Perak: Ibrah Sulaiman Dan Wasiat Uthman
Perjalanan ke negeri Pahang baru-baru ini menemukan saya dengan ramai anak Perak di perantauan. Rata-rata, berasa begitu kesal dengan perkembangan yang berlaku, tetapi optimis dalam mencari sisi-sisi positif terhadap ‘bahasa Tuhan’ yang terungkap di sebalik segala ujian yang menimpa.
“Ustaz sentuhlah sedikit berkenaan dengan hal ini dalam kuliah Subuh nanti!” pinta seorang teman.
“Tengoklah macam mana nanti. Saya pun tak pasti nak sentuh dari sisi mana,” saya menjawab.
Kuliah Subuh, saya sampaikan berkaitan dengan peranan kita dalam menangani bencana di Palestin, yang diharapkan tidak terpinggir oleh peminggiran media yang membuat liputan secara bermusim.
KELAKUAN MEDIA
Ketika Palestin dirempuh, media sibuk dengan Palestin.
Isu Palestin masih panas, tetapi media beralih ke isu tiga ADUN Perak isytihar keluar parti dan menyokong BN.
Sah atau tidak sah tiga ADUN itu menjadi penentu kepada nasib jutaan penduduk Perak melalui perlantikan MB baru sebelum MB lama disahkan pelepasan jawatan, media sudah bersegera menumpukan perhatian kepada isu Dato’ Seri Ir. Nizar mendurhakai Sultan.
Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu.
“Dalam suasana yang berlalu pada hari ini, apa yang menjadikan diri saya dan ramai rakyat Perak terkilan, bukanlah pada tindakan Barisan Nasional semata-mata. Tanpa rujukan akhlak, kita sentiasa menjangkakan apa sahaja boleh dilakukan mereka. Sesiapa sahaja yang berbudaya dengan budaya BN, hatta setelah menjadi penentang BN sekali pun, akan terpalit dengan falsafah Machiavelli yang meminggirkan prinsip dan moral, menghalalkan sebarang cara untuk mencapai kuasa,” saya mengatur kuliah.
PERANAN ISTANA
“Tetapi dukacita yang besarnya ialah pada kedudukan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa,” kuliah Subuh saya bersambung.
Benar…
Segalanya sungguh menghiris rasa.
Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34:
“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”
Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.
Dan oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya:
“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]
Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia.
Kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.
Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.
SUNNAH KEPIMPINAN
Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











































about 1 year ago
Masya Allah, menitis air mata saat mengakhiri (baca) artikel ini…
Allah, kuatkan Iman para pejuang Islam…
Kamu tunjukkan kepada dua orang ini (Zahid dan Najib) agar mendapat petunjuk, jika tidak Ya Allah, kamu binasakanlah mereka berdua ini (yang merancang kejahatan untuk menghancurkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat)..Amin
terima kasih tak terhingga di atas artikel yg begitu mencuit perasaan…
Respond to this comment [with empathy]
ibnmuflih reply on February 9th, 2009 9:00 pm:
si syahid.. begitukah cara kamu berdoa untuk saudara seislam kamu ?? apakah kamu yakin perkara ini telah di rancang ?? Qul Hatu Burhanakum Inkuntum SHodiqin .. !! berfikirlah secara akal sihat …
Respond to this comment [with empathy]
sisyahid reply on February 9th, 2009 10:22 pm:
@ibnmuflih, orang buta hati saja yg masih husnu zhon dengan UMNO dan barua-baruanya(merujuk kepada tiga ekor katak) yang setiap saat mengambil peluang utk menfitnah perjuangan Islam…
ibnu muflih, jangan la pula kamu muflis jiwa raga dari mengetahui kebenaran…
Respond to this comment [with empathy]
AbuAnas reply on February 10th, 2009 6:42 am:
Kezaliman dan kefasadan yg dilakukan UMNO dan juak2nya sudah terang bersuluh, sudah tahap beyond reasonable doubt. Moga Allah SWT tunjukkan kami yg Haq itu Haq dan yg batil itu baathil, dan moga Allah beri kemenangan kpd pejunag2 Islam yg ikhlas dijalanNya.
Respond to this comment [with empathy]
fatamorgana reply on February 12th, 2009 1:33 pm:
@ibnmuflih, diam lah
Respond to this comment [with empathy]
Naim reply on February 12th, 2009 5:24 pm:
saya pun setuju dgn ulasan ustaz ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum…
Tersentuh apabila membaca,
Berlinangan apabila mengenang suasana,
bertasbih apabila memikirkannya..
Bermuhasabah apabila merasakan ujianNya
Suasana politik Malaysia semakin kucar kacir..
Masing-masing berbalah sesama sendiri..
jangan sampai kita rakyat Malaysia menjadi seperti Palestin,
rakyat diserang, pemimpin berbalah..
Apabila pangkat dan harta menjadi rebutan,
apabila tanah dan warisan dijadikan cagaran,
apabila matlamat menghalalkan cara,
hilanglah takut kepada Pencipta,
wujudlah sifat cintakan dunia,
takutkan mati..
Apabila media memutarkan penipuan,
rakyat tercakna dengan tipu helah,
apabila tiada sesiapa yang bangkit menentang,
tunggu dan lihat bencana dari Allah!
Cerita di Perak belum berakhir,
bangunlah anak bangsa,
bersatu hati,
cekalkan usaha,
bulat matlamat…
kembalikan kuasa pemimpin pada yang hak..
jangan ditentang pemimpin yang adil,
jangan dilayan pemimpin yang zalim…
“raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”
(raja merujuk kepada pemerintah)
Kami anak muda berada di belakangmu wahai YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin…
kami menyokong perjuanganmu,
walaupun kami masih mentah dalam arena politik,
namun hak dan batil,
dapat dibezakan…
Ayuh, hunuslah ‘pedangmu’, bersemangat menentang kezaliman!
wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz.
Tersentak dengan hadis yang ustaz berikan di akhir artikel. Akhirnya menemui jawapan, kerasionalan Datuk Seri Ir. Nizar terus mempertahankan jawatannya.
Respond to this comment [with empathy]
dr mukkhlis reply on February 10th, 2009 10:10 pm:
@asadulqalb, setuju dgn demo, baru kawe faham akan rasional DS Nizar mempertahankan kedudukannya. semoga allah melimpahkan rahmatNya dan petunjuk buat kita semua. AMIN…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,. Ustaz, artikel ini menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda, antaranya kenapa YB Nizar masih enggan meletak jawatan. Kalau sebelum ini, menerima tanpa tahu mengapa, kini saya tahu sebab musababnya. Moga Allah tunjukkan yang mana benar dan yang mana salah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya juga menyokong penuh di atas kepimpinan Ir Nizar.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kami rakyat perak menyokong penuh diatas segala perjuangan Ir Nizar.Semoga perjuangan ini bakal menjadi semanis madu suatu hari nanti..amin..terima kasih diatas segala jasa spnjang pemerintahan walaupun dlam jangkamasa yang pendek.alhamdulillah kami dpat merasakan banyak perubnahan yang berlaku..
