
“Islam tidak mengutamakan siapa yang patut terlibat. Tetapi Islam membuat ketentuan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam hal ini. Soal mematikan mesin penyokong nafas bagi pesakit mati otak, bukanlah subjek agama. Ia adalah isu perubatan. Maka pegawai perubatanlah yang menentukannya. Pegawai agama hanya bertindak menyelia dan menasihat”, saya menyelesaikan konklusi pembentangan kertas kerja saya.
Tengah hari itu, saya membentangkan kertas kerja tentang pandangan Islam di dalam persoalan Euthanasia dan Mati Otak. Diskusi tersebut, diusahakan oleh pelajar-pelajar perubatan di The Queen’s University, Belfast, yang mengambil subjek Etika Perubatan.
Saya telah jelaskan kepada peserta, bahawa Islam mempunyai persamaan dengan pandangan Kristian dan Yahudi dari aspek memuliakan nyawa manusia. Namun dalam kes Euthanasia dan Mati Otak, Islam tidak mengutamakan soal siapakah yang patut terlibat untuk membuat keputusan mencabut mesin sokongan nyawa, apabila pesakit telah mati otak. Sebabnya, ia sudah jelas. Kes menghentikan sokongan mesin bagi pesakit yang mati otak ini adalah kes perubatan, maka mereka yang ahli di dalam perubatan yang sepatutnya membuat keputusan tersebut.
Berbeza dengan wakil Protestant dan Katholik yang beberapa kali menyatakan kekesalan mereka, lantaran Chaplain di hospital sering tidak dilibatkan. “Kesan sekularisma, memencilkan agama dari kehidupan!”, kata mereka.
Sebaliknya, Islam lebih memberikan penekanan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam membuat keputusan itu. Umumnya, mereka yang berkepentingan mesti dihindarkan dari mempengaruhi keputusan itu. Pewaris harta, pegawai pendermaan organ, dan sebagainya. Ini adalah demi memastikan keputusan mencabut sokongan mesin itu, adalah 100% demi kebaikan pesakit.
Apa yang menarik perhatian saya, ialah reaksi wakil Protestant dan Katholik tersebut. Kedua-kedua mereka semacam teruja dengan keterangan saya.
“Pandangan Mr. Imam Hasrizal, wajar kita pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sistem yang ada!”, kata Reverend yang mewakili pandangan Protestant.
KETERBUKAAN
Di sinilah saya ingin menarik perhatian kita semua. Keterbukaan mereka untuk menerima pandangan saya yang Islamik dan ‘tidak Kristian’ harus menjadi bahan renungan bersama. Mereka tidak prejudis terhadap idea yang saya kemukakan semata-mata kerana ia datang dari belief system yang berbeza.
Apa yang dicari adalah faedah dan kaedah terbaik buat pesakit, maka mana-mana sahaja yang baik, harus diterima. Itu cara mereka.
Kesediaan dan keterbukaan masyarakat Barat menerima apa sahaja yang bermanfaat untuk mereka, telah menjadikan mereka maju. Bukan hari ini sahaja, malah semenjak sekian lama.
EROPAH SEMASA MENUTUP DIRI
Semasa Eropah prejudis dengan Islam dan taasub kepada kepercayaan mereka, Eropah terjun ke dunia gelap yang sangat menjelekkan. Bermula dari kedunguan mereka yang menganggap perasaan ingin tahu sebagai dosa, hinggalah kepada kezaliman Inquisition Kristian di Sepanyol yang menyembelih pembangunan dan sumbangan Islam, demi memenangkan aqidah sempit mereka.

Keengganan mereka membuka akal dan mata, menjadikan mereka terperangkap di dalam kebodohan sendiri. Hal ini telah pun saya sentuh dengan panjang lebar di dalam artikel Menjahilkan Diri Terhadap Musuh.
Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan api Pencerahan (Enlightenment).
Saya pernah bertanya kepada Prof. Abdullah al-Ahsan ketika mengambil subjek Modern History of Europe, “apakah tokoh-tokoh seperti Rene Descarte, Immanual Kant, Adam Smith, malah tokoh awal humanisma Kristian seperti Desiderius Erasmus ini, belajar Islam dan kemudiannya meminjam idea Islam untuk memulihkan masyarakat mereka?”
“Saya galakkan kamu mencari jawapan terhadap soalan itu. Ia tidak mustahil. Malah Voltaire telah mengkaji Zoroastrianism dengan tujuan mahu mencari sokongan kepada pegangannya Deism”, jawab Prof. kepada saya.
Apa yang pasti, banyak hasil karya di fajar era Pencerahan yang kelihatannya sangat religious dan tidak jauh dari nilai Islam, walaupun ia berakhir dengan terhasilnya sebuah produk yang sangat berkriteriakan Eropah.
Tegasnya, kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.
BAGAIMANA DENGAN KITA?
Dari segi naqalnya, Islam sudah pun dengan jelas menyebut bahawa:
“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”
Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin. Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas hikmah itu.
Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Asalkan baik sahaja ia, maka Islamlah ia. Islam dalam erti kata, tunduk, berserah dan mengikut Sunnatullah.
Maka bagaimanakah perkara ini patut diaplikasikan kepada kehidupan kita?
Ambil sahaja contoh bagi sebuah sistem perubatan dan institusinya yang bernama hospital.
SISTEM PERUBATAN ISLAM DAN TIDAK ISLAM
Apakah jika perubatan itu mahu dinamakan perubatan Islam, maka ia hanya terhad kepada kaedah rawatan ruqyah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran semata-mata? Apakah ia terhad kepada rawatan untuk mengeluarkan jin yang merasuk manusia semata-mata? Apakah ia terhad kepada penggunakan herba-herba yang bernama ahli keluarga Nabi SAW seperti Ali dan Fatimah sahaja?
Apakah perubatan yang menggunakan paracetamol dan insulin bukan perubatan Islam? Apakah berubat dengan doktor dianggap tidak Islamik, sebaliknya doktor Islam hanyalah ustaz yang mahir ruqyah al-Quran?
Apakah jika kita mengambil manfaat dari buku Clinical Medicine oleh Kumar & Clark, dianggap tidak Islamik, dan kitab al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyya sahaja teks buku perubatan Islam?
Saya tidak mempersoalkan hal ini secara sinis, tetapi jujur mahu mengajak kita menilai kembali bagaimanakah kita selama ini mendefinisikan apa yang Islamik dan apa yang tidak Islamik.
HUKUM ALAM
Mari kita berpatah balik kepada merenung alam ini. Jika dilihat, api di mana-mana pun mempunyai kriteria yang tertentu. Antaranya ialah, api itu sifatnya membakar. Siapakah yang menjadikan api itu sifatnya membakar?
Jawapannya ialah: ALLAH.
Malah Allah sendiri semasa memerintahkan api agar tidak membakar, maka ia bertindak melanggar hukum asal dari Allah ke atasnya:
“Kami berfirman: “Hai api, Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ” (Al-Anbiya’ 21 : 69)
Apabila seorang ahli farmasi menemui garis panduan standard tentang sukatan paracetamol yang ingin diberikan diskripsi kepada seorang pesakit, adakah ketetapan standard itu beliau yang tentukan, atau beliau hanya menemuinya hasil mengkaji?
Jika ia hasil penemuan, siapakah yang menetapkannya sebelum ia ditemui? Tidakkah semua hukum perubatan itu adalah hukum Allah? Tidakkah sukatan standard jumlah insulin ke badan pesakit diabetik itu hukum Allah?
Ia hukum Allah.
Dua hidrogen dan satu oksigen untuk membentuk molekul air adalah hukum Allah.

Maka produk-produk dan sistem yang menguruskan kehidupan manusia yang dibina di atas asas itu juga adalah dari Allah. Namanya tetap Islam, biar pun yang menemuinya bernama Alexander Fleming.
Itulah Sunnatullah, iaitu peraturan yang Allah tetapkan sebagai aturan yang mengatur segala hidupan di alam ini. Bagaimana alam berinteraksi dengan alam, bagaimana manusia berinteraksi sesama manusia dan bagaimana alam dan manusia saling berinteraksi, semuanya terikat dengan hukum yang tetap. Namanya Sunnatullah.
Sunnatullah itu tiada ganti, tidak boleh diubah.
“… Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu” (Fathir 35: 43)
Maka perubatan Islam ialah perubatan yang mematuhi peraturan Sunnatullah, dan perubatan yang memberikan kesembuhan. Sama ada ia produk Ireland, atau Jerman, produk China atau Malaysia, asalkan ia menyembuhkan, ia perubatan Islam, ia HIKMAH yang mukmin itu paling berhak ke atasnya.
Seandainya kita masih terperangkap dengan idea perubatan Islam itu hanya ada di Darul-darul, manakala perubatan yang di hospital pula bukan perubatan Islam, maka kita telah terperangkap di dalam paradigma sekular. Sama ada paradigma sekular yang mahu menolak agama, atau paradigma sekular yang mahu menolak dunia. Kedua-duanya adalah sekular.
Seorang doktor yang menolak peranan ruqyah dan ayat-ayat al-Quran sebagai sebahagian aspek perubatan, sama jugalah dengan seorang ustaz yang menolak rawatan hospital, kedua-duanya adalah penganut paradigma sekular.
HOSPITAL ISLAM
Lanjutan dari isu tersebut, bagaimanakah pula kita melihat isu Hospital Islam?
