“Assalamualaikum Hasrizal. How are you? Me, Ferda and kids are fine. We open hijab shop with Fatih. Ferda cannot practise law because she wears hijab. Pray for us”
Itulah bunyi sms yang saya terima dari Ahmed semalam. Tiba-tiba sahaja sms beliau muncul dan kami saling gembira kerana sudah lama tidak bertukar khabar berita. Mesej Ahmed benar-benar menceriakan saya petang itu.
“Great, Ahmed. The more they ban the hijab, the more we will bring the hijab. The most amazing hijab is the Hijab from the Prohibited Land!” saya membalas sms Ahmed.
Saya gembira dan sering teruja dengan beberapa sikap proaktif rakan-rakan di Turki. Pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka yang cuba hidup sebagai Muslim, tetapi mereka tidak mengalah. Antaranya adalah Ferda, isteri Ahmed. Beliau berkelulusan undang-undang daripada Universiti Afyon Kocatepe. Ferda tidak mungkin dapat mempraktikkan ilmunya kerana tiada sebarang institusi di Turki yang boleh menerima seorang peguam Muslimah yang bertudung.
Tetapi apa yang menarik ialah, walau pun Turki menjadi negara yang amat keras di dalam isu pemakaian tudung, khususnya di premis kerajaan seperti pejabat, hospital dan universiti, namun Turki menjadi negara pengeksport tudung yang paling utama di dunia.
Mungkin bagi wanita Malaysia, jika mereka memakai tudung buatan Turki seperti jenama Ipek dan lain-lain, ia hanya pilihan atas minat kepada kualiti sutera atau coraknya. Namun bagi saya, dan juga isteri yang sudah pernah berada di Turki, tudung buatan Turki sungguh bermakna bagi kami. Sebab itulah saya suka menggelar tudung buatan Turki sebagai “The Hijab from the Prohibited Land“.
Akan tetapi, perkara yang lebih saya hargai, adalah soal sikap proaktif rakan-rakan saya di Turki. Majoriti yang berkelulusan Ilahiyat (Syariah atau Pengajian Islam) tidak dapat bekerja disebabkan oleh ijazah yang dipandang sinis oleh pihak pemerintah. Pelbagai sekatan juga dikenakan kepada graduan Ilahiyat. Namun mereka tidak meratap nasib, sebaliknya bangkit dan mengusahakan sesuatu untuk menyelamatkan kehidupan di celah pelbagai sekatan itu. Dan berita terkini yang saya terima, Ahmed dan isterinya Ferda berkongsi perniagaan bersama Fatih, membuka kedai menjual tudung. Ya, saya gembira dengan perkembangan ini. Fatih memang sudah lama berniaga tudung dan menjadi pembekal dan pengedar tudung, walaupun ijazahnya sama seperti saya, di bidang Syariah.

Saya sekeluarga semasa berkunjung ke kedai tudung Fatih di Istanbul
JIHAD EKONOMI
Kaum Muslimin yang komited di Turki suka membina kekuatan melalui jalan ekonomi. Mereka memilih perniagaan sebagai wasilah menampung keperluan hidup. Fatih sendiri pun berniaga tudung. Bermula daripada 1000 helai tudung yang Resit Amca (Pakcik Rasyid) bekalkan kepada Fatih sebagai modal perniagaan, kini pasaran Fatih sudah mencecah hingga ke Itali. Saya sudah berkali-kali diajak oleh Fatih supaya berniaga bersamanya tetapi saya bimbang tudung yang diberikan kepada saya, akan berakhir sebagai hadiah dan cenderamata, dan bukannya dijual. Saya tahu perniagaan adalah salah satu kelemahan utama saya.
Akan tetapi, bukan sahaja rakan-rakan di Turki suka berniaga, malah masyarakat juga memberikan sokongan yang padu kepada perniagaan muslimin. Ini membolehkan umat Islam di Turki membentuk kekuatan mereka sendiri ketika berdepan dengan tekanan penguasa sekularis yang amat memusuhi Islam.
Pelbagai syarikat bertaraf nasional dan internasional di Turki, dimiliki oleh golongan Muslim yang komited. Pihak tentera Turki sering memberikan tekanan kepada kerajaan agar menyekat, membendung, malah menutup sahaja syarikat yang dikenal pasti oleh golongan Islam. Kemuncaknya, pada akhir 90′an, tentera telah menyenaraikan 100 buah syarikat Turki yang dikenalpasti milik Muslim yang digelar ‘pelampau’, dan disyaki membiayai aktiviti keganasan. Mereka mengisytiharkannya di televisyen dan akhbar. Antara syarikat yang terbabit ialah syarikat Kompasan, Yimpas, Ulker dan sebagainya.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Syarikat-syarikat tersebut telah secara tidak langsung dibuktikan oleh pihak tentera bahawa ia milik golongan Muslim yang multazim (komited). Ia disambut baik oleh umat Islam di Turki kerana pengisytiharan ini bertepatan dengan suatu tradisi yang ada di kalangan mereka. Umat Islam yang komited di Turki, sangat menjaga perbelajaan mereka agar tidak jatuh ke tangan musuh Islam, walaupun musuh Islam itu adalah dari kalangan orang Turki sendiri. Orang Turki yang sekular.
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat Turki tidak seperti kita di Malaysia. Di negara kita, adalah menjadi suatu kebiasaan di dalam satu keluarga, ada ayah yang sekular, ibu yang kebingungan, anak sulung yang Islamik, anak kedua yang macam ayah dan sebagainya. Bercampur aduk. Hal ini tidak begitu kelihatan di Turki. Oleh kerana perlaksaan penguatkuasaan sekularisma berlaku secara keras dan ekstrim di Turki, rakyatnya terbelah dua. Sama ada seorang itu, keluarga dan saudara maranya Islamik, atau sekular. Yang Islamik semuanya Islamik, yang sekular, kelihatan langsung tiada kena mengena dengan Islam.
Oleh yang demikian, golongan yang Islamik tidak membeli di kedai yang pemiliknya dikenalpasti tidak mengamalkan Islam. Mereka sanggup menambah 100 langkah ke kedai yang jauh sedikit dan membayar harga lebih sedikit, asalkan duit hasil titik peluh mereka, tidak jatuh ke tangan manusia yang tidak memberi manfaat kepada Islam.
Ia melibatkan roti, gula dan garam, ayam dan daging, malah televisyen dan kereta.
SEJENAK BERSAMA PROTON
“Hasrizal, bagus tak kereta Proton ini?” Abdul Mutalib bertanya kepada saya.
“Kenapa? Bagus tak bagus, ia kereta nasional kami dan ia kereta paling popular di Malaysia,” saya menjawab.
“Bukan apa. Cuba kamu lihat ini,” Abdul Mutalib menunjukkan kepada saya iklan kereta Proton di dalam sebuah majalah yang diterbitkan di Kuwait.
