Tafakur Seorang Hamba

On 09/05/2007, in BUKU: Rindu Bau Pohon Tin, Bahasa Jiwa, by Abu Saif | 9,122 views | Print Print | Email Email |

usrah-al-firdaus.jpg

Konsert yang menggabungkan Usrah al-Firdaus Jordan dan Usrah al-Wadi Mesir, di Irbid Jordan, pada tahun 1997

Jumaat baru-baru ini saya telah berkesempatan melawat sahabat saya yang sudah hampir 10 tahun tidak bertemu. Sahabat yang saya maksudkan itu adalah Ustaz Haji Bambang Erman, yang sejak sekian lama bertugas sebagai Imam di Masjid KLIA.

Pertemuan kami, mengimbau kembali kenangan lama, semasa sama-sama belajar di Jordan. Sudah semestinya kenangan paling penting, adalah kumpulan nasyid kami, Usrah al-Firdaus, khususnya nasyid Tafakur Seorang Hamba.

Nasyid itu adalah nasyid PERTAMA yang saya cipta, iaitu pada tahun 1991 semasa saya di Tingkatan 4. Tafakur Seorang Hamba pernah dinyanyikan oleh kumpulan nasyid sekolah saya (Shout al-Syabab) pada tahun 1992 dan ia tersimpan dengan baik di dalam ingatan.

sis_nasyid.jpg

Saya memimpin kumpulan nasyid Shout al-Syabab, membuat persembahan di Dewan DBI Ipoh, 1992

Hinggalah pada tahun 1995 ketika pembikinan album Gemilang berlangsung, saya mengusulkan Tafakur Seorang Hamba diterima untuk rakaman. Malangnya, nasyid itu terasa sedikit kosong pada versi asalnya, dan saya sendiri sudah menyumbang 6 buah nasyid daripada 10 yang diperuntukkan. Lantas Tafakur Seorang Hamba terus diperam dalam simpanan kami.

Hinggalah Ustaz Bambang menyertai Usrah al-Firdaus, kepakarannya di dalam memasukkan suara harmoni, hasil pengalaman beliau semasa menjadi anggota kumpulan Mirwana, nasyid Tafakur Seorang Hamba menerima nafas baru, dan akhirnya melayakkan diri untuk dimasukkan ke dalam album kami yang seterusnya, DUNIA INI pada tahun 1996.

Walaupun liriknya jauh lebih ringan berbanding nasyid ciptaan saya yang lain, Tafakur Seorang Hamba terus kekal sebagai salah sebuah nasyid yang merakam pelbagai nostalgia, termasuk komen arwah ayah saya semasa nasyid itu disiapkan seawal usia 16 tahun.

Saya perdengarkan semula Tafakur Seorang Hamba, tanda penghargaan saya kepada Ustaz Bambang atas ukhuwwah kami yang kembali bertaut.

TAFAKUR SEORANG HAMBA
Lagu & Lirik: Hasrizal Abdul Jamil
Nyanyian: Bambang
Persembahan: Usrah al-Firdaus Jordan
Album: Dunia Ini, 1996

 

[coolplayer width="380" height="80" autoplay="0" loop="0" charset="utf-8" download="1" mediatype=""]
Tafakur Seorang Hamba
[/coolplayer]

 

Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

 

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

 

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

 

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya

 

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Ukhuwwah Manusia Hamba Membuat kesimpulan ukhuwwah di hadapan Imperial Palace, Tokyo “Usrah bukan...
  2. Justifikasi Seorang Teman Saya tidak pasti apa yang mahu dicatat. Menulis tanpa ketenangan...
  3. Aksi Seorang Penidur Profesional Saya yang bersongkok itu kurus kering memikirkan masalah tidur. Hingga...
  4. Pengorbanan Seorang Adam “Assalamualaikum Imam. Saya saudara kamu, Adam”, seorang lelaki Irish menghulurkan...
  5. Murabbi Cinta, Seorang Nabi “Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan...

 

31 Responses to “Tafakur Seorang Hamba”

  1. ISLAMUNTUKSEMUA says:

    salam.
    bagus lirik lagu ni.

  2. ISLAMUNTUKSEMUA says:

    lirik yg bagus.

