Imad semasa diberi nebulizer di Wad Kecemasan (A&E) untuk membuka saluran pernafasannya
Tengah hari tadi, Imad mengalami sesak nafas dan mendengus (grunting) sambil menangis dengan nada yang tidak pernah saya dengar sebelum ini.
Kebetulan saya berada di rumah untuk bersiap solat Jumaat. Pembantu rumah juga sudah panik. Katanya, Imad telah diberi Nestum sejam yang lalu. Kemudian Imad tidur dan tiba-tiba beliau terjaga dalam keadaan yang amat mencemaskan.
Saya cuba tundukkan Imad sambil menggosok dan menepuk belakangnya beberapa kali. Tidak lama selepas itu, Imad termuntah. Susu bercampur ketulan Nestum.
Rasanya memang dia tersedak. Kepalanya pun turun naik (nodding head) dan dadanya pun sama.
Imad dikejarkan ke Wad Kecemasan A&E. Kadar oksigennya diperiksa dan dipastikan tidak berlaku cyanosis (kulit membiru kerana kekurangan bekalan oksigen).
Alhamdulillah selepas beberapa jam di dalam perhatian, keadaan Imad kembali normal. Saya baru sahaja pulang dari hospital dan Imad masih perlu diperhatikan. Kata isteri saya, kalau untuk ibu bapa lain, beliau akan menasihatkan mereka supaya bersetuju memasukkan anak ke wad untuk perhatian. Tetapi dalam kes kami, Insya Allah saya dan isteri akan memantau walaupun beliau terpaksa balik semula ke hospital untuk tutorial memandangkan peperiksaan akhir bagi tahun pertama Masters akan bermula minggu depan.
KECUAIAN YANG MEMBUNUH
Saya rasa sangat bimbang sebab saya teringat kepada kisah yang isteri saya ceritakan setahun yang lalu. Seorang bayi dalam lingkungan umur seperti Imad dibawa ke A&E. Apabila bayi itu dibaringkan, dia membiru dan apabila diangkat kembali normal. Selepas diperiksa, rupa-rupanya ada seketul kacang yang tersangkut di saluran pernafasan bayi tersebut selepas memakan rempeyek!
Budak umur 5 bulan diberi rempeyek?!

Rakan isteri saya juga kematian anak sulung mereka. Anak kecil yang berusia 8 bulan diberikan botol susu oleh pembantu rumah dan bayi itu dibiarkan menghisap sendiri susunya. Apabila tersedak, susu itu termasuk ke dalam paru-parunya, bayi itu meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis.
Apa yang pasti, saya ingin berkongsi pandangan dengan ibu bapa yang membaca artikel ini, supaya janganlah sesekali mengambil mudah hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak. Bacalah buku tentang parenting dan tambahkan ilmu mengenainya. Juga belajarlah selok belok cara memberikan bantuan kecemasan kepada anak-anak.
Banyak kematian bayi berpunca dari kelalaian ibu bapa. Kes denggi misalnya, ia boleh dirawat tetapi ibu bapa mengambil mudah demam anak-anak kecil yang berlarutan.
PERANAN MEDIA
Saya rasa, hal-hal seperti inilah yang mesti banyak didedahkan oleh rancangan televisyen seperti Medik TV. Mendidik masyarakat cara menjaga kesihatan dan keselamatan ahli keluarga. Bagaimana mengesan simptom-simptom penyakit. Bukan hanya tertumpu kepada menceritakan kepakaran pakar bedah melakukan pembedahan, kerana kepakarannya tidak menjadi pelajaran untuk dipraktikkan oleh masyarakat! Rancangan Cinta Medik pula, lebih banyak cinta dari mediknya!
Saya sendiri sudah lama tidak menyentuh buku-buku begini. Hanya tekun membaca semasa anak sulung lahir. Hari ini saya akan buka balik buku-buku tersebut dan menyemak beberapa perkara sebagai tanggungjawab seorang bapa kepada anak dan ahli keluarganya.
Ibu bapa harus bertanya, jika anaknya tercekik, terkena kejutan elektrik, atau luka terbakar, atau tiba-tiba pengsan, apakah mereka tahu apa yang patut dilakukan? Ibu bapa boleh berkata, “tak mengapa. takkanlah nak berlaku kepada anak saya benda-benda begitu!”.
Selepas kejadian itu berlaku, barulah ibu bapa sedar betapa sedikit ilmu tambahannya itu, memberikan implikasi antara hidup dan mati ke atas anaknya.