Kereta Pertama Buatan Negara Islam!!!
Wah, bukan main lagi hebatnya iklan tersebut. Saya memang agak terkejut dengan promosi besar-besaran kemasukan kereta Proton ke Turki. Projek membina kilang memasang kereta Proton versi pemanduan kiri di Diyarbakir sudah pun diluluskan dan CEOnya sendiri menjadi pelakon iklan di televisyen Turki.
“Pensyarah-pensyarah kami suruh saya tanyakan kepada awak, adakah kereta Proton ni bagus dan benarkah ia kereta negara Islam?” Abdul Mutalib bertanya dengan begitu ghairah.
“Saya rasa jika dibandingkan dengan kereta Sahin di Turki, kereta Proton setanding malah mungkin lebih baik. Tetapi kalau soalan tentang benarkah ini kereta buatan Negara Islam, jawapannya saya kena rujuk ke Jabatan Siasah Syariyyah, benarkah Malaysia Negara Islam. Haha.!!” saya ketawa bersama Abdul Mutalib.
Abdul Mutalib amat kenal dengan Malaysia. Semasa beliau belajar di Jordan, beliau pernah tinggal lebih dua tahun bersama pelajar Malaysia. Bermula dari belacan dan budu, sampailah kepada isu-isu nasional di Malaysia, beliau mendapat pendedahan yang baik dari rakan-rakannya.
“Tetapi Proton ni adalah projek kerajaan Malaysia. Pekerjanya majoriti Muslim. Jadi kereta Proton ini dibina oleh tangan-tangan orang yang bersembahyanglah agaknya,” saya cuba mencerahkan perbincangan asal kami.
“Kualiti bagus atau tidak sebenarnya?” tanya Abdul Mutalib, semacam tidak berpuas hati dengan keterangan saya.
“Saya harap kualitinya setinggi nama ISLAM yang dibawa. Mudah-mudahan dengan sokongan yang diberi, kualitinya juga meningkat kepada yang lebih baik lagi,” saya mengulas dengan gaya seorang amatur.
Semenjak Proton memasuki pasaran Turki pada pertengahan tahun 90′an, ia mendapat sambutan yang hangat, terutamanya di era kepimpinan Necmettin Erbakan sebagai Perdana Menteri. Liputan yang meluas membolehkan masyarakat di Turki mengenal Malaysia dan Proton secara yang lebih dekat. Akan tetapi, apa yang mengagumkan saya adalah ramai penduduk Turki mengambil keputusan untuk menukar kereta mereka kepada Proton hanya semata-mata didorong oleh rasa mahu menyokong kereta Negara Islam pertama di dunia!
Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini, maka strategi memboikot barangan Yahudi boleh berjaya.
Pembentukan sikap yang seperti ini, menjadi cabaran kepada pendakwah dan pendidik masyarakat kerana musuh utama kepada perilaku yang mulia ini adalah sikap negatif mementingkan diri sendiri, atau yang tidak kurang bahayanya, tidak peduli!
Membeli sekilo ikan dengan harga RM4:50 dari seorang peniaga bukan Muslim, adalah sah dari segi syarak. Maka mengapa mesti seseorang itu pergi ke meja peniaga Muslim yang menjual ikan yang sama dengan harga RM4:70? Sifir ini tidak logik bagi pembeli yang mementingkan dirinya sendiri, atau yang hanya memikirkan hukum fiqah cara selapis. Peniaga bukan Muslim itu menjual, saya bersetuju dengan harganya, berlaku pertukaran wang dan ikan, dan sahlah jual beli itu.

Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)
Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan: “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram.
Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478) [Kredit petikan al-adib.net]
Namun, perbezaan 20 sen itu mempunyai erti yang tinggi jika pembeli ada kesedaran untuk berjuang. Anggaplah 20 sen itu sebagai pelaburan kita berupa perjuangan membangunkan ekonomi umat Islam. Apatah lagi, jika peniaga ikan di pasar, ada yang mampu menjual murah 20 sen kerana ada sebahagiannya yang sudah pun membuat pengubahsuaian kepada mesin timbangnya.
Pembeli Malaysia selalu tidak cermat semasa membeli. Termasuklah diri saya.
MENIKMATI MAYAT
Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya, kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.
“Pertama…,” doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana menahan loya.
Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.
“Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat semangat!” kata doktor berkenaan.
“Kedua…,” doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari manisnya yang bersarung cincin.
“Saya menjilat jari manis saya, tetapi saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria kedua, iaitu cermat meneliti perincian!” kata doktor tersebut sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya.
TELITI
Berbalik kepada isu jihad ekonomi itu tadi, kita semua sedia maklum bahawa kita sudah boleh membeli kereta, malah rumah dari mana-mana bank tanpa dikenakan faedah atau riba. Biasanya bayaran balik di bank-bank yang Islamik jauh lebih tinggi berbanding bank biasa. Seandainya kita berfikir secara self-centered, pastinya orang yang tidak siuman sahaja yang akan pergi ke bank Islam sedangkan dia boleh membuat jual beli yang sah di bank-bank konvensional.
Namun, jika perbezaan harga itu masih berada di dalam keupayaan kita, maka anggaplah perbezaan harga itu sebagai sumbangan kita kepada kejayaan pembangunan sistem ekonomi Islam.
Kesediaan ini hanya ada jika kita berjiwa Ummah, ada kemahuan yang tinggi untuk menjadikan sikap MEMBERI sebagai prinsip hidup, dan seterusnya prihatin kepada ukhuwwah dan persaudaraan.
“Tidaklah kamu itu dianggap sebagai seorang yang beriman dengan sempurna, sehingga kamu suka untuk saudaramu, apa yang kamu suka untuk dirimu sendiri” [Riwayat Muslim]
Coca Cola jatuh merudum pada tahun 2003 di Turki selepas Mecca Cola masuk ke pasaran Turki. Dan hari ini saya membasahkan tekak dengan Mecca Cola di beberapa kedai sekitar Kuala Lumpur dengan penuh rasa bangga dan puas.
Jika tidak Muslim membantu Muslim, siapa lagi?
Biar pun mungkin digelar anti pasaran terbuka!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





sekarang dah ada produk2 islam seperti HPA…moh le kite beli barangan HPA pulak..”macam-macam ada”
@MRs.Jie,
saya pengguna HPA lama dah…
sejak HPA mula2 keluar
@khairul asraf, HPA tuh ape?
