Pena Jasa Pena Binasa

December 28th, 2008 by Abu Saif 8:04 pm | 3,842 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Sudah berkali-kali ana hantar, tapi tidak disiarkan lagi. Mungkin angin Malaysia semasa hanya melayan bahan siasah semata,” saya mengeluh. 

Semenjak reformasi melanda Malaysia pada akhir 1998, akhbar Harakah sudah tidak banyak memberi ruang kepada artikel-artikel yang tidak berkaitan dengan politik. Jika ketika itu, banyak hasil mahsul tulisan saya diterbitkan secara bersiri di Harakah ketika itu, khususnya yang berkaitan denga kajian Sejarah Islam, angin reformasi mendesak saya untuk mencari jalan lain.

Sudah menjadi kebiasaan saya menulis.

Tersiar atau tidak tersiar di mana-mana, saya terus menulis.

1316

Kesan daripada perubahan Harakah ketika itu, dan kematian satu demi satu majalah Islamik yang dihukum bunuh oleh KDN, akhirnya, saya bertemu dengan cara saya sendiri. Tanpa perlu lagi bergantung kepada jentera penerbitan lain, saya bisa menyampaikan hasil tulisan melalui halaman web.

Lalu lahirlah halaman web peribadi saya yang pertama, dengan menggunakan TRIPOD sebagai hos pertama. 

KEMUNCULAN INTERNET

Mungkin hampir tiada siapa yang mampu membayangkan ketika itu, betapa internet mengubah tatacara manusia menulis dan menyebarkan ilmu serta maklumat. Jika di suatu ketika, tulisan hanya dapat bertemu massa, setelah menempuh proses saringan editorial, kini siapa sahaja boleh menyampaikan apa sahaja, tanpa batasan.

Dari era halaman web peribadi kepada blog, penyebaran maklumat sudah hilang saringan, batasan dan halangan.

Itulah penangan internet.

PENA DAN PENULISAN

68_1

“Nuun. Demi Pena dan (demi) apa yang mereka tuliskan” [al-Qalam 68: 1]

Apabila Allah Subhanahu wa Taala bersumpah dengan sesuatu di dalam al-Quran, konotasinya adalah pada kebesaran, kepentingan dan keutamaan yang ada pada subjek sumpah tersebut.

Pena dan apa yang ditulis oleh pena, diungkap oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran dengan huruf wau al-qasam adalah untuk memahamkan kepada kita akan besarnya impak hasil pena, di langit dan bumi seluruhnya. Pena bertindak mencatat ilmu pengetahuan silam, semasa dan selama-lamanya. Justeru pena dan hasil kerja pena disumpah oleh Allah Subhanahu wa Taala  dengan menonjolkan kebesaran itu.

inkwell

Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Ibn Abbas, beliau berkata: << Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah adalah al-qalam (pena). Allah berkata (kepada pena): Tulislah! Ia menjawab dengan berkata: Apakah yang aku perlu tulis? Allah menjawab: Tulislah ketentuan-Ku (al-Qadr). Lalu (di atas ketentuan itulah) berlangsungnya segala apa yang berlaku semenjak itu hinggalah berlakunya Qiamat. Lalu Allah menciptakan Nun>> iaitu bekas dakwat.

Pena jugalah wasilah yang dimuliakan Allah sebagai alat untuk mengajar manusia segala yang diperlukannya tentang kehidupan. Justeru Allah SWT ungkapkan di dalam al-Quran firman berikut:

96_3-5

Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. [al-'Alaq 96: 3-5]

Pena itulah simbol ilmu, kemuliaan dan penyebarannya zaman berzaman. Ilmu yang mengangkat umat Islam menjadi umat terbaik, hingga legasinya menjadi justifikasi paling terang dan nyata tentang hakikat Islam sebagai rahmat buat sekalian alam.

KESAN PENULISAN

Namun di era ilmu-ilmu Islam dibukukan, timbul isu yang menjadi kebimbangan umat ketika itu.

