Boikot bukanlah idea sampah.
Biar pun ramai yang sinis dengan idea boikot ini, halaman web Israeli Products . Com (http://www.israeliproducts.com/) boleh menjadi salah satu jendela untuk kita menjenguk reaksi regim Zionis terhadap kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia.
There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.
Sebelum jatuh simpati kepada gigi dan kasut anak-anak mereka, fikirkan pula apa yang sedang dihadapi oleh anak-anak saudara kita di luar tembok tinggi mereka.
Boikot jangan dipandang sampah.
SAMPAH SEBENAR
Jika mahu bercakap tentang sampah, ia boleh dirujuk kepada manusia bercita rasa haiwan ternak (al-An’aam) yang tidak pernah peduli lagi mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka. Biar pun bedilan serangan pengganas Zionis menjamah 800 nyawa dalam tempoh dua minggu, di luar sana cukup ramai yang di sepanjang dua minggu ini hanya berfikir tentang penyanyi, pelawak dan pelakon yang ingin mereka menangkan.
Seakan-akan tidak ada apa-apa yang sedang berlaku di luar ‘dunia’ mereka.
‘Dunia’ yang hanya jadi begitu hasil ketagihan dadah.
Dadah yang dijamah oleh sebilangan besar masyarakat kita, bernama HEDONISMA.
Inilah dadah yang melumpukan akal fikiran dan hati nurani setiap manusia yang menjamahnya. Dadah yang merangsang pembentukan sebuah dunia lain yang tidak punya sebarang kaitan dengan dunia realiti.
Jika morfin merupakan dadah yang merangsang kesan sampingan berupa mimpi ngeri yang menyukarkan tidur penggunanya, maka hedonisma menjadi dadah yang mencipta mimpi indah yang menyukarkan jaga dan sedar penggunanya. Biar pun mata mereka celik, telinga mereka ada, dan jasad mereka bergerak biasa, mata itu hakikatnya buta, telinga menjadi tuli dan jasad menggerakkan tubuh mati tanpa jiwa dan perasaan… kesan sejenis dadah bernama HEDONISMA.
Pengedar dadah tidak menagih dadah. Pengedar dadah perlu menguruskan perniagaan besarnya yang mustahil terurus dalam keadaan dirinya menagih dadah. Penagih dadah, hanya terdiri daripada manusia bodoh yang hilang makna diri, miskin jiwa dan kabur pandangan hidup.
Penaja hedonisma juga tidak menagih hedonisma. Penaja hedonisma perlu menguruskan perniagaan besarnya yang mustahil terurus dalam keadaan dirinya menagih hedonisma. Penagih hedonisma, hanya terdiri daripada manusia bodoh yang hilang makna diri, miskin jiwa dan kabur pandangan hidup.

Penaja terbesar hedonisma adalah Hollywood.
Jika anda serius mahu memboikot produk yang menyokong regim Zionis, boikotlah produk Hollywood kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Zionis, malah ia juga menjadikan setiap penjamahnya berkulit Melayu bercitarasa Yahudi. Berwajah Melayu berselera Nasrani.
Berapakah penjanaan keuntungan siaran filem-filem Hollywood di negara kita?
Dari manakah keuntungan itu diperolehi, kalau tidak dari penagih hedonisma yang berada di kiri, kanan, depan dan belakang kita!
Dadah hedonisma ada kuasa mutasi. Bermula dari transformasi mereka sebagai manusia kepada binatang ternak, berakhir dengan menjadi biawak yang mengekor biawak lain masuk ke lubangnya, tanpa berlengah-lengah lagi.

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)
Hanya penagih dadah sahaja yang memandang indah lubang biawak Yahudi dan Nasrani bernama hedonisma ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Teringat satu penyampaian yang saya lakukan ketika sesi usrah bersama rakan2 di sini. Berkenaan isu hiburan, dan dikaitkan dengan hadis terakhir yang ustaz mention tersebut.
Kalau kita perhatikan, perancangan mereka ini begitu subtle & halus, langsung pun kita tidak sedar. Pernah tak terfikir, bagaimana seseorang itu boleh tunduk patuh mengikut budaya mereka, sejengkal, sehasta, malah sehingga kita bersanggupan untuk masuk ke lubang biawak? Analogi lubang biawak yang dibawakan oleh Rasulullah adalah cukup tepat dan menarik.
Analoginya, jika sekarang ini kita merasakan seolah adalah mustahil untuk kita masuk ke lubang biawak, “ah, tak mungkinlah”, “siapa lah yang bodoh sangat nak masuk ke lubang biawak” dan sebagainya, dengan perancangan dari mereka Yahudi dan Nasrani, mungkin 10 tahun akan datang tindakan masuk lubang biawak yang dianggap jijik dan tak mungkin oleh kita sekarang ini, akan menjadi kebiasaan.
Contoh yang paling mudah, isu gay dan lesbian di negara kita sekarang ini. 20,30 tahun yang lalu, isu ini begitu terpencil di negara kita. Sesiapa mengaku gay/lesbian, alamatnya kena kejar dgn mak ayah keliling kampunglah. Betapa jijik dan anti masyarakat ketika itu mengenai isu gay/lesbian.
Tapi sekarang? Gay dan lesbian sudah diterima dalam komuniti masyarakat, dan dianggap biasa malah siap berani menuntut hak lagi. Dalam kalangan kita sudah semakin ramai yang berani “masuk lubang biawak”.
Banyak lagi isu2 lain yang dahulunya kita anggap jijik, kini sudah menjadi kebiasaan. Bertukar2 pasangan seks, seks sebelum nikah, semakin banyak ditunjukkan dalam cerita-cerita barat, dan kini kian menular dalam masyarakat kita. Terpekik melolong ketika berhibur, budaya di club/disko, sikap mengabaikan ibubapa selepas dewasa, sikap mementingkan keduniaan serta seribu satu lagi “akhlak” yang ditunjukkan oleh mereka, diterima dan diserap oleh masyarakat kita sedikit demi sedikit!
Seperti dadah overdose yang meracun. Dalam masa yang terdekat, ia membawa hedonisma, euphoria, dan seribu satu macam lagi keseronokan dan kepuasan. Dalam masa yang sederhana, ia menjadi ketagihan, menyebabkan kita terus-terusan mencandunya. Namun dalam masa yang panjang, dadah tersebut merosakkan sistem kita, memupuskan zuriat2 kita, dan menjadikan kita lemah dan tidak berupaya lagi menghasilkan penentangan!
Kita sekarang menganggap pasangan hidup bersama sebelum berkahwin adalah sesuatu yang taboo dalam masyarakat, di luar norma adat dan budaya, tidak sepatutnya berlaku dsb. Percaya atau tidak, dengan perancangan dari yahudi dan nasrani itu, perkara ini boleh menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita 10,20 tahun akan datang!
“You wanna to boycott all this? I think this useless because don’t give big impact for them,” itulah reaksi teman yang bukan se aqidah dengan ana bila melihat sahabat-sahabat disini giat kempen boikot barangan Israel dan US.
Ana terfikir dan seakan bersetuju dengan statement berkaitan impak besar itu.Sememangnya ia tidak memberi satu impak yang besar dalam masa singkat.Itu realitinya.
Bila ana baca article ini,ana faham kenapa ana,sahabat-sahabat,NGO, ulama-ulama muktabar Islam menyarankan boikot.Tidak lain tidak bukan kerana ingin menunjukkan sokongan,solidariti, dan kepedulian yang tinggi kepada saudara-saudara kita di Gaza,Palestine.
