“These medical graduates, totalling about 60 cases a year, are unable to cope with their housemanship as they may have been pressured by their parents to take up medicine” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican
Saya terkasima.
Menggaru kepala.
Laporan akhbar The Star bertarikh Sabtu, 30 November 2008, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima doktor mengalami gangguan mental yang signifikan pada setiap bulan.
Dalam banyak-banyak faktor yang boleh dikaji selidik, saya berasa agak canggung membaca analisa pihak Kementerian Kesihatan bahawa punca masalah mental para doktor ini, khususnya doktor junior yang sedang menempuh fasa internship (housemanship), adalah kerana lima atau enam tahun yang lalu, mereka mangsa paksaan. Dipaksa ibu bapa mengambil bidang perubatan, seterusnya menjadi doktor.
Seandainya benar paksaan ibu bapa itu yang menjadi alasannya, maka kesan paksaan itu adalah TEKANAN. Justeru tekananlah yang seharusnya diberi perhatian. Seandainya tekanan yang menjadi punca gangguan mental, maka kita harus bersifat terbuka untuk menerima kenyataan, bahawa tekanan muncul bukan hanya daripada satu sumber.
Jika lima orang doktor mengalami gangguan mental sebulan, tidakkah ini harus diambil sebagai satu amaran muhasabah yang serius ke atas persekitaran dan SISTEM yang membentuknya?

SOKONGAN EQ DAN SQ
Saya tidak pernah jemu untuk menegaskan tentang peri pentingnya nilai agama diberi penekanan kepada kehidupan pelajar perubatan ini. Di dalam bahasa dunia (bagi mendepani pemikiran skeptik terhadap Akhirat), agama sekurang-kurangnya mempunya dua fungsi besar yang mesti diberi perhatian.
Pertama, agama menjadi rujukan moral pelajar dan bakal doktor ini. Seorang doktor diberi amanah untuk menyentuh tubuh manusia lain termasuk anggota-anggota sulit mereka, berurusan dengan sihat sakit manusia yang membabitkan soal hidup dan mati. Kesungguhan seorang doktor untuk melakukan resusitasi ke atas pesakit, sangat berkait rapat dengan pandangan dan nilai yang dipegangnya sebagai rujukan moral dalam kehidupan. Semua itu diserahkan kepada para doktor kerana profesionalisma mereka sebagai pengamal perubatan. Namun apakah rujukan moral kepada profesionalisma itu?
Etika perubatan menjadi satu subjek besar yang dipelajari oleh pelajar perubatan dan seterusnya menjadi rujukan seharian mereka semasa bertugas kelak. Dari manakah munculnya etika itu? Di sinilah peraturan-peraturan agama yang menjadi asas pertimbangan fikiran dan tingkah laku manusia diperlukan. Bukan sekadar untuk memahami subjek, tetapi menjadi kepercayaan yang dipegang oleh pengamal perubatan dalam mengurus diri mereka.
Keduanya, agama berperanan sebagai sistem sokongan kepada kekuatan dan kematangan emosi serta spiritual pelajar perubatan. Juga kepada para doktor. Sudah cukup banyak kajian dibuat, untuk menegaskan betapa komitmen yang sihat kepada agama, sangat ketara dalam mencegah seseorang daripada terjerumus ke lembah krisis emosi. Tidak ada kekuatan sekuat dorongan spiritual untuk seseorang cekal mendepani apa sahaja cabaran hidup. Agama meluaskan pandangan hidup seorang manusia agar tidak disempitkan oleh cabaran-cabaran kehidupan yang datang dari semasa ke semasa.
Di dalam bahasa Islam, agama mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia, kepada keluasan Dunia dan Akhirat.
Agama memberikan asas yang kukuh untuk seseorang itu kekal optimis.
Agama memberikan asas yang teguh untuk seseorang itu konsisten melakukan kebaikan biar pun tidak beroleh insentif yang wajar menurut pertimbangan semasa.
Agama bukan sekadar ritual baca Yasin Khamis Malam Jumaat atau Tahlil Ahad Malam Isnin, yang ada kalanya dijadikan alasan bahawa ‘agama sudah diterima pakai’ dalam aktiviti pelajar. Malah agama juga bukan subjek isu politik yang memabukkan sesetengah pelajar yang hilang pertimbangan. Agama itu panduan manusia untuk hidup sebagai manusia. Agama mengajar tentang Rule of the Game, dan gangguan mental adalah salah satu simptom besar bahawa ada kecacatan yang berlaku kepada segi tiga pemain, permainan dan peraturan permainan ini.

RASIONAL TUGASAN
Bagaimana pula dengan rutin kerja mereka?
Artikel “A Positive Approach to Doctors-in-Training” tulisan PAULINE W. CHEN, M.D. (www.nytimes.com November 6, 2008) banyak memberikan saranan tentang usaha penambah baikan yang boleh dilakukan kepada suasana kerja dan kehidupan doktor pelatih. Saya menanti-nanti ulasan pihak Kementerian Kesihatan terhadap hal ini.
