
Seminggu berlalu dalam keadaan penuh tekanan.
Saya dijadualkan menghantar transkrip lengkap buku kedua pada 31 Oktober yang lalu. Buku ini dijangka terbit Insya Allah sebelum hujung tahun. Saya terlewat seminggu daripada tarikh asal yang ditetapkan. 24 jam sehari terasa bagaikan tidak cukup.
Namun sungguh luar biasa, disebabkan oleh tekanan yang sengaja saya ledakkan kepada diri, hampir 15 artikel baru berjaya disempurnakan dalam tempoh seminggu. Idea datang mencurah-curah dan segalanya dipulangkan sebagai pujian kepada Allah.
Sedangkan semenjak Aidilfitri, saya mengalami kebuntuan idea untuk menulis. Buntu kerana terlalu banyak isu yang bersarang di fikiran. Bermula dari isu siasah negara, hinggalah kepada soal rumahtangga dan remaja.
Namun dengan bantuan ‘matlamat‘ yang spesifik, saya berjaya untuk fokus.
Diari Kembara berusia lebih 5 tahun, dikemaskinikan dengan penambahan berbelas artikel baru dalam tempoh seminggu. Setelah mengadap laptop pagi ke pagi, semalam saya telah ke Galeri Ilmu untuk menghantar transkrip buku Diari Kembara ini.
Pengajaran seminggu ini adalah, pentingnya untuk kita belajar bersahabat dengan TEKANAN.
TERLEPAS PANDANGAN
“Ehh, sambungan buku Aku Terima Nikahnya juga patut dihantar sama ya!” saya tergamam semasa melihat jadual di dinding Jabatan Buku Galeri Ilmu.
Sungguh mengejutkan.
Dek keasyikan saya menyiapkan buku Diari Kembara, saya terlupa bahawa komitmen saya adalah untuk menghantar transkrip dua buah buku. Saya dikehendaki menyiapkan AKU TERIMA NIKAHNYA II (belum diberi sebarang tajuk) di samping Diari Kembara, dan saya sungguh terlupa mengenainya.
Tetapi lebih mengejutkan, fokus saya kepada buku Diari Kembara telah menyebabkan buku itu menjadi ‘gemuk’, seakan-akan perlu dibedah dan dipisahkan menjadi dua buku! Timbul beberapa idea baru di pihak Galeri Ilmu mengenainya. Apakah buku Diari Kembara akan beranak renek menjadi 4 buah buku? Entahlah, saya serahkan kepada budi bicara Jabatan Buku di Galeri Ilmu untuk membuat keputusan terbaik berkenaan dengan hal ini. Saya gembira dengan apa-apa sahaja cadangan mereka, Insya Allah.
Kini, tugas saya adalah untuk menyiapkan buku Aku Terima Nikahnya II, di samping Diari Kembara bahagian II yang turut berada di dalam jadual penerbitan Jabatan Buku. Tidak lupa kepada dua buku lagi yang dicadangkan oleh pihak Galeri Ilmu, dan saya bersedia menerima cadangan mereka kerana sudah separuh jalan menyiapkan bahan-bahan di bawah genre tersebut. Mudah-mudahan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April depan, saya dan Galeri Ilmu boleh tawarkan lebih banyak buku kepada pembaca sekalian, Insya Allah.
PENGALAMAN EDIT

Pengalaman selama seminggu ini telah menambahkan penegasan saya kepada peri pentingnya para blogger menjaga penggunaan bahasa yang betul di dalam penulisan. Saya mengambil masa lebih seminggu yang penuh untuk membetulkan ejaan, tatabahasa dan pengemaskinian struktur idea dan ayat. Membetulkan artikel, adalah jauh lebih susah berbanding dengan menulisnya.
Bayangkan jika sahabat-sahabat blogger menulis dengan ayat-ayat ala sms, entahlah bagaimana nanti tulisan itu boleh diperbaiki tatkala ia mahu dibukukan kelak. Dan seandainya anda ada ilmu, ada maklumat, ada bakat, tetapi malas menjaga bahasa… ia adalah suatu pembaziran yang merugikan dan bisa menjadi ‘jenayah’ di sisi Allah SWT.
Memberi dan berperanan, jika diselami dengan jiwa hamba, bukanlah suatu pilihan tetapi tanggjawab dan kewajipan.