Bangsa Arab yang terkenal dengan bakat memori mereka yang sangat tajam dalam menerima, merekod dan seterusnya menyampaikan ilmu dari satu generasi ke satu generasi, khuatir dengan kesan ilmu ditulis. Bimbang kalau-kalau penghasilan hasil tulisan akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada hafalan lantas mengundang kemerosotan pada upaya memori kaum Muslim Arab yang istimewa ini.

s0105

Tidak susah untuk kita faham akan kerisauan ini. Semenjak setiap kita memiliki telefon bimbit sendiri, tanyalah setiap diri, berapakah jumlah nombor telefon yang kita hafal? Tanyalah besar mana musibahnya apabila seseorang kehilangan semua nombor kenalannya akibat kehilangan atau kerosakan telefon bimbit. Saya yakin, kita senada dalam memberikan jawapan kepada persoalan ini.

Namun, dek mudarat yang lebih besar pada kehilangan ilmu, berbanding manfaat mengekalkan malakah daya memori pemikul amanah ilmu, maka idea membukukan ilmu Hadith dan ilmu-ilmu Islam yang lain diterima sepenuhnya. Hingga ke hari ini, hasil ijtihad ummah di era Abbasiyyah itu telah sangat membantu untuk legasi Islam tiba kepada kita dengan sejahtera. Itulah manfaat pena dan hasil kerjanya.

BAIK BURUK

Pena dan penulisan terus menjadi medium penyebaran ilmu zaman berzaman. Penerbitan buku, akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam konteks ini.

Akan tetapi, sejajar dengan perkembangan pengetahuan dan kemahiran manusia, akhirnya wasilah berhubung sesama mereka mencapai kemuncaknya apabila tiada lagi sempadan yang membataskan. Segalanya terpulang kepada sejauh mana kita mahu menggunakannya.

“Kamu telefon balik pukul lima ya. Aku beritahu pada Pak Leman,” kata Pak Abu kepada pemanggil dari kota yang menggunakan telefon awam di hadapan rumahnya untuk bercakap dengan keluarga di kampung.

Ketika itu, telefon awam menjadi sesuatu yang amat diperlukan di sebuah kampung. Sesiapa yang rumahnya dikurniakan pemasangan telefon awam berdekatan, secara rasminya terlantiklah ia sebagai operator perhubungan buat jiran tetangga. Mengangkat telefon awam yang berdering, adalah suatu pemandangan biasa.

Kepantasan perkembangan teknologi maklumat menjadikan kaedah manusia berinteraksi semakin canggih.

Ia bukan sahaja membabitkan soal komunikasi, malah penyebaran ilmu pengetahuan juga menjadi semakin hebat… tiada batasan.

Pena dan penulisan bukan lagi pena bulu ayam, atau kertas, tetapi berpindah kepada peralatan menulis secanggih komputer berkuasa tinggi, dan hasil tulisan di blog yang mencecah jutaan di seluruh dunia. Apa sahaja yang ditulis dari sebuah bilik yang paling tersorok di hujung dunia, boleh dibaca di mana sahaja, tersebar luas tanpa sempadan.

TANPA BATASAN TANPA SEMPADAN

Baguskah perkembangan ini?

Tentu sahaja dengan pantas kita menjawab, ia suatu pencapaian. Suatu kebagusan. Nikmat yang luar biasa.

Bayangkan sahaja, proses untuk menganalisa kedudukan hadith (takhreej al-Hadith) yang memakan masa berbulan-bulan, dan memerlukan kepada sejumlah kitab yang memenuhi meja, kini boleh dilakukan sepantas seminit dua, di hujung jari.

Kenangkan sahaja, berita terkini dari Malaysia, masih dianggap terkini selepas seminggu, apabila naskhah akhbar yang dipos tiba ke destinasi-destinasi di luar negara pada era pertengahan 90′an. Kini, berita bukan sahaja boleh dibaca di mana sahaja, malah RSS Feed menjadikan setiap perkembangan terkini terus dikesan pada hitungan saat.

