Selamat Kembali ke Fitrah, Michael

December 2nd, 2008 by Abu Saif 12:16 am | 12,750 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Saya akan mengahwini Salina hujung tahun ini. Ada dua bulan lagi, Tuan Imam,” kata Michael kepada saya.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sejauh mana kamu bersedia untuk menjadi Muslim?” saya menyambut kenyataan beliau.

“Saya sudah bersedia. Cuma saya kena banyak belajar. Itu pesan Salina kepada saya,” jawab Michael.

“Kamu sudah faham di mana kebenaran Islam yang kamu pilih ini, dan apa pertentangannya dengan agama kamu sekarang?” saya mencari kepastian.

“Ya. Saya faham tentang Ketuhanan Allah dan Kenabian Muhammad,” tegas Michael.

“Alhamdulillah. Awak sudah bersedia,” saya berpuas hati.

 

ORANG MALAYSIA PERTAMA

Michael adalah anak tempatan. Beliau tinggal di Newtownards, tidak jauh dari pusat bandar Belfast. Berusia akhir 20′an, Michael sudah pun berbual melalui telefon dengan saya sebelum lawatannya hari. Apa yang menjadi kenangan di antara saya dan beliau adalah kerana hasrat Michael mahu memeluk Islam, berserta hajatnya untuk mengahwini Salina, seorang rakyat Malaysia. Michael mengenali Salina semasa bertugas di Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Ada beberapa perkara yang menjadikan saya teruja. Pertamanya, Salina bakal menjadi orang Malaysia pertama yang saya uruskan pernikahan beliau. Sehingga ke hari berkenaan, sudah lebih 20 pasangan yang saya nikahkan. Banyak cerita yang menarik tentang pengalaman ini. Namun inilah kali pertama saya menguruskan perkahwinan seorang rakyat Malaysia. Mungkin perancangan Michael dan Salina untuk tinggal di UK, menjadi sebab mengapa mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah di UK. Menurut ayah Salina yang saya hubungi melalui telefon, salah satu sebabnya juga adalah kerana bosan dengan kerenah birokrasi pihak berwajib di tanah air. Mahu bernikah dengan orang di luar mukim sudah menjadi satu isu. Tambahan pula pasangan yang seorang ini belum memeluk agama Islam.

Borang-borang direka untuk memudahkan kerja, tetapi kemudian kita pula yang menjadi hamba kepada borang-borang itu.

Keduanya, seorang lelaki Protestant dari Belfast menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Sentiasa merupakan sebuah khabar gembira dan detik-detik inilah yang banyak membantu merawat keletihan dan tekanan kerja yang saya hadapi.

ISLAM DAN KAHWIN

“Tapi Imam, dia mahu masuk Islam kerana mahu berkahwin,” tegas Saad kepada saya. Saad seorang pelajar PhD di Belfast, tidak menyetujui tindakan saya menerima permohonan Michael.

“Orang memilih Islam kerana sebab yang pelbagai. Sebab-sebab itu adalah pencetus dan ia bukan urusan kita. Ia urusan Allah. Masakan saya ada kuasa untuk menilai isi hati manusia. Tugas kita adalah untuk memeriksa kesediaan dan kefahamannya tentang keputusan yang beliau mahu buat,” saya mempertahankan tindakan.

Saad mendiamkan diri.

Beliau akur dengan keputusan saya.

“Salina maklum tentang kedatangan kamu ke masjid hari ini, bukan?” saya bertanya.

“Ya. Dia berpesan agar saya tidak melengahkan urusan memeluk Islam,” jawab Michael.

“Michael, tetapkanlah hatimu. Perkahwinan kamu dengan Salina adalah cara Allah menjemput kamu ke daerah Iman. Salina saya harapkan akan membimbing kamu, namun sebagai seorang yang telah dewasa, kamu sendiri secara peribadi harus menguatkan azam untuk belajar tentang Islam dan seterusnya hidup sebagai Muslim. Lelaki adalah tunggak sebuah rumahtangga. Kamu harus meletakkan itu sebagai misi,” saya menghabiskan bahagian terakhir pesanan saya kepada anak muda ini.