Respond to this comment [with empathy]
fadhli reply on February 10th, 2009 5:42 am:
@iNdah_23,
Saya pun!:D
Tapi kesiannya apa yang dilaksanakan oleh beliau seolah-olah tenggelam oleh propaganda media. Saya telefon ayah saya di kampung bertanyakan khabar, banyak butir- butir ayahnda tercinta berbunyi seperti TV1, TV3 dan surat khabar utusan. Diterangkan satu persatu, tersentuh saya bila dia berkata,
“Ooo, macam tu…Yelah, kat sini mana ada internet..”.
Akhir kalam; “Ape kabo orang kampung kome, yop?”-
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz dan rakan2.
betapa benar pandangan ustaz. semalam semasa ceramah perdana di rumah MB Nizar, Ustaz Hadi juga ada nukilkan tentang hadith nabi SAW kepada Uthman tersebut. Memang kena dan tepat dengan apa yang sedang berlaku kini. InsyaAllah pertolongan Allah itu hampir..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz, syabas atas pandangan yang tegas di atas. Kalau itu bermakna derhaka, maka derhakalah.
Salam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam perjuangan..
ust sentiasa menyelami kehendak umat, disaat kepimpinan mereka di goncang kebatilan.
artikel ana tentang YAB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
rujuk: http://islamreturn.blogspot.com (ulasan isu terpilih)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Perak,
1. Bukan salah ibu yang mengandung, dan tak juga salah sistem yang dikendung. Salahnya masih cenderung kepada anak yang lahir, setelah dibesarkan, bagi memastikan jasad dapat menanpung roh, tidak dapat menggunakan kepekaan kepada pilihahan alat yang harus digunakan. Tidak dinafikan seseorang itu membesar selama sekurang-kurang 7 tahun sebelum akal (yang berkaitan dengan rohnya) mencapai tahap cukup umur. Pada ketika itu barulah dia dapat sepenuhnya konsep panas api, tetapi masih terlalu jauh untuk memahami konsep panas baran. Sementara menunggu kedatangan faham tentang itu, persekitarannya amat menentukan, input apakan yang dicerap ke dalam pemikirannya.
2. Bukan salah pula bapa yang mencari rezeki bagi menampung kehidupan asas keluarga. Kesibukan bapa keluar pagi dan balik malam, bagi memastikan keluarga dapat menyuap, menjadikan anak terdedah kepada persekirtaran yang tidak lagi diwarnai oleh pengalaman bagaimana bapa dibesarkan dahulu. Generasi lama terlibat dengan pembentukan awal negara, dan sedar betapa susahnya mencapai kemerdekaan, untuk lari dari kongkongan penjajah. Masa berlalu, generasi bertambah, keperitan itu tidak tertanam ke dalam jiwa generasi baru, dek kerana kesibukan ahlinya mencari kemewahan kehidupan. Persekitaran kemudian menambah kekusutan, dengan memberikan input-input yang positif dari satu sisi, tetapi menjadi negatif dari sisi yang berbeza.
3. Warisan dari generasi lama perlu dihargai, terutamanya apabila warisan itu melibatkan panduan hidup dalam beragama. Jangan sekali-kali dipertikai kewajaran peninggalan penduan kehidupan terutama kata-kata Nabi Besar Junjungan saw, tetapi sedarlah bahawa segala penafsirannya perlukan kefahaman mendalam, keadaan suasana dan persekitaran. Maka tanyanya atau pertikaikanlah apa yang kita perolehi dari memahami warisan yang diberikan. Sekiranya hasil dari kefahaman tersebut tidak selari dengan keputusan yang diharapakn, sekali-kali jangan menuding kepada apa yang diwariskan, tetapi lihatlah apa yang telah kita lakukan dari penafsiran warisan yang diberikan. Bukan salah ibu mengandung dan bukan salah sistem yang dikendung.
4. Kedua-dua peringatan khusus yang diberikan, boleh digunakan oleh kedua-dua pehak yang bertelagah sekarang. Mereka menafsir undang-undang tubuh negeri, mengikut apa yang menguasai tubuh diri mereka. Kalau akal yang diutamakan maka, hasilnya berakal, sebaliknya kalau nafsu yang diutamakan, maka bernafsulah hasil dari penafsirannya. Pembangkang dan penyokong, hanya diberikan sebahagian dari kuasa memerintah, iaitu terutamanya kuasa-kuasa memerinatah hal-hal seharian, sementara masih ada tunjang kuasa yang dipegang di peringkat yang lebih tinggi, dalam kes ini undang-undang tubuh negeri, yang melibatkan institusi Raja-raja.
5. Anak-anak yang lahirnya ke dalam persekitaran yang berbeza dari ibubapanya, tidak keterlaluan kalau dikatakan terkurang belajar, bila membuat rumusan mempersoal kewarasan bapanya (sekarang ini ibubapa) menyebukkan diri mencari nafkah menampung keluarganya. Keterlaluan sekiranya kemaruk kuasa memerintah seharian yang telah diberikan, menjadi tidak cukup disebabkan tamak, dan mahu meminta semua kuasa yang ada semasa penubuhan negara. Sistem telah dibena dengan mengambil-kira nilai-nilai Islam, hanya memerlukan pelaksana yang faham untuk menggunakannya, semasa menyelesaikan masaalah seharian. dalam menjalankan kepimpinan. Malang apa yang berlaku ialah sikap tamak telah menjadikan mereka mahukan semua, termasuk mengganti institusi Raja itu sendiri.
6. Bukan salah sistem yang dikendung, tetapi tersilap sikap dalam membendung. Sikap pemimpin parti-parti yang terlibat yang salah dalam membendung pengikutnya, menjadikan pemimpin sendiri tersepit dari tindakan yang diambil. Kegagalan menjangkau kemungkinan unsur negatif berleluasa, atau sikap mencari populariti singkat, menambah kekusutan keadaan dalam membendung ketelanjuran tindakan. Hasilnya apabila keputusan tidak menjadi seperti yang dijangkakan, nafsu mengambil-alih dan terus menuding kepada kesalahan lawan, tanpa mahu melihat kepada kepincangan diri, dalam membuat keputusan yang berasaskan jangkauan yang panjang. Bawalah apa sahaja peringatan, ia hanya menjadi hiasan dan bukan pegangan semasa diperlukan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz…
Hati saya pun tersentuh sangat2 baca artikel ustaz…
sebagai anak Perak saya rasa amat terkilan dengan apa
yang berlaku kat negeri saya…Pemerintahan yang sebelum
ni cantik untuk melaksanakan syiar Islam dirobek demi
kepentingan sendiri…
saya berasa sangat sedih melihat orang Islam sendiri nak tolak
kerajaan yang berlandaskan Syiar Islam…
apa yang mampu hanya rantaian doa untuk YB Ir Nizar agar
terus mempertahan Islam di Perak…
terima kasih ustaz atas artikal ni…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum ustaz dan teman-teman
Kita di sini bertelagah sesama sendiri,
agama kita sama
bangsa kita sama
bahasa kita yang sama
mazhab kita sama
Kita perjuangkan kebenaran dan keadilan
Mereka perjuangkan kekuasaan dan ketamakan dunia
Mereka di sana di bumi anbiya’
jauh di mata dekat di hati
bertarung nyawa mempertahankan akidah
bertarung nyawa mempertahankan watan tercinta
Mereka syahid….
Kita????