Apakah Hospital Islam itu mesti dinamakan dengan nama Arab dan Islam baru ia menjadi Hospital Islam? Hospital Berkat, Hospital Hikmah, Hospital Islam, maka baru menjadi Hospital yang Islamik? Apakah Hospital Pakar Georgetown, Hospital Rawatan Sinergi, Hospital Kensington (semua nama hanya rekaan, jika ada persamaan, ia hanya kebetulan – penulis) menjadi tidak Islamik?
Apakah yang dikehendaki oleh Islam daripada sebuah hospital?
Fungsi hospital adalah untuk menyembuhkan penyakit.
Apakah masih Islam sebuah hospital, jika seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital bernama Hospital Islam, mati akibat rawatan yang tidak baik, atau kecuaian pekerjanya yang Muslim?
Nilai Islam bukan hanya dalam bentuk Bismillah semasa injeksi dibuat, bukan hanya pada keseragaman kakitangannya yang bertudung belaka, dan warna bangunannya yang Islam (ada warna Islam?) serta namanya yang Arab. Nilai Islam ialah pada apa yang terbaik ia tawarkan untuk manusia.
NILAI ISLAM DI DALAM SEBUAH HOSPITAL
Bagi sebuah hospital, nilai Islamnya ialah pada rawatan yang terbaik, layanan kepada pesakit secara yang terbaik, pekerjaan kakitangannya yang efektif dan usaha membantu pesakit Muslimnya menjalankan ibadah dengan baik. Malah hospital Islam turut membantu pesakit non Muslimnya mendapatkan khidmat Chaplain agama mereka. Inilah nilai Islam bagi sebuah hospital.

Apabila Rasulullah SAW mengajar kita menyembelih haiwan ternakan, nilai Islam bukan hanya pada lafaz “Bismillah, Allahu Akbar” tetapi juga pada penggunaan pisau yang tajam. Pisau yang tajam adalah nilai produktiviti dalam penyembelihan haiwan. Lebih segera, kurang usaha, jimat masa, banyak hasilnya… ini didikan Nabi SAW.
Jika kita lihat lafaz Bismillah sahaja yang Islamik, sedangkan menajamkan pisau bukan Sunnah, kitalah yang sekular itu.
SEMUA HOSPITAL BERPOTENSI
Maka semua hospital yang telah sedia ada, berpotensi menjadi Hospital Islam. Untuk mengislamkannya, tidak perlu kepada rombakan kaedah pembedahan di OT, atau mengubah cara diagnosis dibuat. Untuk mengislamkan sebuah hospital, kita tidak perlu mengecatnya dengan warna Islam, atau menukar namanya dengan memasukkan nama Islam. Malah untuk mengislamkan sebuah hospital, ia tidak perlu kepada menyekat diri untuk hanya menerima pekerja yang beragama Islam.
Dan sudah tentu tidak mampu untuk hanya menerima pesakit Muslim!
Sebuah hospital Islam adalah hospital yang memberikan servis yang terbaik kepada pesakit dan pelanggannya. Itu yang pertama.
Sebuah hospital Islam mempunyai pekerja yang berpegang dengan nilai Islam. Apakah nilai Islam? Iaitulah sempurna nilai integriti, dan sempurna nilai kompetensi.
SUMBER INTEGRITI
Dari mana seorang Muslim beroleh integriti? Ia datang dari iman mereka kepada Allah yang mengatakan bahawa mereka dan kita semua adalah hamba-Nya, pekerjaan kita adalah sebahagian daripada ‘ubudiyyah kita kepada-Nya. Kita bekerja bukan hanya untuk mencari pahala, tetapi turut mengelak diri dari dosa.
Dosa dan pahala lebih berkesan dari sekadar bergantung kepada carrot and stick.
Bekerja bukan hanya untuk memenuhi KEPERLUAN HIDUP, tetapi mengutamakan TUJUAN KEHIDUPAN.
KOMPETENSI
Dari mana pula nilai kompetensi dihasilkan?
Tidak lain dan tidak bukan, dari Iman yang sama. Beriman kepada Allah menuntut kita melakukan yang terbaik dalam hidup ini. Cincai-cincai atau ala kadar bukan ajaran Islam. Melepaskan batuk di tangga, adalah penyakit iman. Jika Islam, tamadun mesti tinggi, sains mesti yang terkini dan buat apa sahaja, mesti tinggi lagi berkualiti.
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, adalah perintah Islam. Bukan hanya memperelokkan amal di masjid, malah di semua aspek kehidupan. Seluruh hidup ini adalah ibadah.
“Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk 67 : 2)
BAGAIMANA DENGAN SOAL KEUNTUNGAN?
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa menjaga kebajikan ahli keluarga, dan mereka yang di bawah tanggungan kita, adalah tanggungjawab agama. Kerangka inilah yang dipegang oleh majikan Hospital Islam terhadap pekerjanya.
Hospital sama ada ia Islam atau tidak Islam, ia memerlukan perbelanjaan yang besar untuk beroperasi. Kos dan perbelanjaan Hospital Islam tidak boleh diselesaikan dengan menyalahgunakan konsep zuhud, tawadhu’, bersederhana dan ‘bekerja Lillahi Taala’ tidak tentu hujung pangkalnya.
Maka Hospital Islam tidak perlu diasaskan atas dasar kebajikan untuk dianggap Islam.
Sudah jadi penyakit di dalam paradigma kita bahawa yang Islam, semuanya kena murah, semuanya mesti derma, semuanya dengan ihsan. Apakah salah sebuah hospital dibina dengan yuran yang sama seperti hospital biasa? Jika soalan ini tidak dijawab, maka saksikan sahajalah satu demi satu Hospital dan Pusat Rawatan Islam jatuh bangkrap!
Walaupun keuntungan adalah sebahagian daripada perniagaan, Hospital Islam tidak akan menindas pesakit yang tidak upaya. Wad Kecemasan Hospital Islam tidak akan menghalau pesakit kecemasan yang tidak dapat menjelaskan upaya kewangannya. Hospital Islam tidak akan meletakkan KEPERLUAN mengatasi TUJUAN.
Mungkin Hospital Islam perlu lebih kreatif dalam memperbanyakkan sumber kewangan bagi menampung keperluan mereka yang tidak berupaya. Zakat perniagaannya sebagai sebuah syarikat, mungkin elok disalurkan ke tabung bantuan pesakit kurang upaya.
Terlebih penting, Hospital Islam memegang etika hemah berbelanja. Ia tidak akan menghabiskan duitnya untuk pesta dan karaoke demi meraikan pekerjanya. Ia harus ada cara tersendiri merai dan membahagiakan pekerja. Ia tidak membazirkan keuntungan sesuka hati kerana keperluan menampung pesakit fakir miskin sudah cukup besar untuk tidak memungkinkan wang dibazir mengikut trend korporat masa kini.
Tegasnya, semua hospital berpotensi untuk menjadi Hospital Islam, asalkan soal paradigma yang berpecah belah akibat sekularisma itu diperbaiki semula.
PENGALAMAN UNTUK PERBANDINGAN
Pengalaman saya, semasa isteri bersalin di Royal Maternity Hospital Belfast di Ireland Utara.
Saiful Islam lahir di Royal Maternity Hospital, Belfast
Semasa di dalam bilik bersalin hinggalah ke wad, tidak ada pekerja lelaki. Dari kakitangan perubatan, hinggalah kepada pekerja sokongan, kesemuanya wanita, kerana hospital itu adalah hospital wanita. Hanya pakar bius yang memberikan epidural sahaja lelaki yang saya temui dari kalangan kakitangannya.
Selepas selesai bersalin, jururawat memeriksa rekod dan telah ditandakan bahawa 10 minit mesti diperuntukkan untuk kami menyelesaikan tuntutan agama. Kami ditinggalkan bertiga di dalam bilik bersalin, dan semasa itulah saya mengazankan anak dan sujud syukur kerana semuanya selamat. Semua maklumat pesakit, diteliti dengan baik.
Permintaan saya agar placenta (uri) diberikan, dilayan dengan baik, di samping nasihat yang disertakan agar saya menguruskan placenta itu dengan sebaiknya.
Kemudian, saya tidak perlu bersusah payah ke pejabat pendaftaran kerana setiap hari pegawai pejabat pendaftaran datang ke hospital untuk mendaftarkan anak-anak yang baru dilahirkan. Makanan halal juga disediakan sebaik mungkin. Wad pula tiada kelas satu, dua atau tiga. Semua rakyat beroleh layanan yang sama. Jika wang lebih, pembelian insurans membolehkan anda dirawat oleh doktor pakar secara keutamaan, namun keselesaan asas di hospital diberi sama rata.
Tegasnya, di hospital ‘Kristian’ itu, saya bertemu dengan Islam tanpa nama.
Apabila anak kedua saya dilahirkan di sebuah hospital bernama Islam, kehadiran saya sebagai suami untuk membantu isteri, tidak begitu disenangi. Wajah masam sudah terpaksa tidak diambil kira demi keselesaan hati sendiri.
Selepas bersalin, saya terpaksa meminta anak diserahkan seketika untuk diazankan, kerana sudah hampir satu jam anak saya dilahirkan. Selepas beberapa ketika, anak saya disuapkan susu formula tanpa langsung memaklumkannya kepada saya atau isteri.
Satu-satunya ‘nilai Islam’ yang saya temui, ialah doa-doa yang ditulis di Kad Manila, ditampal di dinding-dindingnya.
