Kamu Sentiasa Layak Diuji
“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.
RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]
Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.
Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.
Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.
Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.
HAMBA YANG LUPA

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?
AYAT-AYAT CINTA
“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!

Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?
“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.
“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.
MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?
Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.
LUPA
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.
BAIK DAN MUKHLIS
Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
![]()
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.
Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]
Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
- Bicara Ar-Razzaq dan Al-Muhyi
- Hamba sentiasa layak diuji! « Scribblings Through Time II
- Kamu Sentiasa Layak Diuji « Me, You and Us – The Bounces Of Life
- Allahuakbar. « that’s just the way it is
- Kamu Sentiasa Layak Diuji « ibuhazim’s page
- pemilikan @ attachment` « .:whazt2 blog:.
- Atap Hijau » Blog Archive » Kita adalah Hamba
- Kamu Sentiasa Layak Diuji « Permata Hati Amanah Allah
- of death and dying « that’s just the way it is
- Awanterbang ~ Lost for words » Kita semua layak diuji…
- azzariyat.com | memberi erti pada diri » Blog Archive » Doa Lulus Periksa Tak Makbul
- SA30 Kelas Permata 803 « Sharudin.com
- Zaffan Khalid » Blog Archive » Hari Raya: Selamat Menghayati Erti Pengorbanan








































about 1 year ago
great! Alhamdulillah.
saya sendiri membaca Ayat2 Cinta beberapa kali.. bukan untuk melayannn cerita2 ‘jiwang’ dan ‘cintan cintun’ ..tapi kerana cerita2 disebalik ujian2 dari Allah untuk orang2 yang BERTUAH dan mendapat PERHATIAN Allah..
kisah fahrin dipenjarakan kerana fitnah ini, mengingatkan kita pada kesabaran dan keikhlasan nabi Yusuf yang redha memilih untuk tinggal penjara yang jauh lebih baik.. (teringat article ustaz last week -Surah Yusuf 88-98: Berakhirnya Mehnah Keluarga Yaaqub)
seharusnya kita bersyukur sbb dengan ujian dan dugaanlah, Allah tarik kita ‘pulang’ ke pangkuanNya..pelukanNya.
itulah cara Allah menyayangi.
apabila kita ‘pulang’ kepadaNya dan makin mencintaNya, diuji lagi dan lagi.. bertambah2 ‘merit’ kita kt akhirat nnti..insyallah..
dan itu la cara ALlah membalas kasih sayang kita terhadapNYa..sweet kan?
cuma kadang2 kita tak sedar dan tak penah memanfaatkannya… lebih suka menangis dan termenung yang tak mendatangkan 1 sen pun. tak menghargai dan menyentuh kasih sayang yang Allah bagi..mmg rugi.iskk..
jadilah sebahagian darpda jiwa-jiwa yang tenang~~~
p/s: selain kisah ujian fitnah kepada Fahri, sy paling suka part Maria (seorang mualaff) tengah berusaha untuk memasuki syurga dengan bersungguh2…penuh ikhlas… so sweeet!!!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:50 am:
ungkapan “so sweet” itu sedikit pelik untuk menggambarkan sebuah mehnah
Respond to this comment [with empathy]
zua reply on December 5th, 2008 4:33 pm:
salam ustaz!
so sweet tu men’describe’kan perasaan ‘besar’ saya kepada kebesaranNya.
alahaii..saya tak dpt cari perkataan lain nk uraikan kekaguman saya..
maaf ustaz klu bahasa saya agak teruk.
T_T
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam
ustaz, sungguh benar saya bersetuju. Inilah filem yang mmbuatkan saya tersedar dari mimpi…sabar dan ikhlas mesej besar filem ayat-ayat cinta..mesej bahawa Allah sering berbicara dengan kita tapi selalu sekali kita rasa tidak seronok apabila di uji.
ustaz memberikan semangat dan motivasi. Moga Allah sentiasa memberikan semangat dan motivasi buat ustaz sekeluarga juga.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ana suka bahasan kalini ustaz, realiti ummat manusia! ummat manusia yang mengaku beragama, yang mengaku bertuhan, yang mengaku beriman. tetapi kengkadang berburuk sangka pada SANG PENCIPTA.
sering ana sentuh tentang kesedaran yang harus ada pada kita sebagai hamba tuhan di blog ana. tapi mungkin kalau ana bahas tajuk ni menggunakan ‘kisah ayat-ayat cinta’ seperti ustaz kupas kalini baru akan ramai yang bagi komen, hehe…
semoga manusia yang sedar akan hakikat hamba,kembali insaf dari perangai suka meminta dan merungut ’sesedap rasa’ kepada Tuhannya.
lindungi daku Ya Allah, dari azab dan ujian beratMu….berikanlah daku kekuatan dan kesedaran,supaya sentiasa bersyukur padaMu Ya Allah….amiiinn….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
itulah pengajaran dalam kisah Fahri ini..
itulah yang Allah sampaikan pada kita dalam kisah Yusuf AS…
syabas ustaz. ingatan yg baik utk kita bersama
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya ingat lagi dengan jelas, ada suatu ketika ustaz pernah bercerita tentang erti hidup pada memberi, yang mana untuk mewujudkan satu perasaan memberi yang ikhlas, perlu hapuskan perasaan memiliki. Apa yang kita dapat di dunia ini bukannya bertukar hak milik dari Allah kepada kita, tetapi hanya diamanahkan kepada kita untuk ditadbir dengan baik.
Andai manusia tiada jiwa sebagai seorang hamba, akan wujud satu jiwa memiliki. Dari sudut norma manusia, memang normal seseorang itu ada perasaan memiliki. Dan pengajarannya sebenar hidup ini ialah membentuk diri untuk menghilangkan jiwa memiliki itu dengan jiwa hamba.
Jadi bila wujudnya jiwa seorang hamba, tiada hak untuk kita menyoal kembali keputusan dan urusan Allah. Sama macam emak, ayah dan anak kambing tu lah, takde pun nak protes sebab kita tuannya.
“HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.
Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA, hancurkanlah RASA MEMILIKI!”
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:55 am:
Terima kasih dan syukur kepada Allah kerana mesej SC08 masih segar
Respond to this comment [with empathy]
anasolehah reply on December 5th, 2008 11:58 am:
Syukran ustaz, atas tazkirah yang betul sungguh menyentuh hati.