Malah, kita sedia maklum, pekerja di pelbagai sektor sudah menjadi kebiasaan mereka untuk hadir ke kursus-kursus motivasi berkaitan dengan sikap, pemikiran dan jati diri. Program-program seperti ini sangat dikenal pasti berfungsi untuk membantu peserta melakukan muhasabah, memperbaiki persepsi mereka terhadap kerjaya dan kehidupan, menyuntik semangat kerja berpasukan yang penting untuk kelangsungan kerjaya masing-masing dan seribu satu manfaat lain. Namun, pemerhatian saya jarang menemukan pembabitan para doktor di dalam program seperti ini kecuali atas inisiatif individu, jabatan tertentu secara kecil-kecilan, dengan tidak mewakili pengiktirafan sistem secara keseluruhan.
Saya juga sangat berminat untuk mengetahui hasil kajian terhadap aspek kehidupan sosial para doktor. Bagaimana mereka berkeluarga, bagaimana mereka mengendalikan soal suami isteri dan anak-anak, kadar perkahwinan, kadar tidak berkahwin, kadar penceraian, bagaimana doktor wanita mengendalikan kehamilan, kelahiran anak dan hal-hal domestik yang menjadi satu aspek penting dalam mengekalkan kehidupan yang seimbang lagi… rasional!
Bagaimana pula dengan insentif para doktor? Penggajian mereka, bayaran oncall, kelayakan pinjaman kewangan… semua ini juga perlu diambil kira.
TIDAK PERLU SAMPAI MENJADI DOKTOR
Saya bukan pelajar perubatan.
Saya juga bukan doktor.
Tetapi saya hidup bersama pelajar perubatan semenjak sedekad yang lalu, bergaul dengan mereka, berprogram dan berkursus dengan mereka, malah beristerikan seorang doktor. Segala cabaran yang dihadapi oleh seorang pelajar perubatan, dan seterusnya pengamal perubatan, sangat ketara dan bukan lagi menjadi suatu rahsia. Tidak perlu sampai menjadi doktor untuk mengetahui apa cabaran yang para doktor ini hadapi. ‘Ahli Kelab Suami Doktor’ pun boleh mengalami tempiasnya!
Ia adalah public secret.
Namun dalam masa yang sama, saya juga berpandangan bahawa pertambahan kes gangguan mental ini (jika ia suatu pertambahan) turut menerima kesan daripada lemahnya jati diri generasi muda hari ini yang tidak ampuh dengan kehidupan. Kelasakan dan daya survival hidup semakin terhakis oleh pelbagai faktor, mungkin antaranya disebabkan oleh kehidupan yang semakin selesa oleh masyarakat kita.
Akan tetapi, faktor itu adalah faktor manusia. Usaha untuk mengubahnya memerlukan kepada banyak pihak untuk duduk semeja, melakukan evaluasi terhadap pelbagai sudut kehidupan, terutamanya sistem pendidikan.
Walau bagaimana pun, alasan bahawa lima kes gangguan mental sebulan ini datang dari kesan paksaan ibu bapa ke atas mereka yang hakikatnya tidak berminat dengan bidang perubatan, saya agak sulit untuk menerimanya. Kecualilah jika saya percaya bahawa gangguan mental yang turut membabitkan penjawat awam dan swasta di pelbagai sektor hari ini, muka masam di kaunter, tengking menengking di talian bantuan dan segala krisis yang menjadi ‘budaya’ di dalam sektor perkhidmatan kita hari ini, adalah akibat paksaan ibu bapa mereka dulu yang mendesak anak-anak bersekolah tanpa minat dan rela hati.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam.
Saya teringin nak diskas artikel ni di blog saya tapi nampaknya abu saif lagi cepat mengambil peluang. Mungkin USO blh bersara. La ni pun dah takde mood nk menulis.
Anyway, good discussion.
Banyak lagi sudut yang perlu diperkatakan berkenaan dengan hal ini terutamanya oleh pengamal perubatan sendiri.
Artikel ini ditulis hampir seminggu sudah, dan disimpan semula untuk memberi laluan kepada ummusaif.com menyentuhnya. Tapi senyap aje…
Personally Abu Saif masih menanti artikel tentang lumbar puncture dll…
Terus terang, betul2 takde mood. Abu Saif lagi pandai olah ayat that’s why ummusaif pun semacam give up.
Abu Saif layan je lah ummusaif ni ye.
I blame the hormones…
if no mood because of da hormones,its OK for us to wait. What we hope is..it will go fast to get stable..so dat ummusaif can think wisely and write more n more. May ALLAH grants you with da strength that you really need and dun give up ya!! ganbatte ne!
ummu saif jgnla putus asa.. kami selalu ‘berkunjung’ ke USO.
cahyok!
p/s: masih menanti apa2 tulisan dr ummu saif
salaam,alhamdulillah artikel yg dinanti2kan telah selamat ustaz ‘modified’ sebaiknya. jzkk. Berbalik kpd artikel “A Positive Approach to Doctors-in-Training” tulisan PAULINE W. CHEN, M.D saya amat mengharapkan para yg berhormat memberi mata dua dan ‘peduli’ tentang itu. Setelah apa yg berlaku hari ini, doktor bukan setakat sakit mental malah sanggup menamatkan profesyen sbg doktor dek kerana tidak tahan dengan mehnah dialam sistem perubatan Malaysia. KENAPA Malaysia? di negara lain bagaimana? mungkinkah kes yg sama berlaku juga? krisis AGAMA,spritual dan emosi berlaku dimana-mana. Makanya lebih elok sekiranya perkara ini dapat ditekankan dalam sistem pendidikan negara dan kursus induksi+BTN itu.