Jika Islam itu Rahmat bagi sekalian alam, anda mahu menebarkan nama Islam, atau inti dan nilainya?
Saya mengimpikan kedua-duanya, namun langkah pertama bermula dengan nilai dan kualiti, bukan syiar dan slogan kosong tanpa makna.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











teringat kata-kata muhammad ‘abduh rahimahullah,
“aku pergi ke barat lalu kudapati ISLAM tanpa umat Islam,
sekembalinya aku ke negeriku aku mendapati umat Islam tanpa Islam.”
Salam,
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Tapi akak nak lari dari topik perubatan, tapi masih dalam skop ilmu dari barat. Akak dah lama baca buku self-help barat disamping buku2 fikrah spt yg disenaraikan oleh FAO. Tapi naqibah tegur “Percayalah teori orang putih tu”. Terasa juga nak jawab panjang2 tapi yang terkeluar “Yang baik kita ambillah”.
Isu perubatan ni tak boleh nak banding, masa kat US tak pernah masuk hospital. Cerita yg kat M’sia tu betullah…kenalah ustaz lebih rajin bg talk kat sana.
Salam.. menyentuh hukum2 alam yg ustaz terangkan tadi teringat semula kata2 hamka “pangkal ilmu adalah agama”.. kita hanya membuat penemuaan tapi ketetapan tersebut dtg dari Allah..
ABU SAIF says: “rasanya, yang umn maksudkan tu ialah hujung akal pangkal agama”. Betul tak?
Sangat setuju dengan ustaz. Memang sekarang orang terlalu memandang pada nama, tanpa mementingkan substance di dalamnya. Kalau yang takde nama Islam, semua dikatakan jahil, walaupun isinya memang lebih kurang saja dengan yg Islam. Yang nama Islam tu la yang dijunjung walaupun isinya sama je macam yang jahiliyah. Pada saya, orang-orang macam ni la yang menyebabkan Islam dipanggil jumud, sempit atau apa-apa yang seerti dengannya.
Menarik……….. org yg bawa agama tolak dunia pun adalah sekular. Biasa ana faham org yg bawa keduniaan tolak agama adalah sekular. Satu lagi anjakan paradigma untuk saya. Satu hari satu byte lama2 jadi hard disk
Ustaz,
Saya cukup bersetuju dengan ustaz bahawa kalau kita islam, maka sepatutnyalah service kita pun cara islam. Tapi di Malaysia ini, entah kenapa ramai sungguh orang islam yang sombong. Bukan sebab dia islam atau tidak, tapi dia sombong dan berkira. Dia nak senyum dia berkira. Sebab tu kalau nak orang senyum pada kita waktu di hospital, pergilah Gleneagle atau Ampang Putri atau hospital2 yang sewaktu dgnnya. Tak tahu sebab apa kita jadi sombong macam tu, dia nak bagi makan kat maid pun dia berkira, macamlah gaji RM450 yang kita bayar tu besar sangat. Saya pernah bekerja di institusi government. Sungguh ramai orang yang sombong saya jumpa. Tapi bila dia tahu kita apa grade, apa background kita, dia baru nak bercakap dengan kita. Lain sungguh bila kerja dengan Mat Saleh sekarang ni.
Tapi saya rasa layanan berbeza di Hospital Belfast dan di Malaysia, selain sebab memang ramai orang sombong di Malaysia, mungkin juga ada sebab2 lain.
Contohnya, nursing as a career di negara barat, bayarannya melebihi professional accountant. So mungkin mereka lebih mudah tersenyum.
Kita juga mesti ingat bahawa negara barat mengamalkan sistem cukai yang berbeza dari kita. High income earner di negara seperti UK and Australia di cukai sehingga 50%-60% to finance excellent public service delivery. Kalau kita pergi UK sebagai student atau not as high income earner, memang kita akan terus memuji sistem tersebut, sebab kita dapat semua service tu free, so bila kita dapat free, kita memang suka. Tapi kalau baca literature yang cukup banyak di UK on their public service delivery and its public service policy including NHS (National Health Service), tidak semuanya gembira.
ye kot.. hehe.. saya pun dah lama tinggalkan penulisan2 melayu sejak datang sini.. rindu pula zaman2 dulu selalu buat karangan.. time2 tue rajin la rujuk penulis2 melayu lama..
Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan komen.
Anyway, kita tak boleh nak memperkatakan semua benda dalam satu artikel. Saya tidak membuat statement bahawa sistem kesihatan di Eropah adalah yang terbaik dan perfect. Masih banyak yang tidak sempurna.
Tetapi saya fokuskan kepada satu dua benda sahaja. Perbandingan yang ingin dibuat, hanyalah berkaitan dengan satu dua benda ini sahaja.
Saya tidak yakin yang orang lebih mudah senyum hanya kerana gajinya memuaskan. Kalau gaji bagus pasti tersenyum, tiadalah medical consultant (doktor pakar) yang sombong dan ego. Tiadalah cleaner yang murah senyuman.
Memang tidak dinafikan, kutipan cukai yang tinggi membolehkan banyak kemudahan dan perkhidmatan disediakan. Tetapi komen saya di dalam artikel ini bukanlah tentang kekurangan equipment, tetapi tentang NILAI, yang tidak berhajatkan kepada wang, untuk ia dipegang dan diamalkan.
Senyum itu sama ada akhlak, atau etika kerja, atau kebiasaan dan budaya. Walaupun senyum kerana akhlak adalah senyum yang terbaik, tapi kalau dapat senyum kerana etika kerja pun, jadi le…
Hmm, nilai? Teringat penerapan nilai2 Islam di zaman mantan TPM. Berbalik kpd imanlah ye,mengharapkan Allah dan hari akhirat. Kena jiwai nih, harap2 bukan sekadar muntahan otak.
Nilai terbit dari iman. Ia umpama pokok yang keluar dari benih. Tanpa benih, pokok hanya pokok plastik.
Untuk menerapkan nilai Islam, penerimaan dasarnya berupa aqidah, mesti didahulukan. jika nilai islam diambil tanpa mengambil islam, ia akan menyerlahkan kerapuhannya dalam jangka masa yang dekat.
Belief System menghasilkan Paradigma / Mindset dan Worldview
Worldview menentukan Nilai
Nilai menentukan tindak tanduk dan perbuatan
Perbuatan yang berulang-ulang menjadi tabiat dan akhlak.
Itulah turutannya
Terima kasih ustaz, puji-pujian kepada Allah yang telah memberikan pemikiran, lisan dan tulisan yang fasih kepada ustaz. Patutlah peserta kursus mengalirkan airmata. Mungkin juga kekecewaan dan perasaan bahawa keadaan tidak akan berubah menyebabkan akak malas berfikir.
Seorang muslim yang benar tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah, aktiviti dakwah dan tarbiyah perlu diteruskan. Terima kasih sekali lagi atas suntikan semangat dan kesedaran ini.
Adakah sistem hospital di negara Islam yang lain juga begitu?
Tksh ustzy,
Banyak perkara yg boleh dibaiki ttg hospital ni…
tapi pengalaman saya ramai pesakit yg tak SOLAT ketika mendapat rawatan , dan mati dlm keadaan tak sempat TAUBAT atas kesalahan tak solat …
Maybe yang ni sbbnya timbul HOSPITAL ISLAM…
isunya utk MESRA IBADAH…
atau kita perlu upgradekan NILAI nya sbgaman yg ust tulis..
Rasanya ada ruang yang boleh ditambah dan dibantu dalam menjayakan konsep Hospital Mesra Ibadah..
tksh .
Salam ustaz,
Terima kasih atas topik yg menarik dan input yg memanfaatkan…kesimpulannya apa jua yg terbaik di dunia ini dalam segala hal adalah ISLAM dan yang paling pasti ianya dari ALLAH S.W.T.
Allahu Akbar….
it is a religious issue. there is difference between stopping medication and stopping giving food; and between dying naturally (without medical treatment) and dying with aid/treatment (lethat injection, etc)
http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=5046&CATE=239
http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=4918&CATE=233
http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=1820&CATE=24
NILAI. Sesuatu yang bernilai tu , perlu dibayar dengan harga yang tinggi, betul tak. Nak jadi tetamu Allah sekurang2nya kita perlu ada 10 ribu. Begitu juga kalau nak ke hospital yang ‘ISLAMIK’, dalam dompet jangan kurang dari RM 50, kalau batuk dan selsema tambah dengan demam lagi, miss suru pulak! Nampaknya orang2 yang berduit aje lah dapat service ISLAM. Macamna sahabat kita di hospital PUSRAWI, bagi komen sikit.
Bila saya baca cerita perbandingan Saiful Islam dilahirkan di Ireland, saya teringat pengalaman semasa isteri saya melahirkan anak sulong dan kedua kami di salah sebuah hospital di Jepun. Cerita ustaz hampir sama dengan pengalaman saya. Suami kalau boleh digalakkan bersama menemani isteri dari awal sakit sehingga selesai bersalin sepenuhnya. Sebaik sahaja bayi keluar dan selesai dilapkan sedikit bendalir dan darah di badannya, terus diletakkan di dada ibunya dan disuruh menyusukannya dengan susu ibu. Selepas itu baru di timbang dan kami diberi masa untuk mengazankannya dan saya menyuapkan sedikit cebisan isi kurma ke mulutnya. Mereka di sini pun tak ada masalah menyerahkan placenta(uri) kepada saya. Bila tiba masa memandikan bayi, kami akan sama-sama diajar cara yang betul daripada langkan memandikan sehinggalah menukarkan lampin. Itu pada saya masa yang paling seronok bahkan dapat jugak meringankan tekanan dan kesakitan isteri yang baru sahaja bersalin.
apa yang terbaik itu semuanya islam,yang penting kita sebagai muslim dan mu’min mesti menggapai hikmah yang berciciran itu kerana kita berhak ke atasnya.terima kasih,soal nilai sentiasa diketengahkan.
