“Kami memilih untuk rumah kami tidak mempunyai televisyen,” beritahu seorang teman.
“Hebat. Antara ‘hiburan’ dan ‘maklumat’, bagaimana anta mengendalikannya?” saya ingin tahu.
“Kalau anak-anak mahu menonton animasi, kami akan belikan cd dan tengok di komputer. Manakala maklumat seperti berita, internet kan ada?” jawabnya.
Saya mengangguk.
Sejujurnya, saya mengagumi kesungguhan kawan saya memilih untuk menolak adanya televisyen di rumah. Saya menghormati keputusan itu dan menerimanya sebagai salah satu alternatif yang baik.
Tetapi, mengapa saya tidak mengambil pilihan yang ini? Mengapa tidak rumah saya bebas televisyen?
Memikirkan persoalan ini tatkala mata anak-anak terpacak mengadap skrin itu, terdetik juga hati untuk bertindak sama. Imaginasinya ialah, humbankan sahaja televisyen itu ke dalam sungai!
BAHAN IMPORT
Akan tetapi, saya terkenang kembali kejadian yang berlaku semasa anak sulung saya berusia lima tahun. Semasa saya memotong rambutnya di rumah menggunakan mesin pemotong rambut.
“Eh, kepala Yop botak macam Mawi!” kata anak saya semasa melihat ‘imej baru’nya di cermin.
“Aik, macam mana Yop kenal Mawi?” saya kehairanan.
“Kat tadika, ada CD Mawi,” jawabnya jujur.
Aduh, biar pun rumah saya tidak ‘mesra Mawi’ tetapi perkenalan di antara anak saya dengan Raja SMS itu tetap boleh berlaku. Anak kita benar-benar anak kita dan berada di dalam corak kawalan kita, hanya pada 4 tahun pertama usianya sahaja. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke alam pra sekolah, anasir luar mula menjadi sebahagian daripada dirinya dan kita perlu berperanan menyaring juga menapis anasir-anasir tersebut.
Tetapi semasa anak kita berusia lima atau enam tahun, kita sebagai ibu bapa boleh berperanan untuk menapisnya. Namun hubungan kita dengan anak-anak akan mula merosot apabila anak-anak masuk ke alam persekolahan. Kawalan kita ke atas hidup mereka akan menurun sesuai dengan perkembangan sudut lain diri anak-anak kita. Sudut membuat pilihan dalam kehidupan.
Ya, Aqil dan Baligh yang menjadi sempadan pembeda di antara manusia mukallaf dan tidak mukallaf sangat bersangkutan dengan UPAYA MEMILIH.
Justeru seiringan dengan berkurangnya UPAYA MENGAWAL kita ke atas anak-anak, mereka pula mestilah dilatih untuk meningkatkan UPAYA MEMILIH dan membuat keputusan dalam kehidupan.
ANAK GAJAH
Seekor anak gajah tertambat kakinya di tiang semenjak awal usia. Setiap hari anak gajah itu cuba untuk melepaskan dirinya, tetapi gagal. Rantai itu terlalu kuat untuk seekor anak gajah bertubuh kecil. Tetapi apabila anak gajah sudah menjadi dewasa, dirinya sudah lama berhenti mencuba untuk melepaskan diri. Gajah itu pasrah membiarkan dirinya tertambat, mungkin untuk selama-lamanya.
Gajah itu sudah berhenti mencuba, kerana fikirnya sudah diasuh bahawa tempatnya adalah di sisi tiang. Gajah itu terlupa melihat tubuhnya yang sudah berganda besar dari lima atau sepuluh tahun yang lalu. Gajah itu alpa bahawa kekuatan dirinya sudah cukup kuat untuk merentap rantai dan lepas bebas.
Gajah itu menjadi mangsa kealpaan dirinya sendiri. Tubuhnya membesar dewasa tetapi akalnya kekal terbantut.
MENYALAHKAN IBU BAPA

“Keturunan kita memang yang lelakinya semua bodoh Matematik!” kata Homer Simpson kepada anaknya, Bart.
Nilai-nilai negatif boleh sahaja tertanam di dalam diri kita kesan pengaruh persekitaran. Antara faktor persekitaran hidup kita, mungkin pengaruh terbesar datangnya dari ibu bapa. Perkataan-perkataan yang diguna pakai saban hari oleh ibu bapa kepada anak-anak, menanamkan nilai pada makna perkataan itu terhadap jati diri si anak.
“Cepat le Maaat. Lembabnya kamu!”, herdik seorang emak.
Suruh cepat, wajar dinyatakan. Melabelkan anak sebagai lembab, di situlah penanaman nilai yang merugikan.
“Hah, dah buat kerja sekolah? Kamu ni memang pemalas!” tengking seorang bapa kepada si anak.
Sewajarnya bertanya sama ada kerja sekolah sudah disiapkan atau tidak itu, sudah menjadi ayat lengkap. Mengapa perlu ditambah dengan label “kamu ini memang pemalas”? Label itulah yang meresap masuk ke dalam diri anak-anak. Sama ada ia suatu ‘doa’ dari ibu bapa atau tidak, ia adalah kemasukan nilai yang amat malang terhadap diri anak-anak.
Label-label itulah yang menjadikan ramai anak muda kita kurang keyakinan diri, tidak bercita-cita tinggi malah memiliki identiti yang tebal diselaputi segala unsur yang negatif.
Sama seperti anak gajah, anak kita dibesarkan dengan idea-idea yang membunuh keupayaan dirinya yang sebenar.
UPAYA MEMILIH
Tetapi, itu titik muhasabah buat ibu bapa.
Manakala bagi si anak, tatkala dirinya berada pada usia mudanya, bentuk-bentuk yang negatif terhadap diri mereka mungkin boleh ditunding kepada kesalahan ibu bapa. Sebaliknya, apabila seorang anak menjangkau usia dewasa, mencapai umur Aqil dan Baligh, si anak sudah belajar memikul tanggungjawab. TANGGUNG perbuatan sendiri, dan JAWAB mengenainya di Sana nanti. Di peringkat ini, dia harus mempunyai keupayaan untuk memilih apa yang baik dan apa yang buruk, menyaring segala tumpahan kebiasaan yang menyelubungi hidupnya di alam pra dewasa.
Setelah ada keupayaan sebegini, dirinya menjadi seorang DEWASA. Bahasa Islam menyebutnya sebagai MUKALLAF.
Mukallaf itu adalah seorang manusia yang mempunyai keupayaan berbekalkan akal fikiran dan panduan-panduan hidupnya, membuat pilihan yang betul dalam kehidupan. Antara baik dan buruk, perbuatan buruknya adalah pilihan dirinya, dan dialah yang dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan itu. Bukan lagi salah orang lain, bukan lagi salah ibu bapa.
Dalam erti kata yang lain, keupayaan membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan adalah latihan yang mesti diberikan kepada si anak semasa mereka bergerak menuju usia dewasa. Apabila si anak membesar tanpa upaya memilih, hakikatnya anak itu diberi makan minum agar fisiologinya meningkat dewasa, tetapi jiwa dan jati dirinya dibiarkan terperangkap dalam alam kanak-kanak, alam yang lemah membuat keputusan, atau salah membuat keputusan.
Tidak mustahil si jejaka bertubuh sasa bermisai lintang, masih kebudak-kebudakan pada otak dan hatinya kerana tidak bisa membuat keputusan di antara yang baik dengan yang buruk.
TELEVISYEN ATAU TANPA TELEVISYEN
Itulah puncanya mengapa saya memilih untuk menyertai ramai dengan menerima kehadiran televisyen di dalam rumah kami.
Tetapi kehadiran televisyen itu datang bersama pakej latihan memilih dan membuat keputusan.
Apa yang boleh ditonton?
Apa yang tidak boleh ditonton?
Kedua-duanya berada di hujung jari, tetapi anak dilatih untuk membuat pilihan yang betul.

“Abi, bagi la Yop tengok Crayon Shin-chan!” pinta anak saya.
“Yop boleh tengok kartun yang lain, tetapi Shin-chan tak boleh,” saya memberitahu anak.
“Kenapa tak boleh?” soal anak saya.
“Sebab Shin-chan biadab. Dia tidak hormat ibu bapa. Comel tetapi kurang ajar. Yop tak nak jadi biadab kepada ibu bapa, kan?” saya cuba berlogika dengan anak.
“Tak nak!” jawab anak saya.
Maka petang itu, anak menonton rancangan yang baik, dan meninggalkan rancangan yang tidak baik. Apa yang disekat petang itu bukanlah menonton televisyen, tetapi menyekat anasir tidak baik. Unsur negatif sebegitu bukan sahaja ada di televisyen, malah di sekolah, di internet, di kejiranan dan di mana-mana sahaja sudut kehidupan. Didikan yang diberi adalah untuk menolak unsur negatif, bukan menolak wasilahnya yang bernama televisyen.
Bagi diri saya, proses seperti ini lebih menyelamatkan untuk anak-anak menempuh realiti yang penuh cabaran itu. Jika di usia tujuh atau lapan tahun, anak-anak mungkin masih boleh disekat dan dikawal keinginan mereka. Tetapi apabila si anak mencecah usia yang lebih dewasa, andai di rumah tiada televisyen, mereka dengan mudah boleh menontonnya di rumah kawan.
Malah di satu peringkat, televisyen mungkin jauh lebih selamat berbanding internet.
Di peringkat proses mengawal untuk latihan memilih ini berlangsung, saya juga memanfaatkan sistem yang memboleh dekoder dikunci dengan kata laluan. Pada hari-hari biasa, hanya satu sahaja saluran kartun yang dibenarkan, manakala saluran yang lain akan dibuka pada masa-masa lapang, juga sebagai ganjaran tatkala selesai menyempurnakan tugasan rumah atau sekolah.
Apa yang penting, tindakan-tindakan ini bukanlah dibuat dalam bentuk hukuman. Sebaliknya si anak diberitahu dengan jelas akan sebab musabab mengapa kita bertindak begitu.
Ia bukan mengawal untuk mengongkong.
Ia adalah kawalan untuk melatih membuat keputusan dan pilihan.
KUALITI DAN KUANTITI MASA
Biar pun televisyen ada di rumah, saya tetap berusaha untuk mewujudkan masa-masa berkualiti antara saya dan isteri bersama anak-anak tanpa televisyen. Ada masanya televisyen ditutup, dan kami sekeluarga duduk bersama-sama berbual, mengulangkaji pelajaran atau bermain bersama-sama.
Kualiti masa bersama, lebih berharga daripada kuantiti masa yang melimpah ruah ketika seluruh keluarga duduk sebumbung, tetapi tidak bersama, kerana hakikatnya semua sedang berkomunikasi dengan televisyen, bukan sesama ahli keluarga.
Sekali lagi, pembetulan banyak perlu berlaku ke atas manusia, bukannya ke atas televisyen. Ada masa, ahli keluarga diajar memilih siaran. Ada masa televisyen ditutup sepenuhnya mengikut keperluan dan keadaan.
REALITI
Tatkala didesak-desak, bimbang juga anak belajar menipu apabila cuba menyembunyikan perbuatannya yang sebenarnya biasa-biasa sahaja. Kemahiran menipu itu bisa menjadi senjata untuk menyembunyikan perbuatan yang nantinya luar biasa pula.
Itulah kekhuatiran saya.
Kekhuatiran tatkala mengendalikan program anak-anak remaja hari ini. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang komited dengan Islam, tetapi si anak memberontak dan berjiwa pemberontak. Ia bermula dengan kebosanan hidup, terutamanya apabila mereka mula membandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya.