Melihat senario di Malaysia,hari pertama Gazaa dibom.Berita hanya menunjukkan sedikit sedutan berkaitan Gaza dan selepas itu terus disambung dengan kemeriahan perkahwinan seorang artis popular. Astafirullah,bala apa yang mahu kita undang ke Malaysia ini.
Kita buta perut dan buta hati!
Kesimpulan boikot bukan idea sampah kerana disitu menunjukkan sebenarnya kita INSAN PEDULI…
Salam Intifada buat semua….
@Ibnu Aiman, betul apa yang dikatakan tu.Tapi bukan sekadar menyatakan keprihatinan dan kepedulian, harapnya lebih dari itu.Menjatuhkan ego tinggi hidung Zionis dan sekutunya Amerika.
Kita pernah menang dahulu, kenapa tidak untuk akan datang.Teruskan kita membina harapan menuju ke arah kemenangan ISLAM.Ubah pemikiran MUSLIM merupakan tindakan pertama..Ayuh!
ustaz,
kerosakan hedonisma itu dipersetujui. Kezaliman itu ditentangi. Namun boikot…. mungkin sebagai bukan kerajaan kita merasakan ianya bagus. Tun M sebagai bekas PM pun merasakan memboikot Dolar AS adalah terbaik walaupun dahulunya dia juga antara individu yang didakwa menjalankan rundingan-rundingan sulit dengan wakil jew. tapi sebagai kerajaan mentaliti tidak boleh begitu.
aliran FDI di malaysia pada akhir tahun 2008 amat membimbangkan. dengan amerika memegang lebih 50% sumbangan FDI secara keseluruhan. FDI malaysia di amerika pula hanya mewakili peratusan kecil sahaja.
Menjadi anti pasaran memang senang. mendapatkan pasaran baru amat sukar dan bukan sesenang berdemonstrasi mengecam israel dan memboikot produk yahudi.
sekiranya serius untuk memboikot kena libatkan semua pihak bersama dengan pelan tindakan yang sesuai. apa alternatif yang hendak disediakan? bagaimana dengan jaminan kualiti? perlu ke kita mengamalkan ekonomi terhad dengan hanya berurusniaga dengan rantau arab? mahu ke negara arab/selain dari amerika melabur di malaysia yang mengamalkan ekonomi terpilih? kita menganjurkan boikot jadi kita juga harus bertanggungjawab menjawab persoalan ini bukan dengan lepas tangan untuk dijawab oleh kerajaan.
apa pula reaksi majoriti masyarakat bukan islam yang merasakan isu palestin adalah isu agama dan bukannya isu sejagat disebabkan sentimen kita? berapa banyak kenyataan MP bukan islam yang mengutuk keganasan Israel? apa perasaan cina dan india apabila majoriti masyarakat islam mengecop warga yahudi adalah ahli neraka kerana mereka tidak islam?
adakah majoriti muslim sedar kebanyakan perbuatan sentimen kita sebenarnya turut menyumbang secara tidak langsung kepada penderitaan yang dialami oleh saudara muslim kita di luar sana?
@terjah,
IMHO, boikot sebenarnya ada kesan. cuma masalahnya tak ramai yg nak boikot. sbb tu tak nampak kesannya (tak serius).
bukan setakat anti pasaran. alternatif sebenarnya sedang dilaksanakan. kerajaan dilihat cuba meningkatkan pasaran ke rantau Asia barat. Soal pasaran, Asia adalah pasaran alternatif yg terbaik. China, bersikap neutral. Rantau Arab, pasaran sdg berkembang. Tp India mungkin bukan pilihan yg baik sbb India byk bergantung pd Amerika dan israel dr segi teknologi dan persenjataan. Selain itu industri cth produk makanan tempatan yg semakin berkembang boleh mengurangkan kebergantungan kepada produk import.
tp saya setuju isu palestin perlu diperjelaskan kepada orang Malaysia bukan Islam bahawa ianya bukan semata-mata isu agama, dan mereka tidak perlu prejudis dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin.
@terjah,
boikot dan anti pasaran satu bab.
orang islam bersentimen satu bab.
sentimen melaungkan yahudi ahli neraka satu bab.
masalah orang cina dan india (elok ditulis buddha dan hindu) terasa pula, adalah satu bab.
mencampur adukkan kesemuanya… satu bab.
akhirnya, bukan HEDONISMA, tetapi BOIKOT juga yang diperdebatkan… brek tak makan
@Abu Saif, perlu ditekankan kembali bincang soal isu sebenarnya article ditulis semacam yang dulu-dulu.Kang dibincang soal dunia sekarang,dibahas sampai ke zaman Jurassic…
skdr mengingatkan diri saya dan saudara semua.
IMHO, kita tak perlu takut atau paranoid dengan gerakan Zionis atau apa saja yg kononnya gerakan subversif / terancang Yahudi untuk menjatuhkan Islam. IMHO, retorik subversif zionis semuanya karut, propganda. (mungkin ada, tapi takdelah sehebat mana!)
Sistem pendidikan misalnya, tidak menitikberatkan prinsip agama dalam kehidupan. Inggeris tidak mahu pengaruh Islam dalam pendidikan di malaysia kerana takut ‘perjuangan jihad’ tersebar luas dan menyebabkan orang islam bangkit serentak menentang penjajah, seperti yg dilakukan oleh pengikut Hindu di India. Bukan kerana pengaruh Zionis dlm kerajaan Biritish. Mungkin ada persatuan yg cuba melakukannya, tapi MUSTAHIL mereka boleh melakukannya dalam rangka kerja yang luas ke serata dunia secara berkesan. Ini hakikatnya retorik yg cuba menunjukkan zionis hebat (hakikatnya tidak!). Kita sebenarnya yg jadikan mereka ‘hebat’!
Kalau benar hebatnya gerakan subversif, rasanya gerakan Nazi lebih hebat dari Zionis. Tapi mereka tersungkur juga. Mengapa? Sbb gerakan subversif bukanlah sehebat mana. Takde prinsip dan akidah yg kukuh. Sedangkan kerajaan Islam yg agung, yg ditubuh atas nama Islam pun pupus….
Orang Islam hanyut disebbkan kelalaian kita sendiri. Iman kita lemah. Akidah kita lemah. pegangan kita pada agama lemah, sebab KITA TAK MAHU. bukan sebab (kononnya) pengaruh Zionis dsb. Pada saya orang Islam lemah, sbb orang Islam dah TAK MAHU kenal roh Islam sebenar.
Apa patut kita lakukan? BERSATU, atas PERSAUDARAAN DAN IMAN. Bukan kebencian dan keduniaan…. kenapa kita mesti mempersalahkan orang lain? persalahkan diri sendiri, dan perbaiki. Bukan saja kita jadi lebih maju, orang akan hormat dengan kita (Nabi dah praktikkan).
komen ini komen bebas atau merujuk kepada tajuk entri ya?
