Hujung Minggu Yang Sendat

On 18/01/2009, in Keluarga, by Abu Saif | 3,067 views | Print Print | Email Email |

Hujung minggu ini sungguh padat.

Kesibukan saya sekeluarga menguruskan perpindahan ke rumah baru dan persekolahan anak-anak pada bulan November dan Disember, menyebabkan saya keliru dan menjadi kucar-kacir dalam menyusun jadual program. Kesannya, Januari dan Februari menyaksikan corak ceramah dan program-program lain yang disusun begitu menekan.

Mulai Jumaat malam Sabtu, saya perlu menyampaikan ceramah ISLAM SYARIATIK ISLAM SAINTIFIK kepada para pelajar dari pelbagai kolej yang akan menyambung pengajian di Australia dan New Zealand. Program anjuran INTELEK ini diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Sebetulnya, saya terlupa akan slot Jumaat malam Sabtu itu, dan menyangka bahawa slot saya hanya akan dilangsungkan pada pagi Ahad.

Mujurlah pengarah program menelefon saya pada hari Khamis untuk mengingatkan saya akan hal ini.

Alhamdulillah, slot itu berjalan lancar. Saya teruja bertemu kembali dengan para fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi di Australia, juga New Zealand yang pulang bercuti, yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah bekas peserta program PERISTIWA di Perth Australia tahun 2007, serta pelajar-pelajar yang pernah menyertai program saya sebelum mereka berlepas ke destinasi pengajian masing-masing dua atau tiga tahun yang lalu.

Jika dulu mereka hadir sebagai peserta untuk menerima, kali ini mereka ‘pulang’ sebagai fasilitator untuk memberi. Pertemuan singkat saya bersama mereka menghilangkan segala keletihan dan susah payah semasa program berlangsung dulu.

Terima kasih kepada sekalian Pasukan MEMBERI.

Slot Islam Syariatik Islam Saintifik itu berlangsung hingga jam 11 malam. Saya tiba ke rumah kira-kira jam 12:30 malam. Tidak bisa untuk terus tidur di kamar, satu jam perlu diperuntukkan untuk saya menyediakan slide bagi ceramah keesokan harinya.

Subuh Sabtu, seawal jam 7 pagi, pemandu dari INTEC Shah Alam sudah tiba. Perjalanan kira-kira 50 minit dari Ampang ke Shah Alam itu saya manfaatkan untuk tidur seketika, memandangkan program di INTEC menyediakan ruang sebanyak tiga slot untuk saya. Ini bererti, saya perlu berceramah selama 6 jam, justeru tenaga yang diperlukan bukan sebarangan.

TERKILAN

Di sepanjang perjalanan menuju ke INTEC, fikiran saya sangat terganggu dengan insiden semalam. Saya terlalu sibuk menyiapkan bahan ceramah, hingga anak kecil saya mengamuk kurang perhatian. Saya tidak sempat untuk melayan kerenah Imad, dan secara tiba-tiba, dia mengambil batang penyapu lalu menghempuk laptop saya sekuat hati! Batang kayu itu pecah sedikit, dan lima butang keyboard saya tercabut… paling malang, laptop ini baru berusia tiga minggu!

Puas sayang mengumpul duit untuk menggantikan laptop lama yang sudah nazak, pada usianya 3 minggu, laptop ini sudah cacat. Tersirap darah saya dan terasa ringan tangan untuk bertindak, namun syukur Alhamdulillah saya sempat menekan butang pause di dahi. Imad baru berusia dua tahun, justeru saya mengambil portion terbesar kesalahan dan punca insiden itu berlaku.

Mungkin 10 tahun akan datang saya akan ceritakan kembali kepada Imad, apa yang dilakukannya petang semalam. Saya juga beristighfar kepada Allah meminta ampun takut-takut saya juga pernah memecah, mematah atau menghancurkan apa-apa barang milik abah dan emak semasa saya kecil, dan mereka tidak menceritakannya kepada saya.