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad Ahmad reply on February 9th, 2009 6:16 pm:
@Jannah,
Kita sekarang sedang berjuang di medan kita.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Tersentuh membaca artikel ini ustaz. Ya Allah tunjukkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan mudahkan kami mengikutinya dan tunjukkan kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan mudahkan kami menjauhinya.
Moga rakyat teramai tidak termakan dengan propaganda musuh. Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Rasa terkilan atas kenyataan Tuan Mufti Perak atas situasi di Perak. Amat-amat berharap Tuan Mufti Perak dapat menyatakan kebenaran sekalipun ia pahit buat Sang Penguasa. Mudah-mudahan hidayah Allah swt dikurniakan buat kita semua.
Respond to this comment [with empathy]
annith reply on February 9th, 2009 11:18 pm:
@shahrul,
amiin. smoga hidayah ALLAH benar2 memayungi Tuan mufti
(yg punya kuasa utk membuka bicara..kiranya benar2 xpunya kuasa utk menahan kebatilan dgn tgn)
~berkatalah benar w/pun kebenaran itu pahit~
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Cuba perhatikan perjalanan PRU2 sebelum ini, kemudian PRU13, kemudian pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan terkini di K.Trengganu..sudah jelas menunjukkan lontaran hati rakyat..tapi, apa yang terjadi di Perak macam menentang arus?..rakyat umum (macam saya) terdetik terasa ada something wrong some where…
Marilah kita hayati ‘ayat seribu dinar’ dalam perkara bertawakkal. Kita berusaha dan berserah kepada Allah mengikut upaya kita. Semoga Allah tunjukkan jalan keluar yang dapat membawa kepada hakikat dan haq!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
Kerajaan lawan kamu…kerajaan yang salah.
Sultan lawan kamu…sultan yang salah.
Mufti lawan kamu…mufti yang salah.
Mungkin kita patut fikir yang sebenarnya kita pun tidak lari dari buat silap. Mungkin pemahaman kita dalam sesuatu perkara boleh silap. Mungkinkah kita buat silap? Atau pun mungkin orang lain sajalah yang silap?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 9th, 2009 1:03 pm:
@Pengundi,
wsalam wbt.
dalam hidup ini, kita bukanlah terpaksa bergilir-gilir untuk buat salah dan buat betul tanpa ada rujukan. pertimbangannya betul dan salah ada, termuat dalam perkataan Allah dan rasul-Nya.
yang salah di sisi Dia, salahlah ia walau siapa pun yang membuatnya.
yang betul di sisi Dia, betullah ia walau siapa pun yang membuatnya.
tatkala kita menyebut sesuatu sebagai salah, sebab musabab dan hujahnya ada. pada sandaran itulah kita menilai, apakah ia suatu pemahaman yang betul tentang sesuatu atau pun tidak.
menafikan adanya kebenaran yang mutlak untuk diangkat sebagai rujukan, adalah kebinasaan dalam beragama.
Respond to this comment [with empathy]
abu @ibn ahmad reply on February 9th, 2009 2:34 pm:
@Abu Saif, ya ya btoi btii
Respond to this comment [with empathy]
Muhtar Suhaili reply on February 9th, 2009 10:49 pm:
@Abu Saif,
Mengiayakan kata-kata Hamzah Fansuri:
“Kebodohan itu perlu diajar, Kesombongan itu perlu dicabar!”
Respond to this comment [with empathy]
islah reply on February 10th, 2009 9:54 pm:
@Abu Saif, wah,tepat ust,,…TEPAT..jawapan ini lah yg ana cari..baru jumpe..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Baru faham kenapa MB PERAK ( Ir Nizar ) mempertahankan jawatannya..rupa2nya ada hadis berkaitan…
Jazakallah Ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
yup alhamdulillah, begitulah pendidikan Tuhan. Belajar dari sejarah, lebih-lebih lagilah sumbernya Al-Quran. Molek benar ambil iktibar ini, biar tiap daripada kita, dan orang-orang kita, bila saja berlaku apa-apa misalnya, isu Perak ini belek semula kitab Allah ….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
menafikan adanya kebenaran yang mutlak untuk diangkat sebagai rujukan, adalah kebinasaan dalam beragama
suka ulang ungkapan nih
semoga tersemat
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ustaz, terima kasih..
penjelasan saya memberi jalan kepada saya untuk lebih memahamkan orang yang tak pernah belajar untuk mengerti…
selama ini saya hanya memberi bukti dari sudut undang2 perlembagaan sahaja..
jazakallahukhairan kathiira..
barakallahufik…
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam Ustaz,
saya suka entry ustaz yang ini..terasa kebenarannya dan kagum dengan ulasan ayat al-Quran iaitu titah2 permaisuri Saba’ itu..
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Pemikiran yang cukup bernas dari ustaz..
Walaupun saya bukanlah anak jati Perak,akan tetapi hati ni terasa dekat sangat dengan negeri Yop ni.
Arwah moyang dulu pun asal Kuala Kangsar
Dalam kes ni,sudah jelas kebenaran berada di pihak mana..
Bak kata orang Melayu ‘Sudah terang lagi bersuluh”
Yang buta pun boleh faham krisis ni..
Kronologi kes ini jika dilihat dan diteliti,jelas akan menggambarkan tipudaya licik dari pihak BN..
Dan satu analisis yang saya lihat,’katak-katak’ yang melompat ini memang tidak berprinsip.Dan kalau punya prinsip pun,mesti prinsip itu bersifat bobrok…
Dan satu yang pasti,manusia akhir zaman ini imannya kepada Allah memang semakin nipis..Retorik di mulut semata2 mengatakan kalimah syahadah,pembuktiannya lesap entah ke mana2..
Adakah masih ada yakin dan percaya wujudnya syurga dan neraka,dosa dan pahala,mizan,sirotul mustaqim dan lain2 lagi di dalam hati ‘katak-katak’ ini???
Kuncinya di sini..Pemimpin tidak lagi merasakan jawatan itu suatu amanah,ianya akan ditanyakan di Akhirat nanti..
Sudah tidak ada sosok Umar Al-Khattab dalam menjadikan keadilan itu sebagai prinsip…
Terakhir,semoga Dato Seri Ir Nizar terus tabah mempertahankan hak dirinya dan juga hak rakyat negeri Perak keseluruhannya..
Allahuakbar!!!!!!!!!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Lama saya menunggu entri seperti ini. Berbau semangat untuk terus senyumkan diri, walau selalu muram tatkala membelek khabar terkini.
Bersemangatlah semua. Doa senjata kami!
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
salam ustaz,boleh ustaz jelaskan apa yg tidak tepat disisi perlembagaan berkenaan perlantikan MB baru?
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad Ahmad reply on February 9th, 2009 6:10 pm:
@syamsul,
Luaskan pembacaan.
Boleh jugak rujuk peguampas.blogspot.com
Ana paste tulisan Malik Imtiaz takut org ckp ana bias.
Perak: A constitutional crisis
By Malik Imtiaz Sarwar
FEB 6 — Now that the dust is settling, it is becoming clearer what it is that took place in Perak over the last 24 hours. My respectful view is that His Highness may have acted erroneously in directing the resignation of the menteri besar.