Ana cuma nak komen sikit. Tentang slogan
Erti hidup pada memberi
Ada orang telah salah guna maksud tu
Dia kata hidup untuk memberi sahaja.
Kita manusia kena menerima juga.
Itu pendapat ana.
Cara orang memahami slogan itu perlu betul juga sebenarnya.
Maafkan ana ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
Bila membaca dan menonton AAC sering kali kita tersalah arah.Tersalah dalam menilai,nilai mana yang perlu kita ambil.Pada “kejiwangan” novel atau “sabar dan ikhlas” bila ditimpa ujian.Sejujurnya,bila Fahri bernikah,ana biasa-biasa saja.Tetapi bila masuk bab penjara,meremang bulu roma mendengar ungkapan orang gila itu.
Sesuatu perkara,untuk dapatkan sabar sudah begitu sukar,ikhlas itu semakin jauh.Bertitik tolak dari jiwa yang keras membatu dan hitam.
Kita HAMBA,ikut suka hati DIAlah untuk mengarah itu dan ini,uji itu dan ini…tetapi ana masih diajukan soalan
“Kenapa ek,kita perlu solat???”
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:56 am:
wsalam…
Namun setelah faham ujian penjara, mungkin bicara Allah nanti muncul pula dalam format cinta dan nikah.
Ujian, tetap sebuah ujian
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ujian merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan buat hamba-hamba yang mengaku beriman. Iman tidak dibuktikan dengan hanya kata-kata atau tulisan yang berbaur agama. Iman dibuktikan dengan ujian yang menimpa. Dengan itu barulah diketahui sama ada seseorang itu ikhlas atau hanya berpura-pura.
Satu lagi artikel tazkirah yang baik daripada ustaz Hasrizal. Jazakallah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
kadang-kadang terlintas juga,kenapa orang-orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan serta dipandang beriman seringkali berdepan dengan pelbagai risiko,kesusahan dan halangan. Rupa-rupanya Allah nak menjatuhkan RASA KETUANAN dalam diri kita. Supaya kita sedar yang kita hanya seorang hamba,tak memiliki apa-apa pun.
Bicara Allah juga datang dalam bentuk ujian.
Betapa besarnya kezaliman yang dilakukan ke atas diri sendiri seandainya pemberian hanya mendambakan suatu ganjaran. Mungkin timbul RASA PENAT dalam diri. Tapi, RASA INGINKAN GANJARAN atau dibalas dengan sesuatu yang baik datang dengan sendirinya…mungkin dari pengaruh kehidupan yang dilalui.
Teringat pula kisah Abdul Mutalib dan Raja Abrahah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum wbt
Jazakallah ustaz. Ana kira, ini lah artikel yang ana perlukan ketika ini. Moga Allah sentiasa menetapkan hati-hati ini pada jalanNYA kerana syurga itu mahal maharnya.
Moga ustaz sekeluarga berada dlm rahmat dan redha Allah swt sentiasa.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:58 am:
ameen…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Terima Kasih di atas entri yang sangat memberangsangkan.
Entri Ustaz benar-benar membuat saya “tersedar”.
Thanks again.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Terima kasih, atas posting ini. Tulisan ustaz selalu sangat TERKENA pada masa.
Muhasabah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah Ustaz di atas sebuah lagi posting bermutu untuk iktibar kita semua. Kebetulan saya bersama keluarga menonton buat kali ke 2 cerita Ayat-Ayat Cinta ini malam tadi setelah menontonnya kali pertama di TV3 pada Idil Fitri yg lalu. Dan terfikir saya untuk mengupas intipati dan hikmah yang ada. Dalam cuba mengingati kembali ungkapan2 seorang sufi (orang gila yang waras) di penjara itu untuk di selitkan bersama posting saya, maka ditakdirkan terbaca posting Ustaz yang membicarakan Ayat-Ayat Cinta ini. Saya sebenarnya merasakan bahawa movie ini lain dari yang lain. Ada message besar di sana. Dan kupasan Ustaz menjelaskannya. Teringat kata2 TGNA iaitu manusia ini ada 3 golongan iaitu Mukmin, Munafik & Kafir. Seorang Mukmin iaitu seorang Islam yang Beriman, sudah semahunya di uji Allah untuk memprosesnya menjadi end-product Mukmin yang berkualiti yang utuh aqidah dan jatidiri. Alhamdulillah, Jazakallah.
Respond to this comment [with empathy]
Zua reply on December 5th, 2008 9:50 am:
tapi bagi saya, novel Ayat2 Cinta punya lebih besar valuenya berbanding movie.. try la baca!
ya la, Movie lebih byk nilai komersialnya..kan? dan ada yg kurang..
read this novel, lebih banyak yang boleh dimanfaatkan. insyaAllah.
=)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:53 am:
Novel itu terlalu besar hingga jiwa yang halus hilang arah semasa membacanya. Tak tahu mana point penting. Saya menghargai filem AYAT-AYAT CINTA kerana berjaya merumuskan novel, membuang bunga-bunga cinta (yang diratapi pencinta cinta) justeru menonjolkan kemuncak sebenarnya iaitu MESEJ SURAH YUSUF dalam PENJARA FAHRI DAN ABDUR RAUF
Respond to this comment [with empathy]
zua reply on December 5th, 2008 3:35 pm:
maaf ustaz… saya kurang setuju dengan pandangan ustaz berkenaan novel Aayat2 cinta..
saya bukan la pencinta cinta sebab sy sendiri tak penah membeli walau sebuah pun novel cinta. ini adalah novel melayu pertama saya. (setelah direkemen oleh kawan)
dalam novel ini terdapat banyak nasihat, dengan penggunaan surah2 dan hadith… yang menerangkan betapa agong nya ayat2 Allah.. seperti contoh Surah Al-Zukhruf.. etc.. yang kita x penah nampak.. + konsep kejiranan.. + penjaagn imej Islam…
juga tentang perassan seorg muaalaf yg benar2 cintakan negeri akhirat…(klu dibandingkan dengan saya, saya rasa saya memang terlalu jauh dari semua itu. menangis saya mengenangkannya…)
novel ini memang novel pembangunan jiwa!
p/s: terpulanglah pada pembaca sama ada nak baca part cintan cintun or part2 yang lebih ‘besar’. semua letak di HATI.
Respond to this comment [with empathy]
ila reply on December 10th, 2008 12:48 pm:
my humble opinion, KADANG2 watak fahri dalam filem tu mcm tak menterjemahkan watak sebenar dalam novel. contohnya ada adegan berdua2an dengan maria..itu saya tak suka.
