Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta

On 24/02/2009, in BUKU: Bercinta Sampai ke Syurga, by Abu Saif | 6,717 views | Print Print | Email Email |

Ko jangan banyak cakap. Ko tak kena lagi. Kalau ko kena penangan cinta ni, baru ko tahu!” tempelak Zack apabila menerima teguran Azim.

“Habis kamu nak tunggu mayat dalam kubur tegur kamu ke?” Azim menamatkan perbualan. Bosan.

Memang susah mahu bercakap dengan orang yang sedang asyik cinta. Fikirannya lumpuh dan seluruh dunia dituduhnya bodoh kerana tidak memahami apa yang sedang dialami.

“Cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!” rengek seekor buaya di kafe kampus di hadapan kekasih pujaannya.

Cakap mereka jadi tidak tentu hala. Nasihat sesiapa pun semuanya ditepis mudah. Mereka mabuk cinta. Mereka dibius cinta.

CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.

Tetapi manusia sering lupa.

Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.

s0120

Gambar hiasan

Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

“Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…

12_29

“Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]

Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

Zulaikha lebih nekad.

Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.

ZULAIKHA DIBIUS CINTA

12_30

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Qad syaghafaha hubba!

Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

“…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Cinta yang bukan sekadar buta.

Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.

12_31

“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]

s0216

Gambar hiasan

Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

12_32“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]

SULITNYA MENYEDARKAN DIA

Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

12_33

“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya.  Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

* Nama Zulaikha tidak mempunyai sandaran terhadap sumber al-Quran mahu pun Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Beliau hanya digelar sebagai isteri al-’Aziz (imra’ah al-’Aziz) Nama itu diguna pakai sekadar untuk memudahkan penceritaan. Harap maklum.

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Kekalutan Doa Pengantin Yusuf Dan Zulaikha Gambar hiasan Sebentar tadi saya menerima email dari seorang pengunjung...
  2. ‘Desperate Housewives’: Yusuf Dalam Makar Wanita Bangsawan Malam ini, saya menyambung kembali kuliah bulanan di Surau an-Naim,...
  3. Yusuf Memimpin Dengan Kualiti dan Pengaruh “Hajatnya, mahu menyelesaikan kisah Yusuf dan beralih ke kisah yang...
  4. Kisah Yusuf di Ambang Makar Adik-beradiknya Hari ini saya menyambung kuliah di Surau al-Naim, Wangsa Maju,...
  5. Yusuf Dalam Kembara Sepi di Pasar Abdi “Wah, ini sudah bagus!”, alangkah terkejutnya lelaki pengambil air itu....

 

58 Responses to “Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta”

  1. aman says:

    Cinta itu buta,
    kerana itu ada yang meraba-raba….

    Cinta itu ibarat kurap!
    makin digaru, makin sedap…

    Walau apa sekalipun istilah yang diletakkan untuk cinta,
    ia tetap bahaya…
    Bahang api cinta antara 2 insan muda lebih panas dari bahang api neraka,
    sebab itu mereka tidak kisah akan ugutan neraka Allah…

    Cinta itu tidak salah,
    jika diletakkan pada tempat dan masa yang betul…
    yang menjadikan ianya salah,
    apabila wujud pada
    “wrong time, at the wrong place”

    “Ya Allah, Kau ketemulah cinta yang sejati selepas ijab”

  2. bdq baru says:

    rasa cinta mmg x salah
    tapi org y menggerakkan cinta itu yang salah
    kekadang tersalah menafsir lalu tersalah aplikasi…

    ‘Ya Allah,jadikanlah org y mencintaiMu..mencintaiku
    jadikanlah org y merinduiMu ..merinduiku
    dktkanlah org y dkt padaMu… padaku
    dan
    jauhkanlah org y jauh dariMu…dariku
    jadikanlah aku mencintai segala sesuatu y membw
    kecintaanku kepadaMu Ya Allah!

    Aamiiiin…’

  3. Abu Saif says:

    Hai, kenapa semua orang berpuitis ni?

