“Isyy, tak sangka teman, boleh menang Pakatan Rakyat di Peghak ni!” kata Kulop Samad di kedai kopi.
“Itu lee, idok le teman boleh nak ngambokan yang UMNO BN ni boleh kalah di sini. Tak sangka ye!” balas Jakpo.
“Hai ya Allah, tu namanya keghoje Tuhan, tak sangka wakil rakyat PAS boleh jadi Menteri Besor. Tuah kita le nak nengok Haji Nizar jadi MB,” sampuk si Megat dalam diam-diamnya memasang telinga.
“Oi ya Allah, apa ke heenye si Nasarudin tu masuk PKR.? Bota, kome jangan buat main dengan Bota. Pening kepala mikiokannya. Tak sangka keme!” si Lijah pun nak sembang sama.
“Ya Rabbi… baghu je teman ceramah di Kampar hari tu. Tak sangka hari ni DUN dah bubar pulak wei,” Ostad Rizal pun berkerut dahi tenggelam punca.
TAK SANGKA MEMANJANG
Ate, apa ke heenya negeghi teman ni kengkawan wei. Dari dulu sampe sekaghang, tak habih-habih dengan TAK SANGKA nya. Tak sangka BN kalah, tak sangka pembangkang menang, tak sangka PAS jadi MB, tak sangka memanjang sampe le ke haghi ni…
Satu benda yang teman nak habo, kita yang nak Islam ni, Allah Taala dah suruh kita ni menerima perdamaian, bekerjasama dengan sesapa je yang nak kerjasama dengan kita. Kalau oghang nak berkawan, jangan cari pase ajak berlawan. Terima kawan, ajak duduk berbincang.
Tapi walaupun rame yang nak berkawan, sudohnya, yang bawak Islam tu selalu jadi pak tungge. Tingge soghang-soghang je. Sebab itu kalau kawan ngajak sembang nak lompat sana lompat sini, bergegeh nak ke Putra Jaya ke nak ke Parlimen ke, jangan ceghite kengkawan tu sampe kita lupa ceghite kita. Ceghite kita, ceghite nak muliakan Islam. Nak tolong agama Tuhan. Tukor-tukor kape ni ceghite orang pikio tak tentu hala. Tak tahu apa rujukan akhlaqnya.
Ini le ghopenye
TAK SIYO
Itu pasenye, masa oghang sibuk-sibuk nak melayan agenda 16 September dulu, teman tak siyo. Menolak tu idak le sebab sape teman nak menolaknye. Tapi tak siyo..
Tak siyo tu ialah, kalau jadi, tu ujian Tuhan nak nengok kita ni benor ke dah sampe masa nak ngambik alih yang di Pusat tu. Ghase teman, Peghok dengan negeghi-negeghi lain tu pun nyarih nak tumpo kita menjaganya. Oghang gasak sana sini siang malam. Depe sabor melayan BN berpuluh tahun, PR yang baghu 100 hari memerintah dah ditanye deme macam-macam. Gelojoh ngalahkan ape!
Tapi kalau 16 September tu tak jadi, teman takde ghase ape pun. Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.
Itu pasenya, lepeh abih ceramah di Kampar hari tu, teman tak siyo nak ke Paghit melayan Abang Anwar ceramah menyambut si Datuk Nasarudin Bote tu… Kamu nak ikut PKR sile… teman ada keghoje teman. Kamu nak berkawan, keme kawan. Kamu nak meghepek, teman ada keghoje teman.
Masa oghang nak melompat parti masuk kape kite, semua rasa indah belaka. Tak sabor nak nengok buah masak sebelum musim. Ate sudohnya, oghang belah kite yang melompat ke sana. Yang baghu ‘berhijrah’ di Bote tu pun dah balik ke ‘Mekah’ dia balik weh. Ni Allah Taala nak ngajor kite. Politik tanpa akhlak ni kotor. Tukor-tukor parti ni keghoje oghang tak jelas matlamat. Namanye Kemuncup Dalam Perjuangan!
Teman idok le tahu apa hikmahnye bende semue ni jadi. Teman pun tengoh baca-baca, teman bukannya pande bebenor bab politik ni. Pesan oghang atas, jangan mudah percaya berita di TV, deme mutor belit tak tentu pase. Ate, keme memang tak pernah percaye pun cakap oghang TV, tapi cakap oghang internet, oghang kite, kena le cepat. Yang terhidang disuruh jangan percaya, tapi yang bebenornya idok pula senang nak mencarinye. Zaman ni sapa cepat dia dapat. Maklumat di hujung jari, teman yang balik ceramah pukui 1 pagi ni pun, tak maunya tidor sebelum menulih sesuatu.
Nak suruh percaya beghite sebenor, beghite sebenornya kene le cepat sampe wei.
KERAJAAN TAK STABIL KEPADA PEMBANGKANG TERKUAT?
Tapi supaya jangan ghase terkilan bebenor kalau Peghok ni balik ke belah sana, elok le kita ni banyakkan muhasabah. Tengok balik ape-ape yang tak kene. Depe yang peghange macam katak tu, mana nak membuatnya doh depe jenih itu. Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.
Mintak petunjuk dari Die.
Semua yang jadi ni ada hikmahnya.
Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












Assalamualaikum ustaz. Bertuah benar nampaknya hari ni sbb dpt beri komen untuk isu yg sangat paneh ni. Bila terbaca yg kerojaan PR di Perak tumbang, saya jengok jengok jugele blog ustaz ni.. aje nak tengok respons ustaz.. tak penat saya sbb respons ustaz mmg baik bebeno.. dlm loghat Perok lak tu.. teman orang perok gak tapi fail sikit tng lorat loghat ni.
anyway.. ini memang satu isu yg sangat penting dan memalukan… kita orag malaysia..orang melayu.. org islam memang patut malu ats apa yg berlaku ni… malau pada orang amerika for example..politics kat sana lebih mature lagi…
sept 16 nmpaknya jadi angan2 je le utk DSAI dan sekutu2. Biar saya jelaskan yg saya bukan org UMNO..dah lama tak berkenan dgn UMNO.. but i’m not gonna talk about UMNO… the main individula that responsible for this mess is DSAI…
Dia telah bukak.. apa orang putih panggil pandora box…dia galakkan dan mungkim mendoakan yg parti lwn lompat ke PR. Dia tak fikirkah yg perbuatannya tu tak beretika lansung. Yang saya agak kecewa gak, orang2 PAS tak membangkang agenda ni (at least not publicly). Cuma karpal singh dan kit siang saja yg berterus terang tak setuju dgn rancangan dan tindakan DSAI.. org melayu yg menyokong dia bila ditanya psl benda ni, memberikan 1001 alasan untuk membenarkan dia.. etika semua tolak tepi..matlamat yg penting…cara lain kira.
so bila si adun bote tu tuinnnggg melompat pagar ke PR, blog 2 yg jelas memperjuangkan PR bersorak… yahooo… depa kata die buat demi rakyat, dia seorang yg berfikiran jauh…tak pentingkan diri sendiri…
alih2 die melopmat balik (ak letih ke) ke lopak asalnya… nah apa dah jadi..blog2 yg sama kata dia jahat, dia dia musnahkan harapan rakyat bla bla bla…. eh 10 hari lepas,,depa kata boleh lompat… kenapa skrg tak leh lak?? (same things applied to umno fellas … that day… they condemned switching party..but now they say it’s fine)…inilah cakap cakap orang politik.
so sape mangsa? orang perak dan kaum kerabat semalaysia… ekonomi tgh gaway=t ni..orang melayu tak habis2 lagi berpoliticking.
camnepun.. i have no respect at all for those frogs…not because they jumped to BN…. just because they jumping…. and DSAI is responsible for this.
malaysian politic is sickening …. kedua dua side tak mature lagi..kita pun tak mature lagi..terlampau ikut perasaan sgt…bila dah nak DSAI and PR, kita setuju dgn apa saja yg depa buat..kita hampir tutup mata dgn due exco pkr yg dah ngaku terima habuan seks…. kalau mcm ni le sifat kite..apa bezanya PR dgn BN… sooner or later..they will be the same!
wassalam and sori for this caca marba..not a prolific writer at all.. just nak luahkan pendapat
@joe, agak-agaknya, kenapa DSAI tak pasal2 pressure diri mewar-warkan projek 16 september yg tak menjadi tu? Kenapa tak buat senyap-senyap je? Kalau buat senyap-senyap, tak jadi pun beliau tak rugi apa-apa.