Respond to this comment [with empathy]
nisha reply on December 16th, 2008 9:31 pm:
@Abu Saif, assalamualaikum wbt, maaf menyelit sikit. Kalau nak tahu kisah cinta yang antara adam dan hawa yang islami rasanya bolehlah baca cerita-cerita pendek dari pengarang yang sama iaitu “Di atas Sajadah Cinta”. Mungkin boleh di jadikan panduan untuk remaja sekarang. Walaupun saya belum lagi membaca dan menonton AAC ni tapi bila baca “Di atas Sajadah Cinta” pun sudah menusuk hati. Walaupun anak saya punya tapi saya sendiri menitis air mata membacanya kerana ia cerita benar dari kalangan orang yang soleh dan solehah.
Wallahua’lam
Yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Akhi, jalan yang anta pilih sudah pun diuji. Dijelek 12 purnama? Anta kena buat lagu untuk itu. Tak pun ana karangkan.
Ana pula yang pastinya belum teruji. Jalan yang ana dipilih ujiannya sudah boleh diagak. Tak pasti boleh jaid jidan dengan ujian tu kelak.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:47 am:
Sepahit mana sekali pun belenggu kehidupan 12 purnama yang pernah terjadi itu, rupa-rupanya ia hanya cebisan. Namun ana amat ingat dan pegang bicara Allah ketika itu, bahawa Allah mahu memberitahu dengan bahasa rasa, bahawa al-Razzaq itu adalah dia.
Mungkin akan sampai masanya untuk ana nukilkan kisah itu, tetapi masih mencari bahasa yang betul untuk menulisnya. Kisah 12 purnama itu tidak terungkap dalam sebuah entri. Mungkin ia boleh jadi novel Ayat-ayat Cinta versi ana
Ujian hidup anta, jangan sebut belum teruji. Perhatikanlah satu demi satu perkara biasa-biasa yang sedang mengisi masa. Mungkin ada bicara Tuhan disebaliknya. Apa-apa pun ujian jangan diminta, namun ketika tiba, pastikan bersedia
Respond to this comment [with empathy]
ro ya alip dhod reply on December 5th, 2008 9:53 am:
BicaraNya sekarang adalah bicara al-Razzaq dan al-Muhyi.
Bukan meminta, tetapi dah jadi norm dalam berkerja ‘expect the worst’. Bukan nak, tapi to put proper mindset and be prepared.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
belum habis baca novelnya tapi movie dah tengok…saya juga tak melihat ayat-ayat cinta itu sebuah kisah cinta keseluruhannya..saya sebak dan pegang kata2 ketika fahri dalam penjara..ia menusuk hati dan membekalkan motivasi. selama ini belum pernah teruji dengan ujian yang besar(MIL). saya pegang kata-kata “allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas”
hmm..ujian ini sebenarnya apa yang allah ingin bicarakan padaku pula….muhasabah lagi! muhasabah lagi!
terima kasih ustaz..dua artikle yang latest ni memang menguatkan semangat dan jiwa saya..saya memang nak cadangkan pada ustaz supaya kupas mengenai hal ibu bapa (MIL)..tapi takut pula ditafsirkan sebagai luahan hati pula….dalam mencari2 bekal ustaz tulis dua artikle ni..alhamdulillah..
.terima kasih allah kerana pertemukan aku dengan sesuatu yang membuatkan aku berfikir dan sebagai panduan untuk menghadapi ujian seperti sekarang…..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 5th, 2008 9:48 am:
ya. Allah sedang berbicara tentang SABAR, IKHLAS dan SYUKUR kepadamu.
Respond to this comment [with empathy]
nisha reply on December 17th, 2008 1:14 pm:
Ya, saya amat bersetuju dengan apa yang ustaz katakan “Allah sedang berbicara tentang SABAR, IKHLAS dan SYUKUR kepada kita”. Tetapi betulkah kita sedang di uji atau ia adalah balasan di atas perbuatan kita yang lalu. Kerana Allah ada mengatakan di dalam surah Ali Imran ayat 3 yang bermaksud
“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”
dan saya juga pernah mendengar kata-kata seorang ustazah yang mengatakan sangat sedikit orang yang sedang di uji oleh Allah, kebanyakannya adalah di sebabkan kesalahan diri sendiri. Jadi orang-orang seperti saya ni bukanlah mendapat ujian dari Allah tapi sebenarnya adalah di sebabkan kesilapan sendiri. Jadi kenalah muhasabah diri sendirikan? Cari di mana silapnya kita dan di mana puncanya.
Contohnya, anak-anak itu cermin ibubapa. Apa yang di lakukan oleh anak-anak saya adalah apa yang pernah saya suami isteri lakukan suatu masa dahulu samada semasa kecil, remaja dan seterusnya.
Betul ke? Boleh ustaz beri komen sedikit.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih kerana memperingati hamba Allah yang kerap lupa (ana). Sesungguhnya Allah jualah yang mememiliki seluruh alam ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Subhanallah…..Maha suci Allah yang memberikan rezeki kepada ustaz di dalam bentuk penulisan yang berkesan.
Semoga sentiasa diberkati.
Bila terkenang novel AAC, saya tidak pernah teringat tentang cinta banyak segi Fahri tetapi tentang kisahnya di dalam komuter, didatangi oleh ulama’ di dalam tidur/mimpi dan dan kisah penjaranya.
Dan telah dirumuskan dengan baik oleh Ustaz (saya tidak menonton movienya)
Tidak semua orang boleh menjawab puzzle di dalam semua perkara yang terjadi sekeliling kita tapi ALlah beri kelebihan kepada ustaz untuk memahaminya dan menyampaikannya kepada orang lain….
Subhanallah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam alaik
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
siapalah kita nak merungut di atas setiap kesakitan dan kesusahan yang diberikan…
terima kasih ustaz atas entri yang menjentik rasa ini..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya dah tgk dah cerita ayat2 cinta tu..cuma tak tengok habis sebab slow sangat jalan cerita dia..tak berapa faham cerita dia..and mehnah tu apa maksudnye??