Berusahalah kita untuk mempelajarinya. Ia sama penting dengan didikan agama, caruman takaful, serta makan minum, pakaian dan tempat tinggal, kerana pengetahuan ibu bapa dalam soal ini adalah sebahagian daripada kewajipan memberikan keselamatan kepada si anak.
Buku yang saya baca ialah New Baby Care Book: A Practical Guide to the First Three Years oleh Dr. Miriam Stoppard terbitan Dorling Kindersley (DK). Buku kedua adalah The Complete Book of Mother & Baby Care oleh Elizabeth Fenwick, juga terbitan Dorling Kindersley (DK). Setahu saya, kedua-dua buku ini ada dijual di MPH dan Kinokuniya, malah sudah ada terjemahan ke Bahasa Malaysia.

Imad semasa dalam pemerhatian di wad kecemasan
Saya amat mencadangkan kepada ibu bapa muda seperti saya, berusaha untuk menambah pengetahuan di dalam hal-hal seperti ini.
Kejadian tengah hari tadi, sungguh menjadi pengajaran buat saya. Alhamdulillah ‘ala al-Salaamah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Terima kasih ustaz, kita perlu bersungguh atas setiap amanah Allah, selebihnya kita hanya mampu berdoa. Semuanya perlukan perhatian: jasmani, emosi, rohani dan intelek. Alhamdulillah suami akak pun sudah menunjukkan minat terhadap perkembangan pelajaran anak sulung kami.
Tima kasih ustaz… satu seruan yang takleh dipandang enteng…
bila ana dapat anak nanti, pesanan ini insyaAllah ana akan amik kira…
Assalamu’alaikum wrt wbt
Alhamdulillah anak Ustaz kembali sihat. Semoga ibu bapa prihatin terhadap anak-anak terutama yang dibawah umur 6 bulan.
Tahniah juga kepada Ustaz kerana menghasilkan tulisan yang amat menusuk ke hati golongan yang mencari Islam dalam kemelut fahaman yang berbagai hati ini.
Wallahuta’ala a’lam bissawab
Wassalamu’alaikum wrt wbt
ummimq
muka imad macam org besar…! mcm dah 2/3thn lagaknya,bersyukur sama atas keadaannya yg kembali normal. insyaALLAH smg apa yg diperingatkan oleh ust, menambah kepekaan ibubapa terhadap anak2. ‘parenting skills’ bkn utk mereka yg ada anak sahaja malah yg belum kahwin pun kene berjinak2 utk tambah ilmu ini. [peringatan utk diri sy terutamanya]
Alhamdulillah. Sungguh comel anak ustaz. Mudah-mudahan beliau besar nanti menjadi anak yang soleh seperti ayahnya. Dan juga bakal pembawa obor Islam ini. Mabruk ya Ustaz.
salam…
syafahullah….web ni akan jadi saksi nati kepada anak2 ustaz yang ibubapanya sangat sayangkan anak…memang cemas kita dalam keadaan seperti itu..setiap peristiwa ada manfaat dan pengajaran utk kita kan..tengok! ustaz dah kena belek balik nuku untuk tambah pengatahuan untuk penjagaan anak. Barakahhufikum:-)
takziah utk k.muna+ustaz sekeluarga..kepada Allah di pohon lindungan.semoga Imad xde bad sequelae.
assalamualaikum ustaz..
berdebar seketika ana melihat gambar imad with nebulizer tu.. terus terfikir yg bukan2..alhamdulillah, syukur sgt2 imad kembali normal..ana doakan ustaz sekeluarga dilimpahkan kesihatan, ketenangan dan keselamatan selamanya..
doakan kami yg akan menghadapi exam final may ni..seeru ‘ala barakatillah..