Dari sembang2 dgn penganilis politik kedai kopi yg saya jumpa, tujuan DSAI tu hanyalah utk elakkan atau lambatkan MP dan ADUN PR lompat parti. kalau tidak, kerajaan PR di perak telah tumbang sebelum 31 ogos 2008 lagi seperti mana yg pernah diumumkan oleh Tajul Rosli.
Wallahualam
@Samad, Semut, kalau letak bawah carpet memang sesuai, ini gajah … mana boleh?
@Pak Din, hebat pak din
huishh pening gak bace bahase Perak ni(walau pn teman orang Perak). Susah tak ust tulis artikel dalam bahase Perak? hehe.
Ni teman nak amik ucapan dari MB Nizar (ikhsan blog shabat):
“Allah perintahkan keme yg Allah takdirkan jadi MB untuk ngajok kome semue rakyat Perak dirikan sembahyang, bayor zakat dan suruh keme kabor pada yop yong semue jom kite buat baik… tinggalkan buat maksiat”
bace selanjutnya disini: http://zahrilakmal.blogspot.com/
Menitis air mata baca perenggan akhir ni >
“Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang. Mintak petunjuk dari Die. Semua yang jadi ni ada hikmahnya. Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!! ”
Masih banyak yang perlu kita belajar dan fahami, jalan pula tak senang dan biarlah lambat asal selamat.
No short cut to good governance and good government…
Kita terlupa apa sebenarnya yang kita perjuangkan dalam gempita kemenangan.
Assalamu’alaikum…
Tugas kita ‘amar maaruf wa nahyu ‘anil munkar. Mcm ustadz cakap, nak perelok orang dan masyarakat. Jalan politik hanyalah wadah, bukan perjuangan utama.
Mudah2an kita dapat mempelajari banyak dari peristiwa yang berlaku sekeliling kita. Padanya ada pelajaran.
Semoga mesej ustadz ini merupakan juga pendapat sahabat2 kita yang faham ISLAM, terutama di dalam PAS.
wAllahu ta’ala a’lam.
Salam ustaz. Benar di peringkat kita perlu muhasabah segala kesilapan yang telah dilakukan. Namun cara UMNO dan BN untuk mengambil alih kerajaan Perak sangat tidak bermoral. Saya juga rasa dekat dengan Perak kerana pernah duduk di Taman Maju Rapat Ipoh selama 7 tahun. Sultan Azlan Shah dan Raja Dr Nazrin Syah pemerintah istana yang sangat berkredibiliti. Moga Tuanku dapat menimbang dan membuat keputusan yang adil lagi saksama. Agar tidak dilantik nanti kerajaan yang dipenuhi di dalamnya Adun yang suka melompat dan kaki rasuah.(Sebak sambil menahan marah). Maaf ye ustaz.
tumbangnya pakatan rakyat, tidak beerti lumpuhnya organisasi pakatan rakyat…
mungkin ada hikmah yang hendak ditunjukkan oleh Allah pada pembesar2 pakatan rakyat di perak…
setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tersendiri…
who knows?
we are only a tiny human with limited knowledge…
so, Allah know everything that we as a human can’t thinking about it…
wasalam
Salam ustaz Has…
Saya selaku anak perak di perantauan juga berasa sgt terkejut & sebak dgn apa yg berlaku…
Terkejut bukanlah disebabkan perak jatuh ke tgn BN, tp disebabkan cara perubahan itu berlaku scr tiba2… Sebak pula bkn lah disbbkan PR jatuh tapi kerana org perak akan kehilangan pemimpin@MB yg sgt berkaliber dan cth pemimpin Islam yg baik…
Smg kite bersama2 fikir kembali… Muhasabah diri msg2… Sedarlah, Sebenarnya mmg ramai lg org Islam di Malaysia yg xpaham Islam… Jadi, tanggungjawab bg yg sedar utk memberi kesedaran kepada mereka.. “Wa’Yun Siasi” perlu ditegakkan… Ya Allah, berikanlah kesedaran politik yg sebenar kpd umat Islam…
- Semua yg berlaku ade hikmahnya di sebaliknya bg orang yg berfikir -
Punyalah slow-slow baca,bukan masalah tidak dapat hadam isu,tetapi article “pekak” sangat perak ye…hehe.Kita telah menang sebelum menang…
Banyak hikmahnya dari peristiwa lompat,dilompat,melompang,terlompat,berlompat…=)
@Ibnu Aiman, rasanya bukak “pekak” kut.. tapi “pekat”.
Memang senasib dengan Ibnu Aiman nampaknya. Kena baca perlahan-perlahan nak memahamkan kecantikan loghat negeri Perak. Dapat juga belajar loghat.
Jazaakallahukhaer ustaz. Tulisan ini memberi peringatan dan menyedarkan saya.
ye la anak perantauan boleh berkomen. tp bagus bila kita mcm ni boleh bermuhasabah. d perak ni dari grassroot parti islam tak berapa kuat lg sbb kurang kepakaran. rasenye kalo nak semula memerintah, kita bergabung tenaga bersungguh d dlm & d luar majukan jemaah d kampung tu. not to give the best of your effort is to sacrifice the gift….
@abu @ ibn ahmad, itulah yang Abu Saif singgung dalam ayat terakhir article ini…
“Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.”
Kembali pada basic dan ana sejujurnya sekarang bertambah yakin kepada senjata rahsia ini…Tidak salah kita menoleh kebelakang sejenak…
@Ibnu Aiman, kpd shbt2 lain d luo perak sana dharap mcm enta ckp le ‘Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang’ cuz sultan perak tengah nak pikio buat keputusan tu, takkan sultan kolumpo plak….
Dah lama saya menjadi pengunjung tetap sio, tetapi kali ini merupakan kali pertama saya letih membaca entri al-fadhil Ustaz sebab sambil membaca sambil menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu fushoh, tetapi mesejnya tetap difahami. Sayapun masih mencari-cari sumber apa sebenarnya yang berlaku di Perak…
Assalamu’alaikum ustaz..
kali kedua kakcik tinggal jejak kat sini
w/pun saban hari melayari blog ini…
ntah le yop..
becampo bao ghase ati teman ni…
libanglibu ghasenye
sedih mcm nak teghoyok
dah elok ada MB yang nampak elok peribadinya
tiba2 jadi cenggini
tapi.. iyela,
mcm ustaz kata..
adalah yang Die nak peringatkan kita..
Ya Allah.. selamatkan negeri kami….
di mana silap?
Salam ustaz,
Kita sehati sejiwa dalam isu ni. Jemput ke website ana baca sajak pasal politik. Ustaz kalau ada masa tulislah cara Ottoman berpolitik.
fuihhh… first time terasa penat membaca artikel ust…. penat sebab bahasanya….
betul tu, penat sikit bace. walopun teman oghang peghak juge. jenuh nak menggayekan dengan loghat sendiri. hehe..
rasenye abu saif lebih arif belajo tentang politik d turki, sblm ni tok guru penah berpesan ambik contoh gerak kerja parti islam d sana
Salam untuk semua. Berbelit-belit betul saya nak fahamkan bahasa ni. Saya perhatikan ada orang malaysia sendiri pun susah juga nak faham apakan lagi saya yang memang asal singapura ni. Tapi Alhamdulillah saya tetap faham mesejnya,InsyaAllah.
loghat negeri masing2. temasik pun kan ada jugak…..