“Saya faham, Imam,” Michael menjawab. Tiada unsur teragak-agak pada kenyataannya.

“Sudahkah kamu bersedia?” saya menyoal.

“Ya, saya,” balas Michael.

IKRAR SEORANG MICHAEL

“Bismillah, dengan nama Allah. Aku bersaksi… bahawa tiada Tuhan… melainkan Allah… Aku bersaksi… bahawa Muhammad… adalah hamba dan utusan Allah” saya melafazkan syahadah di dalam bahasa Arab dan Inggeris sepatah demi sepatah.

Michael menurutinya dengan cermat.

Alhamdulillah… terimalah hamba-Mu ini ya Allah. Michael pulang kepada-Mu putih bagai hari dia dilahirkan.

Saya memeluk Michael. Ada butir-butir jernih berkaca di matanya. Michael mendakap saya erat.

“Terima kasih Imam,” Michael menggenggam tangan saya.

“Bukan saya. Tetapi Dia”, saya tersenyum.

“Bolehkah saya terus mandi di sini? Ada kemudahan?” Michael bertanya kepada saya.

Nampaknya Michael sendiri sudah bersedia dan membawa segala kelengkapan diri. Mandi seorang yang baru melafazkan syahadah itu kedudukannya seperti mandi seseorang untuk membersihkan diri dari hadas besar. Michael sudah maklum akan hal ini. Saya sendiri terlupa untuk mengingatkannya.

SOALAN PERIBADI

“Imam, boleh saya tanyakan satu soalan peribadi?” Michael menarik tangan saya ke tepi tangga. Sahabat-sahabat yang lain saya isyaratkan agar memberikan sedikit privacy kepada kami.

“Saya belum berkhatan. Apa yang perlu saya buat?” tanya Michael.

“Oh, terima kasih kamu bertanya. Ambil sedikit masa untuk kamu bersedia. Ia bukan perkara paling pertama dalam keutamaan kamu. Tetapi jangan dilengah-lengahkan. Saya cadangkan kamu ke England kerana di sana ada lebih banyak kemudahan untuk kamu berkhatan,” saya menjawab.

“Untuk sekarang ini, bagaimana?” soalnya lagi.

“Begini, semasa kamu mandi bersihkanlah bahagian sulit kamu dengan baik. Pastikan air diratakan ke seluruh badan. Manakala di bahagian foreskin, bersihkan di bahagian dalamnya, sebaik yang kamu mampu. Selepas mandi, saya akan bantu kamu berwudhu’,” saya cuba memudahkan penjelasan.

“Terima kasih Imam,” balas Michael.

Sementara menanti Michael membersihkan dirinya, saya duduk termenung di tangga masjid. Sahabat-sahabat yang lain masih berada di dewan solat menanti kami.

Selesai berwudhu’ dengan demo yang saya tunjukkan, kami berdua kembali ke dewan solat.

“Ambil pemanas tu, dekatkan sedikit dengan kami. Michael kesejukan,” saya meminta bantuan Ahmad, rakan saya merangkap ‘siak’ masjid.

KAHWIN DAN ISLAM

“Michael, sebagai permulaan, janganlah kamu beratkan fikiran tentang seribu satu benda yang kamu mahu belajar tentang Islam. Prioriti pertama adalah solat, dan kedua pula, pengetahuan kamu tentang soal nikah kahwin,” saya memberitahu.

“Tentu sahaja. Tinggal sebulan sahaja lagi,” kata Michael. Beliau begitu girang memikirkan tentang perkahwinannya dengan Salina tidak lama lagi.

“Tapi ingat, masuk Islam bukan untuk kahwin!” sampuk Saad dengan begitu tegas. Masih ‘berdendam’ rupanya dia.

“Ya saya bukan masuk Islam untuk kahwin. Tetapi saya kahwin untuk masuk Islam!” balas Michael dengan bernas sekali.

“Haha!” saya ketawa melihat Saad tersipu-sipu. Ada kalanya garang Saad tidak bertempat.