@rohul, HPA- al wahida marketing.
produk seperti shaklee dan amway tetapi orang islam melayu yang buat. kalau iklan kopi radix di tv tu dari HPA la.
saya juga pengguna setia, sehingga emak sanggup membekalkan berbotol omega-3 HPA untuk bekalan di luar negara
HPA – Herba Penawar Al – Wahida.
bercakap soal berniaga nie,aper pendapat akhi dan sahabat sekalian tentang perniagaan berkonsepkan MLM tetapi bertopengkan nama2 berunsur islamik seperti bantu membantu sesama muslim dan sebagainya?? ada sebarang nas atau dalil akli dan nakli yang boleh membantu???
salam ustaz artikel yg amat menarik….
begitu menyedarkan….terima kasih…
btw hari exam starts….doakan saya
*hari ini exams start…..pkl 9.30 kang
Sekarang ini tiba masanya syarikat beridentiti Islam melakukan anjakan paradigma melonjak kedepan sehingga bertaraf multinasional.
Kita sudah lama menantikan revolusi ekonomi Islam, pastinya boleh bangkit selepas jatuhnya sistem ekonomi Kapitalisme.
Siapa? Hanya orang yang bersedia untuk MENGUBAH pasti sedar dan akan melakukan. PROMOSI ekonomi Islam!
bagus la fikrah ustaz dalam boikot memboikot dan menolong org islam
teruskan…
Assalamualaikum ustaz.Dah lama saya mencari-cari seseorang yang dapat menghuraikan boikot lebih daripada ‘tak beli dari pihak itu’ sahaja.Alhamdulillah, dari pemerhatian saya di blog ustaz,blog Ustaz Zaharuddin+penerangan Dr. Maamor di MHI pagi tadi buat hati saya lega.Boikot, seperti ustaz pernah ulas bukan sahaja ‘tak beli dari pihak itu’ bahkan perlunya pada jihad ekonomi,ya peniaga Muslim harus meningkatkan taraf setanding dengan kualiti produk yang kita boikot.Dengan rendah dirinya saya sekali lagi menjemput ustaz dan penziarah lain ke blog kami yang tak seberapa(minta sedikit komen mengenai blog kami…)
Wasalam,murid yang belum cukup ilmu….
Betul2…
support barangan buatan org islam..
kat umah saya pun guna produk HPA..
jom ramai pekena kopi radix…
mai secawan!!!!!
haha, saya suka sekali ayat provokasi di bawah tu “biar pun digelar anti pasaran terbuka”…
dalam realiti umat Islam yang malap dalam ekonomi…harga barang dan juga kualiti barang dalam perniagaan sesama Islam ini mungkin tak dapat sambutan sangat.
maka, di samping kita menggalakkan perniagaan sesama Islam, mari juga kita galakkan peniaga Islam memajukan kualiti barang dengan harga patut.
mari!
@Amin Ahmad, saya juga tertarik dgn ayat yang sama.
sebenarnya kempen boikot ini adalah hak pengguna dalam pasaran terbuka. we are free to choose. Orang McD boleh bagi emel kata A,B,C tetapi kita tidak boleh dipaksa untuk beli McD hari ini.
cumanya dalam sifat ingin membantu rakan-rakan peniaga bumi yang lain, mereka selalu lupakan aspek kualiti menyebabkan hati berasa tawar untuk membantu kali kedua.
saya dah call mereka (kontraktor2 melayu) banyak kali pun mereka tak mau datang2 untuk betulkan hasil kerja mereka yang kurang memuaskan itu tadi. sedangkan duit sudah beribu-ribu dikeluarkan untuk renovation. menyebabkan saya sering bertukar dari satu kontraktor melayu ke kontraktor melayu yang lain untuk mencari khidmat yang paling baik.
saya lebih suka dalam kita berkempen untuk majukan orang Islam dalam sudut perniagaan kita tekan kan juga betapa pentingnya kualiti.
kempen bantu usahawan Muslim + gesaan good customer service + higher quality.
sudah tentu itu adalah lebih baik.
Assalamu alaikum @pakdi,
Apa kata kita sokong peniaga yg berniaga secara Islam, bukan peniaga muslim pada nama sahaja. Ramai muslim yg berniaga macam yahudi, dan ramai non-muslim yg berniaga jujur selari dgn prinsip Islam. Yg nak di galakkan adalah prinsip2 Islam, yg hendak dihkukm adalah prinsip2 kufur.
@An-Naas-i, saya tidak bermasalah menyokong perniagaan sebegitu. yang lebih jujur dan adil dari perniagaan yang dibuat oleh orang Islam sendiri. yang lebih menjaga saya sebagai pelanggan dgn aspek kebersihan dan kualiti.
tetapi saya tidak pasti, adakah tindakan saya itu tepat atau tidak dari kerangka sudut jihad ekonomi…
@pakdi dan kawan-kawan,
Saya boleh jadi muslim tapi tidak bermakna semua amalan saya cocok dengan kehendak Islam. Sahabat saya boleh jadi non-muslim tapi amalannya cocok dengan kehendak Islam.
Maka, dahulukanlah apa yang cocok dengan kehendak Islam di samping kita terus dorong muslim untuk amal selari dengan kehendak Islam.
Salam Ustaz dan pembaca,
Jihad ekonomi – agak sukar juga dipraktis di negara berbilang kaum ini..
Klien saya; 99% non-muslim (developer, land owner, corporate)
Yang 1% Melayu (baca – muslim) itupun asyik kena “con”, fees tak bayar, projek tak wujud dll.. Itulah rezeki yang ditakdirkan.
Tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan, saya telah mempraktikkan membeli produk “orang kita”, di kedai orang kita, dan menelan kepahitan servis yang adakalanya “sub-standard”, dan harga yang sedikit mahal..Sudah bertahun-tahun juga tidak makan KCF, McD, Pizza, tak minum coke, pepsi dll atas sebab was-was halal haram (maaf ini dari hati saya), malah ayam daging yang dijual di pasar juga saya tak makan (tapi beli untuk anak-anak yang suka sangat kat ayam) sebab risau akan kaedah sembelihannya…
Bila balik kampung, baru makan ayam kampung yang disembelih sendiri.
Saya bersetuju sangat dengan arah tuju artikel ini..
dan di dalamnya ada banyak sekali perkara tersurat mengenai ekonomi kita – usaha berniaga, tidak mengeluh atas ketidakadilan malah strategi negatif musuh menjadi perkara yang dipositifkan.
“asalkan duit hasil titik peluh mereka, tidak jatuh ke tangan manusia yang tidak memberi manfaat kepada Islam” Inikan pula jatuh ke tangan manusia yang terusan menghancurkan umat Islam..
Semoga perlahan-lahan matlamat akan tercapai.
@ummualya, wsalam wbt.
benar, jika seruan hanya kepada mengutamakan produk dan perkhidmatan muslim, tanpa menyeru muslim untuk meningkatkan kualiti… ia hanyalah sebuah seruan yang akan membinasakan muslim dan produk-produk mereka sendiri.
tetapi untuk mengubah hal ini, amatlah sulit dan perlahan…
namanya pun JIHAD ekonomi. tiada jihad yang mudah.
