu rasanya pada cerita2, lebih dekat dan lebih lembut pada jiwa untuk dihadam..
syukrallaka ya ustaz.
sgt sayang nk tinggalkan bumi mu’tah nnt…
kebetulan ana tgh ambil madah dakwah khitobah tp dgn DR Masyhur Quthoishat,siap ada qiraat zatiah ttg buku “Afrah al ruh-Sayyid Qutb & Ayyuhal Walad-imam Ghazali–msk imtihan awal lg…mmg seronok blaja madah ni..
alhamdulillah Dr Mustafa Abu Ziad masih mengaja ~bwh usuluddin.
tak tau la sape lg DR zaman ust dulu masih ada@sama dgn zaman kami(=
salam…
terharu plak bace pengalaman ust. nie ,
terima kasih…
dari makassar !!
ALLAAHUAKBAR!!!
Pensyarah Ustaz ni ada hubungan saudara dengan Sheikh Bakr Abu Zaid ke? Macam adik-beradik je bunyi bin nya…
Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku!”, Dr. Mustafa Abu Zaid bersyarah.
Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.
ayat yg mampu membuatkan air mataku mengalir…….
lagi deras bagi kami yang pernah belajar di Mu’tah university. Kelas B.arab 100 ana sekelas dengan Ustaz Abu Saif walaupun lain kuliyah tapi Dr.Mustafa Abu Zaid dalam ingatan.
salam,
setakat apa yang dipelajari dan difahami di bumi North America ini. pengasingan agama dari politik adalah kesan ketakutan insan akibat kekejaman dan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa di eropah. mereka berfikir tentang perkara ini semasa ‘lying foundation for country’. tetapi kenapa kita nak ikut tindakan mereka? adakah keadaan kita sama dengan mereka ini? seterusnya perlukah kita kepada ia? jujurnya, adakah kita gunakan akal kita dan apa yang ditinggalkan oleh rasulullah sebagai panduan kita menjustifikasikan perkara ini?
tindakan pemisahan agama dan politik adalah satu fitnah (pandangan saya) kepada ummah. tanpa agama, tiada erti kita berpolitik dan memerintah. seolah-olah tiada tujuan dalam kita memerintah. tanpa politik dan kekuasaan, bagaimana untuk kita dapat sediakan satu kawasan untuk muslim melaksanakan tanggungjawabnya secara menyeluruh? agama dan politik adalah dinamik dan sinergi. menjadi tanggungjawab kita semua untuk memainkan peranan dan kelebihan masing2 ke arah kebangkitan Islam, insha-Allah.
wallahuallam..
salam abusaif,ustaz tak nk syarahkan buku ubudiah ibn taymiyah agar kami juga faham apa yg dimaksudkan dengan (Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!)
buku ini tak tebal mana pon kan?cuma mungkin tak paham bahasa ibn taymiyah..lebih elok sebab ustaz boleh syarah kitab dari buku yg berbahasa arab..
salam abusaif,ustaz tak nak syarahkan buku ubudiah ibn taymiyah agar kami juga faham apa anyg dimaksudkan dengan (Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!)
buku ini tak tebal mana pun kan?cuma mungkin tak paham bahasa ibn taymiyah..lebih elok sebab ustaz boleh syarah kitab dari buku yang berbahasa arab..
Semasa mula2 mengenal dakwah dan tarbiyah, akak pun berfikiran seperti Salman (bukan nama sebenar). Apabila akak berkahwin pada akhir 1997 suami banyak memberi input mengenai politik, kemudian apabila berlaku Peristiwa September 1998 lebih banyak pencerahan yang berlaku.
Semoga kita sentiasa menghidupkan kesyumulan Islam. Amin.
rindunya terhadap pensyarah agama seumpama tu. hampir-hampir tiada disini…namun bukan bermaksud tiada…
subhanallah..kata-kata yang terbit dari hati,benar-benar2 akan sampai pada hati-hati yang lain…moga allah sentiasa bersama beliau…ustaz,jazakallah….