    • pali says:

      @Abu Saif,
      terima kasih ustaz. Inilah apa yang saya maksudkan dalam entry sebelum ini. Zulaikha pulih kerana AQIDAH, dan HIDAYAH.

      lepas ni saya tukar nama la. tak sanggup mengenang kisah lama pakai nama ni.. Salams Abu Saif & sahabat2 semua.

  4. bro knie says:

    salam ustaz… alhamdulillah.. banyak yang boleh kita belajar dengan cerita ini…

    jika kite takut pada ayat ini
    Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!”

    tapi kite selalu medegnar “alasan” ini dari ramai orang untuk mengelakkan kite memberitau yang benar…

    “Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya.”

    disinii la jawapannnya…

    “Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya.”

    terus kuat ustaz… terusakn memberi… hanya mintak denganNYA…

    tq ustaz…:) … jika sudi tinggalkanlah kate2 membina di blog usang saye…

    saalm…

  5. bro knie says:

    puisi tu kan bahasa jiwa… n cinta2 ni kan juga dari situ..:)

  6. bro knie says:

    insyaALLAH… cerita yang mudah difahami… sinis… bagi saye, ape2 pun karya hanya akan difahami oleh sesiapa yang ingin mengerti…
    xkirelah ape pun bentuk responnya… pandangan saye sahaje…

  7. Salam ustaz,

    terima kasih di atas artikel yang cukup baik. ada juga melihat situasi sahabat yang dibus cinta. saling kejut mengejut antara muslimin dan muslimat untuk bangun tahajud. bila ditegur (atau perli sikit-sikit) dijawab ‘tunang’ ana syeikh.

    Syaitan memang hebat. Pak Lebai gerakan islam mampu ditipunya..

  8. Fauwz says:

    Assalamu’alaykum…

    syukran ustaz…
    teruskan perjuangan menyedarkan masyarakat tentang cinta.

    tidak keterlaluan jika ana katakan bahawa tiada sesiapa pun yang terlepas dari biusan cinta ini termasuklah para da’ie yang sedar akan tanggungjawab mengislah masyarakat kecuali mereka yang benar-benar ikhlas d jalanNYA.

    dan tidak keterlaluan juga jika ana mengatakan bahawa ramai dalam kalangan para da’ie ini mengalami sakit yang parah akibat biusan cinta yang cacamerba.

    makanya, jika para da’ie juga parah, apatah lagi masyarakat di sekitarnya….

    dan tidak keterlaluan ana mengatakan bahawa masyarakat terlalu sukar untuk diislahkan mungkin adalah kerana kondisi hati para da’ie yang tidak begitu sejahtera.

    oh… saudara-saudaraku… berpegang teguhlah kalian pada tali Allah!!!

    • halawatuliman says:

      @Fauwz,

      betul tu ukhti Fauwz, ana setuju.
      bagi ana, walaupun kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah, berjanggut sejemput (bak kata ustaz), bertudung labuh, etc..namun apabila golongan ini mula terjebak dalam hal -hal sebegini, ana melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing. Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliyyah dalam hati.

      jika terpaksa mengurung/memenjarakan keinginan yang terlalu memuncak, kurungkanlah sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan iman, lepaskan lah sahaja. Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Kalau dah terkena bius nanti, habis lah satu badan. Nak angkat satu jari pun tak larat.

  9. salam ‘alaik

    wah,ustaz 2 posting berturut-turut mengisahkan cinta!
    Berat yer topik ni,terlalu luas cakupan cinta.
    Tapi,selalu kita terjerat dgn cinta yg sempit lg menempah dosa.
    Pernah juga suatu ketika dulu terjebak dlm cinta x bertmpt,lps tu tersedar.Alhamdulillah.
    Hidayah Allah perlu segera disambut,kan ustaz?

    Saya rasa perempuan ni lemah bila terkena panahan cinta x bertmpt,seronok x tentu pasal bila ada laki ambil berat.Huhu.

