Cinta Tanpa Syarat

May 12th, 2008 by Abu Saif 10:31 am | 39,714 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

pusaraayahanda.JPG
Emak di sisi pusara Abah

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.

Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”

Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..

Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.

Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.

Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?

Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.

“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…

Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.

“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.

Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.

Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.

Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.

Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”

Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.

Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.

Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.

“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.

“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…

NAMUN…

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
  2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
12 Mei 2007

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu “Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau...
  2. Maaf Tanpa Syarat “Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung...
  3. Tanggungjawab Tanpa Cinta “Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas....
  4. Syawwal Pertama Tanpa Dia Emak dan Abah semasa menunaikan Haji pada tahun 1990 “Allahu...
  5. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan   Hari ini hari bekerja. Hari ini bukan hari perayaan....

Advertisement

160 comments

  1. saifulislam says:

    Assalamualaikum.

    Artikel ini saya tulis tahun lepas. Maaf recycle artikel lama. Tetapi saya sendiri sering mengulang baca artikel ini kerana ia ungkapan hati saya untuk menghargai kedua orang tua saya… moga Allah merahmati emak dan abah… serta sekalian ibu bapa kita semua. Tiada bahagia di dunia tanpa restu dan kasih, ibu dan bapa

    • khairun nisak says:

      syukur ya RAHIM…ats nikmat kasih sayang ummi dan walid…..doakan ana menjadi hafizah yang sejati…..ustaz,doakan ana…..

    • sitinurainramli says:

      saya anak yatim.tak pernah rasa macam mana perasaan adanya abah.apa yang saya ingat pernah Allahyarham abah datang anta burger dgn air tebu sebab saya duk mah nek.itu jer kenangan yangada.abah meninggal sms umur saya 3 tahun.jadi mmg tak pernah ingat macam mana ada abah.macam mana rasa ada abah ek?kawan saya kata seronok ada abah.merajuk dengan mak,kawan dgn ayah,merajuk dgn ayah,boleh ngadu kawan denagn mak.
      tapi takpelah,bukan kah ini takdir.Saya akui saya tidak rapat denagn mak.sebab masa kecil saya duk dgn nek dan lepas tu duk asrama sampailah tamat universiti.bila dah bekerja,azam saya cuma nak beri mak senang ,berikan mak rumah idamanya tapi say jarang tunjukkan kasihsayang saya padanya.begitu,saya akui,perwatakan luaran saya keras sikapnyasedikit baran dan tegas. mungkin sebab dari kecil saya terpaksa survive sendiri dan menganggap dunia ini kejam..inilah yang saya sedih dan kesalkan.tapi kini saya sedang berusaha berubah menjadi positif,bersikap lebih berkasihsayang dan tunjuk pada keluarga saya boleh berubah sikap lebih baik.saya mahu berubah.siapa kata manusia tak boleh berubah.yang penting dekatkan diri pada ALLAH dan berjuang setiap hari membaiki akhlak.semoga mak dapat rasa perubahan pada saya,merestui saya.ALLAH mahu kita sayang pada ibubapa dan yang paling penting tunjukkan kasih kita.
      saya tak mahu jadi anak yang siasiakan mak ayah.walopun seburuk mana makayah kita,kita wajib taat dan sayang.Semoga saya tidak menjadi anak derhaka,dan semoga mak redha pada saya dan anak anaknya yg lain.semoga ALLAH limpahkan hidayah pada mak,saya dan adik beradik yang lain..amin…..

    • sanbiya says:

      @saifulislam, salam..
      apa kbr ustaz? apa pendapat ustaz tentang bagaimana jalan utk kita kembali kepada al-quran dasn sunnah?

  2. tariq_ziad says:

    (T.T)

  3. Nasibah says:

    Assalamualaikum..
    tak terbalas rasanya jasa ibu& ayah walau apapun yang dilakukan sang anak ..tak terbayar jerih seorang yang bergelar mama walau sesaat menjaga anaknya ini ..ingin saya berkongsi bersama sahabat semua..buku bertajuk kindness to parents by Abdul Malik Al Qasim elok dibaca agar kita dapat muhasabah diri masing2 dan setiap helain buku ni membuatkan pipi tak kering dng air mata…

  4. YaWauSin MMU says:

    Tak dapat saya nak ungkapkan apa2…Jasa dan pengorbanan ibu dan ayah mememang tidak ternilai…Lagi2 pada insan yang bernama ibu,,,haragailah pinjaman Allah itu selagi pinjaman itu ada didepan mata kita….ustaz doakan saya..selasa ini saya dah mula final exam..sekian

  5. islam says:

    artikel yg baik Insha-Allah dpt memberi manfaat kpd kita di tgh kesibukan kotaraya agar kembali muhasabah diri terhadap tanggungjawab kita kepada kedua orang tua kita

  6. ecarraf says:

    mengingatkan ana kepada mak ana di kampung,moga dia sabar menunggu anaknya yang sedang berjuang di perantauan..

  7. budaksedih says:

    subhanallah.. Astaghfirullahal azim.. tersentuh betul hati saya.. saya baru berborak dengan ummi.. memang betul.. seolah hilang segala masalah dan keserabutan dalam kepala saya.. berkat ibu bapa.. tapi kadang-kadang sebagai seorang anak yang rapat dengan ibu, layanan sesetengah daripada kita berbeza terhadap seorang ayah.. knp ya?
    sejarah saya di sekolah sama macam ustaz.. saya bertegas untuk berhenti daripada sekolah saya selepas beberapa kehendak saya dan teman-teman tidak diendahkan dan disekat.. sudahnya ummilah yang berulang alik mengadap mudir menjelaskan perkara
    yang sebenar akibat jiwa saya yang memberontak.. kata ust saya x sabar.. mungkin ada benarnya.. tetapi ketika itu saya menganggap diri saya korban untuk perubahan jangka panjang.. semoga Allah merahmati guru-guru saya..

  8. oga says:

    baru terfikir kenapa dalam mohon maghfirah daripada ALLAH dikaitkan dengan kasih sayang ibu bapa sewaktu kecil…………kerana ‘tanpa syaratnya’……….

    waktu baca artikel ni terbayang satu demi satu pengorbanan ma dan ata (panggilan untuk ayah, lain sikit dari kebiasaan)
    dan terbayang kesalahan2 ku pada ma dan ata……………….

  9. aimi says:

    assalammualaikum,,,

    rasa sedih kadang2 sebab dh lama tak duk dengan mak sejak belajar jauh2 dan belajar mengenal dunia ni…bile baca artikel ustaz, dan smlm pun baru je Hari Ibu disambut, rasa tak sabar nak balik rumah dan bercakap dengan mak, bercakap dan terus bercakap, tanpa jemu, nak tengok muka mak juga,,,

    mak memang anugerah untuk kita di dunia ini,,,
    Ya Allah,,,berikanlah aku peluang untuk membahagiakan ibuku,,,

  10. INSANkerdil says:

    Assalaa mualaikum Ustaz… , saya orang baru di blog ustaz ni…saya minta izin copy artikel ini dan artikel2 ustaz yang lain ke blog saya [ di baca saya dan teman rapat saje] …… jazakillahu khoir

  11. che nub says:

    assalamualaikum…kasih bonda terhadap anaknya tiada sempadan. tiada syarat seperti ustaz katakan…namun ramai mana daripada kita dapat bertahan…lebih-lebih lagi sekiranya usia bonda mula melanjut. kitaran hidup kembali kepada mula…apabila bonda mulai tua, urat mula sengal, anggota mulai kebas, maka perasaannya juga terjejas. Disebabkan perasaan itulah maka bonda mula bergantung-harap kepada anak-anak…sebagai anak, kita mesti peka dengan ibu…harap kita semua bersabar bila kekadang bonda acap kali bertanya benda yang sama, buat-buat tak dengar, minta dibelai (urut-urut dan picit-picit) dan lain-lain lagi…itu adalah proses biasa bagi perjalanan seorang insan…Allah taala menyuruh kita memberi layanan, perhatian dan cakna yang lebih kepada kedua ibu bapa lebih-lebih lagi bila mereka tua..apa tugas kita? tugas kita hendaklah bercakap lemah lembut, sopan santu dan merendahkan diri. Kita juga dilarang mengangkat suara lebih-lebih lagi dengan tengkingan…Na’uzubillah… keadaan ini berlaku apabila kita sama ada yang berkeluarga atau pun tidak, tinggal bersama dengan bonda… banyak pergaduhan, perceraian dan perselisihan berlaku dalam situasi sebegini…ada seorang penceramah di kursus perkahwinan menyarankan agar jangan tinggal dengan ibu selepas berkahwin…MasyaAllah, pening saya memikirkannya… Ibu vs Isteri… macam mana penyelesaiannya ustaz sama ada dari sudut psikologi mahu pun agama…macam mana hendak kita mengharmonikan keluarga yang terdiri dari pelbagai peringkat. Allah Musta’an… maaf, mungki isu ini agak sensitif…

  12. ummininasma says:

    Salam. Ustaz, requesting permission to print this beautiful article. I want to make this as a constant reminder for me.

  13. saifulislam says:

    Assalamualaikum. Terima kasih atas resppond yang diberikan.

    Seperti biasa, artikel-artikel di saifulislam.com tidak berhajatkan kepada izin saya untuk disalin ke mana-mana. Cuma kalau dapat, janganlah ditinggalkan alamat asal artikel ini iaitu http://www.saifulislam.com . Itu sahaja :) Terima kasih

  14. Adzlan says:

    Assalamualaikum….

    Saya meminta izin untuk menyalin beberapa artikel ustaz untuk dijadikan bahan bacaan dan renungan, panduan dalam melayari perjalan hidup ini.

    Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan oleh-Nya dengan membaca artikel-artikel ustaz dalam mengharungi dugaan dalam hidup ini.

  15. safuraaramli says:

    sebak baca doa abah ustaz. sampai begitu sekali doa seorang bapa.. apa sangatlah doa kita sebagai anak..
    moga saya balik menjadi anak solehah yang boleh dibanggakan ibu dan ayah, mencintai dan mengasihi mereka tanpa syarat..

  16. gee says:

    Tak tahu nak gambarkan perasaan bila baca artikel ni…
    Such a beautiful writing which I believe could touched anyone hearts…

  17. umn says:

    rindunya kat parents..