Hari ini…
Saya berasa sangat mengantuk. Tetapi harus ke Shah Alam untuk program bersama UmmikuSayang.Com.

Moga dipermudahkan Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











lama tidak meninggalkan coretan disini.
tahniah saya ucapkan buat ustaz.
Moga Allah lapangkan lagi fikiran ustaz, dimurahkan rezeki buat keluarga ustaz, dilancarkan segala urusan.
saya sentiasa di sini.
umaralfateh yang sibuk selalu. baguslah begitu
alhamdulillah..semoga kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain dan sentiasa menjaga niat…
Alhamdulillah tahniah ustaz! ternanti-nanti buku-buku ustaz yang lain. Saya pun punya pengalaman yang sama subhanaAllah. Disebabkan tekanan ‘dateline’ yang semakin dekat, diri berusha bersungguh2 menyiapkan tugasan walaupun mengorbankan tidur. Dulunya sering jugak berputus asa, tetapi bila dapat nasihat ustaz dan john c. maxwell, ‘keputusan akhir bukan diatas kawalan kita, tp usaha kearah keputusan akhir itu yang perlu dijalankan dengan baik dan bersungguh’. Alhamdulillah keputusan yang rasanya mustahil sebelum ini, menjelma. Alhamdulillah dan terima kasih ustaz
penegasan ustaz menyebabkan saya berhati-hati dalam penulisan di blog sekarang. terima kasih ustaz. Alhamdulillah
Assalamualaikum..
Syabas ust..semoga terus thabat di dalam jalan dakwah yang penuh onak berliku..Menulis blog untuk memberi tahu, so kalau tulisannya susah untuk dibaca dan difahami apa gunanya kita ber”blog”. Mesej dan matlamat kita tidak akan sampai.
Saya belajar sesuatu daripada artikel ini..Syukran..
salam..betul tu ustaz..tekanan itu sebenarnya mendorong kita lebih maju kedepan seperti menggerakkan minda separa sedar kita….saya dapat dua benda
1- bersahabat dengan tekanan ( yang mungkin juga mampu menyesakkan jika hilang kawalan)
2- menulis dengan bahasa yang sempurna.
karya nan indah pasti menggamit naluri pembaca…
Assalamualaikum,ustaz.
Semoga buku baru selamat di terbitkan.
“lagi kamu under pressure, lagi tinggi produktiviti kamu dan lagi semangat kamu buat kerja”
ni kata-kata yang pernah kaunselor saya di persekolahan menengan saya beritahu. sebagai salah seorang badan pemimpin pelajar, dengan banyak aktiviti k0kurikular dan nk menghadapi exam lagi, saya selalu sangat berada dalam stress.
dan stress yang agak tinggi hingga ke tahap memaksa saya meminta pertolongan orang lain, iaitu kaunselor saya.
so dia pun analisis keputusan2 peperiksaan saya, prestasi saya di sekolah dan sebagainya. dan dia kata, dalam keadaan saya x bz, rekod saya biasa2 sahaja. lagi saya dalam keadaan tertekan, maka saya lagi cemerlang katanya. sbb tu saya suka study last minute. saya suka buat soalan2 matematik ketika tgh sakit kepala. hehe.
dan dia kata, ini sebenarnya bagus kepada saya. sebab saya tend to be a perfectionist, so itu pun dah menjadi asas kpd stress yg saya ada. on the bright side, saya boleh maintain study/kerja dalam keadaan yg genting. malah, tanpa tekanan, saya hanyut! =)
tapi nasihat beliau, saya kena berhati-hati. kena tahu limit diri. sama ada limit dari segi kemampuan menanggung stress, mahupun limit dari segi kebolehan study/kerja itu sendiri. sebab kadang2, benda ini boleh memakan diri sendiri. T_T maka, saya kena cari jalan untuk menyalurkan stress ni. dan makan merupakan satu jalan yang amat tidak sesuai. -_-”
so pesan kepada ustaz, stress, stress jugak. tp jgn smpai terbakar enjin sudah lah ye~ =p
ingt 13:28!
Dari satu sudut pandangan lain, ‘stress’ boleh diibaratkan seperti “drugs”
Drugs pada therapeutic dose akan merawat penyakit. Namun, pada dose berlebihan yang melebihi therapeutic level, akan menjadi toxic kepada badan dan merosakkan badan sendiri…..