Jom pekena RADIX secawan ustaz!
SAYA SANGAT SETUJU DENGAN PERKARA INI
YANG PENTING ADALAH KESUNGGUHAN DAN KESEDARAN UNTUK BERTINDAK
DI SAMPING SEDAYA UPAYA MENYEDIAKAN PRODUK-PRODUK ALTERNATIF BUAT ORANG ISLAM
KALAU YANG MRMPUNYAI BAKAT BERNIAGA TU, JANGAN DI SIA-SIAKAN
JADILAH ORANG YANG DAGANG
TERINGAT LAGU GHURABA…
mungkin camry pun perlu ditukar kepada proton…haha,
@orang awan,
saya harap sdra merujuk kepada isu pembelian kereta Camry oleh pimpinan PR untuk menggantikan Proton Perdana…
patutnya Proton bagi je special treatment untuk pimpinan PR…
bagi la Perdana 10 tahun warranty ke.. pastu buat special edition untuk geng2 PR ni.. beli 10 dapat 1 lagi free..
baru la geng2 PR ni takde alasan untuk tukar jadi Camry..
@weber, saya sebenarya tidak menjadikan asas parti politik untuk memberi pandangan ini…samada PR @ BN gunalah kereta proton…termasuklah juga Datuk Ahmad Said @ siapa-siapa lagi yang berkeinginan untuk menukar kereta…
Alhamdulillah ,ada kesedaran dikalangan kita maka bersihlah dari kekufuran.
Bertepatanlah pula ‘timing’ entri ni dgn Kongres Ekonomi Islam ke 3. As ustaz said, boikot ke, membantu ke, semua kena adil, jgn ada hidden agenda…
Salam ustaz………
Jihad Ekonomilah yang menjadi modal utama syarikat MLM utk menarik pelanggan………ramai ustaz MLM memainkan topik Jihad Ekonomi dlm ceramah mrk….tension sy dibuatnya..
mungkin ustaz boleh bg penjelasan ilmiah yg lebih terperinci tentang jihad ekonomi ni…sbb sy dapati ramai yg mpergunakan nama ini utk menghalalkan perniagaan syubhat@haram dikalangan org melayu…………
@sisyahid,
alemak bro.. tak payah la tension2… tak suka dgn MLM tak payah join…
yang penting ada niat nak beralih kepada produk buatan Muslim.. pastu buat keputusan berdasarkan ‘availability’ dgn ‘quality’.. habih citer..
kalau rasa produk tu ada unsur syubhah/haram.. tinggalkan je..
Kita patut belajar dan kaji balik pendekatan yang dilaksanakan oleh Al-Arqam sedikit masa dulu, boleh ustaz komen?
jihad ekonomi memang memerlukan pengorbanan. Apa akan jadi kalau Malaysia memutuskan hubungan ekonomi dengan US?
@wargadunia,
kalau hari ni pemimpin kita nak putuskan hubungan ekonomi dengan US.. esok kita bankrap.. tapi kalau kita ‘slowly but surely’ cambahkan hubungan dagangan (skrg pun dah bercambah).. kita akan dapati yang sebenarnya kita tak perlu sangat pun bergantung dengan US.. bila pergantungan kita dengan US (satu hari nanti la) dah berkurang.. takde masalah nak putuskan hubungan ekonomi dengan US..
rezeki Allah yang bagi.. ada la tu bahagian untuk kita…
@weber, Just to share. Hari ni saya ada terbaca satu keratan akhbar “Kempen Boikot boleh melumpuhkan ekonomi negara”.
Kenapa?
1. Kebanyakkan syarikat2 yang mengeluarkan produk2 seperti KFC, Pizza hut, coke, Nestle (ada la sikit) dimiliki oleh rakyat Malaysia termasuk bumiputera. Terutamanya KFC dan Pizza hut, rasanya lebih separuh dari KFC dan Pizza Hut dimiliki oleh QSR Brands Bhd (dimiliki oleh bumiputera) yang akhir membayar royalti kepada Yum! Brands. Jadi, sekiranya permintaan terhadap produk2 keluaran mereka menurun, usahawan kita juga yang akan rugi!
2. Sekiranya produk2 yang dijual tidak mendapat permintaan yang secukupnya, syarikat akan terdorong untuk mengurangkan pengeluaran, ini bermaksud, kurang tenaga kerja diperlukan. This will lead to downsizing…thus unemployment.
@Hadeed,
ini la yang menyedihkan saya.. kita ni terlalu sangat bergantung kepada jenama US.. sampaikan yang masuk ke perut pun terlalu bergantung kepada US..
QSR tak boleh buat brand sendiri ke..?
@wargadunia, Venezuela tak banyak berkalau-kalau pun. Halau terus sahaja Ambassador Zionis dari negaranya. Dengan USA pun dia bo layan
Biar pun di dalam artikel ini saya mengajak kepada membantu memberikan keutamaan terhadap produk dan perkhidmatan Muslim, kita semua kena ingat bahawa kebanyakan orang yang membeli produk USA, bukanlah kerana admiration mereka terhadap USA, sebaliknya kerana mereka mencari kualiti. Apabila diajak kepada meninggalkan produk USA, ia juga bermaksud pengguna terpaksa bertoleransi dengan kualiti. Umum mengetahui, khususnya di Malaysia, produk dan perkhidmatan Muslim BANYAK masalah. Kualiti, pemasaran, efisyensi dan lain-lain.
So, sentimen anti produk USA mesti diimbangkan dengan sentimen anti produk tidak berkualiti (baca as produk orang kita).
Oleh sebab itu, biar pun HPA bagus, jangan terlalu rakus menyelitkan jenama-jenama di dalam artikel ini. Biar orang decide sendiri. Saya sendiri sentiasa ada stok barang HPA di rumah, at least kopi radix. Tetapi saya tidak akan impose jenama HPA semasa saya sedang bercakap tentang boikot produk USA. Ia terlalu mudah untuk dilihat sebagai manipulasi menangguk di air keruh, tambahan pula, memang ramai orang kita yang macam tu!
So, enough is enough… you have made your point that HPA is one of the alternatives. Tetapi, biar orang buat pilihan sendiri.
Muslim first, the rest… rest in peace!
@Abu Saif, rest in peace ek..hik3. Jika barang dah baik,kualiti ada sampai hujung dunia pun orang cari…Permasalahan sekarang,masyarakat Islam ingin beralih kepada product syarikat Islam,tetapi barangan yang ditawarkan tidak setanding title “islam” yang dibawa syarikat…Berubah itu perlu beriringan dan simbiosis..