Teringat kisah anak sedara saya terlekat duit syiling 50 sen…. waktu tu usia dia 4 ke 5 tahun. dia dikejarkan ke hospital. Mujur setelah diberi ubat dan pam duit itu keluar dengan sendirinya. Ibu saya marah sungguh pada abang dan kakak ipar… anak-anak perlu sentiasa dipantau walaupun kita rasa mereka sudah agak besar dan boleh buat banyak perkara sendiri, jangan senang untuk ambil mudah. saya belum ada anak, mungkin org kata bolehlah cakap sbb blm mengalaminya, tetapi berdasarkan pemerhatian saya, ramai ibu bapa pandang ringan keselamatan anak-anak. spt cth membiarkan anak sendirian dalam kereta tatkala memanaskan enjin, kalau dah dilarikan barulah menangis tak berlagu, dibiarkan sendirian begitu, byk bahaya boleh berlaku bukan sekadar risiko hilang. di taman permainan, bermain tanpa pengawasan. anak-anak bersendirian dijalan raya, sesenang hati saja ibu bapa mereka lepaskan anak yang masih kecil dan macam-macam lagi yang membahayakan keselamatan anak-anak, hiii risau saya melihatnya… bila ada anak, memang benar kita kena mengajar untuk mendisplinkan mereka… adakalanya hendak tangankan anak pun tak kena cara, cara memukul anak yang masih kecil macam memukul orang dewasa, tak kisah dimuka atau dikepala.. marah betul saya bila melihat keadaan sebegitu, tak tahukah tindakan itu mungkin akan memudaratkan kesihatan anak-anak, tidak dalam jangka pendek, jangkamasa panjang. dari sudut psikologi dengan anak-anak pun ibu bapa perlu banyak lagi belajar, banyak masalah yang dapat dilihat hasil salah aplikasi psikologi terhadap anak-anak… Pendapat saya bukan sekadar ibu bapa sahaja yang patut ambil perhatian hal-hal parenting, yg belum berumahtangga juga perlu ambil berat untuk persediaan. insyaAllah.
Assalamu’alaikum ya ustaz,
Alhamdulillah. Imad tidak apa-apa. Semoga dia kekal berada dalam pemeliharaan Allah SWT dari musibah-supaya dapat jadi seperti ayahnya/…
Kalau pasal ilmu parenting ni, kadang-kadang saya rasa terkilan juga dengan kawan-kawan sekeliling. Apabila saya cakap saja pasal isu anak-anak ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan tanggungjawab orang yang sudah berkahwin, mesti mereka tidak ambil serius sangat (tapi, ada juga yang prihatin- pada zahirnya, harapnya ‘dalam’ pun begitu). Ada pula yang sindir saya dah oleh kahwin la, dah nak kahwin la… macam-macam. Cakap tidak kena-diri sendiri yang dikenakan balik, cakap pun tidak kena juga- nak bagi mereka ni sedar akan tanggungjawab sebagai suami/isteri dan juga ibu bapa. Bukan tunggu kahwin dahulu, baru hendak belajar. Kalau tidak kahwin sekalipun, sekurang-kurangnya mereka (+ me) faham susah payah + kasih sayang ibu bapa terhadap mereka (+me).
Maaf ustaz. Komen panjang.
WaAllahua’lam.
Mistaken typing in 10th comment…
“Cakap tidak kena-… tak cakap pun tidak kena-…” Tambah ‘tak’ -ws
saya risau betul dgn cerita budak2 cam gini…. terima kasih atas nasihat ustaz….
assalamualaikum..
alhamdulillah..imad ok..
kalau saya x tau website ni ust punye maybe saya ingat doktor yg tulis entry nih..hehehe..
muke imad sebijik mcm saifulislam..
Assalamualaikum.
Ustaz, masalah-masalah meremeh-remehkan penjagaan bayi ni, boleh jadi berpunca daripada kelalaian memantau pembantu rumah juga ke?
Terima kasih kepada komen sahabat-sahabat sekalian.
Apa yang Campden_Grove (Komen #14) nyatakan itu, adalah sebahagian daripada punca besar iaitu kelemahan memantau pembantu rumah. Atau, terlalu percayakan pembantu rumah. Isteri saya, bertegas mengajar sikit-sikit hal perubatan, dengan cara menceritakan kes-kes di hospital yang membabitkan kelalaian ibu bapa / pembantu rumah, sebagai ‘gertakan’ agar beliau tidak ambil mudah.
Misalnya, ketika anak kecil sedang demam, jangan ditiarapkan dia walaupun dia memang tengah seronok belajar meniarap. Bayi itu sedang lemah dan ada kes bayi meninggal dunia semata-mata kerana letih dan tak larat nak angkat kepala semasa meniarap. muka tersekup ke tilam… Inna Lillah…
Cumanya dari segi potensi buat benda salah dan lalai ni, saya rasa macam potensi ibu bapa dan potensi pembantu rumah, lebih kurang sama sahaja… based on cases yang sampai ke wad kecemasan di hospital. Wallahu A’lam
huhu..sempat ag ustaz amk gambar tue
menggambarkan betapa lamanya bab-bab “menunggu” di hospital, walaupun isteri sendiri salah seorang kakitangannya
tu yang sempat ambil gambar..