Mudah-mudahan ada hikmahnya disebalik dugaan yang cukup berat ini, mereka merancang tipu daya tetapi WAJIB diingat Dialah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Mudah-mudahan Ir. Nizar dan rakan pimpinannya tabah dan sabar terus teguh dalam perjuangan.
eee maleh teman nak ngomen. Tapi udah kome nulih dalam bahase ibunde teman pun nulih le sikit. Nak nunjuk teman kesah.
@Ahmad Attaluki, ingatkan yop tak mandang yg ngisahnye ate mana idak nye sahabat udoh suke berforum aje
@abu @ ibn ahmad, Ai sape ke ni?
@Ahmad Attaluki, tak kan najib tun razak kot……kata mike nunjuk kesah, ate awok ni masih setia d peghok ni he
@abu @ ibn ahmad, ai kome nak ngate ohgang kolumpo ni tak cukup peghok ke yob? ai jgn tempieh dkt tuan blog ni nanti.
Ate sape ni? pak lah pun ibn ahmad juga.
@Ahmad Attaluki, yob dr manjoi nihe. awok dgn ust ade kene la….
Cacamerba jadinya negeri Yob nih..
“Katak-katak” tengah kuat berteriak selepas hujan..
Benar sekali,kemaksiatan oleh suatu individu dalam jamaah dan mungkin dalam konteks kali ini negeri,telah memberi pukulan KO kepada sebuah kerajaan yang bertakhta..
Tiada khilaf dengan ustaz bab ni.Kadang2 terlalu gelojoh,tamak dan haloba dalam mengejar kuasa.Sampai terlupa untuk apakah kuasa itu didambakan..
Sama2 la kita semua muhasabah diri..
OA kepadaNya..
Dan juga gunakanlah senjata mukmin yang sentiasa ada
Ameen………….
assalamalaikom wrt wbt … memang menyedihkan apa yg berlaku di perak. di sebalik setiap dugaan pasti ada rahmat Allah swt…
ahli pkr rata2 from umno, fikir mereka juga tak byk beda. b4 pkr,undi melayu pecah 2…with pkr thx to dsai,undi melayu pecah 3. itu satu flaw, silap percaturan or plain greed for power. awat masih ramai org melayu yg susah nak pilih islam for all but rather, keris for malays. syndrome tak kuasa fikir apa yg terbaik dari yg baik agaknya.
ya hayyul ya qayyum…birahmatika astaghithu
Assalamualaikum w.r.t
Teman duduk kat Shah ALam. Apa pun keputusan, teman dah ready. Orang kampung dah manggil balik. Teman kata usah riso, tiba masanya [kalo mengundi], ngulu le teman bawok bendera. Tapi kena berhati2 juge, takut penggei di dema keta teman.
@Rashid KK, masalah org ateh pago nampok org kite ni jasa takat bawak bendera & ngundi 4 thn skali. cuba tunjuk peranan dalam masyarakat sekeliling mcm org nasionalis tu
salam,
eih..jalan ke syurga penuh kemuncup je ke ostaz?
@saidmirro, pesan almarhum ust fadzil nor, satu taman satu cawangan parti islam @ lg baguih 1 lorong satu cawangan….
salam..teman pun nak mencelah..
teman ghase pakatan rakyat mmg kena balik muhasabah diri..ate, baru jap beno memerintah..udah bagi belambak tanah kat org “cha ya nun alif”..apa nak jadi..nak ke kita merempat kat tanah sendiri!!
teman ceghita ni bukan main2..kawasan umah mak sedara teman udah abis dibagi ke kaum tu..asalnya tnh org melayu…gamaknya kalo nunggu lagi piliharaya akan dtg..tanah abih disapu deme..
teman ni idok la kesah kalo PR nak memerintah..tp bior kena dgn caranya..sampe Raja NAzrin pun udah bertitah…”Jgn ceroboh tanah Melayu” tp MB buat dhek jer…ate..ni lah padahnya..
@anak peghok, ana sokong enta. kebanyakan penyokong parti islam ni syok sendri dok kat alam dia, tak brani campo dgn alam org lain
@anak peghok, teman sedih.. mike tak cukup bace or tak dapat maklumat kut.. tule lain kali jgn dengor tv3suku dgn utusan meloye je… MB Nizar ceramah pergi ler dengor!!! PR bagi tanah pada cina miskin lebih kurang 3000ekar… umno dulu bagi tanah 22000ekar di Manjung pada tokeh cina kaye.. ade mike bising?????? Mane lg baguih umeno ke PR?
@mahasiswa, kalo beno la seperti yg dikata..kenapa time tu sultan tak masuk campur…??kenapa skang ni sultan mula risau..
lagi satu…miskin beno ke cina2 tu?setau teman kalau miskin idok la deme tu mampu nak teroka tanah..
mike ingat teroka tanah tu pake ayor lior aje ke?
mike jgn la nak panas beno..tumpu pelajaran lg baguih..dah ada ilmu penuh di dada betulkan apa yg tak betul!
@anak peghok, Salam. bukan semua dibagi kepada cina.. melayu pun ramai jugak.. kita sekarang nak menolong rakyat yg miskin… cina, melayu dan semuanya..
hmmm.. hamba tak heran kenapa ramai orang cina tak peluk Islam di Malaysia… walaupun hampir 1 abad mereka berada disekeliling kita.. kerna pemimpim-pemimpin tertinggi jarang sekali amalkan apa yg Allah perintahkan.. keadilan kepada semua rakyat… rakyat cina, india miskin tidak dibantu.. malah melayu miskin sendiri pun dibantu bagai segan mati tak mahu… melayu yg kaya jugak bertambah kaya… cina yg kaya juga bertambah kaya..
hamba keliru.. bagaimana nasibnya… kalo si cina miskin tu seorang MUSLIM?? CINA TETAP CINA!! INDIA TETAP INDIA!! dan MELAYU TETAP MELAYU!! kita sesekali tidak boleh menukar Bangsa!! adakah kitasemua pernah isi borang untuk menjadi melayu?? mereka tak pernah minta untuk dilahirkan sebagai cina, india, dayak dll.. hmm.. hamba rasa kita terlalu RACIST!! maaf, inilah keadaan sebenarnya..
kerana itulah ISLAM sangat sempurna..ianya universal.. Islam tidak sesekali dipisahkan dengan SEMPADAN BANGSA DAN NEGARA!!
tapi sekarang Islam dianggap seolah-olah sebagai agama melayu sahaja..
dan hamba juga tak heran.. kalo mereka (bukan Islam) menganggap Islam tidak berupaya/ untuk tidak layak memerintah/tadbir sebuah negara.. kerana mereka dapat melihat contohnya di depan mata.. ketidakadilan berleluasa.. rasuah jadi mainan..
hamba bangga dengan kerajaan Kelantan.. kerana pimpinannya BERUSAHA untuk amalkan keseluruhan ajaran Islam.. dari segala segi.. dalam pentadbiran mereka… dan akhirnya, mereka mendapat mandat daripada rakyat kelantan, Islam dan juga bukan Islam.. walau dimomok dengan penuh limpahan pembangunan.. hmmm.. Islam bukan hanya pada materi.. Kita dimuliakan kerana Islam, lantaklah, bagi mereka yg ingat bangsa, harta, kuasa adalah sumber kemuliaannya..
maaf, maaf semua… ini hanya dari sudut pandangan hamba.. anda semua tidak perlu menerimanya…maaf atas salah@silap… “sekadar merasa jiwa hamba”
Salam kunjungan,
Selalu juga baca artikel Ustz tp ni kali pertama tulis kat sini. Pertamanya Jazakumullah atas perkongsian ilmu. Moga brtambah ramai aktivis Islam berjiwa Rabbani dapat dilahirkan.