Atas kebimbangan itulah, saya memilih untuk mendekatkan anak dengan realiti kehidupan, dan membawa peti realiti kehidupan (yang penuh ilusi) ke dalam rumah. Cuma, realiti itu ditonton secara selektif, melalui proses membuat pilihan.

Demi diri manusia dan (Dia) yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]
Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Menyediakan anak menuju alam dewasa, menuntut ibu bapa mendidik anak untuk memilih dan membuat keputusan.
Ia jalan yang sukar, tetapi itulah kesukaran sebuah kehidupan.
Apabila bercakap tentang realiti…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Abu Saif,
Saya bersetuju dgn anda….walaupun diakui dengan membawa masuk televisyen bermakna kita membawa masuk mini panggung wayang yang mempunyai lebih banyak unsur negatif dari yang positif ke dalam rumah kita, namun di sinilah cabaran ibubapa untuk mendidik anak2 agar dapat memilih untuk menonton rancangan yang baik atau tidak.
Apatah lagi hari ni bukan sekadar tv1,tv2 dan tv3 saja channel yang ada,tapi dengan astronya sekali…
Alhamdulillah, walaupun saya selalu bertengkar dengan anak2 tentang channel mana yang ok,movie mana yang boleh tengok,apabila ada scene yang 18sx kena cepat-cepat tukar channel lain,hari ni mereka dah boleh apply benda ni.Satu lagi sejak ada astro oasis…anak saya yang berusia setahun setengah sudah ada rancangan tetap nya sendiri iaitu Indahnya Iman dan Kalam Suci.Anak saya itu boleh duduk di depan tv sehingga rancangan itu habis.Secara tak langsung kakak dan abangnya yg tak berapa minat dengan rancangan agama ni turut menonton sama…
@ummihana, assalamualaikum
saya dan suami buat keputusan untuk tidak adas tv di rumah selepas anak2 saya sering tidak mahu mengikut kami keluar.mereka lebih suka nak tengok 616,615.613.dan 611.Alhamdulilah rumah kami dah tak ada siaran tv hampir setahun setengah..ada tv tapi tak ada siaran..kamimbelikan cd..suami saya akan beli cd setiap bulan.kami seronok menonton bersama pada hari mggu..umur anak saya 6 dan 8 thn. keduanya hero.pada awalnya mereka marah..sekejap saja lps tu ok.saya baca dan ambil tahu prkmabangan dunia dr internet..dan paper..semenjak tak ada tv anak2 saya wajib ikut abinya ke masjid setiap maghrib dan isyak..hijrah demi masa depan mereka.rancangan tom tom bak paling saya tak suka..saya ajar anak2 saya membenci rancangan tu..kalau mereka susah nak solat saya akan ceritakan tntang syurga firdaus..cepat2 mereka bentang sejadah..bila nak mula mmg susah..tapi kita dapat nikmatnya slps tu..wassalam
saya memilih untuk tidak menyekat globalisasi kerana ia adalah mustahil namun tidak bermakna kita tidak boleh mengawalnya. Persoalannya ialah hingga ke tahap mana dan di peringkat mana kuasa yang kita ada.
Dalam sebuah ‘pasaraya’ tidak semua barangan yang dijual berguna untuk kita tetapi berguna bagi orang lain dan ada juga yang langsung tak berguna bagi semua dan wujud juga barangan yang berguna untuk keseluruhannya.
Assalammualikum,
Saya mempunyai 3 orang anak. Mengenai TV, kini saya memilih untuk tidak mempunyai TV. Sejak kami sekeluarga berpindah ke rumah baru, kami sepakat untuk tidak memilih TV. Sudah hampir 3 bulan kami tidak mempunyai TV. Alhamdulilah, anak saya dapat menerima keadaan sekarang sejak tidak mempunyai TV. Alhamdulilah kami lebih banyak ‘masa untuk bersama’ daripada ‘masa bersama menonton TV’. Pengalaman saya bersama keluarga rasa lebih berharga dan bermakna tanpa TV. Lebih banyak cerita bersama anak-anak daripada cerita di TV. Anak-anak bertambah mesra sejak kami tiada TV. Dan perasaan ingin cepat dan bersama keluarga bertambah sejak tiada TV. Saya tidak menyalahkan bagi orang yang ada TV, tetapi cubalah saudara hidup tanpa TV, pasti akan berasa lebih bermakna hidup dan kerahmatan hidup lebih terasa tanpa TV.
@Abu Nuh,
Waalaikum al-Salaam wbt Abu Nuh.
Alhamdulillah, elok-elok sahaja. Persoalan terbesar di sini ialah bukanlah memilih untuk ada tv atau tiada tv, tetapi setiap keputusan dan tindakan yang kita sebagai ibu bapa buat, mestilah dengan minda yang sedar, serta pengisian untuk membentuk anak-anak. Membentuk anak-anak secara ada tv dan secara tiada tv… adalah kata kuncinya.
@Abu Nuh, yup saya setuju dengan anda kerana pengalaman saya juga begitu. TV saya adalah isteri dan anak-anak saya, demikian juga mereka. Saya juga bersetuju dengan pandangan ustaz tetapi saya lebih bersetuju untuk memilih tidak mempunyai TV di rumah sendiri. Bukan bermakna saya menyekat anak-anak menonton TV tetapi apabila mereka berpeluang menonton TV misalnya di rumah nenek mereka, saya dan isteri akan pastikan anak-anak memilih program yang baik bahkan kami mendidik mereka dengan menegur aksi-aksi tertentu jika menonton program seperti drama. Misalnya, apabila ada pelakon yang membuka aurat, maka kami akan menegur – “Tengok makcik tu, nampak rambut, buka aurat, tak baik, Allah marah!” Pengalaman ustaz sendiri mengiyakan apabila anak ustaz kenal dengan Mawi, begitu juga anak saya, meskipun hanya melihat sekali sahaja Mawi, terus meniti di bibirnya nama Mawi. Sungguh, anak-anak ini kuat ingatan sifatnya. Sekali tengok sudah hafaz. Justeru, bagaimanakah kita sebagai ibubapa boleh biarkan mereka mendapat tarbiyyah dengan mengadap TV. Realitinya, kita bukan berada di samping mereka sepanjang masa dan program di TV siapa boleh memberikan jaminan, yang baik itu lebih banyak berbanding yang lalainya. TV tidak bersalah tetapi perhatikanlah kaedah pendidikan kita. Kita boleh memilih lain daripada TV sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat ustaz. Susah sikit tak mengapa sebab itulah yang dinamakan tarbiyyah. Dan ingatlah juga, jika remote control berada di tangan anak-anak anda yang umurnya baru 4 atau 5 atau 6 tahun.
@Abu Nuh, saya setuju dan saya dah buat..kami lebih mesra dan kita saja yang tau nikmat tak ada siaran tv di rumah..orang dengar pelik tapi itulah nikmat sebenarnya..
ustaz sgt bgus dan bfikiran jauh
Saya setuju sangat..penanaman nasihat yang betul akan disimpan di dalam memori anak-anak sampai besar..masa kecik2, ayah selalu tanamkan di dalam fikiran kami adik-beradik, muzik haram..jadi, kalau satu malam tu banyak rancangan muzik, kami akan tidur awal atau buat kerja sekolah dan tidak berminat dgn muzik..bila dah besar, mmg ada terpengaruh juga, ikut2 kawan2 nyanyi,,tp untuk memilih muzik sbg halwa telinga / melegakan stress- bukan lah menjadi pilihan..lebih2 lagi ditambah dgn pemahaman Islam selari dgn peredaran masa, muzik kini menjadi sesuatu yg dibenci..bahkan sampai satu saat boleh pening kalau dengar berlebihan..especially..dlm bus/kawan2 pasang..tp kdg2 sy rasa utk nasyid pembangun jiwa, ketuhanan, bagus juga sbg alternatif lagu-lagu di pasaran..cuma harus ditanamkan pada anak2 agar jangan berlebihan drpd baca al-Qur’an..skdar garam dlm makanan:)
@rossa,
saya juga setuju bahawa dengan kata2 nasihat atau teguran dan perbuatan ibubapa yang baik semasa kita kecilllah yang membentuk diri semasa kita dewasa. saya bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama namun kesedaran itu tetap ada kerana kita telah didedahkan dengan realiti hidup.
Saye baru terfikir bende ni smlm. Kita dah sampai satu tahap yang kawalan mak bapak tak boleh lagi nak diharap. Kalau dulu senang. Kalau kite ade anak perempuan, kite larang keluar dengan lelaki. Settle masalah. Tapi sekarang ni dengan jerung2 betina yang makan betina pon dah ramai, so anak perempuan berkawan ngan sesama perempuan pon boleh buat risau. Itu tak termasuk lagi handphone etc. Kalau internet boleh lagi kawal, ade filter dll. Tapi kalau handphone ni cam ne? Anak kite dapat sms die bace and terus delete. Mana nak filternyer. Tak bagi handphone pulak, nampak sangat die akan dipinggirkan kawan2.
So, mak bapak nih kene ajar soal tanggungjawab, soal dosa pahala, soal salah dan betul sejak anak dok pakai lampin lagi. Makin berat keje mak bapak nampak gaye nyer.
berat, berat… !
Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas sebuah lagi siri artikel keibubapaan yang membawa pencerahan khususnya buat seorang ayah ‘baru’ kepada anak berusia 4 bulan..
Ana berpandangan bahawa applikasi teknologi sebenarnya membantu dalam usaha dakwah dan pendidikan jika benar jalannya. Benarlah betapa “Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan.” Terkenang semasa saya ke Korea Selatan, bilik hotel yang saya diami selama seminggu peti televisyennya menyajikan satu channel yang 18SX tanpa sebarang tapisan. Sungguh, ujian berat juga kepada keimanan. Pada ketika itu, kekuatan imanlah yang memilih “antara yang baik dan buruk”. Tatkala tiada seroang manusia yang melihat, hati memberitahu yang pasti yakni Allah itu Maha Tahu!
Semoga kita semua beroleh kekuatan agar dalam berbuat sesuatu perkara yang menjadi pertimbangan dan difikirkan ialah “apa yang Allah akan kata” dan bukan “apa yang orang akan kata!”. Wallahu a’lam.
@Muhtar Suhaili, Salam akhi, tahniah! dah dapat zuriat …
Masaalahnya ““apa yang Allah akan kata” banyak yang ditafsir kepada “apa yang mereka kata” pada peringkat pendakwahannya, yang menyebabkan diperingkat penerimaannya menjadi ““apa yang orang kata!”. Renung petikan ini,
“5. Tidak dikatakan memperolehi hasil dari Syariah Allah, kalau ajarannya adalah mencapai kekyusukan hanya di dalam solat. Kyusuk harfi (kyusuk huruf)namanya, kerana penekanannya hanya memperbetulkan huruf dan bacaan dalam solat. Baik sedikit bacaan difaham makna tersuratnya. Kyusuk sepatutnya dicapai sebelum lagi kita bersolat, maka barulah dikatakan mencapai kyusuk ‘arfi (kyusuk kenal). Kyusuk ‘arfi dan kemudian solat, bukan mencari kyusuk ketika hanya di dalam solat. Kyusuk harfi ini yang mendapat ancaman dari Allah, kerana di luar solat, mereka tidak dilatih untuk mencari kekyusukan dalam amalan seharian. Pada mereka ikut kata agama, jangan soal dan tanya, kurang pahalanya nanti. Itulah penerapan arus perdana.” dari http://sharudin.wordpress.com/2009/01/28/s66-permata-di-siri-666/
@Muhtar Suhaili, terima kasih atas kunjungan pelepas rindu. Lama tak dengar khabar berita dari anta.
