Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

June 1st, 2010 by Abu Saif 11:49 am | 18,920 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

bush

kredit animasi: Carlos Latuff

khutbahajah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:

17_4

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

17_5

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ‘sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

17_6

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

17_8

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

end_1st_khutbah

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. PERMAI 2010: Misi Memanggil Muslim Pulang Keluarga PERMAI 2010 Bandung, Indonesia Alhamdulillah, PERMAI 2010 sudah melabuhkan...
  2. Palestin: Antara Ilusi Dan Realiti   “Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya...
  3. Krisis Sikap di Institusi Kesihatan II – Seruan Kepada Islam, Bukan Ireland Assalamualaikum WBT. Saya telah menerima pelbagai reaksi selepas tersebarnya artikel...
  4. Palestin Dan Orientalisma “Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia...
  5. Khutbah: Kita Kaum Yang Tersendiri Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya...

Advertisement

119 comments

  1. hafiz hashim says:

    khutbah yang perlu dan mesti disampaikan di setiap masjid dan ke telinga setiap individu islam…

    sy umpama di’bangunkan’ semula apabila membaca artikel ini..

    realitinya mmg umat islam skrg masih dalam ilusi…

    tq ust atas perkongsian ini..

    wallahu’alam

  2. irshadian says:

    khutbah dengan isi dan penjelasan mantap!

    conclusion yang begitu menyentuh, terkesan dan pure to heart. Very clear!

    izinkan saya membuat link artikel ini di blog saya. Boleh ka ustaz? dengan menyatakan juga sumbernya.

    izinkan saya juga mem’print’ untuk ayah saya baca pada khutbah jumaat akan datang.

    mohon izin ustaz

  3. Nur says:

    tersentuh hati melihat nasib umat islam di palestin.
    tapi hati lebih sayu melihat umat islam di Malaysia yg lebihkan hiburan semata2.
    Ya Allah, berkatilah setiap semangat jiwa, untuk selalu berjuang dijalanMu, berjagalah hati yang kadang kala redup, tertiup angin duniawi… Ameen.

  4. aisyahyunee says:

    Palestina, negeri yang tercinta
    Tempat suci umat Islam, kiblat yang pertama
    Palestina, kini terluka
    Tertindas oleh yahudi durjana
    Palestina, tanah jihad kita
    Berjuanglah kobarkan perlawanan
    Intifadhoh , Intifadhoh

    Hancurkan, segala, kedzoliman
    Tumbangkan, tirani, angkara murka
    Langkahkan kakimu
    Ayo jangan ragu (Alloh)
    Allohu Akbar, Allohu Akbar

    Reff :
    Majulah serentak, hai mujahid setia
    Bebaskan Palestina dari taring penjajah
    Majulah serentak, hai mujahid setia
    Bebaskan Palestina dari taring penjajah

    Binasakan (binasakan) Lantakkan (lantakkan)
    Yahudi laknatulloh
    Binasakan (binasakan) Lantakkan (lantakkan)
    Yahudi laknatulloh
    Yahudi laknatulloh

    Intifadhoh , Intifadhoh

    Hancurkan, segala, kedzoliman
    Tumbangkan, tirani, angkara murka
    Langkahkan kakimu
    Ayo jangan ragu (Alloh)
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Alloh allohu akbar
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Alloh allohu akbar

    Majulah serentak, hai mujahid setia
    Bebaskan Palestina dari taring penjajah
    Majulah serentak, hai mujahid setia
    Bebaskan Palestina dari taring penjajah

    Binasakan (binasakan) Lantakkan (lantakkan)
    Yahudi laknatulloh
    Binasakan (binasakan) Lantakkan (lantakkan)
    Yahudi laknatulloh
    Yahudi laknatulloh

    Palestina, negeri yang tercinta
    Tempat suci umat Islam, kiblat yang pertama
    Palestina, kini terluka
    Tertindas oleh yahudi durjana
    Palestina, tanah jihad kita
    Berjuanglah kobarkan perlawanan
    Intifadhoh , Intifadhoh

    Hancurkan, segala, kedzoliman
    Tumbangkan, tirani, angkara murka
    Langkahkan kakimu
    Ayo jangan ragu (Alloh)
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Alloh allohu akbar
    Allohu Akbar, Allohu Akbar
    Allohu Akbar
    Allohu allohu akbar

    “palestina by shoutul harokah”

  5. akmal says:

    assalamualaikum…ustaz…izinkan saya untuk menyebarkan artikel ini….saya perlu melaksanakan 3 perkara ini….mengecam…mencegah….mengubah….terima kasih ustaz!….YA ALLAH….SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI PALESTIN….AMIN…

  6. ummu_alya says:

    Salam Ustaz dan pembaca sekelian :

    Mari bertindak :

    - print tshirt dengan poster mengutuk kekejaman Yahudi
    (kalau tuan punya syarikat, ini mudah) poster banyak sekarang ini; antaranya Carlos Latuff ‘s (on Gaza) dan jangan lupa pakai (jangan lupa biar menutup aurat) Boleh diberi kepada staf, kawan sepejabat, isteri, suami atau anak-anak
    - boikot barangan US – contoh mudah KFC, McD, Starbuck, Loreal, Johnson@J dlll
    - Doa dalam solat, solat hajat, qunut Nazilah
    - menderma ke pusat pengumpulan yang bertauliah (Ustaz mungkin boleh senaraikan)

    semuga kita tidak termasuk dalam golongan “binatang ternak”

    ameen ya rabbal a lameen

  7. iskandar says:

    Alhamdulillah, khutbah yang mengesankan dan minta kebenaran ust, khutbah yang menyentuh jiwa pendengar untuk disebar di bumi Kenyalang

  8. nine says:

    Assalammualaikum ustaz..saya pn ingin meminta izin untuk menyebarkan artikel ini..harap di izinkan ya ustaz..
    Alhamdulillah..tadi khutbah di masjid negara pun membicarakan soal palestin..Syukur dapat bersama-sama jemaah lain menunaikan solat hajat khas untuk kesejahteraan umat islam di palestin.semoga dimakbulkan Allah..Amin

  9. Adros says:

    Tahniah/Syabas Yaa U Hasrizal:

    Berikut SMS anak saya yang kebetulan berSolat Jumaat di situ (berhampiran dgn rumah sewaan kami di Kota Perrdana sewaktu saya di Ericsson Cyberjaya dahulu).

    “x sangka utz hasrizal yang jadi khotibnya! alhamdulilillah.. ade juga yg berani bersuara lantang. khutbah hari ini merupakan khutbah yang terbaik yang pernah angah (anak saya) dengar sepanjang 20 tahun!!
    sempat salam dgn utz.. rasanya macam dia tak kenal…”

    Adros-Dubai UAE

    • Abu Saif says:

      @Adros, salam dari tanah air.

      Sampaikan terima kasih saya kepadanya. maaf kerana tak perasan yang mana satu… tercungap-cungap selepas khutbah

  10. Mustafa says:

    Masya Allah… betapa cantik susunan kata-kata ust… Rabbana Ma khalaqtahaaza baathila…. subhanaka faqina ‘azaabannar… amin… Ustaz telah memberi TAHU dan telah mencetuskan MAHU. Insya Allah sama sama kita bergerak menuju MAMPU bagi mencorak generasi MUKMIN SEJATI bukan ILUSI…

  11. Ummu Sofwan says:

    Assalamualaikum wbt.

    Mohon izin ustaz untuk saya print artikel ini untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan dan tazkirah untuk ahli usrah insyaallah

  12. SangPelangi says:

    Allahuakbar. Meremang bulu romaku. Menitis airmataku tatkala membaca pesanan terakhirmu di penghujungnya.

  13. Taiping9130 says:

    Salam Ustaz…..
    Terima kasih diucapkan kepada Ustaz kerana masih ada masa untuk memberi. Harap proses pindah rumah dah selesai sepenuhnya. Berkenaan dengan konflik di Gaza, saya dapati media barat seperti CNN dan sekutunya cukup licik memainkan peranan mereka. Sebagai satu contoh, mereka paparkan gambar kanak-kanak Palestin yang terbunuh dengan keadaan yang sangat menyayatkan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya tetapi dengan mudahnya CNN menyalahkan pembunuhan ini sebagai respon kepada roket-roket Hamas. Cukup hebat realiti kekuatan Yahudi dan Nasrani sekarang. Moga-moga artikel Ustaz ini Allah jadikan pedang yang sangat tajam untuk memotong/membelah ilusi-ilusi yang menghantui Umat Islam masa kini, Amin.

  14. ummu_alya says:

    Usaha menjadi Islam tulen.. adalah bermula dari diri kita, inilah perjuanganku hari ini dan selamanya…

    “Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.
    Islam yang tulen.
    Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

    Terimakasih Ustaz, dan semuga terus-terusan dengan tulisan sebegini

  15. R says:

    Khutbah ini seolah-olah mengatakan individu yang dilahirkan sebagai yahudi walaupun mereka tidak memintanya layak untuk hidup dihina mati dicerca. Adakah ustaz berpandangan Allah sengaja menciptakan kaum ini semata-mata untuk menghapuskan Islam?

    • Abu Saif says:

      @R, tidak ada manusia yang dilahirkan sebagai yahudi. yahudi itu bukan genetik, tetapi ia adalah sistem kepercayaan dan berfikir.