Salam..
ABU SAIF says: Semasa di dalam bilik bersalin hinggalah ke wad, tidak ada pekerja lelaki. Dari kakitangan perubatan, hinggalah kepada pekerja sokongan, kesemuanya wanita, kerana hospital itu adalah hospital wanita. Hanya pakar bius yang memberikan epidural sahaja lelaki yang saya temui dari kalangan kakitangannya.
How I wish kat Malaysia pun ada hospital wanita. Kalau di PPUM, hanya doktor yang mixed, lelaki dan perempuan. Tapi alhamdulillah nurses, asisstant nurse, cleaner semuanya perempuan (sebab kat ward lain ada nurse lelaki hehe). Kita masih kekurangan doktor perempuan utk menghasilkan hospital wanita, atau sekurang – kurangnya all female labour and maternity ward. Macammana nak cukup doktor perempuan dengan sistem Masters Degree yang amat tidak mother friendly kat Malaysia ni? Ramai member saya (doctors) perempuan yang bijak dan berkemampuan akal fikiran utk membuat Masters, tapi tarik diri, kerana ini adalah salah satu faktornya. Saya sendiri, tak sanggup mengorbankan keluarga terutamanya anak – anak. Jangan salahkan saya kalau saya taknak anak saya menjadi anak bibik! Dlm hal ni, saya berkata begitu sebab suami saya sendiri banyak outstation, kalau saya turut sibuk dengan on-calls, siapa lagi yang ada kat rumah pada waktu malam utk melayan anak? Bibik? Anak tidur dengan bibik, saya tak sanggup…
Ini bukan generalization ye. Tak semua macam tu, tapi perkara ni mmg menjadi fobia kepada kami. Beruntunglah doktor perempuan yg buat Masters dan kuat family support. Tapi ramai jugak yang family mereka esp suami tak support. Support ni bukannya dari segi moral atau financial saja; yang paling penting bagi saya adalah physical support. Utk membantu meringankan kerja rumah, untuk melayan anak – anak. Pembantu rumah atau baby sitter memang ramai, tapi tak sama kasihnya dengan kasih bapa atau atuk atau wan melayan anak – anak atau cucu – cucu.
Isk.. lari tajuk lagi..
Baru – baru ni saya menghadiri kursus induksi. Semua Nilai Etika bagi penjawat awam (soalan favourite sewaktu exam induksi) adalah sama sahaja dengan nilai – nilai murni dalam Islam. Bagi penjawat awam (govt servant) yang benar – benar menghayati topik Nilai Etika ni tak kira Muslim atau tidak, sesungguhnya telah menghayati nilai – nilai Islam. Kalau ikutkan teori, sepatutnya govt servant lah yang paling beretika, tak kiralah bergaji besar atau kecil…. Sebab semua wajib lulus kursus induksi sebelum disahkan jawatan. Masalahnya ilmu teori tak diamalkan…
Wasalam.
Salam baru2 ni Tg Nik Aziz rasmi kolej jururawat lelaki kat bachok… satu pekembangan positif…
Saya sebenarnya serba salah mahu menulis tentang hospital dan perubatan. Sering diganggu oleh email dari doktor-doktor yang marah saya ‘tunjuk pandai’.
Saya bukan menulis tentang kaedah diagnosis dan cara rawatan ke atas pesakit, tetapi soal agama yang memang bidang saya.
Sesungguhnya dunia perubatan yang diterajui tanpa kesedaran beragama membiakkan Penyakit, sama banyak dengan menyembuhkan penyakit.
Terima kasih atas komen-komen positif sahabat sekalian.
“Aku menulis bukan kerana nama!”
Salam Dr Shiha… ana mahu pandangan nte… adakah perlu bg ‘lelaki’ utk mperlambatkan pertunangan dan penikahan dgn wanita yg dianggap ‘kekasihnya’ semata2 utk mberi laluan kekasihnya itu menyiapkan tesis pakar yg sudah masuk tesis kedua??? yg dianggarkan stahun stengah lg utk menyiapkan kelima2 tesis???
Macam mane dgn hubungan ‘lelaki’ td dgn ‘bakal spesilis’ tadi, sedangkan hubungan mereka semakin ‘masak’???? bahaya tu… mcm2 boleh blaku….
salam.. Aye.. jururawat lelaki ni memang penting. Terutamanya kalau untuk ward neurologi contohnya. Ramai pesakit stroke. Ada yang lemah sebelah badan, ada yang lemah seluruh badan. Dan kebanyakan pesakit ni adalah lelaki. Bayangkan nurse perempuan yang terpaksa mandikan pesakit – pesakit ni. Bukannya ringan. Nak kena alihkan ke kiri dan ke kanan. Pure physical strength! Lain la kalau pesakit ni ditemani oleh anak – anak lelaki (jarang sekali begitu…), boleh la tolong nurse tadi sama – sama mandikan bapanya setiap hari. Ramai nurse perempuan kat ward Neuro yang sakit belakang and terpaksa rest berbulan – bulan. Kat sini saya nampak salah satu peri pentingnya nurse lelaki. Maaf ya.. lari tajuk lagi! Wasalam
my comment on the #15,
indeed active euthanasia is a religious issue. switching off the life support machine for a patient with the brain stem death is also considered as a religious issue at the stage of investigating the dalil and establishing the Islamic rule on that.
but when it comes to decision making, to decide when to switch off the machine, it is no longer an ustaz business. the medical expert is the one who should decide. my task is only to advise the doctor doing his job with dignity according to Islam.
by the way, I included the issue of euthanasia, only as a small example because the main topic is about paradigm in Islamic medicine.
Salam aye,
Kepakaran Dr Shiha adalah ilmu ‘breastfeeding”. Bab2 relationship nih…tunggu…kot2 dia mai jawab
sebenarnya, perenggan kedua soalan aye tu dah menjawab sendiri soalan yang ditanya.
Salam.. ustaz (merujuk komen #21)… ramai ke yang begitu? Saya personally selalu tersentuh dgn pandangan ustaz dalam banyak isu hospital dan doktor ni. Entah lah.. EGO ni sesuatu penyakit yang merbahaya, kalau dibiarkan sampai kronik, makin sukar nak diubati.
Harap ustaz tak salah sangka dengan komen #19. Langsung tak marahkan artikel ni atau ustaz. Cuma terfikirkan konsep hospital wanita yang amat bagus tu.
Aye.. komen #20 tu, Ustaz lagi pakar untuk menjawabnye. Bagi saya personally, IMAN yang penentu segala. Masalah yang saudara utarakan, bahkan apa – apa masalah sekalipun kalau dilandaskan dengan Iman dan akal, insyaAllah boleh diselesaikan. Wallahuaklam & wasalam.
Don’t worry Dr. Shiha… I appreciate all your comments.
Alhamdulillah everyone of those who give their comments here publicly are the people of dignity. I appreciate each of them whole-heartedly, both support and disagreement.
But those who sent me private email, I would like to encourage them to write here in public so it can be discussed rather than “baling batu sorok tangan”.
Salam.. Kak Ija..
bab – bab relationship ni… tak perlukan doktor untuk menjawab hehe.
Breastfeeding tu, takdenye pakar pun. Setakat pengalaman lepas dan sikit – sikit pembacaan sendiri
Ustaz tau2 jer latest issue kat Jordan ni eh.. (“,) baru minggu lepas kami wat lawatan ke Mustasyfa Islami di Amman.
Alhamdulillah nilai-nilai Islam diterapkan baik disamping pengamalan Islam itu sendiri. Semua pegawai memang peramah n mesra. Tempat menunggu pun diasingkan antara lelaki dan perempuan. Privacy patients especially perempuan pun diutamakan.
Ramai patients,either muslim or non-muslim datang ke mustasyfa kerana ramainya pakar-pakar di Hospital disamping praktikal nilai-nilai Islam yang lebih utama diterapkan
artikel yg menganjak paradigma;
nilai ISLAM dlm soal euthanasia dan mati otak,
mencari hikmah yg dicicir,
hakikat sunnatullah,
dua golongan yg dua2 adalah sekular,
ISLAM adalah semua yg terbaik dan bukan pada nama semata,
bukan sekadar mencari pahala,tetapi mengelak daripada dosa,
tujuan hidup mengatasi keperluan hidup………..
semoga diri ini dan setiap daripada kita menemui ISLAM yg namanya ISLAM
kerana seluruh hidup ini adalah ibadah!
ALHAMDULILLAH dan terima kasih ustaz atas artikel ni.
