Sebelum Dibius Cinta
“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.
“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.
Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.
BIUS CINTA
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.
Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]
Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.
Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:
SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
- Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
- Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
- Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
- Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
- Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
- Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
- Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:
- Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
- Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
- Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
- Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
- Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
- Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
- Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]
Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.
Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.
Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.
Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor










































about 1 year ago
Moga Allah memberikanku sabar yang lebih dari biasa… Amin
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 2nd, 2009 3:54 pm:
ameen ya Rabb al-’Aalameen
Respond to this comment [with empathy]
khaliesah reply on March 26th, 2009 12:40 am:
saya ada pakwe tp saya sedang dalam usaha jauhkan diri drpd dia..sebab saya tau kalau saya mintak clash dia takkan lepaskan saya.jadi saya ambil keputusan pergi macam tu saja.. kami dah 3 tahun bersama..dan sapanjang masa tulah saya dah banyak sangat buat zina hati krana ingat kat dia,zina telinga dengar suara dia,zina tangan taip msg cinta untuk diberi kepada dia..
saya akhirnya sedar jadi sebelum pintu taubat tertutup jadi saya ingin kembali kepada Allah..
1)adakah perbuatan saya betul sebab saya rasa tindakan saya akan mengundang benci dia kat saya..??????????
tapi saya tekad takkan bercinta lagi..
2)adakah saya patut tukar num phone saja untuk wat dia tak dapat hubungi saya??????????dan saya tak menunggu dia lagi….
saya kadang-kadang terasa rindu dan tak sampai hati biarkan msg dia tak berbalas..biarkan panggilan dia tak berjawab..
saya perlukan semangat untuk teruskan perjuangan hati ini..
bila saya nak merujuk kepada kawan-kawan rapat saya terfikir mesti diorang akan ketawakan saya dan saya rasa mereka tak akan tolong saya..
saya perlukan seseorang memberi nasihat dan semangat tentang apa yang menimpa saya..
moga ada yang sudi membantu..
doakan saya agar berjaya dengan perjuangan ini dan memberi cinta hanya kepada lelaki yang bergelar suami apabila sudah berkahwin..
Amin…Amin Ya Allah..
Respond to this comment [with empathy]
kawan. reply on March 26th, 2009 3:07 am:
@khaliesah,
izinkan saya menjawab pengalaman anda dengan pengalaman juga.
Saya pernah mengalami situasi yang serupa, cuma saya seorang lelaki.
Kadang-kadang lebih elok mengundur diri setelah sebab berbuat demikian diberitahu. Jika saudari mengatakan ia kerana Allah dan Rasul, maka katakan yang serupa juga padanya. Jika bahasa lisan tidak memudahkan bicara, gunakah saja cara lain, supaya sampai makna tersebut.
Berlaku jujur, dan bijak.
Jika dia benar-benar cintai anda, mungkin dia juga ingin turut sama-sama bermuhasabah cinta. Memberitahu kepadanya juga mungkin menyelamatkan dia dari dosa yang saudari pernah rasa. Niat untuk menyelamatkan seorang muslim yang lain.
Mintalah tempoh bertenang kepadanya, 2-3 bulan, cuba kenal pasti bisa-bisa yang menjadi luka sepanjang perhubungan. Ingatkah pesan Ilahi, jangan dihampiri zina. Perkara yang membuat hati dekat kepada zina dsb saudari lebih tahu.
Jika dia lelaki yang menyintai, dan dari nukilan saudari mungkin turut begitu; pintalah kepadanya supaya membuka ke jalan yang syar’i. Jika sudah bersedia, pinanglah, dan berkahwinlah. Mulakan langkah kerana redha Allah.
Ibarat menarik rambut dalam tepung, setiap langkah perlu diteliti, setiap insan perlu diberi kefahaman dan memahami. Kemudian bertawakallah kepada Allah. Jika dia yang ditakdirkan, terimalah. Jika tidak, redha dan teruskan dengan mendamba wahyu ya Robbi.
saya memahami saudari harapkan respon dari Abu Saif. Saya cuma ingin membantu muslimah dengan pandangan kecil ini.
salams.