Usaha untuk menghapuskan rasa terkilan melihat laptop rongak berusia 3 minggu ini, tidak dapat menahan air mata saya daripada mengalir, mengenangkan peritnya usaha untuk membeli laptop tersebut. Hanya foto-foto Gaza sahaja yang berjaya melapangkan dada saya untuk terus mendidik hati untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

PROGRAM DI INTEC

Tanpa sedar, saya sudah tiba di INTEC. Program kali ini diatur oleh Bahagian Kaunseling untuk saya memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal ke USA. Mereka berdepan dengan banyak kesulitan untuk menangani pembelajaran yang amat mencabar itu, dan amanah kepada saya, adalah untuk memulihkan keyakinan mereka. 

Sekumpulan pelajar yang akan ke Korea Selatan juga hadir secara sukarela dan sesungguhnya 6 jam yang berdiri berceramah dari pukul 9 pagi hingga ke 4 petang, sungguh tidak terasa. Terima kasih kepada peserta yang responsif, gemar berinteraksi dan berwajah ceria. Semua itu cukup untuk menebus sakit kaki dan kerongkong yang bekerja. Semoga mereka pulang dengan penuh keyakinan diri dan seperti biasa, there is no secret ingredient, you just have to believe!

Usai program di INTEC, saya pulang semula ke Ampang. Tiba di rumah sekitar jam 6 petang, saya berasa gembira menyambut ipar duai saya sekeluarga yang datang berkunjung. Biar pun tidak banyak persiapan yang sempat dibuat, bihun sup Ummu Saif amat menyelerakan semua.

Malam ini saya mengulangkaji bahan untuk ceramah di ILIM pagi esok. Selesai sahaja dua slot 4 jam itu, saya harus bergegas pulang ke rumah kerana Ummu Saif perlu bertolak ke Lumut, Perak untuk berkursus mengendalikan Hyperbaric Chamber yang hanya kedapatan di Hospital Tentera Lumut dan HUSM Kubang Kerian di Malaysia ini. Semoga Ummu Saif selamat pergi dan balik, memandangkan keadaan dirinya yang masih diselubungi segala kesan samping mengandung pada trimester pertama ini.

Semoga Allah menerima amal kami di hujung minggu ini sebagai amal soleh yang diredhai-Nya, ameen. 

Erti Hidup Pada Memberi

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Catatan Hujung Minggu Saya sedang demam. Mungkin keletihan selepas pulang dari Kota Bharu...
  2. Fitnah di Hujung Lensa “Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau. Saya...
  3. Minta Yang Mahu, Dapat Yang Perlu “Macam mana nak sampai ni?” hati saya terdetik. Jam sudah...
  4. Versatiliti Yang Menguji “Ustaz, boleh tak ceramah untuk pelajar sekolah menengah?”, tanya seorang...
  5. Kepekaan Yang Lumpuh   Siswa hari ini – (gambar hiasan) Serba salah hendak...

 

27 Responses to “Hujung Minggu Yang Sendat”

  1. Pinatbate says:

    Salam ziarah Ustaz..

    Tak mengapalah tercabut butang keyboard….ada masanya respon anak-anak terhadap sesuatu perkara jadi peringatan utk kita…

    Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.

    • Salam Ustaz..
      Saya dah lama baca buku aku terima nikah nya…baru kali pertama meninggalkan komen disini..

      Tahniah atas buku yang ustaz tulis..

      pasti banyak pengajaran daripada perlakuan Imad..

      Tapi yang pasti mungkin pada pandangannya..mungkin dia mencemburui laptop tersebut..kerana telah mencuri perhatian ustaz… Mungkin dengan kemusnahan laptop tersebut dapat mengembalikan perhatian ustaz kepada nya..insyAllah murah rezeki ustaz lepas ni….