As always, it will be useful to consider the objective facts. They are as follows:
His Highness, the Sultan of Perak, granted audiences and in doing so was made to understand that the majority of the members of the Legislative Assembly no longer support the incumbent menteri besar. Of these, three memberships are disputed in view of letters of resignation having been tendered to the speaker. The speaker has taken the position that the letters are valid and as such the three members are no longer members. Further, legal proceedings are being contemplated
excluding the three disputed memberships, both the Pakatan Rakyat and the Barisan Nasional each hold influence over 28 members
28 members have indicated in private to His Highness that they no longer have confidence in the incumbent menteri besar. With the two disputed memberships, this number increases to 31
Crucially, the directive was made in accordance with Article 16(6) of the Perak Constitution. This article provides that where a request for dissolution is made as a consequence of the menteri besar ceasing to command the confidence of the majority of the members of the assembly and His Highness refuses, the incumbent menteri besar must tender the resignation of the Executive Council.
From the above, it is apparent that His Highness considered the situation to be one in which the menteri besar had ceased to command the confidence of the majority of the members. In doing so, His Highness accepted the three disputed members as still being members of the assembly and as such approached the situation on the assumption that the Barisan block outnumbered Pakatan by three instead of one.
It must be borne in mind that:
as noted above, Article 16(6) is specifically directed to a no-confidence scenario, that is the incumbent menteri besar can seek the dissolution of the assembly upon his having ceased to command the confidence of the majority
Article 36(2) however provides more generally that His Highness has the power to dissolve the assembly. It is clear that this provision is aimed at allowing His Highness to dissolve the assembly for other reasons thought to be appropriate
as a matter of law His Highness is empowered to do what is permitted under the Perak Constitution and the Federal Constitution. This is the essence of a constitutional monarchy.
the Perak Constitution does not empower His Highness to dismiss the menteri besar. The manner in which the menteri besar is to be removed from office is as provided for under Article 16(6), through a refusal to dissolve the assembly at the request of the menteri besar when the menteri besar has ceased to command the confidence of the majority of the assembly.
It is apparent that His Highness had moved on the assumption that the request for dissolution was prompted by the menteri besar having ceased to command the confidence of the majority. This may have been based on a misapprehension of the situation and the appeal to the Sultan to dissolve the assembly for reasons other than confidence. If so, then the directive to resign was arguably not tenable.
However, it could be said that all things considered His Highness had come to the conclusion that in any event the menteri besar no longer commanded confidence. In this context, the central question is whether His Highness was empowered to conclude that the incumbent menteri besar no longer commanded the confidence of the assembly without there having been a vote of no confidence.
There is precedent. The Federal Court had in 1966 (Stephen Kalong Ningkan) determined that a similar provision of the Sarawak Constitution required there to be a vote of no confidence taken in the assembly before the chief minister was obliged to resign. The decision was based on several key factors that I believe to be relevant to this discussion. These were:
the Sarawak Constitution did not empower the Governor to dismiss a chief minister
the phrase “confidence of the majority” was a term of art and could be read as implying the need for a vote of confidence or a vote on a major issue. The court took into consideration the fact that the Sarawak Council Negri should, in principle, manage its own affairs
no vote had been taken in the Council Negri and instead the Governor had come to his conclusion based on extraneous matters, particularly confidential letters. The court observed that members expressing a view outside the Council Negri might very well take a different position in it when under the scrutiny of the public. This was of particular significance as out of the 42 members of the Council Negri only 21 had indicated their not supporting the incumbent chief minister.
It could therefore be credibly argued that the Perak Constitution requires the tabling of a vote of confidence in the circumstances. The factors considered by the Federal Court have great significance to the scenario at hand, one as ambiguous as that which the Federal Court was faced with in 1966.
Much will now depend on what the incumbent menteri besar does. In Stephen Kalong Ningkan, the chief minister concerned took it to court and won. The Federal Court declared the Governor as having acted unconstitutionally and the dismissal of the chief minister invalid. Mohamad Nizar could attempt the same course.
It would be regrettable if the situation were forced to escalate to that level. Litigation of that nature, any nature for that matter, will be disruptive at all levels. With the Barisan Nasional moving in already, it seems that there is little choice in the matter. Walking away is simply not an option that the Constitution and the people and democracy will allow for.
In the meanwhile, we will have to buckle in for what has become a full-blown constitutional crisis.
Malik Imtiaz Sarwar is the president of the National Human Rights Society (HAKAM) and a lawyer.
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on February 11th, 2009 4:30 pm:
@Mohamad Ahmad, Kuasa Budibicara Sultan adalah teratas.
Respond to this comment [with empathy]
SIC defender reply on February 11th, 2009 7:12 pm:
@Pak Din,
Tell that to Malik Imtiaz and Prof Aziz Bari.
Respond to this comment [with empathy]
hamba Allah reply on February 27th, 2009 9:08 pm:
@Pak Din,
kewajipan taat kpd pemimpin hanya dlm perkara2 yg x bertentangan dgn agama…
kuasa budi bicara ALLAH itu plg teratas
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
thanks ustaz pada hadith terakhir
akhirnya terjawab sudah mengapa ir nizar berbuat begitu
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Allah, berilah hidayah kepada kami, tetapkan Iman kami dan selamatkanlah kami dari pemimpin yang zalim..
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
salam,
jazakallahu khairan kathiira utk penjelasan isu d atas
harap ustaz terus istiqamah memberi kupasan berkualiti yg jarang dpt dikutip dr media2 perdana (gah dr segi pengaruh sensasi beritanya) tp picisan (dari segi kebenaran & keberkecualian menganalisis isu).
~yg hak perlu tertegak~
Allahu Akbar!
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
@zidane_arshavin,
Syeikh, enta ni nak kene banyak mengaji lagi nih.
Ustaz Hasrizal mencadangkan satu ibrah daripada kisah Nabi Sulaiman dan hadith Rasulullah. Ibrah adalah pengajaran, perumpamaan, analogi hasil daripada ilmu, kefahaman, penghayatan dan pemerhatian. Ibrah bukanlah sesuatu yang mutlak. Tidak ada masalah kalau enta tidak setuju dengan ibrah yang Ust Hasrizal simpulkan. Tapi, untuk mengatakan ibrah tersebut adalah salah bukan hak enta.
Ana nk tanye, Sultan tu dilantik melalui sistem syura ke yg enta dok pertahankan sgt tu?
Kite taat kepada pemimpin yang taat kepada Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
poning kopalo den momikirkan masalah politik kek malaysia ni
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
artikel mcm ni mengembalikan saya ke sini lagi
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Assalamualaikum,
Saya ada mengikuti perkembangan di Perak melalui akhbar, tp saya menjadi bosan dengan berita2 tidak benar yg disampaikan. Sedih saya mengingatkn suara kte sbg rakyat seolah-olah dipandg sipi oleh org tak bertanggungjawab ni. Semoga Ir Nizar terus kuat. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam.. teman org perak tetap berdiri teguh dibelakang MB Nizar… Seribu kali sayang MB yg sgt2 berkaliber dan berjiwa rakyat ini ditumbangkan oleh manusia yg gilakan kuasa!!! Teman dan mahasiswa anak perak yg lain akan terus bangun mempertahankan yg haq!!!.. terus berjuang wahai saudara2ku, Allah sedang menguji kita……
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Allah sedang menilai kita…buat teman2 d Perak, teguhkan pendirian dan keazaman kalian bsama kepimpinan Ir Nizar… buat kita yg selainnya, kita adalah satu batang tubuh… doa adalah senjata utama kita… Allahu Akbar!