Semoga keupayaan memilih channel yang betul di Korea Selatan itu dapat dipindahkan ke generasi anak-anak kita yang mungkin channel sebegitu akan menjadi sebahagian dari kehidupan negara kita, satu hari nanti, tanpa perlu ke Korea Selatan lagi… isk!
Salaam,
Ada TV dan tak ada TV dirumah?Kalau ada apa jadi?Kalau tak ada pula apa jadi?Mengikut peredaran zaman,saya rasa kalau ada lagi bagus boleh tahu isu dan perkembangan semasa.Tapi kena prihatin la.Kalau nak yg baik kita akan dapat yg baik.Kanak2 perlu di bimbing oleh ibubapa.Kalau dirumah tak ada TV adakah anak2 kita tak akan tengok TV langsung?Saya rasa tidak,mereka akan tengok ditempat lain.
Yg penting tunjuk ajar dari penjaga.
Cakap pasal TV ni, teringat pula karya Dato’ Prof. Emeritus Haji Shahnon Ahmad berjudul ‘TiVi’. InsyaALLAH, andai ada masa saya akan kongsikan ceritanya di blog saya. Secara ringkasnya, ‘TiVi’ menceritakan bagaimana sebuah keluarga yang hidup aman damai berubah dengan kehadiran sebuah televisyen.
Setakat ini saya hanya berjaya mengawal diri dari melanggan Astro. Dengan saluran TV percuma yang ada sekarang pun, anak saya sudah ketagih dengan siri kartun sepanjang petang.
Setuju dengan kawalan dan penapisan, tetapi rasanya lebih berkesan jika anak itu sendiri mampu membuat self-censorship. Dengan pengaruh persekitaran yang semakin mencabar, kita hanya mampu berikhtiar sebaik mungkin dan bertawakkal memohon perlindungan Allah ke atas minda anak-anak kita
@Izhar, untuk saya pula, semenjak berAstro, kaedah mengawal jadi lebih mudah. saya boleh lock dari tv899 sampailah ke tv009 dan tv003. dengan pilih memilih yang diamalkan, tidak perlu lagi menoleh ke vcd atau dvd kerana bahan alternatif yang lebih baik, banyak kedapatan. asalkan bersungguh mengamalkan tontonan selektif
@Abu Saif, mungkin tuan yang arif berjaya untuk mendidik anak-anak tuan dalam menilai dan seterusnya memilih apa yang terbaik untuk mereka. Mungkin anak-anak tuan juga boleh membezakan apa itu api dan apa itu pisang di masa kecilnya lagi- ataupun juga satu kaedah lain, tuanlah yang membezakan antara api dan pisang itu sendiri agar anak-anak kecil ini boleh diarahkan tangan mereka kepada mana satu pilihan yang dianggap baik.
Dan bila besar nanti, jika sekiranya anak-anak tersebut digambarkan sebagai kucing, mereka tidak akan menjamah si ikan goreng, yang siap di hias dan sedia di ratah di atas meja makan tuannya.
Saya setuju sehingga satu peringkat – tapi saya juga percaya ada pilihan lain yang munasabah ataupun paling tidak, tidak merugikan masa dan duit kita (paling kurang RM40/month).
Salam dan mohon maaf.
Abu Zarqani
@Abu Zarqani, Dah hampir 5 tahun bersama Astro dan dari dulu Discovery Channel dan News, tetapi yang percuma bertambah dari tahun ke setahun. Berkali-kali saya saran kepda 5 anak-anak tengok channel kegemaran saya. Tak suka, mereka tengok channel lain juga. Jadi kami berkompromi, setiap drama (yang mereka suka) jang tengok sebagai penuntun (dibuai perasaan oleh cerita) tetapi tengok sebagai pengarah, kerana dia yang mereka-cipta cerita. Kemudian satu lagi syarat, cerita kembali kepada saya jalan cerita dan natijah darinya. Lama-lama kurang sidikit mereka tengok TV, tak tahu apa nak cerita! Tak pandai cerita kembali bermakna tenguk drama terbuai perasaan bukan menggunakan akal fikiran.
Tak rugi rasanya Discovery Channel dan News, pada sayalah. Memang saya memilih dengan kesedaran untuk dua channel itu, tetapi yang pasti semuanya bagai saudara kata ada isi dan kulit pisang. Ambil isi dan buang kulit. Jangan marah pada kulit, dia dah jalankan kerja dia, membawa isi kepada kita.
@Abu Zarqani, apabila kita letakkan diri kita sebagai individu, kita boleh membuat keputusan menurut pilihan kita dan berpuas hati dengan self satisfaction yang tinggi.
Tetapi apabila kita meletakkan diri sebagai seorang pendakwah, kita juga harus mempertimbangkan banyak perkara. Di luar sana, jumlah pemilik tv lebih ramai daripada mereka yang memilih untuk menolak tv. mereka yang mempunyai tv itu memerlukan kepada garis panduan dan sebagai pendakwah, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita.
artikel ini asalnya, mengajak mereka yang mempunyai televisyen di rumah untuk menyedari akan tanggungjawab-tanggungjawab mereka tatkala anak dan tv duduk serumah. boleh sahaja saya secara smug berkata, humbankan sahaja tv itu ke luar. tetapi cadangan sebegitu tidak sesuai dengan seluruh pendekatan saya setakat ini. justeru saya berkongsi pandangan tentang keperluan ibu bapa mendidik anak-anak membuat keputusan dan pilihan, serta apakah faedah daripada proses tersebut.
tetapi apabila kita mula bersikap defensif terhadap pendirian masing-masing (termasuk saya barangkali), maka berubahlah diskusi dari sebuah garis panduan kepada POLEMIK yang popular di sana sini. Tulisannya panjang lebar tetapi tiada konklusi dan berakhir dengan pembaziran masa yang merugikan semua.
justeru, bagi yang decide untuk tolak tv dengan hujah masing-masing, silakan. tulis hujah itu baik-baik dan hormati pendirian orang yang memilih tv dan hujah-hujah mereka.
apa yang penting ialah sama ada bertv atau tidak, ibu bapa ada peranan yang perlu dimainkan.
wallahu a’lam
@Abu Saif, individu atau pendakwah, offensif atau defensif, conclusif atau open ended (multi alternatif), panjang atau pendek, “apa yang penting ialah sama ada bertv atau tidak, ibu bapa (kita) ada peranan yang perlu dimainkan.” Itu yang cantiknya perbincangan di SIO.
@Abu Saif & Pak Din, terima kasih kerana memanjangkan perbincangan ini. “Saya setuju” dengan pendapat antum.
Salam ustaz. Benar yang penting kita mendidik anak dengan isi kandungan tv. Kadand-kadang terlepas pandang juga. Kini anak ana akan masuk taska. Walaupun baru berusia 4 tahun, ini cabaran terbesar buat kami. Mungkin ada tips boleh ustaz berkongsi?
Nampak gayanya kursus keibubapaan kena ada program mengajar mengawal mediamassa. Sy masih mahasiswi tetapi punya adik perempuan yg masih alam remaja. Benar,ujian pengaruh luar dan rakan2 akan menjadi bandingan dgn pendapat atau pengaruh ibu bapa. Kini pengaruh MTV,channel V dlm rumah. Bagaimana agaknya ketika sy jadi ibu nanti?
@anum, kursus mengawal media massa itu maybe lebih sesuai untuk plan bertindak parti-parti politik dan yang sesaiz dengannya. untuk ibu bapa, lebih comel dibuat kursus mengajar anak mengawal diri di depan media massa
salam, saya setuju dengan pandangan ustaz, ini bukan masalah ada tv atau tak de tv, tapi, masalah mendidik anak2 kecil ke arah menjadi mukallaf yang tau memilih yang baik dan buruk.
penerangan kepada anak2, kenapa buat begini dan begitu penting sangat2, sebab anak2 akan MEMBERONTAK kalau dia tak faham,sebab apa ayah dan maknya tak benarkan buat begini dan begitu(sebab saya pernah jugak memberontak, lepas ayah dan saya berbincang semula, saya luahkan segalanya, baru saya faham kenapa ayah marah..)
dalam Al-Quran,ada pakej yang meenyuruh kita cegah yang mungkar, tegak yang makruf, so, kalau nak suruh anak2 tengok yang baik je, macam amalkan sebahagian je la dari suruhan tu.. MESTI jugak cegah mungkar..
“KENALKAN ANAK DENGAN JAHILIAH agar mereka TIDAK TERPENGARUH DENGAN JAHILIAH.”
@dr_taqwa, wsalam.
terima kasih atas perkongsian demi menyelami jiwa pemberontak remaja
Salam…
Teringat pulak zaman saya kecik-kecik, kat rumah memang tak ada TV, bila masuk sekolah menengah, kawan-kawan suka berbual tpok pasal cerita di TV, saya yang tak ada TV hanya jadi pendengar. Bila dah dewasa ni jadi macam tak berminat nak tengok TV, kalau tengok pun sebab nak tau berita. Buletin Utama. Huhuhu…
@hafs, antara bahaya orang yang tak biasa dengan tv ialah, mencari berita dari Buletin Utama TV3… hehe
gurau-gurau aje
Termenung dibuatnya. Memang payah. Memang berat. Segalanya menjadi serba salah dan boleh jadi juga serba benar.
Saya ada 5 anak dari 7-18 tahun. Sungguh tak menang tangan.
Memang kita nak yg terbaik utk keluarga. Yg terbaik dari tv, yg terbaik tanpa tv.
Jika anak masih 5,10 tahun, masih boleh kita ‘ikat’. Senang kita pantau pergerakannya. Mudah kita tegur. Jgn lihat itu ini, jgn dengar itu ini jangan fikir itu ini?
Kadang-kala saya lebih ‘rela’ melihat anak bujang di depan mata dengan ESPNnya, dengan Starsport-nya, Discovery-nya dari ketak-tahuan entah kemana.
Kadang-kala saya lebih ‘rela’ melihat anak gadis di depan mata dengan HBO channel dan macam2 rancangan mari memasak di AsianFoodChannel dari ketak-tahuan bersama entah siapa2.
Kadang-kala saya lebih ‘rela’ melihat anak kecil saya terkekek dgn Ceria dan terkial mengikut mengeja dlm PlayHouseDisney dari dia merengek ajak ke taman mainan dan bercubit2 dengan adiknya.
Saya pun kerap terbuai dengan alunan zikir Indahnya Iman dan kerap kali bercucur airmata dengan Jemputan Umrah, sempat juga mengutip ilmu dlm Ar-Rayyan.
Adakah itu mengurangkan kualiti masa bersama keluarga? InsyaAllah saya cuba sedaya upaya utk tidak mengorbankan yg itu.
Adakah saya membenarkan tv itu menguasai segalanya dalam kehidupan kami? InsyaAllah tidak.
@mamamia, terima kasih atas sharing tentang kerisauan yang dikongsi bersama oleh kebanyakan ibu bapa… saya menumpang angguk
TV…
dari kecik lagi saya kurang pendekatan dengan tv ni…
ada kat rumah, tetapi jarang ditonton…
rumah saya dekat dengan sempadan thailand,
masa itu,
siaran TV1, TV2 dan TV3 tidak jeles..
yang jelasnya TV7,TV8 dan TV9 dari thailand
cerita thailand ni kurang cencor berbanding serita malaysia..
so abah cukup marah kalu kami adik beradik menonton tv..
hehehe….
sampai laa sekarang…
TV jd suatu yang bukan utama…
tgk juga tetapi kurang…
ada had dan batas…
tapi artikel ustaz betul2 menarik sgt.
wasalam
1) Saya sokong tindakan ustaz tidak membenarkan mereka melihat ShinChan. Lebih baik baca Siddiq Cerdas!

