Entah Apa Pengajarannya

On 26/12/2008, in Teladan Hidup, by Abu Saif | 4,258 views | Print Print | Email Email |

Warning: array_map() [function.array-map]: Argument #2 should be an array in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 287

Warning: join() [function.join]: Invalid arguments passed in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 27

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 54

“Jemputlah datang ke surau dekat rumah ana tu. Malam ni Ustaz Hasrizal bagi kuliah Maghrib,” kata teman saya kepada rakan-rakannya.

“Oh, betul ke? Mesti Ustaz Hasrizal akan cakap tentang Michael Jackson!” kata mereka.

“Aik, kenapa pula?” tanya teman saya itu. Kehairanan.

“Laaa… anta tak baca ke blog dia? Ustaz Hasrizal dah Islamkan Michael Jackson,” beriya-iya mereka menjelaskannya.

“Apaaa?” teman saya ternganga.

Beliau pening kepala.

Saya pun nyaris pitam dibuatnya.

Tatkala kisah pelik di atas disampaikan kepada saya, berbintang-bintang kepala saya memikirkannya.

“Apa kata mereka lagi?” saya bertanya kepada teman yang bercerita itu tadi.

“Kata mereka, Michael Jackson nak kahwin dengan orang Malaysia. Sebab itu ustaz Islamkan dia!” beritahu dia kepada saya.

Subhanallah…

sio-michael

Entri yang menjadi punca salah faham

Saya tidak dapat membayangkan sesuatu yang ditulis dengan begitu terang dan nyata, boleh disalah baca sedemikian rupa. Malah kalau tulisan saya mengelirukan sekali pun, logikkah saya mengIslamkan Michael Jackson, dan ia hanya tersiar di blog saifulislam.com, tidak di Buletin Utama TV3 atau sekurang-kurangnya di rancangan Melodi?

Saya tidak tahu apa moral cerita ini. Sekadar berkongsi catatan ringkas dalam kesibukan harian yang menjadi-jadi kebelakangan ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

No related posts.

 

28 Responses to “Entah Apa Pengajarannya”

  1. ekramhakim says:

    macam2…eheheh~

  2. rdhanz says:

    Kena letak ‘P.s.’ kot lepas artikel tu. Kena bagitahu yang terlibat dalam artikel tersebut adalah dua insan yang berbeza, tapi nama yang sama.

    Antara perkara yang sukar untuk ditangani ialah khabar yang bergerak di sebalik angin. Nak tangkap tak nampak, kalau biar melarat.

    • shirayuki mai~ says:

      @rdhanz, saya rasa tak perlulah letak “P.s” dah terang nyata apa maksud cerita ustaz..
      sabar yer ustaz, kadang tu orang salah faham…maybe dugaan buat ustaz?

      p/s: hopefully bintang2 yang ustaz nampak tuh memberikan seribu semangat buat ustaz =) semangat ustaz..!!

  3. beliamuda says:

    Kalau baca keseleruhan psoting tu, tak de lah salah faham. Ni mesti kes baca tajuk, lepas tu, baca intro sikit, terus excited. Naya2

  4. ibnu rifi says:

    ha..ha..ha.. malang sungguh mamat tu

  5. mudin001 says:

    Nak kata baca tajuk saja pun… tahu juga Michael nak kahwin rakyat Malaysia.

    Entahlah…

    :)

  6. faisal says:

    salam ustaz..
    ha..ha…lawak la ustaz…

  7. Ahmad Attaluki says:

    Salam,

    Gamaknya byk berita di akhbar melalut sebab wartawannya begitu. Tapi tak masuk akhbar pulak yang ni ye.

    p/s: pertukaran identiti syyy

  8. lonsaa says:

    Baca lompat-lompat ni..tak baca artikel dari awal sampai akhir..sebab tu salah faham kot

  9. kelawarHijau says:

    Ahaha.. Lawaknye..

    Agaknya SIO ni dah dijadikan sumber berita lebih utama dari TV3 dan HarakahDaily kot.

    Orang yang berhempas pulas bertamrin pun sempat lagi bukak internet, tahu cerita Mikael Jackson masuk Islam.

    Adoih..

  10. wargadunia says:

    moral cerita ni: 1.ada orang yang nakkan ilmu dan maklumat tetapi sangat malas membaca.
    2. Penulis maklumat yang hendak mencari sensasi pada maklumatnya.

  11. Dr FiFi says:

    HeHe… LuCu..

  12. Pure says:

    Saya sempat singgah dan commented didalam blog tu.Mereka faham mana satu Micheal Jackson yg penulis maksudkan….

    Mereka gembira Micheal kembali ke alam fitrah so,mereka comment …cuba pi rujuk blog tu.

    Saya cuma menunggu “Jacko” keluar di TV3 mengucap Khalimah…agar semua org berpuas hati.

  13. fadhli says:

    salams, ni lah kot orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar. Kot-kot ada la dikalangan blog-blog lain @ terdengar berita macam ni (salah maklumat), jom kita tolong forwardkan pos ustaz tu. Ok?

  14. Ustaz Nazmi says:

    yang ditulis yang tersirat lagi tersurat.. tapi yang di faham yang tersarit pulak..

  15. bintu yahaya says:

    ermmm…saya rasa mamat tue saja nak provok ja tue… ataupun memang dia tak faham apa yang dibaca… macam-macam fe’el manusia nie…

  16. yusrina says:

    hehehe… lawak2.. mula2 baca pun terkejut.. bila dah habis baca tergelak… hehehe…

  17. tulin says:

    nilah masalahnya..

    benda yg dah jelas.. di tambah perisa.
    benda yg tak jelas.. jadi rojak la jawabnya.

  18. Nice2knowU says:

    kebetulan..kerana pada ketika posting tersebut disiarkan, heboh satu dunia berita Michael Jackson memeluk Islam…saya yang baca tajuk pun dah terkejut…
    ..nway, tak sangka orng sebegitu jauh pun boleh kembali ke pangkal jalan, apatah lagi kita..

  19. zhafran says:

    Moral of the story:

    -Baca artikel betul2
    -Gunakan logik akal
    -Jangan menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan sumber dan kesahihannya

    http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/

  20. ayu says:

    lawak la..

  21. fathatulain says:

    tu tandanya org itu x bc smpai habis..huuhu moral of da story, bcla smpai habis,ceritanye barula jelas .,hehe

  22. ??????? says:

    ?? ????? ??????? ?????????? ? ???????? ?????? ????? ?????? ? ?? ????? ?????? :)

  23. zarul says:

    tidak perlu terkejut. sememangnya artikel yg lepas bisa menjerumus kpd salah faham. ianya seperti teknik flash back pada satu kisah (walhal ianya dua kisah yg berbeza). sesiapa yg membaca scr cepat dan terlepas pandang perenggan pendek dibawah gambar wajah MJ itu sudah pasti akan tersalah sangka. sememangnya ramai org yg akan membaca secara skimming apb sesuatu bahan ditulis scr averagenya 7-8 perkataan dlm satu baris. tendency utk scroll down ke bwh scr cepat mmg tinggi dan tertinggal key point dlm tulisan adalah perkara normal; kecuali bg mereka yg betul2 berminat mencari sesuatu dlm tulisan tersebut.

Leave a Reply