Assalammualaikum,
Saya juga terkilan dengan pandangan dari seorang Menteri yang bercakap tanpa melihat kepada realiti sebenar.
Hanya mereka yang hidup bersama seorang Doktor memahami sesukaran sebenar. Jangan Bercakap jika kita Tidak Mengetahui!
Taniah atas tulisan ustaz yang membela golongan Doktor yang telah mengwakafkan kehidupannya demi masyarakat.
:p
Well, yg bercakap kt The Star in fact adalah seorang doktor pakar.
Walaupun belum bergelar seorang menteri tapi beliau adalah seorang ahli politik.
So, maybe when it involves with politics, everything doesn’t make sense anymore.
Salam..
Kak Muna (dan rakan2 sekelian), bukannya kita tak biasa jumpa dgn senior consultants yang dari jenis “kalau aku boleh buat, kenapa kau tak boleh?” ataupun “toughen up, houseman!” ataupun “I have endured all the hardship, so you must do the same..”. Tidakkah dia sedar, zaman dah berubah? Lain dulu lain sekarang?
Bukannya kita nak suruh depa bagi muka. Memang la takleh. Tapi cuma fikirkanlah dalam kapasiti yang depa ada, how can they improve the situation (and especially the SYSTEM)? Regarding this, I really salute Dr. Chua Soi Lek in trying his very best to at least improve a little bit of the system, for the sake of the patients.
Allahua’lam. Wasalam.
hurm..setuju dengan pandagan ustaz.aspek agama amat penting menjadikan seorang doktor yang beriman dan daya spiritualnya tinggi..agama juga buat kita merasakan dunia ini amat luas untuk diterokai…
salam…
saya baru saja berjumpa semula dengan rakan lama yang terpisah sejak 1995 (masing-masing bawa haluan sendiri dalam belajar dan bekerja). rakan saya sekarang seorang doktor di oxford. ada juga tanya, kenapa “degil” tak nak balik malaysia macam kementerian suruh? apa yg saya suka adalah jawapan dia..(with a few editing)
“aku bukan tak nak dengar cakap kementerian balik m’sia….aku dapat study loan so tak yah keje 10 tahun ngan kementerian. anyway…diorang tak recognise aku punya kelayakan. aku dah 5 tahun keje kat uk. insyaAllah aku nak habiskan Fellowship dalam masa 5-6 tahun sebelum balik. aku keje kat Oxford sekarang. aku memang tak ingin nak stay lama lama kat uk… fed up gile. tapi kementerian yg buat problem sendiri…. siapa nak balik kalau kena start dari bawah lagi”
jadi, saya amat bersetuju sebenarnya SISTEM memang mengambil peratusan yang lebih tinggi dalam menyumbang tekanan kepada mereka yang berkenaan.
mohon maaf kerana tak dapat nak memberi input penyelesaian. petang2 ni otak “jammed” pulak! cuma apa yang saya nak kongsi adalah kenyataan sebenar yang rakan saya sendiri alami..
anyway, salam aidil adha untuk ustaz dan semua pembaca..
Doc n nurse manusia yang terpilih oleh Allah dalam berkerjaya. Aku bau ubat pun dah senak hidung.
Mula masuk U dulu memang dah plan dan bincang dengan kawan2,
“Lawa lagu mana pun,jangan cari pasal berbini nurse atau doc kalau nak bahagia. Depa mana ada masa dengan suami, anak2. balik rumah pun bau ubat tak habis2.
“agaknya sebab tu depa banyak jadi anak dara tua, mana ada masa bercinta” sampuk kawan aku sambil berderai ketawa ketika kami tengah makan setalam nasi berlauk sekitar tahun 90an di abbas aqad kaherah.
jangan marah abu saif & Ummu saif:). Hangpa dua telah membuktikan skrip kami salah pukul rata pada pasangan seperti anda.
Salam..
Maafkan saya. Bagi saya skrip ni sesuai untuk mereka yang hanya pentingkan diri sendiri. Begitulah jadinya kalau keperluan diri sendiri dilebihkan berbanding dengan keperluan agama (dari segi ni). Nampaknya ada juga yang tak sanggup berkorban dalam mencari keredhaan Allah taala melalui jalan ini (menjadi suami/isteri kpd seorang doktor). Allahua’lam.
Wasalam.
jangan berkecil hati shiha. normal sebagai manusia biasa apa yang terjadi pd skrip borak kami. bukan penting diri atau tidak sanggup berkorban. tapi hakikatnya lumrah manusia. sepertimana parents tidak suka anak2 belajar agama takut gelap masa depan.itulah lumrah..lebih pahit jika itu yg dipegang oleh parents dari takutkan berkahwin dengan doc.
kami (golongan) yang tidak berminat beristeri/suamikan tidak boleh dituduh begitu. kerna kami hanya manusia biasa:) diawal bicara pun saya sudah menghormati kerjaya doc yang memang bukan2 calang orang yg kerja sebegini.
forgive us (doc n nurse).
Tak perlu sampai berkorban atau paksa diri utk bersuami/beristerikan seorang doktor.