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
anything can happen..if it is “legalise”…nak komen apa lagi pabila yang dilakukan itu adalah sah berlandaskan undang-undang yang “adil” lagi “saksama”…dan sebenarnya datang pula dari buah fikiran pihak yang satu lagi…mereka rancang tapi tak jadi…dapat pula ke pihak lain…
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Ya Allah…
Menangis hati ni lepas baca…
Barulah saya faham kenapa Datuk Seri Nizar tak letak jawatan…
Apa sekali pun yang berlaku…
Semoga Perak kembali beroleh pemimpin yang selayaknya..
Kuatkanlah semangat juan kami Ya Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Pada pendapat ana, media via risalah-risalah free patut diedarkan di kawasan-kawasan kampung yang tiada internet. Ini adalah untuk membetulkan perspektif masyarakat terhadap apa yang berlaku dalam situasi sekarang ini, takpun buat cetakan untuk artikel ini, what say you ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Satu lagi tanda tanya…adakah patut untuk kita menggunakan taktik BN itu sendiri iaitu mengajak orang lain untuk melompat masuk ke saf perjuangan mereka? Is it ethical? legal? Referring to cara Datuk Anwar Ibrahim yang mengajak orang lain untuk ‘melompat kepadanya’…
Respond to this comment [with empathy]
saif manaf reply on February 10th, 2009 4:35 pm:
@zahidzuhri,
Sprti yg tlh diterangkan dalam entri.Matlamat TIDAK mghalalkan cara.Tidaklah salah disisi undang2 utk melompat parti.Lagipun niat utk DSAI mlompat parti adalah tjuan yg baik????
“yg salah tetap salah,begitu juga yg bnr”
Respond to this comment [with empathy]
hamba reply on February 11th, 2009 1:25 pm:
@zahidzuh, aku pun kurang berkenan dengan lompat melompat nie…. TAPI… kalo diorang nak melompat ke KE ARAH KEBAIKAN.. itu PERLU!.. DENGAN SYARAT:- PERLU DIADAKAN PEMILIHAN (pilihanraya) SEMULA…
dengan cara ini sahaja keadilan dapat ditegakkan.. biar rakyat sendiri menentukan siapa yg mereka pilih..
BERDIRI DAN JATUHLAH DENGAN TERHORMAT!!
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
assalamualaikum ustaz,
berkenaan pesan Rasululllah SAW kepada uthman supaya jangan melepaskan jawatan, adakah pesanan tersebut boleh menjadi hujah untuk manusia selain dari uthman?
watak Saidina Uthman RA, mengikut pengetahuan ana, adalah watak yang mulia, hingga para malaikat pun malu dengan beliau. maka, tidak hairanlah Rasulullah SAW bersabda sedemikian rupa.
perkataan munafik ada dalam hadith riwayat ibn majah, manakala mengikut al-tirmizi, tiada perkataan munafik. jadi adakah ia merujuk kepada orang berciri munafik?
wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad Ahmad reply on February 10th, 2009 10:12 pm:
@isa,
1) I could not recall Ustaz mengatakan bahawa hadith tersebut adalah hujah kepada tindakan Dato Sri Nizar. Tetapi seruan artikel ini adalah kita mengambil ibrah, mengambil pengajaran. Supaya kita menjadi manusia yang berfikir.
Secara logiknya jugak, adakah kita memerlukan ayat al quran / hadith yang matannya “Wahai Nizar” atau “Wahai (sesiapa)” untuk kita melaksanakan tindakan yang mana pada prinsip asas Islam itu sendiri adalah satu tuntutan (menegakkan keadilah, meletakkan sesuatu kena pada tempatnya).
Rasulullah meninggalkan kita Al-Quran dan As-sunnah. Adakah kita expect Rasulullah akan mengatakan secara qat’ie (jelas) kepada setiap daripada kita akan tanduk yang perlu kita lakukan. Ulama sebagai pewaris anbiya’ lah yang menjadi pengantara utk interaksi kita dengan sumber2 primer ini. Di samping itu, akal fikiran yang Allah jadikan ini adalah tools yang terbaik untuk memburu hikmah, harta yang sudah asing daripada ummah ini.
2) We are going back to square 1 if keep on talking about dalil dan hujah without the right attitude.
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on February 11th, 2009 5:57 am:
@Mohamad Ahmad, Salam … sokong kenyataan #2 sepenuhnya.
Untuk renungan bersama,
“5. Jangan dipertikai persoalan bahawa apa yang disebutkan AQ sebagai qat’i (pasti). Yang perlu diingatkan ialah yang pasti itu di dalam bentuk tanda-tanda (signs), bukan dalam bentuk ilmu sains (terperinci). Kalau AQ terpaksa membawakan ilmu sains, maka penurunannya akan mengambil masa yang sangat lama, dan yang paling penting, adakah kehadiran minda mansuia ketiaka itu sedia menerimanya?
“[contoh dulu orang kata al-Quran tidak benar dalam bab matahari beredar. Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]“
Inilah yang membezakan falsafah dulu dan Ilmu Sains (falsafah modern). Pemikiran manusia dahulu (termasuk ’saintis’nya ketika itu) adalah berdasarkan kepada percaya semata-mata kerana kemajuan peralatan belum mengizinkan mereka membuat pembuktian.”
http://sharudin.com/2009/01/24/s62-ssas-falsafah/
Respond to this comment [with empathy]
SIC defender reply on February 10th, 2009 10:54 pm:
@isa,
Subhanallah, sememangya watak Khulafa’ Ar Rasyidin sebegitu rupa.
Kenal ke Nizar? Pernah travel, buat program sekali dgn Nizar?
So, mcm mane nk compare kalau enta tak kenal?
Kenape in the 1st place nk compare? Bukankah yg membezakan antara kita adalah taqwa dan hanya Allah selayaknya mengukur taqwa masing2?
Common sense is not that common anymore this days.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Sebuah sistem yg di mana mereka sama2 julang, sama2 berdiri, kini memakan diri. Sebuah jalan belakang yg mereka cipta, akhirnya juga memakan diri. Nah! Itulah mungkin bahasa Tuhan, kiasan buat golongan yang mahu befikir, muhasabah buat diri2 kita yg melihat dari jauh.
Respond to this comment [with empathy]
Pok Li reply on February 10th, 2009 10:22 pm:
@Nawawi,
tengok dari jauh memang senang kan?
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Politik kotor atau pengotor politik..http://samuderatinta.blogspot.com/2009/02/politik-kotor-pengotor-politik.html
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Benarlah sabda Rasulullah dari hadis yang dipetik oleh ustaz diakhir artikel ini. Yang beria-ia nak cabut kekuasan tersebut adalah kaum MUNAFIQ, (musuh dalam selimut yg mengaku Islam juga)
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
sigh…tq ustz
at least this article get me a better view on wat is goin on there..
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam ziarah & ukhuwah Islamiah
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam ziarah
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
taatlah lah kamu kepada pemerintah, sebab kita mungkin tengok satu2 isu itu dekat kakije bukannya tengok the whole picture. Negeri perak tu dia yang punya. lagipun nizar tu Sultan yang lantik. Kalau Sultan tak masuk campur mungkin Ngeh Ngeh tu jadi MB. Lagi haru.