Fikirkan sahaja, tidak mudah pada suatu ketika untuk seseorang menjadi penulis. Fikirannya perlu ada isi, tulisannya perlu ada kualiti, agar angkatan editorial berpuas hati dan penyiarannya dipersetujui. Namun hasil perkembangan pena dan apa yang terhasil dari kerja pena, menjadikan setiap individu mempunyai ‘majalah’, ‘akhbar’ malah ‘televisyen’nya sendiri. Penghasilan blog menjadikan sesiapa sahaja boleh menulis apa sahaja, bila-bila, di mana-mana sahaja. 

KESAN DAN AKIBAT

Pasti, inilah semua yang diinginkan oleh kita sedekad yang lalu.

Kesusahan untuk mencari ilmu dan maklumat, tidak lagi menjadi suatu isu.

Akan tetapi, ketika segala-galanya berada di hujung jari, kita berdepan dengan kemerosotan yang tidak dijangka.

Selama ini kita merungut tentang kesusahan mencari ilmu. Tetapi kesusahan itu rupa-rupanya mempunyai peranan yang tersendiri.

Ketika sulit bagi masyarakat untuk mencari hukum hakam agama, sekumpulan manusia dihantar secara khusus untuk mendalami disiplin ilmu agama. Langkah bermula dengan mengenal Bahasa Arab sebagai wasilah memahami. Diikuti dengan pengenalan kepada Tasawur Islam bagi melihat sepintas lalu gambaran tentang keseluruhan gagasan ilmu Islam. Seterusnya pelajaran bermula dengan mengenali ilmu Usul al-Fiqh  dan Mustalahat al-Hadith sebagai asas untuk memahami bagaimana nas yang mentah menghasilkan hukum yang sedia diguna pakai. Begitu juga dengan persoalan yang mencabar berkaitan dengan Aqidah seperti fahaman Syiah, Mu’tazilah, Wahdatul Wujud dan Falsafah Plato vs. Islam, disentuh selepas seorang penuntut ilmu kenal erti dan maksud Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Sebelum ayat al-Quran ditafsir, peserta kenal akan ilmu-ilmu asas Tafsir seperti ayat Makki dan Madani, Asbab al-Nuzul dan sebagainya.

Sebelum persoalan berkaitan dengan halal haram suatu transaksi kewangan diputuskan, pelajar kenal terlebih dahulu asas-asas kewangan Islam, di mana halalnya jual beli, di mana haramnya riba.

Sebelum persoalan kahwin Mut’ah dan Misyar serta penceraian secara sms diperkatakan, pelajar telah terlebih dahulu bersusah payah memahami asas-asas munakahat dan pelbagai perbahasan ulama dalam menyusun akta-akta keluarga Islam.

Ya, segalanya bertertib. Dan tertib itu mentertibkan kefahaman.

Tetapi apabila segala ilmu tersiar di alam siber, boleh diakses oleh sesiapa sahaja, maka ketertiban itu hilang.

CACA MERBA

Seorang pelajar kejuruteraan yang berpemikiran secara evidence-based practice, terus jatuh hati dengan ilmu hadith yang merupakan orientasi evidence-based practice. Tanpa ketertiban disiplin ilmu Islam, pelajar kejuruteraan itu tidak melengkapkan dirinya dengan ilmu Usul al-Fiqh untuk berinteraksi dengan hadith, tidak mempelajari dan menganalisa Tarikh Tasy’ri Islami untuk memahami perkembangan ilmu fiqh Islam, lantas akhirnya mencetuskan hasil fikiran yang keras jegang menghentam praktis massa.

Dan pemikiran yang keras kaku itu ditulis. Diblog. Tersebar. Dan terjadilah apa yang terjadi.

Seorang pengunjung tetap laman-laman web yang Islamik, terserempak dengan perbahasan tentang kedudukan Ibnu Ishaq sebagai sumber maklumat penting buat Ibn Hisyam di dalam rakaman Sirah Nabawi. Perbahasan itu melontarkan idea bahawa Ibnu Ishaq adalah seorang yang beraliran Syiah. Lalu, tanpa pengetahuan yang komprehensif tentang Syiah pada aqidah, fiqh dan siasahnya, tanpa mengetahui perbezaan di antara muhaddith, akhbari dan qassas, beliau larut dalam perbahasan yang mengelirukan itu hingga timbul syak wasangka pada dirinya, di manakah asas kesahihan segala yang beliau baca dan tahu selama ini tentang Sirah Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Kekeliruan itu dicatat. Diblog. Tersebar. Dan terjadilah apa yang terjadi.