  18. azzahra says:

    Salaam….hr ni kt kolej ada prog khas kad ucpn utk ibu & akan dipos oleh pihak kolej kpd ibu…baru je tadi ana buat wishing utk mak di kg…hope tak lama lg, special card tu akan sampai di tgn mak…sebak & jatuh jgk airmata masa menulis bait2 ucpn tu… t’byg je wajah mak.. masuk blog ustaz ari ni, first post cite ‘Cinta tanpa syarat’…..tambah sebak di dada..jazakallah….. smg anak2 yg masih punya ibu& ayah,.beri yg terbaik utk mereka selama mana ibubapa kita masih di bumi yg nyata….,bagi yg telah pergi, pohon keampunan &doakn smg Allah menerangi mereka di alam barzakh dengan cahaya doa&ayat-ayat suci yg kita kirimkan….. Mak, ampunkan segala dosa & salah anakmu ini……

  19. famy says:

    teringat jasa bonda yang membesarkan kami lima beradik yang senuanya lelaki masa kecik2 dulu.mak beri kami pakaian yang elok2,makan yang sedap2 apabila dia sempat meluangkan masa untuk memasak kerana kesibukan kerja menampung keperluan hidup.mak tahan dengan perangai kami yang terlampau nakal sehingga sekarang sentiasa memberi nasihat dengan lemah lembut di atas kesilapan yang kami lakukan.maklumlah,ketiadaan suami disisi membuatkn mak sebagai seorang ibu dan ayah kami yang superwoman.terima kasih ustaz mengingatkan saya terhadap sifat2 penyayang seorang ibu dan ayah yang mendapat percikan rahmat dari allah yang maha memberi,pengasih dan pemurah.

  20. teringin says:

    Terkilanku membacanya lantaran dosaku yang berjela-jela… Entah apalah nasib aku kalau tidak berubah… walaupun banyak perubahan sudah dibuat, tetap terasa……

    terima kasih kerana “recycle” post ni. :)

    ….

  21. teringin says:

    lagi satu untuk dibaca, daripada Mere Islam: Motherhood and the Ideal of Filial Piety

  22. rosedeyh says:

    rase sedeyh..menitis air mate terkenangkan kat ibu n ayh..bnyk slh yg org da wat kt mereka..n dorg pon x pnh nk mntak2 ape blasan atas jasa mereka…thanx for reminding me how precious they are for me…nice blog..=)

  23. Mamaputeri says:

    Bila kita sendiri dah jadi ibu dan ayah, kita akan lebih mengenali dan merasai kasih sayang yang mak ayah kita hulurkan tanpa henti. Mungkin masih ramai anak2 teenagers yang masih belum nampak dengan hati mereka pengorbanan mak ayah…but one they are getting mature, baru semua itu akan terasa. Cuma harapannya tiada yang terlambat sebab masa tak menunggu kita.
    Akak dari kecik duduk dgn tok & nek sebab mak ayah berpisah. Dulu bila nak berdoa terfikir2 siapa yg nak didoakan, tok ayah yang menjaga ke, mak ayah yang akak rasa macam tak sayang akak. Sedih. Conflict. Tetapi selepas dah besar sikit…dah faham dosa pahala…setiap kali berdoa akak doakan untuk all of them. Different people brought me to this world, and different people raised me but I know they love me cuma mungkin caranya tak sama macam orang lain. Hikmah Allah ada pada setiap ketentuan. Semuga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat pada mereka semua.

  24. nurul says:

    saya juga telah bace artikel ni seblum ni.sungguh mengharukan.. berkali2 saya menangis setelah membacanya..setelah sy print out dan kongsi dgn rakan2 yg lain, mereka turut berkongsi rasa yang sama dengan saya.tx ustaz kerana artikel2 yg ditulis sgt berkesan..moga Allah melimpahkan kurnianya kepada insan2 yang bergelar ibu dan bapa…..amin

  25. hayati says:

    Saya pernah tanya mak, ‘mak kenapa mak sayang sangat pada kami?’. dengan senyuman penuh makna mak jawab, ‘nanti bila kamu ada anak, kamu akan tahu…’
    Ustaz, artikel/benda yang baik walaupun berkali-kali di’recycle’, tak akan hilang qualiti dan auranya.

  26. abu hakimi says:

    Subhanallah, Allahuakbar….”Allah yg mengilhamkan sukma kebaikan dan kefasikan, beruntunglah bagi yang mensucikannya dan merugilah bagi yang mengotorinya. ”
    Allah menjadikan setiap sesuatu di alam ini bagi hamba-Nya yang berfikir sebagai bukti kebesaran Allah kerana setiap daripadanya dipinjamkan Asma-Nya yang suci. Jazakallah wa barakta, ana dapat byk faedah dari website ini.

  27. salsabila says:

    hargilah mereka sementara masih ada…
    ibu..ibu engkaulah ratu hatiku=)

  28. Zaujah says:

    Salam,
    Ustaz,
    Sebagai isteri…suami yang utama. Mentua wajib dikasihi sebagaimana ibubapa sendiri. Bagaimana pula suami? Adakah taraf ibu-bapa isteri (mentua) tidak setara ibu-bapanya sendiri?

    Saya bertanya soalan ini kerana saya berada dalam situsi ustaz cuma bezanya saya seorang isteri yakni wanita. Setiap hari saya merindui ibu-bapa saya yang sudah tua di kampung. Berjauhan hampir 15 tahun atas tuntutan mencari ilmu dan membina keluarga, cukup membuat saya dihambat rasa berdosa dan hiba…

    Ingin tinggal di sana, rasa berdosa terhadap suami dan anak-anak pula….Mahu pulang sentiasa, cuti suami dan saya tidak seberapa.
    Tersepit sungguh rasanya!

    Pengalaman dapat call jam 2 pagi memberitahu bapa dapat serangan jantung hingga masuk CCU betul-betul buat saya terpana dan sedih…lagi sedih bila suami terus sambung tidur…tinggalkan saya yang baru sebulan melahirkan zuriat kedua kami (melalui pembedahan) menangis kerisauan keseorangan sambil mengemas barang keperluan untuk dibawa pulang ke kampung. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Dalam perjalanan suami boleh menyanyi….boleh bergurau nak claim duit tol, boleh warning susu formula baby hanya boleh guna dalam keadaan “emergency”….(?)
    Perit hati ini tapi pendamkan saja kerana keadaan bapa yang lebih utama….

    Teringat semasa atuk suami kritikal, suami boleh berulang-alik ke hospital (yg agak jauh) tanpa rehat, dan tanpa tidur boleh drive balik kampungnya untuk sama-sama urus jenazah almarhum atuknya dan tanpa rasa bersalah boleh berpesan supaya saya bersiap dan standby sepanjang malam untuk sebarang kemungkinan. Saya redha lakukan semua itu kerana kasih saya terhadap keluarga suami sama seperti keluarga kandung saya sendiri.

    Teringat juga semasa ibunya tak sihat kerana pening dan pitam, saya berkejar ke rumah mentua untuk hulurkan apa-apa bantuan tapi suami tegar halau saya pulang atas alasan anak buah saya yang saya bawa bising dan mengganggu.

    Suami selalu berkata, dia jarang dapat berbakti kepada ibu-bapanya (yang tinggal jauhnya hanya 15 minit dari rumah kami)….tapi saya yang berjarak separuh hari perjalanan untuk bertemu orangtua, bagaimana pula? Suami memang anak soleh…itu saya kagum.

    Terguris hati dengan sudut negatif suami tapi tetapkan iman kerana sudut positifnya.

    Kerana itu, saya bertanya soalan tadi…

    “Sebagai isteri…suami yang utama. Mentua wajib dikasihi sebagaimana ibubapa sendiri. Bagaimana pula suami? Adakah taraf ibu-bapa isteri (mentua) tidak setara ibu-bapanya sendiri?”

    Wassalam

    • Kak Mas says:

      Suami yg berkira ttg duit & emosi (kedekutlah senang cakap!) thd keluarganya (isteri & anak2) klu dibiarkan kita akan merana juga,
      nanti nak ibadat pun (misalnya nak pi majlis ilmu, haji bila tiba masa) pun akan banyak alasannya..
      (Akak dah banyak perhati..)

      So jgn manja2kan sangat..(ni lelaki mesti marah kat kak), spt klu penat utk masak, jangan paksa diri..masak sup & sayur aja misalnya..
      mudah..zat pun ada… Rumah tak berapa kemas pun tak pe..klu kita letih..Jgn manjakan awal2….tak berdosa..klu kita tak dpt menyediakan masakan kegemarannya (beritahulah baik2 kita letih sangat..klu dia tolong tak pe..- ni ustaz kena betulkan klu kak salah)

      Yg penting..simpan duit kita dlm tabung hj ke..jgn usik2..
      TTg duit dia….buat cam Hindon buat ke atas duit Abu Sufian..kita dermakan kat mak kita, kat yg memerlukan..termasuk diri kita sendiri..

      • ummusaif says:

        Sedih gak dengar citer bila suami tidak berlaku adil seperti di atas. Itu namanya zalim (maaf jika terlalu kasar bahasa ini). Tanggung jawab ke atas ibu bapa sama sahaja, takde bezanya.

        Cumanya saya rasa kalau suami kita tak adil pada kita jgn pulak kita pun buat bende yg sama.
        Saya teringat citer kakak saya di kalangan guru2 di sekolah beliau. Citer ni agak tukar topik sebenarnya. But anyway sebagai pengajaran buat para isteri.
        Ramai guru2 yg mencarum dana utk nyawa/insuran/takaful. (Dan saya rasa semua isteri kena mencarum walaupun tidak bkerja, ini penting utk survival. Begitu juga kalau menamakan harta seperti rumah dsbnya). Bila nak letak nama penama sekiranya mereka meninggal dunia, masing2 taknak letak nama suami dan meletakkan nama ibu/bapa atau adik beradik sendiri. Dgn alasan, kalau depa meninggal, suami takkan bagi duit/harta kepada isteri no 2.

        Cuba kita fikir, kalau kita mati, at least harta yg suami pegang tu gerenti akan dapat pada anak2. Tapi kalau dapat pada ibu bapa kita atau adik beradik kita maybe akan terlepas pd yg tidak berhak dan akhirnya anak2 kita tidak mempunyai sebarang harta peninggalan.

        Begitu juga saya nasihatkan kepada para suami. Kalau nak bagi duit bulan2 pada ibu bapa, Alhamdulillah eloklah diamalkan.
        Tp sekiranya ingin menamakan selain dari isteri dan anak2 sebagai penerima harta sekiranya mati maka kemungkinan harta anak2 yatim akan terlepas kepada mereka yg tidak berhak walaupun ibu bapa kita sendiri.
        Rationalnya ibu bapa kita pun dah tua, so kalau harta peninggalan kita diberikan kepada ibu bapa yg uzur kemungkinan besar ia akan tersesar kpd pembahagian yg lbh besar iaitu kepada adik beradik kita yg lain yg mana ini mungkin tidak adil utk tanggungan kita sebenar iaitu isteri dan anak2.