  3. soffone says:

    masya Allah. mati-mati saya ingat masa 1st time dengar nasyid ni 2005 dulu, yang mursyid dia dari Indonesia. Rupanya ustaz yang mengarang liriknya, dan penasyidnya bekerja di Malaysia pula. asif ya ustaz!

    papepon liriknya sangat menarik dan lagunya terasa lirih dan sarat pengharapan. thumbs up!
    (aishh..sume sahabat yang saya promot lagu ni sy ckp nasyid dari indonesia, kene betulkan fakta balik ni…hihi)

  4. salsabiila says:

    alhamdulillah…
    nasyid y menarik…

  5. [...] bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita [...]

  6. Mutiara Hati says:

    :-)

    “HambaMu menyahut panggilanMu Ya Allah”
    Hadith Nabi dari Abu Hurairah r.a :-
    “Barangsiapa yang Beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
    hendaklah ia berkata baik atau diam ”
    Nasyid = Berkata baik
    Tafakur = diam yang ibadah

    Tksh us, mengusik jiwa dan hati.

  7. kokmi says:

    lirik & lagu ni mmg terasa dekat di hati. wah! tak sangka ustaz buat lirik ni seawal 16thn. Memang berbakat. Apapun sy sangat2 menyokong lirik & lagu semacam ini. Terus Maju Jaya!!!

  8. cidos says:

    ahli ahli nasyid usrah al firdaus ni semuanya cemerlang dalam karier masing- masing ya. Menggunakan karier sebagai wadah dakwah kepada masyarakat. Apakah ada resipi tertentu yang dipraktik kan semasa berusrah dan bernasyid dahulu sehinggakan semua nya berjaya sehingga ke hari ini? Kongsi kongsi la..

  9. shahrizan ab wahab says:

    tengok samping tu, teringat kenangan lalu kat sis.tapi sekarang dah samping baru…

  10. saifulislam says:

    ahlan wa sahlan ustaz shahrizan kita. member sebilik masa sekolah ni… :)

  11. syphoon says:

    eh, penah konsert kat Irbid! buat kat Yarmouk ke Ustaz?

  12. Has says:

    Assalamualaikum,

    Mana nak dapat album-album lama kat Jordan dulu? Convert to karaoke lah! :-)

    [Baru terbaca cerita air kat Mu'tah dalam Majalah I. Hih! hih! Gelak sampai sakit perut. Kitorang -Bait al-Izzah- tak de lah kronik macam ustaz-ustaz Bait al-Kahfi, sebab kitorang ada mak angkat...!]

  13. ROYEM AL-BOOTHY says:

    Salam Ust, ana teringat kat ustaz bila gambar tu keluar. sebelah kanan tu ana. baru ni pun ana handle nasyid institut teknologi perak, ridhuan yusof handle sekolah izzuddin shah dan abang kas pulak sekolah raja perempuan taayah. berentap kami bebaru ni kat kementerian belia. memori ni mengingatkan kita bahawa ukhuwwah kita tetap erat. moga allah memberkati perjuangan kita

  14. humaira says:

    huhu sedihnye =’( liriknye bagus~

  15. ummumawaddah says:

    Lagu ni yg.paling ana suka dlm.album ni smp.sekarang ana ulang dengar lirik dan melody amat baik,br ini ana tahu ust.yg tulis lirik dulu ingat ust.bambang,ust. tak teringin ke nak rakamkan balik nasyid-nasyid usrah al-firdaus ana rasa boleh meletup i.Allah

  16. dhuat says:

    Assalamualaikum ya Ustaz Hazrizal Abdul Jamil,
    Ana nak tahu juga apa komen arwah ayah anta berkenaan lagu tersebut.
    Mohon :)

  17. saifulislam says:

    Waalaikum al-Salaam dhuat.

    Kata ayah ana, “kenapa menyanyi sorang-sorang dalam bilik, malam-malam buta ni?”

    Itu aje :)

  18. ustazfazdi says:

    alhamdulillah….ana memang suka lagu ni….
    jom kita remix balik lagu2 kita kaif ????
    mana tau kot2 boleh menang AIM….takpun masuk gangzstar

  19. saifulislam says:

    mana nak cari duit pokdi… bukannya boleh free masuk studio sekarang ni. anta suara ok lagi ke? ana, setakat halau ayam itik masuk reban ok le. tapi bambang semangat lagi. dia tanya2 jugak, takde ke nak buat rakaman semula?