@Abu Saif, (ustaz)
saya assume ustaz tak timbulkan soal wujudnya subversif Yahudi utk jatuhkan Islam. Ini lebih kepada komen tambahan. sbb selalunya bila sbut tentang hedonisma (slalunya dgr dlm khutbah jumaat), dikaitkan dgn perancangan halus gerakan zionis. saya rasa penting beri komen ttg persepsi ‘karut’ subversif zionis yg kononnya ‘hebat’ itu.
mmg hedonisma adalah ‘produk’ Barat. Cuma perlu dijelaskan ia bukanlah satu ‘gerakan terancang’ nak jatuhkan umat Islam. Ia cuma timbul akibat budaya berseronok dan kapitalis masyarakat Barat. Yg kapitalis, mereka nak dapat duit dgn budaya berseronok ini, tak kira sapa pelanggannya. Hakikatnya, sistem sosial mereka pun musnah (takkan mereka rancang nak hancurkan diri sendiri?). Dan malangnya umat Islam terpengaruh sbb lalai dan nak berseronok juga…
@lelucon, entri sebelum ini adalah khutbah yang ditulis oleh penulis entri ini. di dalam khutbah itu sudah pun disebut pembaziran tabiat memarahi anjing yang menyalak bukit kerana itu memang kerja anjing. palestin antara ilusi dan realiti juga mengajak kita menyoal keadaan diri. maka jelas sekali, saya bukanlah penganut teori konspirasi, tanpa menafikan adanya konspirasi di peringkat rendah dan tinggi.
Konspirasi tidak akan memberi apa-apa kesan kecuali kita menyediakan diri untuk dipermangsakan.
sekarang, kita sudah pulang ke trek asal, Alhamdulillah
@Abu Saif (ustaz),
ya ke? hmmm…ter’miss’ agaknya.
apapun terima kasih pd ustaz sbb beri ruang pd saya utk komen. hakikatnya saya masih ‘menagih’ ilmu (bukan hedonisme!).
klu sudi dan ada masa, jmput singgah dan beri komen di blog saya pula
hmm, setuju jugak, memang diakui pernah rasa dadah ni, ketagihan dadah ni pun dah terasa, astaghfirullah, memang mematikan hati, akal dan kesedaran! Ya, memang produk utama, produk yang memang ada di dalam setiap rumah, yang terkadangnya memang tidak perlu dibayar pun..produk hollywood, memang perancangan yang lama, kesannya…memang membawa senyuman kepuasan bagi pihak yang merancang…yahudi laknatullah…dan yang seangkatan dengannya…
Marilah kita bersama menyedarkan diri dan sahabat-sahabat kita yang terlalai dan bangga dengan ke’moden’-an yang menipu diri. Carilah ubat yang mampu untuk mengubati kita dari ‘ketagihan’ yang membahayakan kesihatan kita…
adakah ini bermakna kita digalakkan membeli vcd cetak rompak untuk menjatuhkan industri perfileman hollywood? ehe
@deanna, respected ust,
and all readers..
sebelum kita beli vcd atau dvd cetak rompak,
saya cadangkan pergi ke youtube dan taipkan The Arrivals.
mungkin di sana ada ubat pembangkit, untuk dadah dan ubat pelali yang telah disuntik israel dan konco2nya yg terlaknat.
kalaulah saya boleh wajibkan anda menontonnya!
Membeli CD cetak rompak, umpama meminum air daun ketum. Kita tak menambah keuntungan pengedar dadah, tapi tetap membahayakan diri sendiri. Jika tak minum calsberg [betul ke ejaan ni], minum samsu atau tuak buatan sendiri tetap haram dan memabukkan, bukan?
Lebih baik kita beli CD original mari mengaji bersama Ustaz Zamri, ataupun membeli buku original [bukan photostat] Aku Terima Nikahnya [tulisan Ustaz Hasrizal] dan yang seanglatan dengannya yang membawa faedah lagi memberi pencerahan. Umpama kita meminum “inner shine” atau “jus tok guru” yang mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat.
@aiyrie, banyak juga cerita2 hollywood yang boleh memberikan pencerahan daripada menonton cerita melayu. sayanglah karya2 hebat seperti beautiful mind, american history x dan sebagainya diboikot
@deanna,
tidak semua filem hollywood merosakkan… memang apa sahaja yang kita nyatakan akan ada unsur-unsur “tidak semua begitu”. mana-mana yang terkecuali tu, terkecualilah. dalam usul fiqh pun ada bab bab istisnaa’ macam ni. kita hukum pada yang ghalib (majoriti). manakala pengecualian, dengan sendirinya terkecuali.
kalau dikorek arkib saifulislam.com ni, ada banyak filem hollywood yang saya ulas kerana unsur-unsur baik yang ada nilai di dalamnya. american history x, saya dah miliki dvdnya sejak tahun 2000 lagi.
kalau nak disenaraikan, mari saya tambah lagi. usahkan hollywood atau jawawood, tu nasyidwood tu pun banyak juga yang merosakkan.
so, pandai-pandailah kita menilai… bak kata nabil (hedonisma?), “LU PIKIR LA SENDIRI”
@deanna,
Oh! Saya salah faham. Dah topic tentang hedonisme, saya ingatkan filem-filem yang berunsurkan hedonisme yang dimaksudkan.
@deanna, antara simptom ketagihan ialah, tak dapat dadah original, dapat yang sintetik pun jadi le…
Ustaz,
tak semua filem dari hollywood merosakkan. ada yang mendidik dengan berkesan untuk tidak bersikap perkauman, sejarah hidup tokoh-tokoh besar dunia, kesedaran menjaga alam sekitar dan sebagainya. sedangkan sistem pendidikan kita juga belum lagi mencapai ke tahap yang membanggakan, hollywood telah mencapai tahap pendidikan kemanusiaan melalui filem.
Budaya hedonisma bukan sekadar dibawa oleh hollywood, tetapi juga kollywood, bollywood, halliwood, melayuwood serta jawawood. namun tidak semua produk yang mereka keluarkan itu merosakkan.
@azmi,
tidak semua filem hollywood merosakkan… memang apa sahaja yang kita nyatakan akan ada unsur-unsur “tidak semua begitu”. mana-mana yang terkecuali tu, terkecualilah. dalam usul fiqh pun ada bab bab istisnaa’ macam ni. kita hukum pada yang ghalib (majoriti). manakala pengecualian, dengan sendirinya terkecuali.
kalau nak disenaraikan, mari saya tambah lagi. usahkan hollywood atau jawawood, tu nasyidwood tu pun banyak juga yang merosakkan.
so, pandai-pandailah kita menilai… bak kata nabil (hedonisma?), “LU PIKIR LA SENDIRI”
@Abu Saif,
hihi..tersenyum je tanda setuju ngn ustz.. =)
Salam…
part ketia daripada siri ‘The Arrivals’ dengan tajuk ‘Children mind’s control’ http://www.youtube.com/watch?v=hdKWm-D23bc
Ada part yang sepatutnya censored, tapi tidak dilakukan sedemikian, harap boleh pandai-pandai dalam menghakimi & menonton.
Antara jenis & objektif hedonisma dilakukan oleh puak zionis.
Wallahua3lam.
@syphoon, wsalam. thanks for sharing.
ada pun miker. ingat tak sudi dah menjenguk. lama tak dengor cerita
@Abu Saif,
keme jenguk je, senyap-senyap udah le.. tak rajin nak log in =)
dulu orang tengok boikot tak effect apa2 pada kehidupan mereka, boleh makan dan hidup senang sudahlah.
boikot bukan hari ni saja, telah lama sejak dulu, tapi baru popular kini.
saya melihat usaha kita boikot macam burung hud2 yang memadam api nabi ibrahim. ia mengangkut air untuk memadam api dengan paruhnya.
@irshadian, konsep orait. tapi cerita burung hudhud tu sahih ke gamaknya ye…
@irshadian, mungkn boikot mendapat populariti setelah mendapat publisiti meluas dari pihak media dan pemimpin.Orang sana mintak boikot, orang sini mintak boikot, orang situ mintak boikot.Itulah peranan sebenar media.Mengawal pemikiran masyarakat.Macam Hollywood juga, mereka sudah dapat mengawal pemikiran kita sejak beberapa kurun lamanya dah..
