Sudah dua tahun saya tidak terbabit mengendalikan kursus secara residential.
Semenjak meninggalkan Fitrah Perkasa, saya hanya mengisi program-program yang dianjurkan oleh pihak lain, yang ada kalanya sekadar satu atau dua sesi dalam satu hari. Ia tidak pernah menjadi masalah kepada saya.

Namun kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) baru-baru ini mengembalikan sindrom pos ceramah saya.
Keletihan yang bagai tidak dapat dipulihkan, saya menjadi begitu tidak bermaya untuk ke sana sini. Tambahan pula, selepas empat hari berturut-turut saya tidur sekadar dua tiga jam, saya dikejutkan tatkala tiba ke rumah usai kem HIJRI, bahawa rupa-rupanya saya dijadualkan berceramah di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan WP Kuala Lumpur pada pagi berikutnya.
Subhanallah.
Terdesaklah saya untuk tidak melayan rasa letih yang bersangatan ketika itu, dan menyambung kerja hingga lewat malam untuk menyiapkan slide.
Dari satu sudut yang lain, saya terasa benar betapa pemilihan bidang latihan dan motivasi sebagai kerjaya adalah pilihan paling bermakna. Dalam keadaan yang letih dan separuh sihat, saya masih bersemangat untuk melakukannya, tidak seperti satu dua kerja lain yang pernah dilakukan sebelum ini.
Justeru, hingga ke petang ini, saya belum mampu untuk mengusahakan sinergi di antara tangan dan minda. Artikel baru belum dapat ditulis kerana sentiasa menguap sambil memasak, mengemas rumah dan melayan tiga hero heroin di rumah, di sisi Ummi mereka yang ‘separuh nyawa’ melayan alahan berbadan dua.
Sakit bersalin, tiada tolok bandingnya.
Namun mujahadah mental, fizikal, emosional dan spiritual seorang suami semasa menyokong isteri pada trimester pertama, juga menjadi suatu ujian yang mesti ditempuh dengan penuh mawaddah dan rahmah.
Eloklah demi mengelakkan pembaca tertunggu-tunggu, saya kongsikan foto-foto yang dirakam semasa Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) 1430 yang lalu.
Selamat menafsir…
[imgset:72157611482670852,thumbnail,true]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Tak tau nak bagitau camana?
Tapi kesian sesangat kt hubby. Ummi akan cuba tolong mana termampu. Walau bagaimanapun, terima kasih sayang kerana sangat memahami dan supportive.
Mawaddah wa Rahmah.
-Ummusaif
@Ummusaif, selagi hayat dikandung badan….
InshaAllah, di masa akan datang akan ada lebih ramai mengikut jejak langkah akhi, seterusnya bersama meringankan usaha menggerakkan pemikiran ummah.
Jangan risau, arkib ustaz yang ada ni pun belum semua saya habis baca, dan saya percaya pelawat-pelawat yang lain pun kebanyakannya. Pulangkanlah masa yang dicuri dari anak-anak dan isteri, sesungguhnya mereka lebih sepatutnya memiliki ustaz. =)
@Leokid, ana tidak mencuri masa anak-anak dan isteri, jika masa itu digunakan untuk kewajipan. sebaliknya ‘kecurian’ hanya berlaku kalau masa disesiakan untuk benda-benda yang tidak bersangkut dengan iman dan amal
ia sekadar pengagihan masa, bukan kecurian
Moga saya juga dikurniakan keluarga yang memahami kepentingan berkerja untuk Islam. Keluarga yang memahami, anak-anak dan isteri yang saling faham akan peranan masing-masing, sama-sama memberi dan berkorban di jalan Allah – alangkah indahnya baitul Muslim yang terbina!
Tapi sebelum sampai part baitul Muslim, part individu Muslim kena mantap dulu! yOsh!! =p
Akak yang sekadar jadi pegawai pengiring pelajar untuk aktiviti hiking and/or camping tanpa memberi ceramah berat2 cuma bagi tazkirah2 je pun kalau program 3 hari 2 malam, seminggu ‘qadho’ tidur dan rehat plus sakit2 badan. Terasa benar tak ‘fit’ nya dibandingkan dengan pelajar2 tuh.
@Kak Ija, Ehh kak ija ade ye? Yang mana ye dlm gambor?