Bila baca entri ini, baru rasa nak tinggal komen…sebabnya…slow aje ana baca tapi alhamdulillah boleh faham…cuma ia agak mencuri masa ana yg sedia padat utk membacanya. Teringatkan pesan Nabi supaya menggunakan bahasa yg mudah difahami. Tapi ana dok fikir mungkin Ust nak sesuaikan dgn suasana Perak… pembaca pun boleh tahu loghat Perak. Kira ok lah juga.
‘Ala kullihal…Ust lebih tahu justifikasi menggunakan loghat Perak kali ini.
Assalamualaykum,
Zaujah Zakuan
Kelantan
Salam, entah ler ustaz, yg nyatanya…perjuangan PAS, perjuangan Tulen dlm memperjuangkan pentadbiran islam dan melaksanakan islam…perjuangan PKR, masih samar2…x pasti…Pas dah buktikan di Kelantan..dan Kedah… DAP di penang mcm lebih kurang sama pentadbiran Gerakan/MCA di penang…x berubah pun… walluahualam..ini cuma pandangan zahir hamba yg fakir…Allah lebih mengetahui segalanya…
@Zue, boleh tanya ust bab tahaluf siasi
@abu @ ibn ahmad,
entah ler… saya pun susah nak faham senario politik malaysia..dulunya berjuang utk kemerdekaan drpd penjajah..sekarang ini berjuang utk apa ya ??? dlm satu penggal…tak sampai 2-3 thn rumah dah mcm resthouse di tgh sawah padi…(mmg ingatkan resthouse dah dulu…) cuba lihat sekeliling..rumah jenis apa yg ada di sekitar sawah padi nun…. kesian..ada mata..buat rupanya…apalah sgt yg nak dikejarkan harta haram…..hakikatnya..tiada satu pun yg kekal…ada baru2 nih saya dgr di radio islam…salah satu veteran perang memberi pendapat ” kalau nak tahu siapa seseorang itu yg sebenarnya, beri dia KUASA” kerana dgn kuasa yg ada di tangannya baru kita boleh lihat siapa org itu sebenarnya. Jika sesorg itu lemah dan x berdaya…mmg senang bersikap lembut,taat dan merendah diri, tetapi jika sesorg itu kuat dan berkuasa, utk dia bersikap lembut,taat dan merendah diri…batasan IMAN & TAKWA saja yg jadi pengukurnya. Wallahualam…
Salam,
Kena pandu perlahan, 50 km/j, banyak yang kena baca ulang.
Petikan dari surat yang mengabar, yang benar dan yang tak benar, tempuh hari.
“KUALA KANGSAR: Raja, sebagai ketua negeri dan negara perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Titah baginda: “Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan.”
Rakyat, sebagai pengikut negeri dan negara lagi PERLU bersifat tidak memihak ….. pada hemat saya. Sesekali memihak kepada SIO, tak apa, “Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.”
Apa2 pun peristiwa di Perak ni merupakan satu bayaran ‘cash’ dari Allah kepada puak2 Erdogan dan yang bersekongkol dengan pendapat mereka. Lupa hak Allah, lupa matlamat perjuangan. Ambik hangpa..
@azwan, tak ada erdogan atau bukan erdogan. yg ada hanya perjuangan Islam. Apakah salah cara erdogan dimata anda??? jgn kita terpengaruh dgn nama yg diberikan oleh musuh yang akhirnya membawa kita sama taraf dgn musuh. Sepatutnya kita hanya melagukan lagu yg sama: KAMI PEJUANG ISLAM.
@azwan, Jangan lupa Erdogan ler yg berani serang Israel di Davos.. masing2 perlu melengkapi! sinergis buat kata ustaz… jangan cari salah je……..
Teman yang bukan oghang peghok pun terus jadi orang peghok jadinye…
Fair enough…
Rakyat sedih kene gasak dek kape sane lamo bebenor. Susoh2 pun rakyat ghase biorle kape baru ni pelan-pelan belayor.
Tapi ada pule anok kape yang mabuk laut nak turun kape…
Sabor jer le…
Tuhan nak tengok yakin ke sape mike dan deme selame ni wei!
@Amin Ahmad, buah hati mike oghang peghok kot…..
Salam Perjuangan ….
Artikel yang kurang difaham oleh saya…ustaz guna bahasa kebanggaan ustaz.bukannya bahasa kebangsaan.hehe….
Apapun sebagai pendokong perjuangan Islam, pastikan kita ambil iktibar&sentiasa belajar dari setiap apa yang berlaku…
Kami di Kedah ni pun…sentiasa berwaspada dengan ancaman-ancaman musuh.Bukan senang nak bagi semua pihak berpuas hati dengan kerajaan baru.Hendak mengisi kemenangan lebih susah daripada hendak menang.Namun begitu ,sudah Sunahtullah perjuangan ada pahit & peritnya…
Doakan yang terbaik untuk perjuangan ISLAM…
[...] S73 Kabung Hari 6. Telah terbit Februari 5, 2009 DARWIN 26 Pak Din February 5th, 2009 at 10:34 am [...]
Salam
Mujahadah sungguh weh baco artikel kali nih. Tapi bak kato sek-sek jepong, nantoka yomeru la . (bleh la nak baca). ^^
Kawe jak dulu agih pikir doh, molek ko lopak-lopak pati nih. Kalu sek-sek pah (PAS) kawe tok risa doh (insyaALLAH) tapi sek-sek lain dale pakate rakyat tu hok kawe bimbe angak.
Apopun, kito aghak, kalu betollah sek be-end tu nok amik peghok mula nga taghik 3 oghe mb dale pakate tu, sebelum tu sulte dey la perkeneke pembubare dun semula..wak pilihe ghayo mula. Doa-doa la deh.
-sekian-
Artikel loghat peghak, komen ana loghat kelate. hihi.
salam…
ana terasa berat memikiorkan negeri kome ni sheikh…..
mlm tadi tak pase2 ana tukar tajuk usrah dari silibus asal ke ulasan2 berkaitan dengan perak ni… mule2 berkiso pase lompat2 ni… kemudian masuk bab org munafiq dlm perjuangan…. seterusnya muhasabah pada orang2 yang mengaku die ahli pas…. jangan jadi fitnah pulak pada perjuangan islam….. terkejut ahli usrah ana… perbentangan ana semalam tegas tak seperti biasa…. ala kulli hal ana percaya hikmah yang akan berlaku sangat hebat dan sangat memberi pengajaran pada kita yang ngaku berjuang islam… aminn.
Salam teman org Bote perak…. memang PKR kena ambil pengajaran dari peristiwa ini seperti mana Pas dapat pengajaran yg sama tahun 1969 dulu sehingga jatuhnya kerajaan terengganu…
Kita tak perlu menyalahkan sapa2.. PKR, DAP, PAS… perang psikologi semakin hebat… umno akan lebih gembira jika kita pecah belah…
Isu utama di sini adalah rasuah!!! dan adakah kita sanggup membenarkan kerajaan rasuah terus memerintah????? Terus terang saya lebih takut jika najib menjadi PM nanti.. apalah bala yg akan terjadi????