  2. Muhammad Z says:

    Waduh-waduh , kok bisa dihempok dengan penyapu laptopnya…….

    sabar-sabar ya Ustaz, itu tandanya rezeki murah insyaALLAH…

    Ustaz mungkin boleh diletakkan gambar laptop tersebut, sebagai kenangan.

    Mungkin juga ana, kami disini boleh membelikan papan kekunci yang baru untuk ustaz.

    Dulu ana pernah kena air pada papan kekunci laptop ana. Fungsinya sedikit terganggu. Jadi ana beli papan kekunci baru, dan pasang sendiri.

    Mungkin ustaz boleh perincikan modelnya, kalau ade rezeki dapat ana tolong inysaALLAH.

    Ana rasa kalau bab kemalangan sendiri, jaminan laptop tidak termasuk, melainkan ustaz ambil pilihan jaminan lanjutan.

    Apa-apapun , ustaz bisa bersabar….. anak kecil itu cuma ingin laptop juga rasanya….

  3. tukangpin says:

    Salam ziarah, Ustaz. Baru kali inilah, saya berani memberi komen. Posting Anda menarik sekali untuk diikuti, dengan bahasa yang mengalir memancing imajinasi. Semoga diberikan kemudahan dan kemurahan rezeki untuk mengganti butang yang tercabut… :) Syukran

  4. spekmataku says:

    salam ustaz laptop sy jgk sering menjd mangsa anak sedara
    dn sekarang dh rongak satu hehehe..
    saya sgt kagum sbb ustaz mampu menahan amarah ustaz
    secara spontan..jarang2 skali dpt d lakukan..

  5. mahasiswa says:

    Alhamdulillah… Ada yg berjuang secara langsung di Kuala Terengganu…. Ada juga yg berjuang dibelakang tabir utk menyediakan generasi2 pemimpin masa depan!.. teruskan usaha ustaz.. walaupun ramai yg tidak menyedari usaha ddibelakang tabir tersebut, tetapi sesungguhnya ianya sgt berharga utk generasi2 saya di masa hadapan… Seiap sesuatu ada waktunya.. moga kemenangan demi kemenagan yg diberikan oleh Allah dapat kita tafakuri kerana ianya adalah ujian yg sangat berat utk dipenuhi….

    Saya sgt gembira dengan kemenangan Pas@Pakatan Rakyat di KT, saya sdh semakin berani menyatakan sokongan kpd Pakatan Rakyat di hadapan mbr2 yg lain. (sebelum ini takut2 gak, maklumlah sponsored student.. hehe)

    Apapun teruskan usaha ustaz utk bergerak dan berjuang di belakang tabir dalam rangka menyediakan generasi2 pelapis pemimpin masa depan negara.. Moga Allah permudahkan segala urusan ustaz.. Takbir!! Allahu Akbar

  6. aman says:

    Assalamualaikum ustaz…
    ganaz juga Imad ek..
    hehehe…
    bersabarlah cara terbaik dalam mendidik kanak-kanak…

  7. Ibnu Aiman says:

    Budak yang lahir 30 November memang cmtu kot…cepat panas skit.Nanti dah besor cool sikit tu…Imad…Imad

  8. Max Chempaka says:

    Benar nasihat seorang sahabat.Jadikan Rasulullah contoh kita…sangat2 sibuk sebagai ketua negara,bapa,suami,imam solat dan lain2 lagi..akan tetapi semuanya berjalan dalam komposisi cukup teratur…Rasulullah lagi sibuk dari kita..

    sekadar secebis semangat untuk ustaz dan ingatan untuk diri ini ;-)

  9. salam ustaz
    bersabarlah ya ustaz.
    budak kecil memang terbaik bila part minta perhatian ni :)

    ustaz, saya lupa nak minta kebenaran, hari tu saya copy paste penjelasan ustaz tentang ayat al isra’ 4-7 di entri terdahulu untuk terangkan pada kawan di blog saya. maaf ya ustaz, lupa sungguh nak cakap.

    jazakallah..