Tapi, once dah bernikah tu, laksanakan tanggung jawab terbaik yg mungkin utk terima suami/isteri sebagai manusia biasa tidak kira apa jua pekerjaannya hatta seorang doktor/peguam atau apa saja.
Yg penting mereka layak mendapat layanan yg terbaik mungkin.
-ummusaif
Parents nowadays should understand that forcing their kids is ever a good thing when it comes to deciding which career should the children enroll in. Parents are there to guide but not to ‘force’ – sory ustad, saya teremosi dikala pagi…. But I have to agree with you that we should deal with the ‘stress’ in the first place.
*I think I should also consult someone on how to deal with stressful life ^sigh^…
terfikir sejenak, apa pula nasib kami selepas ini…
mampukah kami(pelajar luar malaysia) berhadapan dgn sistem perubatan malaysia yg sudah pasti berbeza dengan tempat dimana kami menuntut ilmu perubatan…
orang diluar sana mengharapkan semuanya ‘perfect’…
terkadang agak terkilan dengan mereka yang selalu membanding-bandingkan antara pelajar luar dan pelajar dalam negara…
semoga Allah permudahkan segala urusan, insyaallah…
hadapi cabaran dgn kental,jgn lupa memohon padaNya sentiasa.
salam..
saya sgt setuju dgn ustaz. tak perlu salahkan ibu bapa kerana memaksa anak2 mengambil bidang perubatan..anak2 perlu bertindak mengambil risiko atas keputusan yg telah diambil..tak perlu mengulang masa lalu, menyalahkan ibubapa, menyesal dan berfikir untuk berpatah balik..seharusnya memikirkan bagaimana untuk menjadi yang terbaik..saya kira Allah takkan membebani hambaNya lebih daripada apa yg menjadi keupayaannya.that’s why need to think positively..
the most important thing is to have faith in Allah n keep moving forward.pergantungan pd Allah memang perlu kuat..everytime, everywhere..dgn itu kita akan jd insan yg kuat dan tabah..tak perlu bergantung kepada org lain untuk mencari kekuatan itu..
kadang2 pergantungan kita pd Allah hanya pada mulut, tp bukan spiritually.so perlu untuk kita muhasabah diri sendiri di mana sebenarnya tahap keimanan kita..dan usaha untuk meningkatkannya dari semasa ke semasa..
berckp dari pengalaman, saya seorg yg menghadapi condition ‘panic disorder’..selalu dalam keadaan anxiety.sometimes getting worse.but as time goes on..i try to learn from my weakness and improve it by muhasabah myself. as what my friend said..it is a spritual disease which i have to tackle it by reading quran more n contemplating on its contents..
this condition..whenever it happens, it feels like you are breathless n wanted to escape but there’s no where you can go. u feel suffocated and could not breathing. getting more hopeless..and helpless..
they said it should be fine with breathing technique exercise which is called relaxation therapy..but i guess, the main thing is betulkan iman, mintak betul2 pertolongan Allah to guide you and bagi kekuatan utk melawan perasaan ini..tak boleh kalah dgn perasaan sendiri..di luar sana lg banyak amanah dan t/jwb yg perlu laksanakan..kenapa perlu lemah dengan perasaan sendiri??
so, good luck pada yg menghadapi masalah ini. rapatkanlah hubungan dengan Allah selalu. He will never fails to reach you. He is always with us..insya’Allah.
salam..sy pelajaran perubatan mesir..
sy bkn lah yg tlalu minat nk ambk mdc..
tp ats permintaan mak n ayh yg ingin tgk salah seorg dprd 7 kami adik-beradik..sy tabahkn hati tok ambk medic..
wpun bio bkn subjek yg diminati..sy berusaha memahaminya krn permintaan seorg ibu..
smoga sy tidak menjadi GILA bila dah jd doktor krn dipaksa..
doakn sy jd doktor yg hebat dunia & akhirat…
blaja di mesir mmg berbeza di msia atau di mana2 negara..
keadaan mesir yg jauh berbeza..membuatkb sy kuatkn hati..
tp ape plg yg paling BEST..sy slalu dpt dgr tazkirah..
doktor yg menjadi lctrer sy..slalu kaitkn sains dan al-quran..
kt cni juge diingati ttg kelebihan mjadi seorg doktor..
jd sy setuju dgn ustaz..bkn slh ibu bapa yg pakse anak2 jd doktor..
tp kefahaman anak2 kepentingan menjadi seorg doktor..
allahua’lam
@zulaikha,
salam.. sy juge seorang pelajar perubatan..dari malaysia..boleh berkongsi dgn sy ape kelebihan2 mjd seorg doctor dr sudut pandangan islam tu..sy hrap perkongsian ilmu ni dpt menyuntik semangat sy untk meneruskn profession ini..tenkiu..:)
@SSRI,
salam..ape kelebihan menjd doktor???
sbenar nye byk je..
tp ape yg bt sy bersemangat..
kalo xslh dr imam syafie..
semulia-mulia pekerjaan ialah ulama n doktor..nape???
ulama mengubati hati..doktor mengubati fizikal..sbenar nye byk je lg..
tp xingt n lpe nk catat..
tp kalo nk kongsi ilmu..add me kt ym..
gulai_9003@yahoo.com
allahua’lam..