Terus nyatakan bantahan kita terhadap najib yg akan jd PM malaysia mac ini……
its obvious
b4 defection, org2 ni ‘terhilang’ few days
anak isteri pun tak tau gi mana
what is this???
depa 2 org tu ada kes rasuah ??
senang punya logik
ini people’s perception la
ada possibilty dorang kena ugut ?
kalau ko tak masuk bn, kes rasuah ko tu lekat
its that simple
nak masuk jail ke nak masuk bn?
kalau masuk jail pun taraf wakil rakyat lucut gak
kita bukan la nak menuduh
but di mata rakyat, that can happen
ppl are sceptical abt bn
Assalamualaikum teman sume,
Ape keheee nye ni,
Teman nak komen pasai pemimpin kite lani pasai pe pulok dah jadi macam ni.Mana satu pemimpin kita yg boleh kita ikut lani.Blog chedet pun dah komen artikel rasuah UMNO dan pasai lompat-melompat parti ni.Islam benor ke kite makan rasuah ni?Kalau gitu teman pun nak juga senang buat duit ataih angin ja.Hehehehe.
Pulanglah kepangkal jalan wahai para pemimpin ku sayang.Tak tahu lagi nak memilih mana yg benor mane idoknya.
Kalau gini le politik kite lani memang Panaih la
jadi nya.Peghok ni pula apa kehenye.Lompat macam katak pulak dah.Baguih ka pemimpin macam ni ?
Asyik nak besorkan perut dia je la kalau gini bukan nak berbakti pada rakyat.Kalau idok pasai pa dok sibuk lompat katak tu,ye dak.
Mata manusia suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap apa yang dipandang.. Kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu dengan fizikal dan tingkah laku orang yang dilihatnya.
Manusia dijadikan oleh Allah SWT dengan sifatnya berubah-ubah. Baginda Rasulullah SAW mengajar umatnya dengan doa “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu”-Hadith riwayat Imam Al Tirmizi dan Imam Ahmad.
Dalam Hadith riwayat al-bukhari dan muslim,” Jika engkau melihat orang yang suka memuji-muji di hadapan kamu, maka taburkanlah debu tanah dimukanya”…Setiap kita perlu berjaga-jaga dengan pemuji yang melampau ini kerana mereka akn mencela dengan melampau juga.
Allah berkata, “Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka, “Segeralah kamu kembali kepada Allah dengan taubat. “Sebenarnya saya diutuskan oleh Allah kepada kamu bagi memberi amaran jelas.” Surah Al-Zariyat ayat 50
Allah berkata lagi, ” Jangan lah kamu bermegah dengan kekayaan kamu itu. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah”. Surah Al-Qasas, ayat 76.
Setiap kejadian Allah SWT itu ada hikmahnya untuk dijadikan panduan dan pedoman buat kita. Keutamaan kita, nilaikan diri sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab kita kepada Allah dan adakah kita sentiasa menghisab dan muhasabah diri kita. Semoga apa yang berlaku di Perak menjadi pengajaran.
Wassalam
bahase peghok mudoh lg nak paham, rase nye idak susah sgt kot. baguih bukak artikel kali boleh org lain blajo skali. jd bila lg asyik dengo kat tv pante timo & utaraa aje.
ate awok kesian nengok sape2 yg kurang paham, so tips mcm ni :-
kalo ada e d ujung bunyi ay bukan er. saya = saye
kalo ujung nye o utk ganti perkataan yg ujungnye gune ‘ar’ & ‘au’
dengar = dengo, risau = riso
satu sebutan r dia adik bradik dgn oghang perancis. paris = parit
pst: ni belum bote/parit lg, bini awok oghe klate pun x dpt nak tangkap
aah.. bahase orang perak biase2 ni senang lagi le nak paham..tapi klu dah belah parit ngan bota mmg susah le sket. orang perak sendirik pun tak brape nak tangkap sangat. dah rope macam kecek ngan ore qlate gak le.. keh3x..
saya setuju dengan point entry ustaz hasrizal. ia muhasabah yang baik daripada untuk kepimpinan pkr khususnya dato seri anwar dan pas. saya tak percaya majoriti ex-umno yang masuk pkr. maaflah. di sebelah pulau pinang sini pun dari awal lagi dah boleh cam muka-muka yang join pkr kerana kecewa dengan umno, bukan nak perjuang rakyat sangat pun. saya bukan menuduh sebarangan, tapi saya tahu fault masing-masing ketika anda dalam umno dulu. kalau anda pemimpin masih bersikap seperti ini, lantaklah hampa nak balik join umno pun. sekarang anda untung segantang, esok lusa anda rugi seguni. Allah Maha Adil. kita muhasabah sekarang tak apa, jangan sampai nasi menjadi bubur.
Salam..
daripada sume yang ana bace bolehlah disimpulkan bahawa Allah nk bagi 3 benda kt pakatan rakyat…
1. peringatan dari Allah agar muhasabah balik ape yang telah barisan pimipinan pakatan rakyat di perak telah buat..sama ada buruk ataupun buruk..
2. Allah nk tunjuk inilah die secebis perangai jahat bakal perdana menteri umno malaysia yang akan datang(kalau die berjaya mac ini)..dan juga perangai sebenar mereka yang tidak ikhlas dlm perjuangan(orang lompat-melompat ni lah)
3. kmungkinan Allah nk bg yang lebih baik pada mase akn dtgkt org yang ikhlas memperjuangkan Islam…memetik dr kata2 Kuli..”Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan”..
wassalam..sekadar komen..
@fidhlu_mtant,
Benar sekali, namun begitu cara yg terbaik adalah enuhilah tuntutan rakyat Perak, kesian diorang.. dalam hati2 mereka dah tanda kat parti mana nak mereka undi.. alih2 Adun main tukar parti plak..
Saya rasa BN dah rasa kalah kalo guna taktik mengundi.. sama macam kat Kuala Terengganu.. dgn angkuhnya mereka menyatakan mereka adalah juara.. akhirnya tidak kan..
jadi cara begini ajer yg mampu dulakukan.. rakyat malaysia dah bosan ngan mereka.. tak faham-faham lagi ker..
Moga kekuatan terbina disebalik kekalahan yg ada..
anak jati Perak @ kuale…
a;kum ustaz n sume… oihhh.. glamer nampoknye baso perok ni,,kalau ape yg ditulih ni bole keluo bunyi..lgi baguih le gamaknya ye…
…saya cdgkan PAS utk lebih proaktif lagi… bukan skdr tegur dan hentem sama BN aje… jadi pemantau kpd pkr dll…. you are islamic party….and for sure dlm islam ada hukum2 yg jelas ttg aktiviti katak melompat ni…boleh ke takleh? or mungkin kalau katak tu melompat ke kem kita..halal tapi kalau si katak tuing ke BN..haram… rasa saya same je hukumnye tak….wallahualam..mungkin ustaz lebih arif.
…apa pun..harap x de berlaku tit for tat… sbb PR akan kalah sbb bn lebih arif dan lebih mampu dlm hal sogok menyogok ni (satu andaian sbb no bukti)….
—yg jelas si katak2 ni terutamanya katak bota tu mmg dah hancurkan maruah depa sendiri..selama lamanya.
–PR perlu ambil iktibar..moga jadi pemimpin yg lebih baik pada masa depan..wassalam
Salam.. sabo ye sahabat-sahabat.. jangan ikut emosi.. jatuh bangun adalah lumrah perjuangan.. yg penting kita perlu bangkit setelah kita jatuh!! biarlah diaorang buat mcm nie.. Allah sentiasa ada disisi kita.. Saya yakin mereka pun takkan bertahan lama… dikelilingi ahli dan warga dayus.. YAKINLAH perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan mereka.. YAKINLAH.. tiadalah sesuatu ini berlaku saja2… Mesti ada hikmah disebalik.. yg penting kita ISTIGHAMAH dengan ISLAM!! kerana mulianya kita adalah dengan ISLAM!! dan mulianya kita adalah selamanya… biarlah Allah membalas perancangan JAHAT mereka.