Respond to this comment [with empathy]
abu @ ibn ahmad reply on February 11th, 2009 12:27 pm:
@right, ‘Negeri perak tu dia yang punya’ jd siapa yg dmaksudkan dgn ‘dia’ tu. boleh tolong beri tau…….
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad AHmad reply on February 11th, 2009 6:57 pm:
@abu @ ibn ahmad,
Mntak maaf ckplah, ana tak nmpak time mane dan mase bila Sultan memerintah sejak 26 tahun ana hidup di mlysia.
Yg ana nmpak SUltan ni utk ucapacara formal shj. Sebagai ikon kpd Islam dan Melayu. Fine lah.. tak nk komen byk2.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Hasrizal, nko mandai-mandai kaitkan wasiat osman tu ngan kes nizar tu. bukan apa, nanti orang salah persepsi plak ngatakan nko kata sultan perak tu munafiq. la ni duk sibuk demo bantah nizar ngan karpal, sat lagi nama nko pun turut terpacul gak lam demo tuh.
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad Ahmad reply on February 11th, 2009 7:08 pm:
@PemudaGagasan,
Kita tidak mencari keredhaan manusia di balik kemurkaan Allah swt.
Respond to this comment [with empathy]
hamba99 reply on July 11th, 2009 12:54 am:
@Mohamad Ahmad,
yang ini lah kebanyakkan orang tidak memahami termasuklah aku ni… sebab aku ni lemah dan lalai, leka dan terpedaya….
Ya Allah, Tetapkanlah hatiku di atas jalan AgamaMu, Jgnlah kau palingkan hati kami ke arah kesesatan sesudah Kau berikan Kami Petunjuk, dan berikanlah kami rahmat dari sisMu, sesungguhnya Kau Maha Pemberi. Amin
Respond to this comment [with empathy]
hamba99 reply on July 11th, 2009 12:50 am:
@PemudaGagasan,
aku rasa kau kot tak paham2 lagi… aku pun mcm kau gak dulu pemikirannya.. Alhamdulillah sekarang bukan begitu lagi. smoga Allah tetapkan hati aku dan rakan2 seperjuang. di dalam jalan ketaatan agamaNya. amin
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam’alaik Ustaz dan pembaca sekalian,
Saya baru perasan hadith ini digunakan dalam entri yang menceritakan perjalanan Ustaz ke Langkawi. Mulanya saya tak faham kenapa entri Ustaz diakhiri begitu.
Secara tidak sengaja saya menjumpa hadith ini dalam blog yang lain Adakah menderhaka mengikut sunnah Nabi? dan terkejut hadith yang sama digunakan. Kembali ke SIO, baru jumpa jawapannya di sini. Jazakallahu khairaljaza’ atas pencerahan Ustaz.
Selain faktor undang-undang, faktor ini jugalah yang menyebabkan Ir Nizar bertahan daripada meletakkan jawatan walaupun atas perintah Sultan Perak.
Walaupun saya berpandangan peribadi agar MB menurut perintah Sultan demi meleraikan kekusutan dan atas faedah jangka panjang, tindakan beliau sekarang, seandainya benar atas faktor undang-undang dan faktor hadith Uthman ini, YAB Ir Nizar tetap saya sokong.
“Sesungguhnya perjuangan itu penuh dengan liku-liku dan onak duri”
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Barangkali Sultan tidak setuju dengan isu tanah kot, bukan tak setuju dengan DS Ir. Nizar sebagai MB Perak.
Respond to this comment [with empathy]
abu @ ibn ahmad reply on February 12th, 2009 4:18 pm:
@abuyon, kalo stakat dengo sebelah pihak je macam mana kita nak berlaku adil. ni duk dalam dunia arus perdana je……….
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 12th, 2009 4:20 pm:
@abu @ ibn ahmad, tak perlu tembak-tembak orang. kalau ada maklumat, kongsikan dengan orang ramai. orang banyak tak tahu apa yang kita tahu. kita pun banyak rtak tahu apa yang orang tahu
Respond to this comment [with empathy]
abu @ ibn ahmad reply on February 13th, 2009 9:11 am:
@Abu Saif, ada maklumat pun kena gam, ingatkan be end je…..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 13th, 2009 9:17 am:
@abu @ ibn ahmad,
kalau di Media Prima dan RTM, betullah kena gam tu. Tapi kalau di blog dan internet, takde sapa nak gam. Tulis aje apa yang kita tahu.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 12th, 2009 4:18 pm:
@abuyon,
MB Perak telah jelaskan di blog beliau tentang isu tanah ini:
HAK MILIK TANAH KEDIAMAN SELAMA-LAMANYA
http://kamparinn.blogspot.com/2009/01/hak-milik-tanah-kediaman-selama-lamanya.html
Respond to this comment [with empathy]
abuyon reply on February 27th, 2009 12:33 pm:
Allah, tak perasan pun ada diskusi tentang reply ana tu. O begitu. Apa-apapun terima kasih kepada ustaz dan abu @ ibn ahmad. Cuma kalau boleh ana nak tahu, adakah pandangan sultan Perak tentang hal ini. Adakah sultan pernah dibawa berbincang atau tak perlu ditanya pandangannya.
Satu lagi kepada abu @ ibn ahmad reply ana tu ana sebut “Barangkali” Sultan tidak setuju dengan isu tanah kot … Manalah tahu kot-kot memang itulah sebab sultan berbuat begitu .. dalam hati siapalah tahu, manusia tak tahu, Allah hanya.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Kita melihat apa yang berlaku bukan dengan mata fizikal semata-mata. Setinggi-tinggi kuasa mereka yang tidak mahu pilihanraya diadakan, Allah balas dengan 2 kerusi yang perlu dipertandingkan semula di Perak dan Kedah.
Hasrat hati yang benci kepada kezaliman perlu diterjemahkan dalam bahasa pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Terima kasih ust atas pencerahan yang menambahkan teguh keyakinan. Moga YB Nizar tetap cekal berusaha mengembalikan keadilan Islam di tempatnya semula.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
salam….
sedih mendgr brita ini…
berfikir scra logik,teori atau pun fakta…
nizar bkn mementingkan jwtan tersebut atau “gila kuasa”…
krna tarbiyah islam bkn sbgitu….
sglanya ujian dr Allah buat hambaNYA…
smoga rakyat perak khususnya dpat menerima ujian ini…
dan umumnya msyrakat yang sayangkan islam…terus berdoa dan kuatka keyakinan terhdpNYA…
ssungguhnya di sblik kesusahan itu ada ksengan…
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Bismillah Al-Rahman Al-Rahim.
1. Saya sangat sedih apabila segelintir anak Perak hanya melihat kulitnya sahaja tanpa melihat isinya.
2. Saya sangat sedih juga apabila segelintir anak Perak sudah mulai berfikir semua Raja itu akan memusnahkan sesebuah negeri berdasarkan ayat Al-Quran yang didalamnya terkandung seribu pengertian dan tergantung kepada situasi untuk digunakan.
“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”
“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]
3. Saya ingin membawa pembaca-pembaca blog saiful islam yang budiman sekelian kepada apa yang berlaku pada March 2008 dan sama-sama kita renungkan akan tindakan Paduka Seri Sultan Perak dalam menjaga kepentingan rakyat jelatanya.
4. Selepas pilihanraya March 2008, BN telah pun pergi menemui Sultan Perak untuk meminta perkenannya untuk menubuh kerajaan kerana pada ketika itu BN mempunyai mejoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.