Respond to this comment [with empathy]
khazinatul asrar reply on April 26th, 2009 10:32 pm:
@kawan., ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH… ana juga menghadapi situasi yg sama… cuma ar-rijal itu terlebih dahulu diberikan hidayah oleh Allah s.w.t.bkn ana.. tamparan hebat juga ana ketika itu.. selepas mendgr pnjelasannya.. mmg ana perlu masa berbulan-bulan utk muhasabah diri… alhamdulillah..ana mampu… berkat ana berusaha lebih dalam dlm memdalami islam yg tercinta ini..lebih menambah kyakinan ana selepas membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA…(: namun kdg2 ana rs sukar bg ana..insan yg lemah lg hina ini utk meningati Allah.. bila hati ni lebih mengingati makhluk ciptaanNya,, moga ad hikmah dalam setiap tindakn yg ana ambil…insyaAllah.. jarak yg memisahkn kami membuatkn perjalanan rancagan ini bertambah mudah… dan alhamdulillah..walaupun xpernah putus doa ana buat jodoh kami..hati sy sudah 90% berjaya berjihad di jln ni…moga saudari pon boleh melakuknnya jua….. insyaAllah..marilah sesama kita doakn yer…. tp kdg2 ana rs…ana lgsg tdk layak buat rijal semulia beliau… kerana ada muslimah yg lebih baik dr ana tlh hadir dlm hidup dia terlebih dahulu dr ana…cuma ntah apa yg berlaku antara mereka yg membuat pertemuan kami menjadi lbh dr kwn pada ms dulu..(ana diberitahu olehnya..muslimah itu yg meninggalkn nya). tp ana tahu jauh di sudut hatinya..muslimah tersebut masih bertakhta… pe2 pon…ana tetap berdoa moga beliau tercipta utk ana..ditullis di azali utk menjadi suami ana…dan abi kpd anak2 ana kelak….walaupun di saat keraguan hati terhadap cintanya…tp semua itu godaan syaitan mungkin…yg cuba mencabar ana dlm istiqomah dlm jln yg di pilih ini…
ana harap…kpd sesiapa yg sudi..komen lah post ini..kongsi pengalaman antum suma sekali…
Respond to this comment [with empathy]
ikah reply on February 7th, 2010 12:19 pm:
ya allah..
masalah kte sme je..
hrap ad sahabat boleh membantu..
ttp pkwe sye boleh di katakn mmpunyai asas agama yg agak mntap..
dn dy jga boleh dikatakn brada dlm klangn huffaz..
ya allah bantulah hamba mu ini..
yg keliru dalam perasaan ini..
mint apandangn dari kalngan sahabat
Respond to this comment [with empathy]
nora reply on February 9th, 2009 6:15 pm:
artikel yang benar2 memberi kesedaran.. soalan2 yang diberi benar2 menguji kesetiaan cinta yang sebenar…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
soalan ini mungkin sgt biasa ditanya tp sy ttp xerti nk jwp.andai kata org tu sedang berkapel pastu camne ye?nk putus kn ke?sy dah baca buku ak terima nikahnya.tp cam xjumpe jwpn soalan ni.harap tolong sy yg lemah ini mncari jawapan agar mudah kerja mnjwp soalan2 sebegini di hari mendatang.sekurang2 nye berilah sy sedikit idea.kerana sy masih sgt mentah.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 2nd, 2009 3:57 pm:
@sembilan, buku Aku Terima Nikahnya tidak ditulis untuk membuat keputusan bagi pihak pembaca. Setelah membaca dan menghadamnya, apa sahaja keputusan yang hendak dibuat, mudah-mudahannya di atas pertimbangan yang betul dan wajar.
Kalau nak putus, jangan putus yang mengundang masalah lebih besar (bermusuhan, santau menyantau etc). Kalau nak kekal, ada garis panduan nak handle macam mana perhubungan tu nanti, dan sedar akan do’s dan don’ts yang ada.
Itu sahaja.
Maaf, tiada mee maggie dalam pengurusan cinta
Respond to this comment [with empathy]
sembilan reply on February 2nd, 2009 10:31 pm:
@Abu Saif,
alhamdulillah akhirnya ketemu juga saya jawapan yg consice tetapi padat ni. malu utk mngku ttpi hakikat nye sy mmg lurus dan payah nk pk bnda yg agak complex dan jauh dari diri sy.maka, perlu utk sy mncari rujukan2 yg mmbantu. “Kalau nak putus, jangan putus yang mengundang masalah lebih besar (bermusuhan, santau menyantau etc). Kalau nak kekal, ada garis panduan nak handle macam mana perhubungan tu nanti, dan sedar akan do’s dan don’ts yang ada.” sungguh bermakna jawapn ni. syukran kerana sudi mnjawap pertanyaan sy yg x seberapa.
Respond to this comment [with empathy]
ikah reply on February 7th, 2010 12:23 pm:
ustz..
hrap ustaz bleh ulaskan sdikit ‘panduan nk m’handle hbungan 2′..
tq
Respond to this comment [with empathy]
rohul reply on February 2nd, 2009 11:07 pm:
@Abu Saif, betul2, jgn santau-menyantau. benda ni dah terjadi dlm family ana.
jgn main2 ilmu sihir ni.
Respond to this comment [with empathy]
musafir reply on February 3rd, 2009 11:46 am:
@Abu Saif,
tapi yg sedihnya, ustaz..ada yang tak tahu atau/dan buat tak tahu yang do’s and dont’s tu..
ada setengah orang kena tu kena cakap satu-satu sebab nanti dia akan buat conclusion sendiri.cthnye kawan saya pun dah menterjemahkan kata-kata ustaz
“Kalau nak putus, jangan putus yang mengundang masalah lebih besar (bermusuhan, santau menyantau etc). Kalau nak kekal, ada garis panduan nak handle macam mana perhubungan tu nanti, dan sedar akan do’s dan don’ts yang ada.”
sebagai ‘ooo..x pe rupenye bercouple ni..’ tapi yang sedihnya drg x fhm cmne yng dikatakan sebagai do’s and dont’s yang sebenarnya…
wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 3rd, 2009 11:54 am:
@musafir, ada kemungkinan, kejahatan tidak seburuk kebodohan. tetapi kejahatan yang bersalut kebodohan, itulah penghancur binasa seorang manusia.
apa lagi yang boleh saya perkatakan, kalau ada komen-komen dodoh (dosa + bodoh) sebegitu!