    DR HAS, album tu semua dah convert ke mp3, cuba cek kat Firdaus MP3 kat atas tu… lagu-lagu dakwah :P

    hmm… kena start minum air asam jawa dan telan telur ayam kampung ni… hehe

  20. elhusaini says:

    assalam ustz…

    MasaAllah..best nye lagu tu..x sngka ustz ni.compozer ye.ustz ade soft copy x.?

  21. raredour says:

    kat mane nak dapat soft copy yer ustaz?

    sedap lah lagu ni..agak masuk ngan kedaan hati ana…

    ana memang suka sangat lagu-lagu yang macam ni…sebab jles keikhlasan bukan yang dibuat2 macam kebanyakan penasyid yang semata-mata nak cari makan sekarang ni…

  22. raredour says:

    ustz.apa kata jadik pencipta lagu pulak?macam mana?

    ustza jadi la macam ustaz pahrol mad juoi…

    rasa ana…ustza akan berjaya menjentik hati2 yang banyak sekarang ni sudah keras membantu…macam hati saya…

    sebab..saya lihat kebanyakan lagu nasyid sekrang ni…hanyalah dibuat2 liriknya…bkan ikhlas suci dari hati…

    ustaz saya akan menyokong ustaz…

    dan bukan nak promote ke ape..saye ni bukan orang nasyid ke ape…

    cuba ustaz try masuk ngan syarikat rakaman intea records…sebab dalam banyak2 kumpulan nsyid…kumpulan nilah yang berjaya meruntun,menginsafkan hati saya…

    apa pandangan ustaz?

  23. Kak Ija says:

    Salam semua,
    Dahlah tu, kalau ustaz sebok buat rakaman, bila pulak ustaz nak tulis entri, nak bagi wacana ilmiah…

  24. saifulislam says:

    :) tubuh yang sudah membesar sekarang ini secara physiology nya telah menyebabkan diaphragm saya tertekan dan mengurangkan keupayaan bernasyid… (alasan…)

  25. qgen says:

    insaf tol dgr lagu nih..hari2 dgr nih..ustz..x de lagi ke?:)

  26. uzair says:

    hmm tapi tubuh yg besar tu menghasilkan getaran yg memukau sebenarnya..hehheh
    tgk mcm adibah noor..

  27. dhuat says:

    Versi mastering dhuat

    http://odeo.com/audio/17637943/view

    :) Penghargaan ikhlas dari saya.

  28. zai57f says:

    Hai ustaz bukan sahaja pakar sejarah,menulis,memasak,lirik nasyid dll…nimacam ustaz boleh bolot semua award emas he he he….Wslm.

  29. nur says:

    as’kum abg has…wah gmbr lama ni…sy yg duduk blkg abg has time kite bernasyid kat sultan azlan…yg saya cam lg azwan joe,azatul,musa yg lain2 dah xigt nama….

  30. FARHAN BIN FAHMI says:

    Bila baca lirik ni…ana teringat kat arwah abg ana yang kembali kepadaNya pada tahun Disember 1991 di Ipoh …abg yang mithali…

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya-InsyaAllah..

  31. pak din 31 says:

    Wow! … bukan tak tahu Ustaz ni serba boleh, tetapi kalau tak membaca weblog zaman mudanya, terlupa kehebatnya,

    Yang menarik dari lirik, “Kucuba untuk membukakan mata, Bagi melihat keindahan dunia, Namun ku kecewa, Yang ada hanya fatamorgana”

    Fata, fata juga … tetapi rujukannya berbeza-beza, ada yang kata air di padang pasir, ada yang melihat keindahan dunia sebagai fata,

    Nilai keilmuan sekarang, ramai yang mengiktiraf ke-fana-an hidup, tetapi gagal memahami ke-adam-an hidup, (‘adam lawan bagi wujud, Sifat 20 Allah)

    Hanya zat Allah yang wujud di luar dimensi Alam ini, dan GerakerjaNya yang menzahirkan makhluk, termasuk manusia sebagai Khalifah di Bumi.

    Kezahiran makhluk itu yang nampaknya seperti ada, tetapi sebenarnya fatamorgana, kelihatan jauh (dipengetahun) ianya ada, tetapi diteliti sebenarnya TenagaNya.

Leave a Reply