2801

Lebih malang lagi, seorang Muslim yang tidak pernah dibesarkan sebagai Muslim, dibenci ibu bapa dan membenci ibu bapa, rosak pemikiran dan rosak pandangannya terhadap kehidupan, dalam serba kejahilan tentang Islam, tertekan dengan usaha pihak-pihak yang kononnya cuba membimbing beliau kembali ke pangkal jalan. Tekanan yang dikenakan mereka, menjadikannya bukan sahaja benci kepada mereka, malah kepada Islam yang tidak difahami atau diketahuinya itu. Bahasa murtad, bahasa caci,  bahasa bangsat, bahasa keji… segalanya dimuntahkah sesuka hati.

Segala dendam, kebencian dan kekeliruan itu dicatat. Diblog. Tersebar. Dan terjadilah apa yang terjadi.

Lebih menyedihkan, kesemua ‘penulis bermasalah’ ini, sukar untuk dibantu kerana mereka tidak tahu mengapa mereka tidak tahu. Mereka tidak tahu mengapa mereka sukar hendak tahu. Segala ketertiban yang mengiringi ‘batasan-batasan semulajadi’  pada pena dan penulisan selama ini, hilang sama sekali.

Maklumat makin banyak, ilmu makin terbuka di mana-mana. Tetapi masyarakat semakin jahil. Bukan jahil kerana tidak tahu. Jahil kerana segala yang diketahui, tidak menjawab persoalan, tidak menyelesaikan masalah, malah memberanakkan lagi masalah-masalah baru yang rumit.

Makin banyak ilmu, manusia jadi semakin keliru, semakin dungu.

TANDA AKHIR ZAMAN

Lalu, pena bukan lagi simbol kebaikan. Pena jadi simbol kehancuran.

hadith-zuhur-alqalam

“Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)” [Hadith riwayat Ahmad]

Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, hati berasa gundah dengan kebinasaan yang datang beriringan.

Bertaqwalah kepada Allah, wahai penulis wahai pembaca…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

No related posts.

Advertisement

24 comments

  1. hamba Allah says:

    seperti ingin belajar tentang sesuatu penyakit medis tanpa mengetahui anatomy,histology,physiology dan pathology tubuh badan manusia….

  2. Leokid says:

    I sent an email to my loved one, just the other day,
    It’s sad communication has evolved this way.

    We use so many words but have so little to relay,
    as angels scribble down every letter that we say.
    All the viral attachments sent and passionate insults we vent
    It’s easy to be arrogant behind user passwords we invent.

    But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
    When we read our accounts, I know, for one, I’ll be afraid.
    That day – I’ll be so afraid to read..

    (Afraid To Read – Dawud Wharnsby Ali)

    Kadang-kadang kita tidak sedar, apa yang kita ucapkan, apa yang kita nukilkan, rupanya memberi kesan yang sangat besar kepada orang lain. Apatah lagi kepada diri kita di akhirat kelak.

    “Tidak ada suatu kata pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat)” 50:18

    Tersebarnya bahan-bahan ilmiah di sana sini, menyebabkan semua orang boleh belajar. Tetapi malangnya, tidak semua orang tahu adab-adab belajar. Dengan hanya bermursyidkan Haji Google serta “mufti-mufti” online, mudah sekali menganggap diri ini sudah tahu segalanya, menganggap “segalanya di hujung jari”.

    Agaknya itu sebabnya soalan syiah vs sunni yang didebatkan beratus tahun lamanya tanpa kesudahan, boleh ditanya di ruang sesempit sebuah shoutbox! “Segalanya di hujung jari!”

    Jom renungkan akhlak yang ditunjukkan malaikat Jibril ketika “belajar” mengenai Islam, Iman dan Ihsan (hadis 2/42). Lutut bertemu lutut, antara murid dan guru. Akhlaq seorang guru yang ditunjukkan Rasulullah pula, hanya menjawab apa yang diketahui dan mengakui apa yang tidak diketahui.