Respond to this comment [with empathy]
Inda reply on December 5th, 2008 2:03 pm:
Kalau boleh saya jawabkan…
mehnah=ujian, cabaran atau dugaan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ayat2 cinta.saya cuma menonton filemnya.watak utamanya bagi saya ialah isterinya.aishah.memang saya melihatnya dari pandang seorg perempuan.betapa tabah perlunya hati seorang isteri.pertama, diuji dengan pertuduhan zina keatas suaminya.kedua, ketika dia disahkan mengandung suaminya jauh dipenjara.ketiganya, satu2 cara menyelamatkan suaminya adalah dengan membenarkan suaminya berkahwin lain.betapa besar diuji perasaannya.paling menyentuh jiwa bila dia keluar meninggalkan wad selepas suaminya bernikah dengan Maria.berderai airmata melihat pengorbanannya.setabah itu hati perempuannya.betapa sabar dan ikhlasnya dia.ya saya yakin ujian itu tanda kasih sayang Allah. maka saya selalu berfikir..ujian yang bagaimana akan saya terima?cukup tabahkah saya menghadapinya?moga kita semua diberi kekuatan menghadapi ujianNYA.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya tunggu dan baru jumpa orang buat ulasan ayat2 cinta yang bukan cinta menjadi tema utama, syabas!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ASsalamualaikum
Terima kasih Ustaz kerana berbicara tentang ini. Barulah tersedar sedikit, barulah terpujuk sedikit, dalam menghadapi tribulasi kehidupan sehari-hari. Lama dulu saya pernah mencapai peringkat merasa ‘marah’ dan ‘kecewa’ kepada Allah (saya mohon ampun-Nya, siapalah saya untuk marah kepada-Nya) kerana diuji bertubi-tubi walhal mereka yang pernah menginayakan saya serta keluarga saya hidup senang lenang. Adakah aku sejahat sang penzina, sang penjudi, sang pensyirik, sehingga aku perlu kena ini semua, tanya saya dalam hati ketika itu.
Over time ia menyedarkan saya, kekayaan dan kebahagiaan dunia ini bukan segala-galanya, malah merupakan satu lubang hitam yang terus menyesatkan. Lihatlah mereka yang kaya raya, memandu kereta besar – bawa kereta ikut suka hati macam jalanraya miliknya – apakah itu jenis kebaikan yang kekayaannya sudah beri pada dirinya? Bila kena saman, offer nak rasuah – di manakah kebaikan akibat dari kekayaannya itu?
Sampai satu peringkat lain, saya boleh gelakkan diri sendiri kerana diuji – kerana ia mengingatkan diri saya tentang betapa sementaranya hidup ini, dan sekurang-kurangnya, Allah masih mengingati saya.
“Menanti Hari Esok”
Lahirnya insan di alam ini
Yang Maha Kuasa menentukan
Untung nasibnya, menempuh hidup
suka dan duka berganti
diberi nama teruna dara
tiada kekal selamanya
jangan dibangga, apa yang ada
hanyalah sementara
bila waktunya
tiba masanya
hari depanmu itu
jangan salahkan atau tangiskan
hidupnya insan
semua yang ada di dunia ini
hanya pinjaman semata
bagai mengharap sinar suria
menanti hari esok
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum semua,
Kokmi ada membaca novel ayat-ayat cinta yg pada mulanya kokmi beranggapan “wah!!!mesti novel mengajak gadis-gadis terutamanya,terbang tinggi ke daerah cinta yg sukar untuk dimiliki, tetapi penuh dengan bauan, wangian & rindu cinta lelaki & perempuan..ah!pasti mengarut”.
Jangkaan meleset, tatkala diajak mencuba untuk membaca mukadimah novel tersebut.”menarik juga ye..”. akhirnya habis satu novel dibaca. Hakikatnya kokmi ‘anti novel’, memandangkan betapa mengarutnya garapan kisah cinta yang cuba dinukilkan.Tapi tidak AAC, kisahnya diadun penuh tasbih dan zikir, yang membaca pun turut sama zikir dan fikir.Walaubagaimanapun, kokmi menolak filemnya,menolak AAC yang diangkat menjadi sebuah filem kerana plot ceritanya tidak sama seperti yang digarapkan di dalam novel, pasti kecewa melihatnya, sana kurang sini kurang.
Bersandarkan pada komen-komen disini, bunyinya positif, mungkin akan tergerak hati untuk menontonnya.
Sedikit persoalan disini,bagaimana pendapat kalian jika dalam aspek mencari cinta, sang gadis terutamanya sabar terus sabar dan beranggapan perasaan yang hadir itu mainan syaitan dan satu dosa pula baginya.Bagaimana?
~yang baik berterusan, moga beroleh manfaatnya~
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
Ustaz menulis dengan jiwa.. kali ini..
dengan bahasa yang roh bagaimanapun boleh menerima..
perkara dasar, perkara sukar, menjadi jelas
dan menikam sesiapa yang DIA ingin merahmatinya
tak terkata…
terima kasih ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sangat menarik…
memang betul..
dalam novel Ayat-Ayat Cinta (AAC)
bukanlah cinta manusia yang diketengahkan
tetapi cintakan pada yang Hak..
dan setiap manusia akan diuji…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Another way of viewing this movie/novel.
Not just a mere love story which blinded so many youngters or not at all promoting poligamy.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
tak sangka ayat yang sama mengubat roh-roh manusia… ayat menggoncang hati yang terlupa di kala mehnah dan ombak dunia, yang mungkin dari sekecil kocakan air hingga sebesar tsunami jua.
“ALLAH berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS”
Konsep iman rububiyyah Allah tidak mudah. Erti mengenal diri menjadi hamba Allah lebih mudah berkata dari merasainya dan melakukannya.
Memang benar yakni sabar , ikhlas, bahkan syukur semuanya perlu untuk mendidik diri berterusan mengecapi diri hanya sebagai hamba Allah.
Rasa memiliki sukar dihakis tanpa menyedari jiwa ini hanya jiwa seorang hamba. Mungkin manusia juga sudah terlupa erti hamba yang sebenarnya? kerana tiada lagi wujud jawatan ‘ hamba abdi ‘ kepada manusia secara zahirnya, namun sentiasa ada secara halusnya.