      Masalahnya ialah, kaum yahudi bersungguh-sungguh dan berjaya mendidik anak-anak mereka untuk menjadi yahudi. hanya muslim sahaja yang selalunya gagal menjadikan anak mereka muslim, kebelakangan ini.

      Allah tidak menciptakan mana-mana kaum sebagai pemusnah atau pembunuh. hanya budaya dan kepercayaan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang menjadikan pembunuh melahirkan pembunuh yang seterusnya. kuncinya ialah pendidikan.

      Dan kerana adanya idea-idea bebas yang kehilangan asas seperti inilah, saya sangat mengambil berat tentang perlunya pendidikan mengenai isu palestin menjadi agenda yang diutamakan. kita sudah tidak tahu apa yang kita percaya dan tidak percaya

      • R says:

        @Abu Saif, saya setuju. kunci asas adalah pendidikan. Namun timbul persoalan ‘egg and chicken’ di sini. Ramai umat Islam bereaksi secara sentimen dalam isu palestin dan israel sehinggakan secara membuta tuli menghukum semua keturunan yahudi secara genetik dan sejarah adalah kaum paksi kejahatan dan tidak ada peluang untuk bertaubat atau sekurang-kurangnya menjadi kafir zimmi.

        Manakala kaum yahudi pula akibat berasa ditekan oleh sentimen umat islam ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewujudkan proksi2 di negara besar untuk melindungi mereka dan terus menyerang palestin dengan alasan Hamas memprovokasi mereka.

        Two States solution mungkin adalah jalan yang terbaik untuk disarankan namun tidak bagi orang-orang palestin. Kemenangan bagi pihak Hamas ialah apabila israel berjaya dihapuskan dan diusir dari bumi al-quds kerana bumi tersebut didakwa adalah milik Islam (sedangkan seluruh dunia ini ialah milik Allah). Darah anak2 palestin yang tumpah bagi Hamas tidak boleh ditukarganti dengan penyelesaian di meja rundingan.

        Kitaran ini akan berterusan sehinggalah suatu pihak berjaya mencapai objektif. Israel tidak akan selama-lamanya berasa selamat selagi mana umat islam bersentimen. Palestin pula tidak mungkin mencapai kemerdekaan (melainkan dengan izin Allah) selagi umat islam terus mewujudkan biah ‘unsecure’ di kalangan individu berketurunan yahudi.

        Seorang Cina yang pada mulanya amat baik dengan Islam namun beragama Buddha sekiranya sentiasa mendengar jiran Melayu di sebelah rumahnya mengomel tentang Khinzir, ketuanan Melayu dan ‘agenda jahat orang cina’ pasti suatu hari nanti akan berasa unsecure dalam masyarakat Melayu dan secara tidak sengaja terpaksa mewujudkan dan merealisasikan ‘agenda jahat orang cina’ seperti yang orang Melayu ‘ingingkan’.

        • zul says:

          assalamualaikum,
          pada pendapat saudara “Two States solution mungkin adalah jalan yang terbaik untuk disarankan namun tidak bagi orang-orang palestin. Kemenangan bagi pihak Hamas ialah apabila israel berjaya dihapuskan dan diusir dari bumi al-quds kerana bumi tersebut didakwa adalah milik Islam (sedangkan seluruh dunia ini ialah milik Allah). Darah anak2 palestin yang tumpah bagi Hamas tidak boleh ditukarganti dengan penyelesaian di meja rundingan.”
          tapi cuba kita selidiki;
          1. bumi palestin dirampas oleh yahudi manakala penduduk palestin pula ditindas..dah tentu mereka rasa wajib bebaskan kembali tanah yg dirampas.
          2. baitul maqdis adalah tanah suci umat islam sedangkan salah satu matlamat utama yahudi memang beria2 untuk menghancurkannya sbb pada pendapat mereka ia dibina diatas Temple of Solomon, takkan umat islam palestin nak duduk diam je biar mereka rampas tanah tu. kita plak, takkan takde perasaan sensitif langsung relakan ia diambil oleh israel.
          kita yg duduk kat sini memang kurang pendedahan realiti yg berlaku kat sana. mereka berjuang habis2an hingga syahid, hargailah perjuangan mereka. kalau tak, dah lama baitul maqdis tu pun kena rampas.

          • R says:

            @zul,

            1) ya mereka ingin membebaskan tanahair. dengan cara bagaimana? peluru lawan batu?hasilnya?
            2) Timur dan Barat adalah milik Allah. Bukan Baitul Maqdis sahaja dan memang saya bersimpati dengan Palestin serta mengutuk perbuatan Israel.

          • nour islam says:

            @R,
            en.r.
            kalu mereka mampu melawan musuh hanya sgn batu dan lastik,mereka tetap dikira berjihad di jalan ALLAH.
            memg BUMI ini ALLAH punya,hatta diri kita ini suma adalah milik DIA,
            bayangkan MALAYSIA ni,di layan seperti yg berlaku di PALESTIN (smoga dijauhkan),adakah en r nak diam shj?
            rumah kita,org nak masuk,buat cara yang baik..xkan tibe2 nak ceroboh mcm tu shj.

            pendapat sy

          • L says:

            nour,

            sekiranya ada jalan yang lebih baik dari membaling batu untuk berjihad mencapai kedamaian wajarkah kita terus menggalakkan warga palestin membalas peluru dengan batu?

            Merampas tanah secara haram adalah sesuatu yang dikeji dan perlu ditentang. Namun dalam keadaan palestin sekarang sekiranya terus tegar ‘berjihad’ menghapuskan Israel ada peluang untuk mereka lenyap dari muka bumi akibat keangkuhan Israel.

          • zul says:

            @R,
            Hamas ada menghulurkan perdamaian tapi dicabul pula oleh Israel dan ada juga yg berpendapat Hamas yg mencabul perjanjian perdamaian tapi hakikatnya kita bukan berada ditempat mereka untuk menuduh sembarangan.
            kalau ada bantuan ketenteraan saya pasti umat islam di palestin sebahagian besarnya semahu2nya berjuang mengangkat senjata menentang Israel yg menindas mereka berpuluh2 tahun lamanya tapi apakan daya kemampuan mereka terhad. Bantuan pula dihadkan.
            mereka yakin bahawa Islam pasti tetap akan menang pada suatu hari dan dengan keyakinan itulah mereka masih terus melawan. mereka yakin bahawa tanggungjawab memelihara syiar islam (masjid al aqsa) adalah wajib maka dengan tanggungjawab itulah mereka sentiasa tegar berjihad.
            mereka telah cuba ingin hidup aman berkongsi Holy Land dengan Kristian dan Yahudi tapi telah berkali2 gagal. Lalu apakah kita berpendapat bahawa mereka akan mudah percaya untuk berdamai dengan israel sedangkan sebelum ini telah terbukti mereka ingin memusnahkan syiar islam di sana???
            waAllahualam.

          • M I Ghariib says:

            @ R, ya bukan semua yahudi jahat, yang jahat ialah Zionisma. Ada yahudi ortodoks menentang secara lantang okupasi Israel di bumi Palestin, kerana dalam kitab mereka sendiri melarang hal itu.
            1. Peluru lawan batu? Inilah yang membingungkan hati tentera Israel yg masih ada sedikit kemanusiaan. Jika mereka biar, mereka dihina. Jika mereka tembak, mereka tewas moral kerana dunia melihat siapakah hak dan siapakah perompak. Tapi apa sangat pilihan yang anak-anak Palestin ada? Kalau mereka berdiam diri, tentera Israel yg lalu-lalang membawa senapang dan kereta kebal boleh membuat kemusnahan dgn senang hati. Tapi batu yg dilontar membuka mata dunia kepada hakikat sebenar siapa Israel yg sebenarnya. Itu kemenangan moral yg cuba ditutup Israel dgn media. Dan anak-anak pelontar batu inilah membesar menjadi pemuda yang berani syahid memerangi Israel.. Yang digeruni israel hasil penindasan mereka selama ini..
            2. Setuju. Orang yahudi dan nasrani hidup aman selama 1000+ tahun bawah pemerintahan Islam. Di bawah pemerintahan Israel?

  16. joe75m says:

    assalamualaikum

    khutbah yg amat menarik sekali. tapi saya terpaksa mengangkat tangan mengaku yg saya amat lemah… saya cuma tahu bercakap dan complaint saja pasal apa yg berlaku di palestin..

    malu pada diri sendiri….sedangkan gadis muda spt rachel corrie pun sanggup mengorbankan dirinya utk org yg tidak seagama dan sebangsa dgnnya.

    moga saya dan rakan2 semua dapt mencontohi semangat rachel

    THIS IS HER STORY….

    http://electronicintifada.net/v2/article1248.shtml

  17. hartini says:

    salam ustaz.
    sy minta izin utk ‘print’kan artikle ni dan sbrkan kpd rakan2 sy, boleh?

  18. Perantau di Cape Town says:

    Salaam Uztaz,

    In some way, I’m quite agree with Bro/Sis R. Not all Jews are against Muslims. We have just received Rabbi Weiss from Naturei Kurta – an orthodox Jewish group based in New York. He is strongly against Zionism and State of Israel, in fact he said based on Torah, Jews are forbidden forever to gather at Palestine – until the Jesus arrived. Zionist is totally a nationalism/racism movement.