comel tul imad…kalu jumpe kat luar mesti da kena cubit nie.. hehehe…(kakak pantang tgk budak comel tau!!)…semoga imad sehat selalu… auntie² and uncle² kat luar nie sentiasa doakan imad..insyaallah…
semoga permata hati ustaz nie membesar cepat dan sehatt,…
insyaallah…
a’aa laa….tul ckp nameless (#komen 13)..muke imad sebijik macam saifulislam…nanti mesti ikut yeop…jadi ketua kelas…
imad=yeop=sponge bob===> Ketua Kelas…
leh ker camtu???:-/
Alhamdulillah… ustaz telah membuat tindakan yang betul dan pantas. Kalau tak dikeluarkan ketulan Nestum tu… nauzubillah..
Saya setuju sangat – sangat ibubapa patut tahu serba sedikit mengenai First Aid. Kelalaian tu boleh berlaku di mana – mana dan bila – bila masa saja, sebaiknya mestilah kita prevent kelalaian tu. Tapi kalau terjadi jugak kemalangan kecil ni, we should know what to do next. Yang paling penting, jangan panik.
Saya rasa, patut ada juga buku First Aid yang simple kat rumah, sebagai rujukan bila – bila perlu. First Aid box wajib ada (dan bahan – bahan kat dlm box tu janganlah dibiarkan sampai expired hehe).
Kalau tak salah saya, sebab itu jugalah nursery service kat oversea amat mahal, kerana staf – stafnya dilatih untuk membuat CPR, tahu First Aid dan sebagainya (betul tak ustaz?)… kalau nak dibandingkan dengan local maid / nursery kita…
Saya setakat ni hanya mampu mengajar sedikit sebanyak baby sitter saya, apa yang patut dibuat kalau ada emergency. Itupun mengikut keadaan dan ketika berkongsi cerita mengenai anak – anak lain yang dia jaga.. takde la full course.
Salam sayang untuk baby Imad yang comel tu
Wasalam
hehe…ust, ust solat Jumaat kat mana?
em, kalau berlaku hal camni, antara solat dan kesihatan ahli keluarga, mana yang patut diutamakan?
budak nakal sebagai ustaz yang belajar di jordanlah, yang kena beri fatwa tentang hal ini
oh…ustaz ada baby baru ke?ada x cite psl imad kat mjlh anis atau I?comel bangat sehhh…macam saya baby dulula…(hahahaha..perasannnn)aik…baby mana xcomel kan?hehehe…
saya selalu je curi2 baca pasal panduan jaga2 anak nie. pantang jumpa. selalu je baca benda2 camni tak kira jumpa kat mana2. tambah pengetahuan. dulu yg selalu jadi ‘mangsa’ saya anak buah sendiri kat malaysia sana. nama dia dgn uncle dia pn dekat2 sama aje, cuma tambah imbuhan -ah je kat belakang. sekarang nie boring pulak, tak ada ruang nk main2 dgn budak2 kecik. tak kan nak sakat anak org putih kot.. nanti kena marah free2 aje. kadang2 rasa mcm nak beli buku2 panduan jaga baby cam yg ustaz recommend kat atas tue. tapi segan la pulak dgn rakan2 lain. hehe.. niat mmg nak kawin. insya-Allah..
ilmu parenting, bukan hanya boleh membantu anak sendiri, tapi setiap kanak-kanak yang ada di sekeliling kita. maka tidak perlu risau membaca dan mempelajarinya sebelum berumahtangga.
lagi pun, saya rasa golongan yang ketawa dan tersipu-sipu bila berbual tentang penjagaan anak, dan aspek-aspek rumahtangga, itu tandanya dia masih keanak-anakan. sudah baligh tapi belum aqil…
parents yang kehilangan anak yang bermula dari masalah kecil, selalunya redha dgn ketentuan Allah, tetapi mereka akan selalu tertanya2, “what we could have done differently”. dan saya selalu ingat pesanan seorang kawan ” bad things always starts with demam biasa”.
