![]()
Saya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus untuk anak remaja, khususnya di musim cuti sekolah ini. Setelah banyak aspek dipertimbangkan, berserta usaha mendapatkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap untuk memimpin agenda ini, saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah untuk mengumumkan sebuah program, khusus untuk remaja di musim cuti sekolah 2008 kali ini.

KEM HIJRI
Kem Hijrah Remaja Islam 1430H ini, adalah sebuah program bersifat residential, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13 ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, bukan sekadar untuk menyampaikan mesej kepada peserta, malah untuk kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara yang lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.
Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dengan bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai dengan panca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini.
Kami juga menawarkan ruang untuk peserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik untuk sumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Terima kasih kepada teman-teman saya yang begitu ikhlas dan bersemangat untuk berkongsi pengalaman mereka belajar di universiti terkemuka, dan kini berjaya sebagai profesional di bidang masing-masing.
KEM HIJRI INI akan mencakupi 6 Topik Dasar iaitu:
- Meneroka rupa bentuk Islam (IPO Input Proses dan Output pada Iman, Islam dan Ihsan)
- Muslim pada Aqidah, Ibadah dan Akhlaq, yang banyak menekankan aspek MENGAPA disusuli BAGAIMANA
- Meneroka aplikasi konsep Syariatullah dan Sunnatullah untuk kecemerlangan holistik peserta
- Pengurusan Emosi dan Cinta Remaja
- Memulihkan Nilai Kekeluargaan dan Interaksi Sosial
- Merancang Pembelajaran dan Kerjaya
SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY
KEM HIJRI ini dianjurkan oleh syarikat persendirian milik saya, berteraskan gagasan idea yang sejak sekian lama menjadi teras kepada wacana di Saifulislam.Com. Penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kriteria Sunnatullah yang menghendaki usaha dakwah dan penyebaran al-Haq dilakukan secara bersistem dan tersusun.
Terima kasih kepada tiga tenaga utama yang menjadikan hasrat menubuhkan Saifulislam Training and Consultancy ini suatu kenyataan. Saya terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan ini:
HAJI IZHAM HASNI M. ISA
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini, menghabiskan hampir seluruh usia remajanya bersama saya. Bermula dari sama menuntut di Sek Men Agama Izzuddin Shah, Ipoh, kembara berterusan apabila kami sama menuntut di Fakulti Syariah, Universiti Mu’tah, Jordan. Malah tanpa dirancang-rancang, kepulangan saya sekeluarga ke Malaysia menemukan kami semula apabila sama-sama bertugas di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Kepakaran Haji Izham banyak terserlah pada skil reka cipta grafik dan memindahkan idea kepada slide interaktif dan nota. Beliau juga mudah mendekati remaja dan senang berkongsi rasa bersama mereka.

MOHAMAD RIDZUAN KHALIN
Anak kelahiran Parit Buntar ini, saya kenali semasa sama bertugas di Fitrah Perkasa. Sangkaan saya keliru kerana keceriaannya mempamerkan usia muda yang penuh potensi, tetapi kematangannya berwacana, menimbulkan andaian saya bahawa pemikiran anak muda ini melewati angka usianya. Cekap mengendalikan sesi bersama remaja, Ustaz Ridzuan juga mahir di dalam senaman dan seni mempertahankan diri, perkongsian yang sering dinanti-nantikan oleh peserta tatkala bersemuka dengannya. Pemegang Diploma Pengajian Syariah (Fiqh), Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam ini adalah anggota pasukan Saifulislam Training and Consultancy yang amat dekat di hati.

HAJI OMAR MOHAMED ELBARITII
Anak kelahiran Parit, Perak ini juga merupakan kenalan sekelas saya semenjak di sekolah menengah. Kami meneruskan kembara yang berasingan apabila beliau menyambung pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang dan kemudiannya ke Universiti Islam Madinah di Arab Saudi. Tanah Hijaz dan Bumi Syam sesekali menemukan kami di musim Haji, namun kembali segelanggang apabila pulang ke Malaysia. Pengalamannya begitu pelbagai, selaku penterjemah di media penyiaran (ASTRO – Al-Jazeera), mengendalikan kursus motivasi dan terkini berpengalaman bertugas di institusi perbankan Islam juga.