Alhamdulillah syukran buat ustaz dan Dr Shida….. w/pun ana masih blum dpt jawapan lg…. persoalan msih blum tjawab lg…. iaitu pihak lelaki pasti ingin kahwin awal utk slamatkannya ttp pihak ppuan pasti serba salah antara cinta n cita…. dan pihak ‘masyarakat’ pasti ingin mlihat Doktor ini bgelar Pakar Sakit Puan pd usia 26 atau 27…
hmmm…
maaf silap topik…
Ana teringat kata2 Tg Nik Aziz
“dengan caro islam je baru buleh selasai masaloh, sebab Alloh ‘buat’ kito…mesti dengan caro Dio jah baru buleh ‘jadi’ “
Salam… Aye.. Pakar Sakit Puan pada usia 26-27? Erm.. boleh saya tau buat Masters Degree kat mana tu? Ataupun sidia tu buat PhD?
Bagi saya, kalau yang si lelaki tu boleh control diri (berpuasa dsbnya), sepatutnya boleh selamatkan suasana dan mungkin tak perlu kahwin segera. Yang si perempuan pula, kalau rasa perlu juga perkahwinan tu, percayalah sesungguhnya Allah swt sentiasa membuka jalan untuk kita untuk menyiapkan thesis tu walaupun dah berkahwin. Pokok pangkalnya berusaha. Berkahwin bukan bermakna berhenti kembara ilmu. Ramai yang dah berjaya lakukannya. Wallahuaklam.
Salam.
Saya sebenarnya tak berhasrat untuk mengatakan yes or no kepada soalan Aye sebab saya nak si lelaki tu (Aye sendiri atau member
) sendiri yang membuat keputusan. Kita cuma bagi hint2 sahaja.
Tetapi saya sebenarnya tidak berapa selesa dengan keluhan kebanyakan remaja yang kata terpaksa kahwin sebab dah ‘di tahap merbahaya’, ‘takut terjebak dlm benda tak elok’ dan yang seumpama dengannya.
Dalam hidup ini, even lepas kahwin, ada banyak masalah yang bakal menuntut kita untuk mempunyai self control yang tinggi. lebih tinggi dari setakat menahan diri dari zina sebelum kahwin. kena kuat self control menahan diri dari talak juga jangan dianggap kecil. so, kalau berkahwin kerana keadaan sudah terdesak, ia memanifestasikan betapa lemahnya emosi dan iman kita sehingga sesuatu yang besar sebesar perkahwinan pun, kita buat kerana kita dah takde self control.
Control your emotion, win the game.
Dah terkeluar tajuk pulak… kena buat artikel lain nampaknya ni… hmm
Minta laluan Ustaz hasrizal bbicara pkr dluar topik…..
Ttg budak tu Dr Shida, die amik dgree kat india pd umur 17, die grad dgn 4.0… sambil HO die dah start master under HUKM than skarg dah 4thn jd doktor smbil buat phd under india tp kajian kat malaysia….
Tp syg skali sbb dah 6 bln stdy die tgendala sbb mgidap ‘SIS’….
die berazam nak baru rekod doktor pakar malaysia yg pling muda pd umur 29 kan?? lelaki??
Rujuk komen 34 (Ustaz Hasrizal)
Timo kasih banyok2 deh ustaz… nanti ambo royak ko budok tu….
alhamdulillah mudahan tercapai impian mereke…..
hmm, teringat plak lawatan ke Mustasyfa Islami hari tu…
Salam Ustaz,
Hmm, nampaknya kena buat sequel untuk artikel “perkahwinan2″ lagi. Well, combination habit2 seterusnya. Itulah keistimewaan saifulislam.com, jenguk juga blog yang lain tapi isu2 perkahwinan tu “simple mind” je. Ibu mengurus anak2, ayah mencari rezeki. Sampai je ayat tu terus tak baca, nak buat macammana ibu bekerja, ayah selalu outstation (Dr Shiha and Kak …lupa la plak yg husbandnya kerja petroliam, rasanya kita pun boleh buat kelab suami selalu outstation). Bukan apa, tak relevan untuk diri sendiri, bukan tak setuju.
islam akan nmpk cantik apb org islam amalkan akhlak islam & bekerja utk tegakan kalimatuhaq…..
islam bukan semata slogan2..bertakbir….pakai jubah & serban…
menamakan premis2 dgn nama2 islam…apakah hanya sekadar ini yg dinamakan islam???
well,tp itulah yg kebanyakan msyrkt melayu kita nmpk…aduss..payah nk betulkan pandangan/mentaliti streotype cam nie…
pastu..apb org hina nabi…bangun.. demonstrasi…pdhal sunnah nabi malas nak buat….sunnah TERBESAR iaLAH berDAKWAH….brp ramai yg sanggup nk buat???beria2 bangun nk berdemo..tp hisap rokok,subuh berjemaah tidak jaga…jgn kata berdakwah…benda2 cam nk jaga subuh berjemaah pun x lepas…itu belum lagi cerita pasal ada pegang usrah ke tak….jlnkan x usrah di tempat masing2…yg tahu slogan..slogan…slogan..bekerja x serius..malas..pastu bercita2 tinggi melangit nk tubuhkan negara islam…dakwah x nak???nk tubuh negara islam camner???
fikir skit camner nk ubah kondisi umat..seirus bekerja…pegang usrah…jgn hanya gah dgn program2 besar..slogan2 hebat semata..
Ustaz menulis: Semasa Eropah prejudis dengan Islam dan taasub kepada kepercayaan mereka, Eropah terjun ke dunia gelap yang sangat menjelekkan. Bermula dari kedunguan mereka yang menganggap perasaan ingin tahu sebagai dosa, hinggalah kepada kezaliman Inquisition Kristian di Sepanyol yang menyembelih pembangunan dan sumbangan Islam, demi memenangkan aqidah sempit mereka.
Keengganan mereka membuka akal dan mata, menjadikan mereka terperangkap di dalam kebodohan sendiri. Hal ini telah pun saya sentuh dengan panjang lebar di dalam artikel Menjahilkan Diri Terhadap Musuh.
Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan api Pencerahan (Enlightenment).
Kak Ija menulis: Tapi akak nak lari dari topik perubatan, tapi masih dalam skop ilmu dari barat. Akak dah lama baca buku self-help barat disamping buku2 fikrah spt yg disenaraikan oleh FAO. Tapi naqibah tegur “Percayalah teori orang putih tu”. Terasa juga nak jawab panjang2 tapi yang terkeluar “Yang baik kita ambillah”.
Fathi Aris Omar menulis: Pandangan ustaz di atas saya selesa dan senang sekali. Jarang ada ustaz membicarakan hal ini, seolah-olah menjadi “pantang besar” jika masuk kepada ruang pengetahuan seumpama ini.
Masalah kita di Malaysia, seperti disebut Kak Ija, memang berleluasa. Prasangka berkembang daripada kejahilan, sebab tidak mengetahui, sebab tidak mempelajari, sebab tidak (atau kurang) membaca dan mengkaji.
Dan juga (mungkin) malu bertanya kerana takut disebut “bodoh”. Apatah lagi apabila kita sudah sampai ke makam naqib atau naqibah, aktivis, bos pejabat, guru besar, wartawan tersohor, sasterawan selebriti, ustaz terkenal atau sudah memiliki PhD.
Bagi saya, ini semua penyakit jiwa orang yang tidak Islamik. Penyakit jiwa orang yang rasa serba cukup, self-sufficient, atau tidak ada motivasi untuk cemerlang. Tidak seperti kata hukama “hari ini lebih baik daripada esok” atau konsep kaizen dalam budaya kerja Jepun. Penyakit ini bukan penyakit orang Islam kerana orang Islam diajar “hikmah itu barang yang hilang daripadanya, maka di mana pun dia bertemu, dia berhak memilikinya.” (kurang lebih begitu)
Kalau kita hendak “pandai”, kita tidak boleh berlagak pandai atau mengatakan orang lain bodoh. Tetapi kita haruslah mengakui kejahilan diri sendiri, barulah kita ada persiapan psikologi untuk bertanya, berbahas, membaca dan mengkaji — kemudian (yang paling baik) menulis, setidak-tidaknya menulis blog! Dengan itu kita menguji pengetahuan kita sama ada lemah atau kuat; bernas atau lemah; mendalam atau dangkal; atau palsu sama sekali.
>>> Saya tidak penah faham kenapa orang Melayu (mungkin juga bangsa lain begitu) cukup cepat melenting atau panas hati apabila disebut kepadanya “kau ni bodoh!”
Mengulas rasa “kecewa” Kak Ija itu, saya ingin bertanya kepada naqibahnya: Jadi, apa sebenarnya “Barat” atau “Eropah” yang kita (umat Islam) ragui, takuti dan bimbangi itu?
Persoalan ini tidak akan dapat dijawab sekiranya kita tidak mengenali Barat — yang akhirnya merugikan kita sendiri. Tetapi selepas kita menggali pemikiran mereka, pergolakan politik dan ekonomi mereka (hasil idea mereka), barulah kita faham dynamics zaman tersebut yang ada waktu khusus dalam konteks Eropah, tetapi ada juga unsur-unsur sejagat dalam pergolakan tersebut.
Apa yang disebut oleh ustaz di atas (seperti dipetik) memang relevan sekali.
Misalnya Immanuel Kant menulis “What is Enlightenment?” — jelas mengajak seseorang berfikir sendiri untuk mencapai titik kefahaman. Kalau kita baca al-Maududi, misalnya “Fundamentals of Islam”, kita akan faham apakah maksudnya beriman, dan tidak jauh daripada usaha kita berilmu (dengan luas), mengkaji (semua aliran berfikir) dan membaca (berbagai-bagai) teks besar dunia.