2) Memang watak Homer di dalam The Simpsons langsung tak boleh pakai. Antara kata-kata ‘nasihat’nya kepada anak-anaknya: “If something is hard to do, then it is not worth doing!”
3) Artikel ustaz kali ini, saya rasa sedikit berbeza dengan artikel ustaz yang lain dari segi ke’reader friendly’an, in the sense that ustaz memberi penerangan kepada maksud ‘mukallaf’ contohnya, yang mungkin sebahagian dari readers tak faham kerana tidak berkesempatan belajar. jazakAllahu khair!
@Ibnu Alwi, versi ringkas dan lebih reader friendly berbentuk ulasan bertulis atau berlukis di warungkampung.wordpress.com adalah amat-amat dihargai
mana abang umar ni, lama betul tak dengar berita dia. gi office panjat tangga klcc ke?
Salam TV,
1. Dua petikan yang menjadi rujukan perbincangan,
a. “Kekhuatiran tatkala mengendalikan program anak-anak remaja hari ini. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang komited dengan Islam, tetapi si anak memberontak dan berjiwa pemberontak. Ia bermula dengan kebosanan hidup, terutamanya apabila mereka mula membandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya. ”
b. “Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Menyediakan anak menuju alam dewasa, menuntut ibu bapa mendidik anak untuk memilih dan membuat keputusan.”
2. Tujuh tahap perkembangan manusia di Dunia, 1. pensenyawaan. 2. kandungan, 3. bayi, 4. kanak-kanak, 5. remaja, 6. dewasa dan 7. tua. Kita tidak akan sentuh perkembangan phasa 1 -3, untuk kali ini, tetapi phasa 4 – 7 sangat berkaitan dengan tajuk dibincangkan. Pendidikan formal berlaku dari peringkat kanak-kanak dengan bersekolah rendah, semasa remaja di sekolah menengah dan seterus di IPT sehingga awal dewasa, sekitar 23 tahun. UPSR, PMR, SPM menjadi kayu ukur kefahaman sistem pendidikan dan seterusnya pelbagai pilihan ada di tahap lepasan SPM, samada yang berjaya ke IPT atau melanjutkan kemahiran di bidangan kemahiran hidup (vokasional).
3. Sepertimana Islam disampaikan dalam tiga serangkai berbentuk Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ikhsan, serampang tiga mata pula diperlukan dalam banyak sudut kehidupan untuk mencapai sesuatu tujuan, 1. Jangka pendek, 2 Jangka sederhana dan 3. Jangka panjang. Keperluannya adalah kerana betujuan memperbaiki keadaan persekitaran. Contoh dalam pendidikan, bermula dengan pendirikan yang menutamakan kefahaman untuk lulus peperiksaan, menjadi tujuan jangka pendek belajar. Di jangka sederhana, apabila mencapai awal dewasa, KEUTAMAAN pendidikan perlu menekankan pula belajar untuk mencari kerja dan akhirnya pendidikan dan pembelajaran jangka panjang sewajibnya untuk mengenal Tuhan.
4. Tidakkah kita terfikir bahawa semua Nabi-nabi yang diturunkan merupakan suatu jenis pemberontakkan? Kalau Islam pada ketika itu sudah berada di jalan yang benar, tidak ada keperluan unttuk menurunkan Nabi. Kesemua mereka diutuskan untuk membetulkan akidah Islam, yang selalunya melibatkan pemberontakkan, sekurang-kurang pada ideologi adapt dan budaya di mana Nabi itu diutuskan. Sebab itu saya selalu menekankan tentang pengorbanan daripada mencari ketenangan. Apabila sahaja Islam tersasar dari landasannya, perlu ada pemberontakkan di dalam jiwa yang tersedar bahawa ia tidak sepatutnya begitu. Kita telah lama memperkatakan ramainya yang beragama tanpa Tuhan. Perlukan kita menenangkan jiwa dengan tiada pemberontakan?
5. Isu pemberontakan jiwa remaja selalunya timbul, apabila betembung dengan sogokan iman taklid. Ibubapa gagal memberikan penjelasan yang berdasarkan fakta, tetapi selalu menggunakan pendekatan petua atau fatwa. Jiwa remaja yang masih hampir fitrah ini (dengan rohnya kenal Rabbnya) tidak dapat menerima sogokan yang tidak berfakta. Mereka perlukan pembuktian dan pemikiran, tetapi kerana ibubapa telah dimasyarakatkan dengan cara arus perdana yang hanya bergantung kepada kepercayaan semata-mata, gagal untuk memberikan penjelasan sains kepada pegangan kepercayaannya. Ini yang menjadi asas pemberontakan jiwa remaja. Tambah-tambah lagi bila dipaksa. Memang tidak dinafikan ada kejayaan cara paksakan atau pujukan, tetapi hasilnya adalah satu lagi generasi yang juga menjadi percaya ikut sahaja.
6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.
saya amat bersetuju dengan ustaz…sememangnya media(tv, intenet, akhbar) penting sebagai alat penyampai maklumat…maklumat itu mungkin dalam pelbagai bentuk samada sains ataupun keagamaan, pandangan ataupun kritikan, akhlak ataupun sikap, fitnah ataupun kebenaran…apa yang penting ialah sikap kita dalam menerima maklumat….sesetengah mereka terus menolak maklumat tersebut tanpa membacanya terlebih dahulu, alasannya sumber tidak boleh dipercayai@mereka tidak islamic…yang mereka terimanya jika sumbernya adalah dari orang-orang sealiran mereka, alasannya mereka lebih islamic(saya tidak tahu dari sudut mana mereka menilai islamic atau tidak seseorang itu)…lalu khabar angin pun menjadi kebenaran…lalu tersebarlah ‘salahfaham’….
sungguh, saya kadang-kadang mengetahui ‘kebenaran itu fitnah’ ataupun ‘fitnah itu kebenaran’ melalui media…
apa yang penting saya menganggap media itu sebagai orang yang lebih tahu…yang memberitahu kepada orang yang tidak tahu ataupun kurang tahu….
jadi itulah kelebihan media, termasuklah juga tv….
@Rakyat Malaysia, terima kasih…
setakat ini, diskusi kita adalah berkenaan TV, nak atau tak nak.
memandangkan kepada pengaruh yang begitu besar oleh televisyen kepada manusia, tidak ada lagi cadangan di lembaran ini tentang tanggungjawab pendakwah mengisi televisyen dengan bahan-bahan berkualiti lagi mendidik. bak kata orang putih, if you can beat them, join them.
saya rasa, usaha untuk beat tv berbanding dengan usaha untuk jadi a better content provider, yang kedua ni lebih besar manfaatnya.
terkenang Kanal 7 di Turki, dan lain-lain channel ‘islamik / baik’ di sebelah sana nu…
Jika kita hanya menyekat, nanti bila sampai masa, kongkongan itu akan mendapat jalan kebebasan.Dan mula membalas dendam dengan membuat bencana yang lebih besar.Mendidiklah bukan menghukum.Didikan untuk realiti bukan dengan illusi.
Assalamualaikum.
Sebagai seorang ex-hantu TV, saya berpendapat bahawa TV itu merupakan satu keperluan. Salah satu cara untuk kita belajar tentang pengalaman kehidupan.
Pada pendapat saya…pendapat saya lah…pengalaman mematangkan seseorang, membuat dia lebih berpandangan luas tentang sesuatu perkara atau isu. Membuatkan dia lebih kuat dari segi emosi dan pendirian. Tapi, tidak semua orang boleh mengalami semua jenis pengalaman hidup. Untuk tahu betapa sesatnya golongan yang tidak mempunyai pegangan agama, bagaimana semangat dan sikap sesuatu bangsa, bagaimana pendapat orang lain tentang sesuatu isu, bagaimana budaya dan gaya hidup masyarakat yang di luar dari pagar rumah kita, di luar dari lingkungan sanak saudara dan sahabat handai kita, tentunya kita memerlukan sesuatu untuk membawa pengalaman2 itu kepada pengetahuan dan pertimbangan kita.
Betulkah anak2 yang terlindung dari anasir2 luar itu adalah anak2 yang kuat? Kalau begitu, sampai bila mereka akan terus dilindung? Bukankah orang yang tidak mengenal musuhnya, tidak megenal dirinya? Bukankah elok kalau ibu bapa menjadi pemantau, membiarkan anak2 membuat pilihan dan justifikasi agar mereka sendiri yang melindungi diri mereka?
- Heran macam mana kartun Sin Chan (betul ke eja?) boleh disiarkan -
setuju…
setiap teknologi yg terhasil, pasti ada baik dan buruknya, tv, internet, handphone, kereta, kapalterbang etc..
hakikatnya manusia yg dikurniakan akal dan berpandukan hidayah iman dan taqwa akan dapat menapis dan menilai…
alam kanak2 dan remaja adalah satu fasa di mana manusia ingin mengetahui, menyelami, mengkaji dan meng’explore’ perkara-perkara di sekelilingnya termasuklah tv (di rumah sendiri/di rumah atuk/di rumah jiran/di rumah kawan2), hanya dengan panduan dan kebijaksanaan ibu bapa menanam dan mendidik jiwa anak2 untuk meletakkan sempadan yg telah digariskan Islam yg akan menjaga anak2 itu di mana-mana sahaja dia berada..
hakikatnya… kita berada di zaman yang tv berada di mana-mana sahaja… hatta di perhentian bas awam..
@Hadeed, terima kasih atas perkongsian…
pengalaman berharga dari dimensi seorang ‘alumni madrasah televisyen’
pandangan anda telah meringkaskan point yang cuba saya ketengahkan di dalam artikel di atas
Allahuakbar. Tiada lagi yang dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Berterima kasih, kerana penjelasan isu Televisyen ini selalu menjadi mimpi ngeri untuk saya (lagi-lagi untuk persediaan sebelum berkeluarga ni). Jazakallah.
~peace bengkok dari Timur
@SangPelangi, terima kasih atas ziarah.
lama tidak bergurau senda dengan ikhwah dari negeri matahari terbit. boleh diperpanjangkankah apa yang sampai menimbulkan mimpi ngeri tu?
saya bersetuju dengan tindakan ustaz mendidik anak2 memilih rancangan tv yang sesuai daripada menolak terus tv, lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba canggih dan mencabar ini.
kawan saya pernah menceritakan bagaimana dia dan adik-beradiknya selalu pergi menonton tv di rumah jiran kerana tiada tv di rumah.
apabila saya menceritakan perkara ini kepada ayah saya, rupa-rupanya saya dan adik-beradik saya pun pernah buat macam tu juga lebih kurang 20 tahun yang lepas (masa zaman awal kebangkitan dakwah). pada mulanya ayah saya berkeras tidak mahu ada tv, tapi akhirnya terpaksa akur dengan keadaan dan membeli tv kerana lebih baik kami menonton tv di rumah di bawah pengawasannya daripada menonton apa jua rancangan tv di rumah orang lain.
kami adik-beradik begitu “addicted” dengan tv sehinggakan kami akan makan depan tv di ruang tamu. pada mulanya, mak sentiasa marahkan kami tetapi oleh kerana kami tetap berdegil maka ayah pindahkan tv ke dapur dan kami makan beramai2 di dapur sambil menonton tv. itulah masa kami bersama.
pada pendapat saya yang membesar dengan tv ini, tidak menjadi masalah untuk menonton tv asalkan kita tahu menapis apa yang tidak baik. banyak perkara yang saya belajar tentang dunia daripada tv. alhamdulillah, dengan “filter iman” yang ayah bagi pada saya dengan memberi pendidikan agama sejak kecil, saya tahu memilih yang mana yang islamic dan yang mana yang lagha.