@ro ya alip dhod, akak takde dalam gambo sebab dah pengsan le tu
@ro ya alip dhod, kalau Kak Ija ada, ana pun nak pastikan yang mana satu
ni mesti sebab letih berulang Putra Jaya ke Sungai Buloh ni
@Abu Saif, Statement kak ija tu seolah2 dia turut serta dalam Kem ni. Mungkin kak ija maksudkan kem lain.
@ro ya alip dhod,
your statement is completely correct ya akhi.
Akak memang maksudkan kem-kem yang akak jadi pegawai pengiring kepada pelajar, jadi fasi, jadi penceramah.
Jadi penceramah paling ok sebab tidur kat resort sekurang2nya, tapi bila jadi peg. pengiring terpaksalah tidur mengereng dalam khemah. Seronok tapi penat sesampai di rumah.
Memang setiap program yang ustaz attend akak rasa seolah2 turut serta…
@Kak Ija, ops, sori, ralat
memang setiap program yang ustaz BERI CERAMAH akak seolah2 turut serta…
Ustaz,
Secara praktis; saya melalui banyak juga perkara –
nenek, ibu, “tauke”, “presenter”, prinsipal, boss, anak (1 bulan sekali drive balik kampung 9 jam purata); isteri; majikan; pengurus projek;
memang yang akan mendatangkan ketenangan pada Roh adalah perkara remeh ;
- memasak untuk suami anak-anak
- menghantar anak ke sekolah pukul 6.30 pagi dan bersabar dengan kerenah pemandu di Malaysia!
- mencuri masa memandu balik kampung dalam tekanan dan kesibukan; lalu mencium tangan,wajah ibu bapa, dan memeluknya; memohon doanya…
- mencuci tandas di pejabat pada pagi isnin
- sabar bila staf buat presentation penting “sub-standard”..
dan begitu-begitu lah yang menjadi ubat keletihan “rohani”
Untuk “jasmani” – Makan habbatusauda.. dan niatkan muga Allah berikan kesihatan..kesabaran dan secebis dari keupayaanNYA melaksanakan sesuatu..
semoga bermanfaat.
Wallahualam
@ummu_alya, terima kasih atas perkongsian.
Assalamualaikum…
Ana ingin tahu apa pendorong yang boleh ustaz beramal semaksima mungkin dalam keadaan penat lelah?
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Salam..
Ana baru habis juga menguruskan satu program..sebagaimana y ust urus..cuma bajetnya agak kecil..bersesuaian dengan pesertanya adalah anak pesawah dan petani..
ditanya oleh seorang EXCO kerajaan kedah semsa majlis penutup..nta tak letih ka??.
Bohong la kalau tak letih..namun bila dah bercinta dengan bidang ini..minat yang amat mendalam..dari satu program ke satu program..pelbagai pengalaman baru serta pelbagai modul baru di cipta..yang semua itu mencabar otak.. maka ana katakan TIDAK untuk meninggalkannya..cuma menjadi sasaran ana..penambahbaikkan pada kualaiti pengisian harus dipertingkatkan..
Apapun tahniah pada ustaz..masih mampu update aktvti..ana sekurangnya masih berhutang 6 artikel yang perlu ditulis… tapi bila berhutang dgn diri sendiri..maka lambatlah bayarnya..
@Ustaz Nazmi, wsalam wbt.
Ya, ternyata ustaz lebih komited dengan program sebegini. Ana dan rakan, baru sahaja menceburinya. Bajet kami juga tidak besar kerana program yang diadakan menelan belanja yang besar. Tambahan pula 14 peserta membatalkan penyertaan tanpa pemberitahuan, dan kami harus membayarnya juga kepada pihak kem.
Tapi cabaran-cabaran yang ada, semuanya menambah lagi minat dan kesungguhan.
Itulah kuasa CINTA
salam ya ustaz..
moga Allah mempermudahkan jalan dakwah usataz jua jalan kasih sayang bersama keluarga..
Pengorbanan yang tiada kenal erti penat jemu pasti menjanjikan hadiah yang tiada tolok banding,lebih2 lagi daripada Yang Maha Kuasa lagi Perkasa.
ustaz,
agak2 ada tak program untuk student universiti?lagi2 kat kuantan Pahang n.ana student UIAM, Kampus Kuantan
Teringin nak join,ana yakin sahabat-sahabat ana pun ramai yang berminat..
Mohon perhatian ustaz yang sibuk lagi prihatin.