Biarlah kita nanti, menerima dengan faham; menolak juga dengan faham dan sedar. Jangan sampai Islam kita terima dengan dangkal, Barat kita tolak dengan dangkal. Akhirnya jadilah orang Melayu di Malaysia ini orang yang berfikiran mediocre sahaja — khususnya di pentas wacana dunia kerana gagal berkomunikasi dan mengkomunikasikan fikiran2 baru yang segar.
Baru-baru ini saya ke pesta buku, memang banyak buku dicetak dalam bahasa Melayu tetapi … kualitinya masih jauh daripada memuaskan dan boleh disebut “sub-standard” atau “tidak at par” dengan perkembangan arus pemikiran dunia. Malah yang kita ceduk daripada Barat itu yang tidak mendalam (termasuk hiburan pop).
Kebimbangan saya ialah: buku-buku yang kurang kualiti ini (seperti di ekspo buku tersebut) dibaca dan dihadam oleh lulusan-lulusan kampus. Mereka telah dianugerah Tuhan untuk berfikir dan mengkaji tetapi tidak menggunakan sekuat tenaga untuk berbuat demikian. Tidakkah ia dianggap “tidak syukur nikmat”? Mereka kadang2 ke kuliah agama, ber-usrah atau kuat beribadat … tetapi enggan meluaskan pengetahuan.
Mereka malas mengkaji di saat akses kepada ilmu dunia sudah berkembang — misalnya Internet tetapi malas meneroka pengetahuan! Wallahu a’lam.
Nota: Maaf, saya membebel di sini …
Assalamualaikum Fathi,
Tak apa nak membebel pun, ustad ni memang suka layan tetamu. Terima kasih atas pandangan yang bernas. Akak yakin segala perbincangan adalah atas dasar kasih dan sayangkan umat Islam terutama melayu Islam.
Baru-baru ini saya syarahkan bab Aqidah sebagai Asas Kehidupan Mukmin, dengan membandingkan ucapan Rene Descarte “I doubt, I think. I think, I am” dengan kata-kata hukama’ kita, “man ‘arafa nafsahu faqad ‘arafa Rabbahu”. Tujuannya ialah agar peserta belajar Aqidah bukan sebagai mata pelajaran, tetapi sebagai usaha mengenal Allah dan kebenaran”.
Good response.
Cuma saya tidak kecewa kalau ramai ustaz yang tak boleh appreciate bab ni sebab saya faham apa masalah yang menghalangnya. Saya sendiri kena terjun ke dunia Human Sciences dan History, baru boleh memahami dan memanfaatkan pendekatan begini. Insya Allah kita cuba pelan2… agar iman kita benar-benar menjadi iman yang mendasar di akal dan hati, bukan lagi iman hafalan…
Terima kasih kepada akhi Fathi dan Kak Ija atas perkongsian mutiara kata.
Salam akhi fikrah…..

afuan byk2 ustaz lg skali tkeluar topik….. ntahlah mgapa ana trasa dgn comen 39…
knp sbb ‘tugas tercicir’, ‘target’ nak disalahkan… jgn kerana nyamuk, kelambu nak di buang….
afuan sbb ana bersangka teguran akhi dtujukan kpd ahli2 jamaah haraki (pas) yg tkena sama pd sahabat2 ana…. adakah salah mereka bserban atau berjubah?? adakah sbb kata2 SS mufti perlis thadap serban sbg ‘al-sunnah al-jibiliyyah’ ?? (rujuk http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30511&sid=826f771c21bf9fe4396665ee51cec33b)
dan adakah salah kita laungkan slogan dan bertakbir??? inikan zikrullah??? mane lebih baik dr betepuk tangan atau bsorak2???
Akhi spt tidak setuju dgn tindakan ‘demontrasi’ bila nabi dihina atau apa2 seumpamanya…. hmm
klu akhi tak suka pi… jgnlah org yg pi akhi marah… adakah sbb akhi hayati sunnah dan tidak mnemui rasulullah ber’demontrasi’…. akhi mnuduh itu bidaah???
Ana akui mmg ramai umat kita hari ni yg mlekakan tuntutan solat bjemaah….tmasuk kbykan ahli pas sendiri (mgkin mrk masuk mlalu cabang politik) tp ana tengok ‘ahli sunnah’ pun sama gak…. kadang2 lg teruk, metang2 imam kat depan sapu muka, baca qunut dan seumpamanya, terus dorang tak datang surau atau masjid… buat surau kat umah…bg ana lg parah……
Akhi aye, komen ini lewat muncul kerana tersangkut di jaring spam. Mana-mana komen yang dimasukkan ke dalamnya link internet, akan dianggap spam. Nasib baik saya sempat jenguk dan keluarkan ia. Anyway, saya harap akhi aye dan fikrah, sama-sama bertindak pro aktif dan fokus kepada penyelesaian. Sebagaimana artikel saya ditulis di dalam bahasa berehat, maka kekalkanlah mood itu, kerana kita mudah hilang pertimbangan jika emosi mencelah. Terima kasih atas komitmen antum berdua
Salam semua…
ana nak lemparkan satu cerita yg terjadi kpd 2 orang kenalan ana…
2 org ni bestfrend sjak kecil lg (satu doktor dan satu lecture) … hingga sampai umur mrk sekitar 26thn…. dipendekan cerita, mrk bgaduh dan bmasam muka shingga kini sbb satu konflik…
konfliknya mrk ada sorang kwn baik mrk xcident, dan dmasukkan ICU… ana dfahamkan doktor yg mrawat (kwn Dr tu) mgambil kputusan utk ‘mgambil nyawa’ keatas kwn mrk yg xciden tu, krn potensi utk die hidup normal tiada….
jd skarang ni si lecture tu tidak dpt mmaafkan Doktor tu krn doktor tu mbela tindakan kwnnya yg mrawat td…..
ok, afuan byk2..ana tak mampu nak terangkan scara jelas…
maksud ana diatas, adakah mmutuskan bekalan oksigen satu tindakan tepat…. dan syaie..
betulkan ana klu silap..
Di sinilah pentingnya kefahaman dan cara penjelasan dibuat.
Dalam keadaan pesakit yang dah mati otak tu, tidak ada apa yang diistilah sebagai MENGAMBIL NYAWA pesakit. Sebabnya, pesakit SUDAH MATI. Dia cuma kelihatan hidup kerana mesin sokongan nafas tu membantu.
Maka jika doktor yang nak beritahu bahawa mesin tu nak dicabut, salah menggunakan perkataan, seperti “setakat ini sahaja, beliau sudah cukup menderita, biarlah dia pergi dll”, maka sekelumit harapan yang terselit di celah ayat2 tu akan menjadi gunung di masa depan apabila syaitan menghasut.
Kena gunakan ayat yang jelas bahawa si pesakit SUDAH TIADA. SUDAH MATI. Saya pasti doktor-doktor yang terbabit dalam hal ini, telah pun diberi latihan secara profesional tentang cara nak break any kind of news kepada pesakit.
Wallahu A’lam.
Salam Ustaz, terima kasih untuk perkongsian cerita di comment #42. Hebatnya ustaz, selalunya pelajar aliran agama ni akak rasa allergic kepada falsafah apatah lagi falsafah barat. Mungkin mereka takut ianya membawa kepada kesesatan. Kalau tak boleh berhujah dengan ilmu memang boleh sesat kot.
Walaubagaimanapun, pelajar aliran agama ni pasti jauh lebih baik dari yang tak peduli agama. Atau mempergunakan agama. Sama2lah kita berusaha memantapkan iman masing2. Amin.
salam.
I am astonished by the insightful discussions on the post. I would say everyone has a deep thought and very much has helped me to ponder upon between the western thought and Islamic approach. Keep on sharing ideas and knowledge.
Salam.
I strongly agree with Fathi Aris Omar’s phrase…” Biarlah kita nanti, menerima dengan faham; menolak juga dengan faham dan sedar. Jangan sampai Islam kita terima dengan dangkal, Barat kita tolak dengan dangkal”. To share some of my experience… there was once an ustazah forbid me from using the word god or goat (because for her it sounds more or less similar). Her reason: it is the Christian’s god… infact the truth is god is the English word for Tuhan (just a common noun). Another incident…I stumbled on few people (sadly they have religious background) that regards English as the language of the kafiruun…simply because the language is used by the christians and the jews. I have no idea why should they be so narrow-minded. I am so confused.