    A colleague of mine at our radio station (www.vocfm.co.za – ala IKIM.fm) is a Muslim revert. Her father is a jew while her mom is New Generation Christian (new mazhab in christianity i supposed). She is very committed towards Islam. Even in South Africa, quite a number of Jews are very vocal against Zionist and Israel. The most prominent figures among them is Mr. Ronnie Kasrils – former Intelligence Minister.

    • Abu Saif says:

      @Perantau di Cape Town, wsalam wbt.

      Tidak sulit dan tiada kontradiksi dalam hal ini. Islam tidak pernah mengajar muslim membenci yahudi hanya kerana yahudi itu yahudi. mereka sentiasa berpeluang luas untuk hidup bersama tanpa sebarang prejudis, di sepanjang sejarah yang PANJANG itu.

      maka, bagi yahudi yang menolak zionism dan menolak kezaliman, tidaklah mereka itu harus dimusuhi.

      segelintir yang beriman dan menawarkan perdamaian, sudah pun diiktiraf oleh al-Quran bahkan berkewajipan bagi muslim menerima perdamaian dan sokongan itu.

  19. ekramhakim says:

    SubhanALLAH ya ustad…Barakallahufiik..Moga dapat memberi kesan kepada semua untuk berUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH ke arah MUSLIM yang REALITI.Sama-sama bergerak!

  20. sheez says:

    teringat umat Islam Malaysia “berpecah-belah” semasa pilihan raya Mac 2008.Adakah ini satu ilusi atau realiti? Halalkah perpecahan itu atas alasan politik?

  21. joe75m says:

    kalau all jews against muslims, kenapa sahabat2 Nabi SAW tak halau mereka dari baitulmaqdis waktu pembukaannya. sebaliknya, saidina Umar menjemput mereka kembali ke sana (setelah dihalau Romans beberapa dekad sebelumnya). perkara sama dilakukan oleh salahuddin bbrp abad kemudian. Islam tak pernah mengajak kita utk membenci mereka.. kalau benci macammana nak dakwahkan?

  22. ladyct says:

    Assalamualaikum ustaz, izinkan saya juga untuk sebarkan isi khutbah ini kerana saya juga ingin menyahut seruan 3M yang ustaz anjurkan Mengecam… Mencegah… Mengubah…

  23. kahfi8 says:

    Laisal ghinaa ‘an kathrotul ‘arodh, walaakinnal ghinaa, ghinaan nafs..

    Jiwa-jiwa yang kosong makin bertambah di hari ini, tika umat semakin jauh dari Tuhan..

    Jahiliyah abad ke-21 memaparkan satu kehidupan yang tiada halatuju..

    Kembali pada kefahaman Islam. Juga tali ukhuwwah sesama Muslim, inshaAllah menjadi Muslim Realiti.

    Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. [ 61, Ash-Shoff : 4 ]

  24. cactus277 says:

    dan alangkah indahnya sekiranya ‘www.ifmuslimsknew.com’ menemui ummah ini, pastinya muslim ilusi akan bergerak menuju kepada MUSLIM REALITI, (0 ALLAAH..izinkan,permudahkn dan jadikan kami semua dalam golongan itu!)

    Ya,inilah saatnya kita benar2 memahami tugas hamba ALLAH sepenuh masa,koreksi peribadi semahunya, kerna janji ALLAAH itu pasti! Kemenangan bagi org2 yg beriman dan bertaqwa.

    Tika ini, Al-Quds memanggil kita, Al-Aqsa menangis, saudara2 disana sedang bermandikan darah dan jiwa2 mereka, pahamilah wahai ummah akhir zaman, kita di mana sekarang ini? (ampunkan kami ya Robb)

    Buat ustz, yg dikasihi Fillah, khutbah ini sangat terkesan malah menitiskan airmata pada mata-mata yg membaca dengan ‘mata hati’, moga ALLAAH kurniakan kekuatan buat semua dengan kekuatan yang sangat2 diperlukan. ameen ya rabbal alameen..~

  25. atam says:

    Syukran ustaz atas post ni. Byk ibrah yang telah sy dapat. Dan sy makin dengan jalan tarbiyah ni. Sungguh hati sedih mengenangkn saudara sendiri yg tegar berjuang. Namun sedih itu tak mencukupi….Kite perlu mengubah sesuatu iaitu kembali kepada Allah. Menjadi Islam yang realiti,tulen, sejati……
    amin….

    Dan sungguh Aqsa menanti-nantikan salahudinnya….Mari kite mengejar cita menjadi salahudin itu…

  26. subhanallah ustadz….very coherent and conscise…dicelah2 kekalutan seruan itu dan ini…alhamdulillah, berjumpa post yang sedikit sebanyak meluruskan kembali kekusutan minda ttg palestin dek kekeliruan yang dihamburkan media…

    walaupun susah nak ajak orang baca article panjang2 ni….saya akan cuba!!!
    selain dari kecam,cegah dan halang dan ubah kemungkaran dan kezaliman,
    ada juga tanggungjawab sebarkan seruan salaam(peace) dan kebaikan…:D

    taqabbalallah minkum….

  27. RocketBottle2.1 says:

    Kebetulan saya solat Jumaat disurau ini semalam. Pengisian yg padat dan mantap. Insaf dan rasa marah pun ade…

  28. labah2 says:

    Wah.. Tepat sekali.
    Ya Allah, umat islam hari ini memang lemah. Buih di lautan seperti yang digambarkan Nabi s.a.w.

    Itu la satu2nya realiti umat islam, iaitu buih-buih di lautan~

  29. Falah says:

    Salam Ustaz,

    Sukar untuk saya bersetuju dengan kempen boikot sebagai langkah pencegahan.

    Ekonomi dunia semakin parah dan tahun ini sahaja dianggarkan beberapa ribu pekerja industri di Malaysia akan diberhentikan kerana kebanyakan syarikat terpaksa melakukan downsize. Umat Islam pula menambahkan garam pada luka apabila menjadi anti pasaran dan bersikap seperti seorang sosialis memboikot barangan negara asing dan tidak pula memberi alternatif pekerjaan kepada staf-staf syarikat terbabit untuk menyambung kerjaya.

    Saya masih ingin berpegang kepada hukum harus berurusniaga dengan syarikat-syarikat ini selagi mana tidak ada bukti kukuh atau kenyataan rasmi dari pihak syarikat mengatakan mereka menyokong tindakan Israel. Hanya kerana WUJUDNYA seorang pemegang saham minoriti yang menyokong yahudi atau berketurunan yahudi tidak bermakna seluruh syarikat adalah proksi yahudi. Ustaz setuju?

    • Leokid says:

      @Falah,

      Umat Islam pula menambahkan garam pada luka apabila menjadi anti pasaran dan bersikap seperti seorang sosialis memboikot barangan negara asing dan tidak pula memberi alternatif pekerjaan kepada staf-staf syarikat terbabit untuk menyambung kerjaya.

      Tindakan boikot pada dasarnya adalah betul, tetapi tindakan post-boikot itu yang bermasalah agaknya? Pendek kata kalau syarikat2 Muslim sama-sama bergandingan bahu menggaji pekerja2 syarikat terbabit sebagai alternatif, masalah ini akan selesai, bukan?

      Saya rasa inilah antara yg termasuk dalam apa yang dimaksudkan oleh ustaz mengenai boikot ini – ini bukan soal hukum, tetapi soal memaksimumkan strategi. Kalau semua orang mainkan peranan – pengguna memainkan peranan memboikot. pengusaha memainkan peranan membantu muslim-muslim yang menerima kesan langsung ini. masyarakat memainkan peranan memberi sokongan serta mengatasi masalah2 yang mungkin timbul dari tindakan memboikot. nescaya, semua tindakan2 tersebut bagaikan gear-gear kekunci dalam sesebuah enjin, saling synergetic dan lancar!

      Seperti yang saya nyatakan di dalam blog saya:

      Tanggungjawab kita tidak akan berhenti setakat boikot sahaja. Boikot adalah permulaan kepada tanggungjawab-tanggungjawab kita yang lain. Ingat, boikot sahaja adalah tidak cukup, kita perlu maksimumkan strategi kita!

      • R says:

        @Leokid,

        saling sinergi saya setuju….lancar adalah mustahil. Kita mungkin berjaya mencapai sesuatu namun kita akan hilang sesuatu yang lebih besar dalam jangka masa panjang dan pendek. meja rundingan adalah penyelesaian yang paling baik serta realistik dan pada masa yang sama kekejaman israel perlu terus dikecam. Tidak ingin berdemostrasi mendesak kedua-dua pihak berunding?

        • Leokid says:

          @R, saya tidak ada masalah sekiranya ada pihak menganjurkan demonstrasi mendesak kedua-duanya ke meja perundingan. Malah, teruskanlah, pasti ramai yang menyokong!

          Sesungguhnya matlamat kita sama, menghentikan keganasan yang berlaku. Yang berbeza cuma cara.

          Sebagaimana saya menghormati mereka yang pro-keamanan dan prefer jalan perundingan, saya juga menghormati mereka yang mengambil langkah memanifestasikan hasrat mencapai matlamat mereka dalam bentuk yang lain, boikot umpamanya. Dua golongan yang saling bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, adalah lebih efficient daripada dua golongan yang saling cungkil-mencungkil kelemahan antara satu sama lain.