@zulaikha,
terime kasih yer..moga kutemui manisnya suatu hari nnt..insyaallah..salam maal hijrah..=)
salam. saya baru setahun jagung bekerja sebagai intern. dan saya tak pernah bercita2 menjadi doktor kerana desakan ibubapa saya. ia kerelaan hati sendiri. 6 bulan bekerja, terasa sangat fed-up bukan kerana pesakit tetapi kerana kerenah nurses yang sangat meng’annoyed’kan. pekerjaan sebagai doktor sangat penting utk sesebuah masyarakat. tetapi tak siapa yang nak ambil kisah pasal masalah doktor. seolah2 semua masalah yang berlaku berpunca daripada doktor itu sendiri.once you’re sign in for the day, you have to serve everything. kerja kerja kerja. sampai makan, pergi toilet etc pun tak sempat!
salam..maaf kalau bicara sy kurang menyenangkan…
apa yg menyebabkan anda mengatakan kerenah nurses ini meng’annoyed’kan?nak jugak tau..bkn ape teringat kata2 yg semua pekerja yg involved dlm arena perubatan ini bekerja bersama2..bkn sorang2 dlm memberikan perkhidmatan utk pesakit..
Saya mmg salute abis tugas seorang doktor ni, apake tidak, masa orang lain jaga doktor pun jaga, masa orang lain tido, doktor masih berjaga. So, anak saya sulung saya cadangkan amik medic, bukan sebab status DR tu tapi sumbangan yang diberikan oleh insan bergelar DR itu tiada taranya. Apa jawapan anak saya, dia tak mampu merealisasikan impian saya. Sekarang ni, dia hanya memilih dentistry, DR juga katanya. Saya harap kerajaan mengkaji semula “gaji” yang dibayar kepada seorang doktor tuh, biar berpadanan dengan tanggungjawab yang digalas!
saya mempunyai adik yang baru mendaftar sehari sebelum aidil adha untuk menjalani hausemanshipnya selama 2 tahun. semalam dia bercakap dengan ibu, “belum kena marah lagi dengan doktor pakar. sistem di sini lain dari yang ceq belajar di rusia. banyak kena belajar mak, mak doakan ye, ceq letih. nak tidur sat”. saya simpati padanya. Saya titipkan nasihat dan doa padanya: Tabahkan hati, redha dan ikhlaskan hati.Ingat ALLAh selalu. Banyak pahala bakal dikumpul di dalam perjalanan yang di pilih ini. berbanyak doa pada ALLAH agar doktor2 pakar simpati dan ikhlas memberi tunjuk ajar. Saya setuju dengan ustaz pendekatan agama perlu kepada doktor2 agar ampuh dlm kehidupan.
@alhan, Minta maaf Puan/Encik.
tertarik dgn ayat “dia hanya memilih dentistry”. keadaannya seperti meletakkan kerjaya sebagai Pegawai Pergigian tidak bagus dan bermanfaat jika hendak dibandingkan dengan seorang DOKTOR.
Di ruang Ustaz ini izinkan saya memberi sedikit kefahaman ttg bidang ini supaya masyarakat tidak salah pandang.
Memang jarang ada ibu bapa yg encouraged anak-anak untuk bercita2 sbg Pegawai Pergigian( my lecturer warned me for not to call the job as Dr gigi because the doctor actually not just focus on the teeth as what layman always think!)
Pegawai Pergigian juga sibuk seperti DOKTOR. Jika berlaku kemalangan dgn koyakan pada bahagian muka, a dental surgeon is the one resposible to suture it. Dental surgeon always busy since accident happened almost everyday.
Surprisely we also the one that may recognize whether you people have serious diseases such as diabetis mellitus, respiratory problem, jaundice, cancer and etc. It is just happened by looking inside ur mouth.
Be proud of your daughter/son. She is very clever enough to choose this field. Im sure he/she has her own reason. And the reason may be so special since i come into this field accidentally.
Maaf Ustaz. im not a true DOCTOR yet anyway, tegur jika salah.
if u r not enjoying what u r doing in life, anyone eventually can get ‘brain short-circuit’, not only doctors. finding a good point about why u r doing your work is essential, and easy too. just look it through the view of Islam. everyone can find for themselves some good reasons to excel in their own field.
“doctors and educators r the best daie, if only they r willing to devote in the name of Allah, for the sake of Islam..”
Abbas As-Sissiy in Ath-Thariq ilal Quluub.
if u r not enjoying what u r doing in life, anyone eventually can get ‘brain short-circuit’, not only doctors. finding a good point about why u r doing your work is essential, and easy too. just look it through the view of Islam. everyone can find for themselves some good reasons to excel in their own field.
“doctors and educators r the best daie, if only they r willing to devote in the name of Allah, for the sake of Islam..”
Abbas As-Sissiy dlm Ath-Thariq ilal Quluub.
setuju.
salam..
bukan doktor saja..
bukan nurses saja..
semua orang terlibat secara langsung dan tidak langsung..Allah, permudahkanlah kami..
p/s:ustaz, bile nak wat entry pasal nurses…ana tunggu ni.