Assalamu’alaikum…
Saya amat mengkagumi fikrah ustaz, sudah terlalu lama saya mencari ‘approach’ yang sebegini, betul-betul menusuk ke dalam hati. Semuga ustaz dapat terus menggunakan kelebihan kurniaan Allah ini untuk menyuntik semangat kepada kami agar menjadi Muslim yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Syukran ustaz…baru ana faham… tp yg masalahnya waris atau kenalan die yg tak dpt trima kenyataan….. iyelah klu kita betul2 sayang pd sesorang bisa mudah utk kita trima pmergian die kan…. lebih2 lg kita yakin dgn doa kita, kita yakin Allah akan ‘melakukan yg luar biasa’…. tp tiba2 doktor yg mrawat die ‘potong line’…. last2 kawan sejak kecil pun boleh bpisah…
Salam.. susah jugak ye cerita saudara aye ni.. bagi saya ni dah masuk rukun iman. Tak dapat terima kenyataan = tak dapat menerima takdir Allah swt = tak percaya pada qada’ dan qadar? Mungkin situasi mematikan alat penyokong pernafasan ini lebih mudah difahami oleh pegawai kesihatan dan mereka lebih mudah menerimanya kerana mereka tau apakah yang sebenarnya berlaku kepada si arwah tadi. Bagi waris dan kenalan, cukupkah hanya dengan berdoa, lalu mengharapkan miracle dari Allah taala? Setahu saya, konsep tawakal sebegitu tidak betul. Melainkan pihak waris tadi berusaha mencari dan mungkin menemui pakar yang mampu membuat procedure yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa si arwah tadi, walaupun pakar itu bukannya di Malaysia contohnya – lalu selepas itu mereka berdoa bersungguh – sungguh, sembahyang tahajjud dsbnya. Mungkin Allah akan ‘melakukan yang luar biasa’ di atas usaha waris tadi. Hm…
Di sini, penting sekali komunikasi yang berkesan. Kalau ada communication breakdown antara waris dengan doktor (tak semua doktor ada kemahiran breaking the news, walaupun telah di ajar di medical school..), perkara ni amat mudah menjadi twisted. Terutama sekali dalam keadaan emosi yang berkecamuk dan rasional disimpan ke tepi. Wallahuaklam. Maafkan saya jika pandangan saya ni salah dan tolonglah perbetulkan.
Saya telah jelaskan kepada peserta, bahawa ‘Islam mempunyai persamaan’ dengan pandangan Kristian dan Yahudi dari aspek memuliakan nyawa manusia.
boleh ke samekan islam ngan agame laen?????
apepun, penerangan ustz jelas betolnye….
smoga terus diberi hidayah Allah….
Isu yang dibangkitkan oleh Aye tentang pesakit yang bergantung pada alat untuk terus “hidup”. Kita lihat bagaimana dunia perubatan menakrif hidup dan mati seseorang pesakit berdasarkan otaknya (pesakit).
Isunya, sama ada syar’e atau tidak, bergantung pada takrif tersebut. Yakni, jika seseorang pesakit itu tidak boleh mengawal diri sendiri, otaknya berfungsi (atau “kelihatan berfungsi”) semata-mata bergantung pada mesin di luar dirinya, maka pada hakikatnya pesakit itu “telah mati” — tetapi kelihatan “bertahan hidup” semata-mata adanya mesin tersebut.
Jadi, pada hemat saya, doktor pakar boleh membuang peralatan tersebut.
Misalnya kita memakai pandangan mahkamah Florida seperti berikut: “It is now possible to hold such persons on the threshold of death for an indeterminate period of time by utilizing extraordinary mechanical or other artificial means to sustain their vital bodily functions. The procedures used can be accurately described as a means of prolonging the dying process rather than a means of continuing life.”
Link: http://www.jacobsandgoodman.com/CM/Articles/Articles51.asp atau penjelasan di sini http://www.betterhealth.vic.gov.au/BHCV2/bhcarticles.nsf/pages/Brain_death?OpenDocument
Isu yang berbangkit ialah manusia yang “otaknya mati” tidak lagi “hidup” kecuali dengan alat sokongan (life-support system).
It is now considered by the medical profession and supported by legal and some ethical consensus that if a person’s entire brain is dead, the person is dead. The reason is that if the entire brain is destroyed, there is absence of spontaneous breathing and expected cessation of heartbeat soon. It is on the basis of this concept that all life support treatments which the patient may have had in place before brain death has been established can be removed because the patient is now dead.
en fathi pun baca kat website ni ker,
en fathi memang rajin membaca, cuba gaya penulisan kasar sikit
Assalamualaikum…
Salam ukhwah semua…
dari pemerhatian saya banyak yang dibincangkan dari sistem sehinggalah nilai…
1. Bagi saya kita dilahirkan kedunia untuk mengenaliNya dan untuk mengenaliNya kenalah kerja keras… salah satunya, jauhkan diri dari semua sifat mazmumah.. amalkan sifat2 mahmudah, sekiranya kita pegang pada amalan ini, saya rasa tiada masalah dalam menjalankan tugasan harian sebagai pegawai perubatan.
2. Dari sejarah, Doctor dari Greek lagi adalah golongan berilmu dan orang yang paling dekat dengan ketuhanan Greek. Mereka bukan sahaja menyelesaikan masalah kesihatan juga keagamaan. begitu juga dengan perkembangan perubatan semasa zaman Rasulullah SAW, penerapan nilai2 murni dalam nilai sistem kehidupan insan dan mengajak manusia mentauhidkan Allah melahirkan banyak insan yang dekat dirinya dengan-Nya. Atas inilah mengalir barakah dalam mengubati insan. Tetapi kita? di mana agaknya tahapnya di sisi Allah. Saya bukanlah pandai bahasa Arab (mungkin langsung takda), Bahasa Arab, Tabib = doctor (meliputi membantu menguatkan iman insan yang sakit) Bahasa Malaysia – pegawai perubatan – pegawai ajerlah tidak sampai dapat membantu meningkatkan keimanan pesakit. Saya tidak menganggap saya doctor yang sempurna kerana nipisnya iman saya… cuma sekadar menolong orang yang meminta ihsan.
3. Cuba kita kembali semula pada asal kejadian manusia, di angkat dari tanah dan diberikan ROH, datangnya dari Tuhan yang Esa (Allah). Kita semua adalah Adam dan Hawa tidak kira bangsa dan agama. Sekiranya seorang insan datang meminta tolong kerana kesakitan megapa perlu kita sombong? Kerana yang meminta tolong itu dibukakan hati oleh Allah kepada kita…dan ilmu dan skill yang ada pada kita datangnya dari Allah. yang demikian berillah pertolongan dengan penuh kasih dan ihksan kerana ia datang dari Allah dan kepada Allah jua kita salurkan. Wallahua’lam.
4. Kalau ustaz nak cerita pasal sistem perubatan di malaysia, kita ini masih diperingkat awal dan bertatih.. banyak yang perlu dilakukan. Manusia berakal dan mahukan terbaik dalam kehidupan hakikatnya, di Malaysia kita ketinggalan dari banyak sudut. kalau nak dapat ‘stable’ treatment seperti di belfast maybe .. in 100 years lagi. Sistem pentadbiran dan kualiti perubatan tidak lagi bertapak kukuh di Malaysia. Berbanding di Eropah. Quality in Health di Kementerian Kesihatan sekadar kualiti di dalam pentadbiran dan penulisan tidak dapat dipraktikkan secara menyeluruh. Banyak Isunya tak tertulis nanti kementerian2 lain marah lak saya komen
5. Bersyukurlah pada yang ada setakat ini. Kualiti berubah dengan zaman. Hakikatnya sekiranya azab, musibah atau kecelakaan yang menimpa kita sebenarnya kifarah kepada kita. Lihat balik pada kebelakang apa yang kita terkurang sepatutnya yang diberikan kepadaNya. saya pun pernah mengalaminya.. saya bekas pegawai kerajaan (Perubatan). Masa anak kedua saya dilahirkan di hospital kerajaan, masa itu untuk pembedahan kedua. Saya dibenarkan masuk mulanya oleh ketua jabatan (specialist) tetapi dihalau oleh nurse OT. Saya tak bantah dan saya keluar! Kemudian semasa anak di Nursing Care saya memberi arahan spoon feeding atau cup feeding sekiranya susu ibu tidak mencukupi (1 minggu pertam hanya colusterom) tetapi arahan itu menjadi JANGAN BAGI ANY FORMULA MILK!. Anak saya melalak sampai hypoglycemia! Pada mulanya saya amat marah tetapi apabila dilihat kebelakang banyak silap saya dalam mendekatiNya. Saya tebus dengan kesilapan itu pada anak ke -3 Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Kenangan manis intuk ibunya.
wassalam
sorry banyak kesalahan ejaan
saya bukan insan kamil
saya kurang faham bagaimana orchid (#53) boleh membaca apa yang saya tulis sebagai “menyamakan Islam dengan agama lain”.
salam ustaz…
ohya, ape pula ‘pandangan islam’ thadap ‘Artificial Blood’ ???
adakah keadaan dunia skrang (maslahat) memerlukan kita bgantung pd darah tiruan??? klu ye… adakah dbenarkan (diluar waktu darurat) ??
pohon pandangan ustaz…..
(Artificial Blood: What Is It? Will I Use It?
Since the 17th century, blood transfusions have been attempted to offset blood loss from trauma and childbirth, or as a therapeutic modality during leeching or bloodletting. Until the identification of isoagglutinating antibodies, however, transfusions were fraught with significant early complications. These early complications sparked interest in using hemoglobin as an oxygen carrier in plasma. Early trials of these solutions proved disastrous as well, with significant immediate complications resulting from infusions of stroma-free human hemoglobin solutions.1 These complications were most often acute renal failure thought to be the result of direct hemoglobin nephrotoxicity.2)
ana copy paste pd satu artikel….
silap bagi email tima kasih
sejak ust menggunakan istilah pelajar syariah dan pelajar sunnatullah..ana terus guna istilah mcm ni..lebih sedap didgr dan supaya pelajar engine,medic dsbg x rase terpinggir hanya kerana mereka x belajar syariah..kedua2 ilmu itu sifatnya ALLAH centered..