Respond to this comment [with empathy]
scha reply on February 6th, 2009 1:43 pm:
@Abu Saif, hehe..dodoh??? =D
erm,kwn2 sy yg mase diploma, degree, kapel2 ngn classmate, coursemate, campusmate, mostly skg pas abes blaja da clash..erm,bak kate dlm ATN, “neraka dunia” ye?(kalau tak silap)..kalo msh kapel pn,asik bergaduh saje..
lepas saya putus kapel,makin dkt ngn Tuhan,n makin gembira..=D
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam abu saif…
menarik!
biasa laa…
isu panas juga…
hehehe…
aman sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak menarik kawan-kawan disekeliling aman agar memandang budaya gelifren dan buayafren ni suatu yang salah dari segi agama.
sebaliknya, sesiapa yang tidak memiliki gelifren dan buayafren ini pula yang dianggap loser!
dianggap ‘gay’ kerana tiada sifat utk berkapel. aman sendiri jadi runsing…
“Laa takhrabuzzina”
itu la ayat yang selalu aman ulang jika persoalan ini diutarakan…
mereka yang berkapel bagaikan berada dipihak yang ‘benar’
kerana mereka majority,
maka yang minority ini ‘ditutup’ mulut mereka…
bab selepas perkahwinan itu,
aman tidak dapat hendak komen lg..
belum ada pengalaman..
hehehe…
insyaAllah,
that time will come…
when?
Only Allah know…
wasalam….
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 2nd, 2009 4:01 pm:
@aman, biar dituduh ‘gay’ di sisi manusia, asalkan ’straight’ di sisi Allah…
Respond to this comment [with empathy]
aman reply on February 3rd, 2009 12:16 am:
@Abu Saif, menarik kata2 tu ustaz…tersemat di dlm kalbu…hehe
Respond to this comment [with empathy]
labah2 reply on February 2nd, 2009 4:34 pm:
@aman, hmm, nampaknya kita ni ‘gay’ la..
Takpe, ‘gay’ kali ni amat dituntut. Jangan risau kerana 1 hari nanti diorang yang akan menjadi ‘loser’. Andai bukan di dunia, pasti di sana jua~.
Respond to this comment [with empathy]
aman reply on February 3rd, 2009 12:16 am:
@labah2, thanx labah2…
Respond to this comment [with empathy]
lelabah reply on February 3rd, 2009 1:27 am:
@labah2,
saya rasa, labah2 nak kata diri labah2 baik. walaupun realitinya anda memang seorang yg wara’ dan menjaga tingkahlaku, xpayahle nak tunjuk/memberitahu. kalau labah2 ikhlas, saya pasti yg anda tidak akan terasa hati dgn apa yg saya katakan ini. bukankah ikhlas itu buktinya, hati tidak berasa lemah ketika dikeji dan tidak berasa bangga ketika dipuji? Allah yg membalas segala perbuatan dan niat dan segala yg bersangkutan dgn kita. Pujian manusia tiada nilai dalam memperberatkan timbangan amalan kita ketika berdepan di mahkamah Allah nanti. moga kita sama2 ditetapkan Allah dlm agama.
Respond to this comment [with empathy]
labah2 reply on February 3rd, 2009 7:16 am:
@lelabah,
Ish, takde la sampai nak beritahu@menunjuk2 diri ni baik atau wara’, sebab padahal bukan baik pun. Biasa je buat dosa cuma takde girlfren. Itu je…
Ish, saya rasa lelabah ni ada penyakit kat hati, kalau teguran lelabah tu tak ikhlas..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam abu saif…membaca dan menghadam setiap isi kandungan blog ini sgt menginsafkan.Bahtera rumah tangga sedikit sebanyak akan dilanda badai sekali sekala.Walau saya belum pun melaluinya lagi tapi pemerhatian saya melihat apa yang dilalui oleh ibu bapa saya dan juga sedara mara terdekat cukup memberi teladan pada saya. Kesimpulannya, membina rumah tangga di atas dasar cinta semata-mata tidak cukup jika tiada iman di dada kerana cinta pada manusia tidak kekal yang kekal hanya Yang ESA.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ya. mari menjawab soalan kuiz di atas. Insyallah ustaz. rasa-rasa macam dah bersedia. Realitinya pulak, diharapkan seperti dalam perancangan. Yang pasti kena banyak berdoa. Hidup selepas kahwin bukan bermakna tiada masalah, tapi lembaran baru kehidupan yang memerlukan komitmen dan kesefahaman bersama. Macamana rasanya ye? Manis agaknya.
p/s: Bila ada sahaja soalan berbunyi “anda sudah bersedia?” Teringat telatah kanak-kanak di sekitar tempat saya tinggal mengajuk aksi Spongebob versi bahasa melayu di TV9 bila semangat keluar bekerja, ” saya dah sedia, saya dah sedia!” Peace.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
teringat zaman mula2 kenal2 ngan suami….