          Inilah yang dimaksudkan dengan memaksimakan strategi. Pihak yang memperjuangkan keamanan melalui jalan perundingan, teruskanlah berjuang. Namun jangan pandang rendah kepada orang yang tidak sehaluan. Kita saling tampung-menampung atas kelemahan masing-masing, sebagaimana kerasnya Umar al-Khattab dan lembutnya Abu Bakar!

          • R says:

            @Leokid,

            Saudara, pihak yang saling bekerja pastinya boleh menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan. Two head is better than one. Akan tetapi dengan tindakan pihak A memberi kesan negatif kepada tindakan pihak B/vice versa wal hasil akan balik asal.

            Titik tolak di sini kita perlu tegaskan semua pihak mendambakan keamanan dan keharmonian. Dari perspektif ini kita kembangkan supaya generasi kedua dan ketiga rakyat palestin dan israel tidak terperangkap dalam sentimen nenek moyang mereka dan terus bertelagah sehingga satu pihak dihancurkan seterusnya membiakkan lagi sentimen kebencian antara agama dan ‘melahirkan’ sengketa2 baru yang tidak berkesudahan.

            Masalah manusia bukan seperti persoalan matematik. formula yang sama tidak dapat menyelesaikan masalah y serupa. Namun saya tetap ingin mengemukakan pilihan ‘matematik’ berdasarkan risk analysis:

            a)menyokong jihad intifada Hamas dan terus TIDAK mengiktiraf negara yahudi.
            b)menyokong intifada namun pada masa sama turut mengiktiraf israel
            c)Tidak menyokong jihad hamas namun pada masa sama turut tidak mengiktiraf israel
            d)tidak menyokong hamas dan tidak menyokong Israel
            e)tidak menyokong hamas namun mengiktiraf yahudi dan menganjurkan rundingan perdamaian
            f)Menyokong Hamas namun tidak mengiktiraf israel tapi mengsyorkan rundingan damai
            g)Bersimpati kepada kedua-duanya dan menyarankan kedua-dua pihak berunding secara aman

            antara pilihan2 tersebut yang mana agaknya pilihan kita semua dan adakah ia lebih dekat dengan pendekatan Islam

          • Leokid says:

            @R,

            Walaupun Qardawi sendiri menyatakan dalam fatwanya, kaedah perundingan adalah tidak berguna sesuai dengan 47:35, saya masih mempunyai rasa hormat dan kagum kepada mereka yang berjuang melalui dasar perundingan ini, kerana setidak-tidaknya mereka melakukan sesuatu. Maka saya expect anda dan mereka juga turut sama menghormati orang-orang yang berjuang di atas dasar boikot dan dasar-dasar lain, kerana setidak-tidaknya mereka jua melakukan sesuatu.

            Jika anda masih bertegas dengan menganggap cara perundingan adalah yang terbaik dan menganggap mereka yang hanya mampu memboikot sebagai “umat yang lemah dan terkapai-kapai mencari kekuatan”, maka saya tidak ada komen lagi kerana itu hak anda. Bagi saya, setidak2nya mereka yang memboikot ini mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak, berbanding mereka yang berpeluk tubuh menantikan keputusan rundingan yang masih belum tentu bila.

            Cuma yang saya pinta, jangan pandang rendah kepada mereka yang memboikot atas dasar itu yang mereka mampu, dan jangan jeopardize usaha-usaha mereka. Cukuplah kita mempunyai ramai “watak tambahan” di dunia ini, kita tidak perlukan lagi watak-watak antagonist, lebih2 lagi dari kalangan kita sendiri.

            (maaf ustaz, menggunakan ruang komen terhadap artikel sebagai medan diskusi pula. komen saya tamat di sini.)

          • Leokid says:

            maaf, silap ayat. 47:35. wassalam.

          • techno says:

            to @R,

            Two head is better than one?
            bagaimana ya? jika begitu tiada lah pembangkang dalam sesuatu negeri, tiadalah mazhab dihasilkan dalam agama islam (beberapa pendapat oleh setiap mazhab bagi memudahkan penganut islam disetiap tempat tetapi dengan 1 tujuan iaitu beribadat pada Allah),
            bak kate org melayu rambut sama hitam hati lain2 kalo semua hati/ otak in one head? dan Alllah jadikan terdapatnya manusia yang dijadikan bersuku-suku,berlainan warna kulit dan pegangan untuk bertebaran dimuka bumi ini…..jadi if all that is one, how can? tiadalah perbezaan di dunia ini semua sama sajaaaa

            yahudi bolehkah berdamai?
            semasa remaja saya suka membaca kisah2 dunia akhir zaman….terdapat banyak ayat al-quran dan hadis yang memberi amaran akan hancurnya bumi dan tanda akhir zaman antaranya perang dan matinya ramai umat islam ditangan kafir2 laknatullah ini.

            Jawapan bagi soalan math anda ini.

            a)menyokong jihad intifada Hamas dan terus TIDAK mengiktiraf negara yahudi.
            (perlukah diiktiraf negara yahudi yang merampas tanah rakyat palestin? sedangkan sejarah perang dunia membuktikan nazi sendiri membunuh beramai2 penduduk yahudi dan mengusir mereka, kerana yahudi ini kalau berada dimana2 tetap menganggap mereka kaum yang paling mulia disisi Allah….kaum lain terutama islam hanya semut2 kecil yang menyibuk dimuka bumi)

            b)menyokong intifada namun pada masa sama turut mengiktiraf israel
            (lihat sahaja pengiktirafan yang diterima israel sekarang…..dari seminimum tanah yang diperolehi ke sebesar2 tanah yang cuba diterokai….adakah manusia penah puas?terutama hati seperti yahudi ini?)

            c)Tidak menyokong jihad hamas namun pada masa sama turut tidak mengiktiraf israel
            (tidak sokong jihad? bagaimana keluarga yang mati tidak dituntut bela oleh rakyat palestin yang berjihad ini…… mahu ditonton sahaja? cuba telefon/sos dunia dan mengatakan TOLONG ! ??? rumahku musnah, anak ku terbunuh, ayahku hilang anggota badan, ibuku mati dibawah runtuhan, my sisters/brothers gone)

            d)tidak menyokong hamas dan tidak menyokong Israel
            (siapa hamas ? siapa pula israel?)

            e)tidak menyokong hamas namun mengiktiraf yahudi dan menganjurkan rundingan perdamaian
            (yahudi adalah manusia yang paling pandai bermuka-muka dan paling bijak di era ini, rundingan hanya di kertas tapi senjata sentiasa disasarkan, ekonomi dipegang sehingga umat islam sendiri terlalu takut untuk bertindak. kenapa? kerana takut ekonomi kite banyak yang di laburkan oleh pelabur eropah…..dimana pelabur islam?hanya 20 peratus melabur kepada negara islam yang lain,….yang kaya seperti UAE laburkan duit untuk buat istana terindah,…..kolam terbesar,….rumah salji terbesar di negara panas…..itu leburkan duit bukan melabur untuk jangka masa panjang)

            f)Menyokong Hamas namun tidak mengiktiraf israel tapi mengsyorkan rundingan damai
            (berdamaikah mereka?)

            g)Bersimpati kepada kedua-duanya dan menyarankan kedua-dua pihak berunding secara aman
            (hampir 1000 orang awam palestin terbunuh – tidak termasuk perang kecil2lan dan perang sebelum ini- dan hanya beberapa TENTERA YAHUDI yang mati dalam pertempuran terbaru ini …. simpatikah kita pada org awam itu? atau simpati kah kita pada pembunuh(tentera yahudi ) itu?)

            perlukah boikot?
            perlukah kita makan makanan yang sedap tapi mahal ? sedangkan umat palestin merana menghadapi maut ? sedangkan banyak lagi makanan enak dan murah yang boleh dipilih dan dihidangkan dirumah, saya nyatakan disini saya tidak mampu ke sana untuk berjihad, saya tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan, saya tidak mampu terus menangis membayangkan kanak2 yang mati itu adalah anak saudaraku sendiri,
            yg mampu ku lakukan berdoa agar umat palestin di beri kekuatan, kemenangan, dan kesabaran yang tinggi oleh Allah

            yg mampu ku lakukan adalah menahan diri dari memakan makanan yang sedap sedap(tidak perlu ku sebut makanan apa yg sedap dan mahal) sedang terdapat insan yg menangis dan bermandi darah di bumi palestin sana (banyak makanan lain lagi di muka bumi ini)

            terasa kerdil diri ini .
            apa yang aku mampu lakukan lagi? bersuara tanpa mic? (yg ada mic di PBB dan OIC pun hampeh)
            apa yang aku mampu lakukan lagi?
            mengharap yang tak pasti – kedamaian?

            maaf sekiranya nukilan saya ini mengganggu ruangan ini, hanya ini mampuku lakukan

          • VoltroN says:

            Smlm ku makan di Kulim.
            Ku makan dibelakangku rupanya Cikgu cikgi
            Sungguh sedih bila ku dengar bualannya
            Kisah sedih mereka yg masih bertahan fisabillillah utk mengajar
            Hingga turuti ke rumah anakX murid mrk
            Sedih bila mendengar ank murid brkata ….
            Cikgu kami nak pergi sekolah, tp tambang Xda [Coz ibu bapa bekerja cukup susah]
            Cikgu kami nak pergi sekolah, tp kami lapar [blh dikatakan setiap hari mrk mkn sekali shj nasi - lagi teruk dpd yg berpuasa. Sahur mn nasi. Bukak posa pun mkn nasi]