Tertarik utk mengomen post yg dibincangkan. Cuma mengharap para doktor zaman kini (doktor muda) ikhlaskan niat keranaNya dlm melalui liku2 hidup sebagai seorang manusia yg bakal merawat dan menyembuh ummah yg sedang sakit (dan sebagainya).. Ketepikan kerakusan hati dan tinggikan martabat profesion anda di mata Nya nescaya InsyaAllah,Dia akan permudahkan haluan rezeki anda..
saya, bekas seorang doktor…
pernah bekerja bwh doktor pakar aka DG kita tu di hosp selayang…
pernah merasa pahit manis menjalani housemenship….
pernah merasa pahit maung pregnant semasa housemenship di hosp kerajaan…
kenapa saya berhenti?
bukan kerana saya tidak suka profession doktor, malah saya terlalu sayang dgn profession ini, malah ada senior2 (MO/specialist/consultant) yg mengharapkan saya join mereka esp O&G alasannya kerana saya begitu cekap dgn dealing with O&G cases.. Alhamdulillah anugerah Allah utk saya…
sebelum menjadi doktor, memang….. kita semua tahu doktor pekerjaan mulia, byk pahala jika ikhlas, byk ganjaran, kemuliaan, duit (bole la..) etc…
cuma realitinya apabila kita sendiri berada di dlm situasi sebagai seorg doktor, hanya yg menjadi doktor (esp di malaysia) yg tahu pahit manisnya…
utk adik2 yg jadi h/o – selama 2 tahun skrg
1) doktor bekerja setiap hari, isnin – ahad
2) dalam 4 bulan, hanya 9-10 hari cuti (termasuk cuti sakit akak MC) – bole bayang?
kalau terlebih hari, lena extend
3) on call – anda masuk kerja 7am hari isnin, anda akan pulang ke rumah 5pm (biasanya lebih, can up to 8pm) hari selasa, dan pastinya anda akan collapse mlm itu
4) some MO/specialist/consultant akan treat anda seolah2 anda tiada life lain, esp utk doktor yg dah berkahwin dan ada anak, sgt menyesakkan bila dpt bos mcm ni
5) akan ada ketika yg anda akan dimalukan di hadapan org ramai, seolah2 anda tidak ada maruah dan harga diri, dan boleh jadi hari itu adalah hari post call anda, dan bole jadi haritu anda ada menbuat silap lantaran tidak cukup rehat dan tidur setelah lebih 24 jam berjaga
6) mmg senang bercakap tentang islam dan niat, tetapi hakikatnya anda akan lalui tempoh-tempoh solat dlm keadaan terkejar2, solat dlm keadaan kelam kabut kerana nurse call utk CPR, solat dlm keadaan yg terlalu mengantuk kerana 36 jam tidak tidur, hanya Allah shj kekuatan yg ada ketika itu
7) saya terlalu sayang dan amat bersyukur dgn kebolehan dan kelebihan yg Allah berikan atas kecekapan bekerja sebagai seorang doktor, tapi saya tidak mampu untuk hidup sebagai seorang muslim hanya atas nama kerana solat dan keikhlasan saya utk bekerja dan berbakti semakin terhakis dek sistem kerja seorang doktor di Malaysia…
@bekas doktor, Takutnya dengar cerita.. gerun utk mempersuamikan seorang Doktor.. takut tak leh adapt dengan dia..
@bekas doktor, Boleh jadi tak STRESS itu datang kerana senior2 yang bukan dari bangsa Melayu tetapi ramainya bangsa Cina?
Maaf, bertanya shj.
@Dentist,
sepengalaman saya, bukan race yg menentukan siapa yg kejam siapa yg tidak, ada consultant & MO melayu tetapi akhlak sangat rendah, dan ada MO dan specialist bangsa lain tetapi sangat hormatkan manusia lain..
Utk nurul, pengalaman org lain mungkin berbeza drpd org lain, dan setiap yg berlaku itu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya, mungkin anda beranggapan bersuamikan seorg doktor itu tidak baik, tetapi sbnrnya byk kebaikan bagimu, wallahua’lam, doa byk2 mintak Allah tunjukan mana yg paling baik..
utk pengetahuan, saya skrg sdg sambung master di UK, dan saya tgk sistem kerja doktor di UK dan bagaimana senior2 hormatkan junior, menginsafkan… dan tambah menginsafkan kerana mereka hormatkan kita, org islam.. mudah2an Allah beri hidayah kepada mereka utk menerima cahaya Islam
@bekas doktor, im targetting to do master in UK. InsyaAllah.
@bekas doktor, saya juga mengalami apa yg bekas doktor alami, sedang menjalani housemen, tapi sampai sekarang ni masih belum habis lagi (dah 3 tahun)…minat saya makin tehakis….susah untuk saya buat keputusan, untuk tinggalkan bidang ni, terasa sayang, untuk teruskan housemen terasa janggal….
salam semua,
saya bukan seorang doktor..hanya seorang pelajar perubatan tahun 4..gerun juga bila bca komen di atas..life sbg medical student pun suffernya Allah saja yang tahu..belum lagi housemanship…mudah-mudahan dimudahkan segala urusan..
bagi saya, kajian tu ada kebenaran secara statistiknya..sebab kawan2 saya pun banyak yang kena ambil treatment kat psychi ward sepanjang pengajian..tapi kurang tepat dari segi punca atau aetiology yang dicadangkan..