suami sepak batu..masa tu bujang2 mana ada kenderaan..pergi kerja nek bas…saya marahkan suami sebab tersepak batu…
” abang ni tak kesian ka dok sepak2 batu tu, mesti dia sakit..”
sampai sekarang kalau dia berjalan dan tersepak batu mesti dia pun mengikut macam saya tersebut , “eh batu sorry!!”
hiihi…
sepanjang mengandung ni banyak juga cabarannya…nak adapt banyak sangat benda…dari kesukaran mengandung dan kesukaran suami menolong…kdang sensitif nya melebih2 sampai benda kecil meleret jadi yang bukan2…waktu tu memang sangat mencabar jiwa….
ish mudah-mudahan baik saja pengemudian rumah tangga ini….cinta memang cinta, tapi mudah-mudahan biarlah cinta ini membawa diriku dan dia kepada cintaNYA…….Amin…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Subhanallah,
Moga diberi kekuatan untuk melayari bahtera rumahtangga…
akan datang
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Rumahtangga kadangkala bergelora disebabkan kejahilan, mengutamakan nafsu. Ada kes minggu ni kenduri, minggu depan dah bercerai kerana isteri ada affair dengan lelaki lain. Bagi yang mengutamakan pasangan beragama juga tak terlepas dari ujian sebegini. Memasuki 5 tahun, 10 tahun pertama perkahwinan mungkin masih belum benar mematangkan kita. Apa pandangan ustaz pasangan seperti warga emas etc-Tun Mahathir dan isteri yang luarannya semacam tidak mengutamakan tuntutan agama(seperti menutup aurat) tapi tetap bahagia hingga menjangkau 50 tahun?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
biar dituduh ‘gay’ di sisi manusia, asalkan ’straight’ di sisi Allah
suka dgn ayat di atas nie.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya sering diaju soalan-soalan seperti berikut yg berkaitan dgn ‘manfriend’ saya:
1. How come he never ask you out? You should spend some time together outside office. Manfriend saya bekerja satu company dengan saya. Tapi saya tak pernahlah berdua-duan di office:)
2. Weekend mesti keluar dating dengan *****.
3. Kenapa tak pernah nampak kau bergayut kat telefon dengan ******?
Susah betul bila berada pihak di pihak minority ni. Kawan-kawan saya macam tak berapa nak confident dengan hubungan saya dengan “manfriend” saya. Hanya kerana saya tak macam pasangan lain-gayut di telefon, shopping sama-sama, tengok wayang atau pun makan sama-sama!
Moga Allah segerakan jodoh saya dengan “manfriend”. AMIN
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz, soalan saya keluar topik sikit.
Macamana nak risik pasal orang yang kita minat tapi tak de perhubungan kecuali melalui abang si dia? Susah ni… membuatkan diriku teramatlah tensyen sekarang.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum…..ustaz.
Saya amat tertarik dengan artikel di atas. saya pasti semua pasangan akan merasai pengalaman seperti yang di atas. saya amat bertuah kerana sebelum melangkah ke alam rumahtangga, saya sempat membaca artikel ini. kekadang takut juga dalam hati ni kalau terjadi seperti yang di atas. mudah-mudahan allah permudahkan urusan rumahtangga saya walaupun belum pasti bila…..dan sedang menunggu petunjuk dari Allah s.w.t.
Doakan untuk saya ustaz…….
Alanwasahlan…..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
owh camtuh rupanya belangkas…first time tengok.
Respond to this comment [with empathy]
sapien reply on February 6th, 2009 1:43 am:
@an_nabil,
Laaa…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih atas artikel ustaz.saya bukan manusia sempurna, pernah ’sesat’, pernah ‘lemas’ tanpa nakhoda dan masih lagi belajar memperbaiki kesilapan lalu dalam alam rumahtangga.
Moga dengan ilmu yang diperolehi, ALLAH SWT memberikan saya peluang kedua untuk belajar, memperbaiki, dan agar saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Moga saya sentiasa di berikan petunjuk dari ALLAH SWT, doakan saya ustaz…
Terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
@labah2,
betul tu..tepat skli..tp kn..ada masa nye anda akan jadi bahagia ape bila dikatakan gay kerana bnda ni..mgkin ni nmpk cam pelik tp ana ckp berdasar kn pengalaman..malah, dgn “gay” ini, anda akan dpt lagi bnyk kwn n lagi nmpk cam adventurous..yela kan..xde awek..free je nk wat ape2..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz, oleh sebab ustaz dah bukak topik ini, saya ada something yang berkait dengannya..
“Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.”
saya tertarik dengan point ni. macam mana dalam hubungan persatuan, sekiranya ketua biro diuji dengan timbalannya (seorang perempuan yang beragama dan cantik)? ketua biro tidak mahu berCINTA dengannya kerana TAKUT2 itu akan menjadi FITNAH DALAM DAKWAH dan KEPADA persatuan, apatah lagi, seorang ketua biro persatuan akan menjadi CONTOH kepada ahli2 yang lain.
soalannya:
1. bagaimana nak menjaga hati semasa berhubungan dengan timbalan itu dan bagaimana hendak mengadakan komunikasi yang berkesan sesama timbalan? (sebab ketua biro pernah berSIKAP KERAS kepada timbalannya semata-mata hendak mengelak dan membuang rasa CINTA itu)?