    Sekadar menulis berdasarkan pengalaman.Jadi,kaum lelaki perlu lebih kuat dlm memimpin diri & org lain.Btol x?

  10. salamun’alaikum ustaz,

    syukur sgt sbb Allah hadirkan tulisan ustaz ni pada saya,
    habis segala hujah saya dimuntahkan balik oleh sorang sahabat yg mabuk cinta ni, harap boleh guna hujah ustaz ni utk sedarkan dia..

    syukran.

  11. paryes says:

    salam.time kaseh ustaz dgn post kali ini yg keno ats palo mlep.mau tny.ana ada mnt kt seorg muslimah n ana dh mluahkn prasaan kpdny n bhjt utk btunang dl.tp dye xmhu lg dye nk stdy dl.so skrg ktorg dh xkontek dh cz msg2 mhu pokus pd stdy dl.ado jdoh ktorg jmpe blk.tp mslhny ana asyik tringatkanya n msh sygkny..sdh lwn prasaan e2 tp msih tws kdg2 tuh.leh ust bg tip2 bg cpt lupakn dl n lbh ingtkn allah drpdny.k?ktorg dh xkontek tp ana msh tringat lg cmne nk hpuskny e2 yg ssh.arap ust bg dpt bg nsht sket

  12. Nafsu manusia:
    99% ada pada wanita dan hanya 1 % sahaja ada pada lelaki.
    Tapi sifat malu pula 99% ada pada wanita dan 1% sahaja ada pada lelaki.
    Renung dan fikirkan.

  13. diyana says:

    Salam..
    Ini adalah kali ptama saya lawat cni..dan telah baca p0st kali ni..saya telah ske kt s0rg hamba Allah tp saya dan dia tidak lagi bhubung.dan dia tau saya ske kn dia.saya ske dia sbb dia telah mbtkan saya brubah dan lebih dekat pada Allah.
    Adakah ptut saya xpayah truskn niat utk eratkn hubungn kami?saya masih confuse adakah saya berd0sa bila myukai dan myayangi dia?

  14. mayamira says:

    slm ust.. pernh tak ust bosan berbicara tentg cinta sprti ini? Apabila saya buat program tentg ini org2 mengkritik sy.. katanya Isu cinta tak Ilmiyah ape pendpt ust?

    • Abu Saif says:

      @mayamira, setakat ini tidak bosan.

      jika tajuk cinta tidak ilmiah, humban ke longkang bab-bab dalam sahih al-bukhari dan muslim.

      tajuk yang tak ilmiah inilah yang kemudiannya banyak menghumban manusia masuk neraka.

    • jidan says:

      @mayamira,

      cinta boleh hanyutkan pelajar-pelajar daripada tanggungjawab sebenar sebagai pelajar.Topik cinta wajar didiskusi kerana ia adalah penyakit yang sedang menular di kalangan ummah.Jika penyakit ini tidak diberi ubatnya dan diberi kesedaran tentang bahayanya,manusia yang sakit tidak akan tahu yang dia sedang sakit.

      teruskan usaha untuk menyedarkan tentang bahana penyakit ni sebelum jadi epedemik yang sukar diubati….

  15. Ahmad Attaluki says:

    Bius tu biasanya mem’paralyze’kan kak muna? Nak hilangkan paralyze tu ape? antidot? maaf la tak tau ape term betul.

    Bius cinta ni memparalyzekan hati. Atau mungkin menggelegakkan hati. So antidot nya ada dalam sajak Sunan Bonang ini.

    Obat hati ada lima perkaranya
    Yang pertama baca Quran dan maknanya
    Yang kedua sholat malam dirikanlah
    Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
    Yang keempat perbanyaklah berpuasa
    Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
    Salah satunya siapa bisa menjalani
    Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

    • Abu Saif says:

      @Ahmad Attaluki,

      yang ni puitis yang acceptable :)

      • Ahmad Attaluki says:

        @Abu Saif, tengah mengarang lirik antidot cinta.