Salam
“Soal mematikan mesin penyokong nafas bagi pesakit mati otak, bukanlah subjek agama. Ia adalah isu perubatan”
Maaf bertanya, ana kurang jelas dengan statement ini sebab isu brain death ini merupakan perbincangan yang panjang & khilaf antara pakar perubatan dan ualama’ (walaupun sudah ada fatwa yang dikeluarkan)
Boleh ustaz jelaskan dengan lebih detail apa yang ustaz maksudkan dengan statement ini.
Salam dari Ardil Kinanah
Assalamualaikum ABU FATEH (#62).
Soalan berkenaan sudah saya jawab di dalam komen nombor 24. saya terjemahkan ia di sini:
tidak dinafikan yang euthanasia aktif (pesakit minta dimatikan atas apa2 alasan dll) adalah isu agama. mematikan mesin untuk pesakit yang sudah kematian otak juga adalah isu agama, tetapi semasa di tahap menyelidik dalil dan menentukan hukum Islam mengenainya.
Akan tetapi, semasa kes di wad di mana pesakit yang mati otak itu mahu ditamatkan penggunaan mesin, maka ia bukan lagi isu agama. sebaliknya ia adalah isu perubatan sebab keputusan agama sudah ada. cuma doktor perubatan perlu melaksanakannya mengikut apa yang telah diputuskan.
Maka saya sebagai muslim chaplain di hospital, tidak perlu terlibat secara langsung dalam membuat keputusan bila nak cabut tu. doktor perubatanlah yang sepatutnya membuat keputusan. tugas saya hanya menasihati doktor berkenaan agar melakukannya mengikut lunas-lunas Islam.
Harap tidak keliru.
“Islam lebih memberikan penekanan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam membuat keputusan itu” = limiting the powers of the authority, which is an extension of the principles of limited state.
“Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya.” – this calls for refocusing our attention to values rather than rhetorics.
“Hospital sama ada ia Islam atau tidak Islam, ia memerlukan perbelanjaan yang besar untuk beroperasi. ” – there are various ways to fund hospitals. Many medical centres in the past were funded by instutitons similar to the waqf, or in the West they are called Foundations. Or, we can also look at using the voucher system. Or private insurance plus ‘safety net’ for those who cannot afford the insurance. There are other ways too and we are looking into them. But one thing for sure is, government should step away from hospitals and let the professionals do what they are best at. I wonder who run hospitals during the Islamic Golden Ages?
artikel dn perbincangan yg menarik…
sy amat bsetuju dgn pandgn ustaz…
perkara ni byk blaku over the world, sekularisme. Baik yg menolk agama mahupun menolk dunia. Bukan hanya dlm sistem perubatan, ttp dlm setiap sudut. Mcm yg ustaz tulis dlm post Turki mengenai Parti Refah, sgt profesional dan cekap. Camner pon, trima kasih pd ust mmberi kepastian kpd sy bhubung inti pkara ni, sekularisme.
2. Sy nk tny pandangan ust bhubung pkr ‘Genetic Enhancing’ bg manusia. Prof Stephen Hawking bsetuju atas alasan mmbantu manusia untuk compete dgn arificial intelligence, tp pkara ini seolah2 tmasuk dlm pbuatan mengubah ciptaan Allah. Jd, apa sebenarnya yg hukum kpd pkara ni?
assalamualaikum wbt…
saya cuma baca secara glimpse apa yang di paparkan dalam perbincangan kali ini…maaf la saya dah lama tak hantar pandangan…bila guna net hospital…dia block w/site ustaz…maybe your site contains downloadable site…
anyway… memang banyak muslim Dr. fikir islamiknya seseorang Dr/Jururawat/Hospital/MA etc adalah bergantung pada bila nak bedah orang or nak bagi ubat suntikan or angkat patient ke strecher baca basmalah… tapi ianya lebih dari itu…
banyak hospital bagi saya tak stress pekerja2 mereka akan nilai ikhlas…pahala yang berganda bila tolong pesakit… hak-hak pesakit wanita bila di periksa oleh Dr lelaki… hak-hak pesakit terhadap Allah.
yang kita tahu…pesakit itu bila buat round, temperature?BP and PR… ada kentut or berak? berak najis bercampur darah tak etc..etc… tidak pula bertanya dah solat secara tidur ke pakcik hari ini?
saya ambil contoh… di Ireland… negara roman catholic… bila saya masa student dahulu pergi ikut specialist buat morning round…nak masuk pintu hospital patung jesus and holy mary dah ada tergantung…kedengaran sayup2 dari radio speaker ward bunyi gospel dan nyanyian ayat injil untuk menenangkan pesakit….chapel hospital memang aktif… father or chapel sister hospital datang tiap-tiap hari buat ’round’ jugak ke pesakit-pesakit tenat or memerlukan kekuatan dari aspek rohani… siap beri holy water lagi…
malaysia…bukan saya nak perendah la…tapi mana ustaz dari jabatan agama ? (setahu saya mereka ni pun ada so call compulsary visit ke hospital tapi sebulan/2minggu sekali). di mana mereka di kala mereka ini perlu akan kekuatan rohani (tetapi tidak membelakangkan perancangan Doktor terhadap pesakit)?
tugas berdakwah bekenaan rukhsah solat…kematian…isu derma organ dan lain-lain nya kami cuba selesaikan dengan sebaiknya…
isu which is an islamic hospital ini kronik… orang akan tertarik bila kita tambah islam dalam nama hospital kita seperti contoh… Pusat Rawatan Islam Hospital _________ (isi tempat kosong)….
semua impikan hospital islam ______ tapi hanya masa dan ketika dapat memberitahu kita bila….
wassalam
pening kepala saya perbincangan kalian.. namun ade juga yang boleh diambil manfaat.. takpe saya cuba skit-skit.
[...] Paradigma Perubatan dan Hospital Islam [...]
Assalamualaikum, ustaz, saya pun tertanya2 ustaz kenapa di negara kita yang bergelar negara islam ini masih banyak terjadi isu2 sekularisme? Adakah kita ini islamic warisan sahaja yang menyebabkan kita kegersangan ilmu agama yang mendalam atau mungkin masih banyak kekurangan dalam syllabus sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan masa hadapan generasi warisan kita nanti???
Saya juga sedih memikirkan jauhnya jurang perbezaan praktikal perubatan di hospital2 negara kita berbanding di luar negara. Jadi apa tanggungjawab kita sekarang? – Saya bercita2 untuk membuka sebuah klinik @ hospital yang menepati semua ciri2 islam yang ustaz senaraikan di atas, yang bukan sahaja khusus untuk orang2 Islam tapi terbuka untuk mereka yang non-muslim. Tolong doakan…
akum..
ustat ptt b’syukur bini ustat branak kt hsptl islam kt m’sia..xyh r nk kate mane2 hsptal..bini ustat branak kt oversea kt spital kapir 2 sume staf kt situ islam ke?aurat muslimah ngn kapir pmpuan cmne ek?=p jgn nk kate darurat kt sni..branak kt umah pn bley..guru sy py bini branak kt umah je..nk kate xslamat?ssgguhnye yg bg kslmtn ialah Allah..bkn spital,bkn dctr mahupn usahe..nk kate usahe?branak kt umh 2 usahe nk jg aurat istri sniri..bley je import sowang dctr muslimah tlg kt umah..so,ustat pk2kn r..=p
waalaikum al-salaam wbt.
isteri saya lahirkan anak di hospital kafir, tapi yang sambut saya. yang potong tali pusat saya. yang azan saya.
isteri saya lahir di hospital islam, yang sambut doktor islam yang tak pakai tudung. azan pun saya kena mintak.
kalau penting sangat lahir tu tangan kafir atau tangan islam yang sambut, kenapa yang lahir di hospital-hospital di malaysia ni ramai yang jadi pelesit? yang lahir di hospital kafir di barat tu, yang besar kat gereja, yang kecik2 makan babi, boleh pulak terima islam dapat hidayah?
sebab bukan itu isunya… soal aurat, apakah setelah masuk tahun 2008, 1429 ni, tiada perbahasan ulama tentang kedudukan aurat ni dalam Qadhaya Tibbiyyah semasa? Main tangkap buku teks je?
keselamatan di tangan Allah? ceh ceh ceh… manusia tak payah usaha ya? aqidah ahli sunnah ke ni?
kalau nak mengomel, tengok kiri kanan dulu, “ustaz”! kot ye ada point nak cakap pun, takde ke bahasa yang elok sikit nak berbincang?
tak pernah dapat komen sebodoh ini. dari “ustaz” pulak tu
uhuk3..
owh,ustat dlm blk branak 2 sowang2 ke?=p bgs r kalo ustat yg wt sume 2..so,xyh anta spital r..ustat sniri jait ke?terer gk ustat ni..=p
ade sy kate owg islam smbt bley jd baik ke?isunye skangni aurat beb..owh,muslimah xpki tdg 2 lg truk dr kapir ke?hehehe..ade sy kate xyh usahe ke?isk3..ciannye ustat ni..wt blog tp xpndai bace..=p usahe printah Allah,tp xbley ykn dgn usaha..phm?dlm hal ni,usahe jage aurat bini lg utame spttnye..t’plg r if ustat xnk tlg jg kn..bini ustat kn..ustat kn terer..=p Isu yg ingin dibngkitkn skngni xyh r nk up2 spital kapir sbb spital kapir xlps pn syrt aurat utk bini2..unless staf dia sume islam..so,b’syukur r..