Selama sebulan selepas hari itu, saya menerima kunjungan Michael selama beberapa kali untuk mengemaskinikan dirinya sebagai seorang Muslim. Salina dan ibu bapanya juga telah tiba dengan selamat dari Malaysia. Dalam sebuah majlis yang serba ringkas, saya yang diwakilkan oleh bapa Salina, selamat mengijabkabulkan Michael dan Salina pada Disember 2002 yang dingin di bumi bertuah Belfast.

Sesungguhnya Allah menjemput insan ke daerah iman dengan pelbagai cara. Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah untuk menyambut tetamu Allah dan menyempurnakan jemputan itu dengan sebaik mungkin.

MIKAEEL JACKSON, ALHAMDULILLAH

Saya terkenangkan kisah silam ini, tatkala menyambut kedatangan bulan Disember 2008 dengan meraikan Michael kedua yang menyahut seruan iman. Tidak lain dan tidak bukan adalah Raja Pop Dunia, Michael Jackson yang kini mahu dirinya dikenali sebagai Mikaeel. 

Sebagai hamba yang punya tanggungjawab dan peranan, biarlah segala kesusahan dan bebanan hutang serta saman yang ditanggung oleh Michael Jackson itu menjadi urusan peribadinya. Isi hatinya tentang hasrat dan niat memeluk Islam, adalah urusan Allah. Kita sebagai saudara seagama, harus mengalu-alukan setiap insan yang sampai ke daerah Iman, mustahil tanpa petunjuk al-Rahman.

Selamat kembali ke daerah fitrah, Mikaeel. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’mu dengan sebuah harapan, agar lagumu yang menjadi kegemaran saya, diberi suntikan baru, SEMBUHKAN DUNIA INI!

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

HEAL THE WORLD

There’s a place in your heart, and I know that it is love
And this place could be much brighter than tomorrow
And if you really try, you’ll find there’s no need to cry
In this place you’ll feel, there’s no hurt or sorrow
There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space, make a better place
* Heal the world make it a better place
For you and for me and the entire human race
** There are people dying if you care enough for the living
Make a better place for you and for me
If you want to know why, there’s a love that cannot lie
Love is strong, it only cares for joyful giving if we try
We shall see in this bliss, we cannot feel fear or dread
We stop existing and start living
Then it feels that always love’s enough for us growing
So make a better world, make a better world
[Repeat * , **]
And the dream we were conceived In will reveal a joyful face
And the world we once believed in will shine again in grace
Then why do we keep strangling life wound this earth crucify
Its soul though it’s plain to see this world is heavenly be God’s glow
We could fly so high let our spirits never die in my heart
I feel you are all my brothers create a world with no fear
Together we’ll cry happy tears see the nations turn
Their swords into plowshares
We could really get there if you cared enough for the living
Make a little space, to make a better place
[Repeat * , ** , * , **]
[Repeat * , ** , ** , **]
You and for me (x11)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Dia Kembali Saya tergamam. Kaget dengan kata-kata Cat Stevens, “I know, I...
  2. Kembali ke Asal Home Sweet Home Bunyi atap zink disimbah hujan, membingitkan malam....
  3. FITRAH: Dari Blog ke Drama TV Saya bukan penulis skrip. Saya memang tidak pandai menulis skrip....
  4. Radang Tetapi Selamat Pulang Mata yang masih merah dan berair, tetapi jauh lebih baik...
  5. Kerenah ‘Ahli Fitrah’ “Jom kita main kat situ!”, anak saya menjerit memanggil sepupu-sepupunya....

Advertisement

37 comments

  1. Kak Ija says:

    Benar ustaz, ramai insan2 sampai ke daerah kesedaran melalui pelbagai pintu, yang penting kesediaan untuk memantapkan iman.

  2. Salam ustaz,
    tapi ada yang mengatakan pengislaman MJ itu baru ‘rumours’.Belum sahih lagi…tak tahulah.Minta-minta benar la berita itu.Wallahua’lam..

  3. faiz_suhaimi says:

    subhanallah tahniah ust krn ust telah dpt sumbangkn peranan yg begitu besar di sisi allah…
    perhaps I also can be like u…

  4. ibnuyazid says:

    salam ustaz..

    alhamdulillah. Allah memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki dan menyesatkan sesiapa shj yg Dia kehendaki. ketika umat islam di malaysia dan negara2 timur lain meghinjak-hinjak agama suci ini dengan segala permasalahan aqidah dan akhlak, penduduk barat mula melihat sinar islam yg gemilang menembus setiap penjuru bumi membawa rahmatan lil ‘alamin. semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kpd kita inshaAllah.