kalau nak dikira tekanan dari ibu bapa, mungkin ada sahamnya tapi tak banyak…faktor individu yang memainkan lebih peranan..dari perspektif yang bagaimana seseorang tu menilai tekanan yang menghimpit..bak kata seorang HO yang saya kenal, bila jadi HO ni, memang mcm ‘kuli batak’..buat A pun salah, B pun tak kena, C pun kena marah..kadang2 tu macam tak munasabah pula..kerja sampai jadi sardin..sampai tiada lagi keikhlasan bila bertugas..bila oncall, semua pun tengok jam tiap minit..tak sabar nak balik, tapi takut nak hadapi esok..macam tu la dia cerita..
terima kasih, ustaz kerana concern ttg profesion ni..saya bersyukur walaupun harapan parents juga yang buat saya ambil medic, tapi sokongan mereka yang kuat amat ‘mencerahkan hari-hari yang mendung’ sbg student medic ni..
doktor pun manusia..walaupun tak minta, tapi reward sket2 pun kena ada supaya lebih semangat berusaha..
p/s:besar-besar saya tulis kat bilik-”when the going gets tough, only the tough gets going..”..supaya kuatkan mental skit..hehe
salam..
semalam 19/12/2008,akhbar THE STAR menyiarkan artikel yang ditulis seorang pegawai perubatan mengenai peg perubatan pelatih-houseman-ho
dalam artikel itu menceritakan perasan doktor itu megenai sikap ho baru yg tidak kompeten skrg..
adik-adik ho sekalian,harap dapatlah cr artikel itu dan membacanye..
mungkin sy silap,kebykan ho baru skrg sgt bahaya,, tp utk pengetahuan semua, bln ini kbyakan ho yg baru just report duty,kebyakannye dari lulusan luar negera,bayangkan untuk ambil darah ho baru cucuk 12 kali dan masih gagal,x tahu buat CPR, ya kami tahu mgkin sesetengah universiti tidak melatih penuntutnya ambil darah,tp disini anda perlu bljr, anda seorang dr.jd jg do harm to patient…apa yg sy harapkan anda bljr n jgn putus asa,stress mmg byk tp yg penting anda pastikan anda tidak memudaratkan pt,anda adalah first line, pt tiba2 dapat serangan severe asthma, andalah org pertama nurse akan cr,just imagine anda tidak tahu ape2,so adik2 kita berkerja sbgi satu pasukan besar,tidak kira dari mane anda bljr,yg pnting anda mnjadi safe doktor,stress mmg menjadi mslh kite tp kita jgnlah menjadikan keluarga patient dan patient menjadi stress krn kesalahan kita..hopefully u all cari and bace artikel itu..ok
@alim, saya masih gagal menjumpai artikel itu. teringin mahu membacanya. hurm…
Alhamdulillah jumpe,semalam mungkin ‘terhijab’sebentar kot. Saya kongsi dgn semua artikel itu. link di sini ya… http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/19/focus/2844878&sec=focus
@cactus277, tq 4 the acticle.
rasenye marah 2 x salah tp mesti ade batasnye kan. by d way tu sume ade benefit gak. so ho kne tabahkan hati je lah….
heee, cakap memang senang…
saya kini bakal doktor pakar,
Apa yang saya igin kongsikan bersama adalah, saya pernah didiagnos “major Depression” dalam setahun yang lepas.
Saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor semenjak dari kecil, tiada paksaan oleh ibu bapa.
Alhamdulillah saya berjaya hingga ke saat ini. Berjaya mengharungi housemanship dengan penat jerih , masih teringat lagi saya mengandung anak yang pertama , saya turun berat badan sebanyak 2kg, kerana selalu ‘skip’ makan masa mengandung. Kadang-kadang bila patient perlu resusitasi saya akan naik katil patient and mulakan resusitasi terlupa yang saya mengandung….
Dan kini setelah 8 tahun menjadi doktor,
dan pada ketika itu 3 bulan lagi untuk exam Master , saya merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri saya, rasa bosan yang amat sangat, tiada selera makan, tidur sepanjang hari tapi tak bole tidur, badan jadi letih, tak boleh tumpu perhatian pada kerja. Terus saya hubungi kawan untuk mendapatkan rawatan psikiatri.
Alhamdullillah perubahan diri kembali normal setelah 1 bulan dengan ubat dan atas izin Allah dan lulus peperiksaan master dengan cemerlang.
Sehingga kini saya masih tertanya-tanya mengapa and bagaimana saya boleh dapat “major depression”. Sedangkan saya seronok dengan kerjaya saya, saya telah bersedia untuk peperiksaan, saya sentiasa menjaga solat, cuma al-quran kadang-kala baca, kadangkala tidak. Saya tidak ada masalah dengan tempat kerja, keluarga and anak-anak. Semuanya almot perfect. Jadi MENGAPA?
Saya terima semua ini adalah ujian dari Allah untuk mendekatkan hambanya.