        Sekadar info tambahan. Wallahu a’lam..

        • shiha says:

          Aci tak kalau kita namakan terus kepada nama anak – anak? Kalau saya meninggal sebelum anak2 berumur 18 tahun ke atas, then saya letakkan guardian on behalf dulu, atau holdkan duit (yg tak seberapa tu) sampai umur anak sampai certain age, contohnya 25 tahun.

          Apart from that, boleh jugak rasanya letak under Amanah Saham Raya – yg nih saya kurang pasti, tapi pernah dengar cerita emak kawan. Allahyarhamah dah wasiatkan sebahagian hartanya ke dalam ASR, dan setiap tahun, ada sejumlah wang dari situ yang akan disalurkan ke rumah anak2 yatim etc. Kiranya sedekah amal jariah dia sentiasa berpanjangan walaupun dah meninggal dunia. Wallaua’lam.. **off topic!**

      • Ummu aunyadny says:

        Salam,sebenarnya ketaatan kita kepada suami itulah dapat menjadi bekalan buat ibubapa kita, saham melahirkan anak perempuan yang solehah pasti dibalas Allah swt dgn pengampunanNya. Syukurlah jika kita mendapat peluang untuk membantu suami berbuat bakti kepada ibubapanya, terutama jika kedua mertua orang yang baik. Saya juga tidak berpeluang berbakti kepada kedua ibubapa selepas berkahwin, bukan tiada peluang,tetapi atas kelemahan diri dan segala kekurangan saya yang terlalu mementingkan prinsip diri yang sebenarnya hanyalah belitan syaitan semata-mata. Namun kedua ibubapa dan mertua tetap menerima saya dengan baik. Alhamdulillah, peluang masih dibukakan Allah sebelum saya atau salah seorang dari mereka menutup mata buat kali terakhir. Kepada isteri di luar sana, hargailah mertuamu walau sedikit kekurangan mereka di matamu, tidakkan sama kesakitan mereka melahirkan dan membesarkan suamimu yang dengannya kau perolehi permata hati putera puterimu

  29. bai says:

    salam..
    ana 1st time post commment kat cni..
    ana bljr kat upm..bila kat sana, mmg rindu sgt kat mak and ayah. Kdg2 hampir tiap2 ari call. Tp ada gak seminggu tak call, diorg akan jd risau, call ana balik. Skrg bila blk cuti, rasa jahat lak, bila kdg2 mak and ayah cakap and crita mcm2 malas nak dgr.. b’dosanya rasa. Kdg2 kita susah nak hargai benda yg ada dpn mata. Bila dah hilang, baru kita rasa betapa tinggi pengorbanan and kasih sayang mak and ayah. Ana bdk nakal masa kecik, tp bila igt balik, mak and ayah ana xpenah pukul ana. Mampukah ana jadi macam diorg bila ana dah b’keluarga nanti??? Tu al persoalan yg ana selalu pikir…..

  30. iDea says:

    assalamualaikum…
    bc artikel ni buat air mata sy mengalir. rindu lak kat mak & ayah kt malaysia. dah la lama x call umah.. syukran ustaz coz repost this article.

  31. saya lah says:

    kagum dengan zaujah..

    • l4b4h2 says:

      Kesian dengan zaujah..
      Tetap tabah dan tahu kepentingan rumah tangga yang terbina.

      Susahnya tanggungjawab menjadi isteri..
      Apabila suami kurang memahami.
      Tapi,
      ((Sesungguhnya urusan halal yang paling dimurkai Allah iala talak.))
      -hadith-

      Ya Allah, Engkau Maha Adil Dan Bersifat Penyanyang..

  32. Kak Hajar says:

    Assalamualaikum
    akak juga kagum dengan zaujah kerana diberikan Allah tahap kesabaran yang tinggi. Akak jenis yang menuntut hak, alhamdulillah suami akak amat menyedarinya inilah syarat yang akak berikan sebelum kahwin dulu. Ayat Allah banyak menyuruh suami berlaku adil dan baik kepada isterinya – tak boleh didera physical atau emosi. Kalau suami lalai dan selalu mendera emosi, akak rasa akak tak akan sesabar zaujah dan ingatkan suami tanggungjawabnya. Akak akan pilih masa yang sesuai dan dalam keadaan tenang lalu ceritakan segala ketidakpuasan hati akak. Ketika diawal perkahwinan (2-3 tahun pertama) sangat susah untuk berkomunikasi. suami tidak menyedari perasaan kita dan kita tak tahu macamana nak cakap ketidakpuasan hati sehingga rasa macam nak meletup tetapi telah dapat kekuatan untuk meluahkan segala perasaan, sebelum itu akak catat semua perbuatannya yang akak tidak suka berserta dengan tarikh dan masa sekali dan akak willing untuk dengar segala rungutannya tentang akak jika ada. setelah dapat luahkan perasaan hati rasa lega dan cinta kepada suami bertambah kerana sebenarnya dia tidak sedar yang perbuatan dia selama ini menyakitkan hati akak. sejak dari itu kami sentiasa berkomunikasi dengan baik dan berusaha untuk mengubah keadaan. apa-apa yang dia tak dapat ubah akak terima saja kerana banyak lagi hal yang baik yang ada pada diri suami berbanding hal yang satu ini. tetapi kesan yang baik dari boleh berkomunikasi ini, suami selalu minta maaf sekiranya dia dengan sengaja atau tak menyakitkan hati akak. Akak faham derita zaujah tetapi jangan diamkan saja kerana ia akan memberi kesan negatif kepada kemampuan kita mendidik anak-anak dan juga kemampuan kita melayan hubungan private dengan suami (kesan amat negatif) kerana wanita amat memerlukan perasaan yang stabil untuk itu. semoga Allah memberi kekuatan untuk Zaujah.

  33. Mamaputeri says:

    Dear Zaujah…you are not alone facing the same problem. I know how it feels as well. Sabar berbanyak, redha dgn ketentuan Tuhan walaupun terasa amat perit.

    Hope kita boleh dengar comment Ustaz…about suami “soleh” hanya pada keluarganya tapi tak pada keluarga isteri.

  34. fatini_adlina says:

    sedih nya… rindu kat mak kat kampung…

  35. zakiyun says:

    Assalammualaikum w.b.t…
    Sy mmg dh menitiskn air mata tatkala mmbaca artikel ini…
    Alhamdulillah, sy mndpt jua pengetahuan ttg macam mn ALLAH S.W.T mnyalurkan sifat kasih dan sayang daripada-NYA…
    InsyaAllah,sy akan berusaha untuk mnjadi hmba yg taat,anak yg patuh,teman yg setia,dan seterusnya mukmin yg sejati…
    {^-^}

  36. Name saye Feerhan V(^o^)V says:

    Dekat setahun duduk negeri org, bru2 ni abang Feerhan ajak mak chatting dengan Feerhan and Feerhan pasang webcam sambil dieorg pon pasang webcam sekali. Mak terkejut dpt tengok muke Feerhan and terus menangis sambil naik atas. Diri sendiri pon tgamam n abang pon diam aje.
    Bile hari tu, anta msg kat mak wish Happy Mothers Day and die reply
    “U cant compare mother’s love with anything in this world, syukurlah.. mak ni dah tk ada emak”
    Teringat arwah nenek yg dijage oleh mak tk kurang dari 2 bulan lepas baru meninggal.
    Huu… sedih tp kene kuat semangat!!!

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan “˜kalau”™ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. “

    Riwayat Muslim

  37. aleng says:

    hiba sekali membaca kisah2 ustaz, semestinya kita masing2 ada kisah2 tersendiri dgn keluarga..
    kagum dgn cara ustaz mempamerkan perasaan2 ustaz, yelah sesekali bagi seorg lelaki, agak sukar utknya memperlihatkan perasaannya yg sebenar dan akhirnya membuatkan org2 disekeliling salahfaham dan sbginya padahal dalam hati hanya ALlah shj yg tahu..
    seperkara lg baru sy tahu kenapa jarang sekali ustaz bercerita tentang bekas sekolah ustaz di N.Sembilan tu. seringkali tertanya2 disebabkan sy juga ex-’sekolah di N.Sembilan tu’..byk jge conflicts dan rs kecewa tp tidak semantap semangat ustaz :)

  38. Zaujah says:

    Salam,
    Terima kasih Kak Hajar, Mamaputeri dan Saya lah kerana sudi kongsi perasaan dan beri nasihat. Insya’Allah, mudah-mudahan Allah lorongkan saya dan kita semua ke arah kebaikan dan tabah tempuh dugaan, amin.

    Kepada ustaz, saya masih menunggu komen dan nasihat ustaz berkaitan taraf ibu bapa mentua bagi seorang lelaki. Terima kasih.

    Wassalam.

  39. mie says:

    artikel yg menyedarkan dosa sy sebagai seorang anak. Memang tak dinafikan saya memang anak yang agak degil bahkan pernaqh di pagi raya ibu menangis kerana sikap saya. Syukur sekrang ibu masih ada di dunia. Saya sentisa berdoa semoga Allah panjangkan umur saya untuk saya menjaga ibu.

  40. Arissa says:

    Astagfirullah..
    moga penyesalan hr nie b’kekalan slmnyer..

  41. annur says:

    ana mntak izin nak attach posting ustaz ke blog ana utk renungan smua .. syukran

  42. mohd haidi says:

    assalamualaikum…
    apa bila sy menghayati kisah ini..hatu sy sedih dan sebak…walaupun sy mesih lagi muda..tetapi kisah ini memberikan makna ygmendalam dah idup yg bakal sy laui..sy amat berterima kasih pada en.saiful.kerana menubuhkan web site ini.sy akan menyokong laman web ini..sy nak tau..lagu yg diselitkan dalam kisah ini siapakah penyayinyer dan apa tajuk lagunyer..
    edi_aag@yahoo.com

  43. saifulislam says:

    wsalam wbt,

    Nasyid di atas dendangan kumpulan Nowseeheart, dalam album JUNJUNGAN MULIA.