2. dalam biro, adalah AMAT PENTING, KESEFAHAMAN antara ketua dan timbalan biro dalam merancang gerak kerja, apatah lagi jika biro tersebut biro dakwah dan biro akademik. jadi, bagaimana untuk mewujudkan PERBINCANGAN yang berterusan sesama mereka? bagaimana pula hendak menimbulkan kesefahaman antara mereka? sedangkan, hati ini sudah tertarik kepada si dia?
TOLONG sangat-sangat dapat jawab sebab persoalan ini amat menghantui….
demi kelangsungan dakwah, jauhkanlah dari cinta yang tidak syar’ie..astaghfirullah..
terima kasih , ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
musafir reply on February 3rd, 2009 11:25 am:
@persatuan_dakwah, pendapat saya la, kalau dalam persatuan (lebih-lbih lg dalam persatuan dakwah) kite haruslah bersikap PROFESSIONAL.. soal hati dan perasaan jgn memberi kesan kepada aktiviti dalam persatuan. kalau tak leh nak buat jugak, camne nak handle alam rumahtangga nati.tak salah kalau ketua biro nak suka kat perempuan tu..normal la. tapi bak kata ustaz la, kalau nak juga kena tahu ‘do’s and dont’s nye…
Respond to this comment [with empathy]
fadhli reply on February 3rd, 2009 11:42 am:
@persatuan_dakwah,
lelaki tidak dapat tidak pandangan mata itu yang mencetuskan impresi yang dikatakan cinta itu, yang kemudian disusuli dengan penilaian dari bab-bab lain termasuk akhlak muslimat tersebut. Semua terpulang pada anta. Ada seorang ustaz pernah menasihatkan supaya muslimin banyak menjaga mata dan ikhtilat ketika berurusan dengan muslimant. Jika anta rasa anta mampu untuk meneruskan ia ke peringkat seterusnya, berjumpalah dengan mereka yang terlibat dalam hal-hal berkaitan. Jika tidak, banyak-banyakkanlah berpuasa (sekali dengan kumpul duit).
Sebagai lelaki, perancangan yang realistik perlu dilakukan, dengan cara merancang kaedah dan persediaan dari sudut zahir dan batin. Anta solat dan mohon doa dari Allah banyak-banyak kerana pada Dia ada jawapan yang absolute. Jika tidak mampu @ terasa was-was, lebih baik berdiam diri dan jangan mengganggu emosi wanita tersebut. Anggaplah ini salah satu tarbiyah Allah kepada anta. Sesungguhnya ana memahami situasi anta.. kerana pada satu ketika…(ops!)
Akhir kata, terpulang kepada anta. Perkahwinan membuka lebaran hidup yang baru seperti soalan yang ditanyakan oleh ustaz dalam entry di atas.
Jika mampu, silakan. Ahlan wa sahlan!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz.
saya membayangkan soalan2 tu ditanyakan oleh suami@isteri yang boleh dikatakan normal.
semoga suami@isteri yang menjawabnya juga normal.
terlintas juga kalau terjadi sebaliknya.
bila suami xder kerja.
isteri pula pemalas.
huhuhu…susah saya nak hilangkan lintasan fikiran macam tu…
jadi trauma pulak…gementar rasa…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
to persatuan_dakwah.
ikhlas amat penting dlm gerak kerja dakwah.
syaitan tidak mampu menggoda mereka yang ikhlas. perkara ini telah dijelaskan dan dijamin oleh Allah dlm quran.
teruskan usaha anda dlm gerak kerja anda dgn hati yg ikhlas. Umat ini mmg memerlukan individu2 seperti anda.
di mana ada keikhlasan disitu ada nasrullah.insyallah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Hurm..
Memikirkan persoalan di atas,diri yang bersedia terasa runsing..
Adakah mampu aku melayari bahtera rumahtangga dengan bertemankan mawaddah dan rahmah??
Hanya mampu mempersiapkan diri ke arah itu,selebihnya doa dan tawakal hanya kepadaNya..
Berbicara pasal golongan “minoriti” ni,lumrah kehidupan..
Teringat kata2 Ibnu Mas’ud “Perkumpulan itu adalah apa yang didasari kebenaran walaupun engkau seorang diri”….
Kalau berhujahkan kebenaran itu atas dasar banyak dan ramai,pasti Islam itu salah,Kristian lebih benar..
Secara keseluruhan,Kristian masih menduduki persada dalam bilangan penganutnya berbanding dengan agama2 lain…
Akan tetapi,kita lebih tahu dan yakin dengan Islam yang datang dengan hujah dan fakta,walaupun sedikit…
Resmi ghuraba’ akhir zaman,yang benar dianggap eksotik
Wallahua’lam..
Respond to this comment [with empathy]
Iman Aisyah reply on February 3rd, 2009 7:31 am:
@Max,
Doa byk2!
Sudah tertulis skrip oleh Pengarah di atas..Ameen!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam.
sekali tgk tajuk kat atas penah dgr.rupa-rupanya tajuk lagu Melly Goeslow penah didgr di sini=)
seperti kata Max.
“Memikirkan persoalan di atas,diri yang bersedia terasa runsing..