            Kera dihutan disusukan. Anak dirumah mati kelaparan……

            Dlm memperjuangkan sedara seislam seagama jauh dilautan sana [dimana-mana], jgn dilupa sedara seagama disini jua. Ada yg telah lupa agama. Kerana tiada siapa yg peduli akan kejahilan mereka. Turuti mereka pd kelapangan yg diadakan…

          • M I Ghariib says:

            Setakat ini rundingan dibuat dengan Israel tidak membuahkan keamanan, kerana dicabuli Israel. Sedang resolusi PBB pun Israel langgar? Antara perjanjian yg pernah dibuat ialah penetapan sempadan Israel mengikut tahun 1967, sbg pertukaran kpd gencatan senjata oleh Hamas, tapi Israel langgar juga, tentera mereka ceroboh dan mereka juga membina petempatan Haram di tanah milik Palestin. Bila Hamas bertindak balas, israel mengadu kpd media yg Hamas mencabuli perjanjian. Contoh lain ialah Perjanjian Oslo dahulu. Sila cari sumber maklumat yang telus dan kaji. Saya mencadangkan buku Siri Bebaskan al-Aqsa oleh Palestine Centre of Excellence (PACE) Malaysia yang ditulis setelah kajian komprehensif dan ilmiah.

    • Abu Saif says:

      @Falah, di dalam banyak siri tulisan sebelum ini, saya sudah tegaskan bahawa boikot harus selektif. adalah menyalahi prinsip jika kita boikot satu barang atau perkhidmatan hanya kerana ia milik Yahudi atau bak kata Falah, adanya pemilik saham minoriti dalam perniagaan berkenaan. Sebaliknya, boikot adalah hanya kepada perniagaan yang secara terang dan nyata, menyokong pembiayaan kerajaan zionis di Palestin.

      Ada pun produk Amerika Syarikat, saya menyertai persatuan guru-guru sekolah North Amerika, dan sebagai penduduk Amerika, mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan boikot Amerika kerana mereka juga dari dalam berusaha mewujudkan tekanan ke atas kerajaan untuk menghentikan manipulasi wang rakyat membiayai regim Zionis. Boikot paling efektif adalah boikot penggunaan mata wang USD dalam perniagaan antarabangsa, seperti saranan Tun Mahathir.

  30. zu_uk says:

    To Falah

    boikot = company tutup = unemployment??

    see inminds.co uk website – clear example given: coca-cola vs zam-zam cola

    • Falah says:

      saudara zu_uk

      cakap memang senang. sekiranya saudara yang sedang menghadapi situasi pengangguran dalam keadaan ekonomi yang sedang meleset mungkin saudara juga akan tepuk dahi.

      • techno says:

        to @Falah,
        cakap memang senang?
        sebenarnya dari percakapan lah lahirnya usaha, dari usaha lahirnya perbuatan, dan dari perbuatan lahirnya penghasilan (samada berjaya atau gagal – bergantung pada niat dan cara yang betul)

        jangan risau,….yang boikot tetap dgn pendirian mereka manakala yang tetap menggunakan produk2 yg diboikot ini masih ada juga….saya lihat masih ramai lagi yg makan di KFC Mc D….masih ramai yg beli minumam F&N even diorang xminum coke pun…..takkan terusik pun pekerja2 F&N tanpa coke sbb org bleh pilih mirinda, orange, dan perisa lain

        rezeki ditentukan Allah tapi tanpa usaha rezeki takkan turun dari langit….bagi saya yang meleset ekonomi bukan yang meleset tenaga dan usaha kita ….. belum saya jumpa dan dengar lagi seorang hamba Allah yang berusaha tidak mendapat rezeki/pekerjaan, Allah itu adil tak pernah mengecewakan hambanya dalam segalanya terutama mencari rezki yang halal dan niat mencari rezki yang betul

        maaf sekiranya nukilan ini mengganggu

  31. Nurul says:

    Alhamdullilah…sepanjang perjalanan saya ke opis semalam, terniat untuk mendengar dan mencari isi kandungan kutbah jumaat..syukur, disini ada pengisiannyer.. terima kasih ustaz.. mudah-mudahan ISLAM terus menjadi pegangan kita..dan semoga kita terus berjuang untuk membantu sahabat kita yang lain..
    izinkan saya link artikel ini..

  32. sara says:

    Amrica is too mucg !! Zalim!!!!

  33. Akmal Hakim says:

    Subhanallah.. Menarik penulisan ustaz.. Jemput-jemputlah ke blog saya beri komen sedikit.. :D

  34. hajar says:

    salam..
    saya sangat tertanya-tanya. Apa rasionalnya diadakan demonstrasi?
    Ada seorang hamba Allah ni kata, apabila umat islam berkumpul untuk berdemonstrasi, kita boleh nampak unity umat islam. Nampak yang umat islam ni benar- benar bersatu. Tapi, tidakkah tindakan ini akan menguatkan persepsi agama lain tentang agama islam ini agama terrorist? Berkumpul beramai- ramai dan melakukan tunjuk perasaan.. Bagi saya, ini bukan cara cara cerdik pandai meluahkan perasaan. Banyak lagi medium lain yang boleh digunakan.
    Berkumpul beramai- ramai dan melakukan tunjuk perasaan, pada pendapat saya, boleh mengganggu ketenteraman masyarakat sekeliling. Alangkah baiknya kalau himpunan manusia yang sibuk berdemonstrasi itu berhimpun di dalam masjid, melakukan solat hajat, bacaan yaasin, dan sebagainya.. Kerana apa yang saya tahu, senjata bagi seorang mukmin adalah doa.. Bukannya dengan cara demonstrasi..
    wallahualam….

    • Abu Saif says:

      kalau merotan budak nakal, terrorism tak?

      kalau berdemonstrasi dianggap terrorism, saya tidak tahu apa perkataannya untuk keganasan-keganasan lain dari ranking FRU sampai ke bedilan regim Zionis di sana tu

    • techno says:

      saya menyokong demonstrasi ….mungkin dengan ini ade yg mendengar rintihan dan pegangan kite terhadap situasi palestin sekarang
      tapi dalam Mingguan Malaysia (ms24) semalam kalau boleh lihat muka-muka pendemonstrasi orang malaysia agak tersenyum2 sedikit remajanya berbanding pendemonstrasi negara2 lain …. mungkin rupa paras orang malaysia tak matang atau org malaysia mudah memberi senyuman (ada kamera didepan) ? hehehe

      hanya komentar biasa

  35. Abu Saif says:

    Di sepanjang khutbah saya yang panjang berjela itu, saya hanya tergamak untuk bercakap tentang apa yang kita patut dan tak patut buat. Saya tidak tergamak untuk bercakap apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat, malah ada perasaan jijik membaca kita yang lengkap kehidupan ini berteori tentang apa yang orang di medan derita itu patut dan tak patut buat

  36. adi says:

    Ustaz, izinkan saya kongsi satu perkara yg mungkin ada benarnye, mungkin tiada. in the end, kita percaya semuanya datang dari Allah. saya nak sentuh dari sudut seorang yahudi yg percaya kaumnya adalah yg terbaik, tetapi dari segi sejarah byk kali dicabar/dihina/dll sehinggakan dihalau keluar dari kononnya “the promised land” utk diorang. Yahudi percaya mereka akan bangkit dan dibantu oleh ‘messiah’ diorang. ttp, utk bangkit ni mereka percaya yg mereka perlu “disucikan”. utk penyucian ini, mereka perlu lakukan satu ritual dan di sebuah ‘kuil’ suci diorang, yg sekarang ni tiada. yg tinggal cuma ‘the weeping wall’ which was a part of the second temple (musnah dlm awal abad lepas). first temple diorang musnah diroboh oleh roman, waktu dulu2 lagi. so utk penyempurnaan penyucian ini, mereka perlu bina the third temple, yg mana lokasinya tidak begitu surprising di temple mount sendiri. mungkin tidak di site ‘dome of the rock’ atau pun ‘masjid Aqsa’, ttp di kawasan berdekatan juga, yg masih lagi dikira bumi Palestin. utk rujukan, boleh google je third temple atau templemount.org. dan setelah mana temple ini dibina, kesemua org Yahudi di setiap penjuru dunia perlu balik dan ‘disucikan’. utk disucikan ini, mereka perlu korbankan seekor ‘lembu merah/emas’ yg juga dikenali ‘red heifer’. byk syarat utk lembu tersebut, termasuklah makan minumnya dari sumber bumi Israel sendiri, tidak pernak melahirkan anak, umur masuk tiga tahun, tiada uban, dsb. lembu ini mungkin dibakar utk dapatkan abunya dan dicampur oleh air (rasenya dr sungai tigris). secara ringkasnya, apabila semuanya dah suci spt mana upacara baptism oleh kristian, mereka percaya tuhan akan hantar seorang ‘messiah’ utk mereka.

    mungkin ada yg tak percaya perkara ini, but it is something to think about, add a new dimension to our thinking. pada saya, apa yg berlaku skrg ni mungkin pihak yahudi cuba “pushing the boundary” utk lihat reaksi org Islam dan tambahan utk expand its occupation., sbb sekiranya mereka mula bina the third temple di kawasan bumi Palestin di temple mount tersebut, mungkin penentangan dari org Islam lebih hebat. anyway, saya taknak panjangkan lagi.