  44. khairul ridhwan says:

    Abah saya pun pernah beberapa kali mengucapkan hal yang serupa abah ustaz ucapkan, tak terkata bila mendengarnya

  45. art says:

    saya berasa amat terharu sekali, air mata turut mengalir mengingatkan saya supaya bersyukur mempunyai ayah dan ibu yang masih hidup..ruginya seseorang anak jika tidak berbakti kepada keduanya ketika keduanya masih hidup.

  46. khair76 says:

    air mataku gugur lagi….

    Ya Allah ya tuhanku…..ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah juga dosa2ku terhadap kedua ibubapaku……amin

  47. Assalamualaikum…
    Baru pertama kali singgah di sini tp terus hati saya terpaut dengan artikel2 yg ustaz sumbangkan. Jadi, saya minta izin untuk memanjangkan lagi perjalanan artikel2 ustaz sebagai renungan pembaca blog saya….syukran

  48. nasz says:

    Salam…
    Tersentuh hati saya tatkala terbaca artikel ini. Ternyata segalanya benar belaka. Jasa ibu bapa sememangnya tiada tolok bandingnya. Rasulullah pernah berkata, hormati ibu 3 kali ganda hormatnya kepada ayah. Walau bagaimanapun, keduanya harus dihormati tanpa ada syaratnya sepertimana mereka menyayangi dan mengasihi kita; anak-anak.
    Suka untuk saya mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak. Kenapa kadang-kadang kita boleh hormati guru-guru kita melebihi hormat kita kepada ibu bapa? Dengan gur, jarang sekali kita meninggikan suara apatah lagi menengking. Tapi, cuba lihat diri kita sendiri. Adakah dengan ibu bapa kita, kita mampu berbuat perkara yang sama sepertimana apa yang kita lakukan pada guru-guru kita? Bolehkah? Bila berjumpa guru, lazimnya kita memberi salam. Kadang-kadang mempu tersenyum sampai ke telinga. Tapi, dengan ibu ayah kita bagaimana? Bolehkah? Bila kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, susah sangat untuk kita ucapkan terima kasih pada ibu ayah kita. Tapi, dengan guru kita, mudah sahaja kalimah ringkas itu terluah. Bila tiba hari guru, kita beria-ia merancang sesuatu yang ‘surprise’ buat guru yang kita kasihi. Kad besar kita hadiahkan, buat sendiri. tapi, bila tiba hari ibu @ hari bapa, berapa ramai yang meraikannya bersama ibu @ bapa tercinta? Bukanlah mereka minta dirai, cukup sekadar ucapan selamat. susah sangat ke? Ibu bapa tak pernah mengharapkan kad sebesar kad hari guru, hadiah bernilai seperti hari guru, cukup sekadar ucapan selamat tanda ingatan kita terhadap mereka yang tidak berbelah bahagi. Kalau kita renungkan kembali, terlalu kerdil diri kita untuk bersaing dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa kita dari kita kecil sehingga ke hari ini. Sementelah ibu bapa kita masih berdenyut nyawa, abadikan saat terindah kita bersama mereka. Jangan nanti, ketika sudah tiada baru rasa sesal memenuhi dada. Baru rasa bersalah mengabaikan tanggungjawan seorang anak datang bertandang. Kerana, waktu itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Fikirkanlah…

    Buat renungan…
    InsyaAllah…

  49. muhaimin says:

    memang hiba bila bace artikel ustaz ni,sy yg duk di kejauhan ni lagi la teringat bonda di kg halaman..teringat juga pesan2 arwah ayah.moga Allah mmberi rahmat dan perlindungan kpd ke2 org tua kita yg mdidik kita sejak kecil.Amin Ya Rabbal Alamin

  50. aan says:

    assalamualaikum..ustaz :) ana slalu ‘terbergaduh” ngan parents.. tapi bila dok merantau, rindu membuak-buak..sampai kdg2 ana rase ana lebih suit bile dok jauh-jauh dari kg..baru perasaan berkasih-sayang tu bertambah-tambah lagi..tapi, bile dok jauh ni tak dapat nak bbakti scr fizikal.. camne ek? lagi satu ustaz, ana ni minat sgt mndalami dunia pjuangan islam espcially keinginan nak jd DA’ie..tapi mak ana mcm tak berapa restu laa.. die slalu kate ana sibuk kpd prkr2 yg tak sepatutnya..kdg2 ana jwb, kdg2 ana diam je bile ‘teguran’nya berubah jd ‘leteran’..camne ana nak wat? ana syg mak ana.. ana juga amat cntakan dunia pjuangan islam sebab tu je yg wat ana rase sts bsama Allah dan islam yg syumul.. tapi adakah ana dikire derhaka jika trpksa ‘lwn’ sket kate2 mak ana? mujurlah ayah ana tak mghalang wpun kdg2 berat nak bg permission.. huhuhu.. ustaz.. ana takut ana tergolong dlm org2 yg tercicir…

  51. hafiz_alrabi' says:

    salam.
    sungguh terharu saya baca artikel ini ustaz.
    Namun, bebeza dengan kuarga saya ustaz. kadangkala ana rasa tersisih dari kasih sayang berkeluarga. untuk menyatakan kasih sayang untuk parents pun agak janggal dan malu. Moga Allah mengurniakan keluarga sehebat ustaz.

    • mawad says:

      mmmm… sy pun mcm kamu jga.. rasa tersisih dri keluarga… camne yek ustaz? keluarga ustaz hebat.

  52. Strawberry_Ungu says:

    “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

  53. Insan Biasa says:

    Saya cukup tersentuh dengan artikal nie..cuba menyemakan dengan situasi dan sejarah hidup dibesarkan oleh ibu tunggal…
    Ya Allah..tak tergambar betapa murninya jasa dan pengorbanan ibu membesarkan kami adik beradik dengan hanya mengambil upah menjahit baju..Sifat penyabarnya dan penyayang terhadap anak2 amat menyerlah…Semoga Allah memerkati ibu…

  54. raudhah illiyin says:

    assalamualaikum….
    dalam meniti arus kehidupan ni..kita x lari dari ujian dan dugaan.apa yang diberi oleh Allah kepada kita merupakan anugerah yang tak ternilai.dan hadiah yang paling berharga adalah ummi dan abah.tapi Allah lebih sayangkan abah. abah pergi meningalkan kami adik beradik yang masih kecil ketika itu. tapi kenapa aku tidak berasa sedih..aku bersyukur sebab abah meninggal dalam syahid dan dikebumikan di baqi’ bersama para2 syuhada’ tempat yang sering aku impikan untuk menyemadi jasadku suatu hari nanti. ketika itu seminggu menjelang aidilftri..ummi… engkau ibu yang sungguh tabah!pada malam mendapat berita abah kemalangan semasa dalam perjalanan dari mekah ke madinah untuk menunaikan umrah engkau cuba menahan air mata mu untuk memujuk diri. tapi aku tahu apa yang ada dihatimu. pagi itu sahur.ummi tetap mengajak kami anak2mu bersahur.ummi masak gulai ikan lemak cili padi. tapi kami adik-beradik tidak menyentuh walau sedikit pun.hanya air mata yang bertemankan kami.ummi tetap tenang. ummi menyuapkan nasi ke mulut kami. ummi cuba tersenyum tapi kelopak mata ummi menceritakan segalanya.bermula dari situ..aku terasa hidupku bagai tiada erti.tapi aku berterima kasih kepadamu Ya Allah.Kau berikan ku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.pelbagai ujian dtg menimpa ku…alhamdulillah Kau suntik jiwa keimanan dalam hati nuraniku… ummi…angah akan jadi anak yang solehah dan akan menjaga ummi hingga ke akhir hayat angah.kini anakmu ini telah mencapai impianmu untuk menyambung pelajaran ke UIAM dalam bidang undang-undang syariah.dan kini di thn 1 di uia gombak.perkara yang ummi impikan selama ini.Ya Allah..aku berterima kasih kpdmu kerana menganugerahkan aku seorang ummi yang penyayang, tabah dan sentiasa memberi kata2 semangat kpd ku…lindungilah ummi.berilah kekuatan kpdnya…ameen…

  55. dekla says:

    assalamualaikum,
    memang syahdu bila membaca artikel yg ustaz tulis tu sementelah lagi diri ini dah hampir setengah tahun tak balik ke kampung halaman. padahal jarak antara jb dan bp hanya 2jam perjalanan menaiki kereta. alhamdulillah diri mempunyai emak yang memahami. emaklah dan adik sering ke jb menjenguk cucu dan anak-anak saudara yang sudah hampir lupa bhw mereka mempunyai nenek dan makcik di bp. banyak sebab tidak dapat pulang antaranya… anak sakit dan ditahan di wad selama hampir 2 bulan setengah, cuti suami yang tidak menentu dan keadaan kewangan.
    setelah diri menjadi mama semakin menyedari betapa benarnya artikel di atas. suami tidak pernah menghalang untuk pulang namun disebabkan sebab-sebab di atas terpaksa menimbang situasi berulang kali antara kehendak dan keperluan.
    Kekadang terasa diri tidak adil kerana seperti melebihkan keluarga suami yang kebetulan juga tinggal di jb. namun tiada apa yang dapat dilakukan kerana kesemua ini hanyalah secara kebetulan. kerinduan terhadap keluarga terutamanya emak tidak dapat diluahkan. Kerinduan bercampur-aduk dengan kesedihan mengharungi cabaran berumahtangga bersama tekanan di tempat kerja selalu terhimpun di dalam hati sehingga ke satu peringkat air mata mengalir tatkala hampir melelapkan mata.
    Baru semalam menghubungi emak menyatakan keinginan untuk pulang namun terbatas kerana ayah mentua yang sakit dan situasi kewangan yang menghimpit. seperti biasa emak memahami dan meredakan keresahan dan rasa bersalah diri..

  56. one_hayati says:

    assalamualaikum..

    cerita ustaz menggamit kembali memori saya bersama arwah bonda.usia yg baru mencecah 12 tahun,apalah yg boleh diharapkan untuk menjaga mak yg terlantar kerana strok.tapi,bermula dari itu,sy belajar berdikari.kalau oarng cakap anak yang paling bongsu,paling tak boleh diharap.baik memasak,mengemas,dan sebagainya,sy tak nafikan sebab mereka mungkin masih lagi mempunyai mak.sepanjang sy menjaga mak,banyak kali sy meninggikan suara dgn mak,kerenahnya membuatkan jiwa kecil sy hilang sabar.sy tahu,banyak kali jugak mak kecil hati dgn sy.tapi,wan (ayah) memang penyabar.sy amat kagum dengan kesabaran wan.5 tahun mak sakit,wan tak pernah pun sekali kecil hati dengan mak walaupun mak selalu jerkah wan,buat muka dan sebagainya.kami adik beradik faham situasi penyakit yg mak hadapi.amalannya pun sudah tidak dinilai oleh Tuhan.
    buat mak,semoga dirimu dicucuri rahmat..
    buat wan,semoga dirimu berada dibawah peliharaan Tuhan…

  57. Hidayah says:

    assalamualaikum..