Selain empat anggota pasukan Saifulislam Training and Consultancy ini, beberapa orang pembantu fasilitator wanita juga sedang kami usahakan.
Program bakal diadakan Insya Allah di Nur Bukit Unggul di Sepang. Cawangan terkini Nur Lembah Pangsun ini menawarkan persekitaran yang segar, selamat, bersama fasiliti perkhemahan yang sempurna. Layari halaman web Nur Bukit Unggul untuk keterangan lanjut mengenai lokasi pilihan kami ini.
Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka berkampung dan berwacana bersama saya dan barisan fasilitator kami, jangan berlengah untuk mendaftarkan anak anda dengan menggunakan borang online yang kami sediakan di bawah, atau dengan menghubungi nombor perhubungan yang tertera di poster di atas.
Saya memberikan sepenuh komitmen kepada program ini. 3 hari 2 malam adalah umur anak remaja anda yang menjadi amanah kepada kami untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman, demi menyambut kedatangan 1 Muharram 1430H sebagai detik perubahan dengan penuh makna dan semangat untuk berjuang juga cemerlang.
Ketemu kami di Nur Bukit Unggul, Sepang….
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
PEMBAYARAN
PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT PADA HARI PENDAFTARAN ATAU MELALUI AKAUN BANK DI BAWAH. SILA SIMPAN RESIT TRANSAKSI UNTUK BUKTI PEMBAYARAN

AKAUN AL-WADI’AH MAYBANK 164137464205

AKAUN AL-WADI’AH PUBLIC BANK 4-9479147-23
KETEMU DI KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (KEM HIJRI) 1430… INSYA ALLAH
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor







assalamu’alaikum wbt ustaz..begitu menarik usaha ustaz untuk menganjurkan kem hijri untuk remaja muslim dan muslimah..tak sangka plak ustaz pon sudah ada syarikat persendirian sendiri..tahniah ustaz..semoga ustaz terus memberi untuk masa depan Islam yang lebih gemilang insyaAllah
cuma tatkala membaca tentang kem hijri ini, hati saya teringatkan adik saya di malaysia..bukanlah untuk memperkecilkan adik sendiri, tetapi adik saya agak ‘kurang’ berbanding remaja seusianya..mungkin hal ini lebih terbukti dari sudut akademik apabila negara kita begitu mengutamakan keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai tiket untuk ke mana2..jadi selepas habis spm dan berbekalkan result yang tidak seberapa, tidak banyak peluang yang dapat dia lakukan..ditambah pula dengan masalah kesihatan yg dihadapi membuatkan keadaan bertambah sukar..namun saya bangga denggannya..walaupon keadaannya begitu, dia tidak pernah meninggalkan suruhan Allah dan terkadang dia lebih hemah untuk mengajak orang ke arah kebaikan berbanding saya (mungkin ‘dakwah’ yang dilakukan secara tidak sedar barangkali)
saat ini saya mengharapkan ada sinar yang lebih cerah untuk remaja Islam yang mungkin keadaannya lebih kurang seperti adik saya..and I always pray to Allah to grant him strength and make him a good servant..ameen
Boleh hantar resume?
kurang dari segi keputusan akademik, tetapi mempunyai sikap-sikap yang baik, saya tiada sedikit pun rasa ragu bahawa adik ‘insan’ akan menjadi seorang yang berjaya nanti.. Insya Allah @-insan-
aha ro ya alip dhod, ahlan wa sahlan. cuba call izham, share some ideas and we’ll see from there. anta banyak talent! @ro ya alip dhod
assalamualaikum….saya adalah pembaca senyap blog nie.saya berminat dengan kem yg ust anjurkan tu. tapi saya dh terlebih umur hihihi. saya amat berbesar hati kalau ust dpt dtg kat tempat kerja saya untuk bg ceramah@semangat@dorongan atau apa saja yang dapat membantu adik-adik saya disini. sebenarnya ust saya kerja di salah sebuah rumah anak-anak yatim di selangor. saya amat sayangkan adik-adik saya ni walaupun bukan seibu sebapa. saya tak nak adik2 saya ni hilang arah, rasa terpinggir saya nak mereka ni tahu yang mereka ini amat dihargai dan disayangi. saya harap ust faham.