5. Mungkin bagi mereka yang tebal kebenciannya kepada BN pasti akan mengatakan BN main kotor, tetapi sebaliknya Sultan telah pun menolak permohonan BN ini dengan alasan beliau berfikir DAP, PKR dan PAS akan bergabung kerusi untuk membentuk kerajaan. Dan beliau betul! Ketiga-tiga parti itu bergabung atas tiket Pakatan Rakyat (PR)
6. Adakah Sultan tidak adil pada ketika itu?
7. Untuk pengetahun pembaca blog saiful islam yang bijaksana, sewaktu perlantikan Menteri Besar (MB) pada March lalu, PR telah sebulat suara memilih Datuk Ngeh Koo Ham sebagai calon MB pada ketika itu.
8. Walau bagaimanapun Sultan Azlan telah menolak mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak yang menyatakan bahawa MB mesti di kalangan Melayu Islam Professional. Maka bernasib baiklah YB Nizar menjadi MB dan harus ditekankan disini, perlantikan MB Nizar bukanlah atas pilihan rakyat, akan tetapi atas pilihan Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
9. Apakah Sultan tidak adil pada ketika itu?
10. Saya amat sedih apabila ada segelintir anak Perak yang menuding jari Sultan Azlan bias dan tidak mengikut perundangan tubuh negeri Perak kerana menitahkan agar MB dan semua EXCO meletakkan jawatan serta merta.
11. Sedarlah saudara-saudara sekelian, Sultan tidak pernah membelakangkan perundangan tubuh negeri Perak. Jika tidak percaya, silalah rujuk kepada mereka-mereka yang lebih arif. Untuk lebih adil, kita lihat samada PR akan berjaya untuk membuktikan bahawa titah Sultan itu tidak mengikut perlembagaan. Itu pun kalau mereka berani ler.
12. DAULAT TUANKU!
p/s: PAS ker, BN ker, sama jer yeop. Tapi pengalaman teman ler, kalau PAS berlagak dan suka meninggi diri, lebih buruk rupernyer. Ironi nya, Anuar Ibrahim & DAP jugak yang menaguk di air yang keruh. Melayu jugak yang rugi.
Respond to this comment [with empathy]
Mohamad Ahmad reply on February 12th, 2009 11:38 pm:
@Patruk Arjuna,
I am very sorry for you that you think this way
Respond to this comment [with empathy]
abu @ ibn ahmad reply on February 13th, 2009 9:08 am:
@Patruk Arjuna, ngaji betul2 la, jgn jadi jahil. ni dak main redah je
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
@Patruk Arjuna,
kita tidak dapat memaksa sesiapa untuk melihat isu-isu seperti ini dari sudut kita dan tidak sudut lain. terserah dengan kurniaan akal fikiran, buat semua untuk membuat penilaian. saya kurang pasti hubungan saudara dengan Sultan apabila saudara dapat menjelaskan apakah yang ada di benak fikiran Sultan semasa membuat keputusan-keputusan baginda tuanku. justeru saya tidak mahu memberi apa-apa komen di situ.
tetapi saya tidak dapat menerima dakwaan saudara bahawa saya menyalahgunakan ayat al-quran surah an-naml ayat 34 itu. dakwaan penyalahgunaan ayat al-quran adalah suatu pertuduhan yang besar, apatah lagi ke atas seorang pelajar syariah yang sudah diajar cara berinteraksi dengan ayat al-quran.
ayat al-quran itu saya bawa bukan untuk mendakwa baginda sultan membuat kerosakan, tetapi saya memohon budi ihsan tuanku untuk tidak terjebak dalam membuat kerosakan, memandangkan ramai raja yang demikian sifatnya, seperti kata ALLAH, RAJA segala raja.
Ayat itu adalah ayat peringatan, bukan ayat dakwaan.
Hanya persepsi manusia jua yang sering ke kiri dan ke kanan jua
Respond to this comment [with empathy]
Patruk Arjuna reply on February 16th, 2009 12:49 am:
@Abu Saif,
1. Saya seorang muslim dan Al-Quran dan As-Sunnah adalah pegangan hidup saya.
2. Terima kasih ustaz Abu Saif atas komen yang menyejukkan dan disini saya ingin memohon maaf kepada ustaz kiranya ada ayat-ayat saya yang menghiris hati ustaz.
Saya tidak berniat untuk merendahkan ilmu yang telah ustaz pelajari bertahun-tahun. Apatah lagi saya mengaku saya bukan pelajar aliran syariah.
3. Saya bersetuju dengan saudara ustaz bahawa persepsi manusia memang sering ke kiri dan ke kanan, cuma adalah lebih afdal dan terbaik sekiranya komen kita itu diluahkan setelah kita kaji situasi dan keadaan sebenar di pihak-pihak yang terkait.
4. Didalam siutasi ini, hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlegar di benak fikiran Sultan Azlan pada ketika itu. Saya sebagai warganegara Perak yang berpegang kepada rukun negara dan undang-undang negara seperti yang diajarkan didalam Al-Quran untuk mentaati pemerintah.
5. Saya tidak lihat Sultan Azlan sebagai seorang pemerintah yang zalim, maka saya tetap berpegang bahawa tindakan Sultan itu betul.
6. Saya pernah mengikuti ceramah Ustaz yang bertajuk “APA MAKSUD SAYA MENJADI MUSLIM” dan saya salute ustaz kerana ceramah ustaz telah membawa saya kesuatu perspektif pemikiran yang lebih luas.
7. Saya percaya kepada sebuah negara yang harmoni tanpa sebarang peperangan saudara mahupun peperangan dengan negara lain dan saya percaya perkara ini boleh dicapai sekiranya kita patuh dan taat kepada perundangan negara termasuklah rukun-rukun negara. Saya bukanlah seorang pelajar Syariah, tetapi pernah saya mendengar didalam salah satu ceramah yang saya hadir bahawa Allah pernah berkata yang lebih kurang maksudnya menyuruh kita taat kepada raja atau pemerintah sesebuah negara dimana sahaja kita berada selagi mereka tidak berlaku zalim. (minta pertunjuk ustaz. takut saya salah.)
8. Disini saya ingin mengingatkan semua, bahawa titah Sultan adalah mengikut perundangan tubuh negeri Perak dan dikaca mata saya ia bukanlah bias atau berniat Zalim terhadap sesiapa. Titah beliau lebih fokus kepada penjagaan hak-hak melayu di negeri Perak.
9. DAULAT TUANKU.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on February 16th, 2009 4:28 pm:
@Patruk Arjuna,
Terima kasih atas maklum balas.
Sokongan saya kepada tindakan mempertahankan jawatan oleh Haji Nizar, adalah sokongan yang berasingan daripada apa yang berlaku di jalan raya Ipoh dan Kuala Kangsar. Dua isu ini boleh dipertimbangkan secara berasingan kerana ia bukan pakej.
Saya juga meyakini bahawa mentaati Sultan tidak sama sekali bermaksud yang pandangannya tidak boleh menerima second opinion. Hatta semasa hayat Rasulullah SAW di Perang Uhud pun sahabat boleh bertukar-tukar pandangan dengan Baginda tentang strategi terbaik, apatah lagi di antara kepimpinan negeri dengan Sultan yang masih bertakhta. Ruang untuk diskusi mesti dipertahankan dan sebarang tindakan yang menutup ruang bicara adalah pengkhianatan kepada keadilan dan kebenaran.