    Allah Maha Besar..

    Menitis air mata saya tanpa saya sedar…sedang asyik meneliti setiap bait2 ayat yg Ustaz kaitkan sungguh indah …& terlalu menyentuh hati tanpa paksaan…

    Setiap apa yg Ustaz katakan seolah2 kena benar dgn apa yg saya lalui..
    Hati ini tak sekali pun tak pernah tersentuh sayu pilu bila membaca artikel ni walaupun berulang2 kali dibaca..tapi rasa ikhlas& insaf tu seperti tali air yg tak putus2..

    Terima kasih ustaz utk bacaan yg sungguh berguna ini..izinkan saya lampirkan di blog saya buat tatapan teman2 rapat..

    Terima Kasih Ustaz

  58. ana muslimah says:

    salam ustz…maaf menganggu…ustz nk tny leh,kalau ana copy n simpan dlm disket utk baca leh tak…coz umah ana xintrnt jd ana terpaksa guna intrnt luar yg dcas dgn hrg yg mahal….ana baca sepintas lalu,xsempat nk menghayati,…tp sedih gak coz ana dah x mak….

    • israkmikraj says:

      Salam,
      Rasanya Ustaz benarkan untuk kegunaan individu dan juga sekiranya manfaatnya dapat disebarluaskan kepada ummah tanpa dikomersialkan. Apa yang saya selalu buat ialah pastekan dalam word dan hantar kepada kawan2 dan juga ahli keluarga especially kepada isteri. Itu cara saya berkongsi ilmu kerana saya tiada ilmu sebaik ustaz, maka saya hanya tolong forwardkan artikel2 ustaz yang relevan, (in full + komen2) untuk dikongsi bersama. Kadang2 bila sampai kerumah dan ada masa lapang, saya akan bertukar2 pandangan dengan isteri pasal artikel2 ustaz ini especially yang berkaitan dengan kekeluargaan dan cara mendidik anak2. Sebab kita kena baca artikel ini dengan keadaan minda yang terbuka dan sedar especially bila kita baca pengalaman peribadi ustaz, bagaimanakah kita sekeluarga dapat mengambil pengajaran dari sesuatu isu yang Ustaz timbulkan. Anyway kalau terasa ada mendapat kebaikan dari artikel2 Ustaz ni dan agar Ustaz boleh terus ‘bisa ngeblog’ belanjalah minum kopi…. :o ) Saya sudah berniat everyday yang saya buka saifulislam.com saya akan ‘belanja kopi’ ustaz singgit. Bukan apa,…..kita beli paper pun RM1.20 sehari dan belum tentu dapat manfaatnya!

  59. sofeyya says:

    kasih ayah,ibu sungguh mulia kerana kasihnya tulus ikhlas dr lubuk hatinya yg dalam tanpa mengharap apa2 balasan..namun,bagaimanakah layanan kita kepada mereka?sama2 kita muhasabah diri.

  60. shahrizan ab wahab says:

    ana tertarik dengan drama “demi masa” tv3 sabtu lalu…begitu besar kasih ibu..

  61. As'ad says:

    Salam,

    Tahun lepas dah bace artikel ni, masih ada dlm simpanan hingga hr ni.. Slalu diulang baca, dan bile bc skali lagi hari ni.. mata skali lagi x mampu menakung sebak.
    Orang yg paling ana kagumi sepanjang hidup ni adalah mama.. Mama ana slalu x sihat, sakit.. Tapi ntah dari mana datangnya kekuatan yg ada pada mama.. Sakit belum sembuh sepenuhnya, tp mama tetap berkeras bangun untuk keluar bekerja. Demi mencari rezeki buat anak2 yg x pernah jemu meminta..
    Betapa besarnya jiwa dn kekuatan yg Allah bg pada naluri seorang ibu.. biar didera perasaannya dengan sikap anak2, seorang ibu x pernah merasa putus asa..
    Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi sejak dari kecilku.. Aamin.

  62. khalis mujahid ukm says:

    masyaAllah… Maha Suci Tuhan Esa..sungguh ana terharu dengan jasa kedua orang tua kita semua..peringatlah kepada sahabat2 kita agar menghargai jasa keduanya..ingat…!rasul junjungan kita pernah melemparkan jawapan daripada persoalan yang ditimbulkan para sahabat apabila menyentuh siapa insan yang dituntut untut taat selepas Allah dan rasulNya..3x baginda mengulangi kalimah ‘ibumu’…selepas itu kalimah ayahmu..menunjukkan ibubapa insan yang wajib ditaati dan tidak boleh tidak kata orang sekeliling..moga Allah mengampuni dosa kedua orang tua kita semua..amin..ketahuilah kita tidak mungkin dapat membalas jasa mereka dari segi praktik 100%, hanya doa kita mengiring mereka kemudian hari.

  63. shiha says:

    Salam..

    Bila dah ada anak sendiri, barulah lebih memahami kasih ibu. Sewaktu kecil hingga remaja, ada beberapa insiden yang menyebabkan saya merajuk panjang kepada bapa. Namun tidaklah sampai memudaratkan sesiapa, malah sampai sekarang diorang tak taupun yang saya merajuk hehe. Namun, bila dah beranak pinak ni, saya semakin faham hati budi dan kasih sayang mereka. Terutamanya sekarang, dalam saya kalut menghadapi dugaan demi dugaan. Mak lebih banyak berendam air mata dari saya sendiri, walaupun yang menanggungnya adalah saya..

  64. INFINITY says:

    assalamualaikum

    saya pernah membaca tulisan ini, mem’print’ juga untuk tatapan selalu. tapi masa itu saya belum mengenali siapa saiful islam, dan saya menangis membacanya. Dan hari ini, saya cuba mengingat dari mana saya membaca. Entah. Tapi paling kuat saya ingat ada nama saiful islam di situ. Dan hari ini saya mengerti.

    Terima kasih untuk tulisan ini. Benar-benar menginsafkan.=)

  65. aye says:

    Membaca artikel ini dalam ATN m/s 105-115 lebih ‘jelas’ maksud yang ingin ustaz sampaikan.. tambahan lagi ada tajuk kecik dan ‘main point’ sebagai perhias. Afuan ustaz, saya lebih suka membaca-baca artikel ini dalam buku ATN dari skrin komputer yang ‘menyilau’kan mata :-D

    P/S.. agak-agak ustaz mengapa ‘ulama-ulama segera’ kat malaysia ni suka membahaskan hukum daripada membahas ‘perdekatan’… hmmm, pelik saya, heppy mother day pada 11 mei pun turut di ‘bahas secara ilmiahnya’… :-)

  66. rumaisya says:

    syukran ustaz atas artikel ni walaupun ni artikel yg berulang…berlinangan air mata baca….

  67. Assalamualaikum, ustaz, saya suka dengan perbahasan Cinta Tanpa Syarat. Tetapi ustaz, bila kita lihat realiti semasa, ada segolongan ibu bapa yang tidak dapat kurniaan ini.

    Terus terang, saya sendiri masih ragu – ragu dengan diri saya samada saya layak dianugerahkan dengan sifat tersebut. Bukan saya hendak menyalahkan sesiapa, tetapi saya bukanlah lahir dalam keluarga yang boleh dibanggakan akhlak dan suasananya, tetapi alhamdulillah, dalam ombak badai yang melanda Allah masih kekalkan ikatan kami.

    Sekarang ini dalam usaha saya membina peribadi, saya temui beberapa kelemahan diri yang sangat berkaitan dengan kebolehan menjelmakan kasih sayang terhadap orang lain. Saya jadi takut untuk rapat dengan orang lain. Saya mudah mesra dengan sesiapa, tetapi sampai satu takat, saya akan bersifat defensif dengan orang yang rapat dengan saya, dengan kata lain, orang yang rapat dengan saya akhirnya akan dijauhi saya dengan sendirinya, seolah – olah timbul perasaan benci pada orang yang mahu mengambil berat mengenai diri saya. Pengalaman saya berorganisasi sekarang ini memperlihatkan beberapa orang sahabat yang dekat dengan saya makan hati dengan perlakuan saya.

    Masalah ini menghilangkan keyakinan saya dalam keupayaan membina sebuah keluarga. Saya bimbang andai kata saya akan gagal mengasihi seorang muslimat bergelar zaujah secara istiqamah, saya bimbang jika akhirnya saya bakal merosakkan emosi anak – anak yang masih kecil yang kemudiannya menghantui pemikiran mereka bila besar.

    Akhirnya saya jadi tidak berani untuk melanjutkan pemikiran mengenai soal nikah kahwin. Macam ustaz pernah kata dahulu, pernikahan bukan sekadar mengelak masalah zina tetapi lebih daripada itu. Sebab itu bila ada dikalangan senior dan sahabat – sahabat berbual soal baitul muslim dengan saya, saya akan buat konklusi mudah: saya tidak akan bernikah sebelum saya dah ke Yaman kemudian berjihad di Palestin, kalau hidup lagi lepas tu, balik Malaysia baru bernikah.

    Itu serba sedikit mengenai masalah yang saya lalui, saya harap ustaz dapat bagi nasihat yang baik untuk saya, Syukran.

  68. suffy says:

    terharu bila baca kisah ustaz…
    saya pon nk jd macam ustaz gk..
    sy nak bahagiakan umi dan abah saya..
    saya pon terlalu menyayangi umi dan abah
    ya ALLAH, rahmatilah mereka……

  69. manja says:

    Renungan Sempena Hari Ibu..

    Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
    Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
    Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
    Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!
    Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
    Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
    Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
    Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
    Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
    Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

    Aku selalu teringatkan.. Ibu
    Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
    Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
    Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
    Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
    Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
    Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
    Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
    Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
    Yang selalu puji aku.. Ibu
    Yang selalu nasihat aku.. Ibu
    Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

    Aku ada pasangan hidup sendiri
    Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
    Bila sedih, aku cari.. Ibu
    Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
    Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
    Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
    Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
    Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
    Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
    Selalu aku ingat.. Pasanganku
    Selalu Ibu ingat kat aku
    Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
    Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
    Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
    Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

    Renungkan:
    “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

    Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

  70. kaklong syikin says:

    salam,

    saya masih peringkat menjadi ibu penyabar. baca akhlak ibu ustaz, subhanallah..penyabarnya dia. kalau saya, mmg dah kena pot pet2 anak2 saya tu.

    selamat hari ibu buat ibu dan isteri ustaz..baru saya perasan, semua wajah anak ustaz ikut muka ummu saif :)

  71. Kak Mas says:

    Respond kpd Zaujah, tapi bukan ditujukan pd Zaujah…pada kak juga & semua yg sudi membacanya.
    Terlebih dulu maaf..klu tersinggung.