@hamba, Salam, “Allah sentiasa ada disisi kita”. Kalau kita tu adalah kita yang sedang jatuh, saya kurang setuju. Kita itu merangkumi manusia semua, jadi jangan terlebih yakin Allah menyabelahi kita tanpa kita muhasabah diri dan perjuangan. Saya lihat kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan sudah pasti sebagaimana tajuk Ustaz “Tuhan tengah bercakap dengan kome tu!”. Allah Maha Adil, Dia tak hanya bercakap dengan kome, dengan dema, dengan engkau, dengan anta, malah dengan lu juga, Dia sentiasa bercakap. Cuma yang mendengar, mendengar pelbagai versi arahan, disebabkan tahap gangguan dari syaitan.
@Pak Din, Salam. saya hargai pendapat Pak Din tu… tapi sememangnya Allah dekat dengan kita semua.. malahan lebih dekat daripada urat leher kita sendiri.. tak kira hamba tu taat ataupun tidak… benar Allah bercakap dengan semua hambanya.. masalah sekarang adakah kita patuh/ikut segala apa firman DIA.. Saya tidak heran jika mereka menggunakan label/tag Islam.. gunalah.. tapi apa yg saya kesahkan adaah mereka AMALKAN ISLAM itu!! Keadilan adalah antara pekara asas yg Allah minta kita tegakkan.. Keadilan Islam meliputi warga Islam dan bukan Islam.. nabi dan sahabat telah memberikan sangat banyak contoh!!
@hamba, Alhamdullilah, Keutamaan saya adalah mencari yang tidak ikut emosi, bermakna mencari mereka yang menulis dengan rational akal. 2x Alhamdullilah, kerana “benar Allah bercakap dengan semua hambanya”. AMALKAN ISLAM itu bererti kita mematuhi SyariatNya. Keadilan perlaksanaan AMALAN tidak akan tercapai sekiranya tiada kefahaman kearah melaksana Syariat yang berasaskan Sunnah, atau seperti kata Ustaz, menjadi Muslim yang Syariatik yang Saintifik. Kepincangan berlaku sekarang, kerana tiada kesimbangan antara Syariat dan Sunnah. Perlaksanaan Syariah yang tidak berasaskan Sunnah hanya menjadi amal yang tiada berilmu. Bermulanya Agama (beramal) itu adalah MENGENAL (berilmu) Allah.
Hmm, ni artikel terbaru ustaz ke? Dah 61 komen, rasa macam dah terlepas baca 2/3 hari
Tergelak juga saya baca entry ni, bukan sebab kisahnya tapi sebab mata pusing-pusing, kepala pening-pening nak fahamkan entri ni.
Macam best plak.
Tapi betullah, di sini la antara mehnah dan tribulasinya.
Assalamualaikum….Ustaz
Alhamdulillah,semenjak mengenali blog ustaz ni,saya xpernah putus memberikan komen. Harap ustaz toksahlah kechek perak. saya orang johor payah nak paham. stress bila bace artikel ni. payah nak pahamla….hehehe…tapi saya nak komen ckit pasal politik yang amat memeningkan & mengelirukan. politik sekarang xlari dari politik wang, perebutan kuasa, niat hendak menjatuhkan & mengaibkan orang perseorang @ parti lain. Kalau kita sentiasa berpecah belah, sampai bila pun niat kita untuk memperjuangkan agama islam & memartabatkan orang melayu xkan tercapai. asik nak berbalah sesama sendiri. newspaper asik2 citer politik memanjang. saya pun pening. Apa yang sedang berlaku di perak sepatutnya dijadikan iktibar dan sandaran utk kita bermuhasabah sesama kita terutama umat islam. “TAK KAN ISLAM HILANG DI DUNIA” hanya kerana POLITIK…..subhanallah…harap2 negara kita xberpecah belah…Amin…
Ahlan Wasahlan….
Assalamualaikum…Baru 2 kali jenguk blog ust ni ana rase semacam.Umpama Pak cik Astro..”macam-macam ada..!!”Hari ni kat Ipoh,kat depan rumah MB dah sesak dengan manusia.Ana setuju dengan pendapat ust.Ana sebenarnye budak jati Parit.Hehehe…Berbahasa PIOR nampaknye ust.Hehehe..Berbalik kepada tadi,ana sangat-sangat setuju apa yang ust katakan.Muhasabah kembali,kembali kepada Allah.Mungkin ada hikmahnya kan ust.Islam pun tidak terus bangkit dalam masa setahun.Bertahun Nabi memperjuangankan islam betul kan ust.(Betulkan ana kalo ana salah)
[...] tidak menyalahkan atau menyokong sesiapa. Kerana saya tahu, saat ini ALLAH swt sebenarnya menguji keyakinan kita kepadaNYA, sejauh mana kita menerima qada’ dan qadar ALLAH tanpa sedikit pun mencalari aqidah dan [...]
Poltik tidak kotor seperti yang disangka oleh sesetengah orang, kerana politik sebahagian daripada ajaran Islam.Tetapi politik kelihatan kotor apabila ada pemimpin yang dilantik tidak faham politik lebih-lebih politik yang diajarkan oleh Allah sebagai panduan kepada kita. Kena ajak dan fahamkan masyarakat agar melantik pemimpin yang faham politik dan perjuangan Islam, barulah negara boleh stabil dan selamat.
Assalamualaikum ustaz,
Sebagai anak perak juga pasti terasa kepedihan walau kita mampu membuat biasa-biasa sahaja. Benar. Sebenarnya ketika ini ALLAH ‘menyapa’ kita sedikit untuk melihat sejauh mana akhlak dan akidah kita terpelihara walau dalam keadaan yang cukup menyakitkan.
Menjagalah diri, demi menjaga agamaNya, bermujahadah demi menuju mardhatillah, tetapi sejauh mana ikhlas dan yakinnya kita kepadaNya?
Kita harus kembali bermuhasabah. Kita semua ada tugas demi menjaga pelbagai pelusuk penjuru agama Islam, maka kuatlah menjaga amanah itu, kelak akan ALLAH swt bantu golongan yang benar-benar menjaga DIA.
Qada’ dan Qadar ALLAH swt itu pegangan orang beriman. semua manusia berdoalah, memohon ampun dan pertolongan, dan terus bertawakkallah dengan yakin kepadaNya. Kerana itu sebenarnya yang DIA mahu kita bicarakan.
wallahua’lam
Slm, walau macam mana pun jadinya, perjuangan menegakkan Islam tidak akan berhenti. Insya Allah, kalau tak di dunia ini, di akhirat jua kita petik buahnya. Teruskan berjuang!
slm..sedih rhasenye ngenangkn ngri kesayangan keme neh
sedeh sebab perak kehilangan seorg mb yg sgt berwibawa
sdeh..sedeh…sedeh….
moga Alah terus memberikan kemenangan buat mereka yg benar2 memperjuangkn agamanya…..
Hidup yang sementara ni jugak lah yang manusia dok terkejar2 ye. Tak kisah dah dosa pahala. Kita ni boleh main silap mata dengan sesama manusia ni. Menghalalkan cara walau sejelek mana pun. Tapi tolong ingat ye, kita tak boleh tipu Allah. Maka berani buat berani lah tanggung. Ingat pesan Umar Al Khatab “kita dihurmati ini kerana Islam” dan “kalau nak maju fahamilah Islam”. Org puteh kata, you lost a battle to win a war. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Sedih melihat manusia yang mengaku muslim tapi sebenarnya munafik belaka. Who are you trying to fool?