    saya cuma nak tambah, perkara diatas mungkin yg ada dlm ‘prophecy’ yahudi. dlm sudut agama kita juga, kita percaya kronologi akhir zaman, spt kedatangan imam Mahadi dan Nabi Isa. pada masa sama juga, kalau kita lihat dari sudut org duk sebut ‘konspirasi teori’ “one world order”, pun melihat kepada perkara ini, yg disebut2 “perang dunia ketiga”. utk rujukan, boleh google je “Albert Pike” and “world war”. saya tak nak go in details berkenaan secret societies spt illuminati, freemasonary, etc atau berkenaan the Rothchild family, atau rockerfeller, etc.

    apa yg saya nak gambarkan disini ialah pertembungan masa, yg sudah pasti akan berpihak kpd umat Islam, yg mana kita percaya org yahudi akan binasa juga di bumi sendiri. apa yg nak saya simpulkan ialah Allah maha merancang. sudah pasti kita kena bersedih dan buat apa yg termampu berkenaan kesusahan yg dihadapi saudara kita di Gaza khasnya. dan tiada guna juga kalau kita sgt2 taksub kpd kronologi akhir zaman yg mana kita sendiri tidak buat persiapan iman/amal yg betul. yg paling elok kita buat persediaan utk mati, sbb iman dan amal kita perlu sempurna sebelum ajal. sudah pasti org yg paling bijak ialad dia yg ingatkan mati dan buat persediaan utk mati. sekian coretan saya. kalau betul, semuanya dari Allah.

    Adi, Melbourne

    • Abu Saif says:

      @adi, apabila agama dipisahkan dari rasional, maka pelbagai dakwaan bukan-bukan boleh menjadi ideologi anutan dan asas keganasan. Sama ada Hindu di Babri atau pun Yahudi di Palestin. Hatta Islam juga boleh ditimpa kemalangan yang sama apabila menjadi Muslim yang tidak ‘aaqil lagi ma’qool.

      tragedi di bumi Palestin adalah untuk melontarkan soalan apa peranan kita HARI INI, bukan ‘dia’ dan ‘mereka’ di ESOK yang tidak kita miliki

  37. sallahuddin says:

    Salam, minta ustaz traslip isi khutbah jumaat dalam edisi jawi,,, nk bagi iman kampung ana baca khutbah jumaat akan datang

  38. kokmi says:

    Assalamualaikum wbt,
    saya belum berkesempatan untuk membaca sepenuhnya khutbah diatas, walaubagaimanapun kira ada mana-mana pihak yg merekod khutbah tersebut, mohon untuk dikongsikan bersama. terima kasih.

    “BOIKOT PRODUK ISRAEL!!!”

    ~saudaramu yg dalam ISLAM~

  39. nuruliman says:

    salam ustaz,

    terima kasih atas perkongsian…

    pendapat sy; mana tidaknya kita masih menjadi ‘muslim ilusi’..anak-anak hari ni lebih dididik di ‘Akademi Fantasi’ ditarbiah utk mengenal perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Malah ibu bapa turut serta. Sebut saja nama dan sejarah ‘yang fantasi itu’ semua tahu. Tapi cuba tanyakan sirah Nabi. Tarikh lahir nabi belum tentu.

  40. nurul_jia says:

    tq ustaz for the precious info …yes, as a muslim, we should feel the suffering of the palestinians… eventhough, we do not get involved directly with them, but as a simplest thing we could do, reciting qunut nazilah everyday and be a better and more better to gain help and bless from Allah…

  41. nurul_jia says:

    ustaz,izinkan saya nak print artikel nie..tq ustaz

  42. zinnirah says:

    Alhamdulillah…
    saye bersyukur ke hadrat Allah kerana akhirnye persoalan saya tentang ape yang harus dilakukan selain berdoa dan memboikot barangan Israel.Saye benar-benar tertarik dengan apa yang terkandung di dalam khutbah itu.Terima kasih ustaz semoge melalui khutbah ini dapat membuka mata semua orang Islam mengenai perjuangan dan tindakan yang harus kita lakukan sebagai saudara seislam bagi membantu rakyat Palestin.
    Insyaallah..

  43. izzah says:

    SATU-SATUNYA cara menyelamatkan Gaza dan bumi Palestine dan menyelesaikan keseluruhan permasalahn umat Islam yang dizalimi ialah

    MENGGERAKKAN TENTERA MUSLIM UNTUK MEMERANGI KAUM KUFFAR ZIONIS

    hanya dengan kekuatan ketenteraan sahaja mampu melumpuhkan penindasan ini. fizikal lawannya fizikal.

    Para penguasa boneka yang bersemayam di istana2 kerajaan: bangunlah kalian dan bukalah mata melihat tumpahan darah umat muslimin di Gaza, keluarkanlah perintahmu untuk mennerakkan kekuatan tentera ke Gaza, untuk apa kekuasaanmu jika tidak untuk melindungi umat Islam. Janganlah terus-terusan mengkhianati Allah dan Rasul. Cukuplah segala penghgubalan undang-undang buatan sendiri selama ini.

    Para tentera Muslimin: Kalian telah dilatih dan terlatih. Peralatan kalian buklan untuk hiasan. Bukalah mata bangkitlah dan bertindaklah demi saudara kta di Gaza. Perjuangan apakah yang kamu tunggu hai tentera2 Malaysia, hai tentera seluruh dunia…inilah panggilan Jihad.

    wahai para agamawan yang dihormati lagi disegani:
    Berhentilah memberi ulasan bicara yang yang tidak memberi erti kepada jiwa dan kebangkitan. mulakan susunan bicaramu dengan meniupkan tsaqafah Islam sebenar dan prioriti pertama umat iaitu MENEGAKKAN KHILAFAH. hanya dengan Khilafah, menyatukan umat, memberi perlindungan kepada umat dan menjadi ‘ibu’ dimana setiap umat bernaung. hanya dengan kekuatan Khilafah, umat akan jadi yang terbaik.
    Ajarkan umat tentang urgensi Khilafah dan seperti sabda Nabi Khilafah akan kembali…bukakan minda umat tentang apa itu Daulah Islam, mengapa kita jatuh dan akhirnya kita akan bangkit jua.
    hanya dengan Khilafah, Islam akan diterapkan di setiap penjuru aspek kehidupan. pemerintahan, ekonomi, pendidikan, urusan keselamatan semuanya akan berjalan dalam aturan yang disyariatkan-Nya.

    wahai insan yang berpengaruh…
    dengarlah…pemboikotan tidak akan memberikan apa2 kesan utk memberhentikan kesombongan Israel sedikit pun, dan tidak mampu menghentikan pembunuhan ke atas umat islam. Nyawa dan titisan airmata saudara kita hanya mampu kita jawab dengan ‘boikot’ sahaja?? alangkah lemahnya pemikiran kita…sudah berapa kali siri pemboikotan dijalankan, apakah kesannya?? tidak ada..

    hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jln bg menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. bukan boikot.

    ayuh mari kita menyeru penguasa dan pemerintah (yg sedang tidur)dan para tentera agar bersegera meraih salah satu antara 2: Menang atau Syahid.

    “perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dgn tangan2 kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati2 kaum mukmini”

  44. nurzilla says:

    Assalamualaikum,
    Tersentuh hati melihat anak-anak kecil Palastine meninggal syahid, cedera parah dan hilang anggota . Sampai bilakah perkara ini dibiarkan?
    Kadang-kadang terfikir…sebagai manusia…tergamakkah kita menembak, mengebom dan menyeksa manusia lain dengan kejam? Siapa sahaja yang waras, pasti berkata ‘TIDAK’..’ TAK SANGGUP’..
    Cuba sama-sama kita fikirkan, apa yang sebenarnya difikirkan oleh rejim Zionis tatkala tangan mereka bermandikan darah anak-anak Bumi Palastine…?

  45. ibn umar says:

    Assalamu alaikum. Saya salah seorang penyampai khutbah di surau saya. Mohon kebenaran ustaz untuk menggunakan khutbah ustaz ini bagi giliran saya minggu ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ustaz untuk terus menulis demi kebaikan umat Islam. Wassalam.

  46. ima says:

    saya sendiri masih mencari sinar dalam diri.mungkin ada hikmah kenapa palestin diuji sebegitu.

  47. sardi says:

    Assalamualaikum Ustaz,
    Syukur ke hadrat Illahi dan Alhamdulillah di atas khutbah ustaz. Sekurang-kurangnya masih ada USTAZ SEJATI dalam masyarakat kita dan bukannya USTAZ MAKAN GAJI. Saya menyokong penuh saranan ustaz agar kita sama-sama mendidik putera dan puteri Islam sejati agar umat Islam hari ini tidak menjadi buih dilautan yang zahirnya banyak tetapi tiada kualiti. Di sini juga ingin saya ambil kesempatan menyeru kepada semua pembaca agar mengawasi kandungan rancangan-rancangan TV yang banyak meyelit secara tidak langsung dokrin-dokrin/pemikiran yahudi dan barat. Terutamanya di dalam rancangan kartun yang akan memberi kesan jangka panjang kepada putera dan puteri warisan kita.sekian.