    Taraf ibu bapa mertua pada suami adalah sama spt ibu bapa sendiri, begitu sebaliknya.

    1. Check balik kita masa muda2 dulu cam ne,..esp dgn kedua ibu bapa….
    2. Cam ne pula dgn jiran2 kita pula, dll.
    3. Selalu senyum tak..pada suami, anak2, jiran2, wanita2 yg samada kita kenal atau tidak..(lelaki yg tak de kena mengena jgn dong) dll yg kita sendiri boleh fikirkan lah..Depa tak senyum tak pe…
    4. Berkira tak kita ni? dari segi harta, ilmu, doa, persangka baik…dll yg positif pada yg dinyatakan bi 3, dll yg memerlukan..
    5. Ada bela kucing misalnya?..cam ne layanan kita..
    6. Banyak lagi lah……
    Manusia boleh berubah termasuk suami puan klu kena cara..
    (latar belakang keluarganya & kisahnya masa2 muda dulu pun memainkan peranan)
    ….usahalah & mohon pada Allah..
    Mungkin akan memakan masa….jgn putus asa…

    Allah bukan uji dia saja tapi kita sekali…
    Manusia tak balas kerja kita tak pe……Jangan bersedih, Allah kan ada..
    Jangan mare..yang!

  72. fauzi says:

    Assalamualaikum,

    Cerita ustaz mengingatkan saya kepada ayahanda saya sendiri (walaupun sebenarnya saya tidak pernah melupakan beliau termasuklah bonda yang masih hidup, terutamanya di dalam doa saya setiap hari).

    Hari ini 13 Mei 2008, genaplah sudah 2 tahun ayahanda saya mengadap Illahi.

    Sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga ini pesan ayahanda di kala beliau terlantar kesakitan di hospital Ipoh dan menghampiri saat-saat ajalnya iaitu “anak yang soleh adalah anak yang sentiasa berdoa untuk orang tuanya”.

    Pesananya itu bagai mengetahui yang beliau tidak akan tinggal lama lagi di dunia ini dan kebetulan pula itulah perbualan saya dan beliau yang terakhir. Selepas itu beliau telah tidak sedarkan diri beberapa bulan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan saya.

    Dan doa seperti ustaz baca di ataslah yang sentiasa saya ucapkan saban waktu tanpa jemu. Bukan sekadar memenuhi pesanan terakhir ayahanda tetapi tanggungjawab saya sebagai anak kepada orang tuanya. Andai kata ayahanda tidak pernah memintanya, akan tetap saya bacakan doa yang serupa.

    Semoga Allah jadikan kuburnya salah satu taman syurga (ayahanda semasa hayatnya amat gemar menghadiri majlis ilmu agama tanpa mengira jauh atau dekat majlis itu berlangsung) dan tempat beliau berehat sementara menunggu hari pembalasan.

    Amin

  73. zainal_alex says:

    MasyaAllah, tersentuh baca penulisan ustaz ni, walaupun dh pernah baca sebelum ni. Ianya membuatkan kita terfikir, sejauh manakah kita telah melaksanankan tanggungjawab sbg seorg anak. tambahan pula saya anak sulung, lg berat rasanya tanggung jawab tu. moga2 Allah golongkan saya dr kalangan anak2 yg soleh…dan moga2 Rahmat Allah SWT sentiasa bersama kedua ibu bapa saya yg tercinta, nun jauh di Malaysia, x sabar rasanya nk blk jumpa mereka berdua summer ni, ^_^.

  74. zuhrah says:

    Salam.

    Saya tidak pernah jemu membaca artikel ini. Kadang-kadang saya singgah ke saifulislam.com semata-mata hendak baca artikel ini buat kesekian kalinya.

    Setiap kali baca, setiap kali tu lah terasa sebak di dada.

  75. assalammualaikum wr wb wm wr…

    sedih dan sebak membacanya… tambah-tambah duduk di perantauan, biar tidak lama, namun masih terasa… Allah sahaja lah yang Tahu… moga saya tidak tergolong dari golongan ana yang derhaka…

    ya Allah, terima kasih atas aungerahmu, kedua ibu-bapaku, ampunkan bagi keduanya akan dosa-dosa, sebagaimana jerihnya mereka membesarkan anaknya ini….

  76. issha_din says:

    salam..

    “Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.

    “Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah.

    keratan dialog tersebut mengingatkan doa arwah ayah saya juga..
    doanya moga Allah mengambil nyawanya dalam 2 keadaan iaitu ketika arwah dalam keadaan dalam baik imannya dan kedua ketika anak2nya sudah boleh berdikari dan tidak menyusahkan orang sekeliling.
    katanya lagi tiada gunanya kalau hidup beribu tahun tapi dalam keadaan nyanyuk, dan menyusahkan anak2..

    pesanan ringkas saya: hargailah, sayangilah mereka selagi hayatnya ada..

  77. shashu says:

    kdg2 kita cepat menilai atau tersalah menilai.. cepat menghukum dan lambat pula memaafkan..

    ingin sy mengucapakn terima kasih pada ustaz yg mengrepost ariticle ini..sayatelah bacakan pada saudara2 saya di rumah atok selepas isyak. ibu saya org yg sgt simple. tapi sbb ibu sy simple lah sy tak perlu complicatedkan diri sy. ibu kata, hidup di dunia ini senang saja sebenarnya cuma kita shj yg mencomplicatedkan keadaan.. allah hualam..

  78. humaira.. says:

    Salam ustaz..
    Tersentuh hati saya membaca artikel Cinta Tanpa Syarat ini.. tatkala membaca artikel ini mengingatkan sy betapa suci dan murni kasih sayang seorang ibu n seorang bapa..Sy terkenang akan diri sy yg merupakan ank angkat tetapi subhanallah layanan dan kasih sayang ibu n ayah angkat sy curahkan ckp sempurna sehinggakan sy terlupa mengenai ibu bapa kandung sy. sy tidak merasakan perlu untuk diri sy mendekati ibubapa kandung sy kerana bagi sy semuany sudah sempurna n tidak perlu untuk mencari lagi kasih sayang yg lain. Walaupun kadang2 sy rasa kasihan akan ibubapa kandung sy kerana sy tidak pernah sekali-kali memanggil mereka dengan panggilan ‘mak’ n ‘abah’.. semua sy lakukan untuk menjaga hati ibubapa angkat sy yg tlh byk berkorban membesarkan n mendidik sy sehingga dewasa. mereka tidak dapat menerima sekirany sy berbaik dgn ibubapa kandung krn mereka takut kehilangan sy.jasa n pengorbanan mereka tak dapat sy balas sampai bila2. kerana itu sy cuba menjauhkan diri daripada ibubapa kandung sy demi menjaga hati dan perasaan ibubapa angkat sy.. Ustaz, boleh tak ustaz memberi pandangan mengenai masalah sy? Berdosakah sy tidak mengaku ibubapa kandung sy? Sentiasa mengelak daripada melayan mesra keduanya kerana bimbang ada hati akan terguris n kecewa..

  79. muFFin says:

    Sebak baca artikel ustaz ni. Teringat arwah ayahanda yang baru saja meninggal dunia pada 30 jun 2008 yang lepas. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosanya dan terimalah segala ibadah dan amal kebajikan yang dilakukannya. Tabahkan hati ibuku menghadapi dugaan yang Engkau berikan.. amin.

  80. as_8985 says:

    assalamualaikum,,,,

    Bila baca artikel ust ni…rs rindu kat mak & abah kat kmpg…
    Merindu sj x cukup…Mengeluh dosa2 sy pd mak & abh sj pn x memadai….

    Bila sy nk berubah jd anak yg solehah….?

  81. fa says:

    Assalamualaikum ustaz

    dengan membaca hasil tulisan ustaz ini, jiwa saya rasa tersentuh, kini baru saya sedar bahawa masih belum cukup kasih sayang, tumpuan dan layanan istimewa yang saya berikan pada ayahanda dan bonda tercinta…terima kasih ustaz. semoga Allah memberkati kita semua..

  82. Labah2 Morioka says:

    Kalau ramai budak2 muda remaja yang baca…
    Aman sikit..

  83. shidah says:

    salam..

    terima kasih kerana adakan website ni.. sebarang tajuk yg ada boleh dibuat renungan bersama…

  84. teacher Hayati says:

    salam ustaz..air mata sy menitis tatkala membaca n3 ni..semoga ibubapa kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..

  85. salam…
    sayer slalu bacer buku aku terima nikahnyer..
    ade part yg menyebabkan sayer mengalirkan air mate
    dah xtau braper kali khatam…x jemu sayer bc
    membace buku tuh seolah2 memberi semangat kpd sayer
    agar sayer igt ape tujuan hidup sayer di dunia..

  86. murabbiyah says:

    assalamualaikum wbt,, ustaz,, barakallahu feek,, artikel ini meresap dan menyentuh hati saya sebagai seorang hamba Allah dan seorang anak,, mudah-mudahan semua orang yang membacanya juga akan menjadi hamba ALLAh yang mencintaiNya tanpa syarat, mencintai ibubapa tanpa syarat,mencintai orang disekelilingnya tanpa syarat dan menjadi ibubapa yang pengasih dan penyayang tanpa syarat agar melahirkan insan yang bertaqwa..insyaallah…

  87. Adija says:

    salam.. Alhamdulillah akhirnya saya dapat baca kisah yan boleh dijadikan pedoman dalam hidup saya..tidak dinafikan jasa kedua ibu bapa adalah yang paling agung di dunia ini..kisah ini membuatkan saya sedar banyak perkara..saya tidak puas lagi menatap wajah lembut emak tapi seruan ilahi telah menyambutnya kembali ke sisi-Nya..belum sempat saya menabur bakti, dia meninggalkan saya..kadangkala terlalu rindu saya untuk memeluk dan mencium emak..belum puas untuk saya bermanja dengannya..mendengar suara lembut yang sering menasihati..yang meredakan kegusaran di hati… ketiaka kawan-kawan berbual mesra dengan ibu mereka,tersentuh hati saya..rindunya pada emak..kini hanya abah tempat saya mencurah kasih…saya berjanji yang saya akan membahagiakannya selagi ada daya dan diizinkan-Nya..Semoga Dia memberi petunjuk dan tidak memesongkan perjalanan hidup saya..InsyaAllah..