“hamba harta”
“hamba cinta”
“hamba pangkat”
sedangkan “diri ini hanyalah milik Tuhannya”
-rasa macam perlu buka kitab aqidah pula,cari makna ilah, lepas baca kisah kambing.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
astaghfirullah…mohon ampun pd Allah atas kelemahan diri..
artikel ust kali ni benar2 berkesan di jiwa.time kasih ust atas artikel yang benar2 membawa kesederan dalam hidup menjadi seorang hamba.baru tersedar yang selama ini ana hamba yang lupa hakikat diri sebagai seorang hamba yang layak di uji..moga dalam hidup yang penuh mehnah ini,Allah masih menjadikan kita hamba yang sentiasa mohon pertologan dariNYa dan tidak berputus asa dengan rahmatNya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam alaik,
there’s is one dua i continue to practice after reading AAC: “Ya Allah jadikan cintaku padaMu melebihi cintaku pada harta,keluarga dan air yang dingin”.mudah mudahan dengan dua ini kita ditenangkan dan dapat bersangka baik dengan setiap ujian yang melanda.seharusnya kita bersyukur dikurnia ujian kerana punya peluang untuk bersabar dan membuktikkan kehambaan kita padaNya. peluang ini tidak semua bisa mengecapinya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
Rasanya saya masih jauh dari lulus ujian Allah.
Paling susah rasanya menjalani ujian sabar dan ikhlas itu. Tak layak rasanya mengaku diri benar-benar beriman…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam.
Syukran ustaz, artikel ini benar-benar menusuk ke dalam jiwa, terkesan dengan diri saya.
Seringkali tatkala saya cuba mendekatiNya, pasti akan datangnya musibah dan dugaan yang menarik saya jatuh kembali.
Sudah berapa kali saya futhur, ustaz.
Tiap kali itu jualah, tatkala saya mahu bangkit kembali, pasti saya ditimpa lagi ujian itu.
Sehinggakan ke tahap sudah berburuk sangka kepada Tuhan. Astaghfirullah.
“Apa salah saya kepada Allah???” pernah jua terluncur dari mulut ini.
Saya pernah bertanya kepada diri saya, kepada rakan-rakan, mengenai firman Allah 2:214=
“Bilakah datang pertolongan Allah?” “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.””
Saya bertanya kepada diri saya, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat sangat (qarib). Tapi knape saya x dapat2 pertolongan Allah tu?
Astaghfirullah. orang kata, semakin beriman seseorang, makin kuat ujian yang diterima. Ujian yang saya terima adalah terlalu lekeh berbanding ujian para nabi, para sahabat pejuang mujahidin Islam.
Tak sangka, sesungguhnya, “Allah sedang berbicara kepadaku tentang SABAR dan IKHLAS…” Syukran, ustaz T_T
Jangan diminta diringankan ujian, tetapi mintalah agar dikuatkan iman menempuhi ujian tersebut. Ameen..
Respond to this comment [with empathy]
cairo girlz reply on December 11th, 2008 7:01 pm:
salam..
manusia itu akan sentiasa diuji imannya..bila iman kita berkurang maka kita akan mudah rasa futhur dgn ujian Allh..tapi bila iman kita bertambah..kita akan terus kuat dan tabah harungi ujiannya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz..
ayat yang merobek jiwaku..
“Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!”
terimakasih.. semuga ALLAH SWT terus2an memberi cahaya ilmu kepada ustaz untuk meyentuh, menarik dan dipraktis dalam hati-hati kami..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Saya antara peminat sailfulislam.com..memmbaca, menghayati setiap bait ayat tapi tidak pernah meninggalkan sebarang komen.
Selain AYAT AYAT CINTA, banyak lagi novel Habiburahman Al-Sherazy yang kalian boleh baca. Bukan mesej cinta yang menjadi keutamaan saya, tapi banyak lagi mesej islamik yang ingin ditonjolkan yang membuatkan hati saya meronta-ronta..tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan saya. Tak keterlaluan kalau saya katakan saya telah menghadam semua buku2 beliau yang berada di pasaran..bacalah..mungkin kalian akan berjumpa dengan “sesuatu” yang membuatkan kalian terbangun dari lena yang panjang.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ma sha’ Allah ustaz, ana benar2 terkesima sendirian. Betapa mudah ustaz ungkapkan segala2 isi hati dalam bentuk perkataan yg benar2 menyentuh dan membekas di hati ana. Allah yubarik fik, ya akhi!! =P
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum warahmatu Allah Ustaz!
Artikel ini mengingatkan kembali diri yang lupa. Tapi kadang-kadang takut dengan ujian Allah. Takut gagal. Bukankah ada doa yang memohon pada Allah supaya tidak ditimpakan ujian yang diri tak mampu hadapi?.
Alhamdulillah Allah kurniakan saya rahmat dan kurnia yang banyak, ujian yang datang banyak datang dari dalam diri. Nafsu dan ’self-control’.
terima kasih sekali lagi
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
btul btul btul..
i especially like yg part ustaz sebut pasal org yg melakukn kebaikn n org yg ikhlas dlm kebaikan..
insyaAllah akn cuba jd yg the latter
jzkk ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam’alaik..
lama sebenarnya x menghadam artikel2 ustz..x sangka pulak ade sikit persamaan dgn posting ringkas ana yg ketika sedang ‘down’ sementara..huhu
pujuk hati melalui penulisan..symptom yg biasa (tp x slalu) bla nk exam..pujuk diri sendiri je.
syukran ustz…enak membaca di saat ini…=)
intailah ‘mutiara’ didatangkan pelbagai rintangan tika dlm pelayaran di lautan ujian….insyaAllah kita akn smpai ke destinasi yg dituju n diimpikan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih Ustaz atas artikel yang sangat menusuk & berbekas dihati!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salamun’alaik
sememangnya kita selayaknya diuji.
sekiranya dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita bersih daripada dosa.
Sabar dan redhalah setiap kali ditimpa ujian.
. syukran ustaz. artikel yang memberi inspirasi untuk terus tabah menghadapi mehnah dan tribulasi.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
klau berbuat amal demi mendapatkan syurga, adakah kita tidak ikhlas? bukankah syurga itu janji Allah kpd org2 beriman? mengapa, tidak bolehkah menjadikannya satu matlamat? saya rasa apa yg ustaz cuba terangkan ini sama sepertimana yg saya ketahui di mana, org beriman itu terbahagi kpd 3 kategori:
1) jannati( beramal demi mndptkan syurga)
2) naarini( beramal demi mengelakkan azab neraka)
2) rabbani( beramal soleh ikhlas krn Allah)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 8th, 2008 1:44 pm:
tidak ada langsung saya usulkan di dalam tulisan di atas, apa-apa yang berkait dengan soalan daun kering.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah..saya dah tersedar dari lena..betapa sebelum ni hati saya kelam…leka saja menonton…tidak menilai menggunakan mata bashiroh…tidak memahami intipati sebenar yang ingin disampaikan..ya, jauhkan diri kita dari rasa memiliki..kerana kita tidak miliki suatu apa pun…kerdilnya diri ni..alfaqir ilallah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalmualaikum ust,
sya setuju dgn pdpt ust tntg ayat 2 cinta.terima kasih kerana terbtkan buku aku terima nikahnya. Kami di Mesir juga tidak ketinggalan mendapatkannya.bacaan yag ringkas tapi penuh ilmiah. teruskan !!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam aidiladha ustaz,
Baru selesai majlis qurban di kampung. Penat tak hilang lagi,tapi still gagah nak ke melawat blog. Hihi.=)
Ulasan novel ayat-ayat cinta yang paling baik sekali. Kesedaran rasa kehambaan dalam novel itu tak ramai yang ulas. Bila ustaz tekankan isu kehambaan,jadi jelas mesej sebenar sebuah novel islamic dari Pak Abib. Saya juga suka karya Abu Hssan Morad,cinta Madinah dan Julia.Dan novel Pak Abib kebanyakannya(tak semua) hampir saja setanding Hamka. Senang hati sikit membaca novel ada batas2 ni.