Saya tercari-cari MUSLIM yang berfikiran ‘baik’ dalam bidang media ini.Bila lagi ya?
Sekadar penambahan… Alangkah bgus berbicara masalah bersame jalan penyelesaian yang rapi dn efektif. (^^)
lets donate kat sebelah ni untuk siapa?
macam mana kalau nak donaTE untuk palestin guna paypal or visa..tahu tk?
@puteri,
cuba layari http://www.irm.org.my laman Islamic Relief Malaysia
@puteri,
http://www.muslimaid.org/index.php/get-involved/donate-online
tekan general donation>>GAZA EMERGENCY APPEAL dan seterusnya.
alhamdulillah muslim aid adalah organisasi yang setakat ni lepas membantu..
interpal sendiri mengharapkan kita ‘donate’ kepada muslim aid kerana interpal sendiri serahkan pada muslim aid..
interpal telah disekat oleh zionist.. itulah situasi di uk skrang..
account bank org pun boleh disekat..
rujuk laman muslimaid.org
assalamualaikum
peringatan untuk sy jgk ust…
moga-moga dgn ilmu yg dipelajari dlm bidang ekonomi, finance and such dpt membantu utk menaikkan kesedaran umat islam kepada islamic consumerism rather than western consumerism…
bile umat islam and seterusnya non-muslims move from western to islamic consumerism, ekonomi kt akan mantap, sekaligus melumpuhkan ekonomi org2 Barat..
moga-moga dapat direalisasikan segala yg dipelajari, insyaAllah..
Assalamu`alaikum wbt..
Ustaz, saya nak menulis jugak berkaitan hedonisme ni, tapi terfikir untuk tambah berkenaan alternatif lain bagi menghiburkan hati. Saya fikir, bila kita larang seseorang itu mengambil dadah, perlu kita berikan alternatif lain yang boleh menyenangkannya untuk meninggalkan dadah itu kerana mereka telah asyik dengan nikmat dadah itu. Untuk tinggalkan terus nikmat itu, bukan mudah bagi kebanyakan orang.
Perlu kita senaraikan..apa perkara-perkara yang memberi keseronokan kepada mereka sebagai alternatif. Kita bayangkan..bagaimana agaknya keseronokan dapat diwujudkan dalam hidup pada zaman sahabat.
Keseronokan itu ada dalam:
- riadah dan permainan
- aktiviti kemasyarakatan
- berlumba-lumba meningkatkan ilmu dan amal
- gurau-senda suami-isteri, sesama keluarga
Satu perkara lagi yang saya terfikir ialah bagaimana mendidik hati untuk meninggalkan keseronokan lama itu. Ada kalanya apabila seseorang itu ‘tertinggal’ untuk melakukan keseronokan itu contohnya menonton anugerah muzik, dia akan rasa sangat menyesal kerana dia tak menonton, dia rasa ada perkara penting yang dia tak dapat tonton, daripada kesalan itu dia rasa sedih, kehilangan, kerinduan, sangat menginginkan dan sebagainya.
Jadi, perasaan-perasaan ini perlu dididik untuk ditukarkan. Biar dia rasa dia langsung tak kehilangan perkara penting jika tak menontonnya, dia tak menyesal, tak rasa sedih pun, tak kehilangan, kemudian dia dapat rasa tak berkeinginan, tak rindu dan sebagainya.
Kalau dapat didik perasaan tu, makin mudah untuk bawakan keseronokan baru kepadanya.
Semoga kita sentiasa dibimbing Alloh untuk menyampaikan seruan ini dengan baik. Amiin…
Hedonisme adalah fenomena hiburan yang melampau.Mungkin bersukan secara melampau juga merupakan satu simptom2 hedonisme juga.EPL?EUFA?EURO?WORLD CUP?Dan lain2..Macam mana ya, boleh berkongsi pendapat.Ini bukan kenyataan, cuma mahukan perbincangan.=D
haha betul tu. MU, Chelsea dan Liverpool semua pemiliknya ialah yahudi.. tapi den tak sanggup nak beralih minat pada team tempatan sebab…… faham2 jela.
Beralih atau tidak, bukanlah persoalannya. Tetapi, tinggalkanlah milikan yahudi.
Hedonisme dan Hollywood. Kita jarang menyedari filem-filem yang bermodal besar memang biasa ada agenda tersembunyi di baliknya. Secara halus memanglah tidak terang-terang menyuruh bencikan Islam. Tapi, filem seperti mengajak kita Muslim bersaudara ini lupa akan misi utama. Terpengaruh dengan budaya baru dan melalaikan. Yang masih berfikir secara terus, ketahuilah, Amerika itukan topeng zionis.
iyelah sang pelang, drama spa Q kat tv3 pon ada agenda tersembunyi di sebaliknya. macam2 daa
@MUFC, kalau nak disenaraikan, mari saya tambah lagi. usahkan hollywood atau malaywood dan spa q, tu nasyidwood tu pun banyak juga yang merosakkan.
so, pandai-pandailah kita menilai… bak kata nabil (hedonisma?), “LU PIKIR LA SENDIRI”
@Abu Saif, “bak kata nabil (hedonisma?), ustad pon dah terpengaruh k??
gurau jer ustad…inilah yang ustad nak bagitahu…
hedonisma..pengaruh..pengaruh..pengaruh…masuk dalam kepala…jadi tabiat…jadi adat….jadi liat…!
Salam Ustaz,
Memang halus cara diorang rosakkan kita. Memanag mereka buat filem ade unsur pengajaran tapi dalam Islam bolehke nak tunjukkan yang kebaikan kita lakukan benda haram di dalam nye?
Contoh x yah pegi ke Hollywood, Malaywood pun dah belambak, kita buat drama yang berunsurkan untuk mengajar dan menginsafkan, Tapi didalam nya penuh dengan unsur syirik, maksiat dan dosa, Wallaualam…
@Refnaldy (musafir_82), wsalam wbt.
lama tak dengar berita anta.
industri filem dan muzik kita tak banyak disertai oleh orang yang ada matlamat dan perjuangan plus minda dan ilmu pengetahuan. susah nak letak expectation yang tinggi-tinggi dalam industri tu di negara kita
@Abu Saif,
Ana alhamduillah ade je memantau blog ustaz.. hehehe
Satu lagi ustaz,
dalam bab boikot ana sokong sangat. Tapi bagi pandangan ana, berhenti kerja di syarikat2 yang terbabit ni merupakan pengorbanan yang lebih besar dan mungkin tak ramai orang boleh lakukannya. Lebih baik jadi Ghuraba(curi perkataan arab) dari jadi orang yang ramai tetapi berhadapan murka Allah
sedih melihat negara-negara islam tiada kemampuan dalam teknologi untuk menolong rakyat palestin,walaupun malaysia sahaja menghasilkan berpuluh ribu engineer setiap tahun..tapi tahap teknologi kita masih lemah. Masih ramai engineer2 di malaysia dan graduat2 malaysia yg tiada cita-cita untuk develop something yg boleh bagi huge contibution kepada teknologi negara-negara islam..masing-masing masih memikirkan makan gaji dengan company-company asing
assalamalaikom wrt wbt…salam ukhwah.mohon izin intro…saya bukan lah ‘regular’ disini cuma sekadar mencari input.alhamdulillah ..jazakAllahu khayran jazak buat ustadz n ikhwan yg istiqomah berkongsi ilmu disini.