  88. pepatunglaut says:

    bila baca terus teringatkan famili di kg… Lain parents, lain sikap. Tegas mak ngn ayah mungkin sesuai dgn perwatakkan anak2 nya.. mencintai mereka adalah kenangan paling indah dalam perjalanan hidup seorang anak.

  89. ana muslim says:

    salam ustaz…
    ana rasa sungguh tersentuh dengan artikel ustaz…….seringkali terfikir dibenak ini membayangkan bagaimanakah perasaaan ini jika ditakdirkan olehNya umi dan abah pergi dulu…….tak dapatku membayangkan……aku sering berdoa biarlah aku pergi dulu sebelum ibubapaku…….aku berharap agar ALLAH maenjadikan aku anak yang solehah dan taat pada kedua ibubapaku……tiada barang yang lebih berharga selain pemberian ALLAH kepadaku UMI&ABAH yang amat menyayangi diri ini……semoga ALLH memberkati hidup kami didunia &akhirat kelak…………..

  90. Fakhrul Ezam says:

    artikel ni amat menyentuh hati sy dan menginsafkan diri.
    sebagimana ustaz, sy pun akan membacanya berulang kali kerana memang benar ia mengingatkan kita pd mak ayah dan insafi diri kita.

  91. solute says:

    hati ini memang rasa bersalah mendengar coretan ustaz,tapi hati hancur mengenagkan nasib ibu ,ibu skang sakit mental dan ayah teringin na kawin lain ,saya sendiri daah hlang hormat kat ayah ,tapi apakah diri ni berhak melakukan ape yang terpahat dihati akan kesakitan yang ditangung.ustaz ,doakan ibu saya supaya cepat sembuh ,sebab kasih ibu sangat bernilai buat kami adik beradik .ibu saya seperti ibu ustaz ,sentiasa mengukir senyuman walaupun hati pedih menanggung sikap ayah,Ya Allah ,sebak rasa mengenangkan nasib ,dihujung usia.Ya Allah,kembalikan lah kesihatan ibuku yang sangat disayangi.agar dia menerangi kembali jiwa kami yang suram .

  92. fazirah says:

    subhanallah..
    indah skali ceritanya..
    indahnya kasih syg ibubapa.
    seindah ciptaan Allah..

  93. TunTijah says:

    membaca artikel ini membuatkan airmata saya mengalir. begitu besarnya kasih sayang ibubapa kpd kita. begitu Pemurahnya ALlah terhadap kita. semua ini membuatkan saya hiba dan begitu insaf sekali. sementelah menjadi ibu, kini saya lebih memahami betapa pengorbanan yg bonda saya lakukan. dan mengenangkan segala usaha/ikhtiar ayahanda, saya semakin terasa sayu. saya berazam untuk menjadi anak yang baik kepada mereka, kini dan selamanya…

  94. cairo girlz says:

    Assalamualaikum..
    ustz..mmg betul..kasih sayang seorang ibu dan seorg bapa itu tidak bersyarat..ayah saya seorang yang tegas dan tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya pada anak2..tapi satu malam saya tersentuh dan terasa mengalir kasih sayang seorang ayah tatkala dia menggosok kepala saya..walaupun petang itu saya dah teruk dikerjakan oleh ayah atas kesilapan saya sendiri..hakikatnya saya sedar yang ayah amat sayangkan anak2nya..hati lebih tersentuh lagi tatkala dahi saya dikucup ayah waktu saya mahu terbang ke bumi anbiya’ melanjutkan pelajaran saya disana..saya dapat lihat mata ayah berkaca..tapi ditahan daripada tumpah untuk memberi kekuatan pada saya..saya tidak pernah melihat ayah menangis..tapi..bila saya lihat air mata lelaki ayah mengalir..baru saya sedar keegoaan ayah sebagai seorang lelaki tewas dek keletah dan kelakuan anak2..hingga hari ini saya sedar kekerasan ayah adalah sebagai satu tarbiyah untuk kami adik beradik supaya tidak mudah lemah..dan kuat berdepan dengan cabaran dunia hari ini..terima kasih ayah..Ya Allah..ampunilah dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi daku sewaktu daku kecil…

  95. insan yg mencari Nur.. says:

    assalamualaikum..alhamdulillah..bersyukur saya pada Allah SWT sebab tergerak hati utk masuk laman ni..terharu sekali bila melihat kasih sayang parents ustaz yg sentiasa memaafkan dan tidak henti2 mencurahkan kasih pada anak2nya.Saya berdoa dan mengharap pada Allah SWT moga saya juga diberi kekuatan olehNya utk mengasihi dan menyayangi ibu bapa saya selagi saya masih diizinkan Allah SWT utk hidup di dunia ni..Ameen..ya ALLAH…

  96. Nur says:

    Assalamualaikum..

    Sayu hati baca artikel nie…
    bila teringat mak yg dah pergi, terasa seperti ada kekurangan dlm hidup.
    kini cuma ada abah tempat megadu, moga2 mereka sentiasa dipelihara Allah. Ya Allah..ampunilah dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi daku sewaktu daku kecil…Ameen.

  97. runnia says:

    salam…
    ya Allah rindunya kt mama n abah,bila tinggal jauh dari mereka baru sedar banyak yang tak mampu aku lakukan tanpa mereka…
    ya Allah sesungguhnya hidup aku hanyala untuk kedua ibu bapa ku kerana Mu, terima kasih anugrahkan aku ibu bapa yang terindah untuk hidup aku…

  98. ManjaErin says:

    Assalamualaikum…..

    Alhamdulillah, website ini diperkenalkan oleh kawan kepada saya. apabila saya membaca isi laman ini, saya amat terharu dan mula muhasabah dalam diri. terlalu banyak khilaf dalam diri saya. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan emak & ayah yang baik. Alhamdulillah, kedua ibu dan ayah saya masih ada lagi di hadapan saya. Syukur. Kisah ini akan saya jadikan arah untuk masa hadapan saya terutama apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak sendiri.

    Wassalam…

  99. wardatul imtiyaz says:

    salam…
    sayunya bila membaca article ni…
    betapa kasih dan sayangnya ibubapa kepada anak2…
    semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang menjadi qurratun ainiy kepada ibudan bapa kita
    amin

  100. rafique fiqrie says:

    salam….
    mbaca artikel ni btul2 mbuat sy terkenang jasa n pengorbanan kdua ibu bapa sy..
    mjadi anak bongsu dlm kluarga drasakn bgai ditatang minyak yg penuh…
    sejak kecil lg sy sering dilimpahi dgn ksih syg..hingga kdang2 hati mereka sering tguris dgn knakalan sy…tp mreka sntiasa tsenyum..
    tu zaman kanak2…tp bila dh dewasa bru sy sedar btapa besarnye pngorbanan mreka…

  101. suhana sarkawi says:

    salam.. saya membaca artikel ini dan tersentuh sanubari saya. Smemangnya cinta mereka kepada kita tanpa syarat. Untuk melihat kita bahagia. mereka akan buat apa sahaja. menunjukkan apa yang patut kita buat, dan mendidik kita tentang apa yang kita patut rasa.

  102. mama_liza says:

    Salam, ustaz.

    Really touched di lewat malam begini.Terima kasih kerana mengingatkan saya. Saya tiada ayah, ibu, sekadar menumpang kasih mertua. Namun, saya masih di anggap orang luar. :( .

    Insyallah, moga-moga doa saya kepada Arwah mak dan abah, mampu mendoakan kebahagian saya kelak. Amin

  103. sawah_bendang says:

    salam

    ble sye bce artikel ni..sye rse diri sye ni trlalu hine..sye rse terlalu berdose kt mak ayah sye..sye hrp Allah memberikan umur yg pnjg serte kesempatan utk sye berbakti kpd mak yah sye

  104. Sayu,Sebak,Sedih..!!Meninitis airmata bila baca post yang ni.Tiada kata dapat dinukilkan utk meluahkan rasa di dalam hati ni..

  105. Nur says:

    Assalamualaikum..

    Buat sekian kalinya diri ini menangis mengenangkan arwah mak yg telah pergi… Al-Fatihah buat bonda yg disayangi.

  106. silamyangkelam says:

    salam…

    kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah selama-lamanya..

    teringat kata-kata ayah saya tentang sikap saya yang panas baran…

    ” nanti bila abah dah tua nanti abah mintak daripada kaklang bubur :kaklang, masakkan abah bubur…nanti kaklang cakap…’hep..hep..hep..leceh r..bla..bla..bla…’ ” ~ayah tersengih~

    ngilunya hati saya membayangkan kemungkinan itu…

    saya sentiasa berharap dapat mengorbankan harta, masa, hatta nyawa saya untuk ibu dan ayah saya bagi menebus kembali timbunan dosa saya kepada mereka…

    ~semoga digolongkan sebagai anak yang solehah walaupun jalannya payah~

    ampunkan dosa hamba-hambamu ini ya ALLAH dan dosa kedua-dua ibu bapa kami…kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil…ameen

  107. silamyangkelam says:

    ustaz…

    watlah cerita lengkap pasal zaman ‘tingkatan 4′ dulu tu…

    ape ending die…

    ke dah ade tp sy yg x bace????

  108. hafis says:

    seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, namun sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu

  109. anak ibu says:

    saya terpukul sangat dengan artikel ni..

    terasa bersalah sbb menolak ajakan mak pegi pasar sbb mse tu pening sangat..

    teringat mse kecik pening2 pon mak tetap masakkan untuk kami

    tapi bile dah besa mak mintak tolg sekali je tp ditolak

    rase bersalah sgt..

    trime kasih byk2 ustaz
    atas peringatan ni

  110. baby says:

    salam smua pembaca…sy nk mntk tlg dr sape2 jew yg bca ruangn neh…saya ingin ketahui kesan2 ibu tunggal selepas pceraian dr 3 aspek iaitu ekonomi,psikologi dan sosial…sekiranya sesape dpt mbn2 tlg email kt baby_weena20@yahoo.com…krjasama anda amt sy hrgai.. :)
    tp klu de yg dpt tlg neh mail kn je kt sy ek cz sy xslalu bkn laman neh..