      • Ahmad Attaluki says:

        @Abu Saif, nah hasilnya

        Perempuan
        Kau mendunguku dengan cinta
        Cinta yang malu ku katakan
        Lelaki
        Kau membingungku dengan cinta
        Sampai aku tak bisa berkata

        Perempuan
        Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

        Lelaki
        Memikirkan kita bisakah bersama

        Lelaki & Perempuan
        Allah Maha Menyinta
        CintaNya yang tak ada tandingan
        Namun makin tak bisa
        Taat ku bertamu

        Perempuan
        Kita yang beku hati
        Untuk mengakui fana cinta

        Lelaki
        Usaha sekeras hati
        Terbuta selamanya

        Lelaki & Perempuan
        Allah Maha Menyinta

    • sahezanNur says:

      @Ahmad Attaluki, terasa jumpa antidot bila baca puisi ni. semuanya bermula dari hati, seketul daging yang sangat senang berbolak-balik.. tekadang tak kuasa mengawal nya. mintalah pada Pencipta agar sentiasa di jaga hati kita.

    • sahezanNur says:

      actually, diz issue is very crirical issue to be discussed. as we can observe, those who do not have couple will be considered weird and pity, esp among students. dunia dah akhir zaman, golongan yg benar ialah golongan yg sedikit.. n sangat susah nak jadi sebahagian golongan yg sedikit ni.

  16. mayamira says:

    syukran, sy sgt bersetuju.. sebnrnya susah nak ajak remaja dgr cermh agama lagi di ASASI UM ini… sebg org yg memg taklifn biro dakwh saya melihat apbl kita kedepn kan isu ini.. org yg tak disagka2 akan pergi majlis ilmu akan turut serta..

  17. huehue says:

    dah ustaz start dulu sape suruh :D

  18. huehue says:

    kawen kalau boleh.

  19. anasufi says:

    kadang2 hati ini meronta pada cinta,
    siapa yang tidak ingin dicintai dan disayangi,
    penat sudah bersoal jawab dengan iman,
    hinggakan akal pula terbejat mentafsir,
    sadisnya bila nafsu seiring mengiya,
    mana pergi malu?
    mana pergi sabar?
    mana pergi maruah?

    aku ingin pada cinta yang fitrah~

  20. sinar says:

    isu hati isu ilmiah dan praktical ana kira..
    tak rugi kita bicarakan..
    kerna hati tu mampu berubah dan perlu peringatan berpanjangan..

  21. Musafir Malam says:

    Salam ya ustaz,

    Memang benar seperti yang dituliskan. Apabila terbiusnya seorang manusia itu dengan cinta (lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu perlukan perhatian), segala tindakan seolah-olah seperti orang yang dipukau (atau seperti seorang bodoh yang tidak pernah mengerti halal haram, batas pergaulan).

    Kalau seperti apa yang dinyatakan ustaz dan pengunjung yang lain, mereka yang terkena bius cinta, terus-terang menolak apa-apa nasihat yang ditujukan. Tetapi, di ‘sana’, ada juga manusia yang seolah mampu menerima nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihat. Katanya berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat, ustaz..

    Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, hatinya tetap TERBIUS! Maka tindakannya, kaku terpana dalam alam yang mengkhayalkan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihirau. Haih..

    Yang lebih parah lagi, orang yang dibius cinta ini, keluarga pun sanggup dibahas, ibu bapa pun sanggup diderhaka. Segala nasihat, berlalu dibawa angin petang.. Si ibu yang terluka hatinya, memendam rasa yang begitu pahit, dipaksa pula untuk mengikut kehendaknya. Deraian air mata ibu tidak dipeduli. Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si kekasih hati itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintihlah si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon kepada Yang Maha Mengetahui agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta dos tinggi.

    Sungguh parah ya orang-orang sebegini..

    Bermujahadahlah wahai sahabat.
    Biarlah dikau dicemuh, mahupun disisihkan.
    Asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah SWT.