samada kita sadar atau tidak,kadang2 buat tak endah,hedonisme dan ‘isme’2 yg merosakkan roh islami itu dah sebati dgn hidup kita.its a very fine line to define,let alone being aware of. contoh,for those yg terpaksa makan di kedai,altho kedai melayu,kita malu nak investigate or rather ask to see how the food is being prepared. kot mee pulak,siapa suppliernya.canteen sekolah another culprit.dek alpanya kita yang dah jadi parents ni makanya tak hairan lah gejala ‘lupa diri’ menebal dalam diri anak2.food yg syubahah jadi darah daging,itu asasnya.yg beli utk dimasak pun kita harus sangat teliti.its a whole cycle in itself. so kita lah musuh sebenar dan seperti ustadz tulis, yang ‘mempermangsakan’kan diri kita sendiri.isunya bagi saya ialah bagaimana kita nak menyuntik kesadaran dalam diri seseorang itu untuk berfikir,sebelum melakukan sesuatu atau mengungkapkan sesuatu,first n foremost,think ‘what does Allah swt n rasulullah saw’ expect of me? dan apabila kita berusaha menjadikan itu budaya hidup,yang menempelaknya kaum kerabat sendiri.subhanAllah.kesadaran yang samar2 ini lah yang menyuburkan ‘isme’2 dalam hidup kita.nauzubillah.mafhum dari firman Allah swt,’sesungguhnya Allah tidak berbuat dzolim kepada manusia,akan tetapi manusia itulah yg berbuat dzolim kpd diri mereka sendiri.’,surah yunus,ayat 44.
each one of us is a khalifah fil ard…execute now!lillah …
mengenai isu boikot ana rasa ia mmg mmberi kesan wlupn agk lmbt kesannya..
tp its ok sbb kita dah xda cara lain..
boikot mgkn dah dikira usha kita yg dari jauh nie..
TERJEMAHKAN PERKATAAN KEPADA TINDAKAN
SEKARANG!!!
ALLAHUAKBAR!
Salam,
Mmg benar, budaya Hedonisme ini sudah menular sekian lama. Tapi masyarakat yg menyedarinya hanya segelintir saja. Cuma sekarang ini baru terasa bahangnya. Umpama pemakaian tudung di kalangan kaum hawa. Islam datang ke tanah Melayu ini telah berkurun lamanya. Tetapi tak ramai yg mengikut ajaran itu. Malah, ketika tahun 1950an, 60an dan 70an, hanya segelintir yg mengamalkannya. Tapi sekarang ini, kesedaran itu sudah meluas. Cuma yg sedihnya, pemakaian tudung itu sudah banyak dipengaruhi oleh adat dan budaya kemodenan. Ia seperti kembali semula kepada asalnya, bertudung tapi tak cukup kain di bahagian lain. huh…
Pada saya, boikot barangan ataupun budaya asing boleh memberi impak yg besar kepada pihak yg terlibat. Tapi harap-harap, pemboikotan ini tidak terhenti hanya ketika berlaku musibah sebegini, ia harus diteruskan malah dirancakkan lagi. Ekonomi kita turut akan berkembang maju. Ibu segala kekuatan untuk menentang segala budaya ataupun apa saja adalah KUASA. Kalau kita ada KUASA, kita boleh menguasai orang lain.
Wallahu’alam….
Salam.
Teringat pesan ayah… masa tu tengah terlopong tengok pop kuiz kat TV3. Lepas tu ayah join tengok sekali… agaknya ayah heran kut tengok anak dia boleh melayan benda-benda lagha cam tu.
Pastu… ayah bagi satu ayat power yang sampai sekarang saya ingat…
“Kakak nak tengok buleh… tapi tengok lah dengan pemikiran bukan tengok kosong jer, fikir-fikirlah baik buruk, lepas tu buatlah keputusan”.
Sejak daripada tu, saya tak main tibai jer tengok dan dengar benda-benda dari barat ni. Ada benda elok ada benda tak elok. Tepuk dada tanya iman.
Sekadar menumpang lalu.
PETIKAN LAMAN WEB SAHABAT di http://www.al-adib.net/2009/01/12/boikotlah-hedonisme-it%e2%80%99s-truly-america/
Janganlah sentimen kebencian kepada Yahudi menjadi modal kita untuk popular ataupun sebagai jalan merintis kemajuan perniagaan.
Bahang kebencian Umat Islam kepada Yahudi bukan sekadar panas biasa. Pijarnya sama sekali tidak sama dengan bahang gurun Sahara yang membentang pada bumi negara-negara Arab termasuklah tanah suci Bait al-Maqdis yang dicemari kerakusan Yahudi. Ia lebih dari itu. Kebencian itu bukannya dibuat-buat atau baru sahaja muncul pada ladang hati umat Islam. Ia subur dibaja dengan iman, kerana ia perintah Allah dan pesan Nabi Junjungan.
Saban hari, kita disajikan dengan berita dari Palestin yang tiada henti memaparkan kezaliman Israel menumpah darah kaum Muslimin yang tidak berdosa. Dari pelbagai sudut dunia, umat Islam hanya bangun dengan kecaman, demontrasi dan pelbagai lagi usaha demi menzahirkan kebencian mereka kepada Yahudi yang sudah pasti tidak sedikitpun menggentarkan bangsa angkuh itu. Lemahnya umat ini tidaklah perlu lagi diulas, ditambah dengan kerajaan-kerajaan Arab yang memang tidak tahu apa erti wehdah!
Di celahan usaha-usaha kerdil umat Islam ini, terdapat usaha yang digerakkan oleh beberapa pihak untuk mengenakan tindakan berbentuk ekonomi yang diharapkan memberi kesan kepada Yahudi. Sifir mereka mudah, boikot sahaja barangan sekutu Yahudi, iaitu Amerika, pasti berkuranganlah duit untuk membantu Yahudi. Sama dengan; jangan lagi membeli barangan buatan Amerika, nanti tiada keuntungan akan tersalur ke tangan Yahudi. Tahniah, idea yang diharapkan berjaya, walaupun sudah bertahun ia diuar-uarkan.
Memahami Dasar Pemboikotan
Dalam apa-apa tindakan kita sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh lari daripada kerangka dasar yang mengikat kita, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, tindakan kita memboikot barangan produk Yahudi dan sekutunya Amerika merupakan suatu yang dituntut oleh Islam. Imam al-Bukhari telah meletakkan satu subtopik dalam kitabnya, Sahih al-Bukhari:
???? ?????????? ??????????? ???? ?????????????? ???????? ?????????
Maksud: Bab berjual beli dengan orang-orang musyrikin dan mereka yang memerangi Islam.
Di dalamnya, al-Bukhari merekodkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abi Bakr:
?????? ???? ?????????? – ??? ???? ???? ???? – ????? ????? ?????? ???????? ?????????? ??????? ???????? ?????????? ??????? ?????????? – ??? ???? ???? ???? – « ??????? ???? ????????? ???? ????? ???? ?????? » . ????? ??? ???? ?????? . ?????????? ?????? ?????
Maksud: Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)
Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkan bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan: “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)
Perlu difahami bahawa, hukum asal berurusniaga dengan orang-orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat dari transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada negara Yahudi, ISRAEL. Ia sesuatu yang tidak boleh disangkal!
Boikot yang selektif
Bagaimanapun, terdapat suatu yang pelik dan menghairankan. Pada kali ini, tahun 2009, hanya produk tertentu yang disenarai hitamkan. Antaranya minuman berkarbonat, satu jenama kopi, satu jenama ubat gigi dan beberapa lagi produk bergantung kepada badan penganjur kempen boikot tersebut. Benar, kempen ini merupakan kelangsungan pada siri kempen sebelumnya, tetapi hakikatnya bagaikan terdapat sesuatu yang perlu difikirkan.