  111. Assalamua’alaikum wbt,

    Bisa mata pena Ustaz membuatkan air mata saya bergenang. Terkenang ummi dan abah yang sudah 3 bulan tidak bersua muka. Hanya suara pengubat rindi di jiwa. Syukran kasiran ustaz, kerana menyuntik keinsafan pada diri saya. Nilai ibu dan bapa, umpama nyawa.

    • nur adibah bt mohd azemi says:

      sekeras hati ayah. bila saya terbaca “cinta tanpa syarat” hati tersentuh. begitu indahnya ada ayah yang mendidik secara memantau. saya juga tersentuh dengan catatan editorial ANIS keluaran bulan mei 2009. kata-kata seorang ibu adalah satu doa. ibu menyumpah anaknya mati di tali gantung, akhirnya doa itu termakbul.
      namun begitu kata-kata ayah juga satu doa. lantaran itu kecilnya hati ayah dengan sikap anak terkeluarlah kata-kata “biarlah bila aku mati nanti x sempat tgk muka aku”. akhirnya kata-kata itu termakbul. sehingga ke liang lahad ayahnya x dapt ditatapi. bayangkan isteri dan mertua didahulukan. kecilnya hati ayah, bapa mertua dijenguk sblm ayah sendiri. apa jua ayah mertua. sakit pening tidak dijengah. hinggalah pada hari kematian di saat ayah ingin dikebumikan barulah anak tiba. bergegas ke kawasan perkuburan. akhirnya doa si ayah dimakbulkan. merataplah si anak. perginya ayah yang selama ini dibaikan.
      harga dan sayangi mereka selagi mereka masih ada.

  112. nurul2687 says:

    mohon restu ayah bonda agar hidup sentiasa diberkatiNya…

  113. pelangi says:

    saya sayang mak ayah sgt2… tapi seumur hidup saya tak pernah saya luahkan pada mereka.. hati ni nak sangat ckp mak, adik sayang mak. ayah, adik sayang ayah.. tp mgkin keluarga saya bukan keluarga yang boleh ungkapkan kata2 begitu. saya percaya ada kalian di luar sana juga yg mempunyai keluarga begini. Ya Allah.. hanya kepada Allah aku bisikkan betapa aku sayang kan mereka.

  114. ceriterahamba says:

    mmm.. kalau tak bisa meluahkan.. tunjukkan perbuatan yang membuktikan cinta anda kepada mereka..

  115. Mohd Nasir says:

    Assalamua’laikum ustaz, terharu saya semasa membaca karya ustaz. teringat baru berapa bakti yang telah ditabur untuk menyukakan hati kedua ibubapa. Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan apa yang mereka telah korbankan untuk saya. Saya berharap saya sempat dan akan sentiasa mendapat hidayah Allah untuk menyenangkan kedua ibubapa saya dunia dan akhirat. bukan sebagai anak derhaka yang menyusahkan ibubapa dunia dan akhirat. saya harap semua anak-anak islam dapat menggembirakan kedua ibubapa mereka.

  116. shasha says:

    assalamualaikum ustz,,,sy sunguh tersntuh kat cerpen sal kuarga ustz ,,,mummy n daddy sy lbih syg akn cucu2 dprd sy,,,sy 16 thun tp sy msih belm ckup tok mrsai ksh syg mummy n daddy sy,,,sy amt syg n cnta kat mummy n daddy sy,,paz solt sy bdoa tok mreka smpaikn airmata sy mgalir,,,tp mreka mcm anggap sy ni mcm org asing je,,,

  117. in says:

    terasa tersentuh dengan kelembutan hati mak dan ayah ustaz…

  118. dila says:

    terima kasih kerana recycle. memberi peluang utk saya belajar sesuatu yg sgt bermakna hari ini.

  119. Nurhafizu Adha says:

    Thanks a lot ustaz. You teached me a lot about Islam and how to treat our parents. I’ve lost my father when I in form 5. No death, but lost. No one know where he is. Miss him so much. Hope he missed me too.

  120. Andika says:

    salam ustaz….

    cerita ustz ttg ibu dan bapa mengingatkan sy ttg apa yg diperkatakan ibu sy..

    beliau pernah berkata…
    “kasih mak n ayh tiada penghujungnya..walau apa skalipun yg berlaku pd sy. katanya…beliau tetap akan sayang selamanya..”…….

  121. siti sausalito says:

    salam ustaz..sy perlukan pertolongan ustaz unt membntu sy mndapatkan bantuan bg ibu sy,ibu sy ibu tunggal..bdn kebajikan mana yg perlu sy hubungi unt menyelesaikan masalah ini…krn sy x dpt membntu ibu..krn masih belajar..sy sygkn ibu sy,sy harap sy dapat membuatkan dia gembira…boleh hubungi sy di alamat emel ini..numeriz_euns@yahoo.com

  122. schult says:

    ya Alah ya Tuhanku,

    ustaz, air mata saya menitik tanpa sedar. syukran ustaz. syukran sebab menyedarkan saya erti kesyukuran dikurniakan CINTA TANPA SYARAT.

    bonda saya mungkin seorang yang sibuk, tidak terlalu prihatin akan keperluan saya bila sudah dewasa ini tapi hatinya tetap hati seorang ibu. yang memberi kasih dan sayang waktu saya kecil. yang tidak terbalas dengan apa jua sekalipon.

    Allah memberikan saya rakan-rakan yang baik TANPA DIMINTA.

    sekarang saya faham, setiap kepayahan dalam hidup adalah ujian paling getir dan tidak akan terlepas walau seorang pun anak adam itu dari menerima ujianNYA.

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kedua orang tua kita. ameen

  123. cahaya pencinta says:

    salam..rindu emak..tapi tak terdidik untuk menzahirkan perasaan..rindu seorang sahabat, tapi tak mahu menganggu, tak mahu menyusahkan..rindu Allah..tenang hati bila merinduNya..resah kerana masih belum cukup dekat padaNya..

  124. insan_lemah says:

    Assalamualaikum,cuma nak berkongsi sedikit kisah mengenai Allahyarhamah jiran saya yang meninggal dunia terlantar di atas katil…Dia merupakan seorang isteri yang amat solehah insyaAllah dijamin syurga ke atas dirinya.Ketika melahirkan anak yang pertama suaminya menyuruh anak itu diberikan kepada orang lain walaupun anak itu sebenarnya memang darah dagingnya sendiri. Kemudian,ketika selamat melahirkan anak yang kedua,mama saya pergi ke rumah jiran saya dan menghalangnya untuk memberikan anak itu kepada orang lain lagi…bayangkan perasaan seorang ibu yang sudah kandungkan anaknya selama 9 bulan terpaksa mengikut kata-kata suaminya…mungkin dia tidak dipukul atau sebagainya tetapi dikurung termasuk anaknya yang kedua itu sekali…Rasanya dia sendiri tidak dapat membezakan malam atau siang kerana tidak pernah sekali pun rumahnya dibuka lampu…yang paling menyayat hati ialah di saat2 kematian dia,suaminya menyedari bahawa isterinya meninggal dunia selepas beberapa jam…namun,terlintas di hati langsung tidak dipedulikannya kah isteri itu sedang terlantar sakit? Allah Maha Kuasa ada hikmah di sebalik pemergian dia kerana tidak perlu lagi menanggung kisah perit hidup yang terpaksa mengikut kata-kata suami yang tidak berperasaan.memang cinta itu manis namun segala-galanya berubah jika tiada keikhlasan hati dan santapan rohani untuk memperkukuhkan cinta antara kaum adam dan hawa…Saya cumalah memberi pendapat…Pengalaman saya sangat kurang kerana saya masih lagi belajar dan belum pun berkahwin…tapi,bagi say persepsi mengenai perkahwinan agak negatif dan pada pendapat saya belum tiba masanya untuk saya memikirkan tentang perkahwinan lagi…
    Wassalam

  125. aLya says:

    salam…
    sy tak terkecuali menitiskan airmata pabila membaca entry ni.
    sy b’syukur kerana mempunyai keluarga yg cukup sempurna dibandingkan dgn org lain..
    sama seperti slh seorang pembaca tadi,
    sy cukup payah utk melafazkan kata2 sayang terhadap org tua sy..walaupun hati ini teringin utk luahkan ‘mak, sy syg mak. mak ibu terbaik bg sy dlm dunia ni.’
    ‘ayah, sy nk ckp terima kasih sbb x henti bekerja hanya utk menampung kami yg masih belajar.’

    ayah dan ibu sy masing2 berumur 60 skrg. tp mereka masih bekerja utk mnampung sy dan adik bradik sy yg masih belajar. btapa tabahnya mereka.

    bagaimana sy ingin jatuhkan sedikit ego sy utk melafazkan kata2 cinta tersebut terhadap mereka?
    sgt takut pabila sy memikirkan umur mereka yg kian meningkat.
    ya Allah, cukupkah masa utk aku membalas jasa2 mereka? Kau panjangkanlah umur mereka supaya aku punya kesempatan utk menunjukkan kasih sayang ini.

    • cahaya pencinta says:

      @aLya,

      susah kan?sbb xpernah pun dari dulu diddidik untuk cakap sayang semua tu..akhirnya arwah abah dah xde, xpernah pun rasanya cakap syg abah..masa kecik2 dulu xtau la..dah xingat..nak salam cium tangan pun susah..nasib baik adik perempuan mulakan tabiat salam cium tangan barulah saya boleh buat semua tu..tu pun janggal sangat..ego..

  126. Shidi says:

    Teresak-esak saya baca sampai ke penghujung.
    Bagus artikel ni. =)

  127. salam ustaz…Subhanallah..sangat menyentuh hati….
    sy jg plajar yg jauh di hujung dunia…meniti hari2 unk berjumpa dgn ibu dan bapa tercinta..Ya Allah,ampunkanlah dan kasihilah ibu bapaku…amin,

  128. kamu anak yang baik nak…
    hantarlah ia dgn doamu kerna doa anak soleh berguna pada si mati

  129. Nurcahaya says:

    Salam…

    Menyentuh jiwa. Hati semakin sayang pada ibubapa. Peliharalah mereka ya RABB..

  130. ema adella says:

    salam..ianya sgt myentuh perasaan, jikalau dibenarkan izinkn sy share crita ni laman facebook saya.

  131. Roshafezal Bin Rosaland says:

    Cinta tanpa syarat?

  132. iennZack says:

    trharu saya mmbaca artikel ini..mohon share d laman fb..smoga dpt d jdikan pnduan dan renungan brsama teman2 fb yg lain.. tq ust..

  133. fatimah says:

    izinkn sy sebar kn article ini.

Leave a Reply