Salam ustaz..Semoga Allah kurniakan Syahid pada Dr Mustafa Abu Zaid…
“Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggan isteri dan anak-anakku!”
erm jarang sekali ada pensyarah sebegini.Sedih campur bimbang,manalah jadinya anak2 didik jika sang pendidik adalah manusia mengejar harta dan pangkat…Lebih2 lagi melihat segelintir bakal2 ustaz dan ustazah yang menjadi ‘nila-nila’ yang merosakkan murninya wadah perjuangan seorang pejuang agama.Wallahualam…
bagus Abu Saif artikel ni.kdang-kadang itu orang Islam sendiri yang hancurkan Islam dengan tangan mereka sendiri , bukan orang kafir.
tak sangka pulak orang luar betul2 amik tahu tentang politik negara kita. cuba tanya diri sendiri, banyak mana yang kita tahu tentang perkembangan politik negara2 Islam lain yang ada harakah islamiyyah (eg pakistan, indonesia, negara2 arab etc)? betul sedikit sebanyak kita boleh tahu dari berita, tapi itu berita mainstream, berita2 dari sumber alternatif kita tak tau….
———————–
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com
Bila ada ubudiyah..akan hadirlah Kefahaman apa yang Allah mahu daripada kehidupan yang Dia berikan kepada kita..
Alhamdulillah,
teringin benar melihat pensyarah-pensyarah ditanah air mempunyai akhlak dan kesedaran seperti guru ustaz tu. Bukan terhad kepada sesuatu bidang sahaja, tetapi dalam segala bidang, samada sains, sastera dan sebagainya. Insyallah, besar harapan untuk melihat ulul albab dikalangan orang yang berilmu.
Syariatullah dan sunnatullah, semoga Allah menjadikan kita semua dikalangan goongan pilihan Nya. Amin.
bukan setakat pensyarah je. harapnye naib canselornye sekali!!
ya, kalau boleh satu universiti. Amin.
ustaz,
saat meneliti baris-baris di dalam entry ini, air mata saya terus mengalir..
sungguh, saya sgt rindukan para murabbi seperti Dr. Mustafa Abu Zaid.. Saya percaya masih ada lagi murabbi yang hebat jiwanya seperti beliau di Taman Ilmu dan Budi..
Kerana semasa belajar di UIA saya pernah berguru dengan insan seperti ini… Tapi, percayalah.. kehebatan mereka sukar dizahirkan di sini jika kita sendiri tidak cuba menyelami dan mendekati mereka.. kerana suasana ilmu di Malaysia sangat berbeza di bumi urdun..
Di situ juga, saya pernah terheret memasuki ‘jemaah tengah2′. Tapi bukanlah ‘AB*M kerana di kampus seperti UIA memang banyak sekali munculnya ‘jemaah atau parti tengah2′.. Malang sekali, kerana seperti berabad lamanya saya bersama mereka di atas nama berjemaah sedangkan hati saya langsung tidak bersama mereka.. hanya sekadar meraikan perjuangan mereka di jalan dakwah..
Malang sekali, seusai tamat pengajian.. saya seperti terlepas dari belenggu ‘parti tengah2′ tetapi tidak tahu ke mana hendak dituju…
Rasanya ramai yang senasib dengan saya…
meremang bulu roma saya membaca artikel ini…
bila membaca artikel ini, teringat saat-saat tidak dapat menjawab soalan pensyarah…terasa terlalu sedikit ilmu ini…
moga Allah pelihara mereka yg berijazah syariah dari menjadi musuh Allah…
dan moga Allah pelihara juga saya dari menjadi musuh Allah…
Halus tetapi tajam.
Ringan tetapi berkesan.
Memang terkesan, menjadi momentum pembuka jalan.
“CARA penentu HALA”
JazakAllah ustaz.