Inilah akibatnya jika org (khas utk sang katak) yg dlm kesusahan mintak pertolongan dari makhluk bukannya dari Allah. Semoga Allah memperkukuhkan iman dan taqwa pada MB Nizar agar dpt meneruskan perjuangan di Bumi Bertuah Perak… (semoga TGNA dpt beri sedikit tips utk diamalkan bagi menangkis serangan bertubi-tubi pihak2 yg gila kuasa nih.)..mcmana lar rasanya org2 yg mkn harta rasuah? amankah hidup mrk…bahagiakah mrk… semoga mereka kembali kepada ISLAM yg sebenarnya.
adik teman ada kat ghomah MB sekarang. Deme buat semayang hajat. Katenye, elektrik ngumah MB dah nak kena potong. Kejam betul orang UMNO ni. Nampak benor giler kuase. kalo ye pun, bior le Nizar tu keluor dengan cara baik-baik. Moga Allah membalaih kekejaman deme.
bak kata ketua saya yang saya ngopeng
kadang2 kita perlu berundur setapak sblum mncapai kejayaan seribu langkah lagi
Ustaz, susah nak ikut loghat Ustaz ni, tak biasa dengan loghat Perak. Maklumlah kita ni orang Utara bukannya orang Perak. Minta Ustaz “terjemahkan” balik ke dalam bahasa baku
@menj, org utaraa nak tau bahasa peghok blajo dgn orghang taiping sbb deme ni duk tgh2…….
Walaupun lambat untuk memahami posting ini tapi alhamdulillah faham dan jelas apa yang tersirat. Jzkk Ostad.
Terkini MB enggan letak jawatan. Saya setuju. Biarlah habis usaha daripada tunduk kepada rasuah maupun gangsterism. Mungkin Ostad dan ikhwah lain tak setuju kerana ini mungkin akhirnya mengundang murka sultan.
Wallahua’alm.
@Ummusarah,
saya setuju dgn ummusarah dgn pendirian YB Nizar untuk tidak meletak jawatan kerana beliau masih sah sebgai MB.
saya juga setuju yg kita perlu muhasabah.. tidak kira pada bila waktu pun.. dalam perkara ini memang kita semua PKR DAP PAS perlu merenung kembali kelemahan dan cuba memperbaiki..
tetapi saya tidak setuju apabila berlaku insiden seperti ini atau lain-lain kegagalan, kita mula mencari SIAPAkah punca kepada kegagalan ini seperti yg di-highlight secara tidak langsung di dalam entri ini.
they won the battle but they will lose the war.. insyaAllah!
pening kepala baca posting ni. ate tu ape ustaz?
@iffa, ate tu maksudnya macam.. “dah tu?”
@iffa, ate tu yong lebih kurang maksudnya ‘abis tu’ dlm pembuka ayat. nape ada org bote nak masuk meminang ke. name mike tu plak same mcm nama anak teman
salam..atenya seghonok pulok nengok artikel ustad aghi ni=)mmg sedih bebeno la ngenangkan ape yang jadi pada negheri peghok ni..yang teman ghase terkilan tu sebab oghang slalu nak tempelak ape kebenda dah dibuat dek keghajaan peghak, padahe baghu tak sampe setahun memeghintah.atenye sabo,bagilah mase..
yang teman nak maghoh ni pase lompat2 parti,udoh ghupe katak pulok deme.oghang ghopini usahlah dibuat pemimpin, ghosak masyarakt.pendirian bergoyang2, mana ghupe nak memimpin, nunjuk teladan pada rakyat?
tapi teman secagha peribadinya ghase betoi ape yang ditulih dek ustad,Allah sedang berbicara dengan keme..sebab banyak agaknya leka dan lupe..lupe dighi,lupe tanggungjawab, lupe amanah..tapi pihak yang meghasa dighinya menang kali ni, awas!!menang bukan bermakna betol, benar, tapi ujian semata-mata..yang kalah pulok bukan sebab tak bijak, tapi ni pun ujian juge.muhasabah lah dighi..
teman kalu bulih nak la nengok pemimpin2 skrg ni terutama yang pR ni tunjuklah sesuatu yang lebih baguih..bukan sekadar bising2, bergaduh dlm parlimen, dok ber’amuk’, kadang2 dah ghupe samseng..kalu PR pun huru hara, mana le bulih dapat kepercayaan rakyat?
teman haghap PR, terutamanya yang berlambang roket dan warna bighu terang tu, beghubah la ke arah lebih baik. oghang sekarang ni udoh tak nengok sama ada pemimpin tu pande bercakap atau tak, yang deme nak yang bulih bekerja..dulu huru hara 16 september, sudohnya ape yang dapat, buat digelok dek oghang je..malu weih..
ai, banyak pulok teman berceloteh di cni..bukan ape,sebab teman ni sygkan peghok..sedih bebeno
itu la pasenye.penin mikiornye.kejap keluor kejap masok.ate deme ni idak ke paham pase maruah,prinsip.nyarih bukan org jemaah kite.itu la pasenye, tarbiyah..tarbiyah…
nak masok politik kene le atas dasar tarbiyah dan dakwah.idak le jadi ghope ini.
He knows best!
Kepada kawan-kawan samada yang menyokong atau tidak atau atas atau bawah pagar, berhati-hatilah semua, sebab apa yang berlaku ini adalah atas kehendak-Nya. Pasti ada hikmah, pasti ada sebab, yang kadang tak terjangka dan terjangkau oleh akal dan hati kita, biar bagaimana hebatpun kita dan gerak kita. Jadi, kalau suka, jangan suka sangat. Kalau kecewa, jangan kecewa sangat. Kalau marah, jangan marah sangat. Reservelah sedikit untuk Tuhan. Teruskan perjuangan, yang penting kebenaran bukan kemenangan!
Kalaupun benar Allah sedang menguji..lapangkanlah hati ini utk terima hakikat ini..Ya Allah.. pengajaran apakah yg sedang kau tunjukkan buat kami..??
errkk.. teman ni bukan le oghang peghak pun tapi hati teman masih tak percaya,takleh nak teghima dan rasa mcm masih bermimpi..betul ke apa yg sedang terjadi..yang pasti disaat ini hati teman sentiasa haru dan sebak..i really upset with all of this..
kawe ore ganu, kijo jah kat perok nih tapi gak tak tau la bakpo jadi emosional sungguh dgn apa yg berlaku..agaknya itulah dia..cubit peha kanan satu badan terasa..
astaghfirullah hal azim… sama2 muhasabah..
Haaa nak sangat main lompat2 kan.
Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?
Terkene ngan GAME sendiri, lepas tuh mau buat perhimpunan resakser pulak.
Sudahlah rentikan kanlah buat kekecohan sana sini. Tak gentle la dah kalah tak bule terima kenyataan / living in denial. Dulu BN kalah 5 negeri takde pun buat mogok, buat perhimpunan, kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati ke ape ke.
Saudara DSAI, sudah2 la tuh berpolitik, March election sudah habis, sudah tamat waktu berpolitik, skang ni waktu kerja, waktu untuk pembangunan insan dan negara.
Rakyat Mau cari makan, suap anak bini, kumpul duit utk masa depan keluarga.
Kalau asyik2 nak berpolitik, skit2 nak pilihanrraya, skit2 nak bagi mandat. Mandat dibagi pun tatau jaga.
DSAI salu berkata dalam ceramah2nya, insyallah with gods willing semuanya akan berjaya. Dan Alhamdulillah dengan keizinan ilahi semua ini telah berlaku. Segala petanda2 ini saya pandang positif kerana permainan kotor Anwar sendiri terkene batang hidungya sendri.
Memang sesuai dengan pepatah melayu
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN
p/s: oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan.
dengan ucapan main la lompat2 lagi.