    Masih adakah adab sedemikian tatkala “menuntut ilmu” dgn Haji Google ini? Astaghfirullah..

    Teringat seorang sahabat saya, merasakan dirinya sudah layak berijtihad pendapat ulama-ulama, sedangkan asas Islam pun masih goyah, halal dan haram pun masih terkeliru!

    Semoga diri kita terpelihara dari perkara-perkara sedemikian. Wallahua’lam.

  3. Kak Ija says:

    Terlalu banyak manfaat yg boleh dikutip dari artikel ini, buat masa ini akak mengambilnya sebagai perangsang untuk menyiapkan kertas kerja yang due 3 hari lagi.

    Jzkk ustaz.

  4. alia says:

    menarik artikel yg ditulis. membuka mata sy tentang internet.. setiap benda yg tercipta pasti ada baik dan buruknya, ada lebih dan kurangnya..

    benda yg mudah kita dapat, lagi mudah ia hilang dan pastinya kita tidak akan dapat nikmati kepuasan dalam ‘susah payahnya mencari ilmu’ apatah lagi menghargainya..

    sebab itu timbulnya graduan kurang kualiti,
    graduan tak cukup skil.. tanyalah graduan universiti sekarang, bagaimana mereka menyiapkan kerja kursus, tesis?.. dengan mencedok beberapa buku teks, dan kemudian cedok research dan artikel jurnal, tesis dan kerja kursus siap..dan dihantar tepat pd masanya..

    bertanya, bersembang, berhujah dgn pensyarah hanya 1 jam dan kadangkala kurang (selain waktu pengajaran wajib dalam dewan kuliyah dan tutorial)

    bagaimana kita nak lahirkan ilmuan hebat macam ibnu sina, ibnu khaldun, alkhwarizmi?

    ini hanya pendapat..setiap kesusahan dalam mencari ilmu itu ada berkatnya..

    betulkan sy kalau salah..

  5. salam ustaz…
    saya tersangat bersetuju dengan pendapat ustaz itu. saya sendiri pernah menulis emel ke harakah daily mengenai hal ini kerana saya berpendapat harakah daily boleh diupdate hampir setiap masa berbanding bergantung dengan surat khabar harakah. tapi skop saya masa tu kecik sahaja. masa itu kes murtad baru bermula. maka saya cuba mencari pendapat yang lebih tepat mengenai hukuman murtad ini. maka saya mencarinya dalam harakah namun tidak berjumpa satu artikel pun. maka saya pun tulislah emel kepada harakah, bertanya mengenai peranan harakah dalam memberikan maklumat mengenai islam kepada orang islam dan bukan islam. bukan secara politik tapi secara keilmuan. saya juga bertanya kalau boleh diberikan satu ruang dalam harakah daily untuk bidang fardu kifayah i.e ilmu-ilmu selain fardu ain jugak untuk memberikan input yang lebih banyak kepada pembaca harakah daily…

    tapi nampaknya emel saya telah diketepikan dan sekarang harakah dan harakah daily lebih tertumpu kepada politik dan medium pas sbg parti politik, bukan sbg badan dakwah dan keilmuan.

    tapi harap-harap harakah boleh merubah dirinya menjadi lebih kepada wadah yang mendidik rakyat bukan wadah politik semata

  6. Komen ini lari topik sedikit.

    Sememangnya Internet ini ada buruk dan baiknya kepada penulisan dan penulis. Yang buruk selalu benar teserlah dalam komen-komen pada kebanyakan entri blog. Kemalasan yang jelas dari kependekan yang terlalu kerap digunakan – saya jadi sy, yang jadi yg, pada jadi pd, tentang jadi ttg…sungguh mencabar kesabaran kepada mata yang membaca. Payah sangatkah nak taip penuh? Ingatkan Internet memudahkan komunikasi, rupa-rupanya memudahkan orang jadi tidak rajin! Ustaz pernah ulas bab ni dulu dalam salah satu entri sebelum ini (Bahasa Intan Bahasa Kaca – http://saifulislam.com/?p=721), nampaknya masih ramai lagi yang tidak ambil peduli…

  7. Amin Ahmad says:

    semoga ada yang mahu membetulkan saya ya ustaz.