Adakah mampu aku melayari bahtera rumahtangga dengan bertemankan mawaddah dan rahmah??
Hanya mampu mempersiapkan diri ke arah itu,selebihnya doa dan tawakal hanya kepadaNya..”
pernah seorg sahabat memberi nasihat:kalo kite btul2 nk mnjaga perhubungan tue…Allah pasti mudahkn…no doubt!!
Jangan cemarkan fitrah yang suci dengan dosa sebelumnya..
*Semoga semua dipermudahkan oleh Nya.Ameen.
Syukran ustaz for the artikel!Jazzakallah khairan kasira=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ada satu ceramah ustaz ismail mustari dari UTM tentang “pengurusan cinta menurut islam”. Amat baik untuk didengar.
http://rapidshare.com/files/191863399/CERAMAH_PENGURUSAN_CINTA_MENURUT_ISLAM.rar.html
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam semua..
Alhamdulillah dan thanks pd Ustaz sbb baca catatan ustaz hari2, lalu saya ‘temui’ jawapan kepada ’soalan masa depan’ yang sangat rumit difikirkan. Juga pada semua yang meninggalkan pendapat; ia adalah perkongsian ilmu yang sungguh2 membantu.
Dia baik orangnya hingga terasa tak padan pula dengan saya, itulah mulanya konflik. Selain dari tu, dia bukanlah sesempurna seperti yang selalu saya angankan. Tapi dari catatan ustaz saya yakinkan diri, untuk terima satu yang baik walaupun mungkin saya tak sebaik dia. Mungkin Allah sedang mengkabulkan doa saya supaya ditemani orang yang mencintaiNya hingga ke sana. InsyaAllah.
InsyaAllah minggu depan, akan saya kenalkan pada parents, abang dan kakak untuk 2nd opinion. Moga2 apa pun keputusan mereka adalah yang terbaik untuk kami.
Hari ni pula, ustaz tulis soalan2 yang sama banyak ‘jisim ketakutannya’ dengan apa yang saya dok risaukan dulu. Mampukah saya? Dan saya tahu ramai juga yang begitu. Maklumlah, pada masa2 begini, was2 adalah perkara biasa yang asyik bermain di jiwa biarpun sendiri dah tahu jawapannya!
Pada saya, walau apa pun jawapan, tiap kita akan diuji dengan ujian yang berbeza2. Sebagaimana kaya dan miskin juga adalah ujian, apatah lagi soal hati dan perasaan. Cuma catatan ni buat saya kembali risau dan was2 sejauh mana kesediaan saya.
Tapi kalau kita nak tunggu sampai kita betul2 dah bersedia, mungkin kita akan terlepas masa. Banyak perkara baik, hanya datang sekali. Sedangkan kita juga boleh belajar dan baiki diri dari kesilapan sepanjang ‘pengembaraan’ kita ni.
Satu lagi, kahwin pun ada masanya dah jadi wajib. Sebagai perempuan especially, saya perlu perlindungan dan perlu seorang suami untuk menjaga saya. Saya ada abang dan bapa, tapi bila sampai masa mereka akan ada tanggungjawab sendiri dan saya x boleh bergantung selamanya pada mereka.
moga2 apa yang saya putuskan kali ini adalah yang tepat dan benar. Kalau pun ada ujian2 lain di kemudian hari (sudah pasti ada), moga2 saya ditabahkan hati dan mampu belajar setiap hikmah daripada tiap2 yang terjadi. amin
terima kasih semua…
yang sedang menyediakan ubat bius,
san_bu
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
subhanallah….cinta yg dikurniakan Allah begitu besar maknanya dalam konteks kehidupan kita ye ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam abu saif.
Realiti sungguh soalan dan penulisan kali ini. Alhamdulillah, bnyk boleh belajar dgn penulisan dan memimpin diri supaya sedar dan realistik dlm isu hubungan lelaki dan perempuan.
Xde ATN ke 2 Abu Saif? Ttg realiti alam perkahwinan. Sy juga bersyukur ibubapa sy adalah realistik dlm hal ini. 31 thn usia perkahwinan mereka. Masih utuh walau kami anak beranak mempelajari secara informal ttg susah senang hidup bersama.
Mama yg realistik dn ayah yg optimis. Syukur Alhamdulillah.
‘Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.’
Mmg benar kata mama, sabar,keteguhan dan kebijaksanaan wanita sgt penting dlm dunia perkahwinan.
Semoga dpt membaca tulisan dan entry yg bermanfaat lagi. =)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
tertarik dgn entri ustaz.. saya bukan seorang yg baik.. pernah ’sesat’ dan ‘lemas’.. namun, kesesatan dan lemas tu ade hikmah disebaliknya.. biar lah saya saja yang tau.. cuma pandangan saya, memang tak de istilah couple dalam ISLAM.. tapi kite golongan hamba ALLAH, jangan la mengkeji golongan ini sekeji-kejinya.. penulisan ustaz ok.. ade sesetengah blog yg saya jumpe mengkeji golongan couple seolah-olah ‘aku la org yg paling baik kt dunia..’.. sape kite yang boleh tentukan dia masuk neraka?? adakah kite suci tanpa dosa??
sekadar pandngan..
waallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam semua…
InsyaAllah sebelum dibius cinta insan , apakata dibiuskan cinta kita kepada Pencipta kita dulu… InsyaAllah tiada lagi unsur-unsur khianat,cemburu & tiada unsur-unsur syirik ( santau-menyantau).