  48. abi says:

    salam ust. izin ana amik buah fikiran ust dlm artikel khutbah ni. amin.

  49. abdul rahman says:

    saya mengesyorkan bahawa kerajaan patut boikot barangan usa dan israel

  50. NAZRI AHMAD says:

    salam ustaz..sesunnguhny khutbah ini sgtlah bermakna bg saya dan muslimin muslimat yg lain..semoga Allah merahmat ustaz dan seluruh umah Islam seluruh dunia..
    saya nk mtk ustaz tazkirah sket kt sorg hamba Allah ni berkenaan isu boikot israel..bg saya dia keterlaluan..

    http://stillfindingme.blogspot.com/

    cr kt tajuk ” PEOPLE SHUD GET OVER THEMSELVES”

    Salam..

  51. Guru Tajwid says:

    Assalamualaikum semua,

    Khtbah yang saya rasa amat perlu untuk disebarkan.Saya begitu tertarik dengan ungkapan realiti dan ilusi.Sememangnya benar apa yang telah disebutkan.

    Sememangnya kita umat Islam akhir zaman hanyalah ilusi semata-mata.Kita hanya mampu bebangga dengan kegagahan,kehebatan dan keagungan Islam di masa silam.

    Namun hakikatnya dizaman sekarang kita dihina,dipijak,dizalimi dan pelbagai lagi.Mengapa?

    Seperti yang dikatakan.Kita hanyalah ‘ilusi’.

  52. im says:

    mintak izin nak baca jumaat ni.

    ramai gak yang komen psl rundingan. tak pasti lak samad mengetahui atau tak yang selama ni dah banyak kali buat rundingan ngan israel dan sebanyak tu la israel langgar tanpa ada ape2 tindakan, pihak palestin lak asyik kena je. nak runding lagi? nak percaya lagi? mgkn pasal bukan kita yang kena kot.

  53. zul says:

    salam ustaz,
    mohon kebenaran utk copy isi kandungan khutbah ini..
    terima kasih =)

  54. muhammad says:

    ianya perlu dimulakan dengan syahadah yang benar……

    http://infokuv2.blogspot.com/2010/05/satu-permulaan.html

  55. cahaya says:

    terima kasih ustaz, bantu saya kembali menjadi muslim sejati

  56. Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

    Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

    Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

    Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

    Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit,

    Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin.

    Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh.

    Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah.

    saya tidak ingin bersuara banyak tentang boikot, demonstrasi dan sebagainya kerana khutbah ini sudah cukup untuk muhasabah diri sendiri tanpa perlu berkomentar apa-apa. komentar saya ini hanya ingin membenarkan apa yang saya telah copy di atas ini.

    benar! benarlah itu!

    mohon untuk saya copy dan menyebarkan di mana-mana ya ustaz. terima kasih kerana memberi makanan ruhi berupa khutbah seperti ini. semoga semua Muslim terus celik. celik. celik!

  57. wana says:

    mohon copy untuk disebarkan.

  58. Salam Yaa Ustaz,

    Amat setuju perpaduan umat Islam masa kini hanya illusi. Ketika menunaikan haji, melihat jutaan umat Islam solah jamaah terlintas dihati, alangkah indahnya jika perpaduan itu berterusan di luar waktu solah. Namun, usai memberi salam, terlihat 1001 macam sikap ‘buruk’umat Islam yg tidak seharusnya terjadi. Itulah realiti.

    Jika sebelum ini saya buntu memikirkan apakah yg boelh saya lakukan sebagai individu dlm kes Palestin ini, n3 Ustaz memberi cahaya tindakan yg jelas boleh dilakukan. TQ ustaz.

  59. Abu says:

    Se-zalim zalim yahudi Israel , ZALIM , KEJAM , LAKNAT lagi pemimpin ISLAM MESIR !!! …

    Nak hapuskan yahudi , kena hapuskan MESIR dahulu !!!

    Tindakan mereka menutup sempadan menyebabkan umat Islam Palestin susah …..

    Pemimpin ISLAM Mesir lebih yahudinya dari yahudi ISRAEL !!!

  60. anna says:

    Salam. Saya terfikir, jika Israel mendapat financial funding from the US, is there any possible way for Palestine to get financial funding from other Muslim countries?

  61. Rose says:

    Salam ustaz,

    Patut tak kalau kita boikot World Cup? Setahu saya, sports especially bola adalah salah satu agenda Yahudi. Pada saat dan ketika ini, saya rasa wajar kita boikot. Mintak maaf klu tersalah tulis… :D

  62. mamaanis says:

    salam ustaz,
    mohon kebenaran untuk dipanjangkan ke rakan-rakan lain,
    tq

  63. mawardi says:

    Aslm, Saya minta izin salin teks khutbah ini dan buat pengubahsuaian dgn isu2 terbaru untuk saya baca masa solat Jumaat esok, juga saya edarkan kpd beberapa sahabat lain untuk dibaca dimasjid2 berhampiran. Wslm.

  64. ummusaif says:

    Sedih baca sesetengah komen di sini. Mana sifat jihad Islam?!!

  65. Najib says:

    Ku sahut panggilan mu Palestin!!

    Kembali muhasabah diri.. Utuhkah imanku? Fardhu Ain ku? Sempurnakah Solatku? Ikhlaskah aku bekerja? Nawaitu kerana ALLAH? bersyukurkah ku hari ini? Tertunaikah tanggungjawabku sbg anak, suami, bapa dan sebagai Muslim?

    Terima kasih atas khutbah yang menyentap jiwa ini.. Syukur atas hidayah..

  66. yassir says:

    Jika tiada usaha untuk mendirikan semula Daulah Khilafah.. maka masa akan lama untuk ia bangkit kembali.

    oleh itu, wahai pemuda-pemudi Islam, bangkitlah serukanlah Daulah Khilafah.

    agar ia makin dekat dan berdiri kembali untuk melancarkan jihad fisabilillah untuk mengambil kembali kota suci ketiga umat Islam dari tangan Israel.

    berusahalah kalian….

  67. fadzil ahmad says:

    Salam.
    Ustaz, mohon copy untuk diemelkan kepada staff ofis kami. Syukran jazilan. Allah yubarik fik.

  68. wani says:

    mohon share kpd kawan2 saya semua..supaya mereka juga tersedar akan realiti ini..

  69. shyguy says:

    tetiba teringat Khutbah Jumaat siang tadi di Masjid Batu Permatang Pauh. Dlm Khatib memberi khutbah mengenai isu yg sama, dikaitkan dgn kita sebagai rakyat dan pemerintah. Apakah peranan kita? Adakah cukup dengan sekadar memboikot barangan. Sekadar berdemonstasi. apakah pula perana UlamaX2 Kerajaan. Mana Suara Mereka? Tatkala Kerajaan 1]MELANTIK SYARIKAT YAHUDI APCO MENGEMUDI DAN MENASIHATI MALAYSIA. 2] MELULUSKAN LESEN PERJUDIAN BOLA (yg akan menjadi titik tolak lesen judi kpd permainan lain).

    Khatib memberi khutbah penuh bersemangat. Tampa dilihat kelibat jemari menyelak sebarang helaian. Khatib berkhutbah sambil menyebut NasX2, DalilX2 serta rujukan kitabX2 dgn lancar. Disuatu sudut…. kelihatan seorg tua mengomel sendirian. Tampa siapa peduli. Org tua yg mengomel MENGATA & MENCELI khatib kerana merasakan KHATIB telah MENGATA Kerajaan Kesayangannya. Khatib telah BERPOLITIK dlm KHUTBAH JUMAAT. Wahhal khatib tidak menyebut pun nama-nama pemimpin, org perseorangan mahupun nama parti politik. Bukankah POLITIK itu AGAMA. Sungguh kesian pada org tua itu. apabila gomelannya tidak mendapat respon. Malah dipandang sinis oleh Jemaah yg duduk disekelilingnya. Jemaah yg tidak mengeluarkan kata. Hanya org tua itu semata-mata.

    Tetiba teringat kenangan pabila kaki ini mula-mula menjejaki MASJID BATU ini 2thn yg sudah. JEMAAH lepas maghribnya dari Isnin bawak ke Ahadnya tiada beza dengan Jemaah Jumaatnya. Masyaallah.

    Tetiba jua teringat kenangan,.. dlm khusyuk mendengar majlis ilmu didlm masjid ini…. terkejut jantungku. Apakah peristiwa Memali kembali berulang. Apabila satu suara memecah keheningan kesyahduan khusyuk mendengar dengan bunyi suara……
    ……TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR
    ….TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR..
    ….TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR.

  70. thundercat says:

    tetiba teringat Khutbah Jumaat siang tadi di Masjid Batu Permatang Pauh. Dlm Khatib memberi khutbah mengenai isu yg sama, dikaitkan dgn kita sebagai rakyat dan pemerintah. Apakah peranan kita? Adakah cukup dengan sekadar memboikot barangan. Sekadar berdemonstrasi. Apakah pula perana UlamaX2 Kerajaan. Mana Suara Mereka? Tatkala Kerajaan 1]MELANTIK SYARIKAT YAHUDI APCO MENGEMUDI DAN MENASIHATI MALAYSIA. 2] MELULUSKAN LESEN PERJUDIAN BOLA (yg akan menjadi titik tolak lesen judi kpd permainan lain).