So, akal dengan bimbingan taqwa dan iman, perlu selalu meniliti ‘dose’ pada ‘prescription’ utk stress yang diperlukan sebagai booster kepada kemampuan diri……. Jangan sampai overdose!!!
Eustress memangkin produtiviti, distress bisa membawa mati…
wah…akhi husaini menggunakan istilah medic. sertakanlah definisinya skali akhi, takdelah terawang-awang golongan yang tidak memehami.=)
rasa-rasanya ustaz selalu berada dalam tekanan, cuma ustaz je yang tak sedar kot (atau menyerap tekanan tersebut secara positif), yelah, busy membuat pelbagai perkara, tapi berjaya juga menguruskan semuanya. cuma kalini je situasi dan keadaan memaksa ustaz bergelumang dengan tekanan tersebut, so baru ustaz menyedarinya. hehe, pandai je ana berteori.=p
anyway, we sholud take it positively, rite? semoga berjaya dengan buku terbaru…=)
Eh, istilah medik ke tu? Tak tau pula ana..ana ambil istilah tu dari entri Ustaz juga dulu. Tak apa, definisinya boleh baca di sini
kagum saya apabila ustaz berjaya menyiapkan banyak artikel dalam masa seminggu sahaja.saya menulis technical writing perlu sekurang-kurangnya sebulan untuk menyiapkan 1 technical paper yang memuaskan hati supervisor saya. itu pun masih ada banyak pembetulan perlu dilakukan.
jika ustaz sudi.saya harap ustaz dapat memberikan tips bagaimana untuk menulis dengan baik dan cara idea dapat disusun denga teratur lebih-lebih lagi bagi penulisan akademik seperti yang saya lakukan sekarang
hehe..nampaknye ‘tugasan’ ustaz untuk menulis buku ketiga
Penulisan yang Kualiti.. hehe..stress..stress..
Salam ustaz..
Terima kasih ‘post’kan artikel ni di kala saya sedang menghadapi tekanan yg maha hebat..! perkataan-perkataan yang ustaz ‘bold’kan wajar menjadi panduan saya ..
Tahniah atas buku-buku yang bakal diterbitkan..saya juga seperti yang lain..tak sabar menantinya..
bagus ka kerja dalam stress..sekejap boleh fikir n laju ja idea nak siapkan last minute kerja, sekejap pulak boleh buntu..ni pengalaman saya
(maaf kalau ada kesalahan bahasa, saya tak tau nahu mana2 bahasa sangat)
bahasa jiwa (bangsa)
Assalamualaikum w.b.t
Berbicara tentang stress, alhamdulillah tahap stress saya dan kawan-kawan dah makin berkurang sebab hanya tinggal 2 papers lagi untuk dihabiskan bagi final exam ni. Insya-ALLAH, harap-harap saya dan rakan-rakan berjaya dengan cemerlang dalam exam ni.
Cuma lepas ni mungkin stress fikir macam mana nak angkut barang-barang balik ke kampung pula ^_^
Sedikit tambahan di sini, teringat pesanan kawan yang selalu mengatakan bahawa jangan berputus asa dan mendengar bisikan syaitan. Gunakan hati tersebut untuk mendengar bisikan ke arah kebaikan kerana kita diberi peluang untuk memilih antara kedua-duanya.
Pendek kata, tepuk dada tanya iman.
Alhamdulillah.
Tak sabar nak dptkan buku2 ustaz yg seterusnya
Assalamu’alaikum
Jihad, adalah konsep kerja yg mengandungi unsur tekanan pada tahap maksima.
Semoga Allah memberkati buku2 yg bakal dihasilkan. Semoga menambah bahan dakwah dan pemurnian sikap masyarakat kita.
Selamat berjaya.
Malunya… akak rasa nak nangis sebab kerja2 dan masalah2 yang banyak… dalam situasi yg sama ustaz boleh jadi produktif… Malunya!!!
Salam…
Orang yang ada masa hanyalah orang yang sibuk… Lebih optimum masa sekiranya bekerja dalam tekanan, tiada tekanan tiada ilham dan lebih banyak mengelamun.
Moga Allah beri kita kekuatan untuk mengisi masa kita dengan kerja-kerja yang berfaedah.
betul tu ustaz dan kawan-kawan semua. stress ni elok untuk menyedarkan kita tentang masa.