tepat kata ustaz, jgn kita remehkan demam dan soal kesihatan anak. (teringat membaca kehilangan anak ustaz lutfi sewaktu beliau pengarang di siasah. sungguh menusuk jiwa sewaktu beliau menulis bagaimana anaknya meminta duit RM5 kalau tak silap saya, tapi tidak diberi. luluhnya hati kehilangan anak sebegitu rupa. semoga ujian sebegitu tidak menimpa kita)
parents saya kehilangan akak saya (anak pertama) waktu akak saya umur 23 hari sebab demam kuning. nama pun xsempat diberi lagi. perkara nie pun baru saya tau masa umur 11 tahun. mak kata nk pergi kubur kak long masa hari raya. tertanya2 dalam hati kak long siapa nie? kenapa mak macam sedih sgt time tue. sudah lama katanya tak jenguk kubur kak long. masa tue saya igtkan sibling saya 4 org aje, then akak saya cerita senyap2 lepas balik dari kubur tue. barulah saya tau rupa2nya saya ada kak long! tapi parents saya tak pernah cerita selama ini. patutla parents saya ambik berat sgt soal kesihatan dan keselamatan anak2. buat check la masa kecik2 dulu, mcm2 lagi. rasa tak mampu terbalas jasa mereka.. agak2nya kalau kak long masih ada mesti best kn.. dari Allah kita datang dan kpd Allah jua kita akan pulang nanti..
Salam shiha, are you a doctor? I’ ve visited your blog but I’ve forgotten my google account? Comelnya anak2 shiha tapi tak boleh lawan ketembaman Imad
Kak Shiha is a doctor di PPUM kalau tak silap. Dr. Shiha kita dah lama tak update blognya. Isteri saya banyak ambil manfaat dari ilmu tentang breast feeding tu. Memang kalau ada pengetahuan tentang physiology-nya, lebih mudah untuk membantu diri dan orang lain dalam bab breast feeding. Tidaklah sewenang-wenangnya memarahi ibu-ibu kerana tidak menyusukan sendiri anak-anak sebab tidak semua ibu mudah melakukannya. Teknik mesti diajar betul-betul dan sokongan mesti diberikan…
Hasilnya, Imad dah tembam mengalahkan bapaknya.
Salam.. Kak Ija, yes I am
. Thanks for the compliment. Sesungguhnya Allah swt yg lebih berhak. My kids waktu baby diorang chubby tapi bila dah besar, habis seroh (org Utara kata)
. Ustaz.. setelah sekian lama, saya ni muda setahun dari ustaz tapi tak kisah kalau nak panggil saya kakak pun
. Alahai, blog tu, tak seprolifik blog ustaz la… kekangan masa?
. Imad lagi tembam dari bapaknya? Kalau tengokkan gambar2 dlm website ni, I beg to differ!
Wasalam.
Hmm… syukur baby Imad dapat hanya yang terbaik dari ibunya. Breastfeeding ni tak mudah. Banyak cabarannya, di samping ‘godaan’ luar. Sesiapa yang nak tips / ilmu menyusu ni, sikit – sikit boleh saya sumbangkan
salam dr.shiha
ape name blog akak ye? nak ‘menambah ilmu’ sedikit sebanyak..=)
Salam Shiha,
Keep it up, ilmu breastfeeding nih definitely akan jadi ilmu yang bermanfaat yang tidak putus pahalanya hingga ke SANA.
masyaAllah ust….banyak yang dpt sy pelajari dr ust….
selain ilmu agm ilmu perubatan pun dpt gak….
betul la uztaz….. baby ni sangat mudah terdedah kepada bahaya dirumah…. parents kena sentiasa ligat otak memantau aktiviti anak-anak…. kalau time tido tu lagi bahaya esp. kalau tido sekatil, pernah sekali dek kepanasan, saya angkat anak saya staun stengah dari court die tido sama sekatil. time nyenyak tido tiba-tiba ‘kedebuk!’ die jatuh ke lantai daaa…. sekali berlumuran darah kat mulut, bibir pecah…. adusss… runtunnye jiwa time tu….. syukur, darah die beku cepat.
saya suka yaNG MENcABAR…
Assalamualaikum Uztaz.
Saya terjumpa ruangan ini kerana menggoogle tentang tersedak susu. Ternampak gambar Imad diberi nebulizer, teringat anak kedua saya, yang diberi rawatan serupa awal oktober kerana paru2nya berbunyi akibat demam. Masa tu dia berumur 9 bulan. Meronta dia. Alhamdulillah dua2 anak2 kita dah sihat…
Saya berminat nak membaca buku2 yg uztaz recommend tu, sementara kwn baik saya suruh cuba subscribe americanbaby.com, kot2 ada info bermanfaat ttg jagaan anak2.