    WA.

  22. zaffankhalid says:

    Salam wbt

    Terjumpa seorang pakar cinta di US. Ini laman web beliau. http://www.practimate.com/#meet

    Terkesima apabila dia ada membuat modul khusus untuk mencari pasangan. Saya sendiri belum habis selongkar laman web beliau.

    Tidak dinafikan, perlu pakar cinta kerana manusia sudah hilang common sense dalam bab cinta CINTA.

  23. bdk medic mesir says:

    salam..dah lame xcheck blog ni..
    nk copy entry..nk bgperingatan kpd rakan2..
    ustaz sy nk mn x tolong..
    cmne nk tegur rakan tudung labuh bersama laki berjanggut..
    dua2 dr skola yg sme,skola agama
    hafaz al-quran..
    pnah ditegur skali..sy dicemuh krn br terlibat dgn usrah..
    tp bius yg mereka kena smakin hebat..
    24 jam bergayut di telefon..
    mereka mmg hebat dlm pelajaran,sy plk trus terseksa krn xtau cara menegur..
    sy rasa berdosa xmenegur mereka,krn sy tau dosa mereka sy juga kena krn xmenegur..
    skarang xle dok sebilik,sama ada sy yg xthn dgr perbualan mereka@dia xmau sy dengar..
    tolong la ustaz..sy sudah buntu..
    dosa makin mencengkam..hanya ALLAH yang tau..
    sy juga mohon kpd ALLAH supaya diberi kekuatan..
    kpd yg lain..berilah idea@doakn kekuatan sy

    • pali says:

      @bdk medic mesir,

      salam.

      syeikh ada kat mesir kan? boleh cari kot kitab “Tabisu Iblis”. Kitab cerita macam syaitan goda manusia, tak kira la siapa.

      Kalau dia “Alim” agama, guna buku tu, pergi jumpa dia. Buat2 tanya tak faham bab2 buku tu yang berkaitan. Kalau dia jawab mantap, senyum kat dia cakap terima kasih, lepas tu pandai2 la susun ayat. Ayat apa? Haha- ayat pemati hujah.

      Ingatlah cara Hassan & Hussin tegur orang tua salah berwuduk. Lebih kurang la~.

      untuk muslimat dia jugak, suruh muslimat (junior ke) gi jumpa, dan kalau boleh buat la macam tu.

      Pengalaman mengajar, orang yang tahu bab2 agama ni kalau depa bersembang kerana mereka FAHAM, cuba tengok air muka dia. kalau macam muka dia terasa @ berubah, insyallah dah sampai la maksud tu.

      Kalau tak? Bagi dia makan ubat tu kalau boleh seminggu 2x ( ikut la berapa dos, asalkan jangan overdose). Buat kerja ni jangan sorang2 syeikh, buat PAKATAN, biar menjadi drama.

      Jangan putus asa, kita USAHA, Allah yang memberi HIDAYAH.

      -pengalaman mengajar “kabare” dijawabnya “waras”- :D

      • bdk medic mesir says:

        @pali,
        syukran..nnt sy cuba cari..
        saya akan cuba buat pakatan..

        tp sy bkn syeikh..
        hanya seorang hamba..

        terima kasih atas nasihat anda..

        • Priya punya rasa.. says:

          @bdk medic mesir,

          apa yang pali kata tu mungkin salah satu contoh. Tapi anda lebih mengenali kawan anda , kaedah mendekati kawan anda itu, anda lebih tahu dari sesiapa di SIO ini.