Oh ya,sedang dalam proses menghadam 7 habits of highly effective people oleh Stephen Covey. Tapi mcm rasa ‘hollow’ membaca buku yg saya kategorikan hebat tanpa Islamic Principe. Saya kagum juga dgn beliau,Mr. Covey ni.Sungguh pun Kristian tapi pemikiran sangat mendalam. A great self help book,tapi still rasa kekurangan bila religion principle centerednya ialah kristian.
Oh ya,teruskan menulis ustaz. Sy penat membaca pemikiran tanpa rujukan sunnah dan Al-Quran. Banyak self help book yg baik cuma tak berpandukan 2 sumber penting Islam. Terima kasih memudahkan saya mencari buku2 self help book yang lain melalui blog ini.
Salam ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ASSALAMUALAIKUM USTAZ.maafkan saya. ada 1 persoalan yang bermain di kepala, mohon ustaz berikan jawapannya. sahkah perkahwinan fahri dgn maria? bukankah maria belum lahi mengucap syahadah sblm diijab kabulkan? tolong saya ustaz. saya menyimpan prasangka buruk terhadap novel ini…yang mengharapkan jawapan.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 11th, 2008 10:56 am:
Waalaikum al-Salaam WBT.
Maafkan saya menjawab secara ringkas. Saya sedang away bersama keluarga.
PERTAMA
Artikel ini bukan review filem Ayat-ayat Cinta. Filem itu hanya contoh kepada tajuk sebenar artikel ini iaitu tentang KEHAMBAAN MANUSIA vs RUBUBIYYAH ALLAH SWT
KEDUA
Jangan berprasangka kepada novel tersebut, sebaliknya carilah jawapan kepada persoalan yang bermain di kepala.
Perkahwinan lelaki Muslim dengan Perempuan Nasrani / Kristian adalah sah menurut peruntukan al-Quran dan al-Sunnah iaitu permasalahan perkahwinan dengan AHLI KITAB
Soal ahli kitab masih relevan dan wujud pada hari ini atau tidak, ulamak mempunyai perbahasan yang luas mengenainya. Penentu kepada wujud atau tidak ahli kitab tidak ada kena mengena dengan Bible semasa menyeleweng atau tidak kerana bible sudah pun terseleweng semasa ayat mengharuskan kahwin ahli kitab dan makan sembelihan mereka diturunkan.
Penentu kepada status ahli kitab ialah pada sah atau tidak sahnya orang kristian hari ini beragama kristian kerana syariat nabi-nabi bani israel tidak diturunkan sebagai syariat alami untuk seluruh manusia sebaliknya terhad kepada kelompok tertentu sahaja
maka kristian melayu, kristian cina, kristian india, dan malah kristian arab, BUKAN ahli kitab. Sebaliknya orang Eropah dan yang seumpama dengan mereka, di sinilah wujudnya perbahasan ulama dan carilah perbahasan itu melalui artikel yang banyak di Google.
Jangan berprasangka dan cepat memutuskan keputusan sebelum dihadam tuntutan ilmu mengenainya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum ustaz. maafkan saya,saya ada sedikit kekeliruan menyebabkan saya rasa musykil. harap ustaz tolong jawab masalah saya. sahkah perkahwinan fahri dengan maria, sedangkan maria belum lagi mengucapkan shahadah sebelum ijabkabul. tolong saya ustaz. sekian.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 11th, 2008 8:03 pm:
wsalam wbt. baru sahaja di atas tu saya menjawab persoalan ini. Fahri mengahwini Maria dengan peruntukan Syara’ keharusan lelaki Muslim berkahwin dengan perempuan Kitabiyyah (ahli kitab)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz,
saya selalu mendengar ayat yg mengatakan andai kita selalu diuji, itu petanda Allah sayang pada kita, lagi berat ujian tu lagi besarlah syg Allah pada kita..
Betulke ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on December 11th, 2008 8:02 pm:
Wsalam wbt.
Jika setiap ujian yang datang, disambut dengan positif dan kita menjadi lebih baik, maka itu tandanya ujian itu adalah kasih sayang Allah kepada kita. Tetapi jika kita didatangi ‘ujian’ yang sama berulang-ulang kali dan tiada peningkatan diri yang berlaku, itu mungkin bukan kasih sayang Allah, tetapi kebodohan kita yang ‘disengat di tempat yang sama berkali-kali’. Wallahu A’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terkesan sungguh dengan entri nih…!! Ana melihat Fahri sebagai yang bersalah di dalam penjara kerana menyalahkan takdir,rupanya Dia pun berbicara dengan ana juga!! Astaghfirullah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sejak saya mula bertugas sbg seorng doktor..byk ujian yg tlh sy hadapi..yg sblmn ni tak prnah diduga..