  10. Kak Ija says:

    Assalamualaikum,

    Huru – haranya hidup ustaz sekeluarga sampai terlepas pandang slot ceramah.

    Alhamdulillah, fasilitator2 tu menjadi bukti usaha2 ustaz menampakkan hasil.

    Bab2 air mata mengalir ni memang tak boleh ditolong, kertas kerja yg printed colour on glossy paper direnyuk dan dimakan baby…confirm tak boleh nak marah baby 7 bulan…

    Since peserta/pelajar INTEC tu responsif, gemar berinteraksi dan berwajah ceria, InsyaAllah self-esteem mereka meningkat (p.s. plus faktor penceramah yg ceria lah tu)

    Macammana well-verse pun kita, nota sentiasa perlu dijenguk dan dikemaskini.

    Ummu Saif berkursus 4 hari ke? Kesiannya lah hidup tanpa helper…semoga diberi kekuatan oleh Allah utk menghadapi cabaran dan ujian dariNya

    • Abu Saif says:

      @Kak Ija, waalaikum al-salaam wbt.

      Selepas balik ke rumah tengah hari tadi, saya termenung. Adakah Kak Ija hadir ke program di ILIM. Saya rasa macam Kak Ija attend pula, kebetulannya program tu untuk student OZ dan NZ. Kak Ija pun dah nak bertolak ke sana.

      Alhamdulillah baru beberapa hari, maid baru kami sampai. Tetapi orangnya somehow, very slow learner dan ada language barrier yang SERIUS. Rasanya 90% instruction kami dia tak faham. So, alih-alih, saya juga yang selinsing tangan turun ke dapur :) Ummu Saif pun sama.

      Kursus tak lama…. esok malam Ummu Saif dah balik.

      Syukur Alhamdulillah tadi saya berkejar ke Berjaya Times Square untuk perbaiki laptop dan pakcik kat ACER service centre tu cekap membetulkan satu persatu button pada keyboard. Syukur ya Allah sebab semuanya FOC.

      Now laptop dah back to normal. Akan lebih berhati-hati Insya Allah

      • Kak Ija says:

        @Abu Saif, assalamualaikum,

        How I wish to be there, tapi byk benar komitmennya di rumah.

        Akak rasa Imad tu dah terasa dia akan dapat adik, statement mak2 macam tulah, takde kajian saintifik le pula…ni yg Pak Din marah ni, cakap tak guna fakta.

        • Pak Din says:

          @Kak Ija, ” … dok eh!”

          Saya memang “tenggelam timbul”, tapi tak “masuk gol”.

          Pantun dua kerat, ala orang Melaka bila lama tak jumpa!

          Maaf ya orang Melaka … “Laahabau, lahaanat ….” Terkejut saya mendengarnya pertama kali kena.

  11. Pak Din says:

    Salam hempuk,

    1. Dapat saya bayangkan remuknya hati dari hempukan itu. Baru tiga minggu dan hasil dari keringat entah berapa tahun, untuk mendapatkannya. Atau berkemungkinan ada ansuran ang perlu dibayar seterusnya. Tapi apa kan daya, ketika ia berlaku kita sebagai ibubapa tak sempat meletakkan minda kita dalam minda dia (Imad). Dengan akal yang ada padanya, sudah pasti itulah yang terbaik kepada untuk dilakukan, bertindak balas kepada persekitaran. Itulah terbaik. Samada kita menenangkan suasa dengan mengatakan dia belum cukup akal, hakikatnya akalnya sangat cukup dan telah ditentukan pada kadar itu, pada waktu pekara berlaku.