Hassan al banna ada kata, “kerja yang kita ada lebih banyak dari masa yang ada”.
Hanya jauhari mengenal manikam. Tapi ni tak bermakna buat kerja last minutes ni bagus, terutama dari segi kualiti. Budaya yang patut di muhasabah. Sibukkan diri dengan kerja-kerja yang berfaedah @ kalau tak banyak kerja, lakukan kerja “extra”terhadap tugasan.
Saya setuju, hidup tanpa stress memang rasa tak kena. Banyak masa digunakan untuk benda-benda yang lagha. Semoga Allah bantu kita semua. Istiqamah!
sokong..sokong…
salam’alaik.
bagi saya, stress ni umpama ‘painful pleasure’.
believe it or not, i can perform job better when i’m in stress.
when i’m in stress, i want to complete job as perfect as i can.
and the pressure will drive me to achieve it.
i love jobs which have dua date.
but i know, not everyone can work under stress.
everyone has their own style.
correction.
dua date ~due date
Assalamualaikum Ustaz,
Saya setuju dengan tulisan Ustaz ni.
Sekarang bukan IQ dan EQ je kena tinggi, AQ (Adversity Quotient) pun mesti tinggi.
Stress bukan berkaitan kerja sahaja. Permasalahan persekitaran dan macam2 lagi juga mendatangkan stress. Tapi, cara kita menghadapi pun penting.
Cuma, sebagai manusia biasa, kadang-kadang terlalai. Lupa Allah sentiasa membantu umatNya yang meminta.
Tulisan-tulisan ustaz, menjadi pemberi ingatan kepada saya.
Terima kasih.
Salam ustaz, sekadar hendak berkongsi kata-kata Tuan Ahmad Fazli Yusof yang relevan dengan soal menyusun idea. Beliau menekankan perlunya ‘idea management’ dalam menulis. Katanya, “Apabila dapat mengurus idea dengan baik, kita dapat mencari masa.” Katanya lagi, “Orang yang ada idea (ideanya terurus), duduk saja dia boleh menulis.” Berbanding dengan orang yang ideanya tidak tersusun, duduk depan komputer dia akan buntu. Saya rasa ustaz ada cara tersendiri mengurus idea. Elok juga ustaz kongsikan.
BIT TAUFIQ WAN NAJAAH
(^_^)
Salam ustaz dan keluarga tercinta.
Ustaz, ini pertama kali ana mencoret komen di sini. Doa ana moga ustaz terus menulis, sihat walafiat bersama keluarga tercinta dan dimurahkan rezeki.
Penulisan ustaz memberi manfaat kepada saya. Adalah menjadi harapan saya sekiranya ustaz mengunjungi blog saya dan memberi ulasan dan komen. Moga harapan menjadi realiti, insya Allah.
Bit taufiq wan najah ya ustaz.
Assalammualaikum wbt..
“Bersahabat dengan tekanan”, itulah quote yang sangat menarik. Saya bersetuju dengan ayat ini. Kalau kita tidak pandai mengawal dan menguruskan tekanan, akhirnya kita akan hanyut dengan masalah.
Saya antara orang yang cuba berjinak-jinak dengan tekanan. Saya tidak mencari tekanan, tetapi saya cuba menghadapinya. Alam kerjaya adalah alam penuh tekanan, disamping itu ada juga kegembiraan bagi mereka yang pandang positif.. (sangat jauh berbeza berbanding alam kampus)
Apa pun, semoga berjaya dunia dan akhirat.
salam,
cakap pasal membetulkan ejaan.. ‘tanggungjawab’ tu kat ayat ni
“Memberi dan berperanan, jika diselami dengan jiwa hamba, bukanlah suatu pilihan tetapi tanggjawab dan kewajipan.”
[...] November 12, 2008 by brightnur Kepada blogger-blogger amatur sekelian (saya tahu takde professional blogger yang masuk blog saya ni), keratan article ni saya adalah dari pada blog saifulislam.com. [...]
salam..
syukran ya ustaz coz atikal nie benar2 memberi jln kuar p permasalahan yg emmbuatkan sy benar2 strees..tp betullah stress dpt membuatkan kia byk ilham dr mengelamun tak tentu pasal..n banyak berfikir tentang ciptaanNya…teruskan usaha murni nie..tak sabar nak dapatkan buku seterusnya..