Terimalah insan yang telah diciptakan Allah kepada kita dengan rasa syukur tanpa ada rasa penyesalan…
” INGAT ALLAH BYK-BYK, PASTI ANDA SELAMAT SEBELUM ANDA DIBIUSKAN CINTA INSAN SESAMA INSAN”
Respond to this comment [with empathy]
hannah reply on June 10th, 2009 12:08 am:
hmm..persoalan cinta tak akn pernah berhenti..
Sometimes org rase jangggal bile kite x couple lg..
Sometimes perasaan tkot menerpa, risau xde teman sampai bile2..
ape yg penting anda perlu ingt..Allah dah rencanakan segalanya untuk kite sejak dlm rahim ibu lg..jika tidak di temukan di dunia..di sana, pasti menanti.. xgne hanya seronok di dunia hingga lupa pada yg lebih utama.. dan kite sbg hamba perlu berusaha dan berdoa.., cinta yg disulami barakah itu adlh lebih membahagiakan.. bedoalah agr Allah suburkan cinta kpd insan2 yg ditakdirkan utk kite, dan redhalah sekiranya mereka bukan ditakdirkan utk kite..sediakanlah diri dgn perkara2 yg baik, jika kite mghrpkn perkara yg baik utk kite..la tahzan.. setiap ujian yg diberi Allah membuatkn kite lebih dekat kepadaNya.. terima segalanya yg ada pd psgn..kebaikan sifat yg ada pada psgn harus renung dan diingati..semoga bahgia hendaknye sampai akhir hayat..:)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ya ustaz..kupasan yang menarik..da banyak kekeliruan hati yang timbul. lepas baca atn pun saya dapat berfikir dgn lebih terarah..syukur
ustaz, alhamdulillah, ana dengar ustaz bakal ke uiam kuantan..ana terlibat juga dalam program tu..
ahlan wasahlan.
semoga selamat menerima kehadiran orang baru dalam family
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sblm ni sy prnh brcpl…tp sy didik awek sy shgga dye brubah mnjd sorg muslimah…sy bersyur sgt..pah 2 dye mntk clash..sy trm ngan ati yg terbuka sbb cpl haram…tp dye dh x lyn sy langsung n x de parasaan trhdp sy…slh ke klu dlm ati dye mmpuyai perasaan syg terhdp sy sm sprti ms kami cpl???
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ape yg dimaksudkan do’s and dont’s klu msh brcpl
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah lpas bc artikel ni lg brtmbh kuat hati ni utk tidak terbius oleh cinta dusta, walaupun byk dugaan2 yang datang..semoga allah terus menguatkn hati sy dr terbius cinta dusta..amin..terima kasih banyak ye ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
SALAM… soalan2 yg disediakan pd artikel ini mmg benar dan perlu diberikan kepada golongan yg syok cinta sblm atau selps berkahwin…perlu dijelaskn sayang dn cinta berbeza…tapi sekiranya cinta berputik seleps nikah….kasih cinta ini akan dijaga oleh Allah melalui ayatNya ttg mawadah dn mahabbah .dos bius cinta akan diberikan oleh Allah dn bertambh kekuatannya setiap hari…Cinta Perkahwinan yg diribatkn dgn Cinta Allah akn bersifat kekal dan dijaga Allah walaupun menempuh apa jua asam garam rumahtangga.Namun cinta sblm perkahwinan berasal dri nafsu dan syaitan….dosnya sedikit sementara maksiat dilakukan.ia tidak kekal dn boleh mengundang padah apabila kwin nnt
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam. Ustaz.
Fotonya indah dan bermakna sekali.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Menarik juga pengalaman yang dikemukakan dan dapat dijadikan rujukan untuk anak-anak saya yang sedang membesar.
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
salam..
saya telah lemah dibius cinta dan saya telah keluarkan diri daripadanya. takut saya dengan apa yang bakal saya lakukan didalam keadaan sedang dibiuskan itu. Takut sesat dan tidak dapat kembali dari jalan asal. Jadi, saya memilih bercinta selepas kahwin. Insya allah. moga berjaya. Amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
cinta ni mcam kena bius ye..
pada saya cinta itu komitmen/tanggungjawab..
berani melayan cinta,beranilah memikul tanggungjawab
nikah pula adalah ibadah
sebelum beribadah,kita perlu bersedia dr segala segi persiapan..
sebelum solat- kena berwudhuk,ada ilmu tentang solat
sebelum nikah- panjang ceritanya..
ustaz,mencari kematangan, sebelum berkahwin atau selepas berkahwin? nak cepat matang, kita kahwin awal..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
salam ustaz, lama sudah x bukak website ni, last skali masa student dulu..byk input yg saya dpt mlm ni..sya setuju dgn soalan di atas..dan mmg saya sering memikirkan soalan yg sama..tapi ada satu lg soalan yg perlu ditambah disebabkan sy tgh buat rotation paediatric..bagaimana klu anak kita cacat? malu ke nak mengaku anak? akan setia ke dgn karenah anak tu..tambah2 klu syndromic child, cerebral palsy, yang sampai ke hujung usia la kita kene jaga..xsure ada yg dah bg komen ni ke blom..sekadar menambah..