    Khatib memberi khutbah penuh bersemangat, jelas dan lancar. Tampa dilihat kelibat jemari menyelak sebarang helaian. Khatib berkhutbah sambil menyebut NasX2, DalilX2 serta rujukan kitabX2. Disuatu sudut…. kelihatan seorg tua mengomel sendirian. Tampa siapa peduli. Org tua yg mengomel MENGATA & MENCELI khatib kerana merasakan KHATIB telah MENGATA Kerajaan Kesayangannya. Khatib telah BERPOLITIK dlm KHUTBAH JUMAAT. Wahhal khatib tidak menyebut pun nama-nama pemimpin, org perseorangan mahupun nama parti politik. Bukankah POLITIK itu AGAMA. Sungguh kesian pada org tua itu. Apabila gomelannya tidak mendapat respon. Malah dipandang sinis oleh Jemaah yg duduk disekelilingnya. Jemaah yg tidak mengeluarkan kata. Hanya org tua itu semata-mata.

    Tetiba teringat kenangan pabila kaki ini mula-mula menjejaki MASJID BATU ini 2thn yg sudah. JEMAAH lepas maghribnya dari Isnin bawak ke Ahadnya tiada beza dengan Jemaah Jumaatnya. Masyaallah.

    Tetiba jua teringat kenangan,.. dlm khusyuk mendengar majlis ilmu didlm masjid ini…. terkejut jantung ini. Apakah peristiwa Memali kembali berulang. Tetiba satu suara MEMECAH keheningan kesyahduan khusyuk mendengar kuliah pengajian……
    ……TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR
    ….TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR..
    ….TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR.

    Alhmdlh. Semangat jemaah islamiah. Tiada jemaah yg lena diulit mimpi kesyahduan. SEmoga kalian senantiasa di jalan yg lurus.

    alhmdlh. tidak sia-sia permintaanku agar ditukar kerja ke sini. atas nama hijrah. hlaman istriku d JB dan aku d KL.

    Jika sesiapa berkunjung ke Utara, singgahlah berjemaah Maghrib & Isyak disini. Masjid Batu Permatang Pauh, P.Pinang. Cuma jgn terkejut. Jika dilihat dihadapannya (seberang jalan) terdapat sebuah lagi MAsjid yg dipanggil Masjid Papan. Bezanya, Masjid Batu adalah lebih kayu dari batu. [Msjd Papan semuanya Batu].Tanah rizab masjid ini lagi luas dan 2-3 kali ganda dr [Msjd Papan]. Msjd ini berwarna hijau. [Msjd Papan berwarna BIRU - Kubah, Pagar & Batu Jalan, Karpet, Langsir, Kolah dsb] Masjid ini punyai parking Lot yg luas. [Msjd Papan kecil Parkingnya]. Msjd Batu ada rizab kubur [Msjd papan tiada]. Msjd Batu dibina ats wakaf jemaah. [Msjd Papan dibina ats duit Krjn Prskutuan].

    Persoalannya,… Mengapa harus ada 2 Masjid yg berdekatan. Jika disini menjerit, disanapun boleh mendengar.
    Apa yg pasti hatiku telah menjerit…
    TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! ALLAH HU’AKBAR
    Akan ku ubah apa yg termampu. Insyallah PRU13 menjadi penentu. Semoga ummat islam Malaysia bersatu. Memilih pemimpin yg berilmu. Bukan pemimpim kaki mengampu. Bukan pemimpin yg tidak ingat tibanya waktu. Bukannya pemimpin hantu. Tapi Pemimpin yg Menegakkan Keadilan. Berpaksikan tuhan. Takbir! Allah hu’akbar.

  71. akmazaki says:

    salam…
    ustaz izinkn sya untk copy khutbah ini.
    syukran.

  72. ibnyusoff says:

    assalamualaikum..amat tersentuh dan terasa dengan ungkapan Islam ilusi..ayuh kita usahakan perubahan ke arah diri mukmin sejati, muslim secara realiti bukan ilusi. ALLAHU AKBAR!!

  73. noraisy says:

    saya terpana seketika ktk mbaca khutbah ini..mmg benar ttg apa yg disampaikan oleh ustaz tentang realiti dan ilusi islam hari ini..bagaimana caranya kita utk membangkit umat islam hari ini dari mimpi..walaupun mdgr bgitu byk khutbah dan melihat begitu byk penderitaan dan penyeksaan yg dilakukan oleh yahudi kpd org Islam..akan tetapi ramai lagi umat islam hari ini yang tidak bangun dari mimpi..menganggap segala yang keluar dari surat khabar dan internet hanyalah seperti cerita biasa..bukanlah cerita saudara sendiri..kesedaran perlu kepada golongan muda kerana merekalah pelapis kepada generasi dpn..tnp kesedaran ttg kepentingan saudara seislam entah apa jadinya kpada agama kita nnt..ya Allah jauhkanlah perpecahan dalam Islam dari berlaku..Aminn

  74. Syaza says:

    hari itu ibu ada cakap bgini time tgk berita, “Hai, tak pandai aman2 lagi dunia ni.. Berperang tak sudah!”..
    Ibu, kalaulah ibu mengerti realitinya.. Perang minda juga sedang berlaku, ibu..

  75. Gaban says:

    Ustz, mohon diizinkan saya menambah sebaris ayat pada teks ucapan ustz utk d emailkan kpd rknX2 sekerja. Ini kerana terdpt segolongan pekerja yg spt dikata, tdk marah apabila diri dikata MUNAFIK @ lbh teruk dpd kafir. Tetapi amat marah apabila ditanya knp suka sgt menipu org dgn mengata diri empunya Kerabat Diraja …….. Siap tampal sticker lg yg beliau adalah golongan Kerabat Diraja. Sedangkan tdk.

    Bhgn yg ditambah adalah d hujung ayat yg disertakan ini pd tanda ” “.

    Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi. “Kita berpecah belah apabila kita berkompromi dengan golongan MUNAFIK diantara kita”.

    Yg lain serta ruj.nya msh disertakan sekali. Wslm.

  76. yma says:

    salam ustaz. minta izin copy.

  77. yati says:

    bolehkah kita kata peluang jihad dan syahid fisabilllah di zaman moden ini adalah dipalestin?….

  78. su says:

    x dinafikan isu Palestin menyedarkn saye, org Islam perlu bangkit. tp yg plg utama, diri sy perlu bangkit. sentiasa ingin jd lebih baik dr semlm. saye stuju dgn kate Abu Saif, “Saya tidak tergamak untuk bercakap apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat, malah ada perasaan jijik membaca kita yang lengkap kehidupan ini berteori tentang apa yang orang di medan derita itu patut dan tak patut buat”

  79. upin & ipin says:

    sungguh sedih apabila sedara seagama di Palestin di timpa bencana.

    ….namun bertambah sedih & meruntun kecewa jiwa, hati & perasaan ini bila mana saudara seagama mempertikaikan jihad saudara d Palestine. Mempertikaikan mengapa harus ditentangnya Yahudi Israel itu. Mempertikaikan mengapa harus peluru dibalas batu….mempertikaikan mengapa Yahudi harus dikata kejam. harus dikata kaum yg licik menipunya… mempertikaikan ini & itu…begini & begitu….

    tetiba tetanya diri ini sendirian… siapakah merekaX2 yg mempertikaikan ini sebenarnya. Kafirkah mereka ini. Yahudikah mereka ini. Murtadkah mereka ini… atau inilah dia golongan MUNAFIK?

    takbir! ALLAH HUAKBAR!

  80. afif says:

    Assalamu’alaikum.w.b.t Ustaz…

    Mohon link dgn blog saya…Syukran dari bumi barakah Mesir..

  81. fatimah says:

    salam ustaz,
    nak mintak izin copy dan paste utk disebarkan kepada sahabat dan blog

  82. Nor says:

    Salam Ustaz,
    Perkembangan kepekaan dan keperhatinan masyarakat dunia kepada isu Palestine semakin positif. Malah sukarelawan Malaysia yang sanggup ke sana demi menyampaikan bantuan menunjukkan kita sudah berani bertindak daripada sekadar mengecam & mengutuk sahaja.

    Saya bukanlah ahli persatuan NGO yang terbabit dengan misi menghantar bantuan ke Palestine. Tapi saya ingin menyarankan kepada semua, hulurkanlah bantuan kewangan secara tetap setiap bulan kepada NGO ini agar dapat membina kekuatan kewangan jangkapanjang dalam memperjuangkan pembebasan bumi Palestine. Bayangkan jika 1 juta daripada 27 juta rakyat Malaysia menyumbangkan RM1 sebulan, dalam masa setahun, 5 tahun berapa billion dapat dikumpulkan.

    Tanpa kekuatan kewangan kita tidak mungkin mampu membina kekuatan fizikal dan keperluan yang lain.

    Pada masa yang sama kita berharap NGO-NGO ini merupakan organisasi yang amanah, yang kompetent, yang jelas misi dan wawasannya, yang teliti perancangannya dalam memperjuangkan pembebasan Plestine. Semoga Allah memberikan hidayah melalui pemikir-pemikir dan pejuang-pejuang Islam ini strategi dan cara untuk mengalahkan yahudi di Palestine.

    Semoga tragedi yang menimpa Mavi Marmara menjadi titik permulaan kepada perjuangan jihad umat Islam yang lebih besar.

    Insya Allah

Leave a Reply