@mS_unGu, wsalam wbt. aturkan program, hulurkan jemputan, insya Allah kami berusaha untuk tunaikan
@Abu Saif,
alhamdulillah…syukur tak terhingga pada yang Khaliq.rezeki ana dapat reply ustaz.
sekadar pertanyaan lanjut..macam mana ana nak berhubung untuk perbincangan lanjut berkenaan masa,tempat dan sebagainya..
syukran in advanced ya ustaz:)
salam,
tahniah ustaz.sy kagum dgn ustaz.
moga apa yang kita lakukan akan beroleh keberkatanNya. Moga terus sukses
salam ustaz,
pertama nak bgtau ustaz merupakan mentor saya..kalau saya nak cari semangat yang hilang saya akan baca entri ustaz..i.Allah semangat saya pulih kembali..
saya rasa pejuang seperti ustaz yang senantiasa memberi tanpa kenal erti penat lelah ini memerlukan food suplement yang boleh memberi energi tambahan kepada ustaz..
boleh ustaz kongsi apa yang ustaz makan atau amalkan untuk tenaga tambahan kepada ustaz?
salam…
Pertama Tahniah atas usaha murni ke atas generasi Islam. InsyaAllah kebaikan itu pasti ada ganjaran menunggunya. (cemburu dgn amal Jariyah saudara)
sudah lama meneliti nukilan didalam blog ini, kekadang tertarik dgn kelembutan bahasa dan pendekatan penulisannya.
Saya suka berkongsi suatu soalan:
apakah masalah utama kaum muslimin hari ini? apakah masalah kaum muslimin sehingga dari semuda2 belia hingga peringkat profesional perlukan bimbingan dan motivasi pedoman hidup. Terkurang apakah Islam sehingga umatnya mesti diajar pemahaman akidah dan panduan hidup?
Sedangkan Islam sesyumul agama, sekaffah ajaran.
saudara yang dihormati, saya cadangkan agar tumpuan fokus dakwah kepada akidah dan syariat; maksudnya menjelaskan kpd masyarakat bhw Islam itu agama akidah dan sistem kehidupan. Bagaimana akidah Islam yg sebenarnya, bagaimana perbuatan-perbuatan kita terikat dengan akidah, bagaimana akidah memancarkan keterikatan dgn hukum syarak. kaitkan segala tindak tanduk umat dengan akidah islam dan peraturan Islam.
sesungguhnya, masalah utama kita ialah hilangnya Daulah Islam yang menjadi payung naungan semua sistem Islam bernaung, dibawahnya masyarakat Islam akan menjadi satu dalam perasaannya, pemikirannya dan cara hidupnya. Landasan utama umat Islam ialah ketawqaan Individu dan sebuah institusi Islam. Tanpanya, umat akan kelihatan seperti hari ini. segala aspek hidup longgar dan jauh dari Islam. Malah tidak mengenal hukum pun akibat dari sistem hidup yang tidak mengajar pemahaman Islam.
Kehilangan Islam dari benak pemikiran kaum muslimin inilah yg sepatutnya menjadi agenda dakwah. Umat mesti disuntik dengan tsaqafah islamiyah dan kefahaman ini seharusnya menjadi patokan ke dalam seluruh tingkah lakunya.
membangkitkan umat agar mengenal daulah Islam dan seterusnya berusaha kearah mencapainya, inilh yang sepatutnya prioriti dakwah. hanya dengan penerapan Islam secara menyeluruh (bukan individu2, bukan sekitar akhlak semata, motivasi semata, hati bersih semata) umat akan bangkit menjadi fitrah asalnya sebagai umat terbaik.
@izzah, apakata mulakan dengan diri sendiri… keluarga akan terkesan, masyarakat dan seluruhnya..
wallahualam
menarik saja tgk gambar-gambar program tu…
bila ustaz nak buat kat ‘orang dewasa’ sikit?
range umur 18-25 ka…
ok juga tu…
Salam ustaz,
. Salam juang buat ustaz, ummu saif serta team STC.
Tahniah buat ustaz & team stc kerana berjaya menjayakan program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak ustaz serta team yang terlibat, dengan penuh dedikasi. Walaupun tak turut serta, tapi terbau-bau harum mewangi semangat juang untuk mendidik anak bangsa. ‘Jeles’ jugak la tengok gambar-gambar tu.
~yang baik berterusan~