@rufaydah, terima kasih atas perkongsian yang bermakna. pandangan yang baik untuk melihat isu ini dari sisi ‘alumni madrasah tv’
Salam akhie;
sudah lama tidak mencoret sesuatu di paparan sesawang akhie. Seperti biasa ana ke sini bila mencari sesuatu dan banyak yang ana perolehi.
maaf untuk berbeza pandangan … al maklum kata-kata akhie menjadi panduan bagi ramai. Namun jangan ditanduskan pandangan mereka yang ingin mencari penyelesaian dengan tidak memiliki TV.
anak ana Saif, alhamduliLlah baik. Akademiknya baik, masih kuat dia mengejar nombor satu (walau ana tidak punya desakan sebegitu) dan hafalannya juga baik. Bisikan dari muallimahnya, dia bakal mendapat pelajar cemerlang dalam ihtifal februari ini.
Ana cuba dalam kesuntukan waktu dan terkadang kegagalan mengurus masa dengan optima untuk memberi yang terbaik. Ini termasuk dengan tidak mengadakan TV dirumah. Ini bukan juga kerana ana gagal mengawal anak – namun kerana ingin mengurangkan “Guru-guru tidak beradab” @ TV yang mendidik diluar waktu ana tidak berada disisi mereka mahupun mengurangkan bebanan mengikis didikan songsang dari “guru-guru” ini.
Seminggu ini, sibuk mengurus kes satu pasangan pelajar lepas SPM dari sekolah agama ternama yang sudah 6 bulan mengandung. Tahun lepas terngiang-ngiang kasus menahan 5 pelajar tahfiz berkhalwat dengan belen (bohsia) disebuah hotel murahan. Menakutkan akhie – mereka boleh belajar dari pelbagai Guru diluar kerangka kemampuan didikan ibu bapa mereka yang kelihatan sangat wara’.
ingin membawa beberapa hujah lain namun – sekadar melampirkan beberapa pandangan berbeza kerana itu juga yang saya ajarkan pada adik-adik saya … its a cultural warfare … takut nanti adik-adik berhujah: ustaz saifulislam.com kata ok abang. Cukup indah jika digambarkan bahawa membuang TV itu juga satu pilihan; berbeza itu bukan dipinggirkan tapi mungkin (ana tekankan “mungkin”) jalan para Ghuraba’.
pandangan akhie tentang hal ini tetap ana ambil sebagai mutiara ingatan.
salam al Quds
Abu Saif al Mahshari
@abu imad, terima kasih atas ziarah dan perkongsian.
di dalam senarai pengalaman ana yang sedikit ini, ada sejumlah hafiz dan hafizah yang hidupnya jauh dari televisyen dan bi’ah fasidah mufsidah, berzina sebelum sempat memegang segulung diploma tahfiz al-Quran (kalam-kalam Allah).
Setakat ini, jika di Malaysia, saya tidak menyenaraikan televisyen sebagai punca teratas kekejaman, keliaran, kelucahan dan kebiadaban anak-anak kita. Televisyen di Malaysia biar sebangsat mana sekali pun satu reality show yang ditonjolkan, ia belum mampu menandingi segala koleksi dosa yang dipersembahkan melalui
(i) internet
(ii) vcd dan dvd lucah – extension kepada tv
(iii) telefon bimbit
(iv) peer pressure
kalau tv punca anak-anak jadi malas, lembab as potato couch, nerd… itu jelas. cabaran ibu bapa adalah untuk merealisasikan cadangan-cadangan di atas. setakat ini, kiblat rumah kami masih kaabah dan bukannya tv (tempat seluruh ahli rumah mengadap).
kalau adik-adik berhujah ustaz saifulislam.com kata ok, maka hujah-hujah ustaz saifulislam.com kata ok ialah seperti yang ditulis di artikel di atas. kalau ada yang salah faham dan salah ambilan, dari Quran pun ramai yang memutar belitkan kebenaran
terima kasih sekali lagi atas perkongsian
@Abu Saif, nampak di tulisan anta kerasnya pendirian anta terhadap isu ini. Contoh yang anta bagipun tak ada kena mengena. Cuba saya tanya soalan ini – berapa ramai pula anak muda yang biasa melihat TV yang berzina? Cuba anta perhatikan semula isu ini. Macam kata anta juga, membentuk anak-anak secara ada tv dan secara tiada tv… adalah kata kuncinya. Janganlah anta memandang sinis orang yang menolak TV. Dalam al-quran ada Allah menyuruh kita menundukkan pandangan. Kalaulah hujah anta itu benar, maka saya tak rasa Allah turunkan perintah ini. Bolehkan kita mendabik dada berkata – aku pergi ke disko tetapi aku tak minum pun. Atau kita sekeluarga pergi pawagam nak tengok cerita OK dengan alasan tak apa cerita OK. Mungkin peribadi segagah anta dapat menangani isu ini dengan mudah, boleh mengawal, boleh lock dan sebagainya. Cuba anta lihat di luar sana – tabiat orang kita apabila menonton TV. Lagipun, bukan semua rumah ada astro. Cuba anta lihat semula apa kata Syeikh Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya, Tarbiyyatul Aulad Fil Islam tentang televisyen. Cuba anta senaraikan berapa banyak program TV yang baik dan tak baik untuk tontonan anak-anak kita. Kalau rancangan kartun, berapa kerat kartun yang ok. Cuba anta perhatikan dari sudut kesihatan anak-anak apabila terbiasa dengan menonton TV. Cuba anta lihat dari segi boikotnya pula. Cubalah anta kaji semula pendidikan Rasulullah. Ya mohon ampun mohon maaf kalau kata-kata saya ini agak keras tapi cubalah perhatikan semula hujah-hujah anta. Moga beroleh faham dan rasa, Insya-Allah.
p/s : saya sedang melihat VCD Children in Heaven menggunakan komputer.
@abuyon,
semasa membaca tulisan abu imad, saya membacanya dengan penuh rasa aman dan membayangkan wajah abu imad yang manis kerana kami saling kenal mengenal. saya tidak membacanya secara sinis, dan saya juga tidak membalasnya secara sinis kerana saya dan abu imad adalah kenalan.
tetapi jika abuyon membacanya sebagai suatu catatan yang defensif lagi sinis dari saya, ia mungkin berpunca daripada saya dan abuyon yang saling tidak kenal, atau mungkin abuyon kenal saya tapi saya tak kenal abuyon.
apabila hujah dibalas hujah, jadinya defensif. jika tidak dijawab, dianggap sudah tiada modal. jadi terpulang. walaupun saya terasa mahu memberikan pandangan tentang kata-kata abuyon, tetapi saya memilih untuk tekan butang pause dan cuba mengelak daripada suatu corak abuyon yang konsisten berkaitan muamalah idea kita yang belum sempat bertaaruf ini
@Abu Saif, abu imad byk guna perkataan saya, abuyon byk guna perkataan anta…
@Kak Ija, Itu yang cantiknya perbincangan di SIO.
@Kak Ija, pembetulan sebenarnya, abu imad byk guna perkataan “ana”…biasalah skrg baca kat web ni skim aje…berfikir pula semasa offline…akhirnya komen berbentuk “tacit knowledge” je
salam
artikel yang sangat memberi pengetahuan tentang keibubapaan serta membuat saya menilai buruk baik kehidupan dan cara didikan yang diberikan kepada saya.
saya bersetuju penerangan yang tidak diberikan kepada anak2 yang masih kecil sangat penting agar mereka faham mengapa mereka dimarahi bukannya dibentak,dimaki-hamun serta dilabel-lebel dengan gelaran yang negatif.Segala gelaran negatif itu akan melekat dalam otak dan jiwa anak-anak serta amat sukar untuk membuang sifat-sifat negatif yang terbentuk akibat daripada label negatif tersebut apabila menjangkau dewasa.
sewaktu kecil saya,saya jarang sekali menerima pujian dan penghargaan daripada ibubapa malahan sering dilabel dengan pelbagai gelaran negatif seperti bodoh,pemalas dan adakalanya dicarut-carut.Apabila markah peperiksaan tidak memuaskan dengan mendapat B,pernah saya dimarahi dengan teruk serta kertas peperiksaan saya dikoyak dan dibuang.keesokan harinya,apabila cikgu minta semua keluarkan kertas peperiksaan untuk bincang jawapan,saya terpaksa berbohong dengan cikgu kata bahawa saya terlupa sedangkan kertas itu telah tiada.
kesannya,saya tidak ada apa2 perasaan sebab saya takfaham kenapa saya kena marah sedangkan saya lulus dibandingkan dengan rakan-rakan ada dapat C dan tak lulus.Apa yang saya dapat ialah menipu adalah satu cara untuk menyelamatkan diri.
saya banyak memberontak dan menyalahkan ibubapa saya yang langsung tidak memahami saya serta tidak mahu mendengar penjelasan dan pendapat saya.Saya dianggap bodoh dan taktahu apa-apa walaupun telah berusia sesuku abad.Akhirnya saya menjauhkan diri daripada ibubapa kerana tidak tahan pada tekanan.
Kini,saya mengandungkan anak pertama.Semakin saya risau saya akan menjadi seperti ibubapa saya yang mendidik saya dengan kasar.Dan saya khuatir anak saya akan jadi memberontak seperti saya.Saya selalu membaca artikel-artikel ustaz dan mendengar ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk mencari kekuatan diri dan dapat membentuk diri saya semula dan dapat jadi penduan untuk didik bakal anak saya.
tetapi apabila mengenangkan ibubapa saya,saya menjadi trauma dan risau..
saya berdoa agar saya dapat mendidik anak-anak saya dengan baik.
terima kasih ustaz atas artikel-artikel yang banyak membina diri ini.
wassalam
@jidan, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna. Insya Allah sama-samalah kita berjuang sebagai MUKALLAF untuk memberhentikan CYCLE yang menyedihkan itu. Keupayaan memilih yang terbaik, jika terlepas peluang untuk diri, pastinya ada ruang untuk anak-anak pewaris diri
@jidan,
sedih juga mendengar cerita anda. Mana yang jernih ambil, mana yang keruh buang. Kita mesti sedar yang ibu bapa kita juga manusia; yang mana selalu ada sifat2 negatif. Maafkan mereka. Ayah saya juga seorang panas baran walaupun dia seorang guru agama. Sepanjang pemerhatian saya, dia memang tahu sifat itu ada pada dirinya. Mungkin diwarisi dari darah Bengkalisnya. Tapi, saya nampak dia berusaha mengawal sifat itu (bukan senang nak kawal marah). Namun, tempias marahnya saya rasa ada membentuk diri saya. Saya ada sedikit inferiority complex yang membuahkan rasa kurang yakin diri yang saya rasa kesan dari membesar dlm suasana baran. Nak buat apa2 aja semua takut/was2 sebab kadang2 perkara yang kita rasa tak salah jadi salah pada mata ayah. Bak kata adik saya, dia bersin pun kitaorang semua dah gelabah. Saya kadang kadang terfikir nikmat yang diberi pada anak2 orang lain yang boleh bergaul dengan bapa mereka sebagai kawan. Tapi tak sekali kali kami adik beradik.
Tapi, saya juga bersyukur kerana ayah juga ada sifat2 yang mana ayah orang lain tak memilikinya. Dia mengambil berat tentang agama. Dia berusaha mendidik kami dengan agama. Dia ajar saya menghafaz Quran. Dia bawa saya ke majlis usrah yang dia sendiri sebagai naqib. Dan banyak lagi perkara.