- topik2 yang amat diperlukan oleh para remaja dalam mengenali ‘ABC’ (tiru ungkapan pak din) untuk mengharungi kehidupan dalam mencari keredhoaan Allah..
- mingkin atas topik yang sama atau utk point 2 & 3 terutamanya, di anjurkan pula untuk peringkat penjaga (bapa/ibu)?
Saje je, dengki tgk sahabat2 kenalan berpadu tenaga. Talent apa yang boleh pakai?
@Abu Saif
bertambah satu lagi agen ‘mengubati masyarakat’, khususnya golongan remaja. semoga usaha2 sebegini makin bertambah dan kesedaran masyarakat makin dapat dicetuskan dari semasa ke semasa, sehingga golongan yang memiliki kesedaran adalah golongan majoriti komuniti di malaysia
Assalamualaikum wbt ya ust. Subhanallah, inilah rupa2nya syarikat yg diuwar-uwarkan oleh ust Izham masa sembang-sembang dengan dia arituh. Inilah pentas perjuangan baru kalian ye
‘Ala kulli haal, doa ana mengiringi sifu-sifu yang cukup dekat di hati dalam membantu memberi paradigma baru kepada ana selama ini utk menghidupkankan sebuah kehidupan. Alf Mabruk ‘alaikum!
Selamat meramaikan barisan tentera MEMBERI dari akar umbi!
Tahniah ustaz atas penghasilan STC! Dakwah has a new face! (Sedap juga ye bagi catch phrase itu.:D )
Cuma saya asyik terfikir, agak-agaknya bila Naurah dan Imad sudah besar nanti, apa diorang akan fikir bila lihat asyik nama abang diorang sahaja yang digunakan. Saifulislam.com, STC, Abu Saif, Ummu Saif…
‘Apa ni abi, tak aci la guna nama Yop je!’
Statement provokasi
Terima kasih yakuza… penggunaan nama tu ialah tanggungjawab. anak-anak lain kurang sikit tekanan berbanding anak ana yang namanya dah digunapakai secara meluas. Nanti kalau ada spa kecantikan muslimah, ana bubuh nama Naurah Beauty Mawaddah Spa & Sakinah Treatment, hehe. Imad boleh anjurkan training Imad of Success (Pillars of Success). Adik Imad, nanti kami fikirkan… hehe. Oppss. Dunia ni luas ya akhi…
@Ibnu Alwi
Salam..
TAHNIAH! TAHNIAH!
Alahai, nampaknya Ahmad kena tunggu lagi 7 tahun, baru boleh join. Takpa, sabar menanti
Wasalam.
Insya Allah. Untuk peringkat awal, Ahmad boleh warm up di KEM ASUH anjuran Galeri Ilmu
Kemudian boleh jadi fasilitator muda kami nanti .. ameen @shiha
mahal la ustaz..huhu..
mohon jika berkelapangan ‘ana’ baca artikel saya di http://saifulislam.com/?p=1982 berkenaan dengan yuran tersebut. jika ‘ana’ boleh buat perbandingan, jemputlah ke halaman-halaman web motivator yang menganjurkan kursus seperti ini, maka ‘ana’ akan tahu bahawa pelaburan RM210 itu hanya sekadar untuk memastikan program ini berjalan lancar dan pasukan kami berhasil mendapat pengalaman yang tiada cara lain kecuali diperolehi melalui kursus sebegini @ana
Salam dear ustaz,
Syabas atas kelahiran Saifulislam Training And Consultancy !
InsyaAllah usaha murni ini diberkati .