  5. Permata_delima says:

    Salam Abu Saif dan pembaca lain. Wah, saya jadi first komentor ke? :) Bercakap tentang Islam dan fitrah, ada satu persoalan yang kalau boleh nak dapatkan respon dari Abu Saif dan pembaca lain juga. Apa jawapan yang terbaik yang boleh kita berikan, jika ada golongan bukan Islam bertanya, kenapa orang Islam yang lahir dalam keluarga Muslim terus meletakkan Islam sebagai agamanya, sedangkan yang bukan Islam bebas memilih agamanya sendiri? (maksudnya, orang Kristian yang lahir dalam keluarga Kristian tidak semestinya menjadi Kristian, tetapi kita sebagai seorang Muslim tidak boleh memilih agama lain selain Islam). Harap jangan salah faham. Saya tidak sekali-kali mempertikaikan ni’mat kita lahir sebagai seorang Muslim. Cuma, ingin bertanyakan respon bagaimana yang sebaiknya diberikan kepada golongan ini (bukan Islam) tentang permasalahan macam ni. Sebenarnya soalan ni saya perpanjangkan dari kawan saya yang ditanya oleh rakan-rakan bukan Muslimnya (tentang masalah/soalan ni). Jzkk semua…

  6. yusuf says:

    ustaz… ramai perempuan melayu kawin mat saleh. mat saleh kan serba serbi lebihnya. berbalik kepada si michael belfast tu, apa jadi ngan dia? dia amalkan islam dan bimbing isteri ke… atau si isteri yang konon nak bimbing suami tu dah terbimbing ntah ke mana?

    • hafis says:

      apa hak kita untuk mempertikaikan soal keikhlasan..yang mampu kita lakukan adalah mengambil ibrah dari sikap seseorang..soal ikhlas atau tidak..itu urusan Allah

    • ummi salamah says:

      sbgi sorg mslim,xsepatutnya kte b’kte demikian.btul ape y ustz brth kte sbgi khalifah y dipertanggungjawbkan tuk takluki dunia mst jlnkan tggjwb dgn baik dan betul,jgn hanya mencari kesalahan n kelemahn org even org 2 baru kenal islam.kte sbgi org y dah islam patutnye bimbing mrk y x tahu

  7. yeah…mari kita takbir ramai2 bersama saya!!!! TAKBIR!!! Allahu akbar!!!

  8. rasanya bagi ana..
    baik kita ambil ibrah dari penghijrahan michael tu..
    betapa besarnya kasih sayang Allah menjemputnya masuk dalam daerah iman. Kita sesama muslim yang bersaudara ni patut berlapang dada dan bersangka baik.. Moga2 Salina dan Michael lalui kehidupan dengan jalan Islam…

  9. Ana tak sabar nak jadi peminat ‘fanatik’ lagu baru Mikaeel. Tapi lagu2 lama pun byk yang perlu diselongkar mesejnya.

  10. abu @ ibn ahmad says:

    apa kata kita jemput michael jackson buat konsert di bukit jalil, kl & kota bharu, kelantan……

  11. nurjannahtul ajila says:

    Assalamualaikum…
    hajat pada doa semua moga sahabat ana yang menjadi petanya setia tentang Islam juga beroleh hidayah dariNYA…ameen.
    Cerita yang sangat-sangat membuatkan air mata menitis.Itulah hebatnya kuasa Allah yang membolak balikkan hati manusia.Moga kita semua yang menjadi pengunjung setia saifulislam.com ini sentiasa di tetapkan hati dalam Islam.