@Abu Saif, kenapa pula tidak boleh impose jenama HPA semasa bercakap tentang boikot produk USA. Pada saya, bila kita dah boikot sesuatu produk, kita mestilah tunjukkan alternatifnya. Tak payah rasa segan tak perlu rasa memihak, dah memang HPA tu betul produk orang kita, Islam melayu lagi, sebutlah juga beberapa jenama lain. Macam kita ajar orang ambil wudhuk, yang baiknya tunjuk sekali praktikalnya macamana. Kita boikot sungguh-sungguh produk USA dan kita kena ada alternatifnya, kita kena sokonglah pula, kena ajak orang kita guna dan pakai, biar produk kita meningkat. Baru boikot menjadi, sebab bila dah tak pergi KFC, kita ada RFC, bila dah tak guna Colgate, kita ada Halagel dan bila dah tak minum Milo, kiita ada Radix Koko.
@abuyon, bukan tak boleh impose. cuma saya mintak tidak impose berlebih-lebihan di blog ini aje. saya suka HPA dan sokong 100%, tapi orang lain boleh jadi menyampah kalau kita over sangat. Cuba kira dari atas tu sampai ke bawah muka surat ni, berapa kali HPA disebut…
Lagi bagus kalau ada yang buat iklan elok-elok. Boleh je guna ruang kat sidebar sana tu… wallahu a’lam
@Abu Saif, Hmm, nampaknya setakat ini, kita cuma ada HPA jer yang boleh dijadikan contoh. Agak menyedihkan juga ya!
- Penyokong produk HPA juga -
@Abu Saif, salam ustaz sebenarnya saya merujuk kepada perkataan ustaz sendiri :
“Tetapi saya tidak akan impose jenama HPA semasa saya sedang bercakap tentang boikot produk USA”.
Pada saya, perkataan itu adalah pendirian ustaz. Tak salah pun kalau kita sebutkan jenama orang kita yang halal. Kalau ustaz rasa tak nak impose sebab MLM, saya setujulah tetapi ini bukan isu MLM tetapi isunya adalah produk yang halal buatan orang kita sendiri yang komited untuk menegakkan ekonomi Islam. Pelik saya, kalau bab kereta kita boleh sebutkan proton, kalau minuman kita bolehpun sebut mecca cola. Kita boleh menulis berhelai-helai mukasurat, boleh bersyarah bercakap-cakap berjam-jam tetapi yang baiknya tunjukkanlah jalan praktikalnya, alternatifnya. Itulah sebenarnya kelemahan kita. Tahu bercakap tak tahu berbuat. Dan sebagaimana kata ustaz, biar kita jadi muslim realiti bukan ilusi. Barulah apa yang kita tulis dan cakap itu “walk the talk”. Barulah selaras dengan apa yang ustaz tulis tentang jihad ekonomi dan Palestin – mengecam, mencegah dan mengubah.
@Abu Saif, pada saya ustazlah sebenarnya yang lebih utama mengatakan jenama produk halal ini kerana ustaz mempunyai pengaruh dan pengikutnya yang tersendiri. Bukan niat saya untuk memanjangkan polemik ini. Justeru, saya mohon kepada ustaz membaca blog ini:
http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/06/produk-halal-tanggungjawab-bersama.html
http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/masuk-hpa-kerana-perjuangan.html
http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html
Di sini saya lampirkan emel saya kepada Tn. Hj. Ismail, Pengarah Urusan HPA sebagai tanda terima kasih dan syukur kepada Allah yang boleh dijadikan iktibar dan teladan yang praktikal :
From: abuya online
Subject: FW: Sejuta terima kasih dan cadangan produk
To: hpa_hotline@yahoo.com
Date: Tuesday, December 16, 2008, 12:43 AM
Assalamualaikum wm wbt,
Ke hadapan Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad, MD HPA. Saya melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan ingin merakamkan sejuta terima kasih kepada Tn. Hj. di atas usaha yang mulia ini. Tuan di era ini pada saya, adalah umpama Sayyidina Usman Ibn Affan dan Abdul Rahman Ibn Auf di zaman Rasulullah, menegakkan ekonomi Islam di tengah-tengah kebejatan ekonomi Yahudi. Saya telah tahu lama kewujudan HPA saat HPA memasuki pasaran tetapi dek tidak berminat dengan MLM, maka saya tidak cuba untuk berkenalan dengan HPA mahupun mana-mana MLM yang lain. Tergerak di hati saya untuk join HPA beberapa bulan yang lepas dan baru-baru ini, saya diajak menyertai PBC di Rumbia Resort oleh upline saya, Kak Na – terima kasih Kak Na yang tidak jemu-jemu mengajak saya. Katanya, pergi baru tahu. Ya, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah, saya telah kenal HPA, faham dan menyokong perjuangan HPA ini. Tidak pernah tergerak hati saya untuk menyertai mana-mana MLM dan menggunakan produk MLM sampailah saatnya saya kenal dan faham perjuangan HPA dan Tn. Hj. ini. Justeru sekarang ini, apabila bangun dari tidur dan mandi untuk menyiapkan diri, saya rasa amat-amat selesa, fizikal dan psikologinya kerana yakin dengan produk halal HPA. Bahkan rasa selesa untuk beribadah kepada-Nya. Jadi, di kesempatan yang ada ini, saya ingin mencadangkan kepada Tn. Hj. beberapa produk yang sering digunakan agar kita semua mempunyai pilihan produk halal. Di bawah adalah senarai cadangan produk yang saya kira banyak digunakan oleh umat Islam di Malaysia ini.
Cadangan Produk
1. Roti
2. Minuman kotak soya
3. Bihun
4. Mee segera
5. Mayonis
6. Susu bayi
7. Susu Pekat manis
8. Produk Coklat seperti cadbury.
9. Produk kek
10. Minuman bertenaga seperti tongkat ali Power Root.
11. Deodoran
Saya juga mencadangkan Radix Koko diberi nama Radico atau Radiko untuk lebih komersial dan memudahkan kita menyebutnya, juga mengiklannya di TV sebagaimana Kopi Radix untuk mempopularkannya dengan harapan produk tersebut boleh menjadi ganti dan alternatif kepada MILO dan sebagainya. Satu lagi cadangan ialah, supaya laman web HPA dire-design dan sentiasa diupgrade untuk lebih profesional dan mantap.
Akhir kata daripada saya, semoga perjuangan ini terus-terus, biar tembus minda dan jiwa tiap orang Islam di bumi Tuhan ini agar sentiasa menggunakan produk halal. Sejuta terima kasih buat Tn. Hj, buat HPA.
Bacalah pula blog ini :
http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/12/sebuah-doa-seurat-bihun.html
Bagaimanakah saya tidak akan menyebut HPA bilamana saya bercakap tentang produk halal. Inilah dia jihad ekonomi yang telah dan sedang berlaku di depan mata kita. Entah kenapa, saya dapat merasai keikhlasan Tn. Hj. Ismail di dalam perjuangannya menegakkan ekonomi ummah ini, sungguh.