          Saya setuju kalau anda buat kumpulan/ group untuk bertukar-tukar buah fikiran. Mungkin kes ini pernah berlaku, manalah tahu.

          kita SEMUA “adalah HAMBA”. saya suka kata-kata anda. :)

  24. nurinsani says:

    alhamdulillah,sgl puji milik Allah swt yang dengan kuasanya mengerakkan jari2 ustz untk menulis articel sebegini rupa,

    terasa lapang hati membaca articel ustz, banyak ibrah yg diperolehi.terasa jln yang ana pilih semakin terlihat hikmanya,semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada seluruh pejuang kebenaran,kaum muslimin dan muslimat agar tidak terpedaya dengan tipudaya syaitan laknatullah.amiin

    Alhamdulillah Allah mengerakkan jari ana untuk klik site ustz.mg ustz sekeluarga diberkati Allah swt.wslm

  25. is says:

    salam ustz..sy nk mtk tolg sgt2
    klu kte nk bergaul lelaki ngan perempuan kn ada bts2nya kn
    apa bts2 nya ustz?

    klu bleh,bleh x ustz terangkn lg terperinci tentang HIJAB
    dan cmne nk bergaul menggunakn HIJAB?
    ada shbt2 sy yg bertanyala ustz
    sy x berani nk kata apa2
    x cukup ilmu lg

    syukran ustz~

    • Dijalan-Mu kugapai Sakinah says:

      @is, ana trgerak nak respon kt sni.

      tringat msa talkshow nisa’ hr tu, ustz has ada brcrita psl kisah hijab ni gak…hijab –>yakni mengadakan batasan. mmg byk kelebihan dia…mngadakan batas antara yg bukan mahram…dll

      —>Hijab itu kesucian

      Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yg brmksud:

      “Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 53)

      highlight ustaz, melalui ayat tersebut, adalah hikmah hijab —-> yakni “lbh suci bagi hatimu”…

      subhanallah..ana sgt suka part ni…antara point penting yang patut kita cakna ttg hijab… btpa baikNya Allah, di ajarkan kita cara bagaimana utk kita menjadi hamba yg sntsa ‘suci’ disisi-Nya…walaupun dlm perkara ikhtilat

      Hijab tu sgt besar maknanya…Hijab itu adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul, Hijab itu ‘Iffah (menahan dr maksiat), Hijab itu Kesucian, Hijab itu pelindung, hijab itu Taqwa, Hijab itu Iman, Hijab itu haya’ (rasa malu), Hijab itu ghirah (perasaan cemburu)…dll… dalilnya ana rujuk di sini http://ummusalma.wordpress.com/2007/02/16/hijab/ mgkin ustz blh btulkn jka salah

      p/s: apepun Lucu bla tringat kisah ustaz…tgh mesyuarat pakai tabir…(slalunya diamalkn oleh shbt2 kat timur tgh) dah ok dah…muslimin muslimat meeting asing ni pakai tabir…. tup2 cengg~ bunyi muslimat tgh masak kat sbelah tabir nun…kekeke…sapoe nak jwb nie~

      jimat masa ustaz

  26. ibnuisa says:

    assalamualaikum ustz…..

    sblm nie sy ada tgk ceramah@seminar mencari jodoh yg disampaikan oleh 2 org tokoh tentang mencari jodoh sorg dr UIA(dulu skrg dh jd senator) srg lg penceramah bebas….
    tp yg pelik sy depa nie mcm menghalalkan perkara nie?
    jd sy agak bengung jugak cz depa sok berkwn masa mula2 masuk IPT luaq @ dlm supaya membiasakan diri terutamana akhawat….
    sy nak minta penjelasan ustaz sket la….(maafla sy owg utara hrp2 ustaz phm la noo….huhuhu)

  27. [...] am · Filed under Peringatan.. – diambil daripada blog ustaz Hasrizal dalam entri bertajuk Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta [...]

  28. hasifzizan says:

    assalamualaikum, mohon izin untuk ana linkkan post ni di blog ana…. untuk peringatan buat diri dan rakan2…

  29. meh kita hayati cinta Allah…

    bak kata lirik Lagu Raihan

    Kasih tuhan tiada bertepi
    Sayang Tuhan janji-Nya pasti…

  30. anum says:

    Salam ustaz,
    Sy ada promote 2 entry baru di blog. Sy letakkan link agar mudah dikunjung. Oh ya,terima kasih sgt ustaz atas penulisan mengenai cinta yg lengkap dgn olahan dan rujukan Al-Quran. Mudah utk dijadikan panduan dan diambil manfaat.