skiranya dulu slalu mampu utk mengikuti program.kini..shinggakan terkial2 utk cukupkan solat klu dah mula bertugas…
dulu mgkin kita terlupa..dlm keghairan kononnya melaksanakn Dakwah N tarbiah..ssghnya ia merupakan keizinin dari Allah..mngkn di kala itu kita sbnrnya trlupa hakikat Allah walaupun di bibir kita mnyatakannya..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saja berkongsi………Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Masha Allah…disaat kita ksempitan pasti Allah ada bersama kita…tahniah saifulislam nasihat & panduan untuk org yg alpa seperti saya…Berkahwin atas dasar cinta remaja…membonceng motosikal berdua-an…..memadu asmara di taman bunga…ampunkan dosaku Allah akhirnya terpercik hidayah taufiq tuhan menjadikan saya guru yang dipanggil ustaz..qari yang dianggap merdu padahal bukan dari aliran agama…imam solat d taman perumahan….u turn yang diberi tuhan amat tidak disangkaan….hanya tuhan yang tahu betapa sebesar gunung dosa yang ditanggung nauzubillah….alhamdullillah berkat pengajian ilmu agama, berkawan dengan orang soleh…komited dengan pengajian dengan istiqomah dengan ajaran agama Allah berikan kemuliaan di mata masyarakat tanpa tahu ujian yang disediakan oleh Allah…bercinta sepanjang pengajian berkahwin dengan kekasih mempunyai anak, rumah,kereta, motosikal berkuasa tinggi, isteri bertudunglabuh….namun ujian menimpa kekasih yang dicinta berubah setelah menjadi isteri…menjadi Mr Mama adalah satu tugas yang paling berat….percaya pesanan nabi bantu isteri dalam rumahtangga…namun akhirnya terasa diri teraniaya…oleh isteri sendiri…disangkakan kasih sayang diberi di balas cinta suci tetapi dibalas seperti kuli…percaya atau tidak tidak ada satu kerja yang tidak dibuat oleh saya selain melahirkan anak, haid serta mengandungkan…dan isteri yang berpendidikan agama dr sebuah kolej terkemuka di selangor malangnya kurang penghayatan agama bangun tido selepas solat subuh…melipat baju…seterika…meyuapkan anak makan…yang terbaru memasak….itulah rutin hariannya…hatta baju yang dipakainya juga tak di masukkan ke dalam bakul apatah lagi membasuhnya….bukan tidak mengajak ke pengajian seribu alasan diberi…sediakan restoran istemewa setiap lepas pengajian juga tidak diindahkan…tawaran istemewa rantai, jam, baju, dinner jika kerja rumah bersih pun cukuplah dapat dilaksanakan secara bersama dipandang sepi….marah berkali2 cuma tak sampai hati memukul kerana islam melarangnya mugkin ini ujian agar menjadi sabar….bagi calon isteri dan isteri jgn ambil kesempatan atas kebaika suami….bagi suami mungkin benar kata ulama adakalnya dlm hidup kita akan dapat baik dan buruk…dlm rumahtangga kita sengsara namun di mata masyarakat, pekerjaan kita Allah akan permudahkan…dipandang hebat, dihormati dan disanjung…sebaliknya tiada kerja hebat…tak dpandang dlm masyarakat….rumahtangga aman bahagia….yang dapt keduanya baik juga satu ujian…semoga kita sentiasa bersyukur atas kurniaannya…berjuang bukan sekadar untuk dunia tetapi hingga bawa ke syurga ….bercinta bukan sampai ke pintu syurga…tetapi hingga semua isteri,anak, keluarga ,ahli masyarakat kekal selamanya di dalam syurga…waallahualam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sebenarnya waktu artikel ni ‘just come out hot from oven’ ada tulis sedikit respon, tapi entah kenapa komputer ada masalah agaknya. Hilang.
Suka menyentuh tentang tajamnya ayat penghuni penjara yang dikatakan gila:-
“Tuhan sedang berbicara dengan kamu”!.
Agak skeptikal awalnya menonton filem yang didengar jauh plotnya dari plot asal novel walau tidak dinafikan ada mesej tersendiri dengan meminjam latar cerita novelnya. Sekadar basa-basi menonton semasa usrah syarikat. Tapi, apabila sampai ke babak yang disebut Ustaz di atas, sungguh terkena pada diri dan nubari. Tajam dan menikam! Akibatnya, airmata menderu-deru keluar yang dirasakan benar-benar dialog itu ditujukan buat diri sendiri. Alangkah mengesankan sungguh kata-kata penghuni penjara lelaki ‘gila’ itu. Dan hanya itu, hanya babak itu yang memberi kesan membuatkan ana menghargai watak lelaki gila yang sungguh limited namun mengesankan sekali.
Seperti kata UmmuSaif diatas, secara peribadi ana meninjau filem AAC sebagai entiti berbeza dari novelnya, its never about polygamy or love among humanbeing. Its beyond that.
Kembali kepada isi entri, Allah memang berbicara kepada hambaNya melalui kauniyyat (alam) dan perjalanan manusia sendiri. Melalui apapun, ada mesej dari Allah.
Terima kasih atas peringatan ini ustaz.
Allahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
al-misk reply on December 15th, 2008 12:14 pm:
@alQasam, saya setuju dgn ukhti al-Qasam.. kata2 itu memang kembali pada diri saya juga..
sungguh bertuah kita kerana Allah mahu berbicara dgn kita melalui perantaraan ujian..
Allahu a’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah saya berjumpa dengan blog ini kerana banyak memberi kesedaran dan peringatan kepada kita semua. Saya sendiri suatu ketika dulu seolah-olah buruk sangka dengan Allah kerana saya telah diuji dari kecil hingga sekarang(dah 40 tahun umur saya). Lepas satu selesai, satu lagi yang datang. Saya sendiri pernah mengatakan pada salah seorang ustazah saya seperti ini “saya dah buat apa yang Allah suruh, bangun malam bermunajat dengan Allah hampir setiap malam, mengaji hampir setiap hari dan banyak lagi, saya melakukannya bertahun-tahun bukannya berhari-hari, tapi kenapa Allah berikan saya bermacam-macam ujian yang saya rasakan tak habis-habis. Tak cukupkah lagi apa yang saya buat supaya saya tidak ada masalah lagi. Astagfirullahhalazim. Ustazah tersebut suruh saya beristigfar banyak-banyak. Memang saya melakukan dosa yang amat besar terhadap Allah. Tidak mensyukuri nikmat yang di beriNya. Kemudiannya saya sedar dan bertaubat. Tangan yang menaip ini lebih besar pemberian dan nikmatNya berbanding dari apa yang telah saya lakukan untukNya. Tidak lagi di kira dengan yang lainnya, mulut yang boleh bercakap ini dan mata yang boleh melihat ini dan banyak lagi. Allah tidak meminta apa-apa semasa ia memberikan kepada saya. 1 sen pun tak de. Tapi cuba kita pergi ke klinik/hospital untuk mengubati mata kita yang rabun/buta, berapa ribu yang perlu di bayar/diberikan kepada hospital tersebut. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku. Terlalu hina dan malunya diriku kerana terlalu berkira-kira dengan Engkau ya Allah sedangkan tidak terkira yang telah Engkau berikan padaku. Ampunilah aku Ya Allah. Janganlah Kau anggap apa yang telah aku katakan dahulu sebagai satu kesalahan ya Allah. Ampunilah dosaku ya Allah.