  8. kauthar says:

    salam..
    sahabat2 sekeliling saya kebanyakan mempunyai blog..
    bila ditanya..’Ni lah trend sekarang..everyone must have a blog!’
    namun bila sesekali menjengah, kebanyakannya tiada apa yang mahu dikongsi dengan pengunjung..lebih banyak sesi meluahkan perasaan dan sesekali mengambil peluang melampiaskan nafsu amarah pada si fulan n si fulan..
    macam tahu2 pula ada yang tidak berkenan untuk membaca, dihalaunya pula kita..
    ‘this is my blog..if you don’t like it, please leave ok!’
    ‘I can write anything I want here..this is my space!’ n etc..
    namun saya juga mempunyai ramai sahabat yang menggunakan blog sebagai medan dakwah mereka..satu jalan jihad!
    jadi, memang tepat sekali seruan ustaz..
    hanya dengan iman saja yang dapat meninggikan darjat seorang muslim!
    wallahua’lam..

  9. ekramhakim says:

    mintak dijauhkan ….

  10. syphoon says:

    Salam…

    Sangat setuju dengan apa yg dikatakan ustaz.

  11. ummusaif says:

    Ya, sudah tentu setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya.

    Kalau bercerita ttg kebaikan internet, pasti tidak mampu untuk disenaraikan semuanya.

    Tapi bagaimana pula dengan keburukannya?

    Apa yang saya nampak tentang internet, ia bukan sahaja mengubah penulisan orang, ia juga mengubah identiti, hati serta perwatakan orang itu.

    Mungkin apa yang akan saya nukilkan kali ini berbeza sedikit daripada apa yang disampaikan oleh Abu Saif.

    Namun, marilah kita renung sejenak..

    SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.

    Contohnya melalui shoutbox, sistem sms, facebook, YM dll.

    Memang dari awal penggunaan internet, saya sudah melihat perkara ini berlaku. Dan sekarang ianya sudah sebati serta jadi kebiasaan.
    Orang sudah tidak melihat ia sebagai sesuatu yang memalukan.

    Kita bertegur sapa dengan lelaki atau perempuan yang kita tidak kenali di internet. Siap bergurau2.
    Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan mereka bergurau, mengusik.
    Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.
    “Isk, seronoknya kacau mamat ni.”
    “Hari ni apa update dia di facebook ye?”
    Sejurus sahaja orang yang diminati update status mereka di facebook, terus sahaja mereka meninggalkan komen di fb mereka.

    Walaupun hanya niat untu bertanyakan permasalahan agama pada orang agama, lama-lama jadi perkara lain.
    Itu yang silap hari bulan, minat pada suami orang melalui internet lantas membawa pada percintaan walaupun sekadar minat dalam hati.

    Seperti yg pernah dinukil oleh Ustaz Cahyadi di dalam bukunya di mana di antara seorang lelaki dn perempuan. Mula-mula hanya memberi salam, kemudian tanya khabar, kemudian suruh bangun solat sunat malam, lama-kelamaan rindu dan mengucapkan kata sayang.

    Ada yang setiap waktu menatap internet hingga keluarga terabai.
    Masakan tidak, setiap malam tidur lewat hingga 2-3 pagi hingga isteri atau suami kesunyian.

    Tidak kurang yg menatap internet, chatting hingga study mereka terganggu lantas gagal dalam ujian akhir degree mereka.

    Berdiskusi di shoutbox pada asalnya untuk kemusykilan agama atau isu semasa lama-lama menjadi sembang-sembang kosong. Yang paling buruk, dijadikan untuk tempat melamar suami atau isteri orang.
    Tidak kurang bagi suami yang menceraikan isteri melalui sms.

    Yang pastinya ini semua cerita di atas bukan rekaan semata-mata. Ia benar-benar berlaku di sekeliling kita.