Salam Abuyon, buatlah iklan elok2. Sini bukan ruang iklan percuma atau tempat untuk menyatakan rasa terima kasih.
Wassalam
@Orange, maaf ya orange, saya bukan buat iklan di sini. Saya bukan suka-suka buat iklan percuma di sini, banyak lagi kerja lain nak buat. Justeru, mohon baca dengan faham bukan dengan emosi. Mohon baca dengan bersih hati, bukan dengan mati hati. Saya lampirkan rasa terima kasih itu untuk berkongsi rasa, untuk memberitahu kawan-kawan semua bagaimana rasa hati ini apabila mendapati masih ada lagi di zaman ini orang kita yang begitu komited memperjuangkan ekonomi Islam, bukan cakap-cakap, bukan tulis-tulisan tetapi sudah dan sedang berbuat! Ketika mana kita sibuk melaung dan menulis, ada orang kita sudah dan sedang buat! Mereka lebih banyak berbuat dari bercakap. Itulah yang sebagaimana ustaz slogankan – erti hidup pada memberi.
@abuyon, yang sedang buat iklan tu .. ustaz, siap post gambar lagi hehe .. maaf ya ustaz, just kidding.
yup, saya setuju dengan ustad.Imbangkan boikot dengan produk kualiti.
Jangan dilupa di sini ustad gazetkan warga muslim Turki MENYOKONG PERNIAGAAN MUSLIM YANG KOMITED.Muslim yang amalkan ISLAM, Muslim yang REALITI, bukan ILLUSI.
Konsep perniagaan Al-Arqam mungkin boleh diadaptasikan.Pernah dalam web blog Al-Arqam membuat kenyataan, lebih kurang begini, “MUSLIM sibuk dengan ekonomi ISLAM, tapi siapa sebenarnya yang kuasai ekonomi sekarang?Bukan MUSLIM.Sekarang ini kita dalam usaha ke arah ekonomi ISLAM ini”
Perlunya umat Islam sekarang membina kekuatan dengan menyediakan alternatif bagi pelbagai produk.
ASsalamualaikum Ustaz,
Saya ada moral dilemma yang sangat dalam, minta pendapat ustaz.
Saya baru menggunakan perkhidmatan telefon mudahalih dari telco Kuning. Baru dapat tahu yang 5% sahamnya dipegang oleh Goldman Sachs International. Saya tanya sahabat, disuruh bertanya hati, dan hati saya rasa tak sedap, nak-nak pula selepas semalam ada sahabat lain hantar sequence of images saat-saat akhir seorang ibu bersama anaknya di Palestin (seriau darah, menitik air mata).
Saya nak guna MNP, nak ubah ke telco lain. Masalahnya,
a) telco hijau, semua orang tahu macamana, pemiliknya siapa. Saya pun pernah 2 kali ‘ditipu’ telco ini kerana kesilapan sistem mereka. Kadarnya pun mahal. Disebabkan penipuan merekalah saya beralih ke telco kuning. Telco hijau ni pun antara penaja terbesar pesta maksiat Malaysia di TV (AF!).
b) telco biru, kepalanya saya dengar-dengar cerita ‘kaki clubbing’ (dari komentar di laman web Ustaz Zaharuddin, betul atau tidak, saya tak tahu). Selain dari kadarnya antara yang termahal, tengok mereka ni banyak bazirkan wang menaja pemain bola dan artis-artis serta konsert-konsert. kalau Ustaz pernah ke service center mereka, cukup banyak gambar-gambar perempuan dalam iklan, promosi serta ‘orang kadbod’ mereka.
c) telco oren, kepalanya semua orang kenal siapa. Tapi disebabkan mereka masih baru, saya tak dengar apa-apa cerita lagi. Kelemahannya satu saja, kadarnya agak mahal.
Bila baca artikel Ustaz, saya terfikir, alangkah senangnya sebenarnya mempraktiskan Islam di Turki, despite the difficulties imposed by the secular authorities. Semuanya jelas dan clear cut. Di sini semuanya bercampur aduk…
@Peminat Keretapi, waalaikum al-salaam wbt.
jika semuanya bergelumang dengan kemudaratan, pilihlah yang kemudaratannya paling minima.
atau pun guna sahaja tin susu pekat berikat dengan benang. pastikan susu pekat itu bukan nestle
@Abu Saif, Nestle susah tidak jual susu pekat manis…brandnya sudah di jual pada F&N
. F&N’s parents company is in Singapore.
Rasanya, selain dari susu bayi, produk2 Nestle yg lain boleh diboikot dengan senangnya.
Saranan saya…susu pekat manis ni tidak elok untuk kesihatan. Tinggi kandungan gula. Developed countries do not consume susu pekat manis. Produk ini hanya banyak dijual di developing countries.
Teringat pulak masa jual biskut kat izzuddin dulu
)
@Azrul, dan cekelat cloud 9 (bukan nestle)
@Abu Saif, Salam. Sebut pasal Nestle ni…just to share dengan semua. My work has given me the opportunity to gain access to the production line of this company. Saya sebenarnya tertarik dengan konsep halal yang dipegang oleh Nestle. Saya rasa, ramai peniagan Islam belum tentu lagi memahami konsep halah yang sebenar. Mereka bukan sahaja menitik beratkan pada halal nya bahan2 yang digunakan untuk meghasilkan sesuatu produk, malah faktor kebersihan juga amat dititik beratkan disepanjang proses pengeluaran. Apa yang mengejutkan saya, mereka juga faham konsep mencukupkan berat timbangan sebagai salah satu faktor – halalnya produk keluaran mereka.
Berapa ramai peniaga muslim diluar sana yang betul2 menitik beratkan konsep halal yang menyeluruh? Ayam mesti disembelih mengikut cara Islam, baru lah halal. Tapi, bagaimana pula dari segi timbangan? main hentam saja kebanyakkannya.
@Hadeed, salam… cuba perhatikan baik-baik tulisan ustaz ini:
“Membeli sekilo ikan dengan harga RM4:50 dari seorang peniaga bukan Muslim, adalah sah dari segi syarak. Maka mengapa mesti seseorang itu pergi ke meja peniaga Muslim yang menjual ikan yang sama dengan harga RM4:70? Sifir ini tidak logik bagi pembeli yang mementingkan dirinya sendiri, atau yang hanya memikirkan hukum fiqah cara selapis”.
Kalaupun betul Nestle mengeluarkan produk halal ditambah pula dengan konsep timbangannya yang mengejutkan akh Hadeed, kalau kita belik sah menang sah tetapi ingatlah jenama Nestle adalah salah satu jenama yang diboikot sekarang kerana faktor sumbangannya kepada Israel.