Teringat isteri abang ipar saya memberi susu formula bermula hari kedua kelahiran anaknya (september) atas alasan tiada susu badan. Beliau tidak bekerja, tetapi saya perhatikan cara dia menyusukan anak sulungya itu seolah2 tiada masa, i.e. anaknya berbaring terlentang di atas bouncing net atau tilam kekabu, dengan bayi menghisap susu dari botol susu yang diampu oleh bantal yang diletakkan di atas dada bayi. Ibunya pula membaca surat khabar, kadang2 ditinggalkannya budak itu. Dia duduk serumah dengan keluarga suaminya (ibu mertua, dua adik ipar perempuan tidak bekerja) mungkin dia pikir selagi ada orang dlm rumah boleh ditinggalkan anaknya menyusu sendiri, kadang2 sampai anaknya itu tertidur sendiri. Wah, senangnya menjaga anak dia tu. Keluarga ipar saya pula memang sudah biasa menyusukan bayi dengan keadaan sedekimian, jadi mungkin tidak hairan kakak ipar saya juga mengikut style yang serupa. Masa anak sulung saya disusukan begitu, nak menangis saya tengok. Saya tak menegur tapi sebaliknya cepat-cepat memangku dia. Nak tegur serba salah sebab mereka dah biasa buat mcm tu dari dulu, nanti orang kata saya melebih pandai jaga anak pulak. Alangkan mereka suapkan anak saya yang umur 9 bulan dengan air sirap pun menyirap darah saya.
Saya pernah menegur kakak ipar saya, ‘tak tersedak ke?’, dia kata tak. Masa tu lah saya sungguh bersyukur dgn teguran ibu sendiri yang selalu meleter anak2nya supaya memangku bayi sendiri semasa menyusukan walau sepenat mana pun. Kita takkan menduga bila kecelakaan boleh menimpa.
Baru-baru ini saya dapati anak kakak ipar saya itu batuk berkahak. Usia tak sampai 2 bulan tapi sudah batuk berkahak, serangan kali kedua pulak tu. Kali pertama dia batuk berkahak semasa dalam pantang. Ish mintak2 la saya sentiasa dapat jaga dan asuh anak2 dgn baik. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
Bila cakap pasal keselamatan ni teringat saya pada anak bekas jiran saya dikampung dulu tersekat ikan puyu hidup ditekak. Budak2 umur 2-3 thn dibiar main sendiri dirumah jiran dengan ditemani abgnyer berusia 4-5 thn untuk memantau.
Ikan puyu tak boleh dikeluarkan sbb duri dah melekat. Bila dikejarkan ke hospital muar, pun tak boleh keluar. Transfer pulak pegi hospital melaka baru boleh keluar. Alhamdulillah budak tu luka kat tekak je.
Anak perempuan saya baru berusia 18 bulan pun suka masukkan benda2 yg dia jumpa dlm mulut. Saja nak merasa. Kena monitor dia setiap minit sbb ada saja benda yg dicapainya.
Bila ada anak kecil ni, macam2 bole jadi perkara yg kita langsung tak terfikir. Moga2 tak terjadi perkara buruk di masa akan datang.
@ms_zhi
Selain dari blog saya, sekarang ni ada banyak blog yang berkaitan dengan susu ibu. Semua tu ilmu. Alhamdulillah.
Salam ms_zhi.. boleh klik kat nick/nama saya. Silalah tambah ilmu sebanyak mungkin
[...] Saifulislam.Com ” Blog Archive ” Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak reddit_url=’http://www.baby-parenting.com/baby/babyname/Imad’ reddit_title=’Baby name meaning and origin for Imad’ [...]
Assalamualaikum ustaz.. saya selalu tertanya2 jawapan kepada persoalan yg satu ini.. Kita lihat dalam dunia moden hari ini ramai orang menyaman pihak2 berkenaan eg hospital, KKM dsb bila berlaku kecuaian dan kematian.. Tapi jika kita baca & lihat dari perspektif lain pula, bukankah kita temui “Kematian itu pasti. Tidak akan cepat sesaat, dan tidak pula lewat sesaat” “Kami jadikan mati itu bersebab, agar manusia itu berfikir” “Tidak akan mengenai seseorang melainkan apa yg telah ditetapkan untuknya” dsb… Jadi, apakah hukumnya amalan saman-menyaman kita hari ini? Bolehkah ia menjatuhkan atau menggelincirkan akidah kita kerana ia seolah-olah menggambarkan ketidakredhaan kita atas qada’ & qadar Allah?