    Tidak kira apa title lelaki atau perempuan itu di internet sama ada seorang kakak, adik, abang, suami orang, isteri orang, guru, ustaz, ustazah, mak orang, nenek orang , mereka tetap bukan mahram kita.

    Saya teringat suatu ketika dahulu,suatu survey telah dilakukan di UK/US tentang statistik kadar penggunaan telefon. Di mana mereka memecahkan penggunaannya kepada mereka yang tidak pernah lekang dengan telefon dan tidak pernah off telefon, tidak pernah lekang dari telefon tapi blh off telefon dan seterusnya.

    So, mungkin kita blh lihat analisa diri sendiri dan lihat bagaimana ‘addicted’nya kita pada sistem2 perhubungan ini.
    Adakah kita melenting atau jadi defensive apabila ada orang menegur kita tentang komputer?

    Daripada wikipedia:
    The term “addiction” is used in many contexts to describe an obsession, compulsion, or excessive physical dependence or psychological dependence, such as: drug addiction, crime, alcoholism, compulsive overeating, problem gambling, COMPUTER ADDICTION, pornography, etc.

    BAGAIMANA UNTUK MENANGANI ADDICTION?

    1. Mula2 kita kena tahu definisi ketagihan itu sendiri supaya kita sentiasa tahu dan tidak lupa.
    Saya pun tak berapa pasti tapi mungkin kita blh ukur melalui tempoh penggunaan kita ie berapa jam sehari dan adakan jadual atau seumpamanya supaya semua aktiviti stabil dan balance.

    2. Pastikan waktu berinternet kita tidak mengambil waktu kita bersama keluarga atau sahabat2 atau kerja kita.
    eg jika itu waktu tidur kita dengan suami/isteri kita, jgn sesekali kita abai atau ambil lewa kerana lama2 kelamaan hubungan suami isteri akan retak tanpa kita sedari.

    3. Jadikan dan ambil teguran orang lain sebagai nasihat terutama sekiranya teguran itu dari keluarga sendiri yang mungkin terasa atau terkesan daripada ketagihan kita itu.
    Tidak rugi melepaskan ketagihan kita itu demi kebahagiaan rumah tangga sendiri. Jangan tunggu nasi menjadi bubur baru ingin berubah.
    Dah bercerai berai baru nak berubah.

    4. Bak kata ustaz,
    Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, HATI BERASA GUNDAH DENGAN KEBINASAAN YANG DATANG BERIRINGAN.

    5. Akhir sekali, pintalah hidayah dan kebersihan serta keikhlasan hati daripada Allah SWT. Agar sentiasa di bimbingan dan naunganNya.

    Saya menulis komen ini untuk peringatan bersama. Supaya kita tidak leka dan alpa.
    Wallahu a’lam.

    • Abu Saif says:

      Komen yang cukup untuk sebuah entry di ummusaif.com agar boleh diperpanjangkan lagi manfaatnya

    • Kak Ija says:

      @ummusaif,

      True, I have realized that lately Ummu Saif will elaborate on the other dimension of Abu Saif’s entry. Don’t worry about the length of the entry, as long as you have convey the idea.

      Should I reply at Abu Saif comment kot, but I wish the message to go to Ummu Saif

  12. abu awazim says:

    salam, tahniah ustaz atas artikel yang me”lipat” golongan seperti ini, yang tak tahannya meraka ini terus menerus hidup dalam dunia mereka dan menyangkakan mereka adalah mujtahid handalan mengeluarkan fatwa men”kucing” buta.

    kepada mereka, tahniah diucapkan untuk mendalami Islam dan Ilmu-ilmu hadith, tapi jangan sangka anda sahaja yang betul, sebab seperti yang diketahui sesuatu industri itu perlu ada kepakaran dan kemahiran yang mampu menjustifikasi bahawa dia seorang yang betul-betul mempunyai kepakaran terhadap sesuatu bidang industri yang diceburi.

    Jadi bahaya jika suatu hari, ada seorang akauntan bercakap secara mendalam tentang industri kejuruteraan. Memandai-mandai menambah teori, menambah-nambah perisa.

    kenalah fikir-fikir tulisan ini ustaz ini..