Mengapa pada tahun 2009 ini, dua restoran makanan segera yang menjadi ikon Amerika tidak turut diboikot oleh persatuan yang menganggap dirinya pembela pengguna Muslim? Adakah kerana ada parti tertentu yang berada di belakang rangkaian restoren tersebut? Mengapa pula hanya jenama ubat gigi itu sahaja yang diboikot, sedangkan syarikat seumpamanya lebih banyak menghasilkan produk kegunaan harian yang perlu juga diboikot. Adakah kerana ubat gigi itu adalah pesaing kepada syarikat ubat gigi yang menaja nadi hidup persatuan pengguna itu?
Sebenarnya, apakah dan siapakah yang perlu diboikot? Dalam menjawabnya, janganlah ada kepentingan yang menjadi pertimbangan. Janganlah sentimen kebencian kepada Yahudi menjadi modal kita untuk popular ataupun sebagai jalan merintis kemajuan perniagaan. Berfikirlah dengan lebih teliti, agar usaha yang digerakkan dapat memberi kesan yang lebih efektif dan meyakinkan. Biarlah keikhlasan menjadikan niat kita bersih dalam medan jihad ini, bukannya menanti pada habuan perang!
Boikotlah Hedonisme
Persoalan yang ingin dibawa, mengapa tidak diboikot hodonisme? Ia adalah benar-benar milik Amerika dan juga Yahudi. Apakah itu hedonime? Mungkin ada yang bertanya, apakah dia hedonisme; walaupun warna hidupnya larut dalam gula manis hedonisme itu sendiri. Hedonisme adalah kegilaan untuk hidup bergembira dan kehendak untuk bersuka ria tanpa batas. Wadahnya mudah ditelah, iaitu hiburan tanpa sudah. Wahananya pelbagai, namakan sahaja, dari elektronik hinggalah yang bercetak. Hiburan, suka ria, pesta, konsert, gaya hidup bebas, seks bebas, dan segala suku sakatnya. Ikonnya siapa lagi kalau bukan artis, pelakon, bintang sukan dan selebriti. Hedonisme ini membudaya, dibawa oleh Amerika dan Yahudi ke negara-negara Islam. Jangan lupa, rokok juga termasuklah dalam pakej ini.
Mengapa NGO-NGO dan parti politik ini tidak berkempen besar-besaran agar memboikot semua produk Hollywood dan produk tembakau Amerika? Mengapa tidak dijaja kepada masyarakat bahawa membeli tiket wayang untuk menonton filem hollywood bermakna memberikan duit untuk Yahudi membeli peluru menembak kepala anak-anak kecil Islam di Palestin? Mengapa tidak dikhabarkan di media bahawa membeli rokok bermaksud menghantar wang untuk Yahudi merobek daging umat Islam dengan peluru-peluru?
Mengapakah begitu? Mungkin, mata-mata yang menangis menonton berita kedahsyatan Israel membunuh umat Islam di Palestin inilah yang masih terjegil menonton skrin lakon layar hallywood yang memaparkan pelbagai aksi ganas dan keghairahan seksual. Juga, mungkin mulut-mulut yang tak henti mencaci Yahudi dan mengutuk pemimpin Arab itulah yang tidak henti-henti menyumbat paru-parunya dengan asap busuk rokok.
Dua ikon besar Yahudi ini tidak diboikot besar-besaran. Tiada kempen tentangnya. Sedangkan, itulah industri besar Yahudi yang masuk ke rumah ramai orang Islam di Malaysia menerusi pakej saluran filem yang dibayar ke syarikat TV satelit. Benarlah, kempen kita adalah seleksi yang salah.
Hollywood itu Yahudi
Tak perlu lagi menerangkan apa kaitan Yahudi dan Hollywood. Sangat jelas buktinya. Baca sahaja karya berikut yang membuktikan perkaitan bangsa terkutuk itu dan monopoli mereka dalam industri Hollywood:
a. Paul Buhle, 2004, From the Lower East Side to Hollywood: Jews in American Popular Culture, Verso.
b. Neal Gabler, 1989, An Empire of Their Own: How the Jews Invented Hollywood, Doubleda.
c. Benjamin Blech, 2004, The Complete Idiot’s Guide to Jewish History and Culture, Alpha Books.
d. J. J. Goldberg, 1997, Jewish Power: Inside the American Jewish Establishment, Addison-Wesley.
Puluhan lagi karya yang lain yang menjelaskan secara terperinci bagaimana Hollywood yang awalnya membenci Yahudi diambil alih oleh bangsa itu, sehingga kini menjadi agen utama perang sarafnya. Sebut sahaja apa nama filem yang dihasilkan Hollywood, pernahkah memuliakan Islam? Jelas, semuanya racun Yahudi untuk memerangi Islam, merosakkan akhlak kita juga melunturkan iman!
Jernihkan kempen ini…
Usah kalut membicarakan soal boikot produk Amerika kalau anak kita masih gemar ke panggung wayang menonton filem keluaran Hollywood = YAHUDI. Usah lancang menuduh negara Arab tidak berbuat apa-apa jika mulut kita masih kuat berbau rokok walaupun ketika solat. Jangan ghairah bercakap soal kemanusiaan yang hilang di Palestin, kalau masih melanggan saluran Hollywood (HBO, CINE, SMV, AXN, HMK, SWR, E!, MTV, [V]) menerusi TV satelit di rumah sendiri. Tahukah kalian, setiap satu sen itu memasuki poket Yahudi. Lebih besar dari nilai produk makanan dan penjagaan diri yang lain.
Tindakan kita: Boikot semua filem Hollywood di panggung wayang, batalkan langganan pakej movie dan pakej berkaitan dari stesyen TV satelit serta haramkan diri daripada merokok!
@Abu Saif,
Syabas!!! kerana menulisnya dengan JELAS pada perenggan terakhir. Rasa2nya semua orang faham tapi buat2 tak faham…tak sampai hati nak buang kuali atas atap tuh, tak sampai hati tak pergi TGV, tak sampai hati tak perasap kemeyan…tapi sampai hati ‘berderma’ sambil ‘beramal’ utk YAHUDI
@Abu Saif,
pasal boikot terpilih ni.. senang nak paham.. produk2 ni dipilih sebab dah ada alternatifnya.. nanti orang tanya kalau boikot colgate nak pakai apa.. pakai la ubat gigi mukmin ke.. halagel ke.. kalau boikot mcD nak makan apa.. radix fried chicken ada.. kalau boikot coca-cola nak minum apa.. radix cola pun ada..
kita ni nak boikot semua tak mampu.. saya browse web saifulislam ni pun guna laptop processor intel.. intel ni sokong yahudi.. alternatif nya pun AMD… produk amerika jugak..
pasal boikot hedonisma ni pun.. macam yang kawan2 tulis la.. tak semestinya hollywood je membawa ke arah hedonisma.. rancangan realiti astro pun hedonisma jugak… bagi saya hedonisma ni mudah.. hiburan yang membawa kepada melanggar syariat.. selagi tak langgar syariat boleh je la..
boikot rokok??.. tak payah boikot.. dah macam2 kempen anti-rokok.. tak jalan jugak.. harga mahal pun orang beli jugak… tak tau la nak buat camne..
@Abu Saif,
Salam,
Setakat yang mampu saya buat sekarang, sejak pindah ke rumah baru, saya dah stopkan Astro. Tujuan utamanya sbb tak nak Ahmad ralit sangat dengan Astro Ceria tu (dan sebelum ni saya memang dok brainwash depa pasal rancangan Tom Tom Bak yg sungguh tak best tu). La ni, Ahmad kenkadang dok teringat juga kat Astro Ceria dia tu. Dia kata rumah baru ni semua best kecuali satu saja, sbb takde Astro. Saya kata kita gantila dengan pegi swimming pool atau playground kat bawah tu. So far okay la, dia boleh terima.