  12. Tawelun says:

    Assalamualaikum Ustaz. Berita MJ masuk Islam masih lagi satu khabar angin:
    http://hembusan.blogspot.com/2008/11/sebenarnya-michael-jackson-tak-pasti.html

    Awal tahun lepas pun, dah pernah ada khabar angin macam ni. (24/2/2007)
    http://breakingnews.iol.ie/entertainment/?jp=cwsnsneycwau

    Jadi apa kata kita tunggu dulu pengesahan daripada tuan empunya diri. Senyap aje Pak Jacko sampai sekarang :)

  13. Abu Saif says:

    Waalaikum al-Salaam Tawelun Sensei… :) Tak apa, kalau khabar angin pun tak apa. Kisah di atas ialah kisah Michael Newtownards. Michael Jackson hanya nota kakinya @Tawelun

  14. zahidzuhri says:

    moga satu hari nanti ana pula yang berpeluang untuk mendapat peluang untuk merasai sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan isinya :)

  15. zhafran says:

    Moga kita berterusan memikul tanggungjawab sebagai da’ie agar lebih ramai insan yang beroleh sinar iman, insya Allah.

    http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/

  16. isu susahnya urusan nikah di M’sia ni juga byk disentuh oleh Dr Maza dalam beberapa artikel beliau. salah satu yang menarik tajuknya ialah “Apabila zina lebih mudah dari kahwin”.

    Urusan seorang yang ingin masuk Islam juga agak susah, banyak prosedur dan birokrasinya, sedangkan islam adalah agama yang tidak memberat2kan umat, tetapi kita yang menjadikannya nampak berat. Apa pula perspektif non muslim?

    Mengapa perlu mempersoalkan apa yang di dalam hati, sedangkan itu adalah urusan ALLAH jua, kita hanya manusia yang menilai dari perbuatan zahir manusia. Cukuplah kisah pengislaman Abu Talhah menjadi pengajaran berharga buat kita, dan kisah Usamah bin Zaid yang membunuh seorang kafir setelah dia mengucap kalimah syahadah kemudian dimarahi oleh baginda Nabi, menjadi iktibar bahawa jangan dihukumi urusan hati dengan analisa kita sendiri yang mungkin salah mungkin benar.

    afwan, tapi agak terkilan dengan komen saudara yusuf (#6)

  17. noor says:

    Alhamdulillah…tersentuh hati membaca kisah ni..syukur syukur..

  18. saffa says:

    salam ya ustaz. seronok dengar cerita macam ni. inspired jugak.sedangkan kita yang muslim pun kadangkala rasa tidak bersemangat menguruskan tanggungjawab sebgai hambaNya ini.

    neway, ustaz…susah sangatla nak masuk saifulislam.com sekarang ni. berat sungguhla ustaz.harap boleh cari penyelesaiannya. moga mudah nak menjenguk saifulislam ni hari2..jzzklh!

  19. arulz says:

    moga perkara-perkara sebegini memberikan hidayah buat kita yang telah sedia Islam..

  20. Salman says:

    Salam ustaz, kagum dengan design baru website saifulislam.com ni cumanya fomt colour dia kurang sesuai, agak pudar colour grey ni.Harap ustaz dapat tukar ke font colour black ke, agar lagi jelas dan mudah dibaca. Jazakallah.

  21. petai says:

    salam ziarah ustaz, harap mikail jacson menjadi muslim sejati sama ngan yusuf islam

  22. aiman says:

    Ana berpendapat bahawa kita umat islam seharusnya membantu mikaeel jackson dalam melunaskan hutangnya.Gunakanlah duit duit zakat yang ada,ini kerana ini dapat memberi gambaran yang menarik terhadap islam, dan insyaAllah dapat menarik hati bukan islam untuk lebih mempelajari tentang islam.Apa pendapat ustad tentang ini?

  23. Fahmishah says:

    Assalamualaikum SI,

    Alhamdulillah beliau sudah kembali kepada firtah jika betul, tapi bagaimana dengan pembedahan plastik yang telah di’lakukan ke atas diri beliau? sekadar ingin tahu

    • FiFi says:

      Hmm… ntahlaa… sy just tak berapa sedap laa dengan soalan-soalan yang mcm ni sebenarnya.. bagi saya, bila seseorang tu dah masuk islam, pentingkan benda-benda yang paling perlu dipentingkan dahulu.. iman dia.. solat dia.. dan benda-benda asas yang lain.. bukan saya tidak menganggap pembedahan plastik itu sebagai perkara yang penting.. cuma bagi saya benda itu tidak perlulaa dipersoalkan semasa seseorang itu baru sahaja memeluk islam.. Wallahu A’lam..