  13. zhafran says:

    Kesemua elemen dalam pembangunan insan perlu dihargai dalam apa jua medium.

    1. PURPOSE
    2. PROCESS
    3. PEOPLE

    Sebuah ontaran idea yang perlu dimuhasabah oleh kesemua pengguna internet tegar

  14. farhana says:

    Salam, bagus artikel ni. Memang pada zaman serba canggih dan moden ramai yang mendapat manfaat daripada teknologi tersebut dan sebaliknya. Dari sudut yang positif, penyebaran ilmu melalui internet yang saya rasa amat membantu dalam proses pencarian maklumat dan ilmu. Dan seperti yang kita ketahui wahyu pertama yang diturunkan adalah surah Al-Alaq 1-5, di mana Rasulullah disuruh baca. Jadi memang terbukti kepentingan ilmu itu. Cuma, saya ada terfikir dan jika ustaz atau para pembaca dapat menjawab persoalan saya, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW seorang yang ummi ataupun buta huruf tetapi kenapa diwahyukan untuk baca? Apa yang perlu dibaca oleh Rasulullah SAW? Harap ada yang dapat memberikan jawapan.

  15. alia says:

    Farhana,

    Ini pendapat saya secara peribadi. Rasulullah saw merupakan utusan Allah. Semestinya baginda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi utusan seperti bersedia memberi penerangan, penjelasan dan dakwah kepada pengikutnya. Secara tidak langsung ia wahyu itu menjelaskan kepentingan ilmu dalam agama..

  16. pentium 4 says:

    saya berminat nak mendalami syariah… dan minat saya itu diharapkan pada suatu hari nanti saya mampu menulis hal-hal yang berat-berat berkaitan syariah… dan untuk itu, saya mahu mulakan dengan pengajian peringkat sijil di universiti malaya… jom rakan-rakan… kita mula dari bawah… tak salah tercatat dalam bussiness card kita nanti, Bsc, Msc, Phd dan akhir sekali Certificate of Syariah…

  17. Kak Ija says:

    Alhamdulillah, kertas kerja telah berjaya dihantar.

    Nampaknya kita sebagai pembacalah yg perlu memahami dan jgn mudah larut dgn perbahasan yg berat2 tu.

    Akak kembali terkenang dua artikel ustaz yg akak tak jemu2 baca…yg gambar gajah dan yg bertajuk “Nasib perahu2 kecil”.

    Pihak yg menulis dan memblog tu rasa2nya di luar our circle of influence but of course within our circle of concern.

  18. Ummu Saifullah says:

    Assaalamualaikum,

    Setelah belajar ilmu falsafah di IIUM, akak sekarang tahu sikit membezakan antara data, maklumat, ilmu dan hikmah. terimakasih kepada guru di IIUM.

    Yang ada di dalam cyberspace dan buku-buku adalah maklumat. Ilmu itu berada didalam dada pemiliknya yang dimanifestasikan melalui amalan.

    Jadi, maklumat itu useless sehingga kita buat sesuatu terhadapnya.

    Satu vignette. Setelah tamat belajar Imam Ghazali membawa banyak buku pulang. di tengah perjalanan, dia diserang perompak. Imam al-Ghazali merayu perompak itu supaya mengambil apa saja yang dia mahu kecuali buku-bukunya. Lalu perompak itu ketawa dan berkata, “ilmu itu di dalam dada bukannya di dalam buku-buku”. (diringkaskan dari deliverance from error oleh al-Ghazali)

  19. irshadian says:

    saya sangat terkesan dengan komen ummu saif di atas. Setelah melawat blog rakan2 yang teridri dr kedua-dua gender, fenomena brteguran tanpa segan bermula, ia boleh dilihat di shoutbox. Sungguh, syaitan itu menerobos diri manusia hingga ke urat nadi.

    ummu saif, terbitkan entri komen di atas, kadang ia jadi tanpa sedar.

  20. ainul says:

    mohon keizinan utk dimasukkan dlm tesis…

Leave a Reply