Semoga ia menjadi ikhtibar kepada semua. Jangan lakukan perkara yang sama seperti yang telah saya lakukan. Tidak ada makna dan nilainya apa yang kita buat selama ini, jika kita berkira-kira dengan Allah sedangkan nikmat dan pemberianya takkan dapat di nilai dengan wang ringgit. Pengorbanan ibubapa kitapun tak boleh di balas di dunia ini dan tiada nilainya inikan pula dengan Allah. Fikir-fikirkanlah
Wallahua’lam.
Yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalammualaikum…
terima kasih ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamuaikum…….dalam artikel di atas membicarakan tentang menghadapi ujian..di kesempatan ini saya ingin mintak pendapat dan nasihat ustaz tentang orang yang melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH,sedangkan dia tak ingin melakukannya….sedangkan dia menderita kerana derhaka pada tuannya, tapi dia tak boleh meninggalkan dosa itu…apa yang ALLAH bicarakan…apa hikmah di sebaliknya….dan apa yang dia kena buat….Tahniah buat ustaz kerana mampu memberi
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…
entri ini menghidupkan jiwa…HAPUSKAN RASA MEMILIKI….
kerana kia semua milikNya…(pesanan utk diri saya)
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Masya’Allah Ustaz.
Saya sedang mencari sesuatu tulisan yg menerangkan atau membincangkan soal ujian Allah ini. Tapi dlm banyak2 tulisan, tulisan Ustaz benar2 menyedarkan saya hakikat “hamba” yang sebenar2nya.
Tak sangka mulanya dgn kisah Kambing dan Tuanya, rupa2nya berkaitan dgn ujian juga. Suatu penulisan yg melihat ujian dari perspektif yg lain dari yg lain, tetapi amat menyentuh hati saya.
Mudah2an Allah sentiasa menjadikan kita hamba yang benar2 ikhlas.
p/s: Susahnya utk mencapai apa yg di sebut Allah dlm Al-Kahfi:110
Mungkin sudi kiranya saya berkawan dgn Ustaz ?
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
alhamdulillah ya Allah krn berbicara dgn saya mlalui saifulislam..
ustaz,terima kasih krn menghuraikan kekusutan y telah lama bersarang dlm diri saya..sy dah sedar hikmah ujian…..y telah byk mgajar sy erti kedewasaan dan kehidupan…sy masih belajar..terima kasih kpd Tuhan kerana menguji sy…
ssungguhnya Allah terlalu baik dgn hambaNya walaupun kita selalu lupa dan terleka..
ya Allah ampunkan aku…………………….
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
salam ustaz..
saya nak tanye.. adakah kita dinamakan redha jika masih merasa sedih dan resah dengan masalah yang kita hadapi, tetapi mengatakan diri ini redha dengan segala yang berlaku? misalnya, kita hilang kereta.. kita redha dengan mengatakan pada diri sendiri hikmah-hikmah yang Allah nak tunjuk nantinya tapi masih merasa sedih dan terkenang.. atau bolehkah kita mengatakan kita redha jika tidak melakukan sesuatu seolah kita redha tapi hati tak dapat nak buang rasa terkilan dan sebagainya.. sama seperti org yang kehilangan keluarga dekat, masih menangis setelah beberapa bulan malah bertahun-tahun malah ada yang terganggu pekerjaannya, tapi mengatakan diri sendiri telah redha sbb hal itu tidak mengganggu ibadatnya atau tidak membuat dia rasa nak bunuh diri.. apa redha sebenarnye? setakat tahu atau menjiwai? bagaimana nak menjiwai redha sesunggunya.. makan masa atau seharusnya kita kena redha dan ikhlas secepatnye seperti kita menyegerakan solat? ..
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
-I Like Ketika Cinta Berbicara 1 more than Ayat2 Cinta
-
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
tp kenyataannya ustaz.. sy takut diuji.. setakat mana iman sy utk menghadapi ujian2 Allah?
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam
boleh ke saye nak ambil sedikit point2 dlm posting ustaz ni utk blog sye (with reference of course). sye rse post ni menarik..
jzkllh
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
subhanaAllah…bagi ana ujian itu penting ujian itu penting bagi manusia kerna setiap ujian mengubah manusia ke arah lebih baik darpd y sblumnya, ujian adlah hidyah,motivasi dan memantapkan diri seseorang sebagai hamba Allah s.w.t
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
alhamdulillah, kurang terasa beban.
mohon dicopy yer. jkk.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
assalamualaikum, ust..
sy hrp sgt ust bleh jlskn pd sy..
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]
dlm artikel ust ni, ust bicara ttg soal rmh tangga..tp ape yg nk sy tnyakn d cni, dlm soal ke arah mendirikn rmh tngga..
sorg lelaki dtg kpd sy utk meminang sy, sdgkn ape yg sy tau dia bkn lah sorg yg kuat pegangan agamanya..pada mulanya sy menolaknya krn inginkn yg lbh baik, tp, sy ttp melakukan istikharah dn sy ada satu mimpi..based on ape yg ape sy tau, mimpi yg sy alami itu adlh mimpi yg baik, insyaAllah..
sy nk ttpkn hati sy, sy istikharah lg, d samping sy bertanya kwn2 yg blh dipercayai ttg lelaki itu mcm mane orgnya, dn sy bt istikharah lg..akhirnya sy bt keputusan stlh sy tnyakn pendapat lelaki itu ttg beberapa perkara..agama,politik,rancangannya utk kami..dn hati sy tng ketika itu utk menerima pinangan, takde keraguan..
tp ust, bleh ke sorg perempuan mengubah pegangan agama seorg lelaki menjadi lbh baik? sy ada bca yg apabila sorg perempuan solehah dikahwinkan dgn sorg lelaki fasiq, maka terjadilah suatu kerosakan yg besar, bnrkah? btlkah jln yg sy ambil skrg ni dgn menerima pinangan lelaki itu?
ape yg ptt sy lakukan sbnrnya? mgkn ksh sy ni biasa sj, tp sy hrp ust blh tnjkkn sy sesuatu..terima kasih ust.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
salam, boleh hantar emel pad saya,saya ada artikel yang boleh juga jadi penawar pada saudara insya Allah.
darulhurairah97@yahoo.com
Respond to this comment [with empathy]