  24. orang hkl says:

    Pop star Michael Jackson has changed his name to Mikaeel and become a Muslim, according to a UK newspaper report.

    Jackson, 50, wore a special Islamic hat to pledge allegiance to the Koran in a ceremony at a friend’s mansion in Los Angeles, The Sun said.

    British singer Yousef Islam – formerly Cat Stevens – was reportedly in attendance as Jackson recited the shahada, the Muslim declaration of belief.

    Jackson had rejected an initial name choice of Mustafa in favour of Mikaeel, the name of an angel in Islam, the Sun reported. http://www.muslimentertainment.com/?p=142

  25. Sasha says:

    Salam ustaz, baru smalam seorg shbt sy pun mengucapkn syahadah.. Alhamdulillah.. Critanya pun lbih kurg mcm cite ustaz ni.. Cumanya dia pun malaysian la.. Syukur kehadrat ilahi..

  26. Pure says:

    Salam

    Peribadi yg meninggalkan islam pula terpaksa menyembunyikan identiti ada yg meninggalkan negara sendiri unk menyelamatkan diri

    Bagaimana pula tu…

  27. asfar_jordan says:

    ~kejadian seperti ini adalah salah satu bukti sifat pengasih dan penyayang allah swt kpd seluruh hambanya.

    ~bagi saya,pengislaman michael ini adalah satu khabaran gembira kepada seluruh umat islam kerana atas kurniaan hidayah allah kpdnya.

    ~saidina umar sahabat baginda sebelum beliau memeluk agama islam sangat di kenali dengan kebengisan dan kebenciannya kepada islam..akan tetapi setelah hidayah allah menjemputnya ke dalam ugama yang haq,beliau adalah salah seorang pejuang agama allah yang terbilang dalam mempertahankan islam. beliau dibanggai oleh umat islam dan digeruni kaum kuffar ..

    ~sama2 kita doakan semoga michael menjadi salah seorang pejuang agama allah swt di akhir zaman ini seperti saidina umar r.a..

    ~amenn

  28. snb says:

    Assalamualaikum. Saya berminat dengan tajuk ini ustaz. Saya ingin bertanya suatu soalan.

    Adakah seorang mualaf yang memeluk islam perlu/wajib menukar namanya kepada nama islam?

    Saya harap ustaz dapat jelaskan nya.

    Terima kasih.

    • Ukht says:

      @snb,

      bismillah.sekadar berkongsi ilmu yg sedikit..
      setahu ana,tidak wajib bagi muallaf utk tukar nama kepada nama Islam, selagimana nama asal mereka mempunyai pengertian/makna yang baik. Masyarakat hari ni mungkin melihat nama-nama bahasa Arab tu sbg ‘nama Islam’, sedangkan hakikatnya tidak begitu.
      Ana pernah menghadiri satu forum di mana panel2nya terdiri dari para muallaf. Salah seorang dari mereka tetap menggunakan nama asalnya (orang cina). Beliau bercerita..mmg ramai yang pelik, kenapa dia tak tukar nama stlh memeluk Islam. Sekaligus dia menjelaskan,tak wajib pun tukar nama ke bahasa Arab,asalkan maknanya baik..ade jugak nama Arab yang tidak baik maknanya kan??

      wallahu’alam.kalau salah tlg perbetulkan~

  29. shirayuki mai~ says:

    salam ustadz, saya setuju dengan ustaz,
    Allah memberi hidayah kepada hambaNya dengan pelbagai cara, kita sebagai hambaNya hanya sekadar membantu saudara2 baru, dan sesiapa yang berminat terhadap islam…apa yang terirat di sebalik hati mereka bukan kerja kita untuk menyingkapinya atau berfikiran negatif terhadap mereka, yang penting harus bersikap hati2…
    semoga Allah menetapkan hati2 kita dijalanNya…dan..tak luntur iman di jiwa…
    amin~

  30. beribiru says:

    allah tu maha mengetahui..

  31. soulhunter says:

    slm…
    ust, sy mintk izin copy lirik lgu MJ ni…tq

Leave a Reply