Satu pengalaman yang menarik dan menyentuh perasaan. Bertuahnya ustaz dapat menimba ilmu di bawah telunjuk pensyarah sebegitu. Semoga apa yang dihajatinya termakbul..Amin.
Assalaamualaikum.
Pengalaman yang diceritakan ustaz sangat menarik.
Inilah yang disebut stiap amalan berrmula dengan niat. Mungkin niat mereka yang berrkenaan tidak betul-betul kerana ALLah. Ijazah dan sijil tanpa sedar akan mengheret manusia kepada kejalan yang tidak benar dan kesesatan, melainkan bagi mereka yang mendapat taufiq.
Wassalam.
Salam.
Baru baca pagi nih. Ni lama punya kan? Ada pencetus?
Yang ni pun ada kaitan dengan banjir kut?
sebak saya membaca artikel ustaz. contoh cikgu yang patut diikuti.
Saya percaya pendekatan Sang Murabbi mungkin tidak disenangi jika berlaku di Malaysia tetapi dari penceritaan ustaz, mesejnya menggegar perasaan saya.
Di kampus dulu juga ada seorang pensyarah yang cukup tegas. Pelajar juga tidak begitu menggemarinya. Tetapi jika kami berbual, semua sangat menghormati komitmen beliau terhadap ilmu yang diajarkannya.
ni lah realitinya abg rizal. awok dah dedah pada ketua pemuda kawasan wujud golongan yang pro agama tapi ada masalah ni…….
ust,saya tak faham. kenapa Dr. Mustafa tu menyempitkan soal ubudiyah kepada “PAS vs UMNO”? adakah soal gerakan dakwah tu hanya tertumpu kpd gerakan politik semata2?
soalan Hanafi sepatutnya diterbalikkan.
Dalam soal UMNO, PAS dan gerakan dakwah, apa kaitannya semua itu dengan Ubudiyyah? Wajarkah ada sesuatu dilakukan bukan dengan maksud Ubudiyyah sebagai tujuan hidup kita?
Apa kaitan gerakan politik dengan Ubudiyyah?
Sebagai muslim, bolehkah berpolitik dengan politik yang tiada kena mengena dengan ubudiyyah? Apakah ada tujuan hidup yang lain selain ubudiyyah?
Jika tujuan hidup hanya ubudiyyah, maka semasa memilih PAS, UMNO or whatever gerakan yang ada, kita mesti menyoal, di mana kedudukan pilihan itu dalam konteks ubudiyyah kita kepada Allah?
Itulah ajaran yang konsisten oleh semua guru saya yang bermanhaj Islam
Sistem pendidikan kita khususnya di M’sia memang tidak ada guru yang melihat diri mereka sebagai pendidik yang tugasnya bukan sekadar mengajar tetapi juga mendidik, tak kira di pengajian peringkat rendah atau tinggi. Anak-anak pula tak ditanam dibangku sekolah lagi akan menuntut ilmu kerana cinta pada ilmu itu dan membaca dengan nama Allah itu merupakan suatu perintah dari Allah maka ia menjadi fardhu kpd kita, malangnya anak2 kita hanya mengejar sijil semata-mata. Maka yang rugi adalah anak bangsa kita yang mengaku beragama Islam tetapi tidak matlamat hidup sebagai khalifah/duta Allah di muka bumi ini.
Sistem pendidikan kita khususnya di M’sia memang TIDAK ADA guru
yang melihat diri mereka sebagai pendidik yang tugasnya
bukan sekadar mengajar tetapi juga mendidik, tak kira di pengajian peringkat rendah atau tinggi.