    Itulah,sebelum dibius ini kena belajar ‘memenjarakan’ diri spt Nabi Yusuf.

    Buku ATN sy sdg hadamkan. Juga sy syorkan pd adik yg beranggapan diri xkan bahagia tanpa pasangan. Sukar apabila keadaan sekeliling beliau dipenuhi dgn kwn2 yg sudah ber’couple’. Takut sudah dibius tatkala ini kata apa pun sudah hilang logika!

  31. sahabat says:

    ustaz,
    jika individu tu dah bersedia utk berkahwin @ dikahwini, ust boleh jadi agen baitul muslim ker?

    sekadar bertanye kerana walaupun seseorang mempunyai matlamat jelas dan tepat tapi tidak ketahui cara utk mulakan juga merupakan masalah yang besar …

    mungkin sahabat sahabiah SIO boleh bantu…

  32. Demi Cinta Suci says:

    tepuk tangan!! (kalu nak mengalir ayak mata pun boleh ni) huhu..=) syabas ustak!ana tabik spring dgn 2 artikel kali ni..

    truskan erti hidup pd memberi.. terharu sbb setelah skian lama terpinga2 mncari menyuluh jwpn….ni antara huraian terbaik yg pernah sy dpt.. (trm kasih gak pd iluvislam,smua artikel cinta dalam tu pernah ana khatamkan semata2 utk mncari jwpn yg lbh jitu..) benarlah, sgguh jwpn Allah dlm al-Quran dn panduan hadis dr nabi sudah cukup utk menyuluh hidup kta…

    Ya Allah…akhirnya ku bertemu jwpn yg dicari utk diri dn org lain…aku nak berdakwah tapi byk bnda yg keliru…betapa buta dn jahilnya diri ni.

    Pd shbtku tersayang..maafkan aku andai aku x menegur kalian, hati aku membenci apa yg kalian lakukan, tp aku hanya mampu menasihati dr jauh. aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau x mampu memahami knp aku membenci tindakan kalian walaupun sudah byk kali menegur. diam aku bukan krn benci, marah aku bukan krn dengki, tpi krn aku sayangkn kalian..

    Bagi yg mempamerkn luaran penampilan islamik, tp masih terlibat dgn kancah cinta nafsu nafsi ni..ketahuilah bhwa ia mgkn sja adalah ‘talbis syaitan’…dia sdg mengaburi dn membius hati kita dgn cinta palsu duniawi…(ini jugak utk peringatan diriku!)

    mg ia x mnjadi fitnah dn batu penghalang utk kta mncapai keredhaan Allah…

    ayuh, bangkitlah wahai pemuda pemudi islam!

    syabab palestin sdg berjihad menuju syahid,
    mereka tiada masa bersms dn berdating menganyam cinta…

    jgn kita awl2 lagi mati tersungkur dek panahan cinta yg murah ini!…

  33. Di jalan-Mu, ku gapai sakinah says:

    aku pernah diuji dan teruji dengan ini.
    cukuplah sekali.

    mmg masa tu jahil kuasa seribu.
    byk yg x tahu
    bila aku ingat balik mmg malu.
    menyesal btpa ntah papela zaman dulu..
    berana enti, tapi dlm hati hny Tuhan Yg Tahu

    Insyaallah,
    Moga tidak berulang sjrh lalu…

    sayonara buatmu,
    duhai cinta palsu!

    kan kutunggu yang halal,
    krn disitulah letaknya Cinta Sejati-Mu.

  34. anonymous says:

    dibius cinta- lagu baru yusry kru dan melly gosloew..
    erk
    iklan sekejap

  35. srikandi says:

    err.. kenapa ramai orang berpuitis nie? :D

    ya, artikel yang saya tunggu2.. mabruk ustaz.. mohon izin untuk disebarkan.. jazakallahu khair.. :)

  36. SriKanDi says:

    salam,,ustz,,ana amek artikel ustz,n publish dlm blog ana..blehkan ustz?