Maafkan saya ustaz – mengedit sedikit perkataan ustaz:
“Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini (beli juga produk halal dari syarikat yang menyokong Yahdui), maka strategi memboikot barangan Yahudi tidak boleh berjaya”.
@abuyon, apa pendapat semua, kalau saya kata, membeli dari non-muslim (case by case) adalah salah satu cara untuk berdakwah?
Mari kita bayangkan situasi ini…satu barang yang sama, let’s say…sayur kangkung la…dijual oleh peniaga muslim dan peniaga non-muslim (harga sama). Peniaga non-muslim cukup timbangan, kangkung yang berkualiti. Peniaga muslim, tidak cukup timbagan, kangkung yang layu…
I would buy from the non-muslim. Kenapa?
1. Kalau saya beli dari peniaga muslim
Peniaga muslim – walaupun barang yang saya jual tidak cukup timbangan dan tidak berkualiti, ia laku dijual. Pembeli akan membeli barang jualan saya…
Implikasinya? he will keep on doing it…selling the same thing…kangkung yang layu…tidak berkualiti.
2. Kalau saya beli dari peniaga non-muslim
Peniaga muslim – Kenapa barang jualan peniaga lain (yang non-muslim itu) habis dijual? apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan yang barangan saya habis dijual?
Implikasinya? he will improve…because there is a fair competition here.
Selain dari itu…rasanya tiada salahnya kita berjual beli dengan non-muslim. Kerana dengan itu, kita boleh berinteraksi dengan mereka. Supaya mereka kenal siapa kita – muslim. Moga2, dengan contoh kehidupan seharian yang baik…dengan mereka lebih mengenali kita…mereka juga akan lebih faham tentang Islam…dengan melihat dan mengalaminya sendiri. Tidak hanya bergantung kepada apa yang didengar sahaja…tidak bergantung kepada khabar angin semata2.
Lain la…kalau kedua2nya…peniaga muslim dan peniaga non-muslim, sama2 jujur dan sama2 berdedikasi…sudah tentunya saya akan memilih peniaga muslim.
@Hadeed, rasanya tulisan ustaz tu dah menjawab soalan tu. Kita memang dah faham beli dengan non-muslim tak salah, zaman Nabi dulu pun memang orang Islam berurusan dengan non-muslim. Cubalah baca tulisan ustaz atau komen saya di atas dengan penuh perhatian, Insya-Allah soalan tadi terjawab dengan sendirinya.
alhamdulillah…selama ni memang bangga bawa kereta proton…malah , dapat pula bekerja di proton….line production yang bertungkus lumus dok buat kereta dalam kilang memang majoriti muslim & rakyat Malaysia dan InsyaAllah , sembahyang juga…bekerja keras demi negara , bangsa dan agama…Hebat Proton…
pertama kali mencatat komen di laman ustaz
senario peniaga-peniaga islam di Malaysia kengkadang tidak mencermin keislamannya itu, konfius dan bercampur aduk
selalu mengkonfiuskan pembeli juga
mungkin kerana tiada tekanan, maka tidak terbentuk iltizam
Saya selalu boikot 2 jenis peniaga Islam:
1. kedai makan yg mana saya pergi waktu solat Jumaat dan peniaganya adalah lelaki.
2. Pasar malam/Bazar ramadhan yg peniaganya duduk di gerai tak bangun2 daripada waktu Asar hingga Isyak.
Ustaz, patutkan kita sokong peniaga Islam yg terang-terangan meninggalkan solat waktu berniaga?
assalamalaikom wrt wbt…almuhim harus beriltizam dan istiqomah dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi org islam. ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…’,albaqarah 286.buat yang termampu,insyaAllah.
agaknya lah kalau mampu ramai yang memilih selain dari proton…endurance,performance perlu untuk yang kerap travel long distance.quality jalanraya juga.macamana nak comply?
makanan – alternative kalau ada, wajib bagi setiap muslim, buy muslim,from muslims.tang kualiti,kadang2 compromise je lah.sayur kalau boleh,tanam sendiri.seperti ummualya,facts tang ayam membuatkan kami tak makan ayam! alternatif protein lain ada. walaupun dok di pekan kecil,ayam kampong tak jugak mudah nak cari,telurnya pun di sambar cina!daging kambing can get fresh,kenalan ada ternak! ikan air tawar,alright juga,org kita ternak,jual.masuk kedai runcit melayu,stock barang dah habis aje.alternative,kedai indian muslim.sedih…
tang services..contractor melayu,quality aduhai! cost tinggi.nevermind lah…must support,bangsa lain takkan support.ustadz,anak saya ada di izzuddin shah,ipoh.please…jenggoklah sekolah tu when u r in ipoh.kami hanya mengharapkan kelengkapan asrama yg serdahana,locker yg boleh dikunci.pathetic betul.bathroomnya…tengok sendirilah.bab administration juga kita perlu tingkatkan.usul dalam mesyuarat dalam pibg…tinggal usul,lagu yg diulang saban tahun.tutup mata lah…nak kan curriculum agama nya.
sikap,sikap,sikap…ini kuncinya.
daripada sayyiditina aisyah rha,rasulullah saw bersabda,maksudnya,’bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila mengerjakan sesuatu kerja,ia laksanakan dengan cemerlang.’(itqan – sentiasa improve?)
Sekadar tambahan yang positif,
Anak saya di Islamic primary school JB, Saya sukakan sekolahnya
saya tabik dengan kesederhanaan, dan nampak keikhlasan dan usaha
bersungguh2..pihak pentadbir dan ibubapa..
membuat hati saya belas dan berkobar ingin membantu sekolah tersebut. Pengerusi PIBGnya, merancang gotong royong, cat, dll yang melibatkan ibubapa dan mendapat sambutan baik.
Masa pendaftaran baru lalu, sedih kerana komputernya – rosak dan outdated (tapi ketenangan Ustaz dan pembantunya menangani keadaan menyenangkan saya) IANYA PELUANG UNTUK KITA..(read between lines)
Pengalaman menunjukkan, perubahan positif berlaku, walaupun perlahan.
Bagi yang sangsi tentang kesan boikot, ia sebenarnya cara terbaik untuk menunjukkan bantahan, dan menjadi senjata utama sekiranya melibatkan masyarakat dunia.. Hari ini dalam surat pembaca akhbar -The Sun “The morality of consumer boycotts” ada disentuh.
Laksanakan sesuatu dengan cemerlang, 100% setuju.. bermula dari diri kita..
Assalamualaikum
tertarik untuk memberi komen hari ini mengenai Proton..
InsyaAllah hari bekerja di mulakan dengan Doa dan juga di akhiri dengan doa… =)
Biar kami bukan yang terbaik tapi kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik..InsyaAllah…. =)
Tersentuh hati melihat kesungguhan semua level dr top management hingga workers utk bersungguh2 berusaha demi menghasilkan kereta yang terbaik utk Islam, malaysia dan dunia,
Doakan kami agar berjaya di dunia dan akhirat…InsyaAllah….
salam.tepat masanya nak boikot,dah banyak barang penganti kat pasaran tempatan,terutama produk makanan.cuma tinggal nak ke tak nak.BOIKOT NESTLE!!!