    2. Saya baru beli kereta dengan ansuran, ketika baru mula bekeluarga, dulu. Kegirahan anak kecil balik dari Tadika, belajar melukis, terserlah apabila dia memikirkan dinding keretapun boleh diladikan tempat melukis. Bila ditanya siapa yang membuatnya, dengan keadaan sudah pasti hendak marah, yang membuat mengakunya. Alhamdullilah … bila ada beberapa anak, kadang-kadang mereka berpakat tak nak beritahu siapa buat. Lepas menyedari ia adalah satu kesalahan. Mendengar ada yang mengaku, reda sedikit dan dengan hasrat memenuhkan diplomasi, saya tanya tindakan yang sepatutnya dibuat bagi menghilangkannya. Alangkan terperanjat, mendapati cara menghilangkannya ialah menggunkan berus penggosok periok berbesi.

    3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.

    4. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Berbaris kereta kebal dihantarnya. Mereka memulakan menghantar letupan (bom segala jenis), kita bertindak balas dengan menghantar leteran (resolusi segala jenis). Ada yang bersemangat waja (lebih keras dari besi kereta kebal) mengambil batu dan menghantar semangatnya. Pada ketika itu, itulah saja tahap akalnya. Maka berterusanlah meningkat angka statistik mengira. 22 hari score 1133 dengan yang tercedera tak terkira. (Yang cedera sakit anggota tak kurang 5000, tetapi yang cedera sakit hati, tak terkira). Tapi ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Membisu seribu bahasa, Liga Arab, 22 semuanya. Bila bersuara berkecamuk suasana jadinya.

    5. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. ‘Beragama tanpa Tuhan’ itu kata kita. Akal mereka mengatakan Tuhan merekalah yang paling sempurna. Tak cukup dengan Tuhan mereka, yang menyampaikan risalah ketuhanan mereka, mereka anggap seolah dewa. Terima sahaja apa yang dikata, tanpa mahu menyesuaikan dengan keadaan suasana. Tanpa perlu ada usul periksa. Seperti terjadi kepada Nabi Isa. Jesus tak salah, yang salah yang mendewakannya. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. Malangnya apa yang berlaku seakan serupa, mereka ikut ajaran ‘agama’ bukan mencari Yang Maha Pencipta.

    6. Ketika itu, itulah akalnya. Hanya kerana tak buka minda. Terlalu taksub mengikut kata, dalam beragama jangan banyak tanya. Allah terima permintaan mereka. Diberi Kitab Alam tidak dihiraukannya, apatah lagi membaca. Bukan tak faham apa yang tersirat di dalamnya, tetapi kerana, lebih senang menutup minda. Nak ikut petua, mesti ikut petua yang ada fakta, barulah ia menjadi fatwa. Kalau ikut petua yang kekurangan fakta (saintifiknya) maka hanya menjadi burung kakak tua. Pada ketika itu akalnya serupa. Selagi manusia taksub beragama dengan hanya mengikut syariatnya, tapi melupakan fakta saintifiknya. Alangkah ruginya, ketika itu, itulah akannya, lalu kemudian tertutup mata.

    • hanekaseyo says:

      @Pak Din- menarik,pak din.banyak dasar-dasar pendapat yang beharga.

    • Abu Saif says:

      @Pak Din, Assalamualaikum WBT. Salam hempuk kembali…

      Terima kasih. Saya rindu nak membaca komen Pak Din. Ada sisi lonely saya di SIO ni bila Pak Din lama menyepikan diri.

      Moga tahun 2009 lebih terisi dengan pencerahan-pencerahan yang menarik keluar Muslim dari terus berilusi…

      • Pak Din says:

        @Abu Saif, Kita sama-sama usahakan yang terbaik, insyaAllah. Sebagai Jurutera, tugas diajar adalah mencadangkan perubahan, tetapi bila yang terlibat adalah kepercayaan, ia adalah perubahan yang susah. Jadi kedua terbaik yang boleh dicadang adalah penserasian, antara kepercayaan dan pembuktian. Semuga dapat saya mencungkil idea-idea kecil yang terselit diminda. Tak pasti di fasa kedua 77 minggu ini, berapa banyak dapat dikeluarkan, tetapi yang penting saya sentiasa membuka minda dan agak sepi semasa menyepikan diri dari SIO, kerana kesibukan (‘entah apa-apa’) lain.