Saudari, saya berharap agar saudari lebih berhati-hati ketika memberi komen. Saya pernah menjadi guru dan berjumpa dengan RAMAI guru yang bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik. Kalau pun tidak setuju dengan sistem pendidikan Malaysia, janganlah ‘generalize’ semua guru Malaysia tidak mendidik. Maaf ya, sekadar memberi teguran dan memberi penghormatan kepada guru-guru yang banyak berjasa mendidik kita. Wallahu a’lam
p/s: Kawan Abu Saif, Dr. Ahmad Basri tu pernah mengajar (baca: mendidik) saya subjek Fiqh Jinayat di IPT dulu.
terima kasih diatas komen anda…mungkin saya terlalu beremosi dengan keadaan realiti anak-anak muda sekarang yang jauh menyimpang dari kehidupan beragama. Memang ramai guru yang amat dedikasi di luar sana tetapi jumlahnya adalah sedikit.
ooo..baru saya faham. Maknanya Dr. Mustafa tu marah student dia sebab tak tahu berhujah dan sebab kenapa buat sesuatu pilihan tu. Kebetulan waktu tu konteksnya adalah parti politik. Gitu kan?
apa-apapun yang kita libatkan diri harus ada kefahaman yang jelas fikrah yang jernih,matlamat yang mantap,,barulah kerja yang dilakukan menjadi manfaat bukan sahaja kepada diri malah orang lain..
assalamualaikum..
since ustaz emphasize yang PANDANGAN POLITIK BERKAITAN ADALAH MERUJUK KEPADA SENARIO 1995, BUKAN 2008, saya teringin nak tau adakah pandangan Dr. Mustafa Abu Zaid masih sama apabila merujuk senario politik kini..(?)
bagi yang mana jelas matlamat perjuangannya (‘bangsa’ vs agama) saya maklum. tapi, status gerakan/parti yang nampak bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam.. apa agaknya pendapat ilmuwan yang melihat negara kita dari luar, tanpa bersikap prejudis.
[current student syariah dari university mu'tah yang mempunyai hubungan baik dengan Dr. Mustafa Abu Zaid (seperti Ustaz Hasrizal) atau sesiapa sahaja yang ada info dan ilmu mengenainya, mungkin dapat bantu saya faham..]
Masya-Allah, saya juga gagal menahan daripada tersentuh. Sukar ditemui insan sebegitu mulia dalam suasana di sini hari ini. I wish I could!
@ImamKhalid,
salam,
suke utk sy me’ngomel’ sepatah dua kalam..
bila baca post ni..terigt sorg lg pensyarah di Jordan juga..berjiwa besar dan ikhlas dalam mendidik anak2nya..beliau tidak membezakan antara anak2nye dgn anak2 muridnya..sgt menekankn kefahaman dlm ilmu..sllu mmberi semangat n perangsang dlm diri anak2..beliau ibarat ayah kami yg ke-2..sgt tegas pd adab bersama guru..juga sntese jelas dan prihatin pd isu2 antarabangsa..
beliau ialah..
syeikhuna wa syeikhukum..
Dr. Muhammad Ahmad Abdul Qadir Malkawi,
Comparative Religion,
Faculty of Usuluddin, Kuliyyah Sharia, Yarmouk University, Irbid, Jordan
segala tingkah laku yg spt dlm entry ni..dan dlm komen di atas..sama spt yg diamalkn oleh dia..terkenang sy..jazakallah pd Abu Saif..
subhanallah ustaz…
kagum dgn guru ustaz.. sememangnya anak anak didik beliau juga hebat seperti gurunya..
Islam atau Jahiliyah?
tak akan berdiri atas pagar lagi.
Allah…Allah…Allah…
Semoga ramai lagi guru seperti Dr Mustafa Abu Zaid.Bukan mudah mendapat guru seperti beliau.
Gerun dengan kata2 ini ‘Musuh Allah Beijazah Syariah’
Semoga saya dan sahabat2 lain dijauhkan Allah dari kata2 ini.Aaamin!
Inilah guru, inilah murobbi……:)
Salam ustaz, entry ini benar-benar terkesan di hati saya. Begitu berhikmah beliau mendidik anak muridnya.
amin ..
slam wat semuanya …