Salam ustaz,
Artikel yg baik untk menyangkal keraguan rakyat Malaysia dalm isu memboikot. Terima kasih ustaz atas penulisan yg sering sesuai dgn isu semasa dan membuka minda bahawa Islam tidak syumul dalam era kemodenan di Malaysia. Oh ya konsep Muslim Realiti dan Jihad Ekonomi sgt membuka minda saya.
Semakin sedar saya tentang keadaan iman dan perjuangan sbg Muslimah hari-hari dicabar pencampuran adat,budaya dan globalisasi walhal negara Malaysia itu negara Islam(Negar Islam Ilusikah??). Semoga ada buku-buku dikarang oleh Muslim Realiti yang mengejar akhirat sehingga dunia tersungkur menyembah diri.
Assalamualaikum,
Yang Mulia Ustaz,
Kalu orang-orang yang berkelulusan Syariah /Jurusan Agama habis semuanya terpaksa jadi peniaga,apa hal pulak pendidikan Islam anak-anak Turki?
Going back to the clear demarcation line between Islam and secular people in Turkey,I guess the powers that be and the secular people in Turkey is having a field day claiming those who strife for Islam as ‘pemecah belah masyarakat’?!!(macam kat Malaya la…. )
Wassalam
Mazlan
Bristol
@Mazlan Abdul Mutalib, wsalam wbt tuan…
Sekolah tahfiz di Turki, hampir semuanya sudah ditutup atau mengalami downsizing yang sangat ekstrim. Sekolah Imam Hatip juga mengalami nasib yang sama. Pendidikan agama, tidak banyak bergantung kepada institusi rasmi, sebaliknya banyak dilakukan secara domestik di rumah. Tambahan pula, ustazah-ustazah semua jadi suri rumah (tak boleh kerja). Maka mereka inilah superteachers untuk anak-anak di Turki
“Biasanya bayaran balik di bank-bank yang Islamik jauh lebih tinggi berbanding bank biasa. Seandainya kita berfikir secara self-centered, pastinya orang yang tidak siuman sahaja yang akan pergi ke bank Islam sedangkan dia boleh membuat jual beli yang sah di bank-bank konvensional.
Namun, jika perbezaan harga itu masih berada di dalam keupayaan kita, maka anggaplah perbezaan harga itu sebagai sumbangan kita kepada kejayaan pembangunan sistem ekonomi Islam.”
assalamua’laykum uztaz, merujuk ayat-ayat ustaz di atas, bolehkah bank-bank yang islamik pun mengenakan faedah/interest/riba(ape-ape jela yang sewaktu dengannya) ?
Salam,
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan kerana menjadi diantara orang-orang yang kedepan untuk menyedarkan minda kita orang muslim. Bagaimana pun saya berhajat untuk berjumpa tuan untuk dapat kita bertukar-tukar ilmu demi masa depan orang-orang muslim kita.
Hari ini saya ingin memberitahu kepada tuan dan semua bahawa kami telah mendapat satu kaedah bagaimana ‘Jihad Ekonomi Muslim’ dapat kita laksanakan dengan cara yang berkesan.
Dengan ini, sukacita saya menjemput tuan dan semua untuk melayari portal kami di http://www.hmeonetwork.com atau hubungi terus saya.
Terima kasih
Mohamed Zulkarnain Bin Mohamed
012-2280 520
Salam ukhuwwah..
Menarik perbincangan ni..
Sy pun tergerak hati nak beri komen,
” ATAS SETIAP ORANG YG BERILMU, ADA LAGI YG MAHA MENGETAHUI”
Memberi pandangan, siapapun boleh, tp jarang org yg dah biasa memberikan pandangan menerima pandangan org lain sebaliknya cuba trus menghujah dan menghujah..ilmu yg tidak ada sifat tawadhu’ hanya akan membawa kemusnahan..
Semoga kita menjadi Muslim yg kuat walau apa jua cabaran yg mendatang!
salam,
Hubungi saya untuk sama2 berjihad untuk ekonomi muslim di malaysia.
HMEO network (help muslim each other)
iwan
017-298 6680
salam..saya amat menyokong saudara dlm membantu ekonomi ummah..tapi saya agak terkilan sedikit dgn sesetengah peniaga dikalangan kita yang saya rasakan tidak berapa jujur ketika berniaga. saya sudah beberapa kali berurusniaga dgn peniaga tidak jujur dikalangan kita.Sungguh saya katakan perbuatan mereka hanya menyebabkan itu adalah kali pertama dan terakhir berurus niaga dgn mereka. kadang2 terdetik juga difikiran saya kenapalah mereka tidak seperi kaum cina berniaga.?cukup bersungguh2 sehinggakan kedai mereka dikunjungi berulang kali.
Salam’alaik… Alhamdulillah, saya amat tertarik dgn artikel ini.
saya amat setuju dgn Ustaz, dan saya menyahut seruan ustaz.
saya menyahut seruan ustaz dgn menubuhkan sebuah syarikat yg berunsurkan ICT iaitu sebuah syarikat penyedia tapak web dan pendaftaran nama domain yg dikenali sebagai baitulbytes, Baitul Bytes Network.
Jihad Ekonomi bukan hanya merangkumi peroduk makanan tetapi lebih dari itu.
Saya mohon doa dari Ustaz dan dari kalian semua utk doakan kejayaan kami dan dapat realisasikan hajat kami, insyaAllah.
Syukran wa jazakumullahu khairan jaza.
Salam…
Seandainya semua org Islam di Malaysia ada fikiran begini ALHAMDULILLAH.. sekadar berkongsi cerita…
Di pekan kecil bernama Sungai Besar… yang menjual pakaian muslimah, barangan runcit malah perkakasan perkahwinan orang Melayu ialah hak milik peniaga Cina… tersepit di antara kedai-kedai milik bangsa asing itu, seorang wanita Melayu beragama Islam bersaing dengan penuh waja. Namun… yang cukup menyedihkan minda umat kita sangat tertutup.. komen-komen seperti.. ‘ala kat kedai Ah Kau lagi murah’ … ‘barang kat kedai si Ah Meng lagi berkualiti’… hakikatnya .. barang yang dijual di kedai si AH-AH lebih mahal dan kualiti pula tiada beza ( kebanyakan mereka mengambil stok dari pengedar yang sama).
Itulah hakikat yang terpaksa ditangani oleh usahawan muslim.. mereka seagama dan sebangsa sendiri memperlekehkan kemampuan bangsanya…
bayangkan… dan fikir-fikirkan