  12. Maisarah says:

    Sabar yang indah!

    :)

  13. Ridha says:

    Salam ustaz, terima kasih ustaz kerana sudi memperuntukan waktu untuk datang ke INTEC. Alhamdulillah, pelajar-pelajar Korea itu ahli usrah ana. Ana minta mereka untuk ‘menumpang’ program ini tetapi ramai yang tidak dapat hadir kerana besok (isnin) mereka ada final exam. Minggu yang lalu mereka berprogram “Kem Sifat Solat Nabi” bersama ana di Ampang Pecah. Alhamdulillah Semoga semua amalan kita diganjari Allah.

  14. Akmal Hakim says:

    Saya pun kecil-kecil teruk juga buat harta mak ayah saya.. mujur dah matang sikit, saya berubah.. Harap-harap tak berlaku kelak saya sudah kahwin..

  15. [...] Salam hempuk? … Telah terbit Januari 19, 2009 DARWIN Maaf ya … macam biasa, tang ejaan memang [...]

  16. Izhar says:

    Anak saya pun pernah merosakkan 2-3 button laptop saya. Dikoreknya button tu satu-persatu. memang agak cuai kerana membiarkan laptop terbuka dan mudah dicapai. Tersenyum aje la..lepas tu call DELL untuk baiki. Alhamdulillah, esoknya technician dtg dan tukar keyboard satu set. FOC…

  17. FZZH says:

    salam,
    bagus betul butang pause ustaz ni…menjadi jer…saya masih lagi belajar nak tekan pause yang mana kadang – kadang jer menjadi…selebihnya terbabas jer yang banyak..MasyaAllah…sukar sungguh..patut ler sabar itu sebahagian daripada iman…sangat susah nak amalkan..sangat buruk kesannya jika tak amal…adoi…

  18. ummu_hafiy says:

    marah imad tu pada laptop abi… laptop tu yang banyak ambil masa abinya… agaknya lah kan..

    • idea says:

      @ummu_hafiy, tiba-tiba ‘ter’setuju dengan ummu_hafiy lah. hehe. logik juga si imad rasa ‘jealous’ pada ‘anak’ abi yang satu tu. :p ustaz, sindrom kurang kasih sayang kah? ana asif jiddan.. gurau saja ya.

  19. imtiyaz says:

    Salam Ustaz, agak banyak hari saya tak jenguk website ustaz. Tetiba tadi hati saya kuat sangat menyuruh saya jenguk web ustaz… rupanya ada cerita yang amat menyentuh jiwa saya yang baru aja diuji Allah petang tadi… perihal Kemarahan dan mengawal marah. Alhamdulillah ustaz berjaya kawal marah dari bertindak keatas imad. Saya pulak tadi dimarahi oleh rakan yg memang panas baran dan pantang silap sikit akn mengeluarkan perkataan yang berbisa dan memberi kesan yang mendalam pada hati. Bagaimana ya nak mentarbiyah rakan saya yg macam n? pendekatan saya gunakan berdiam diri bila diserang- tapi kadang2 tak tahan jugak ngn kata2nya yang berbisa dan akhirnya jadi pertikaman lidah bila hati tak tahan. Bila keadaan jadi macam tu, saya juga terfikir untuk mengawal marah saya dengan mencari butang dalam diri dari menjawab balik kemarahannya… Patutla ada hadis pasal marah kan…. saya masih lagi tak jumpa cara nak tarbiyah rakan yg panas baran ni… masa keluar kedai tadi, housemate saya terjumpa buku tajuk diam itu emas… agak2 kalau bagi kat dia ok tak? kalau ada artikel ustaz pasal marah bgtau saya ya..mg2 dapat bantu saya dalam berhadapan dgn rakan sy n..

Leave a Reply