Jadi jangan sangka bila kita ditimpa masalah sahaja kita dapat Major Depression, ia boleh datang dengan sendiri, dan bukan kerana saya seorang doktor, Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang penting, pergi ke saluran yang betul, Doa dan segera dapatkan rawatan
@jade, salaam…jzkk atas perkongsian cerita. Depression due to hormonal imbalance for woman is normal, easily we become anger,fear,anxiety etc (syndrome pre n post menstrual). Utk pregnancy woman lg la mcm2 kan, Alhamdulillah bakal dr. pakar dpt hadapi sglnye spt ummusaif ya, sy amat kagum dgn cerita anda berdua yg sgt tabah. Smg, dgn cerita ini dpt memberi sokongan EQ dan SQ kpd kami yg bakal menerima ‘tekanan’, smg ALLAH meletakn kami semua pd tempt yg TERBAIK utk merealisasikn matlamat hidup pd memberi. ameen…~
[...] Saifulislam.Com ” Blog Archive ” Doktor Sakit Mental [...]
salam to everyone…
saya bersetuju bahawa sistem pelaksanaan program perubatan ataupun lebih mudah difahami ialah `HO training` di malaysia ini amatlah memberi tekanan and im not too much to say its really demotivating..personally i`m saying here that, i am too a house officer who just work in a northern part of malaysia last year. i know how it feels. of course u cant compare ur life earlier in yester years with recent years, time has definitely changed with all the needs and capasities. in other countries, u dont need to do HO that is entitled for 2 years(6 postings), that is torturing !the thing now is, what if i would like to do some other specialties other than these areas(in HO training)? in malaysia, we have already waste the time, the age when we only enter medical school at the age of 18, and doing HO 2 years, then only thinking to do what are the specialties that we would like to take,not to mention the MO training yet. i`ve been to india. there, the specialists are young and they can develop researches at the very young age. so who to blame now? plus, i am more depressed coz recently i just got married , and i cant transferred near to my husband whom staying in klang valley, just becuase i fall under this 2 years HO training. i mean, is that trying to release my build up pressure that i have met every single day of my long hours days? there must be something to be done in the ministry, not merely because of work related stress….
Assalamualaikum,
ustaz,bagaimana untuk saya mengatasi masalah tekanan?
Saya adalah pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah agama di Alor Setar,Kedah..saya meghadapi masalah tekanan sejak saya mula berpindah ke sekolah ini pada tahun lepas.Pada waktu yang sama,saya hampir-hampir dimasukkan di bahagian psikiatri.perkara ini berlaku atas sikap saya yang suka duduk bersendirian,tidak suka bergaul dengan orang,suka memendam masalah yang saya hadapi dan banyak lagi..Sebelum saya menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama(SMRA)pada tahun yang sama,saya menghadapi banyak tekanan sehingga menyebabkan saya ingin membunuh diri sendiri..Saya juga telah dibawa oleh kedua ibu bapa saya untuk berubat..saya dibawa berubat kerana saya menghadapi sesak nafas ketika tidur.saya tidak sedar atas perkara yang berlaku itu..setelah lama berubat,saya pulih seperti biasa pada bulan 2 tahun ini..sekarang ini,saya masih menuntut di sekolah yang sama. saya kini bakal menduduki peperiksan SPM..Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali keatas diri saya..tetapi apa yang berlaku lebih teruk daripada ini.saya masih lagi dalam keadaan tekanan.Di sekolah,saya hanya bersendirian..saya tidak bergaul dengan rakan sekelas saya kerana kami hanya ada 3 orang perempun termasuk saya & 14 orang lelaki..saya tidak bergaul dengan 2 orang lagi rakan saya kerana mereka terlalu rapat sejak dari tingkatan 1 lagi..saya mula rasa terpinggir..Sehingga kini saya lebih suka bersendirian..saya suka dengan keadaan yang sunyi sepi..saya juga suka menyelesaikan masalah secara berseorangan.. Ustaz,bantulah saya..sebenarnya banyak lagi perkara yang saya hadapi sejak saya di sekolah rendah lagi.InsyaAllah.. nantilah saya akan ceritakan kapada ustaz lagi…Saya berharap,ustaz dapat memberi nasihat yang berguna kepada saya..
Wassalam……
sy kurang setuju dgn perenggan terakhir. sungguh sy ada seorg kawan perempuan yg sudah ditahun ke-4 pengajiannya dlm bidang medic; namun masih lg menyalahkan parentnya kerana dulunya dia seolah2 dipaksa oleh mereka utk memilih bidang medic. dia cuba juga mghabiskan pengajiannya kerana sudah tdk boleh mengundur masa. jadi sy rs apa yg ditulis dlm akhbar itu bukan sekadar tuduhan yg membuta, tetapi berdasarkan kajian atau obsevation yg mgkin kurang menyeluruh dan kurang tepat, namun sedikit sebanyak ada kebenarannya.
slm, sy hny ingin bkongsi cerita which related indirectly to the topic. Sy pljr master dlm bdg pddkn sc, su spm d sklh. Tknn kerja & rumahtangga selalu buat saya hopeless, tp sy suka melihat seorg psyarah(DR, PHD) yg hidupnya happy go lucky(menjadi dekan ketika itu, byk terbitkan jurnal penyeledikan) & selalu menceriakan kami. 1 day sy tny, dgn kesibukan kerja & keperluan rumahtangga, bgmn dia dpt mjalani hidup yg gembira. “u must enjoy & sincere in what u r doing”. Senyumannya masih sy ingat, begitu ikhlas. Sbgmn ia mberikn sy inspirasi, sy hrp ia mberikn manfaat kpd yg lain.