@Rokiah Ronggeng, Salam, Lompat-lompat tu tak le masaalah sangat. Niat melompat tu yang perlu kita tengok. Kalau hanya ikut tabii katak, pasal ada lalat yang nak ditangkap, itu yang kita sepatutnya tak suka, tetapi kalau lompat pasal diri terasa telah memperjuangkan isu yang salah maka lompatlah untuk berhijrah manhaj. Ibarat seorang Ustaz dahulu mendapati, parti yang diharapkan memperjuangkan Islam, tetapi rupa-rupanya hanya menghasilkan Muslim yang beragama tanpa Tuhan, maka dia melompat ke parti lain yang memperjuangkan manhaj Ulil Al Baab. Jangan lupa pula … nak berronggeng kena betulkan niat juga. hehe.
@Rokiah Ronggeng, Salam. Maaf. Kelakar la awak nie… memang kelakar.. BN yg buat.. akhirnya Anwar yg tak buat juga dipersalahkan… kiranya nie semua nie salah PRlah…. org lain baling batu.. org lain yg kena ye.. sapa plak yg tak abis2 dgn piliharan raya…?? rasanya 8 Mac dulu pengundi dh tentukan sapa yg mereka mau… saya confius la Rokiah.. apa-apa pun… awak memang kelakar betul la…hahaha… Rokiah Rongeng! awak bleh masuk Raja Lawak lagi…
pemimpin yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan hendaklah beristiqamah dalam setiap perbuatannya. bila dapat untung bersyukur, apabila mendapat rugi bermuhasabah diri. bukannya menyalahkan pihak lain dan dicaci maki kawan dan lawan.
salam ustaz..
semoga perjuangan menegakkan Islam tidak terhenti di situ sahaja..
nmpk gayenye sy kne belajor bahasa peghak kalo nk bace artikel ni..krang phm sgt..pape pon, suke bce blog nie..
byk manfaat..hehe
Seorang sarjana menyebut: “Jika aku mempunyai hanya satu peluang doa yang makbul, nescaya aku doakan kepada pemimpin agar adil, kerana keadilan mereka kebaikan untuk semua.”
adeih….sedeh teman mikio nye. dapat dengo dari jauh je le beghite kampung halaman….
semoga Allah memberikan Hidayah kepada pemimpin-pemimpin Umat ini agar Islam kembali dijulang.
amiiiiiiiiiiinnn…..
ye lah ustaz, Allah sedang uji kita semua..
mana tau selama kita pegang tampuk 4 negeri tu, hati kita tiba2 diserbu perasaan riak dan bangga. mungkin Allah nak bersihkan semula hati kita ni.. wallahu’alam
salam
sy jg sec peribadi hrpkn yg terbaik wat negri perak. 2 b honest, mmg kesian kt Mb Nizar. mgkn beliau nie kapten kape yg behaluan kanan tp dpt ank buah yg behuluan kiri, at the the boat sank. abih cite ‘rumah tgga’ die ngn exco2nya diselak utk tatapan umum. ttg DSAI lak, mmg sy dah lm was2 ngn dia nie. ms lm bn lu, sumenya yg krajaan wat tuh baik. las2 bl dah jd ketua pmbngkg abis semua org salah,bid’ah. TnHj.Hadi awang pon kna tgg ‘turn’ kalo nk jd PM. sbb DSAI kata dia yg plg layak…
mgkn tindakan sultan perak tu yg terbaik utk kembalikn kestabilan kuasa. sbb time PR pgg dulu, rakyat diwar2kan dng cerita krg enak esp di kalangn org melayu. anyhow, betoi ckp ust x yah ler begaduh sesame kite, dah tua2 ni, bughok bebenor..back 2 islam
Salam.
Terima kasih ustaz atas artikel berkaitan isu terkini. Teman ore Klate. Tapi alhamdulillah dapat ugok faham loghat Perak serba sedikit. Ada baiknya engok Cerita 3T. Ala… Si Tain tu. Hehe…
Wassalam.
[...] http://saifulislam.com/?p=4622#comment-43777 [...]
@abu @ ibn ahmad, @hamba, Melompatnya katak juga cerita purbakala. Berselisih fahamnya manusia adalah sejak Haabil dan Qabil. Samada Habil atau Qabil yang terbunuh, kedua-duanya berdosa, kerana kedua-dua telah memasang niat untuk untuk menumbangkan antara satu dengan yang lain, cuma yang tidak terbunuh ditakdirkan selamat. Yang terbunuh niatnya tidak terkesampaian untuk membunuh kerana telah dibunuh, tetapi tidak bermakna dosa membunuh terlepas darinya, melainkan dia lansung tidak berniat untuk mengalahkan lawannya, iaitu aras dasar melindungkan diri. Bukan didalam pegolakkan politik terakhir ini, kedua-duanya berniat menumbangkan satu sama lain. Maka siapa yang kalah atau menang tidak relevent, niatnya sudah terpasang. Berat timbangan keduanya sama. Biarkan Rokiah nak ronggeng, cuma saya tanya, untuk apa? dan nasihat saya jangan sampai tertonggeng.
@Pak Din, salam.. hanya UNTUK ALLAH.. itulah jawapan hamba..
Oh ye.. Pak Din, sekadar ingin membetulkan.. rasanya apa yg Pak Din tulis/nyatakan tentang Habil & Qabil, hamba kira kurang tepat.. adalah tidak mengatakan Habil berdosa kerana peristiwa itu… Habil TIDAK sesekali mempunyai niat untuk membunuh Qabil.. walaupun Qabil terang-terangan menyatakan dia mahu membunuh HABIL.. sila rujuk Surah Al-Maidah: ayat 27 -30..
Al-Maidah (ayat 28); “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam”.
maaf, ini adalah dari apa yg hamba tahu dan belajar.. mohon jutaan maaf andai hamba tersilap… “sekadar merasa jiwa hamba”
@Pak Din, salam.. hanya UNTUK ALLAH.. itulah jawapan hamba..
Oh ye.. Pak Din, sekadar ingin membetulkan.. rasanya apa yg Pak Din tulis/nyatakan tentang Habil & Qabil, hamba kira kurang tepat.. adalah tidak benar mengatakan Habil berdosa kerana peristiwa itu… Habil TIDAK sesekali mempunyai niat untuk membunuh Qabil.. walaupun Qabil terang-terangan menyatakan dia mahu membunuh HABIL.. sila rujuk Surah Al-Maidah: ayat 27 -30..
Al-Maidah (ayat 28); “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam”.
maaf, ini adalah dari apa yg hamba tahu dan belajar.. mohon jutaan maaf andai hamba tersilap… “sekadar merasa jiwa hamba”
@hamba, damai hati mendengarkan KERANA ALLAH, untuk masih untuk kita, hemat saya, kerana Allah tak perlukan ronggengan kita. Rokiah dan, sekarang kita yang perlu beronggeng, untuk kita, tetapi kita dah setuju dilakukan kerana Allah. Pegangan asas dah serupa. Terima kasih tak terhingga, telah memberikan Ayat berkaitan. Sebagai seorang yang cenderung menjadi Ulul Al Bab (memaksimakan penggunaan rational, aqal), saya memang perlukan Agamawan (yang selalunya mementingkan naqal). Semuaga penserasian antara keduanya dapat diselaraskan. Walaupun ia sebagai pembayang, maksudnya masih jelas, bahawa bekas ahli BN tu, dan semua ahli politik yang lain tak kira parti, berniat mencapai tampuk kepimpinan dengan apa cara sekalipun. (Yang baring atas jalan dengan bendera pun ada). Dan dia pernah melaksanakan makar yang sama dahulu, cuma kali ini belum kesampaian menterjemah program 16-Sep-nya.