Respond to this comment [with empathy]
about 9 months ago
teringat gambar monyet berevolusi yg ustaz letak kat Teori Evolusi Cinta..dibius cinta xpernah..dibius misi gigi pernah..hehe..
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
Ketika Nabi Muhammad SAW diutus, di saat itu manusia hidup dengan beragam kejahiliyah dan kemerosotan moral yang luar biasa, kekuasaan saat itu hanyalah milik raereka yang kuat, kaum wanita tak ubahnya laksana barang dagangan yang murah, bahkan sering kali bayi perempuan dikubur hidup-hidup, karena dianggap sebagai sesuatu yang aib.
Kemudian melalui dakwah Muhammad SAW, agama Islam mengajarkan bagaimana memposisikan dan menghormati wanita. Saat itulah wanita merasakan kehidupan dan terselamatkan dari noda-noda kezhaliman, sehingga menempatkannya pada posisi kemuliaan dan kehormatan yang tidak pemah dimiliki sebelumnya dan lebih dapat menikmati kehidupan. Kedudukan wanita sama dengan kaum pria, bahkan lebih dari itu, karena Allah menurunkan surat dengan nama kaum wanita, bahkan banyak lagi hadits hadits yang menempatkan wanita dalam posisinya yang mulia.
Salah satu ajaran bagaimana cara wanita menjaga kemuliaanya adalah tata cara berpakaian, yang merupakan bagian yang mengatur hubungan antar sesama manusia dalam bermasyarakat Begitu pentingnya pengaturan cara berpakaian untuk wanita, sehingga Allah SWT melalui surat Al – A ‘rafayat 26 berfirman : yang Artinya : Hai anak Adam!. Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian indah untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebagian dan tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu inga.
Dalam hal pakaian Allah SWT mengatur bagaiana hambanya berpakaian baik itu laki-laki muslim bahkan pakaian wanita muslimat juga diterangkan, baik itu berupa aturan dalam al-Qur’an maupun dalam hadits.
Sebelum masuk pada bahasan pada pengertian jilbab, terlebih dahulu akan dibahas mengenai batasan-batasan aurat. Batas-batas aurat bagi lelaki yang wajib ditutupi mulai dari pusar sampai lutut. Selain itu boleh ditampakan, hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Turmudzi dan Malik dari Jarhad, menyebutkan : Rasulullah SAW, lewat ketika itu saya sedang memakai burdah (pakaian luar yang luas ukurannya dan berjahit seperti jubah ) dan paha saya tebuka sehingga ia melihatnya, maka Beliaupun bersabda: tutuplah pahamu, karena paha itu aurat.
Adapun batas-batas aurat bagi wanita yang wajib ditutup ialah : seluruh tubuh wanita kecuali muka dan kedua talapak tangan. Ini berdasarkan hadits Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Turmudzi dari Ibnu Mas’ud yang artinya adalah perempuan itu adalah aurat, maka apabila ia keluar dari rumahnya setanpun berdiri tegak (ikut dirangsang olehnya ).
Dr. Mohammad Fachruddin dalam bukunya yang berjudul ” Aurat dan jilbab dalam pandangan mata Islam” menyatakan bahwa kata aurat berasal dari kata A’wara,’ yang Artinya : sesuatu yang jika dilihat akan mencemarkan . Dari sini maka lahirlah kata ” Aurat” maksudnya adalah : bagian tubuh yang harus ditutup dan dijaga sehingga tidak menimbulkan kecewa dan rasa malu. Berkaitan dengan bahasan skripsi ini penulis mengkhususkan pakaian wanita muslimat saja, karena berkaitan dengan materi yang akan dibahas.
Pada dasarnya Allah SWT menyukai keindahan, dan keindahan itu salah satunya dimiliki oleh makhluk Allah yang bernama wanita. Selain keindahan yang ada pada diri wanita, ia juga termasuk mahluk yang lemah. Untuk itu Allah memberi sarana perlindungan berupa aturan-aturan melalui hukum baik itu dalam al-Qur’an maupun dalam hadits.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz..ana terlalu mencintai seseorang yang bukan muslim dan berkeluarga.dia ingin memeluk islam sebelum perkenalan kami dan sekarang dia berjanji untuk berkahwin dengan ana.tetapi dia harus menyelesaikan masalah dan mahu arrange hal family.hal ini memakan masa 2,3,4 tahun.sedangkan sekarang ana tak sanggup menanti dan tidak dapat mengawal diri.setengah pendapat menyatakan bahawa tinggalkan atau kahwin terus..tapi ana tidak dapat memilih untuk meninggalkannya.dia perlukan ana dan ana perlukan dia..ana buntu ustaz..diri ana boleh dikatgori”wajib kahwin” tetapi ana harus menunggunya sehingga bertahun2..sedangkan ana terlalu mencintainya dan tidak dapat kawalkan diri…ana berharap ustaz dapat memberi pandangan ustaz dalam hal ini..sekian,terima kasih ustaz…
Respond to this comment [with empathy]