Perkara kedua yang saya dok tengah didik dia (dan Husna), stop beli McD (dan yang sewaktu dengannya). Bila ada berita pasal Palestin kat TV, saya cakap, (ini ringkasan saja) tu McD yang bunuh budak2 tu . Kesian kat budak2 kat Palestin tu. Hmm agak brutal juga qiyas yg saya berikan tu, tapi dia dapat faham dgn cara gitu. Actually panjang lagi explanation saya tu, bergantung kpd soalan yg dia ajukan pada saya.
Bukan mudah untuk berhijrah. Tapi kalau hendak, seribu daya.
Allahua’lam. Wasalam.
p/s: Dah selamat di rumah (burung merpati) baru. Semalam org TM baru datang utk activate phone line dan streamyx. Selepas 14 hari (9 hari bekerja) submit borang transfer phone line kat TM.. hmm.. ‘pantas’ sungguh!
Alhamdulillah
usaha yang baik, syukur, tulisan ini, blog ini, komen-komen yang ada disini..
anak-anak muda yang sebegini..
yang berilmu, berwawasan,
berkomunikasi, berdebat dan diarahkan ke kanan
yang sedar dan yang bertindak
dalam kepanasan, dalam kesejukan menggigit
dengan nakhodanya sentiasa sedar akan pengawasanNYA
sentiasa sabar, istiqomah,
sentiasa menambahkan ilmu..
sentiasa waspada..
kumohon kekuatan untukmu.. kerana ia tugas yang payah
dan melelahkan
Salam,
menarik artikel dan perbincangan disini,
usaha boikot perlulah berterusan supaya kita nampak kesannya, tapi sekarang ni bagai acuh tak acuh sehinggakan boikot sebulan sahaja. Ada musim-musim tertentu untuk boikot ni. Sekiranya ada keganasan zionis terhadap palestin , baru adanya suara-suara NGO tentang boikot ni, tapi apabila tiadanya peperangan yang besar sebegini di bumi Gaza, sepi seribu bahasa.
Malah, sifat Hedonisme yang ustaz katakan mengambil alih pemikiran. Adakah hari ni umat hanya melepaskan batuk di tangga. Saya sendiri pun dalam usaha boikot ni. Doakan saya ye Ustaz.
Salam
Inilah masanya untuk penggerak-penggerak dakwah mengambil ruang dan peluang untuk mengajak umat kembali ke jalan islam yang lurus. Benar, saya sangat bersetuju dengan komen saudara adib diatas, jangan boikot itu ada udang yang besar disebalik batu.
Boikotlah cara hidup Yahudi dan Nasara yang negatif dan merosakkan itu, boikot juga perbankan konvensional tajaan yahudi itu. Boikotlah segalanya yang mencacatkan iman kita, inilah masa terbaik buat kita semua
Inilah masanya untuk kita mengajak masyarakat keluar dari kepompong aku tidak pedulisme
KATAKAN TAK NAK KEPADA PRODUK HEDONISME DAN SEKUTU-SEKUTUNYA (FAHAM-FAHAM SENDIRILAH)
BERBUIH SUDAH USTAZ HASRIZAL MENJELASKAN
HMM…. (-_-)
nak boikot satu produk.. kena ada produk lain yang boleh jadi ganti.. kalau tak ditawarkan dengan ganti yang sama baik atau lebih baik.. manusia akan balik kepada kegemaran untuk berhibur..tapi apa produk terbaik untuk ganti hiburan/hedonisma??
dah cukup elok kalau ikut saranan sdra el-ilmy.. gantikan hiburan yang ada skrg dengan hiburan yang lebih sihat seperti riadah, akitviti kemasyarakatan, pencarian ilmu dsb.. aktiviti2 macam ni perlu di’mainstreamkan’… suratkhabar harian perlu ganti artis2 dengan aktivis2 sukarela.. ahli2 akademik.. tokoh2 sukan.. buang terus kolum hiburan dari mainstream media… supaya masyarakat tak kenal artis dan kenal pulak ‘ganti’ kepada artis2 nih..
macam mana nak lahir masyarakat yang celik ilmu, suka berorganisasi, dan sihat tubuh badannya.. kalau dah idola mereka ni artis?
Assalamualaikum
Contoh macam mana peperangan saikoligi di lakukan oleh musuh Allah. Jadi hati-hatilah denghan DADAH yang membunuh paradigma muslim ini.
http://video.google.com/videoplay?docid=8125002310328201175
http://www.usatoday.com/life/2005-03-07-hollywood-pentagon_x.htm
Buku “Operation Hollywood: How the Pentagon Shapes and Censors the Movies”. By Robb, David L ISBN 1-59102-182-0
salam
Saya menyetujui bahwa kita harus boikot bidang “huburan” dari negara luar terutamanya USA, malah paham “hiburan” ini sebenarnya adalah bikinan Yahudi Kabbala.
Tapi saya lebih bersetuju untuk kita memboikot segala paham-paham yang dibina oleh Yahhudi Kabbala bagi menakluk goyem [termasuklah kaum Muslimin] seperti isme-isme lain yang dipertahankan oleh umat Islam bermati-matian;
- demokrasi
- demontrasi
- kudeta / perlawanan dengan pemerintah Muslim yang sah
di bawah terdapat satu artikel tentang Haram mencacri Israel dan boikot adalah kecelaruan
http://loluconagama.wordpress.com/2009/01/10/israel-seorang-nabi-boikot-adalah-kecelaruan/
[...] Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang kepada Islam [...]
Salam semua
Memang terfikir juga hal ini apatah lagi apabila terpampang artikel ini di banyak tempat. Sila Google : Porno Senjata Yahudi. (Ana tak sediakan link takut ada spam).
Ana cuma ingin kongsi seperkara cara kita dalam menangani isu ini. Meskipun kita, rata-rata sebagai pelajar tidak mempunyai kuasa untuk terus laksana undang-undang banteras hedonisme melampau (hedonisme pun dah melampau); ana ingin mengajak rakan-rakan yang kot-kot terlihat dalam mana portal ka, blog ka, webpages ka, yang mendokong hal-hal taghut ini terutama daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi yang mengakui Muslim, agar segera melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di aduanskmm@cmc.gov.my. Setidak-tidaknya kita punyai hujah di hadapan Yang Maha Gagah andai disoal usaha kita nanti. InsyaAllah moga-moga membuahkan hasil! Alhamdulillah, respons yang baik daripada pihak mereka.
p/s : Bayangkan sekarang ini sudah ada portal ala-ala facebook dan friendster utk golongan planet pelik untuk rakyat Malaysia! Macam mana kalau esok lusa kot-kot hari ini Malaysia kena serang? Nauzubillahiminzalik!
Allahummainna nauzubika minal bala’!
Salam.
Tumpang lalu sekali lagi.
Teringat satu kenyataan rakan sepejabat (kira-kira lapan tahun lalu)…
“kitaorang dulu masa kat U, masa pilihanraya kampus, tak nak undi parti X… sebab nanti masa konvo takder konsert, tak best la tak der konsert”…
Aduiiii…. budaya hedonisme kuat betul sampai boleh ‘membunuh’ pemikiran yang rasional. Sekali lagi saya terlopong.
—————————————————————————————————
Kisah sedih Palestin sudah lama… Enough is enough… Mari kita hidupkan boikot Israel = Yahudi.