“Ayah kau tu harimau melaka. Kalau dia berpidato, bersemangat”, sahabat ayah beritahu pada adik saya. Ada perkara yang kita tak tahu tentang ayah kita sendiri, tapi kita tahu melalui orang lain. Ye lah, takkan lah ayah kita nak berpidato depan anak2 sebagaimana dia berpidato dalam majlis agama. Jangan kita sangka kita dah mengenali ibu bapa kita kerana kita anaknya. Banyak yang saya rasa saya terlepas.
Walau ada buruknya ibu bapa kita, pandanglah sudut baiknya. Takkanlah takde hatta sekelumit baik pada mereka.
@jidan,
Saya sangat bersimpati dengan situasi saudari. Saya bersetuju dengan tulisan saudari
“Semakin saya risau saya akan menjadi seperti ibubapa saya yang mendidik saya dengan kasar.Dan saya khuatir anak saya akan jadi memberontak seperti saya.”
Saya juga dibesarkan dengan kata-kata yang kasar dan hukuman-hukuman yang nyatanya berat sebelah. Hasilnya saya menjadi seorang yang rebellious dari segi kata-kata dan juga tindakan. Saya juga sangat defensif kerana saya takut pada manusia yang akan cepat menghukum saya apabila saya buat salah. Zahir saya kelihatan seperti garang tetapi sebenarnya perasaan saya sangat rapuh.
Sekarang saya sudah punyai 2 cahayamata, memang perasaan yang sama seperti saudari nyatakan di atas sentiasa menghantui saya. Saya akui saya garang dengan anak-anak. Selalunya, selepas saya marahkan anak-anak, saya akan rangkul, peluk dan cium mereka kerana rasa bersalah saya yang teramat sangat. Automatik saya rasa benci pada diri sendiri kerana saya bersikap seperti orang-orang yang telah mendidik saya sebegitu.
Saya masih struggle untuk membaiki keadaan. Saya risau kerana anak saya yang sulung pun nampak seperti terkena bias seperti saya dulu. Saya akan terus berusaha untuk berlembut dengan anak-anak. Terima kasih pada Abu Saif dan juga pembaca-pembaca blog beliau kerana saya mencari panduan, nasihat dan juga kekuatan melalui tulisan dan komentar mereka.
I believe you are very kind and warm at heart. Saya doakan semoga saudari jidan akan menjadi ibu yang terbaik buat anak yang bakal lahir nanti.
Termenung saya memikirkan masalah ni …anak-anak dah semakin membesar …di Uk lagilah …hatta siaran untuk kanak-kanak seperti CBBC pun terpaksa saya tapis.
Sering saya ingatkan anak-anak kalau dah terpandang episod tak elok saya akan cakap muslim tak boleh buat macam tu. sekurang-kurangnya anak-anak dapat kenalpasti as a muslim – mana yang boleh mana yang tak boleh ..ini yang dapat dipantau di rumah, diluar rumah macam-macam hal lagi ..semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita sebagai ibubapa untuk membesarkan anak-anak dengan Islam, Iman & Ihsan
@zu-uk, itulah kelebihannya duduk di UK…
bila ada benda tak senonoh muncul di televisyen, beritahu sahaja si anak, “jangan buat begitu. kita muslim tidak begitu!”
tetapi di malaysia, kalau sebut begitu kepada anak-anak, nanti ditanyanya kita, “eh abi, bukankah yang terloncat-loncat terhegeh-hegeh itu namanya macam nama nabi?”
Tv, internet, X-box, PS2 dan sebagainya adalah kata ganti diri bagi “hiburan”. Makin canggih hiburan tu makin besar tanggungjawab ibubapa. ibarat kata-kata yang mashyur;
“The greater the power, the greater the responsibility”.
Tapi TV ni sinomin dengan hidup seharian kita. Kalau ada TV, mau separuh hari mengadap Tv saja, sedangkan masa tu boleh menyiapkan tugasan-tugasan @ kerja lain.
Saya pun lama tak tengok TV. “Tak Nak Tv”.
Peace.
what you see, is what you get…
jika lihat tv sebagai hiburan, maka hiburanlah yang kita dapat.
who you are, determines how you see…
bab defining ‘who you are’ inilah yang memerlukan kepada pendidikan.
p/s: who you are determines which channel you will watch!
@Abu Saif,
setuju. bab-bab niat ni kan? Ada seorang sahabat saya kata, dia suka tengok TV masa bulan Ramadhan, sebab lazimnya ada tadarus Al Quran. Bulan-bulan biasa dia suka awal-awal pagi dan masa nak habis rancangan; motivasi pagi, “though of the day”.
Diantara awal dan penghujung rancangan diisi dengan pelbagai benda yang bercampur aduk. Kalau bercakap tentang Realiti TV semua dah tahu, kesan pada masyarakat semua lebih arif, SMS dan sebagainya. Situasi di Malaysia la biasanya. Tempat lain, “Lain padang, lain belalang.”
Macam ustaz kata ,kena la pandai-pandai memilih.
teringat masa kecil2 dulu…kalau kat sekolah terpingga-pingga bila kawan2 cerita pasal wwf, mr bean, pasal conan ka..pasal lost world ka…sebab kami tak boleh tengok..
mak memang berkeras tak bagi tengok….
kalau tengok cerita yang tak senonoh ayat pertama yang keluar dari mulut mak..” Tak malu tengok orng tak pakai baju ni…cerita apa ni..?” mak akan suruh tukar tv lain..
kadang2 hati memberontak juga masa tu..yala kawan2 excited cerita kat sekolah tapi kami tak tahu..tapi bila dah besar sikit masing2 faham..sebab bila ada adegan atau cerita tak senonoh, ganas, kurang sopan mak akan tukar channel atau paksa tukar dan bagitau kenapa tak boleh tengok..
kadang2 gaduh juga dengan mak..cakap ngan mak alah bukan kami nak ikut pun…tapi mesti kalah punya sebab mak kan mak…:)
hmm…susah jugak nak kawal kan..dulu nak tengok benda tak elok kena cari…sekarang tak payah cari..ia datang sendiri…..sebab tula budak darjah satu pun dah boleh cerita adegan lam kelambu…
yang menarik di
http://www.turnoffyourtv.com/
Tv menjadi keperluan dalam kehidupan. dengan adanya TV, hiburan, maklumat dan berita dapat diperoleh. Jika elemen-elemen ini disekat, hambarlah hidup.
kehidupan lebih bermakna dalam keadaan sebenar berbanding keadaan yang cuba dibuat-buat.
@wargadunia, tak semestinya..sejak kahwin kami tak beli tv pun sebab faktor kewangan..bukan tak mampu sangat tapi hold dulu sebab ada kepentingan duit tu untuk benda lain…dari bulan 5 sampai 12 haritu memang rumah kami tak bertv…tengok berita kat surat khabar dan kalau teringin nak tengok cerita apa2 donlod kat internet atau pi beli dvd….tv tu taklah penting pun…sepanjang takda tv takda pula rasa hambar..cuma taktau la sangat macam perkara artis terbaru, drama terbaru atau iklan terbaru…..
sekrang pun ada tv bukan tv sendiri..tupun mak saudara suami bagi pinjam tv dia yang lama…tv tu pun bukak untuk tengok berita dan cerita2 tertentu saja…tupun bukanlah leh tengok selalu pun..malam lepas balik kerja sajalah….ngan pepagi weekend tengok kartun
bagus jugak takda tv ni..bil elektrik kurang sikit…takla lagha sanngat org kedah kata..ni nak pi semayang pun dok berrebut keutamaan ngan tv…
papun masing2 ada keperluan masing2 terhadap tv tu..yang penting kawal apa yang kita tengok….
@rulza, Yupss!!! benar, sumber berita di televisyen banyak sudah yang kurang benar. mencari sokongan seperti internet sangat penting supaya kita tak tersasar dalam membuat analisa dalam negara… Untuk update isu semasa sesuai tapi kurang tepat bila dengan TV semata-mata.
@Ummu Abdullah, betul tu..kita kena rujuk banyak sumber..baca dri point of view banyak pihak…baru leh kita nilai kesahihannya…..
Sedikit karya SN Dato’ Shahnon Ahmad berjudul ‘TiVi’ sudah saya lakarkan di blog saya. Selamat membaca!
Assalamualaikum ustaz..
isi yg bernas!
mabruk alaik…!
keupayaan menganalisa & memilih..
tanpa didkan awal, hasil xkan indah spt yg diharap..
Jom koreksi diri!
pendidikan di rumah yang diabaikan seringkali menyebabkan perkembangan optimal anak terhambat atau terhalang. Keghairahan untuk menipu melonjak-lonjak apabila anak tidak diberi pilihan untuk membuat keputusan. Sikap AUTOKRATIK ibu bapa, mungkin itulah yang menjadikan anak mudah membela diri dengan senjata menipu. Sehingga mereka sukar membuat keputusan ketika dewasa…
p/s: Ana tengah menyiapkan satu artikel, respon kepada artikel ini… mohon pencerahan daripada antum kelak…
mahu kepada TV atau tidak.. terpulanglah kepada individu.. saya memilih mahu kepada TV… sebab seronok layan Astro Awani dgn Bernama TV…
namun saya sangat berharap agar media arusperdana tidak memuatkan cerita2 hiburan.. dan saluran awani & bernama dapat disiarkan di media arusperdana i.e. RTM, mediaprima… penonton pun tak terdedah sangat pada perkara lagho…
Dulu masa kanak-kanak, mak ajar kalau ada adegan bercumbu kena tutup mata. Tapi dah makin besar ni, makin syadid la pulak. Terus tutup tv. Drama melayu dan sinetron indonesia pun tak bagi tengok.
saya tertarik dengan pandangan abuyon, apakah yang dimaksudkan abuyon TiVi itu merupakan rantai gajah bagi Keluasan dunia Sunnah?
@aburan, syeh boleh jelaskan lagi, saya tak faham. Pandangan mana yang enta rujuk.
@abuyon,
pandangan berkaitan menilai tarbiah Rasulullah dari perspektif lain… sekiranya media kita tanpa iklan yang membuang masa, tanpa perlu filter… yang mana masa jadi lebih bermanfaat dan satu pandangan yang lebih luas tanpa batasan, tanpa kongkongan ciptaan manusia tanpa iman.
TV adalah ibarat tukang besi dimanakah penjual haruman?
@aburan, ya akhi … penjual harumannya ada di sekelilingnya. Tak terkira banyaknya. Tiap detik nafas kita, jika betul channelnya adalah penjual haruman tersebut.
iskh…kesian kat tv…tv jugak yang salah….
sebenarnya, kalau hendak dilihat dari kesan negatif semata-mata, maka umat islam akan mundur…tv takleh guna, handphone takleh guna, computer takleh guna, kereta motor pun takleh guna….
tp,saya tak pula kata mereka yang menolak tv itu salah, bergantung kepada penggunanya..kalau kita rasa manfaatnya lebih banyak kalau kita tak pakai tv, maka teruskan…tapi tak boleh pulak kita cakap orang yang pakai tv itu salah…begitu juga saya yang menerima tv, saya tak boleh pula cakap orang yang tak pakai tv tu salah….bergantung kepada kesan yang kita dapat….
maka saya anggap ianya khilaf….
sebagaimana khilafnya antara salaf dan khalaf…
kalau kita taknak ikut orang, jangan pulak kita cakap orang tu salah…
begitu juga saya yang mengikut, saya takleh pula cakap orang lain yang tak ikut tu salah…kerana matlamat kita sama…cuma manhaj saja berbeza….termasuklah juga dalam politik samada nak sokong parti X, Y ataupun Z…he…
yang penting beramal dengan ilmu…
p/s:maaf ustaz..selalu melencong….
saya selalu memandang satu perkara itu seperti coin. ada pro dan ada kontranya.
yang paling penting adalah SIKAP manusia berdepan dengannya.
kerana itulah ISLAM menitikberatkan AKHLAK yang menjamin pemilihan dalam hitam putihnya satu-satu perkara.
salam,
ustaz abu saif yg dikasihi
Isu TV adalah membabitkan persoalan pro dan kontra. bagi saya TV ini baik tiada daripada ada. walau bagaimanapun setakat ini sy dengan kecewa masih belum berjaya meniadakannya.
masa kecil, kita masih boleh mengawal anak2 tetapi apabila meningkat usia remaja, mereka bercampur gaul dengan rakan2 dan bergelumang dengan persekitaran; mengawal remaja sangat sukar. nafsu muda mula menguasai diri. Zaman ini melawan nafsu sangat sukar. sebab itu saya menyatakan baik tiada daripada ada.