Jika kedaulatan Sultan itu bermaksud yang pandangan baginda semuanya mesti diterima, maka ia adalah pengkudusan yang melampaui batas Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Salam Sultan,
1. Menarik catatan Sdr Patruk Arjuna, ” 10. Saya amat sedih apabila ada segelintir anak Perak yang menuding jari Sultan Azlan bias dan tidak mengikut perundangan tubuh negeri Perak kerana menitahkan agar MB dan semua EXCO meletakkan jawatan serta merta.” . Dan saya juga turut bersedih dengan tuduhan itu. Tetapi yang menjadikan saya lebih sedih adalah, ketidak-fahaman Muslim, yang tidak menyedari kehadiran Kitab Al Quran yang mengandungi asas-asas yang sama. Sultan menggunakan Kuasa Budibicaranya, disebabkan peruntukan itu ada di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Dan sebagai seorang Sultan yang berpengalaman di dalam bidang kehakimaan, Sultan sudah pasti menggunakan Kuasa Budibicara dengan sebaik mungkin.
2. Kitab Al Quran sebagai panduan utama asas kehidupan, yang diwahyukan Allah kepada Nabi saw, juga mengandungi Ayat-ayat Mahkamat (jelas) dan Ayat-Ayat Mytsyabihat (samar). Dan Al Quran sendiri mengingatkan, adanya segelintir Muslim yang akan menjadikan Ayat-ayat Mutsyabihat untuk berbalah sesama sendiri, atau membuat penafsiran mengikut selera sendiri. Keadaan ini telah dijangkakan di dalam Al Quran, sebagai sebuah Panduan Agung yang tiada keraguan di dalamnya dan qat’ie dasarnya. Kalau Al Quran bersifat sedemikian, apatah lagi hukum-hukum lain yang dibuat manusia bagi kesejehteraan bersama. Sudah pasti ada kesamaran yang terselit di sana sini. Maka dengan sebab itu akhirnya ada peruntukan Kuasa Budibicara yang diberikan kepada Sultan bagi mengatasi masalah sebegini.
3. Khilafah ArRashidin berfungsi, antaranya, dengan sistem penasihat. Satu peringatan yang pernah dikeluarkan ialah, “Kamu adalah sebaik siapa yang menasihati kamu”. Dalam hal pemerintahan beraja sekarang, fungsi penasihat lagi sangat ketara. Sultan sebagai Ketua Negeri, dikelilingi oleh penasihat-penasihat beliau, secara peribadi atau secara badan mesyuarah. DUN adalah antara badan penasihat kepada Raja, disamping penasihat-penasihat di Istana yang lain. DUN berfungsi menghasilkan nasihat terbaik bagi menjalankan permerintahan seharian negeri dan rakyat. Dan cara terbaik untuk DUN menjalankan keadilan adal dengan adanya dwi-parti, agar ada check and balance. Ini asas keadil yang berdasarkan kepada nilai Islam.
4. Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan dengan jelas tentang pengambilan Islam sebagai Agama resmi, disamping bangsa Melayu sebagai bangsa istimewa (sebagai Muslim) dan bangsa-bangsa lain sebagai rakan kongsi menjalani kehidupan bermuamalah. Dengan Islam sebagai Agama resmi, maka Kitab Al Quran adalah menjadi panduan asas kehidupan. Tidak dapat dinafikan penerapan Islam dari Al Quran itu tidak berlaku sepebuhnya seperti yang diharapkan oleh sesetengah golongan. Ini tidak melayakkan mereka untuk mengatakan pemerintahan itu tidak Islamik atau tidak mengikut kehendak Islam. Peringatan yang ada sangat jelas tentang jangan sekali-kali kita menuduh kafir orang yang mengaku keesa Allah (mengucap Syahadah) dan mengambil KitabNya sebagai panduan asas kehidupan.
5. Semangat berkobar yang ada untuk membentuk sesuatu yang baru, yang dikatakan lebih Islamik itu sebenarnya yang tidak Islamik. Pemerintahan sekarang telah mengambil dan berusaha mengikut garis-garis panduan di dalam Al Quran. Adalah lebih berkesan mereka ini membantu memperbaiki sistem yang ada, dengan memaksimakan penggunaan akal, dan menjauhkan diri dari dikawal oleh pengunaan perasaan dalam tindakan. Sebagai Muslim, ini yang sangat menyedihkan saya. Adanya segolongan Muslim yang mengakui lebih Islamik, sedangkan sistem yang ada telah berada di landasan Islam pada asasnya. Pembaikkan sememangnya perlu berlaku setiap masa, dan itulah fungsi yang diberikan kepada Agamawan. Memberikan nasihat terbaik mereka kepada sistem pemerintahan yang ada.
6. Tidak dinafikan berlakuanya godaan syaitan yang menyebabkan terdapat bahagian pemerintahan atau ahli yang memerintah menyalah-gunakan kuasa yang diberikan. Ini sepatutnya diberikan teguran untuk memperbaiki keadaan, bukan setiap kali nyamuk terlepas masuk, kita buang kelambu, cari kelambu baru (kalau masih mahu menggunakan pepatah Melayu). Ini ibarat, marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar. Nyamuk yang kecil itu tercatit di Al Quran. Saya melihat kemarahan semuanya berasaskan kepada perasaan yang tidak terkawal, yang selalunya datang dari nasihat dan ajaran yang kurang menerapkan penggunaan akal. Hanya mementingkan pembacaan surat dari pembacaan yang tersirat. Yang mementingkan hubungan hati perasaan dari hubungan akal fikiran. Rasakan, dan fikirkanlah.
Respond to this comment [with empathy]
Patruk Arjuna reply on February 16th, 2009 1:02 am:
@Pak Din,
Salam Pak Din.
1. Terima kasih atas komen saudara Pak Din yang sangat berat.
2. Saya sangat tertarik dengan komen 6 Pak Din dan ini sangat betul.
3. Silalah teruskan menegur saya sekiranya saya berlaku songsang. Setiap permasalahan itu pasti dapat dirungkai dengan cara bermesyuarah dan berfikiran positif.
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
kita hamba ALLAH bukan hamba sultan…
biar derhaka sultan jangan derhaka ALLAH…
Respond to this comment [with empathy]
about 12 months ago
Setuju 100%
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on February 16th, 2009 2:16 pm:
Cuba fikirkan pola pemikiran berikut
Dari #53, “2. Saya sangat sedih juga apabila segelintir anak Perak sudah mulai berfikir semua Raja itu akan memusnahkan sesebuah negeri berdasarkan ayat Al-Quran yang didalamnya terkandung seribu pengertian dan tergantung kepada situasi untuk digunakan.
“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”
“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]“
Dari #54, “ayat al-quran itu saya bawa bukan untuk mendakwa baginda sultan membuat kerosakan, tetapi saya memohon budi ihsan tuanku untuk tidak terjebak dalam membuat kerosakan, memandangkan ramai raja yang demikian sifatnya, seperti kata ALLAH, RAJA segala raja.“
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
di manakah akan ku cari pengganti sultan muhammad al-fatih, salahuddin ayubi dan tariq biz ziad
Respond to this comment [with empathy]