Saya tak nafikan kita sudah terlalu biasa dengan produk-produk yang hasil disalurkan ke Israel… lantas kita panik dan bertanya… kalau tak pakai produk ni nak ganti dengan produk apa?
Tarik nafas seketika… tanya balik diri kita…
ibu yang anak (atau anak-anaknya) dibunuh di hadapan mata – nak gantikan dengan apa?
Isteri yang suaminya ditembak dihadapan mata – nak gantikan dengan apa?
Anak-anak yang ibubapa mereka terbunuh di depan mata – nak digantikan dengan apa?
Maruah Islam yang semakin tergadai – nak digantikan dengan apa?
Kita di Malaysia mewah dan saya percaya rakyat Malaysia juga kreatif – Kalau tak pakai produk Yahudi – kita boleh cari alternatif. Kalaulah Perodua Kancil boleh kita upgrade jadi Daihatsu Mira – takkan lah nak kena tukar ubat gigi pun kita dah panik.
Sekian.
[...] produk Israel. Apabila saya masuk website Israel Products yg tertera dalam blog ustaz Hasrizal ( http://saifulislam.com/?p=4463#more-4463 ), baru saya benar2 mengerti, betapa tingginya impak ke atas ekonomi Israel sekiranya kita boikot [...]
salam ustz
saya mau tanya beberapa hal:
1] apakah semua yahudi menyokong peperangan ini
2] apakah semua produk keluaran umat yahudi memberi sumbangan kepada rejin zionis
kemudian saya mau cadangkan:
1] kita setuju dengan ustaz untuk boikot hiburan, tetapi sebelum kita boikot hiburan, kita wajib boikot pemikiran-pemikiran yahudi yang telah kita anuti. pemikiran yahudi itu banyak, nanti kita perjelaskan sedikit demi sedikit
2] kalau kita mahu menghukum yahudi, pastikan kita tidak menghukum orang yang tak berdosa, seperti rakyat kita, rakyat amerika, dan rakyat zionis yang tak menyokong Rejim Yahudi.
untuk itu, saya selaltu meyakini bahwa boikot produk yahudi bukanlah jalan terbaik, tetapi sebuah kecelaruan – falasi -
http://loluconagama.wordpress.com/2009/01/10/israel-seorang-nabi-boikot-adalah-kecelaruan/
@radzi,
wsalam wbt.
jawapan:
1) tidak semua Yahudi menyokong peperangan ini dan golongan minoriti ini wujud di sepanjang sejarah. Islam ada bahagian untuk golongan ini, malah Muslim diberi ruang dan galakan untuk berbaik, bersahabat dan menerima perdamaian mereka. Bahkan gelaran AHLI KITAB adalah suatu ‘penghormatan’ yang Islam berikan kepada golongan ini, dengan membezakan mereka daripada Kuffar dan Musyrik yang lain. Tetapi minoriti ini tidak menjejaskan tindakan kita ke atas majoriti besar. Kaedah perundangan Islam menghukum ke atas apa yang ghalib. Golongan berkecualian, terkecuali.
2) tidak semua produk yahudi memberi sumbangan kepada rejim zionis. kerana itu saya tidak bersetuju boikot dibuat hanya dengan prinsip ia produk Yahudi. Yahudi ada hak berniaga dan harus kita berjual beli dengannya. Maka saya tidak menyertai golongan yang memboikot secara membuta tuli terhadap apa sahaja yang ‘berbau’ Yahudi.
BERKENAAN CADANGAN
1) tidak perlu memboikot hiburan hanya selepas memboikot pemikiran yahudi. ia boleh berlangsung serentak kerana hiburan juga adalah satu ideologi. tetapi kalau mahu berbahas tentang demokrasi dan si si lain yang dilabelkan pemikiran yahudi oleh saudara, ia harus dibincangkan dengan tertib. demokrasi ada dua. demokrasi sistem dan demokrasi nilai. demokrasi yang bertentangan dengan Islam ialah demokrasi NILAI. tetapi demokrasi sebagai mekanisma pemerintahan, ia terguna pakai dengan sandaran kepada NILAI Islam tanpa menjejaskan apa-apa prinsip Islam. Membakul sampahkan semua si si si sebagai anti Islam… let us agree to disagree.
2) apabila boikot berjalan, rakyat USA, pekerja di syarikat milik USA dan rakyat Malaysia yang terbabit dengan syarikat milik USA mempunyai peranan mereka sendiri sebagai ORANG DALAM. Mereka tidak harus menangis, merengek dan mengeluh jika dipotong gaji atau dibuang kerja kerana downsizing yang berlaku. Sebaliknya mereka mesti berperanan mendesak majikan dan syarikat mereka untuk bertindak sebagaimana rakyat Amerika Syarikat juga bertindak sebagai ORANG DALAM dengan melakukan pelbagai perkara mendesak kongres dan senat serta Mr. President untuk melakukan apa yang patut dilakukan.
Lihat sahaja amazon.com. Disebabkan oleh kempen boikot yang merugikan mereka, pekerja mereka tidak menangis-nangis dan play victim. Sebaliknya desakan demi desakan dibuat, lalu akhirnya amazon.com membatalkan kerjasamanya dengan jerusalem post yang menjadi sebab mereka diboikot.
Jika pekerja syarikat USA hanya menangis dan meratapi nasib diri mereka tanpa berperanan sebagai ORANG DALAM, maka mereka perlu merujuk kepada keterangan surah al-Nisaa’ ayat 97.
Saya bersetuju dengan point anda bahawa boikot bukan jalan terbaik. saya mengulangnya BERKALI-KALI di dalam semua tulisan saya. Tetapi KECELARUAN bukanlah perkataan yang sejahtera untuk dirujuk kepada boikot. Kecelaruan ialah perkataan yang merujuk kepada pemikiran songsang yang tidak berasas dan anda telah menggunakan perkataan itu secara BATIL.
Boikot tidak optimum, kurang afdhal dan bukan yang terbaik tetapi BUKAN SEBUAH KECELARUAN
Salam Ustaz. Thank you for telling us about the Israel website.
If Israel is ‘begging’ the consumers to buy both US and their products in order to support their economy, it means that if we stop buying their products, we will ‘help’ them to bring down their economy. Amazing right?
@One Knee,
you are welcome..
Assalamu`alaikum..
Ustaz, saya dah buat artikel pasal boikot hedonisme nih.
Harap dapat komen..
Syukron..
URL: http://el-ilmy.net/2009/01/16/boikot-hiburan-diperkenal-barat/
kalau tak dapat boikot semua, jangan tak boikot langsung
Sudikan membaca karya saya yang ini: http://mudin001.com/2009/01/16/mata-maafkan-kami/
Ada kaitan sedikit sebanyak, Insya Allah.
Salam. Apakata kita boikot TV atau orang putih kata the idiot box. Sebab TV itulah asasnya, tonggaknya atau permulaannya bagi hedonisme ini menular masuk ke dalam rumah orang-orang soleh.
asssalamualaikum ustaz..sy nk bertanya..kalau kite boikot brangan2 yg di jual di negara kite,macam mana pula dengan ekonomi negara kita semua?
salam perkenalan…
sungguh bisa penangan hendonisma ini..
pokonya kita kena belajar,berilmu,beramal..
cubalah layari website ini
http://dajjal.wordpress.com/
semoga dapat manfaat kepada semua…
boleh ustaz bagi komen tentang ulasan di dalam website ni, cube ustaz kaitkan dengan hadis-hadis..
malaysia bencii DADAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!