Adanya Oasis atau TV 9 sangat dialu-alukan. sy mengharapkan wujudnya TV IKIM atau TV YADIM yang sepenuh berwajah Islam sebagai alternatif
Dan akhirnya saifulislamTV harus diusahakan..hehe
akhir kalam: TV boleh membinasakan
@ridhwan,
tv 9- mari mengaji, mari bertarannum, Ustz zamri bercerita, Aqedemi Al-Qur’an —–> gadis melayu????
@arief, Sahabat, Pukul 3 Pagi & Di mana Bumi Dipijak are Superb!
Assalamualaikum.
Wah…banyak betul pendapat yang diutarakan mengenai topik ini. Banyaknya hujjah yang menyokong diadakan TV, banyak juga hujjah yang menolak adanya TV. Namun pada pendapat saya, rumusannya hanya satu – semua orang di sini ingin menjadi ibu bapa yang terbaik, ingin mendidik anak2 menjadi insan terbaik. Saya yakin, inilah impian dan harapan setiap ibubapa. Cuma mungkin, cara masing2 saja yang berbeza.
Walaupun belum berkeluarga, melalui pengalaman2 orang lain serta cerita2 yang saya dengar, saya berpendapat, untuk menjadi ibubapa memang perlu hati yang cekal. Selepas berusaha menyediakan yang terbaik untuk anak2…makan, pakai, pelajaran, tempat tinggal, langkah terakhir hanyalah….TAWAKKAL!. Sedangkan Nuh itu seorang nabi, hancur luluh hatinya…melihat anak yang kafir sedang tenggelam ditelan air bah. Siapa lah kita, manusia biasa…hanya mampu berusaha. (ehem! lari topik ker).
Sebenarnya…sebagai seorang anak…dan saya yakin semua org pun, adalah seorang anak…semasa zaman kanak2 dan zaman remaja, saya tidak suka apa yang ditegur ibubapa. Ini tidak boleh…itu tidak boleh….Tapi sungguh aneh! setelah saya dewasa dan berdikari…jauh dari perhatian ibubapa…sikap saya…hoho!!! sebijik seperti yang cuba dibentuk oleh ibubapa saya dahulu. Wah! rupanya dulu saya hanya ego! walhal sebenarnya saya akui teguran dan panduan mereka itu hampir lebih 95% adalah BETUL!!!
Salam,
Saya bersetuju dgn isu dan pendapat yg dikemukakan Ustaz.Kita perlu expose anak2 kita dgn sesuatu yang ‘baru’ baginya , tapi mesti dikendalikan bersama,utk mendidiknya, yang mana yg hak dan yang mana yg batil.Memang anak2 tak faham pada awalnya, tapi lama kelamaan didikan itu akan bertapak dlam akal fikirannya dan akan dijadikan sebagai bahan ilmu pada mereka.
Tetapi sebagai ibubapa yang sibuk, kadangkala saya tidak sempat menonton TV bersama anak2, utk menonton sambil mendidik mereka utk memilih yg baik, menolak yg buruk.Kalau dulu sewaktu saya dihantar bertugas ke Sarawak, saya tidak membeli peti TV, tapi cukup dengan radio kesayangan saya.Sebagai org bujang saya mengisi masa luang saya dengan banyak membaca.Masa tu prepare juga konon nak ambil exam Fellowship dan saya ada masa yang begitu banyak utk membaca…dan Alhamdulillah juga saya khatam Quran banyak kali.Itu tanpa TV , masa belum bersuami dan tiada keluarga disisi.
Pada saya, TV secara amnya menjadikan anak2 saya kurang berminat utk membaca.Sedangkan, keseronokan membaca itu akan mendidik anak2 selain memberi ilmu, meneroka minda mereka utk menggambarkan isi kandungan pembacaaan mereka.Keupayaan mereka utk mentafsirkan pembacaaan kepada bentuk visual atau penceritaan semula adalah satu bentuk didikan.
Saya akan menegaskan anak2 supaya menunggu siaran di TV9 setiap jam 6.30 ptg utk mari mengaji dan tarannum, tapi sukarnya nak lihat semua melekat depan TV.Itulah pilihan mereka.
TV juga mengurangkan kemahiran anak2 bermain, kalau dah menonton TV ,petang 2 tu, tak kisah nak pergi menjalani aktiviti riadah, berbasikal,ke padang mainan dsb.Saya akan tutup TV petang2, suruh anak2 bermain, keluarkan peluh dan puas jika anak2 bermain mengikut kreativiti masing-masing, biarpun rumah bersepah, tapi saya senang hati , berbanding bila semua melekat depan TV , tapi saya tak dapat menemani.
Saya dan suami tidak melanggan siaran TV berbayar, sebab kami tidak ada masa menonton bersama anak, dan kurang berkenan dengan banyak saluran di dalamnya.Lagipun wang langganan itu lebih baik dibelanjakan utk perkara lain.Palestin ? Secawan kopi utk SIO?
Semua medium media massa perlu kita kawal penggunaannya, didik anak2 ,cakap, beritahu berkali kali.Harapan saya supaya anak-anak ini akan tetap meniru sifat ikan di laut masin, rasanya tidak masin kecuali setelah dijadikan ikan masin!
Kalau saya dan suami terpaksa bertugas dan anak anak tinggal di rumah, saya cabut wayar sambungan TV dan bawa pergi bersama.Sediakan aktiviti lain utk anak2 (minus computer game), dan they understand.Yalah, tiada siapa yang nak tunjuk ajar mereka semasa menonton.Tapi saya tidak buang TV, sebab ia masih diperlukan.
Assalamualaikum ustaz,
Sy seorang penulis skrip TV. Pun begitu, sy seorang “anti-TV” . Tonton TV hanya sekejap2 utk tujuan kajian dan penelitian demi peningkatan kerjaya sy.
Aktivis persatuan pengguna, SM Idris, ada mencadangkan agar kanak2 bwh 2 thn diharamkan dr tonton TV. Kalau artikel ustaz tumpu pada isi kandungan (content), kerisauannya tertumpu kepada pertumbuhan minda kanak2 .
Sekadar berkongsi maklumat, berikut adlh pembacaan sy tentang TV :
Menurut pakar psikologi, imej TV hanya merangsang otak kanan, tetapi tidak otak kiri. Otak kiri jadi statik masa kita menonton krn gambar bergerak dan warna, hanya disumbatkan ke otak kanan dengan sangat laju tanpa perlu diproses oleh otak bahagian itu. Sudahnya, tiub di tengah-tengah antara otak kiri dan kanan pun akan turut statik. Lantas, ia gagal membuat koordinasi antara fikiran kreatif/khayalan/seni dengan fikiran logik/fakta/angka/analisa/detail. Manusia yg terbaik adlh manusia yg mampu menggunakan kedua-dua belah otak secara optimum. Mrk ini lah org yg berupaya menyelesaikan masalah masyarakat dgn ciptaan atau idea mrk.
Kata pakar lagi :
Ketika berusia 0 hingga 3 tahun, sel otak manusia berkembang dalam kadar yang sangat pesat sehingga jadi berselirat dan kait mengait dengan eratnya antara satu sama lain. Jumlahnya bilion. Lagi byk ia bercambah, berselirat dan bertaut rapat, lagi bijak lah manusia itu. Tp hal ini perlu dirangsangkan. Caranya dgn aktiviti membaca buku, melompat, berguling, bergayut, melukis, memasak, membuat kraftangan, berbasikal, etc. Percambahan sel otak terus berlaku selepas itu ttp dlm kadar yg sedikit perlahan sehingga usia 11 tahun. Semakin tua, ia semakin perlahan. Ada pakar berpendapat percambahan sel itu masih berlaku hingga manusia tua. Sbb itu lah pakar mencadangkan aktiviti membaca yg melibatkan otak kanan dan otak kiri hingga ke tua. Lagi susah benda yg dibaca (perlu berfikir) lagi terangsang sel otak.
cth : kalau tonton National Geographic, otak kiri X perlu bekerja, hanya otak kanan menerima visual harimau menerkam mangsa. Tapi kalau baca tentang harimau yg sama dlm majalah National Geographic, kedua-dua otak kiri dan kanan perlu bekerja. Jadi, membaca lebih baik dr menonton.
Pakar psikatari kanak2 berpendapat, cara TV menghantar mesej (bukan isi kandungan) menjadi punca kenapa kanak2 zaman skrg sgt lemah menangkap pelajaran di sekolah. Mrk mengaitkannya dgn kurang upaya otak kiri memproses dan menganalisa fakta krn otak kiri x dirangsang sejak kecil melalui aktiviti fizikal spt yg sy sebutkan tadi. Pakar menyalahkan TV dan menasihati ibu bapa kurangkan TV (bkn ats alasan isi kandungannya). Kata pakar, imej yg laju di kaca TV juga menyebabkan kanak2 tidak perlu menggerakkan mata ke kiri dan kanan. Sudahnya, pergerakan urat saraf dlm mata jadi statik dan sukar mengikuti pergerakan tangan guru yg menulis di papan hitam. Mata kanak2 yg terdedah pd TV secara berlebihan akan menjadi seperti “merenung”. Bagaimanapun, pakar tidak lah sampai mengharamkan TV spt saranan SM Idris. Sebaliknya, mencadangkan agar waktu menonton dihadkan kpd sejam sahaja sehari.
Sy ada satu soalan kpd ustaz iaitu :
Skrg sy tengok ramai kawan dari golongan profesional yg bijak dlm ilmu duniawi, berpangkat besar, ttp mudah terpengaruh dgn ajaran agama membabitkan khayalan tok guru menyeleweng. Cth : melanggar syariat, confirm masuk syurga tanpa amal, kononnya tok guru boleh ada di byk tempat serentak, blh baca isi hati anak murid, pandangan pula boleh tembus sampai ke Mekah, air doa mrk sgt mustajab, tahu tarikh kiamat, etc. Sy dtg dr kelumpuk ini dan agak risau melihat jumlah yg terpengaruh makin meningkat. Kenapa mrk mudah terpesona dengan cerita ajaib yg sy rasa sengaja direka-reka olh si tok guru utk kepentingan duniawinya semata-mata? Adakah fenomena ini berpunca dr kehilangan logik/menganalisa fakta (kelemahan otak kiri) tetapi terdorong oleh kekuatan khayalan (otak kanan)? Jika benar, adakah ini berpunca dr cara TV menghantar imej itu yang merangsang otak kanan, tetapi tidak otak kiri? Kita maklum bhw TV mula memasuki rumah-rumah Muslim sekitar 70-an. Golongan profesional usia 30-an skrg adalah mrk yg membesar dgn TV semasa kecil/remaja dahulu. Golongan ini tidak terjebak dlm gejala sosial spt yg ustaz dan para pelawat lain bincangkan sblm ini dlm ruangan komen. Tp mrk sesat dr segi pemikiran, pemahaman agama dan amalan. Wlpn mrk tidak berzina, minum arak, mencuri, merempit, merogol, black metal, terkinja-kinja di disko atau menengking ibu bapa, mrk juga bukan “a true muslim”, kan?