Wsalam dear kak silversarina. Thanks for the wishes. Doakan kami semua… @silversarina
alhamdulillah, ana gembira bg pihak ustaz. sebab ana pon berminat/teringin gak nak buat prog/berkongsi dgn oranglain macam ni. cadang nanti nak join lah grup2 training nih after grad. hehe…sebab ana suke bercerita n berkongsi pengalaman.=)
kalau ada program yang ana buat masa antum cuti, jemputlah datang… ana tubuhkan syarikat ni, salah satu aim ialah untuk ToT. Nak tambahkan tenaga yang familiar dengan training environment. @dr.razi
Alhamdulillah, medan memberi ustaz telah melebarkan sayapnya. Tahniah dari pembaca setia SIO ni. Pastinya ini merupakan satu lagi asbab untuk mendapatkan Malaysia yang lebih baik 10 tahun akan datang iaitu apabila mereka ini keluar dari kampus dan menjadi anggota masyarakat.
kalaulah semua orang faham mengapa syarikat ini ditubuhkan seperti yang kak ija faham. tapi saya tak berapa suka berkalau kalau ni.@Kak Ija
salam. pendaftran mula kul berapa dan tutup kul berapa?
wsalam wbt. pendaftaran bermula jam 5pm 15hb tu. tiada waktu tutup. kalau razzo ada masalah untuk sampai, cuba hubungi ustaz izham di talian 013-3495555 untuk maklumat dan bantuan ya. Terima kasih@razzo
assalamualaikum,
tahniah atas kelahiran stc
waalaikum al-salaam wbt.
terima kasih ummu ridhwan. anyway, maaf saya kehilangan banyak terjemahan artikel in english sebab banyak mesej dalam inbox terpadam secara tidak sengaja
@Abu Saif
hohoho. nampaknya ada pelbagai idea sedang bermain di kotak pemikiran abu saif
macam santa claus gaya ketawanya tu
InsyaAllah kami akan hantar 2 sekali. Anak teruna 15 tahun, masyaAllah, cuti2 ni asik internet game aje – dgn kawan2 diluar. Rumah dah mcm hotel balik utk tidur je. Bila dimarah ditegur, menjawab tidak, tau2 dah lesap. Sure nanti pergi dalam keadaan ‘paksa rela’.
Adik 13 tahun tu lembut hati sikit. Buat duit dia cuti2 ni. Ajar adik kecik dia tuition, charge RM2 sejam. Lahai.
Assalamua’laikum ustz,
doakan adik ana(Muhammad Radhif) agar dilembutkn hatinya untuk pergi ke kursus anjuran ustz ni dgn hati yg rela dan ikhlas untuk berubah.. mudah-mudahan ianya menjadi wasilah perubahan adik ana dgn izin Allah. doakan jua hala tuju kami kesana dimudahkan dan diselamatkan Allah,insya’Allah..
Saya baru sahaja daftar adik saya ke program ini, sudah berhubung dengan Ustaz Izham mengenai harapan saya dengan izin Allah insyaAllah dapat la kem ini menghasilkan yang terbaik buat persertanya
Kalau kita tanya pada budak kecil, tentu macam macam alasan diberi, takde kawan la, itu la ini la.. tapi kemudian saya cakap dulu saya kecil-kecil tiada pun peluang pergi kem begini, jadi saya nak beri kesempatan pada adik pula untuk rasa kem seperti ini
Pasal harga itu saya fikir bukan jadi issue utama bandingkan dengan hasilnya insyaAllah tidak ternilai dengan wang ringgit. kalau selama ni ramai yang mampu hantar anak ke sekolah siang, agama tusyen lagi, duit makan minum, segala kelengkapan sekolah dan sebagainya (belum termasuk wang yang hangus dek hiburan, game etc), bukankah itu sahaja sudah menelan belanja yang besar. Tak salah untuk kita berkorban sedikit untuk agama anak anak kita insyaAllah. Kita bertanggungjawab untuk membentuk mereka.
Semoga semangat korban terus terpahat dalam kehidupan kita insyaAllah
Semoga Allah berkati usaha ustaz dan kem ini insyaAllah
salam
ustaz boleh sediakan peta bukit unggul?
nak hantar adik baru habis SPM
http://www.pangsun.com/unggul/petanbu.jpg cuba tengok di sini
Selamat maju jaya…
Selamat maju jaya. semoga KEM HIJRI berjalan lancar hendaknya, ameen