  37. Abu Saif says:

    secara jujurnya, saya dah tak lalu membaca pengakuan-pengakuan cinta ni.

    memualkan.

    syabas kepada yang bertindak betul. berhati-hati bagi yang masih tidak pasti

  38. hayad says:

    hmm
    dk pike2 psl cinta ni
    sy tgk da rmai y tergolek2 frust
    bg saya da bertahun2 idup membujang, ap salahnya sabarkn hati tgu cinta lps kawin
    penah bc bku tentang cinta, pahrol mohd juoi
    marathon telefonlah
    tah pape
    bila org tny nape x bercinta
    sonang je saya jwb
    inspirasi saya ngan mak kt umah
    xperlu mengharap kasih syg org laen…
    tabahkn hati, renungi dari…
    Insya Allah..

  39. Max says:

    Penawar mujarab dari ustaz..
    Berbalut pengalaman yang cukup mapan…

    Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

    Penjara Yusuf???
    Subhanallah,Allahuakbar xsampai tahap tu lagi..
    Insyaallah semangat!!!!

  40. rhody says:

    salam…
    ustaz,bercakap soal cinta ni ramai kwn2 ana yang bercouple xbrani buat pengakuan dkat ana…
    katanya tkot saya tntg habis2an…
    dorang mcm xsdar je yng Allah tau…
    ada pernah kwn ana ckp bercinta ni mcm usha la utk mncari jodoh…hm….APA PENDAPAT USTAZ?
    ana mati kutu jgak nk jwb…
    last2 ‘shabat’ ana ckp bior die la dah orang terangkan xnak dengor….
    hm….no idea la bila orang bgtaw kata jodoh tu ktntuan Allah tp dorang xnak denagr n still buat bnda tue…
    apapun…smoga ana xterlibat dgn perkara yang mmbawa kearah kebinasaan dunia n akhirat…

  41. insan lemah says:

    Salamm..Abu Saif..saya dapat email nih..ceritanya sgt menarik..jadik sy nak orang ramai membacanya n renungkan…so..sy terpikir nk paste kat sini supaya ramai orang boleh baca…

    Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh saudaraku se-iman,
    siang ini kutemukan sebuah tulisan yang sangat berharga dan sebuah kenyataan yang tengah melanda umat muslim sekarang ini. Bacalah perlahan, renungkan dan pahami. Insya Allah banyak manfaat yang bisa kita ambil dari tulisan ini.

    Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
    murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
    ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya
    ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur,
    di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
    berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

    Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
    mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
    cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang
    perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika
    saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti
    tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar
    untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak
    lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

    Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah
    kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.
    Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
    memaksakan kepada kita dengan berbagai cara, untuk menukarkan
    sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama
    mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
    disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya
    lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
    mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan
    menukar nilai dan etika.

    “Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang aneh,
    Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
    lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan
    dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang
    wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan
    lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda
    sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan
    kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham
    bu guru…”

    “Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

    “Ibu Guru ada Qur’an, Ibu Guru akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
    anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
    mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
    Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
    lain-lain.

    Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
    ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet .
    “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..
    Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak anda dengan terang-terang.
    ..Karena tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun
    tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan
    menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

    “Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuat pondasi yang
    kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
    kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
    dimulai dgn pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
    dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
    persatu, baru rumah dihancurkan. …”

    “Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
    menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
    anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
    sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran
    Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka
    inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
    Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… ”

    “Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-injak Ibu Guru?” tanya
    murid- murid. “Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
    misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
    tidak lagi.” “Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan,
    mereka tidak akan sadar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang
    serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka
    akan sadar”.

    “Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
    berdoa dahulu sebelum pulang….” Matahari bersinar terik tatkala
    anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
    pikiran masing-masing di kepalanya…

Leave a Reply