Ustaz, ini sekadar satu teori konspirasi sy sahaja, bukan kajian yg berupaya membuktikan kaitannya.
Oh, ya..sebut tentang konspirasi, pendakwah Hamzah Yusuf dr Amerika Syarikat pernah menulis buku yg menuduh TV sebagai “Trojan Horse” yang dihantar masuk ke rumah-rumah Muslim. Pdptnya agak menarik.
Bagaimanapun, sy setuju dgn pdpt Ustaz & pelawat lain yg mengatakan kita perlu mengawal TV, bukan buang terus TV. (walaupun kadang2 sy rasa macam nak campak dalam sungai saja bila anak2 enggan tutup TV walau disuruh berkali-kali)
Sekian, sekadar berkongsi pendapat dan maklumat.
@Maizura Mohd Ederis,
Salam…ini merupakan satu maklumat baru bagi saya. Hujah pakar2 yang diutarakan jelas logiknya. Bagusnya sebab ada orang yang sudi share this info…
Tentang mudah terpengaruh dengan ilmu sesat tu…ada satu lagi yang membuatkan saya pelik. Iaitu kenapa masyarakat senang terpengaruh dengan skim cepat kaya…adakah keduanya itu ada kaitannya dengan sikap? sikap malas berusaha, hanya mahu hasilnya saja? sikap tidak sabar menunggu, semuanya mahu cepat, express?
@Maizura Mohd Ederis,
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih. Saya amat menghargai perkongsian ini. Maaf tak sempat nak mengulas panjang sebab sedang mobil ke Ipoh.
Saya berpandangan, kesan buruk televisyen itu berlaku apabila ia dijamah secara berlebihan sehingga menjadi rutin malah ketagihan. Dan dalam kehidupan kita, semua yang bersifat terlebih dos, amatlah memudaratkan.
Terutamanya di negara Barat yang ada 4 musim. Tatkala musimnya ialah musim sejuk, apa lagi benda yang anak-anak dan mak bapak buat selain daripada ‘mengembangkan diri’ dan menguncupkan otak’ di depan tv. Matahari terbit jam 8 pagi, tenggelam jam 4 petang, tabiat menonton tv di negara barat amat-amatlah berlainan daripada average biasa di negara tengah bumi seperti kita. Saya tidak bermaksud untuk counter balik hujah-hujah kajian pakar berkenaan, tetapi harus diteliti beberapa titik perbezaan yang wujud, supaya kita faham mengapa scholars di barat, sama ada muslim atau tak muslim, yang menolak tv, akan menyerangnya dengan begitu keras. Selain soal content, corak menonton tv akibat faktor 4 musim itu juga amat-amat ketara dan mempengaruhi kajian.
Jika menonton berlebihan boleh memudaratkan, bagaimanakah pula dengan membaca secara berlebihan? Wah, adakah apa yang dinamakan sebagai membaca yang berlebihan? Jawapan saya, ADA. Sebab itu ada istilah ulat buku atau bookworm. Membaca buku secara berlebihan juga membantutkan aktiviti fizikal dan lebih buruk lagi, membaca novel-novel secara berlebihan!
Percaya atau tidak, setiap kali saya handle program remaja, masalah terbesar yang dihadapi ialah peserta tak tidur malam, kemudian mengantuk sepanjang siang. Yang lelaki dah terbiasa berjaga malam main game, yang perempuan berjaga malam melayan novel. Apabila finding konsisten, saya yakin, masalah besar sekarang ialah obsesi dan ketagihan. sama ada ketagihan skrin atau ketagihan membaca. dua2nya terhimpun di dalam topik HEDONISMA!
salam wbt..
btol3.. yg penting, kne balance.. Islam mnganjurkan hidup yg besederhana.. sederhana tgk tv (kawal content), sederhana baca buku (pun kawal content)…etc..& itu jugak yg payahnya, sebab xtau limit sederhana tu di mana.. adoiii…
indahnya Islam.. +)
Assalamualaikum Ustaz dan pembaca SIO sekelian.
Konsep ustaz tetap berpaksikan Agenda 2008. “Who you are” yg perlu setiap individu “define” atau dalam kes ini ibubapa semaikan dalam jiwa anak2, Muslim by choice not by force. Tu yg berat tu, kena jadi ibubapa yg berpengaruh ke atas anak2.
Mantap isu di atas, barulah bergerak kepada “what you see”, “obvious sgtlah pada isu ini kerana ianya berkaitan dengan menonton TV, akhirnya adalah “what you get”.
Mukallaf ni pun satu isu juga, takkan kita nak kata “Mukallaf is in the eye of the beholder”. Technically ianya bergantung pada umur malangnya tidak pula demikian.
I’ve read in newspaper, one singer ask her wife to make sure their kids do not watch him on TV…bengang pula rasanya, tau pula dia kesan negatifnya terhadap kanak2.
That is beside the point, yg pentingnya kita berpegang pada konsep yg diutarakan ustaz. Topik TV tu sekadar memancing perhatian pembaca, sebab siapa tak kenal TV @ Mawi. Any obsession is dangerous. Redefine our faith everyday not only by saying “Lailahaillallah” but with any of our decisions in life. Back to “who you are” determine “what you see” and “what you see is what you get”
@Kak Ija, kena realistik juga. Kadang-kadang what you don’t see or what you do not wanna see, you get too. What you don’t hear or what yo do not wanna hear, you get too. Cuba kaji balik sirah Rasulullah SAW bagaimana Allah SAW pelihara Baginda ketika kecilnya, hendak melihat hiburan atau pesta. Itulah pendidikan Rasulullah SAW. Bukan sekadar teori atau praktik ikut sunnah kita.
@abuyon, Betul tu, tak subscribe astro pun anything about it anak2 akak tau…hmmm, tahap Allah pelihara tu, akak kenalah berdoa byk2 sambil berusaha…anak akak yg 11 tahun ni obsess betul dgn artis…jenuh mentarbiahnya.
Assalamualaikum
yea. saya amat bersetuju dengan Abu Saif bahawa anak-anak harus diajar untuk memilih yang terbaik untuk diri, bukan dihalang. Maka ianya akan dianggap mengongkong bagi anak-anak.
~ anak-anak hari ini bukan seperti anak-anak dulu-dulu, maka didiklah anak-anakmu seperti anak-anak hari ini, bukan seperti anak-anak dulu-dulu~
Salam semua. Alhamdulillah, syukur. Pertamanya, hidup ilmu kerana muzakarah.Justeru, terima kasih SIO, kerana di sini kita “hidup”. Saya bersetuju dengan pandangan ummu adeebah, kerana itulah realitinya. TV tidak salah, ia adalah medium sahaja, terpulang kepada kita untuk mengawalnya, macam pandangan ustaz. Justeru, saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan ustaz. Pun begitu, TV saya ibaratkan seperti sebilah pisau. Untuk diberikan kepada anak-anak, tidak sekali-kali meskipun kita tahu pisau hanyalah medium sahaja. Yup, tajamnya boleh menyenangkan kerja-kerja di dapur, namun tajamnya juga boleh melukakan.
Terima kasih Maizura kerana info yang berguna. Bagaimanapun, tidak ramai dari kalangan kita yang bersedia untuk mempraktikkannya. Momentum dari info maizura tadi, saya boleh ibaratkan kisah ini seperti perokok dan rokoknya. Meskipun sudah maklum dengan perkataan yang tertera, merokok membahayakan kesihatan, siap amaran dari kerajaan Malaysia lagi, meskipun sudah diberitahu banyak kesan buruk dari baiknya bahkan meskipun ada fatwa yang mengharamkannya sekalipun, orang kita tetap memilih untuk merokok. Kalaupun berhenti, mesti ada sebab-sebab yang kuat, jatuh sakit umpamanya.
Salam taaruf ustaz, saya sudah letak http saya di sini. Barangkali ada benarnya kata ustaz tu. Kenal baru tahu orangnya bagaimana. Nanti, saya ulas lagi apa-apa kalau tergerak di hati.
Salam ukhuwwah, untuk ustaz, untuk semua.
“Didiklah dan persiapkanlah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu”
(Ali bin Abi Thalib)……….
Perbincangan yang menarik. Saya di kem mana? Ada TV atau tiada TV? Saya adalah ditengah-tengah. Saya harap ada sesiapa yang dah merancang nak buang TV ke sungai tu saya cadangkan buang kabelnye aje. Sekurang2nya TV tu boleh jadi hiasan kat ruang tamu rumah kita.
Bagi saya, saya tak dapat bayangkan hidup anak-anak saya tanpa TV. Saya anggap TV adalah teman peribadi dan juga guru yang membantu saya mengajar anak-anak saya sehingga anak saya boleh mengenal huruf umur 1 tahun dan membaca Al Quran umur 2 tahun lebih. Jemput ke blog anak saya http://www.darwishndarwisya.blogspot.com
Saya teruja dengan pendapat.. “menonton TV mengaktifkan otak kanan, membaca tentang apa kita tonton di TV, mengaktifkan otak kiri”. Bermakna TV ini boleh membantu merangsang otak kanak-kanak kalau digunakan dengan betul. TV ini saya ibaratkan seperti API.. Ia boleh digunakan oleh manusia untuk memasak makanan, mematikan kuman dan dalam masa yang sama dia boleh membakar dan membunuh diri kita!
Jika rancangan TV yang kita musuhi, maka untuk mengatasinya kitalah jadi penerbit rancangannya. Modal tambahan untuk menjadi penerbit rancangan TV untuk anak-anak kita adalah satu alat video dan vcd-vcd pendidikan. Jika kita menjadi penerbit rancangan TV untuk anak kita sendiri, kita boleh susun rancangan apa yang kita mahu anak kita lihat dan mereka boleh melihat rancangan tersebut hingga mereka hafal. Mereka boleh belajar mengira, mengenal huruf, mengaji, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya dari TV terbitan kita itu. Malah kalau kita jadi penerbit, iklan makanan ringan macam di TV biasa tu confirm tiada.
Saya percaya anak kita memang perlu didedahkan dengan realiti sebenar dengan dunia TV. Tetapi biarlah mereka di dedahkan setelah mereka ‘berakal’ dan boleh diajar berfikir dan beranalisa, contohnya umur 7 tahun keatas. Pada umur ini kita boleh membimbing mereka berfikir mana baik mana buruk serta mengajar anak kita menjadi selektif seperti yang abusaif ajarkan kepada anak-anaknya. Bagi yang mampu tu saya rasa memang bagus kalau ada TV langgan astro sekali kerana kita boleh mengawal waktu dan rancangan untuk anak kita. Saya percaya mereka perlu didedahkan kepada dunia realiti serta bagaimana menguruskannya supaya mereka menjadi manusia yang ‘kebal’ dengan bermacam-macam tipu daya akhir zaman ini. Dan juga supaya tidak culture shock dan jadi lebih teruk dari orang yang biasa2. Ini yang kita tidak mahu.. Ibubapa warak tapi anak …. kerana jiwa mereka yang terlalu dikongkong memberontakan.